Jemaat-jemaat Allah Al Masehi

[140]

 

 

 

 

Tujuh Meterai

(Edisi 2.0 19951109-20000825)

 

Karya ini membincangkan tujuh meterai Wahyu dan menjelaskan makna mereka. Perkembangan meterai-meterai ini selama dua ribu tahun terakhir dikaji dan urutannya hingga kedatangan Mesias diberikan. Proses ini memuncak dalam meterai ketujuh yang sebenarnya adalah tujuh sangkakala.

 

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta ã 1994, 1995, 1999, 2000 Wade Cox)

(Tr. 2005)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org

 

Tujuh Meterai



Nota: Karya ini sebaiknya dibaca bersama dengan pita audio.

 

Satu carta yang menunjukkan urutan ini dilampirkan pada karya Tujuh Sangkakala (No. 141). Usaha menentukan rangka-rangka waktunya meliputi Tujuh Meterai dan Tujuh Sangkakala. Carta ini telah dihasilkan kira-kira 1985, sebenarnya, untuk menunjukkan ianya mustahil untuk Yesus Kristus datang sebelum 1997 dan bahawa struktur tiga dan setengah tahun untuk tempat perlindungan adalah salah. Terdapat beberapa alternatif. Kedatangannya mungkin seawal-awalnya pada 1997 atau 1999 atau bila-bila masa selepas itu. Carta menunjukkan bahawa terdapat Tujuh Meterai, yang dipecahkan kepada Sangkakala Ketujuh dan Tujuh Cawan kemurkaan Tuhan. Semuanya berselang-seli dengan saksi-saksi itu dan terdapat tiga alternatif yang membabitkan saksi-saksi ini, berselang dengan tempoh yang dipanggil waktu Kesukaran Yakub. Ramai orang menganggap bahawa mereka boleh mengabaikan, memadatkan, atau meringkaskannya. Kita tidak boleh sampai ke Milenium sehinggalah kita lalui urutan ini. Ini adalah nubuatan dan tidak akan dibatalkan. Kita tidak boleh meniadakannya dan kita tidak dapat bersembunyi daripadanya.

 

Segala sesuatu yang berlaku dalam cawan-cawan kemurkaan Tuhan, dan sangkakala ketujuh, semuanya boleh dielakkan. Tiada apapun dalam Wahyu dalam tempat-tempat itu yang perlu berlaku. Kita boleh mengelaknya, dan planet ini tidak mengelaknya disebabkan meterai pertama iaitu agama palsu. Agama palsu telah lebih dahulu dari Kristus. Kristus bukanlah meterai pertama, namun dia menggerakkan konflik itu mula-mula dari Sinai, dan kedua dari kedatangannya dan kebinasaannya. Iblis telah memulakan agama palsu dari hari bila mana dia menyebabkan kejatuhan Adam dengan merosakkan kedudukan Hawa.

 

Mari kita perhatikan Empat Penunggang Kuda Wahyu, ditemui pada Wahyu Bab 6. Wahyu 6 berkata:

 

“Maka aku melihat Anak Domba itu membuka yang pertama dari ketujuh meterai itu, dan aku mendengar yang pertama dari keempat makhluk itu berkata dengan suara bagaikan bunyi guruh: "Mari!" Dan aku melihat: sesungguhnya, ada seekor kuda putih dan orang yang menungganginya memegang sebuah panah dan kepadanya dikaruniakan sebuah mahkota. Lalu ia maju sebagai pemenang untuk merebut kemenangan.”

 

Konsepnya adalah bahawa Anak Domba itu, Yesus Kristus, sedang membuka meterai-meterai itu. Meterai pertama telah dipecahkan lama dahulu. Meterai-meterai ini tidak dibuka pada zaman akhir. Meterai pertama ini terus berkembang sepanjang tempoh 2,000 tahun, dan setiap meterai berkembang dengan pesat. Mereka terbuka dan terus terbuka dan berkembang. Setiap satu menambah kepada yang satu lagi. Meterai pertama, dipanggil Penaklukan (Pemenangan), sebenarnya dimulakan dari agama palsu. Ia bermula dari konsep-konsep jemaat, serta organisasi dan institusi yang ditubuhkan di bawah agama-agama palsu. Oleh kerana kita terbahagi melalui perbezaan pendapat, faktor pembahagi terbesar adalah struktur organisasi planet ini yang berdasarkan divisi-divisi antara Kristus dan Angkatan Syurgawi yang setia, serta Iblis dan Angkatan Derhaka. Pembahagian tersebut telah menampakkan dirinya dalam planet dalam bentuk-bentuk agama. Seluruh struktur agama-agama planet ini membayangkan perang-perang di langit. Tiada yang kebetulan. Iblis telah menetapkan suatu gaya berfikir di kalangan orang-orang dan bangsa-bangsa.

 

Konsep penggantian Iblis oleh Kristus adalah penggantian struktur agama dunia ini, pemerintahannya serta sistem-sistemnya, oleh sebuah sistem pemerintahan yang lain. Lihat karya Kerajaan Tuhan (No. 174).

 

Anak Domba adalah dia yang menggerakkan proses tersebut dengan mendirikan keimanan sebenar di atas planet ini: firman Tuhan. Ianya bukan sesuatu yang didirikan dan dirobohkan. Iblis pernah dan adalah Bintang Fajar planet ini. Kristus adalah dia yang, setelah dikorbankan, layak untuk mengatasi dan mengganti Iblis sebagai Bintang Fajar, pada kedatangan kedua kalinya. Dia telah mengirim kebenaran ke dalam planet ini melalui para nabi dan para bapa (patriak) dan akhirnya secara peribadi.

 

Agama sejati bertakhta dan orang-orang kemudiannya dipimpin untuk menentangnya oleh Angkatan Derhaka. Ini akan akhirnya terbayang dalam semua bangsa yang mara terhadap Yerusalem pada kedatangan Kristus di akhir zaman. Proses agama palsu ini secara logiknya menyusul ke dalam meterai perang seterusnya atau yang kedua.

 

Wahyu 6:3-4 Dan ketika Anak Domba itu membuka meterai yang kedua, aku mendengar makhluk yang kedua berkata: "Mari!" 4 Dan majulah seekor kuda lain, seekor kuda merah padam dan orang yang menungganginya dikaruniakan kuasa untuk mengambil damai sejahtera dari atas bumi, sehingga mereka saling membunuh, dan kepadanya dikaruniakan sebilah pedang yang besar.

 

Meterai pertama telah bermula dan Iblis melancarkan serangan pada jemaat dengan menghasilkan Gnostikisme dari pengkalan Alexandria-nya. Dia meletakkan Gnostikisme atas Kultus-kultus Misteri, dan sistem Jabatan Paus (Kurial) Rom yang merupakan sebuah sistem pagan. Kardinal-kardinal telahpun ada di Rom lama sebelum Kristus lahir dan mereka berpakaian merah, dan mereka memakai topi. Perawan-perawan telah lama ada di Rom sebelum Kristus lahir, dan perawan-perawan ini adalah sebahagian dari sistem di Kuil Vesta. Mereka mempunyai sistem kurial dengan para Kardinal ini yang merupakan perbadanan Paus. Pegawai-pegawai agama ini memerintah negeri itu. Ianya bukan sebuah sistem Kristian. Struktur itu telah menjadi sebahagian dari elemen utama sistem palsu Iblis ini.

 

Sistem Greco-Roma yang berdasarkan Platonisme dan doktrin pemerintahannya terpaksa memeluk doktrin-doktrin yang telah disokong Kristus demi untuk memutarbelitkan mereka. Jadi agama palsu kemudiannya muncul. Demi untuk mengukuhkan sistem Greco-Roma itu mereka terpaksa mengeluarkan doktrin-doktrin sidang. Para bapa Kapadokia telah mengeluarkan satu konsep Tuhan yang berdasarkan Sidang Nicaea, yang mulanya menghasilkan Binitarianisme, dan yang bukan doktrin jemaat. Binitarianisme merupakan satu hasil Jemaat Katolik dari sidang Nicaea pada 325 CE. Ia adalah langkah yang perlu bagi pengenalan Trinitarianisme di Constantinople pada 381 CE.

 

Meterai pertama telah mengakibatkan divisi-divisi yang kita saksikan terhasil dari Sidang-sidang abad keempat dan kelima. Sidang Elvira telah mula (pada 300 CE) dengan meniadakan hari Sabat. Sidang Nicaea pada 325 CE telah mengubah struktur Ketuhanan dan memperkenalkan konsep-konsep bahawa Yesus Kristus adalah setara dan sama abadi dengan Allah Bapa. Waktu itu mereka belum lagi berbuat apa-apa dengan Roh Kudus. Mereka berjaya selama dua tahun. Namun Maharaja Constantine sedar bahawa kelompok Athanasian, yang kini dipanggil Katolik, hanya berkuasa dengan berpusat pada Rom dan sesetengah tempat lain. Kuasa sebenar dalam Empayar itu terletak pada kelompok Unitarian yang disalahsebut sebagai Arian, yang merupakan subordinationist. Lain-lain biskop Unitarian telah dibuang negeri bersama dengan Arius (Arianisme adalah nama yang salah; lihat karya Satu Bersama Dengan Bapa (No. 81)). Mereka adalah kelompok subordinationist Unitarian. Terdapat sebilangan negara yang telah menjadi subordinationist. Biskop-biskop ini telah dipanggil semula dan dikembalikan kepada kedudukan asal dan memiliki kuasa kepaderian. Lihat karya-karya Arianisme dan Semi-Arianisme (No. 167) dan Peperangan Unitarian/Trinitarian (No. 268).

 

Bezanya antara struktur-struktur pentadbiran mereka adalah yang satu berdasarkan negara dan yang satu lagi berdasarkan empayar. Kumpulan Athanasia mengingini kerajaan sedunia dan masih lagi berusaha ke arah itu.

 

Constantine mulanya berfikir pada waktu itu bahawa pihak yang mengingini kuasa sedunia adalah yang terkuat, namun itu bukan. Proses yang telah memulakan perang-perang Athanasian tidak begitu baik catatannya, atau dihebohkan, kerana orang Katoliklah yang menulis buku-buku sejarah. Suatu sejarah perang-perang Arian digariskan dalam karya yang dipanggil Mistikisme. Karya ini membincangkan proses bagaimana sistem Babilon telah mengukuhkan dirinya dan mengambil alih planet ini. Sistem Babilon telah menguasai planet ini, seperti yang Kristus katakan.

 

Teori Perang Benar (lihat karya Teori Perang Benar (No. 110)) adalah satu proses mentaliti Athanasia tersebut. Perang-perang ini telah menjadi satu kebiasaan dalam masyarakat kita. Untuk pertama kalinya, kita mempunyai konsep-konsep perang agama. Kebangkitan Islam di bawah nabi Muhammad merupakan akibat langsung dari Trinitarianisme. Muhammad mula mengajar khususnya untuk meniadakan doktrin-doktrin Trinitarian Athanasia ini yang dilihatnya sebagai satu bidaah, dan untuk menyatukan bangsa Arab di bawah Monoteisme. Quran mengelompokkan orang Kristian dengan dua set nama. Umat Kitab Suci dan orang Kristian secara umumnya. Pembezaan-pembezaan ini kini hilang kerana orang Kristian moden tidak memahami perbezaan-perbezaan yang wujud pada waktu itu. Perbezaan-perbezaan ini melibatkan kumpulan Trinitarian yang melawan Islam dan jemaat Pergamum yang dianiaya yang bersekutu dengan Islam.

 

Struktur-struktur agama palsu ini semuanya dibentuk untuk cuba merosakkan pengaruh luas Jemaat Pemelihara Sabat yang asal. Kita telah memiliki mualaf-mualaf berjuta-juta ramainya. Pasitan-pasitan telah diadakan khasnya untuk menghapuskan Jemaat Asal, dan untuk mengekalkan kuasa untuk kumpulan Trinitarian. Sebabnya kenapa mereka tidak berjaya adalah kerana Tuhan tidak akan membiarkan mereka menghapuskan Alkitab. Selagi ia wujud sesiapa yang dapat membaca boleh dibuka fikirannya oleh Roh Kudus.

 

Meterai-meterai ini menjadi semakin pesat. Perang-perang Islam/Kristian berkembang terus kepada sistem Turki Ottoman. Suatu perpisahan telah sentiasa ada antara Islam dan Kekristianan, dan Islam dan sistem-sistem timur. Satu sistem penampan telah didirikan di Rusia di bawah Empayar Yahudi Khazar, di mana suku-suku Ashkenaz dan kumpulan-kumpulan lain memeluk Judaisme pada 740 CE. Ini merupakan keputusan politik. Jika mereka menjadi orang Islam, maka sempadannya tentu telah berganjak ke sistem barat mereka, dan mereka pastinya telah menjadi sempadan perang antara Kekristianan dan Islam.

 

Jika mereka menjadi umat Kristian, mereka tentunya telah menjadi sempadan Islam di sempadan timur. Jadi mereka tentunya akan berada dalam suasana perang tidak kira apa yang mereka lakukan. Kemungkinannya mereka menjadi penganut Yahudi kerana ia berada di tengah-tengah. Akhirnya mereka telah hancur sebagai satu Empayar dan pergi ke dalam Eropah. Namun mereka diserap masuk ke dalam suku-suku Yehuda melalui pengaruh rabbinikal. Mereka diberikan rabbi-rabbi dan telah ditambah kepada anak-anak Abraham. Namun divisi-divisi dan perang-perang ini berterusan hingga waktu sekarang ini, berakhir dalam Holocaust. Mereka bukan hanya satu faktor zaman akhir. Hal-hal ini telah bermula berabad-abad dahulu dan berterusan, dan berkaitan dengan penganiayaan-penganiayaan berkenaan. Akibat perang adalah sampar disebabkan oleh kekurangan-kekurangan dalam masyarakat , maka meterai ketiga dibuka.

 

Meterai-meterai ini berterusan dan mereka berkembang, perang kepada sampar, kepada kelaparan dan kemudian kepada kematian. Meterai keempat adalah sesuatu yang berlaku terus-menerus, dan mereka menambah sesama sendiri.

 

Meterai kelima Kesusahan Besar mempunyai dua aspek kepadanya. Ia dibuka ketika perang-perang agama ini bermula. Bagaimanapun, apabila sistem Athanasian akhirnya bertakhta, ia telah memulakan suatu kumpulan, atau urutan kesusahan yang kita ketahui dari nubuatan alkitabiah sebagai 1,260 tahun. Waktu 1,260 itu adalah dari 590 CE hingga 1850 dan menandakan pengakhiran Empayar Roma Kudus, yang kini dibubarkan. Bagaimanapun, meterai kelima itu mempunyai aplikasi hari kemudian.

 

Lihat karya Penghakiman Pra-Advent (No. 176).

 

Wahyu 6:5-6 Dan ketika Anak Domba itu membuka meterai yang ketiga, aku mendengar makhluk yang ketiga berkata: "Mari!" Dan aku melihat: sesungguhnya, ada seekor kuda hitam dan orang yang menungganginya memegang sebuah timbangan di tangannya. 6 Dan aku mendengar seperti ada suara di tengah-tengah keempat makhluk itu berkata: "Secupak gandum sedinar, dan tiga cupak jelai sedinar. Tetapi janganlah rusakkan minyak dan anggur itu."

 

Hasil akhir sampar adalah kelaparan dan kekurangan, dan pengeluaran makanan yang diukur dengan teliti, yang kekurangan. Konsep merosakkan minyak dan anggur ini mempunyai signifikans rohaninya. Minyak adalah Roh Kudus; korban-korban curahan Tuhan adalah umat pilihan. Kita dicurah keluar sebagai korban curahan kepada Tuhan. Signifikansnya adalah perlindungan umat pilihan sepanjang tempoh fasa Meterai-meterai ini. Jadi kita akan melalui kesukaran dan kematian syahid, namun sebagai korban-korban curahan kepada Tuhan untuk tujuan agama yang khusus.

 

Wahyu 6:7-8 Dan ketika Anak Domba itu membuka meterai yang keempat, aku mendengar suara makhluk yang keempat berkata: "Mari!" 8 Dan aku melihat: sesungguhnya, ada seekor kuda hijau kuning dan orang yang menungganginya bernama Maut dan kerajaan maut mengikutinya. Dan kepada mereka diberikan kuasa atas seperempat dari bumi untuk membunuh dengan pedang, dan dengan kelaparan dan sampar, dan dengan binatang-binatang buas yang di bumi.

 

Ini berlaku sementara seperempat dari bumi akhirnya melalui kebinasaan ini. Ianya bukan saja berkata bahawa mereka akan berperang. Ia akan bertumbuh sehingga hari-hari zaman akhir. Sangkakala-sangkakala dan Cawan-cawan menunjukkan bagaimana hal-hal ini akan terjadi. Kita tahu apakah urutan-urutan peristiwa ini. Planet ini dijalankan oleh pemikiran yang sesat, Iblis. Kita menghadapi iblis setan yang cuba menghalang pelaksanaan rencana Tuhan.

 

Kita harus sedar tentang itu dan tahu apa yang sedang berlaku. Tempat selamat kita adalah iman dalam Tuhan, dan dalam mengetahui apa yang dilakukanNya. Dan mengetahui bahawa Tuhanlah yang berkuasa; ianya berlaku untuk sebab-sebab yang betul, dan semuanya akan berakhir dengan baik. Kitab Suci sedang terbentang di depan mata kita.

 

Kesukaran di bawah meterai kelima telah disusun semula setakat Perayaan Pondok Daun 1993. Pada Hari Raya itu, secara berkesannya ia telah diumum semula, atau dibuka semula, melalui Surat Pekeliling Paus yang baru. Umat pilihan menghadapi penganiayaan yang kian bertambah. Penulis Morris West secara umumnya mendedahkan seluruh hal surat pekeliling itu. Dia berkata bahawa ia membuat semula dasar-dasar bagi Pasitan.

 

Wahyu 6:9-10 Dan ketika Anak Domba itu membuka meterai yang kelima, aku melihat di bawah mezbah jiwa-jiwa mereka yang telah dibunuh oleh karena firman Allah dan oleh karena kesaksian yang mereka miliki. 10 Dan mereka berseru dengan suara nyaring, katanya: "Berapa lamakah lagi, ya Penguasa yang kudus dan benar, Engkau tidak menghakimi dan tidak membalaskan darah kami kepada mereka yang diam di bumi?"

 

Ini adalah yang pertama dari dua aspek. Setiap satunya diberikan jubah putih dan diminta untuk tunggu sedikit waktu lagi hingga genap jumlah kawan-kawan pelayan dan saudara-saudara mereka, yang akan dibunuh sama seperti mereka. Konsepnya adalah bahawa orang-orang itu berada dalam dua kumpulan. Sesetengah dari saudara-saudara ini telah dibunuh kerana firman Tuhan dan kesaksian yang dibawa mereka dan mereka berseru (lihat di atas). Jadi mereka sedang menunggu. Mereka berada di bawah perlindungan ilahi, namun mereka diizinkan mati.

 

Kenyataannya bukanlah bahawa mereka masih hidup dan berbicara kepada Tuhan, tetapi bahawa darah mereka berseru, sementara mereka berada di situ, di bawah mezbah itu, sambil menunggu kebangkitan pertama. Ianya satu komen kepada Kristus sebagai satu persoalan retorik: “Sesungguhnya kamu yang berkuasa, kenapa kami harus mati?”

 

Kenapa mereka mati? Ianya jelas. Ianya kerana firman Tuhan dan kesaksian yang dibawa mereka. Kita berada di bawah perlindungan ilahi, bagaimanapun, ada antara umat pilihan yang perlu mati syahid dalam iman demi untuk menjadi saksi-saksi kepada dunia. Ramai sudah antara umat pilihan yang telah mati dan ramai lagi yang telah mati dengan mereka. Sebaik saja agama palsu ditubuhkan, meninggalkan firman Tuhan, dan hal-hal ditafsir semula, dendam dan kebencian menyusul.

 

Kemudian penindasan dan penganiayaan menyusuli. Pasitan terakhir berlaku dalam Negeri-negeri Paus antara 1823 dan 1846. Bekas ahli sejarah Jesuit, Malachi Martin, telah menulis dengan panjang lebar tentang isu ini, dalam Decline and Fall of the Roman Church (Kemerosotan dan Kejatuhan Jemaat Roma) (halaman 254-255). Urutannya adalah bahawa, dari 1823, mereka telah sampai ke titik di mana mereka mempunyai tali gantung di setiap kota, dengan 200,000 orang, dalam Negeri-negeri Paus ini, yang dihukum ke kapal (mati), atau penjara seumur hidup. Segala macam orang telah dihukum begini; penentang-penentang politik, dan sebagainya. Kebanyakannya, ianya dipasang untuk menghapuskan orang-orang yang telah ada di situ di bawah Era Tiatira yang menentang sistem Katolik. Pada akhirnya, ia membawa kepada kehancuran sistem Katolik itu sendiri di bawah 1,260 tahun yang berakhir pada 1850. Ia telah hancur kerana rakyat tidak tahan dengannya. Mereka telah mengambil plebisit (pungutan suara) pada 1850 bagi siapa yang ingin kekal dalam Negeri-negeri Paus atau masuk ke dalam Republik Rom. 1,505 orang ingin kekal dalam sistem negeri paus itu. Dan semua yang lain (132,681) telah mengundi untuk menghapuskannya, kerana mereka tidak mahu lagi ada kena mengena dengan sistem politik pemerintahan Jemaat Roman Katolik.

 

Itu adalah penggenapan nubuatan Binatang menentang perempuan sundal itu. Ia berpaling menentang perempuan sundal itu sekali lagi dalam zaman akhir dan memusnahkannya sepenuhnya. Namun 1,260 tahun itu berakhir dengan Binatang itu berpaling terhadap perempuan sundal itu dan menghancurkan kuasanya. Ini dicapai sebahagiannya oleh Napoleon apabila dia mendapat kuasa pada 1806. Dia telah membubarkan Negeri-negeri Paus Empayar Rom Suci. Dia telah dikalahkan di Pertempuran Waterloo, dibuang negeri dan kemudian dibunuh. Apabila dia dibunuh ia ditubuhkan semula. Pada 1815 Empayar Rom Suci telah didirikan semula sebagai sebuah sistem yang baru, dan menjelang 1823, hanya lapan tahun kemudiannya, apabila Jemaat Roman Katolik kembali berkuasa, dalam kawasan-kawasan yang dapat mereka kawal secara fizikal, mereka telah sekali lagi mengadakan Pasitan.

 

Terdapat satu cabaran untuk keunggulan sedunia. Terdapat tiga segi kepada penubuhan struktur agama palsu ini. Satu adalah sistem berpusat Eropah yang ingin dikuasai Rom. Satu lagi adalah sistem sekular yang Amerika Syarikat anggap dapat dikuasainya. Ekonomi antarabangsa ini akan cuba beroperasi dari sistem itu. Sistem ketiga adalah sistem Asia yang hanya mula berkembang sekarang. Kita akan memanggilnya mengikut istilah alkitabiah ‘kesatuan raja-raja Timur’. Kata-katanya dalam Wahyu adalah anatoli helios, yang bermakna Raja-raja Matahari Terbit, bukan raja-raja Timur. Namun ia akan berpusat pada kompleks China Timur dengan Jepun.

 

Itu adalah dalam waktu lapan tahun, meletakkan 1.5 juta orang di bawah pemerhatian politik. Struktur mentaliti meterai kelima ini meliputi semuanya. Pada zaman akhir, seperti yang dikatakan:

 

Wahyu 6:11 Dan kepada mereka masing-masing diberikan sehelai jubah putih, dan kepada mereka dikatakan, bahwa mereka harus beristirahat sedikit waktu lagi hingga genap jumlah kawan-kawan pelayan dan saudara-saudara mereka, yang akan dibunuh sama seperti mereka.

 

Jubah putih ini adalah mati syahid.

 

Wahyu 3:14-22 "Dan tuliskanlah kepada malaikat jemaat di Laodikia: Inilah firman dari Amin, Saksi yang setia dan benar, permulaan dari ciptaan Allah: 15 Aku tahu segala pekerjaanmu: engkau tidak dingin dan tidak panas. Alangkah baiknya jika engkau dingin atau panas! 16 Jadi karena engkau suam-suam kuku, dan tidak dingin atau panas, Aku akan memuntahkan engkau dari mulut-Ku. 17 Karena engkau berkata: Aku kaya dan aku telah memperkayakan diriku dan aku tidak kekurangan apa-apa, dan karena engkau tidak tahu, bahwa engkau melarat, dan malang, miskin, buta dan telanjang, 18 maka Aku menasihatkan engkau, supaya engkau membeli dari pada-Ku emas yang telah dimurnikan dalam api, agar engkau menjadi kaya, dan juga pakaian putih, supaya engkau memakainya, agar jangan kelihatan ketelanjanganmu yang memalukan; dan lagi minyak untuk melumas matamu, supaya engkau dapat melihat. 19 Barangsiapa Kukasihi, ia Kutegor dan Kuhajar; sebab itu relakanlah hatimu dan bertobatlah! 20 Lihat, Aku berdiri di muka pintu dan mengetok; jikalau ada orang yang mendengar suara-Ku dan membukakan pintu, Aku akan masuk mendapatkannya dan Aku makan bersama-sama dengan dia, dan ia bersama-sama dengan Aku. 21 Barangsiapa menang, ia akan Kududukkan bersama-sama dengan Aku di atas takhta-Ku, sebagaimana Akupun telah menang dan duduk bersama-sama dengan Bapa-Ku di atas takhta-Nya. 22 Siapa bertelinga, hendaklah ia mendengarkan apa yang dikatakan Roh kepada jemaat-jemaat."

 

Sistem Laodikia ini sebenarnya adalah sebahagian dari sistem zaman akhir. Apabila kita membaca janji-janji kepada Jemaat-jemaat dalam Wahyu kita akan dapati bahawa terdapat empat jemaat yang masih ada pada kedatangan Mesias. Tiga telah berlalu dan terdapat empat yang masih wujud: Tiatira, Sardis, Filadelfia, dan Laodikia, dalam susunan yang diberikan. Jubah-jubah putih ini adalah jubah putih yang sama yang diberikan kepada orang-orang ini, yang dibunuh kerana firman Tuhan dan kesaksian yang mereka bawa. Jemaat Laodikia tidak menghargai apa-apa dan menganggap dirinya kaya. Ia akan melalui api pemurnian agar sebilangan orang daripadanya dapat diselamatkan.

 

Terdapat janji kepada jemaat Filadelfia dan ia berbunyi,

 

Wahyu 3:11  Aku datang segera. Peganglah apa yang ada padamu, supaya tidak seorangpun mengambil mahkotamu. Barangsiapa menang, ia akan Kujadikan sokoguru di dalam Bait Suci Allah-Ku. RSV berkata Ia tidak akan keluar lagi dari situ dan padanya akan Kutuliskan nama AllahKu”. Namun KJV berkata Ia tidak akan keluar lagi.

 

Alkitab Interlinear mengatakan ia tidak akan keluar lagi. Orang Filadelfia diletakkan dalam satu keadaan di mana mereka dipaksa keluar dari jemaat-jemaat yang percaya mereka adalah Bait Tuhan, kerana mereka berpegang teguh kepada apa yang mereka ada. Mereka tidak mempunyai kelemahan yang dilalui jemaat Laodikia. Mereka taat kepada firman Tuhan, berkembang dan bertumbuh dalam kekuatan. Mereka dijadikan sokoguru dalam Bait Tuhan.

 

Mereka adalah tiang-tiang tengah yang mengukuhkan Bait pada tempatnya. Batang-batang besi diletakkan sepanjang sokoguru-sokoguru itu, membentuk dasar struktur sokongan Bait. Sebabnya kenapa mereka adalah sokoguru adalah kerana mereka lebih kuat; merekalah sokongan. Pemahaman adalah amat penting. Seseorang itu bukan umat Filadelfia kerana nama jemaatnya, tetapi kerana apa yang dilakukan dan dibicarakannya. Kebenaranlah yang melindungi kita.

 

Wahyu 3:10 berkata

 

Karena engkau menuruti firman-Ku, untuk tekun menantikan Aku, maka Akupun akan melindungi engkau dari hari pencobaan yang akan datang atas seluruh dunia untuk mencobai mereka yang diam di bumi.

 

Ini telah ditafsirkan sebagai bererti bahawa terdapat suatu tempat selamat (aman). Seluruh komen tempat selamat ini tidak bermakna bahawa orang-orang akan diletakkan di satu tempat di mana tiada seorangpun yang akan mengetahui di mana mereka berada. Ia hanya hakikat bahawa tangan Tuhan ada pada kita. Jemaat Laodikia pada zaman akhir berhadapan dengan satu siri masalah kerana ia tidak sanggup berdiri teguh untuk kebenaran. Ia akhirnya dimuntah keluar ke dalam kebangkitan kedua.

 

Jam pencubaan tiba sesudah Mesias datang. Ini bermakna bahawa kita akan bersama dengan Mesias pada kedatangannya.

 

Adanya kumpulan yang dikeluarkan dari tempat ibadat dan mereka dibereskan. Mereka mengundi dengan kaki mereka – sebuah kumpulan kecil. Mereka dijauhi dari waktu pencubaan itu. Tiada jaminan bahawa tiada satupun dari orang-orang ini yang akan terpaksa membayar dengan nyawa mereka demi iman Tuhan. Tiada sesiapapun yang akan memberi kita jaminan bahawa kita tidak akan menghadapi penganiayaan. Tiada siapapun melainkan Tuhan dan Yesus Kristus yang tahu siapakah kita, apa di dalam diri kita dan apa yang kita mampu tahan atau tanggung. Kita dicuba oleh api.

 

Apa yang perlu kita lakukan adalah menyediakan diri kita untuk menghadapi seluruh konsep itu. Terdapat sebilangan janji-janji kepada jemaat-jemaat berlainan. Sebagai contoh, jika kita perhatikan Wahyu 2:24 terdapat satu janji kepada umat Tiatira. Mereka mempunyai pekerjaan besar pada mula dan akhir, dan pekerjaan akhirnya lebih besar dari yang pertama. Mereka telah menanggung kebanyakan dari penganiayaan 1,260 tahun itu. Sebilangan besar orang telah mati syahid sepanjang tempoh itu. Tetapi kepada kamu, yang tidak mengikuti ajaran itu (memakan persembahan berhala) dan yang tidak menyelidiki apa yang mereka sebut seluk-beluk Iblis... peganglah itu sampai Aku datang. Zaman Tiatira akan hidup pada zaman akhir, dan adalah saudara-saudara kita di Eropah. Kristus tidak akan menanggungkan beban besar yang lain pada mereka. Mereka sudahpun melalui penganiayaan-penganiayaan Stalinist. Mereka telahpun melalui 1,260 tahun itu. Mereka telah dianiayai selama satu waktu yang lama. Kesukaran telah dikenakan pada mereka selama beratus-ratus tahun.

 

Jika kita tidak bersedia untuk berkorban untuk Yesus Kristus maka kita tiada bahagian dalam dia. Hanya seorang rasul saja yang tidak mati syahid, iaitu Yohanes. Dialah yang satu-satunya dan itu supaya dia dapat menulis kitab Wahyu. Ianya supaya kita tahu apa yang akan menimpa kita pada zaman akhir. Tiada hal yang menyenangkan untuk didengari.

 

Kita harus memahami apa yang terjadi dalam urutan ini. Israel akan melalui waktu Kesusahan Yakub. Kita akan melarikan diri, dari kota ke kota, dan umat kita tidak akan selesai mengunjungi kota-kota Israel sebelum anak manusia datang (Matius 10:23). Itulah ayat kuncinya. Idea melarikan diri ke kota-kota Israel memberitahu kita adanya suatu bangsa yang mengembara. Terdapat orang pelarian, dan sebagainya. Hilang semangat merupakan senjata Iblis. Dia menggunakannya melawan kita, khususnya apabila kita diberikan keadaan yang aman seperti suatu tempat yang selamat. Apabila kita akhirnya bertahan terhadap penganiayaan, dan menanggung hal-hal yang dituliskan untuk kita ini, kita hilang semangat.

 

Tiada penyelesaian yang mudah. Kita mempunyai tugas untuk dilakukan di bawah sistem-sistem ini. Dari ini kesukaran menyusul, apabila kita akhirnya sampai ke takat itu. Tujuan sebenar Iblis adalah untuk menghapuskan umat pilihan.

 

Sebabnya Jemaat berpecah adalah kerana Tuhan telah meletakkan orang di tempat-tempat yang berlainan, untuk menghentikan pekerjaan dari terhalang pada zaman akhir. Iblis ingin menahan umat pilihan, kerana umat pilihan adalah nukleus, tulang belakang, dalam Milenium. Satu-satunya hal yang kita tahu sebenarnya adalah bahawa Kristus akan melindungi kita; bagi umat pilihan, makan dan minum mereka terjamin.

 

Umat pilihan adalah satu-satunya sebab untuk campur tangan Kristus atas planet ini. Umat pilihan lebih jauh dari 144,000 orang; jauh dari kumpulan orang besar ke bangsa dan konsep-konsep Israel, kumpulan-kumpulan fizikal yang ditakdirkan oleh Tuhan untuk membentuk sebahagian dari sistemNya. Perhatikan nubuatan-nubuatan Olivet (Bukit Zaitun). Namun demi umat pilihan, seluruh dunia ini akan diizinkan untuk binasa. Kristus campur tangan agar tiada satupun dari orang-orang dalam rencana Tuhan, malah sepanjang zaman hingga ke hujung Milenium, mendapat prasangka. Tuhan telahpun menentukan siapa yang akan dipanggil dan pada peringkat mana. Tuhan tidak mengingini sesiapapun binasa dan itu memberitahu kita bahawa tiada sesiapaun yang akan binasa. Kristus akan campur tangan kerana umat pilihan. Dia tidak akan membiarkan seorang dari umat pilihan mengalami bahaya melainkan ia membantu tujuan Tuhan. Kalau kita mengalami sebarang bahaya sekalipun, kita tahu ianya kerana Kristus dapat menggunakan kita dan kekuatan kita untuk menjadi saksi-saksi kepada sistem Tuhan. Semua orang adalah kuat. Semuanya melakukan sesuatu sebagai saksi dalam apa cara sekalipun dan bekerja melalui sistem itu. Seluruh dunia tertipu. Terdapat sebilangan jemaat-jemaat pada waktu ini, yang kebanyakannya memiliki doktrin-doktrin rapture (keghaiban), di mana seseorang dighaibkan ke syurga apabila Kristus datang, dan semua yang lain akan dibinasakan kecuali orang percaya, kerana mereka adalah sebahagian dari “sistem umat pilihan” yang agung.

 

Kita semua adalah umat Tuhan. Umat pilihan adalah satu nukleus kecil dalam umat Tuhan, yang merupakan umat pilihan lanjutan. Segala sesuatu yang terjadi kepada umat kita adalah sebahagian dari urutan yang sedang berlaku ini hingga ke hujung meterai ketujuh. Meterai ketujuh berakhir pada akhir sangkakala ketujuh, iaitu penghujung tujuh cawan kemurkaan Tuhan. Ianya sebuah urutan yang lengkap.

 

Umat pilihan tidak terpisah dari bangsa. Umat pilihan tanpa bangsa adalah suatu konsep elitist (elit; golongan atas).

 

Contoh Musa di Sinai adalah relevan. Dia meletakkan dirinya di hadapan Malaikat Tuhan, untuk menawarkan dirinya untuk dikorbankan agar bangsanya diselamatkan.

 

Itu adalah teladan kita. Kita harus berdoa, berpuasa dan bekerjasama dengan berterusan untuk menyelamatkan orang-orang ini. Tuhan memanggil kita keluar agar kita menyiapkan diri kita. Kita harus menyucikan fikiran kita dari sistem-sistem duniawi. Keluarkanlah dari fikiran kita benda-benda yang mengotorkannya. Kita adalah suci kepada Tuhan dan harus tidak dihiburkan oleh sistem-sistem hiburan dunia. Ia mengubah fikiran kita, menjadikan kita tidak mujarab untuk mempersembahkan korban kepada Tuhan. Kita tidak boleh mendedahkan diri kita sewenang-wenangnya kepada konsep, video, dan sebagainya yang menyerang terus kepada struktur rohani yang kita cuba bangunkan. Tontonlah TV dengan berhati-hati, kalaupun ini mungkin sekarang ini. Jika tidak, kita akan menjadikan diri kita tidak sesuai untuk membuat korban kepada Tuhan.

 

Kesukaran besar ini akan melalui semua umat pilihan, iaitu seluruh Israel. Tujuan keseluruhannya adalah untuk menghancurkan kerohanian kita, atau hubungan kita dengan Tuhan, kerana kita semua adalah umat terpilih. Ianya hanya persoalan bila waktunya setiap orang dipanggil dan dihakimi. Bangsa itu adalah umat yang kudus, dan kita dikhususkan untuk menjadi imam-imam kepada Tuhan. Tugas kita adalah untuk membimbing bangsa ke takat di mana mereka faham bahawa mereka adalah umat kudus, bahawa kesusahan akan datang dan bahawa tiada pilihan yang mudah. Kita harus merendahkan diri kita di hadapan Tuhan.

 

Seorang prajurit bergantung pada kekuatan tentera dan berfikir dari sudut ketenteraan. Ini merupakan proses pemikiran bukan mualaf. Reaksi daging yang semulajadi adalah untuk melawan orang. Musa tidak berbuat begitu. Musa merupakan seorang jeneral. Musa membawa umatnya ke tempat yang tiada jeneral akan bawa bala tenteranya. Musa membawa mereka ke Pi-hahirot. Mereka tidak dapat menyeberangi laut itu; tidak ada perahu, tiada pengunduran, tiada kapasiti untuk membentuk dan menyusun semula angkatan yang tidak mencukupi untuk menghadapi tentera Mesir. Tiada jeneral, atau seorang korporal sekalipun, dalam dunia yang akan berbuat begitu. Namun ia dilakukan demi untuk menunjukkan pergantungan kita bukanlah pada keperkasaan ataupun kekuatan, tetapi dengan Roh Tuhan. Itulah sebabnya kenapa bangsa-bangsa Israel yang terkuat akan dibereskan dahulu. Yehuda, yang kini antara suku-suku paling lemah, diselamatkan dahulu (Zakharia 12:1 dan seterusnya).

 

Nampaknya Roh Kudus akan menghancurkan kekuatan bangsa-bangsa. Orang-orang digunakan melalui Roh Tuhan, untuk menunjukkan kepada yang kuat melalui yang lemah bahawa Tuhan menguasai segalanya.

 

Kenapakah kamu fikir Musa meletakkan orang Israel dalam keadaan begitu, dengan kereta-kereta perang yang menyerbu ke arah mereka? Musa tidak berkata “Buat tiga kumpulan, gali beberapa lubang, masukkan beberapa pancang dalam tanah dan kita akan ada senjata yang sangat hebat dan saya mempunyai tali umban yang hebat”. Tidak, dia tidak berkata begitu. Dia berkata berdirilah tetap dan lihatlah keselamatan dari Tuhan. Tidak seorangpun mengangkat tangannya. Itulah apa yang akan berlaku sepanjang waktu ini. Kita akan diminta untuk tidak berbuat apa-apa melainkan berdoa dan berpuasa dan bertumbuh, memelihara perintah-perintah Tuhan, dan berkumpul dan berbicara kepada umat kita dan mengangkat mereka serta menggalakkan mereka.

 

Tuhan akan membereskan semua orang ini. Ayat-ayat tentang Sangkakala-sangkakala menunjukkan dengan tepat bagaimana ini akan terjadi.

 

Masalah dunia ini adalah bahawa orang-orangnya tidak akan bertaubat. Bagaimanapun, semua ini belum lagi tetap. Ayat Kitab Suci ini bukanlah Ayat yang tidak boleh dibatalkan dari segi pengertian bahawa Ayat-ayat lebih awal tidak boleh dibatalkan, kerana mereka dibentuk dalam banyak bahagian, mengikut firman Tuhan, yang mengatakan orang-orang ini BOLEH bertaubat! Terdapat fasa-fasa tertentu di mana mereka diizinkan untuk bertaubat. Namun Alkitab mengatakan tapi mereka tidak bertaubat.

 

Alkitab mengatakan mereka tidak akan bertaubat. Namun mereka boleh bertaubat. Kegilaan ini boleh dihentikan sekarang juga, jika kita dapat mendorong penduduk negeri ini untuk bertaubat. Kita boleh menempatkan tentera malaikat di sekeliling negeri ini. Kita patut berdoa agar Tuhan menempatkan malaikat-malaikatNya di sekeliling negara ini dan kita diizinkan untuk memanggil bangsa ini untuk bertaubat, dan supaya kita menjadi lampu suar, dalam Milenium, kepada dunia ini.

 

Tuhan bertindak terhadap kita melalui kelemahan-kelemahan kita, dan dia menunjukkan kepada kita kelemahan-kelemahan kita sendiri. Dia mengeluarkan yang lemah dan menjadikan mereka kuat. Kita bukannya di sini kerana kekuatan kita sendiri. Kita di sini kerana kelemahan-kelemahan kita, dan ada kelemahan itu yang begitu nampak sekali. Kita dipanggil untuk memalukan mereka yang kuat dan bukan kerana kekuatan kita sendiri. Bagaimanapun, dengan Roh Kudus kita kuat. Kita akan dapat bertahan dengan semua ini, dan Tuhan tidak akan meletakkan beban yang lebih besar pada kita daripada apa yang dapat kita pikul. Tidak satupun antara kita yang akan diminta untuk melakukan apa-apa yang tidak dapat Tuhan bimbing kita untuk melaluinya dengan selamat.

 

Keselamatan kita tidak akan diprasangka oleh Kesusahan ini. Kita akan dipimpin melaluinya dan dibangunkan. Kita akan tahu bila waktunya Kesusahan ini tamat oleh kerana tanda-tanda di langit, dan mereka akan menjadi satu rahmat kepada kita.

 

Meterai keenam ada pada Wahyu 6:12-17:

ketika Anak Domba itu membuka meterai yang keenam, sesungguhnya terjadilah gempa bumi yang dahsyat dan matahari menjadi hitam bagaikan karung rambut dan bulan menjadi merah seluruhnya bagaikan darah. Dan bintang-bintang di langit berjatuhan ke atas bumi bagaikan pohon ara menggugurkan buah-buahnya yang mentah, apabila ia digoncang angin yang kencang. Maka menyusutlah langit bagaikan gulungan kitab yang digulung dan tergeserlah gunung-gunung dan pulau-pulau dari tempatnya. Dan raja-raja di bumi dan pembesar-pembesar serta perwira-perwira, dan orang-orang kaya serta orang-orang berkuasa, dan semua budak serta orang merdeka bersembunyi ke dalam gua-gua dan celah-celah batu karang di gunung. Dan mereka berkata kepada gunung-gunung dan kepada batu-batu karang itu: "Runtuhlah menimpa kami dan sembunyikanlah kami terhadap Dia, yang duduk di atas takhta dan terhadap murka Anak Domba itu." Sebab sudah tiba hari besar murka mereka dan siapakah yang dapat bertahan?

 

Itu merupakan satu kejadian yang sangat keras. Kita tahu bahawa ini menandakan berakhirnya kesusahan kita. Itu adalah titik perubahannya apabila kita melihat keselamatan kita sudah dekat. Proses tersebut mengizinkan urutannya terjadi. Tanda-tanda di langit itu menandakan pemanggilan keluar elemen-elemen terakhir dari 144,000 itu.

 

Wahyu 7:1-8 Kemudian dari pada itu aku melihat empat malaikat berdiri pada keempat penjuru bumi dan mereka menahan keempat angin bumi, supaya jangan ada angin bertiup di darat, atau di laut atau di pohon-pohon. 2 Dan aku melihat seorang malaikat lain muncul dari tempat matahari terbit. Ia membawa meterai Allah yang hidup; dan ia berseru dengan suara nyaring kepada keempat malaikat yang ditugaskan untuk merusakkan bumi dan laut, 3 katanya: "Janganlah merusakkan bumi atau laut atau pohon-pohon sebelum kami memeteraikan hamba-hamba Allah kami pada dahi mereka!" 4 Dan aku mendengar jumlah mereka yang dimeteraikan itu: seratus empat puluh empat ribu yang telah dimeteraikan dari semua suku keturunan Israel. 5 Dari suku Yehuda dua belas ribu yang dimeteraikan, dari suku Ruben dua belas ribu, dari suku Gad dua belas ribu, 6 dari suku Asyer dua belas ribu, dari suku Naftali dua belas ribu, dari suku Manasye dua belas ribu, 7 dari suku Simeon dua belas ribu, dari suku Lewi dua belas ribu, dari suku Isakhar dua belas ribu, 8 dari suku Zebulon dua belas ribu, dari suku Yusuf dua belas ribu, dari suku Benyamin dua belas ribu.

 

Signikansnya adalah bahawa ini tidak sepadan dengan suku-suku yang biasa. Satu suku tiada di situ, dan satu suku lagi dimasukkan. Lewi biasanya tidak dihitung di antara suku-suku itu, namun dalam bahagian ini mereka dimasukkan. Suku Dan memberi mereka pusaka mereka. Dan bukan sebahagian dari 144,000 itu sebagai suku tersendiri. Suku Yusuf biasanya meliputi suku Efraim dan Manasye. Namun begitu suku Yusuf disebut bersama dengan Manasye. Manasye disebut berasingan dari Yusuf! Namun Yusuf biasanya hanya digunakan sebagai kumpulan gabungan dalam ayat-ayat Kitab sebelumnya. Jadi suku Dan dimasukkan ke dalam suku Efraim untuk membentuk suku Yusuf untuk bahagian 12,000 mereka pada zaman akhir, dalam 144,000 itu. Ini amat penting. Ia juga menunjukkan kepada kita bahawa Dan dan Efraim adalah bersama sebagai satu bangsa dalam zaman akhir. Mereka bercampur dari segi pusaka rohani mereka. Itu harus tidak dilupakan. Juga penghakiman diberikan kepada Dan menurut janji hak pusakanya yang dibuat dalam Kejadian 49:16-18. Dan dihakimi oleh layanannya yang baik terhadap Yehuda dalam Perang Dunia Kedua.

 

Wahyu 7:9-17 Kemudian dari pada itu aku melihat: sesungguhnya, suatu kumpulan besar orang banyak yang tidak dapat terhitung banyaknya, dari segala bangsa dan suku dan kaum dan bahasa, berdiri di hadapan takhta dan di hadapan Anak Domba, memakai jubah putih dan memegang daun-daun palem di tangan mereka. 10 Dan dengan suara nyaring mereka berseru: "Keselamatan bagi Allah kami yang duduk di atas takhta dan bagi Anak Domba!" 11 Dan semua malaikat berdiri mengelilingi takhta dan tua-tua dan keempat makhluk itu; mereka tersungkur di hadapan takhta itu dan menyembah Allah, 12 sambil berkata: "Amin! puji-pujian dan kemuliaan, dan hikmat dan syukur, dan hormat dan kekuasaan dan kekuatan bagi Allah kita sampai selama-lamanya! Amin!" 13 Dan seorang dari antara tua-tua itu berkata kepadaku: "Siapakah mereka yang memakai jubah putih itu dan dari manakah mereka datang?" 14 Maka kataku kepadanya: "Tuanku, tuan mengetahuinya." Lalu ia berkata kepadaku: "Mereka ini adalah orang-orang yang keluar dari kesusahan yang besar; dan mereka telah mencuci jubah mereka dan membuatnya putih di dalam darah Anak Domba. 15 Karena itu mereka berdiri di hadapan takhta Allah dan melayani Dia siang malam di Bait Suci-Nya. Dan Ia yang duduk di atas takhta itu akan membentangkan kemah-Nya di atas mereka. 16 Mereka tidak akan menderita lapar dan dahaga lagi, dan matahari atau panas terik tidak akan menimpa mereka lagi. 17 Sebab Anak Domba yang di tengah-tengah takhta itu, akan menggembalakan mereka dan akan menuntun mereka ke mata air kehidupan. Dan Allah akan menghapus segala air mata dari mata mereka."

 

Pada waktu ini 144,000 itu dimeteraikan, supaya satu bilangan tertentu membentuk kumpulan pemerintahan. Di bawah makhluk-makhluk itu adalah sekumpulan besar orang banyak yang telah dicapai. Mereka tidak mengambil tanda binatang itu dan dibawa melalui Kesusahan itu. Kristus tidak mengingini orang yang tidak bersungguh-sungguh atau yang takut. Kita takut akan Tuhan lebih dari kita takut manusia. Kita sedang dipersiapkan untuk menangani sistem dan urutan tersebut. Kita sedang disediakan untuk membantu orang-orang ini dan membawa kumpulan besar orang banyak ini melaluinya supaya organisasinya dibuat oleh Kristus sebelum kedatangannya. Kemudian apabila Mesias datang, dia akan membereskan yang selainnya dalam dunia yang memiliki tanda binatang itu dan dia akan menundukkan bangsa-bangsa itu. Mereka banyak. Kita memang berjaya dari segi menarik orang keluar. Kita tidak mengubah seluruh bangsa, tetapi kita memang menarik orang keluar. Adanya sekumpulan besar yang akan memahami. Takat ini menjadi titik perubahannya. Kemudian berlakunya sunyi senyap selama setengah jam.

 

Komposisi 144,000 itu dibentuk oleh siri persembahan korban seperti yang ditentukan setiap tahun sepanjang empat puluh Yobel itu. Ini dibincang berasingan.

Wahyu 8:1-2 Dan ketika Anak Domba itu membuka meterai yang ketujuh, maka sunyi senyaplah di sorga, kira-kira setengah jam lamanya. 2 Lalu aku melihat ketujuh malaikat, yang berdiri di hadapan Allah, dan kepada mereka diberikan tujuh sangkakala.

 

q