Jemaat-jemaat Allah Al Masehi

[114]

 

 

 

 

Amsal 31 [114]

(Edisi  2.0 19950520-20000211)

 

Teks yang paling disalah faham dan disalah aplikasikan ini akan diteliti dari segi tujuan spiritualnya. Sering kali kaum perempuan telah tertakluk kepada teks ini oleh teologi yang tidak jelas. Maksud yang sebenar di belakang teks ini memberikan kuasa sebenar kepada kaum perempuan dan tanggung jawab yang lebih besar kepada Jemaat.

 

 

 

 

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta ã 1995, 2000 Wade Cox)

(Tr. 2006)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org

 

Memahami Latar Belakang Tujuan Spiritual Dalam

Amsal 31

 


Karya ini adalah perbandingan di antara Jemaat Allah dalam abad yang kedua puluh dengan pasangan Amsal 31.  Kita akan mengetahui sejauh mana persediaan Jemaat dalam abad yang kedua puluh menjadi perempuan Amsal 31 dan sejauh mana persediaan anggota-anggota Jemaat Allah untuk menjadi gadis kepada isteri Amsal 31.  Ia bukanlah cerita tetang seorang isteri, ia adalah cerita tentang Jemaat dengan hubungannya dengan Yesus Kristus.  Ia adalah kisah umat pilihan.

 

Kristus telah mengatakan kepada kita dengan jelas bahawa tuhan orang-orang kafir menguasai mereka tetapi tidak bersama dengan kita;  Arahan yang paling besar ialah bahawa kita haruslah menjadi pemimpin-pemimpin hamba.  Kita akan memegang teguh dan memberi kuasa; kita harus menyatukan yang patah hari; kita harus menyembuhkan yang sakit; dan kita harus membuat mereka berdiri pada kaki mereka sendiri, dan kita harus menyediakan Israel untuk Kerajaan Allah.  Kita harus menyebarkan keselamatan kepada orang-orang kafir didalam namanya.

 

Jemaat untuk dua ribu tahun adalah anti kepada sistem yang bersifatkan hierarki.  Kita tidak dibenarkan mengamalkan sistem yang bersifatkan hierarki didalam Jemaat.  Bila saja ia terjadi, kita diserang dan kita dipaksa untuk berpecah daripada sistem ajaran yang salah dan kita mengatur diri kita kembali dan memulakan Jemaat baru.

 

Dalam tahun 1930an, satu daripada elemen Jemaat ialah mengatur kembali.  Ia hanya satu elemen Jemaat Allah,  walau bagaimanapun, ia menjadi elemen penting dikalangan orang-orang Amerika.  Ia membentukkan kerajaan yang bersifatkan hierarki berdasarkan kepada sistem katolik.  Ia betul sekali dilihat sebagai sebahagian daripada ajaran golongan Nicolaitans.  Ajaran golongan Nicolaitans telah diduga berasal dari Nicolaus, tetapi berasal dari dua perkataan.  Nikos: bermaksud menakluki atau memerintah, dan laitoons: bermaksud orang-orang tersebut, oleh itu, istilah kaum awam berbeza dengan penginjilan.  Kristus mengatakan bahawa dia membenci ajaran nicolaitan.  Perkara ini telahpun diselidiki dalam aspek kompleksnya. (petikan karya Golongan Nicolaitan (No. 202)).  Sebab mengapa Kristus membenci ajaran tersebut dalam satu aspek ialah ia memecah belahkan saudara-saudara.  Ia tidak membenarkan Jemaat menjadi perempuan Amsal 31.  Ia tidak membenarkan gadis perawan Jemaat untuk menjadi isteri Amsal 31.  Kita semuanya dikehendaki untuk menjadi isteri-isteri Amsal 31.  Amsal 31 tidaklah  berkaitan dengan perempuan keseluruhannya.  Semua kita haruslah bersedia untuk menjadi pengantin perempuan Kristus.  Semua kita haruslah bersedia untuk menjadi pengantin perempuan, sebagai manusia yang diberi panduan secara rohani, dan bersedia untuk menjadi sebahagian daripada Kerajaan Allah.

 

Perkara-perkara ini tidaklah benar secara am terhadap semua anggota.  Apakah yang terjadi ialah bahawa struktur yang bersifat hierarki dan tidak kebertanggungjawapan dibentuk untuk mempengaruhi orang supaya mereka menjadi perkara-perkara ini.  Orang yang tidak menjadi, tidak dikenali, dipisahkan, dan dibuka daripada Jemaat.  Mereka akan dipaksa keluar.  Apa yang terjadi ialah bahawa enam puluh kepada tujuh puluh peratus daripada anggota-anggota yang dibaptiskan dalam Jemaat tersebut di Amerika, Australia dan England telah dipanggil, dibaptiskan, dan dikeluarkan dari Jemaat; telah dibuka keanggotaan atau dipaksa keluar dari Jemaat, sebab mereka tidak bersetuju dengan adat istiadat sosial dan perkara-perkara mengenai penginjilan.

 

Kita mempunyai masa yang singkat untuk menyampaikan berita kepada orang-orang kita and membawa mereka kepada pertobatan dan melindungi mereka.  Ini adalah disebabkan kehidupan dan struktur kita bergantung dengan bagaimana baiknya kita menangani orang kita sendiri sebagai satu bangsa.

 

Konsep mengenai tempat keselamatan, memisahkan umat pilihan dari orang-orang yang mereka tinggal bersama-sama.  Ia menyebabkan pemisahan secara mental diantara orang-orang and Jemaat.  Itulah sebabnya ajaran itu salah dan bertentangan dengan ajaran yang dibentuk Yesus Kristus melalui nabi-nabi dan rasul-rasul (cf. the paper Tempat Yang Selamat (No. 194)).

 

Terdapat masa dimana kita akan berhenti berdoa untuk orang-orang kita sendiri sebab mereka akan menjadi tawanan, sebagaimana yang diberitahu kepada nabi-nabi.  “Berhentilah untuk orang-orang ini”.  Tetapi itu bukanlah sekarang, dan itu bukanlah yang kita harus buat sekarang.  Ia akan menjadi lebih jelas apabila sampai masa kita untuk berhenti mendoakan orang-orang ini.

 

Konsep elitisme yang dibentuk oleh struktur pelayanan yang bersifat hierarki tidak dipertanggungjawabkan dibentuk menghasilkan kesetiaan kepada institusi sebagai perniagaan.  Ia bermula dari pemahaman asas tentang apa pembaptisan sebenarnya.  Seseorang tidaklah dibapatiskan didalam Jemaat.  Seseorang akan dibaptiskan didalam tubuh Kristus.  Semua kita dibaptiskan didalam tubuh Kristus, dan jika Jemaat keluar dari landasan, kita mempunyai obligasi untuk mengatur semula and memulakan kembali, seperti mana yang kita telah perbuatkan untuk dua ribu tahun.  Ia tidak kisah berapa kali kita mula kembali, yang penting ialah bahawa kita menurut Yesus Kristus, dan kita membentuk injilnya, dan kita berkumpul bersama-sama sebagai satu fikiran supaya kita boleh melaksanakan kerja tersebut, dan Allah akan menambahkan kepada kita.

 

Proses konversi dan pertobatan dan penyusian mengenai keselamatan Yesus Kristus, dan penempatan dosa-dosa sejauh-jauh dari Timur ke Barat adalah satu realiti.  Pertobatan yang berterusan haruslah difahami oleh semua.  Proses tersebut adalah bahawa semua orang dipanggil kedalam Jemaat.  Mereka dikehendaki untuk mengatasi kelemahan-kelemahan mereka dan ia mengambil masa yang panjang.  Tugas kita ialah untuk menyatukan mereka, berdiri bersama-sama pada kaki sendiri, dan menguatkan mereka.  Proses ini mestilah dibentuk.  Proses tersebut dikurangkan dan kemudiannya ditiadakan dalam struktur yang berbentuk hierarki.  Hierarki cenderung untuk berbuat demikian.  Itulah sebabnya mengapa Kristus berkata terhadap mereka di dalam cara sikap mereka mengendali.  Sistem Allah bukan sistem yang bersifat hierarki, dalam erti kepemimpinan sebagai hamba.  Ia mempunyai autoriti, tetapi autoriti tersebut tidak menghasilkan reaksi-reaksi seperti mana yang dihasilkan oleh hierarki-hierarki dunia.  Kamu mempunyai hierarki dalam ertikata Allah, Kristus dan Jemaat,  tetapi hierarki tersebut tidak menghasilkan perhubungan dengan dunia.  Hierarki-hierarki dunia, orang akan naik dibelakang saudara-saudara untuk mendapatkan status, dan mereka melihat status melalui pandangan yang ganjil.   Mereka mungkin diberi tugas yang mudah untuk dilaksanakan mengikut hubungan mereka dengan pelayanan.  Jika mereka dalam keadaan yang baik dengan pelayanan, mereka akan diberi sedikit keistimewaan.  Jika mereka dalam keadaan yang tidak baik dengan pelayanan, mereka boleh diperlaku secara kejam dalam masyarakat.  Orang telah dilayan dengan kejam dibawah sistem tersebut kerana mereka tidak mengikuti proses pemberian idea-idea.  Itulah cara kamu untuk mendoktrinasikan orang lain.  Kamu berikan mereka tekanan secara berterusan sehingga satu masa nanti mereka akan mengubahkan tabiat untuk menuruti dengan adat istiadat yang kamu telah bentuk didalam Jemaat and menghentikan pandangan mereka sendiri.  Sistem berbentuk hierarki dibentuk untuk menghentikan pandangan secara individu dan memaksa persetujuan dibawah sistem autoritarian, supaya tidak terdapat pengertian yang kukuh terhadap spiritual.  Itulah sebabnya parti Nazi mampu menghentikan pandangan yang mana kelihatan munasabah bagi manusia dan memaksa bencana terjadi.  Bencana tersebut adalah akibat langsung penyingkiran pandangan dibawah sistem diktator.  Sistem tersebut dibentuk oleh Mainsream Roman Catholic dan sistem Jemaat Lutheran di Eropah sebelum perang dunia ke-II.  Jika Jemaat Allah, dibawah sistem tersebut, telah dikendalikan secara duniawi, tidak terdapat perbezaan diantaranya dengan parti Nazi; tiada sama sekali.  Mereka memusnahkan suku kaum dan kumpulan-kumpulan orang.

 

Jadi, konsep keseluruhannya dan nubuatan yang gagal dan penelitian ajaran Jemaat yang kritis mengajukan ancaman kepada Jemaat yang bersifat hierarki, supaya orang yang menilai perkara-peraka secara kritis akan diserang.  Ini bukanlah suara gembala.  Apakah yang dibuat oleh golongan Berean?  Mereka meneliti Alkitab setiap hari, menyediakan semua perkara,  sama ada ianya benar-benar demikian. Membuktikan sama ada sesuatu perkara itu benar atau salah dan bertindak terhadap bukti.  Contoh bagi pendekatan ini boleh dilihat dalam karya Umat Pilihan Sebagai Elohim (No. 1).  Ia disalurkan melalui jaringan elektronik.  Ia telah dibincangkan diseluruh Amerika.  Seorang berbangsa Amerika memberi khotbah yang menyatakan (menyerang penulis) bahawa golongan Berean membuktikan semua perkara, tetapi ia bermakna bahawa mereka menyelidiki Alkitab setiap hari dan membuktikan semua perkara benar.  Mereka tidak membuktikan perkara-perkara supaya salah, dan jika mereka tidak memahaminya, mereka tidak menulis sebarang catatan atau perkara-perkara seperti ini.  Mereka tunggu sehingga Jemaat dapat mengetahui mereka, dan sama ada ia memakan masa empat belas tahun atau lebih, ia tidak kisah.  Mereka hanya duduk dan membuktikan semua perkara benar, bukan salah.  Tindak-tanduk yang tidak rasional ini menghasilkan idea-idea yang tidak bijak dan ia menyumbangkan kepada pembangunan rohani individu yang tidak lengkap.  Pendekatan ini menghancurkan keupayaan individu untuk mendapatkan kuasa didalam nama Yesus Kristus.  Ia melakukan kerja musuh untuknya.

 

Hasil terakhir bagi pelayanan yang bertahun-tahun seperti ini ialah untuk mengeluarkan umat pilihan daripada dunia ini, dan berikan mereka bebanan secara fisiologi dan psikologi sehingga ketahap dimana mereka akan lumpuh.  Adalah tuga kita untuk cuba dan membangunkan orang-orang.  Sekarang, kita akan lihat apa yang dikatakan dalam Amsal 31.

 

Teks

Banyak yang boleh dipelajari dari Amsal 31 apabila kita melihatnya secara keseluruhan dan hubungannya dengan tujuan spiritual.  Secara am, ia telah dianggap sebagai terbahagi dua.  Ia tidak seharusnya dibahagi dua.  Amsal 31 juga adalah pelajaran rohani untuk memberikan kuasa kepada Jemaat.  Mari kita lihat Amsal 31:1-2

 

Amsal 31:1 Inilah perkataan Lemuel, raja Masa, yang diajarkan ibunya kepadanya.

 

Amsal 31:2 Apa yang akan kukatakan, anakku, anak kandungku, anak nazarku?

 

Kedua-dua ayat yang mengelirukan ini mempunyai kesan yang agak besar.  Raja Lemuel tidak wujud.  Tiada rekod mengenai Raja Lemuel dalam sejarah raja-raja di Israel.  Siapakah Lemuel?  Apakah maksud Lemuel?  Ia bukan mengenai mitos raja sama sekali.  Terdapat dua perkataan yang membentuk nama Lemuel;  Lemo (bersama-sama) dan El atau Allah, dan ia bermaksud bersama-sama Allah, atau diserahkan kepada Allah (Isaiah da Trani, Mesudath David; lihat Soncino).  Ini menerangkan tujuan dan maksud ayat yang terdapat  dalam Yohanes 1:1  Pada mulanya adalah Firman; Firman itu bersama-sama dengan Allah dan [elohim: Mz. 45:6-7] Firman itu adalah Allah. (petikan A. E Knoch Concordant Interlinear NT)

 

Ini adalah berita kepada umat pilihan juga.  Konsep ini telah diperkembangkan oleh pemimpin-pemimpin agama (seperti Agur; Soncino) bahawa ibunya berkata; Apa yang akan kukatakan, anakku, anak kandungku, anak nazarku? Sebagai celaan.  Ibu ini adalah difikirkan sebagai Bathsheba, dan Lemuel adalah Solomon.  Tiada raja yang dikenali dengan nama ini.  Dalam perkara menghubungkan ayat kepada ibu Solomon, kisah di Midrash menerangkan bahawa Solomon telah berkahwin dengan anak Firaun pada hari Bait Suci diserahkan.  Dia membuatnya terjaga sepanjang malam dengan muzik, supaya dia akan tertidur lewat disebelah pagi, dan disebabkan dia yang menyimpan kunci pintu-pintu gerbang Baik Suci dibawa bantalnya, korban disebelah pagi telah diterlewat, dimana ibunya datang dan memberikannya desakan seterusnya.  Kepentingannya telah difahami oleh pemimpin-pemimpin agama.  Mereka telah hubungkan pembukaan Bait Suci dengan anak Firaun yang berbangsa Egypt.  Konsep tentang memiliki isteri-isteri asing, atau pendudukan awal orang Egypt (keduniawian), menjauhkan umat pilihan dengan tugas-tugas kepada pembukaan Bait Suci, sebagai sebahagian daripada dasar dan batu-batu pembangunan Bait Suci.  Kelalaian diduga telah terjadi pada hari penyerahan Bait Suci.  Kepentingan ayat ini ialah, ia berhubung dengan persoalan mengenai dedikasi Bait Suci.  Kita haruslah rajin dan tidak terpesong dengan perkara-perkara dunia.  Jadi, kata-kata pendahuluan Apa yang akan kukatakan, anakku, anak kandungku, anak nazarku? Boleh diringkaskan apakah yang harus saya katakan kepada kamu? dll. yang mana merupakan celaan awal atas kelalaian dalam melaksanakan tugas didalam Bait Suci (lihat juga Yesaya da Trani).

 

Dalam ayat tiga, ia mengatakan;

 

Amsal 31:3 Jangan berikan kekuatanmu kepada perempuan, dan jalanmu kepada perempuan-perempuan yang membinasakan raja-raja.

 

Ayat ini merujukkan kepada urusan-urusan dunia.  Perkataan-perkataan yang membinasakan raja-raja, secara literal bermaksud yang menyebabkan raja-raja dikotori.  Dalam perkataan lain, menghilangkan kerohanian.  Jadi, tujuan secara literal yang menyebabkan raja-raja dikotori, ialah membiasakan tabiat yang menyebabkan pemberontakan penduduk dan kemusnahan dinasti.  Penamatan dalam bentuk jamak raja-raja adalah bentuk Aramaic, (Ibn Ezra) jadi, tiada keraguan bahawa ia adalah dalam bentuk jamak, dan kita bercakap mengenai raja-raja.  Apa yang telah dibincangkan ialah mengenai dengan umat pilihan, dan kesesuaian umat pilihan untuk menjadi raja-raja dan imam-imam dalam Kerajaan Allah.  Ayat empat mengatakan;

 

Amsal 31:4 Tidaklah pantas bagi raja, hai Lemuel, tidaklah pantas bagi raja meminum anggur, ataupun bagi para pembesar mengingini minuman keras, (bukan untuk putera mengatakan: Mana minuman yang kuat? (Soncino)).

 

Sekarang, konsep ini ialah: Ia bukanlah bagi raja-raja dimabukkan.  Ia membuat mereka tidak mulia, dan menghilangkan kehormatan kedudukan mereka dan menumpulkan pengadilan dan melakukan perbuatan hina.  Kita tidak bercakap mengenai meminum wain sahaja, kita bercakap mengenai kemabukkan.  Merujuk kepada Lemuel disini, Soncino mengatakan

 

Dalam bahasa Ibrani, nama Lemoel, mungkin kiasan kepada asal-usulnya, seolah-oleh mengatakan bahawa ini tidak akan menjadi pembawa nama yang mempunyai erti “(dedikated) kepada Allah” (Rabbi Rashi).

 

Rashi memahami bahawa sebagai seorang yang dedikated kepada Allah, dan bahawa ia tidak sesuai kepada yang dedikated kepada Allah.  Dalam perkataan lain, ia merujukkan kepada umat pilihan.  Perkataan untuk mengatakan tidak terdapat dalam ayat, tetapi konsep memerlukan perkataan kere atau dimana?  (Ralbag, Yesaya d Trani; Soncino).  Bukanlah untuk putera (untuk mengatakan) Dimanakah minuman yang kuat? kecuali mereka minum dan melupakan ketetapan dan menyesatkan keadilan orang-orang yang tertindas.  Konsep ini bererti bahawa umat pilihan boleh menjadi mabuk dengan penempatan awal mereka, pesta mereka, kehidupan peribadi mereka, dan melupakan hukum, dan dengan melupakan hukum mereka menyesatkan keadilan orang-orang yang tertindas.

 

Amsal 31:5 jangan sampai karena minum ia melupakan apa yang telah ditetapkan, dan membengkokkan hak orang-orang yang tertindas.

 

Dalam bahasa Ibrani ia adalah dalam bentuk tunggal; setiap mereka minum dan lupa dari ayat 5 (Daath Mikra),  bahawa ketetapan difahami (oleh Meiri) sebagai hukum-hukum kebangsaan, oleh itu bertindak tanpa mengikut perlembagaan.  Konsep melupakan hukum-hukum kebangsaan, dan bertindak tanpa mengikut perlembagaan telah digambarkan dalam umat pilihan untuk empat puluh tahun.  Kita melihat perlembagaan Jemaat berpecah; kita telah melihat dokumen palsu diserahkan kepada kerajaan negeri.  Kita melihat pengendalian wang yang salah, perkara-perkara seperti ini, keinginan-keinginan diri yang, bertentangan dengan prinsip alkitab sebagaimana yang kita lihat dari tujuan ayat 5 dalam Amsal 31.  Pegawai-pegawai menyesatkan jalan keadilan.  Orang boleh pergi, dan telah pergi demi keadilan, dan tidak menerima apa-apa.  Malah, ada yang telah dibuka keanggotaannya disebabkan mereka telah bersuara.  Orang telah ditipu, didustai dan ditindas, dan tidak di satukan kembali, dengan itu, mereka pecah.  Konsep ini khas dinyatakan kepada umat pilihan, jadi, keadilan dan kebenaran adalah perkataan yang sama dalam bahasa Ibrani.  Jika kamu menyesat keadilan, kamu menyesat kebenaran.  Ia adalah perkara yang sama.  Kamu tidak boleh menjadi benar tanpa menjadi adil.  Jemaat mempunyai tanggungjawab untuk mengadili urusan-urusannya sendiri.  Jika seorang membawa satu kes kepada Jemaat, ia mestilah mengadilinya dengan benar.  Kamu tidak boleh menyebelahi seseorang, dan kamu tidak boleh membiarkan ketidakadilan.  Kamu juga tidak boleh melengah-lengahkannya.  Ia mestilah cepat, lengkap dan mestilah mempunyai belaskasihan.  Dalam sebahagian besar abad yang kedua puluh Jemaat gagal dalam semua arahan-arahan ini sehingga ke ayat 5.  Keseluruhan bahagian Jemaat telah dihadapkan dengan penyembahan allah yang salah.  Ramai yang gagal sebab mereka tidak diberi kuasa untuk bertindak.  Mereka dilumpuhkan; diikat didalam sistem, dengan cara mereka sendiri.  Penginjil-penginjil telah menangis sepanjang proses.  Ia dinubuatkan bahawa ia akan terjadi.  Mereka menagis disebabkan struktur keseluruhan, tetapi mereka tidak terperangkap didalam sistem yang cuba memaksa mereka, dan menyebabkan bukan sahaja ramai saudara yang tidak mampu bertindak dan memberi pengadilan yang benar, tetapi ramai juga penginjil-penginjil yang tidak mampu untuk memberi pengadilan yang benar, sebab untuk menjadi benar, ia memerlukan kamu untuk bertindak secara logik terhadap pengadilan kamu.  Hukuman mestilah dijalankan mengikut pengadilan kamu.  Sekarang, jika kamu mengatakan bahawa perkara ini adalah zina, kamu mestilah bertindak berdasarkan pengadilan yang kamu telah buat.  Kamu tidak boleh katakan bahawa ini adalah salah, tetapi pada masa yang sama, saya teruskan kesalahan tersebut.  Kristus adalah yang memimpin dan Kristus akan bercampur tangan.  Kita diberi kuasa oleh Yesus Kristus untuk mengadili dan bertindak berdasarkan pengadilan kita.  Apabila kita mengambil alih struktur Millennium, kita akan diberikan pengadilan didalam nama Yesus Kristus.  Kristus tidak akan bertindak untuk kita.  Kristus tidak akan bercampur tangan jika kita berada dimana-mana di Asia, bertindak dari Jerusalem, memandang kepada bangsa-bangsa.  Kita akan dijadi deligasi untuk mendapat autoriti untuk bertindak.  Kamu boleh melihatnya nanti dalam Amsal.  Adalah melalui deligasi autoriti yang membenarkan kita bertindak, dan mestikan diberi kuasa untuk bertindak dibawah deligasi tersebut.  Apa yang terjadi ialah bahawa Jemaat telah dilumpuhkan.  Kebolehan orang-orangnya untuk bertindak dibawah deligasi, dan untuk bertindak dalam pengadilan yang benar telah dilumpuhkan.  Oleh itu, secara logik, ia tidak boleh memaksa dirinya untuk bertindak berdasarkan pengetahuannya tentang benar atau salahnya sesuatu perkara.  Itu adalah kesalahan asas yang akan menyebabkan ketidaklayakan masuk ke dalam kerajaan Allah, dan itulah sebabnya Jemaat akan dimuntah keluar dari mulut Allah.

 

Ia mengatakan dalam ayat 6-7

 

Amsal 31:6-7 Berikanlah minuman keras itu kepada orang yang akan binasa, dan anggur itu kepada yang susah hati.  7Biarlah ia minum dan melupakan kemiskinannya, dan tidak lagi mengingat kesusahannya.

 

Konsep yang memberikan minuman kuat ini, walaupun menurut kehendak sendiri telah ditegah, dan kemabukan telah dikutuk, ia adalah dalam Amsal 23:29.  Ia dihargai sebab minuman keras mempunyai kegunaannya yang tersendiri.  Minuman keras memberikan kegembiraan kepada hati manusia dari Mazmur 114:15 dan telah diciptakan oleh Allah untuk tujuan itu.

 

Sekiranya raja perlu untuk mengamalkan pemantangan, dia juga mempunyai tugas untuk memberikan wain kepada mereka yang memerlukan manfaatnya, (menurut kepada Saadia Gaon; Soncino).

 

Ketetapan wain ini adalah ketetapan makanan, dan ketetapan kepada kekuatan spiritual. Semua pemimpin mempunyai tanggung jawab untuk menguatkan orang di bawah mereka dengan cara bertindak dan memahami di dalam pengetahuan dan di dalam kebenaran. Ini adalah penyediaan orang yang kudus. Kepada dia yang akan binasa bererti mereka yang telah patah di dalam roh, mereka yang diserahkan atau dipanggil kepada Umat Pilihan. Mereka akan diserahkan kepada Umat Pilihan untuk dikuatkan. Mereka perlu untuk meloncat, dan mereka perlu diberikan sokongan pemulihan. Konsep minuman keras adalah konsep yang membangun. Sering kali orang yang lesu akan diberikan sedikit minuman brandy sebagai minuman keras untuk pemulihan, dan itu adalah pemahaman para rabbi. Susah hati difahami sebagai bererti menderita atas mental yang sedih, dan kepada mereka yang menderita atas kesedihan mental (Rashi percaya) ia boleh bertindak sebagai pemberi perangsang. Konsepnya ialah terdapat element spiritual kepada wain ini. Ia merujuk kepada persembahan wain, persembahan minuman, dan bahawa kita telah dicurahkan sebagai persembahan minuman kepada Tuhan, dalam banyak cara. Pembangunan kita adalah bahawa kita mempunyai tanggung jawab untuk menyatukan setidaknya paling sedikit dari kita, untuk mengangkat satu sama lain, dan memberikan mereka kekuatan. Ianya bukan hanya berkata, “Oh, lihat lah mereka, mereka lemah dalam spiritual”. Semua kita adalah lemah dalam spiritual dalam erti kata yang berbeda. Mereka yang mempunyai spiritual yang kuat mempunyai tanggung jawab untuk mengangkat, dan membawa mereka yang mempunyai spiritual lemah ke tahap mereka. Kita semua mempunyai tanggung jawab untuk menyediakan diri kita bagi tugas yang lebih besar. Kita harus mengangkat ramai orang yang mengalami kebebanan mental. Konsep ini kemudiannya akan pergi kepada pemerintahan yang adil. Ayat 8 dan 9 berbunyi.

 

Amsal 31:8-9  Bukalah mulutmu untuk orang yang bisu, untuk hak semua orang yang merana. 9 Bukalah mulutmu, ambillah keputusan secara adil dan berikanlah kepada yang tertindas dan yang miskin hak mereka.

 

Konsep tentang orang yang bisu digunakan secara perlambangan. Sekiranya orang ini, kerana sebab-sebab tertentu tidak mampu untuk membela dirinya sendiri (dari Metsudath David; Soncino), orang yang mampu melakukannya akan menjadi jurucakap. Mereka perlu memastikan bahawa setiap orang memahami tuntutan hukum dan keselamatan. Umat Pilihan  perlu membela dirinya di dalam doa. Seseorang tidak boleh menguatkan orang lain kecuali mereka berdoa dan berpuasa bagi orang tersebut. Daud  berdoa dan berpuasa bagi musuh-musuhnya. Seharusnya ada konsep tentang pemulihan orang yang bukan Yahudi. Namun apa yang kita lihat ialah, “Tuhan, tangani orang ini, patahkan dia, rendahkan hatinya, letakkan dia di bawah”. Semua kita, pada tahap-tahap yang tertentu, bersalah dalam hal ini pada tahap yang berbeda. Dasar fikiran seperti ini adalah dari sifat membenarkan diri sendiri. Pembenaran diri sendiri adalah satu-satunya dosa yang akan ditangani oleh Allah sesungguhnya kerana pembenaran diri sendiri meletakkan orang lain ke bawah sementara meletakkan diri anda di atas.  Itulah sebabnya mengapa Kristus menangani dengan teladan orang Farisi dan pemungut cukai, di mana pemungut cukai itu berkata, kasihanilah aku, seorang yang berdosa, dan orang Farisi itu pula berkata, terima kasih Tuhan kerana aku tidak seperti orang ini. Konsepnya ialah kamu harus lebih hargai diri orang lain daripada diri anda, dengan melakukan ini, kamu boleh mengangkat orang lain. Itulah satu daripada sebab mengapa kepimpinan struktur hierarki selalunya berbela-bagi, kerana orang yang mahu pergi ke atas adalah orang yang tidak layak untuk berada di atas. Ini adalah hal pengamatan. Orang yang lebih besar dan menunjuk-nunjuk akan diberikan keutamaan. Orang yang menyanjung akan diberikan keistimewaan dan kuasa. Sifat orang yang menyanjung akan menerima upahnya, supaya mereka boleh mendapat sokongan dari Umat Pilihan, kerana Umat Pilihan menyanjung orang lain lebih baik daripada orang-orang ini. Orang yang mualaf yang mampu melaksanakan kuasa berkata, “oh tidak, dia lebih baik untuk melakukan perkara itu, saya fikir kita harus memberi dia peluang”. Inilah proses fikiran orang yang mualaf, dan itulah sebabnya mengapa umat pilihan selalu berada di bawah, kerana mereka mengangkat orang lain di atas mereka sendiri, dan orang yang tidak mualaf, cenderung kepada kedudukan itu untuk tujuan kuasa. Mereka harus bangun untuk berada di atas, dan apabila mereka tidak berjaya melakukannya, mereka cuba untuk memecahkan organisasi atau melakukan perkara-perkara yang lain. Tetapi, proses yang sebenar adalah bahawa kita harus membina diri orang lain. Sekiranya sesuatu perkara itu salah, kita mempunyai obligasi untuk berkata demikian.

 

Apabila Musa turun dari Sinai, dan mereka membina lembu emas, Musa telah melakukan satu perkara. Dia tidak berkata, “Dengar sekalian, saya fikira kita perlu mengundi”, atau kita akan tunggu Kristus untuk melakukan sesuatu.  Musa terus sahaja bertindak. Dia berdiri dan menghunus pedangnya dan bersama dengan orang Lewi membunuh tiga ribu orang (Kel 32:24-28). Sekarang, ini memberitahu kamu bagaimana Kristus mengangani perkara tersebut. Kita mempunyai obligasi untuk menanggalkan pemujaan, dan menanganinya. Itulah cara Kristus campur tangan, kerana dia menguatkan kita untuk bertindak, dan itu adalah teladan yang seharusnya dilakukan. Imam Besar kita, telah menguatkan kita untuk bertindak. Apabila Pineus melihat pemujaan, Pineus berjalan masuk dan menusukkan lembing kepada dua orang di dalam khemah itu. Dia tidak menunggu untuk diberitahu.

 

Proses menguatkan orang, dan bercakap bagi orang yang bisu, membawa ke dalam penghakiman yang benar, bererti mereka yang tidak boleh mencapai penghakiman benar harus dijamin mendapat penghakiman benar oleh Umat Pilihan. Kita harus mencari di dunia ini, mencari kesejahteraan umat kita. Itulah yang kita akan lakukan di dalam masa milenium. Kita akan mencari orang di dunia ini, dan akan mengangkat orang lain. Kita akan bercakap dengan mereka. Suara akan berada di dalam telinga mereka berkata, inilah caranya, berjalanlah di dalamnya. Itulah suara kita. Sebagai makluk roh, kita harus dikuatkan untuk mengambil semua orang-orang ini. Pertama kita harus belajar untuk melakukannya di sini. Kita harus belajar untuk bercakap di telinga orang-orang yang memerlukan pimpinan, dan itulah sebabnya mengapa kita harus belajar bagaimana untuk bercakap.

 

Konsep di dalam ayat lapan ialah, bukalah mulut kamu bagi orang yang bisu, dan bagi semua mereka yang ditetapkan untuk menghadapi kemusnahan. Ditetapkan untuk menghadapi kemusnahan secara literal bererti, semua anak-anak yang kesempitan hidup, dan Rashi menjelaskan perkara ini sebagai anak-anak yatim piatu yang telah kehilangan penjaga, dan Ibn Ezra mengertikannya sebagai orang-orang yang mendapt hukuman mati. Semua kita adalah dibawah hukuman mati, inilah yang dimaksudkan teks ini. Semua Umat pilihan Israel yang tidak dipanggil akan menghadapi hukuman mati. Kita tidak dibawah hukuman mati. Kita berada di dalam penghakiman sekarang. Jadi kita mempunyai obligasi untuk bercakap bagi Israel yang berada di bawah hukuman mati. Kita harus membina orang-orang ini. Meiri dan Isaiah da Trani menjelaskan teks ini sebagai bererti, semua makluk hidup yang akhirnya mati dari dunia ini. Jadi kita lihat, para rabbi memahami teladan yang lebih luas dalam hal ini. Kerajaan Israel lah yang mempunyai tanggung jawab ini. Ini semua adalah raja-raja (Umat Pilihan) yang mempunyai tanggung jawab bagi semua makluk hidup, dalam mengangkap mereka dan bercakap bagi mereka yang bisu. Kita mempunyai tanggung jawab untuk mengetengahkan bersama dengan Allah, melalui dua puluh empat tua-tua, dalam mengambil perintah terus dari Allah, di dalam nama Yesus Kristus, supaya warga semesta alam di bawah strukturnya, di bawah kaunsilnya mengetengahkan secara literal bagi mereka, dan mereka akan bertindak atas permintaan kita. Itulah sebabnya mengapa dua puluh empat tua-tua itu mempunyai botol kecil yang penuh dengan doa-doa orang kudus; yaki mangkok emas. Kerana dengan doa kita lah yang mengetengahkan orang yang bisu, bagi makluk hidup yang akan dibinasakan. Ini bukan setakat injuksio kepada Raja Solomon. Ini adalah injuksi rohani kepada kita. Solomon tidak memerintah ke atas semua makluk yang hidup.

 

Jadi, kita akan pergi kepada bahagian yang oertama. Bahagian yang pertama adalah mengenai dengan diraja, dan raja-raja ini sebenarnya adlah mempelai kepada Kristus. Itulah sebabnya mengapa Amsal 31 mempunyai dua bahagian. Raja-raja itu sendiri, Umat Pilihan adalah dalam realiti raja-raja dan perempuan-perempuan. Terdapat dualiti kepada Amsal 31. setiap kita adalah mempelai kepada Kristus.

 

Amsal 31:10-11  Isteri yang cakap siapakah akan mendapatkannya? Ia lebih berharga dari pada permata.  11 Hati suaminya percaya kepadanya, suaminya tidak akan kekurangan keuntungan.

 

Sekarang, ini bertalian dengan perumpamaan. Suaminya, Yesus Kristus dipercayakan di dalam Jemaat, dan umat Pilihan dan dia tidak akan kekurangan keuntungan, kerana umat Pilihan bekerja untuk Kristus dalam membawa umat manusia ke dalam penghakiman. Menurut komentar Soncino tentang pasangan isteri yang sesuai, sebutan dilakukan dengan kerap tentang isteri yang tidak setia di dalam Amsal kerana penyusun buku ini mungkin berfikir bahawa ianya baik untuk mengakhiri buku ini dengan penghormatan yang memancar kepada umat Pilihan, dan tanggung jawabnya di bawah semua Amsal ini, dan hikmat, yang diberikan melalui Roh Kudus untuk menguatkan umat Pilihan pada zaman akhir, demi untuk menghadapi penghakiman. Itulah sebabnya mengapa bab ini mengakhiri buku Amsal.

 

Karya ini berasingan dan mempunyai komposisi yang tersendiri; sebagai bukti dari fakta bahawa ianya dikonstruksikan di dalam kerangka kerja dari sanjak.

 

Isteri yang sesuai digambarkan sebagai pengurus rumah yang yang cekap, dan merupakan berkat bagi keluarganya. Suaminya boleh bertekun kepada hal-ehwal masyarakat, dan seorang anggota yang dihormati dalam komuniti. Kehidupannya tidak mementingkan diri sendiri; dia bermurah kepada orang yang miskin, dan ramah kepada semua orang. Ianya dikatakan dengan sungguh-sungguh, ‘Tidak ada di dalam kesusasteraan kuno yang menyamai dengan pengesahan martabat yang luar biasa ini dan keperibadian seorang perempuan’ (Abraham; Soncino). Besar kemungkinan, sanjak ini adalah karya dari seorang guru yang menyokong monogami pada setiap tahapnya, cocok dengan pandangan yang dipegang di sepanjang Amsal, keluarga diperintahkan oleh satu isteri. Menurut kepada penggunaan tradisi, sanjak ini dibawah ke dalam keluarga Yahudi pada petang Sabat (PB. Ms. 123). Ia telah mendirikan satu standar isteri yang tinggi, yang mana telah diadaptasikan, dan telah menjadi realiti di kebanyakan keluarga Yahudi (Soncino).

 

Sebabnya ia diulang pada Sabat petang adalah kerana kita telah digunakan supaya dunia ini boleh memasuki ke dalam Sabat, Milenium Perhentian Yesus Kristus, dan kita menjadi isteri-isteri Yesus Kristus demi untuk meneruskan keluarga umat manusia. Kemudian kita bertindak seperti ibu bapa bersama dengan Yesus Kristus demi untuk membawa keluarga umat manusia ke dalam penghakiman dan keselamatan. Kita dilambangkan seperti isteri-isteri kepada Kristus, kerana kita menjadi ibu bapa bersama dengan Kristus dalam keluarga umat manusia.

 

Konsep percaya kepadanya adalah bahawa suami ini mempunyai keyakinan penuh dalam pengurusan isteri dalam ekonomi domestik 9menurut Metsudath David). Umat Pilihan di sini melakukan ekonomi domestik. Apa yang terjadi dengan struktur hiararki dalam pemerintahan Jemaat sementara ianya diajar adalah bahawa, oleh kerana penguatkuasaan telah ditekankan ke dalam pelayanan, dan dari pelayanan ini kepada individu, individu-individu ini menjadi lemah. Orang-orang mempraktikkan kuasa kecil yang tertinggal, dengan memberitahu isteri-isteri mereka bagaimana untuk mengurus dapur, apa yang mereka harus lakukan di rumah, berapa wang harus dibelanjakan, atau apa sahaja. Fahaman Otorisasi (wewenang) sebenarnya mencuri kekuasaan dari tahap ia seharusnya dipraktikkan. Jemaat Allah moden, melalui pendekatan kuasanya telah memusnahkan keupayaan orang-orang untuk mempraktikkan pemahaman perihal penghakiman pada semua tahap. Itulah kesilapan yang harus diselesaikan. Orang-orang harus diajar bagaimana untuk dikuarkan seperti dalam Amsal yang menguatkan orang. Ianya bukan satu pertandingan bagi kuasa. Ianya adalah satu persoalan dalam hal mempraktikkan penghakiman rasional dalam perhubungan yang mengasihi. Sekarang perluasannya melewati keluarga individu, ke dalam Jemaat keseluruhannya. Kekuasaan tidak harus diambil. Sebenarnya kuasa adalah diserahkan. Lebih banyak kuasa yang diserahkan, lebih ia menjadi efisien, dan lebih tanggung jawab, dan matang orang yang mendapat kuasa ini. Kamu harus melayanai orang lain, untuk menggantikan tempat kamu. Matlamat kita, adalah untuk membuat setiap orang di dalam Jemaat boleh melakukan tugasan dalam pelayanan, setiap satu. Apabila kita berjaya membawa setiap orang ke satu tahap pemahaman, di mana semua mereka dikuatkan sebagai mempelai Kristus, kita akan mencapai matlamat kita, dan kita akan membawa lebih ramai lagi orang, demi untuk mengangkat mereka ke tahap di mana semua mereka dikuatkan melalui Roh Kudus. Ianya bukan satu persoalan dalam hal membentuk bala tentera perhambaan. Ianya adalah satu persoalan dalam hal membentuk bala tentera anak tunggal spiritual Allah di dalam kuasa. Sekarang, kita pergi kepada teks yang seterusnya.

 

Amsal 31:12  Ia berbuat baik kepada suaminya dan tidak berbuat jahat sepanjang umurnya.

 

Ini bererti bahawa perempuan ini menyungguhkan keyakinan, yang diletakkan oleh suaminya ke dalam diri perempuan ini.

 

Amsal 31:13  Ia mencari bulu domba dan rami, dan senang bekerja dengan tangannya.

 

Maksudnya adalah bahawa dia prihatin tentang dirinya untuk melihat bahawa terdapat bekalan bahan yang banyak untuk membuat pakaian yang diperlukan ( ini adalah menurut Rashi dan Metsudath David). Konsepnya ialah bahawa Jemaat sedang menyediakan jubah pakaian untuk orang lain, untuk kanak-kanak atau keluarga. Kamu mempunyai tanggung jawab, bukan sahaja menyediakan bagimu pakaian sendiri, tetapi untuk menyediakan pakaian bagi orang lain juga, untuk membantu mereka untuk datang kepada penghakiman, dan bahawa terdapat bekalan pakaian yang banyak bagi penghakiman. Dalam perkataan lain, kita mempunyai tanggung jawab untuk menyediakan informasi dan makanan rohani yang membolehkan orang lain dipakaikan pakaian kebenaran, dan kita melakukan itu, bukan sahaja melalui percetakan firman Allah, tetapi juga melalui pemeliharaan peribadi dan keprihatinan terhadap orang lain, dan bagi dunia ini, melalui doa kita dan perkembangan kita.

 

Konsep di mana perempuan itu senang bekerja dengan tangannya bererti secara literal, dia melakukan kerja mengikut kesenangan tangannya.

 

Perempuan itu mengerjakan bahan itu menjadi pakaian yang terbaik, pekerjaannya adalah menyenangkan. Seolah-olah tangan itu sendiri merasa senang dengan pekerjaan itu (menurut Rashi : Soncino).

 

Ini adalah damai serta kesenangan yang datang dari Roh Kudus. Semua tindakan kita haruslah dengan damai dan kesenangan serta dengan kasih, dan damai kita akan melalui semua pemahaman.

 

Amsal 31:14  Ia serupa kapal-kapal saudagar, dari jauh ia mendatangkan makanannya.

 

Sekarang serupa dengan kapal-kapal saudagar dipercayai bermaksud yang mengimpor barang-barang dari tenpat jauh;

 

Sama juga, perempuan itu tidak bergantung kepada bekalan dari sumber yang berdekatan, tetapi mencari dari tempat yang jauh, untuk mendapatkan bekalan (Daath Mikra; Soncino).

 

Tentu saja, perlambangan ini agak jelas. Keselamatan kita dari dari jauh, melalui Roh Kudus. Jadi makanan kita datangnya dari jauh. Makanan kita adalah untuk melakukan kehendak Dia yang telah mengutus kita (Yoh 4:34).

 

Amsal 31:15  Ia bangun kalau masih malam, lalu menyediakan makanan untuk seisi rumahnya, dan membagi-bagikan tugas kepada pelayan-pelayannya perempuan.

 

Ini adalah sewaktu belum terbit matahari, untuk membuat roti, dan menyediakan makanan yang diperlukan semasa siang nanti (menurut Malbim: Soncino). Ayat menyediakan makanan untuk seisi rumahnya, dan membahagikan tugas kepada pelayan-pelayannya perempuan adalah bertentangan langsung dengan konsep hierarki di mana Jemaat diperlukan untuk membahagikan tugas kepada pelayan-pelayan di dalam jemaat tersebut. Ianya bukan di dalam syarat-syarat untuk memberitahu para pelayan apa yang akan mereka fikirkan dan tidak fikirkan. Ianya memberikan kepada mereka mekanan supaya mereka dibekalkan dengan baik untuk melakukan tugasan mereka. Pelayan-pelayan perempuan ini bermaksud pera hamba petugas dalam keluarganya. Mereka juga adalah objek kepada pemeliharaan yang tekun (dari Malbim). Sekiranya hamba petugas ini tidak diperintah dengan baik, sekiranya mereka tidak dijaga dengan baik, maka mereka tidak mampu mengisi lampu mereka dengan Roh Kudus, dan mereka menjadi sebahagian daripada perempuan perawan yang bodoh, dan bukannya sebahagian daripada perempuan yang pintar. Mereka diasingkan supaya hamba petugas ini, demi untuk mengekalkan mereka dari golongan yang pintar, ke dalam kebangkitan yang pertama, memerlukan penjagaan yang tekun oleh Jemaat di bawah Roh Kudus.

 

Amsal 31:16 Ia membeli sebuah ladang yang diingininya, dan dari hasil tangannya kebun anggur ditanaminya.

 

Perempuan itu meneliti nilai bidang tanah yang dijual itu, dan merasa berpuas hati dengannya, menambahkannya ke dalam tanah milik keluarganya (dari Metsudath David).

 

Konsep ini diambil dari: setiap kita mempunyai tanggung jawab bagi mereka yang di dalam keluarga kita, dan mereka yang di dalam penjagaan kita, untuk membawa mereka ke tanah milikan. Kemudian kita boleh melihat kepada bidang yang lain, dan membawa orang-orang ini ke dalam produktiviti Jemaat.

 

Dengan buah dari tangannya, perempuan itu menanan kebun anggur: Kristus adalah pemelihara tanaman anggur. Kristus kemudiannya mengambil apa yang kita telah tanam dan memotong pohon-pohon. Kemudian kita pergi melalui proses yang telah dijelaskan oleh perumpamaan apabila mereka datang kepada penghakiman. Di dalam perumpamaan tentang pemelihara pohon kebun anggur (Luk 13:7-9), Kristus membawa mereka ke dalam rentetan tiga tahun produktiviti, tahun keempat, pembajaan atau memangkas, tahun kelima dalam kerahmatan; tahun keenam dalam pencubaan; tahun ketujuh masa rehat, dan keterusya di sepanjang kitaran tujuh tahun dalam tahun Yobel. Buahan anggur akan dibawa ke dalam sistem Jemaat supaya Kristus boleh memelihara mereka dan membuat mereka produktif. Kitaran tujuh tahun akan digunakan demi untuk melakukan perkara ini dalam pertalian kepada standar. Hukum-hukum telah didirikan di atas pemeliharaan tumbuhan ini kerana terdapat aspek fizikal dalam memelihara tumbuhan, dan terdapat aspek rohani juga. Aspek fizikal ini menggambarkan aspek rohani. Orang-orang yang datang ke dalam Jemaat mempunyai tiga tahun di mana perkara-perakara yang tidak semana-mana muncul, dan mereka akan dibantu, dan mereka akan bertumbuh, dan ianya kesukaan dan kesenangan. Pada tahun keempay mereka akan dibajakan, dan mereka disediakan. Pada tahun yang kelima, mereka akan diberikan tahun kerahmatan, dan pada tahun keenam, roh kudus akan dikurangkan pada tahap yang paling rendah, dan mereka akan dipukuli di antara mata, supaya mereka melihat bagaimana mereka bertahan dan apa yang mereka telah pelajari.

 

Orang yang dipanggil akan dicubai. Beberapa orang gagal dalam ujian mereka dan mereka harus mencuba sekali lagi. Pada tahun yang ketujuh, mereka akan diberi rehat, dan kitaran ini akan diteruskan di tahap yang lebih tinggi. Kita akan melihat bagaimana itu terjadi dari contoh Samson (lihat Samson dan Para Hakim (No. 73)).

 

Bunyinya seperti ianya satu masalah yang serius, tetapi itulah konsep menanami kebun anggur. Kita menanam kebun anggur tersebut. Allah menghasilkan tumbuhan dan memberitahu kita apa tanaman anggur itu dan siapakan tanaman anggur itu, tetapi kitalah yang akan menanami kebun anggur tersebut. Kemudian Yesus Kristus memelihara tanaman anggur ini. Allah memberikan kita tanaman. Kita menanamnya. Yesus Kristus memeliharanya, dan Roh Kudus memastikan ianya akan bertumbuh. Nubuatan memberitahu kita dalam Yesaya 5:7 siapakan kebun anggur ini: Kerana kebun anggur Tuhan Alam Semesta adalah rumah Israel.

 

Kita akan meneliti konsep ini dari ayat 16, dari menanami kebun anggur, lebih mendalam lagi dari komentar Soncino. Buah di tangan perempuan itu difahami adalah wang yang terkumpul dari pengurusannya yang mahir (menurut Metsudath David). Ianya adalah buah dari tangan Jemaat, yang mana sebenarnya pertambahan kepada Tuhan.

 

Dan perempuan itu seperti pernyataan rumah yang telah aku bina (Solomon) dari 1 Raja 8:44. ini tidak dinyatakan bahawa kerja menanam telah dilakukan dengan tangan perempuan itu sendiri (menurut kepada Ibn Ezra).  Solomon telah disebut sebagai membina kaabah, dan Solomon tidakpun meletakkan bata binaan. Ianya Solomon yang membinanya, dibawah pimpinan. Inilah konsepnya: bahawa setiap orang menghasilkan bangunan ini dan setiap orang di dalam Jemaat mengembangkan konsep sebagai sebahagian daripadanya., jadi, kebun anggur ini adalah sebahagian daripada perkarangan rumah yang disediakan, pamandangan yang diidamkan dari 1 Raja 5:5. setiap orang dibawah pohonan anggur ini. Kita melihat pemahaman rohani daripada perkara ini dari Perjanjian Baru.

 

Amsal 31:17 Ia mengikat pinggangnya dengan kekuatan, ia menguatkan lengannya.

 

Ayat ini memberikan satu gambaran tentang persediaan perempuan ini terhadap tugasnya dengan kekuatan. Mengikat pingangnya dengan kekuatan: Ibn Ezra dan Metsudath David memahaminya sebagai satu bentuk percakapan, dengan kekuatan seperti korset.  Ianya digunakan Allah di dalam Mazmur 93:1 Dia telah mengikat diriNya dengan Kekuatan (Soncino). Perempuan itu mengikat pinggangnya dengan kekuatan seperti Allah telah mengikat diriNya dengan kekuatan. Maka kamu sedang bercakap tentang Jemaat sebagai mengikat dirinya dengan kekuatan Allah. Ianya bertalian dengan Mazmur dan Zakaria 12:8 Dimana keluarga Daud akan menjadi seperti Elohim seperti Malaikat Yahovah di hadapan mereka.

 

Dan membuat tangannya menjadi kuat. Membuat tangannya kuat merujuk kepada lengan kanan Allah dan tangan kanan yang secara efektifnya adalah Yesus Kristus (Maz 44:3), dan  kita adalah lengan-lengan Allah sekiranya kamu ingin menganggapnya demikian.

 

Amsal 31:18 Ia tahu bahwa pendapatannya menguntungkan, pada malam hari pelitanya tidak padam.

 

Bahawa itu, pendapatan perempuan itu menguntungkan dan mencarinya dari pengalaman (petikan dari Maz 34:9 di mana kata kerja ini diterjemahkan menatapi). Dia menatapi apa yang dia hasilkan, apa yang dia lakukan. Kita diminta untuk menghakimi  apa buah dari aktiviti-aktiviti kita, supaya kita boleh merenung kepada hukum Allah dan menerapkan apa yang kita perlu lakukan, atau bagaimana kita menangani orang lain, dan bagaimana kita menguatkan Jemaat.

 

Pada malam hari pelitanya tidak padam. Ini adalah konsep tradisi dari Atimur Tengah. Metsudath David menterjemahkan perkataan ini sebagai perempuan itu bekerja pada masa awal malam, dan bangun awal (ayat 15) untuk menambahkan pendapatannya yang mana melakukan perdagangan (Soncino).

 

Terdapat aplikasi ketekunan yang terlibat dan (dari Soncino), ada kemungkinan, rujukan kepada fakta bahawa di bahagian Timur mereka biasa membiarkan lampu sentiasa bernyala di dalam rumah (petikan Yer 25:10; Ay 18:6). Apabila terpadam, ia dianggap sebagai tanda nasib yang tidak baik. Pepatah Bedouin moden adalah bahawa dia timur dalam kegelapan untuk menandakan satu keadaan kemelaratan yang hina (Soncino). Tentu sahaja bagi kita, lampu yang terpasang pada waktu malam boleh difahami.

 

Kristus menyediakan lampu Jemaat, sekiranya kamu menyukainya. Roh Kudus memelihara minyak lampu itu supaya terus menyala. Lampu itu kemudiannya akan melalui perjamuan kahwin malam Domba. Lampu-lampu itu dipunyai oleh orang-orang yang bijak dan bukannya perempuan-perempuan bodoh, di mana lampu mereka tidak padam pada waktu malam. Mempelai lelaki datang sewaktu tengah malam dan mereka bersedia untuk masuk ke dalam penghakiman dan perjamuan kahwin Domba kerana lampu mereka tidak padam. Perempuan yang bodoh membiarkan lampu mereka terpadam. Jadi perempuan di dalam Amsal 31 adalah seorang yang tekun, yang mana memelihara lampunya sentiasa terpasang di dalam rumahnya. Kamu akan mendapati pada akhirnya Allah dan Kristus akan menjadi terang bagi Kaabah Allah.

 

Amsal 31:19 Tangannya ditaruhnya pada jentera, jari-jarinya memegang pemintal.

 

Komentar mengatakan bahawa ayat ini bertalian dengan apa yang mengikutinya; tidak ada masa yang dibuang dalam kemalasan. Apabila kerjanya selesai, dia menggunakan masa terluangnya dalam kerja memintal dan membuat pakaian bagi orang-orang yang miskin dan bagi anggota keluarganya (menurut Malbim). Jadi Jemaat ini tidak malas dan anggota di dalam Jemaat tidak malas. Apabila mereka tidak melakukan tugasan harian, mereka akan membuat pakaian bagi orang-orang yang miskin. Mereka menyediakan serta membantu saudara seiman untuk datang kepada penghakiman. Mereka akan membantu saudara, yang datang ke dalam penghakiman, untuk diangkat. Mereka membantu kanak-kanak mereka untuk mendapatkan pendidikan dan mereka akan membuat keluarga mereka kuat.

 

Amsal 31:20 Ia memberikan tangannya kepada yang tertindas, mengulurkan tangannya kepada yang miskin.

 

Walaupun perempuan itu mempunyai tugasannya sendiri, dia tidak mengabaikan orang yang miskin dan orang yang memerluka, yang mana mendakinya tetapi dia menghulurkan tangannya untuk membari bantuan. Dengan keadaan ini, keuntungan yang dia dapat dari tugasannya, dia tidak ragu untuk memberikan kepada orang-orang yang miskin (dari Meiri) supaya keuntungan yang didapati dari semua kerjanya boleh dicurahkan kembali kepada pemahaman. Kita bekerja demi untuk mengembangkan Umat Pilihan. Kita mengembangkanmereka secara individu dan menguatkan mereka secara individu, dan kita mengembangkan mereka dari segi angka.

 

Amsal 31:21 Ia tidak takut kepada salju untuk seisi rumahnya, karena seluruh isi rumahnya berpakaian rangkap.

 

Cuacanya sejuk, dan dia tidak merasa takut kepada salju. Pakaian rangkap adalah dirujuk sebagai pakaian yang mewah. Kamu boleh bandingkan 2 Samuel 1:24 dan Yeremia 4:30. Oleh kerana keluarga ini biasanya berpakaian pakaian yang mahal, mereka semestinya disediakan dengan baju panas pada waktu sejuk (yakni menurut Isaiah da Trani). Konsepnya: tidak mengapa sekiranya mereka diserang oleh seteru. Pakaian Umat Pilihan adalah tempat untuk menangkis seteru, untuk melindungi orang-orang yang muda dan yang lemah serta orang-orang yang tidak kuat, dan menyediakan bagi mereka pakaian yang cocok dengan kedudukan mereka, kerana mereka adalah raja-raja dan imam-imam.

 

Amsal 31: 22      Ia membuat bagi dirinya permadani, lenan halus dan kain ungu pakaiannya.

 

Perempuan ini sendiri berpakaianpermadani lenan halus (Metsudath David). Pakaiannya  telah dibeli oleh pengorbanan Domba dan telah dibasuh di dalam darahnya.

 

Amsal 31: 23 Suaminya dikenal di pintu gerbang, kalau ia duduk bersama-sama para tua-tua negeri.

 

Ini diambil oleh para pengulas yang mengertikan dikenali dengan keunggulan pakakaiannya (menurut Rashi) yang meninggikan dia dalam penilaian oran lain di kota itu. Apa ia diertikan ialah bahawa  suami  perempuan itu dikenali melalui penyebaran doktrin Umat Pilihan, dan bahawa injil Kerajaan Allah telag disebarkan oleh Jemaat, supaya suaminya , Yesus Kristus dikenali oleh dunia.

 

Suami ini duduk bersama-sama para tua-tua negeri ialah satu konsep pengeluarkan penghakiman. Konsep ini juga adalah berkenaan dengan pendirian Kerajaan Allah oleh Kristus. Kemudian ianya dipelihara oleh Jemaat yang merupakan Umat Pilihan di dalam struktur Milenium. Umat Pilihan diperlukan mengambil bahagian di dalam penghakiman, yang merupakan satu bentuk pembetulan yang berterusan dan juga aktiviti-aktiviti penghakiman dalam kebangkitan yang kedua.

 

Amsal 31:24 Ia membuat pakaian dari lenan, dan menjualnya, ia menyerahkan ikat pinggang kepada pedagang.

 

Teks ini sebenarnya tidaklah begitu betul. Pakaian linen: perkataan ini muncul semula di dalam Hakim-Hakim 14:12; Yesaya 3:23.

 

Dalam penulisan selepas ini, iannya termasuk di dalam senarai pakaian perempuan itu. Ia adalah kain linen empat persegi sama yang dipakai sebagai pakaian luar, atau sebagai pembungkus di sekeliling tubuhnya apabila tidur di katil (menurut kepada Daath Mikra).

 

Tetapi pakaian linen juga dipakai oleh imam besar pada tahap permulaan acara pendamaian, apabila dia sebagai imam pendamaian, sebelum dia memakai (atau memulakan) pakaian agung untuk menjadi imam besar pada penghujung acara pendamaian (lihat juga Pendamaian (No. 138)). Konsep menyerahkan ikat pinggang kepada para pedagang sebenarnya diterjemahkan memperdagangkan (daripada memberikan secara literal), jadi kata kerja ini bukan memberikan. Kita memperdagangkan, menurut Yehezkiel 27:12, dan ianya diambil oleh para pengulas Daath Mikra yang diertikan diperdagangkan dan bukannya diserahkan perempuan itu menyerahkan atau memberikan ikat pinggang, atau pakaian linen. Kata nama bagi ikat pinggang adalah dalam bentuk kata tunggal kolektif, dan ikat pinggang atau korset adalah biasa digunakan di keliling pinggang, bagi orang yang kaya untuk perhiasan diri. Pedagang ini adalah secara literal orang Kanaan atau pedaganag golongan Pgoenicia. Jadi apa yang dia lakukan adalah memberikan atau menyediakan ikat pinggang, menguatkan sokongan kepada orang asing, kepada golongan bukan Yahudi. Rentetannya ialah bahawa Jemaat ini sebenarnya menyokong serta merupakan terang bagi golongan bukan Yahudi sementara menyediakan kaedah sokongan ini, dan menyediakan pakaian kepada golongan bangsa bukan Yahudi.

 

Amsal 31:25 Pakaiannya adalah kekuatan dan kemuliaan, ia tertawa tentang hari depan.

 

Satu kedudukan kewangan yang kuat dan penghargaan yang datang daripadanya dipercayai maksud teks ini. Tetapi tentu sahaja kekuatan dan martabat adalah kekuatan di dalam Roh Kudus dan kuasa Roh Kudus. Martabat Roh Kudus adalah bahawa kita dipakaikan oleh pakaian kebenaran dan perisai Tuhan seperti Paulus katakan.

 

Perempuan itu tertwa tentang harii depan: sifat perempuan itu dan keselamatannya adalah pakaiannya dan dipikul olehnya seperti seseorang yang memakai pakaian.  Sifat ini dipikul oleh seseorang yang memakai pakaian (menurut kepada Ibn Ezra). Ini bersama dengan teks: Engkau berpakaian dengan kemuliaan dan keagungan (dari Mazmur 114:1) dan juga biarkan para imam berpakaian dengan kebenaran, (dari Maz 132:9). Keimamatan berpakaian denga kebenaran, dan kekuatan serta martabat ini datang dari kuasa Roh Kudus di dalam kebenaran. Teks pada hari depan secara literal bererti pada kemudian hari (Ibn Ezra, meiri). Ini adalah Jemaat pada zaman akhir.

 

Amsal 31:26 Ia membuka mulutnya dengan hikmat, pengajaran yang lemah lembut ada di lidahnya.

 

Soncino berkata, apabila perempuan itu berbicara, perkataannya boleh dibedakan oleh pengertian kebijaksaan (dari Meiri). Jadi konsep berbicara diambil kira. Konsep berbicara adalah untuk meninggikan orang, untuk mengecam kesalahan dalam kebaikan, dan menggunakan bicara dengan cara yang baik; untuk membetulkan kesilapan dan mengungkap kejahatan.

 

Amsal 31:27 Ia mengawasi segala perbuatan rumah tangganya, makanan kemalasan tidak dimakannya.

 

Sebagai tambahan kepada memberikan perintah, perempuan itu melihat bahawa  mereka sepatutnya melaksanakan serta mengawasi setiap perincian tentang keluarga supaya ianya penuh dengan kerendahan hati dan takut kepada Allah (mnurut Metsudath David). Setiap perkara dilakukan dengan tersusun, dan takut akan Allah.

 

Makanan kemalasan tidak dimakannya bererti perempuan itu penuh dengan tenaga dan selalu sibuk. Belajar adalah penting bagi semua kita, demi untuk menyediakan diri kita untuk menyelesaikan tugasan ini dan membantu saudara seiman kita.

 

Amsal 31:28  Anak-anaknya bangun, dan menyebutnya berbahagia, pula suaminya memuji dia:

 

Bangun: Ibn Ezra memahami kata kerja ini sebagai bangun pada waktu pagi dan, mendapati semua perkara sudah tersedia, anak-anak itu memberi kesyukuran kepada perempuan itu. Ianya boleh menandakan berdiri dihadapannya sebagai tanda hormat, datang dari Imamat 19:32.

 

Pada akhirnya, mereka tidak sahaja bangun di hadapan Jemaat Piladelpia, mereka akan dibuat tunduk dalam dalam keadaan sujud. Mereka yang mengatakan mereka adalah orang Yahudi, tetapi bukan, akan dibuat menyembah, yakni sujud di hadapan orang Piladelpia.

 

Jadi itu bukan sahaja berkenaan bangun dengan hormat dalam hal Jemaat, dan itulah kepentingannya. Ianya dibawa selangkah lebih jauh dari hanya bangun di hadapan Jemaat, umumnya kepada orang Piladelpia. Mereka yang berada di dalam sistem yang salah sebenarnya akan dibuat sujud, kerana orang Piladelpia dianggap tidak benar oleh orang yang menganggap dirinya Yahudi tetapi sebenarnya bukan.

 

Talmud, dari Kiddushin 31(b) mempertalikan Rabbi bahawa, bilamana dia mendengar langkah ibunya, ini membuat dia menyeru – ‘Aku berdiri di hadapan Shechina (Kehadiran Ilahi)’ (Soncino).

 

Jadi pengulas rabbinikal di dalam Talmud memahami bahawa Kehadiran Ilahi  yang kita bincangkan di sini adalag Shechina, yang mana Jemaat adalah tempat penyimpanan (1 Kor 3:16-17). Rabbi mengambilnya untuk merujuk kepada ibunya, tetapi Shechina hadir di dalam Jemaat. Roh Kudus, kuasa Allah, adalah perkara yang menguatkan Jemaat supaya anak-anak bangsa kita dan individu-individu, Umat Pilihan akan bangun dan memanggil mereka berbahagia, dan Kristus mengakui kita di hadapan kaunsil Umat Pilihan. Memanggil perempuan itu berbahagia lebih literal, dan memuji dia (dari Maz 72:17 dan Kidung 6:9 (Canticle 6:9)).

 

Amsal 31:29 Banyak wanita telah berbuat baik, tetapi kau melebihi mereka semua.

 

Ayat ini memberikan perkataan pujian dari suaminya (Daath Mikra). Ini adalah pujian Kristus. Anak-anak perempuan adalah satu sinonim pujangga bagi perempuan (dari Kej 30:13; 34:1, Canticle 22:69 (Kidung 22:69)),

 

Seperti yang jelas dari pelbagai petikan ayat, ini tidak merujuk hanya kepada perempuan yang tidak berkahwin, yang masih anggota keluarga bapanya, tetapi juga kepada perempuan yang belum berkahwin, anggota sebaya dengan ‘perempuan keberanian’. Ia tidak boleh dperkira bahawa walaupun selepas perkahwinan, perempuan itu tetap kekal menjadi anggota keluarga bapanya, dan oleh kerana itu dipanggil anak perempuannya, kerana ianya terbukti dari Num [36], bahawa di kalangan orang Ibrani, anak-anak perempuan, pada waktu perkahwinan, bukan sahaja meninggalkan rumah bapanya, tetapi juga meninggalkan suku kaumnya (Soncino).

 

Pada waktu perkahwinan, kita akan pergi ke dalam keluarga Allah.

 

Amsal 31:30 Kemolekan adalah bohong dan kecantikan adalah sia-sia, tetapi isteri yang takut akan TUHAN dipuji-puji.

 

Ayat kesimpulan adalah refleksi penyajak ke atas gambaran di sini sementara ianya dilukiskan, dan pengajaran yang dia mahu tekankan kepada pembaca. Dia tidak mengutuk kecantikan feminin, tetapi ianya bukan perkara yang terpenting dan diperlukan di dalam diri seorang isteri,; sifat adalah kriteri yang sejati (Isaiah da Trani; Soncino)

 

Keanggunan adalah kepalsuan. Keangguna luaran bukan di dalam indeks sifat seorang perempuan. Kecantikan adalah hanya di luar sahaja. Sastera rabbinikal menyimpan satu laporan tentang dua upacara dalam tahun, ‘anak-anak perempuan di Yerusalem biasa keluar dengan berpakaian putih, yang mana dipinjam, supaya mereka yang tidak mempunyainya tidak merasa segan. Anak-anak perempuan di Yerusalem akan keluar dan menari di kebun anggur. (perempuan yang cantik akan menangis), ‘Pemuda, akan melihat dan mencari siapa yang mereka akan pilih untuk menjadi isterinya.’ Perempuan dari keluarga yang terkemuka akan menangis, ‘jangan pedulikan kepada kecantikan, tetapi prihatinlah terhadap keluarga,’ dan (mereka yang sederhana tidak memiliki kecantikan ataupun bukan bangsawan), dipetik oleh ayat ini. Kriteria ‘keluarga’ menandakan bahawa perempuan itu mempunyai keturunan yang baik, dan oleh kerana itu mempunyai sifat yang baik (Soncino).

 

Semua pengajaran ini, sementara ianya berlaku di Yerusalem, adalah pengajaran yang baik bagi kita. Konsepnya ialah bahawa Rahmat diberikan kepada kita melalui keselamatan Yesus Kristus. Kamu tidak boleh memberitahu kekuatan Jemaat dan anggotanya dengan melihat penampilan luar. Kamu akan melihat mereka melalui buah rahani. Jemaat Laodikia adalah kaya, berkuasa dan kuat, begitulah yang difikirkan, namun di dalam mata Allah ianya miskin, menyedihkan dan telanjang. Ia perlu untuk membeli emas yang dimurnikan di dalam api dan jubah putih. Mereka harus membasuh diri mereka sendiri di dalam darah Yesus Kristus secara umumnya kerana mereka tidak layak untuk datang ke dalam penghakiman dan mereka dimuntahkan dari mulut Allah. Mereka tidak layak datang ke dalam penghakiman, namun mereka dilihat baik. Dalam hal mereka ini, keanggunan adalah sesuatu yang palsu.

 

Perempuan yang takut akan Tuhan akan dipuji. Ini adalah sifat yang sangat dibutuhkan oleh isteri yang layak menerima pujian diatas 9menurut Isaiah da Trani) dan ini adalah sifat yang sangat diperlukan oleh Umat Pilihan. Takut akan Allah adalah permulaan rahmat dan ianya diperlukan oleh Umat Pilihan di dalam pemahaman mereka. Yohanes 17:3 agak jelas bahawa hanya satu Allah yang benar, dan bahawa Yesus Kristus adalah anakNya, dan itulah tuntutan untuk mewarisi kehidupan kekal. Sekiranya kamu tidak takut akan Allah yang benar, dn kamu berfikir kamu boleh menyembah tuhan-tuhan yang lain, dan kamu berfikir kamu boleh mempersendakan konsep di mana kamu berada, dan siapa suami kamu, dan bagi siapa kamu bersedia, maka kamu tidak akan berada di sana.

 

Sekiranya sesebuah Jemaat mengembangkan mentaliti pemujaan dan teologi yang berasaskan diktatur atau hierarki, mereka tidak boleh menyediakan diri mereka untuk datang ke dalam penghakiman. Kita tidak boleh menguatkan Jemaat di bawah struktur hierarki. Itulah sebabnya mengapa mereka dikutuk selama dua ribu tahun. Jemaat Allah berdasarkan kepimpinan pelayanan yang tekun, dan ianya berlandaskan sifat menguatkan satu sama lain dalam kasih dan pengorbanan diri.

 

Amsal 31:31 Berilah kepadanya bagian dari hasil tangannya, biarlah perbuatannya memuji dia di pintu-pintu gerbang

 

Biarlah perempuan itu mendapat pujian penuh dari semua yang dia telah lakukan (menurut Metsudath David). Kita akan dihakimi menurut apa yang kita lakukan. Kita akan diberi pujian penuh, menurut kepada perumpamaan tentang talenta, sekiranya kita diberikan sepuluh talenta dan kita menggunakannya dan kembalikannya sepuluh kali lipat. Kita akan diberikan  hasil dari apa yang kita lakukan. Kita akan diberikan pujian dari apa yang kita lakukan. Sekiranya kita diberikan talenta dan menguburkannya, kita akan disingkirkan. Ia mengatakan biarlah perbuatannya memuji dia di pintu-pintu gerbang. Ini bermaksud, walaupun aktivitinya terhad di dalam rumah, penghargaan harus dibayar secara umum di pintu-pintu gerbang bagi kontribusi penting yang dia telah lakukan kepada kesejahteraan masyarakat. Sekarang, ianya tidak mengatakan apa-apa mengenai perkara ini, apabila Rashi menterjemahkannya. Ianya tidak mengatakan sama sekali bahawa aktiviti dia terbatas di dalam rumah sahaja. Ini adalah mentaliti Yudaik. Ia juga telah mencacatkan Jemaat Allah pada kurun yang kedua puluh. Aktiviti-aktiviti perempuan tidak terbatas di dalam rumah. Dan aktiviti-aktiviti Jemaat tidak terbatas di dalam rumah. Kaum perempuan harus dikuatkan. Mereka akan dikuatkan oleh suami mereka dan dikuatkan oleh Roh Kudus dan dikuatkan untuk mengambil kedudukan mereka di dalam Kerajaan Allah. Demikian juga Jemaat, dan semua kita sebagai mempelai Kristus, akan dikuatkan. Kita dikuatkan  oleh aktiviti-aktiviti Yesus Kristus melalui Roh Kudus dan kita mendapat tempat di dalam Kerajaan Allah. Kita membuat satu kontribusi penting kepada masyarakat dan kita cuba untuk dipuji di pintu-pintu gerbang walaupun Kristus  telah berkata bahawa tidak ada pujian besar. Ianya sewaktu kita mengambil alih pemerintahan dimana kita akan dipuji di pintu-pintu gerbang kerana kita akan dihantar masuk ke dalam milenium, satu sra pemerintahan yang benar. Mereka akan melihat dibawah Yesus Kristus apa yang kita boleh lakukan. Hitler berkata, dibawah pengaruh iblis, yang diterjemahan dari bahasa Jerman: Selepas peperangan, mereka hanya akan melihat dari apa kita dibuat. Ini lebih tepat dipalikasikan kepada Umat Pilihan daripada orang-orang Jerman. Terdapat satu lagi peperangan tetapi ianya selepas peperangan-peperangan akhir ini mereka akan melihat dari apa kita dibuat kerana kita akan memulihkan planet ini. Israel akan datang dari utara bersama dengan Asiria. Kita akan melakukan bersama-sama sebagai Umat Pilihan dengan menguatkan satu sama lain kepada kuasa roh dan dari fikiran yang baik di dalam Roh Kudus. Kita boleh menghakimi dengan tepat dan menangani orang-orang yang tidak memahami atau orang yang menyelewengkan doktrin Yesus Kristus. Kita sekarang mempunyai satu ukuran untuk melihat semula apa yang telah berlaku di sepanjang empat puluh tahun sebelumnya dan di mana harus kita tuju.

 

Dengan tidak mengambil kira berapa banyak masa yang tertinggal, dan ianya sukar diselesaikan, kita berada pada zaman akhir. Beberapa orang berdebat mengenai fakta ini. Ianya  hanya menunggu masa bila. Tetapi kita perlu dikuatkan, dan menguatkan satu sama lain untuk melalui proses ini, dan menolong Umat Pilihan, dan menolong bangsa kita. Kerana kita berdiri bersama dengan bangsa kita dan jatuh bersama dengan bangsa kita dan ditawan bersama dengan bangsa kita. Mereka tidak akan mendapatkannya sekiranya kita berada di tempat yang selamat. Kita adalah sebahagian daripada mereka. Kita adalah Umat Pilihan, dan bangsa ini sekiranya kamu menyukainya, adalah tempat menyemai benih, di mana kita mengambil benih anggur, menurut pimpinan Allah, dan meletakkannya di taman anggur.

 

Kita akan diberikan semua orang yang berada di tahap di antara masa sekarang dan kebangkitan yang kedua untuk ditangani. Apa yang harus kita lakukan adalah memberi kemampuan untuk membantu mereka di dalam kasih dan kebaikan dan kita harus melawan struktur hierarki ini dan memahami bahawa apa yang kita lakukan akan menguatkan orang lain, dan bahawa kita bertindak sebagai hamba, dan kita memimpin dengan cara melayan, bukan untuk memberi beban kepada setiap yang lain.

 

q