Jemaat-jemaat Allah Al Masehi

[119]

 

 

 

 

Salasila Mesiah

(Edisi 2.0 19950604-20050509)

 

Kepentingan salasila Mesiah akan dijelaskan dari Adam. Teks-teks di dalam Matius 1 dan Lukas 3 akan dijelaskana dan kontradiksi yang jelas di antara teks-teks ini dan Tawarikh juga akan dijelaskan. Maksud yang betul dan benar menunjukkan bahawa Mesiah sesungguhnya telah diutus untuk menyelamatkan umat yang berdosa.

 

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta ã 1995, 2000 Wade Cox)

 (Tr. 2005)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org

 

Salasila Mesiah [119]

 


Salasila Mesiah adalah satu alat yang penting di dalam pemahaman siapakah Mesiah sebenarnya. Lebih penting lagi salasila ini menyampaikan satu pemahaman yang penting tentang penggenapan kepada nubuatan dan juga hukum alkitabiah. Pengapkiran pemahaman ini dari Reader’s Digest Bible (Intisari Alkitab untuk Pembaca) adalah satu kesilapan yang serius dan merugikan.

 

Terdapat beberapa peraturan keturunan yang harus difahami juga dari sudut luar perkara ini. Yang pertama ialah bahawa hanya silasilah golongan lelaki sahaja yang dicatat. Ini berakar dari hukum serta praktik bahawa golongan wanita akan ikut kepada suku kaum suami ketika perkahwinan. Terdapat beberapa hukum yang melarang perkahwinan antara-suku. Larangan kepada perkahwinan antara-suku ini wujud atas sebab yang baik. Dari Bilangan 36 kita melihat bahawa tanah itu diberikan bagi warisan pusaka kepada umat Israle. Warisan ini telah digaris besarkan melalui keturunan. Tidak ada wanita yang memiliki warisan dari suku kaum Israel boleh berkahwin di luar dari sukunya (Bil 36:8). Wanita harus berkahwin dengan suku kaum Bapanya. Warisan ini tidak boleh disingkirkan dari suku kaum ke suku yang lain. Setiap suku harus memelihara warisannya sendiri. (Bil 36:9). Kerana sewaktu Yobel tiba, warisan ini kemudiannya diberikan kepada suku kaum orang yang wanita ini kahwin (Bil 36:4). Peraturan Yobel diaplikasikan dari Imamat 25. Justru itu, keturunan adalah penting kepada pemahaman dan pemeliharaan kepada sistem ekonomi di bawah hukum. Sistem ini dipercayai telah diperkenalkan semula di bawah Mesiah (Lihat Yehezkiel bagi perkembangan perkara ini). Allah mengikuti keturunan darah dan melindunginya ketika pembubaran dan penawanan (Amos 9:9).

 

Peraturan-peraturan warisan ini diaplikasikan juga kepada suku kaum Lewi. Rumah-rumah di kota-kota suku Lewi adalah milik mereka did alam Yobel. Oleh kerana itu suku kaum Lewi terikat dengan peraturan warisan ke atas keimamatan dan kota-kota dan di pinggiran kota (Im 25:32-34). Pembatasan orang Lewi ini mempunyai aplikasi kepada nubuatan Mesiah, seperti yang kita akan lihat.

 

Keturunan Mesiah di dalam Perjanjian Baru adalah dari dua salasilah, di dalam Matius 1:1-7 dan Lukas 3:23-38, kedua-duanya adalah berbeza. Lebih lagi, salasilah di dalam Matius berbeza dari dalam buku Tawarikh. Oleh kerana ini, seharusnya terdapat satu penjelasan yang baik bagi kontradiksi ini atau, sekiranya tidak Alkitab ini boleh dilihat sebagai tidak diinspirasikan. Kekristianan moden memilih untuk tidak megendahkan masalah ini menjadi lebih teruk seperti yang kita lihat di dalam Reader’s Digest Bible. Untuk memahami apa yang berlaku kita harus mengakui masalah-masalah lain yang tidak diendahkan oleh sesetengah pihak.

 

Kedua-dua Matius dan Lukas bermula dengan Adam. Salasilah ini adalah satu proses untuk memperkecilkan keperluan nubuatan kepada keluarga yang khusus pada masa yang tepat. Beih wanita datang dari Adam (Kej 3:15). Benih wanita di sini adalah dalam bentuk maskulin tunggal (zer’a). ( teks dalam Kej 17:7; 21:12; dan Gal 3:16 mempunyai pertalian. Kuasa Iblis telah disingkirkan dan sistemnya telah dimusnahkan dari Ibr 2:14; 1 Yoh 3:8).

 

Kejadian 17:7 menunjukkan bahawa Perjanjian dan Mesiah harus datang dari beih Abraham. Kejadian 21:12 mengecilkan salasilah ini kepada Isyak yang boleh dikatakan datang dari benih Abraham. Bagaimana pun Ismail juga merupakan benih Abraham dan oleh kerana itu telah berkembang sebagai satu bangsa. Bagaimana pun, ianya melalui Isyak di mana benih ini dipanggil.

 

Keturunan Mesiah terus dikecilkan. Yohanes 7:42 merujuk kepada beberapa nubuatan di dalam satu teks yang tunggal.

 

Yohanes 7:42  Karena Kitab Suci mengatakan, bahwa Mesias berasal dari keturunan Daud dan dari kampung Betlehem, tempat Daud dahulu tinggal."

 

Kitab yang dirangkumioleh teks ini boleh didapati di dalam Mazmur 110:1-7 di mana dia adalah Tuhan Daud dan Imam Melkisedek. Dengan ini Teks ini merujuk kepada imam Mesiah.

 

Mazmur 132:6,11 menunjukkan bahawa satu daripada Daud dan Efrata akan didudukkan oleh Allah di atas takhta.

 

Mazmur 132:11 TUHAN telah menyatakan sumpah setia kepada Daud, Ia tidak akan memungkirinya: "Seorang anak kandungmu akan Kududukkan di atas takhtamu;

 

Mesiah akan menjadi akar kepada Isai dan akanmenjadi keselamatan kepada golongan fasik dari Yesaya 11:1,10.

 

Yesaya 11:1  Suatu tunas akan keluar dari tunggul Isai, dan taruk yang akan tumbuh dari pangkalnya akan berbuah.

 

Yesaya 11:10 Maka pada waktu itu taruk dari pangkal Isai akan berdiri sebagai panji-panji bagi bangsa-bangsa; dia akan dicari oleh suku-suku bangsa dan tempat kediamannya akan menjadi mulia.

 

Justru itu Mesiah adalah benih dari pangkal Isai, bapa kepada Daud. Mesiah adalah dari salasilah Daud dari Yeremia.

 

Yeremia 23:5-8 Sesungguhnya, waktunya akan datang, demikianlah firman TUHAN, bahwa Aku akan menumbuhkan Tunas adil bagi Daud. Ia akan memerintah sebagai raja yang bijaksana dan akan melakukan keadilan dan kebenaran di negeri.  6 Dalam zamannya Yehuda akan dibebaskan, dan Israel akan hidup dengan tenteram; dan inilah namanya yang diberikan orang kepadanya: TUHAN--keadilan kita.  7 Sebab itu, demikianlah firman TUHAN, sesungguhnya, waktunya akan datang, bahwa orang tidak lagi mengatakan: Demi TUHAN yang hidup yang menuntun orang Israel keluar dari tanah Mesir!,  8 melainkan: Demi TUHAN yang hidup yang menuntun dan membawa pulang keturunan kaum Israel keluar dari tanah utara dan dari segala negeri ke mana Ia telah menceraiberaikan mereka!, maka mereka akan tinggal di tanahnya sendiri."

 

Teks ini telah membaurkan Kekristianan moden kerana ia menunjukkan dengan jelas bahawa Mesiah akan memerintah bumi dan bahawa terdapat satu lagi keluaran yang mengembangkan Israel.

 

Mikha 5:2 menunjukkan bahawa Mesiah akan lahir kembali dari Betlehem.

 

Mikha 5:2  Tetapi engkau, hai Betlehem Efrata, hai yang terkecil di antara kaum-kaum Yehuda, dari padamu akan bangkit bagi-Ku seorang yang akan memerintah Israel, yang permulaannya sudah sejak purbakala, sejak dahulu kala.

 

Justru itu benih itu adalah dari Adam melalui Abraham, melalui Isyak, melalui Yudah, melalui Daud dan dari Betlehem. Ini adalah pengecilkan salasila tradisional. Salasila boleh dan harus dikecilkan dari ini. Terdapat dua aspek dari kedatangan Mesiah yang mana menunjukkan bahawa terdapat dua kedatangan Mesiah untuk dua tujuan. Tujuan yang pertama adalah sebagai imam Mesiah untuk mendirikan susunan Melkisedek, untuk membina keimamatan tanpa salasila, supaya ianya boleh dibuka kepada golongan fasik sebagai kurnia dari Allah.

 

Umat pilihan telah ditebus oleh Kristus sebagai satu susunan raja-raja dan imam-imam (Wah 1:6; 5:9-10).

 

Wah 5:9-10

Dan mereka menyanyikan suatu nyanyian baru katanya: "Engkau layak menerima gulungan kitab itu dan membuka meterai-meterainya; karena Engkau telah disembelih dan dengan darah-Mu Engkau telah membeli mereka bagi Allah dari tiap-tiap suku dan bahasa dan kaum dan bangsa.  10 Dan Engkau telah membuat mereka menjadi suatu kerajaan, dan menjadi imam-imam bagi Allah kita, dan mereka akan memerintah sebagai raja di bumi."

 

Oleh itu keimamatan Harun harus berakhir dan bersamanya adalah Kaabah di Yerusalem dan juga di Mesir di Heliopolis. Kaabah Leontopolis di dalam noma Heliopolis telah didirikan oleh Onias IV melalui nubuatan Yesaya 19:19. Ianya didirikan di tanah Goshen untuk membantu menggenapkan nubuatan di dalam Hosea dari Israel dan Mesiah, iaitu, Dari Mesir Aku akan memanggil anakku (Hos 11:1; Mat 2:15). Kaabah di Mesir beroperasi dari 160 BCE sehingga 71 CE apabila ianya ditutup atas perintah golongan Vespasia selepad pemusnahan Yerusalem. Dengan ini penutupan tersebut melengkapkan tanda Yunus, yang berlangsung dari 30 CE – 70 CE, dan telah dilengkapkan dari 1 Nisan 70 CE sehingga 1 Nisan 71 CE (Lihat  karya tulis Tanda Yunus dan SejarahPembinaan Semula Kaabah (No. 13)). Kekuasaan Kaabah ini telah disingkirkan selepas genap empat puluh tahun yang mana tempoh yang diberikan kepada Yudah untuk betobat. Empat puluih tahun ini mengikuti tiga tahun pelayanan Mesiah dalam kiraan satu tahun bersamaan dengan satu hari yang berlawanan dengan pelayanan Yunus kepada Ninewih.

 

Susunan yang baru adalah selepas susunan Melkisedek (Maz 110:4). Kristus adalah Imam Besar dalam susunan itu. Umat pilihan adalah pada imam, tanpa salasila (Ibr 7:1-21). Imam-imam ini juga adalah raja-raja yang diberikan kerajaan (Ibr 12:28). Ianya terbukti bahawa seorang Imam Besar hanya boleh menjadi sedemikian sekiranya terdapat imam lain yang dibawah pemerintahannya. Dengan definisi mereka ini bukan dari keimamatan Harus, walaupun anak-anak Harun juga adalah sebahagian daripada keimamatan tersebut (Wah 7:7). Konsep keimamatan adalah lebih luas daripada bangsa, sama seperti konsep Israel juga diperluaskan untuk melibatkan semua bangsa-bangsa.

 

Salasila Mesiah melibatkan bukan sahaja dari salasila Daud tetapi juga salasila Harun. Nubuatan menunjukkan bahawa salasila ini adalah dari Daud melalui Natan dan Lewi melalui Simei. Nubuatan dalam Zakariah 12:10-14 ini juga menunjukkan bahawa Mesiah adkan dibunuh.

 

Zakariah 12:10-14 "Aku akan mencurahkan roh pengasihan dan roh permohonan atas keluarga Daud dan atas penduduk Yerusalem, dan mereka akan memandang kepada dia yang telah mereka tikam, dan akan meratapi dia seperti orang meratapi anak tunggal, dan akan menangisi dia dengan pedih seperti orang menangisi anak sulung.  11 Pada waktu itu ratapan di Yerusalem akan sama besarnya dengan ratapan atas Hadad-Rimon di lembah Megido.  12 Negeri itu akan meratap, setiap kaum keluarga tersendiri; kaum keluarga keturunan Daud tersendiri dan isteri mereka tersendiri; kaum keluarga keturunan Natan tersendiri dan isteri mereka tersendiri;  13 kaum keluarga keturunan Lewi tersendiri dan isteri mereka tersendiri; kaum keluarga Simei tersendiri dan isteri mereka tersendiri;  14 juga segala kaum keluarga yang masih tinggal, setiap kaum keluarga tersendiri dan isteri mereka tersendiri." (Alkitab KJV berbunyi saya yang telah mereka tikam, berdasarkan kodik barat, kodik barat menunjukkan perkataan yang betul bagi dia).

 

Teks ini menunjukkan dua salasila. Yang pertama adalah Daud melalui Natan dan yang kedua adlaah Lewi melalui Simei. Tindakan ini menyebabkan kemusnahan dan ratapan di Yerusalem dan di dalam bangsa-bangsa. (ay 11-14). Justru itu, nubuatan ini berkaitan dengan kemusnahan Yerusalem sehingga kepada kematian Mesiah. Jangka masa selama empat puluh tahun dari 30 CE sehingga 70 CE adalah penting. Yerusalem telah dikelilingi oleh tentera Roma dari 1 Nisan 70 CE. Kaabah Yerusalem telah dimusnahkan pada 70 CE dari Pendamaian bagaimana pun, kaabah Mesir telah ditutup pada 71 CE dari perinah Vespasian berikutan dengan perang Yahudi. Pemusnahan ini berterusan di bahagina pendalaman selepas pemusnahan kaabah ini.

 

Hanya Matius dan Lukas yang prihatin dengan hal salasila ini. Markus dan Yohanes bermula dengan Yesus sebagai seorang yang sudah dewasa, justru itu salasilanya tidak begitu berkaitan.

 

Dalam karya tulis ini ("The Genealogy of Messiah" (Salasila Mesiah), The Vineyard, November 1993, ms. 10-13, dicetak semula dari Issues, A Messianic Jewish Perspective) Dr. Arnold Fruchtenbaum dari Ariel Ministries berkata:

Dalam Matius, Yusuf memainkan satu peranan yang aktif, tetapi Mariam memainkan satu peranan yang pasif. Matius mencatatkan malaikat-malaikat yang muncul kepada Yusuf, tetapi tidak ada catatan malaikat muncul kepada Mariam. Matius mencatatkan fikiran Yusuf tetapi tidak ada catatan tentang fikiran Mariam. Dari sudut lain, Injil Lukas memberitahu cerita yang sama dari perspektif Mariam. Dari konteks setiap buku Injil, ia seharusnya sudah cukup jelas bahawa Salasila Matius adalah dari Salasila Yusuf, dan Salasila Lukas adalah dari Salasila Mariam.

 

Maka persoalan yang timbul ialah: mengapa kita perlua dua salasila Salasila, khususnya kerana Y’shua (Yesus) bukan anak sebenar Yusuf? Jawapan yang popular dan selalu digunakan ialah: Injil Matius memberikan salasila diraja, manakala Injil Lukas memberikan salasila yang sebenar. Dari konsep ini satu lagi teori telah muncul. Oleh kerana Yusuf adalah merupakan pewaris kepada takhta Daud, dan Yesus adalah anak angkat Yususf, Yesus mempunyai hak kepada takhta Daud.

 

Pada sudut yang lain, Injil Lukas memberikan salasila yang sebenarnya, menunjukkan bahawa Y’shua sendiri adalah Salasila dari Daud. Melalui Mariam, dia menjadi anggota keluarga Daud, tetapi dia mempunyai hak untuk duduk di atas takhta Daud melalui Yusuf yang selaku pewaris yang sebenarnya. Sebenarnya pertentangan tang tepat adalah benar (penekanan ditambahkan).

 

Arnold Fruchtenbaum menimbulkan satu isu yang sangat penting di dalam kerjanya, bagaimana pun dia tidak mengikatnya dari pemahaman dalam Zakariah seperti yang kita lihat di atas. Dari Zakariah kita lihat salasila Daud melalui Natan telah disebut. Tidak ada yang disebut tentang Daud melalui Solomon dan ini mempunyai maksud yang penting.

 

Seperti yang dicatat oleh Fruchtenbaum, terdapat dua tuntutan bagi diraja di dalam ktab Ibrani. Ini telah diadaptasikan selepas pembahagian kerajaan selepas kematian Solomon.

 

Tuntutan yang pertama untuk memiliki takhta Daud adalah menjadi keturunan salasila Daud. Mesiah akan duduk di atas takhta Daud (Yes 9:7). Raja ini adalah dari keturunan Keluarga Daud. Yeremia 33:20-21 menunjukkan bahawa perjanjian dengan Daud dan benihnya, dan juga golongan Lewi, tidak boleh dipisahkan. Apa sahaja konspirasi yang cuba untuk memisahkan salasila Kelurga Daud seperti yang boleh kita lihat di dalam Yesaya 7:5-6 dinubuatkan akan gagal.

 

Yesaya 7:5-6 Oleh karena Aram dan Efraim dengan anak Remalya telah merancang yang jahat atasmu, dengan berkata:  6 Marilah kita maju menyerang Yehuda dan menakut-nakutinya serta merebutnya, kemudian mengangkat anak Tabeel sebagai raja di tengah-tengahnya,

 

Kegagalan nubuatan ini telah mengekalkan kerajaan supaya Kitab tidak dilanggar. Mesiah akan kembali untuk mengambil kerajaan ini bersesuaian dengan Daniel 2:35, 44-45.

 

Kegagalan konspirasi boleh dilihat dari Yesaya 8:9-15 di mana Allah yang lebih ditakuti.

 

Yesaya 8:9-15 Ketahuilah, hai bangsa-bangsa, dan terkejutlah, perhatikanlah, ya segala pelosok bumi, berikatpingganglah, dan terkejutlah; berikatpingganglah dan terkejutlah!  10 Buatlah rancangan, tetapi akan gagal juga; ambillah keputusan, tetapi tidak terlaksana juga, sebab Allah menyertai kami!  11 Sebab beginilah firman TUHAN kepadaku, ketika tangan-Nya menguasai aku, dan ketika Ia memperingatkan aku, supaya jangan mengikuti tingkah laku bangsa ini:  12 "Jangan sebut persepakatan segala apa yang disebut bangsa ini persepakatan, dan apa yang mereka takuti janganlah kamu takuti dan janganlah gentar melihatnya.  13 Tetapi TUHAN semesta alam, Dialah yang harus kamu akui sebagai Yang Kudus; kepada-Nyalah harus kamu takut dan terhadap Dialah harus kamu gentar.  14 Ia akan menjadi tempat kudus, tetapi juga menjadi batu sentuhan dan batu sandungan bagi kedua kaum Israel itu, serta menjadi jerat dan perangkap bagi penduduk Yerusalem.  15 Dan banyak di antara mereka akan tersandung, jatuh dan luka parah, tertangkap dan tertawan."

 

Sesiapa yang cuba untuk memerintah atas takhta Israel tanpa persetujuan ilahi akan menemui ajal. Semua mereka yang telah merebut takhta Samaria tanpa persetujuan nubuatan telah dibunuh (1 Raja 11:26-39; 15:28-30; 16:1-4, 11-15; 21:21-29; 2 Raja 9:6-10; 10:29-31; 14:8-12).

 

Satu lagi teks yang penting dan tidak diendahkan yang berhubungan dengan keluarga Daud kepada Mesiah adalah dalam Zakariah 12:7-9 yang mana mendahului petikan di atas tetapi sebenarnya diletakkan di dalam rentetan di belakang aktiviti-aktiviti dalam Zakariah 12:10-14 yang berhubungan dengan pembunuhan Mesiah pada kedatangan yang pertama. Teks di atasnya dalam Zakariah 12:7-9 berkaitan dengan kedatangan dan peperangan di zaman akhir.

 

Zakaiah 12:7-9 TUHAN akan pertama-tama memberi kemenangan kepada kemah-kemah Yehuda, supaya keluarga Daud dan penduduk Yerusalem jangan terlalu bermegah-megah terhadap Yehuda.  8 Pada waktu itu TUHAN akan melindungi penduduk Yerusalem, dan orang yang tersandung di antara mereka pada waktu itu akan menjadi seperti Daud, dan keluarga Daud akan menjadi seperti Allah, seperti Malaikat TUHAN, yang mengepalai mereka.  9 Maka pada waktu itu Aku berikhtiar untuk memunahkan segala bangsa yang menyerang Yerusalem."

 

Aspek yang penting dalam teks ini ialah:

 

Yudah telah berubah dan diselamatkan dalam keutamaan supaya kemuliaan di dalam Keluarga Daud dan juga Yerusalem tidak diperbesarkan terhadap Yudah.

 

Yerusalam akan dipertahankan oleh Tuhan. Dia yang lemah di antara mereka akan menjadi seperti Daud; dan Keluarga Daud akan menjadi seperti Allah, seperti malaikat Tuhan (Yehovah) dihadapan mereka.

 

Pada hari itu semua bangsa-bangsa yang menentang Yerusalem akan dimusnahkan.

 

Fakta-fakta ini sangat penting. Untuk mengajukan fakta yang terakhir, ianya jelas bahawa kita prihatin dengan peperangan zaman khir dan nubuatan zaman akhir di lembah Meggido dari ayat 11. Justru itu adegan kepada kematian yang pertama digunakan untuk menentukan kemenangan akhir ke atas bangsa-bangsa.

 

Dua aspek yang pertama menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang dibuat di antara Keluarga Daud dan Keluarga Yudah apabila secara teori ia terbit dari yang satu lagi. Bagaimana pun, ia tidak demikian dengan Keluarga Daud pada zaman akhir kerana ianya diperluaskan untuk memeluk golongan fasik di bawah umat pilihan seperti yang telah kita lihat di atas di mana golongan orang fasik akan diberkati melalui Mesiah.

 

Rentetan ini menunjukkan satu tahap fizikal dan spiritual. Orang yang lemah di Yerusalem akan dikuatkan untuk menjadi seperti Daud. Yang kedua, keluarga itu pada masa ini akan menjadi seperti Elohim atau Allah seperti Malaikat Yehovah (atau Yahovah) di hadapan mereka. Malaikat Yehovah adalah Malaikat Penuntun dalam LXX, Yesaya 9:6, Allah Israel yang kedua adalah Malaikat Yehovah (atau Yahovah) dari Zakariah 12:8. Malaikat ini adalah elohim dan merupakan rupa Allah, Peniel bagi para Bapa, El Bethel atau Allah dalam Keluarga Allah Abraham. Malaikat ini adalah Allah yang telah dilantik sebagai Allah oleh Allahnya dengan minyak kesukaan melebihi teman-teman sekutunya dari Mazmur 45:6-7 di mana Ibrani 1:8-9 merujuk kepada Mesiah kepada kita.

 

Justru itu, umat pilihan menjadi elohim, sama seperti Kristus adalah elohim, seperti pra-inkarnasi malaikat Yahovah di dalam Perjanjian Lama, dan oleh kerana dia adalah elohim dari kebangkitannya dari antara orang mati sebagai anak Allah di dalam kuasa (Rom 1:4; Ibr 1:8-9).

 

Ini adalah satu konsep yang penting. Ia juga menunjukkan kebesaran panggilan Allah dan rencana Allah. Ianya tidak diendahkan kerana ia tidak menurut dengan pandangan ortodoks dari Kaunsil Chaldeon yang mana terjadi sekitar 451.

 

Dengan itu, kita berada di dalam situasi untuk menghubungkan Matius dan Lukas kepada tulisan-tulisan Kitab di dalam konteks yang betul. Salasila di dalam Matius mempunyai beberapa perbezaan aspek yang memberikan satu siri pembelajaran Alkitab dan menunjukkan secara konklusif mengapa salasila ini harus dari Yusuf. Y’shua atau Yoshua bukan Mesiah dari pernyataan di dalam Matius sahaja. Pernyataan di dalam Lukas diperlukan untuk mendemonstrasikan mengapa dia boleh menjadi raja walaupun dia berada di dalam salasila Yusuf dan bagaimana Allah mendamaikan injuksi yang Dia telah mulakan di dalam salasila Daud dan martabat diraja melalui nabi Yeremia.

 

Mesiah dinamakan oleh bimbingan yang kudus. Namanya telah diberikan di dalam Matius 1:21 dan Lukas 1:31. Nama ini berasal dari nama Hoshea (seperti dalam Bil 13:16) dengan kata awalan Yah dengan sebutan atau ditulis sebagai Jah. Ini bererti secara efektif sebagai Allah adalah Keselamatan kita. Yahoshua kemudiannya diterjemahkan sebagai Yeshua atau Yoshua di dalam penggunaannya. Yesus adalah versi Yunani dari nama Yoshua dan berasal dari sumber bukan Ibrani. Bentuknya di dalam perkataan Yunani telah dipengaruhi oleh Esus dari sistem triniti dari golongan Celtik Hyperborean.

 

Matius memulakan salasilanya dengan mengaitkan tiga bentuk yang utama. Yeshua atau Yoshua yang disebut Yesus adalah anak kepada Daud, anak kepada Abraham. Dia kemudiannya memulakan salasila dari Abraham yang diteruskan kepada salasila Yudah. Saudara-saudara ini seamta-mata telah disebut. Ini adalah nubuatan yang sudah setia maklum. Salasila ini berpecah dengan tradisi dan menyebut tentang wanita dari ayat 3-6.

 

Matius 1:3-6  Yehuda memperanakkan Peres dan Zerah dari Tamar, Peres memperanakkan Hezron, Hezron memperanakkan Ram,  4 Ram memperanakkan Aminadab, Aminadab memperanakkan Nahason, Nahason memperanakkan Salmon,  5 Salmon memperanakkan Boas dari Rahab, Boas memperanakkan Obed dari Rut, Obed memperanakkan Isai,  6 Isai memperanakkan raja Daud. Daud memperanakkan Salomo dari isteri Uria,

 

Perempuan yang disebut adalah Tamar, Rahab, Rut dan Betshebah yang merupakan isteri kepada Uria. Kepentingan perempuan-perempuan ini mendemonstrasikan pelajaran yang khusus dala salasila. Sarah tidak disebut. Dia adalah lebih penting dari semuanya. Fruchtenbaum membuat dua fakta berhubungan tentang mereka.

 

Yang pertama, semua mereka adlah orang Yahudi. Ini jelas dari Tamar, Rahab, dan Rut. Mungkin juga Betshebah, kerana suami pertamanya Uria adalah Hitti. Di sini Matius memberi petunjuk kepada sesuatu yang dijelaskannya kemudian: sementara kedatangan utama Yesus adalah untuk menyelamatkan domba yang hilang di rumah Israel, golongan fasik juga mendapat manfaat dari kedatangannya ini. Yang kedua tiga wanita ini bersalah dalam dosa perzinaan. Betshebah bersalah dalam perzinaan, Rahab bersalaj kerana pelacuran dan Tamar juga berslah kerana melakukan zina. Sekali lagi Matius hanya membayangkan satu fakta yang dia kemudianya jelaskan; iaitu tujuan kedatangan Mesiah adalah untuk menyelamatkan orang berdosa…

 

Mendamaikan orang berdosa terhadap Allah adalah tujuan utama pengorbanan Mesiah. Ini adlaah fakta yag penting dalam kitab injil.

 

Hanya mereka yang tidak memahami kepentingan rohani dalam rahmat penyelamatan Mesiah yang akan cuba untuk membuktikan bahawa wanita-wanita ini bkan golongan fasik dan bahawa mereka bukan orang yang berdosa. Ianya tidak penting apa status mereka memandangkan objektif inkarnasi Mesiah. pengirbananNya sudah mencukupi. Ianya telah difahami. Masa dibuang untuk cuba membuktikan bahawa Rahab adalah keturunan Israel di kalangan orang Kanaan. Juga bahawa dia adalah janda oleh perkataan Sanskrit bagi seorang penjaga rumah penginapan. Faktanya ialah bahawa dia datang dari keluarga yang yang kenal. Golongannyam di bawah sistem keagamaan apda masa itu, mempraktikkan pelacuran kaabah dan keadaan seperti ini menyukarkan dia mengelak isu ini, malah telah dinodai kerana keadaan ini.

 

Masa juga terbuang untuk membuktikan bahawa Rut bukan golongan Moab, dari injuksi perkahwinan dengan orang Moab, meskipun demikian susunan teks tersebut. Ianya didakwa bahawa sebenarnya dia adalah keturunan Israel di Moab, mungkin dari Manaseh, Ruben atau Gad (Yos 1:12-15). Ini semua tidak diperlukan. Pernyataan Rut sendiri menandakan bahawa tuhan golongannya adalah berbeza dengan tuhan Noumi dan bahawa dia bersumpah setia bukan sahaja kepada Noumi tetapi juga kepada Tuhannya (Rut 1:16).

 

Fakta perkara ini adalah bahawa salasila diraja adalah terbuka kepada golongan Fasik dan kepada orang-orang berdosa bermula dari aktiviti pertama suku-suku kaum di Kanaan. Ini mempunyai kepentingan bagi umat pilihan.

 

Satu lagi fakta yang besar dalam salasila Matius adalah bahawa dia bersifat memilih dalam hal penyebutan terhadap keturunan salasila yang langsung sahaja. Solomon juga disebut kerana milik diraja ada di dalam dirinya. Dia telah membina kaabah. Bagaimana pun, dia juga sesat di dalam keberhalaan dan kemdian salasilanya disenaraikan kepada Yekonia yang merupakan satu daripada raja yang terakhir sebelum penawanan Babilon. Salasila Yusuf kemudiannya dijejaki dari Yekonia sehingga Yusuf. Justru itu, Yusuf adalah keturunan Daud tetapi melalui Yekonia. Perkara ini mempunyai maksud yang besar.

 

Yeremia 22:24-30 "Demi Aku yang hidup, demikianlah firman TUHAN, bahkan sekalipun Konya bin Yoyakim, raja Yehuda, adalah sebagai cincin meterai pada tangan kanan-Ku, namun Aku akan mencabut engkau!  25 Aku akan menyerahkan engkau ke dalam tangan orang-orang yang berusaha mencabut nyawamu, ke dalam tangan orang-orang yang engkau takuti, ke dalam tangan Nebukadnezar, raja Babel, dan ke dalam tangan orang-orang Kasdim.  26 Aku akan melemparkan engkau serta ibumu yang melahirkan engkau ke negeri lain, yang bukan tempat kelahiranmu; di sanalah kamu akan mati.  27 Tetapi ke negeri yang mereka rindukan untuk kembali ke situ, mereka tidak akan kembali!"  28 Adakah Konya ini suatu benda yang hina, yang akan dipecahkan orang, atau suatu periuk yang tidak disukai orang? Mengapakah ia dicampakkan dan dilemparkan ke negeri yang tidak dikenalnya?  29 Hai negeri, negeri, negeri! Dengarlah firman TUHAN!  30 Beginilah firman TUHAN: "Catatlah orang ini sebagai orang yang tak punya anak, sebagai laki-laki yang tidak pernah berhasil dalam hidupnya; sebab seorangpun dari keturunannya tidak akan berhasil duduk di atas takhta Daud dan memerintah kembali di Yehuda."

 

Konya telah dibentuk dengan membuka Ye dari Yekonia atau membiarkan Yehovah [atau Yah] dibentuk. Penyingkiran nama ilahi ini bererti untuk menunjukkan pemergian Allah dari Yekonia. Tanda meterai di tangan kanan Allah boleh dilihat dari Hagai 2:23.

 

Hagai 2:23 Pada waktu itu, demikianlah firman TUHAN semesta alam, Aku akan mengambil engkau, hai Zerubabel bin Sealtiel, hamba-Ku--demikianlah firman TUHAN--dan akan menjadikan engkau seperti cincin meterai; sebab engkaulah yang Kupilih, demikianlah firman TUHAN semesta alam."

 

Zerubabel telah disenaraikan di dalam Matius seagai anak kepada Sealtiel. Bagaimana pun, kita tahu dari 1 Tawarikh 3:18-19 bahawa dia adalah anak kepada Pediah. Namun Matius dan juga Ezra 3:2; 5:2 mengatakan bahawa dia adalah anak kepada Sealtiel.

 

1Tawarikh 3:17-19  Anak-anak Yekhonya, orang kurungan itu, ialah Sealtiel, anaknya,  18 lalu Malkhiram, Pedaya, Syenasar, Yekamya, Hosama dan Nedabya.  19 Anak-anak Pedaya ialah Zerubabel dan Simei, dan anak-anak Zerubabel ialah Mesulam dan Hananya; Selomit ialah saudara perempuan mereka;

 

Bagaimana kontradiksi ini boleh ditentukan? Teks ini sebenarnya memberi refleks kepada aspek hukum.

 

Ulangan 25:5-6 "Apabila orang-orang yang bersaudara tinggal bersama-sama dan seorang dari pada mereka mati dengan tidak meninggalkan anak laki-laki, maka janganlah isteri orang yang mati itu kawin dengan orang di luar lingkungan keluarganya; saudara suaminya haruslah menghampiri dia dan mengambil dia menjadi isterinya dan dengan demikian melakukan kewajiban perkawinan ipar.  6  Maka anak sulung yang nanti dilahirkan perempuan itu haruslah dianggap sebagai anak saudara yang sudah mati itu, supaya nama itu jangan terhapus dari antara orang Israel.

 

Tugas ini adalah mandatori. Gagal untuk melaksanakan tanggung jawab ini (dengan kedengkian) adalah dosa yang telah membunuh Onan (Kej 38:8-10).

 

Dengan ini Zerubabel menuruti salasila Sealtiel melalui obligasi undang-undang yang diletakkan di atas Pediah yang kemudiannya mati. Justru itu Shenazar menjadi wali atau penjaga kepada Zerubabel untuk kembali ke Israel seperti yang dicatat di dalam Ezra 1:8-11; 5:14-16 di mana dia disebut sebagai Shesbazar.

 

Strong dan yang lain percaya Shesbazar adalah nama Zerubabel dalam perkataan Persia kerana untuk memilikinya dan dengan Zerubabel masih terlalu muda, ia memerlukan konstruksi semula kaabah yang akan diletakkan di tempatnya yang betul sewaktu pemerintahan Darius II, dan bukannya di sewaktu pemerintahan Darius I, yang mana fahaman Yudaisme rabinikal dan Kekristrianan ortodoks memegang dasar mereka (lihat Tanda Yunus dan Sejarah Pembinaan Semula Kaabah (No. 13): dan Pembacaan Hukum bersama Ezra dan Nehemiah (No. 250)).

 

Dari nubuatan yang diberikan melalui Yeremia, salasila ini lebih terhad. Allah memerintahkan bahawa tidak ada keturunan Yekonia yang menggantikan takhta Daud dan memerintah Yudah. Bagaimana pun, keturunan ini, sehingga kepada Zerubabel, menunjukkan bahawa Allah akan telah memilih salasilan ini bagi tugasan yang khusus sebagai cincin tanda meterai. Dalam perkataan lain, sebagai meterai Allah. Justru itu, Mesiah bukan anak secara daging kepada Yusuf dan duduk di atas takhta, tanpa pengesahan khusus ilahi atau tulisan Kitab ini telag terpecah. Kristus sudah tentu tidak layak di atas takhta ini sekiranya dia adalah anak secara daging Yusuf dan oleh kerana Yusuf sendiri bukan waris yang nyata, dia tidak mendapat warisan gelaran ini melalui adopsi. Allah membetulkan perpecahan ini dan memulihkan salasila ini dengan cara yang lain. Matius sudah maklum dengan masalah ini. Itulah sebabnya mengapa dia memulakan Injil dengan salasila ini, justru mendemonstrasikan masalah ini dan kemudiannya memberikan pernyataan tentang kelahiran seorang yang perawan yang mana dengan jelasnya menyelesaikan masalah ini. Berikutan dengan salasila ini, Matius 1:18-25 menunjukkan bahawa ia hanya boleh dilakukan dengan kelahiran seorang perawan, yakni Mariam yang membolehkan Kristus memiliki takhta tersebut. Perkara ini mempunyai maksud bagi orang Yahudi, yang mana hanya melalui Mesiah sahaja mereka boleh naik kepada kerajaan spiritual dan keimamatan spiritual.

 

Terdapat aspek yang ketiga dari salasila sehingga Zerubabel yang memerlukan penelitian.

 

Zorobabel adalah generasi yang ke-23 dalam salasila kaum lelaki dari Raja Daud (No. 1). Dia adalah waris yang diterima. Perincian tentang keturunannya dan pemecahan dari dua bapa yang disenaraikan baginya ialah Sealtiel dan Pediah (1Taw 3:19) akan dijelaskan di bawah hukum-hukum Lewi dan penjelasan di atas. Perkara tentang salasila ini juga diteliti di dalam karya tulis Dari Daud dan Para Ketua Pembuangan Kepada Rumah Windsor (No. 67), menurut kepada kronologi Yuhudi mengggunakan rentetan Darius I. Masa yang betul akan diteliti di dalam karya tulis Tanda Yunus dan Sejarah Pembinaan Semula Kaabah (No. 13).

 

Zorobabel adalah waris diraja Yahudi dan ketua pembuangan yang ketiga di Babilon pada 545 sebelum masehi. Dia adalah Gabenor Yudea yang ke-8 pada 537-536 sebelum Masehi. Dia adalah putera Yudah pada 515 sebelum Masehi dan dipenjarakan pada 513 sebelum Masehi dan dihukum mati pada 510 sebelum Masehi.

 

Dia mempunyai tiga isteri. Isteri yang pertama ialah Amitis dari golongan puteri Babilon, yang disebut isteri asing. Dia memperanakkan Sharezar yang merupakan nama orang Babilon. Dia adalah leluhur kepada salasila utama Daud.

 

Isteri Zorobabel yang kedua adalah Rodah yang merupakan puteri Persia yang kemudiannya berkahwin dengan putera Persia dan dia juga dipanggil isteri asing. Dia memperanakkan Reza (nama orang Persia). Dia didakwa bahawa setengah daripada dirinya adalah saudara kepada Darius, raja Persia melalui ibunya. Dalam salasila inilah yang dirujuk di dalam leluhur Mariam sekiranya kita menerima bahawa salasila Zorobabel sebenarnya melalui Natan dan anak adopsi Yekoniah, iaitu Sealtiel yang merupakan anak sebenar Neri (ah). Puteri Mahkota Tamar adalah kaedah untuk mengubah salasila ini. Ini merupakan satu lagi insiden Puteri Tamar yang digunakan untuk menyalurkan waris diraja. Kita akan meneliti perkara ini dengan teliti di bawah.

 

Yang ketiga, Zorobabel berkahwin dengan Estra, yang merupakan puteri Yahudi dan merupakan akar kepada salasila keturunan keluarga diraja yang ada sekarang.

 

Nubuatan yang berkaitan dengan takhta dan kedudukan Zorobabel di dalam proses ini boleh dilihat menjadi sebahagian daripada proses janji-janji hak lahir pada zaman akhir.

 

Ingat bahawa bapa kepada Zorobabel adalah Sealtiel /Pediah dan bapa kepada Sealtiel sebenarnya bukan Yekoniah. Dia adalah anak angkat Yekoniah dan menjadi warisnya (Mat 1:12). Dia adalah anak kepada isteri Raja Yehoiakin atau Yekoniah melalui suaminya yang mana merupakan suami kepada  Puteri Tamar sebelumnya, iaitu Putera Neri(ah). Lihat juga Lukas 3:27. Sekarang  fakta ini memberikan satu lagi isu dari siapa sebenarnya salasila Zorobabel atau Zerubabel terbit.

 

Kita lihat bahawa salasila di dalam Lukas adalah dari Daud melalui Nathan, dan salasila di dalam Matius adalah dari Daud melalui Solomon. Sekiranya penjelasan ini diambil kira, mala salasila Yekoniah dan tulah ke atasnya diselesaikan di mana salasila melalui Zorobabel adalah melalui Sealtiel. Bagaimana pun, realitinya adalah bahawa bapa ini didakwa adalah Pedaiah dibawah hukum Lewi, dan keturunannya pergi kepada salasilan bapa ini. Ini sebenarnya dalam salasila Natan melalui Neri atau Neriah. Ada kemungkinan juga bahawa ini dalam kaedah yang digunakan untuk mengatasi tulah yang ada pada salasilam Yekoniah. Sealtiel adalah pusat tumpuan dalam menggabungkan salasila ini. Salasila ini sudah pasti duduk di atas takhta Yudah, walaupun dalam pembuangan, dan telah berlaku seperti ini sejak berkurun lamanya, dan baru-baru ini telah berlanjutan sehingga melebihi sepuluh sukukaum.

 

Fakta utama dalam semua hal ini adalah bahawa kita boleh menjejaki leluhur ini di dalam keluarga diraja Israel sehingga ke Jerman Utara dan United Kingdom yang merupakan suku kaum Israel Utara. Waris diraja terletak di dalam Israel sampai ke hari ini sehingga kedatangan Mesiah yang berhak keatasnya.

 

Putera Yudah yang Saksama

Ianya sangat penting untuk menyatakan bahawa di dalam salasila pembuangan (petikan Cox ibid, (No. 67) di atas), bahawa dari tahun 12 SM yang mana tarikh yang terawal mungkin Kristus telah dilahirkan, sebenarnya adalah tarikh perintah sensus yang asal oleh Augustus yang mana sensus-sensus yang berikutnya dilaksanakan di dalam Empayar Roma telah bermula, tidak ada ketua pembuangan di atas takhta Yudah. Dari masa ini dan seterusnya, mereka telah disingkirkan. Ianya hanya selepas kematian Mesiah pada 30 CE terdapat ketua pembuangan telah dilantik sebagai Putera Yudah. Justru itu, Allah tidak membenarkan satu putera pengganti untuk duduk di atasnya, atau yang layak dan dipilih bagi takhta Yudah semasa seluruh kitaran Yesus Kristys yang merupakan Putera Yudah yang saksama.

 

Tedapat satu lagi aspek dalam salasila yang memberikan refleksi iaitu terdapat beberapa keturunan yang telah disebut di dalam Matius 1:17.

 

Jadi seluruhnya ada: empat belas keturunan dari Abraham sampai Daud, empat belas keturunan dari Daud sampai pembuangan ke Babel, dan empat belas keturunan dari pembuangan ke Babel sampai Kristus.

Pengumpulan keturunan dilihat bererti di dalam pengumpulan jumlah keturunan. Salasila Mesiah mempunyai maksud yang luas sejak dari Adam. Generasi tujuh yang pertama dari Adam mempunyai maksud kepada rencana keselamatan. Pengumpulan di dalam Matius dari tiga empat belas keturunan adalah menyoroti aktiviti-aktiviti Allah. Abraham telah dipanggil dan dipisahkan. Empat belas keturunan kemudiannya, Daud dan golongan awam telah dipisahkan ( 1 Sam 16:13). Daud telah mendirikan Israel sebagai satu kuasa dan membina Kaabah melalui anaknya Solomon yang dia sediakan bangsa ini untuknya dan sumber-sumbernya. Empat belas keturunan kemudiannya, kesudahan kepada pemerintahan umat manusia dan pemerintahan diraja berada di dalam tawanan. Empat belas keturunan berikutnya, selepas bangsa ini dipulihkan di bawah keimamatan, mereka akan dihakimi oleh kedatangan Mesiah dan dibubarkan di bawah Tanda Yunus (lihat karya tulis Tanda Yunus dan Pembinaan Semula Kaabah (No. 13). Perkara ini tidak difahami.

 

Lebih penting lagi, 42 keturunan dalam Matius dari Abraham sehingga Kristus merujuk kepada satu konsep di dalam pembinaan Kaabah. Kaabah ini dibina di atas rencana rohani dari tahun Yobel. Enam tingkat yang diaplikasikan kepada ruang tengah atau ruangan masuk melambangkan perkembangan umat manusia. Tujuh kitaran adalah adalah di dalam tubuh yang baik. Rentetan ini melambnagkan bahawa Mesiah akan memasuki ke dalam kaabah yang boleh dimasuki dari kedatangannya. Sewaktu kematiannya, dia telah mengoyakkan tabir Kaabah untuk memberi laluan ke dalam  bilik yang Maha Kudus, yang mana tempat umat pilihan (1 Kor 3:16). Laluan ini dibuka sepenuhnya dari pembinasaan Kaabah yang pizikal (Ibr 9:8).

 

Kedua-dua keimamatan dan beraja telah didirikan dan dihakimi oleh Mesiah. Justru itu, Mesiah adalah Mesiah kepada Harun dan Israel. Dia adalah Imam-Mesiah dan Raja-Mesiah. Satu Mesiah dalam dua kedatangan telah diharapkan oleh Israel, seperti yang kita tahu dari Dead Sea Scrolls (lihat G. Vermes The Dead Sea Scrolls in English, perihal pemerintahan Damascus VII dan pecahan dari gua IV). Vermas dikalangan yang lain, percaya bahawa teks-teks ini menunjukkan bahawa Mesiah Harun dan Mesiah Israel telah difahami sebagai satu entiti dari kedatangan yang berbeza sewaktu kurun pertama fahaman Yudaisme.

 

Jawapan kepada masalah yang ditimbulkan dari salasila Matius ini dijawab olehnya dari 1:18. Jawapan yang lebih komprehensif kepada teks-teks ini disediakan oleh Lukas. Maka itu kedua-duanya harus dibaca dalam pertalian perkara ini.

 

Satu lagi fakta yang penting yang telah dibuat oleh Arnold Fruchtenbaum mengenai salasila Mesiah, yang mana ia juga mempunyai aplikasi yang lebih luas adalah adat Yudaik pada masa itu. Dia berkata mengenai salasila di dalam Lukas:

Tidak seperti Matius, Lukas mengikuti tatacara dan adat Yahudi yang ketat di mana dia tidak mengabaikan nama-nama dan tidak menyebut tentang kaum perempuan. Bagaimana pun, sekiranya mengikut adat orang Yahudi tidak boleh menyebut nama seorang perempuan, tetapi mahu menjejaki salasila perempuan itu, bagaimana seseorang itu melakukan perkara ini? Dia akan menggunakan anma suami perempuan ini. ( Praktik ikutan dari Perjanjian Lama adalah Ezra 2:61 dan Nehemiah 7:63).

 

Ini akan menimbulkan satu lagi persoalan: Sekiranya seseorang belajar tentang salasila, bagaimana dia mengetahui sama ada  salasila itu berasal dari suami atau pun dari isteri, kerana dalam kedua-dua hal, nama suami yang akan digunakan? Jawapannya tidak sukar: masalah ini terletak pada bahasa inggeris.

 

Dalam bahasa inggeris, ianya bukan nahu yang baik untuk menggunakan satu kata penghubung (‘the’) terhadap kata nama ( cth ‘the Matthew’, ‘the’ Miriam); bagimana pun, ianya dibolehkan di dalam nahu bahsa Yunani. Salasila Lukas dalam teks Yunani, setiap nama yang akan disebut mempunyai kata penghubung Yunani, yakni ‘the’ dengan satu pengecualian: nama Yusuf (Lukas 3:23). Seseorang yang membaca teks yang asal akan memahami melalui kata penghubung yang dibuka dari nama Yusuf bahawa ini sebenarnya bukan slasila Yusuf tetapi isterinya Miriam.

 

Tambahan lagi, walaupun banyak terjemahan terhadap Lukas 3:23 yang berbunyi: “…telah dianggap sebagai anak Yusuf, anak Eli…”, kerana kata penghubung dalam perkataan Yunani telah dibuka di hadapan nama Ysusf, ayat yang sama boleh diterjemahkan: “Menjadi anak (yang dianggap) Yusuf, anak Eli…” (penekanan dikekalkan).

 

Dalam perkataan lain, walaupun Yehoshua (Yeshua, Yoshua atau Yesus) dianggap anak kepada Yusuf, dia sebenarnya adalah keturunan Eli yang erupakan bapa kepada Mariam. Talmud Yerusalem mengenala pasti salasila ini dari Mariam dan bukan dari Yusuf. Ia merujuk kepada Mariam sebagai anak perempuan kepada Eli di dalam Hagai 2:4.

 

Penggunaan kata penghubunh di dalam teks Yunani juga mempunai aplikasi apabila membuat perbezaan di antara Mesiah dan Allah, sebagai contoh di dalam Yohanes 1:1, 18; 1Yoh 5:20. Ini telah dicatatsecara extensif sepanjang masa oleh mazhab dalam ketidaksetujuan dengan golongan yang dipanggil ortodoks (cth. Golongan Socinia; lihat ulasan Heydock terhadap Alkitab Douay-Reims Katolik cetakan semula 1951.

 

Lukas menjejaki Kristus dari Adam, dan dengan itu mengenal pasti proses benih wanita dari Adam.teks ini mengenal pasti salasilam Daud dengan Natan yang mana penting untuk menggenapi nubuatan di dalam Zakariah. Lebih penting lagi ia kemudiannya berpisah dari salasila Yekoniah yang telah dibuka, di antara perkara yang lain, untuk memberi laluan kepada pemerintahan Keimamatan Besar. Justru itu, Yehoshua atau Yoshua adalah keturunan Daud dari ibunya. Oleh kerana itu kelahiran wanita yang perawan ini berkembang dahulu kemudian salasila ini disebut di dalam Lukas 12:17). Maka itu, dia menetapkan kebutuhan beraja yang pertama yang mana dari salasila Daud yang lain dari Yekoniah.

 

Dia menetapkan kebutuhan yang kedua dari salasila Natan dabn juga dari keluarga Lewi melalui Simei dari keasalan perhubungan keluarga Mariam dengan Elisabet isteri kepada Zakarias, Imam Besar dalam Divisi Abijah (atau Abia) yang merupakan divisi yang kelapan dalam Kaabah Keimamatan (lihat 1 Taw 24:10; Neh 12:17). Dua puluh empat Divisi telah dibentuk dari asalan empat divisi, mengikut kumpulan, dengan nama yang asal (lihat Alkitab Companion dam Ap 179 III).

 

Isteri Zakarias adalah Elisabet (nama kepada isteri Harun Eliseba (Kel 6:23) dan dieja sebagai Elizabeth di dalam LXX). Dia adalah anak perempuan Harun dan maka itu dia adalah seorang Lewi (Lukas 1:5). Dia adalah ibu kepada Yohanes Pembaptis melalui perintah ilahi. Justru itu, Yohanes telah dilantik. Mariam (Atau Maria) adalah keluarga Elisabet (Luk 1:36). Justru itu Mariam seharusnya memiliki darah orang Lewi dan juga dari Keluarga Daud.

 

Kita hanya meneka pada salasila Lewi melalui Simei, bagaimana pun, ianya boleh diambil kira, kerana Kitab tidak boleh dilanggar. Demonstrasi dalam salasila Lewi sudah memadai. Inpirasi ilahi Zakarias dan Elisabet dan penamaan Yohanes membawa kita kepada fakta yang seterusnya.

 

Terdapat orang lain di dalam salasila Daud yang bukan dari keturunan Yekoniah. Dengan ini, isu ini harus dari satu perlantikan yang mana kemudiannya memulakan penetapan yang ketiga bagi golongan beraja. Lukas meneruskan untuk mengembangkan penetapan  bagi perlantikan kudus dalam Lukas 1:30-33.

 

Lukas 1:30-33 Kata malaikat itu kepadanya: "Jangan takut, hai Maria, sebab engkau beroleh kasih karunia di hadapan Allah.  31 Sesungguhnya engkau akan mengandung dan akan melahirkan seorang anak laki-laki dan hendaklah engkau menamai Dia Yesus.  32 Ia akan menjadi besar dan akan disebut Anak Allah Yang Mahatinggi. Dan Tuhan Allah akan mengaruniakan kepada-Nya takhta Daud, bapa leluhur-Nya,  33 dan Ia akan menjadi raja atas kaum keturunan Yakub sampai selama-lamanya dan Kerajaan-Nya tidak akan berkesudahan."

 

Justru itu Tuhan Allah memberi kepada dia takhta bapanya Daud, dia memenuhi permintaan melalui perlantikan kudus.

 

Dia adalah benih perempuan ini seperti yang dinubuatkan dari Kejadian. Matius  menunjukkan mengapa dia bukan raja melalui salasila dari Yusuf tetapi hanya melalui kelahiran dari perempuan yang perawan dan melalui perlantikan kudus. Lukas menunjukkan mengapa dia menggenapi nubuatan yang lain tidak difahami dengan sepenuhnya oleh fahaman Yudaisme dan Kekristianan ortodoks. Bantahan rabinikal terhadap sifat Mesiahnya bahawa dia harus berasal dari salasila bapanya adalah palsu menurut nubuatan dan tuntutan untuk menjadi anak Allah. Elohim Israel tidak boleh dianggap makluk fizikal melalui bentuk alamiah. Dia menjadi manusi di bawah araham elohimnya, yakni El Elyon, Allah yang Maha Tinggi. Tuntutan ini telah dinubuatkan oleh Yesaya yang berkata:

 

Yesaya 7:14 Sebab itu Tuhan sendirilah yang akan memberikan kepadamu suatu pertanda: Sesungguhnya, seorang perempuan muda mengandung dan akan melahirkan seorang anak laki-laki, dan ia akan menamakan Dia Imanuel.

 

Tuntutannya ialah bahawa Allah bersama dengan kita hanya boleh dicapai sekiranya El yang diutus adalah elohim sebelumnya dan sesungguhnya slohim bagi Israel yang telah dilantik seagai elohim oleh elohimnya sendiri seperti yang dinyatakan di dalam Mazmur 45:6-7. Dia tekah menerima sifat manusia dari ibunya. Justru itu, tradisi kewarganegaraan Yahudi dan identiti suku kaum telah dilepasinya supaya dia boleh memikul keimamatan selepas mazhab Melkisedek dan maka itu menjadi ketua di dalam susunan raja-raja dan imam-imam yang dipilih dengan tidak mengambil kira salasila tetapi disalurkan kepada semua suku kaum seperti yang kita lihat dari Wahyu 7:3-8.

 

Dia adalah anak kepada Daud dan anak kepada Abraham dari Matius 1:1. Lukas 3:38 meenyebut dia sebagai anak kepada Adam dan anak kepada Allah. Justru itu, dia menerima aspek empat-lipat yang juga digambarkan di dalam buku inji. Sebagai anak kepada Daud, dia adalah raja melalui Yudah. Sebagai anak kepada Abraham, dia adalah raja Israel sebagai waris kepada janji-janji yang diberikan melalui Yusuf. Dia juga merupaka ketua kepada bangsa Abraham yang lain. Sebagai anak Adam, dia adalah manusia dan maka itu layak untuk mengetuai umat manusia kepada keselamatan melalui kematian. Sebagai anak kepada Allah, dia menerima status elohim yang bermula dari inkarnasinya, melalui kebangkitannya dari kematian sebagai anak kepada Allah di dalam kuasa (Rom 1:4). Dia layak untuk menjadi Bintang Fajar dan dia akan mengongsikan pemerintahan ini bersama dengan keluarganya (Wahy 2:27-28; 22:16; petikan Zak 12:8) seperti mana mereka mengongsikan sifat keperibadian Allah yang kudus seperti yang dia lakukan ( 2 Pet 1:4). Peshitta berkata:

 

27 dan ia akan memerintah mereka dengan tongkat besi; mereka akan diremukkan seperti tembikar tukang periuk--sama seperti yang Kuterima dari Bapa-Ku--

 

28 dan kepadanya akan Kukaruniakan bintang timur.

 

Mesiah setia sehingga mati dan demikian juga kita harus setia dan dia akan memberikan kita pemerintahan Bintang Fajar sebagai Anak Allah; sebagai elohim, sebagai Malaikat Yahovah yang mengetuai kita (Zak 12:8).

 

q