Jemaat-jemaat Allah Al Masehi

[137]

Mengukur Bait Suci

(Edisi 1.2 19950930-19970621)

Karya ini adalah penghuraian panjang tentang pengukuran Bait Tuhan serta nubuatan-nubuatan berhubung Israel dan segala bangsa sepanjang fasa akhir tiga puluh tahun hingga permulaan Milenium. Penyingkiran tiga kelas kepimpinan, iaitu Para Imam, Nabi dan Raja akan dikaji. Penghakiman domba dari segi bagaimana mereka melayani sesama sendiri adalah penting sekali kepada fasa akhir pengukuran ini. Perumpamaan domba dan kambing mungkin difahami dengan lebih baik dari teks ini. Karya ini bersaling hubung dengan pemahaman tentang Saksi-saksi dan Amaran Zaman Akhir bersama dengan perang-perang zaman akhir.

Christian Churches of God

 PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

(Hakcipta ©1995, 1997 Wade Cox)

(Tr. 2005)

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org


Mengukur Bait Suci



Bahagian 1 - Pengenalan

Pengukuran Bait disebutkan dalam Wahyu 11:1-2

Wahyu 11:1-2 Kemudian diberikanlah kepadaku sebatang buluh, seperti tongkat pengukur rupanya, dengan kata-kata yang berikut: "Bangunlah dan ukurlah Bait Suci Allah dan mezbah dan mereka yang beribadah di dalamnya. 2 Tetapi kecualikan pelataran Bait Suci yang di sebelah luar, janganlah engkau mengukurnya, karena ia telah diberikan kepada bangsa-bangsa lain dan mereka akan menginjak-injak Kota Suci empat puluh dua bulan lamanya."

Proses pengukuran Bait ini adalah aktiviti khas zaman akhir sebelum aktiviti-aktiviti dua saksi yang disebutkan dalam Wahyu 11:3.

Wahyu 11:3-4 Dan Aku akan memberi tugas kepada dua saksi-Ku, supaya mereka bernubuat sambil berkabung, seribu dua ratus enam puluh hari lamanya. 4 Mereka adalah kedua pohon zaitun dan kedua kaki dian yang berdiri di hadapan Tuhan semesta alam.

Pengukuran Bait berlaku mengikut suatu urutan aktiviti yang mendahului tempoh 1,260 hari atau empat puluh dua bulan itu. Kedua-duanya adalah skala waktu yang sama tetapi ditunjukkan dengan cara berlainan. Maka dengan itu kita dapat menyimpulkan apa yang dimaksudkan oleh dua tempoh itu. Nampaknya kita mungkin berdepan dengan dua skala waktu yang berbeza dalam ayat-ayat Wahyu, satu atas dasar setahun untuk sehari yang membayangkan 1,260 tahun kesukaran itu, dan yang satu lagi adalah tempoh sebenar tiga setengah tahun. Tempoh untuk saksi-saksi itu diberikan sebagai 1,260 hari berkabung, dan tempoh ini bersamaan dengan tempoh bila mana pelataran di luar Bait itu diinjak-injak, bersama dengan kota suci iaitu Yerusalem.

Tempoh ini membabitkan dua orang nabi yang menyebabkan hujan berhenti sewaktu tempoh nubuatan mereka dan mereka bernubuat dengan memakai pakaian berkabung selama tempoh tiga setengah tahun.

Wahyu 11:5-14 Dan jikalau ada orang yang hendak menyakiti mereka, keluarlah api dari mulut mereka menghanguskan semua musuh mereka. Dan jikalau ada orang yang hendak menyakiti mereka, maka orang itu harus mati secara itu. 6 Mereka mempunyai kuasa menutup langit, supaya jangan turun hujan selama mereka bernubuat; dan mereka mempunyai kuasa atas segala air untuk mengubahnya menjadi darah, dan untuk memukul bumi dengan segala jenis malapetaka, setiap kali mereka menghendakinya. 7 Dan apabila mereka telah menyelesaikan kesaksian mereka, maka binatang yang muncul dari jurang maut, akan memerangi mereka dan mengalahkan serta membunuh mereka. 8 Dan mayat mereka akan terletak di atas jalan raya kota besar, yang secara rohani disebut Sodom dan Mesir, di mana juga Tuhan mereka disalibkan. 9 Dan orang-orang dari segala bangsa dan suku dan bahasa dan kaum, melihat mayat mereka tiga setengah hari lamanya dan orang-orang itu tidak memperbolehkan mayat mereka dikuburkan. 10 Dan mereka yang diam di atas bumi bergembira dan bersukacita atas mereka itu dan berpesta dan saling mengirim hadiah, karena kedua nabi itu telah merupakan siksaan bagi semua orang yang diam di atas bumi. 11 Tiga setengah hari kemudian masuklah roh kehidupan dari Allah ke dalam mereka, sehingga mereka bangkit dan semua orang yang melihat mereka menjadi sangat takut. 12 Dan orang-orang itu mendengar suatu suara yang nyaring dari sorga berkata kepada mereka: "Naiklah ke mari!" Lalu naiklah mereka ke langit, diselubungi awan, disaksikan oleh musuh-musuh mereka. 13 Pada saat itu terjadilah gempa bumi yang dahsyat dan sepersepuluh bagian dari kota itu rubuh, dan tujuh ribu orang mati oleh gempa bumi itu dan orang-orang lain sangat ketakutan, lalu memuliakan Allah yang di sorga. 14 Celaka yang kedua sudah lewat: lihatlah, celaka yang ketiga segera menyusul.

Terdapat beberapa usul dalam teks ini. Pertama adalah bahawa saksi-saksi itu tidak dapat dibunuh sehingga mereka menghabiskan tugas mereka. Saksi-saksi ini berdiri di hadapan tuhan dunia ini iaitu Iblis (2 Korintus 4:4). Oleh itu, mereka di situ untuk sebagai saksi terhadapnya dan sistem dunia ini. Mereka yang ingin membunuh mereka dibunuh dengan cara yang sama. Ini adalah kuasa Elia. Elia mempunyai kuasa untuk memanggil api turun dari langit terhadap imam-imam ilah palsu (1Raja-raja 18:1-46) dan mereka yang ingin mencederakannya (2 Raja-raja 1:10-15) atau sememangnya yang tidak menghormatinya sebagai utusan terlantik Tuhan (2Raja-raja 2:23-24) seperti mana apa yang berlaku dengan Elisa. Elia mempunyai kuasa atas air dan atas hujan, dan begitu juga Elisa (2 Raja-raja 2:8, 19-22). Langit telah ditutup kerana dosa orang-orang yang disaksikan oleh kedua saksi itu (1 Raja-raja 8:35; rujuk Imamat 26:19; Ulangan 11:17).

Elia telah menutup langit mengikut katanya.

1Raja-raja 17:1 Lalu berkatalah Elia, orang Tisbe, dari Tisbe-Gilead, kepada Ahab: "Demi Tuhan yang hidup, Allah Israel, yang kulayani, sesungguhnya tidak akan ada embun atau hujan pada tahun-tahun ini, kecuali kalau kukatakan."

Sifat saksi-saksi itu diperiksa dalam karya Saksi-saksi (No. 135). Kita nyatakan semula poin-poin utamanya. Elia adalah orang Gilead. Gilead adalah suku atau keluarga dari kawasan Gad (1 Tawarikh 3:14) yang tinggal di Gilead. Mereka merupakan penduduk di timur Yordan. Mereka adalah penduduk-penduduk berasingan di kalangan kedua-dua Efraim dan Manasye dengan siapa mereka berlawan di bawah Yefta (Hakim 11:4). Nama Gilead mungkin sekali didapati dari nama negeri kasar kerana bersebelahan dengan dataran-dataran Basan yang subur. Kawasannya diketahui disempadani oleh Arnon di selatan, Lembah Yordan di barat, bahagian selatan-utara Yabok dan padang gurun di timur, dan sempadan Basan, beberapa batu di utara Yarmuk, di sebelah utara. Pusaka Gad merupakan negeri yang lebih kasar dari Manasye. Pusaka kedua-duanya terletak di luar kawasan Israel sebenar iaitu di luar Yordan. Interpreter’s Dictionary of the Bible berpendapat bahawa Gilead jelas adalah suatu suku yang sejajar kepada Ruben dan Dan dan setara dengan Gad. Dalam pengertiannya yang terluas, ia meluas lebih lanjut ke utara ke Basan dan malah melepasi Yarmuk. Disebabkan keadaan samar-samar ini, kawasan Manasye kadangkala disebut sebagai saling meliputi Gilead. Bagaimanapun, biasanya hanya suku-suku Ruben dan Gad sahaja yang menetap di situ. Nampaknya terdapat sebuah kerajaan bebas yang didirikan di Gilead di bawah Pekah bin Remalya dari tempoh dua puluh tahun pemerintahannya dalam 2 Raja-raja 15:27. Ini nampaknya telah berlaku sekitar 750 SM pada sebelah hujung pemerintahan Yerobeam II. Dia memerintah di situ sehingga 735 SM. Dia telah membunuh pendahulunya dengan bantuan orang Gilead (2 Raja-raja 15:25). Dia kemudiannya cuba menyatukan semua wilayah sekelilingnya melawan Asyur. Orang Asyur mengalahkannya dan membawa pergi semua penduduk Israel di Gilead (2 Raja-raja 15:29) dan sejak waktu itu ia bukan lagi sebahagian dari kerajaan tersebut. Konsep hak waris terbuang ini mempunyai aplikasinya dalam zaman akhir.

Maka Elia boleh dikenalpasti sebagai orang Gad, yang datang dari kawasan-kawasan pusaka Israel di luar Yordan. Ini mempunyai signifikans untuk zaman akhir jika kita mengandaikan bahawa simbolisme pusaka di luar Israel mempunyai signifikans untuk saksi-saksi itu serta pembahagian suku-suku, sekurang-kurangnya untuk empat suku (Ruben, Gad, Manasye dan Dan) yang mempunyai pusaka di luar Israel, dan bersamaan dengan Efraim. Simeon juga terselerak di kalangan mereka.

Dari kuasa yang kita lihat diberikan kepada Elia atas kemarau, api dan cuaca, maka kita lihat bahawa saksi-saksi itu ada dalam kuasa Elia seperti yang dijanjikan dari Maleakhi 4:5-6.

Maleakhi 4:5-6 Sesungguhnya Aku akan mengutus nabi Elia kepadamu menjelang datangnya hari TUHAN yang besar dan dahsyat itu. 6 Maka ia akan membuat hati bapa-bapa berbalik kepada anak-anaknya dan hati anak-anak kepada bapa-bapanya supaya jangan Aku datang memukul bumi sehingga musnah.

Kuasa nabi ini bukan saja dari segi melakukan keajaiban tetapi juga berkaitan dengan pengukuhan semula hubungan-hubungan keluarga atas bumi agar ia dapat diselamatkan.

Yohanes Pembaptis merupakan seorang perintis kepada nabi ini namun dia bukan nabi itu.

Matius 11:12-14 Sejak tampilnya Yohanes Pembaptis hingga sekarang, Kerajaan Sorga diserong dan orang yang menyerongnya mencoba menguasainya. 13 Sebab semua nabi dan kitab Taurat bernubuat hingga tampilnya Yohanes 14 dan--jika kamu mau menerimanya--ialah Elia yang akan datang itu.

Maka Yohanes adalah Elia, ada dalam roh Elia, namun akan juga terdapat seorang yang lain yang dari roh nabi itu (lihat juga Markus 9:11-13).

Matius 17:10-12 Lalu murid-murid-Nya bertanya kepada-Nya: "Kalau demikian mengapa ahli-ahli Taurat berkata bahwa Elia harus datang dahulu?" 11 Jawab Yesus: "Memang Elia akan datang dan memulihkan segala sesuatu 12 dan Aku berkata kepadamu: Elia sudah datang, tetapi orang tidak mengenal dia, dan memperlakukannya menurut kehendak mereka. Demikian juga Anak Manusia akan menderita oleh mereka."

Pemulihan segala sesuatu akan berlaku di bawah sistem zaman akhir tersebut. Saksi-saksi itu mempunyai kuasa-kuasa tersebut. Elia adalah salah seorang dari saksi-saksi itu dan dia disertai oleh seorang lagi untuk berdiri di Yerusalem, ataupun saksi-saksi ini akan menggunakan kuasa-kuasa yang sama dalam zaman akhir. Empayar binatang diizinkan membunuh mereka setelah mereka mengakhiri nubuatan mereka. Mayat mereka akan dibiarkan atas jalan raya kota besar selama tiga setengah hari.

Saksi-saksi ini melakukan tugas-tugas yang sama seperti yang Musa lakukan kepada Mesir. Tulah-tulah yang Musa kenakan pada Mesir bertujuan untuk membereskan sistem rohaniah mereka pada alam jasmaniah: saksi-saksi ini akan menangani sistem zaman akhir itu. Proses ini juga dilaksanakan oleh Elia yang bersaksi terhadap agama palsu dalam Israel. Maka saksi-saksi ini bersaksi terhadap agama palsu di dalam Israel dan di antara semua bangsa. Urutan nubuatan mereka serta jangkauannya akan diberikan kemudian. Dua orang ini yang menggunakan kuasa Musa dan Elia masih belum mengambil tempat mereka. Dari keperluan nubuatan mereka, ianya jelas bahawa akan ada agama palsu yang cukup signifikan dalam Israel dan bangsa-bangsa pada zaman itu. Dari Yeremia 4:15 dan seterusnya, ianya disimpulkan bahawa terdapat seorang nabi yang mendahului saksi-saksi itu, yang mengingatkan bangsa-bangsa tentang kedatangan Mesias. Kemusnahan bangsa-bangsa dicirikan dalam kuasa saksi-saksi itu, namun tidak dilaksanakan sepenuhnya sehingga Mesias ada. Pekerjaan nabi zaman akhir ini dilaksanakan dari Dan-Efraim. Dari nubuatan-nubuatan bukan alkitabiah, nampaknya bahawa nabi ini akan dipanggil oleh sistem agama aliran umum sebagai Antikristus atau Antikristus Dan. Ini adalah kerana nabi ini mengutuk Kekristianan palsu dan mengabarkan pemulihan sistem alkitabiah serta kedatangan Mesias untuk memerintah dari Yerusalem. Nubuatan-nubuatan ini akan dikaji di tempat lain.

Sebelum itu terjadi, urutan yang diberikan dalam Wahyu 11:1-2 harus dilaksanakan. Urutan tersebut dibangunkan dalam nubuatan Perjanjian Lama dan Baru. Pengukuran Bait mendahului pengukuran bangsa Israel. Bangsa ini diwakili di sini sebagai pelataran luar yang diserahkan kepada bangsa lain untuk diinjak-injak selama tiga setengah tahun. Maka pengukuran Bait mendahului tempoh tiga setengah tahun saksi-saksi tersebut dari Wahyu 11:3 dan seterusnya, dan disenaraikan dalam Zakharia.

Pengukuran kedua-dua Yehuda dan Yusuf berlaku pada waktu ini, dan gembala-gembala keduanya menderita sengsara dan mendatangkan kemurkaan Tuhan.

Zakharia 10:1-12 Mintalah hujan dari pada TUHAN pada akhir musim semi! Tuhanlah yang membuat awan-awan pembawa hujan deras, dan hujan lebat akan Diberikannya kepada mereka dan tumbuh-tumbuhan di padang kepada setiap orang. 2 Sebab apa yang dikatakan oleh terafim adalah jahat, dan yang dilihat oleh juru-juru tenung adalah dusta, dan mimpi-mimpi yang disebutkan mereka adalah hampa, serta hiburan yang diberikan mereka adalah kesia-siaan. Oleh sebab itu bangsa itu berkeliaran seperti kawanan domba dan menderita sengsara sebab tidak ada gembala. 3 "Terhadap para gembala akan bangkit murka-Ku dan terhadap kepala-kepala kawanan kambing Aku akan mengadakan pembalasan, sebab TUHAN semesta alam memperhatikan kawanan ternak-Nya, yakni kaum Yehuda, dan membuat mereka sebagai kuda keagungan-Nya dalam pertempuran. 4 Dari pada mereka akan muncul batu penjuru, dari pada mereka akan muncul patok kemah, dari pada mereka akan muncul busur perang, dari pada mereka akan keluar semua penguasa bersama-sama. 5 Maka mereka akan seperti pahlawan yang menginjak-injak musuh seakan-akan itu lumpur di jalan; mereka akan berperang, sebab TUHAN menyertai mereka, dan mereka akan membuat malu orang-orang yang mengendarai kuda. 6 Aku akan membuat kuat kaum Yehuda, dan Aku menyelamatkan keturunan Yusuf. Aku akan membawa mereka kembali, sebab Aku menyayangi mereka; dan keadaan mereka seakan-akan tidak pernah ditolak oleh Aku, sebab Akulah TUHAN, Allah mereka, dan Aku akan menjawab mereka. 7 Efraim akan seperti seorang pahlawan, hati mereka akan bersukacita seperti oleh anggur. Anak-anak mereka akan melihatnya, lalu bersukacita dan hati mereka bersorak-sorak karena TUHAN. 8 Aku akan bersiul memanggil mereka dan Aku akan mengumpulkan mereka, sebab Aku sudah membebaskan mereka, dan jumlah mereka menjadi banyak seperti dahulu. 9 Sekalipun Aku telah menyerakkan mereka ke antara bangsa-bangsa, tetapi di tempat-tempat yang jauh mereka akan ingat kepada-Ku; mereka akan hidup bersama-sama anak-anak mereka dan mereka akan kembali. 10 Aku akan membawa mereka kembali dari tanah Mesir, dan dari Asyur Aku akan mengumpulkan mereka; Aku akan membawa mereka masuk ke tanah Gilead dan ke Libanon, sehingga tidak ada tempat lagi bagi mereka. 11 Mereka akan menyeberangi laut Mesir dan Ia akan memukul gelombang di laut, sehingga segala tempat yang dalam di sungai Nil menjadi kering. Kebanggaan Asyur akan diturunkan dan tongkat kerajaan Mesir akan lewat. 12 Aku akan menguatkan mereka, dan mereka akan bermegah di dalam nama TUHAN," demikianlah firman TUHAN.

Penderitaan gembala-gembala itu akan berlaku selang waktu sama seperti pembubaran Israel, kedua Efraim dan Yehuda. Laluannya adalah melalui laut penderitaan (lihat Companion Bible, nota kepada ayat 11). Proses ini adalah untuk mendirikan kedua-dua Yehuda dan Israel sebagai kuasa di antara bangsa-bangsa zaman akhir. Mereka akan disesalkan dan mereka akan kembali semula kepada Tuhan di antara bangsa-bangsa, dan kemudian mereka akan dipulihkan ke Yerusalem dan pusaka mereka. Bilangan mereka akan bertambah seperti dahulu. Sungai yang kering itu adalah sistem Tigris-Efrat. Hakikat ini menandakan kemusnahan sistem utara dan sistem Mesir. Proses itu kemudiannya memberi jalan bagi raja-raja timur untuk bergerak dan mara terhadap Yerusalem.

Proses ini sekali lagi adalah berkenaan kerajaan utara seperti yang kita lihat dari 2 Raja-raja 19:21-28 (khasnya ayat 24). Ini dinubuatkan dalam Wahyu 16:12.

Wahyu 16:12 Dan malaikat yang keenam menumpahkan cawannya ke atas sungai yang besar, sungai Efrat, lalu keringlah airnya, supaya siaplah jalan bagi raja-raja yang datang dari sebelah timur.

Proses pengeringan sungai ini tidak semestinya bererti kemarau yang berpanjangan. Perkara yang sama telah dilakukan kepada Laut Merah (Teberau) seperti yang kita tahu dari Mazmur 106:9.

Mazmur 106:9 Dihardik-Nya Laut Teberau, sehingga kering, dibawa-Nya mereka berjalan melalui samudera raya seperti melalui padang gurun.

Dengan itu, jalannya terbuka untuk angkatan timur bergerak melalui apa yang dikenali sekarang sebagai Iraq dan mungkin Iran.

Sebelum proses pembawaan bangsa-bangsa turun kepada pengadilan itu dapat berlaku, bangsa Israel dibersihkan.

Tempoh tiga tahun pencubaan dan keselamatan itu juga ditemui dalam 2 Raja-raja 19:29-30. Ini juga merujuk kepada Bencana Holocaust.

2Raja-raja 19:29-30 Dan inilah yang akan menjadi tanda bagimu, hai Hizkia: Dalam tahun ini orang makan apa yang tumbuh sendiri, dan dalam tahun yang kedua, apa yang tumbuh dari tanaman yang pertama, tetapi dalam tahun yang ketiga, menaburlah kamu, menuai, membuat kebun anggur dan memakan buahnya. 30 Dan orang-orang yang terluput di antara kaum Yehuda, yaitu orang-orang yang masih tertinggal, akan berakar pula ke bawah dan menghasilkan buah ke atas.

Pengukuran serta penderitaan gembala-gembala mendahului apa yang dialami bangsa. Bagaimanapun, Yehuda dan Israel berdua berlawan sebagai orang perkasa pada zaman akhir. Bagaimana ini tercapai akan dibincangkan kemudiannya.

Pengukuran bermula dengan Rumah Tuhan.

Yehezkiel 9:1-11 Lalu aku mendengar Dia berseru dengan suara yang nyaring: "Maju ke mari, hai, yang harus menjalankan hukuman atas kota ini! Masing-masing dengan alat pemusnah di tangannya!" 2 Lihat, enam orang laki-laki datang dari jurusan pintu gerbang Atas, yang menghadap ke utara, masing-masing dengan alat pemukul di tangannya. Dan satu orang di antara mereka berpakaian lenan dan di sisinya terdapat suatu alat penulis. Mereka ini masuk dan berdiri di samping mezbah tembaga. 3 Pada saat itu kemuliaan Allah Israel sudah terangkat dari atas kerub, tempatnya semula, ke atas ambang pintu Bait Suci dan Dia memanggil orang yang berpakaian lenan dan yang mempunyai alat penulis di sisinya. 4 Firman TUHAN kepadanya: "Berjalanlah dari tengah-tengah kota, yaitu Yerusalem dan tulislah huruf T pada dahi orang-orang yang berkeluh kesah karena segala perbuatan-perbuatan keji yang dilakukan di sana."

Kemuliaan Tuhan terangkat dari atas kerub ke atas ambang pintu Rumah (Bait) Tuhan.

Angkatan malaikat bergerak untuk membersihkan bangsa itu sebelum pendirian semula Rumah Tuhan. Pendirian semula atau pendudukan ini berlaku secara berperingkat-peringkat seperti yang kita dapat simpulkan dari pendudukan ambang pintu itu. Kerubim adalah berperingkat dan berada pada tempat-tempat berlainan (lihat karya Maksud Penglihatan Yehezkiel (No. 108)).

Kemasukan Mesias ke ambang pintu Bait dalaman sebagai raja telah dibayangkan oleh sistem yang ditetapkan dari Yehezkiel 45 dan 46.

Raja ini mempunyai satu siri syarat-syarat yang dikenakan atasnya dari teks dalam Yehezkiel 45:8-10.

Yehezkiel 45:8-10 Itulah yang menjadi miliknya di tanah Israel. Dan raja-raja Israel tidak lagi akan menindas umat-Ku; mereka akan menyerahkan negeri itu kepada kaum Israel menurut suku-suku mereka." 9 Beginilah firman Tuhan ALLAH: "Cukuplah itu, hai raja-raja Israel, jauhkanlah kekerasan dan aniaya, tetapi lakukanlah keadilan dan kebenaran; hentikanlah kekerasanmu yang mengusir umat-Ku dari tanah miliknya, demikianlah firman Tuhan ALLAH. 10 Neraca yang betul, efa yang betul dan bat yang betullah patut ada padamu.

Bangsa itu dikenakan cukai (rodi) kira-kira setengah peratus perpuluhan untuk membekali persembahan-persembahan yang kemudiannya menjadi tanggungjawab pihak pentadbiran untuk setiap Sabat, Bulan Baru dan Hari Raya. Korban-korban pendamaian dilakukan pada bulan pertama dan ketujuh. Korban-korban adalah pada Bulan-bulan Baru dan Paskah dan Perayaan Pondok Daun. Raja akan mewakili Mesias dalam semua perayaan itu. Proses ini harus berlangsung pada hari-hari Sabat dan Bulan Baru, di mana kedua-duanya adalah hari-hari tidak bekerja atau Sabat.

Yehezkiel 46:1-3 Beginilah firman Tuhan ALLAH: Pintu gerbang pelataran dalam yang menghadap ke sebelah timur haruslah tertutup selama enam hari kerja, tetapi pada hari Sabat supaya dibuka; pada hari bulan baru juga supaya dibuka. 2 Raja itu akan masuk dari luar melalui balai gerbang dan akan berdiri dekat tiang pintu gerbang itu. Sementara itu imam-imam akan mengolah korban bakaran dan korban keselamatan raja itu dan ia akan sujud menyembah di ambang pintu gerbang itu, lalu keluar lagi. Dan pintu gerbang itu tidak boleh ditutup sampai petang hari. 3 Penduduk negeri juga harus turut sujud menyembah di hadapan TUHAN di pintu gerbang itu pada hari Sabat dan hari bulan baru.

Maka hari Sabat dan hari Bulan Baru semuanya adalah hari kebaktian dan perkumpulan ibadat di bawah jagaan raja, dan dengan umat. Sistem ini meliputi hari raya (Yehezkiel 46:9-10).

Adanya kewajiban pada raja-raja dan para imam untuk bertanggungjawab atas umat dan mereka dihakimi oleh cara dalam mana mereka melakukan tanggungjawab itu. Kegagalan para raja, imam dan nabi bangsa pada zaman akhir menyaksikan penyingkiran mereka.

Yehezkiel 22:23-31 Kemudian datanglah firman TUHAN kepadaku: 24 "Hai anak manusia, katakanlah kepadanya: Engkau adalah tanah yang tidak menerima hujan, tidak mendapat air pada masa kegeraman, 25 yang pemimpin-pemimpinnya di tengah-tengahnya seperti singa yang mengaum, yang menerkam mangsanya: manusia ditelan, harta benda dan barang-barang yang berharga dirampas, janda-janda dibuat bertambah-tambah di tengah-tengahnya. 26 Imam-imamnya memperkosa hukum Taurat-Ku dan menajiskan hal-hal yang kudus bagi-Ku, mereka tidak membedakan antara yang kudus dengan yang tidak kudus, tidak mengajarkan perbedaan yang najis dengan yang tahir, mereka menutup mata terhadap hari-hari Sabat-Ku. Demikianlah Aku dinajiskan di tengah-tengah mereka. 27 Pemuka-pemukanya di tengah-tengahnya adalah seperti serigala-serigala yang menerkam mangsanya dalam kehausan akan darah, yang membinasakan orang-orang untuk menguntungkan diri sendiri secara haram. 28 Dan nabi-nabinya mengoles mereka dengan kapur dengan melihat penglihatan yang menipu dan memberi tenungan bohong bagi mereka; nabi-nabi itu berkata: Beginilah firman Tuhan ALLAH! --tetapi TUHAN tidak berfirman. 29 Penduduk negeri melakukan pemerasan dan perampasan, menindas orang sengsara dan miskin dan mereka melakukan pemerasan terhadap orang asing bertentangan dengan hukum. 30 Aku mencari di tengah-tengah mereka seorang yang hendak mendirikan tembok atau yang mempertahankan negeri itu di hadapan-Ku, supaya jangan Kumusnahkan, tetapi Aku tidak menemuinya. 31 Maka Aku mencurahkan geram-Ku atas mereka dan membinasakan mereka dengan api kemurkaan-Ku; kelakuan mereka Kutimpakan atas kepala mereka, demikianlah firman Tuhan ALLAH."

Maka dengan itu, nubuatan palsu ditemui di antara golongan imamat. Inilah keadaannya dalam abad ini khasnya dalam Protestantisme Amerika namun di semua tempat secara umumnya. Hukum Tuhan diajarkan telah dibatalkan. Tiada ketaatan. Keimamatan juga berdosa dan tiap satunya adalah nabi palsu. Mereka menajiskan hari Sabat dan mengajarkan Tuhan yang lain. Mereka mencuri dan menindas.

Yeremia 7:9-12 Masakan kamu mencuri, membunuh, berzinah dan bersumpah palsu, membakar korban kepada Baal dan mengikuti allah lain yang tidak kamu kenal, 10 kemudian kamu datang berdiri di hadapan-Ku di rumah yang atasnya nama-Ku diserukan, sambil berkata: Kita selamat, supaya dapat pula melakukan segala perbuatan yang keji ini! 11 Sudahkah menjadi sarang penyamun di matamu rumah yang atasnya nama-Ku diserukan ini? Kalau Aku, Aku sendiri melihat semuanya, demikianlah firman TUHAN. 12 Tetapi baiklah pergi dahulu ke tempat-Ku yang di Silo itu, di mana Aku membuat nama-Ku diam dahulu, dan lihatlah apa yang telah Kulakukan kepadanya karena kejahatan umat-Ku Israel!

Di sini kita perhatikan bahawa Tuhan tidak melepaskan Silo, juga Dia tidak melepaskan Yerusalem, sama ada dengan orang Babilon atau kemudiannya di bawah orang Rom. Lihatlah apa yang Tuhan lakukan malah kepada tempat-tempat kudusNya sendiri. Betapa lagi Dia akan memarahi pembubaran itu? Dia menyalahkan para imam, nabi dan raja dahulu. Dia menyingkirkan mereka dan kemudian Dia akan memarahi bangsa. Ini adalah tiga gembala yang dihentikan dalam satu bulan.

Raja-raja telah menghancurkan monarki dengan dosa mereka dan orang-orang tidak takut untuk berkata buruk terhadap mahkota. Sistem jahat dalam bangsa harus dimusnahkan. Kemusnahan ini bermula selepas penandaan itu berakhir. Yehezkiel 9 meneruskan:

5 Dan kepada yang lain-lain aku mendengar Dia berfirman: "Ikutilah dia dari belakang melalui kota itu dan pukullah sampai mati! Janganlah merasa sayang dan jangan kenal belas kasihan. 6 Orang-orang tua, teruna-teruna dan dara-dara, anak-anak kecil dan perempuan-perempuan, bunuh dan musnahkan! Tetapi semua orang yang ditandai dengan huruf T itu, jangan singgung! Dan mulailah dari tempat kudus-Ku!" Lalu mereka mulai dengan tua-tua yang berada di hadapan Bait Suci. 7 Kemudian firman-Nya kepada mereka: "Najiskanlah Bait Suci itu dan penuhilah pelataran-pelatarannya dengan orang-orang yang terbunuh. Pergilah!" Mereka pergi ke luar dan memukuli orang-orang sampai mati di dalam kota. 8 Sedang mereka memukuli orang-orang sampai mati--waktu itu aku tinggal di belakang--aku sujud dan berseru, kataku: "Aduh, Tuhan ALLAH, apakah Engkau memusnahkan seluruh sisa Israel di dalam mencurahkan amarah-Mu atas Yerusalem?" 9 Jawab-Nya kepadaku: "Kesalahan kaum Israel dan Yehuda sangat banyak, sehingga tanah ini penuh hutang darah dan kota ini penuh ketidakadilan; sebab mereka berkata: TUHAN sudah meninggalkan tanah ini dan TUHAN tidak melihatnya. 10 Karena itu Aku juga tidak akan merasa sayang dan tidak akan kenal belas kasihan; kelakuan mereka akan Kutimpakan atas kepala mereka." 11 Lihat, orang yang berpakaian lenan itu dan yang mempunyai alat penulis di sisinya memberikan laporan, katanya: "Aku sudah kerjakan seperti Engkau perintahkan kepadaku."

Pengukuran serta penandaan ini bermula pada Rumah Tuhan. Orang tua-tua itu adalah Sanhedrin Jemaat, sidang penatua Bait jasmaniah. Kumpulan ini dibentuk semula dari pentahbisan tujuh puluh [dua] orang itu dari Lukas 10:1. Bait rohaniah juga mempunyai Sanhedrinnya. Maka puncak keimamatan sistem Judeo-Kristian dibereskan dahulu. Mereka ditanda untuk mati mengikut pertaubatan mereka. Tanda ini adalah tanda umat pilihan. Mereka yang memiliki meterai Tuhan dilepaskan. Ini merupakan rujukan kepada Wahyu 7:3. Bumi tidak boleh dicederakan sehinggalah mereka semua siap dimeteraikan. Rujukan di sini bukan kepada Yerusalem saja – ia merujuk kepada seluruh Israel, kedua-dua Yehuda dan Yusuf. Negara-negara yang mengandungi Yusuf termasuk kedua-dua Amerika Syarikat dan juga Komanwel British. Yehuda juga meliputi negara Israel seperti yang wujud sekarang ini dan sisa-sisa di negara-negara lain. Dua tuaian (panenan) telah disediakan – satu untuk Yehuda dan satu lagi untuk Efraim, yang dalam ertikata umumnya termasuk Manasye.

Hosea 6:1-7 "Mari, kita akan berbalik kepada TUHAN, sebab Dialah yang telah menerkam dan yang akan menyembuhkan kita, yang telah memukul dan yang akan membalut kita. 2 Ia akan menghidupkan kita sesudah dua hari, pada hari yang ketiga Ia akan membangkitkan kita, dan kita akan hidup di hadapan-Nya. 3 Marilah kita mengenal dan berusaha sungguh-sungguh mengenal TUHAN; Ia pasti muncul seperti fajar, Ia akan datang kepada kita seperti hujan, seperti hujan pada akhir musim yang mengairi bumi." 4 Apakah yang akan Kulakukan kepadamu, hai Efraim? Apakah yang akan Kulakukan kepadamu, hai Yehuda? Kasih setiamu seperti kabut pagi, dan seperti embun yang hilang pagi-pagi benar. 5 Sebab itu Aku telah meremukkan mereka dengan perantaraan nabi-nabi, Aku telah membunuh mereka dengan perkataan mulut-Ku, dan hukum-Ku keluar seperti terang. 6 Sebab Aku menyukai kasih setia, dan bukan korban sembelihan, dan menyukai pengenalan akan Allah, lebih dari pada korban-korban bakaran. 7 Tetapi mereka itu telah melangkahi perjanjian di Adam, di sana mereka telah berkhianat terhadap Aku.

Dua hari itu merujuk kepada dua hari selepas pertaubatan bangsa. Bangsa ini dihukum selama tiga tahun.

Hosea 6:8-11 Gilead is a city of them that work iniquity, and is polluted with blood. 9 And as troops of robbers wait for a man, so the company of priests murder in the way by consent: for they commit lewdness. 10 I have seen an horrible thing in the house of Israel: there is the whoredom of Ephraim, Israel is defiled. 11 Also, O Judah, he hath set an harvest for thee, when I returned the captivity of my people. (KJV)

Hosea 6:8-11 Gilead adalah kota para penjahat, penuh dengan jejak darah. 9 Seperti gerombolan menghadang demikianlah persekutuan para imam; mereka membunuh di jalan ke Sikhem, sungguh, mereka melakukan perbuatan mesum. 10 Di antara kaum Israel telah Kulihat hal-hal yang mengerikan; di sana ada Efraim bersundal dan Israel telah menajiskan diri. 11 Juga bagimu, hai Yehuda, telah ditentukan penuaian: Apabila Aku memulihkan keadaan umat-Ku.

Kata-kata by consent dalam KJV diperolehi dari perkataan Shekem (SHD 7926) yang bermakna leher. Ia merujuk kepada bahagian badan antara bahu dan, dengan itu, bermakna tempat bebanan. Secara kiasan, ia adalah susuh bukit yang mempunyai erti tambahan beban dengan izin, atau bahagian atau bahu. Tempat di Palestin Shechem, rabung bukit, diperolehi dari perkataan shekem ini. Ianya diandaikan dari teks NKJV, dan lain-lain, bahawa tempat inilah yang dimaksudkan. Bagaimanapun, KJV meletakkan ertinya sebagai membunuh dengan izin. Maksud sebenarnya adalah bahawa golongan imamat membunuh dengan izin sukarela, di mana mereka melakukan dosa dan membunuh secara teladan.

Dengan itu para imam dihukum dahulu disebabkan tanggungjawab mereka dalam dosa bangsa tersebut dan penyebaran doktrin palsu. Raja-raja menyusuli dalam pemecatan mereka.

Yehuda juga dituai sepanjang tiga tahun. Hukuman disempurnakan dari pertaubatan yang kita lihat dalam Holocaust. Penyerakan di antara bangsa-bangsa merupakan hukuman keduanya. Teks-teks dari Hosea membincangkan Efraim sepanjang Bab-bab 7 dan 8. Pembuangan Israel dinyatakan dalam Hosea 8:13. Israel dituntun kepada dosa melalui sistem agamanya.

Hosea 8:11-14 Sungguh, Efraim telah memperbanyak mezbah; mezbah-mezbah itu menjadikan mereka berdosa. 12 Sekalipun Kutuliskan baginya banyak pengajaran-Ku, itu akan dianggap mereka sebagai sesuatu yang asing. 13 Mereka mencintai korban sembelihan; mereka mempersembahkan daging dan memakannya; tetapi TUHAN tidak berkenan kepada mereka. Sekarang Ia akan mengingat kesalahan mereka dan akan menghukum dosa mereka; mereka harus kembali ke Mesir! 14 Israel telah melupakan Pembuatnya dan telah mendirikan istana-istana; Yehuda telah memperbanyak kota-kota yang berkubu; tetapi Aku akan melepas api ke dalam kota-kota mereka, sehingga puri mereka dimakan habis.

Penuaian Yehuda telah ditetapkan pada zaman akhir, apabila pembuangan Israel dikembalikan dalam pemulihan. Maka kedua-dua Efraim dan Yehuda dijadikan takut akan kebinasaan dan dipulihkan melalui campur tangan ilahi. Yehuda telah diuji dengan api dalam Holocaust. Proses keinsafan mereka dilangsungkan dari logik teguran tuaian tersebut. Yehuda dan Israel dimurnikan oleh api sebelum semua bangsa dibereskan dalam proses yang kita fahami dari Wahyu dan nubuatan lain.

Proses penyingkiran dan penggantian ditemui dalam sebilangan nubuatan dalam Perjanjian Lama dan Baru. Kita telah menyaksikan rangka-rangka waktu yang terbabit dalam proses tersebut iaitu satu bulan yang disebutkan dalam Zakharia 11:8. Penyingkiran ini merujuk kepada proses tindakan terhadap Israel dan kepimpinannya sebelum penubuhan semula Israel.

Zakharia 11:1-17 Bukalah pintu-pintumu, hai Libanon, supaya api dapat memakan pohon-pohon arasmu. 2 Merataplah, hai pohon sanobar, sebab sudah rebah pohon aras dan sudah dirusakkan pohon-pohon yang hebat! Merataplah, hai pohon-pohon tarbantin Basan, sebab telah rata hutan yang lebat itu! 3 Dengar, para gembala meratap! Sebab kemegahan mereka sudah dirusakkan. Dengar, singa-singa mengaum! Sebab sudah dirusakkan kebanggaan sungai Yordan. 4 Beginilah firman TUHAN Allahku kepadaku: "Gembalakanlah domba-domba sembelihan itu! 5 Orang-orang yang membelinya menyembelihnya dengan tidak merasa bersalah dan orang-orang yang menjualnya berkata: Terpujilah TUHAN! Aku telah menjadi kaya! Dan orang-orang yang menggembalakannya tidak mengasihaninya. 6 Sebab Aku tidak lagi akan mengasihani penduduk bumi, demikianlah firman TUHAN, melainkan sesungguhnya, Aku akan menyerahkan manusia masing-masing ke dalam tangan gembalanya dan ke dalam tangan rajanya; mereka ini akan menghancurkan bumi dan Aku tidak akan melepaskan seorangpun dari tangan mereka." 7 Maka aku menggembalakan domba-domba sembelihan itu untuk pedagang-pedagang domba. Aku mengambil dua tongkat: yang satu kusebutkan "Kemurahan" [Rahmat] dan yang lain kusebutkan "Ikatan" [Perpaduan]; lalu aku menggembalakan domba-domba itu. 8 Dalam satu bulan aku melenyapkan ketiga gembala itu. Kemudian aku tidak dapat menahan hati lagi terhadap domba-domba itu, dan merekapun merasa muak terhadap aku. 9 Lalu aku berkata: "Aku tidak mau lagi menggembalakan kamu; yang hendak mati, biarlah mati; yang hendak lenyap, biarlah lenyap, dan yang masih tinggal itu, biarlah masing-masing memakan daging temannya!" 10 Aku mengambil tongkatku "Kemurahan" [Rahmat], lalu mematahkannya untuk membatalkan perjanjian yang telah kuikat dengan segala bangsa. 11 Jadi dibatalkanlah perjanjian pada hari itu, maka tahulah pedagang-pedagang domba yang sedang mengamat-amati aku, bahwa itu adalah firman TUHAN. 12 Lalu aku berkata kepada mereka: "Jika itu kamu anggap baik, berikanlah upahku, dan jika tidak, biarkanlah!" Maka mereka membayar upahku dengan menimbang tiga puluh uang perak. 13 Tetapi berfirmanlah TUHAN kepadaku: "Serahkanlah itu kepada penuang logam!" --nilai tinggi yang ditaksir mereka bagiku. Lalu aku mengambil ketiga puluh uang perak itu dan menyerahkannya kepada penuang logam di rumah TUHAN. 14 Kemudian aku mematahkan tongkat yang kedua, yaitu "Ikatan" [Perpaduan], untuk meniadakan persaudaraan antara Yehuda dan Israel. 15 Sesudah itu berfirmanlah TUHAN kepadaku: "Ambillah sekali lagi perkakas seorang gembala yang pandir! 16 Sebab sesungguhnya, Aku akan membangkitkan di negeri ini seorang gembala yang tidak mengindahkan yang lenyap, yang tidak mencari yang hilang, yang tidak menyembuhkan yang luka, yang tidak memelihara yang sehat, melainkan memakan daging dari yang gemuk dan mencabut kuku mereka. 17 Celakalah gembala-Ku yang pandir, yang meninggalkan domba-domba! Biarlah pedang menimpa lengannya dan menimpa mata kanannya! Biarlah lengannya kering sekering-keringnya, dan mata kanannya menjadi pudar sepudar-pudarnya!"

Rujukan kepada Kemurahan dan Ikatan atau Rahmat dan Perpaduan adalah kepada Mesias dan kepada Perpaduan Yehuda dan Israel. Penyingkiran Mesias menyaksikan penyingkiran golongan imamat serta penyerahan kuasanya dalam Jemaat dalam pembubaran tersebut. Rujukan kepada tiga gembala adalah kepada raja, imam dan nabi, atau tiga kelas pemimpin di Israel. Soncino mencatatkan bahawa Talmud mengenalpasti mereka sebagai Musa, Harun dan Miryam. Mereka yang menyokong tarikh sebelum buangan untuk proses ini mengenalpasti mereka sebagai tiga raja terakhir Yehuda: Yoahas, Yoyakim dan Zedekia (rabbi Kimchi). Para penganjur tarikh Maccabean memikirkan imam-imam besar zaman itu: Yason, Lysimachus dan Menealus; atau Yudas Maccabeus dan saudara-saudaranya Yonatan dan Simon (rabbi Arbarbanel), yang memerintah umat itu selama satu bulan masa (one month of years), iaitu tiga puluh tahun.

Driver berkata dengan hati-hati, ‘Ia nampaknya membayangkan sesuatu kejadian pada waktu itu, yang sekarang tidak kita ketahui.’ Dalam satu bulan mungkin satu istilah rasmi yang bermakna satu waktu singkat (rujuk Hosea 5:7) (Soncino nota kaki kepada ayat 8).

Identifikasi tempoh tiga puluh tahun ini telah menjadi subjek spekulasi para rabbi sepanjang abad-abad lalu. Tempoh dari kematian Mesias pada 30 CE hingga kemusnahan Bait di Yerusalem pada 70 CE, serta penutupan Bait di Heliopolis atau Leontopolis di Mesir pada 71 CE dengan perintah Vespasian, menyaksikan tamatnya tempoh empat puluh tahun tanda Yunus (lihat karya Tanda Yunus dan Sejarah Pembangunan Semula Bait Suci (No. 13)). Tempoh empat puluh tahun ini merupakan permulaan tempoh zaman akhir. Ia bukanlah penghujung fasa tersebut. Kita melihat signifikans tiga puluh tahun ini dari hujung tempoh itu di padang gurun dan ratapan untuk Musa. Tanda Yunus serta kemusnahan Bait menyaksikan pemindahan autoriti golongan imamat di Yehuda kepada satu bangsa yang menunjukkan buah-buahnya, yang sebenarnya adalah Israel sebagai sepuluh suku.

Tempoh tiga puluh tahun ini ditandakan oleh hujung waktu bangsa lain yang seperti yang telah kita lihat adalah 1914-1996 (lihat karya Kejatuhan Mesir: Nubuatan Lengan-lengan Patah Firaun (No. 36)). Tahun 1997 menandakan permulaan tempoh tiga puluh tahun yang berakhir dalam 2025/6. Menjelang 2025/6 semua bangsa akan berada pada tempat mereka masing-masing dan perang-perang zaman akhir telahpun diperjuangkan.

Tuhan menunjukkan apa tujuan akhir proses itu dalam Zakharia 12:1-14.

Zakharia 12:1-8 Ucapan ilahi. Firman TUHAN tentang Israel: Demikianlah firman TUHAN yang membentangkan langit dan yang meletakkan dasar bumi dan yang menciptakan roh dalam diri manusia: 2 "Sesungguhnya Aku membuat Yerusalem menjadi pasu yang menyebabkan segala bangsa di sekeliling menjadi pening; juga Yehuda akan mengalami kesusahan ketika Yerusalem dikepung. 3 Maka pada waktu itu Aku akan membuat Yerusalem menjadi batu untuk diangkat bagi segala bangsa. Siapa yang mengangkatnya pastilah mendapat luka parah. Segala bangsa di bumi akan berkumpul melawannya. 4 Pada waktu itu, demikianlah firman TUHAN, Aku akan membuat segala kuda menjadi bingung, penunggangnya menjadi gila. Atas kaum Yehuda, Aku akan membuka mata-Ku, tetapi segala kuda bangsa akan Kubuat menjadi buta. 5 Sesudah itu kaum-kaum di Yehuda akan berkata dalam hatinya: Penduduk Yerusalem mempunyai kekuatan oleh karena TUHAN semesta alam, Allah mereka. 6 Pada waktu itu Aku akan membuat kaum-kaum di Yehuda seperti anglo berapi di tengah-tengah timbunan kayu dan seperti suluh berapi di tengah-tengah timbunan bulir gandum; api keduanya akan menjilat ke kanan dan ke kiri segala bangsa di sekeliling, tetapi Yerusalem selanjutnya akan tetap tinggal di tempatnya yang dahulu. 7 TUHAN akan pertama-tama memberi kemenangan kepada kemah-kemah Yehuda, supaya keluarga Daud dan penduduk Yerusalem jangan terlalu bermegah-megah terhadap Yehuda. 8 Pada waktu itu TUHAN akan melindungi penduduk Yerusalem, dan orang yang tersandung di antara mereka pada waktu itu akan menjadi seperti Daud, dan keluarga Daud akan menjadi seperti Allah, seperti Malaikat TUHAN, yang mengepalai mereka. (penekanan ditambah)

Yehuda diselamatkan dahulu agar umat pilihan tidak diberi keutamaan melebihi suku Mesias. Tujuan akhirnya adalah untuk umat pilihan menjadi elohim seperti Mesias atau Malaikat Yehovah yang mengepalai mereka.

Zakharia 12:9-14 Maka pada waktu itu Aku berikhtiar untuk memunahkan segala bangsa yang menyerang Yerusalem." 10 "Aku akan mencurahkan roh pengasihan dan roh permohonan atas keluarga Daud dan atas penduduk Yerusalem, dan mereka akan memandang kepada dia yang telah mereka tikam, dan akan meratapi dia seperti orang meratapi anak tunggal, dan akan menangisi dia dengan pedih seperti orang menangisi anak sulung. 11 Pada waktu itu ratapan di Yerusalem akan sama besarnya dengan ratapan atas Hadad-Rimon di lembah Megido. 12 Negeri itu akan meratap, setiap kaum keluarga tersendiri; kaum keluarga keturunan Daud tersendiri dan isteri mereka tersendiri; kaum keluarga keturunan Natan tersendiri dan isteri mereka tersendiri; 13 kaum keluarga keturunan Lewi tersendiri dan isteri mereka tersendiri; kaum keluarga Simei tersendiri dan isteri mereka tersendiri; 14 juga segala kaum keluarga yang masih tinggal, setiap kaum keluarga tersendiri dan isteri mereka tersendiri."

Urutan proses itu akan dikaji dengan teliti dalam karya ini. Pentahiran Israel adalah fasa pertama. Proses ini, yang dimulakan oleh Yosua atau Yesus Kristus sebagai Mesias Harun yang menyaksikan penyingkiran autoriti Lewi, akan menyaksikan keimamatan ditahirkan dalam Israel.

Para raja, imam dan nabi disingkirkan dalam satu bulan ini. Raja-raja bertanggungjawab untuk memastikan bahawa bangsa diperintah mengikut hukum Tuhan. Keimamatan yang tidak mengajar bangsa dalam hukum-hukum Tuhan dan memperkenalkan nubuatan palsu akan dihapuskan, dan kemudian raja yang mengizinkan proses ini akan dihapuskan bersama dengan orang-orang yang mengikuti mereka. Bangsa ini akan menjadi tawanan. Dalam zaman akhir bangsa ini akan dimurnikan dalam api dan kebenaran ditegakkan oleh para nabi dalam kuasa Roh Kudus.

Tiga puluh tahun terakhir zaman akhir meliputi Perang-perang Pemulihan dan ini adalah subjek karya yang lain. Maka fasa-fasa tersebut bermula dari Bait seperti yang kita lihat di atas. Golongan imamat dibersihkan dahulu. Dengan itu proses pengurusan mereka yang dipilih Tuhan adalah:

1. Empat Meterai atau Penunggang Kuda

Umat pilihan sebagai Jemaat

a)      Penyingkiran Bait dan keimamatan jasmaniah

b)      Penubuhan Jemaat-jemaat

c)      Iblis menubuhkan sistem palsu

2. Meterai Kelima

Pengujian umat pilihan sebagai Jemaat

a)      Penyingkiran para imam

b)      Pengujian umat pilihan mengikut pengetahuan

3. Waktu Kesusahan Yakub

Pencubaan umat pilihan sebagai bangsa

a)      Menubuhkan dan mengesahkan bangsa dalam hak waris Israel

b)      Mengingatkan bangsa

c)      Penyingkiran keimamatan palsu

d)      Penyingkiran monarki

e)      Pembersihan bangsa

Fasa seterusnya kemudian memulakan pemulihan lengkap.

4. Persiapan untuk Mesias

Persiapan mengikut fasa

a)      Umat pilihan

b)      Bangsa

5. Menangani Bangsa lain

Fasa-fasa penundukan

a)      Amaran dua saksi

b)      Contoh-contoh kuasa Tuhan

6. Kedatangan Mesias

Campur tangan untuk menyelamatkan umat manusia dari dirinya sendiri

a)      Kedatangan

b)      Penyingkiran sistem-sistem kerajaan dan imam-imam palsu

c)      Pemusnahan kuasa semua bangsa dalam kemurkaan Tuhan

d)      Pengeluaran hukum dari Yerusalem

e)      Penempatan semula Israel dan semua bangsa

7. Persiapan untuk Milenium

a)      Pelaksanaan

b)      Sistem-sistem tanah dilaksanakan

c)      Sistem yobel dikuatkuasakan oleh umat pilihan sebagai Tentera Baru Tuhan

d)      Sistem Mesianik didirikan dalam semua bangsa dan pendidikan semula bermula

e)      Perang pemberontakan

8. Milenium

Sistem-sistem milenium dikuatkuasa

a)      Sistem pentadbiran dan penghakiman dibangunkan

b)      Bait dibina dan golongan imamat diberikan tugas

c)      Yerusalem dibangunkan sebagai pusat pemerintahan dunia di bawah Mesias dalam persiapan untuk kebangkitan kedua dan penyerahan kepada Tuhan

d)      Perang akhir Milenium sekitar 3001-3027

9. Kebangkitan Kedua

Penentuan akhir umat pilihan selepas perang terakhir dan pemulihan semua manusia

Sisa yang setia

a)      Kebangkitan orang mati secara umum atau kedua

b)      Penghakiman

                                 i.      Iblis setan

                               ii.      Manusia

                              iii.      Penyusunan semula Angkatan Syurgawi

10. Penyerahan kepada Allah Bapa

Persiapan selesai dan sedia untuk Tuhan menjadi semua dalam semua

a)      Kedatangan Tuhan dan Yerusalem Baru

b)      Tuhan mendirikan pentadbiran alam semesta dari Yerusalem Baru

c)      Angkatan Syurgawi mencapai keupayaannya yang lebih besar sebagai Elohim dan Anak-anak Tuhan dalam Alam Semesta

Bahagian 2 – Bait Diukur – Menyingkirkan Para Imam

Kita telah lihat dari Yehezkiel 22:17-31 bahawa

Yehezkiel 22:17-31 Lalu datanglah firman TUHAN kepadaku: 18 "Hai anak manusia, bagi-Ku kaum Israel sudah menjadi sanga; mereka semuanya adalah ibarat tembaga, timah putih, besi dan timah hitam di dalam peleburan; mereka seperti sanga perak. 19 Sebab itu beginilah firman Tuhan ALLAH: Oleh karena kamu semuanya menjadi sanga, maka sungguh, Aku akan mengumpulkan kamu di tengah-tengah Yerusalem. 20 Seperti orang mengumpulkan perak, tembaga, besi, timah hitam dan timah putih di dalam peleburan dan mengembus api di bawahnya untuk meleburnya, demikianlah Aku akan mengumpulkan kamu dalam murka-Ku dan amarah-Ku dan menaruh kamu di dalamnya dan melebur kamu. 21 Aku akan mengumpulkan kamu dan menyemburkan api kemurkaan-Ku kepadamu, sehingga kamu dilebur di dalamnya. 22 Seperti perak dilebur dalam peleburan, begitulah kamu dilebur di dalamnya. Dan kamu akan mengetahui, bahwa Aku, TUHAN, yang mencurahkan amarah-Ku atasmu." 23 Kemudian datanglah firman TUHAN kepadaku: 24 "Hai anak manusia, katakanlah kepadanya: Engkau adalah tanah yang tidak menerima hujan, tidak mendapat air pada masa kegeraman, 25 yang pemimpin-pemimpinnya di tengah-tengahnya seperti singa yang mengaum, yang menerkam mangsanya: manusia ditelan, harta benda dan barang-barang yang berharga dirampas, janda-janda dibuat bertambah-tambah di tengah-tengahnya. 26 Imam-imamnya memperkosa hukum Taurat-Ku dan menajiskan hal-hal yang kudus bagi-Ku, mereka tidak membedakan antara yang kudus dengan yang tidak kudus, tidak mengajarkan perbedaan yang najis dengan yang tahir, mereka menutup mata terhadap hari-hari Sabat-Ku. Demikianlah Aku dinajiskan di tengah-tengah mereka. 27 Pemuka-pemukanya di tengah-tengahnya adalah seperti serigala-serigala yang menerkam mangsanya dalam kehausan akan darah, yang membinasakan orang-orang untuk menguntungkan diri sendiri secara haram. 28 Dan nabi-nabinya mengoles mereka dengan kapur dengan melihat penglihatan yang menipu dan memberi tenungan bohong bagi mereka; nabi-nabi itu berkata: Beginilah firman Tuhan ALLAH! --tetapi TUHAN tidak berfirman. 29 Penduduk negeri melakukan pemerasan dan perampasan, menindas orang sengsara dan miskin dan mereka melakukan pemerasan terhadap orang asing bertentangan dengan hukum. 30 Aku mencari di tengah-tengah mereka seorang yang hendak mendirikan tembok atau yang mempertahankan negeri itu di hadapan-Ku, supaya jangan Kumusnahkan, tetapi Aku tidak menemuinya. 31 Maka Aku mencurahkan geram-Ku atas mereka dan membinasakan mereka dengan api kemurkaan-Ku; kelakuan mereka Kutimpakan atas kepala mereka, demikianlah firman Tuhan ALLAH."

Kecaman tiga kelas pemimpin juga ditemui dalam Mikha 3:1-12.

Mikha 3:1-12 Kataku: Baiklah dengar, hai para kepala di Yakub, dan hai para pemimpin kaum Israel! Bukankah selayaknya kamu mengetahui keadilan, 2 hai kamu yang membenci kebaikan dan yang mencintai kejahatan? Mereka merobek kulit dari tubuh bangsaku dan daging dari tulang-tulangnya; 3 mereka memakan daging bangsaku, dan mengupas kulit dari tubuhnya; mereka meremukkan tulang-tulangnya, dan mencincangnya seperti daging dalam kuali, seperti potongan-potongan daging di dalam belanga. 4 Mereka sendirilah nanti akan berseru-seru kepada TUHAN, tetapi Ia tidak akan menjawab mereka; Ia akan menyembunyikan wajah-Nya terhadap mereka pada waktu itu, sebab jahat perbuatan-perbuatan mereka. 5 Beginilah firman TUHAN terhadap para nabi, yang menyesatkan bangsaku, yang apabila mereka mendapat sesuatu untuk dikunyah, maka mereka menyerukan damai, tetapi terhadap orang yang tidak memberi sesuatu ke dalam mulut mereka, maka mereka menyatakan perang. 6 Sebab itu hari akan menjadi malam bagimu tanpa penglihatan, dan menjadi gelap bagimu tanpa tenungan. Matahari akan terbenam bagi para nabi itu, dan hari menjadi hitam suram bagi mereka. 7 Para pelihat akan mendapat malu dan tukang-tukang tenung akan tersipu-sipu; mereka sekalian akan menutupi mukanya, sebab tidak ada jawab dari pada Allah. 8 Tetapi aku ini penuh dengan kekuatan, dengan Roh TUHAN, dengan keadilan dan keperkasaan, untuk memberitakan kepada Yakub pelanggarannya dan kepada Israel dosanya. 9 Baiklah dengarkan ini, hai para kepala kaum Yakub, dan para pemimpin kaum Israel! Hai kamu yang muak terhadap keadilan dan yang membengkokkan segala yang lurus, 10 hai kamu yang mendirikan Sion dengan darah dan Yerusalem dengan kelaliman! 11 Para kepalanya memutuskan hukum karena suap, dan para imamnya memberi pengajaran karena bayaran, para nabinya menenung karena uang, padahal mereka bersandar kepada TUHAN dengan berkata: "Bukankah TUHAN ada di tengah-tengah kita! Tidak akan datang malapetaka menimpa kita!" 12 Sebab itu oleh karena kamu maka Sion akan dibajak seperti ladang, dan Yerusalem akan menjadi timbunan puing, dan gunung Bait Suci akan menjadi bukit yang berhutan.

Masalahnya di sini adalah bahawa raja-raja menyesatkan penghakiman dan keadilan. Memangnya, mereka membenci penghakiman di mana mereka tidak mahu dihakimi mengikut hukum-hukum Tuhan.

Para imam mengajar untuk upah dan para nabi mengatakan hal-hal yang senang untuk jaminan orang-orang dalam dosa mereka. Para imam dan nabi tidak akan mengucapkan firman Tuhan tanpa rasa takut, juga nama Tuhan tidak penting kepada mereka seperti yang kita lihat dari Maleakhi. Yeremia menunjukkan bahawa Tuhan akan bertindak terhadap Israel dan Yehuda dan Yerusalem sendiri untuk dosa-dosa yang sama ini.

Yeremia 32:26-44 Firman TUHAN datang kepada Yeremia, bunyinya: 27 "Sesungguhnya, Akulah TUHAN, Allah segala makhluk; adakah sesuatu apapun yang mustahil untuk-Ku? 28 Sebab itu beginilah firman TUHAN: Sesungguhnya, Aku berikan kota ini ke dalam tangan orang-orang Kasdim dan ke dalam tangan Nebukadnezar, raja Babel, dan ia akan merebutnya. 29 Orang-orang Kasdim yang memerangi kota ini akan datang membakarnya dan menghanguskannya serta dengan rumah-rumah yang di atas sotohnya orang membakar korban kepada Baal dan mempersembahkan korban curahan kepada allah lain untuk menimbulkan sakit hati-Ku. 30 Sebab orang Israel dan orang Yehuda hanyalah melakukan yang jahat di mata-Ku sejak masa mudanya; sungguh, orang Israel hanya menimbulkan sakit hati-Ku dengan perbuatan tangan mereka, demikianlah firman TUHAN. 31 Ya, kota ini telah membangkitkan murka dan kehangatan amarah-Ku mulai dari hari didirikannya sampai hari ini, sehingga Aku harus menyingkirkannya dari hadapan-Ku, 32 karena segala kejahatan yang dilakukan oleh orang Israel dan orang Yehuda untuk menimbulkan sakit hati-Ku, oleh mereka sendiri, raja-raja mereka, pemuka-pemuka mereka, imam-imam mereka, nabi-nabi mereka, orang Yehuda dan penduduk Yerusalem. 33 Mereka membelakangi Aku dan tidak menghadap kepada-Ku, dan sekalipun Aku mengajar mereka, terus-menerus, tiada mereka mau mendengarkan atau menerima penghajaran. 34 Mereka menempatkan dewa-dewa mereka yang menjijikkan di rumah yang di atasnya nama-Ku diserukan, untuk menajiskannya. 35 Mereka mendirikan bukit-bukit pengorbanan untuk Baal di Lembah Ben-Hinom, untuk mempersembahkan anak-anak lelaki dan anak-anak perempuan mereka kepada Molokh sebagai korban dalam api, sekalipun Aku tidak pernah memerintahkannya kepada mereka dan sekalipun hal itu tidak pernah timbul dalam hati-Ku, yakni hal melakukan kejijikan ini, sehingga Yehuda tergelincir ke dalam dosa. 36 Oleh sebab itu, beginilah firman TUHAN, Allah Israel, mengenai kota ini, yang engkau katakan telah diserahkan ke dalam tangan raja Babel karena pedang, kelaparan dan penyakit sampar: 37 Sesungguhnya, Aku mengumpulkan mereka dari segala negeri, ke mana Aku menceraiberaikan mereka karena murka-Ku, kehangatan amarah-Ku dan gusar-Ku yang besar, dan Aku akan mengembalikan mereka ke tempat ini dan akan membuat mereka diam dengan tenteram. 38 Maka mereka akan menjadi umat-Ku dan Aku akan menjadi Allah mereka. 39 Aku akan memberi mereka satu hati dan satu tingkah langkah, sehingga mereka takut kepada-Ku sepanjang masa untuk kebaikan mereka dan anak-anak mereka yang datang kemudian. 40 Aku akan mengikat perjanjian kekal dengan mereka, bahwa Aku tidak akan membelakangi mereka, melainkan akan berbuat baik kepada mereka; Aku akan menaruh takut kepada-Ku ke dalam hati mereka, supaya mereka jangan menjauh dari pada-Ku. 41 Aku akan bergirang karena mereka untuk berbuat baik kepada mereka dan Aku akan membuat mereka tumbuh di negeri ini dengan kesetiaan, dengan segenap hati-Ku dan dengan segenap jiwa-Ku. 42 Sebab beginilah firman TUHAN: Seperti Aku mendatangkan kepada bangsa ini segenap malapetaka yang hebat ini, demikianlah Aku mendatangkan ke atas mereka keberuntungan yang Kujanjikan kepada mereka. 43 Orang akan membeli ladang lagi di negeri ini yang kamu katakan: Itu adalah tempat tandus tanpa manusia dan hewan; itu telah diserahkan ke dalam tangan orang-orang Kasdim! 44 Orang akan membeli ladang-ladang dengan perak, menulis surat pembelian, memeteraikannya dan memanggil saksi-saksi di daerah Benyamin, di sekitar Yerusalem, di kota-kota Yehuda, di kota-kota Pegunungan, di kota-kota Daerah Bukit dan di kota-kota Tanah Negeb. Sebab Aku akan memulihkan keadaan mereka, demikianlah firman TUHAN."

Tuhan telah menyerahkan Israel kepada orang Asyur dan Yehuda kepada orang Babilon, yang merupakan pengganti kepada orang Asyur, agar mereka ditegur. Namun Tuhan berjanji untuk memulihkan mereka dalam zaman akhir agar mereka akan menerima perjanjian kekal itu. Mereka tidak mahu bertaubat dan sekali lagi telah disingkirkan dan perjanjian ditubuhkan tanpa kawalan atau pembabitan bangsa itu, melainkan sebagai individu. Mereka akan diinsafkan dalam zaman akhir walaupun dengan adanya tradisi-tradisi mereka dan keimamatan mereka seperti yang akan kita lihat. Yeremia bercakap tentang para imam dan nabi dan penubuhan kerajaan zaman akhir.

Yeremia 23:1-4 "Celakalah para gembala yang membiarkan kambing domba gembalaan-Ku hilang dan terserak!" --demikianlah firman TUHAN. 2 Sebab itu beginilah firman TUHAN, Allah Israel, terhadap para gembala yang menggembalakan bangsaku: "Kamu telah membiarkan kambing domba-Ku terserak dan tercerai-berai, dan kamu tidak menjaganya. Maka ketahuilah, Aku akan membalaskan kepadamu perbuatan-perbuatanmu yang jahat, demikianlah firman TUHAN. 3 Dan Aku sendiri akan mengumpulkan sisa-sisa kambing domba-Ku dari segala negeri ke mana Aku menceraiberaikan mereka, dan Aku akan membawa mereka kembali ke padang mereka: mereka akan berkembang biak dan bertambah banyak. 4 Aku akan mengangkat atas mereka gembala-gembala yang akan menggembalakan mereka, sehingga mereka tidak takut lagi, tidak terkejut dan tidak hilang seekorpun, demikianlah firman TUHAN.

Teks ini merujuk kepada golongan imamat Israel dan Yehuda yang telah terus menganiaya domba. Ianya teguran  yang berterusan sehingga kedatangan Mesias. Ia tidak terhenti dengan kebangkitannya.

Yeremia 23:5-8 Sesungguhnya, waktunya akan datang, demikianlah firman TUHAN, bahwa Aku akan menumbuhkan Tunas adil bagi Daud. Ia akan memerintah sebagai raja yang bijaksana dan akan melakukan keadilan dan kebenaran di negeri. 6 Dalam zamannya Yehuda akan dibebaskan, dan Israel akan hidup dengan tenteram; dan inilah namanya yang diberikan orang kepadanya: TUHAN--keadilan kita. 7 Sebab itu, demikianlah firman TUHAN, sesungguhnya, waktunya akan datang, bahwa orang tidak lagi mengatakan: Demi TUHAN yang hidup yang menuntun orang Israel keluar dari tanah Mesir!, 8 melainkan: Demi TUHAN yang hidup yang menuntun dan membawa pulang keturunan kaum Israel keluar dari tanah utara dan dari segala negeri ke mana Ia telah menceraiberaikan mereka!, maka mereka akan tinggal di tanahnya sendiri."

Nubuatan ini belum lagi terjadi. Ia berlaku sekarang namun terdapat satu lagi urutan aktiviti yang belum dilengkapi. Sebelum itu dapat berlaku, keimamatan harus ditahirkan dengan penyingkiran.

Yeremia 23:9-22 Mengenai nabi-nabi. Hatiku hancur dalam dadaku, segala tulangku goyah. Keadaanku seperti orang mabuk, seperti laki-laki yang terlalu banyak minum anggur, oleh karena TUHAN dan oleh karena firman-Nya yang kudus. 10 Negeri telah penuh dengan orang-orang berzinah; sungguh, oleh karena kutuk ini gersanglah negeri dan layulah padang-padang rumput di gurun; apa yang dikejar mereka adalah kejahatan, dan kekuatan mereka adalah ketidakadilan. 11 "Sungguh, baik nabi maupun imam berlaku fasik; di rumah-Kupun juga Aku mendapati kejahatan mereka, demikianlah firman TUHAN. 12 Sebab itu jalan mereka akan seperti jalan-jalan yang licin bagi mereka; di dalam gelap mereka akan terserandung dan akan jatuh di sana; sebab Aku akan mendatangkan malapetaka atas mereka dalam tahun waktu mereka dihukum, demikianlah firman TUHAN. 13 Di kalangan para nabi Samaria Aku melihat ada yang kurang pantas: mereka bernubuat demi Baal dan menyesatkan umat-Ku Israel. 14 Tetapi di kalangan para nabi Yerusalem Aku melihat ada yang mengerikan: mereka berzinah dan berkelakuan tidak jujur; mereka menguatkan hati orang-orang yang berbuat jahat, sehingga tidak ada seorangpun yang bertobat dari kejahatannya; semuanya mereka telah menjadi seperti Sodom bagi-Ku dan penduduknya seperti Gomora." 15 Sebab itu beginilah firman TUHAN semesta alam mengenai para nabi itu: "Sesungguhnya, Aku akan memberi mereka makan ipuh dan minum racun, sebab dari para nabi Yerusalem telah meluas kefasikan ke seluruh negeri." 16 Beginilah firman TUHAN semesta alam: "Janganlah dengarkan perkataan para nabi yang bernubuat kepada kamu! Mereka hanya memberi harapan yang sia-sia kepadamu, dan hanya mengungkapkan penglihatan rekaan hatinya sendiri, bukan apa yang datang dari mulut TUHAN; 17 mereka selalu berkata kepada orang-orang yang menista firman TUHAN: Kamu akan selamat! dan kepada setiap orang yang mengikuti kedegilan hatinya mereka berkata: Malapetaka tidak akan menimpa kamu!" 18 Sebab siapakah yang hadir dalam dewan musyawarah TUHAN, sehingga ia memperhatikan dan mendengar firman-Nya? Siapakah yang memperhatikan firman-Nya dan mendengarnya? 19 Lihatlah, angin badai TUHAN, yakni kehangatan murka, telah keluar menyambar, --angin puting beliung--dan turun menimpa kepala orang-orang fasik. 20 Murka TUHAN tidak akan surut, sampai Ia telah melaksanakan dan mewujudkan apa yang dirancang-Nya dalam hati-Nya; pada hari-hari yang terakhir kamu akan benar-benar mengerti hal itu. 21 "Aku tidak mengutus para nabi itu, namun mereka giat; Aku tidak berfirman kepada mereka, namun mereka bernubuat. 22 Sekiranya mereka hadir dalam dewan musyawarah-Ku, niscayalah mereka akan mengabarkan firman-Ku kepada umat-Ku, membawa mereka kembali dari tingkah langkahnya yang jahat dan dari perbuatan-perbuatannya yang jahat.

Proses kejahatan ini serta nubuatan damai adalah apa yang ditemui di antara orang-orang dalam zaman akhir ini. Para imam mengajar bahawa hukum Tuhan telah dihapuskan dengan Mesias. Inilah dosa yang berlaku di bawah sistem Baal di Israel. Sememangnya, ianya sistem yang sama yang masih wujud sekarangpun.

Yeremia 23:23-40 Masakan Aku ini hanya Allah yang dari dekat, demikianlah firman TUHAN, dan bukan Allah yang dari jauh juga? 24 Sekiranya ada seseorang menyembunyikan diri dalam tempat persembunyian, masakan Aku tidak melihat dia? demikianlah firman TUHAN. Tidakkah Aku memenuhi langit dan bumi? demikianlah firman TUHAN. 25 Aku telah mendengar apa yang dikatakan oleh para nabi, yang bernubuat palsu demi nama-Ku dengan mengatakan: Aku telah bermimpi, aku telah bermimpi! 26 Sampai bilamana hal itu ada dalam hati para nabi yang bernubuat palsu dan yang menubuatkan tipu rekaan hatinya sendiri, 27 yang merancang membuat umat-Ku melupakan nama-Ku dengan mimpi-mimpinya yang mereka ceritakan seorang kepada seorang, sama seperti nenek moyang mereka melupakan nama-Ku oleh karena Baal? 28 Nabi yang beroleh mimpi, biarlah menceritakan mimpinya itu, dan nabi yang beroleh firman-Ku, biarlah menceritakan firman-Ku itu dengan benar! Apakah sangkut-paut jerami dengan gandum? demikianlah firman TUHAN. 29 Bukankah firman-Ku seperti api, demikianlah firman TUHAN dan seperti palu yang menghancurkan bukit batu? 30 Sebab itu, sesungguhnya, Aku akan menjadi lawan para nabi, demikianlah firman TUHAN, yang mencuri firman-Ku masing-masing dari temannya. 31 Sesungguhnya, Aku akan menjadi lawan para nabi, demikianlah firman TUHAN, yang memakai lidahnya sewenang-wenang untuk mengutarakan firman ilahi. 32 Sesungguhnya, Aku akan menjadi lawan mereka yang menubuatkan mimpi-mimpi dusta, demikianlah firman TUHAN, dan yang menceritakannya serta menyesatkan umat-Ku dengan dustanya dan dengan bualnya. Aku ini tidak pernah mengutus mereka dan tidak pernah memerintahkan mereka. Mereka sama sekali tiada berguna untuk bangsa ini, demikianlah firman TUHAN. 33 Apabila bangsa ini--baik nabi ataupun imam--bertanya kepadamu: Apakah Sabda yang dibebankan oleh TUHAN?, maka jawablah mereka: Kamulah beban itu! Sebab itu kamu akan Kubuang dari hadapan-Ku, demikianlah firman TUHAN. 34 Adapun nabi atau imam atau rakyat yang masih berbicara tentang Sabda yang dibebankan oleh TUHAN, kepada orang itu dan kepada keluarganya akan Kulakukan pembalasan. 35 Beginilah harus kamu katakan, masing-masing kepada temannya dan masing-masing kepada saudaranya: Apakah jawab TUHAN? atau: Apakah firman TUHAN? 36 Tetapi Sabda yang dibebankan oleh TUHAN janganlah kamu sebut-sebutkan lagi, sebab yang menjadi beban bagi setiap orang ialah perkataannya sendiri, oleh karena kamu telah memutarbalikkan perkataan-perkataan Allah yang hidup, TUHAN semesta alam, Allah kita. 37 Beginilah engkau harus berkata kepada nabi: Apakah jawab TUHAN kepadamu? atau: Apakah firman TUHAN? 38 Tetapi jika kamu masih berbicara tentang Sabda yang dibebankan oleh TUHAN, maka beginilah firman TUHAN: Oleh karena kamu masih memakai ungkapan Sabda yang dibebankan oleh TUHAN itu, sekalipun Aku mengutus orang kepadamu mengatakan: Janganlah kamu berbicara tentang Sabda yang dibebankan oleh TUHAN, 39 maka sesungguhnya, Aku akan menangkap kamu dan membuang kamu dari hadapan-Ku, kamu serta kota yang telah Kuberikan kepadamu dan kepada nenek moyangmu itu. 40 Aku akan menimpakan kepadamu aib yang kekal dan noda yang kekal yang tidak akan terlupakan."

Beban Tuhan adalah ringan. Dia berbicara melalui para nabi dan firmanNya adalah benar. Dia akan membereskan sistem palsu ini pada zaman akhir. Zefanya sekali lagi bercakap tentang hal kejahatan para raja, imam dan nabi ini. Tuhan berada di tengahnya untuk menguruskan proses ini dan keimamatan disingkirkan. Proses ini adalah pada zaman akhir bila mana pemulihan akan berlaku dan bangsa-bangsa dihakimi.

Zefanya 3:1-7 Celakalah si pemberontak dan si cemar, hai kota yang penuh penindasan! 2 Ia tidak mau mendengarkan teguran siapapun dan tidak mempedulikan kecaman; kepada TUHAN ia tidak percaya dan kepada Allahnya ia tidak menghadap. 3 Para pemukanya di tengah-tengahnya adalah singa yang mengaum; para hakimnya adalah serigala pada waktu malam yang tidak meninggalkan apapun sampai pagi hari. 4 Para nabinya adalah orang-orang ceroboh dan pengkhianat; para imamnya menajiskan apa yang kudus, memperkosa hukum Taurat. 5 Tetapi TUHAN adil di tengah-tengahnya, tidak berbuat kelaliman. Pagi demi pagi Ia memberi hukum-Nya; itu tidak pernah ketinggalan pada waktu fajar. Tetapi orang lalim tidak kenal malu! 6 "Aku telah melenyapkan bangsa-bangsa; menara-menara penjuru mereka telah musnah. Aku telah merusakkan jalan-jalannya, sehingga tidak ada orang yang lewat. Kota-kota mereka telah ditanduskan, sehingga tidak ada orang dan tidak ada penduduk. 7 Aku sangka: Tentulah ia sekarang akan takut kepada-Ku, akan mempedulikan kecaman dan segala yang Kutugaskan kepadanya tidak akan lenyap dari penglihatannya. Tetapi sesungguhnya mereka makin giat menjadikan busuk perbuatan mereka.

Kepimpinan, pentadbiran dan keimamatan dikecam sepenuhnya di sini oleh Tuhan. Bagaimanapun bangsa itu diperlukan untuk melayani Tuhan sehingga waktu kemurkaan dan pemulihanNya. Kemudian mereka diberikan bahasa yang murni. Orang angkuh dari Yehuda yang sombong atau angkuh disebabkan mereka yang dipilih dari Yehuda akan disingkirkan. Orang yang menderita dan golongan miskin yang tertinggal akan percaya dalam nama Tuhan. Maka Yehuda dan Israel diuji dengan api sebelum pemulihan tersebut namun tiada yang akan membuatkan mereka berasa takut.

Zefanya 3:8-20 Oleh karena itu tunggulah Aku--demikianlah firman TUHAN--pada hari Aku bangkit sebagai saksi. Sebab keputusan-Ku ialah mengumpulkan bangsa-bangsa dan menghimpunkan kerajaan-kerajaan untuk menumpahkan ke atas mereka geram-Ku, yakni segenap murka-Ku yang bernyala-nyala, sebab seluruh bumi akan dimakan habis oleh api cemburu-Ku." 9 "Tetapi sesudah itu Aku akan memberikan bibir lain kepada bangsa-bangsa, yakni bibir yang bersih, supaya sekaliannya mereka memanggil nama TUHAN, beribadah kepada-Nya dengan bahu-membahu. 10 Dari seberang sungai-sungai negeri Etiopia orang-orang yang memuja Aku, yang terserak-serak, akan membawa persembahan kepada-Ku. 11 Pada hari itu engkau tidak akan mendapat malu karena segala perbuatan durhaka yang kaulakukan terhadap Aku, sebab pada waktu itu Aku akan menyingkirkan dari padamu orang-orangmu yang ria congkak, dan engkau tidak akan lagi meninggikan dirimu di gunung-Ku yang kudus. 12 Di antaramu akan Kubiarkan hidup suatu umat yang rendah hati dan lemah, dan mereka akan mencari perlindungan pada nama TUHAN, 13 yakni sisa Israel itu. Mereka tidak akan melakukan kelaliman atau berbicara bohong; dalam mulut mereka tidak akan terdapat lidah penipu; ya, mereka akan seperti domba yang makan rumput dan berbaring dengan tidak ada yang mengganggunya."  14 Bersorak-sorailah, hai puteri Sion, bertempik-soraklah, hai Israel! Bersukacitalah dan beria-rialah dengan segenap hati, hai puteri Yerusalem! 15 TUHAN telah menyingkirkan hukuman yang jatuh atasmu, telah menebas binasa musuhmu. Raja Israel, yakni TUHAN, ada di antaramu; engkau tidak akan takut kepada malapetaka lagi. 16 Pada hari itu akan dikatakan kepada Yerusalem: "Janganlah takut, hai Sion! Janganlah tanganmu menjadi lemah lesu. 17 TUHAN Allahmu ada di antaramu sebagai pahlawan yang memberi kemenangan. Ia bergirang karena engkau dengan sukacita, Ia membaharui engkau dalam kasih-Nya, Ia bersorak-sorak karena engkau dengan sorak-sorai, 18 seperti pada hari pertemuan raya." "Aku akan mengangkat malapetaka dari padamu, sehingga oleh karenanya engkau tidak lagi menanggung cela. 19 Sesungguhnya pada waktu itu Aku akan bertindak terhadap segala penindasmu, tetapi Aku akan menyelamatkan yang pincang, mengumpulkan yang terpencar dan akan membuat mereka yang mendapat malu menjadi kepujian dan kenamaan di seluruh bumi. 20 Pada waktu itu Aku akan membawa kamu pulang, yakni pada waktu Aku mengumpulkan kamu, sebab Aku mau membuat kamu menjadi kenamaan dan kepujian di antara segala bangsa di bumi dengan memulihkan keadaanmu di depan mata mereka," firman TUHAN.

Ini adalah tawanan Israel di mana Mesias membawa tawanan-tawanan (Efesus 4:8 dari Mazmur 68:18) tetapi pada zaman akhir (Wahyu 13:10).

Maleakhi menunjukkan bahawa isu utama dan kegagalan golongan imamat dalam zaman akhir adalah dalam nama atau sifat Tuhan serta kuasa dan autoritiNya. Penghormatan tidak diberikan kepada Bapa dan tidak takut kepada Dia sebagai Allah dan Tuhan Semesta Alam.

Maleakhi 1:1-14 Ucapan ilahi. Firman TUHAN kepada Israel dengan perantaraan Maleakhi. 2 "Aku mengasihi kamu," firman TUHAN. Tetapi kamu berkata: "Dengan cara bagaimanakah Engkau mengasihi kami?" "Bukankah Esau itu kakak Yakub?" demikianlah firman TUHAN. "Namun Aku mengasihi Yakub, 3 tetapi membenci Esau. Sebab itu Aku membuat pegunungannya menjadi sunyi sepi dan tanah pusakanya Kujadikan padang gurun." 4 Apabila Edom berkata: "Kami telah hancur, tetapi kami akan membangun kembali reruntuhan itu," maka beginilah firman TUHAN semesta alam: "Mereka boleh membangun, tetapi Aku akan merobohkannya; dan orang akan menyebutkannya daerah kefasikan dan bangsa yang kepadanya TUHAN murka sampai selama-lamanya." 5 Matamu akan melihat dan kamu sendiri akan berkata: "TUHAN maha besar sampai di luar daerah Israel."

Beza antara Yakub dan Edom di sini adalah antara dua perjanjian atau sistem ibadah. Perbezaannya bukan antara Perjanjian Lama dan Baru tetapi antara palsu dan benar. Sistem hamba dan bebas juga adalah antara dua gunung Gerizim dan Ebal.

Musa membuatkan beberapa suku berdiri di atas Gunung Gerizim untuk memberkati bangsa itu dan suku-suku lain untuk berdiri di atas Gunung Ebal untuk mengutuk mereka (Ulangan 27:12-13; Yosua 8:33; Hakim-hakim 9:7). Mereka yang di atas Gerizim adalah Simeon, Lewi, Yehuda, Isakhar, Yusuf dan Benyamin. Mereka yang di atas Ebal adalah Ruben, Gad, Asyer, Zebulon, Dan dan Naftali.

Pembahagian-pembahagian ini mempunyai signifikansnya yang akan dikaji di bahagian lain. Mereka berbeza dari divisi-divisi yang dibuat oleh Paulus dalam Galatia 4:21-31. Orang Lewi mempunyai tanggungjawab khas di sini (Ulangan 27:14-26). Tanggungjawab-tanggungjawab ini membawa terus kepada berkat dan kutukan Ulangan 28 yang ditimpakan pada bangsa itu. Oleh itu, para pemimpin dan imam dipertanggungjawabkan untuk berkat dan kutukan tersebut (lihat karya Berkat dan Kutukan (No. 75)). Gunung Seir atau Edom di sini mempunyai kebencian kekal terhadap keturunan Israel. Masalah ini dikenalpasti dalam Yehezkiel 35 di mana kedua bangsa Yehuda dan Israel dilindungi dari kemusnahan.

Sebelum bercakap tentang bangsa Edom dan percubaan untuk memusnahkan Yehuda dan Israel dalam zaman akhir. Yehezkiel menangani golongan imamat dalam Yehezkiel 34. Ini adalah kecaman paling berkesan sekali terhadap keimamatan.

Yehezkiel 34:1-9 Lalu datanglah firman TUHAN kepadaku: 2 "Hai anak manusia, bernubuatlah melawan gembala-gembala Israel, bernubuatlah dan katakanlah kepada mereka, kepada gembala-gembala itu: Beginilah firman Tuhan ALLAH: Celakalah gembala-gembala Israel, yang menggembalakan dirinya sendiri! Bukankah domba-domba yang seharusnya digembalakan oleh gembala-gembala itu? 3 Kamu menikmati susunya, dari bulunya kamu buat pakaian, yang gemuk kamu sembelih, tetapi domba-domba itu sendiri tidak kamu gembalakan. 4 Yang lemah tidak kamu kuatkan, yang sakit tidak kamu obati, yang luka tidak kamu balut, yang tersesat tidak kamu bawa pulang, yang hilang tidak kamu cari, melainkan kamu injak-injak mereka dengan kekerasan dan kekejaman. 5 Dengan demikian mereka berserak, oleh karena gembala tidak ada, dan mereka menjadi makanan bagi segala binatang di hutan. Domba-domba-Ku berserak 6 dan tersesat di semua gunung dan di semua bukit yang tinggi; ya, di seluruh tanah itu domba-domba-Ku berserak, tanpa seorangpun yang memperhatikan atau yang mencarinya. 7 Oleh sebab itu, hai gembala-gembala, dengarlah firman TUHAN: 8 Demi Aku yang hidup, demikianlah firman Tuhan ALLAH, sesungguhnya oleh karena domba-domba-Ku menjadi mangsa dan menjadi makanan bagi segala binatang di hutan, lantaran yang menggembalakannya tidak ada, oleh sebab gembala-gembala-Ku tidak memperhatikan domba-domba-Ku, melainkan mereka itu menggembalakan dirinya sendiri, tetapi domba-domba-Ku tidak digembalakanny-- 9 oleh karena itu, hai gembala-gembala, dengarlah firman TUHAN:

Gembala-gembala mendengar tanpa mendengar. Mereka membaca Kitab Suci namun tidak memahami.

Yehezkiel 34:10 Beginilah firman Tuhan ALLAH: Aku sendiri akan menjadi lawan gembala-gembala itu dan Aku akan menuntut kembali domba-domba-Ku dari mereka dan akan memberhentikan mereka menggembalakan domba-domba-Ku. Gembala-gembala itu tidak akan terus lagi menggembalakan dirinya sendiri; Aku akan melepaskan domba-domba-Ku dari mulut mereka, sehingga tidak terus lagi menjadi makanannya.

Gembala-gembala tidak akan diberi makan oleh domba-domba pada hari-hari zaman akhir dan mereka akan terpaksa bekerja keras kerana mereka tidak memberi makan kepada domba-domba pada musimnya. Tuhan mencari dan memulihkan domba-dombaNya.

Yehezkiel 34:11-16 Sebab beginilah firman Tuhan ALLAH: Dengan sesungguhnya Aku sendiri akan memperhatikan domba-domba-Ku dan akan mencarinya. 12 Seperti seorang gembala mencari dombanya pada waktu domba itu tercerai dari kawanan dombanya, begitulah Aku akan mencari domba-domba-Ku dan Aku akan menyelamatkan mereka dari segala tempat, ke mana mereka diserahkan pada hari berkabut dan hari kegelapan. 13 Aku akan membawa mereka keluar dari tengah bangsa-bangsa dan mengumpulkan mereka dari negeri-negeri dan membawa mereka ke tanahnya; Aku akan menggembalakan mereka di atas gunung-gunung Israel, di alur-alur sungainya dan di semua tempat kediaman orang di tanah itu. 14 Di padang rumput yang baik akan Kugembalakan mereka dan di atas gunung-gunung Israel yang tinggi di situlah tempat penggembalaannya; di sana di tempat penggembalaan yang baik mereka akan berbaring dan rumput yang subur menjadi makanannya di atas gunung-gunung Israel. 15 Aku sendiri akan menggembalakan domba-domba-Ku dan Aku akan membiarkan mereka berbaring, demikianlah firman Tuhan ALLAH. 16 Yang hilang akan Kucari, yang tersesat akan Kubawa pulang, yang luka akan Kubalut, yang sakit akan Kukuatkan, serta yang gemuk dan yang kuat akan Kulindungi; Aku akan menggembalakan mereka sebagaimana seharusnya.

Di sini kita lihat bahawa gembala-gembala dikutuk dan kemudian domba-domba ditempatkan terhadap sesama sendiri dalam penghakiman. Umat pilihan dihakimi menurut bagaimana mereka melayani sesama sendiri.

Yehezkiel 34:17-28 Dan hai kamu domba-domba-Ku, beginilah firman Tuhan ALLAH: Sungguh, Aku akan menjadi hakim di antara domba dengan domba, dan di antara domba jantan dan kambing jantan. 18 Apakah belum cukup bagimu bahwa kamu menghabiskan padang rumput yang terbaik? Mesti pulakah kamu injak-injak padang rumput yang lain-lain dengan kakimu? Belum cukup bahwa kamu minum air yang jernih? Mesti pulakah yang tinggal itu kamu keruhkan dengan kakimu? 19 Apakah domba-domba-Ku seharusnya memakan rumput yang sudah diinjak-injak kakimu dan meminum air yang sudah dikeruhkan kakimu? 20 Oleh sebab itu, beginilah firman Tuhan ALLAH terhadap mereka. Dengan sesungguhnya Aku sendiri akan menjadi hakim di antara domba yang gemuk dengan domba yang kurus; 21 oleh karena semua yang lemah kamu desak dengan lambungmu dan bahumu serta kamu tanduk dengan tandukmu, sehingga kamu menghalau mereka ke luar kandang, 22 maka Aku akan menolong domba-domba-Ku, supaya mereka jangan lagi menjadi mangsa dan Aku akan menjadi hakim di antara domba dengan domba. 23 Aku akan mengangkat satu orang gembala atas mereka, yang akan menggembalakannya, yaitu Daud, hamba-Ku; dia akan menggembalakan mereka, dan menjadi gembalanya. 24 Dan Aku, TUHAN, akan menjadi Allah mereka serta hamba-Ku Daud menjadi raja di tengah-tengah mereka. Aku, TUHAN, yang mengatakannya. 25 Aku akan mengadakan perjanjian damai dengan mereka dan Aku akan meniadakan binatang buas dari tanah itu, sehingga mereka dapat diam di padang gurun dengan aman tenteram dan dapat tidur di hutan-hutan. 26 Aku akan menjadikan mereka dan semua yang di sekitar gunung-Ku menjadi berkat; Aku akan menurunkan hujan pada waktunya; itu adalah hujan yang membawa berkat. 27 Pohon-pohon di ladang akan memberi buahnya dan tanah itu akan memberi hasilnya. Mereka akan hidup aman tenteram di tanahnya. Mereka akan mengetahui, bahwa Akulah TUHAN, pada saat Aku mematahkan kayu kuk mereka dan melepaskan mereka dari tangan orang yang memperbudak mereka. 28 Mereka tidak lagi menjadi jarahan bagi bangsa-bangsa dan binatang liar tidak akan menerkam mereka, sehingga mereka akan diam dengan aman tenteram dengan tidak dikejutkan oleh apapun.

Pemulihan adalah untuk kedamaian dan kebebasan dari ketakutan. Suatu taman kebahagiaan (plant of renown) didirikan untuk mereka. Taman ini adalah Mesias yang akan memberi makan kepada domba-domba dan Daud akan menjadi raja mereka di bawah Mesias iaitu Tuannya.

Yehezkiel 34:29-31 Aku akan mendirikan bagi mereka suatu taman kebahagiaan, sehingga di tanah itu tidak seorangpun akan mati kelaparan dan mereka tidak lagi menanggung noda yang ditimbulkan bangsa-bangsa. 30 Dan mereka akan mengetahui bahwa Aku, TUHAN, Allah mereka, menyertai mereka dan mereka, kaum Israel, adalah umat-Ku, demikianlah firman Tuhan ALLAH. 31 Kamu adalah domba-domba-Ku, domba gembalaan-Ku, dan Aku adalah Allahmu, demikianlah firman Tuhan ALLAH."

Pemulihan kebangkitan pertama yang disebutkan di sini sebagai Daud yang akan memimpin domba-domba setelah kepulangannya dan pendiriannya semula. Perjanjian damai didirikan pada kedatangan Mesias Raja Damai. Rasa malu orang kafir adalah dari sistem palsu atau sistem Babilon yang akan dijatuhkan dalam zaman akhir seperti yang kita lihat dari Wahyu 18:2 dan seterusnya.

Isu sebenar antara Tuhan dan keimamatan adalah hakikat bahawa mereka telah mendirikan sebuah sistem palsu yang tidak menghormati Tuhan. Ini adalah sistem triune yang ingin menegaskan kesetaraan dengan Bapa kepada entiti-entiti lain, khususnya kepada Mesias dan dari sini untuk mengurangkan impak hukum Tuhan. Ini jelas dari Maleakhi 1:6-14.

Maleakhi 1:6-14 Seorang anak menghormati bapanya dan seorang hamba menghormati tuannya. Jika Aku ini bapa, di manakah hormat yang kepada-Ku itu? Jika Aku ini tuan, di manakah takut yang kepada-Ku itu? firman TUHAN semesta alam kepada kamu, hai para imam yang menghina nama-Ku. Tetapi kamu berkata: "Dengan cara bagaimanakah kami menghina nama-Mu?" 7 Kamu membawa roti cemar ke atas mezbah-Ku, tetapi berkata: "Dengan cara bagaimanakah kami mencemarkannya?" Dengan cara menyangka: "Meja TUHAN boleh dihinakan!" 8 Apabila kamu membawa seekor binatang buta untuk dipersembahkan, tidakkah itu jahat? Apabila kamu membawa binatang yang timpang dan sakit, tidakkah itu jahat? Cobalah menyampaikannya kepada bupatimu, apakah ia berkenan kepadamu, apalagi menyambut engkau dengan baik? firman TUHAN semesta alam. 9 Maka sekarang: "Cobalah melunakkan hati Allah, supaya Ia mengasihani kita!" Oleh tangan kamulah terjadi hal itu, masakan Ia akan menyambut salah seorang dari padamu dengan baik? firman TUHAN semesta alam. 10 Sekiranya ada di antara kamu yang mau menutup pintu, supaya jangan kamu menyalakan api di mezbah-Ku dengan percuma. Aku tidak suka kepada kamu, firman TUHAN semesta alam, dan Aku tidak berkenan menerima persembahan dari tanganmu. 11 Sebab dari terbitnya sampai kepada terbenamnya matahari nama-Ku besar di antara bangsa-bangsa, dan di setiap tempat dibakar dan dipersembahkan korban bagi nama-Ku dan juga korban sajian yang tahir; sebab nama-Ku besar di antara bangsa-bangsa, firman TUHAN semesta alam. 12 Tetapi kamu ini menajiskannya, karena kamu menyangka: "Meja Tuhan memang cemar dan makanan yang ada di situ boleh dihinakan!" 13 Kamu berkata: "Lihat, alangkah susah payahnya!" dan kamu menyusahkan Aku, firman TUHAN semesta alam. Kamu membawa binatang yang dirampas, binatang yang timpang dan binatang yang sakit, kamu membawanya sebagai persembahan. Akan berkenankah Aku menerimanya dari tanganmu? firman TUHAN. 14 Terkutuklah penipu, yang mempunyai seekor binatang jantan di antara kawanan ternaknya, yang dinazarkannya, tetapi ia mempersembahkan binatang yang cacat kepada Tuhan. Sebab Aku ini Raja yang besar, firman TUHAN semesta alam, dan nama-Ku ditakuti di antara bangsa-bangsa.

Tiada imam yang mahu menahan kemurtadan itu dengan percuma. Mereka meminta ganjaran untuk mengajar firman Tuhan dan menajiskan Kitab Suci serta tujuannya dengan mengajar untuk upah. Tuhan tidak akan memperdulikan mereka, di mana itu sebenarnya adalah dosa mereka yang paling menyedihkan sekali.

Nabi sebagai sebahagian dari Sistem Imam

Yehezkiel 13:1-16 membincangkan nabi-nabi palsu. Mereka adalah sebahagian dari keimamatan dan jatuh bersama mereka. Jemaat-jemaat zaman akhir dipenuhi dengan nabi-nabi palsu dan nubuatan palsu. Mereka mengabarkan keselamatan kepada jemaat yang tertipu.

Yehezkiel 13:1-9 Kemudian datanglah firman TUHAN kepadaku: 2 "Hai anak manusia, bernubuatlah melawan nabi-nabi Israel, bernubuatlah dan katakanlah kepada mereka yang bernubuat sesuka hatinya saja: Dengarlah firman TUHAN! 3 Beginilah firman Tuhan ALLAH: Celakalah nabi-nabi yang bebal yang mengikuti bisikan hatinya sendiri dan yang tidak melihat sesuatu penglihatan. 4 Seperti anjing hutan di tengah-tengah reruntuhan, begitulah nabi-nabimu, hai Israel! 5 Kamu tidak mempertahankan lobang-lobang pada tembokmu dan tidak mendirikan tembok sekeliling rumah Israel, supaya mereka dapat tetap berdiri di dalam peperangan pada hari TUHAN. 6 Penglihatan mereka menipu dan tenungan mereka adalah bohong; mereka berkata: Demikianlah firman TUHAN, padahal TUHAN tidak mengutus mereka, dan mereka menanti firman itu digenapi-Nya. 7 Bukankah penglihatan tipuan yang kamu lihat dan tenungan bohong yang kamu katakan, kalau kamu berkata: Demikianlah firman TUHAN, padahal Aku tidak berbicara? 8 Sebab itu, beginilah firman Tuhan ALLAH, oleh karena kamu mengatakan kata-kata dusta dan melihat perkara-perkara bohong, maka Aku akan menjadi lawanmu, demikianlah firman Tuhan ALLAH. 9 Aku akan mengacungkan tangan-Ku melawan nabi-nabi yang melihat perkara-perkara yang menipu dan yang mengucapkan tenungan-tenungan bohong; mereka tidak termasuk perkumpulan umat-Ku dan tidak akan tercatat dalam daftar kaum Israel, dan tidak akan masuk lagi di tanah Israel; dan kamu akan mengetahui bahwa Akulah Tuhan ALLAH.

Nabi-nabi dalam zaman akhir membuat ramalan dusta untuk jemaat dan menubuatkan damai untuk Israel sedangkan tiadanya damai. Hukuman untuk nabi-nabi palsu ini adalah dibuang dari kumpulan Israel dan mereka tidak akan ditulis dalam tulisan atau rekod-rekod Rumah Israel.

Dalam kata lain, surat-surat serta nubuatan palsu golongan imamat jemaat-jemaat zaman akhir akan dibuang dari surat-surat jemaat, dan nama-nama mereka dari keanggotaan jemaat. Pendek kata, mereka diserahkan kepada kebangkitan kedua. Ini termasuk semua nabi palsu dan nubuatan palsu jemaat yang ingin mencari perlindungan selain Tuhan.

Yehezkiel 13:10-16 Oleh karena, ya sungguh karena mereka menyesatkan umat-Ku dengan mengatakan: Damai sejahtera!, padahal sama sekali tidak ada damai sejahtera--mereka itu mendirikan tembok dan lihat, mereka mengapurnya—11 katakanlah kepada mereka yang mengapur tembok itu: Hujan lebat akan membanjir, rambun akan jatuh dan angin tofan akan bertiup! 12 Kalau tembok itu sudah runtuh, apakah orang tidak akan berkata kepadamu: Di mana sekarang kapur, yang kamu oleskan itu? 13 Oleh sebab itu beginilah firman Tuhan ALLAH: Di dalam amarah-Ku Aku akan membuat angin tofan bertiup dan di dalam murka-Ku hujan lebat akan membanjir, dan di dalam amarah-Ku rambun yang membinasakan akan jatuh. 14 Dan Aku akan meruntuhkan tembok yang kamu kapur itu dan merobohkannya ke tanah, supaya dasarnya menjadi kelihatan; tembok kota itu akan runtuh dan kamu akan tewas di dalamnya. Dan kamu akan mengetahui bahwa Akulah TUHAN. 15 Begitulah Aku akan melampiaskan amarah-Ku atas tembok itu dan kepada mereka yang mengapurnya dan Aku akan berkata kepadamu: Lenyap temboknya dan lenyap orang-orang yang mengapurnya, 16 yaitu nabi-nabi Israel yang bernubuat tentang Yerusalem dan melihat baginya suatu penglihatan mengenai damai sejahtera, padahal sama sekali tidak ada damai sejahtera, demikianlah firman Tuhan ALLAH."

Nubuatan palsu ini menjadi tembok yang dikapurkan dan dengan itu tidak mampu bertahan. Biarlah setiap hamba Tuhan cermat dalam bagaimana dia membina. Binaan yang palsu tidak akan bertahan. Itulah pengajaran untuk akhir abad kedua puluh bagi Jemaat Tuhan. Di sini imam dan nabi bertindih.

Tuhan menentang para nabi kerana roh nubuatan palsu ini (Yeremia 23:30). Nabi-nabi palsu ini ditangani. Mereka kehilangan perlindungan Tuhan dan tidak memasuki perkumpulan Tuhan, berdepan dengan roh nubuatan sebenar seperti yang kita lihat dari Yeremia 20:3-6.

Yeremia 20:3-6 Tetapi ketika Pasyhur keesokan harinya mengeluarkan Yeremia dari pasungan itu, berkatalah Yeremia kepadanya: "TUHAN akan menyebut namamu bukan Pasyhur, melainkan Kegentaran-dari-segala-jurusan. 4 Sebab beginilah firman TUHAN: Sesungguhnya, Aku akan membuat engkau menjadi kegentaran bagimu sendiri dan bagi semua sahabatmu; mereka akan rebah mati oleh pedang musuhnya di depan matamu sendiri. Dan seluruh Yehuda akan Kuserahkan ke dalam tangan raja Babel yang akan mengangkut mereka ke dalam pembuangan ke Babel dan memukul mati mereka dengan pedang. 5 Juga harta benda kota ini, segala hasil jerih payahnya, segala barangnya yang berharga dan segala barang perbendaharaan raja-raja Yehuda akan Kuserahkan ke dalam tangan musuhnya, yang akan menjarah, mengumpulkan dan membawa semuanya itu ke Babel. 6 Mengenai engkau, hai Pasyhur, dan semua orang yang diam di rumahmu, kamu akan diangkut tertawan; engkau akan sampai ke Babel dan akan mati di sana dan akan dikuburkan di sana: engkau ini dengan semua sahabatmu yang kepadanya engkau telah bernubuat palsu."

Yeremia menukarkan nama Pasyhur, yang dalam bahasa Aramaik, dengan menafsirnya dalam bahasa Ibrani seperti yang dilakukan Yesaya dalam Yesaya 8:1,3. Perkataan Aramaik ini berasas pada kata-kata pash tinggal atau kekal dan gur merayau-rayau atau mengembara di negeri asing. Perkataan Aramaiknya adalah sehor; Ibraninya adalah sabib. Jadi teks ini menjadi namamu tidak akan tinggal, tetapi merayau. Ini disebabkan oleh kegentaran.

Para nabi dan imam yang tidak kekal setia diserahkan kepada perempuan sundal atau sistem palsu Misteri Babilon (Babel). Kemabukan anggur adalah secara jasmaniah dan rohaniah.

Yesaya 28:7-13 Tetapi orang-orang di sinipun pening karena anggur dan pusing karena arak. Baik imam maupun nabi pening karena arak, kacau oleh anggur; mereka pusing oleh arak, pening pada waktu melihat penglihatan, goyang pada waktu memberi keputusan. 8 Sungguh, segala meja penuh dengan muntah, kotoran, sehingga tidak ada tempat yang bersih lagi. 9 Dan orang berkata: "Kepada siapakah dia ini mau mengajarkan pengetahuannya dan kepada siapakah ia mau menjelaskan nubuat-nubuatnya? Seolah-olah kepada anak yang baru disapih, dan yang baru cerai susu! 10 Sebab harus ini harus itu, mesti begini mesti begitu, tambah ini, tambah itu!" 11 Sungguh, oleh orang-orang yang berlogat ganjil dan oleh orang-orang yang berbahasa asing akan berbicara kepada bangsa ini 12 Dia yang telah berfirman kepada mereka: "Inilah tempat perhentian, berilah perhentian kepada orang yang lelah; inilah tempat peristirahatan!" Tetapi mereka tidak mau mendengarkan. 13 Maka mereka akan mendengarkan firman TUHAN yang begini: "Harus ini harus itu, mesti begini mesti begitu, tambah ini tambah itu!" supaya dalam berjalan mereka jatuh telentang, sehingga luka, tertangkap dan tertawan.

Anggur (wain) roh percabulan jelas terlihat dalam sistem perempuan sundal Babel iaitu jemaat yang mabuk dengan darah orang-orang kudus.

Wahyu 17:1-9 Lalu datanglah seorang dari ketujuh malaikat, yang membawa ketujuh cawan itu dan berkata kepadaku: "Mari ke sini, aku akan menunjukkan kepadamu putusan atas pelacur besar, yang duduk di tempat yang banyak airnya. 2 Dengan dia raja-raja di bumi telah berbuat cabul, dan penghuni-penghuni bumi telah mabuk oleh anggur percabulannya." 3 Dalam roh aku dibawanya ke padang gurun. Dan aku melihat seorang perempuan duduk di atas seekor binatang yang merah ungu, yang penuh tertulis dengan nama-nama hujat. Binatang itu mempunyai tujuh kepala dan sepuluh tanduk. 4 Dan perempuan itu memakai kain ungu dan kain kirmizi yang dihiasi dengan emas, permata dan mutiara, dan di tangannya ada suatu cawan emas penuh dengan segala kekejian dan kenajisan percabulannya. 5 Dan pada dahinya tertulis suatu nama, suatu rahasia: "Babel besar, ibu dari wanita-wanita pelacur dan dari kekejian bumi." 6 Dan aku melihat perempuan itu mabuk oleh darah orang-orang kudus dan darah saksi-saksi Yesus. Dan ketika aku melihatnya, aku sangat heran. 7 Lalu kata malaikat itu kepadaku: "Mengapa engkau heran? Aku akan mengatakan kepadamu rahasia perempuan itu dan rahasia binatang yang memikulnya, binatang yang berkepala tujuh dan bertanduk sepuluh itu. 8 Adapun binatang yang telah kaulihat itu, telah ada, namun tidak ada, ia akan muncul dari jurang maut, dan ia menuju kepada kebinasaan. Dan mereka yang diam di bumi, yaitu mereka yang tidak tertulis di dalam kitab kehidupan sejak dunia dijadikan, akan heran, apabila mereka melihat, bahwa binatang itu telah ada, namun tidak ada, dan akan muncul lagi. 9 Yang penting di sini ialah akal yang mengandung hikmat: ketujuh kepala itu adalah tujuh gunung, yang di atasnya perempuan itu duduk,

Perempuan sundal ini adalah jemaat aliran utama dalam sistem Kristian dan ia mabuk dengan darah orang-orang kudus yang telah dibunuhnya. Orang-orang kudus ini adalah mereka yang mentaati perintah-perintah Tuhan dan kesaksian Yesus.

Bangsa itu menghadapi kebinasaan kerana dosa golongan imamat.

Yesaya 56:9-12 Hai segala binatang di padang, hai segala binatang di hutan, datanglah untuk makan! 10 Sebab pengawal-pengawal umat-Ku adalah orang-orang buta, mereka semua tidak tahu apa-apa; mereka semua adalah anjing-anjing bisu, tidak tahu menyalak; mereka berbaring melamun dan suka tidur saja; 11 anjing-anjing pelahap, yang tidak tahu kenyang. Dan orang-orang itulah gembala-gembala, yang tidak dapat mengerti! Mereka semua mengambil jalannya sendiri, masing-masing mengejar laba, tiada yang terkecuali. 12 "Datanglah," kata mereka, "aku akan mengambil anggur, baiklah kita minum arak banyak-banyak; besok akan sama seperti hari ini, dan lebih hebat lagi!"

Golongan imamat digambarkan sebagai anjing-anjing bisu dan gembala-gembala buta. Mereka tidak memiliki pengertian kerana mereka tidak takut akan Tuhan atau memelihara perintah-perintahNya.

Umat kita disuapkan dengan kepalsuan dan tewas disebabkan para imam dan sistem kehidupan mereka.

Yesaya 5:11-13 Celakalah mereka yang bangun pagi-pagi dan terus mencari minuman keras, dan duduk-duduk sampai malam hari, sedang badannya dihangatkan anggur! 12 Kecapi dan gambus, rebana dan suling, serta anggur terdapat dalam perjamuan-perjamuan mereka, tetapi perbuatan TUHAN tidak dipandangnya dan pekerjaan TUHAN tidak dilihatnya. 13 Sebab itu umat-Ku harus pergi ke dalam pembuangan, oleh sebab mereka tidak mengerti apa-apa; orang-orang yang mulia akan mati kelaparan, dan khalayak ramai akan menderita kehausan.

Sistem ini terus ke dalam perayaan-perayaan dan sistem ibadah. Seperti mana para imam telah melupakan Tuhan dan menyesatkan anak-anakNYa, begitu juga Dia akan melupakan keturunan mereka.

Hosea 4:1-6 Dengarlah firman TUHAN, hai orang Israel, sebab TUHAN mempunyai perkara dengan penduduk negeri ini, sebab tidak ada kesetiaan dan tidak ada kasih, dan tidak ada pengenalan akan Allah di negeri ini. 2 Hanya mengutuk, berbohong, membunuh, mencuri, berzinah, melakukan kekerasan dan penumpahan darah menyusul penumpahan darah. 3 Sebab itu negeri ini akan berkabung, dan seluruh penduduknya akan merana; juga binatang-binatang di padang dan burung-burung di udara, bahkan ikan-ikan di laut akan mati lenyap. 4 Hanya janganlah ada orang mengadu, dan janganlah ada orang menegor, sebab terhadap engkaulah pengaduan-Ku itu, hai imam! 5 Engkau akan tergelincir jatuh pada siang hari, juga nabi akan tergelincir jatuh bersama-sama engkau pada malam hari; dan Aku akan membinasakan ibumu. 6 Umat-Ku binasa karena tidak mengenal Allah; karena engkaulah yang menolak pengenalan itu maka Aku menolak engkau menjadi imam-Ku; dan karena engkau melupakan pengajaran Allahmu, maka Aku juga akan melupakan anak-anakmu.

Perintah ini adalah kerana para imam mengajar melawan hukum. Mereka berkata ia tidak lagi sah.

Yesaya 5:18-24 Celakalah mereka yang memancing kesalahan dengan tali kedustaan dan dosa seperti dengan tali gerobak, 19 yang berkata: "Baiklah Allah lekas-lekas dan cepat-cepat melakukan tindakan-Nya, supaya kita lihat; dan baiklah keputusan Yang Mahakudus, Allah Israel, datang mendekat, supaya kita tahu." 20 Celakalah mereka yang menyebutkan kejahatan itu baik dan kebaikan itu jahat, yang mengubah kegelapan menjadi terang dan terang menjadi kegelapan, yang mengubah pahit menjadi manis, dan manis menjadi pahit. 21 Celakalah mereka yang memandang dirinya bijaksana, yang menganggap dirinya pintar! 22 Celakalah mereka yang menjadi jago minum dan juara dalam mencampur minuman keras; 23 yang membenarkan orang fasik karena suap dan yang memungkiri hak orang benar. 24 Sebab itu seperti lidah api memakan jerami, dan seperti rumput kering habis lenyap dalam nyala api, demikian akar-akar mereka akan menjadi busuk, dan kuntumnya akan beterbangan seperti abu, oleh karena mereka telah menolak pengajaran TUHAN semesta alam dan menista firman Yang Mahakudus, Allah Israel.

Penolakan hukum menyebabkan kehilangan pengertian tentang yang baik dan yang jahat.

Kedua-dua imam dan nabi adalah cabul dalam Rumah Tuhan (Yeremia 23:11-40). Nabi-nabi tidak membongkarkan dosa Sion.

Ratapan 2:14 Nabi-nabimu melihat bagimu penglihatan yang dusta dan hampa. Mereka tidak menyatakan kesalahanmu, guna memulihkan engkau kembali. Mereka mengeluarkan bagimu ramalan-ramalan yang dusta dan menyesatkan.

Nabi-nabi palsu yang sama ini tidak melihat sebarang masalah untuk jemaat-jemaat zaman akhir. Bagaimanapun, Tuhan akan memulihkan Israel sebagai kesudahannya yang damai.

Yeremia 29:8-14 Sungguh, beginilah firman TUHAN semesta alam, Allah Israel: Janganlah kamu diperdayakan oleh nabi-nabimu yang ada di tengah-tengahmu dan oleh juru-juru tenungmu, dan janganlah kamu dengarkan mimpi-mimpi yang mereka mimpikan! 9 Sebab mereka bernubuat palsu kepadamu demi nama-Ku. Aku tidak mengutus mereka, demikianlah firman TUHAN. 10 Sebab beginilah firman TUHAN: Apabila telah genap tujuh puluh tahun bagi Babel, barulah Aku memperhatikan kamu. Aku akan menepati janji-Ku itu kepadamu dengan mengembalikan kamu ke tempat ini. 11 Sebab Aku ini mengetahui rancangan-rancangan apa yang ada pada-Ku mengenai kamu, demikianlah firman TUHAN, yaitu rancangan damai sejahtera dan bukan rancangan kecelakaan, untuk memberikan kepadamu hari depan yang penuh harapan. 12 Dan apabila kamu berseru dan datang untuk berdoa kepada-Ku, maka Aku akan mendengarkan kamu; 13 apabila kamu mencari Aku, kamu akan menemukan Aku; apabila kamu menanyakan Aku dengan segenap hati, 14 Aku akan memberi kamu menemukan Aku, demikianlah firman TUHAN, dan Aku akan memulihkan keadaanmu dan akan mengumpulkan kamu dari antara segala bangsa dan dari segala tempat ke mana kamu telah Kuceraiberaikan, demikianlah firman TUHAN, dan Aku akan mengembalikan kamu ke tempat yang dari mana Aku telah membuang kamu.

Musa berdiri di antara Tuhan dan Israel untuk meredakan kemurkaan Tuhan (Mazmur 106:23), namun imam-imam palsu ini tidak berjuang untuk Israel seperti yang ditunjukkan Musa, atau melawan kejahatan untuk Israel (Yehezkiel 13:5).

Yehezkiel 13:5 Kamu tidak mempertahankan lobang-lobang pada tembokmu dan tidak mendirikan tembok sekeliling rumah Israel, supaya mereka dapat tetap berdiri di dalam peperangan pada hari TUHAN.

Malah, nabi-nabi palsu ini mengatakan bahawa umat pilihan akan berada di tempat selamat dalam hari peperangan Tuhan. Tiada seorangpun yang mahu berdiri di perantaraan.

Yehezkiel 22:30 Aku mencari di tengah-tengah mereka seorang yang hendak mendirikan tembok atau yang mempertahankan negeri itu di hadapan-Ku, supaya jangan Kumusnahkan, tetapi Aku tidak menemuinya.

Dari Yeremia 23:11-40 kita lihat bahawa Tuhan bertentangan dengan nabi-nabi palsu (ayat 30,31,32). Perbandingan teks-teks ini dilihat seperti berikut: ayat 11 banding dengan Zefanya 3:4; ayat 12 banding dengan Yeremia 11:23; ayat 13 banding dengan Yesaya 9:16; ayat-ayat 17,22 menunjukkan bahawa nabi-nabi palsu menggalakkan kejahatan dan mereka yang membenci Tuhan dan hukum-hukumNya.

Pekhabaran zaman akhir tidak diberikan dalam bahasa Ibrani tetapi dari bibir ganjil dan bahasa asing.

Para imam yang gagal dalam zaman akhir akan diserahkan kepada sistem binatang dan Misteri-misteri Babel. Mereka disingkirkan untuk menghadapi kegentaran yang disebutkan oleh Yeremia. Mereka tidak dicatat dalam rekod Rumah Israel.

Ezra 2:59-62 Inilah orang-orang yang berangkat pulang dari Tel-Melah, Tel-Harsa, Kerub, Adan dan Imer, tetapi mereka tidak dapat menyatakan apakah kaum keluarga dan asal usul mereka termasuk bangsa Israel: 60 bani Delaya, bani Tobia, bani Nekoda, enam ratus lima puluh dua orang; 61 dan dari antara kaum imam: bani Habaya, bani Hakos, bani Barzilai. Barzilai itu memperisteri seorang anak perempuan Barzilai, orang Gilead itu, dan sejak itu ia dinamai menurut nama keluarga itu. 62 Mereka itu menyelidiki apakah nama mereka tercatat dalam silsilah, tetapi karena itu tidak didapati, maka mereka dinyatakan tidak tahir untuk jabatan imam.

Ini dinyatakan semula dalam Nehemia 7:5.

Nehemia 7:5  Maka Allahku memberikan dalam hatiku rencana untuk mengumpulkan para pemuka, para penguasa dan rakyat, supaya mereka dicatat dalam silsilah. Lalu kudapati daftar silsilah orang-orang yang lebih dahulu berangkat pulang. Dalam daftar itu kudapati tertulis:

Oleh sebab itu, daftar tersebut dipelihara untuk keimamatan.

Penajisan keimamatan Lewi dibalas dengan pengecualian. Betapa besar lagi hukumannya untuk keimamatan Melkisedek yang satu-satunya sebab kemasukan mereka adalah kemurnian panggilan mereka? Oleh itu, mereka dikecualikan sama sekali kepada kebangkitan kedua.

Tuhan berdukacita atas imam-imam itu kerana mereka telah menghancurkan jemaat dan menyelerakkan domba-domba.

Yeremia 10:20-25 Kemahku sudah rusak, dan semua talinya sudah putus. Anak-anakku telah pergi dari padaku, tidak ada lagi; tidak ada lagi yang mendirikan kemahku dan yang membentangkan tendaku. -- 21 Sungguh, gembala-gembala sudah menjadi bodoh, mereka tidak menanyakan petunjuk TUHAN. Sebab itu mereka tidak berbahagia dan seluruh binatang gembalaan mereka cerai-berai. 22 Terdengarlah suatu berita, bunyinya: Kegemparan besar akan datang dari tanah sebelah utara, untuk membuat kota-kota Yehuda menjadi sunyi sepi, menjadi tempat persembunyian serigala-serigala. 23 Aku tahu, ya TUHAN, bahwa manusia tidak berkuasa untuk menentukan jalannya, dan orang yang berjalan tidak berkuasa untuk menetapkan langkahnya. 24 Hajarlah aku, ya TUHAN, tetapi dengan selayaknya, jangan dengan murka-Mu, supaya aku jangan Kaubinasakan! 25 Tumpahkanlah kepanasan amarah-Mu ke atas bangsa-bangsa yang tidak mengenal Engkau, ke atas kaum-kaum keluarga yang tidak menyerukan nama-Mu; sebab mereka telah memakan Yakub dan menghabisinya, dan membuat tempat kediamannya menjadi puing.

Khemah Tuhan adalah Bait Tuhan iaitu umat pilihan. Khemah tidak mampu didirikan untuk kebaktian yang mencukupi. Anak-anak Tuhan bertempiaran disebabkan gembala-gembala itu.

Disebabkan kelalaian saudara dalam iman ini, pastor-pastor tidak akan makmur. Pastor-pastor ini menjadi kasar kerana mereka tidak takut akan Tuhan dan, dengan itu, kehilangan pengertian dan kebijaksanaan.

Mazmur 111:10 Permulaan hikmat adalah takut akan TUHAN, semua orang yang melakukannya berakal budi yang baik. Puji-pujian kepada-Nya tetap unt