Jemaat-jemaat Allah Al Masehi

No. 124

 

 

 

Komentar terhadap Karya Doktrin UCG Perlukah Kristian Memelihara Bulan-bulan Baru?

(Edisi 1.0 20020519-20020519)

 

Karya tulis ini yang diterbitkan oleh Komiti Doktrin dari United Church of God (Jemaat Allah bersekutu), satu Persatuan Antarabangsa (UCG aia) adalah sememangnya satu seruan kejahilan. Ia menunjukkan kurangnya pemahaman yang sangat ketara tentang Sejarah Kuno,  tentang Paleo-Antropologi dan Arkeologi. Yang paling buruknya ialah ia adalah kejahilan yang disengajakan untuk menjustifikasikan satu pegangan yang salah. Ianya diterbitkan disini sepenuhnya bersama dengan komentar bagi tatapan umum.

 

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta ã 2002 Wade Cox)

(tr. 2008)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org

 

 

Komentar terhadap karya Doktrin UCG

Perlukan Kristian Memelihara Bulan-bulan Baru?



 


Pengenalan

 

Karya Doktrin UCG bertujuan untuk meneliti pegangan alkitabiah terhadap Bulan-bulan Baru dan pegangan kuno terhadap Kalendar seperti yang dilaksanakan pada zaman Kaabah. Kebutuhan bagi karya tulis ini adalah berkenaan dengan Jemaat-jemaat Allah yang memelihara Bulan-bulan Baru seperti CCG. Sesungguhnya, secara prinsipnya, ia adalah permintaan maaf kerana mengabaikan karya doktrin CCG. Ia gagal untuk meneliti bukti yang dikemukakan oleh kami, atau pihak lain, malah menyebut karya-karya seperti ini. Ini sendiri adalah salah dan kami tidak mempunyai pilihan selain dari meneliti perkara ini secara terperinci disini. Perkara ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Ia adalah stau analisis yang salah tentang pegangan kami tanpa mempunyai rujukan kepada penyampaian yang kami telah lakukan dalam perkara ini.

 

Karya tulis UCG adalah satu seruan kejahilan. Ia mengabaikan kunci kepada bukti dari Arkeologi dan Sejarah Kuno dan mengabaikan juga bukti alkitabiah  dan bertentangan dengan pegangan yang sudah diketahui di Israel kuno seta Yudah dan bangsa-bangsa yang berhubungan dengan mereka. Ia mengabaikan penemuan terkini yang memberi penerangan kepada pengetahuan ini dan praktik orang-orang kuno dan juga mengabaikan bukti sejarah yang berkurun lamanya mengenai kalendar serta praktik mereka.

 

Efeknya ialah satu penghinaan kepada dasar fikiran anggota UCG dan kepada Jemaat-jemaat Allah yang lain yang cuba untuk mengikuti perintah alkitabiah serta doktrin-doktrin jemaat yang asal.

 

[Karya tulis UCG telah diterbitkan semula sebagai satu apendiks seperti dibawah ini.]

 

Memisahkan Molad dari konjungsi

 

UCG cuba untuk menangani tiga bulan yang baru, Bulan Baru Astronomikal, Molad dan Bulan Sabit. Mereka cuba untuk membentuk Molad sebagai pegangan awal yang digunakan dalam keutamaan keatas Bulan Baru Astronomikal. Ianya diketahui bahawa para ahli astronomi awal mengira Bulan Baru dengan pasti, tetapi mereka tidak menggunakannya untuk menetapkan molad sehingga Kaabah itu dimusnahkan. Orang Yahudi tidak menggunakan sistem itu selepas pembinasaan Kaabah. Karya tulis UCG memetik sumber Yahudi untuk membentuk satu pegangan utama yang mana bertentangan dengan fakta yang sudah diketahui dan merupakan pegangan yang mereka buat sendiri.

 

Molad dijelaskan sebagai “kelahiran” bulan atau bulan dalam tahun. Ini adalah lapan fasa kepada setiap kitaran bulan, dan molad jatuh semasa apa yang dipanggil fasa kegelapan. Fasa kegelapan bulan ini (apabila bahagian bulan yang gelap itu berhadapan dengan bumi) boleh bertahan di antara 1.5 hari dan 3 hari, bergantung kepada masa hari konjungsi ini terjadi, sebelum kamu boleh melihat sebenarnya bahagian bulan ini semula. Menurut kepada Rabai Nathan Bushwick, “molad ini secara kasarnya pada pertengahan jangka masa ini yang mana semasa Bulan ini tidak kelihatan. Karya Bushwick, Rabai Nathan, Understanding the Jewish Kalendar, Moznaim Publishing Corporstion, New York, 1989.

 

UCG memohon kepada Maimonide. Justru itu, menurut UCG yang menggunakan sumber rabinaikal Yahudi, penetapan molad ini terjadi di antara konjungsi ini dan fasa kegelapan ini dan kemunculan bulan semula. Molad ini muncul seabgai satu penetapan yang dibuat sembarangan yang bukan berdasarkan pada astronomikal. Mengapa seseorang perlu atau mahu melakukan ini, sekiranya dia mempunyai konjungsi, yang mana merupakan kejadian astronomikal yang tepat? Bulan Baru adalah satu kejadian astronomikal yang tepat. Ianya dikira dengan tepat kepada yang kedua dan dikira sedemikian oleh tamadun kuno, seperti yang kita tahu dari sejarah.

 

Komiti Dokrin UCG mengabaikan semua bukti kuno ini dan sistem yang digunakan semada zaman Kaabah dan menumpukan kepada Maimonides, ahli falsafah mistik Yahudi pada kurun kedua belas. Dia menulis pada zaman kegelapan yang diperkenalkan oleh Kekristianan Trinitarian dalam pergelutan terhadap kawalan sistem feudal Eropah dan jemaat. Semasa jangka masa ini fahaman Yudaisme sendiri dikompromi oleh fahaman Mistisisme.

 

Penulis Yahudi yang agung, Maimonides, menulis dari kurun ke-12, mengesahkan penggunaan pngiraan yang telah digunakan sejak zaman kuno dahulu untuk menetapkan tarikh Bulan Baru:

 

“…pihak pengadilan Yahudi juga, selalu belajar dan meneliti serta melaksanakan operasi pengiraan matematik, demi untuk memastikan sama ada ianya mustahil bagi bulan sabit yang baru itu kelihatan pada masa yang sesuai atau tidak, (tetapi kami tahu mereka tidak menggunakan bulan sabit yang baru pada zaman Kaabah. Ini adalah pengadilan Jamnia yang dia perkatakan yang mana malam yang ke-30. sekiranya anggota dalam pengadilan itu mendapati bahawa bulan baru mungkin kelihatan, mereka terpaksa hadir dalam kamar pengadilan untuk sepanjang hari yang ke-30 dan akan berjaga untuk ketibaan para saksi. Sekiranya para saksi akan tiba, mereka sepatutnya meneliti dan menguji, dan sekiranya kesaksian mereka itu benar, maka hari ini akan diterima sebagai Hari Bulan Baru. Sekiranya bulan sabit tidak muncul dan tidak ada saksi yang tiba, maka hari ini akan dikira sebagai hari ke-30 dalam bulan yang tersebut…Bagaimana pun, sekiranya anggota pengadilan mendapati melalui pengiraan bahawa Bulan Baru tidak boleh dilihat, mereka tidak diharuskan untuk hadir ada hari ke-30 atau untuk menunggu pada saksi untuk tiba. Namun sekiranya para saksi tiba dan mengesahkan bahawa mereka telah melihat bulan sabit baru, ianya pasti mereka adalah saksi-saksi yang palsu, ataupun, mungkin mereka telah melihat satu fenomena kesamaan bulat sabit di awanan, walaupun sebenarnya ia bukan bulan sabit sama sekali.” The Code of Maimonides, Buku Tiga, Risalat Lapan, “Sanctification of the New Moon,” diterjemahkan oleh Solomon Gandz. Disunting oleh J. Oberman dan O. Neugebauer, Yale University Press: New Haven, CT, 1956.

 

Jadi kita mempunyai pemerhatian kepada bulan sabit yang terjadi menurut kepada Maimonides. Sistem pemerhatian ini tidak wujud semasa zaman Kaabah. Ianya tidak perlu semasa sepanjang jangka masa dari pembubaran orang Babilon, dari zaman Nuh sebelum air bah, tetapi ianya adalah pengaruh keagamaan dari Sistem Bulan orang Kafir (Lihat karya tulis Anak Lembu Emas (No. 222)).

 

Maimonides merujuk kepada praktik yang disebut dalam Mishnah dan Talmud, yang merupakan komentar untuknya. Pada masa inilah bidaah mazhab Karaite bangkit untuk menyangkal Kalendar Hilel pada 358 CE dan masa-masa selepas itu. Orang Yahudi pada kurun yang Kedua belas dan sesudah itu harus menganggap bahawa tidak ada lagi sistem yang sesuai sebelum Jamnia, demi untuk mempertahankan sistem Hilel yang salah, yang mana berdasarkan pengiraan yang ditetapkan dari 344 CE di Babilon dan diperkenalkan kepada fahaman Yudaisme secara umumnya dibawah Rabai Hilel II pada 358 CE. Ini adalah sebab sebenar yang tidak dinyatakan dalam karya UCG yang memulakan dengan Maimonides dan fiksi ini kerana mereka sendiri terikat dengan kalendar salah ini pada 358 CE dan yang mana tidak dimuktamadkan sehingga kurun yang kedua belas. Kalendar Hilel tidak dimuktamadkan sebelum Maimonides. Praktik-praktik, berkenaan dengan para saksi dan pemerhatian, telah diperkenalkan oleh Pihak Pengadilan Jamnia selepas pemusnahan Kaabah. Ianya tidak pernah digunakan pada Zaman Kaabah. Sebenarnya ia digunakan untuk mengelakkan kalendar kuno yang berdasarkan pengiraan konjungsi diperkenalkan. Orang Farisi tidak mengawal Kaabah atau kalendarnya. Kawalan ini dilakukan oleh orang Saduki kecuali pada jangka masa sembilan-tahun pada kurun sebelum Kristus. Jangka masa ini adalah dibawah Ratu Alexandra.

 

Orang Samaria juga mempunyai sau kelendar yang berdasarkan konjungsi dan dengan itu tidak ada persengketaan mengenai dengan Bulan-bulan Baru di antara sistem Kaabah dan orang Samaria sehingga selepas kejatuhan Kaabah tersebut. Orang Farisi telah membentuk sistem rabinikal selepas pemusnahan aristokrasi, yang jatuh dengan Yudea pada 70 CE. Aristokrasi telah menopang orang Saduki, yang hanya memelihara hukum bertulis, dan dengan itu jatuh bersama dengan mereka pada 70 CE. Dengan ini orang Farisi boleh memperkenalkan tradisi mereka dan menyelewengkan kalendar ini, yang mana perkara yang mereka tidak mampu lakukan sewaktu Kaabah ini masih berdiri.

 

Mishnah, telah disusun sekitar 200 CE, merujuk kepada kelayakan bagi para saksi dalam proses ini dan secara negatifnya merujuk kepada sistem Pentakosta hari minggu yang juga berlaku semada sistem Kaabah yang telah dipelihara oleh sistem Kaabah dibawah orang Saduki dan Samaria. Orang Samaria kadang-kadang berbeza kerana praktik mereka mengenai dengan Tahun Baru, yang meletakkan Tahun Baru di sekitar bukan kedua dan perayaan pada bulan kelapan, walaupun mereka tidak pernah berbeza dalam penetapan kepada Bulan Baru itu sendiri (lihat karya tulis Bulan dan Tahun Baru (No. 213) dan juga Kalendar Allah (No. 156)).

 

Bulan Baru ini tidak pernah diselewengkan sebelumnya sehingga Jamnia, kerana orang Farisite telah mengubah penetapannya dan orang Samaria telah dipaksa untuk menyalakan suar yang lain satu hari lebih awal. Kita tahu bahawa ianya konjungsi yang digunakan untuk menetapkan Bulan Baru dari bukti yang diberikan oleh Philo. Alkitab menyediakan bukti-bukti lain yang mana kita boleh membuat kesimpulan. Phil berkata:

 

“Ini adalah Bulan Baru, atau permulaan keapda bulan lunar, yakni jangka masa di antara satu konjungsi kepada yang seterusnya, yang mana jangka masanya secara tepat telah dikira dalam sekolah-sekolah astronomi.” (Judaeus, Philo, The Special Laws, II XXVI, 140, Risalat oleh F.H. Colson, Harvard University Oress: Cambridge, MA, 1937).

 

UCG memetik perkataan Philo disini tetapi gagal untuk membuat kesimpulan yang jelas atau melihat kepada bukti lain yang menyokong apa yang dia telah katakan dan melihat bagaimana ia mempengaruhi kalendar tersebut. Mereka bermula dengan Maimonides yang menetapkan bulan sabit sebagai pegangan dan kemudian kembali kepada 1200 tahun, kembali kepada Philo, yang menulis pada zaman Kaabah Alexandria yang berkata tentang perkara yang bertentangan berkenaan dasar mereka dengan Maimonides.

 

Jadi sekolah-sekolah Astronomi diakui wujud oleh Philo, yang merupakan kuasa yang sempurna keatas fahaman Yudaisme sehingga zaman Kristian. Orang-orang kuno mengira jangka masa bulan itu dengan agak tepat. Konjungsi dikira dalam sekolah-sekolah astronomi dan para saksi tidak diperlukan dalam hal pemerhatian. UCG dipaksa mengakui Philo dalam dokumen ini tetap hanya selepas mereka membentuk  pegangan salah ini bersama dengan Maimonides, supaya mereka mengekalkan pegangan salah mereka ini. Padahal mereka sepatutnya boleh bermula dengan Philo dan mereka sepatutnya sudah bermula dengan philo dan menetapkan bahawa tidak ada sistem seperti itu. Jadi mereka sudahpun bercanggah dalam karya tulis mereka sendiri dalam dua rujukan pertama mereka. Sekolah-sekolah astronomi ini sememangnya sangat penting.

 

Philo menunjukkan bahawa kalendar Kaabah itu berdasarkan pada konjungsi dan bukan berdasarkan pada pemerhatian. Bagaiamana pun, komentar ini tergantung begitu sahaja. Tidak ada sebutan dibuat tentangnya dalam Josephus, yang menunjukkan bahawa Bukan-bulan Baru dipelihara semasa zaman Kaabah. Josephus dalam Peperangannya dengan orang Yahudi menunjukkan bahawa ianya diberi perhatian oleh keimamatan sama tahapnya dengan hal Sabat dan Imam Besar yang berjubah dan yang memimpin semasa Sabat dan Bulan Baru serta hari-hari perayaan dalam Kaabah (W. dari J. 5:5:7). Hari-hari ini dianggap sama sahaja. Imam Besar yang berjubah bagi hari-hari tersebut dan memasuki Kaabah dan memimpin upacara didalamnya. Bulan Baru dianggap pada tahap yang sama dengan Sabat dan Hari-hari Kudus dalam Perayaan-perayaan. Mereka sepatutnya telah memetik rujukan ini juga. Dan ini spatutnya boleh mengesahkan apa yang dikatakan oleh Philo dalam kurun yang pertama. Jadi kita mempunyai saksi pada kurun yang pertama yang hidup pada zaman Kaabah. Dua saksi yang melihat Kaabah dan melihat ianya dimusnahkan dan mengetahui apa sistemnya. Dua saksi orang Yahudi pada penghujung zaman Kaabah menulis tentang kelendar dan menyimpulkan bahawa Bulan-bulan Baru itu ditetapkan oleh konjungsi, seperti yang ditetapkan oleh sekolah-sekolah astronomi dan bahawa ianya digunakan sebagai hari penyembahan, yang mana Imam Besar biasanya berjubah. Dia hanya lakukan ini pada hari Sabat, Bulan0bulan Baru dan masa perayaan-perayaan.

 

Mereka juga telah merujuk kepada Tertullian (On Idolatry, bab XIV, ANF, Jil III, ms. 70) menulis pada masa permulaan kurun yang ketiga, yang telah mengakui orang Yahudi memelihara Sabat, Bulan Baru dan Perayaan-perayaan dan mereka dikasihi Allah. Orang Yahudi telah mencemarinya. Satu-satunya perdebatan yang diteruskan oleh Kristian yang salah seperti Montanis, adalah bahawa Sabat, Bulan Baru dan Perayaan-perayaan adalah bersift sementara (An Answer to the Jews, Bab IV, ibid. ms. 155-156) dan tidak perlu dipelihara oleh Kristian. Perdebatan inia dalah salah. Ianya disangkal sepenuhnya oleh Jemaat-jemaat Allah dan tidak terbuka kepada UCG.

 

Tertullian  dan penganut Montanis berpandangan bahawa, oleh kerana jemaat dan orang Yahudi pada kurun yang pertama di Yerusalem dan di tempat lain bersemangat untuk memelihara Sabat, Bulan Baru dan Perayaan-perasyaan, yang telah digenapi oleh Yesaya 66:23. Kemudian mereka memutuskan perpandangan bahawa mereka tidak lagi perlu untuk memeliharanya, yang adalah satu dasar fikiran yang salah.

 

Tiada bukti lain yang disebut berkenaan dengan perkara ini dan kemudian atikel ini membuat satu lagi mitos yang datang dari sistem rabinikal dan Moimonides seperti yang kita diatas. Para rabai adalah pengganti kepada orang Farisi apabila mereka mendapat kendalian di Jamnia. Tradisi ini telah dikutukoleh Kristus. Yudah telah ditawan kerana mereka dan disini kita melihat satu jemaat Allah menyokong tradisi yang salah ini yang telah dikutuk oleh Kristus. Komiti Doktrin UCG dipaksa untuk melakukan ini kerana untuk memeluk Bulan-bulan Baru seperti ianya dipelihara dalam sistem Kaabah, akan membawa kepada penyangkalan terhadap sistem kalendar Hilel, yang mereka ikuti. Mereka kemudiannya akan mengakui bahawa sistem WCG adalah salah berkenaan dengan kalendar tersebut. Mereka akan kemudiannya berhadapan dengan fakta bahawa Herbert Armstrong adalah salah dan dengan itu tidak diinspirasikan oleh Allah dalam perkara ini. Jadi mereka akan memusnahkan sumber ini terlebih dahulu.

 

UCG membuat satu lagi mitos sementara merujuk keapda kuasa moderen, yakni US Naval Observatory.

 

Mereka mengakui bahawa Bulan Baru ditetapkan sebagai Konjyngsi “yang dipanggil Bulan Baru Astronomi untuk mengasingkannya dari Molad atau Bulan Sabit Pertama.” (UCG ibid). Ini adalah dakwaan yang salah. US Naval Observatory tidak pernah sama dengan Bulan Baru. Ia semata-mata membuat komentar kepada masa yang pelbagai yang mana bulan boleh diliperhatikan selepas kejadian yang tepat ini. Tidak ada pusat Pemerhatian yang mempunyai keraguan masa yang tepat untuk Bulan Baru.

 

“Tarikh dan Masa setiap Bulan Baru boleh dikira dengan tepat (liha sebagai contoh, Fasa Bulan 1990-2000 dalam Khidmat Data) tetapi masa pertama kalinya Bulan itu boleh kelihatan selepas Bulan Baru bergantung kepada banyak faktor dan tidak boleh diramal dengan tepat… Secara umumnya, bulan sabit lunar akan menjadi kelihatan bagi pemerhati berpengalaman di tempat yang sesuai dan pada waktu langit terang kira-kira satu hari selepas Bulan Baru.” (USNO Astronomical Application Department Article).

 

Pengakuan disini dibuat dengan jelas, dan diterbitkan oleh UCG, bahawa kamu tidak boleh melihatnya sehingga selepas Bulan Baru, jadi pemerhatian bukan sistem yang membolehkan mana-mana kalendar itu boleh beroperasi. Sistem seperti ini tidak boleh beroperasi kerana terdapat sekurang-kurangnya dua Kaabah berfungsi yang kita tahu dan beberapa sinagog di seluruh dunia, semuanya beroperasi dalam satu kalendar universal. Philo memberitahu kita itu bukan sistemnya kerana sekolah-sekolah astronomi mengira konjungsi itu dengan tepat. Jadi kita tahu bahawa bukanlah Bulan Baru yang diamati. Ianya bukan dasar kepada kalendar Kaabah. Mengapa ianya diamati?

 

Perhatikan disini bahawa kita melihat Naval Observatory di US digunakan oleh UCG, sebagai menetapkan Bulan Baru sebagai konjungsi yang seolah-olah membezakannya dari Molad yang dirujuk oleh Judaica dan oleh mereka sendiri. Mereka tidak menyebut bahawa Bulan Baru ditetapkan sebagai konjungsi dalam setiap sistem di setiap nagara dan ia adalah peristiwa tepat yang dikira oleh semua negara dan sistem-sistem dengan pengecualian dari sistem keagamaan kafir yang menekannya, selalunya sebagai bulan sabit, dan yang mana memasuki fahaman Yudaisme selepas zaman Kaabah dan juga Islam selepas itu kerana pengaruh yang sama yang telah disangkal oleh Israel dibawah Musa. Dalam percubaan untuk membuat penetapan terhadap kalendar bersama dengan kaimamatan dan justru itu mereka sendiri sekarang dalam konjungsi dengan fahaman Yudaisme Rabinikal Selepas-Kaabah, satu lagi fiksi telah diperkenalkan. Yang mana kalendar itu dipercayakan kepada keimamatan Lewi yang menyatakannya melalui pengiraan dan pemerhatian walaupun semasa penawanan Babilon.

 

Karya UCG mengatakan bahawa pengiraan kepada kalendar telah dipercayakan kepada Keimamatan Lewi. Ianya adalah tanggung jawab mereka untuk mengira dan mengumumkan Bulan Baru dan aktivity demikian adalah satu keperluan dalam pengiraan Israel terhadap Hari-hari Kudus tahunan. Sistem ini didakwa berterusan sehingga masa penawanan Babilon. UCG kemudiannya mendakwa bahawa tanpa apa-apa bukti bahawa Israel mendasarkan pernyataan ini kepada dasar pemerhatian (menunggu kepada bulan sabit pertama (ibid) dan pengiraan. Pernyataan ini adalah salah sepenuhnya.

 

Sekiranya kamu mendasarkannya kepada dasar pemerhatian, kamu ketinggalan perkara yang penting. Ia adalah hari selepas Bulan Baru. Mereka tidak melakukan ini sama sekali. Mereka melakukan semuanya dengan cara pengiraan.

 

UCG kemudiannya meneruskan dengan satu kesimpulan tanpa bukti. Mereka kata:

 

“Kunci disini bukannya kaedah yang digunakan tetapi fakta bahawa pihak berkuasa menyatakan keapda orang Yahudi hari pertama dalam setiap bulan. Hari ini, kalendar sudah tetap dan tidak lagi perlu bagi pemerhaian fizikal.”

 

Ditetapkan oleh siapa? Ianya ditetapkan melalui pengiraan yang dibuat dalam kurun yang keempat dan sistem pemerhatian dalam kalendar Hilel tidak pernah wujud.

 

Komentar disini adalah satu pernyataan yang salah. Tentu sahaja ianya penting apa sistem yang telah digunakan. Pengumuman tentang Bulan Baru tidak pernah menjadi bahagian penting dalam Hari-hari Kudus. Penetapan kepada Bulan Baru adalah faktor yang penting dan ianya selalu ditetapkan terlebih dahulu. Kita tahun faknyta dari bukti arkeologi bahawa semasa penawanan Babilon, perayaan Paskah (dirujuk dalam Ezra dan Nehemiah) telah ditetapkan terlebih dahulu. Dekrit untuk memeliharanya dalam sistem Kaabah di Mesir dan Elephantine telah diberikan oleh pihak Satrap yang menguasai Mesir (lihat Tanda Yunus dan Sejarah Pembinaan Semula Kaabah (No. 13)).

 

Alkitab agak jelas bahawa Bulan Baru telah dikenali terlebih dahulu dan kita lihat bahawa Daud sedar dan tentera dibawah Saulus juga sedar bila Bulan Baru ini akan jatuh (petikan 1 Sam 20:5,18, 24; petikan juga dalam 2 Raja 4:24). Mereka tahu bila Bulan Baru ini terjadi, beratus-ratus tahun, berkurun dan  milenia lebih awal sebelum Kristus. Apa yang mengikutinya dalah pernyataan yang salah sama sekali.

 

Mereka katakan bahawa Kalendar Ibrani bergantung kepada pengiraan Molad.

 

“Kalendar Ibrani bergantung kepada pengiraan Molad. Pengiraan bagi Molad ini telah difahami sejak berkurun dahulu oleh pakar astronomi. Kaedah menggunakan para saksi semasa zaman kedua kaabah, oleh kerana tidak ada bukti sepertinya dalam Perjanjian Lama, ianya tampak lebih kepada formaliti, seperti yang ditunjukkan oleh Maomonides. Tarikh yang sebenarnya sudahpun ditetapkan oleh pengiraan. Kunci untuk memahami kalendar terletak pada kuasa yang diberikan kepada orang Lewi untuk menyatakan tarikh tersebut.”

 

Kalendar Ibrani tidak pernah bergantung kepada pengiraan Molad. Molad dalam Tishri dikira dari Kurun Ketiga CE dan bersama dengan pengenalan Rosh Hashnah kedalam fahama Yudaisme dari Babilon. Rabai Kohn, Ketua Rabai di negeri Buda dan Pest menyatakan perkara ini dalaj karya Sabbatarians in Transylvania, lihat Eng. Tr., Terbitan CCG, 1998, lihat dibawah.

 

Tidak ada bukti tentang para saksi dalam Perjanjian Lama. Ia seolah-olah menjadi formaliti dalam fahaman Yudaisme selepas-kaabah. Tidak tidak ditunjukkan dengan jelas oleh Maimonides, yang bertujuan untuk meletakkan situasi zaman Kaabah bagi senario pemerhatiannya.

 

UCG diteruskan:

 

“Tarikh sebenar sudahpun ditetapkan melalui pengiraa”

 

Jadi UCG mengakui bahawa sistem ini sudahpun ditetapkan melalui pengiraan namun pihak naval observatory mengatakan bahawa kamu tidak boleh menetapkannya dengan tepat melalui pengiraa, kecuali kamu menggunakan konjungsi. Kita baru saja membaca perkara ini.

 

UCG kemudiannya merayu kepada deklarasi orang Lewi.

 

“Kunci untuk memahami kalendar terletak dalam kuasa yang diberikan kepada orang Lewi untuk mengumumkan tarikh tersebut.”

 

Kita akan melihat bahawa ini adalah satu pernyataan yang salah dan yang mana mereka mengusulkan alasan mereka, atau sebahagiannya adakah baik.

 

UCG  diteruskan dalam bahagian ini untuk mengakui bahawa terdapat kalendar yang sudah ditetapkan pada masa Musa. Kami setuju dengan pegangan ini dan mendakwa bahawa ia adalah kalendar yang berdasarkan konjungsi, yang mana tidak berubah semasa Zaman Kaabah di Israel.

 

UCG menyatakan:

 

“Terdapat perubahan dan penyesuaian yang telah dibuat terhadap kelendar ini disepanjang kurun, tetapi ianya masih dipelihara oleh orang Yahudi dan digunakan sehingga hari ini dengan tujuan memerhati perayaan-perayaan tahunan.

 

Untuk meringkasnya, untuk tujuan karya tulis ini, Bulan Baru ditetapkan sebagai hari pertama dalam bulan seperti yang ditetapkan oleh molad.”

 

Apa yang sebenarnya mereka maksudkan ialah molad pada Tishri, yakni bulan yang ketujuh. Kalendar yang digunakan oleh orang Yahudi pada hari ini bukan kalendar Ibrani. Kalendar Ibrani tidak pernah ditetapkan dengan Molad dibawah pemerhatian. Itulah sebabnya mengapa tidak ada catatan atau komentar yang pernah dibuat tentang memelihara Bulan Baru dalam Perjanjian Lama. Ia menunjukkan kepada kamu bahawa ianya tidak berlaku. Seperti yang kita lihat dari Philo diatas, ianya melalui konjungsi. Jadi kita mempunyai satu daripada sejarawan yang teragung di dunia, seorang Yahudi pada masa itu sewaktu Kaabah itu masih berdiri, berkata apakah sistem dalam Bulan Baru itu. Ia adalah melalui konjungsi yang ditetapkan oleh sekolah-sekolah astronomi. Seseorang akan berfikir bahawa bukti ini sudah mencukupi. Seseorang akan berfikir bahawa pernyataan ini yang diberi oleh sejarawan yang terkenal sudah mencukupi, tetapi ianya tidak mencukupi kerana ia bererti bahawa mereka harus mengubah sistem mereka. Sistem konjungsi adalah usulan pada sepanjang zaman Kaabah yang Kedua.

 

Kalendar Hilel, yang bukan Kalendar Yahudi sama sekali tetapi fiksi kurun yang keempat yang ditetapkan melalui pengiraan berdasarkan sistem yang diberikan kepada Hilel II oleh rabai Babilon pada 344, dan dinyatakan sebagai satu sistem pada 358 bagi fahaman Yudasime Rabinikal, adalah kalendar yang bergantung pada sistem ini. Ini bukan kalendar Ibrani. Ini adalah kalendar Babilon/Yahudi. Kalendar Yahudi adalah kalendar melalui konjungsi, yang mana dipelihara oleh orang Ibrani kuno, yang meluas kepada orang Yahudi. Kalendar Hilel adalah kalendar yang bergantung pada sistem pemerhatian molad yang berdasarkan pada pengiraan Tishri dan bukan pada konjungsi Bulan Baru. Ianya tidak pernah dipelihara oleh Kristus dan pada Rasul atau Jemaat dan tidak mempunyai dasar Alkitab atau kuasa dilaksanakan pertentangan dengan hukum-hukum Allah. Lebih menarik lagi, Kalendar Hilel tidak menetapkan hari pertama dalam tahun. Ia menetapkan Molad pada Tishri. Sistem ini adalah sistem kafir dari Rosh Hashnah, yang masuk kedalam fahaman Yudaisme pada kurun yang ketiga.

 

Dibawah Hilel, dari Molad Tishri, tarikh Tahun Baru ditetapkan tanpa rujukan langsung kepada Bulan Baru yang sebenar dakan Bulan Pertama. Jadi mereka menetapkannya dengan mengira kembali dari Molad dalam bulan yang ketujuh dibawah perayaan kafir, Rosh Hashnah dan yang mana orang Yahudi sendiri mengakui tidak mempunyai dasar dalam fahaman Yudaisme Kaabah kuno. Rosh Hashnah adalah sistem yang salah yang diperkenalkan pada kurun yang ketiga. Kamu akan lihat bahawa ketua Rabai Budapest mengakuinya dalam karyanya Golongan Sabatarian di Transylvania. Kami telah terjemahkannya dari bahasa Jerman dan kami telah terbitkannya dengan komentar. R. Kohn mengatakan bahawa beberapa daripada golongan Sabatarian di Siebenburgen selepas itu merujuk kepada Rosh Hashnah. Dia menunjukkan bahawa mereka sememangnya terlibat dalam kalendar Yahudi kerana kalendar Kaabah kuno tidak mempunyainya dan Rosh Hashnah tidak memasuki fahaman Yudaisme sehingga kurun yang ketiga. Jadi dia memetiknya sebagai pengaruh mereka kerana Rosh Hashnah tidak berkaitan dengan kalendar Kaabah kuno dan mereka sudah pasti tidak mengira bulan pertama dalam Abib dari bulan yang ketujuh. Ianya tidak berlaku.

 

Pengetahuan tentang masa telah dipercayakan kepada orang-orang bijaksana seperti yang kita lihat dalam Ester (Est 1:13). Perkara tentang orang Lewi yang dipercayakan dengan kalendar ini bukanlah apa yang dikatakan Alkitab. Kita juga tahu bahawa ia adalah Isakhar yang bergantung kepada penetapan kalendar itu atau masa-masa di Israel kuno (1 Taw 12:32 lihat juga karya tulis Memanggil Umat ke Yerusalem (No. 238)). Perdebatan bahawa Sabda Allah dinyatakan kepada Yudah (dan Lewi) adalah salah (lihat karya tulus Sabda Allah God (No. 184)). Sekiranya orang-orang ini percaya bahawa ianya diberikan kepada Lewi untuk menerapkannya, mengapa mereka tidak mengikuti (orang Yahudi) kalendar Hilel? Kerana kita tahu mereka tidak. Mereka memelihara Pentakosta Hari Minggu dan merka juga memelihara Pentakosta hari Isnin. Orang yang sama memelihara Pentakosta hari Selasa. Jadi mereka maju dari Sivan 6 sehingga Isnin sehingga hari Minggu dan sekiranya mereka benar-benar percaya pada apa yang mereka perkatakan disini (sekiranya mereka benar-benar percaya bahawa orang Lewi bertanggung jawab untuk kalendar itu dan hanya orang Lewi), maka mereka akan memelihara Sivan 6, tidakkah demikian? Jawapannya ialah mereka tidak dan mereka tidak mempercayainya. Mereka hanya mengatakannya untuk menyenangkan.

 

Kita lihat disini dari teks Alkitab bahawa orang-orang bijaksana Isakhar mempunyai persidangan 200 orang yang mempunyai pemahaman tentang masa untuk mengetahui apa yang Israel harus lakukan. Mengapa mereka memberitahu Israel apa yang mereka harus lakukan dari masa-masa itu. Mereka dengan jelas menetapkan kalendar. Jadi kalendar ini tidak berada pada orang Lewi. Ia berada pada Isakhar. Justru itu, pernyataan ini adalah salah. Jadi komiti UCG tidak mengendakan teks lain dalam Alkitan yang menunjukkan bahawa kalendar ini ditetapkan oleh orang-orang bijaksana Isakhar yang mempunyai persidangan 200 orang dan mereka telah disokong oleh seluruh suku kaum. Jadi ia adalah hal memetik apa yang sesuai dengan mereka dan tidak mengendakan apa yang baik.

 

Kita boleh menetapkan apakah sistem kuno ini dengan pasti. Pengetahuan mereka agak besar yang  memberikan orang yang bodoh pemeriksaan yang dihuluran dari sistem mereka oleh orang-orang beragama pada hari ini. Orang yang tidak mengetahui apa-apa, bukan orang kuno; bukan orang dari zaman Kaabah pertama, orang yang tidak mengetahui apa-apa adalah orang fanatik beragama pada kurun yang kedua puluh, yang tidak memahami apa yang mereka perkatakan. Mereka secara literal meemgang kebenaran dengan ketidak benaran dan murka Allah akan tiba dari sorga menentang mereka (Roma bab 1 menangani perkara ini). Karya tulis UCG mungkin telah meneliti beberapa daripada bukti yang menunjukkan bahawa bangsa-bangsa ini memelihara konjungsi dari zaman yang terawal lagi.

 

Alkitab menyatakan dengan jelas bahawa sistem cakerewala telah digunakan untuk menetapkan tanda-tanda dan masa-masa serta musim-musm dan hari-hari dan tahun-tahun (Kej 1:14). Kita tahu dengan pasti bahawa Nuh menetapkan hari-hari dan bulan-bulan serta tahun-tahun dari bahtera dan kemudian kalendar itu menjadi tetap. Bukan bererti mereka tidak menetapkan kalendar tersebut. Bukan bererti Nuh tidak mengetahuinya dan orang-orang kuno tidak mengetahu kalendar itu, mereka semuanya mengetahui tentang kalendar tersebut. Orang yang tidak mengetahui tentang kalendar itu adalah orang pada kurun yang kedua puluh yang menulis kembali tentang orang-orang kuno ini. Semua orang memahaminya kecuali orang yang menulis untuk bergelut atau mengaburkan kebenaran dan membentuk kalendar Yahudi. Semua orang memahami apa sistem kuno ini kecuali pendeta-pendeta ini yang cuba untuk menekankan kalendar Hilel dalam jemaat Allah. Mereka perlu mengusulkan pernyataan salah ini untuk melakukannya.

 

Apakah bukti yang ada bahawa sistem ini dikenali dan berkekalan sepanjang masa? Apakah yang kita ada dalam sejarah? Adakah apa-apa bukti yang boleh diambil oleh orang-orang ini sekiranya mereka mahu membersihkan kekusutan dari satu daripada karya rujukan sejarawan dan bukannya membaca novel-novel fiksi? Apakah contoh yang mereka boleh dapati? Terdapat dua contoh; contoh dalam sejarah dan contoh dalam arkeologi moderen. Arkeologi moderen menunjukkan kepada kita perkara-perkara yang mengejutkan. Sejarah Cino Kuno akan menunjukkan kepada kita bahawa kita tidak pernah kehilangan Bulan-bulan Baru. Bulan-bulan Baru tel;ah dipelihara oleh orang-orang Cina kuno dati masa mereka meninggalkan Timur Tengah atau Asia Kecil selepas air bah.

 

Cina Kuno

 

Dari zaman awal Cina sudah memelihara Bulan-bulan Baru. Secara asalnya ia adalah sistem monoteis yang menyembah Allah pada Bulan-bulan Baru. Kemudian ini jatuh kepada penyembahan nenek moyang dan berhala tetapi faktanya kekal bahawa Bulan Baru telah dipelihara dengan utuh sepanjang zaman sehingga hari ini. Mungkin mereka telah menyambah dewa-dewa yang berlainan pada Bulan Baru. Kemudiannya Cina mula tunduk kepada Kuan Kung dan dewi kemurahan, atau Guan Yin. kUan Kung adalah umum di Cina kuno. Mereka mula tunduk Confucius “Kung fu tzu” tetapi mereka tidak pernah kehilangan Bulan Baru Choy Yat.

 

Satu daripada umat kami di satu daripada jemaat di Asia dalam kajian terhdap kalendar Jemaat Allah meletakkan kalendar Bulan Baru keatas sistem Cino kuno dan berhubungan dengan tepat. Mengapa? Kerana kedua-dua kami mengikuti konjungsi. Mereka memulakan tahun satu bulan lebih awal kerana mereka memperkenalkan sistem kafir dan memulakan Tahun Baru lebih awal. Tetapi mereka masih memelihara Bulan-bulan Baru dan mereka telah menyembah Allah pada Bulan-bulan Baru dahulu, sekarang mereka menyembah nenek moyang mereka. Tetapi konjungsi dan gerhana telah ditetapkan oleh pakar astrologi mereka.

 

Sekarang, astronomi hanyalah satu istilah yang baru. Astrologi adalah istilah yang diberikan kepada sains yang mengukur langit dari zaman kuno. Perbezaan di antara astrologi dan astronomi telah dibuat baru-baru ini demi untuk menetapkan sains dan mengasingkannya dari sistem mistikal yang telah dikembangkang di sekitar fahaman astrologi. Pakar astrologi, atau astronomi kuno (astronomi belum lagi dicipta sebagai satu istilah) diperlukan untuk menetapkan Bulan-bulan Baru dan gerhana-gerhana terlebih dahulu secara berterusan.

 

Bulan-bulan Baru telah ditetapkan menurut kepada konjungsi (seperti yang dilakukan oleh Israel pada dalam sistemnya) dari permulaan milenium kedua BCE. Apabila mereka meninggalkan Timur Tengah (pergunungan barat) dan pergi ke lembah Sungai Yellow dan mendirikan Cina, mereka mengambil bersama dengan mereka sistem penetapan Bulan Baru menurut konjungsi. Mereka boleh melakukannya 200 tahun sebelum Kristus. Bukan sahaja Cina menetapkan Bulan-bulan Baru dengan konjungsi dari permulaan selepas pemergian mereka dari Timur Tengah, mereka menghukum ahli astrologi kerana gagal untuk melakukannya seperti dalam catatan tempoh setahun yang dibuat dibawah Putera Ti pada awal sejarah mereka, yakni pada permulaan milenium kedua BCE. Putera  Ti telah diutus untuk menangani ahli astrologi ini yang gagal dalam setahun untuk mengira gerhana dan Bulan-bulan Baru yang mana sepatutnya dilakukan dengan betul dan dia menghukum mereka. Pada masa itu, mereka biasanya menetak beberapa kepala yang merupakan cara untuk memberikan mesej kepada yang lain. Itu telah berlaku dan kami mempunyai catatan dari apa yang berlaku dan kami telah memiliki catatan itu sejak 3000 tahun dahulu. Apa yang harus dilakukan oleh semua ketua-ketua komitti doktrin ini ialah melihat kepada sejarah kuno dan menyusun semula catatan sejarah mereka sendiri.

 

Bulan Sabit telah dirujuk dalam Cina Kuno sebagai “Aib Maharaja” seperti ianya muncul sebelum Konjungsi Bulan Baru diumumkan dan dirayakan, kemudian maharaja sebagai alat Sorga atau “Anak Sorga”  akan kehilangan kuasa kudus dan justru itu boleh digulingkan. Tidak pernah ada keraguan tentang Bulan Baru yang sebenar.

 

Mungkin kita boleh memaafkan komiti doktrin yang berani ini kerana tidak memahami catatan orang Cina dan sistem keagamaan walaupun catatan ini ada bersama dengan kami sejak berkurun lamanya, malah sesungguhnya milenia. Bagaimana pun, mungkin kita akan melihat bukti yang lebih mendesak bahawa sistem ini adalah sedunia dan dikenali oleh dunia kuno, dan Israel, dari bukti di depan mata mereka di USA. Bagaimana pun, kelalaian inipun akan memberikan satu lagi masalah doktrin dalam UCG dan sistem cabang WCG.

 

Mereka mungkin menyangkal dan berkata bahawa ianya hanya di Cina dan mungkin itu adalah sistem kafir. Tetapi ianya bukan, pada mulanya ia adalah monoteis. Kita tahu itu dari perkembangan bahasa Cina. Kang dan Nelson telah menulis satu buku tentang bahasa Cina dan Kejadian asal, dalam bahasa Cina. Mereka membawa cerita Kejadian dalam perkembangan proses bahasa mereka. Tetapi ini adalah perkara yang lain.

 

Kita mempunyai bukti bahawa mereka mempuyai pengetahuan besar dengan astronomi dalam dunia kuno, dari Iberia atau Sepanyol kuno dan Britain dimana mereka mempunyai bulatan monumen Stonehenge dan bulatan-bulatan lain seluruh Englan, yang mana merupakan pengiraan astronomi yang tepat. Jadi pengiraan ini ada diseluruh Eropah khususnya si kepulaian British dan Iberia (Sepanyol) dan beberapa wilayah di Perancis. Tetapi ia juga telah meluas ke Cina. Jadi mereka pergi bukan sahaja ke Cina semasa penyebaran Babilon, tetapi juga mereka membawa sistem yang mereka ambil dari England dan Sepanyol ke Amerika. Kita bukannya tidak tahu tentang ini.

 

Pejabat Induk UCG aia adalah di Cincinnati. Ini adalah sekitar enam ratus batu atau lebih dari beberapa daripada tempat penemuan arkeologi penting di dunia. Ini adalah sistem batu Keltic kuno di New England di Mystery Hill dan L Blanc Park. Kawasan ini menunjukkan kepada kita dengan jelas tentang pengetahuan besar dan penyebaran sistem Keltic kuno tetapi sistem UCG tidak boleh merujuk ini kerana ia boleh memusnahkan mitos lain iaitu mitos orang Celtik adalah sebahagian daripada suku kaum Israel yang hilang. Mungkin sesungguhnya mereka adalah sebahagian daripada orang Israel tetapi tidak untuk sebab ini yang didukung oleh UCG dan ini memberikan mereka masalah sekiranya mereka sesungguhnya mengetahui tentang penemuan disini. Walaupun kami tidak setuju bahawa mereka adalah orang Celtik yang sebenar, yang mana sememangnya sukar, ia masih memberikan kepada kita bukti bahawa Amerika mempunyai sistem yang sama, sistem bertulis yang sama yakni, sistem ogham yang kita dapati di Britain Kuno, Ireland dan Iberia atau Sepanyol. Sistem ini sudah 2000 tahun mendahului Kristus. Jadi kita harus bertanya adakah orang-orang ini mempunyai pengetahuan untuk menetapkan konjungsi? Adakah mereka perlu untuk keluar dan melihat kepada bulan dan mengamati bulan sabit yang membentuk apabila bulan bermula? Orang-orang kuno ini boeh menetapkan kenaikan Helik pada bintang Sirius ribuan tahun terlebih dahulu. Adakah kamu fikir mereka perlu untuk melihat bulan baru menjadi bentuk sabit? Marilah kita lihat kepada bukti. Komentar dalam Website adalah jelas.

 

Misteri Hill Vermont

 

Orientasi kalendar dari kamar beratap tebal, ia akan membuka struktur-struktur yang sedang dibina sebagai kamar bawah tanah oleh kolonis Amerika yang awal atau orang Indian Setempat di utara-timur, kerana tidak perihatin kepada penjajaran yang jatuh kebetulan dengan perayaan tahunan orang Keltik yang paling penting. Lebih lanjut lagi ahli arkeologi-astronomi Bryan Dix telah menetapkan bahawa New England dipenuhi dengan kamar bawah tanah. Dia berkata, “…terdapat sekitar 105 kamar yang berjajaran secara astronomi di Massachucetts, 51 di New Hamshire, 41 di Vermont, 62 di Connecticut, 12 di Rhode Island, dan 4 di Maine. Sudah cukup untuk mengatakan, ianya jelas bahawa penjajaran ini didapati di Mystery Hill, dan tempat-tempat yang lain bukannya secara rawak.

 

Jadi terdapat ahli penghitung kepada astronomi di seluruh New England. Terdapat masyarakat Keltik di New England pada zaman kuno dahulu.

 

Menurut kepada Charles Pearson, yang mengkaji perkara yang kompleks ini pada 1987,

 

…jumlah batu-batu besar dan utama adalah terhad dan batu-batu yang besar adalah batu-batu yang menjajarkan astronomi yang penting. Untuk menyatakan bahawa tempat ini adalah kalendar dengan kebarangkalian statistik atau dengan “kebetulan” dan bukan dengan bentuk yang mendemonstrasikan satu terjemahan yang salah dari bukti fizikal yang jelas di tempat tersebut, dan penjelasan yang salah kepada fakta yang terletak di tempat tersebut. Komentar telah dibuat yang menandakan bahawa lebih dari 100 buah batu yang berdiri dan kebebasan untuk menyesuaikan pusat pengamatan bagi tempat ini ke tempat-tempat yang dikehendaki, yang mana semata-mata seseorang boleh berkemungkian mendemonstrasikan tempat kalendar ini di mana-mana sahaja. Ini dengan jelas bukan usulan di Mystery Hill.

 

Kita boleh melihat dari tempat ini bahawa Batu Beltane di Mystery Hill Vermont membentuk May Day, didakwa pada zaman Kristus, oleh para jurubina astronomi, 39 hari dari ekuinoks (yang merupakan Tahun Baru orang Celto-Yunani) pada masa itu. Sekarang ianya adalah 45 hari kemudiannya dari prosesi ekuinoks.Barry Fell dalam karyanya Amerika B.C (Artisan Publisher, Muskogee OK, edisi 2001) merujuk kepada Batu Beltane dan menunjukkan bahawa ia mencatat pertaliannya dengan Kalendar Julian yang menunjukkan bahawa batu ini mempunyai hubungan 43 BCE dahulu dengan dunia Romanisasi mengikuti sistem orang Roma, untuk memudahkan perniagaan (ibid. ms. 200). Monolit ini telah dibina dan diletakkan apabila ekuinoks jatuh pada 25 Mac atau selepas-300 BCE pada masa penutupan usulan Perjanjian Lama dan sepanjang jangka masa Kaabah kedalam Kekristianan awal. Inia dalah tarikh yang membekukan kalendar orang Samaria dan juga telah menjadi Tahun Baru bagi orang Anglo- Saxon sehingga kurun yang ke-17.

 

Sehingga pada 1700-an Tahun Baru kita adalah pada 25 Mac. Kita tidak menjadikan 1 Jan sebagai Tahun Baru di kalangan orang Anglo-Saxon.

 

Terdapat pelbagai tempat astronomi di New England sepanjang 2000 tahun dahulu.

 

(Data dari website Mystery Hill http://www.crystalinks.com/mysteryhill.html).

 

Ini lebih banyak lagi apda zaman Kristus kerana ekuinoks adalah apda 23/22 Mac dari permulaan kurun yangh kedua. Tempat ini 600 CE adalah selepas kejatuhan Kaabah dan mereka masih mengira dan mencipta kamar bawah tanah ini dengan mengetahui bila matahari menyinari melalui lubang untuk menyinari satu tempat yang tertentu hanya dalam masa dua hari dalam setahun. Adakah kamu fikir orang-orang ini perlu untuk memerhati bila konjungsi berlaku? Kita tahu melalui fakta bahawa tarikh-tarikh ini berterusan dari 2000 BCE sehingga 600 CE. Jadi orang-orang Keltik berada di Amerika dari 2000 BCE sehingga 600 CE.

 

Tempat-tempat di Massachusetts

 

Tempat di Le Blanc Park Massachusetts adalah satu bulatan kuno dari batu megalitik yang mana merupakan kalendar astronomi yang tepat. James Whittall mengatakan ini tentang tempat megalitik yang mengagumkan yang dia lihat di LeBlanc Park di Lowell, Massachusetts:

 

“Disana aku melihat satu tempat yang tidak pernah saya lihat sejak perjalanan saya d kepulauan British. Terletak di atas bukit di tempat batu-batu megalitik yang diluluhawakan. Aku seperti tidak percaya – ia tidak mungkin disini, Eropah Barat, ya, tetapi disini di Massachusetts, tidak mungkin. Realiti pemandangan disini adalah mengherankan.”

 

Bukit yang berbentuk bujur telur ini berukuran 112 kaki panjang dan 56 kaki lebar. Dan batu-batunya seperti yang diramailkan oleh Whittall, menyediakan penjajaran astronomi. Monolit tersusun dari timur ke barat, dan berkedudukan dari tempat yang ditandakan bahawa ianya digunakan untuk memerhatikan peristiwa solar, pemerhatian yang pertama telah dibuat pada September 22, ekuinoks yang jatuh dari batu yang tertinggi di sebelah barat dari puncak batu di sebelah timur. Matahari memancar dibelakang batu nombor empat sama seperti yang diramal oleh Whittall.

 

“Pada November pertama kami kembali ke tempat itu, kerana ia adalah hari upacara orang Keltik kuno, Samhain, dan kami mempunyai penjajaran yang sempurna dari batu sembilan keatas batu enam dan kami mempunyai penjajaran. Pada masa musin Dingin solstis pemerhatian akan dibuat semula dan batu satu dan batu sepuluh akan sejajar. Sinaran merah dari matahari ini secara perlahan-lahan turun dalam lengkok yang besar kearah titik pada monolit sehingga ia memisahkan sinaran tersebut. Tempat ini telah dikenali sejak generasi ke generasi sebagai Druid Hill.

 

Untuk meringkaskannya, ukiran-ukiran megalitik ini, bangunan-bangunan, kitara kalendar, batu-batu phalli, dan batu-batu menument yang menonjol, yang mana semuanya dikenang oleh mereka di Eropah, mungkin cukup untuk memberi kesimpulan bahawa satu budaya Eropah kuno telah membinanya disini (ibid.).

 

Tempat-tempat ini adalah kuno. Ia bukan satu pembinaan semula tempat-tempat orang Eropah dan semuanya sudah ada disana 600 batu dari Cincinnati dimana karya doktrin ini telah ditulis. Mengapa mereka tidak menyebutnya? Kerana mereka akan berhadapan dengan fakta bahawa pemahaman mereka tentang keasalan orang Celtik adalah salah. Siapakah orang Celtik atau Keltik ini? Bagaimana mereka berjajaran dengan orang Israel. Bagaiamna mungkin mereka menjadi bahagian dari sistem ini? Bagaimana mereka mengembangkan sistem ini? Ini adalah sistem orang Babilon kuno. Bagaimana ia datang ke Amerika? Sistem ini adalah pengiraan astronomi yang tepat. Kita tahu orang-orang ini mempunyai pengetahuan yang agak canggih tentang pergerakan di langit.

 

Kita juga mempunyai bukti yang dipetik oleh Profesor Cyrus Gordon (Sebelum Columbus) yang menunjukka bahawa pemberontakan bar Kochba tiba di Amerika selepas kekalahan mereka. Kita mempunyai bukti yang tepat di hadapan mereka bahawa pengiraan kompleks terhadap ekuinoks dan Bulan-bulan Baru yang mana menetapkan bulan Lunar Tahun Solar dan Kenaikan Helik dan seluruh sistem orang Aryan dari Raja-raja Laut Kuno, dari penyembahan Anak Lembu Emas dan pengorbanan Druidic yang hadir, malah ianya ada di USA. Mereka mempunyai pengetahuan yang tepat tentang kenaikan helik dari bintang-bintang yang banyak dan sistem-sistem dan juga mereka memahami tentang sifat lohong Bintang Thurban sekitar 2000 BCE.

 

Sistem-sistem lain di Amerika Utara menunjukkan pengetahuan tentang astronomi yang lebih lanjut. Tempat di jurang Chaco menunjukkan pengiraan lunar dan solar yang kompleks dalam sistem yang telah dibina bertahun dahulu. Sistem adalah kota bangunan berbatu jauhnya yang menunjukkan pengiraan komples terhadap ekuinoks dan solstis bersama dengan kitaran lengkap terhadap bulan-bulan sepanjang 18.6 tahun. Suku kaum disana, mengikut analisis bahasa Zuni menunjukkan pertalian dengan keturunan orang Libya dari Timur Tengah dan pengetahuan yang kompleks menandakannya pada masa pergerakan mereka ke arah Amerika Utara. Penyebaran skrip Libya dan Iberia Punik mendedahkan pengetahuan kompleks dan ketrampilan mereka (petikan Fell, ibid. ms. 157-191).

 

Satu daripada tempat ini di New England adalah berjajaran dengan Lohong Bintang Thurban. Sekarang Thurban ini berhenti dari menjadi Lohong Bintang beberapa ribu tahun dahulu. Ia adalah Lohong Bintang sekitar 2000 BCE. Jadi orang yang membuat tempat ini dan  menjajarkannya kepada Thurban sememangnya tiba disana menggunakan Lohong Bintang sebagai titik penunjuk mereka selepas 2000 BCE. Kita mengetahui semua tentang ini. Kita sebenarnya boleh mengiranya apabila ia tiba, dari hari mereka menetapkannya kerana kita tahu apa prosesi dalam ekuinoks. Mereka boleh mengiranya dengan tepat. Kita tahu dari beberapa daripada peta raja-raja laut kuno bahawa pelaut telah memetakan Antartika sebelum Kristus. Jadi disini kita mempunyai satu kumpulan orang sebagai komiti doktrin yang menterjemahkan pengetahuan  orang-orang kuno. Mungkin mereka sendiri belum mendapat pengetahuan tersebut untuk menganalisa dan menjelaskan. Seruan kepada kejahilan ini berdasarkan kedunguan. Mereka tidak memahami ataupun menjelaskannya sendiri dan meletakkan kejahilan mereka sendiri kepada nenek moyang mereka yang jauh lebih bijaksana daripada mereka. Fakta perkara ini ialah bahawa kejahilan atau masyarakat kita berakar dari zaman gelap yang dibebankan keatas kita oleh jemaat Eropah dan zaman gelap yang datang kepada kita dari golongan Kekristianan Trinitarian Eropah dan golongan orang beragama fanatik. Percubaan untuk membuka pengorbanan manusia dalam sistem Anak Lembu Emas adalah dibelakang penindasan pengakuan referensi kepada sistem tetapi ini adalah alasan yang lemah bagi penindasan terhadap pengetahuan dan zaman gelap. Kita tidak pernah berjaya dan belajar sekiranya kita mempunyai pengetahuan yang ditetapkan oleh orang yang jahil pada asalnya.

 

Kita akan melihat kepada beberapa fakta dalam karya doktrin ini dan menangani komentar-komentarnya dan melihat apa yang mereka katakan mengenai setiap fakta ini dalam setiap situasi.

 

Arahan Bulan Baru dalam Alkitab

 

Karya tulis UCG diteruskan dengan menangani arahan Alkitab bagi Bulan-bulan Baru, meminimumkan impak dari Bulan-bulan Baru dalam Kitab. Penterjemahan Bulan-bulan Baru ini adalah salah. Mari kita membuat komentar pada fakta Bulan-bulan Baru ini dalam perbandingan kepada komentar mereka sendiri.

 

Hari Pertama dalam Bulan Pertama adalah Tahun Baru dan Hari Perayaan yang Kudus (Mazmur 80[80]:3-5).

 

Maz. 80[81]:3-5 Tiuplah sangkakala pada bulan baru, pada bulan purnama, pada hari raya kita. Sebab hal itu adalah suatu ketetapan bagi Israel, suatu hukum dari Allah Yakub. Sebagai suatu peringatan bagi Yusuf ditetapkan-Nya hal itu, pada waktu Ia maju melawan tanah Mesir… (Brenton, Hendrickson, cetakan 1992).

 

Bulan-bulan Baru telah dipelihara sebagai Sabat dalam Israel kuno. Semua Bulan-bulan Baru adalah hari yang penting dan merupakan hari korban, dan pemyembahan. Seperti yang kita lihat diatas, Bulan Baru yang pertama dalam tahun adalah Hari Perayaan Kudus. Justru itu, satu daripadanya adalah Sabat sekurang-kurangnya. Bulan Baru dalam Bulan yang Ketujuh juga merupakan Hari Sangkakala dan oleh itu ia juga Hari Perayaan yang Kudus.

 

Kita akan dari teks lain bahawa Bulan-bulan Baru adalah hari-hari perkumpulan dan Allah telah menangani Israel dan dunia ini pada hari Bulan Baru ini. Dia berfirman melalui hamba-hambaNya, Nabi pada hari-hari penting ini.

 

Teks yang paling jelas adalah dalam Keluaran pada pengudusan Kaabah, sebagai Hari Perkumpulan yang Kudus. Amos mengecam Israel kerana menghendaki Sabat dan Bulan Baru diakhiri dengan cepat supaya mereka boleh memulakan perdagangan (Amos 8:5). Mereka memelihara Bulan Baru, tetapi Allah tidak senang kerana mereka tidak memeliharanya dengan sepenuh hati, kerana mereka mahu ia berakhir dengan cepat supaya mereka boleh memulakan perdagangan.

 

Amos 8:5 berkata, “Bilakah bulan purnama akan berakhir, supaya kami boleh berjual beli lagi? Dan Sabat, supaya kami boleh tawarkan gandum untuk dijual, supaya epah kami kecil dan sekel kami menjadi penuh, dan berdagang dengan penuh kelicikan dan tidak adil,

 

Tidak ada dalam Amos 8:5 yang menandakan bahawa ianya berkenaan dengan tuaian yang khusus atau Sangkakala. Oleh kerana itu, teks ini harus dibaca seperti ianya ditulis, sebagai satu pernyataan umum dalam pertalian kepada Bulan-bulan Baru dan Sabat. Mengambil teks ini dalam konteksnya, bab ini adalah berkenaan dengan ketidaksenangan Allah dengan umatNya. Dia marah kerana Sabat, Bulan Baru dan Perayaan-perayaan tidak dipelihara dengan betul dan bahwa orang-orang ini tidak bersikap adil kepada satu dengan yang lain.

 

Bilangan 10:10 menyatakan bahwa sangkakala harus ditiup pada setiap kali Bulan-buylan Baru.

 

Sekiranya kita melihat kepada sejarah lampau kita akan melihat bahawa hanya satu aktiviti kecil yang dilaksanakan pada Hari Kudus ini. Sekiranya kita tidak boleh bekerja di tengah-tengah Bait Suci, maka sudah pasti kita tidak boleh bekerja pada Bulan Baru juga. Begitulah caranya ia dipandang pada waktu lampau dahulu.

 

Keluaran 40:2-16 adalah berkenaan dengan upacara yang perlu dilaksanakan pada Hari Kudus dalam Tahun Suci, yakni Bulan Pertama dalam Bulan yang Pertama. Bait suci harus disediakan supaya item-item didalam bait suci ini boleh dikuduskan dan ordinasi Harun dan akan-anaknya mengambil tempat dan mereka ditahbiskan kedalam keimamatan.

 

Ia bukan hari perdagangan yang biasa. Ia adalah persediaan bagi kemah-kemah perjumpaan demi untuk memimpin upacara hari itu. Kerja dalam bait suci akan dilaksanakan sepanjang tahun. Ini adalah kesimpulan kepada bait suci ini dan pada hari upacara ini, ia disediakan bagi Kehadiran Kemuliaan Allah. Sekali lagi, ini bukan satu tugasan biasa dalam minggu, tetapi kerja menyediakan tempat perjumpaan (Kel 40:17:35).

 

Teks ini menunjukkan bahawa mereka berkumpul bagi objek penyembahan di Bait Suci. Ia sebenarnya adalah teks bukti bagi pemeliharaan Bulan Baru sebagai Hari Perkumpulan dan dedikasi kepada Tuhan, sebagai sebahagian daripada Pengudusan Bait Suci. Ini semua adalah berkenaan dengan Kristus dan pembersihan Kaabah sebelum Paskah, yang mana kita adalah Kaabah.

 

Terdapat banyak contoh dalam Alkitab tentang peristiwa penting yang berlaku pada Bulan Baru. Selepas air bah, air dilihat akan berkurang pada Hari Pertama dalam Bulan yang kesepuluh (Kej 8:5).

 

Pada tahun 601, pada Hari Pertama dalam Bulan Pertama, tanah menjadi kering dan bahtera boleh dibuka (Kej 8:13).

 

Musa telah diberikan tanggung jawab keatas Bait Suci dan kawalannya dan digunakan sewaktu berada di padang belantara, yang mana bermula dengan Bulan Baru.

 

Perayaan-perayaan ini adalah contoh yang utama: Tahun Baru dalam Bulan Pertama (Maz 81:3); Hari Sangkakala dalam Bulan Ketujuh (Im 23:24; Bil 29:1); bagi Pengudusan Kaabah (2 Taw 29:17).

 

Kaabah ini dikuduskan bagi tujuh hari dan pada Hari Ketujuh mereka menguduskan Kesilapan yang tidak disengajakan dan tidak disedari dan Israel juga dikuduskan. Kemudian mereka meneruskan kepada jangka masa yang seterusnya kepada Paskah dari Hari Kelapan sehingga Hari Kesepuluh apabila mereka menetapkan Domba Paskah. Kemudian pada hari yang keempat belas, mereka keluar dari kemah rumah mereka (Ul 16:5-7) dan semua Israel akan memelihara Paskah dari permulaan Hari yang keempat belas dan sepanjang malam Hari yang Kelima belas dalam pengamatan dan kemudian pada Hari Kudus dalam Hari yang Kelima belas, mereka melaksanakan upacara dan korban dan melengkapi petang itu pada Hari yang Keenm belas. Roti tidak Beragi diteruskan selama enam hari seterusnya, yang mana hari yang terakhir adalah Hari Kudus.

 

Bulan Baru Sangkakala juga digunakan sebagai hari pemulihan Hukum Allah n(Neh 8:2). Bulan Baru adalah hari untuk bercakap kepada orang-oranh secara keseluruhannya dalam perkumpulan. (Bil 1:1-5).

 

Konsep Bulan Baru adalah fakta penting bagi perkumpulan tentera Allah (Bil 1:18). Ini adalah peristiwa penting yang terjadi pada Bulan Baru dan Allah berfirman melalui Musa kepada Israel dalam perkumpulan ini. Ini adalah hari yang digunakan bagi nubuatanj (Ul 1:3). Banyak aktiviti yang yang penting yang terjadi pada hari ini (Kel 19:1). Israel berhenti berjalan dan Musa pergi keatas gugung untuk bercakap dengan Allah. Musa, selepas menerima arahan, telah bercakap dengan orasng-orangnya pada hari ini.

 

Harun juga dibawa kepada Allah pada Bulan Baru dalam Bulan Kelima pada Tahun yang Keempat Puluh masa Keluaran (Bil 33:38). Pemulihan kepda pembinaan semula Kaabah, seperti pemulihan kepada Hukum, terjadi pada masa Bulan Baru Sangkakala (Ezra 3:6).

 

Permulaan restorasi Nehemiah bermula pada Tahun Baru dalam Bulan Baru. Permulaan ini terjadi apda Bulan Baru. Justru itu, dia tidak hany keluar, dia memulakan. Seperti semua pemulihan utama, ia dipengaruhi oelh upacara-upacara Bulan Baru (Ezra 10:16-17).

 

Ia adalah hari ketika Ezra dan orang pilihan bukan berada di tempat pekerjaan biasa mereka setaip minggu, tetapi bertugas dalam perkara-perkara jemaat. Mereka bermula pada Bulan Baru dan kemudian menjelang Tahun Baru mereka menyediakan Israel bagi Pengudusan Kaabah Allah. Disini kita lihat Nisan atau Abin disenaraikan sebagai Bulan Pertama (petikan Ester 3:7, 12).

 

Buku Yehezkiel adalah jelas bahawa pada Hari Pertama dalam bulan inilah Allah berfirman kepada dia. Allah berfirman kepada kira ketika kita boleh mendengar, bukan sewaktu kita sibuk dengan tugasan harian dalam kehidupan kita (Yeh 26:1).

 

Yehezkiel berhadapan dengan Allah pada Bulan Baru dan kemudiannya diberikan nubuatan kerana dia setia kepada Allah (Yeh 32:1; 29:17; 31:1). Perkara yang sama diaplikasikan kepada Hagai (Hag 1:1).

 

Mengapa Zerubabel, putera Yudah, mememinta nasihat kepada nabi pada Bulan Baru? Ia oleh kerana mereka pergi kepada Allah pada hari ini dan dia memberikan wahyu melalui pada nabi pada hari ini.

 

Seluruh sistem penyembahan di Israel didasarkan di sekitar Bait Suci dan Kaabah. Bait Suci fizikal dan Kaabah ini adalah salinan kepada Kaabah Spiritual, yang adalah Jemaat. Kita, sebagai jemaat, adalah Kaabah spiritual.

 

 Fizikal ini harus dibersihkan dan keimamatan disediakan bagi perayaan Paskah, sama seperti kita yang harus dibersihkan dan disediakan bagi Sakramen yang Kedua. Hanya mereka yang telah dibaptiskan sebagai orang yang bertobat ke dalama tubu Kristus yang boleh mengambil bahagian dalam elemen pertama (dan Perjamuan Kudus Allah) dalam perayaan Paskah.

 

Ini adalah kepentingan di belakang Kristus yang membersihkan Kaabah, kedua-duanya pada permulaan pelayanannya dan sebelum Paskah kematiannya, bila dia menetapkan Perjamuan Kudus pada Hari Persediaan dalam perjamuan Hari Chagigah.

 

Dengan ini, pembersihan fizikal ditujukan kepada kita sebagai batu-batu hidup kaabah spiritual. Ia memulakan proses pendamaian di antara manusia dan Allah. Melalui tindakan kita, ia mengantarai kesilapan Israel yang tidak disengajakan dan tidak disedari dan oleh itu membantu dalam perlindungan bangsa ini. Kita membantu dalam permbersihan spiritual terhadap Kaabah dan dengan ini membantu untuk menguduskan bangsa yang duduki.

 

Bulan Baru dalam Bulan Pertama adalah titik permulaan dalam proses ini dan Bulan mewakili Jemaat. Permbersihan ini bermula dengan kita sebagai Kaabah pada Bulan Baru Pertama setiap tahun. Ia kemudiannya berterusan sepanjang tahun dari Bulan Baru ke Bulan Baru. Ini akan berterusan dalam Milenium (Bil 28:11-15). Fahaman Yudaisme membatalkan Hukum Allah dalam hal ini juga, melalui praktik Babilon dari Rosh Hashanah dalam rishri.

 

Bulan-bulan Baru ini berdiri bersama-sama dengan Sabat dan Hari-hari Perayaan untuk selama-lamanya, atau berterusan di hadapan Tuhan (1 Taw 23:31). Proses ini berterusan dalam tiga perayaan. Sangkakala adalah Bulan Baru dan dengan ini hanya Pendamaian yang tertinggal. Ia adalah hari puasa (2 Taw 8:13).

 

Untuk berdebat bahawa Bulan-bulan Baru dibatalkan bersama dengan Korban, ia adalah perdebatan untuk membatalkan Perintah Hukum yang Keempat, yang jelasnya adalah salah.

 

Alkitab teah ditulis supaya orang yang tidak dipanggil kedalam Israel tidak memahaminya. Itulah sebabnya mengapa Kristus berfirma dalam perumpamaan (Mat 13:10-14; 10:34-35; Mar 4:11). Allah benci dengan korupsi dalam Hari-hari KuduNya (Yes 1:13; 47:13).

 

Nabi-nabi palsu mencemari nubuatan dengan menggunakan penagmatan-bintang dan divinasi. Aalh kemudiannya berfirman Dia akan mengakshiri perayaan-perayaan seumpamanya, yakni Bulan-bulan Baru dan Sabat. Adakah ini bererti Allah akan membatalkan Sabat atau Bulan Baru atau Perayaan? Tidak, ia bererti Dia akan membatalkan penyembah palsu dari memeliharanya (Hosea 2:11).

 

Amos adalah jelas bahawa penduduk ini melihat Bulan Baru dan Sabat sebagai satu penghalang kepada perdagangan dunia mereka dan aktiviri harian mereka (Amos 8:5). Allah tidak akan membernarkan orang untuk memelihara perayaanNya dan Bulan-bulan Baru dan kalendar yang benar hanya kerana mereka adalah penyambah palsu dan hanya mereka yang mengalami Kebangkitan Pertama Jemaat Allah yang dibenarkan untuk memeliharanya. Yang lainnya menyambah tuhan palsu, pada hari yang salah dibawah kalendar yang salah dan tidak mengetahui apa-apa. Mereka bukan berada dibawah penghakiman pada masa sekarang.

 

Allah mengutuk mereka melalui nabi Amos kerana aktiviti demikian. Bagaimana besar lagi kutukan kepada mereka yang memelihara bankuet, makan istimewa, mengetahuinya, tetapi masih berdagang pada waktu Sabat atau Bulan Baru. Adakah orang yang akan berdebat bahawa mereka boleh berdebat pada hari Sabat, kerana mereka mempunyai makanan istimewa pada petang Sabat? Bagaimana pula lojis ini boleh diaplikasikan kepada Bulan Baru?

 

Semasa Milenium, Sabat-sabat dan Bulan-bulan Baru akan dipelihara (Yes 66:23). Perjanjian Baru juga menyebut hal ini. Ini tidak menyatakan satu pilihan sama ada mereka akan memeliharanya atau tidak, tetapi ia adalah satu aturan bagaimana ianya dipelihara. Bagaimana pun, injungsi yang memelihara mereka bersama dengan hukum adalah jelas dari tulisan Kitab sebelumnya (Kol 2:16).

 

Bulan-bulan Baru telah dipelihara sebagai Sabat-sabat sewaktu Israel Kuno. Teks yang paling adalah dalam Keluaran pada masa Pengudusan Kaabah sebagai Hari Perkumpulan Kudus dan juga dalam Amos 8:5.

 

Kristian pada hari ini perlu untuk memelihara Bulan-bulan Baru sebagai Sabat, yakni kerja amal dan berkumpul bersama dengan yang lain sekiranya boelh dilakukan, dan Mesiah akan memperkenalkan dan menekankan mereka kepada Sabat apabila dia kembali (Yesaya 66:2023) bersama dengan perayaan-perayaan Allah yang lain (lihat Zakariah 14:16-19).

 

Karya tulis UCG diteruskan untuk mendakwa bahawa tidak ada araham alkitabiah untuk memelihara Bulan-bulan Baru dan oelh ini Israel boleh memutuskan untuk mengembangkan apa-apa dasar. Mereka memetik Geoffrey Widoger dalam karyanya Enyclopedia of Judaism untuk menyokong dasarr yang salah ini. Daripada memberi perhatian bahawa Yudaisme sebenarnya memelihara Bulan Baru, seperti yang kita lihat dalam sejarah, mereka cuba untuk menyangkalnya.

 

Namun orang Yahudi memelihara Bulan-bulan Baru seperti yang dilakukan Jemaat. Bagaimana pun, penduduk umum, bersifat tidak tetap dan cuba untuk berdagang sama seperti yang mereka lakukan sewaktu Sabat dan Perayaan lain seperti yang kita lihat (Amos 8:5).

 

Bagi orang Yahudi, Sabat-sabat menjadi hari dalam tahun yang paling penting. Sebenarnya Diana Engel berkata bahawa hari Sabat adalah bukan hanya merupakan hari biasa atau satu daripada hukum. Ia menggambarkan apa yang mereka percaya dan pegang…Ianya mustahil untuk menekankan lebih mendalam lagi betapa pentingnya Sabat ini kepada orang Israel, bagaimana mereka menantikannya dan memuliakannya (ms. 83).

 

Tetapi, mereka tidak memahami kepentingan spiritual dalam Sabat kerana mereka tidak memahami Bulan-bulan Baru. Yudaisme Rabinikal telah megurangkan kepentingan Bulan Baru kerana mereka mengancam sistem penangguhan itu sendiri. Ianya tidak boleh dibuka sepenuhnya kerana Alkitab sangat jelas dalam hal ini dan oleh itu harus dikurangkan dalam kepentingan, jadi kalendar yang salah boleh diperkenalkan. Ini semua dilakukan selepas Kaabah ini telah dimusnahkan.

 

UCG diteruskan dengan membuat pernyataan palsu bahawa tidak ada rujukan kepada perayaan Bulan Baru pada zaman Kristus. Mereka dengan salah mendakwa bahawa perayaan Bulan Baru tidak wujud pada penghujung zaman Kaabah Kedua namun kita tahu dari sejarah bahawa mereka memeliharanya dengan setia sehingga pemusnahan Kaabah oleh Yudaisme. Kekristianan memeliharanya seperti yang kita lihat dari Kolose 2:16 dan terus memeliharanya seperti yang kita lihat dari catatan pada skhir sistem Waldensia di Eropah di Transylvania (lihat Sabbatarians in Transylvania ibid.).

 

Perayaan Bulan Baru dalam Sejarah Israel

 

Dalam bahagian ini UCG cuba untuk meminimumkan contoh-contoh Bulan Baru dalam 1 Samuel 20:5, 18, 24 mengenai Daud dan Saulus dan Perayaan Bulan Baru; dan lawatan kepada nabi-nabi seperti yang kita lihat dalam 2 Raja 4:23. Ia menggunakan Hastings Bible Dictionary untuk melakukannya. Kamus ini mendakwa bahawa tidak ada kejadian kdus terjadi pada Bulan Baru walaupun terdapat bukti Alkitab tentang Bulan Baru dalam Tahun Baru dan catatan sejarah Josephus. Ia mengakui bahawa 1 Tawarikh 27:1 adalah masa pertukaran tugas-tugas Daniel. 1 Tawarikh 27:1-22 menunjukkan bahawa bulan-bulan dalam tahun dan Bulan-bulan Baru adalah dasar bagi administrasi dalam seluruh bangsa Israel. Ia adalah tahap ketidakpentingan yang tidak sepatutnya. Ataupun tahap ketidakyakinan mereka melalui pengamatan. Seseorang tidak boleh mengendalikan tentera dan administrasi nasional  diatas ragam dan teori-teori pengamatan Karaite yang menyeleweng. Ia terpulang kepada Jamnia yang berbalah dan keaiban penyebaran.

 

Tulisan kitab ini dengan jelas menunjukkan bahwa Bulan-bulan Baru adlah penting di Israel disepanjang sejarah. Kita tahu dari Josephus bahawa mereka memeliharanya semasa sepanjang zaman Kaabah dan Imam Besar hadir dalam Kaabah pada Bulan Baru dan Sabat. Jemaat Perjanjian Baru juga memahaminya. Ianya tidak disebut dalam Perjanjian Baru kerana ia bukan satu isu. Semua surat-surat dari pada rasul adalah berkenaan dengan masalah ini, yang mana timbul dalam pelbagai jemaat. Jemaat Allah telah memeliharanya berkurun lamanya. Kami tahu bahawa pada waktu Reformasi, Jemaat telah memelihara seluruh kalendar dengan utuh sama seperti pada zama Kaabah. Perjanjian Baru adalah komentari tentang Perjanjian Lama. Bulan-bulan Baru tidak digunakan, demikian dengan Perayaan-perayaan sebelum Persidangan Nicaea dalam jemaat umum. Bagaimana pun, ini tidak bererti bahawa ianya tidak dipelihara.

 

UCG mendakwa bahawa tidak ada tanda dari Kitab bahawa terdapat perayaan sedunia yang dipelihara, dan menyatakan seperti yang disebut dalam Hastings, perayaan Daud mungkin adalah “perayaan keluarga pada Bulan Baru.” Sekiranya demikian, maka ianya adlah perayaan keluarga dimana raja menjangkakan semua pegawainya untuk hadir dan mereka merasa takut kepada penghukuman sekiranya mereka gagal untuk datang.

 

Ya, adalah wajar untuk mencari tuntunan dari para nabi pada waktu Bulan Baru dan Sabat. Tetapi ini tidak boleh dilakukan sekiranya seseorang itu bekerja pada hari yang sama (2 Raja 4:23).

 

Sebaliknya kita lihat dari Daud dan Yonatan bahwa Bulan Baru adalah makan malam yang wajib di Israel. Daud tahu bahawa satu-satunya alasan yang sah untuk datang disana ke upacara wajib ini adalah untuk memeliharanya bersama dengan keluarga dalam tempat lain di Israel (1 Sam 20:4-18, 24). Dengan jelas, Bulan Baru diketahui berhari sebelumnya dan orang-orang akan dihukum sekirnaya gagal untuk datang. Ianya adalah satu praktik untuk mengadakan jamuan ini dan kemudian kembali semula kepada tugasan harian pada hari Sabat dan Bulan Baru yang khususnya Amos dikutuk oleh Amos. Orang-orang ini dirujuk oleh Amos orang yang memelihara Bulan-bulan Baru, tetapi mereka cuba untuk mengakhiri hari-hari ini dengan cepat, supaya mereka boleh menjalankan perdagangan. Tidak ada cadangan dari kelalaian ini  disini dalam diri Daud dan Yonatan.

 

UCG mendakwa disini bahawa “Tulisan Kitan mencadangkan bahwa Saulus menjemput Daud ke jamuan makan persembahan damai pada Bulan Baru.”

 

Ini menggambarkan arahan dalam Yehezkiel 45:17 mengenai dengan Putera Lewi dalam menyediakan korban bagi Bulan-bulan Baru.

 

Perundangan mengenai  persembahan damai (Im 7:18, dan diambil dalam Bilangan 10:10) telah kemudannya diambil oleh UCG sebagai alasan bagi rujukan kepada hari itu yang berkenaan dengan Daud dan Yonatan melepaskan panah pada hari ketiga untuk memberi amaran kepada dia (1 Sam 20:5). Ini adalah satu fiksi yang betul-betul salah yang dicipta untuk melawan kitab. Saulus bertanya mengapa Daud tidak datang kelmarin dan hari ini (1 Sam 20:27) kerana dia pergi pada hari sebelum Bulan Baru dan tidak hadir disepanjang Bulan Baru. Dasar fikiran UCG diteruskan bahawa “sekiranya ini adalh betul, maka Saulus mengetahui dia harus menyediakan satu lagi rancangan untuk membunuh Daud kerana persembahan damai Bulan Baru tidak boleh dimakan pada ‘hari yang ketiha.’”

 

Kemudian mereka meneruskan: “Tentu sahaja, pada hari ini, persembahan damai tidak lagi diperlukan, oleh kerana itu, tidak ada alasan bagi kita untuk memelihara perayaan sedemikian pada Bulan Baru” Satu dasar fikiran yang bodoh dari dasar yang salah diatas. Sekiranya kita mengaplikasikan perdebatan ini kepada Sabat dan berkata bahawa persembahan itu tidak diperlukan pada Sabat dan oleh kerana itu tidak ada sebab untuk memelihara Perayaan Sabat atau Perayaan Kudus Tahunan, kita semua akan ketawa mengejak. Bagaimana pun, pernyataan ini tidak pernah dicabar. Daud juga melakukan praktik dalam kepentingan Bulan Baru dalam administrasi seperti yang kita lihar dari 1 Tawarikh 27:1-22.

 

UCG mengenal pasti 2 Raja 4:22-23 sebagai bukti bahawa Bulan Baru adalah masa orang-orang mencapatkan perintah dari “imam”. Tidak ada keraguan lahi mereka mengatakan imam dan bukan nabi dari dasar sistem mereka sendiri dan bukannya atas fakta sejarah alkitabiah. Teks ini menyebut tentang Sabat dan Bulan Baru dan seorang wanita mahu bertemu dengan seorang nabi (Elisa) atas perkara yang mendesak. Nabi dan imam kedua-duan didatangi pada waktu Sabat dan Bulan Baru dan penyembahan dilakuakn pada hari-hari ini, seperti yang kita tahu dari Josephus.

 

UCG menyebut satu teks yang paling penting dalam pertalian kepada Bulan-bulan Baru dalam 2 Tawarikh 2:4. Raja Solomon berkata dalam Roh:

 

Ketahuilah, aku hendak mendirikan sebuah rumah bagi nama TUHAN, Allahku, untuk menguduskannya bagi Dia, supaya di hadapan-Nya dibakar ukupan dari wangi-wangian, tetap diatur roti sajian dan dipersembahkan korban bakaran pada waktu pagi dan pada waktu petang, pada hari-hari Sabat dan bulan-bulan baru, dan pada perayaan-perayaan yang ditetapkan TUHAN, Allah kami, sebab semuanya itu adalah kewajiban orang Israel untuk selama-lamanya.

 

Sekarang seseorang akan berfikir itu adalah perdebatan yang mendesak. Ordinan adalah selamanya dan ia melibatkan penyembahan dalam rumah Allah pada waktu Sabat, Bulan Baru dan Hari-hari Perayaan Tahunan untuk selamanya. Oleh kerana kita adalah Kaabah Allah, seseorang akan berfikir sekiranta Sabat itu berkekalan seperti dinyatakan disini, demikian juga dengan Bulan Baru dan Hari-hari Perayaan lain. UCG cuba untuk menggabungkan teks ini dengan 2 Tawarikh 31:3 dan 1 Tawarikh 23:30-31.

 

Kemudian mereka mendakwa bahawa teks ini tidak menimbulkan Bulan Baru untuk menetapkan perayaan dan Sabat-sabat yang mana satu pertentangan dari kesimpulan yang diambil. Keimamatan diarah, dalam teks ini, untuk mempersembahkan persembahan pada waktu Sabat, Bulan Baru dan Perayaan-perayaan dan ianya satu fakta bahawa ianya disebut sebagai persembahan mingguan, bulanan dan tahunan. Ia adalah sama dan sekiranya satu daripadanya dipelihara, semuanya dipelihara. Ianya betul-betul satu kebodohan untuk mendebatkan bahawa Sabat mingguan dan tahunan akan dipelihara dan menyangkal Bulan Baru dalam teks yang sama.

 

Dalam Ezra 3:5 kita lihat bahawa Bulan Baru tersenarai dan dipelihara dan UCG memetik Ezra dan berkata:

 

Semasa Pembinaan semula Kaabah, Ezra menulis bahawa adat ini masih diikuti. “Selepas itu mereka mempersembahkan persembahan bakaran, dan bagi Bulan-bulan Baru dan bagi semua perayaan tuhan yang ditetapkan yang telah ditahbis.

 

Jadi kita lihat bahawa Bulan-bulan Baru telah dipelihara dari Musa, dan Solomon. Ianya ditekankan semula  oleh Ezra dan masih dipelihaea pada zaman Kristus sehingga pemusnahan Kaabah. Kerja baik UCG. Kami telah mendemonstrasikan bahawa ianya dipelihara dengan berterusan oleh Israel semasa seluruh sejara Bait Suci dan Kaabah Israel.

 

UCG meneruskan dengan menyebut Nehemia 10:32-33 menunjukkan bahawa Cukai Kaabah akan diambil bagi persembahan roti dan persembahan bijian dan persembahan bakaran pada waktu Sabat, Bulan Baru dan Perayaan-perayaan lain dan semua tugasan di dalam rumah Tuhan. Tidak pernah ada cadangan bahawa aspek-aspek ini berlainan antara satu dengan yang lain dan kurang penting dari yang lain. Ianya dilaksanakan dengan tekun pada hari-hari yang ditetapkan.

 

UCG kemudiannya membuat pemerhatian yang pelik dan keanak-anakan.

 

Seperti dalam teks yang lain, subjek adalah sistem korban dalam kaabah. Sekiranya koleksi cukai kaabah bagi bulan baru meningkatkan tahap Bulan Baru kepada tahap Sabat, maka ianya adalah penting bagi Kristian untuk memelihara semua persembahan dan mengekalkan “perkara suci” juga yang disebut dalam ayat-ayat ini”

 

Tidak ada dari organisasi ini yang meneruskan perdebatan seumpama ini bagi Sabat yang disebut dalam ayat-ayat ini. Dengan mengira mereka sudah membasa buku Ibrani mengenai dengan Korban. Kita adalah Kaabah dan korban digenapi dalam Yesus Kristus. Sabat dan perayaan yang ditetapkan tidak dibatalkan dengan korban itu, jadi mengapa harus kita anggap bahawa Bulan Baru telah dibatalkan dan yang lainnya tidak.

 

Nehemia 10:31 bercakap tentang melarang berdagang pada waktu Sabat dan Hari-hari Kudus tetapi tidak menyebut pada Bulan Baru. Kemudian ayat 2 kemudiannya bercakap tentang korban dan menyebut Bulan Baru dengan Sabat dan Hari-hari Kudus.

 

Untuk memahami Nehemia 10:31, kita terlebih dahulu harus melihat kepada Keluaran 3:5 dan semua ayat-ayat yang berkenaan dengan ini, dari Nehemia 10:31-33 sebagai landasan,

 

Keluaran 3:5  Lalu Ia berfirman: "Janganlah datang dekat-dekat: tanggalkanlah kasutmu dari kakimu, sebab tempat, di mana engkau berdiri itu, adalah tanah yang kudus."

 

Nehemia 10:31-33  31 Dan bilamana penduduk negeri membawa barang-barang dan berbagai-bagai gandum untuk dijual pada hari Sabat, kami tidak akan membelinya dari mereka pada hari Sabat atau pada hari yang kudus. Dan kami akan membiarkan begitu saja hasil tanah pada tahun yang ketujuh dan tidak akan menagih sesuatu hutang.  32 Pula kami mewajibkan diri untuk memberi tiap tahun sepertiga syikal untuk ibadah di rumah Allah kami, yakni:  33 untuk roti sajian, untuk korban sajian yang tetap, untuk korban bakaran yang tetap, untuk hari-hari Sabat, bulan-bulan baru dan masa raya yang tetap, untuk persembahan-persembahan kudus dan korban-korban penghapus dosa, untuk mengadakan pendamaian bagi orang Israel serta segala pekerjaan di rumah Allah kami.

 

Perkataan yang digunkan bagi kudus (SHD 6944 hodesh) bererti diasingkan, dipisahkan dan merujuk kepada semua hari-hari yang ditetapkan kepada Tuhan dan bukan hanya bermaksud keapda hari suci dalam perayaan, dan harus memasukkan Bulan-bulan Baru dan Pendamaian. Kita melihat ini dengan tahun Sabat dimasukkan dalam rujukan dan dalam 10:32 terdapat rujukan langsung kepada Pendamaian. Dalam 10:33 seluruh struktur Sabat, Bulan Bari dan Perayaan-perayaan digabungkan, dengan demikian menunjukkan bahwa teks dalam 10:31 adalah khususnya dijelaskan dalam dua ayat seterusnya, untuk menggabungkan semua Hari-hari Kudus dan jga Bulan-bulan Baru serta Perayaan-perayaan.

 

Ini harus diambil sebagai bukti yang mendalam bahawa restorasi hukum dibawah Nehemia juga melibatkan Bulan Baru. Kita tahu ini adalah fakta sejarah, kerana Bulan Baru dipelihara dari Nehemia sehingga pemusnahan Kaabah pada 70 CE. Kita tahu ia juga dipelihara oleh jemaat awal pada masa yang sama (Kol 2:16-17). Ini adalah saksi kedua kepada Amos 8:5.

 

Adakah Bulan Baru Hari yang Kudus?

 

UCG meneruskan untuk menangani persoalan tentang Bulan Baru sebagai Hari yang Kudus.

 

Mereka mendakwa bahawa, oleh kerana Bulan Baru tidak disebut dalam Imamat 23, maka mereka tidak memeliharany. Bagaimanapun, atas lojik itu, mereka harus memelihara Persembahan Unjukan Berkas yang disebut dalam Iammat 23 tetapu mereka tidak memeliharanya. Justru itu, Imamat 23 tidak boleh menjadi kriteria dalam mata mereka atau mereka akan memelihara Unjukan Berkas. Fakta bahawa mereka tidak memeliharanya ialah kerana perdebatan di antara Herbert Armstrong dan Ernest Martin beberapa tahun dulu. Mereka mengkaji perkara ini dan sedar bahawa ianya harus dipelihara, tetapi Herbert Armstrong menyangkal untuk mengakui Martin adalah betul tentang Pentakosta pada hari Minggu. Sekiranya mereka memperkenalkan Unjukan Berkat, Armstrong semestinya mengakui Martin adalah betul mengenai dengan Pentakosta hari minggu, jadi ianya tidak diperkenalkan. Apabila Martin akhirnya pergi dan Pentakosta telah ditukar, Unjukan Berkat telah dilupakan. Justru itu, perdebatan ini dari sejarahnya adalah seolah-olah benar dan lebih digunakan  dalam tujuan politik daripada fakta.

 

Mereka meremahkan fakta dalam Amos (8:5) mengecam Israel kerana mahukan Baulan Baru berakhir dan mahukan Sabat berakhir supaya mereka dapat melakukan perniagaan jual beli. Mereka kata bahawa “semasa zaman Amos, terdapat barang niaga yang terhad walaupun tidak ada arahan kitab tentang mengelak dari bekerja.” Teks ini melibatkan Sabat dan Bulan Baru. Sekiranya kita aplikasikan perdebatan ini kepada Sabat, ia memang jelas satu penyelewengan.

 

Kemudian UCG merujuk Encyclopedia Judaica mengenai dengan arahan yang terkandung dalam Takmud.

 

Judaica berkata:

 

Kerja dibenarkan pada waktu Bulan Baru (Shab, 24a; Hag. 18a; 10b), walaupun ianya lazim bagi wanita untuk untuk berpantang darinya (TJ, Ta’an. 1:6, 64c). Mereka dibenarkan untuk memelihara semi-perayaan tambahan ini sebagai upah kerana tidak menyerahkan barang kemas untuk membuat patung anak lembu itu (Tos. To RH 23a,s.v. Mishum). Selepas itu ianya menjadi lazim bagi mereka untuk berehat dari pekerjaan yang sukar, seperti membujuk, tetapi melakukan kerja ringan seperti menjahit… (Enc. Judaic, jil 12, art. Bulan Baru).

 

Talmud adalah komentar terhadap Mishnah yang telah disiapkan sekitar 200 CE. Ia adalah gambaran kepada tradisi orang Farisi yang telah dikutuk oleh KRistus dan yang menyebabkan pembubaran Yudah dahulu apabila orang Farisi belum lagi berkuasa. Sekiranya tradisi ini diserapkan, maka diatas egala perkara, Bulan Baru harus dikurangkan  dalam kepentingannya dan disingkirkan dari kalendar kerana pergerakan kalendar tidak boleh terjadi bersama dengan Bulan Baru dan sebagai hari-hari penyembahan seperti dalam zaman Kaabah. Justru itu, tidak hairanlah untuk melihat UCG berpaling kepada Talmud untuk mendapatkan sokongan dalam mendirikan kalendar yang merupakan satu cabang bidaah dari sistem rabinikal yang sama.

 

UCG kemudiannya cuba untuk mengikat dalam Peniupan Sangkakala pada waktu Bulan Baru Abid seperti yang disebut dalam Mazmur 81:3.

 

Bagaimana pun, dalam petikan yang berkenaan dengan teks ini, mereka tidak menggunakan Alkitab KJV, seperti yang selalu mereka lakukan, yang mana berbunyi:

 

Tiuplah sangkakala pada masa bulan baru, Dalam masa yang ditetapkan bagi hari perayaan kudus kita.

 

Mereka menggunakan teks yang salah, yang berbunyi Tiuplah Sangkakal pada waktu Bulan Baru, pada waktu bulan pernama, pada hari perayaan kudus

 

Kemudian mereka meneruskan untuk menggunakan istilah bulan pernama untuk membuat fakta bahawa teks ini mengandungi intruksi untuk meniup sangkakal pada waktu “bulan pernama.” Faktanya ialah bahawa ianya tidak mengatakan demiian dan mereka mengetahu bahawa ia tidak mengatakan demikian dalam teks yang betul.

 

Mereka cuba untuk untuk mengikat teks ini kepada Sangkakala, yang mana jelas tidak dasri teks mazmur. Israel keluar dari tanah Mesir dalam Abib Bulan Pertama, bukan dalam Tishri Bulan yang Ketujuh. Istilah bulan purnama tidak terjadi disini. Ia bercakap dengan Bulan Baru dalam Tahun Baru Abib yang mana merupakan hari perkumpulan yang kudus.

 

Dokumen ini cuba untuk menegaskan bahawa Kolose 2:16-17 bererti jemaat tidak begitu memelihara Sabat, Bulan Baru dan Hari-hari Kudus walaupun teks ini jelas. Mereka diberitahu supaya jangan membiarkan seorangpun menghakimi bagaimana cara orang memeliharanya, bukannya bagaimana mereka tidak memeliharanya. Satu daripada pendeta UCG telah menulis satu risalat yang diterbitkan oleh CCG yang mana menyangkal anggapan ini.

 

Lebih lanjut lagi, tanggapan UCG disini yang berkaitan dengan terminologi adalah tidak masuk di akal.

 

UCG mengakui bahawa terdapat satu tubuh Kitab yang jelas tentang dengan implementasi masa hadapan Sabat dan Bulan Baru. Mereka cuba untuk mengelak kesimpulan langsung bahawa ianya harus dipelihara pada masa sekarang dari teks ini.

 

Yehezkiel dan Yesaya menunjukkan perkara ini melalu arahan.

 

Raja Lewi membuat korban dan ia adalah tanggung jawab raja untuk menyediakan dari orang Lewi (2 Taw 31:3). Tindakan Kristus dalam pembersihkan Kaabah adalah menurut dengan Kitab. Kristus mempengaruhi Pembersihan Kaabah Allah sebagai tindak fizikal membersih peminjam wang dan ini datan dari hukum dan pembersihan Kaabah Allah (Ezra 3:5; Neh 10:33; Yeh 45:17).

 

Ini adalah satu contoh yang penting secara khususnya, kerana ia menunjukkan bahawa Yehezkiel menutup gerbang di kamar dalam pada waktu hari bekerja, tetapi ianya untuk kebaktian pada hari Sabat dan Bulan Baru (Yeh 46:1-6). Putera memasuki melalui gerbang itu pada hari ini, kerana ia melambangkan Mesiah, yang bertindak untuk memasuki Israel pada hari bukan berker; pada hari yang ditetapkan sebagai kudus bagi Allah. Kristus memasuki jemaat dan menangani kita dalam hal Hari-hari Kudus, Sabat dan Bulan Baru. Ini adalah satu lagi contoh yang sangat penting berkaitan dengan Bulan-bulan Baru dan kepentingan mereka dalam Roh Kudus yang memasuki diri kita dan mula untuk menyusun serta membersihkan diri kita. Ini adalah lambang pintu gerbang yang terbuka dan Mesiah memasukinya.

 

Kamu akan menyedari bahawa kebaktian ditetapkan pada kedua-dua hari ini.Yehezkiel juga diarahkan kepada sistem milenial.

 

Korban ini akan berterusan pada semua Sabat, Bulan Baru dan Hari-hari Kudus. Perintah hukum yang Keempat akan terus berdiri. Hanya korban yang sebenarnya telah dibatalkan untuk selamanya, kerana Kristus melalui penyaliban dan kematianya telah memakukan hutang dosa kita, atau Chierogriphon, telah terpaku untuk selamanya.

 

UCG mendakwa bahawa restitusi keimamatan Lewi dan kaabah di Yerusalem oleh Kristus akan menghidupkan semula sistem korban. Zakariah 8 adalah nubuatan yang berkenaan dengan Yerusalem semasa pemerintahan Mesiah. Mereka mendakwa bahawa puasa pada bulan keempat, kelima, ketujuh dan kesepuluh, seperti yanh didirikan oleh umat Israel untuk mengenang peristiwa sejarah, tidak pernah diperintah hari-hari kudus bagi Tuhan. Justru itu, kebangkitan keimamatan Lewi membangkitkan beberapa hari yang tidak pernah tersenarai seabgai Sabat yang ditetapkan oleh Allah dalam Imamat 23. Justru itu, UCG cuba untuk mengikat BUlan BAru kepada perayaan-perayaan seperti perayaan Purim dan Paskah hari Minggu dan Puasa Ab sedangkan itu tidak didasarkan dalam kitab. Bulan-bulan Baru selalu tersenarai dengan sabat-sabat dan Hari-hari Perayaan sedangkan yang lainnya tidak.

 

Dasar fikiran ini adalah salah dan bergelut dengan Kitab dalam menjejaskan umat pilihan.

 

Semasa Milenium semua orang akan memelihara hari Raya. Semua persediaan harus disiapkan sebelumnya, kerana tidak ada orang yang berdagang semasa jangka masa ini. Akan ada hukuman kerana tidak memeliharanya, yang mana ianya jelas dan serta merta. Hukumannya adalah kematian dan penyekatan kepada Kebangkita yang Kedua, yang mana tidak berlaku serta merta. Namun ianya akan benar-benara berlaku.

 

 Pemahaman kepada Bulan Baru adalah fasa terakhir dalam restorasi kepada individu kedalam pengetahuan tentang Allah yang benar dan Yesus Kristus, atau Yoshua, Sang Mesiah, yang telah Dia utus (Yoh 17:3). Bulan Baru adalah penting dalam memelihara kalendar asal dan perayaan sebenar Allah. Pengiraan yang tepat pada Bulan Baru membuatkan Kalendar itu boleh ditetapkan semula dengan sendirinya. Dengan melaksanakan restorasi yang terakhir dan yang paling sukar ini, hanya mereka yang mempunyai iman sebenar yang boleh kembali kepada Allah dan memelihara perayaan-perayaanNya pada Hari-hari yang Dia tetapkan dibawah peraturan dan hukum-hukumNya.

 

q

 

 

 

Karya Doktrin UCG

Perlukan Kristian Memelihara Bulan Baru?

 

Sumber: United Church of God, satu Persatuan Antarabangsa

 

Perlukan Kristian Memelihara Bulan Baru?

 

Satu Karya Tulis Mengenai Doktrin

 

Komiti Doktrin

 

Febuari 2002

 

**************

 

Satu persoalaan yang selalunya timbul dalam Jemaat adalah berkaitan dengan “Bulan Baru.” Alkitab sering menyebut Bulan-bulan Baru dalam konteks yang berkaitan dengan HAri-hari Kudus dan Sabat-sabat. Apakah “Bulan Baru” ini, yang boleh didapati rujukannya dalam Perjanjian Lama? Perlukan Kristian memelihara Bulan-bulan Baru pada hari ini?

 

Pengenalan

 

Terdapat Bulan Baru “astronomi” dan “molad” yang bererti kelahiran bulan, dan terdapat “bulan sabit pertama.” Ketiga-tiganya agak berbeza dan terjadi pada hari yang berlainan. Alkitab tidak memberitahu kita kaedah manakah yang digunakan oleh Musa dan umat Israel untuk menetapkan hari pertama setiap bulan. Dalam karya tulis ini, apabila kami menggunakan istilah “Bulan Baru”, kami merujuk kepada hari pertama dalam bulan seperti yang ditetapkan oleh molad.  Ahli astronomi kuno boleh mengira masa yang diambil oleh bulan untuk membuat satu kitaran lengkap. Bentuk ini digunakan oleh orang Yahudi untuk menetapkan masa molad dan dari sini pernyataan bagi hari pertama dalam bulan yang baru.

 

Molad dijelaskan sebagai “kelahiran” bagi bulan atau bulan dalam tahun. Terdapat lapan fasa kepada setiap kitaran bulan, dan molad jatuh semasa apa yang dipanggil fasa kegelapan. Fasa kegelapan bulan ini (apabila bahagian gelap bulan menghala ke buka bumi) berakhir di antara 1.5 hari dan 3 hari. Bergantung kepada jangka masa hari konjungsi ini terjadi, sebelum kamu boleh melihat satu bahagian bulan itu lagi. Menurut kepada Rabai Nathan Biushwick, “Molad ini berada disekitar jangka masa ini semasa Bulan itu tidak kelihatan.”

 

Penulis orang Yahudi yang agung dari kurun yang ke-12, Maimonides, mengesahkan penggunaan dalam pengiraan yang telah digunakan sejak zaman kuno dahulu untuk menetapkan tarikh Bulan Baru.

 

“…pihak pengadilan Yahudi juga, selalu belajar dan meneliti serta melaksanakan operasi pengiraan matematik, demi untuk memastikan sama ada ianya mustahil bagi bulan sabit yang baru itu kelihatan pada masa yang sesuai atau tidak, (tetapi kami tahu mereka tidak menggunakan bulan sabit yang baru pada zaman Kaabah. Ini adalah pengadilan Jamnia yang dia perkatakan yang mana malam yang ke-30. sekiranya anggota dalam pengadilan itu mendapati bahawa bulan baru mungkin kelihatan, mereka terpaksa hadir dalam kamar pengadilan untuk sepanjang hari yang ke-30 dan akan berjaga untuk ketibaan para saksi. Sekiranya para saksi akan tiba, mereka sepatutnya meneliti dan menguji, dan sekiranya kesaksian mereka itu benar, maka hari ini akan diterima sebagai Hari Bulan Baru. Sekiranya bulan sabit tidak muncul dan tidak ada saksi yang tiba, maka hari ini akan dikira sebagai hari ke-30 dalam bulan yang tersebut…Bagaimana pun, sekiranya anggota pengadilan mendapati melalui pengiraan bahawa Bulan Baru tidak boleh dilihat, mereka tidak diharuskan untuk hadir ada hari ke-30 atau untuk menunggu pada saksi untuk tiba. Namun sekiranya para saksi tiba dan mengesahkan bahawa mereka telah melihat bulan sabit baru, ianya pasti mereka adalah saksi-saksi yang palsu, ataupun, mungkin mereka telah melihat satu fenomena kesamaan bulat sabit di awanan, walaupun sebenarnya ia bukan bulan sabit sama sekali.”

 

Philo dari Alexandria, seorang penulis Yahudi pada kurun yang pertama B.C., membuat rujukan kepada Bulan Baru dan pengiraannya:

 

“Ini adalah Bulan Baru, atau permulaan bulan lunar, yakni jangka masa di antara satu konjungsi dan konjungsi yang seterusnya, yang mana jangka masanya telah dikira dengan tepat dalam sekolah-sekolah antronomi.”

 

Beberapa orang pada hari ini percaya bahawa memerhati kepada “bulan sabit” adalah kaedah yang betul untuk menetapkan hari pertama dalam bulan. Kaedah ini (memerhati dengan mata kasar) adalah sangat sukar malah mustahil dari bumi yang bujur kerana masalah dan persoalan yang pelbagai yang akan timbul. U.S. Naval Observatory telah menerbitkan informasi astronomi dalam website mereka. Mereka menjelaskan Bulan Baru sebagai saat konjungsi, yang dipanggil Bulan Baru astronomi untuk memisahkannya dari molad atau bulan sabit pertama. Dalam Website mereka dibawah Astronomical Applications Department, mereka mempunyai satu artikel yang menjelaskan kesukaran yang dihadapai seseorang sekiranya ia bergantung kepada kaedah pemerhatian:

 

“Tarikh dan masa setiap Bulan Baru boleh dikira dengan tepay (lihat contoh, Fasa-fasa Bulan 1990-2000 dalam Data Services) tetapi masa dimana Bulan mula-mula kelihatan selepada Bulan Baru adalah bergantung kepada banyak faktor dan tidak boleh diramal dengan tepat… Secara umumnya, bulan sabit lunar boleh kelihatan di tempat yang sesuai, oleh pemerhati yang berpengalaman dengan langit yang terang kira-kira satu hari selepas Bulan Baru.”

 

Di Israel kuno, pengiraan kalendar telah dipercayakan kepada keimamatan Lewi. Ianya menjadi tanggungjawab mereka untuk mengira permulaan setiap bulan dan memberitahu kepada jemaah Israel. Deklarasi Bulan-bulan Baru adalh bahagian yang diperlukan dalam pengiraan Israel terhadap Hari-hari Kudus.

 

Kuasa di Yerusalem terus menyatakan Bulan-bulan Baru walaupun selepas penawanan Babilon. Mereka mendasarkan deklarasi ini kepada pemerhatian (dengan melihat kepada bulan sabit yang pertama) dan pengiraan. Kunci disini bukan kaedah yang digunakan, tetapi fakta bahawa pihak berkuasa menyatakan kepada orang Yahudi hari pertama dalam setiap bulan. Hari ini, kalendar sudah ditetapkan dan pemerhaian fizikal tidak lagi diperlukan.

 

Kalendar Ibrani bergantung kepada pengiraan Molad. Pengiraan bagi Molad ini telah difahami sejak berkurun dahulu oleh pakar astronomi. Kaedah menggunakan para saksi semasa zaman kedua kaabah, oleh kerana tidak ada bukti sepertinya dalam Perjanjian Lama, ianya tampak lebih kepada formaliti, seperti yang ditunjukkan oleh Maomonides. Tarikh yang sebenarnya sudahpun ditetapkan oleh pengiraan. Kunci untuk memahami kalendar terletak pada kuasa yang diberikan kepada orang Lewi untuk menyatakan tarikh tersebut. Dalam Imamat 23:2, 4 kita membaca tanggung jawab untuk “menyatakan” perayaan-perayaan. Untuk menyatakan perayaan-perayaan, ia memerlukan satu kalendar yang tetap.

 

Terdapat peruabhan dan penyesuaian yang telah dibuat kepada kalendar ini di sepanjang kurun, tetapi ianya masih dipelihara oleh ornag Yahudo dan digunakan sehingga hari ini untuk tujuan memerhati kepada perayaan-perayaan tahunan.

 

Untuk meringkaskannya, untuk tujuan karya tulis inim Bulan Baru dijelaskan sebagai hari pertama dalam bulan seperti yang ditetapkan oleh molad.

 

Arahan Bulan Baru dalam Alkitan

 

Arahan yang pertama dalam Kitab berkenaan dengan memerhati Bulan-bulan Baru adalah terdapat dalam Bilangan 10:1-10. Disini Musa diberitahu untuk mencipta dua sangkakala perak untuk digunakan: 1) to memanggil penduduk umum ke bait suci; 2) untuk memanggil para pemimpin suku kaum; 3) untuk membunyikan pergerakan umum suku kaum; 4) sebagai satu panggilan perang, dan 4) dalam ayat 10: “Juga pada hari kesukaanmu, dalam perayaan yang ditetapkan, dan pada permulaan bulan, kamu akan meniup sangkakala keatas persembahan bakaran dan keatas korban damai; dan ini menjadi kenangan dihdapan Allahmu: Akulah Tuhan Allahmu.”

 

Arahan berkenaan dengan persembahan bait suci diberikan dalam Bilangan 28 dan 29. Dua bab ini memberikan perincian kepada persembahan harian (Bilangan 28:1-8); persembahan Sabat (Bilangan 28:9-10); persembahan Bulan Baru (Bilangan 28:11-15); Paskah dan Roti Tidak Beragi (Bilangan 28:16-25); Perayaan-perayaan Mingguan (Bilangan 28:26-31), Perayaan Sangkakala (Bilangan 29:1-6); Hari Pendamaian (Bilangan 29:7-11); Perayaan Bait Suci (Bilangan 29:12-40).

 

Arahan-arahan berkenaan dengan Bulan-bulan Baru ini memerlukan persembahan dan upacara. Tidak ada arahan untuk memantangkan dari kerja atau pertermuan kudus seperti arahan berkenaan dengan perayaan-perayaan tahunan (Bilangan 28:17-18, 25,26, 29:1,7,12,35). Bilangan 19:12-40 juga mengandungi perincian terhadap korban khusus yang dipersembahkan pada hari-hari Perayaan Bait Suci yang tidak dipelihara sebagai Sabat.

 

Bulan-bulan Baru jelas tidak wujud dalam senarai “perayaan-perayaan Tuhan” dalam Imamat 23, demikian juga dengan Sabath mingguan dan Hari-hari Kudus tahunan. Tidak ada bukti bahawa Bulan Baru ini pernah dianggap sebagai Hari Kudus atau Hari Sabat. Oleh kerana kepentingan untuk mengenal pasti hari pertama dalam bulan lunar, Bulan Baru mempunyai tempat khusus dalam kehidupan umat Israel, tetapi tidak pernah mendapat status sebagai hari Sabat atau Hari Kudus.

 

Tanpa arahan alkitabiah untuk memelihara Bulan-bulan Baru, Israel telah mengembangkan pendekatannya sendiri. Tanpa penecualiaan dari persembahan yang khusus, tidak ada arahan yang tegas dalam Alkitab bagi pemeliharaa Bulan-bulan Baru. Geoffery Widoger dalam bukunya, The Encyclopedia of Judaism, membuat rujukan perihal kurangnya arahan khusus bagi perkara ini.

 

“Perkara ini berlaku pada waktu orang Yahudi kembali dari pembuangan pada penghujung kurun yang keenam BCE. Bulan Baru tidak lagi merupakan hari perhentian penuh tetapi menjadi hari perhentian separah-penuh, seperti Hol ha-Mo’ed (pertengahan hari bekerja dalam Paskah dan Sukkoth) apabila para rabai menghentikan semuanya tetapi kerja yang perlu dan wanita akan berhenti dari kerja-kerja menjahit dan menenun. Mungkin keadaan ekonomi yang menyebabkan Bulan Baru ini menjadi rendah tahapnya, khususnya kerana tidak ada keagamaan atau sebab-sebab sejarah untuk berhenti darikerja pada hari-hari ini. Dalam peredaran masa, hari perhentian yang kecil inipun akan hilang statusnya dan ia menjadi satu hari perhentian kerja yang biasa seperti hari-hari lain, kecuali variasi liturgi yang khusus.”

 

Ini mungkin menjelaskan mengapa tidak ada rujukan tentang perayaan Bulan Baru pada zaman Kristus. Perayaan Bulan Baru telah menjadi tidak wujud pada penghujung zaman kedua kaabah. Ini tidak menghalangi persembahan khusus yang telah diarahkan dibawah sistem Lewi selagi kaabah itu masih berdiri. Terdapat hanya satu rujukan untuk Bulan Baru dalam Perjanjian Baru, dan ianya terdapat dalam buku Kolose, lama selepas kematian Kristus. Kita tidak mempunyai bukti bahawa Kristus atau para rasulNya melakukan sesuatu yang istimewa pada hari Bulan Baru atau mereka mengambil bahagian dalam apa-apa jenis perayaan pada hari Bulan Baru.

 

Perayaan Bulan Baru dalam Sejarah Israel

 

Pecahan upacara Bulan Baru adalah 1 Samuel 20:5, 18, 24 apabila Daud berkata kepada Yonatan, “Sesungguhnya esok adalah Bulan Baru, dan aku harus duduk bersama raja untuk bersantap. Tetapi biarlah aku pergi, supaya aku boleh bersembunyi di ladang sehingga hari ketiga pada waktu petang.” Dalam ayat 18 Yonatan berkata kepada Daud, “Esok adalah Bulan Baru: dan kamu akan dirindui sebab tempat dudukmu kosonh.” Ayat 24 diteruskan, “Kemudian Daud bersembunyi di ladang. Dan apabila Bulan Baru tiba, raja itu duduk untuk makan jamuan.” Disini kita lihat bahawa adat istiada sewaktu zaman Daud adalah mengadakan jamuan pada waktu Bulan Baru. Bagaimana pun, adat ini tidak mengarahkan atau menjelaskan secara alkitabah dan tidak ada tanda keasalannya sama ada dalam hukum lisan atai tradisi Lewi.

 

Kita juhga harus bertanya bagaiamana Daud dan Yonatan boleh mengetahui dengan jelas bahawa hari berikutnya adalah Bulan Baru tanpa pengetahuan melalui pengiraan. Inti perdebatan perihal memerhati memerlukan seseorang itu menunggu sehingga bulan sabit itu boleh kelihatan sebelum menyatakan hari Bulan Baru. Dalam hal ini, Yonatan pasti bahawa hari berikutnya adalah hari yang betul.

 

Bible Dictionary Hastings memberikan keterangan dalam contoh ini dalam 1 Samuel.

 

“Seperti cara Bulan Baru ini dipelihara, terdapat ciri-ciri lain selain dari acara korban ini. Tidaka ada “perkumpulan kudus” pada waktu Bulan Baru, tetapi ianya selalu disimpulkan dari 2 Raja 4:23 bahawa lawatan dilakukan kepada para nabi pada hari tersebut... Bulan Baru adalah hari pergantian jabatan Daud, menurut 1 Tawarikh 27:1. Ianya tdak mudah untuk mengumpulkan kepentingan penuh dalam insiden yang berkaitan dengan 1 Samual 10:5. Daud terbukti merujuk kepada perayaan keluarga pada Bulan Baru, tetapi ianya tidak jelas bahawa raja mempunyai perayaan khusus pada hari itu.”

 

Tidak ada tanda dalam kitab bahawa ini adalah perayaan seluruh bangsa yang dipelihara. Seperti yang Hstings tunjukkan ini mungkin “perayaan keluarga pada Bulan Baru.” Kita tahu dari tulisan kitab bahawa terdapat perayaan khusus yang diadakan dan bahawa Daud dijangka untuk hadir bersama. Ini semua kita tahu.

 

Kitab mencadangkan bahawa Saulus telah menjemput Daud kepada persembahan damai pada waktu Bulan Baru. Seperti yang disebut sebelumnya,” …pada pemulaan bulan, kamu akan meniup sangkakala keatas persembahan bakaran dan keatas korban persembahan damai” (Bilangan 10:10). Persembahan damai harus dimakan sama ada pada hari ianya dikorbankan atau pada hari berikutnya – “Dan sekiranya ada daging-daging dari korban damai ini yang dimakan sepenuhnya pada hari ketiga, ianya tidak diterima, atau ianya tidak dikaitkan dengan dia; ia akan menjadi kebencian kepada dia yang mempersembahkannya, dan orang yang memakannya akan merasa bersalah” (Imamat 7:18). Ini boleh menjelaskan mengapa Daud mahu “bersembunyi di ladang sehingga hari yang ketiga” (1 samuel 20:5). Ini juga mempertalikan dengan persoalan Saulus, “Mengapa anak Ishak tidak datang untuk makan, kelmarin dan hari ini?” (1 Samuel 20:27) Sekiranya ini adalah benar, maka Saulus mengetahui bahawa dia harus merancangkan satu lagi cara untuk membunuh Daud kerana persembahan damai Bulan Baru tida boleh dimakan pada “hari ketiga.” Tentu sahaja, hari ini, persembahan damai tidak diarahkan, oleh kerana itu tidak ada sebab bagi kita untuk mengadakan perayaan sedekimian pada Bulan-bulan Baru.

 

Dari  2 Raja 4 kita boleh menyimpulkan bahawa Bulan Baru adalah masa dimana orang-orang cuba untuk mencari arahan dari para imam. Disini seorang wanita mahu bertanya kepada Elisha untuk menyembuhkan anaknya yang sudah mati. “Kemudian dia memanggil suaminya dan berkata, ‘Utuslah aku kepada satu daripada anak muda itu dan satu daripada keldai itu, supaya aku boleh pergi kepada orang Allah dan kembali.’ Dan suami itu berkata. ‘Mengapa kamu pergi kepada dia hari ini?Ianya bukan Bulan baru ataupun Sabat’” (ayat 22:23).

 

Raja Solomon menyebut Bulan Baru dalam konteks penyembahan kaabah dalam 2 Tawarikh 2:4, “ Sesungguhnya, Aku membina satu kaabah bagi nama Tuhan Allahku, untuk mendedikasikannya kepada Dia, membakar bagiNya bahan wagian, bagi persembahan roti yang berterusan, bagi korban bakaran pagi dan petang, pada waktu Sabat, pada waktu Bulan Baru, dan pada jamuan-jamuan Tuhan Allah. Ini adalah ordinan selamanya kepada umat Israel.”

 

Ianya penting untuk memperhatikan bahawa Solomon membezakan di antara setiap jenis perayaan dan pemeliharaan hari. Satu lagi contoh boleh didapati dalam 2 Tawarikh 31:3. “Raja itu juga menetapkan satu bahagian daripada harta bendanya bagi korban bakaran: bagi korban bakaran pagi dan petang, korban bakaran pada waktu Sabat dan Bulan Baru dan jamuan-jamuan yang tetap, kerana ianya tertulis dalam Hukaum Tuah.” Subjek dalam ayat ini, seperti dalam 2 Tawarikh 2:4, adalah korban, dan ianya tersenarai.

 

Dalam 1 Tawarikh 23:30-31 para imam diarahkan “untuk berdiri setiap pagi untuk memberi syukur dan pujian kepada Tuhan, dan begitu juga pada waktu petang, dan pada setiap persembahan korban bakaran kepada Tuhan pada waktu Sabat dan Bulan Baru dan para perayaan-perayaan tetap.” Sekali lagi subjek ini adalah korban. Walaupun Bulan Baru adalah upacara istimewam ayat-ayat ini tidak menaikkan Bulan-bulan Baru kepada status Sabat dan “perayaan-perayaan tetap” tetapi hanya menyebut korban harian yang membuat setiap hari menjadi Sabat.

 

Semasa pembinaan semula kaabah, Ezra menulis bahawa adat ini masih diikuti. “Selepas itu mereka mempersembahkan korban bakaran dengan tetap, dan korban-korban dalam Bulan Baru dan semua perayaan-perayaan Tuhan yang ditetapkan yang telah ditahbiskan” (Ezra 3:5).

 

Nehemia menyebut tentang penciptaan cukai kaabah dalam Nehemia 10:23-33: “Juga kita membuat ordina bagi diri kita sendiri, untuk memungut dari kita secara tahunan satu pertiga daripada satu shekel bagi pelayanan rumah Allah: bagi persembahan roti sajian, bagi persembahan , bagi korban bakaran hari Sabat, untuk Bulan-bulan Baru, dan perayaan-perayaan yang sudah ditetapkan; bagi perkara-perkara yang kudus, bagi persembahan untuk dosa untuk mendamaikan Israel, dan semua pekerjaan dalam rumah Allah.”

 

Seperti dalam ayat-ayat yang lain, subjek perkara ini adalah sistem korban dalam kaabah. Sekiranya upacara pemungutan cukai kaabah bagi Bulan Baru mengangkat Bulan Baru itu setahap dengan Sabat, maka ianya juga penting bagi Kristian untuk memelihara semua persembahan tersebut dan mengekalkan “perkara kudus” dalam kaabah yang juga disebut dalam ayat-ayat ini.

 

Adakah Bulan Baru Hari yang Kudus?

 

Seperti yang disebut dari awal, Bulan-bulan Baru dengan jelas tidak wujud dalam senarai “perayaan Tuhan” dalam Imamat 23, yang mana ianya termasuk Sabat mingguan dan Hari-hari Kudus tahunan.

 

Amos memberitahu kita bahawa umat Israel tidak menjual gandum pada masa Bulan Baru. Orang memngeluh, “Bilakah Bulan Baru ini berlalu, supaya kita boleh menjual bijian? Dan Sabat, bilakah ia berlalu supaya kita boleh berdagang gandum?” (Amos 8:5). Adakah ini bererti bahawa Bulan Baru adalah hari yang ditetapkan untuk tidak bekerja?

 

Orang akan datang ke kaabah bagi upacara korban semasa zaman Amos terdapat had kepada barang dagangan, walaupun tidak ada arahan dalam kitab yang berkenaan denga perihal mengelak dari bekerja.

 

Satus-satunya arahan yang terperinci berkenaan dengan adat istiadat kuno yang banyak adalah terkandung dalam Talmud. Petikan berikutnya adalah berdasarkan Talmud dan boleh didapati dalam Encyclopedia Judaica.

 

“Kerja dibenarkan pada waktu Bulan Baru (Shab 24; Hag. 18a; Ar 10b), walaupun kebiasaannya kaum wanita berpantang darinya (TJ, Ta’an. 1:6, 64a). Mereka dibenarkan untuk memelihara separa-perayaan tambahan ini sebagai upah kerana tidak memberikan barang kemas mereka bagi membuat enak lembu emas (Tos. To RH 23a, s.v. Mishum). Ia kemudiannya menjadi kebiasaan bagi mereka untuk berhenti dari kerja yang sukar, seperti membujuk, tetapi melakukan kerja ringan seperti menjahit…

 

Sekali lagi, oleh kerana tidak ada arahan dalam Alkitab, kita mendapati diri kita menangani hukum lisan atau tradisi yang diaplikasikan kepada sistem keagamaan Israel kuno, tetapi ia bukan sebahagian daripada hukum bertulis.

 

Allah berulang-kali mencaci Israel kerana menurut aspek-aspek upacara dalam kaabah, namun engkar kepada maksug-maksug spiritualnya. Ianya penting bagi orang Kristian supaya tidak jatuh kedalam kesialpan yang sama.

 

Dalam Yesaya 1:2-20 Allah mengajukan kecenderungan Israel untuk menyembah Dia dengan tidak mempunyai apa-apa dasar. Perhatikan penekanan pada upacara korban mereka tanpa pertobatan yang sebenar dalam ayat 12-15. “Apabila kamu datang dihadapanKu, siapa yang memerlukan ini dari tanganmu, untuk menginjak-injak kamarku? Jangan lagi mempersembahkan korban yang sia-sia; kemenyan adalah kebencuian kepadaKu. Bulan Baru, Sabatm dan pemanggilan untuk berkumpul – Aku tidak boleh menahan dengan ketidakadilan dam pertemuan kudus. Bulan Baru dan Perayaan yang ditetapkan bagimu adalah kebencian dala jiwaKu, ia adalah masalah bagiKu, Aku beban untuk memikulnya. Apabila kamu menghulurkan tanganmu, Aku akan menyembunyikan mataKu darimu, walaupun kamu banyak berdoa, Aku tidak akan mendengar. Tanganmu penuh dengan darah.”

 

Peniupan Sangkakala

 

Satu peristiwa penting pada setiap Bulan Baru adalah peniupan sangkakala. Mazmur 81:3 telah digunakan untuk menyokong pemeliharaan Bulan Baru sebagai Sabat bulanan. “Tiuplah Sangkakala pada waktu Bulan Baru, pada bulan purnama, pada waktu hari perayaan kudus.”

 

Mazmur ini banyak kali dikaitkan dengan Perayaan Sangkakala yang terjadi pada Bulan Baru. Ianya sesuatu yang diluar kebiasaan bahawa ayat ini mengandungi  arahan untuk meniup sangkakal pada waktu “bulan purnama.” Ini adalah kerana fakta bahawa Perayaan Sangkakal adalah permulaan  musim perayaan dan Perayaan Bait Suci bermula pada pertengahan bulan yang ketujuh, yang merupakan bulan penuh. Jadi kita boleh melihat bahawa Mazmur ini, yang mana masih dibaca dalam masyarakat Yahudi pada waktu Perayaan Sangkakala, prihatin kepada “perayaan hari kudus” yang jatuh pada waktu Bulan Baru yang mana juga jatuh pada waktu bulan purnama. Ayat ini tidak membentuk Bulan Baru (atau bulan-bulabn purnama) sebagai perayaan atau Sabat.

 

Bulan-bulan Baru dalam Perjanjian Baru

 

Sebutan tentang Bulan Baru hayan terjadi sekali dalam Perjanjian Baru dalam Kolose 2:16-17: “Janganlah ada di antara kamu menghakimi dalam makanan dan minuman, atau berkenaan dengan bulan baru atau sabat, yang merupakan bayangan kepada perkara yang akan datang, tetapi kandungannya dalah dari Kristus.”

 

Kita boleh membuat kesimpulan dari ayat ini bahawa ada orang di Kolose yang memelihara Bulan Baru. Ianya penting untuk memahami konteks ayat ini terlebih dahulu, dan kedua, tidak menanbah apa-apa kepadanya.

 

Terjemahan yang baik menunjukkan bahawa ornag Kolose telah diarahkan supaya masyarakat pertama tidak menghakimi anggota Jemaat berkenaan dengan “makan” dan “minum” pada waktu perayaan, Bulan-bulan Baru atau Sabat-sabat. Pemahaman ini boleh dikembangkan oelh bahasa Yunani. Subjek yang diajukan adalah menghakimi sikap “makan” dan “minum” bukan pemeliharaan hari-hari tersebut.

 

Seperti yang kita sudah lihat, “perayaan yang ditetapkan” dan Sabat telah diarahkan oleh Allah dalam Perjanjian Lama. Terdapat juga beberapa ayat dalam Perjanjian Baru yang menunjukkan kesahihannya kepada orang Kristian. Kita tahu bahawa orang Kolose, sekiranya menuruti kitab, akan dihentikan dari pekerjaan dan akan memelihara pertemuan kudus pada waktu Sabat dan Hari-hari Kudus.  Kita tidak mempunyai tanda-tanda apa anggota di Kolose yang melakukan Bulan-bulan Baru. Kita hanya mempunyai arahan dari Paulus untuk tidak membiarkan bidaah mengadakan praktik pertapaan keatas mereka.

 

Ianya menarik untuk memerhatikan dalam Kolose 2:16 bahawa Paulus merujuk kepada tiga hari yang berlainan atau kategori hari: “Jadi jangan ada orang yang menghakimi kamu dalam hal makanan dan minuman, atau berkenaan dengan perayaan atau bulan baru atau sabat.” Ianya tidak mustahil untuk menyimpulkan dari struktur ayat ini bahawa Paulus sedang merujuk kepada tiga kategori hari yang berlainan – perayaan-perayaan, Sabat-sabat dan Bulan-bulan Baru.Satu kesimpulan yang lojik adalah bahawa perayaan sebenarnya tidak sama dengan dengan Sabat, dan Bulan Baru tidak sebenarnya sama dengan Sabat atay perayaan. Ini adalah konsisten dalam seluruh Kitab dimana kita tidak akan menemui Bulan Baru tersenarai sebagai Sabat atau Hari Kudus (perayaan).

 

Ia juga penting untuk menyatakan bahawa selagi kaabah itu berdiri di yerusalem, terdapay Kristian Yahudi yang mengetahui Bulan-bulan Baru dan mempersembahkan korban, janji setia dan upacara yang lain. Malah kita mempunyai contoh dari rasul Paulus yang memberikan persembahan khusu di kaabah dalam satu daripada perjalanannya ke Yerusalem (Kisah 21:26-27). Selepas pemusnahan kaabah, praktik-praktik yang berkaitan dengan kaimamatan Lewi hilang dari masyarakat Kristian. Sebaliknya, Sabat dan perayaan tahunan mempunyai aplikasi universal dan terus dipelihara menurut perintah hukum.

 

Masa Hadapan bagu Bulan-bulan Baru

 

Nubuatan menandakan bahawa semasa pemerintaha milenial Yesus Kristus, satu kaabah baru akan dibina dan bangsa-bangsa akan menyembah Allah pada waktu Sabat dan Bulan-bulan Baru. “Dan akan berlalu dari satu Bulan Baru ke satu Bulan Baru yang lain, dan dari satu Sabat ke satu Sabat yang lain, semua orang akan datang untuk menyembah dihadapanKu,’ demikian dirman Tuhan” (Yesaya 66:23). Dan Yehezkiel telah memberitahu terlebih dahulu, “Demikian juga dengan orang-orang akan menyembah di pintu gerbang dihadapan Tuhan pada waktu Sabat dan Bulan Baru” (Yehezkiel 46:3) Yehezkiel 40-47 adalah nubuatan yang berkaitan dengan kaabah masa hadapan ini.

 

Ringkasannya

 

Sementara United Church of God ingin memelihara semua  institusi yang diarahkan oleh Allah, kami tidak mempunyau arahan alkitabiah untuk memelihara Bulan-bulan Baru. Terdapat peringatan yang tegas dalam Ulangan 12:32 yang mengarahkan kita supaya tidak menambah atau mengurangkan perintah Allah.

 

“Apa sahaja Perintah yang Aku berikan kepadamu, perhati-hatilah memeliharanya; kamu tidak boleh akan menambah atau mengurangkannya.”

 

Tidak ada orang yang menyatakan hari itu kudus mahupun membuat hari yang dkuduskan Allah menjadi tidak kudus. Oleh kerana itu, Bulan Baru itu bukan satu hari yang Kudus, kerana tidak ada pernyataan dari Allah yang menetapkannya demikian. Tidak ada perintah untuk berbakti atau berkumpul pada hari ini. Allah memberikan kita tujuh Hari Kudus tahunan dan Sabat-sabat mingguan bagi perkumpulan dan kebaktian. Kita tidak mendapat sokongan dalam tulisan Kitab bagi menetapkan Bulan Baru sebagi satu hari yang Kudus atau hari Sabat dengan upacara yang khusus.

 

q