Jemaat-jemaat Allah Al Maséhi

[132]

 

 

 

 

Bulan-bulan Baru Israel [132]

(Edisi 2.0 19950826-19990918)

 

Karya meneruskan pengajian dari karya pertama dan menangani maksud rohani Bulan-bulan Baru. Pemeliharaan Bulan-bulan Baru oleh Jemaat sepanjang abad-abad juga diperiksa.

 

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta ã 1995, 1999  Wade Cox)

(Tr. 2003)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org

 

Bulan-bulan Baru Israel [132]

 


Subjek Bulan-bulan Baru telahpun dibincangkan di dalam karya pertama siri ini yang bertajuk Bulan-bulan Baru [125]. Karya ini bertujuan menerangkan kepentingan rohani Bulan-bulan Baru itu. Jemaat telah memelihara Bulan-bulan Baru selama beberapa abad dan apa yang disebutkan sebagai era. Jemaat Kerasulan memelihara Bulan-bulan Baru. Paulus mengatakan bahawa tiada seorangpun yang harus menghukum seorang yang lain dari segi makanan dan minuman atau hari raya, bulan baru ataupun hari Sabat (Kolose 2:16). Kita mengetahui tanpa ragu-ragu lagi bahawa Jemaat Yerusalem berciri pemelihara Sabat sehinggalah abad keempat seperti yang telah ditunjukkan Bacchiocchi. Paulus tidak mungkin telah membuat pernyataan tersebut jika pelbagai jenis pemeliharaan itu tidak dipelihara. Bulan-bulan Baru tidak lagi dirayakan, seperti mana dengan Perayaan-perayaan, menjelang Sidang Nicaea dalam jemaat umum. Namun begitu, ini tidak bermakna bahawa mereka tidak dipelihara.

 

Bulan-bulan Baru dipelihara untuk kali terakhir di Eropah di dalam Jemaat-jemaat Hungary dan Transylvania seperti yang direkodkan oleh Ketua Rabbi Budapest iaitu Rabbi Samuel Kohn (DIE SABBATHARIER IN SIEBENBURGEN Ihre Geshichte, Literatur, und Dogmatik, Budapest, Verlag von Singer & Wolfer, 1894; Liepzig, Verlag von Franz Wagner). Bulan-bulan Baru begitu penting sekali sehinggakan Hari Raya Sangkakala-sangkakala tidak disenaraikan di dalam buku nyanyian Old Sabbath Songbook di bawah tajuk hari rayanya sendiri. Ia dilayani sebagai suatu Bulan Baru yang, daripada pelayanannya, menunjukkan bahawa Bulan-bulan Baru dianggap oleh Jemaat itu sebagai lebih utama daripada perayaan-perayaan tersebut. Begitulah caranya Bulan-bulan Baru itu disenaraikan. Ia umumnya disenaraikan di dalam alkitab menurut susunan keutamaan selepas Sabat dan sebelum perayaan-perayaan (lihat 1Tawarikh 23:31; 2Tawarikh 2:4; 8:13; 31:3; Ezra 3:5; Nehemia 10:33; Yesaya 1:13,14; Yehezkiel 45:17 (susunan terbalik); 46:3; Hosea 2:11 (susunan terbalik dan istilah umum)). Di dalam khemah suci, Bait Suci di bawah Salomo dan di dalam setiap pemulihan, Bulan-bulan Baru diteguhkan seperti mana yang kita lihat daripada teks-teks ini. Tiada satupun pemulihan yang sempurna tanpanya.

 

Pada mukasurat 62-67 karya Kohn, diperkatakan mengenai buku nyanyian itu bahawa:

 

Buku nyanyian tersebut ditulis di dalam bahasa Hungary oleh [Andreas] Eossi, Enok Alvinczi, Johannes Bokenyi. Thomas Pankotai, & Simon Pechi. ...Ia terdiri daripada 102 Nyanyian: 44 untuk Sabat, 5 untuk Bulan Baru, 11 untuk Paskah dan Roti Tidak Beragi, 6 untuk Perayaan Minggu-minggu, 6 untuk Pondok Daun, 3 untuk Tahun Baru, 1 untuk Hari Pendamaian, 26 untuk kegunaan seharian. (Bahan ini dipetik oleh Gerhard O Marx di dalam karyanya Beliefs and Practices of the Church of God in Transylvania during the period 1588-1623).

 

Kohn memerhatikan bahawa Jemaat-jemaat ini:

 

telah memulihkan agama Kristian yang asal dan sejati, dalam mana mereka benar-benar menerima dan mengamalkan adat-adat dan ketetapan-ketetapan keagamaan orang-orang Yahudi yang diperintahkan Perjanjian Lama dan yang dipelihara oleh Kekristianan asal sebagai hal-hal yang mengikat dan hanya kemudiannya dibuang (Kohn, mukasurat 8).

 

Andreas Eossi menjadi pemimpin Jemaat Unitarian pada kematian Francis Davidis pada tahun 1579. Davidis telah menubuhkan Jemaat Unitarian di Transylvania pada tahun 1566 daripada elemen-elemen jemaat Unitarian Hungary yang dipanggil golongan Waldenses (Waldensian). Eossi telah memeluknya dan menjadi seorang Unitarian pada tahun 1567. Sama seperti kumpulan Waldenses barat pada permulaan zaman Reformasi, Jemaat Eropah Timur telah berpecah kepada golongan pemelihara Sabat dan hari Minggu sejak kematian Davidis dan Eossi telah menjadi pemimpin golongan pemelihara Sabat itu.

 

Jemaat Tuhan kemudiannya telah ditentang oleh golongan Unitarian hari Minggu ini yang dipergunakan oleh pihak pertubuhan. Tarikan kuasa sistem Protestan merupakan sebab utamanya.

 

Kita juga melihat perbezaan-perbezaan halus timbul daripada tentangan terhadap Davidis oleh Faustus Socinus (1539-1604) yang diarahkan oleh George Blandrata iaitu warga Piedmont yang telah menjadi ketua kepada para Unitarian Jemaat Reformasi pada tahun 1558 setelah pergerakan tersebut meneguhkan dirinya pada persidangan besarnya pada tahun 1556. Kumpulan Anabaptis Belanda di bawah pimpinan David Joris dari Delft (1501-1556) juga kita ketahui merupakan golongan Unitarian. Kumpulan Anabaptis ini telah menyimpang dari kumpulan Lollard sejak dari abad kelima belas.

 

Pergerakan Unitarian mendapat nama Socinians (golongan Socinia) daripada Faustus Socinus. Seperti yang kita tahu, dia telah membangkang Francis Davidis yang mengetuai bahagian lebih militan terhadap asal-usul Kristus. Mungkin pertentangannya berdasarkan perdamaian untuk menarik lebih ramai orang seperti mana keadaannya di dalam dua abad terakhir. Davidis telah dipenjarakan di istana Deva kerana enggan berdoa kepada Kristus dan meninggal dunia di situ pada November 1579. Dia telah diganti oleh Eossi. Sememangnya, Jemaat Tuhan tidak dikenali dengan istilah Unitarian kerana istilah tersebut belum dicipta lagi sebagai satu perkataan sehinggalah digunakan oleh Melius dan kemunculan pertama kalinya pada suatu dokumen di dalam dekri Persidangan Besar Lecsfalva pada tahun 1600. Ia digunakan secara rasminya oleh Gereja Rom pada tahun 1638. Perselisihan antara Socinus dan Davidis nampaknya tertumpu kepada kedudukan sebenar Kristus. Kedua-duanya adalah Unitarian. Davidis menolak segala bentuk cultus terhadap Kristus. Socinus menerima penggunaan istilah Tuhan bagi Kristus dalam ertikata subordinat atau lebih rendah. Ertikata Tuhan subordinat inilah, deuteros theos, yang kita dapatkan daripada karya-karya Irenaeus. Andreas Eossi, dengan kematian Davidis dan pembuangan elemen-elemen pro-hari Minggu, telah berjaya memulihkan Jemaat Eropah kepada bentuk asalnya yang lebih awal dan lebih murni.

 

Struktur ini membabitkan Bulan-bulan Baru sebagai sebahagian penting kepercayaan ini. Bulan-bulan Baru dianggap sekurang-kurangnya setaraf dengan Hari-hari Kudus. Perayaan Sangkakala-sangkakala tidak disenaraikan berasingan, seperti yang telah kita lihat dengan buku nyanyian itu, tetapi sebaliknya dilayani sebagai suatu Bulan Baru, iaitu, Bulan Baru bagi bulan ketujuh atau Tishri. Dengan itu, dalam pemikiran umat Jemaat Eropah, terdapat maksud rohani kepada Bulan-bulan Baru tersebut yang meletakkan suatu kepentingan ke atasnya yang mewakilkan, dan tidak melanggar, maksud kedatangan Mesias yang diterapkan di dalam Perayaan Sangkakala-sangkakala.

 

Kita telah melihat dari karya pertama bahawa Bulan-bulan Baru diteguhkan dari Pentateuch. Ia dipercayai sekurang-kurangnya sama penting dengan Sabat mingguan (Hayyim Schauss The Jewish Festivals History and Observance, tr. Samuel Jaffe, Schocken Books, New York, 1938, mukasurat 275; dan J. Wellhausen, Prolegomena to the History of Israel, 1885, mukasurat 113). Tiada perdagangan dilakukan pada kedua-dua Bulan Baru ataupun Sabat (Amos 8:5). Kita akan mendapati dari ini dan karya seterusnya bahawa Bulan-bulan Baru adalah penting bagi Rencana Keselamatan. Bulan-bulan Baru bukan saja mempunyai kepentingan rohani berhubung posisi Israel di dalam Rencana Keselamatan tetapi juga mewakili siri urutan korban-korban yang telah sempurna yang menentukan bukan saja kesahihan Jemaat-jemaat Tuhan sentral tetapi juga menentukan komposisi umat 144,000 itu serta memperlihatkan maksud komposisi mereka dari segi struktur menurut suku-suku, bukan saja di dalam Israel tetapi juga dalam ertikata lanjutan sebagai pemerintah bangsa-bangsa. Bulan-bulan Baru juga penting bagi menerangkan korban-korban terbabit di dalam Bait Tuhan yang Baru yang bermula dari Penjelmaan dan Kebangkitan Mesias. Tanpa Bulan-bulan Baru, tidak ada pemulihan yang sempurna. Elia akan memulihkan juga Bulan-bulan Baru kerana jika tidak, dia tidak dapat memulihkan segala sesuatu (Maleakhi 4:5; Matius 17:10-11). Bulan Baru berganti Bulan Baru dan Sabat berganti Sabat, semua manusia akan datang dan menyembah di hadapanKu firman Tuhan (Yesaya 66:23). Itu adalah pemulihan sebenar. Pemulihan tersebut akan bermula sebelum kedatangan Mesias dan akan berterusan sehinggalah semua bangsa ditundukkan dan insaf.

 

Mencadangkan bahawa perayaan-perayaan itu harus dipelihara tetapi Bulan-bulan Baru tidak, menunjukkan salahfaham terhadap maksud penting kedua-duanya serta tujuan Tuhan. Jika Hari-hari Kudus itu teguh berdiri bersama perintah keempat maka begitu jugalah dengan Bulan-bulan Baru.

 

Mari kita tinjau sekarang ini, maksud penuh Bulan-bulan Baru di dalam Rencana Tuhan.

 

Kejadian 1:14 menunjukkan bahawa Tuhan telah menetapkan benda-benda penerang pada cakrawala untuk menentukan siang dan malam serta menjadi tanda yang menunjukkan masa-masa yang tetap dan hari-hari dan tahun-tahun. Bulan-bulan Baru menentukan susunan serta penentuan waktu perayaan-perayaan, dan secara logiknya mendahului hari Sabat yang mewakili tindakan penyempurnaan sebagai hari ketujuh sementara Bulan-bulan tersebut bermula dari hari keempat. Benda-benda penerang bertujuan memisahkan terang dari gelap (Kejadian 1:18). Bulan mempamerkan terang dunia dari dalam kegelapan yang menguasainya. Matahari atau suria digunakan untuk menggambarkan Kristus (Maleakhi 4:2).

 

Maleakhi 4:2-5 Tetapi kamu yang takut akan nama-Ku, bagimu akan terbit surya kebenaran dengan kesembuhan pada sayapnya. Kamu akan keluar dan berjingkrak-jingkrak seperti anak lembu lepas kandang. 3 Kamu akan menginjak-injak orang-orang fasik, sebab mereka akan menjadi abu di bawah telapak kakimu, pada hari yang Kusiapkan itu, firman TUHAN semesta alam. 4 Ingatlah kepada Taurat yang telah Kuperintahkan kepada Musa, hamba-Ku, di gunung Horeb untuk disampaikan kepada seluruh Israel, yakni ketetapan-ketetapan dan hukum-hukum. 5 Sesungguhnya Aku akan mengutus nabi Elia kepadamu menjelang datangnya hari TUHAN yang besar dan dahsyat itu.

 

Di sini suria adalah Mesias dan takut akan Tuhan adalah peringatan terhadap Hukum Taurat Tuhan.

 

Suria iaitu Mesias mula-mula sekali terbit kepada Yakub (Kejadian 32:30-31).

 

Kejadian 32:30-31 Yakub menamai tempat itu Pniel, sebab katanya: "Aku telah melihat Allah berhadapan muka, tetapi nyawaku tertolong!" 31 Lalu tampaklah kepadanya matahari terbit, ketika ia telah melewati Pniel; dan Yakub pincang karena pangkal pahanya.

 

Di sini dia melihat elohim Israel berhadapan muka. Elohim ini adalah Mesias.

 

Tubuh-tubuh cakrawala berbeza dalam kemuliaan kerana tubuh-tubuh tersebut digunakan untuk menandakan keadaan-keadaan berlainan.

 

1Korintus 15:40-50 Ada tubuh sorgawi dan ada tubuh duniawi, tetapi kemuliaan tubuh sorgawi lain dari pada kemuliaan tubuh duniawi. 41 Kemuliaan matahari lain dari pada kemuliaan bulan, dan kemuliaan bulan lain dari pada kemuliaan bintang-bintang, dan kemuliaan bintang yang satu berbeda dengan kemuliaan bintang yang lain. 42 Demikianlah pula halnya dengan kebangkitan orang mati. Ditaburkan dalam kebinasaan, dibangkitkan dalam ketidakbinasaan. 43 Ditaburkan dalam kehinaan, dibangkitkan dalam kemuliaan. Ditaburkan dalam kelemahan, dibangkitkan dalam kekuatan. 44 Yang ditaburkan adalah tubuh alamiah, yang dibangkitkan adalah tubuh rohaniah. Jika ada tubuh alamiah, maka ada pula tubuh rohaniah. 45 Seperti ada tertulis: "Manusia pertama, Adam menjadi makhluk yang hidup", tetapi Adam yang akhir menjadi roh yang menghidupkan. 46 Tetapi yang mula-mula datang bukanlah yang rohaniah, tetapi yang alamiah; kemudian barulah datang yang rohaniah. 47 Manusia pertama berasal dari debu tanah dan bersifat jasmani, manusia kedua berasal dari sorga. 48 Makhluk-makhluk alamiah sama dengan dia yang berasal dari debu tanah dan makhluk-makhluk sorgawi sama dengan Dia yang berasal dari sorga. 49 Sama seperti kita telah memakai rupa dari yang alamiah, demikian pula kita akan memakai rupa dari yang sorgawi. 50 Saudara-saudara, inilah yang hendak kukatakan kepadamu, yaitu bahwa daging dan darah tidak mendapat bagian dalam Kerajaan Allah dan bahwa yang binasa tidak mendapat bagian dalam apa yang tidak binasa.

 

Bulan digunakan untuk melambangkan kedua-dua Israel sebagai bangsa dan Israel sebagai Jemaat. Dia, iaitu Israel, akan memerintah sebagai Tuhan (elohim).

 

Penggunaan pertama bagi ilustrasi yang digunakan bagi suku-suku tersebut ditemui di dalam Kejadian dengan Yusuf di dalam Kejadian 37:9.

 

Kejadian 37:5-11 Pada suatu kali bermimpilah Yusuf, lalu mimpinya itu diceritakannya kepada saudara-saudaranya; sebab itulah mereka lebih benci lagi kepadanya. 6 Karena katanya kepada mereka: "Coba dengarkan mimpi yang kumimpikan ini: 7 Tampak kita sedang di ladang mengikat berkas-berkas gandum, lalu bangkitlah berkasku dan tegak berdiri; kemudian datanglah berkas-berkas kamu sekalian mengelilingi dan sujud menyembah kepada berkasku itu." 8 Lalu saudara-saudaranya berkata kepadanya: "Apakah engkau ingin menjadi raja atas kami? Apakah engkau ingin berkuasa atas kami?" Jadi makin bencilah mereka kepadanya karena mimpinya dan karena perkataannya itu. 9 Lalu ia memimpikan pula mimpi yang lain, yang diceritakannya kepada saudara-saudaranya. Katanya: "Aku bermimpi pula: Tampak matahari, bulan dan sebelas bintang sujud menyembah kepadaku." 10 Setelah hal ini diceritakannya kepada ayah dan saudara-saudaranya, maka ia ditegor oleh ayahnya: "Mimpi apa mimpimu itu? Masakan aku dan ibumu serta saudara-saudaramu sujud menyembah kepadamu sampai ke tanah?" 11 Maka iri hatilah saudara-saudaranya kepadanya, tetapi ayahnya menyimpan hal itu dalam hatinya.

 

Maksud berkas-berkas itu ditemui di dalam simbolisme tuaian umum. Di sini melihat wilayah Yusuf adalah sebagai sebahagian daripada tuaian tersebut. Di dalam sistem ini kita melihat bahawa simbolisme ini diperluaskan untuk meliputi matahari, bulan dan bintang-bintang. Yakub menjadi matahari selaku leluhur Mesias. Bangsanya dipanggil dia akan memerintah sebagai Tuhan atau Israel. Isterinya digambarkan sebagai bulan kerana, sebagai ibu Israel, dia juga mewakili bangsa itu. Isteri Mesias atau pengantin perempuan Kristus juga adalah Jemaat, seperti yang kita dapati daripada Perjanjian Baru.

 

Suku-suku kaum adalah bintang-bintang Bani tersebut. Mereka adalah sebelas bintang itu dengan Yusuf sebagai bintang kedua belas.

 

Sekarang kita boleh teruskan kepada Wahyu 12:1-17.

 

Wahyu 12:1-17 Maka tampaklah suatu tanda besar di langit: Seorang perempuan berselubungkan matahari, dengan bulan di bawah kakinya dan sebuah mahkota dari dua belas bintang di atas kepalanya. 2 Ia sedang mengandung dan dalam keluhan dan penderitaannya hendak melahirkan ia berteriak kesakitan. 3 Maka tampaklah suatu tanda yang lain di langit; dan lihatlah, seekor naga merah padam yang besar, berkepala tujuh dan bertanduk sepuluh, dan di atas kepalanya ada tujuh mahkota. 4 Dan ekornya menyeret sepertiga dari bintang-bintang di langit dan melemparkannya ke atas bumi. Dan naga itu berdiri di hadapan perempuan yang hendak melahirkan itu, untuk menelan Anaknya, segera sesudah perempuan itu melahirkan-Nya. 5 Maka ia melahirkan seorang Anak laki-laki, yang akan menggembalakan semua bangsa dengan gada besi; tiba-tiba Anaknya itu dirampas dan dibawa lari kepada Allah dan ke takhta-Nya. 6 Perempuan itu lari ke padang gurun, di mana telah disediakan suatu tempat baginya oleh Allah, supaya ia dipelihara di situ seribu dua ratus enam puluh hari lamanya. 7 Maka timbullah peperangan di sorga. Mikhael dan malaikat-malaikatnya berperang melawan naga itu, dan naga itu dibantu oleh malaikat-malaikatnya, 8 tetapi mereka tidak dapat bertahan; mereka tidak mendapat tempat lagi di sorga. 9 Dan naga besar itu, si ular tua, yang disebut Iblis atau Satan, yang menyesatkan seluruh dunia, dilemparkan ke bawah; ia dilemparkan ke bumi, bersama-sama dengan malaikat-malaikatnya. 10 Dan aku mendengar suara yang nyaring di sorga berkata: "Sekarang telah tiba keselamatan dan kuasa dan pemerintahan Allah kita, dan kekuasaan Dia yang diurapi-Nya, karena telah dilemparkan ke bawah pendakwa saudara-saudara kita, yang mendakwa mereka siang dan malam di hadapan Allah kita. 11 Dan mereka mengalahkan dia oleh darah Anak Domba, dan oleh perkataan kesaksian mereka. Karena mereka tidak mengasihi nyawa mereka sampai ke dalam maut. 12 Karena itu bersukacitalah, hai sorga dan hai kamu sekalian yang diam di dalamnya, celakalah kamu, hai bumi dan laut! karena Iblis telah turun kepadamu, dalam geramnya yang dahsyat, karena ia tahu, bahwa waktunya sudah singkat." 13 Dan ketika naga itu sadar, bahwa ia telah dilemparkan di atas bumi, ia memburu perempuan yang melahirkan Anak laki-laki itu. 14 Kepada perempuan itu diberikan kedua sayap dari burung nasar yang besar, supaya ia terbang ke tempatnya di padang gurun, di mana ia dipelihara jauh dari tempat ular itu selama satu masa dan dua masa dan setengah masa. 15 Lalu ular itu menyemburkan dari mulutnya air, sebesar sungai, ke arah perempuan itu, supaya ia dihanyutkan sungai itu. 16 Tetapi bumi datang menolong perempuan itu. Ia membuka mulutnya, dan menelan sungai yang disemburkan naga itu dari mulutnya. 17 Maka marahlah naga itu kepada perempuan itu, lalu pergi memerangi keturunannya yang lain, yang menuruti hukum-hukum Allah dan memiliki kesaksian Yesus.

 

Di sini, perempuan itu diselubungi matahari dan bulan terletak pada tapak kakinya. Pada kepalanya adalah suatu mahkota dengan dua belas bintang. Simbolismenya di sini adalah bahawa Israel bertumbuh melampaui bangsa itu dan menjadi Jemaat. Israel fizikal menjadi Israel rohani. Hak kelahiran bangsa serta suku-suku tersebut adalah untuk menjadi perhiasan Jemaat. Proses ini berlaku selama tempoh masa yang disebutkan di dalam bab ini. Bangsa serta Jemaat itu telah dianiaya selepas perempuan itu melahirkan anak lelaki dan anak ini telah diambil naik kepada Tuhan dan kepada takhtanya. Setelah waktu itu, pendakwa saudara-saudara itu telah dilempar ke bawah. Malaikat-malaikat di sini memanggil umat pilihan sebagai saudara-saudara mereka. Jadi, apa yang dimaksudkan di sini adalah suatu hubungan kekeluargaan yang meliputi Bani malaikat.

 

Di sini kita melihat bahawa keturunan perempuan ini adalah mereka yang memelihara perintah-perintah Tuhan serta kesaksian Yesus, jadi bangsa di sini menjadi Jemaat dan dengan itu terbuka kepada bangsa-bangsa lain untuk menjadi sebahagian daripada Israel. Maka, keturunan Israel dianiaya selama satu masa, dua masa dan setengah masa atau 1,260 hari-tahun nubuatan. Tempoh ini tamat seperti yang kita sudah lihat pada tahun 1850. Namun begitu, terdapat satu lagi tempoh yang mengikuti seterusnya yang membabitkan perang-perang zaman akhir di bawah apa yang dikenali sebagai kerajaan binatang. Tempoh ini meliputi masa sehinggalah pemeteraian terakhir orang-orang kudus yang disebutkan di dalam Wahyu 14. Dari masa ini, injil Kerajaan Tuhan yang kekal dikhabarkan dan sistem Babilon itu dimusnahkan (Wahyu 14:8).

 

Tidak kira apa jangka masa yang terbabit di dalam proses itu, matahari, bulan dan bintang-bintang mewakili kedua-dua perempuan yang telah melahirkan Mesias dan juga keturunan perempuan tersebut iaitu Jemaat dan pengantin perempuan Mesias.

 

Bulan digunakan untuk melambangkan bangsa Israel dan juga Jemaat kerana bulan tidak memiliki cahayanya sendiri. Ia mendapatkan terangnya daripada matahari iaitu suatu bintang sistem pertama. Matahari ini adalah juga bintang yang terbit dari Yakub (Bilangan 24:17).Jadi, kita ada suatu bintang dari sistem pertama yang meletakkan pangkatnya ke samping dan menjadi keselamatan bagi sistem yang baru itu. Melalui aktivitinya, sistem-sistem atau bintang-bintang yang baru diciptakan melalui perempuan yang merupakan bangsa dan Jemaat tersebut. Tanpa kuasanya sendiri, dia bergantung pada kuasa yang diberikan kepadanya dari matahari itu yang merupakan sebahagian dari pencipta. Jadi, Tuhan unggul di dalam aktiviti siri urutan ini.

 

Bulan juga bersifat simbolik kerana ia mempunyai fasa-fasanya. Bulan Baru mewakili permulaan aktiviti setiap kitar. Terdapat dua belas bulan di dalam setahun (selain interkalasi) (1 Raja-raja 4:7; 1 Tawarikh 27:1-15). Ia umumnya dihitung sebagai 30 hari lamanya (Kejadian 7:11; 8:3-4; Bilangan 20:29; Ulangan 21:13; 34:8; Ester 4:11; Daniel 6:7-13). Bulan-bulan ini adalah:

 

1. Nisan (Mac-April) (atau Abib; istilah Kanaan)

2. Iyyar (April-Mei) (atau Ziv: istilah Kanaan)

3. Sivan (Mei-Jun)

4. Tammuz (Jun-Julai)

5. Ab (Julai-Ogos)

6. Elul (Ogos-September)

7. Tishri (September-Oktober) (atau Ethanim; istilah Kanaan)

8. Marcheshvan (Oktober-November) (atau Bul; istilah Kanaan)

9. Chislev (November-Disember)

10. Tebeth (Disember-Januari)

11. Shebat (Januari-Februari)

12. Adar (Februari-Mac)

 

Nama-nama Babilon yang setara:

1. Nisanu: bulan korban

2. Ayaru: bulan perarakan

3. Simanu: musim yang ditetapkan atau waktu untuk membuat batu bata

4. Du-uzu: bulan bagi Tammuz iaitu dewa kesuburan

5. Abu: bulan api suluh

6. Elulu atau Ululu: bulan pentahiran

7. Teshritu: bulan permulaan

8. Arah-samna: bulan kelapan

9. Kislimu: maksudnya tidak pasti

10. Tebitu: bulan untuk terjun (ke dalam air)

11. Shabatu: bulan ribut taufan dan hujan

12. Adaru: bulan bagi tempat pengirikan

 

Kitar dua belas bulan lunar (354 ¼ hari) tidak mencukupi tahun solar (365 ¼ hari). Oleh kerana perayaan musim bunga Paskah-Mazzoth, yang memulakan kitar perayaan-perayaan penanaman, perlu diadakan pada suatu masa tetap di dalam tahun, ianya jelas kenapa bulan interkalari diletakkan di dalam Adar pada hujung tahun. Paskah haruslah kebetulan masanya dengan tuaian pertama dan dengan itu, permulaan tahun bergantung pada kedudukan bulan pada masa itu di dalam mana tuaian jelai berlaku. Simbolisme rohaninya amat penting sekali. Perayaan-perayaan itu bergantung pada Bulan-bulan Baru dan bukan sebaliknya.

 

Bulan Baru adalah “permulaan bulan lunar, iaitu tempoh antara satu konjunksi dengan konjunksi seterusnya, yang mana panjangnya sudahpun dikira dengan tepat di dalam sekolah-sekolah astronomi” (Judaeus Philo, The Special Laws, II, XXVI, 140, F. H. Colson (Harvard University Press, Cambridge MA, 1937).

 

Nama bagi bulan interkalari adalah WeAdar (dan Adar) menurut M. Ned VIII.5 (lihat kamus Interpreter’s Dictionary of the Bible, Vol. 1, mukasurat 487). Perkiraan-perkiraan rabbinikal menunjukkan tujuh daripada setiap sembilan belas tahun mempunyai satu bulan tambahan yang kita panggil sebagai Adar II.

 

Bulan-bulan ditentukan oleh Bulan-bulan Baru, dan seluruh Rencana Keselamatan dipertunjukkan dari setiap Bulan Baru melalui perkiraan hari-hari raya itu dan pertunjukannya di dalam kitar tuaian-tuaian fizikal sebenar.

 

Tuhan bertindak terhadap sistem Mesir serta tuhan-tuhannya melalui Keluaran. Tuhan bertindak terhadap sistem Babilon melalui pendirian sebenar kalendar dan Jemaat. Perhatikan bahawa sistem Babilon memulakan tahun dari bulan permulaan, iaitu Teshritu atau Tishri. Dari bulan ini, Mesias akan menubuhkan Permulaan Baru yang dilambangkan oleh Perayaan-perayaan Sangkakala-sangkakala, Hari Pendamaian, dan Perayaan Pondok Daun.

 

Tishri ditentukan oleh Bulan Baru iaitu [Hari Raya] Sangkakala-sangkakala. Bulan permulaan tersebut dijadikan sebagai bulan ketujuh yang menggambarkan tujuh fasa bagi tujuh Jemaat itu. Setiap Bulan Baru mewakili fasa dari Mesias melalui setiap Jemaat hingga kepulangan Mesias di dalam kedatangan itu. Maka Bulan-bulan Baru itu sendiri mewakili Jemaat-jemaat. Setahunya, hanya dua era Jemaat sahaja yang tidak memelihara Bulan-bulan Baru itu pada peringkat-peringkat tertentu sejarah mereka. Ini adalah era-era Sardis dan Laodikia. Salah satunya telah mati, sementara yang satu lagi telah dimuntahkan keluar dari mulut Tuhan.

 

Tahun dijadikan agar bermula pada bulan korban yang mewakili korban Paskah Mesias. Bulan ini memulakan penuaian yang juga merupakan yang pertama dari siri urutan tuaian itu, iaitu, tuaian jelai. Tuhan kemudiannya membawa terus proses tuaian-tuaian itu melalui setiap fasa-fasa itu iaitu tiga tempoh penuaian. Ini adalah Paskah dan Roti Tidak Beragi, Perayaan Minggu-minggu, dan Perayaan Pondok Daun atau Pengumpulan. Perayaan Minggu-minggu melambangkan tuaian Jemaat sebelum kedatangan Mesias. Ini adalah proses yang sedang berjalan. Maka Pentakosta adalah permulaan suatu siri urutan yang melalui lima bulan dari Sivan ke Tishri, sungguhpun terdapat tujuh di dalam siri tersebut dari Nisan ke Tishri. Kelima-lima ini adalah batu-batu yang telah dipungut Daud dari dasar sungai itu (lihat karya Daud dan Goliat [126]). Sardis dan Laodikia disingkirkan Sivan memulakan pembuatan batu bata bagi Bait Tuhan. Urutan ini kemudiannya membabitkan kelahiran semula (Du-uzu: Tammuz), api-api suluh (Abu: Ab) atau pelita-pelita Jemaat serta pentahiran (Elulu: Elul) umat pilihan. Jadi bulan-bulan dari Simanu (Sivan) hingga Teshritu (Tishri) diambil kira di dalam simbolisme Kristian lantas menyingkirkan simbolisme Babilonnya. Nyalaan api suluh pada 9-10 Ab nampaknya dibenarkan kerana keberhalaan Israel terhadap amalan Babilon.

 

Bulan-bulan ada dua belas semuanya dengan satu bulan ketiga belas sebanyak tujuh kali setiap sembilan belas tahun. Sembilan belas tahun ini menandakan kitar sepenuhnya. Tempoh ini ditentukan oleh bulan-bulan itu sendiri sementara mereka silih berganti melalui musim-musim yang ada. Terdapat sembilan belas tahun di dalam kitaran tersebut.

 

Korban-korbannya adalah: lima puluh dua Sabat, tujuh Hari Kudus Perayaan dan dua belas hari Bulan Baru, bersama dengan Persembahan Unjukan Berkas (Imamat 23:9-14). Sangkakala-sangkakala adalah korban ganda dua kerana ia adalah Hari Raya dan juga Bulan Baru (Bilangan 29:1-6).

 

Di sini kita akan melihat mengenai maksud bulan-bulan itu kepada Israel. Pertaliannya berasaskan pada fungsi bulan interkalari sebagaimana ia terjadi bersama dengan dua belas bulan yang biasa. Israel mewakili sistem ini melalui suku-sukunya. Israel mempunya dua belas suku. Mereka adalah, bermula dari sebelah utara: Dan, Asyer, Naftali, Yehuda, Isakhar, Zebulon, Ruben, Simeon, Gad, Efraim, Manasye, Benyamin (lihat Bilangan 10:11; rujuk Yehezkiel 1:4 dan seterusnya). Suku kaum Lewi berpusat pada sekeliling khemah suci itu. Dengan itu terdapat dua belas suku semuanya namun Yusuf memiliki hak kelahiran itu dan secara efektifnya terbahagi kepada dua bahagian untuk menjadikannya dua belas suku di mana suku Lewi melepaskah bahagiannya untuk melakukan fungsi keimamatan. Maka, pelan bagi fungsi Israel fizikal telahpun ditetapkan di dalam bintang-bintang pada waktu penciptaan. Adar II mewakili keimamatan sebagai bulan dan suku ketiga belas. Bulan ini muncul tujuh kali di dalam satu kitaran. Kitaran ini mewakili tujuh roh Tuhan sementara mereka melakukan tugas-tugas mereka di bawah malaikat-malaikat tujuh Jemaat itu. Masalah ini tidak dapat diselesaikan atau difahami tanpa pemahaman mengenai Bulan-bulan Baru.

 

Suku-suku itu kemudiannya pergi terus kepada fasa rohani sebagai keimamatan seluruhnya. Jadi nampaknya seolah-olah, demi membenarkan Lewi meneruskan tugas-tugas biasanya sebagai imam-imam Israel berserta yang lain, Yusuf perlu kembali kepada peruntukannya sebagai satu suku dengan Lewi mengambil bahagian kedua belas. Sebenarnya bukanlah begitu. Janji-janji hak kelahiran kepada Yusuf itu juga dikekalkan dalam cara yang begitu bererti. Kita perhatikan struktur tersebut dari suatu pemeriksaan umat 144,000 itu. Suku-suku diperuntukkan umat pilihan 144,000 itu pada dasar selain daripada 12,000 untuk satu suku. Yusuf sebenarnya menjadi gabungan Efraim dan Dan dan bukannya gabungan biasa Efraim dan Manasye. [Nama] Yusuf hanya digunakan untuk melambangkan suatu suku gabungan dan yang memegang hak kelahiran tersebut.

 

Peruntukan-peruntukan itu ditemui di dalam Wahyu 7:1-8.

 

1 Kemudian dari pada itu aku melihat empat malaikat berdiri pada keempat penjuru bumi dan mereka menahan keempat angin bumi, supaya jangan ada angin bertiup di darat, atau di laut atau di pohon-pohon. 2 Dan aku melihat seorang malaikat lain muncul dari tempat matahari terbit. Ia membawa meterai Allah yang hidup; dan ia berseru dengan suara nyaring kepada keempat malaikat yang ditugaskan untuk merusakkan bumi dan laut, 3 katanya: "Janganlah merusakkan bumi atau laut atau pohon-pohon sebelum kami memeteraikan hamba-hamba Allah kami pada dahi mereka!" 4 Dan aku mendengar jumlah mereka yang dimeteraikan itu: seratus empat puluh empat ribu yang telah dimeteraikan dari semua suku keturunan Israel. 5 Dari suku Yehuda dua belas ribu yang dimeteraikan, dari suku Ruben dua belas ribu, dari suku Gad dua belas ribu, 6 dari suku Asyer dua belas ribu, dari suku Naftali dua belas ribu, dari suku Manasye dua belas ribu, 7 dari suku Simeon dua belas ribu, dari suku Lewi dua belas ribu, dari suku Isakhar dua belas ribu, 8 dari suku Zebulon dua belas ribu, dari suku Yusuf dua belas ribu, dari suku Benyamin dua belas ribu.

 

Di sini, keempat malaikat yang ditugaskan untuk merosakkan bumi diberitahu untuk tidak berbuat demikian sehinggalah hamba-hamba Tuhan dimeteraikan. Bilangannya di sini adalah 144,000. Umat ini dimeteraikan di dalam dua belas suku. Harus diperhatikan daripada senarai ini bahawa Lewi mengambil 12,000, yang luar biasa kerana Lewi lazimnya tidak termasuk di dalam pembahagian tanah dan harta pusaka di kalangan dua belas suku itu. Namun, pemeteraian ini adalah untuk umat pilihan yang telah ditebuskan sebagai raja-raja dan imam-imam kepada Tuhan (Wahyu 5:9-10). Jadi, memang betul Lewi mendapat tempatnya. Di sini bukannya Manasye yang bergabung dengan Efraim untuk membentuk Yusuf tetapi Dan bergabung dengan Efraim bagi menjadi Yusuf. Maka, Dan dan Yusuf menjadi suatu entiti. Manasye menjadi entitinya sendiri. Harus juga diingati bahawa Manasye, Ruben dan Gad telah mengambil pusaka fizikal mereka di luar Israel sebelum penyeberangan Yordan; mereka juga telah ditawan sebelum Israel umumnya. Dianggapkan bahawa aktiviti-aktiviti ini memberi gambaran tentang aktiviti-aktiviti akhir zaman.

 

Pemeteraian keimamatan di sini di dalam suku-suku tersebut juga mengikuti konsep dua belas suku yang mempunyai elemen ketiga belas, yang dalam keadaan in adalah Dan dan bukannya Lewi. Ini seterusnya menjadi penggenapan satu lagi nubuatan yang ditemui di dalam Kejadian 49:16.

 

Kejadian 49:16-17 Adapun Dan, ia akan mengadili bangsanya sebagai salah satu suku Israel. 17 Semoga Dan menjadi seperti ular di jalan, seperti ular beludak di denai yang memagut tumit kuda, sehingga penunggangnya jatuh ke belakang.

 

Nubuatan ini menunjukkan bahawa Dan akan mengadili bangsanya sebagai salah satu suku Israel. Ini memang telah berlaku di bawah Samson. Namun, pengadilan belum pernah lagi diberikan kepada Dan sebagai satu suku. Hukum Dan telah menjadi suatu sistem undang-undang di dalam undang-undang adat di kalangan rakyat berbahasa Inggeris namun ini nampaknya mempunyai maksud lain yang belum lagi digenapi. Penggunaan Dan dengan cara sama seperti Lewi, memandangkan ciri tidak tetap bagi peruntukan 144,000 itu, mungkin adalah sistem yang dimaksudkan di sini di dalam Wahyu 7. Sama ada Yusuf sekadar mengandungi Efraim dan Dan sahaja atau Dan ditetapkan menurut hak kelahirannya terhadap pengadilan itu sebagaimana ia dikeluarkan dari Yerusalem di bawah Mesias nanti, masih lagi belum ditentukan. Apa yang boleh dikatakan hanyalah bahawa Kitab Suci tidak boleh dibatalkan dan Dan akan mengadili bangsanya sebagai salah satu dari suku Israel. Senario paling mungkin adalah bahawa Dan akan mengadili di bawah Mesias dan dua belas rasul itu yang diperuntukkan dua belas suku Israel di dalam pengadilan (Lukas 22:30). Maka, suku-suku ini kekal sebagai suatu elemen rohani bangsa tersebut lantas menggabungkan juga orang-orang bangsa lain.

 

Apa yang dapat kita lihat dengan jelas adalah bahawa sistem dua belas dan tiga belas itu yang mewakili sistem pengaturan dunia melalui suku-suku Israel sebagai suatu bangsa dan sebagai keimamatan dunia, telah ditetapkan di cakrawala sebagai suatu perjanjian kekal dengan umat Tuhan. Sistem ini telah diisytiharkan sejak dari permulaan. Ianya ditandakan oleh bulan-bulan di dalam urutan mereka. Tanpa Bulan-bulan Baru, tidak mungkin ada pemahaman terperinci mengenai Rencana Keselamatan. Tuhan mengisytiharkan yang akhir dari permulaan. Maka, Tuhan adalah Alfa dan Omega iaitu yang awal dan yang akhir (Wahyu 1:8; 21:6; 22:13). Dia telah meletakkan kekekalan di dalam pemikiran manusia namun [begitu caranya hingga] dia tidak mampu mengetahui apa yang telah dilakukan Tuhan dari awal hingga akhir (Pengkhotbah 3:11).

 

Pengkhotbah 3:11 Ia membuat segala sesuatu indah pada waktunya, bahkan Ia memberikan kekekalan dalam hati mereka. Tetapi manusia tidak dapat menyelami pekerjaan yang dilakukan Allah dari awal sampai akhir.

 

Apa saja yang Tuhan lakukan kekal selamanya, tiada dapat ditambah kepadanya ataupun diambil daripadanya. Tuhan telah menjadikannya begitu agar manusia takut di hadapanNya. Yang sekarang ada dulu sudah ada, dan yang akan ada sudah lama ada, dan Tuhan mencari apa yang sudah lalu (Pengkhotbah 3:14-15).

 

Pengkhotbah 3:14-15 Aku tahu bahwa segala sesuatu yang dilakukan Allah akan tetap ada untuk selamanya; itu tak dapat ditambah dan tak dapat dikurangi; Allah berbuat demikian, supaya manusia takut akan Dia. 15 Yang sekarang ada dulu sudah ada, dan yang akan ada sudah lama ada; dan Allah mencari yang sudah lalu.

 

Bulan-bulan Baru kekal teguh untuk selamanya di bawah Mesias dan umat pilihannya.

 

q