Jemaat-jemaat Allah Al Masehi

[107]

 

 

 

 

Tujuh Paskah Besar Alkitab

(Edisi 3.0 19950421-19970207)

 

Karya ini menjelaskan urutan tujuh Paskah besar Alkitab dan makna semuanya dalam perkembangan ke arah kedatangan Mesias dalam Penjelmaan itu. Pelopor-pelopor kepada Paskah dijelaskan dan kemudian maksud di sebalik Paskah-paskah dalam Keluaran, kejatuhan Yerikho, dengan Gideon, Hizkia, Yosia, Ezra dan, akhirnya, Mesias dibincangkan. Rangka Paskah-paskah ini diterangkan sejajar dengan riwayat seorang manusia, sistem Jubli (Yobel) dan perumpamaan-perumpamaan dalam Kejadian 2:9, Zakharia 4:3-6 dan Lukas 3:7-14 dijelaskan. Tahun-tahun pokok dari Lukas 13:6-9 memberi maksud atau signifikans yang lebih menyeluruh dari karya ini.

 

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta ã 1994, 1995, 1997 Wade Cox)

(Tr. 2005)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org

 

Tujuh Paskah Besar Alkitab



Pelopor Paskah

Petunjuk tentang apa yang terbabit dalam pemindahan autoriti sistem-sistem dunia didapati dari Kejadian 3:15.

 

Aku akan mengadakan permusuhan antara engkau dan perempuan ini, antara keturunanmu dan keturunannya; keturunannya akan meremukkan kepalamu, dan engkau akan meremukkan tumitnya."

 

Kata untuk keturunan di sini adalah zer’a yang berbentuk singular. Maka apa yang kita perhatikan di sini adalah konsep keturunan singular (satu), iaitu Kristus, dan perempuan ini adalah kedua-dua Israel dan Jemaat. Bangsa asing dibawa masuk ke dalam Israel rohani. Jemaat adalah Israel, namun bukan semua bangsa Israel (keturunan fizikal Yakub) berada dalam Jemaat setakat ini. Jemaat itu merupakan sebuah kesatuan dengan Tuhan dalam semua, sebagai satu. Kita berhadapan dengan pemindahan autoriti sistem dunia dalam proses ini. Pemindahan autoriti ini mengakhiri zaman dunia masakini dan memulakan Milenium.

 

Paskah telah ditetapkan sebelum hukum taurat diberikan di Sinai. Oleh itu, Paskah berdiri dekat kepada hukum Musa dengan aktiviti-aktiviti Tuhan, sebagai sesuatu yang telah wujud sebelum hukum Musa, seperti juga Sabat-sabat dan tuaian-tuaian secara umumnya. Hari-hari Raya melambangkan pemindahan autoriti dari sistem masakini kepada sistem Mesias yang akan datang. Sistem itu berpusat pada Yerusalem. Itulah sebabnya kenapa Hari-hari Raya, Bulan Baru dan Sabat telah diserang dan disembunyikan dari Kekristianan moden. Mereka tidak faham apa yang sedang berlaku. Sebaik saja kita berhenti memelihara hukum Tuhan yang dilambangkan oleh semua sepuluh hukum itu dari mana tergantungnya seluruh hukum taurat dan kitab para nabi, pemahaman kita dibuang.

 

Malah terdapat juga pelopor kepada Paskah Keluaran, yang patut diperiksa.

 

Kejatuhan Sodom dan Gomora

Jenis aktiviti yang terlibat dalam pemindahan dan pengutukan sistem dunia diperhatikan dari kejatuhan Sodom dan Gomora. Kejadian 19:3 menunjukkan bahawa apa yang kita saksikan adalah sejenis Paskah, pelopor kepada urutan sebenar Paskah-paskah dari Keluaran. Kesemua teks ini ada di situ untuk sebab tertentu.

 

Kejadian 19:3 Tetapi karena ia sangat mendesak mereka, singgahlah mereka dan masuk ke dalam rumahnya, kemudian ia menyediakan hidangan bagi mereka, ia membakar roti yang tidak beragi, lalu mereka makan.

 

Roti tidak beragi ada di sini untuk tujuan tertentu. Roti yang beragi tidak boleh dipersembahkan dengan korban (Keluaran 23:18; 34:25; Imamat 2:11; dan seterusnya). Peristiwa ini telah digunakan untuk menggambarkan sesuatu korban. Terdapat tujuh Paskah besar namun ini adalah pelopor kepada tujuh Paskah itu sama seperti Kristus adalah pelopor kepada tujuh jemaat sebagai yang kelapan. Konsep ini diperolehi dari Bait Salomo di mana terdapat sepuluh kaki dian dengan tujuh dian masing-masing. Khemah suci Daud hanya mempunyai sebuah kaki dian dan secara berkesannya merupakan lanjutan khemah suci di padang gurun. Kaki dian pertama melambangkan Kristus, tujuh yang seterusnya melambangkan tujuh jemaat dan dua yang terakhir mewakili dua saksi tersebut. Urutan ini melanjut dari zaman Kristus hingga pemulihan akhir dan kepulangannya. Sepuluh kaki dian itu mempunyai tujuh puluh dian, yang pula mewakili sidang lanjutan para penatua. Oleh itu, gambaran yang dipakaikan kepada Jemaat meramalkan pemindahan autoriti dari Sanhedrin kepada Jemaat. Tujuh puluh penatua itu sendiri menggambarkan sistem cakerawala seperti yang kita perhatikan dari Ibrani (lihat juga karya Firman Tuhan (No. 184)).

 

Korban ini dilakukan sebelum para malaikat menjatuhkan Sodom dan memusnahkan semua kawasan di tebing timur Yordan. Lot telah mengambil semua tanah subur orang Sodom. Abraham telah memberinya hak membuat pilihan pertama. Kristus, secara berkesannya, menunjukkan kepada Lot apa yang akan dilakukannya dalam perampasan tanah dari bangsa-bangsa, dan memberinya kepada keluarga Abraham.

 

Paskah 1: Kejatuhan Mesir

Paskah besar pertama adalah kejatuhan Mesir yang telahpun dibincangkan secara menyeluruh (lihat karya-karya Musa dan Dewa-dewa Mesir (No. 105) dan juga Hari Paskah (No. 98).

 

Paskah 2: Kejatuhan Yerikho

Paskah kedua adalah sewaktu tanah perjanjian itu diberikan kepada Israel. Dengan itu, Paskah pertama telah melepaskan mereka dan Paskah kedua telah menempatkan mereka dalam kawasan negeri mereka. Yosua 5:7 mengatakan:

Tetapi anak-anak mereka yang telah dijadikan-Nya ganti mereka, mereka itulah yang disunat Yosua, sebab mereka belum bersunat, karena mereka tidak disunat dalam perjalanan.

 

Israel merayau empat puluh tahun di padang gurun. Semuanya tidak disunat. Ini adalah cara untuk menggariskan sempadan antara satu keturunan dengan keturunan lain. Ia juga merupakan satu petunjuk bahawa dalam empat puluh Jubli Jemaat berada di padang gurun dari zaman Mesias, bangsa asing atau mereka yang tidak disunat akan memasuki kerajaan itu sementara mereka yang disunat tidak akan memasukinya. Tempoh masa itu digunakan untuk menggariskan jangka waktu dari kedatangan seorang Mesias, iaitu Mesias Harun atau Mesias-Imam, hingga kedatangan kedua Mesias Israel sebagai raja dan penakluk. Mereka yang telah disunat yang gugur di padang gurun adalah Yehuda. Mereka telah diberi pilihan untuk berada dalam Jemaat di bawah Mesias dan mereka telah menolak pilihan tersebut. Mereka gugur dalam padang gurun empat puluh Jubli di bawah Jemaat. Orang yang tidak disunat, bangsa asing, telah dibawah masuk. Oleh itu, tempoh orang tidak bersunat ini adalah untuk menunjuk kepada bangsa asing yang dibawa masuk ke dalam Israel. Sesiapapun orang Israel sepatutnya tahu, dari teks-teks ini, bahawa bangsa asing akan dibawa masuk ke dalam Israel.

 

Setelah memasuki Kanaan, kaum lelaki Israel telah disunat di Gilgal dengan menggunakan batu. Gilgal bererti menggulingkan (menghapuskan). Maka batu itu, iaitu Tuhan, menghapuskan dosa, atau cela Mesir, dari Israel. Kita menentukan waktunya dengan tepat. Ianya pada hari Paskah. Dari Paskah mereka menawan Yerikho.

 

Yosua 5:10-11 Sementara berkemah di Gilgal, orang Israel itu merayakan Paskah pada hari yang keempat belas bulan itu, pada waktu petang, di dataran Yerikho. Lalu pada hari sesudah Paskah mereka makan hasil negeri itu, yakni roti yang tidak beragi dan bertih gandum, pada hari itu juga.

 

Mereka memakan manna di padang gurun. Pada hari esoknya setelah mereka memakan hasil negeri Kanaan, manna itu berhenti. Jadi pada hari pertama Roti Tidak Beragi mereka memakan gandum Kanaan kemudian manna itu berhenti. Mereka mempunyai sejenis makanan selama empat puluh tahun. Kemudian mereka diberikan roti atau hasil tanah perjanjian. Aktiviti ini adalah sama ada pemakanan gandum yang lama atau ia juga adalah Unjukan Berkas yang jatuh pada hari pertama minggu sebagai Hari Raya pertama Roti Tidak Beragi. Ianya dianggap sebagai pemakanan gandum lama. Gandum baru tidak boleh dimakan sehingga Unjukan berkas telah dipersembahkan.

 

Yosua 5:13-15 menunjukkan bahawa Tuhan campur tangan dalam penubuhan mereka. Ini adalah Kristus sebagai panglima bala tentera Tuhan.

Yosua 5:13-15 Ketika Yosua dekat Yerikho, ia melayangkan pandangnya, dilihatnya seorang laki-laki berdiri di depannya dengan pedang terhunus di tangannya. Yosua mendekatinya dan bertanya kepadanya: "Kawankah engkau atau lawan?" Jawabnya: "Bukan, tetapi akulah Panglima Balatentara TUHAN. Sekarang aku datang." Lalu sujudlah Yosua dengan mukanya ke tanah, menyembah dan berkata kepadanya: "Apakah yang akan dikatakan tuanku kepada hambanya ini?" Dan Panglima Balatentara TUHAN itu berkata kepada Yosua: "Tanggalkanlah kasutmu dari kakimu, sebab tempat engkau berdiri itu kudus." Dan Yosua berbuat demikian.

 

Ini adalah perkara yang sama yang dikatakannya kepada Musa di Sinai.

 

Yosua 6:1-16 menunjukkan bahawa Tuhan telah memberikan kota itu kepada Israel. Paskah melambangkan tindakan utama dalam kejatuhan bangsa-bangsa. Hasil sulungnya adalah Kristus dan Kristus merupakan batu yang menghancurkan empayar-empayar dunia dalam Daniel 2. Kristus adalah tindakan utama dalam kejatuhan bangsa-bangsa dalam tujuh sangkakala Wahyu, iaitu, penggulingan kerajaan-kerajaan duniawi; kejatuhan sistem-sistem dunia pada akhir zaman ini. Kita menumpu di sini pada simbolisme Paskah. Simbolisme ini adalah berkaitan hari akhir, iaitu hari terakhir Perayaan Roti Tidak Beragi. Paskah dituntut untuk dipelihara agar Yerikho akan jatuh. Hanya apabila kita memelihara Paskah dengan betul barulah bangsa-bangsa akan jatuh pada zaman akhir. Yerikho jatuh pada hari terakhir Perayaan Roti Tidak Beragi. Urutan ini menunjukkan prosesnya pada kedatangan Mesias sebagai Panglima bala tentera Syurgawi.

 

Paskah 3: Gideon

Paskah berikutnya adalah Paskah Gideon. Dari Hakim-hakim 6:1, dalam Paskah kedua, Israel telah diberikan tanah sebagai pusaka mereka. Yang pertama menyaksikan mereka dibawa keluar dari Mesir. Yang ketiga menyaksikan Israel kehilangan pusakanya melalui pekerjaan kejahatan.

 

Hakim-hakim 6:1-3 Tetapi orang Israel melakukan apa yang jahat di mata TUHAN; sebab itu TUHAN menyerahkan mereka ke dalam tangan orang Midian, tujuh tahun lamanya, dan selama itu orang Midian berkuasa atas orang Israel. Karena takutnya kepada orang Midian itu, maka orang Israel membuat tempat-tempat perlindungan di pegunungan, yakni gua-gua dan kubu-kubu. Setiap kali orang Israel selesai menabur, datanglah orang Midian, orang Amalek dan orang-orang dari sebelah timur, lalu maju mendatangi mereka.

 

Israel telah diserahkan ke dalam tangan orang Midian selama tujuh tahun. Mereka merupakan keturunan Keturah, oleh Abraham. Mereka dan orang Amalek adalah kejam. Mereka memusnahkan segala apa yang ditemui mereka. Tuhan menggunakan mereka utnuk menghukum Israel. Israel telah membuat gua-gua dari mana mereka menentang orang-orang ini. Orang Midian datang melawan mereka dan merompak negeri itu. Kemudian Israel berseru kepada Tuhan. Israel bertaubat dari keberhalaannya. Tuhan menunjukkan dari contoh ini bahawa, setelah pertaubatan, Dia akan memulihkan pusaka kita.

 

Hakim-hakim 6:8-10 …maka TUHAN mengutus seorang nabi kepada orang Israel, yang berkata kepada mereka: "Beginilah firman TUHAN, Allah Israel: Akulah yang menuntun kamu keluar dari Mesir dan yang membawa kamu keluar dari rumah perbudakan. Aku melepaskan kamu dari tangan orang Mesir dan dari tangan semua orang yang menindas kamu, bahkan Aku menghalau mereka dari depanmu dan negeri mereka Kuberikan kepadamu. Dan Aku telah berfirman kepadamu: Akulah TUHAN, Allahmu, maka janganlah kamu menyembah allah orang Amori, yang negerinya kamu diami ini. Tetapi kamu tidak mendengarkan firman-Ku itu."

 

Mereka telah diserahkan untuk membuat kerja paksa selama tujuh tahun. Mereka tidak mendengar janji Tuhan. Hasilnya jelas dalam teks itu. Tuhan Allah telah mengutus Malaikat Tuhan (Yesus Kristus; rujuk Zakharia 12:8; Ibrani 1:8-9) dan berfirman kepada anak Yoas (Gideon).

 

Hakim-hakim 6:12-13 Malaikat TUHAN menampakkan diri kepadanya dan berfirman kepadanya, demikian: "TUHAN menyertai engkau, ya pahlawan yang gagah berani." Jawab Gideon kepada-Nya: "Ah, tuanku, jika TUHAN menyertai kami, mengapa semuanya ini menimpa kami? Di manakah segala perbuatan-perbuatan-yang ajaib yang diceritakan oleh nenek moyang kami kepada kami, ketika mereka berkata: Bukankah TUHAN telah menuntun kita keluar dari Mesir? Tetapi sekarang TUHAN membuang kami dan menyerahkan kami ke dalam cengkeraman orang Midian."

 

Mereka tidak mengaitkan keberhalaan mereka dengan nasib buruk mereka! Mereka tidakpun tahu bahawa mereka adalah penyembah berhala. Konsep ini dibawa kepada bangsa-bangsa sekarang ini. Bangsa ini diberikan pusakanya agar umat pilihan dapat dikeluarkan. Apabila umat pilihan mengikuti tuhan-tuhan palsu dan sistem-sistem palsu maka perlindungan ini akan dihentikan dan kita akan dibuang ke dalam tawanan sehingga kita bertaubat. Umat pilihan sendiri nampaknya tidak memahami hakikat ini. Itulah caranya bagaimana Tuhan akan menghukum kita. Dia akan memberikan hati batu kepada musuh-musuh kita demi bertindak terhadap kita. Sebagai contoh, hari ini, sesetengah jemaat moden mempunyai obelisk (tugu), sebagai puncak-puncak menara pada bahagian atas bangunan-bangunan gereja mereka. Ini adalah dilarang. Ulangan 16:12 melarang pembinaannya. Ia merujuk kepada asherah (kayu tiang) yang disalahterjemah sebagai grove (patung Asyera). Asherah merupakan bentuk zakar, atau obelisk yang keramat bagi dewa matahari (yang dipanggil ben atau benben oleh orang Mesir; lihat Interpreter’s Dictionary of the Bible, art. Obelisk, dan Companion Bible, Apendiks 42).

 

Kita harus meninggalkan amalan-amalan berhala kita atau kita akan kehilangan pusaka yang telah diberikan kepada kita sepanjang dua ratus tahun yang lalu. Mengikuti tuhan palsu akan membuang kita ke dalam tawanan. Apa yang terjadi kepada bangsa menggambarkan apa yang dilakukan oleh umat pilihan. Kesejahteraan bangsa bergantung pada aktiviti-aktiviti umat pilihan. Tuhan menginginkan ketaatan. Setiap orang melakukan apa yang dirasakan benar dalam pandangan matanya sendiri dalam zaman akhir ini dan rakyat akan binasa.

 

Pewaktuan aktiviti dalam Hakim-hakim adalah berkaitan dengan Paskah yang tidak dipelihara oleh bangsa itu.

 

Hakim-hakim 6:20-21 Berfirmanlah Malaikat Allah kepadanya: "Ambillah daging dan roti yang tidak beragi itu, letakkanlah ke atas batu ini, dan curahkan kuahnya." Maka diperbuatnya demikian. Dan Malaikat TUHAN mengulurkan tongkat yang ada di tangan-Nya; dengan ujungnya disinggung-Nya daging dan roti itu; maka timbullah api dari batu itu dan memakan habis daging dan roti itu. Kemudian hilanglah Malaikat TUHAN dari pandangannya.

 

Apa yang dilakukan mereka adalah berpaling kepada keberhalaan dan mengabaikan perayaan-perayaan itu. Kristus, melalui tindakannya di sini, sedang mendirikan semula Paskah – hukum taurat.

 

Hakim-hakim 6:27 Kemudian Gideon membawa sepuluh orang hambanya dan diperbuatnyalah seperti yang difirmankan TUHAN kepadanya. Tetapi karena ia takut kepada kaum keluarganya dan kepada orang-orang kota itu untuk melakukan hal itu pada waktu siang, maka dilakukannyalah pada waktu malam.

 

Sepuluh merupakan bilangan orang secara tradisional yang diperlukan dari setiap keluarga untuk korban Paskah.

 

Gideon takut untuk merobohkan mezbah Baal pada waktu siang kerana orang-orang menganggapnya sebagai tidak saleh. Gideon telah merobohkan mezbah Baal dan menghancurkan benda-benda yang salah ini. Apa yang ada di sini adalah asherah dan bukannya patung Asyera. Ia adalah katu tiang – bentuk zakar. Orang ramai telah mula memuja benda-benda ini di Israel hingga ke tahap di mana mereka menganggapnya tidak saleh untuk membukanya! Begitu jugalah, keadaan yang sama berlaku hari ini. Sebalik menyembah Tuhan sebagai satu perintah Kristus, orang ramai memeluk tuhan-tuhan palsu dari Trinitarianisme hingga materialisme, yang telahpun menjadi salah satu ilah terbesar negara ini. Mereka buta dan tidak melihat. Sebaik saja sistem palsu ini dipeluk, Alkitab mengatakan bahawa mereka akan didatangkan kesesatan. Begitu juga, orang-orang ini ingin menghukum Gideon kerana membuka patung-patung itu atau, lebih khusus lagi, asherah-asherah tersebut. Asherah atau tiang bentuk zakar itu dipanggil patung Asyera (grove) untuk mengaburkan teks itu.

 

Hakim-hakim 6:30-31 Sesudah itu berkatalah orang-orang kota itu kepada Yoas: "Bawalah anakmu itu ke luar; dia harus mati, karena ia telah merobohkan mezbah Baal dan karena ia telah menebang tiang berhala yang di dekatnya." Tetapi jawab Yoas kepada semua orang yang mengerumuninya itu: "Kamu mau berjuang membela Baal? Atau kamu mau menolong dia? Siapa yang berjuang membela Baal akan dihukum mati sebelum pagi. Jika Baal itu allah, biarlah ia berjuang membela dirinya sendiri, setelah mezbahnya dirobohkan orang."

 

Yoas meminta untuk membiarkan Baal membela dirinya sendiri. Jika ia adalah Tuhan benar maka bolehlah ia berlawan dengan Malaikat Tuhan! Namun itu tidak dapat dilakukan. Jadi Malaikat Tuhan telah membebaskan Israel dari cengkaman orang Midian. Ianya sebahagian dari satu urutan. Malah, melalui urutan ketiga ini Israel telah dipulihkan.

 

Penubuhan Ketetapan-ketetapan Bait

Cerita ini kemudiannya bersambung pada zaman Daud dan Salomo. Daud telah menetapkan ketetapan-ketetapan Bait Suci. Dari 1Tawarikh 23:24, Daud telah menubuhkan sebuah sistem yang akan berkekalan sehingga zaman Kristus. Tuhan Allah telah berkata melalui Daud bahawa Israel harus tinggal di Yerusalem selamanya. Dia menetapkan sistem-sistem untuk Bulan Baru, Sabat dan sebagainya.

 

1Tawarikh 23:31 dan pada waktu mempersembahkan segala korban bakaran kepada TUHAN, pada hari-hari Sabat, bulan-bulan baru, dan hari-hari raya, menurut jumlah yang sesuai dengan peraturan yang berlaku bagi mereka, sebagai tugas tetap di hadapan TUHAN.

 

Daud telah menetapkan ketetapan-ketetapan itu – namun tidak membina Bait itu. Ianya diserahkan kepada Salomo untuk membinanya. Bait Salomo mempunyai sepuluh kaki dian. Bait Daud mempunyai satu. Daud masih berada di bawah ketetapan-ketetapan Musa. Dari 2 Tawarikh 8:12-13, Salomo telah menetapkan ketetapan-ketetapan serta subsistem lain dengan Bait itu. Maka kita ada penubuhan ketetapan-ketetapan dengan Bait Suci. Kita perhatikan dari urutan ini bahawa terdapat tiga kumpulan Paskah; kemudian penubuhan Bait Suci.

 

2Tawarikh 8:12-13 Lalu Salomo mempersembahkan korban-korban bakaran bagi TUHAN di atas mezbah TUHAN yang didirikannya di depan balai Bait Suci, sesuai dengan apa yang menurut perintah Musa ditetapkan sebagai korban untuk setiap hari, yakni pada hari-hari Sabat, pada bulan-bulan baru, dan tiga kali setahun pada hari-hari raya: pada hari raya Roti Tidak Beragi, pada hari raya Tujuh Minggu dan pada hari raya Pondok Daun.

 

Simbolisme Perjanjian Baru telah ditetapkan di sini namun tiada perubahan dalam struktur ibadat. Pelan asasnya tetap sama kerana rencana keselamatan tidak berubah. Struktur baru itu akan menjadi bangunan rohani dalam semua orang. Namun rencana keselamatan adalah jelas dari Perjanjian Lama dan juga dari Perjanjian Baru. Kita dapat melihat dari setiap satunya, namun kita memerlukan kedua-dua kitab perjanjian untuk memastikan bahawa struktur tersebut tidak disesatkan.

 

Paskah 4: Hizkia

Paskah keempat adalah selepas Bait itu dibina sewaktu pemerintahan Hizkia. Bangsa itu telah menjadi penyembah berhala di bawah Ahas. Ianya begitu buruk sekali hinggakan Bait tidak sempat dipulihkan untuk acara korban pada 14 Nisan. Jadi mereka tertingggal Paskah sebanyak dua hari. Israel sudah tercemar! Mereka sudah begitu jauh dalam jalan ke arah kemurtadan kerana kegagalan keimamatan hinggakan mereka perlu menguduskan diri mereka semula. Itulah masalahnya dalam abad sekarang ini. Israel dan golongan imamat berada dalam keadaan rohani yang murtad. Proses pengudusan semula ini jelas dari Paskah ini.

 

2Tawarikh 29:17 Pekerjaan menguduskan itu dimulai pada tanggal satu bulan yang pertama. Pada hari kedelapan bulan itu mereka sampai ke balai rumah TUHAN dan menguduskan seluruh rumah TUHAN dalam delapan hari. Mereka selesai pada hari keenam belas bulan pertama.

 

Hari ketujuh Nisan adalah untuk pengudusan orang yang berdosa dengan tidak sengaja dan tanpa diketahui. Pengudusan sepatutnya mengambil kira perkara ini.

 

Hizkia telah memerintahkan korban-korban tujuh lembu jantan, tujuh anak domba dan seterusnya untuk menyucikan bangsanya. Kemurtadan ini melambangkan kemurtadan besar umat pilihan dalam zaman akhir. Ini berkaitan dengan apostasia. Ianya bukan kemurtadan dari segi bilangan tetapi dari segi pemahaman.

 

2Tawarikh 29:22-24 Lalu mereka menyembelih lembu-lembu itu; para imam menerima darahnya dan menyiramkannya pada mezbah. Kemudian mereka, menyembelih domba-domba jantan dan menyiramkan darahnya pada mezbah. Sesudah itu mereka menyembelih domba-domba muda dan menyiramkan darahnya pada mezbah. Selanjutnya mereka membawa kambing-kambing jantan yang akan menjadi korban penghapus dosa ke hadapan raja dan jemaah. Mereka meletakkan tangannya ke atas kambing-kambing itu. Dan para imam menyembelihnya dan mempersembahkan darahnya di atas mezbah sebagai korban penghapus dosa untuk mengadakan pendamaian bagi seluruh Israel. Sebab raja telah memerintahkan untuk mempersembahkan korban bakaran dan korban penghapus dosa itu bagi seluruh Israel.

 

2Tawarikh 29:30 Lalu raja Hizkia dan para pemimpin memerintahkan orang-orang Lewi menyanyikan puji-pujian untuk TUHAN dengan kata-kata Daud dan Asaf, pelihat itu. Maka mereka menyanyikan puji-pujian dengan sukaria, lalu berlutut dan sujud menyembah.

 

Mazmur 133: nyanyian Hizkia (tingkat) berkaitan dengan keadaan ini. Hizkia telah memulihkan kerajaan ini untuk menerima berkat Kristus sebagai Malaikat Yahovah (Jehovah). Mereka bukan lagi kudus. Kita boleh menghilangkan pengorbanan Kristus dengan kegagalan kita sendiri seperti yang dilakukan mereka! Mazmur 133 menyatakan:

 

Sungguh, alangkah baiknya dan indahnya, apabila saudara-saudara diam bersama dengan rukun! Seperti minyak yang baik di atas kepala meleleh ke janggut, yang meleleh ke janggut Harun dan ke leher jubahnya. Seperti embun gunung Hermon yang turun ke atas gunung-gunung Sion. Sebab ke sanalah TUHAN memerintahkan berkat, kehidupan untuk selama-lamanya.

 

Maka begitulah kita saksikan pemulihan bangsa itu.

 

Paskah 5: Yosia

Paskah kelima adalah Paskah Yosia (2 Tawarikh 35:1). Dari 2 Tawarikh 35:10-18, mereka memelihara Perayaan Roti Tidak Beragi selama tujuh hari. Anak domba Paskah telah dipanggang (dari 2 Tawarikh 35:13) namun persembahan-persembahan kudus yang lain dimasak dalam belanga. Ini mungkin adalah punca kekeliruan dalam penggunaan istilah umum untuk memasak. Para imam sibuk sepanjang waktu petang 14 Nisan. Oleh itu, kumpulan Lewi membuat persiapan untuk diri mereka, dan untuk para imam, anak-anak Harun, dan untuk para penyanyi Asaf.. Para imam sibuk hingga waktu malam. Persiapan-persiapan ini berlaku sepanjang petang 14 Nisan. Oleh itu, anggapan bahawa permulaan 14 Nisan terlibat sebagai waktu untuk korban Paskah adalah karut. 2Tawarikh 35:18 menyatakan:

Paskah semacam itu tidak pernah lagi dirayakan di Israel sejak nabi Samuel. Seorangpun di antara raja-raja orang Israel tidak pernah merayakan Paskah seperti yang dirayakan Yosia dengan para imam dan orang-orang Lewi, dengan seluruh orang Yehuda dan Israel yang dapat hadir, dan dengan penduduk Yerusalem.

 

Mereka telah merayakan Paskah dan Roti Tidak Beragi selama tujuh hari (2 Tawarikh 35:17). Tahun ke 18 Yosia, berlainan dari sesetengah salah faham, bukanlah tahun Jubli. Ia merupakan tahun pertama Jubli yang baru, atau tahun pemulangan. Ia bukan tahun Jubli. Pemulihan Jubli berlaku pada waktu ini. Jubli boleh ditentukan dari Yehezkiel 1:1. Tahun ini merupakan tahun ke 30 dalam Jubli. Ia bertepatan dengan tarikh penawanan Yoyakhin yang diketahui. Oleh itu, Jubli-jubli boleh dipulihkan untuk pelaksanaan struktur milenium itu. Paskah ini adalah pemulihan kedua di Bait Suci. Bait Suci terpaksa dipulihkan tiga kali! Paskah-paskah yang mula-mula adalah untuk penubuhan bangsa itu. Pemulihan-pemulihan itu adalah untuk menjelaskan urutan pembangunan kerajaan dalam bangsa-bangsa dan juga dalam individu.

 

Paskah 6: Ezra

Pemulihan kedua adalah dalam Ezra 6; dari ayat 3 dan Ezra 9. Dari teks ini kita dapati bahawa kita berbincang tentang rumah Eloah dan pemulihannya. Kali ini Bait dimusnahkan. Israel telah dibawa pergi kerana keberhalaannya ke dalam tawanan. Tuhan tidak membangkitkan sesuatu bangsa untuk menguasai mereka. Mereka telah dibawa pergi ke negeri asing kerana mereka tidak belajar dari pengajaran mereka. Oleh itu, Israel dan umat pilihan diuruskan secara progresif sehingga kita mendapat pesannya. Bait Suci adalah rumah Tuhan (Elaha (Kasdim) atau Eloah (Ibrani)). Dari Ezra 7:12 kita perhatikan bahawa ia juga adalah hukum taurat Tuhan (Eloah atau Elah). Kita bercakap di sini tentang Allah Bapa. Ianya kehendakNya dan rumahNya. Dari Ezra 6:9-12 kita lihat korban-korban dipersembahkan untuk menubuhkan kerajaan itu. Dari Ezra 6:15-22 kita lihat bahawa Bait telah selesai sewaktu pemerintahan raja Darius.

 

Ezra 6:15 Maka selesailah rumah itu pada hari yang ketiga bulan Adar, yakni pada tahun yang keenam zaman pemerintahan raja Darius.

 

Adar merupakan bulan terakhir dalam tahun. Bangsa telah mentahbiskan Bait (Ezra 6:16-17), mempersembahkan 100 lembu jantan dan sebagainya, dan menentukan golongan dan rombongan (Ezra 6:18), kemudian merayakan perayaan itu (Ezra 6:19).

Ezra 6:19 Dan pada tanggal empat belas bulan pertama mereka yang pulang dari pembuangan merayakan Paskah.

 

Paskah itu nampaknya adalah Paskah yang disebutkan dalam Papyrus Paskah dalam surat-surat Aramaik dari Elephantine (terjemahan Ginsburg, Pritchard Ancient Near East etc., vol 1).

 

Ezra 6:22 Lagipula mereka merayakan hari raya Roti Tidak Beragi dengan sukacita, tujuh hari lamanya, karena TUHAN telah membuat mereka bersukacita; Ia telah memalingkan hati raja negeri Asyur kepada mereka, sehingga raja membantu mereka dalam pekerjaan membangun rumah Allah, yakni Allah Israel.

 

Keimamatan telah ditahbiskan. Ini merupakan tuntutan berterusan. Mereka telah menjadi kotor. Seorang hanya mungkin bertanya: Kenapakah mereka jatuh setiap kali Tuhan mendirikan mereka?

 

Waktu pembinaan Bait Suci adalah penting. Ianya penting untuk menentukan waktunya kerana kepentingannya bagi tujuh puluh kali tujuh masa dalam Daniel 9:25 dan selanjutnya. Enam pemulihan ini membina ke arah Mesias. Raja di sini adalah Darius II, bukan Darius I (lihat Ezra 4 untuk membuktikan hal ini: lihat juga karya Tanda Yunus dan Sejarah Pembangunan Semula Bait Suci (No. 13)). Tujuh puluh kali tujuh masa ini berlanjutan dari Darius II hingga 70 CE (TM). Bait yang disebutkan oleh Yesaya (Yesaya 19:19) adalah bait yang dibangunkan di Mesir, di Heliopolis pada tapak Leontopolis oleh Onias IV, yang melarikan diri ke Alexandria pada waktu pemerintahan Philometor dari kerabat Ptolemy. Bait di situ kekal dari kira-kira 160 BCE (SM) hingga 71 CE dan telah ditutup oleh Vespasian (lihat juga Apendiks 81 kepada Alkitab Companion). Persembahan korban dibuat di kedua-dua tempat sepanjang tempoh itu. Kristus, sebagai anak kecil, telah menghadiri Bait ini sewaktu keluarganya berada di Mesir. Mereka mengekalkan keutuhan keimanan ini di situ (dan sepanjang hidupnya) untuk menggenapi nubuatan Dari Mesir Kupanggil Anak-Ku (Hosea 11:1; Matius 2:15). Orang Yahudi di Yerusalem iri hati terhadap Bait di situ, bagaimanapun ia terpaksa ditutup menjelang tahun 71 TM agar tujuh puluh kali tujuh masa itu dapat dilengkapi dan kekuasaan dipindahkan kepada Jemaat. Tujuh puluh kali tujuh masa itu telah disalahtempat oleh kedua-dua orang Yahudi dan Kristian. Orang Kristian mengingini tempoh itu berakhir pada 27 TM. Ini kononnya adalah permulaan pekerjaan Kristus. Ini adalah untuk memadankannya dengan Daniel 9:25 sebagai satu nubuatan tentang Mesias (KJV) sedangkan ia bukan. Yohanes Pembaptis mula berkhotbah dari Oktober 27 TM. Kristus mula berkhotbah dari waktu Yohanes dipenjarakan selepas Paskah 28 TM, yang merupakan tahun pemulangan dalam Jubli yang baru. Kristus memulakan pemulihannya dalam kitar Jubli berempat puluh yang baru.

 

Paskah 7: Mesias

Untuk mengakhiri sistem-sistem dunia dan membuat pendamaian bagi dosa. Tuhan telah menyediakan anak domba Paskah agung yang terakhir: Kristus. Itu adalah untuk membawa masuk kebenaran bersama dengan Kristus. Ianya penting untuk memahami seluruh rangka hal ini. Tempoh yang dimaksudkan adalah dari pemulihan Bait Suci hingga Yesus Kristus. Terdapatnya waktu dan urutan tertentu, yang perlu dikaji berasingan. Kedatangan Mesias ini adalah Paskah besar ketujuh. Kejadian 3:15 menunjukkan bahawa Yesus Kristus merupakan keturunan perempuan itu. Anak domba Paskah adalah konsep yang terus digunakan sehingga Wahyu. Anak Domba Tuhan disebutkan sebanyak dua puluh lapan kali dalam Wahyu. Wahyu 21:14 menunjukkan bahawa para rasul adalah milik Anak Domba itu. Wahyu 22:3 menunjukkan bahawa takhta itu adalah milik Tuhan dan Anak Domba. Anak Domba (Paskah) adalah cerita yang menjadi dasar kepada rencana Tuhan. Namanya akan dituliskan pada dahi mereka. Umat pilihan akan dimeteraikan dan Anak Domba akan mengambil takhta Tuhan. Dia duduk di situ sebagai Anak Domba Tuhan. Cerita ini adalah dasar kepada Paskah. Semua umat pilihan berkongsi dalam Bintang Fajar dengan Kristus apabila dia mengambil kuasa pemerintahannya (2 Petrus 1:19 (terjemahan bintang timur); Wahyu 2:28; 22:16).

 

Memahami Rangka Paskah-paskah

 

Hayat Manusia

Hayat manusia adalah 70 tahun. Kita ada 20 tahun sebelum kita menjadi dewasa dan 50 tahun sebagai orang dewasa. Itu adalah satu Jubli dengan tujuh kitar. Dalam tempoh itu, individu-individu dibereskan oleh Tuhan. Konsep itu berkaitan dengan pembinaan Bait. Maksud ukuran-ukuran itu serta hubungan manusia kepadanya adalah perkara yang berasingan. Kitar ini juga difahami dengan Paskah-paskah itu.

 

Manusia dan Jubli

Dalam menangani urutan-urutan tujuh Paskah ini kita miliki satu rangka dengan tujuh kitar besar. Terdapat tujuh tahun dalam setiap kitar dan ini menjadi tempoh Jubli sebanyak 49 tahun campur satu tahun perhentian – tahun kelima puluh. Dalam setiap tahun kita ada tujuh Hari Raya. Semua ini juga berkaitan dengan Jubli. Jubli ini menjelaskan kehidupan manusia, sebagaimana dia diuruskan oleh Tuhan. Simbolisme urutan ini diulangi sebagai urutan tujuh jemaat dalam Wahyu 2 dan 3.

 

Pohon-pohon

Perkembangan manusia diterangkan oleh perumpamaan pohon berdua.

 

Kejadian 2:9 Lalu TUHAN Allah menumbuhkan berbagai-bagai pohon dari bumi, yang menarik dan yang baik untuk dimakan buahnya; dan pohon kehidupan di tengah-tengah taman itu, serta pohon pengetahuan tentang yang baik dan yang jahat.

 

Kejadian 2:9 menyatakan tentang pohon kehidupan dan pohon pengetahuan tentang yang baik dan yang jahat. Pohon-pohon zaitun juga melambangkan kelengkapan pengetahuan serta pencurahan kuasa Roh.

 

Zakharia 4:3-6 menyatakan:

Dan pohon zaitun ada terukir padanya, satu di sebelah kanan tempat minyak itu dan satu di sebelah kirinya." Lalu berbicaralah aku, kataku kepada malaikat yang berbicara dengan aku itu: "Apakah arti semuanya ini, tuanku?" Maka berbicaralah malaikat yang berbicara dengan aku itu, katanya kepadaku: "Tidakkah engkau tahu, apa arti semuanya ini?" Jawabku: "Tidak, tuanku!" Maka berbicaralah ia, katanya: "Inilah firman TUHAN kepada Zerubabel bunyinya: Bukan dengan keperkasaan dan bukan dengan kekuatan, melainkan dengan roh-Ku, firman TUHAN semesta alam.

 

Pohon-pohon zaitun ini berada di sisi tempat minyak itu, yang mengandungi minyak Roh Kudus. Umat pilihan adalah tempat minyak itu. Simbolisme ini disalin dalam konsep dua saksi dalam Wahyu 11:3 dan seterusnya. Dua pohon zaitun itu menandakan dua kebangkitan dan kedatangan dua Mesias, yang didahului oleh dua nabi. Yohanes Pembaptis merupakan pelopor kepada aktiviti ini. Fungsinya akan diulangi dalam roh Elia (Maleakhi 4:5-6). Ianya tidak jelas sama ada atau tidak fungsi itu diambil oleh salah satu dari dua saksi tersebut. Yeremia 4:15 dan seterusnya nampaknya menunjukkan, sekurang-kurangnya, satu fungsi sebelumnya.

 

Konsep pohon-pohon ini adalah penting untuk kita fahami untuk kemajuan rohani berlaku.

 

Lukas 3:7-14 Lalu ia berkata kepada orang banyak yang datang kepadanya untuk dibaptis, katanya: "Hai kamu keturunan ular beludak! Siapakah yang mengatakan kepada kamu melarikan diri dari murka yang akan datang? Jadi hasilkanlah buah-buah yang sesuai dengan pertobatan. Dan janganlah berpikir dalam hatimu: Abraham adalah bapa kami! Karena aku berkata kepadamu: Allah dapat menjadikan anak-anak bagi Abraham dari batu-batu ini! Kapak sudah tersedia pada akar pohon dan setiap pohon yang tidak menghasilkan buah yang baik, akan ditebang dan dibuang ke dalam api." Orang banyak bertanya kepadanya: "Jika demikian, apakah yang harus kami perbuat?" Jawabnya: "Barangsiapa mempunyai dua helai baju, hendaklah ia membaginya dengan yang tidak punya, dan barangsiapa mempunyai makanan, hendaklah ia berbuat juga demikian." Ada datang juga pemungut-pemungut cukai untuk dibaptis dan mereka bertanya kepadanya: "Guru, apakah yang harus kami perbuat?" Jawabnya: "Jangan menagih lebih banyak dari pada yang telah ditentukan bagimu." Dan prajurit-prajurit bertanya juga kepadanya: "Dan kami, apakah yang harus kami perbuat?" Jawab Yohanes kepada mereka: "Jangan merampas dan jangan memeras dan cukupkanlah dirimu dengan gajimu."

 

Jangan hanya mengabarkan amaran untuk lari dari kemurkaan yang akan datang. Kita ada tugas untuk dilakukan. Ubahsuai kelakuan kita dan ajarkan pertaubatan kepada dunia. Jangan terlalu tertumpu dengan tempat-tempat keamanan. Kita adalah anak-anak yang dibangunkan dari batu-batu kerana Yehuda (orang Yahudi) telah berpaling dari Kristus. Jika orang Yahudi telah bertaubat, mungkin lain ceritanya. Orang Yahudi pastinya menjadi golongan imamat. Dengan itu ia tidak akan diluaskan di luar Lewi. Tuhan tahu bahawa ia tidak akan terjadi begitu dan sememangnya tidak mengingininya begitu. Maka, sebilah kapak dikenakan pada pangkal pohon Yehuda. Ia tidak membuahkan hasil. Keimamatan dan firman itu diserahkan kepada satu bangsa lain, iaitu Israel rohani. Oleh itu Jemaat dituntut untuk melakukan kerja. Batu-batu yang baru akan dibangkitkan untuk menggantikan mereka yang tidak melakukan kerja. Bagaimanapun, Yehuda akan faham pada zaman akhir dan mendapatkan pusakanya. Jika Roh Kudus ada dalam Yehuda, mereka tentunya telah menghulurkan keselamatan kepada bangsa lain namun mereka tidak. Mereka tidakpun mahu makan dengan mereka.

 

Tujuh Tahun untuk Pohon

Israel rohani dibangunkan oleh urutan kitar tujuh tahun seperti yang diterangkan dalam perumpamaan pohon itu.

 

Lukas 13:6-9 Lalu Yesus mengatakan perumpamaan ini: "Seorang mempunyai pohon ara yang tumbuh di kebun anggurnya, dan ia datang untuk mencari buah pada pohon itu, tetapi ia tidak menemukannya. Lalu ia berkata kepada pengurus kebun anggur itu: Sudah tiga tahun aku datang mencari buah pada pohon ara ini dan aku tidak menemukannya. Tebanglah pohon ini! Untuk apa ia hidup di tanah ini dengan percuma! Jawab orang itu: Tuan, biarkanlah dia tumbuh tahun ini lagi, aku akan mencangkul tanah sekelilingnya dan memberi pupuk kepadanya, mungkin tahun depan ia berbuah; jika tidak, tebanglah dia!"

 

Dalam Lukas 13:6-9, pohon ara itu tidak ditebang. Tiga tahun pertama merupakan tahun-tahun pertumbuhan. Tahun keempat merupakan tahun untuk memangkas dan menyuburkan. Tahun kelima adalah tahun rahmat. Tahun keenam adalah tahun manusia apabila orangnya dibuang kembali pada tingkat dasar pertumbuhannya. Ini adalah ujiannya. Ini adalah tahun percubaan kita untuk menguji kita. Tahun ketujuh adalah tahun perhentian. Itu dilakukan dalam tujuh kitar. Setiap kali kita teruskan kepada pertumbuhan rohani. Selepas setiap Paskah kita teruskan kepada apa saja tugas yang kita perlu lakukan. Kita kemudiannya mengeluarkan hasil-hasil yang cocok dengan pertaubatan. Ini agak rumit tetapi ia dipermudahkan untuk memahami rangka keseluruhannya. Pembinaan Bait adalah berdasar pada penjelasan sistem ini. Bait merupakan perwakilan fizikal bagi pembangunan umat pilihan sehingga mereka memasuki Tempat Maha Kudus. Urutan ini juga diterangkan dalam karya Simson dan Para Hakim (No. 73).

 

Untuk membangun, kita perlu bekerja keras. Kita dipanggil kepada cara pemahaman yang berlainan. Satu-satunya cara untuk sampai ke situ adalah dengan membantu sesama sendiri. Tiada orang yang menang atau kalah. Kita semua harus membantu sesama sendiri untuk melintasi garisan itu. Pada setiap Paskah kita patut bersedia untuk pergi kepada peringkat seterusnya. Kita membantu sesama sendiri, khususnya ketika tahun percubaan keenam itu. Tuhan akan menguji kita dengan keras, untuk melihat sama ada kita mempelajari hukum-hukum kasih, kesabaran, kebaikan hati dan kebenaran. Jika kita tidak mengasihi sesama sendiri, Tuhan akan menguji kita untuk membuktikan perkara ini. Namun kita tidak akan diuji melebihi kemampuan kita dan kita akan diberikan jalan keluar (1Korintus 10:13). Sebelum Paskah, tangan Tuhan diangkat – untuk membantu kita bertumbuh. Kita melihat kelemahan-kelemahan kita sendiri. Kita jangan berputus asa! Juga kita jangan bersikap benar diri dalam sikap kita terhadap sesama sendiri. Aset terbesar yang kita ada adalah hubungan kita dengan Yesus Kristus dan berada dalam pelayanan Tuhan. Aset kedua adalah hubungan dengan sesama sendiri dalam Roh Kudus. Kita mesti berlari dalam perlumbaan ini untuk menang tetapi berjalan beriringan tangan melintasi garisan itu. Kita diperlukan berbuat begitu.