Jemaat-jemaat Allah Al Masehi

[115]

 

 

 

 

Pentakosta di Sinai [115]

(Edisi 3.1 19940514-20000510)

 

Karya ini meneruskan dari karya-karya mengenai Keluaran yang membabitkan kedua-dua Musa dan ilah-ilah Mesir (lihat karya Musa dan Dewa-dewa Mesir (No. 105)) dan juga Musa dan Keluaran (lihat karya Hari Paskah (No. 98)). Ia mengisahkan siapa sebenarnya yang telah memberikan hukum taurat itu di Sinai dan bagaimana. Turutan perjalanan ke Sinai dijelaskan dari segi makna perhentian-perhentian yang dibuat, dan suatu pemahaman yang lebih baik muncul. Kuasa bani syurgawi seperti yang diberikan dari Tuhan seperti yang diberikan dari Tuhan juga diperiksa berbanding pemberian hukum itu serta peristiwa-peristiwa di Sinai.

 

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta ă 1994, (disemak semula 1995, 1997, 2000) Wade Cox)

(Tr. 2004)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org

 

Pentakosta di Sinai [115]

 


Kita sudahpun memperhatiikan turutan Keluaran dari Mesir di bawah Musa dalam karya Hari Paskah (No. 98). Perjalanan dari Mesir bermula pada 15 Nisan dari satu tempat perhimpunan di Raamses ke mana umat Israel pergi dari seluruh tempat di Gosyen. Dari situ satu pasukan seramai kira-kira enam ratus ribu orang yang diiringi oleh kaum perempuan mereka serta anak-anak dan kaum tua mereka, bersama dengan sekumpulan campuran orang bukan Israel dan binatang ternakan kedua-dua kumpulan telah bertolak ke Sukot (untuk berkhemah atau berpondok) (Keluaran 12:37-38).

 

Perjalanan ini merupakan tindakan terancang untuk membawa orang Israel ke Sinai agar mereka dapat menerima wahyu dari Tuhan. Orang Israel dibawa keluar dari Mesir oleh Malaikat Hadirat atau Malaikat YHVH. Melalui malaikat inilah Tuhan memilih untuk menyatakan tauratNya. Dalam Hakim-hakim 2:1-4, Malaikat YHVH bercakap tentang perjanjian yang diperantarainya antara Tuhan dan Umat Israel.

 

Hakim-hakim 2:1-4 Lalu Malaikat TUHAN (YHVH) pergi dari Gilgal ke Bokhim dan berfirman: "Telah Kutuntun kamu keluar dari Mesir dan Kubawa ke negeri yang Kujanjikan dengan bersumpah kepada nenek moyangmu, dan Aku telah berfirman: Aku tidak akan membatalkan perjanjian-Ku dengan kamu untuk selama-lamanya, tetapi janganlah kamu mengikat perjanjian dengan penduduk negeri ini; mezbah mereka haruslah kamu robohkan. Tetapi kamu tidak mendengarkan firman-Ku. Mengapa kamu perbuat demikian? Lagi Aku telah berfirman: Aku tidak akan menghalau orang-orang itu dari depanmu, tetapi mereka akan menjadi musuhmu dan segala allah mereka akan menjadi jerat bagimu." Setelah Malaikat TUHAN (YHVH) mengucapkan firman itu kepada seluruh Israel, menangislah bangsa itu dengan keras.

 

Malaikat ini adalah Malaikat dalam awan Keluaran di Laut Merah dan dalam padang gurun (Kisah 7:36). Dia adalah Malaikat dalam semak duri yang telah bercakap dengan Musa (Kisah 7:30, 35). Dia adalah Malaikat yang telah memberikan hukum taurat itu kepada Musa (Kisah 7:38, 53; Galatia 3:19). Dia adalah Malaikat yang telah berbicara bagi Tuhan di Sinai (Kisah 7:38). Malaikat ini adalah makanan dan minuman rohani yang

 

diambil Israel di padang gurun , dan mereka dibaptiskan kepada Musa oleh Malaikat dalam awan itu (1 Korintus 10:2). Makanan dan minuman rohani ini adalah Batu Karang yang mengikuti mereka. Batu Karang ini, Malaikat YHVH, adalah Yesus Kristus (1 Korintus 10:4). Tuhan adalah Batu atau Gunung Batu dari mana datangnya Kristus.

 

Suatu kesalahan sedang disebarkan bahawa logos sebagai firman Tuhan, tidak merujuk kepada seorang jurucakap tetapi sebaliknya bermakna ucapan Tuhan sebagai pemikiran rasional – hinggakan bukan Malaikat YHVH yang mengisytiharkan hukum itu tetapi sebaliknya entiti yang mengisytiharkan hukum itu di Sinai adalah Allah sebagai Bapa, Anak dan Roh Kudus. Maka semuanya bertindak di Sinai. Ini adalah palsu.

 

Yohanes menjadikannya sangat jelas dalam Yohanes 1:18 dan 1 Yohanes 4:12. Dia berkata:

 

1Yohanes 4:12 Tidak ada seorangpun yang pernah melihat Allah. Jika kita saling mengasihi, Allah tetap di dalam kita, dan kasih-Nya sempurna di dalam kita.

 

1Yohanes 4:13-15 Demikianlah kita ketahui, bahwa kita tetap berada di dalam Allah dan Dia di dalam kita: Ia telah mengaruniakan kita mendapat bagian dalam Roh-Nya. Dan kami telah melihat dan bersaksi, bahwa Bapa telah mengutus Anak-Nya menjadi Juruselamat dunia. Barangsiapa mengaku, bahwa Yesus adalah Anak Allah, Allah tetap berada di dalam dia dan dia di dalam Allah.

 

Yohanes menulis lama selepas kematian Kristus, malah selepas kemusnahan Yerusalem. Dia jelas membuat perbezaan antara Tuhan dan Kristus. Dia membezakan antara Kristus yang telah dilihat orang dan Tuhan yang tidak pernah dilihat sesiapapun pada bila-bila masapun sama ada di Sinai atau tempat lain.

 

Dalam Injil, pada Yohanes 1:18, Yohanes mengatakan:

Theon oudeis eooraken poopote.

Allah tiada seorangpun yang pernah melihat;

monogenes theos ho

satu-satunya Tuhan yang diperanakkan [dilahirkan]

oon eis ton kolpon tou patros,

yang ada di dalam pangkuan Bapa,

ekeinos ezegesato.

Dia yang menyatakan [nya].

Kelainan di sini adalah Theon dan Theos. Theon yang tidak pernah dilihat sesiapapun dan satu-satunya Tuhan yang diperanakkan, theos, iaitu seorang lagi entiti yang berbicara atau mengisytihar bagi pihak Theon ini (nya adalah tambahan tidak betul). Theos ini ada di Sinai. Dia adalah logos yang ada pada mulanya bersama-sama dengan Allah (Theon) (Yohanes 1:1). Permulaan (arche) pada Yohanes 1:1 merupakan permulaan penciptaan jasmaniah (material). Terjemahan Yohanes 1:1 adalah salah seperti juga terjemahan Titus 2:13 yang kononnya mengatakan:

dengan menantikan penggenapan pengharapan kita yang penuh bahagia, penyataan kemuliaan Allah kita yang Mahabesar dan Juruselamat kita Yesus Kristus.

 

Teks ini mengatakan:

dengan menantikan penggenapan pengharapan kita yang penuh bahagia dan penyataan kemuliaan Allah yang Mahabesar dan Juruselamat kita Yesus Kristus.

 

Kristus adalah penyataan kemuliaan Tuhan dan juga Juruselamat kita. Dia bukanlah Tuhan. Namun pihak Trinitarian menuliskan teks ini untuk membayangi bahawa dia adalah begitu. Kesalahan ini membentuk dasar kepalsuan Binitarian yang dipeluk oleh beberapa Jemaat dari tahun 1960an (lihat artikel Adakah Yesus Tuhan oleh Herbert W Armstrong, cetakan semula Good News, Disember 1982). Kesalahan ini dipasangkan dengan kesalahan dalam pemahaman maksud Filipi 2:6 yang mengatakan tentang rupa Tuhan yang ditafsirkan memberi sifat dirinya dan dengan itu diolahkan lagi untuk menyatakan bahawa dia adalah Tuhan itu.

 

Dakwaan bahawa Tuhanlah yang berbicara di Sinai dan bahawa ianya tiga hypostases yang bertindak adalah tidak betul. Teks dalam karya Malaikat YHVH (No. 24) menunjukkan bahawa ianya betul-betul salah untuk menyatakan bahawa Musa telah melihat Allah Maha Tinggi atau Allah Bapa di Sinai, atau pada bila-bila masapun sewaktu Keluaran, atau bila-bilapun. Dia bercakap kepada utusannya Malaikat YHVH yang merupakan HadiratNya dan yang membawa namaNya. Dalam Keluaran 23:20-21 Tuhan mengatakan, melalui Malaikat itu, bahawa Dia akan mengutus malaikatNya untuk menjaga Israel sewaktu Keluaran tersebut.

 

Keluaran 23:20-21 "Sesungguhnya Aku mengutus seorang malaikat berjalan di depanmu, untuk melindungi engkau di jalan dan untuk membawa engkau ke tempat yang telah Kusediakan. Jagalah dirimu di hadapannya dan dengarkanlah perkataannya, janganlah engkau mendurhaka kepadanya, sebab pelanggaranmu tidak akan diampuninya, sebab nama-Ku ada di dalam dia (penekanan ditambah).

 

Konsep di sini adalah bahawa Malaikat ini membawa nama Tuhan sebagai kewibawaan. Aku akan jadi apa yang aku akan jadi telah memberiikan nama Yahweh atau Yahovah yang bermakna Dia menjadikan kepada elohim subordinatnya. Allah telah mengurapi elohim Israel ini seperti yang kita tahu dari Mazmur 45:6-7.

 

Mazmur 45:6-7 Takhtamu kepunyaan Allah, tetap untuk seterusnya dan selamanya, dan tongkat kerajaanmu adalah tongkat kebenaran. Engkau mencintai keadilan dan membenci kefasikan; sebab itu Allah, Allahmu, telah mengurapi engkau dengan minyak sebagai tanda kesukaan, melebihi teman-teman sekutumu.

 

Tuhan ini telah diurap oleh Tuhannya dengan minyak kesukaan melebihi teman-teman sekutunya (metoxous, LXX) atau rakan-rakannya seperti yang dituliskan dalam Ibrani 1:8-9 di mana entiti ini jelas merupakan Mesias. Maka Mesias adalah seorang Tuhan subordinat, namun bagaimanapun Tuhan adalah Satu. Pembentukan hujah trinitarian ini terdapat dalam karya Perkembangan Model Neo-Platonis (No. 17).

 

Mesias membawa Israel keluar dari Mesir. Dia bertindak mengikut perintah dari Tuhan melalui Roh Kudus. Dia dikenali sebagai Utusan Tuhan. Ini dijelaskan dalam karya Malaikat YHVH (No. 24).

 

Perhitungan untuk Pentakosta diperhatikan dalam Imamat 23:9-21.

 

Imamat 23:9-14 TUHAN berfirman kepada Musa: "Berbicaralah kepada orang Israel dan katakan kepada mereka: Apabila kamu sampai ke negeri yang akan Kuberikan kepadamu, dan kamu menuai hasilnya, maka kamu harus membawa seberkas hasil pertama dari penuaianmu kepada imam, dan imam itu haruslah mengunjukkan berkas itu di hadapan TUHAN, supaya TUHAN berkenan akan kamu. Imam harus mengunjukkannya pada hari sesudah sabat itu. Pada hari kamu mengunjukkan berkas itu kamu harus mempersembahkan seekor domba berumur setahun yang tidak bercela, sebagai korban bakaran bagi TUHAN, serta dengan korban sajiannya dari dua persepuluh efa tepung yang terbaik, diolah dengan minyak, sebagai korban api-apian bagi TUHAN yakni bau yang menyenangkan, serta dengan korban curahannya dari seperempat hin anggur. Sampai pada hari itu juga janganlah kamu makan roti, atau bertih gandum atau gandum baru, sampai kamu telah membawa persembahan Allahmu; itulah suatu ketetapan untuk selama-lamanya bagi kamu turun-temurun di segala tempat kediamanmu.

 

Pemakanan roti dan bertih gandum dan gandum baru antara hari suci pertama dan Persembahan Unjukan Berkas adalah dilarang selamanya. Oleh kerana Keluaran 12 mensyaratkan roti tidak beragi dimakan dengan jamuan Paskah pada 15 Nisan, maka tafsirannya seharusnya adalah bahawa gandum baru mesti tidak digunakan sehinggalah Persembahan Unjukan Berkas diunjukkan. Maka keutuhan Kristus sebagai hasil terbaik dikekalkan. Pemeriksaan Yosua 3:15; 4:18-19; 5:1-8, 11-12 menunjukkan signifikans pemakanan gandum baru tanah perjanjian, selepas sunat. Manna terhenti apabila gandum lama dimakan. Judaisme menafsirkan dari itu bahawa hari ini, 16 Nisan, adalah hari persembahan unjukan dan bahawa persembahan unjukan ini semestinya sentiasa jatuh pada 16 Nisan. Terdapat dua penjelasan dari keadaan ini, yang membatalkan pandangan rabbinikal ini. Kemungkinan pertama adalah bahawa ini mungkin telah terjadi pada tahun di mana Paskah juga telah jatuh pada 15 Nisan sebagai hari Sabtu. Maka persembahan unjukan ini pastinya telah berlaku pada hari berikutnya. Ini jarang berlaku namun ia memang berlaku, seperti mana ia terjadi pada tahun 1994. Bagaimanapun teks ini membuatkannya jelas bahawa gandum lama yang dimakan (lihat karya Persembahan Unjukan Berkas (No. 106b)).

 

Yosua 5:11-12  Lalu pada hari sesudah Paskah mereka makan hasil negeri (gandum lama) itu, yakni roti yang tidak beragi dan bertih gandum, pada hari itu juga. 12 Lalu berhentilah manna itu, pada keesokan harinya setelah mereka makan hasil negeri (gandum lama) itu. Jadi orang Israel tidak beroleh manna lagi, tetapi dalam tahun itu mereka makan yang dihasilkan tanah Kanaan. (KJV)

 

Alkitab Interlinear mengikut teks KJV. Perkataan yang diterjemahkan sebagai gandum lama (hasil negeri) adalah perkataan Ibrani ’âbűwrw r. Ini bermakna diabaikan atau dibawa seterusnya dan digunakan hanya bagi gandum yang disimpan (lihat SHD 5669). Soncino tidak menterjemahkan perkataan ini tetapi menyatakannya sebagai hasil negeri seperti dari ayat 11. Penjelasan rabbinikal untuk ayat 11 adalah bahawa ia bermakna hasil negeri kerana manna telah berhenti, seperti yang dinyatakan dalam ayat berikutnya.

 

Para Rabbi berpendapat bahawa tuaian baru adalah yang dimaksudkan, di mana orang Israel telah mula-mula membawa persembahan unjukan ‘berkas’ (omer), mengikut Imamat xxiii. 10-14, di mana hari sesudah Paskah di sini adalah sama dengan hari sesudah Sabat di situ (Rashi).

 

Penjelasan ini (dan hanya oleh Rashi) adalah palsu sepenuhnya. Perkataan bagi gandum lama yang hanya mungkin merujuk kepada gandum yang disimpan, diabaikan sepenuhnya dalam Soncino serta dalam penjelasan-penjelasan rabbinikal tersebut.

 

Hari sesudah Sabat dalam Imamat ditafsirkan sebagai Sabat mingguan oleh Judaisme abad pertama dan juga oleh Jemaat Kristian dan masih ditafsirkan seperti itu oleh Kekristianan pada hari ini. Sehingga kemusnahan Bait serta pembubaran pada tahun 70 CE (TM), sistem kalendar telah diatur mengikut sistem orang Saduki.

 

Dari pembubaran tersebut, orang Farisi mula memaksakan cara-cara mereka dalam penentuan kalendar. Reformasi kalendar di bawah rabbi Hillel II sekitar tahun 358 CE menyaksikan Pentakosta ditetapkan pada 6 Sivan. Mungkin ini adalah latihan politik; mungkin tidak. Tidak diragukan bahawa cara penentuan Pentakosta menghitung lima puluh hari dari Persembahan Unjukan Berkas dan berakhir pada hari selepas Sabat ketujuh. Hari sesudah Sabat ketujuh  hanya mungkin adalah hari pertama minggu, atau hari Minggu. Cubaan untuk menjadikan 6 Sivan sebagai hari Sabat dan kemudian mengisytiharkan hari seterusnya sebagai Pentakosta Kedua jelas merupakan satu muslihat. Penerangan teks ini jelas. Kekristianan telah memahami caranya selama dua ribu tahun. Judaisme purba memahaminya. Jadi kenapakah Judaisme rabbinikal sengaja mengabaikan suatu teks agar mereka dapat memelihara Pentakosta pada satu hari tetap sedangkan idea keseluruhan Pentakosta adalah perhitungan lima puluh hari secara literal? Apa lagi yang perlu dihitung dengan adanya tarikh yang ditetapkan? Bagaimana pula hari sesudah Sabat ketujuh adalah bukan hari Minggu?

 

Penjelasannya mungkin ditemui dalam signifikans Tanda Yunus serta implikasi-implikasinya bagi Kekristianan. Penjelasan penerimaan 6 Sivan ini membabitkan konflik Quarto-deciman yang menyebabkan pertikaian dan yang cuba dipadamkan oleh Rom (lihat karya Pertikaian-pertikaian Quartodeciman (No. 277)). Pihak penguasa rabbinikal pastinya akan ditarik masuk ke dalam konflik dengan politik dalaman Kristian, yang nampaknya cuba dielakkan mereka. Persembahan Unjukan Berkas tidak mungkin jatuh pada 16 Nisan pada tahun 30 CE (ataupun 31-32 CE) dan masih mematuhi ujian yang telah ditetapkan Kristus untuk Jemaat. Tanda Yunus adalah bahawa Kristus berada tiga hari dan tiga malam dalam perut (rahim) bumi seperti mana Yunus berada tiga hari dan malam dalam perut ikan yang besar (lihat karya Tanda Yunus dan Sejarah Pembangunan Semula Bait Suci (No. 13)).

 

Matius 12:39-41 Tetapi jawab-Nya kepada mereka: "Angkatan yang jahat dan tidak setia ini menuntut suatu tanda. Tetapi kepada mereka tidak akan diberikan tanda selain tanda nabi Yunus. Sebab seperti Yunus tinggal di dalam perut ikan tiga hari tiga malam, demikian juga Anak Manusia akan tinggal di dalam rahim bumi tiga hari tiga malam. Pada waktu penghakiman, orang-orang Niniwe akan bangkit bersama angkatan ini dan menghukumnya juga. Sebab orang-orang Niniwe itu bertobat setelah mendengar pemberitaan Yunus, dan sesungguhnya yang ada di sini lebih dari pada Yunus!

 

Ini adalah satu-satunya tanda pelayanan Kristus. Oleh sebab itu apa saja yang bertentangan dengan tanda ini adalah salah. Pada tahun 30 CE (TM), 14 Nisan jatuh pada hari Rabu. Oleh itu 16 Nisan adalah hari Jumaat (lihat karya Penentuan Masa Penyaliban dan Kebangkitan (No. 159)). Kristus telah dibangkitkan pada hari Sabtu petang dan menunggu untuk naik ke syurga pada hari Minggu pagi apabila Maria Magdalena menemuinya sebelum fajar (Yohanes 20:1). Maka Tanda Yunus memerlukan tiga hari dan tiga malam. Oleh sebab itu, ini menjadikannya mustahil untuk Persembahan Unjukan Berkas jatuh pada 16 Nisan. Peristiwa-peristiwa 30 CE menunjukkan bahawa ianya satu kemustahilan seperti juga tahun-tahun 31-32 CE. Judaisme memang mengetahui kenyataan ini. Mereka juga tahu bahawa Kristus telah dibunuh pada tahun 30 CE pada waktu Paskah iaitu pada tahun ketiga dari permulaan pelayanan Yohanes Pembaptis iaitu pada tahun kelima belas Tiberius Caesar (Kaisar Tiberius) yang bermula dari Oktober 27 CE. Penceritaan Yohanes menjadikannya mustahil untuk penyaliban tersebut jatuh pada masa selain Paskah ketiga sejak dari itu. Dalam kata lain, ia hanya mungkin berlaku pada Paskah 30 CE menurut Yohanes. Perbandingan dibuat kepada Injil-injil Synoptic demi memasukkan satu Paskah keempat ke dalam urutan itu. Bagaimanapun, hari persediaan Paskah 14 Nisan dalam tahun 31 CE adalah pada hari Minggu 25 Mac dan ini telah lama dianggap sebagai tarikh penyaliban oleh Kekristianan sehinggalah mereka menyedari bahawa ia sepenuhnya menghalang kemungkinan penyaliban hari Jumaat dan kemudian ia dibubarkan beberapa ketika selepas abad ketujuh (lihat karya Kalendar dan Bulan: Penundaan atau Perayaan? (No. 195)).

 

Keadaan yang mengelirukan ini sebenarnya menguntungkan Judaisme dalam abad-abad selepas saja kematian Kristus. Judaisme kehilangan mualaf-mualaf kepada Kekristianan. Ia telah memerangi perang berkecelakaan dengan Rom. Dari abad kedua. Rom telah semakin asyik dengan kultus-kultus matahari dan ajaran palsu penyaliban hari Jumaat/kebangkitan hari Minggu telah mula diajar. Ini sesuai dengan kultus-kultus misteri timur serta kultus Dumuzi yang telah lama wujud sebelum Kekristianan. Dumuzi atau Tammuz adalah ilah musim bunga yang mati dan dibangkitkan. Ini merupakan kematian hari Jumaat/kebangkitan hari Minggu. Maka begitulah ia memasuki Kekristianan dalam kontroversi Quarto-deciman. Perayaan pagan adalah Easter dan perayaan Judeo-Kristian adalah Paskah. Perayaan ini bersifat kitaran, berdasarkan kalendar lunar. Perayaan Easter pagan ini adalah berdasarkan solar/lunar di sekitar hari matahari namun dihitung dari permulaan bulan lunar. Cara-cara penghitungan Easter, disebabkan fakta ini, lazim berlainan dari Paskah, walau dari segi bulan sekalipun.

 

Cara perhitungan ini nampaknya sengaja jatuh pada hari yang salah (lihat karya Kalendar dan Bulan: Penundaan atau Perayaan? (No. 195)). Dengan pengenalan ajaran salah Easter ini, Kekristianan kemudiannya terpaksa mencari satu tahun di mana Paskahnya jatuh pada hari Jumaat. Ini terjadi dalam tahun 33 CE, yang terlalu lewat untuk sepadan dengan kisah-kisah Kitab-kitab Injil. 30 CE adalah tahun paling awal yang mungkin di mana adanya tiga Paskah seperti yang disebutkan oleh Yohanes. Turutannya tidak mengizinkan lebih banyak atau kurang dari itu. Ajaran salah Paskah keempat itu, untuk menolak perhitungan kepada tahun 31 CE, mempunyai 14 Nisan pada hari Minggu 25 Mac seperti yang dicatatkan di atas.

 

Paskah dalam tahun 33 CE cocok dengan Judaisme. Pertama, ia kemudiannya dapat menampung syarat-syarat Kristian bagi adanya Persembahan Unjukan Berkas pada hari Minggu dari penyaliban hari Jumaat. Ini mempunyai dua kesan. Ia nampaknya mendapat persetujuan Rom – dengan itu menghalang penganiayaan, dan masih dapat merosakkan sepenuhnya hujah-hujah Kristian sejati bahawa Kristus adalah Mesias. Ia memudahkan pihak berkuasa rabbinikal untuk menunjukkan bahawa Kristus bukanlah Mesias dan dengan itu mencegah, selama dua ribu tahun, pemualafan Judaisme. Judaisme dapat menunjukkan, kepada umatnya sendiri, secara kategori bahawa Kristus tidak mungkin berada tiga hari dan tiga malam dalam kubur dari penyaliban hari Jumaat dan kebangkitan hari Minggu. Ianya juga satu kenyataan mudah dan diketahui umum bahawa melainkan dia berada tiga hari dan tiga malam dalam kubur maka dia tidak benar-benar mati mengikut undang-undang Judaik. Lebih-lebih lagi, dengan menyalahtafsirkan teks itu, dengan kurangnya pengetahuan masyarakat umum dalam bahasa Ibrani purba, mereka dapat meneruskan muslihat ini secara berterusan. Dari kegagalan golongan Quarto-deciman, mereka lebih kurang selamat dari penganiayaan dan juga pemualafan. Maka Pentakosta 6 Sivan bersesuaian bagi kedua-dua Judaisme dan Kekristianan Moden atas sebab-sebab berlainan. Ianya salah sepenuhnya dan mencela Tanda Yunus. Tiada seorangpun Kristian yang dapat menerima Pentakosta 6 Sivan dan tidak menyangkal Mesias. Maka ianya satu muslihat yang sangat bijak. Oleh sebab itu, Judaisme telah menentang Tuhan selama dua ribu tahun. Mesias seharusnya adalah Persembahan Unjukan Berkas. Persembahan Unjukan Berkas ini harus berlaku pada hari Minggu 30 CE, atau jika tidak Israel tiada penerimaan dan tiada penebusan.

 

Atas sebab inilah Maria Magdalena tidak boleh cuba menyentuh Kristus di kubur itu (Yohanes 20:15-17). Dia dalam proses, seperti yang dikatakannya, kenaikan kepada Tuhan sebagai hasil terbaik itu. Setelah ini siap, barulah dia dapat kembali dan membenarkan manusia, contohnya Tomas, untuk menyentuhnya. Kenaikan sebelum Pentakosta ini merupakan kenaikan kedua dan kali terakhir. Ia bukanlah suatu tuaian. Kristus menggenapi itu sebagai Unjukan Berkas seperti mana dia juga menggenapi semua korban sebagai Anak Domba Paskah.

 

Persembahan Unjukan Berkas adalah untuk penerimaan Israel.

 

Imamat 23:15-21 Kemudian kamu harus menghitung, mulai dari hari sesudah sabat itu, yaitu waktu kamu membawa berkas persembahan unjukan, harus ada genap tujuh minggu; sampai pada hari sesudah sabat yang ketujuh kamu harus hitung lima puluh hari; lalu kamu harus mempersembahkan korban sajian yang baru kepada TUHAN. Dari tempat kediamanmu kamu harus membawa dua buah roti unjukan yang harus dibuat dari dua persepuluh efa tepung yang terbaik dan yang dibakar sesudah dicampur dengan ragi sebagai hulu hasil bagi TUHAN. Beserta roti itu kamu harus mempersembahkan tujuh ekor domba berumur setahun yang tidak bercela dan seekor lembu jantan muda dan dua ekor domba jantan; semuanya itu haruslah menjadi korban bakaran bagi TUHAN, serta dengan korban sajiannya dan korban-korban curahannya, suatu korban api-apian yang baunya menyenangkan bagi TUHAN. Kemudian kamu harus mempersembahkan seekor kambing jantan sebagai korban penghapus dosa, dan dua ekor domba yang berumur setahun sebagai korban keselamatan. Imam harus mengunjukkan semuanya beserta roti hulu hasil itu sebagai persembahan unjukan di hadapan TUHAN, beserta kedua ekor domba itu. Semuanya itu haruslah menjadi persembahan kudus bagi TUHAN dan adalah bagian imam. Pada hari itu juga kamu harus mengumumkan hari raya dan kamu harus mengadakan pertemuan kudus, janganlah kamu melakukan sesuatu pekerjaan berat; itulah suatu ketetapan untuk selama-lamanya di segala tempat kediamanmu turun-temurun.

 

Unjukan Berkas adalah hulu hasil segala tuaian. Hulu hasil (hasil sulung; hasil terbaik) tuaian Tuhan adalah Kristus (lihat karya Persembahan Unjukan Berkas (No. 106b)).

 

Harinya dicatatkan di sini sebagai hari berikutnya selepas Sabat, iaitu hari pertama minggu atau hari Minggu. Maka Pentakosta harus jatuh setiap tahun pada hari Minggu yang mengikuti Sabat ketujuh, iaitu lima puluh hari selepas Persembahan Unjukan Berkas. Persembahan Unjukan Berkas ini jelas dikenalpasti sebagai hari berikutnya selepas Sabat mingguan Roti Tidak Beragi. Oleh itu Pentakosta tidak boleh dihitung dari hari suci pertama Roti Tidak Beragi seperti yang didakwa dari kalendar Hillel – melainkan hari tersebut jatuh pada hari Minggu. Petikan-petikan yang ditemui dalam LXX berhubung Imamat 23 dan Pentakosta yang digunakan oleh para penganjur Pentakosta 6 Sivan diteliti dalam karya Perhitungan Omer Ke Pentakosta (No. 173). Maka signifikans korban-korban roti beragi adalah:

 

 

Sepuluh langkah atau peringkat Keluaran dibayangkan juga dalam sepuluh kaki dian bait Tuhan yang terbentang sepanjang dua ribu tahun. Gerak maju Keluaran dari Rameses adalah dalam peringkat-peringkat. Peringkat pertama adalah di Sukot.

 

Kawasan perkumpulan di Rameses tidak dikira sebagai satu langkah. Begitu juga, Yohanes Pembaptis tidak dikira sebagai salah satu dari sepuluh lampu pemulihan.

 

Dari Sukot bani Israel bergerak ke Etam (ay-thawm nama yang asalnya dari Mesir, atau Butan: LXX) (Keluaran 13:20; Bilangan 33:6-8). Dari Etam bani Israel pergi ke Migdol (bermakna menara) (Keluaran 14:2; Bilangan 33:7) iaitu sebelum Pi-Hahirot di Laut Merah. Dari Pi-Hahirot orang Israel menyeberangi Laut Merah dan berjalan selama kira-kira tiga hari ke Mara (bermakna pahit kerana mereka tidak dapat meminum air di situ (atau Picriae: LXX) (Keluaran 15:23; Bilangan 33:8-9). Air Roh Kudus dijadikan boleh diminum dengan satu pohon/kayu (Keluaran 15:25) iaitu Mesias.

 

Dari Mara mereka berkhemah di Elim (bermakna pohon-pohon palma/kurma; Bene Eliym bermakna Anak-anak Tuhan) (Keluaran 15:27; 16:1; Bilangan 33:9-10). Terdapat dua belas mata air dan tujuh puluh pohon kurma. Semua ini adalah melambangkan dua belas suku yang setiap satunya diberi makan dari satu mata air yang merupakan dua belas hakim Israel. Tujuh puluh pohon kurma itu melambangkan tujuh puluh pohon para tua-tua (Keluaran 24:1,9), Sanhedrin dan sidang penatua kemudiannya (Lukas 10:1, 17). Nama Elim diperolehi dari perkataan Eyil yang bermakna kekuatan, yakni ketua, atau domba jantan, atau tiang; yakni pohon oak atau pohon yang kuat. Maka konsep ini mempunyai kemampuan untuk melanjut kepada maksud Elim atau Eliym yang bermakna kuat atau tuhan-tuhan seperti mana ia muncul dalam Mazmur 89:8. Maka konsep ini adalah satu alegori Elohim atau Eliym. Oleh itu golongan tujuh puluh itu dianggap sebagai mewakili sidang lanjutan Bani syurgawi. (Dengan itu, tujuh puluh (dua) selama 2,000 tahun membentuk dasar bagi 144,000).

 

Israel memasuki Padang Gurun Sin selepas Elim dalam perjalanan ke Sinai pada hari ke 15 bulan kedua (suatu Sabat?). LXX menyatakan bahawa perkhemahan dalam Padang Gurun Sin bermula dekat Laut Merah (Laut Teberau) dari mana mereka memasuki padang gurun itu (Bilangan 33:11-12 LXX).

 

Umat ini diberikan manna untuk dimakan pada takat ini. Maka selepas pohon Mesias dan mata air serta pohon-pohon dua belas dan tujuh puluh itu yang dilantik Kristus sebelum kematiannya, mereka memasuki padang gurun. Mereka merungut dan diberi makan daging burung puyuh pada waktu petang dan pagi. Sejak itu, mereka diberi makan roti Syurga iaitu Yesus Kristus.

 

Jemaat umat Israel bergerak maju dari Padang Gurun Sin melalui peringkat-peringkat, mengikut perintah Tuhan (Keluaran 17:1). Mereka berkhemah di Dofka (bermakna satu ketukan, yakni panggilan bintang fajar. Al tarikh bermakna dalam bahasa Semit (Semitic), contohnya dalam bahasa Arab, Bintang Fajar atau dia yang mengetuk atau dia yang datang pada waktu malam – yakni Surah dalam Quran).

 

Israel kemudiannya berkhemah di Alus (yang maknanya tidak pasti) dan dari Alus mereka berkhemah di Refidim (bermakna pagar atau tiang-tiang pagar, yakni disebar sekeliling atau sekitar) (Keluaran 17:1; Bilangan 33:14-15). Maka mereka berjalan dalam susunan tidak sebarisan walaupun nampaknya bahawa susunan akhir baris mereka dari Bilangan 10 tidak ditetapkan sehinggalah perjalanan mereka dari Sinai dalam tahun kedua (Bilangan 10:1 dan seterusnya). Tiada air di Refidim (Refidin, Bilangan 33:14 LXX). Ini mewakili permulaan kelaparan firman Tuhan. Dari Refidim mereka sampai di Sinai.

 

Sepuluh peringkat ini mewakili sepuluh peringkat pemulihan dari Mesias melalui tujuh Jemaat hingga dua saksi yang tiba pada pemerintahan milenium itu serta zaman baru. Sepuluh peringkat ini diwakili oleh sepuluh kaki dian Bait Salomo di mana terdapat tujuh puluh lilin/dian dan sepuluh meja roti sajian. Turutan akhir dua orang saksi itu menunjukkan satu perkumpulan tidak sebaris dan/atau berturutan. Maka, Bani syurgawi tidak terdapat dalam satu tubuh atau kumpulan.

 

Oleh sebab itu turutannya adalah dari Mesir ke Hukum Taurat di Sinai, dan dari Hukum di Sinai ke Mesias, dan sekali lagi melalui turutan yang sama sehinggalah Mesias datang untuk kali terakhir pada hujung zaman.

 

Orang Israel telah diserang oleh orang Amalek di Refidim (Keluaran 17:8). Maka, sejurus sebelum ketibaan di Sinai dalam perkhemahan kesembilan, orang Israel telah diserang oleh orang Amalek. Bangsa ini akan dihapuskan sepenuhnya kerana serangan mereka atas Israel. Ini menggambarkan serangan dalam zaman akhir yang dibayangi oleh Wahyu 12:15-16. Hukumannya ditunjukkan dalam perumpamaan domba dan kambing (Matius 25:32-33), di mana semua bangsa dihakimi melalui bagaimana mereka melayan umat pilihan sepanjang tempoh percubaan. Musa terpaksa mengangkat lengan-lengannya sepanjang tempoh serangan tersebut. Untuk melakukan ini, Harun dan Hur terpaksa mendudukkan Musa pada satu batu, yang melambangkan kuasa Tuhan, dan mereka berdiri di sebelah kanan dan kirinya sambil mengangkat lengan-lengannya. Konsep-konsep ini membayangkan transfigurasi (perubahan rupa) (Markus 9:4-5) dan mewakili elohim Kristus, Musa dan Elia. Kuasanya adalah dari Kristus melalui usaha berterusan sehinggalah akhir Hari Tuhan. Yosua dari Efraim berlawan sepanjang hari sehingga matahari terbenam (Keluaran 17:13). Sesudah orang Amalek dikalahkan, Musa telah dilawat oleh Yitro imam Midian yang membuat persembahan korban kepada Tuhan (Keluaran 18:12). Simbolisme tindakan ini mungkin memberi gambaran tentanng pemulihan-pemulihan serta pemualafan-pemualafan zaman akhir.

 

Penubuhan Mazhab-mazhab Para Hakim memang menandakan pemulihan hukum sistem milenium. Yitro menyatakan bahawa dari Keluaran itu dia tahu bahawa Yehovah adalah lebih besar dari semua elohim.

 

Keluaran 18:11 Sekarang aku tahu, bahwa TUHAN lebih besar dari segala allah (Elohim); sebab Ia telah menyelamatkan bangsa ini dari tangan orang Mesir, karena memang orang-orang ini telah bertindak angkuh terhadap mereka."

 

Dia berkata di sini tentang YHVH Israel yang merupakan imam besar elohim di bawah Eloah atau Elyon, Allah Maha Tinggi.

 

Pada bulan baru ketiga apabila mereka bertolak dari Refidim dan berkhemah di Sinai, Musa telah mendaki gunung itu untuk menerima taurat itu dan untuk dikhususkan sebagai satu bangsa suci, suatu kerajaan imam (Keluaran 19:5-6). Ini menandai komen-komen dalam Wahyu 4 dan 5. Israel telah didukung di atas sayap rajawali (Keluaran 19:4) seperti juga Jemaat (Wahyu 12:14). Sayap itu adalah sayap Kristus.

 

Sesudah tiga hari, pada pagi hari ketiga, dalam kegelapan pekat, Musa telah diperintah naik ke atas gunung itu. Musa telah dihantar untuk membawa Harun naik bersamanya namun bangsa itu telah dihalang seperti mana para imam yang perlu ditahbiskan (Keluaran 19:24). Pentahbisan ini melambangkan persediaan baptisan agar mereka bersedia untuk menerima kuasa Pentakosta pada kedatangan Mesias. Pertama, simbolismenya adalah mengenai pemberian taurat itu yang merupakan struktur sifat Tuhan dan, kedua, simbolismenya adalah mengenai kuasa Roh Kudus dari Mesias. Bilangan 11:25 menunjukkan bahawa Roh telah dicurahkan pada tujuh puluh orang tua-tua itu. Roh membuatkan mereka yang ada dalam perkhemahan, iaitu Eldad dan Medad, untuk bernubuat yang dari Bilangan 11:29 dianggap sebagai satu cabaran kepada kewibawaan Musa. Musa bertanya jika mereka cemburu kerana dirinya dan mengatakan bahawa dia menginginkan umat Tuhan semuanya menjadi nabi. Maka bilangan dari turutan ini adalah tujuh puluh campur dua.

 

Tempoh yang membawa kepada pemberian hukum itu pada Pentakosta di bawah Musa mewakili seluruh tempoh yang membawa kepada Mesias. Dia mewakili penulisan hukum itu di dalam hati setiap orang Israel dari segi rohani.

 

Musa kemudiannya diberikan hukum taurat itu seperti yang dihuraikan dalam Keluaran 20.

 

 

Perintah-perintah ini adalah dalam dua kumpulan. Empat yang pertama mewakili kasih akan Tuhan. Enam seterusnya mewakili kasih sesama sendiri Bani syurgawi. Jemaat Roman Katolik cuba mengabaikan perintah kedua dengan menggabungkannnya dengan perintah pertama dan membahagikan perintah kesepuluh menjadi dua; iaitu mengingini isteri dan kepunyaan sesama sendiri. Pembahagian palsu ini didapati dari susunan hal-hal dalam Ulangan 5:21 yang meletakkan isteri sebelum rumah dalam turutannya. Pembahagian palsu ini adalah perlu bagi mereka kerana mereka terang-terangan melanggar perintah tersebut dengan menyembah patung-patung para santo dan salib dan relik. Sujud di hadapan benda-benda ini atau menyembahnya adalah dilarang. Ianya satu pelanggaran hukum dan kerana itu para penganutnya melanggar seluruh hukum itu.

 

Hukum itu terbit dari sifat Tuhan. Maka umat pilihan, melalui kuasa ilahi Tuhan, iaitu Roh Kudus, adalah pengambil bahagian dalam sifat ilahi itu (2 Petrus 1:3-4). Dengan itu, aspek-aspek rohani hukum diaplikasikan kepada umat pilihan dan mereka diadili pada tingkat yang lebih tinggi. Mengingini apa saja kepunyaan orang lain membawa kepada cemburu atau, lebih teruk lagi, iri hati. Kamus Universal Oxford menyatakan iri hati sebagai:

 

Berkaitan dengan invidere memandang (dalam ertikata jahat) sebagai 1. keinginan jahat, kemahuan jahat, permusuhan – 1707.b. as tr. L. invidia: Kebencian atau tidak disenangi – 1679. 2. Bahaya, kejahatan – 1460. 3. Keaiban dan keinginan jahat bila memikirkan kelebihan-kelebihan orang lain yang lebih baik… 4.a. Menandingi – 1635. b. Kerinduan bagi kelebihan-kelebihan orang lain 1723. 5. Keinginan; keghairahan – 1607.

 

trans Berasa iri hati terhadap kelebihan-kelebihan lebih baik; memikirkan dengan rasa tidak puas hati tentang kepunyaan seorang lain (yang lebih baik). Juga dalam ertikata lebih neutral: Mengingini diri sendiri berada pada tahap sama dengan (seorang lain) dari segi tertentu atau memiliki (sesuatu yang dipunyai seorang lain). 2) Merasa dendam terhadap – 1630. 3) trans Mendendam atau melayan dengan dendam…

 

Memang ianya satu hal biasa untuk menggunakan istilah ini dalam konteks memuji seorang lain seperti mengatakan Saya iri hati dengan kegembiraanmu atau hubunganmu atau apa saja. Ianya hal lain lagi jika merasai gerak hati itu. Kerana, mengalah kepada iri hati atau menyimpan perasaan tersebut, membawa kepada keinginan untuk menyerang dan menghancurkan individu yang mempunyai ciri-ciri yang diingini itu. Pelanggaran perintah kesepuluh menjadi pelanggaran perintah pertama. Benda yang dicemburui menjadi Tuhan. Maka begitulah, musuh itu jatuh ke dalam dosa ini ketika dia ingin menjatuhkan Tuhan. Dia iri hati dengan Tuhan dan ingin menjadi seperti Yang Mahatinggi.

 

Yesaya 14:9-17 Dunia orang mati yang di bawah gemetar untuk menyongsong kedatanganmu, dijagakannya arwah-arwah bagimu, yaitu semua bekas pemimpin di bumi; semua bekas raja bangsa-bangsa dibangunkannya dari takhta mereka. Sekaliannya mereka mulai berbicara dan berkata kepadamu: 'Engkau juga telah menjadi lemah seperti kami, sudah menjadi sama seperti kami!' Ke dunia orang mati sudah diturunkan kemegahanmu dan bunyi gambus-gambusmu; ulat-ulat dibentangkan sebagai lapik tidurmu, dan cacing-cacing sebagai selimutmu." "Wah, engkau sudah jatuh dari langit, hai Bintang Timur, putera Fajar, engkau sudah dipecahkan dan jatuh ke bumi, hai yang mengalahkan bangsa-bangsa! Engkau yang tadinya berkata dalam hatimu: Aku hendak naik ke langit, aku hendak mendirikan takhtaku mengatasi bintang-bintang Allah, dan aku hendak duduk di atas bukit pertemuan, jauh di sebelah utara. Aku hendak naik mengatasi ketinggian awan-awan, hendak menyamai Yang Mahatinggi! Sebaliknya, ke dalam dunia orang mati engkau diturunkan, ke tempat yang paling dalam di liang kubur. Orang-orang yang melihat engkau akan memperhatikan dan mengamat-amati engkau, katanya: Inikah dia yang telah membuat bumi gemetar, dan yang telah membuat kerajaan-kerajaan bergoncang, yang telah membuat dunia seperti padang gurun, dan menghancurkan kota-kotanya, yang tidak melepaskan orang-orangnya yang terkurung pulang ke rumah?

 

Teks ini patut dibandingkan dengan Mazmur 75:2; 82:1; Yehezkiel 28:12-14. Kini Kristuslah yang menerima jemaat itu dan menghakimi dengan adil. Promosi (Peninggian) datang bukan dari timur atau barat atau dari selatan. Namun Tuhan adalah Hakim: Dia merendahkan yang satu, dan meninggikan yang lain (Mazmur 75:6-7). Maka Elohim berdiri di dalam jemaat yang kuat [bahasa Ibrani El atau Tuhan-tuhan]. Dia menghakimi di tengah-tengah elohim ini (Mazmur 82:1, lihat The Interlinear Bible). Kerub yang menutupi (berjaga) iri hati terhadap kedudukan Tuhan. Iblis diciptakan sempurna namun melepaskan kedudukannya itu melalui penderhakaan.

 

Yehezkiel 28:11-19 Lalu datanglah firman TUHAN kepadaku: "Hai anak manusia, ucapkanlah suatu ratapan mengenai raja Tirus (Iblis, lihat Companion Bible) dan katakanlah kepadanya: Beginilah firman Tuhan ALLAH: Gambar dari kesempurnaan engkau, penuh hikmat dan maha indah. Engkau di taman Eden, yaitu taman Allah penuh segala batu permata yang berharga: yaspis merah, krisolit dan yaspis hijau, permata pirus, krisopras dan nefrit, lazurit, batu darah dan malakit. Tempat tatahannya diperbuat dari emas dan disediakan pada hari penciptaanmu. Kuberikan tempatmu dekat kerub yang berjaga, di gunung kudus Allah engkau berada dan berjalan-jalan di tengah batu-batu yang bercahaya-cahaya. Engkau tak bercela di dalam tingkah lakumu sejak hari penciptaanmu sampai terdapat kecurangan padamu. Dengan dagangmu yang besar engkau penuh dengan kekerasan dan engkau berbuat dosa. Maka Kubuangkan engkau dari gunung Allah dan kerub yang berjaga membinasakan engkau dari tengah batu-batu yang bercahaya. Engkau sombong karena kecantikanmu, hikmatmu kaumusnahkan demi semarakmu. Ke bumi kau Kulempar, kepada raja-raja engkau Kuserahkan menjadi tontonan bagi matanya. Dengan banyaknya kesalahanmu dan kecurangan dalam dagangmu engkau melanggar kekudusan tempat kudusmu. Maka Aku menyalakan api dari tengahmu yang akan memakan habis engkau. Dan Kubiarkan engkau menjadi abu di atas bumi di hadapan semua yang melihatmu. Semua di antara bangsa-bangsa yang mengenal engkau kaget melihat keadaanmu. Akhir hidupmu mendahsyatkan dan lenyap selamanya engkau (kamu tidak akan selamanya)." (The Interlinear Bible (penekanan ditambah)).

 

Maka makhluk luar biasa ini dikenalpasti sebagai seorang manusia. Maka dengan itu dia dapat dikenalpasti sebagai kerub yang berjaga dari sistem berkepala manusia dari Wahyu 4:7. Dia telah dibuang ke dalam lubang atau jurang itu dan dia akan dibereskan dan kuasanya akan dibuang peringkat demi peringkat – pertama, dari kejatuhannya dan, kedua, dari pengecilannya dan penyingkirannya dari hidup kekal. Membataskan satu kuasa luar biasa dari segi ruang dan masa secara asasnya mengurangkan kuasanya kerana masa, jirim dan tenaga, secara fizikal, merupakan ekspresi-ekspresi berkaitan yang perlu bagi benda yang sama.

 

Iblis dibinasakan oleh api dari dalam dia. Maka dia akan menjadi sumber lautan api dan, dengan itu, sumber tenaga yang akhirnya memakan sistemnya (lihat juga karya Penghakiman Para Iblis (No. 80)).

 

Api ini adalah serupa kepada api atau pur yang keluar dari mulut saksi-saksi dalam Wahyu 11:5. Api atau puri yang menyeksa mereka yang menyembah binatang itu serta gambarnya dan menerima tandanya, keluar dari kemurkaan Tuhan. Asap api keseksaan naik sampai Zaman Segala Zaman, dan siang malam mereka yang memiliki tanda itu terus diseksa (Wahyu 14:10-11). Maka asap api keseksaan ini bukan selamanya tetapi hanya sampai zaman apabila mereka yang memiliki tanda binatang itu yang telah disesatkan oleh nabi palsu itu dibunuh dan kemudiannya dibangkitkan. Binatang dan nubuatan palsu itu dibuang hidup-hidup ke dalam Lautan Api (limnen tou puros) yang terbakar dengan belerang.

 

Perkataannya adalah theioo dan ianya diandaikan bahawa belerang atau sulfur diertikan dari maksud kecemerlangan perkataan theios yang bermaksud keilahian. Begitu juga Wahyuu 9:17 mempunyai theioodeis atau seperti belerang (theion dan eidos). Maka konsep in adalah untuk mempunyai bentuk ketuhanan atau keilahian. Jadi, Lautan Api mungkin mewakili suatu kuasa ilahi rohani dan tiada kena-mengena dengan belerang sama sekali kerana asal perkataan ini diperolehi dari konsep ilahi (iaitu seperti mana kuasa rohani Iblis).

 

Konsep-konsep ini berkait dengan kuasa rohani pada Pentakosta. Ini sekali lagi menunjuk ke arah pengorbanan Mesias serta penerimaan Roh Kudus.

 

Mereka yang mempunyai tanda binatang akan basanizo (disakiti atau diseksa) oleh puri dan theioo di hadapan para malaikat dan di hadapan Anak Domba itu. Kapnos atau asapnya sampai zaman segala zaman (Wahyu 14:11), iaitu sehingga Milenium. Konsep yang sama adalah mengenai kehancuran manusia dosa atau ketiadaan hukum yang dibinasakan oleh kecemerlangan (epiphaneia) kedatangan Kristus (2 Tesalonika 2:8).

 

Maka, kuasa Roh Kudus adalah dari Tuhan yang menganugerahkan sifatNya yang dengan sendirinya membataskan dan membinasakan Bani syurgawi yang telah jatuh. Roh Kudus memberi kuasa kepada semua umat pilihan dan dibuang dari sesiapa Bani syurgawi yang tidak mentaati Tuhan. Kemampuan ini, iaitu untuk dibinasakan, secara perlunya harus melanjut kepada Kristus kerana jika tidak, tiada ujian berkesan atau tiada perbandingan dengan siapa Iblis dihakimi.

 

Kristus layak melalui ketaatannya sebagai Imam Besar, yang secara berkesannya mendamaikan manusia kepada Tuhan. Mereka secara berkesannya telah tersingkir dari Tuhan oleh penderhakaan Iblis dan Bani Syurgawi yang mempunyai tanggungjawab terhadap mereka. Bani derhaka akan dihakimi oleh tindakan-tindakan umat pilihan, oleh ketaatan mereka sekarang dan oleh pelaksanaan tanggungjawab mereka sepanjang tempoh penguasaan Milenium. Oleh sebab itu, Bani derhaka tidak dapat dihakimi sepenuhnya sehinggalah kita telah menyiapkan tugas-tugas kita.

 

Konsep-konsep dosa dan penderhakaan dibawa dari perintah kesepuluh kepada perintah pertama. Penderhakaan adalah seperti dosa ilmu sihir (1Samuel 15:23) kerana konsepnya terbit dari mempunyai kehendak yang bertentangan atau di luar kehendak Tuhan. Iblis, dengan keinginannya untuk memaksa kehendaknya dari kehendak Tuhan, adalah menderhaka dan, dengan itu, seorang politeis. Monoteisme terbit dari konsep kesatuan di bawah kehendak Tuhan. Oleh sebab itu, tiada seorangpun elohim yang sebelum atau mengganti tempat Allah Mahatinggi. Perintah itu termasuklah Yesus Kristus. Yesus Kristus bukan sebelum Allah atau di sampingNya atau setara kepada atau denganNya, juga bukan abadi bersama kepada atau denganNya melainkan peruntukannya untuk berada pada sebelah kananNya.

 

Dari penerimaan sepuluh perintah itu pada Pentakosta kita lihat bahawa kuasa Tuhan disediakan untuk kita semua. Dari sifat diri Tuhan terbitnya segenap hukum taurat itu dan Roh Kudus. Pentakosta di Sinai merupakan waktu yang sangat penting dan menunjuk ke arah penerimaan Roh Kudus dengan Jemaat.

 

Konsep-konsep perintah-perintah itu serta hukum terkandung di dalam contoh Kristus serta orang muda pada Matius 19:16-22.

 

Matius 19:16-22 Ada seorang datang kepada Yesus, dan berkata: "Guru, perbuatan baik apakah yang harus kuperbuat untuk memperoleh hidup yang kekal?" Jawab Yesus: "Apakah sebabnya engkau bertanya kepada-Ku tentang apa yang baik? Hanya Satu yang baik. Tetapi jikalau engkau ingin masuk ke dalam hidup, turutilah segala perintah Allah." Kata orang itu kepada-Nya: "Perintah yang mana?" Kata Yesus: "Jangan membunuh, jangan berzinah, jangan mencuri, jangan mengucapkan saksi dusta, hormatilah ayahmu dan ibumu dan kasihilah sesamamu manusia seperti dirimu sendiri." Kata orang muda itu kepada-Nya: "Semuanya itu telah kuturuti, apa lagi yang masih kurang?" Kata Yesus kepadanya: "Jikalau engkau hendak sempurna, pergilah, juallah segala milikmu dan berikanlah itu kepada orang-orang miskin, maka engkau akan beroleh harta di sorga, kemudian datanglah ke mari dan ikutlah Aku." Ketika orang muda itu mendengar perkataan itu, pergilah ia dengan sedih, sebab banyak hartanya.

 

Orang ini mempunyai kasih umat manusia. Bagaimanapun, dia tidak menetapkan fikirannya pada kasih Tuhan serta harta di syurga.

 

Konsep-konsep terbabit adalah bahawa hanya enam perintah terakhir yang disebutkan, namun perintah kesepuluh tidak dikenalpasti selain daripada keperluan untuk mengasihi sesama sendiri seperti diri sendiri – kerana melalui iri hati kita menyerang dan membinasa sesama sendiri. Dari perintah ini kita jatuh ke dalam pelanggaran empat perintah pertama kerana perintah kedua, ketiga dan keempat mengikuti dari perintah pertama dan yang pertama dilanggar dari yang kesepuluh. Keberhalaan adalah penderhakaan dan iri hati. Dari penderhakaan dan iri hati timbulnya benci. Dari benci timbulnya keganasan. Begitu juga, dari iri hati timbulnya nafsu dan perzinaan, iaitu keganasan terhadap diri orang lain melalui isterinya kerana mereka adalah satu daging. Dari iri hati timbulnya pencurian dan dari pencurian juga timbulnya benci, kerana pencurian adalah keganasan. Dari dusta palsu timbulnya ketidakadilan yang disebabkan ketamakan atau ketakutan – dan dengan itu, kejahatan.

 

Maka, jika satu perintah dilanggar, semuanya dilanggar dan kita bersalah mengikut hukum. Hukum taurat terbit dari sifat diri Tuhan dan, dengan itu, hukum bukanlah satu paksaan tetapi sebaliknya hasil dari perubahan diri atau pemualafan.

 

Seluruh proses Hukum pada Pentakosta ini memandang ke hadapan kepada baptisan dengan api. Jemaat bukan hanya menerima satu kuasa. Kuasa ini adalah dari perubahan diri melalui gambaran sifat Tuhan. Kuasa ini memberikan sifat Tuhan kepada Jemaat. Itu adalah simbolisme api itu.

 

Pada Pentakosta, sifat Tuhan yang diwakili oleh nyala api memasuki individu dan memasukkan hukum itu di dalam hati mereka.

 

Kita memelihara hari Sabat kerana Roh Kudus yang meyakinkan kita dari perubahan diri kita, bukannya dari paksaan tetapi dari logik pemualafan kita. Kita adalah subordinat, dalam rupa Tuhan, seperti Kristus yang tidak menganggap kesetaraan dengan Tuhan sesuatu yang harus dicapai (Filipi 2:6). Oleh sebab itu, kita taat kepada kehendakNya seperti mana tuan kita Mesias. Dari pemahaman kita tentang Allah maha esa dan anakNya Yesus Kristus kita mewarisi hidup kekal (Yohanes 17:3). Ketaatan kita kepada hukum adalah syarat kedua kepada warisan itu dan terbit dari pemahaman tentang Allah yang maha esa, Eloah atau Allah Mahatinggi iaitu Bapa dan Tuhan serta Bapa Kristus (Yohanes 20:17).

 

Seluruh keluaran itu sehinggalah Pentakosta di Sinai memantulkan pembangunan Israel sehinggalah pelayanan Mesias dan penyaliban dan pendamaian untuk penerimaan Roh Kudus pada Pentakosta tahun 30 CE. Fasa perjalanan seterusnya selama 38 tahun dalam padang gurun mewakili Jemaat yang berada dalam padang gurun selama 38 Jubli dan ini akan diterangkan dalam sebuah karya kemudian.

 

q