Jemaat-jemaat Allah Al Maséhi

[125]

 

 

 

 

Bulan-Bulan Baru [125]

(Edisi 2.0 19950708-19990810)

 

Kepentingan yang diberikan alkitab ke atas pemulihan Bulan-bulan Baru dan dasar hari-hari raya di bawah hukum itu diperiksa di dalam karya ini. Amalan-amalan awal para rabbi diteliti, berserta teks-teks dari mana mereka mengerjakannya. Sokongan Perjanjian Baru terhadap perayaan-perayaan Bulan Baru adalah suatu hakikat yang nyata.

 

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta ã  1995, 1999 Wade Cox)

(Tr. 2003)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org

 

Bulan-bulan Baru [125]

 


Tahun dijadikan untuk bermula pada bulan korban, yang mewakili pengorbanan Paskah bagi Mesias. Bulan ini memulakan tuaian yang juga merupakan yang pertama dari siri urutan tuaian itu, iaitu tuaian jelai. Tuhan kemudiannya meneruskan proses tuaian-tuaian melalui setiap satu fasa-fasa itu, iaitu tiga tempoh tuaian. Ini adalah tempoh Paskah dan Roti Tidak Beragi, Perayaan Minggu-minggu, dan Perayaan Pondok Daun atau Pengumpulan. Hari Raya Minggu-minggu melambangkan penuaian Jemaat sebelum kedatangan Mesias. Ini adalah suatu proses yang berterusan.

 

Maka, Pentakosta adalah permulaan suatu siri urutan yang melalui lima bulan dari Sivan ke Tishri, sungguhpun terdapat tujuh di dalam urutan tersebut dari Nisan ke Tishri. Kelima-lima ini juga diwakili oleh batu-batu yang dipungut Daud dari sungai itu (lihat karya Daud dan Goliat [126]). Mereka juga mewakili lima jemaat yang telah berjaya. Sardis dan Laodikia disingkirkan. Namun begitu, kelima-limanya adalah berterusan sebagai bulan-bulan yang silih berganti. Sivan memulakan pembuatan batu bata Bait Tuhan. Urutan ini kemudiannya membabitkan kelahiran semula (Du-uzu: Tammuz), api-api suluh (Abu: Ab) atau pelita-pelita Jemaat serta pentahiran (Elulu: Elul) umat pilihan. Jadi bulan-bulan dari Simanu (Sivan) hingga Teshritu (Tishri) diambil kira di dalam simbolisme Kristian lantas menyingkirkan simbolisme Babilonnya. Nyalaan api suluh pada 9-10 Ab nampaknya dibenarkan kerana keberhalaan Israel terhadap amalan Babilon.

 

Pertaliannya berasaskan pada fungsi bulan interkalari sebagaimana ia terjadi bersama dengan dua belas bulan yang biasa. Israel mewakilkan sistem ini melalui suku-sukunya. Israel mempunya dua belas suku. Mereka adalah, bermula dari sebelah utara: Dan, Asyer, Naftali, Yehuda, Isakhar, Zebulon, Ruben, Simeon, Gad, Efraim, Manasye, Benyamin (lihat Bilangan 10:11; rujuk Yehezkiel 1:4 dan seterusnya). Suku kaum Lewi berpusat pada atau di sekeliling khemah suci itu. Dengan itu terdapat dua belas suku semuanya namun Yusuf memiliki hak kesulungan itu dan secara efektifnya terbahagi kepada dua bahagian untuk menjadikannya dua belas suku di mana suku Lewi melepaskah bahagiannya untuk melaksanakan tugas keimamatan. Maka, pelan bagi fungsi Israel fizikal telahpun ditetapkan pada cakrawala sejak penciptaan. Adar II mewakili keimamatan sebagai bulan dan suku ketiga belas. Bulan ini timbul tujuh kali di dalam satu kitaran.

 

Kitaran ini mewakili tujuh roh Tuhan sementara mereka melakukan tugas-tugas mereka di bawah malaikat-malaikat tujuh Jemaat itu. Masalah ini tidak dapat diselesaikan atau difahami tanpa pemahaman tentang Bulan-bulan Baru.

 

Posisi Umum Sejarah

 

Hari Raya Bulan Baru, yang dikenali orang-orang Yahudi sebagai Rosh Hodesh, jatuh pada hari pertama bulan, pada kemunculan fasa pertama bulan di langit (karya Hayyim Schauss The Jewish Festivals History and Observance, tr. Samuel Jaffe, Schocken Books, New York, 1938, halaman 275). Dengan itu, ia terikat kepada kemunculan Bulan yang Baru.

 

Dahulu ada ketikanya apabila Rosh Hodesh merupakan suatu perayaan utama, lebih penting lagi daripada Sabat mingguan…Satu sebabnya bagi kepentingannya ini terletak pada hakikat bahawa tarikh kesemua Perayaan-perayaan Yahudi bergantung pada Bulan Baru itu (ibid, halaman 274).

 

Pendapat ini adalah andaian. Alkitab menyatakan bahawa ia sama penting tetapi bukannya lebih penting daripada hari Sabat. Ia nyata lebih penting daripada perayaan-perayaan tersebut seperti mana kita akan lihat.

 

Alkitab jelas menyamakan Bulan Baru dengan perayaan-perayaan itu (Bilangan 10:10). Hari Raya Bulan Baru merupakan suatu hari perayaan dan ianya dirayakan pada hari selepas Bulan yang Baru terlihat (New Catholic Encyclopedia, Vol. 10, McGraw Hill, NY, 1967, halaman 382).

 

Pada zaman rabbinik awal, hari Bulan Baru ditetapkan oleh Sanhedrin di Yerusalem, sesudah menerima bukti saksi-saksi yang mendakwa telah melihat bulan yang baru itu. Kadangkala para rabbi sengaja menangguhkan Rosh Hodesh demi menghalang Hari Pendamaian daripada jatuh pada hari Jumaat atau hari Minggu. Kalendar tetap telah ditetapkan oleh Hillel II pada tahun 358 TM dan ini memberikan tarikh yang tepat bagi setiap Rosh Hodesh dengan berdasarkan perkiraan astronomi dan matematik (The Ency. of Judaism, Geoffery Widoger, Macmillan, NY, 1989, halaman 502).

 

Perhatikan bahawa ini adalah pada zaman-zaman rabbinik awal. Ianya lama selepas kejatuhan Bait itu pada tahun 70 TM. Maka, manipulasi para rabbi terhadap Bulan Baru itu telah diterapkan di dalam Kalendar Hillel tersebut sejak tahun 358 TM. Ia tidak mendapat kebenaran alkitab.

 

Jelas sekali bahawa Bulan Baru pada masa dahulu adalah sekurang-kurangnya sama penting dengan hari Sabat.

 

Perayaan Bulan Baru pada masa dahulu adalah sekurang-kurangnya sama tarafnya dengan hari Sabat (J Wellhausen, Prolegomena to the History of Israel, 1885, halaman 113).

 

Bulan Baru nyata sekali merupakan waktu yang suci, dan telah, jika berdasarkan beberapa cendekiawan moden, dirayakan pada hari selepas pemerhatian Bulan Baru. Ini merupakan andaian semata-mata berdasarkan propaganda rabbinikal kemudiannya. Ia dilakukan seperti itu. Permulaan yang baru ini ditandakan oleh korban-korban istimewa (Bilangan 28:11-15) selama mana sangkakala-sangkakala ditiupkan (Bilangan 10:10; Mazmur 81:3). Kerja biasa tidak dilakukan.

 

Tahun Baru pada Bulan Baru bagi bulan pertama Abib mempunyai maksud istimewa (Mazmur 81:3-5; rujuk karya Bulan dan Tahun Baru [213]). Bulan Baru bagi bulan ketujuh juga khususnya dikuduskan (Imamat 23:24-25; Bilangan 29:1-6).

 

2 Raja-raja 4:23 mencadangkan bahawa kedua-dua Bulan Baru dan Sabat dianggap sebagai memberikan peluang untuk mendapat petunjuk para nabi, dan Yehezkiel menandakan Bulan Baru sebagai suatu hari menyembah yang istimewa (Yehezkiel 46:1,3).

 

Mazmur 121:6 mencadangkan bahawa bulan mampu mempengaruhi individu mungkin daripada pertalian dengan pemikiran seperti mana kita memahami istilah lunacy (gila).

 

[Judaica dan Judaisme moden menegaskan bahawa]: Pada asalnya, Bulan Baru didakwa tidak ditetapkan oleh perkiraan-perkiraan astronomikal, tetapi diisytiharkan dengan penuh upacara selepas saksi-saksi telah membuktikan kemunculan semula bulan sabit. Pihak atasan rabbinikal percaya bahawa pada hari ke 30 setiap bulan, anggota-anggota Mahkamah Tinggi berkumpul di dalam suatu halaman di Yerusalem, yang dinamakan Beit Ya’azek, di mana mereka menunggu untuk menerima kesaksian daripada dua saksi yang boleh dipercayai; mereka kemudiannya menguduskan Bulan Baru. Jika bulan sabit tidak dilihat pada hari ke 30, Bulan Baru tersebut secara automatiknya dirayakan pada hari ke 31. Bagi memaklumkan rakyat tentang permulaan bulan itu, lampu-lampu isyarat dinyalakan di atas Bukit Zaitun dan dari situ tersebar ke seluruh negeri serta bahagian-bahagian tertentu Diaspora.

 

[Kemudiannya ditegaskan bahawa] Namun kemudiannya, orang-orang Samaria mula menyalakan isyarat-isyarat yang mengelirukan, dan Mahkamah Tinggi telah mengutus utusan-utusan kepada masyarakat-masyarakat yang jauh. Orang-orang Yahudi yang hidup sangat jauh dari Yerusalem sentiasa merayakan hari ke 30 sebagai hari Bulan Baru. Pada masa-masanya apabila mereka dimaklumkan tentang penangguhannya kepada hari ke 31, mereka juga memelihara hari kedua ini sebagai hari Bulan Baru (RH 1:3-2:7). Menjelang pertengahan abad keempat, para bijaksana telah menetapkan suatu kalendar tetap dan pengisytiharan awam Bulan Baru itu telah dihentikan. Namun suatu relik amalan asalnya diteruskan di dalam adat rumah ibadat Yahudi di mana hari Bulan Baru diumumkan pada hari Sabat sebelum perayaannya (Ency. Judaica, Vol. 12, mukasurat 1039).

 

Telah menjadi kebiasaan, dengan kemunculan Sosiologi dan Kajian Agama-agama Sedang Berkembang, untuk memperlakukan tuntutan-tuntutan alkitab bagi Sabat dan Bulan Baru sebagai elemen-elemen saling bersaing untuk memastikan kesetiaan umat-umat Ibrani – di mana Bulan-bulan Baru dianggap sebagai sisa-sisa peninggalan kultus penyembah Dewa Bulan. Schauss berpendapat begitu ketika menulis karyanya The Jewish Festivals (mukasurat 274). Dia juga menganggap bahawa kitab-kitab Pentateuch  telah ditulis dalam dua bahagian, bahagian terdahulu ditulis sebelum buangan ke Babilon dan bahagian kemudiannya ditulis selepas kepulangan tersebut. Dia mendakwa bahawa bahagian terdahulu itu tidak menyebut tentang perayaan ini. Dia membuat kesimpulan ini daripada fakta bahawa Bulan-bulan Baru tidak disebutkan di dalam Keluaran 23:14-19; 34:17-26; Ulangan 16, mahupun di dalam Imamat 23. Dengan itu dia menyimpulkan bahawa buku Bilangan adalah semestinya satu bahagian kemudian. Dia tidak memberikan apa-apa bukti bagi andaiannya ini. Ini adalah jenis hujah yang tipikal bagi ahli-ahli apologis moden. Sebab sebenar bagi posisi ini adalah bahawa kepulangan dari buangan itu tidak menghasilkan pemulihan sepenuhnya.

 

Setelah kepulangan dari buangan Babilon itu, suatu kompromi telah dibuat; Rosh Chodesh tidak diperakui sebagai hari raya penuh, sewaktu mana pekerjaan dilarang, tetapi korban-korban khas diaturkan pada hari itu di dalam Bait.

 

Sehingga hari ini orang-orang Yahudi melakukan upacara khas untuk menyambut bulan baru: terdapat doa khas di dalam rumah ibadah pada hari sabat sebelum Bulan Baru, dan terdapat upacara yang menguduskan Bulan Baru itu dengan doa selamat yang diucapkan di kawasan terbuka apabila Bulan Baru muncul (Schauss, mukasurat 274).

 

Pemerosotan tersebut telah diterima hakikatnya namun penerangannya tidak dapat diberikan sepenuhnya. Suatu contoh dapat dilihat di dalam rujukan-rujukan berikutnya daripada karya The Hebrew Concept of Time and the Effect on the Development of the Sabbath, oleh Diana R. Engel, The American University, Washington, 1976.

 

Tiada perdagangan dilakukan pada hari bulan baru (hari selepas bulan sabit yang pertama kelihatan di langit). Persembahan-persembahan untuk hari bulan baru, hakikatnya melebihi dari yang diberikan untuk hari Sabat (Bilangan 28:11-15; Yehezkiel 46:4-7). Namun, kepentingan keagamaan bulan baru itu telah merosot sedangkan bagi hari Sabat ianya telah meningkat (mukasurat 69-70).

 

Contoh lanjut mengenai ketidakbolehjelasan kemerosotan itu dilihat dari karya Widoger.

 

Ianya tidak jelas bilakah dan bagaimanakah hari Bulan Baru itu telah kehilangan ciri perayaannya. Ini sudahpun berlaku pada masa orang-orang Yahudi kembali dari buangan mereka pada penghujung abad keenam SM. Ia bukan lagi hari cuti penuh, tetapi suatu hari cuti separa, sama seperti Hol ha-Mo'ed (hari-hari perantaraan Paskah dan Sukkot) di mana para rabbi tidak menggalakkan sebarang pekerjaan kecuali yang perlu dan para wanita harus bercuti daripada jahitan dan tenunan mereka. Keadaan-keadaan ekonomi yang lebih ketat mungkin penyebabnya bagi penurunan taraf Bulan Baru, khususnya kerana tidak ada sebab-sebab agama atau sejarah untuk berhenti bekerja pada hari tersebut. Selang masa, status hari cuti minor ini sekalipun telah hilang dan ia menjadi suatu hari bekerja sama seperti yang lain, kecuali dengan variasi-variasi liturgi tertentu (Widoger, op.cit., mukasurat 502).

 

Namun umat Yahudi memangpun telah memelihara Bulan-bulan Baru itu, sama seperti Jemaat. Namun rakyat umumnya bersikap tidak tetap dan ingin berdagang pada hari-hari ini sama seperti yang dilakukan mereka dengan hari-hari Sabat dan Perayaan seperti yang kita sedia maklum.

 

dan berpikir: "Bilakah bulan baru berlalu, supaya kita boleh menjual gandum

 

dan bilakah hari Sabat berlalu, supaya kita boleh menawarkan terigu (Amos 8:5)

 

Bagi orang-orang Yahudi, hari Sabat merupakan hari paling penting di dalam tahun. Begitu sekali hinggakan Diana Engel mengatakan bahawa hari Sabat telah menjadi

 

lebih daripada sekadar satu hari atau satu perintah sahaja. Ia melambangkan bagi mereka, hampir segala yang mereka percaya dan sokong…Ianya mustahil untuk terlebih menekankan bagaimana pentingnya Sabat kepada Israel, betapa mereka mengharapkan ketibaannya dan memuliakannya. (mukasurat 83).

 

Namun mereka tidak benar-benar memahaminya! Mereka tidak memahami kepentingan rohani hari Sabat kerana mereka tidak memahami Bulan-bulan Baru. BULAN BARU TERPAKSA DIKURANGKAN KEPENTINGANNYA OLEH JUDAISME RABBINIKAL, KERANA IA MENGANCAM SISTEM PENUNDAAN/PENANGGUHAN ITU SENDIRI. Ia tidak dapat disingkirkan sepenuhnya kerana Alkitab terlalu jelas mengenai subjek ini dan dengan itu harus dikurangkan kepentingannya, agar kalendar palsu itu dapat diperkenalkan. Semua ini telah dilakukan selepas Bait itu dimusnahkan.

 

Menurut buku The Lion Handbook of the Bible (eds. D & P Alexander, Lion Publishing, 1984)

 

“Kalendar Yahudi Ortodoks terdiri daripada dua belas bulan yang bermula dengan setiap bulan baru (bulan sabit yang boleh dilihat)” (mukasurat 112).

 

Tiada bukti yang dicatatkan bagi pernyataan ini (mengenai bulan sabit yang terlihat). Kebanyakan penganut agama Yahudi dan nampaknya sejumlah besar para cendekiawan abad kedua puluh, berlawanan dengan bukti yang kita ada dan amalan serta akal waras mereka sendiri, melihat Bulan Baru sebagai bulan sabit. Ini bukanlah hakikatnya. Kalendar Samaria yang masih wujud hari ini membuktikan hal ini sebagai palsu.

 

“Istilah Ibrani kedua bagi bulan, hodesh, sewajarnya bermaksud ‘kebaharuan’ bulan sabit.” (Encyc. Britt., 15th edition, Vol. 15, mukasurat 465).

 

Istilah chodesh tiada kaitan langsung dengan bulan sabit. Bulan sabit itu adalah suatu sistem penyembahan yang lain yang ditujukan kepada Dewa Sin dan sistem Baal/Asytoret serta korban manusia (rujuk karya-karya Anak Lembu Emas [222] dan Asal-usul Krismas dan Easter [235]). Asas linguistiknya bermaksud untuk disembunyikan. Brittanica meneruskan pernyataan ini (yang hanya betul sebahagiannya), yang bertentangan kepada konsep Ibrani yang disampaikan di dalam simbolisme kata-kata itu.

 

“Di dalam kalendar agama, permulaan bulan ditentukan dengan pemerhatian bulan sabit yang baru, dan tarikh Paskah terikat kepada kematangan jelai” (ibid.).

 

“…maka bulan sabit pertama adalah kelahiran semula atau penggantian yang lama dengan suatu bulan yang baru (ibid., mukasurat 573).”

 

Sekitar tahun 344 TM dan pastinya dengan kalendar Hillel tahun 358, pemerhatian Bulan Baru dengan mata kasa telah digantikan dengan perkiraan-perkiraan astronomikal rahsia. Jadual-jadual moden memastikan peletakan tepat dan muktamad.

 

“Dengan itu, kalendar (Yahudi) adalah berbentuk skematik dan tidak bergantung pada Bulan Baru sebenar. (Encyc. Britt., op. cit., mukasurat 466)".

 

Sebab sebenarnya adalah bahawa orang-orang Yahudi terpaksa menggunakan pemerhatian sehingga mereka mendapat suatu sistem perkiraan yang baru (rujuk karya-karya Kalendar Tuhan [156] dan Bulan dan Tahun Baru [213]).

 

Posisi Alkitab

 

Hari Raya Bulan Baru adalah salah satu daripada perayaan-perayaan Tuhan. Ianya disenaraikan pada Bilangan 10:10.

 

Bilangan10:10 Juga pada hari-hari kamu bersukaria, pada perayaan-perayaanmu dan pada bulan-bulan barumu haruslah kamu meniup nafiri itu pada waktu mempersembahkan korban-korban bakaranmu dan korban-korban keselamatanmu; maksudnya supaya kamu diingat di hadapan Allahmu; Akulah TUHAN, Allahmu."

 

Korban-korban tersebut telah digenapi di dalam Kristus. Perayaan-perayaan serta hari-hari Sabat itu sendiri tidak dihapuskan.

 

Persembahan-persembahan yang diperlukan diubah dalam keperluannya kepada persembahan korban rohani pada setiap hari urutan Hari Kudus, dari Sabat-sabat ke Bulan Baru ke Hari-hari Raya. Korban-korban yang dituntut hukum telah disediakan daripada suatu levi khas yang diperuntukkan di bawah tanggungjawab pihak nasional. Levi Raja diperiksa di dalam karya Pemberian Persepuluhan [161].

 

Yehezkiel 45:14-17 Tentang ketetapan mengenai minyak: sepersepuluh bat dari satu kor; satu kor adalah sama dengan sepuluh bat. 15 Seekor anak domba dari setiap dua ratus ekor milik sesuatu kaum keluarga Israel. Semuanya itu untuk korban sajian, korban bakaran dan korban keselamatan untuk mengadakan pendamaian bagi mereka, demikianlah firman Tuhan ALLAH. 16 Seluruh penduduk negeri harus mempersembahkan persembahan khusus ini kepada raja di Israel. 17 Dan rajalah yang bertanggung jawab mengenai korban bakaran, korban sajian, korban curahan pada hari-hari raya, bulan-bulan baru, hari-hari Sabat dan pada setiap perayaan kaum Israel. Ialah yang akan mengolah korban penghapus dosa, korban sajian, korban bakaran dan korban keselamatan untuk mengadakan pendamaian bagi kaum Israel."

 

Persembahan ini merupakan persepuluhan dari suatu persepuluhan minyak dan setengah persepuluhan dari persepuluhan korban sajian. Ini dipungut oleh raja untuk digunakan bagi korban-korban pada hari Sabat, Bulan Baru, Hari Kudus dan persembahan. Dengan itu, adalah salah untuk mendakwa bahawa persepuluhan itu telah dihapuskan bersama dengan korban-korban itu kerana jelas sekali bahawa disediakan berasingan. Teks ini juga ada berkenaan dengan hasil-hasil sulung dari Yehezkiel 44:29-30 dan perintah-perintah dibuat bagi pemulihan Israel di dalam negeri-negerinya. Maka, Mesias akan mendirikan sistem tersebut yang kononnya telah dihapuskan dari penyalibannya, dan Kitab Suci tidak boleh dibatalkan. Ini adalah untuk penyembuhan mental bangsa-bangsa namun hal ini akan diperiksa berasingan.

 

Perayaan Bulan Baru dilayani sebagai suatu Shabbatown atau Sabat Kudus. Korban-korban dipersembahkan seperti yang kita lihat di atas sebagai suatu peringatan.

 

Bilangan 28:11-15 Pada bulan barumu haruslah kamu mempersembahkan sebagai korban bakaran kepada TUHAN: dua ekor lembu jantan muda, seekor domba jantan, tujuh ekor domba berumur setahun yang tidak bercela, 12 dan juga tiga persepuluh efa tepung yang terbaik sebagai korban sajian, diolah dengan minyak, untuk tiap-tiap lembu jantan, serta dua persepuluh efa tepung yang terbaik sebagai korban sajian, diolah dengan minyak, untuk domba jantan yang seekor itu, 13 serta sepersepuluh efa tepung yang terbaik sebagai korban sajian, diolah dengan minyak, untuk tiap-tiap domba; itulah suatu korban bakaran, bau yang menyenangkan, suatu korban api-apian bagi TUHAN. 14 Dan korban-korban curahannya haruslah untuk seekor lembu jantan setengah hin anggur, untuk seekor domba jantan sepertiga hin dan untuk seekor domba seperempat hin. Itulah korban bakaran pada setiap bulan baru dalam setahun. 15 Dan seekor kambing jantan haruslah diolah menjadi korban penghapus dosa bagi TUHAN, serta dengan korban curahannya, di samping korban bakaran yang tetap."

 

Kita perhatikan daripada teks ini bahawa Bulan-bulan Baru seharusnya ada pada setiap bulan sepanjang bulan-bulan dalam tahun. Tuntutan-tuntutan yang sama berkuatkuasa di dalam Bulan-bulan Baru seperti mana dengan Perayaan-perayaan lain serta hari-hari Sabat.

 

1Tawarikh 23:31 dan pada waktu mempersembahkan segala korban bakaran kepada TUHAN, pada hari-hari Sabat, bulan-bulan baru, dan hari-hari raya, menurut jumlah yang sesuai dengan peraturan yang berlaku bagi mereka, sebagai tugas tetap di hadapan TUHAN.

 

Kita perhatikan bahawa Bulan-bulan Baru sebenarnya merupakan perantaraan di antara Sabat-sabat dan Perayaan-perayaan. Seperti dengan Hari-hari Raya dan Sabat-sabat, pertalian antara korban-korban itu dan Bulan-bulan Baru telah digenapi di dalam Mesias, namun pemeliharaan bulan-bulan itu sendiri tidak dihapuskan.

 

Pemeliharaan sebegini tidak harus dikelirukan dengan penyembahan bulan yang jelas sekali dilarang.

 

Ulangan 4:19 19 dan juga supaya jangan engkau mengarahkan matamu ke langit, sehingga apabila engkau melihat matahari, bulan dan bintang, segenap tentara langit, engkau disesatkan untuk sujud menyembah dan beribadah kepada sekaliannya itu, yang justru diberikan TUHAN, Allahmu, kepada segala bangsa di seluruh kolong langit sebagai bagian mereka,

 

Ulangan 17:3 dan yang pergi beribadah kepada allah lain dan sujud menyembah kepadanya, atau kepada matahari atau bulan atau segenap tentara langit, hal yang telah Kularang itu;

 

Pemeliharaan Sabat-sabat serta Bulan-bulan Baru bersama dengan Perayaan-perayaan yang telah ditetapkan, telah diberikan untuk menandakan rencana Tuhan dan aliran kitar-kitar penciptaan. Kalendar solar tidak melakukan fungsi ini.

 

Dari pemulihan Paskah oleh Hizkia selepas Perayaan Roti Tidak Beragi, Hizkia telah memulihkan Bulan-bulan Baru itu serta Perayaan-perayaan berkenaan. Tiada pemulihan yang sempurna sehinggalah Bulan-bulan Baru dipulihkan dengan tepat kepada kedudukan sebenarnya di dalam sistem itu (lihat karya Prove All Things, Church of God, In Truth, Vol.2, Isu 1, mukasurat 6).

 

2Tawarikh 31:3 Raja memberi sumbangan dari harta miliknya untuk korban bakaran, yakni: korban bakaran pada waktu pagi dan pada waktu petang, korban bakaran pada hari-hari Sabat dan pada bulan-bulan baru dan pada hari-hari raya, yang semuanya tertulis di dalam Taurat TUHAN.

 

Ezra 3:5 juga mencatatkan bahawa Bulan-bulan Baru itu telah dipulihkan di bawah Ezra. Maka kedua-dua pemulihan major ini membabitkan pemulihan Bulan-bulan Baru.

 

Ezra 3:5 Dan sejak itu diadakanlah korban bakaran yang tetap, juga korban bakaran pada bulan baru dan pada setiap hari raya yang kudus bagi TUHAN, dan setiap kali orang mempersembahkan persembahan sukarela kepada TUHAN.

 

Bulan Baru merupakan permulaan atau hari pertama bulan (Bilangan 10:10; 28:11). Tiada satupun sistem yang berdasarkan perpindahan permulaan bulan, yang sah. Kalendar Hillel tidak sah kerana sebab ini.

 

Kalendar lunar adalah tanda Umat Kudus. Di dalam catatannya kepada Keluaran 12:2, Mekilta menyatakan bahawa “para bangsa” menghitung melalui matahari/suria, tetapi Israel melalui bulan.

 

Perayaan-perayaan PASKAH dan PONDOK DAUN bukan sekadar ditetapkan oleh perkiraan lunar secara umum, tetapi berdasarkan kemunculan bulan baru bagi bulan di mana mereka jatuh, PENTAKOSTA pula bergantung pada Paskah dari segi ini… Sungguhpun mustahil untuk mendokumenkan hal ini sepenuhnya, ianya mungkin juga bahawa sabat pernah menjadi sebahagian daripada kitaran masa semulajai ini, yang berkait dengan fasa-fasa bulan, dan bahawa, berikutan pengasingannya Hari Raya Bulan Baru kekal sebagai suatu pemeliharaan berasingan (The Interpreter’s Dictionary of the Bible, Vol. 3, article New Moon, mukasurat 544).

 

Andaian berkenaan Sabat dan Bulan Baru itu mungkin didasarkan pada sistem pemeliharaan yang kita perhatikan di dalam karya Teks Pekerjaan Hukum - atau MMT [104] yang telah diterjemahkan oleh Strugnell dan Qimron daripada DSS (lihat Bib. Arch. Review, Nov.-Dec. 1994). Kesemua upacara Yahudi dalam sejarah bagi pengisytiharan Bulan Baru dari Sabat yang mendahuluinya, mengandungi doa dengan kandungan eskatologi. Rasional bagi pemeliharaan tersebut adalah bahawa penciptaan bulan oleh Tuhan merupakan suatu “tanda” perjanjian yang tidak boleh dipatahkan itu dengan Israel, yang mana “waktu-waktu” cultusnya didekrikan (Mazmur 104:19; Ecclus. 43:6-8) (Int. Dict., ibid., lihat juga Ber. R. 13d). Maka, kalendar itu adalah bahagian yang tidak boleh dipisahkan daripada perjanjian dengan Israel itu.

 

Bulan Baru dilihat sebagai penting bagi pemberian penglihatan-penglihatan dan nubuatan, mungkin dari 2 Raja-raja 4:23 tetapi pastinya daripada Yehezkiel 26:1; 29:17; 31:1; 32:1; rujuk Yesaya 47:13; Hagai 1:1). Ini secara langsung menyangkal ahli pemerhati dan penilik bintang-bintang dari sistem Babilon seperti yang kita lihat dari Yesaya 47:13.

 

Yesaya 47:13 Engkau telah payah karena banyaknya nasihat! Biarlah tampil dan menyelamatkan engkau orang-orang yang meneliti segala penjuru langit, yang menilik bintang-bintang dan yang pada setiap bulan baru memberitahukan apa yang akan terjadi atasmu!

 

Ramalan-ramalan bulanan itu dibuat berdasarkan fasa-fasa bulan, lantas menyalahgunakan sistem tersebut.

 

Sabat-sabat dan Bulan-bulan Baru keduanya menuntut perhentian daripada pekerjaan seperti yang kita lihat dari Amos 8:5. Ia merupakan hari untuk bersukacita. Kegirangan yang dikhususkan bagi Hari-hari Kudus itu telah dilenyapkan, menurut Hosea 2:11.

 

Hosea 2:11 Aku akan menghentikan segala kegirangannya, hari rayanya, bulan barunya dan hari Sabatnya dan segala perayaannya.

 

Ini disebabkan ketidaksetiaan dan keberhalaan. Tuhan membinasakan umatNya kerana mereka tidak memelihara hukum-hukumNya. Akibat akhirnya adalah Dia memusnahkan kekayaan bangsa itu.

 

Hosea 2:12 Aku akan memusnahkan pohon anggurnya dan pohon aranya, yang tentangnya dikatakannya: Ini semuanya pemberian kepadaku, yang dihadiahkan kepadaku oleh para kekasihku! Aku akan membuatnya menjadi hutan, dan binatang-binatang di padang akan memakannya habis.

 

Puasa dan ratapan dihentikan pada Bulan-bulan Baru. Kita tahu bahawa ini berlaku di seluruh Israel sehinggalah zaman Mesias daripada Apocrypha (Jth. 8:6). Upacara-upacaranya diisytiharkan dengan sangkakala-sangkakala (Bilangan 10:10; Mazmur 81:3).

 

Mazmur 81:3 3 Tiuplah sangkakala pada bulan baru, pada bulan purnama, pada hari raya kita.

 

Bulan Baru bagi bulan-bulan penting khususnya dipelihara menurut teks-teks berkenaan.

 

1Samuel 20:6 Apabila ayahmu menanyakan aku, haruslah kaukatakan: Daud telah meminta dengan sangat kepadaku untuk pergi dengan segera ke Betlehem, kotanya, karena di sana ada upacara pengorbanan tahunan bagi segenap kaumnya.

 

Bulan Baru bagi Nisan adalah penting khususnya dan begitu juga dengan Bulan Baru Tishri yang juga merupakan Perayaan Sangkakala-sangkakala (lihat juga karya Sangkakala-sangkakala [136]).

 

Yehezkiel 45:18-20 Beginilah firman Tuhan ALLAH: "Pada bulan yang pertama, pada tanggal satu bulan itu ambillah seekor lembu jantan muda yang tidak bercela dan sucikanlah tempat kudus itu. 19 Imam harus mengambil sedikit dari darah korban penghapus dosa dan membubuhnya pada tiang-tiang Bait Suci dan pada keempat sudut jalur keliling yang ada pada mezbah dan pada tiang-tiang pintu gerbang pelataran dalam. 20 Demikianlah engkau harus perbuat pada hari pertama bulan yang ketujuh demi orang-orang yang berbuat dosa dengan tidak sengaja dan tanpa diketahui. Dengan demikian engkau mengadakan pendamaian bagi Bait Suci.

 

Penyucian tempat kudus bermula pada Bulan Baru bagi Bulan Pertama (Nisan) yang memulakan tahun kudus (rujuk Pengudusan Bait Suci Tuhan [241]). Ini menyucikan pelataran dalaman. Ini mewakili umat pilihan sebagai roda dalaman di dalam penglihatan Yehezkiel. Penyucian orang-orang yang berdosa tidak sengaja dan tidak sedar diadakan dari hari Ketujuh Bulan Pertama atau Nisan. Maka, keimamatan telah menyediakan diri mereka dan bangsa tersebut.

 

Hari Bulan Baru bagi Bulan Ketujuh juga adalah penting.

 

Imamat 23:24 "Katakanlah kepada orang Israel, begini: Dalam bulan yang ketujuh, pada tanggal satu bulan itu, kamu harus mengadakan hari perhentian penuh yang diperingati dengan meniup serunai, yakni hari pertemuan kudus.

 

Nehemia 8:2 Lalu pada hari pertama bulan yang ketujuh itu imam Ezra membawa kitab Taurat itu ke hadapan jemaah, yakni baik laki-laki maupun perempuan dan setiap orang yang dapat mendengar dan mengerti.

 

Dengan itu, Bulan Baru dalam Bulan Ketujuh memulakan pemulihan tersebut melalui pembacaan hukum yang berlaku setiap tujuh tahun kitaran Jubli itu pada setiap hari Perayaan Pondok Daun (rujuk juga Pembacaan Hukum Dengan Ezra dan Nehemia [250]).

 

Ulangan 31:10-12 Dan Musa memerintahkan kepada mereka, demikian: "Pada akhir tujuh tahun, pada waktu yang telah ditetapkan dalam tahun penghapusan hutang, yakni hari raya Pondok Daun, 11 apabila seluruh orang Israel datang menghadap hadirat TUHAN, Allahmu, di tempat yang akan dipilih-Nya, maka haruslah engkau membacakan hukum Taurat ini di depan seluruh orang Israel. 12 Seluruh bangsa itu berkumpul, laki-laki, perempuan dan anak-anak, dan orang asing yang diam di dalam tempatmu, supaya mereka mendengarnya dan belajar takut akan TUHAN, Allahmu, dan mereka melakukan dengan setia segala perkataan hukum Taurat ini,

 

Nehemia 8:18 Bagian-bagian kitab Taurat Allah itu dibacakan tiap hari, dari hari pertama sampai hari terakhir. Tujuh hari lamanya mereka merayakan hari raya itu dan pada hari yang kedelapan ada pertemuan raya sesuai dengan peraturan.

 

Simbolismenya di sini adalah bahawa tahun ketujuh atau tahun Sabat ini mewakili kitar Milenium selama seribu tahun, yang bermula dengan kedatangan Mesias, yang mengeluarkan hukum itu dari Yerusalem. Dari situ, hukum ini tersebar ke seluruh dunia untuk menundukkan bangsa-bangsa. Pembacaannya sewaktu Perayaan Sangkakala-sangkakala di dalam pemulihan Nehemia adalah untuk menunjuk ke arah pemulihan Mesias itu dan dari [perayaan] Sangkakala-sangkakala (lihat juga karya Jadual Waktu Ringkasan Segala Zaman [272]).

 

Dari padang gurun penyelerakan mereka, Tuhan kemudiannya akan bertindak terhadap Israel dan memulihkannya. Umat pilihan Kristus adalah sebahagian daripada Israel dan ditangani sebagai bangsa ini.

 

Hosea 2:14-23 "Sebab itu, sesungguhnya, Aku ini akan membujuk dia, dan membawa dia ke padang gurun, dan berbicara menenangkan hatinya. 15 Aku akan memberikan kepadanya kebun anggurnya dari sana, dan membuat lembah Akhor menjadi pintu pengharapan. Maka dia akan merelakan diri di sana seperti pada masa mudanya, seperti pada waktu dia berangkat keluar dari tanah Mesir. 16 Maka pada waktu itu, demikianlah firman TUHAN, engkau akan memanggil Aku: Suamiku, dan tidak lagi memanggil Aku: Baalku! 17 Lalu Aku menjauhkan nama para Baal dari mulutmu, maka nama mereka tidak lagi disebut. 18 Aku akan mengikat perjanjian bagimu pada waktu itu dengan binatang-binatang di padang dan dengan burung-burung di udara, dan binatang-binatang melata di muka bumi; Aku akan meniadakan busur panah, pedang dan alat perang dari negeri, dan akan membuat engkau berbaring dengan tenteram. 19 Aku akan menjadikan engkau isteri-Ku untuk selama-lamanya dan Aku akan menjadikan engkau isteri-Ku dalam keadilan dan kebenaran, dalam kasih setia dan kasih sayang. 20 Aku akan menjadikan engkau isteri-Ku dalam kesetiaan, sehingga engkau akan mengenal TUHAN. 21 Maka pada waktu itu, demikianlah firman TUHAN, Aku akan mendengarkan langit, dan langit akan mendengarkan bumi. 22 Bumi akan mendengarkan gandum, anggur dan minyak, dan mereka ini akan mendengarkan Yizreel. 23 Aku akan menaburkan dia bagi-Ku di bumi, dan akan menyayangi Lo-Ruhama, dan Aku berkata kepada Lo-Ami: Umat-Ku engkau! dan ia akan berkata: Allahku!"

 

Penanaman bangsa itu di sini adalah sebagai taman anggur Tuhan iaitu seluruh keluarga Israel (Yesaya 5:7). Belas kasihan Tuhan adalah pemulihan di bawah Mesias keduanya melalui Roh Kudus dan dari Milenium.

 

Bulan-bulan Baru telah dipelihara di dalam Jemaat Kristian di bawah para rasul dan sewaktu penyelerakan itu. Cara memeliharanya bukan sesuatu untuk diadili.

 

Kolose 2:16-17 Karena itu janganlah kamu biarkan orang menghukum kamu mengenai makanan dan minuman atau mengenai hari raya, bulan baru ataupun hari Sabat; 17 semuanya ini hanyalah bayangan dari apa yang harus datang, sedang wujudnya ialah Kristus.

 

Jemaat telah memeliharanya di dalam penyelerakan itu dan mereka masih memeliharanya di Eropah pada abad ketujuh belas (lihat Distribusi Umum Jemaat Pemelihara Sabat [122]; dan Para Pemelihara Sabat di Transylvania oleh Samuel Kohn (1894), (terjemahannya diterbitkan oleh CCG Publishing, 1998)). Bulan-bulan Baru telah ditentukan betul-betul dengan pemerhatian mata kasar sehinggalah kemunculan kalendar Hillel sekitar tahun 358 TM. Selepas pemusnahan bait, ianya menjadi tugas Majlis Rabbinik Tertinggi untuk menandakan tarikhnya. Pembacaan Torah Khas untuk hari tersebut adalah Bilangan 28:1-15 dan juga Mazmur 104. Hallel juga dinyanyikan untuk menandakan temasya-temasya tersebut. Sejak abad keenam belas, hari sebelum Bulan Baru telah menjadi hari puasa bagi orang-orang Yahudi yang dipanggil yom kippur yang kecil (Interp. Dict. ibid.). Tiada syak lagi bahawa Bulan-bulan Baru masih harus dipelihara dan bahawa Yehuda memangpun tahu yang ia masih harus dipelihara. Namun, tiada kelulusan alkitab bagi puasa itu.

 

Penangguhan-penangguhan kalendar Hillel serta hari puasa sebelumnya ini, membuatkan Yehuda berpuasa pada Bulan Baru, yang dilarang sewaktu zaman Bait.

 

Pemulihan terakhir akan disempurnakan di bawah Mesias pada kedatangannya seperti yang kita lihat dari Yesaya 66:20-23. Seluruh Israel akan dipulihkan dan dibawa keluar daripada kelompok bangsa-bangsa di dalam Keluaran terakhir ini pada kedatangan Mesias.

 

Yesaya 66:20-23 Mereka itu akan membawa semua saudaramu dari antara segala bangsa sebagai korban untuk TUHAN di atas kuda dan kereta dan di atas usungan, di atas bagal dan unta betina yang cepat, ke atas gunung-Ku yang kudus, ke Yerusalem, firman TUHAN, sama seperti orang Israel membawa korban dalam wadah yang tahir ke dalam rumah TUHAN. 21 Juga dari antara mereka akan Kuambil imam-imam dan orang-orang Lewi, firman TUHAN. 22 Sebab sama seperti langit yang baru dan bumi yang baru yang akan Kujadikan itu, tinggal tetap di hadapan-Ku, demikianlah firman TUHAN, demikianlah keturunanmu dan namamu akan tinggal tetap. 23 Bulan berganti bulan, dan Sabat berganti Sabat, maka seluruh umat manusia akan datang untuk sujud menyembah di hadapan-Ku, firman TUHAN.

 

Pemulihan Sabat-sabat dan Bulan-bulan Baru ini akan disertakan dengan pemulihan Perayaan-perayaan itu.

 

Zakharia 14:16-19 Maka semua orang yang tinggal dari segala bangsa yang telah menyerang Yerusalem, akan datang tahun demi tahun untuk sujud menyembah kepada Raja, TUHAN semesta alam, dan untuk merayakan hari raya Pondok Daun. 17 Tetapi bila mereka dari kaum-kaum di bumi tidak datang ke Yerusalem untuk sujud menyembah kepada Raja, TUHAN semesta alam, maka kepada mereka tidak akan turun hujan. 18 Dan jika kaum Mesir tidak datang dan tidak masuk menghadap, maka kepada mereka akan turun tulah yang ditimpakan TUHAN kepada bangsa-bangsa yang tidak datang untuk merayakan hari raya Pondok Daun. 19 Itulah hukuman dosa Mesir dan hukuman dosa segala bangsa yang tidak datang untuk merayakan hari raya Pondok Daun.

 

Maka, tidak ada pemulihan yang sempurna sehinggalah Bulan-bulan Baru dipulihkan bersama dengan Perayaan-perayaan itu. Di dalam masyarakat moden ini, hal ini sangat sukar sekali. Itulah sebabnya kenapa sistem dunia ini akan dirobohkan oleh Mesias pada kedatangannya. Bangsa-bangsa akan dipulihkan di bawah hukum itu yang akan terbit dari Yerusalem.

 

Bulan-bulan Baru adalah perlu bagi kesejahteraan manusia. Ia telah digantikan di dalam apa yang dikenali sebagai Kalendar Sivil dengan hari-hari Pagan korban manusia. Dalam USA, kalendar Sivil-nya mempunyai hari-hari cuti utamanya pada hari-hari Pagan ini. Ini haruslah tidak dilupakan.

 

Sabat-sabat serta Bulan-bulan Baru dilayani dengan cara yang sama bagi perjalanan perniagaan. Perdagangan atau melakukan belian dan jualan telah dan masih dilarang semasa kedua-dua Bulan Baru dan hari Sabat.

 

Amos 8:4-6 Dengarlah ini, kamu yang menginjak-injak orang miskin, dan yang membinasakan orang sengsara di negeri ini 5 dan berpikir: "Bilakah bulan baru berlalu, supaya kita boleh menjual gandum dan bilakah hari Sabat berlalu, supaya kita boleh menawarkan terigu dengan mengecilkan efa, membesarkan syikal, berbuat curang dengan neraca palsu, 6 supaya kita membeli orang lemah karena uang dan orang yang miskin karena sepasang kasut; dan menjual terigu rosokan?"

 

Larangan ini adalah masalah berat bagi Israel hari ini. Namun begitu, memang betul tiada pengecualian yang membolehkan hari Sabat dipisahkan daripada Bulan Baru melainkan dengan perayaan-perayaan melalui perbezaan dari Hukum Bersepuluh sebagai Shabbatown. Namun, semuanya harus dipelihara. Tiada satupun pemulihan yang sempurna, atau mampu sempurna, sehinggalah Bulan-bulan Baru dipulihkan.

 

Amos meneruskan dengan mengumumkan hukuman ke atas Israel kerana gagal memelihara Sabat-sabat dan Bulan-bulan Baru dengan betul.

 

Amos 8:8-12 Tidakkah akan gemetar bumi karena hal itu, sehingga setiap penduduknya berkabung? Tidakkah itu seluruhnya akan naik seperti sungai Nil, diombang-ambingkan dan surut seperti sungai Mesir?" 9 "Pada hari itu akan terjadi," demikianlah firman Tuhan ALLAH, "Aku akan membuat matahari terbenam di siang hari dan membuat bumi gelap pada hari cerah. 10 Aku akan mengubah perayaan-perayaanmu menjadi perkabungan, dan segala nyanyianmu menjadi ratapan. Aku akan mengenakan kain kabung pada setiap pinggang dan menjadikan gundul setiap kepala. Aku akan membuatnya sebagai perkabungan karena kematian anak tunggal, sehingga akhirnya menjadi seperti hari yang pahit pedih." 11 "Sesungguhnya, waktu akan datang," demikianlah firman Tuhan ALLAH, "Aku akan mengirimkan kelaparan ke negeri ini, bukan kelaparan akan makanan dan bukan kehausan akan air, melainkan akan mendengarkan firman TUHAN. 12 Mereka akan mengembara dari laut ke laut dan menjelajah dari utara ke timur untuk mencari firman TUHAN, tetapi tidak mendapatnya.

 

Hukuman langsung kerana tidak menurut firman Tuhan adalah kita akan kehilangan apa yang kita miliki. Kebuluran terhadap firman datang sebagai hukuman disebabkan ketidaktaatan. Penajisan hari Sabat serta Bulan-bulan Baru dengan pengangkutan dan perdagangan tidak jujur yang melanggar hukum itu adalah penyebab utamanya. Keluarga Yakub telah diselerakkan kerana kesalahan-kesalahan ini namun mereka terpelihara dan tidak hilang seperti gandum yang ditapis dengan penapis.

 

Amos 9:8-15 Sesungguhnya, TUHAN Allah sudah mengamat-amati kerajaan yang berdosa ini: Aku akan memunahkannya dari muka bumi! Tetapi Aku tidak akan memunahkan keturunan Yakub sama sekali," demikianlah firman TUHAN. 9 "Sebab sesungguhnya, Aku memberi perintah, dan Aku mengiraikan kaum Israel di antara segala bangsa, seperti orang mengiraikan ayak, dan sebiji batu kecilpun tidak akan jatuh ke tanah. 10 Oleh pedang akan mati terbunuh semua orang berdosa di antara umat-Ku yang mengatakan: Malapetaka itu tidak akan menyusul dan tidak akan mencapai kami."

 

Harus diperhatikan bahawa umat Israel yang mengatakan bahawa Malapetaka itu tidak akan menyusul dan tidak akan mencapai kami, akan dihapuskan. Tempoh ini adalah pada penghujungnya sebagai akhir zaman yang dicatatkan sebagai hari Tuhan. Aktiviti ini berlaku sejurus sebelum pemulihan Mesias. Pemulihan ini mengekori Pembinasaan Perang Dunia, yang kita jangkakan sebagai pembinasaan termonuklear global Perang Dunia III.

 

11 "Pada hari itu Aku akan mendirikan kembali pondok Daud yang telah roboh; Aku akan menutup pecahan dindingnya, dan akan mendirikan kembali reruntuhannya; Aku akan membangunnya kembali seperti di zaman dahulu kala, 12 supaya mereka menguasai sisa-sisa bangsa Edom dan segala bangsa yang Kusebut milik-Ku," demikianlah firman TUHAN yang melakukan hal ini. 13 "Sesungguhnya, waktu akan datang," demikianlah firman TUHAN, "bahwa pembajak akan tepat menyusul penuai dan pengirik buah anggur penabur benih; gunung-gunung akan meniriskan anggur baru dan segala bukit akan kebanjiran. 14 Aku akan memulihkan kembali umat-Ku Israel: mereka akan membangun kota-kota yang licin tandas dan mendiaminya; mereka akan menanami kebun-kebun anggur dan minum anggurnya; mereka akan membuat kebun-kebun buah-buahan dan makan buahnya. 15 Maka Aku akan menanam mereka di tanah mereka, dan mereka tidak akan dicabut lagi dari tanah yang telah Kuberikan kepada mereka," firman TUHAN, Allahmu.

 

Kengerian ini dapat dielakkan melalui pelaksanaan rencana Tuhan sesudah pertaubatan. Bulan-bulan Baru melambangkan sistem tersebut, kerana bersama dengan hari Sabat dan hari-hari Raya itu, mereka menggambarkan rencana Tuhan.

q