Jemaat-jemaat Allah Al Masehi

[110]

 

 

 

 

Teori Perang Benar

(Edisi 1.0 19950429-19991009)

 

Karya ini merupakan suatu analisis Teori Perang Benar dari segi sejarah dan falsafah yang menunjukkan perkembangan proses ini dengan Augustine dari Hippo dan melalui sistem ortodoks atau katolik dari abad kelima. Makna fatwa paus Unam Sanctam dijelaskan dan implikasi-implikasi di sebaliknya untuk perang dan Teori Perang Benar, dan juga untuk konsep jemaat sebagai satu badan teratur yang eksklusif, di mana keanggotaannya adalah perlu untuk keselamatan. Sejarah doktrin ini hingga ke zaman moden adalah penting sekali kepada orang-orang Kristian yang berpegang pada sebarang pendirian tentang perkhidmatan tentera atau peperangan.

 

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta ă 1995, 1999 Wade Cox)

(tr. 2005)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org

 

Teori Perang Benar



Sehingga zaman reformasi, Jemaat Roman Katolik telah membenarkan penggunaan kuasa sivil dan kependetaannya dengan satu siri ikhtiar falsafah yang licik dan penuh kesalahan. Benda-benda ini cuba menjelaskan penggunaan paksaan dan campur tangan Jemaat dalam kuasa negara meskipun dengan larangan-larangan alkitabiah Perjanjian Baru. Hujahan ini kemudiannya dikenali sebagai Teori Perang Benar dan, selepas Reformasi, tidak dapat diterima sepenuhnya kerana sebahagian dari hujahan ini diperolehi dari literatur patristik (karya penulis Kristian awal). Bagi golongan reformasi, kewibawaan alktabiah sajalah yang menjadi standard dan, dengan itu, konsep Teori Perang Benar terpaksa disekularkan untuk mengembangkan istilah-istilah rujukannya. Untuk memahami asal-usulnya dan, dengan itu, menangani premis-premisnya, perkembangan sejarahnya harus difahami.

 

Dari akhir abad pertama, doktrin Kristian telah diserang dari berbagai pihak, di mana sesetengahnya berlagak sebagai Kristian, dan ada juga yang kemudiannya dianggap sebagai Kristian contohnya golongan Gnostik. Mazhab Kristian bersifat pendamai dan terus begitu hampir keseluruhannya sehingga awal abad ke 4 apabila satu penyatuan paksaan jemaat-jemaat Kristian Barat dan Elagabalistik berlaku di bawah Constantine. Demi untuk menyesuai kepada godaan pengiktirafan empayar, dua golongan muncul yang mendakwa adalah Kristian tetapi sudah lama dicemari kemurtadan. Kumpulan-kumpulan ini kemudiannya dikenali sebagai kumpulan Athanasian sempena Athanasius, Biskop Alexandria (296-373 CE) dan kumpulan Arian sempena Arius, Penatua Alexandria (250-336), di mana kedua-duanya telah dipecat oleh synod (sidang) padat, Arius di Alexandria pada 321 dan Athanasius di Tyre (Tirus) pada 335. Sejarah konflik ini terlalu rumit untuk diceritakan di sini namun ia menyumbang dalam penghasilan banyak teori dan doktrin dan hasil sampingan salah satunya adalah Teori Perang Benar.

 

Jemaat berhadapan dengan dilema menjadi agama rasmi negara dan meneruskan penggunaan kuasa sivil dan ketenteraan yang bertentangan dengan pengajaran doktrin Kristus. Doktrin harus diumumkan. Analisis alkitabiah menyeluruh yang pertama yang kita ada tentang penggunaan kuasa tentera terdapat dalam tulisan-tulisan Augustine, seorang ahli fikir Afrika Utara, yang dibaptiskan sebagai seorang Kristian dan berpelajaran dalam Punic, sejenis bahasa Ibrani dan Latin. Dari 373-383, dia menjadi seorang ahli falsafah Manichea dan Platonist. Dia dibaptis semula pada 387 sebagai seorang pengikut Athanasian. Ambrose dari Milan bersama dengan Theodosius telah menguasai Jemaat Roman untuk kumpulan Athanasian pada tahun 381 dan mengadakan Sidang Constantinople. Penglibatan Ambrose dengan Augustine telah mempengaruhi Augustine untuk menerima kepercayaan tersebut, yang pada waktu itu tentunya dilihat sebagai jalan yang bijak. Theodosius telah menindas paganisme setelah mengalahkan Eugenius pada September 394.

 

Apa yang dikenali sebagai perselisihan Athanasian/Arian telah membawa kepada penganiayaan sengit oleh kumpulan Athanasian atau Trinitarian. Orang Goth dan Vandal adalah Unitarian (Alkitab Gothic bertarikh dari tahun 351). Mereka kemudiannya dipanggil Arians oleh golongan Trinitarian untuk menyembunyikan sebab sebenar pertikaian tersebut. Pertikaian-pertikaian ini terus meningkat lagi kemudiannya apabila Maharani Placidia mengutus orang Goth, dengan dibantu oleh orang Vandal, untuk menentang pemberontakan Count Boniface di Afrika pada 427. Mereka diiringi oleh Maximinius, seorang Biskop Unitarian. Augustine terpaksa membela mazhab Athanasian atau Trinitarian secara umum pada 428.

 

Secara keseluruhannya, perumusan Teori Perang Benar berasal dari tulisan-tulisan Augustine dari Hippo.

 

Ianya suatu rasionalisasi bagi sokongan Kekristianan terhadap penerimaannya sebagai agama negara yang menyatukan. Penerimaan Kekristianan sebagai agama negara bermakna pembabitan berikutnya dalam infrastruktur ketenteraan dan sivil. Susulan itu, kumpulan Augustine menganiaya mazhab-mazhab yang lain. Teori Perang Benar cuba membenarkan aktiviti-aktiviti tersebut.

 

Pandangan Augustine ini telah diambil oleh salah seorang paderi yang dididik dalam sekolah-sekolahnya dan yang menjadi pengikut ajarannya. Paderi yang paling berkuasa ini menjadi Gregory 1 (atau Gregory yang Agung). Dia berjaya menggabungkan kuasa sivil dan kepaderian. Pada tahun 590 dia memulakan penyatuan gereja dan negara. Penyatuan ini kemudiannya membentuk satu siri kumpulan empirik, yang mencapai keterusan relatif sehingga 1850 – kira-kira 1,260 tahun. 1,260 adalah tiga setengah waktu nubuatan. Signifikans skala waktu ini patut disedari oleh pelajar-pelajar Alkitab.

 

Doktrin-doktrin yang ditetapkan oleh Augustine dan Gregory tidak banyak berubah sehinggalah kejadian-kejadian abad ketiga belas mencetuskan pembuatan teori-teori selanjutnya. Mula-mula sekali, oleh Gregory IX pada 1232 dalam konfliknya dengan orang Yunani. Pada 1236, Gregory IX dengan Frederick II menegaskan bahawa Constantine yang Agung telah memberi kuasa duniawi kepada paus dan bahawa semua maharaja dan raja hanyalah pembantu-pembantunya, terikat untuk menggunakan kuasa tentera menurut arahannya. Dari 1265-1272, Aquinas telah mengembangkan tema ini dalam Summa Theologica (pada II II, 40. c.~271) dan bersama dengan tulisan-tulisan Bernard dari Clairvaux dan Hugo dari St Victor et. al., telah mengilhamkan penulisan Fatwa Unam Sanctam yang dikeluarkan oleh Boniface VIII pada 18 November 1302. Ini telah menjadi kata muktamad bagi hujahan kuasa berdua serta penggunaan kuasa yang sah.

 

Doktrin moden Teori Perang Benar bergantung pada status quo (keadaan sedia ada) dan kewujudan negara seperti sedia ada. Ia selanjutnya bersandar pada andaian bahawa jenayah kekerasan adalah ukuran pembenaran Perang Benar. Susulan dari ini terdapat divisi-divisi Jus ad Bellum berkenaan penentuan sesebuah Perang Benar dan Jus in Bello yang mengatur kelakuan para peserta.

 

Untuk melihat bagaimana perbezaan-perbezaan ini dibuat, dan dari mana mereka diperolehi, kita harus melihat pada beberapa premis dari Augustine dan kemudiannya dari Aquinas. Kita akan mengkaji ketepatan mereka dan kemudian melihat pada Unam Sanctam. Dari ini Teori Perang Benar Moden akan diperiksa.

 

Dari tulisan-tulisan politik Augustine kita perhatikan premis-premis berikut. Pada C a, dia membayangkan pengalaman sebelumnya sebagai seorang Platonist apabila dia mengutip dari Cicero: bahawa sebuah negara harus dibentuk agar berkekalan. Justeru itu, kematian bukanlah sesuatu yang lazim bagi sebuah republik berbanding seorang manusia; dan, tiada perang yang harus dilakukan melainkan untuk keselamatan atau untuk kehormatan.

 

Dari rujukan kepada pilihan Saguntine akan kemusnahan negara daripada pecah setia, Augustine menunjukkan bahawa Cicero tidak menyebut apa yang diutamakan, keselamatan atau kesetiaan (orang Saguntine memilih untuk tetap setia dengan sekutu-sekutu mereka kerana janji mereka walaupun mereka sedar bahawa ini bererti penghapusan). Sebab itulah dilema keselamatan itu, dan secara lanjutan kemenangan, dibayangkan berkonflik dengan kesusilaan di sini sebagai iman. Dia mengakhiri dengan

 

Tapi keselamatan kota Tuhan boleh dikekalkan, atau diperolehi oleh iman dan dengan iman, tetapi jika iman ditinggalkan tiada siapapun yang dapat mencapainya.

 

Pada C b dia berkata

Namun keaturan semulajadi yang mengingini keamanan manusia, mentakdirkan bahawa seorang monark patut memiliki kuasa untuk mengadakan perang jika difikirnya perlu dan bahawa askar-askar patut melakukan kewajipan-kewajipan ketenteraannya demi kepentingan keamanan dan keselamatan masyarakat.

 

Dia mengemukakan persoalan yang sangat luar biasa.

 

Apakah kejahatannya dalam perang? Adakah ia kematian sesetengah orang yang tetap akan mati juga supaya orang lain dapat hidup dalam keadaan penaklukan yang aman? Ini hanyalah perasaan tidak suka dari bersifat penakut, bukannya perasaan beriman.

 

Terdapat dua tempat utama yang menjadi bantahan dalam premis ini.

 

 

 

Augustine cuba menyenaraikan kejahatan-kejahatan sejati perang sebagai mencintai keganasan, kekejaman berdendam, permusuhan sengit dan tidak dapat ditenteramkan, perlawanan gila, dan keinginan untuk kuasa, dan sebagainya.

 

Ini kelihatannya seperti bantahan-bantahan kepada Jus in Bello (Keadilan dalam Perang) dan dengan itu berkaitan dengan sekatan atas para peserta. Dia membuat premis ini berdasarkan Roma 13:1 bahawa tidak ada pemerintah, yang tidak berasal atau yang ditetapkan oleh Tuhan, agar seorang yang beriman mungkin berada di bawah seorang raja kafir namun dia boleh berjuang atas dua sebab. Bahawa:

 

 

Selanjutnya dia menyatakan Betapa lagi seseorang itu tidak bersalah yang berperang atas kewibawaan Tuhan? Batas-batas kedudukan ini ternyata di Nuremburg.

 

Augustine tidak berasas dari segi alkitabiah dalam satu siri hujahannya. Pertama, contoh-contoh alkitabiahnya untuk menyokong semua yang di atas adalah disalahgunakan. Lukas 3:14 merujuk kepada baptisan Yohanes Pembaptis sebelum pengenalan oleh Kristus akan Perjanjian Baru. Dalam semua keadaan, semua orang yang dibaptis oleh Yohanes untuk pertaubatan telah dibaptis semula dan tidak memiliki kuasa Roh, sehinggalah penumpangan tangan mereka. Perang-perang yang diizinkan di bawah Perjanjian Lama adalah, terutamanya, untuk memastikan pendudukan Kanaan oleh Israel tidak terganggu kerana dua sebab. Pertama, untuk menggantikan satu bangsa yang telah melepaskan haknya kerana keingkaran dan kedua, untuk menetapkan dengan selamatnya kisah alkitab serta rencana keselamatan.

 

Matius 22:21 merujuk kepada wang ufti dan pemberian kepada Kaisar semua yang menjadi milik Kaisar. Augustine cuba mengambil kesimpulan bahawa oleh kerana wang ufti itu digunakan untuk membayar gaji askar maka Kristus secara tidak langsung membiarkan perang.

 

Matius 8:9-10 merujuk kepada perwira yang meminta Kristus untuk menyembuhkan hambanya. Kerana dia memujinya kerana imannya dan tidak ditegur atau disuruh untuk menukar kerjayanya tetapi sebaliknya peluang itu diambil untuk menjelaskan bahawa terdapat mereka yang dipilih yang bukan dari Israel, contoh ini disalahgunakan. Tiada rekod tentang baptisan orang ini melainkan dia adalah Kornelius pada Kisah 10.

 

Hujahan pada Roma 13:1-6 menuntut ketundukan kepada pihak berkuasa dan pembayaran cukai sebagai tuntutan orang yang percaya. Kenyataan bahawa mereka yang dari dunia membawa pedang dan dibangkitkan oleh Tuhan tidak bermakna bahawa orang yang dipanggil atau umat pilihan harus melakukan yang sama.

 

Respon Kristus kepada Pilatus pada Yohanes 18:36 adalah Kerajaanku bukan dari dunia ini. Jika Kerajaanku dari dunia ini, pasti hamba-hambaku telah melawan supaya aku jangan diserahkan kepada orang Yahudi. Pada ayat 11 dia memerintah Petrus untuk menyarungkan pedangnya. Dari Pentakosta tiada rekod alkitabiah atau dalam rekod Jemaat awal bahawa sebarang Rasul atau penatua pernah membawa senjata atau membiarkannya.

 

Hujahan Augustine berpunca dari dua perkara. Pertama, dia adalah seorang pemurtad Athanasian yang tidak memahami rencana keselamatan dan, kedua, kumpulan Athanasian (kini dipanggil Ortodoks atau Katolik) cuba merasionalkan kepercayaan mereka dengan kuasa mereka yang baru diperolehi; dan doktrin disesuaikan sepadan dengannya.

 

Gregory kemudiannya menyesuaikan rasionalisasi Augustine ini untuk membentuk semula sebuah empayar duniawi dan kependetaan di bawah kuasa Paus yang tertinggi.

 

Gregory IX telah mengulangi pendirian ini yang telah membawa kepada doktrin status quo bahawa semua negara wujud oleh kewibawaan Rom. Apabila kewibawaan ini ditarik balik, ianya dianggap secara umumnya bahawa kekacauan dalaman akhirnya terjadi, kerana semua negara dilepaskan dari sumpah-sumpah kesetiaan.

 

Hujahan status quo Teori Perang Benar kebanyakannya diperolehi dari premis Kewibawaan Paus ini. Pembenaran perang oleh Augustine, dan Gregory berjalan baik ketika terdapat musuh umum atau ancaman luaran kepada empayar (lebih baik kalau kafir). Menjelang 1000 AD empayar ini berkembang baik dalam penubuhan hierarki-hierarki Katolik dengan jabatan-jabatan ketua biskop Gniezno di Poland pada tahun 1000 dan Gran di Hungary pada 1001, dan pada 1018 orang Byzantine telah menduduki Bulgaria.

 

Menjelang 1031 Sepanyol yang beragama Islam telah berpecah dengan penggulingan Khalifah Cordoba yang terakhir dan pada 1050 mereka telah diusir dari Sardinia. Menjelang tahun 1092 orang Almoravid telah memulakan pemerintahan mereka di Sepanyol selatan dengan hanya tiga emir bebas lagi yang tertinggal. Pada 1094 Urban II mengumumkan Perang Salib yang bermula dari Constantinople pada 1097. Demonstrasi bersejarah hujahan status quo itu dilihat dari tahun 1041 dengan pendudukan Melfi oleh orang Norman di bawah Tancred d’Hauteville.

 

Semua negeri feudal di Eropah bergantung pada jemaat bagi perjalanan licinnya. Sistem feudal terbesar yang pernah dibuat adalah Empayar Jerman atau Empayar Rom Suci. Serbuan orang Norman Melfi pada sempadan Lombardy/Byzantine di Itali selatan telah dilihat sebagai satu pengaruh pengacau kestabilan yang serius. Satu perikatan Byzantine timur dan Empayar Rom Suci barat bersama dengan Paus telah cuba menghancurkan mereka tetapi dikalahkan di Civitate dan Leo IX telah ditangkap.

 

Beberapa akibat serius telah menyusul dari ini kerana Paus menyalahkan orang Byzantine kerana kekalahannya. Hasilnya adalah perpecahan Timur/Barat tahun 1054. Disebabkan kedudukan kepausan yang menjadi lemah, beberapa pembaharuan dalaman jemaat telah dipaksa. Bagaimanapun, Nicholas II telah merebut pemilihan kepausan dari tangan golongan paderi dan penduduk Rom dengan mengumumkan Paus hanya dipilih oleh para Kardinal. Untuk memulihkan kestabilan dalam soal kewibawaan, dia telah mengiktiraf orang Norman, yang menjelang 1060 telah menakluki seluruh Itali selatan, dan pada 1061 telah menyingkirkan orang Muslim dari N.E. Sicily. Pertikaian atas perlantikan biskop-biskop telah menjadi kepentingan asas dalam persoalan ini. Suatu perselisihan telah meletus antara Maharaja Henry IV dan Paus Gregory VII (Hildebrand) pada 1076. Sesudah pengucilan Henry, diikuti dengan penyerahan dan penebusan dosa pada 1077, ia akhirnya berkesudahan dengan Henry menduduki Rom pada 1084 dan pemilihan Paus Clement III yang telah memahkotakannya. Hildebrand terus bertahan di Castel San Angelo dan kemudiannya diselamatkan oleh Robert Guiscard yang berbangsa Norman.

 

Jauh daripada menjadi sekadar penaklukan dan pertengkaran yang tidak berkaitan, perjuangan-perjuangan ini menjadi asas kepada persoalan tentang siapakah yang menetapkan status quo serta kesahihan identiti negara, yang menjadi dasar kepada Teori Perang Benar.

 

Sepanjang tempoh perluasan kuasa Norman dan dari kira-kira 1066 berlakunya peningkatan banyak dalam pembinaan dan pembentukan biara. Dari 1076 (di Salerno), dasar telah disediakan untuk penubuhan Universiti. Pada 1098 Robert telah mengasas kumpulan Cistercian di Citeaux dan sekolah Dialectic telah dibuka oleh William dari Champeaux di Paris pada 1104 yang memulakan universiti di situ. Pada 1107 Synod Westminster telah menyelesaikan kontroversi perlantikan biskop-biskop, di England, antara Anselm, Ketua Biskop Canterbury, dan Henry I dengan pentahbisan bersama dipersetujui. Pada waktu itu juga, perluasan kota bermula di Eropah barat dan Zaman Pertimbangan (kemudiannya dibantu pada 1210 dengan pengasasan kumpulan Franciscan) bermula, walaupun doktrin-doktrin Abelard telah dikutuk oleh Sidang Sens pada 1141. Pada 1115, Bernard telah mengasaskan Biara di Clairvaux. Pada 1122, Concordat di Worms antara Paus Calixtus II dan Henry V, Maharaja Jerman atau Rom Suci, telah menyelesaikan persoalan perlantikan kependetaan di Eropah yang walaupun kelihatan seperti satu kompromi, adalah satu kekalahan bagi Empayar yang sangat-sangat memerlukan kesetiaan eksklusif kependetaannya. Dengan keputusan ini, penubuhan negara-negara dan status quo terus kukuh di dalam kepausan.

 

Menjelang 1158, pengakuan Frederick Barbarosa terhadap hak pelajar di Bologna menandakan permulaan rasmi universiti di situ dan Universiti Paris muncul sebagai badan teratur. Menjelang 1160-62, Henry, Duke Singa untuk Saxony, telah menakluki orang Wends dari Lower Elbe yang dipaksa untuk menerima Roman Katolikisme dan pada 1164, jabatan Ketua Biskop Upsala di Sweden telah diasaskan.

 

Dengan penubuhan sebuah sistem negara feudal yang cukup stabil di bawah penguasaan Roman Katolik dengan penundukan rusuhan dalaman serta ancaman luaran, dua perkara berlaku. Pertama, letusan populasi dan, kedua, minat dalam falsafah dan sains telah terbentuk.

 

Jajahan perang-perang salib mula runtuh, bermula pada 1145 dengan penaklukan semula Edessa oleh orang Turki dan penghapusan Tentera Yerusalem oleh Saladin pada 1187. Keadaan ini menyebabkan Paus memperkenalkan perang-perang salib yang baru yang diketuai oleh Raja-raja England dan Perancis, iaitu Richard Lionheart dan Phillip II.

 

Satu reaksi menarik terhadap keadaan yang baru ini adalah roh atau semangat tidak bertoleransi yang timbul di Eropah. Jemaat Tuhan telah mengasaskan dirinya di Perancis Selatan, Sepanyol dan sedikit sebanyak di Jerman, Austria-Hungary dan Ukraine di timur. Kerana ia memelihara perayaan-perayaan yang sama seperti Jemaat Yahudi yang asal, ia disamakan dengan orang Yahudi. Pada 1182, Phillip II mengeluarkan satu perintah yang melarang semua orang Yahudi dari Perancis. Wilayah selatan terdiri dari sama ada tanah-tanah sewaan Inggeris atau tanah yang dituntut mereka dan hasilnya adalah jemaat, yang dipanggil Albigensian, masih lagi menduduki kawasan-kawasan Toulouse, Languedoc, Gevaudan dan bahagian-bahagian Provence dan Guyenne menjadi tempat simpanan untuk “orang Yahudi” seperti mana Sepanyol dan kemudiannya Portugal.

 

Pada 1208, tahun Universiti Oxford bermula, Innocent III telah mengadakan perang salib terhadap pembidaah-pembidaah ini. Mazhab yang dipanggil Cathars (iaitu Cathari atau Puritan) telah muncul di tempat-tempat yang sama dan amalan-amalan terdakwa merekalah yang telah menjadi pembenaran untuk perang salib itu.

 

Pada 1226 Louis VII telah menawan Avignon sebagai sebahagian dari perang salib itu dan terdapat satu siri perintah paus yang dikeluarkan berkaitan pembenaran untuk perang salib itu serta pelaksanaan perang salib tersebut. Pada 1229, perang salib ini berakhir dengan mahkota Perancis merampas Languedoc dan Pasitan dimulakan di Toulouse. Pada asalnya Benedictine menguasai, penubuhan kumpulan Dominican di Toulouse pada 1215 untuk menentang bidaah ini menyaksikan mereka menguasai Pasitan. Di bawah kumpulan Dominican, Pasitan mencapai puncak-puncak kesesatan, sadisme dan ketamakan yang baru.

 

Perluasan sistem universiti kepada Cambridge pada 1213 dan Padua pada 1222 (dari Bologna) menyaksikan rasionalisasi falsafah terhadap teori-teori Pembenaran Perang dan perang-perang salib serta penindasan bidaah oleh jemaat. Jemaat menjadi mabuk dengan darah orang-orang kudus.

 

Kemustahilan wibawa Perang Benar disoroti oleh konflik antara Gregory IX dan Maharaja Frederick II, apabila Gregory mengucilkan Frederick kerana tidak menyertai perang salib pada 1227, kerana menyertai perang salib pada 1228 dan mendapat semula Yerusalem, tanpa keizinan paus pada 1229.

 

Pada 1241 orang Mongol telah menyerang Poland dan Hungary. Mereka telah berundur setelah mendapat berita kemangkatan Ogadai Khan, namun kekalahan Henry dari Silesia di Liegnitz dan Bela IV dari Hungary di Mohi telah menimbulkan keraguan.

 

Perkembangan pusat-pusat pembelajaran dan pertanyaan, dan masalah-masalah falsafah haluan perang secara sah telah menimbulkan pertanyaan-pertanyaan serius di kalangan golongan pendeta jemaat serta persoalan-persoalan falsafah dan etika yang dibangkitkan oleh perang salib Albig(h)ensian dan pendirian Pasitan memerlukan penjelasan.

 

Demi untuk menyelamatkan Jemaat Rom dari dilema falsafah ini, Thomas Aquinas, salah seorang ahli dogma utamanya, telah didorong untuk mengambil karya-karya Augustine dan mengemukakan satu siri penyelidikan. Jawapan-jawapan kepada poin-poin penyelidikan pada Soalan 40 tentang Perang menjadi asas kepada Teori Perang Benar untuk orang Kristian Athanasian dan dengan itu dunia barat.

 

Poin-poin penyelidikan Aquinas adalah:

  1. Adakah sesetengah perang diizinkan?
  2. Bolehkah golongan pendeta menyertai perang?
  3. Bolehkah pihak yang berperang menggunakan helah?
  4. Bolehkah perang diadakan pada hari-hari raya?

 

Dalam menjawab poin pertama, Aquinas menunjukkan dengan jelas namun tidak mendalam bahawa ianya sentiasa satu dosa untuk mengadakan perang atas sebab-sebab berikut:

a.       Ianya dilarang oleh Tuhan dengan hukuman yang ditentukan, semua yang hidup dengan pedang akan mati oleh pedang.

b.      Ia bertentangan dengan perintah-perintah ilahi Kitab Suci. Contoh yang digunakan Aquinas adalah dari Matius 5:39 di mana Kristus meniadakan doktrin mata untuk mata dan menyatakan:

Tetapi Aku berkata kepadamu: Janganlah kamu melawan orang yang berbuat jahat kepadamu, melainkan siapapun yang menampar pipi kananmu, berilah juga kepadanya pipi kirimu dsb.

 

Ini juga digema oleh Paulus dalam suratnya kepada orang Korintus (pada 2 Korintus 11:20).

 

karena kamu sabar, jika orang memperhambakan kamu, jika orang menghisap kamu, jika orang menguasai kamu, jika orang berlaku angkuh terhadap kamu, jika orang menampar kamu.

 

Poin ini dibuat selepas poin bahawa Iblis menyamar sebagai malaikat terang dan hamba-hambanya menyamar diri mereka sebagai pelayan-pelayan kebenaran (ayat 12-15). Teks ini sangat relevan kepada seluruh soal perang dan pembetulan kesalahan ini.

 

2 Korintus 11:12-21 Tetapi apa yang kulakukan, akan tetap kulakukan untuk mencegah mereka yang mencari kesempatan guna menyatakan, bahwa mereka sama dengan kami dalam hal yang dapat dimegahkan. 13 Sebab orang-orang itu adalah rasul-rasul palsu, pekerja-pekerja curang, yang menyamar sebagai rasul-rasul Kristus. 14 Hal itu tidak usah mengherankan, sebab Iblispun menyamar sebagai malaikat Terang. 15 Jadi bukanlah suatu hal yang ganjil, jika pelayan-pelayannya menyamar sebagai pelayan-pelayan kebenaran. Kesudahan mereka akan setimpal dengan perbuatan mereka. 16 Kuulangi lagi: jangan hendaknya ada orang yang menganggap aku bodoh. Dan jika kamu juga menganggap demikian, terimalah aku sebagai orang bodoh supaya akupun boleh bermegah sedikit. 17 Apa yang aku katakan, aku mengatakannya bukan sebagai seorang yang berkata menurut firman Tuhan, melainkan sebagai seorang bodoh yang berkeyakinan, bahwa ia boleh bermegah. 18 Karena banyak orang yang bermegah secara duniawi, aku mau bermegah juga. 19 Sebab kamu suka sabar terhadap orang bodoh, karena kamu begitu bijaksana: 20 karena kamu sabar, jika orang memperhambakan kamu, jika orang menghisap kamu, jika orang menguasai kamu, jika orang berlaku angkuh terhadap kamu, jika orang menampar kamu. 21 Dengan sangat malu aku harus mengakui, bahwa dalam hal semacam itu kami terlalu lemah. Tetapi jika orang-orang lain berani membanggakan sesuatu, maka akupun--aku berkata dalam kebodohan--berani juga!

 

Dan lagi pada Roma 12:19

 

Saudara-saudaraku yang kekasih, janganlah kamu sendiri menuntut pembalasan, tetapi berilah tempat kepada murka Allah, sebab ada tertulis: Pembalasan itu adalah hak-Ku. Akulah yang akan menuntut pembalasan, firman Tuhan.

 

c.       Apa saja yang bertentangan dengan kebaikan adalah dosa. Oleh kerana perang adalah lawan keamanan maka ia sentiasanya adalah satu dosa.

 

d.      Dalam poin keempat, Aquinas merujuk kepada amalan jemaat waktu itu, yang mengharamkan pertandingan-pertandingan perang dan menolak penguburan kependetaan untuk mangsa-mangsanya. Oleh itu, jika berlatih untuk perang adalah salah maka perbuatan itu sendiri tentunya salah.

 

Meskipun keadaannya jelas, Aquinas kemudian seterusnya merasionalkan kedudukan tersebut dengan merujuk kepada beberapa falsafah bermula dengan salahtafsir Augustine terhadap Lukas 3:14 berkenaan hakikat bahawa Yohanes tidak menyuruh askar-askar itu untuk meletakkan senjata mereka tetapi sebaliknya untuk jangan merampas dan jangan memeras. Seperti yang sudah kita lihat, ini adalah di bawah Perjanjian Lama dan Kristus telahpun memberikan arahan-arahan khusus, yang diabaikan oleh Augustine.

 

Jawapannya kepada poin ini adalah berdasarkan kenyataan bahawa kuasa-kuasa duniawi sivil yang diizinkan oleh Tuhan haruslah dipatuhi kerana mereka menggunakan pedang selaku hamba Tuhan untuk melaksanakan kemurkaan pada pesalah. Walaupun ditolak untuk individu, kumpulan-kumpulan Kristian boleh menggunakan kuasa sivil dengan kebenaran menggunakan senjata.

 

Bantahan kepada ini adalah bahawa komen-komen Kristus dalam Yohanes 18:36 bahawa kerajaannya bukan di dunia ini jelas menolak tafsiran Aquinas dan Augustine ini. Untuk mengelak dari bantahan ini ianya perlu bagi Gregory dan jemaat mengisytiharkan Kerajaan Tuhan pada bumi ini dalam bentuk Jemaat dan Empayar Rom, dan kepausan sebagai Vikar Kristus.

 

Hujah ini adalah hujah bodoh atas sebab-sebab berikut;

 

Pertama, Daniel 2:44 menunjukkan bahawa dalam zaman akhir sepuluh raja, Tuhan Semesta Langit akan mendirikan sebuah Kerajaan yang tidak akan binasa sampai selama-lamanya. Ia akan meremukkan segala kerajaan dan menghabiskannya. Komennya adalah kedaulatan itu tidak akan diserahkan kepada satu lagi bangsa lain. Batu itu adalah Kristus dan semua kerajaan yang disebutkan itu akan diakhiri untuk selamanya. Hakikat bahawa terdapat berbagai negara yang berperang yang terus wujud menggagalkan hujah Roman itu.

 

Kedua, komen-komen dalam Wahyu menunjukkan suatu Milenium selama 1,000 tahun yang cuba diambil oleh Rom untuk dirinya sendiri, dan Aquinas tentunya telah menerimanya sebagai tempoh yang dijangka berakhir pada 1590 dengan penghakiman dan kebangkitan. Seperti yang kita tahu, 1590 berlalu tanpa kejadian sebegitu dan hujah tersebut luput bersamanya. Wahyu telah disusun semula dan ditafsir semula untuk memuatkan teori Katolik seperti mana Daniel 2 dan 11 telah diabaikan dengan mudah sekali. Dengan itu, jawapan Aquinas dalam penyelidikan pertama adalah tidak relevan kepada Kekristianan dan tiga tuntutannya itu hanyalah spekulasi-spekulasi falsafah berciri duniawi yang menandakan seorang pendeta yang murtad.

 

Bagi dia, tiga perkara yang perlu bagi mengadakan Perang Benar adalah:

  1. Kewibawaan pemerintah yang mengadakan perang itu (di mana kuasa untuk menasihat dan mengisytiharkan perang adalah hak mereka yang mempunyai kekuasaan tertinggi).
  2. Alasan yang benar diperlukan. Dari Augustine ianya disifatkan sebagai alasan yang membalas kesalahan, sama ada dengan menghukum negeri-negeri yang menolak untuk menebus perbuatan-perbuatan biadap yang dilakukan oleh raykatnya atau untuk mengembalikan apa yang telah dirampasnya secara kasar.

 

Poin ini betul-betul berlawanan dengan sentimen yang ditunjukkan oleh Kristus pada Matius 5:38-42 hinggakan kita harus berasa takjub terhadap sikap dua muka Aquinas dalam menyatakannya.

 

Matius 5:38-42 Kamu telah mendengar firman: Mata ganti mata dan gigi ganti gigi. 39 Tetapi Aku berkata kepadamu: Janganlah kamu melawan orang yang berbuat jahat kepadamu, melainkan siapapun yang menampar pipi kananmu, berilah juga kepadanya pipi kirimu. 40 Dan kepada orang yang hendak mengadukan engkau karena mengingini bajumu, serahkanlah juga jubahmu. 41 Dan siapapun yang memaksa engkau berjalan sejauh satu mil, berjalanlah bersama dia sejauh dua mil. 42 Berilah kepada orang yang meminta kepadamu dan janganlah menolak orang yang mau meminjam dari padamu.  (RSV)

 

Relevans dalam mengadakan perang untuk membetulkan kesalahan mengandaikan adanya kawalan atas saiz dan ciri perang itu atau bahawa perampasan harta milik adalah lebih besar dari apa yang dianggarkan hilang dalam perang tersebut. Sejarah telah menunjukkan bahawa premis ini salah sepenuhnya seperti ia sememangnya dapat dibuktikan apabila Aquinas menulisnya. Tujuannya adalah untuk membenarkan (bersama dengan premis ketiga) pelaksanaan perang-perang salib dalaman dan luaran yang berbentuk agama.

 

  1. Tuujuan yang betul. Para peserta harus bertujuan untuk menggalakkan yang baik dan menghindari kejahatan. Aquinas menyebut semula hujah Augustine bahawa

 

Di kalangan penyembah sejati Tuhan, perang-perang ini dilihat sebagai mendamaikan dan yang diadakan bukan dari pengagungan atau kekejaman, tetapi dengan tujuan mencapai keamanan, atau menindas kejahatan dan menyokong kebaikan.

 

Aquinas bersetuju bahawa perang mungkin memenuhi dua tuntutan pertama itu namun masih lagi salah disebabkan tujuan jahat. Pertimbangan Augustine terhadap tujuan dan kelakuan digunakan sebagai pengecualian kategori ini maka pertimbangan-pertimbangan Jus in Bello yang secara kolektifnya dipegang atau dipegang oleh kuasa boleh menjadi kriteria Jus ad Bellum.

 

Hujahan Augustine adalah bahawa menghunus pedang bererti untuk melengkapi diri dengan senjata atau untuk menumpahkan darah tanpa perintah atau keizinan pihak berkuasa yang lebih tinggi atau sah. Aquinas bersetuju dari sini bahawa penggunaan pedang oleh pihak-pihak berwibawa pemerintah; atau seorang tokoh awam yang bersemangat dalam keadilan adalah boleh dikatakan mengikut kewibawaan Tuhan dan dengan itu tidak boleh dihukum.

 

Dia menjelaskan ini dengan hakikat bahawa mereka yang menggunakannya secara berdosapun tidak selalunya dibunuh tetapi mereka akan sentiasa mati oleh pedang kerana mereka akan dihukum untuk selamanya kerana penggunaan mereka yang berdosa itu melainkan mereka bertaubat.

 

Hujahan Aquinas di sini tidak mempunyai asas alkitabiah, dan sememangnya bertentangan dengan Alkitab dan pastinya adalah hasil pertimbangan secara duniawi.

 

Artikel Penyelidikan kedua Aquinas adalah sama ada ianya dibenarkan untuk pendeta dan biskop berlawan.

 

Dalam menangani premis ini dia menggunakan autoriti Gregory (Hom in Ev XIV) dan Leo IV yang telah memerintah para pendeta untuk berdepan dengan orang Saracen. Dia juga membuat premis utama dalam teori membiarkan kesalahan apabila dia memperkenalkan pada bantahan 3 bahawa menurut Roma 1:32 setiap orang yang melakukan hal-hal demikian, patut dihukum mati, mereka bukan saja melakukannya sendiri, tetapi mereka juga setuju dengan mereka yang melakukannya. Ini, yang melebihi mereka yang setuju dengan hal-hal demikian, adalah mereka yang mendorong orang lain melakukannya. Seperti mana Adrian telah mendorong Charles untuk berperang dengan orang Lombard, dengan contoh ini mereka juga dibenarkan untuk berlawan. Nampaknya Aquinas berhujah bahawa mendorong orang lain bukan saja perbuatan menyetujui tetapi juga menyetujui penyertaan secara logiknya. Sememangnya inilah yang harus dirumuskan dari hal ini.

 

Pada bantahan 4 Aquinas menyetujui konsep perang salib atau Perang Suci atas kebenaran literatur patristik namun memetik Kristus dengan betul pada Matius 26:52 yang menyuruh Petrus untuk Masukkan pedang itu kembali ke dalam sarungnya, (Vulgate menulisnya tempatnya walaupun sarungnya adalah dari Yohanes 18:11).

 

Dalam premis inilah Aquinas memperkenalkan konsep bukan pejuang atas premis kepentingan kewajipan. Perang adalah dilarang kepada seorang pendeta atas premis bahawa ia adalah bersifat sekular (dari 2 Timotius 2:14 di mana Aquinas menggunakan kata-kata lain untuk komen-komen Paulus). Dia selanjutnya mendekrikan bahawa sesiapa yang menumpahkan darah menjadi tidak tetap dan, dengan itu, para pendeta akan menjadi tidak layak untuk kewajipan utama mereka kerana perang menghala kepada penumpahan darah. Atas sebab-sebab ini sesiapa yang dipanggil kepada iman ini, pendeta atau bukan, akan dicegah, namun Aquinas tidak membincangkan perkara ini.

 

Dia menyebut bahawa Prelate (golongan paderi berpangkat tinggi) adalah dicegah atas sebab-sebab bahawa senjata-senjata yang tersedia untuk mereka adalah rohani seperti yang dinyatakan oleh Paulus pada 2 Korintus 10:4 karena senjata kami dalam perjuangan bukanlah senjata duniawi, melainkan senjata yang diperlengkapi dengan kuasa Allah. Untuk seorang pendeta dengan kebolehan Aquinas berhujah bahawa golongan pendeta dicegah dari peperangan oleh teks ini dan berhujah di tempat lain bahawa anggota lain dibenarkan menyertai perang adalah sesuatu yang tidak masuk akal. Ayat sebelumnya menyatakan Memang kami masih hidup di dunia, tetapi kami tidak berjuang secara duniawi. Ayat 4 juga dipendekkan oleh Aquinas dan termasuk untuk meruntuhkan benteng-benteng.

 

2Korintus 10:4 karena senjata kami dalam perjuangan bukanlah senjata duniawi, melainkan senjata yang diperlengkapi dengan kuasa Allah, yang sanggup untuk meruntuhkan benteng-benteng. (RSV)

 

Aquinas berhujah juga dari Yosua 6:4 bahawa golongan pendeta diizinkan untuk mengiringi tentera dalam peperangan tetapi tidak berlawan. Dia juga menegaskan bahawa ianya kewajipan golongan pendeta untuk memecat dan menasihati orang lain untuk berperang dalam Perang-perang Benar tetapi adalah dilarang untuk mengambil senjata, bukan kerana ia satu dosa tetapi kerana pekerjaan sebegitu tidak padan dengan perwatakan mereka.

 

Dia juga menegaskan bahawa walaupun ianya berjasa untuk mengadakan Perang Benar, ianya dijadikan tidak sah dari segi hukum untuk para pendeta atas sebab-sebab yang sama seperti mana perkahwinan patut dicela dalam mereka bersumpah keperawanan.

 

Walaupun membosankan, contoh-contoh yang dipetik di atas adalah berguna untuk memahami jenis fikiran yang diperlukan untuk merasionalkan konflik-konflik mutlak yang timbul dari pendirian-pendirian yang diambil oleh jemaat antara abad keempat dan ketiga belas. Premis-premis inilah yang menguasai pemikiran manusia dan telah memutarbelitkan sikap-sikapnya hingga hampir tidak dapat diperbetulkan.

 

Aplikasi kekebalan dari pertempuran dan peranan bukan pejuang berpunca secara langsung dari Aquinas. Dari hujah-hujahnya, ianya cukup munasabah untuk berpendapat bahawa semua pendeta patut ditembak serta-merta sebagai subjek operasi tentera yang intensif atas sebab-sebab kebersalahan yang lebih besar dari para pesertanya. Doktrinnya mengizinkan alasan penghapusan sistematik dari sini dan dasar-dasar semua pendeta berikutnya yang menyokong Perang Benar.

 

Artikel ketiga Aquinas jelas menunjukkan kenapa perang membawa kepada helah dan muslihat dalam contohnya Ambushes (Serangan Hendap) dan bahawa ini secara langsungnya bertentangan dengan hukum alkitabiah (contohnya Matius 7:12). Dalam apa yang mungkin boleh dilihat sebagai rasionalisasi yang paling mentertawakan sekali, pendeta ini membenarkan kerahsiaan dalam berkempen, bukan atas sebab-sebab kepraktikan tetapi mengikut Matius 7:6 Jangan kamu memberikan barang yang kudus kepada anjing. Lebih lanjut lagi, ianya dianjurkan dari tulisan Augustine (QQ in Heptateuch, qu X super jos), asalkan perang itu benar ianya bukan masalah keadilan sama ada ia diadakan secara terbuka atau dengan serangan hendap, dan membuktikan ini dari Yosua 8:2.

 

Yosua 8:2 dan haruslah kaulakukan kepada Ai dan rajanya, seperti yang kaulakukan kepada Yerikho dan rajanya; hanya barang-barangnya dan ternaknya boleh kamu jarah. Suruhlah orang bersembunyi di belakang kota itu." (RSV)

 

Aquinas menunjukkan kenapa serang hendap melanggar prinsip-prinsip kelakuan suci dan baik namun menterbalikkan bantahannya atas alasan yang paling lemah sekali.

 

Dengan itu kita rumuskan dari sini bahawa dalam Teori Perang Benar tidak ada batasan kepada muslihat atau propaganda. Bagaimanapun Aquinas berdalil bahawa terdapat batasan kepada muslihat. Menipu musuh melalui pernyataan palsu atau dengan melanggar janji-janji adalah pelanggaran hak-hak perang dan perjanjian yang patut dipatuhi. Ini diperolehi dari Ambrose (De Offic 1). Ketidakbolehgunaan sentimen-sentimen itu sepenuhnya dan konflik kedudukan Aquinas adalah nyata sekali.

 

Aquinas menganjurkan dari tulisan Apocryphal (1 Maccabees bab 41) bahawa ianya dibenarkan untuk berlawan pada hari-hari raya. Mungkin inilah sebabnya kenapa tulisan yang tidak betul dimasukkan dalam kanun Katolik.

 

Dia sedar tentang kecaman Yesaya pada 18:3 tentang memukul dengan tangan, dan seterusnya pada hari-hari raya namun mengelirukan semua ini dengan hari-hari Sabat. Dalam satu rasionalisasi paling luar biasa sekali yang difikirkan dapat dilakukannya, dia mewajarkan, dari Yohanes 7:23, bahawa oleh kerana Kristus menyembuh pada hari Sabat maka ianya diizinkan untuk menghancurkan sesama sendiri pada hari Sabat untuk melindungi kebajikan bersama orang beriman kerana tidak berlawan akan mencuba Tuhan.

Doktrin Katolik kemudiannya bergantung pada rasionalisasi pendeta ini dan pada Sidang Trent, Summa Theologica telah ditinggikan bersama-sama dengan tulisan-tulisan patristik dan Fatwa-fatwa Paus hingga setara dengan Kitab Suci sebagai tiga tonggak keimanan Katolik (lihat Catholic Encyclopedia artikel St. Thomas).

Unam Sanctam

Dari tulisan-tulisan ini, penyusunan Teori Perang Benar muncul dalam Fatwa Paus Unam Sanctam [Latin – Satu yang Kudus (iaitu Jemaat)]. Dikeluarkan pada 18 November 1302 sewaktu perselisihan dengan Phillip yang Adil, ia timbul dari Sidang Roman Oktober 1302 dan telah dimasukkan dalam Corpus juris canonici dan dengan itu ditetapkan sebagai hukum kanun definitif tentang subjek kewibawaan dan kekuatan.

 

Tuntutan-tuntutan dogmatik utama berkenaan kesatuan dan keperluan menganggotai jemaat serta kedudukan Paus sebagai ketua tertinggi dan kewajipan yang timbul dari situ untuk tunduk kepadanya untuk keselamatan. Kedudukan ini dianggap menekankan kepentingan yang lebih tinggi untuk yang rohani berbanding yang sekular.

 

Usul-usul utama Fatwa ini adalah:

 

Pertama, kesatuan jemaat dan keperluan menganggotainya diperolehi dengan merujuk kepada bahtera banjir yang satu dan jubah Kristus yang tidak berjahit. Seperti mana adanya kesatuan badan begitu juga adanya kesatuan kepala dalam Paus sebagai pengganti kepada St Petrus, iaitu sesiapa yang tidak tunduk kepada Paus menyangkal dirinya adalah domba Kristus. Kedudukan ini bertentangan sepenuhnya dengan doktrin-doktrin jemaat Perjanjian Baru serta strukturnya, dan nubuatan Perjanjian Baru, khususnya Wahyu bab 2 dan 3.

 

Kedua, empat prinsip dan kesimpulan berikut berasal dari Fatwa ini:

 

  1. Di bawah kuasa jemaat adalah dua pedang iaitu dua kuasa yang merupakan ungkapan teori zaman pertengahan tentang dua pedang, pedang rohani dan pedan sekular. Ini dibuktikan dengan rujukan yang biasa dibuat kepada pedang-pedang para Rasul pada penangkapan Kristus (Lukas 22:38 & Matius 26:52).

 

Lukas 22:38 Kata mereka: "Tuhan, ini dua pedang." Jawab-Nya: "Sudah cukup." (RSV)

 

Matius 26:52 Maka kata Yesus kepadanya: "Masukkan pedang itu kembali ke dalam sarungnya, sebab barangsiapa menggunakan pedang, akan binasa oleh pedang. (RSV)

 

  1. Kedua-dua pedang ini dianggap dikuasai oleh jemaat, pedang rohani dipakai oleh golongan pendeta dan pedang sekular digunakan untuk jemaat oleh pihak berkuasa sivil tetapi berada di bawah arahan kuasa rohani itu (ini menjawab Wahyu 13:15 dengan lengkap).

 

Wahyu 13:15 Dan kepadanya diberikan kuasa untuk memberikan nyawa kepada patung binatang itu, sehingga patung binatang itu berbicara juga, dan bertindak begitu rupa, sehingga semua orang, yang tidak menyembah patung binatang itu, dibunuh. (RSV)

 

  1. Pedang yang satu harus lebih rendah dari yang satu lagi, kuasa sivil harus tunduk kepada kuasa rohani yang mempunyai keutamaan disebabkan kebesaran dan kemuliaannya dan juga mempunyai hak untuk membimbing dan mengukuhkan kuasa sekular tersebut, mempunyai kuasa penghakiman atasnya apabila ia tidak bertindak dengan betul. Kuasa duniawi dihakimi oleh kuasa rohani, yang sebaliknya dihakimi oleh kuasa rohani tertinggi (kepausan) yang seterusnya dihakimi oleh Tuhan. (Kelihatannya dari sini bahawa autoriti Perang Benar adalah berbentuk feudal atau hierarki ketat).

 

  1. Kuasa ini, walaupun diberikan dan dilaksanakan oleh manusia, adalah kuasa ilahi dan dianugerahkan kepada Petrus dengan perintah ilahi dan disahkan di dalam dia dan pengganti-penggantinya. Sesiapa yang menentang kuasa yang ditahbiskan Tuhan ini menentang hukum Tuhan dan, seperti seorang anggota Manichean (yang berpegang pada teologi dualist), harus menerima dua prinsip. Demikianlah kami mengisytiharkan, mengatakan, menentukan dan mengumumkan bahawa untuk setiap manusia ianya perlu untuk keselamatan untuk tunduk kepada kewibawaan Paus Roman.

 

Dari deklarasi pada ruang samping teks rekod itu, ayat terakhir dianggap sebagai definisi sebenar Fatwa ini. Declaratio quod subesse Romano Pontifici est omni humanś creaturś de necessitate salutis (diterjemahkan di sini dinyatakan bahawa untuk keselamatan ianya perlu untuk setiap manusia tunduk kepada kewibawaan Pontiff Roman).

 

Ini telah sentiasa menjadi ajaran jemaat dan ianya diumumkan dengan pengertian yang sama oleh sidang kegerejaan Lateran Kelima pada tahun 1516. …Fatwa ini juga mengisytiharkan penundukan kuasa sekular kepada kuasa rohani selaku kuasa yang lebih tinggi dan merumus dari kesimpulan ini bahawa wakil-wakil kuasa rohani boleh melantik pemilik-pemilik kuasa sekular dan melaksanakan penghakiman atas pentadbiran mereka …

 

Ini adalah prinsip dasar, yang telah terhasil dari seluruh perkembangan kedudukan utama kepausan dalam keluarga kebangsaan Kristian Eropah Barat pada awal Zaman Pertengahan. Ia telah diungkap sejak dari abad kesebelas oleh ahli-ahli teologi seperti Bernard dari Clairvaux dan John dari Salisbury, dan oleh paus-paus seperti Nicholas II dan Leo IX. Boniface VIII memberinya ungkapan tepat dalam menentang tatacara Raja Perancis. Usul-usul utamanya diambil dari tulisan-tulisan St Bernard, Hugo dari St Victor, St Thomas Aquinas dan surat-surat Innocent III.

 

Fatwa dan kedudukan Kanun diperolehi dari keadaan-keadaan sebenar Eropah Barat zaman pertengahan (Catholic Encyclopedia (1912), artikel Unam Sanctam, halaman 126-127).

 

Oleh itu ianya ditunjukkan dengan mendalam dari atas bahawa pendirian Perang Benar adalah satu doktrin Jemaat Roman Katolik dan diperkembangkan dari pembenaran penaklukan dan perluasan luarannya serta penganiayaan dalamannya yang taksub.

 

Dari 590 hingga 1850, selama 1260 tahun, kuasa ini cuba mencapai penguasaan dunia dengan apa saja cara yang ada padanya, secara sivil dan teologi, meresapi setiap aspek hukum dan masyarakat, menggunakan kuasa dan kawalan mutlak. Dengan ketakutan dan penindasan, dibenarkan oleh rasionalisasi secara falsafah dan alkitabiah, ia menjadi perempuan sundal yang membaham minoriti-minoriti dalamannya dengan rakus dan mabuk dengan darah orang-orang kudus dan saksi-saksi (Wahyu 17:6).

 

Dengan Reformasi abad ketujuh belas, para pembaharu cuba menyusun kelakuan etikanya dengan menolak kepausan dan mendapati dirinya dalam keadaan kontradiksi falsafah dan sejarah yang melampau.

 

Berhubungan Teori Perang Benar ianya dirumuskan bahawa, tanpa autoriti Rom, doktrin Status quo tidak bermakna. Tentunya ia terbuka kepada kecaman seperti ayat Stalin yang sederhana (iaitu Berapa banyak divisi yang dimiliki Paus?) dan Napoleon (Tuhan menyebelahi pihak yang mempunyai batalion besar). Doktrin ini wujud hanya di mana negara-negara mengakuinya dan membatasi diri mereka kepadanya.

Disebabkan masalah sedia ada ini, semua negara dan pemimpin telah berusaha untuk menggantikan Rom dengan autoriti sedunia sekular dan gerakan masakini untuk mencapai Kerajaan Sedunia sedang meningkat dengan disokong oleh Eropah Tengah yang negara-negaranya ingin melihat kebangkitan semula Empayar Rom Suci dari Eropah yang menguasai dunia. Negara-negara Bersatu Eropah yang baru ini dijadualkan untuk bersatu pada 1992 sebagai negara berfungsi yang lengkap. 1990 menyaksikan Perjanjian Warsaw hancur.

United Kingdom telah mengesahkan Akta Eropah Tunggal 1996 dan menyerahkan kuasa kepada Parlimen Eropah dan secara berkesannya membatalkan hak-hak monarki dan kedaulatan mutlak rakyat British (butir-butirnya terdapat dalam karya T. C. Hartley, Foundation of European Community Law, Oxford, 1981 dan menunjukkan perkembangan dari Perjanjian Rom sehinggalah peristiwa ini). England telah mengikat dirinya dengan begitu ketat sekali kepada sistem Eropah di bawah Perjanjian Rom hinggakan penyusunan semula politik dalamannya hanya mungkin dari segi undang-undang dengan penggantian dari Eropah di mana ini sendirinya boleh diisytiharkan tidak sah oleh Eropah dan mewajarkan serangan ke atasnya dengan alasan Teori Perang Benar seperti di atas.

Di bawah doktrin-doktrin yang ditetapkan oleh hukum kanun, keamanan dunia adalah mustahil melainkan Eropah dan Rom mencapai kekuasaan sedunia mutlak serta melaksanakan kuasa sivil dan kepaderian sepenuhnya. Sejarah telah membuktikan bahawa apabila ia dianggap boleh dicapai, Eropah dan Rom akan bertindak untuk mencapai tujuan ini. Maka dari segi sejarah Teori Perang Benar hanya boleh dilihat sebagai satu alat pembenaran diri golongan Kristian Athanasian Eropah untuk cita-cita agama-politiknya. Doktrin ini juga sama-sama diaplikasikan kepada doktrin Hadis Islam dan kepada ideologi Marxist-Leninist. Usaha-usaha masakini untuk melapiskan ideologi Marxist pada Teologi Roman di Amerika Selatan dilihat sebagai satu cara untuk menggabungkan dua dari tiga kumpulan ini. Pergerakan agama zaman baru ini adalah satu lagi aspek campuran sinkretik ini untuk autoriti sedunia dan dengan itu menubuhkan struktur-struktur kuasa, yang membenarkan status quo.

Kitab Wahyu menunjukkan, secara kiasan, bagaimana urutan sejarah ini berlangsung. Ia menunjukkan urutan sebab dan akibat bermula dengan penunggang kuda Wahyu: iaitu agama palsu, yang melengkapi dirinya dengan panah dan ingin menakluk lalu mencetuskan tindakbalas rantai yang berlanjutan selama 1,400 tahun dan akhirnya membawa kepada penubuhan sebuah kerajaan dunia, yang, dengan pemberian kuasa mutlak, menganiaya semua yang berada dalam kuasanya, dan yang bukan dalam kuasanya, sehinggalah ia digulingkan oleh kedatangan semula Kristus. Ahli-ahli falsafah, sememangnya, menolak aspek-aspek agama hujahan ini dan cuba mengertikan hujah-hujah mengenai meritnya dan dengan itu gagal untuk memahami segala tujuan serta parameternya.

Teori Perang Benar moden mengikuti rapat pertimbangan-pertimbangan yang ditetapkan oleh ahli-ahli teologi Katolik. Syarat-syaratnya adalah:

  1. Autoriti yang Betul
  2. Sebab yang Benar
  3. Maksud yang Betul
  4. Tujuan damai
  5. Syarat perbandingan,
    1. Kebaikan yang dicapai patut melebihi kerosakan yang dilakukan.
    2. Kamu seharusnya tidak menggunakan cara yang melampau untuk mencapai tujuan kamu.
  6. Kemungkinan untuk berjaya.

Syarat-syarat perbandingan lazimnya dilampaui dalam peperangan yang menyusuli apabila ia meningkat. Tradisi-tradisi Perang Suci kononnya bertentangan dengan badan Teori Perang Benar namun seperti yang telah dibuktikan, Teori Perang Benar terbentuk sebagai pembenaran bagi Perang Suci dan penganiayaan keagamaan.

Ahli-ahli falsafah Protestan berada dalam keadaan yang begitu menyulitkan sekali. Dengan asal-usul jahat rasionalisasi-rasionalisasi alkitabiah yang terbabit dalam premis-premis Teori Perang Benar yang dianjurkan oleh Rom, mereka tertinggal dengan alternatif yang sedikit. Alternatif-alternatifnya terutamanya adalah pasifisme atau kejahatan yang serupa atau rasionalisasi. Kebanyakannya merasionalkan.

Sedangkan perang secara relatifnya tidaklah canggih, ini pula agak tidak berbahaya. Bagaimanapun, peningkatan perang dalam fasa-fasa modennya dari 1860 dengan Perang Saudara Amerika hingga ke perang-perang abad kedua puluh telah menunjukkan kemustahilan konsep-konsep batasan Teori Perang Benar. Dari Clauswitz, kita telah melihat perang moden dijelaskan dalam istilah-istilahnya, yang menunjukkan kecenderungannya ke arah kemutlakan dan kelampauan kebinasaan. Jika ia adalah satu tindakan ganas yang didorong hingga ke batas sempadannya, maka, dengan kemampuan untuk memusnahkan dunia seperti yang kita ketahui, perang harus dilihat sebagai perbuatan gila jenis muktamad di mana manusia dan segala kehidupan akan dibinasakan.

Batas-batas moden yang dikenakan padanya adalah, dari satu segi, perjudian peringkat tertinggi. Kemoralan dianggap tidak mempunyai tempat dalam perhubungan antarabangsa dan hanya untuk kegunaan dalam negeri. Sesungguhnya kemoralan dianggap berbahaya dalam pertimbangan-pertimbangan ini dan kepentingan negara dianggap satu-satunya pertimbangan moral. Kerana sebab inilah kedua-dua kuasa alkitabiah dan sekular memandang ke arah kerajaan dunia bersatu. Hujahan alkitabiah meniadakan negara-negara pada kedatangan semula Kristus. Sesetengah pemimpin politik menganjurkan kerajaan sedunia. Andaian bahawa kerajaan sedunia akan menghapuskan perang dianggap benar dan harganya terhadap kebebasan individu diabaikan. Hasil akhirnya adalah penghapusan besar-besaran.

Dalam evolusi perlahan perang sebagai peralatan politik, kita telah menyaksikan penghapusan perlahan pertimbangan-pertimbangan kehormatan dan sentimen atau kemoralan. Bagaimana sekalipun, hal-hal ini sentiasa dikorbankan pada mezbah kejayaan, kepraktikan dan keberkesanan. Keberkesanan tindakan diutamakan dan lazimnya doktrin hasil akhir membenarkan caranya muncul.

Dari pertimbangan-pertimbangan ini, kecenderungan ke arah hal-hal mutlak akan selalu melampaui batas atau restriksi yang dikenakan padanya. Kecenderungannya kepada yang mutlak akan menjadikannya berkemungkinan untuk terlepas kawalan dan dengan itu menumbangkan tujuan-tujuan politiknya.

Perang terbatas hanya mungkin apabila satu pihak tidak terancam dengan kekalahan mutlak dan mempunyai keunggulan dalam senjata hingga mampu mengawal nasibnya. Di mana dua negara sama tara dalam perang, mereka hanya dihadkan oleh teknologi mereka dan restriksi tertentu yang dipersetujui pada pertimbangan-pertimbangan Jus in Bello. Kes peperangan kimia adalah satu contoh, walaupun perang-perang di Timur Tengah menunjukkan bahawa andaian-andaian yang dipegang sebelumnya tentang pertimbangan-pertimbangan ini adalah rapuh.

Perang mempunyai hasil akhir yang telah dibuktikan dan akan sentiasa cenderung kepada kelampauan. Sebab-sebabnya berakar begitu mendalam dalam pertimbangan-pertimbangan agama atau falsafah yang salah, yang membenarkan pengambilan nyawa manusia dan penguatkuasaan kepercayaan agama atau ideologi hingga menghapuskan kumpulan-kumpulan tidak ganas atau minoriti. Seorang Kristian fundamentalis akan membantah bahawa ianya tidak diizinkan untuk berjuang walaupun untuk mempertahankan negara dan nyawanya, dan sesetengah ahli falsafah cenderung mendakwa bahawa operasi-operasi pertahanan adalah satu-satunya tindakan yang diizinkan di bawah Teori Perang Benar. Maka nampaknya bahawa ini sekalipun adalah palsu.

Tindakan bukan ganas nampaknya hanya berhasil di mana kuasa pemerintahnya terikat oleh pembatas, yang membenarkannya untuk berjaya. Dalam kes India, oleh sebuah sistem perundangan yang menjamin para pesertanya dengan satu bentuk rangka perundangan dalam mana mereka beroperasi. Sebagai contohnya, ianya diragui sama ada Ghandi boleh berjaya terhadap Hitler.

Begitu juga, ianya tidak boleh dianjurkan bahawa pertimbangan-pertimbangan Jus in Bello bersandar pada premis lain selain apa yang dipersetujui para pesertanya sebagai standard kelakuan yang munasabah pada waktu itu. Bagaimanapun, tiada kerasionalan mutlak kepadanya. Sesungguhnya, sebaik saja perang dimulakan, peperangan moden menjadikan syarat-syarat tersebut tidak dapat dipertahankan dan akhirnya hanya dapat dikuatkuasakan dengan keunggulan senjata.

Teori Perang Benar tidak boleh dipertahankan sekarang seperti mana keadaannya apabila para pendeta Rom membentuknya untuk membenarkan keinginan mereka yang tidak tertahan untuk mencapai penguasaan dunia, kuasa dan kekayaan. Keanggotaan sesuatu badan atau pertubuhan sedunia tidak diperlukan untuk keselamatan. Doktrin bahawa Jemaat adalah sebuah struktur atau pertubuhan korporat atau fizikal, di mana keanggotaan di dalamnya adalah perlu untuk keselamatan, adalah satu bidaah. Ianya bidaah yang lebih besar lagi apabila ia mengajar bertentangan dengan hukum Tuhan. Kepala setiap orang adalah Kristus dan kepala Kristus adalah Tuhan (1 Korintus 11:3). Umat pilihan Kristus akan mengikutnya di mana saja dia pergi. 144,000 orang itu mengikutnya dari pemeteraian mereka. Mereka tidak dicemari oleh sistem-sistem jemaat. Mereka bergerak bersama Kristus, tiang Api dan Awan itu (lihat Wahyu 14:1-5).

Penunggang kuda pertama Wahyu atau Apocalypse, iaitu agama palsu, telah dilepaskan dari Sidang-sidang Jemaat awal. Ia menubuhkan dan menggerakkan penunggang kuda kedua iaitu perang. Sesudah tamat 1,260 tahun itu, sistem agama palsu itu telahpun mengasingkan dunia. Ia telah membahagikannya kepada khemah-khemah bersenjata dan menubuhkan sebuah sistem ketenteraan yang mencetuskan peristiwa-peristiwa berantai iaitu revolusi dan peperangan moden. Bermula dengan Perang Saudara Amerika, yang pertama dari perang-perang moden, ia berkembang menjadi perang-perang abad kedua puluh. Berganding dengan teknologi perang adalah materialisme kompleks perusahaan ketenteraan. Penunggang ketiga dan keempat dilepaskan dan menyusul dari dua yang mula-mula. Perang Dunia Ketiga yang akan datang serta perang-perang berikutnya akan membunuh lebih dari dua pertiga planet ini. Berdoalah bersungguh-sungguh “Kerajaanmu datanglah”.

 

q