Jemaat-jemaat Allah Al Masehi

[128]

 

 

 

Melkisedek

(Edisi 1.1 19950729-19980907)

 

Identifikasi entiti yang dikenali sebagai Melkisedek selalunya menjadi satu masalah kepada ramai pelajar Alkitab. Karya tulis ini melihat kepada tradisi Rabinikal dan juga menunjukkan identiti yang berkemungkinan dan sebab-sebab di belakang aktiviti-aktiviti identiti ini. Maksud keimamatan Melkisedek boleh difahami dengan lebih baik lagi dari karya tulis ini.

 

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta ã 1995, 1998 Wade Cox)

(tr. 2005)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org

 

Melkisedek [128]

 


Identiti makluk yang dikenali sebagai Melkisedek menjadi subjek spekulasi sejak bertahun-tahun. Sesetengah orang mendakwa bahawa Melkisedek adalah identiti Mesiah, yang lain pula mengenal pasti Melkisedek dengan golongan para bapa. Untuk mengasingkan identiti yang berkemungkinan ini, kita harus meneliti teks-teks yang berkaitan dan kerangka kerja bersejarah di mana dia hidup. Impak yang lojikal terhadap keunikan inkarnasi Mesiah juga menjadi satu faktor yang harus dipertimbangkan sekiranya, sebagai contoh, seseorang itu mencadangkan bahawa Melkisedek itu adalah identiti Mesiah. Dalam perkataan lain, sekiranya seseorang itu berpendapat bahawa Melkisedek adalah Yesus Kristus, ianya harus dilihat melalui teks-teks yang berkaitan, dan konsekwensi bagi keselamatan umat manusia dari dua kedatangan ini. Jangka masa ini juga masih di dalam jangka hayat hidup para bapa selepas air bah. Dengan ini, tidak diragui lagi, bahawa beberapa hal penting boleh diambil dari pertimbangan ini.

 

Zaman selepas bah memperlihatkan dunia ini mempunyai satu bahasa dan di bawah satu keimamatan. Pandangan Yudaik adalah bahawa keimamatan ini adalah berpusat kepada Salem di bawah Melkisedek. Identiti Melkisedek ini merupakan satu enigma. Melkisedek menurut Midrash adalah dikenal pasti dengan Shem (Rashi: lihat Soncino).

 

Dengan itu dia telah dipanggil kerana dia adalah raja (melech) ke atas tempat yang terkenal dengan kebenaran (tsedek) [menurut Abraham ibn Ezra] N [achmanides] dengan cara yang sama: Dia memerintah tempat di mana satu hari nanti akan dibinakan Kaabah di tempat di mana adanya Kehadiran Kudus yang dipanggil tsedek. Midrash mengaplikasikan istilah ini ke atas Yerusalem secara seluruhnya, seperti yang tertulis, Kebenaran diam di dalamnya (Yes 1:21) (Ulasan Soncino terhadap Kejadian 14:18).

 

Melkisedek adalah imam kepada Allah yang Maha Tinggi. Nachmanides percaya bahawa:

 

Hanya kerana Abraham mengetahuinya, dia telah memberikan persepuluhan kepadanya. Maha Tinggi bererti di atas segala tuhan-tuhan (N) (Soncino).

 

Rashi percaya bahawa roti dan wain yang diberikan oleh Melkisedek kepada Abraham adalah santapan ringan bagi kelelahan perang dan banduan-banduan yang dibebaskan. Maka dia menunjukkan bahawa dia tidak mempunyai kemarahan terhadap Abraham kerana membunuh keturunannya (viz Cherdorlaomer, dll) (lihat Soncino). Aspek ini adalah penting dengan tidak mengambil kira salasila mereka yang terlibat. Ianya lebih penting lagi bila diberikan salasila keturunan mangsa. Maksud roti dan wain yang diberikan kepada Abraham, bertalian langsung kepada maksud Roti dan Wain, yang integral kepada Roti dan Wain yang diperkenalkan oleh Mesiah pada waktu Perjamuan Suci. Peristiwa ini melihat kepada perlambangan penempatan Roh Kudus, kerana ianya dilakukan di bawah keimamatan yang baru dari mazhab Melkisedek, seperti yang diperkenalkan oleh Mesiah. Fakta bahawa Melkisedek telah membayangkan peristiwa ini lebih awal, tidak menuntut bahawa dia adalah Mesiah. Sesungguhnya, sekiranya dia adalah Mesiah, akan terdapat banyak jenis masalah di dalam konsep pengorbanan Mesiah yang tidak berdosa itu. Adakah dia dilahirkan? Adakah dia seorang lelaki? Sekiranya ya, adalah dia dilahirkan melalui seorang yang perawan? Dia sudah pasti bukan datang dari keturunan Daud. Sekiranya dia adalah malaikat, apakah yang dinyatakannya terhadap pemerintahan di Salem apda tahap itu? Apakah keimamatan di sana? Mengapa keimamatan malaikat tidak dicatat di tempat lain? Apakah gunakan malaikat bagi persepuluhan perang? Sekiranya dia tidak mati, maka apakah yang kita boleh perkatakan tentang pekerjaan Yohanes dan doktrin Antikristus? Masalah lojikal yang diperkenalkan oleh aspek Melkisedek yang berhubungan dengan Mesiah seperti ini adalah sangat besar.

 

Subjek Melkisedek ini selalunya tidak difahami, oleh kerana rentetannya serta maksud ceritanya tidak difahami. Jemaat Allah, sepanjang du aribu tahun, tidak memegang pandangan yang dipersetujui pada subjek ini, dan pendapat tentang perkara ini tidak dapat dilihat sebagai satu fakta yang berunsur doktrin, atau penting kepada keselamatan. Tentu sahaja, sehinggalah pada tahap yang tidak boleh lagi bertoleransi di dalam Jemaat pada kurun ini, perkara ini tidak memberi jaminan kepada kesesuaian doktrinal. Ia akan membantu untuk meneliti sejarah yang mengembangkan kisah ini.

 

Kejadian 11:1-32  Adapun seluruh bumi, satu bahasanya dan satu logatnya.  2 Maka berangkatlah mereka ke sebelah timur dan menjumpai tanah datar di tanah Sinear, lalu menetaplah mereka di sana.  3 Mereka berkata seorang kepada yang lain: "Marilah kita membuat batu bata dan membakarnya baik-baik." Lalu bata itulah dipakai mereka sebagai batu dan ter gala-gala sebagai tanah liat.  4 Juga kata mereka: "Marilah kita dirikan bagi kita sebuah kota dengan sebuah menara yang puncaknya sampai ke langit, dan marilah kita cari nama, supaya kita jangan terserak ke seluruh bumi."  5 Lalu turunlah TUHAN untuk melihat kota dan menara yang didirikan oleh anak-anak manusia itu,  6 dan Ia berfirman: "Mereka ini satu bangsa dengan satu bahasa untuk semuanya. Ini barulah permulaan usaha mereka; mulai dari sekarang apapun juga yang mereka rencanakan, tidak ada yang tidak akan dapat terlaksana.  7 Baiklah Kita turun dan mengacaubalaukan di sana bahasa mereka, sehingga mereka tidak mengerti lagi bahasa masing-masing."  8 Demikianlah mereka diserakkan TUHAN dari situ ke seluruh bumi, dan mereka berhenti mendirikan kota itu.  9 Itulah sebabnya sampai sekarang nama kota itu disebut Babel, karena di situlah dikacaubalaukan TUHAN bahasa seluruh bumi dan dari situlah mereka diserakkan TUHAN ke seluruh bumi.

 

Di sini kita lihat penyebaran orang-orang, kerana sistem yang telah didirikan di Babel, di bawah kerajaan yang didirikan oleh Nimrod di sana dan di Akad, Erekh dan Kalneh. Dari di sana dia telah membina Ninewih, Rehobot dan Kalah (Kej 10:10-11). Imam Allah, bagaimana pun, adalah Sem, yang merupakan anak kepada Nuh. Nuh hidup selama 350 tahun selepas air bah (Kej 9:28) dan dia mati pada umur 950 tahun (Kej 9:29). Sem adalah pusat kepada pembentukan –semula selepas ar bah.

 

10 Inilah keturunan Sem. Setelah Sem berumur seratus tahun, ia memperanakkan Arpakhsad, dua tahun setelah air bah itu.  11 Sem masih hidup lima ratus tahun, setelah ia memperanakkan Arpakhsad, dan ia memperanakkan anak-anak lelaki dan perempuan.  12 Setelah Arpakhsad hidup tiga puluh lima tahun, ia memperanakkan Selah.  13 Arpakhsad masih hidup empat ratus tiga tahun, setelah ia memperanakkan Selah, dan ia memperanakkan anak-anak lelaki dan perempuan.  14 Setelah Selah hidup tiga puluh tahun, ia memperanakkan Eber.  15 Selah masih hidup empat ratus tiga tahun, setelah ia memperanakkan Eber, dan ia memperanakkan anak-anak lelaki dan perempuan.  16 Setelah Eber hidup tiga puluh empat tahun, ia memperanakkan Peleg.  17 Eber masih hidup empat ratus tiga puluh tahun, setelah ia memperanakkan Peleg, dan ia memperanakkan anak-anak lelaki dan perempuan.  18 Setelah Peleg hidup tiga puluh tahun, ia memperanakkan Rehu.  19 Peleg masih hidup dua ratus sembilan tahun, setelah ia memperanakkan Rehu, dan ia memperanakkan anak-anak lelaki dan perempuan.  20 Setelah Rehu hidup tiga puluh dua tahun, ia memperanakkan Serug.  21 Rehu masih hidup dua ratus tujuh tahun, setelah ia memperanakkan Serug, dan ia memperanakkan anak-anak lelaki dan perempuan.  22 Setelah Serug hidup tiga puluh tahun, ia memperanakkan Nahor.  23 Serug masih hidup dua ratus tahun, setelah ia memperanakkan Nahor, dan ia memperanakkan anak-anak lelaki dan perempuan.  24 Setelah Nahor hidup dua puluh sembilan tahun, ia memperanakkan Terah.  25 Nahor masih hidup seratus sembilan belas tahun, setelah ia memperanakkan Terah, dan ia memperanakkan anak-anak lelaki dan perempuan.  26 Setelah Terah hidup tujuh puluh tahun, ia memperanakkan Abram, Nahor dan Haran.  27 Inilah keturunan Terah. Terah memperanakkan Abram, Nahor dan Haran, dan Haran memperanakkan Lot.  28 Ketika Terah, ayahnya, masih hidup, matilah Haran di negeri kelahirannya, di Ur-Kasdim.  29 Abram dan Nahor kedua-duanya kawin; nama isteri Abram ialah Sarai, dan nama isteri Nahor ialah Milka, anak Haran ayah Milka dan Yiska.  30 Sarai itu mandul, tidak mempunyai anak. 31 Lalu Terah membawa Abram, anaknya, serta cucunya, Lot, yaitu anak Haran, dan Sarai, menantunya, isteri Abram, anaknya; ia berangkat bersama-sama dengan mereka dari Ur-Kasdim untuk pergi ke tanah Kanaan, lalu sampailah mereka ke Haran, dan menetap di sana.  32 Umur Terah ada dua ratus lima tahun; lalu ia mati di Haran.

 

Terdapat beberapa fakta penting yang timbul dari teks di dalam Kejadian 11. Yang pertama mempertalikan umur Sem dan yang lain. Dari teks ini, kita boleh membuat tarikh-tarikh selepada air bah, tentang kelahiran serta kematian mereka. Tahun-tahun ini adalah jangka masa yang lama. Zaman ini tidak diterima sebagai jangka masa literal di zaman moden ini. Sesungguhnya untuk mencadangkan bahawa jangka masa ini adalah nyata, ia hanya mengundang cemuhan. Bagaimana pun, seorang literalis tidak boleh mempercayai kedua-duanya. Sekiranya Alkitab benar seara literal, dan Melkisedek itu wujud, maka kjangka masa ini juga benar dan Sem adalah calonnya. Cerita tentang bangsa-bangsa di sekeliling Kanaan di Timur Tengah, harus juga menggambarkan cerita ini berkaitan dengan pembentukan kota-kota. Karakter-karakter juga boleh digambarkan di dalam cerita bangsa-bangsa, mungkin dengan nama-nama yang lain. Ianya harus diingat bahawa nama-nama ini mempunyai maksud dan nama-nama yang diberikan kepada para bapa tidak semestinya sama dengani nama mereka yang dikenali di negara lain. Sebagai contoh, Nuh dikenali di Epik Gilgamesh sebagai Uta-Napishtim (dia diistilahkan yang jauh) (lihat Budge Babylonian Life abd History, Edisi ke-2, London, 1925, ms 92 dan seterusnya). Terdapat banyak perkiraan bahawa dongengan orang Mesir tentang cerita Sem dalam keupayaannya sebagai pembinasa terhadap sistem apostasi orang Mesir. Aspek keseluruhannya adalah sukar bagi karya ini dan harus ditangani dalam karya yang lain. Dongengan orang Mesir yang mungkin menggambarkan Sem adalah cerita tentanf Typhon, saudara kepada Osiris yang telah menyusun kerajaan Mesir dan cuba untuk mendirikan model orang Mesir kepada seluruh dunia. Typhon digambarkan sebagai seorang perampas kuasa yang jahat yang telah membuat satu konspirasi tujuh puluh dua anggota. Dengan ini, dia mengurung Osiris dengan tipu hela dan melemparkan dia di sungai Nil. Maksud di sini adalah bahawa jumlah tujuh puluh dua mempertalikan kepada Kaunsil berkuasa Allah.

 

Sanhedrin adalah kaunsil berjumlah tujuh puluh, bagaimana pun selalunya minimum yang hadir adalah tujuh puluh satu. Mesiah telah mengutus tujuh puluh selepas melantik mereka (Luk 10:1). Mereka kembali dengan gembira dan berkata, malah iblis sekalipun takluk kepada mereka (Luk 10:17). Kekuasaan diserahkan di sini kepada Jemaat. Dalam kedua-dua hal, jumlah di dalam teks ini tersenarai di dalam Marshall’s Interlinear dari teks Nestle sebagai hebdomekonta [duo] atau tujuh puluh [dua]. Justru itu, jumlah tujuh puluh itu di fahami ditemani oleh dua lagi yang menjadikannya tujuh puluh dua. Ini sesungguhnya adalah Kaunsil Elohim. Dengan itu, dongengan tentang Osiris dan Isis meletakkan Typhon sebagai ketua dalam Kaunsil ini, tetapi jahat seperti anti-Mesir (lihat Bullfinch’s Mythology, Avenel Books, New York, 1979, ms. 293 dan seterusnya). Maka itu Typhon boleh dikatakan memegang kedudukan Imam kepada Allah yang Maha Tinggi dalam mengetuai Kaunsil tersebut. Dia juga disamakan dengan Melkisedek. Sem  selalunya di lihat di dalam aspek ini. Bagaimana pun, sapi jantan Apis juga dikaitkan dengan Osiris,  dipercayai sebagai tempat menyimpan jiwa Osiris, dan untuk menyalurkannya kepada setiap pengganti Apis. Justru itu, lagenda ini terikat dengan dongengan penyembelihan sapi jantan dan maka itu, adalah kultus misteri. Sem sebagai pengganti Nuh dan bumi yang baru dan juga Mesiah, mempunyai kaitan dalam cerita ini. Justru itu, Melkisedek mungkin boleh dilihat sebagai mempunyai aplikasi kepada kedua-dua Sem dan Mesiah. Fahaman Yudaisme melihat ia sebagai Sem, oleh kerana pertimbangan-pertimbangan yang literal. Perkara ini mungkin, dan sesungguhnya telah mewakili dia sebagai Mesiah dan Mikheal.

 

Sem hidup 502 tahun selepas air bah dan kehidupannya mempunyai implikasi bagi pemerintahan bangsa ini. Kita boleh kontruk sebuah jadual seperti berikut.

 

 

Bapa (Kepala suku kaum

Umur sewaktu anak lelaki lahir

 

 

Lahir

Mati pada tahun selepas air bah

Sem

100

 

Bah+502

Arpakhsad

35

B+2

B+440

Shalak

30

B+37

B+470

Eber

34

B+67

B+531

Peleg

30

B+101

B+340

Reu

32

B+131

B+370

Serug

30

B+163

B+393

Nahor

29

B+193

B+341

Tehar

70

B+222

B+427

Haran

 

B+?

 

Nahor

 

B+?

Sebelum B+422

Abram

 

B+292

 

* B= Bah

 

Penyebaan bangsa-bangsa telah terjadi sewaktu Abraham berumur 48 tahun, sewaku kematian Peleg, 340 tahun selepas air bah (sedar Olam Rabbah, Jil. 1).

 

Abram (Abraham) meninggalkan Haran selepas kematian Terah pada B+427. Dia  berumur tujuh puluh lima (Kej 12:4). Kita pasti bahawa para bapa yang hidup pada waktu kematian Terah dan penempatan di Kanaan oleh Abram, adalah Sem, Arpakhsad, Shalak dan Eber. Sem adalah yang tertua. Dari Kejadian 9:26, Yahovah (Yehovah) dinyatakan sebagai Allah kepada Sem, dan Yapet hidup di dalam kemahnya. Di sini Sem telah diberkati, walaupun Yapet adalah yang penatua (Kej 10:22). Oleh itu, Sem adalah imam kepada Allah yang Maha Tinggi pada zaman Abraham. Penyebaran orang-orang yang lain tidak diketahui, tetapi Sem mempunyai Arpakhsad dan Elam dan Ashur yang telah muncul sebagai golongan Asiria. Kerajaan Elam kuno, apabila bergabung dengan yang lain, telah membentuk dasar empayar Babilon.

 

Pergerakan suku kaum menandakan bahawa penyebaran bangsa-bangsa di kota-kota dan kawasan-kawasan, menghadkan kebarangkalian keimamatan Allah yang Maha Tinggi di Salem, kepada Sem, atau Arpakhsad, dengan memberikan penempatan yang ketahui oleh anak-anak yang lain. Arpakhsad mati pada B+440, jadi besar kemungkinan bapa yang masih hidup dan sudah tua ini, adalah yang dirujuk sebagai Rajaku adalah Kebenaran, walaupun Shalak atau Eber masih memberi kebarangkalian. Sem dipanggil bapa kepada semua anak-anak Eber (Kej 10:21). Justru itu ianya tidak mustahil bahawa istilah Ibrani meluas di luar bangsa Israel kepada orang-orang yang barkaitan. Perkara ini mempunyai kajiannya yang tersendiri.

 

Berkat Abraham oleh Melkisedek di dalam Kejadian 14:20, dikatakan (oleh Rashi) berkat yang pertamanya kepada Abraham kerana menakluki peperangan, dan kemudian Allah kerana membantunya. Fakta bahawa Abraham memberikan persepuluhan daripada semuanya adalah, dengan cara demikian ia menandakan bahawa keturunannya akan memberikan persepuluhan kepada para imam (menurut kepada Nakhmanides).  Persepuluhan ini adalah untuk persembahan syukur kepada Allah, dan satu-satunya imam yang layak menerimanya adalah Melkisedek. Oleh itu, terjemahan Yudaik tradisionil mengatakan bahawa Melkisedek adalah Sem dan bahawa keimamatan selepas air bah juga berpusat di Yerusalem.

 

Melkisedek sebagai Mesiah

Dakwaan bahawa Mesiah adalah Melkisedek berasal sebahagiannya dari pemahaman yang salah terhadap teks yang berkaitan dengan genealogi. Terdapat pandangan yang meluas pada masa Kristus di kalangan beberapa mazhab Yudaik, seperti yang kita tahu daripada Dead Sea Scrolls (Risalah Gulungan Laut Mati), bahawa Melkisedek adalah Mesiah. Pandangan ini juga dipasangkan dengan konsep bahawa Mesiah adalah Malaikat Mikhael. Pandangan bahawa Melkisedek adalah Mesiah seolah-olah berdasarkan kepada fakta, bahawa Mesiah seharusnya wujud untuk melakukan dua fungsi. Ini boleh disimpulkan dari beberapa nubuatan-nubuatan tetapi juga terutamanya kepada fungsi imam besar pada hari Pendamaian, apabila terdapat dualiti pakaian jubah, yang mewakili imam dan fungsi pendamaian dari pakaian jubah linan, dan pengubahan imam besar kepada pakaian diraja pada akhirnya, juga menandakan raja Mesiah. Justru itu, kedatangan pertama adalah sebagai imam, kedatangan kedua adalah sebagai raja Mesiah. Yudea adalag dibawah kuk Roma dan mereka mahukan seorang liberator. Justru itu, mungkin beberapa orang melihat di dalam diri Melkisedek fungsi-fungsi seorang imam. Mesiah telah dinubuatkan menjadi seorang imam, selepas mazhab Melkisedek dari Mazmur 110:4.

 

Maxmur 110:1-7  Mazmur Daud. Demikianlah firman TUHAN kepada tuanku: "Duduklah di sebelah kanan-Ku, sampai Kubuat musuh-musuhmu menjadi tumpuan kakimu."  2 Tongkat kekuatanmu akan diulurkan TUHAN dari Sion: memerintahlah di antara musuhmu!  3 Pada hari tentaramu bangsamu merelakan diri untuk maju dengan berhiaskan kekudusan; dari kandungan fajar tampil bagimu keremajaanmu seperti embun.  4 TUHAN telah bersumpah, dan Ia tidak akan menyesal: "Engkau adalah imam untuk selama-lamanya, menurut Melkisedek."  5 TUHAN ada di sebelah kananmu; Ia meremukkan raja-raja pada hari murka-Nya,  6 Ia menghukum bangsa-bangsa, sehingga mayat-mayat bergelimpangan; Ia meremukkan orang-orang yang menjadi kepala di negeri luas.  7 Dari sungai di tepi jalan ia minum, oleh sebab itu ia mengangkat kepala.

 

Dari ayat 1 Mazmur, kita tahu bahawa Mesiahlah yang disebut. Kekecewaan di sini adalah sebagai imam untuk selamanya, selepas mazhab Melkisedek. Ianya tidak dinyatakan bahawa Mesiah adalah Melkisedek.

 

Dari Dead Sea Scrolls (DSS) (Damascus Rule VII juga fragmen dari cave IV) kita tahu bahawa Mesiah mempunyai dua kedatangan: Mesiah Harun (atau imam Mesiah) dan Mesiah Israel (atau raja Mesiah). Komuniti DSS mamahami bahawa mereka adalah Mesiah (lihat Vermes dalam The Dead Sea Scrolls in English, ms. 49 bagi perbincangan teks-teks ini).

 

DSS telah menghasilkan satu siri dalam tiga belas fragmen dari cave XI tentang Melkisedek. Ianya dipublis pada tahun 1965 oleh A.S. vab der Woude. Teks-teks ini adalah di dalam bentuk eskatologi midrash (dasar kepercayaan tentang kematian dan ketakdiran), di mana prokalasi kebebasan terhadap para tawanan pada zaman akhir (Yes 61:1):

 

difahami sebagai sebahagian daripada pemuihan umum tanah milik semasa tahun Yobel (Im 25:13), di lihat di dalam Alkitab (Ul 15:2) sebagai satu pembayaran hutang. Sang pembebas kudus adalah Melkisedek. Sama dengan malaikat pelindung, dia adalah ketua kepada ‘anak-anak Sorgo’ atau ‘tuhan-tuhan keadilan’ dan dirujuk sebagai elohim dan el. Perkataan-perkataan ibrani ini selalunya bererti ‘Allah’, tetapi dalam konteks yang tertentu, tradisi Yahudi juga menjelaskan elohim terutamanya sebagai gelaran seorang ‘hakim’. Di sini, Melkisedek digambarkan sebagai mengetuai penghakiman akhir dan kondemnasi terhadap lawannya yang jahat, Belial/Iblis, Putera Kegelapan, di tempat lain ia dikenali sebagai Melkiresha’ [lihat juga Vermes, ibid, ms. 253,260]. Pembebasan yang besar dijangkakan akan berlaku pada hari Pendamaian pada hujung kitaran tahun Yobel yang kesepuluh. Manuskrip ini memberikan terang yang berharga bukan sahaja ke atas bentuk Melkisedek dari surat-surat rasul kepada Ibrani vii, tetapi juga ke atas perkembangan terhadap konsep Mesiah di dalam Perjanjian Baru dan Kekristianan yang awal. (Tentang fahaman mesianisme, lihat G. Vermes, Jesus the Jew (Yesus orang Yahudi), London, 1973, ms. 129-59,  250-56)…Dan  tentang apa yang Dia katakan, pada tahun Yobel [ini] [setiap kamu akan mengembalikan harta kemilikannya [Im 25:13]; dan demikian juga, dan ini adalah cara pelepasan:] setiap pemiutang harus melepaskan apa yang dia pinjamkan [kepada jiran dan saudara-saudaranya], kerana pembebasan Allah [telah diproklamasikan][Ul 15;21]. [Dan ianya akan diprokalamasikan pada] akhir zaman berkenaa dengan orang tawanan seperti [Dia berkata, untuk memproklamasikan kebebasan kepada orang tawanan [Yes 61:1]. Terjemahannya adalah bahawa Dia] akan menentukan mereka kepada Anak-anak Sorga dan kepada  warisan Melkisedek; [kerana Dia akan membuang undi di tengah-tengah porsi Melkisedek], yang akan mengembalikan mereka di sana dan akan memproklamasikan kepada mereka kebebasan, mengampuni mereka [pelanggaran-pelanggaran] dari segala perbuatan salah mereka (Vermes, ibi., ms. 266).

 

Justru itu, ianya dilihat bahawa Melkisedek dipercayai adalah malaikat Makhael dan bahawa dia adalah bentuk Mesiah yang akan melakukan penghakiman. Ini berdasarkan teks di dalam Zakariah 3:1-10, yang mana menunjukkan juga oposisi kepada Iblis di dalam proses ini. Bentuk ini juga difahami dari perkara ini, yang merupakan elohim yang menghakimi umat-umat kudus Allah, seperti yang tertulis di dalam Mazmur-mazmur, di mana ia mengatakan bahawa:

 

ELOHIM telah mengambil tempatnya di dalam kaunsil ilahi, di tengah-tengah tuhan-tuhan di amenghakimi [Maz 82:1]. Dan ianya berkenaan dengan dia bahawa dia berkata, (Biarkan perkumpulan umat-umat) kembali ke atas mereka; EL (tuhan) akan menghakimi umat-umat [Maz 7:7-8]. Sementara bagi apa yang dia [katakan, Berapa lama kamu] menghakimi dengan tidak adil dan menunjukkan sikap memihak kepada orang fasik? Selah [Maz 82:2], terjemahannya berkenaan Iblis dan roh-roh pengikutnya yang memberontak dengan melarikan diri dari ajaran Allah… Dan Melkisedek akan menuntut bela terhadap pembalasan dendam penghakiman Allah…dan dia akan mengheret [mereka dari tangan] Iblis dan dari tangan semua [roh-roh pengikutnya]. Dan semua tuhan-tuhan [keadilan] akan datang membantu untuk menghadiri pemusnahan Iblis… (dari Vermes, ms. 267).

 

Yesaya 52:7 menggunakan elohim di dalam konteks kedatangan Mesiah ke Sion (lihat Ibr 12:22-23).

 

Ianya di lihat dari teks Vermes, bahawa tidak ada keraguan bahawa teks ini merujuk kepada unsur Mesiah. Tidak ada keraguan juga bahawa Iblis diberikan satu peranan kuasa did alam penghakiman. Istilah pengikutnya digunaan untuk menunjukkan pembahagian tugasan kuasa-kuasa cakerawala, menurut kepada proses yang terdapat di dalam Kaabah, dengan menentukan tugasan dan jangka masa tugasan mengikut jumlah. Kaunsil tuhan-tuhan di lihat sebagai umat pilihan dan warga yang setia, yang telah diberikan kuasa. Justru itu, pengangkatan Melkisedek sebagai Mesiah boleh dilihat sebagai satu konviksi yang kuat di kalangan Komuniti Laut Mati, pada zaman Kristus, dan asosiasi ini terdapat di dalam Buku Ibrani. Bagaimana pun, persamaan di dalam Buku Ibrani berasal dari teks dalam Ibrani 7:6-8.

 

Ibrani 7:6-8 Tetapi Melkisedek, yang bukan keturunan mereka, memungut persepuluhan dari Abraham dan memberkati dia, walaupun ia adalah pemilik janji.  7 Memang tidak dapat disangkal, bahwa yang lebih rendah diberkati oleh yang lebih tinggi.  8 Dan di sini manusia-manusia fana menerima persepuluhan, dan di sana Ia, yang tentang Dia diberi kesaksian, bahwa Ia hidup.

 

Teks ini menunjukkan bahawa bentuk ini dirujuk sebagai seorang manusia, yang tidak mempunyai keturunan. Ianya tidak ditegaskan bahwa dia tidak mempunyai keturunan.

 

Bagaimana pun, perbezaan dibuat di dalam teks ini, bahawa persepuluhan telah diterima dari manusia fana. Di sana ianya ditegaskan, bahawa ianya diterima oleh seseorang yang tentang dia diberi kesaksian bahawa dia hidup. Ini adalah dasar yang menghubungkan teks ini dengan Mesiah. Bagaimana pun, Ibrani 7:11 mengatakan secara khusus bahawa Mesiah bangkit sebagai imam yang lain.

 

Konsep hidup boleh berasal dari Kitab Kudus yang memberikan kehidupan kepada para bapa, seperti yang berlaku kepada keluarga Daud. Justru itu, teks di dalam Ibrani 7:8 mungkin merujuk kepada alokasi Roh kepada Melkisedek sebagai satu daripada umat pilihan. Ianya tidak semestinya bahawa teks ini merujuk kepada Mesiah.

 

Ibrani 7:11 Karena itu, andaikata oleh imamat Lewi telah tercapai kesempurnaan--sebab karena imamat itu umat Israel telah menerima Taurat--apakah sebabnya masih perlu seorang lain ditetapkan menjadi imam besar menurut peraturan Melkisedek dan yang tentang dia tidak dikatakan menurut peraturan Harun?

 

Justru itu, penggantian keimamatan juga bersangkutan dengan penggantian hukum. Dengan ini Melkisedek adalah satu aturan, yang mana telah di institusikan semula di dalam Mesiah dan umat pilihan.

 

Keimamatan Melkisedek adalah sebahagian daripada perjanjian Allah.

 

Ibrani 6:17-20 Karena itu, untuk lebih meyakinkan mereka yang berhak menerima janji itu akan kepastian putusan-Nya, Allah telah mengikat diri-Nya dengan sumpah,  18 supaya oleh dua kenyataan yang tidak berubah-ubah, tentang mana Allah tidak mungkin berdusta, kita yang mencari perlindungan, beroleh dorongan yang kuat untuk menjangkau pengharapan yang terletak di depan kita.  19 Pengharapan itu adalah sauh yang kuat dan aman bagi jiwa kita, yang telah dilabuhkan sampai ke belakang tabir,  20 di mana Yesus telah masuk sebagai Perintis bagi kita, ketika Ia, menurut peraturan Melkisedek, menjadi Imam Besar sampai selama-lamanya.

 

Di sini Mesiah menjadi imam selamanya, selepas peraturan Melkisedek. Dia tidak dikenal pasti sebagai imam tersebut. Dia adalah Imam Besar selamanya selepas peraturan itu. Justru itu, Melkisedek telah mendirikan satu peraturan. Yesus sebagai  pengasas bagi pihak kita. Dalam perkataan lain, kita juga akan menjadi imam-imam dalam peraturan itu.

 

Ibrani 7 menunjukka perhubungan Melkisedek dengan keimamatan.

 

Ibrani 7:1-28 Sebab Melkisedek adalah raja Salem dan imam Allah Yang Mahatinggi; ia pergi menyongsong Abraham ketika Abraham kembali dari mengalahkan raja-raja, dan memberkati dia.  2 Kepadanyapun Abraham memberikan sepersepuluh dari semuanya. Menurut arti namanya Melkisedek adalah pertama-tama raja kebenaran, dan juga raja Salem, yaitu raja damai sejahtera.

 

Teks ini memberitahu bahawa Melkisedek bererti kedua-dua raja kebenaran dan raja Salem, atau damai. Pemahaman Inbrani menurut Milik dan Vermes, adalah bahawa Melkisedek bererti Rajaku adalah Adil (atau benar) dan dia adalah raja kepada tentera terang. Nama Iblis Melkiresha yang bererti Rajaku adalah Jahat (lihat J.T. Milik dalam Journal of Jewish Studies, 1972, ms. 126-135 dan juga Vermes, petikan dalam ms. 252-253). Tidak ada keraguan bahawa kita sedang menangani peperangan dia antara Iblis/Mesiah pada zaman akhir, pada pandangan DSS.

 

3 Ia tidak berbapa, tidak beribu, tidak bersilsilah, harinya tidak berawal dan hidupnya tidak berkesudahan, dan karena ia dijadikan sama dengan Anak Allah, ia tetap menjadi imam sampai selama-lamanya.

 

Dia dipercayai tidak mempunyai bapa, dan tanpa ibu dan tanpa asal-usul (adaptoor, ametoor, agenealogetos). Dia bukan juga permulaan zaman atau akhir kepada kehidupan, tetapi menyerupai Anak Allaj, dia kekal menjadi imam selamanya. Pandangan dari sudut Mesiah di dalam teks ini seoalh-olah berdasarkan pada anggapan bahawa dia tidak mempunyai keturunan dan bahawa dia adalah berkekalan. Justru itu, dia adalah Mesiah. Teks ini mengatakan bahawa dia menyrupai Anak Allah. Ia tidak mengatakan bahawa dia adalah Aak Allah. Perkataannya ialah aphomoioo; hampir menyerupai, atau hampir sama. Jsutru itu, dia dibuat sama seperti Anak Allah. Tujuannya adalah sama benarnya bahawa entiti ini, yang menjadi satu daripada para bapa, telah menyerapkan dirinya kepada imej Anak Allah, sama seperti semua umat pilihan, di dalam roh, dan mengangkat  imam yang serupanya yang akan menggantikan imam Harun, walaupun sebelum imam Harun telah diangkat. Teks ini berbunyi bahawa dia akan kekal menjadi seorang imam di dalam kekekalan (lihat Marshall’s Interlinear). Istilah berterusan menjadi imam selamanya ditafsikan untuk membawa kehidupan yang berterusan. Hal ini bukanlah demikian selain dalam erti kata yang sama dengan umat pilihan yang disebut sedang tertidur.

 

Maksud teks ini akan dibincangkan di bawah, dalam pertalian kepada hukum yang menguasai keimamatan.

 

4 Camkanlah betapa besarnya orang itu, yang kepadanya Abraham, bapa leluhur kita, memberikan sepersepuluh dari segala rampasan yang paling baik.  5 Dan mereka dari anak-anak Lewi, yang menerima jabatan imam, mendapat tugas, menurut hukum Taurat, untuk memungut persepuluhan dari umat Israel, yaitu dari saudara-saudara mereka, sekalipun mereka ini juga adalah keturunan Abraham.  6 Tetapi Melkisedek, yang bukan keturunan mereka, memungut persepuluhan dari Abraham dan memberkati dia, walaupun ia adalah pemilik janji.

 

Teks ini juga mengatakan bahawa manusia ini bukan dari keturunan mereka (lihat Marshall’s Interlinear) menerima persepuluhan dari Abraham. Ia tidak mengatakan bahawa dia tidak mempunyai keturunan.

 

7 Memang tidak dapat disangkal, bahwa yang lebih rendah diberkati oleh yang lebih tinggi.  8 Dan di sini manusia-manusia fana menerima persepuluhan, dan di sana Ia, yang tentang Dia diberi kesaksian, bahwa Ia hidup.

 

Teks ini adalah kunci bagi tanggapan bahawa Melkisedek bukan manusia. Tanggapan yang sama dibuat tentang umat pilihan.mereka tida mati, mereka sedang tertidur (1 Kor 15:6, 18).

 

9 Maka dapatlah dikatakan, bahwa dengan perantaraan Abraham dipungut juga persepuluhan dari Lewi, yang berhak menerima persepuluhan,  10 sebab ia masih berada dalam tubuh bapa leluhurnya, ketika Melkisedek menyongsong bapa leluhurnya itu.

 

Pembayaran persepuluhan itu di dalam keimamatan adalah menunjukkan bahawa hukum Allah berterusan, dan tidak bergantung kepada Musa dan keimamatan Lewi.

 

11 Karena itu, andaikata oleh imamat Lewi telah tercapai kesempurnaan--sebab karena imamat itu umat Israel telah menerima Taurat--apakah sebabnya masih perlu seorang lain ditetapkan menjadi imam besar menurut peraturan Melkisedek dan yang tentang dia tidak dikatakan menurut peraturan Harun?

 

Di sini Mesiah dengan jelasnya dinyatakan sebagai imam yang lian, selepas peraturan Melkisedek. Tidak ada peniruan di sini bahawa Melkisedek adalah makluk yang sama. Sekiranya demikian, maka ada sedikit keraguan bahawa penulis buku Ibrani akan menekankan fakta tersebut.apa yang dia cuba lakukan adalah untuk menekankan perhubungan Mesiah dengan Melkisedek, kerana itulah halnya yang sebenarnya, bahawa pendugaan mazhab Yudaik kurun yang pertama mengharapkan Mikhael adalah Mesiah dan juga Melkisedek. Ibrani harus pempertalikan perhubungan ini untuk menunjukkan bahawa nubuatan harus digenapi di dalam Mesiah, yang akan bangkit selepas peraturan Melkisedek, dan pengasas kepada keimamatan umat pilihan dalam peraturan tersebut. Peraturan ini tidak mempunyai keturunan, kerana umat pilihan dipilih dari semua suku kaum dan kemudian dari golongan Fasik, yang mana mereka sendiri ditambahkan ke dalam suku-suku kaum sebagai imam-imam. Justru itu, seluruh salasila umat pilihan adalah tanpa ibu, atau bapa, atau keturunan, di dalam keimamatan. Kriteria pemilihan tidak bergantung kepada perkara-perkara seperti ini.

 

12 Sebab, jikalau imamat berubah, dengan sendirinya akan berubah pula hukum Taurat itu.  13 Sebab Ia, yang dimaksudkan di sini, termasuk suku lain; dari suku ini tidak ada seorangpun yang pernah melayani di mezbah.  14 Sebab telah diketahui semua orang, bahwa Tuhan kita berasal dari suku Yehuda dan mengenai suku itu Musa tidak pernah mengatakan suatu apapun tentang imam-imam.

 

Perluasan keimamatan di luar Lewi, secara khususnya disebut dari teks ini. Teks ini menyebut tentang persamaan Mesiah dengan Melkisedek.

 

15 Dan hal itu jauh lebih nyata lagi, jikalau ditetapkan seorang imam lain menurut cara Melkisedek,  16 yang menjadi imam bukan berdasarkan peraturan-peraturan manusia, tetapi berdasarkan hidup yang tidak dapat binasa.  17 Sebab tentang Dia diberi kesaksian: "Engkau adalah Imam untuk selama-lamanya, menurut peraturan Melkisedek." 18 Memang suatu hukum yang dikeluarkan dahulu dibatalkan, kalau hukum itu tidak mempunyai kekuatan dan karena itu tidak berguna,  19 sebab hukum Taurat sama sekali tidak membawa kesempurnaan--tetapi sekarang ditimbulkan pengharapan yang lebih baik, yang mendekatkan kita kepada Allah.

 

Maksud eliminasi keturunan sebagai tujuan teks ini, telah ditegaskan di sini. Keimamatan dianugerahkan bukan dalam penurunan bentuk tubuh, tetapi melalui kuasa satu kehidupan yang tidak boleh dimusnahkan (lihat Rom 1:4). Dengan ini, Roh Kudus mengaruniahkan kuasa ke atas Melkisedek, seperti yang dilakukan terhadap Abraham dan semua para bapa, demikian juga dengan Daud, para Hakim dan para Nabi, dan berterusan kepada para rasul dan umat pilihan. Kepentingan teks ini bukan kepada fakta bahawa Melkisedek itu mungkin Mesiah, tetapi ianya lebih penting sekiranya dia bukan Mesiah.

 

20 Dan sama seperti hal ini tidak terjadi tanpa sumpah--memang mereka telah menjadi imam tanpa sumpah,  21 tetapi Ia dengan sumpah, diucapkan oleh Dia yang berfirman kepada-Nya: "Tuhan telah bersumpah dan Ia tidak akan menyesal: Engkau adalah Imam untuk selama-lamanya"  22 demikian pula Yesus adalah jaminan dari suatu perjanjian yang lebih kuat.

 

Ianya dengan kesaksian Allah umat pilihan telah mendapat kedudukan. Mesiah diberi kedudukan melalui janji Allah dengan bersumpah.

 

Keimamatan Lewi telah dihalang oleh kematian dari kekal dalam jabatan kuasa. Mereka akan menghadapi kebangkitan yang kedua. Peraturan Melkisedek akan mengalami kebangkitan yang pertama. Umat pilihan akan mempunyai satu kebangkitan yang lebih baik (Ibr 11:35).

 

23 Dan dalam jumlah yang besar mereka telah menjadi imam, karena mereka dicegah oleh maut untuk tetap menjabat imam.  24 Tetapi, karena Ia tetap selama-lamanya, imamat-Nya tidak dapat beralih kepada orang lain.

 

Kelanjutan yang berterusan selamanya berakar melalui kematian, sehingga kepada kebangkitan. Keimamatan tidak disingkirkan dari umat pilihan, sama seperti ianya tidak disingkirkan dari Mesiah dan para bapa.

 

25 Karena itu Ia sanggup juga menyelamatkan dengan sempurna semua orang yang oleh Dia datang kepada Allah. Sebab Ia hidup senantiasa untuk menjadi Pengantara mereka.  26 Sebab Imam Besar yang demikianlah yang kita perlukan: yaitu yang saleh, tanpa salah, tanpa noda, yang terpisah dari orang-orang berdosa dan lebih tinggi dari pada tingkat-tingkat sorga,  27 yang tidak seperti imam-imam besar lain, yang setiap hari harus mempersembahkan korban untuk dosanya sendiri dan sesudah itu barulah untuk dosa umatnya, sebab hal itu telah dilakukan-Nya satu kali untuk selama-lamanya, ketika Ia mempersembahkan diri-Nya sendiri sebagai korban.  28 Sebab hukum Taurat menetapkan orang-orang yang diliputi kelemahan menjadi Imam Besar, tetapi sumpah, yang diucapkan kemudian dari pada hukum Taurat, menetapkan Anak, yang telah menjadi sempurna sampai selama-lamanya.

 

Justru itu, Mesiah adalah kemuncak kepada peraturan keimamatan yang baru ini yang mana telah meluas kepada mereka yang telah dipilih oleh Allah, yang telah melantik Mesiah dan membuat dia sempurna untuk selamanya.

 

Kita telah melihat bahawa beberapa mazhab Yudaik telah mengenal pasti Mesiah sebagai Mikhael (dari Dan 12:1). Tanggapan ini berdasarkan pada fakta bahawa Mikhael berdiri bagi umat Israel, dan Bangsa Israel telah diberikan kepada Yahovah oleh Yang Maha Tinggi, apabila Dia membahagikan bangsa-bangsa menurut anak-anak Allah. (petikan Ul 32:8. LXX dab DSS). Melkisedek mempunyai maksud Rajaku adalah Benar atau Rajaku adalah Adil (adil dan benar adalah sinonim) (Vermes dalam Dead Sea Scrolls in English, ms. 253). Ianya juga menganggap bahawa Melkisedek adalah nama kepada ketua Tentera Terang, yang kita lihat sebagai fungsi Mesiah (Vermes, ms. 260).

 

Tanggapan ini dibuat dari Testament Amran (Wasit Amran) yang musnah. Itu adalah konsisten dalam pertalian Mesiah-Melkisedek di kalangan ciri sifatnya. Bagaimana pun, sekiranya Melkisedek adalah Mesiah, maka terdpat masalah yang serius dengan inkarnasi dan pengorbanan. Sekarang kita akan melihat kepada perhubungan hukum dengan keimamatan.

 

Gelaran ini merupakan gelaran turun-temuran raja Yerusalem (atau Urusalaim). Beratus tahun selepas Abraham, kita mendapat satu lagi raja yang memikul gelaran yang sama, yakni Tuhan Kebenaran atau Tuhanku adalah Benar, semasa  penempatan Kanaa oleh Israel, di bawah Yoshua. Di sini dalam Yoshua 10:1 kita mendapati Adonizedek, yang mana satu lagi variasi Melkisedek, yang memerintah di Yerusalem. Gelaran ini, dalam bentuk yang pelbagai, adalah turun temurun dan berada di dalam Mesiah melalui keagungan pemerintahannya dari Yerusalem, dan mungkin juga dipandang dalam cara ini oleh Daud. Dengan cara ini juga, umat pilihan adalah imam-imam dari peraturan Melkisede, kerana mereka memerintah dengan dia dari Yerusalem sebagai elohim (petikan Zak 12:8; Wah 7:1-17).

 

Tanggapa orang Kristian bahawa Melkisedek adalah Mesiah berdasarkan pada pemahaman yang salah tentang teks dalam Ibrani 7:3. Istilah tanpa bapa, ibu dan keturunan (apator dll) merujuk kepada tuntutan yang telah mencatakan salasila Harun (Neh 7:64) bagi keimamatan Lewi.

 

Istilah permulaan zaman dan akhir kehidupan, merujuk kepada tuntutan untuk memulakan tugas pada umur tiga puluh tahun dan berhenti pada umur lima puluh tahun (Bil 4:47). Imam Besar akan diganti pada hari kematian pendahulunya. Melkisedek tidak mempunyai tuntutan sedemikian. Ibrani mencatatkan dalam terjemahan Marshall’s Interlinear bahawa dia adalah manusia (Ibr 7:4). Dia dibuat sama seperti Anak Allah (Ibr 7:3) namun dia bukanlah Anak Allah, yang merupakan imam yang lain (Ibr 7:11). Justru itu, semua umat pilihan boleh mengambil bahagian di dalam keimamatan, yang mana mereka dibuat smaa seperti Anak Allah, dengan tidak mengambil kira salasila dan umur, berterusan dalam keabadian. Siapakah Melkisedek yang sebenarnya? Kita hanya boleh menduga. Ciri sifat yang telah mentafsirkan teks ini secara Mesianik mempunyai beberapa fundamentalis moden. Elemen Paulician yang juga memegang pandangan ini, telah disebut sebagai Melkisedekian, tetapi membuat dia berbeza dengan Mesiah sebagai pengantara sorga 9lihat juga karya tulis Distribusi Umum Jemaat-jemaat yang Memelihara Sabat (No. 122)). Ibrani telah ditulis sedemikian rupa untuk membetulkan kesilapan ini, tetapi ia sendiri telah disalah faham. Midrash percaya bahwa dia adalah Sem (Rashi) yang menjadi raja (melek) ke atas tempat yang benar (tsedek) (Abraham ibn Ezra & Nachmanides). Tempat ini adalah di mana kaabah akan dibina bagi kKehadiran Ilahi, yang mana Midrash tujukan kepada Yerusalem secara keseluruhannya, dari teks kebenaran ada di dalamnya (Yes 1:21) (ibn Ezra &Nachmanides, lihat Soncino, catatan bagi Kej 14:18).

 

Tetapi yang lebih penting, konsep Kaunsil Elohim adalah mutlak dan tidak boleh disangkal, kerana ia adalah maksud teks Perjanjian Lama yang difahami dengan baik yang melibatkan elohim. Struktur subordinat Elohim difahami dari satu segi, tetapi disalah faham dalam pertalian dengan Mikhael dan Melkisedek.

 

Wahyu 4 and 5 menunjukkan bahawa kumpulan ini berjumlah tiga puluh entiti termasuk empat Kerub. Justru itu, tiga puluh keping perak diperlukan bagi mengkianati Kristus (Mat. 27:3,9 petikan Zak. 11:12-13) kerana ia adalah satu pelanggaran terhadap seluruh Ketuhanan. Para Penatua dibutuhkan untuk prihatin kepada doa-doa umat kudus (Wah. 5:8) dan Kristus adalah Imam Besar mereka. Dia adalah anggota Penatua tersebutm yang layak untuk membuka gulungan rencana Allah, yang telah menebus umat manusia dan membuat bagi mereka kerajaan dan imam-imam kepada Allah kita yakni, Allah kepada Kaunsil ini dan Kristus (Wah. 5:9-10).

 

Penebusan manusia adalah sebahagian daripada pemulihan zaman akhir, yang mana berlaku pada kedatangan Mesiah yang kedua sebagai Raja Israel, kedatangannya yang pertam difahami sebagai Mesiah kepada Harun. Kedatangan Mesiah yang pertama adalah untuk pendamaian bagi dosa dan pembentukan kepada keimamatan Melkisedek. Pemulihan zaman akhir telah difahami sebagai satu perluasan elohim seperti yang digambarkan did alam Zakariah 12:8. Pada pemulihan zaman akhir, apabila Mesiah datang ke Sion, seperti yang difahami dalam Ibrani 12:22-23, rentetan kedatangan ini melibatkan pertahanan Yerusalem dan menguatkan penduduk kota itu bagi pemerintahan Milenial (pemerintahan seribu tahun). Tetapi perhatikan Zakariah mencatakan:

dan orang yang tersandung di antara mereka pada waktu itu akan menjadi seperti Daud, dan keluarga Daud akan menjadi seperti Allah, (elohim)  seperti Malaikat TUHAN Yehovah, yang mengepalai mereka (penekanan ditambah).

 

Maksud di sini adalah bahawa Zakariah difahamkan bahawa Malaikat YHVH adalah elohim, dan bahawa keluarga Daud (yang sudah lama mati) terdiri dari mereka yang akan menjadi elohim, sebagai sebahagian daripada keluarga Daud.

 

Zakariah menulis pada penghujung zaman Alkitab, sebagai satu daripada buku terakhir yang ditulis (diduga pada 410-3 Sebelum Mesehi, Apl. 11 dari rujukan Alkitab Companion). Pemahaman tentang rentetan, justru itu tidak diubah sepanjang jangka masa kompilasi teks ini.

 

Kesimpulan bahawa Mesiah adalah Melkisedek, bukan merupakan pandangan umum dalam Jemaat Allah di sepanjang seribu tahun. Ianya dipegang oleh beberapa kumpulan dan beberama mazhab Yudaik. Seolah-olah bahawa Mesiah bukan Melkisedek, tetapi penganugerahan kehidupan kekal kepada Melkisedek melalui kedudukan jabatannya di dalam Roh Kudus telah disalah faham. Fakta perkara ini tidak penting kepada iman, dan ia juga bukan fakta doktrin yang penting di dalam kebaktian. Alokasi peranan Mesiah mungkin melemahkan perdebatan tentang perluasan keimamatan kepada umat pilihan sebagai elohim, dan bukannya menguatkan perkara tersebut. Tanggapan ini tentu sahaja terletak pada pembentukan satu ayat yang terlalu terhad.

 

q