Jemaat-jemaat Allah Al Masehi

[145]

 

 

 

 

Kidung Agung [145]

(Edisi 2.0 19951021-19990607)

 

Karya ini adalah komentar terperinci tentang Kidung Agung dengan menggunakan komentar-komentar rabbinikal sendiri untuk mengasingkan maksud Mesianik yang jelas dari Kidung ini. Kisah yang menghairankan ini adalah satu kemestian untuk semua yang ingin melihat kemungkinan pemualafan Yehuda dan memahami dengan lebih baik sifat Jemaat serta hubungannya dengan Mesias.

 

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta ã 1995, 1999 Wade Cox)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org

 

Kidung Agung [145]



Kidung Agung adalah kiasan yang sangat kuat sekali. Maksud sebenar Kidung ini tidak difahami selama ini. Ia khususnya berhubungan dengan pemualafan Israel dan Yehuda. Pada asasnya ia ditulis dalam bentuk kiasan (alegori) dan begitu rupanya supaya tidak difahami sehinggalah zaman akhir. Lima kidung (nyanyian) Kidung ini sudah lama dianggap amat kudus oleh penguasa-penguasa rabbinikal. Kita akan lihat berapa hampir mereka kepada kebenaran dalam pemahaman mereka. Mereka tidak sampai ke situ. Karya ini cuba menghubungkan Kidung ini dengan Perjanjian Baru untuk memudahkan sesiapa dengan pengetahuan tentang Judaisme untuk membuat kesimpulan tersebut. Tujuannya adalah untuk membantu mereka dalam memahami maksud Mesianik dari Kidung Agung itu sebagaimana kitab Ester mempunyai input Mesianik yang sangat besar seperti yang kita telah lihat. Bila kamu membongkar kitab Ester dan Amsal 31 seperti yang telah kami lakukan dan Kidung Agung, kamu akan lihat dari Perjanjian Lama bahawa mereka mengerti apa yang terjadi dalam nubuatan-nubuatan Mesianik itu. Mereka faham apa yang ingin disampaikan oleh Perjanjian Baru. Perjanjian Baru sekadar menguatkan Perjanjian Lama, bukan menggantinya.

 

Pengulangan kata nama dalam bentuk genitif menyatakan bentuk superlatif; contohnya maha kudus (most holy) (Keluaran 29:37; maha kudus (holy of holies). Naos, atau tempat maha kudus sebagai Bait Tuhan sebenarnya adalah Jemaat sebagai umat pilihan dalam Perjanjian Baru (1 Korintus 3:16-17)). Ini dianggap sebagai nyanyian terbaik yang digubah oleh Salomo (lihat 1 Raja-raja 5:12) (Metsudath David). Para rabbi menafsirkan ungkapan ini sebagai nyanyian berganda di mana kesejajaran (parallelism) digunakan dengan meluas. R. Simon berkata ia adalah berganda dua dan disalin semula, mengandungi pujian Israel kepada Tuhan dan pujian Tuhan terhadap kekudusan. Pandangan ini, seperti yang akan kita lihat, hanyalah sebahagian dari kisah ini. Soncino menyatakan tentang pendekatan Malbim kepada Kidung Agung dan kiasan yang terlibat. Malbim menolak sepenuhnya pendekatan Rashi kepada Kidung ini yang dicatatkan Soncino sebagai pandangan kebanyakan exegetes (orang-orang yang membuat penjelasan secara kritikal), walaupun mereka berbeza dari segi perincian (lihat Ibn Ezra, Akedath Yitschak, dan Metsudath). Malbim menolak tafsiran mereka bahawa ini adalah satu perumpamaan kisah cinta, yang melambangkan kasih antara Tuhan dan umatNya Israel.

Tafsiran Malbim menambahkan komen yang menarik pada cerita ini. Soncino memetik kutipan ini dari bahagian pengenalan dan bahagian akhirnya. Ini bukan hanya satu puisi cinta. Pada satu ketika mereka ingin mengeluarkannya dari Alkitab kerana orang ramai menyanyikannya dalam warung dan kedai minum dan menjadikannya nyanyian yang mencarut. Namun ini adalah kisah jemaat dan Mesias dan dari situ ia meluas ke dalam bangsa Israel. Itulah sebabnya kenapa para penguasa Yahudi tidak memahaminya, kerana untuk memahami Kidung Agung kamu harus mengerti hubungan Mesias dan jemaatnya. Kamu harus mengerti sejarah Jemaat selepas kematian Mesias dan sesudah pembubaran Yehuda untuk memahami Kidung Agung sepenuhnya. Ini adalah nubuatan dan berkaitan dengan Wahyu bab 2 dan 3. Mari kita perhatikan apa yang dikatakan oleh Malbim.

Dan dia mengambil perumpamaannya dan berkata:

Antara banyak perempuan Salomo, jiwanya terikat kepada seorang perempuan cantik yang dicintanya, yang bertunangan dengan seorang gembala di padang. Dan dia yang dicintai ini telah dibawa dari pangkuan gembala yang dicintainya kepada Raja Salomo, ke istana rajanya, dan dia meletakkan mahkota raja pada kepalanya dan memberinya hadiah-hadiah yang agung.

Secara berkesannya ini adalah kisah yang sama dengan kisah Ester. Kalau kamu ingat Ester telah diambil dari rumah Mordekhai dan diletakkan di hadapan raja untuk mengahwininya.

Dia juga menentukan puteri-puteri Yerusalem sebagai penjaga-penjaganya, dan mereka mengelilinginya, menjaga setiap langkahnya, kalau-kalau dia melarikan diri ke padang, kepada kekasihnya, namun penjaga-penjaga ini mengawalnya dengan sia-sia, kerana hatinya tidak tertarik kepada kemewahan Salomo, jiwanya memandang hina terhadap cintanya, menolak makanan raja dan wain (anggur) pesta-pestanya, kerana jiwanya merindui Raja zaman mudanya yang menggembalakan kambing dombanya di antara bunga-bunga bakung. Dia (Gembala) juga mengingati kasih zaman pengantinnya. Setiap hari dia akan pergi ke depan istana harem (selir raja), di mana pengantinnya dikurung, melihat melalui jendela, berbicara dengannya di belakang dinding, dan dia mencurahkan isi hatinya kepadanya merayu padanya untuk menyelamatkannya dari penjaranya. Jadi mereka merencanakan tanda-tanda. Dia membuat tanda-tanda untuknya bagaimana untuk melarikan diri dan bagaimana untuk mencarinya di pergunungan yang jauh. Dan sesungguhnya dia melarikan diri banyak kali dari istana raja ke padang di mana si gembala berkhemah. Dan setiap kali puteri-puteri Yerusalem, penjaga-penjaganya, mengejarnya dan mengembalikannya secara paksa ke kamar-kamar Salomo, sehingga pada akhir zaman, dia mengikat pinggangnya, memecahkan pintu-pintu tembaga, memotong semua kunci, membuka rantai, dan melarikan diri dengan tangan tinggi, dengan wangian mur dan kemenyan, ke kekasihnya kijang di atas gunung-gunung tanaman rempah-rempah.

 

Ini adalah Jemaat dan Kristus.

 

Ini ialah badan utama perumpamaan ini dan yang berikut ialah tafsirannya:

 

Perempuan paling cantik sekali, yang disayangi Salomo dan yang dibawa ke istananya adalah jiwa rohani Ilahinya, yang turun dari atas untuk tinggal di rumah Salomo di alam lebih rendah, sama seperti ‘yang dikatakan Tuhan untuk tinggal dalam kegelapan tebal’. Kekasih gembala kepada siapa dia ditunangkan adalah Kekasih Mahatinggi, Yang memimpin angkatan syurgawi, Yang diam dalam langit tertinggi dan tinggal dalam Araboth – dan raja yang mengurungnya dalam istana-istananya dan menggodanya kepada kasihnya melambangkan keinginan fizikal yang sangat kuat yang berkuasa dalam tubuh untuk menguasai roh, untuk mengurung roh kudus dengan perjanjian cinta terhadap daging; ia cuba menarik jiwa Ilahi bersama dengan gadis-gadis lain, teman-temannya (iaitu kuasa-kuasa pemikiran) kepada kehendaknya, juga untuk menakluki ‘ratu yang bersamanya dalam rumah,’ untuk menjadi pasangannya dan temannya untuk memuaskan segala keinginan dan kerinduannya dalam persembahan kerajaan itu di samping pendapatan kekayaan dan kemewahan dan segala kesukaan Salomo.

 

Para rabbi memahami sebahagian daripadanya tetapi bukan semua. Ini bukan saja fizikal, ia adalah keinginan daging yang berseteru terhadap Tuhan. Pemimpin atau panglima Angkatan syurgawi adalah Yesus Kristus. Panglima bala tentera Tuhan-lah yang telah berbicara kepada Yosua di Yerikho dan berkata ‘tanggalkanlah kasutmu dari kakimu, sebab tempat engkau berdiri itu kudus’. Ini memang adalah kata-kata yang sama yang diucapkan oleh malaikat Tuhan kepada Musa apabila dia memberinya hukum taurat itu. Jadi para rabbi sudah hampir sampai ke situ tetapi mereka belum membuat kesimpulan tersebut.

 

Kini penetapan puteri-puteri Yerusalem sebagai penjaga-penjaganya melambangkan kuasa-kuasa fizikal yang mengelilinginya dan mengurungnya, kalau-kalau ia menarik diri dari dunia fizikal dan membuang kasut fizikal dari kakinya, dan kalau-kalau ia mengangkat sayapnya untuk terbang atas sayap murni dan suci kepada kerohanian, kepada Kekasihnya di syurga. Dan perumpamaan-perumpamaan tersebut adalah mengenai kasih gadis ini untuk gembala, raja zaman mudanya, dia, yang ‘seperti pengantin lelaki yang memakai mahkota imam,’

 

Hanya seorang pengantin lelaki saja yang memakai mahkota imam dan ia adalah Mesias, Yesus Kristus. Para rabbi ini sedang bercakap tentang sebuah kitab Perjanjian Lama. Orang-orang ini menolak Yesus Kristus namun bahasanya jelas berciri Mesianik.

 

dia (perempuan), ‘seperti pengantin perempuan yang menghiasi dirinya dengan permata.’ Maksudnya adalah bahawa jiwa Salomo menganggap hina keinginan dan nafsu fizikal, dan tidak mengotorkan dirinya hingga mengejar kuasa yang menguasai badan, segala cubaan dan keinginan perbuatan-perbuatannya. Sebaliknya, pada setiap waktu, ia dibangunkan dengan keinginan kuat untuk Kekasihnya, Tuhan, bagiannya yang sepatutnya, dan ia menguatkan dirinya dengan pelajaran dan perbuatan untuk berjalan dalam jalanNya dan untuk bersatu denganNya.

 

Maksud perumpamaan ini adalah bahawa si kekasih mengutus pesannya kepadanya di belakang dinding dan pintu, melalui tingkap dan kisi-kisi, bererti bahawa Kekasih yang Mahatinggi rindu untuk mencurahkan padanya roh kudusNya, untuk membolehkannya memahami Dia sepenuhnya.

 

Ya, memangpun Tuhan ingin mencurahkan Roh KudusNya pada Israel tetapi satu-satunya cara untuk Dia melakukannya adalah melalui korban penebusan Mesianik. Bahagian selebihnya Perjanjian Lama cukup jelas, khususnya dari Yesaya 53, bahawa korban Mesias adalah penting untuk mempersiapkan Israel supaya Roh Kudus dapat dicurahkan. Jadi sebelum Kidung Agung dapat terjadi dan Roh Kudus dapat diberikan kepada manusia, Yesaya 53 harus terjadi dan dengan itu Kristus harus disalibkan. Jadi para Rabbi memahami hal ini namun menyangkal bahawa Mesias telah ada di situ dan menyangkal bahawa Yesus Kristus adalah Mesias walaupun dia telah disalibkan. Semua hal yang menjadi syarat-syarat untuk Kidung Agung berlaku dan Roh Kudus dicurahkan pada umat Tuhan telahpun terjadi dalam Yesus Kristus. Namun para rabbi menolaknya.

 

Oleh itu, Dia mengutus pesan pemeliharaanNya melalui dinding, rintangan fizikal antara dia dan tempat mahakudus, memandangnya melalui tingkap-tingkap dan kisi-kisi jiwa untuk mengangkatnya dari lembah dan lubang-lubang kapur kepada kesucian dan kepada roh kudus dan membukanya dari ‘lembah kekacauan ke pintu pengharapan.’

 

Rintangan fizikal antara tempat mahakudus adalah tabir tirai, yang dibelah dua oleh Yesus Kristus. Semua bahasa para rabbi di sini mencerminkan simbol-simbol kitab injil.

 

Perumpamaan tentang pelariannya yang banyak kali dari istana kepada kekasihnya dalam hutan, melambangkan bahawa melalui perjuangan jiwa Salomo dan kerinduannya serta persiapannya untuk bersatu dengan Tuhan, roh turun padanya, dan dia berpaut kepada kemuliaan kesucian, mencapai nubuatan; sesungguhnya Tuhan berbicara banyak kali kepadanya. Apabila dia lari dari istana Salomo, iaitu apabila dia menanggalkan badan fizikalnya,

 

Inilah apa yang terjadi kepada individu pada pembaptisan dan melalui pembaptisan kita mematikan manusia lama kita. Kita menanggalkan diri fizikal kita dan masuk ke dalam hubungan dengan Tuhan melalui Roh Kudus. Mereka faham apa yang perlu terjadi. Apabila mereka menulis ini, Kristus telahpun dibunuh.

 

dan awan dan kegelapan tebal meninggalkannya, dia menjauhkan dirinya dari kasih raja.

 

Ini digambarkan sebagai bayang-bayang menghilang, menyentuh tentang keinginan fizikal, dan dia terus mengasingkan diri dengan terang yang agung dan kemuliaan Kekasihnya yang bersinar padanya.

 

Perumpamaan puteri-puteri Yerusalem yang mengejarnya setiap kali dia melarikan diri dan mengembalikannya ke istana raja, melambangkan bahawa pertalian-pertalian badan belum lenyap sepenuhnya.

 

Ia juga berkaitan dengan hukum. Ia berkaitan fizikal dan rohani dengan Jemaat.

 

Oleh itu penyatuan ini sementara saja, kerana selepas roh Ilahi turun padanya, kuasa-kuasa fizikal kembali dibangkitkan, dan untuk mengakhiri penyatuan ini, dan Tuhan telah pergi setelah habis berbicara kepada Salomo. Kemudian jiwa Salomo kembali dikurung dalam kurungan badan fizikalnya seperti pada mulanya. Pada akhir zaman dia meninggalkan istana Salomo secara paksa dan tidak lagi kembali ke situ, tetapi bersatu dengan kekasihnya yang menjadikannya sebagai isterinya untuk selamanya. Ini mewakili kematian Salomo. Kemudian semua pertalian dilepaskan dan semua ikatan dicairkan, perangkapnya pecah dan jiwanya melarikan diri kepada Tuhannya, suami zaman mudanya, ‘dan debu kembali kepada tanah, dan roh kembali kepada Tuhan yang memberinya,’ dan ia bersatu dengan ikatan kehidupan dalam Firdaus yang kekal.

 

Kamu dapat perhatikan pembatasan rabbinikal terhadap teks ini. Mereka harus melihat pada Salomo dan rohani dan fizikal dan mereka tidak membuat kesimpulan bahawa mereka sedang memerhatikan Yehuda sebagai jabatan raja di bawah Salomo, iaitu aspek fizikal Yehuda. Semua yang berkaitan dengan Perjanjian Lama dikaitkan pada tingkat fizikal dan malah orang Yahudi hari ini mengaitkan segala sesuatu kepada tingkat fizikal. Mereka tidak mengerti sifat rohani Jemaat. Jemaat sendiri kemudiannya terlepas bebas. Di situ ia nampaknya seperti hanya satu pertempuran antara rohani dan fizikal yang berkaitan dengan Salomo sendiri. Namun dalam cerita-cerita tersebut kamu mendapati Salomo pada sebelah dan yang dikasihi di sebelah yang satu lagi. Maka kamu memerhatikan Yehuda dan aspek-aspek fizikal hukum pada sebelah yang satu dan kamu memerhatikan dia yang dikasihi, iaitu Mesias dan Jemaat pada sebelah yang satu lagi. Perempuan itu adalah Jemaat, bangsa, yang telah terbahagi antara aspek-aspek fizikal Judaisme dan struktur Bait di bawah Salomo. Maka apa yang kamu saksikan adalah Mesias yang secara literalnya membawa Jemaat ke dalam padang gurun keluar dari batas-batas kurungannya sendiri. Implikasi ini tidak dibuat oleh pihak penguasa rabbinikal untuk sebab yang baik, kerana pada saat mereka mengaku bahawa terdapat dua aspek yang terlibat, terdapat dua orang. Kita bukan saja bercakap tentang jiwa Salomo dan rohnya, nephesh, iaitu roh manusia, yang memangpun tidak mampu pergi kepada Tuhan melainkan Salomo mati. Para rabbi bila memerhatikan kitab Pengkhotbah kemudiannya akan terpaksa mula bercakap tentang doktrin jiwa Babilon untuk mengertikan teks ini secara bukan Mesianik. Teks ini hanya dapat diertikan dalam struktur alkitabiah, memandangkan kenyataan bahawa jiwa kembali kepada Tuhan yang memberinya, setelah mati, dan tiada kewujudan sesudah mati. Mereka kemudiannya terpaksa memperkenalkan rahsia-rahsia Babilon dan jiwa untuk cuba membatasnya dan mengelak dari penjelasan Mesianik. Tanpa rahsia-rahsia Babilon itu, harus ada pembahagian antara Salomo dan orang yang dikasihi dan itu mungkin adalah perbezaan paling penting antara apa yang para rabbi cuba jelaskan tentang Kidung Agung dan makna sebenarnya.

 

Penerangan yang dibuat Malbim adalah bijak dan mungkin paling menghampiri penjelasan Mesianik yang dapat kita temukan dalam komentar-komentar Judaik. Secara umumnya signifikans penuh Kidung ini tidak difahami. Cara penulisan penjelasan tersebut (dari halaman 37) adalah signifikan.

 

...penceritaannya secara alegori menurut maknanya yang mudah memuatkan kejadian perawan suci itu, jiwa Raja Salomo, dan dialognya dengan Kekasihnya di langit sebanyak lima kali apabila dia keluar dari penjara dan menanggalkan pakaian tawanannya dari dirinya dan dia memasuki pelataran dalaman Raja dengan berhiaskan kekudusan. Ini adalah ceritanya, dan ini adalah alegorinya, dan itu adalah penjelasan mudahnya.

 

Salah satu masalah tradisi-tradisi rabbinikal adalah bahawa hubungan Kidung ini kepada konsep-konsep nephesh atau jiwa (sini menunjukkan pengaruh Babilon) berpunca dari ketidakmampuan untuk mengaitkan teks ini kepada Mesias sebagai Kekasih itu dan Jemaat sebagai perawan kudus itu.

 

Aspek-aspek elemen nephesh yang terlibat dalam lima aspek adalah relevan kepada dua belas elemen makhluk benar yang sempurna. Konsep kebenaran dan Roh Kudus berkaitan dengan konsep-konsep lima dan dua belas. Seluruh kalendar berpusat padanya dan perumpamaan-perumpamaan lima roti dan dua ikan, memberi makan kepada lima ribu orang, bagaimana roti-roti itu dikumpulkan. Karya-karya yang memperkenalkan Paskah, semuanya ditujukan untuk memahami teks dalam Matius, sama ada lima roti dan dua ikan itu digunakan untuk memberi makan kepada lima ribu orang; penjagaan bakul-bakul itu; bagaimana mereka dikumpulkan; bagaimana roti-roti itu diperkembangkan dan bagaimana roti-roti itu kemudiannya dibahagikan; dan apakah pengertian setiap bakul itu. Ianya berkaitan dengan Roh Kudus dan ia berkaitan dengan elemen-elemen tujuh dan lima yang membentuk dua belas elemen tersebut. Juga tahun kudus, dari kalenddar kudus, semuanya dibahagikan dengan cara yang sama. Manusia apabila ditaubatkan nampaknya terdiri dari dua belas elemen dalam dua aspek tujuh dan lima. Mereka nampaknya saling berkaitan dengan, dan membentuk dasar bagi, perumpamaan-perumpamaan pemberian makan kepada kumpulan-kumpulan orang oleh Kristus. Simbolisme ini secara asasnya diperolehi dari Kidung Agung. Bagaimanapun elemen pertama adalah hubungan keseluruhan Kristus dan Jemaat, yang dicakupi oleh lima nyanyian Kidung Agung, walaupun terdapat tujuh Jemaat berkaitan dalam Wahyu.

 

Hakikat bahawa terdapat lima divisi nyanyian ini dan lima divisi perempuan itu, iaitu Jemaat, dan bukan tujuh, adalah kerana dua dari Jemaat itu tidak masuk ke dalam Kerajaan Tuhan. Jemaat Sardis dan Laodikia tidak termasuk dalam Kerajaan Tuhan. Hanya individu-individu dari kedua-dua Jemaat ini saja yang dapat memasukinya.

 

Pembahagian Kidung ini kepada lima bahagian menceritakan bagaimana perempuan ini melarikan diri dari kamar raja ke padang gurun sebanyak lima kali. Jemaat dalam padang gurun ada dalam lima peringkat berasingan. Empat kali dia kembali dari padang gurun ke istana raja. Pada kali kelima dia pergi ke padang gurun dan terus di situ dengan kekasihnya, dan tidak kembali lagi. Kenapa? Kerana Mesias datang dan Jemaat akhir, kumpulan umat pilihan yang terakhir bersatu dengan Mesias. Malbim menganggap ini sebagai mewakili empat kali kemunculan Tuhan kepada Salomo. Tafsiran-tafsiran Malbim berhubung Salomo dan jiwa bermula dari sini adalah dianggap tidak betul. Ianya benar bahawa Tuhan melalui Malaikat Jehovah telah muncul empat kali. Tuhan atau elohim sebagai Malaikat telah muncul lima kali kepada Salomo sebagai Yehuda, namun sistem Judaik telah dirayu oleh Jemaat selama dua ribu tahun, dalam setiap tujuh elemennya. Jemaat-jemaat Sardis dan Laodikia langsung tidak dapat meyakinkan Yehuda. Tetapi Yehuda akan ditaubatkan dalam zaman akhir dan Yehuda akan dipulihkan lebih dahulu dari Israel dan keluarga Daud iaitu kita dan lebih dahulu dari Yerusalem, supaya tiada sesiapapun yang dapat meninggikan diri mereka terhadap Yehuda. Perhatikan Zakharia dari bab 11 hingga 12, kamu akan lihat urutan tersebut berlaku. Hubungan sebenar iaitu hubungan Tuhan dan umatNya, iaitu pandangan kebanyakan wibawa rabbinikal, dipindahkan kepada Jemaat. Ianya bergantung pada siapa dia umat Tuhan sewaktu fasa ini. Ketika Kristus mentahbiskan tujuh puluh orang itu dia telah memindahkan kuasa dari Yehuda di bawah Sanhedrin kepada Jemaat di bawah sidang tujuh puluh ini. Kedua-duanya merupakan sidang tujuh puluh tetapi apabila Kristus mentahbiskan penatua-penatua itu dia telah memindahkan wibawa Yehuda kepada Jemaat dan melenyapkan semua wibawa dari Yehuda termasuk kalendar. Dalam dekad yang sama dengan sidang Nicea, Yehuda telah mengubah kalendar. Sidang Nicea mengubah Ketuhanan kepada Trinitas (Tritunggal) dan Yehuda di bawah Rabbi Hillel II telah mengubah kalendar namun mereka tidak mempunyai kuasa itu. Ini, iaitu kumpulan dalaman umat pilihan, dipandang dalam bentuk struktur Jemaat-jemaat. Jemaat luaran adalah seluruh kerabat Israel. Kalau kamu ingat, sewaktu kita memerhatikan maksud Penglihatan Yehezkiel, kita telah memerhatikan maksud kerubim dalam penglihatan-penglihatan tersebut dan empat kerubim itu terletak sebagai roda di dalam roda. Kehidupan makhluk-makhluk itu adalah di dalam roda-roda tersebut. Dengan itu pihak wibawa rabbinikal menyedari signifikansnya tetapi tidak memahami kerumitannya kerana mereka telah menolak Jemaat. Struktur Kidung menambahkan penerangan kepada isu rumit ini.

 

Salah satu masalah dengan Jemaat-jemaat Tuhan adalah, dalam beberapa ratus tahun kebelakangan ini, Jemaat-jemaat telah memandang diri mereka sebagai berbeza dari bangsa Israel tetapi mereka tidak. Dalam abad kedua puluh, kita tidak tersedia sebarang pesanan jelas untuk diberikan kepada bangsa Israel kerana kita telah memisahkan diri kita sebagai kumpulan elitis. Kita harus dapat berkomunikasi kepada roda luaran. Yang satu berada di dalam yang satu lagi, ianya tidak terpisah dari yang satu. Pokoknya bukanlah dua roda berasingan. Ianya roda di dalam roda. Kita harus menyediakan bimbingan dan kepimpinan kepada roda yang satu lagi kerana Tuhan akan bertindak terhadap kesemuanya dan kegagalan kita untuk menyediakan dan menguruskan roda luaran bererti bahawa kita dibereskan oleh diri kita sendiri.

 

Bab 1 hingga Bab 2:7

Nyanyian pertama bermula dengan Kiranya ia mencium aku dengan kecupan, dan berakhir dengan Kusumpahi kamu, puteri-puteri Yerusalem...jangan kamu membangkitkan (2:7)

 

Kidung 1:1-17  Kidung agung dari Salomo. 2 (Biarlah ia mencium aku) Kiranya ia mencium aku dengan kecupan! Karena cintamu lebih nikmat dari pada anggur,

 

RSV menterjemahkan Biarlah ia mencium aku sebagai Kiranya ia mencium aku. Ayat ini kemudiannya berubah dari bentuk kata orang kedua kepada orang ketiga. Terjemahan berbagainya adalah sama ada sebagai pernyataan gadis Sulam tentang kekasihnya tiada di situ atau pernyataan puteri-puteri Yerusalem tentang Salomo. Perbezaan ini adalah penting. Secara alegorinya ini diceritakan oleh Israel dalam buangan, sesudah Shekinah meninggalkan mereka, dan mereka merindui kepulangannya. Sesudah Roh Kudus meninggalkan Israel ia kemudiannya diceritakan mereka dalam Israel dan mereka merindui kepulangan Shekinah. Itulah simbolisme yang ingin dinyatakan di sini. Tuhan dan Israel dilambangkan oleh pengantin perempuan dan lelaki, yang mencium sesama sendiri dengan kucupan (Rashi). Elohim, yang diertikan di sini sebagai pengantin lelaki, diertikan dari Perjanjian Baru sebagai elohim subordinat dari Mazmur 45:6-7, Ibrani 1:8-9. Elohim ini adalah Mesias. Maka hubungan ini tidak difahami sepenuhnya oleh pihak wibawa rabbinikal.

 

Kerana cintamu (Perkataan Ibrani Dodim yang juga bererti belaian dan manifestasi cinta; Ibn Ezra) lebih nikmat dari pada anggur. Ianya adalah satu ungkapan Ibrani untuk memanggil setiap jamuan kenikmatan dan kesukaan mengikut nama anggur (wain) (lihat Ester 7:2; Yesaya 24:9) (Rashi). Tafsiran berbentuk alegori merujuknya kepada penyampaian Torah (Taurat) dan Tuhan berfirman secara langsung kepada Israel (Rashi). Bagaimanapun, kita tahu bahawa Tuhan yang berfirman di Sinai, adalah Malaikat Perjanjian atau Hadirat dan tiada seorangpun yang pernah melihat Tuhan (Yohanes 1:18; 1 Yohanes 4:12; 1 Timotius 6:16) atau mendengar suaraNya (Yohanes 5:37) dan hukum taurat telah disampaikan oleh para malaikat ke dalam tangan seorang pengantara (Galatia 3:19). Jadi para rabbi tidak mengerti bahawa mereka berdepan dengan Mesias dalam Perjanjian Lama dalam menerima hukum taurat itu yang merupakan Yesus Kristus dalam Perjanjian Baru.

 

3 harum bau minyakmu, bagaikan minyak yang tercurah namamu, oleh sebab itu gadis-gadis cinta kepadamu!

 

Kata kerjanya adalah berbentuk feminin walaupun subjeknya (pokoknya) adalah maskulin. Ibn Ezra berpendapat bahawa kata nama shemen mungkin feminin walaupun kali ini saja ia kelihatan dalam Kitab Suci. Bentuk feminin lebih tepat lagi berkaitan dengan Roh Kudus sebagai alat untuk memberi Shekinah (yang merupakan manifestasi hadirat Tuhan dalam Roh) kepada pengantin perempuan. Roh Kudus menyampaikan hadirat Tuhan itulah sebabnya ia diertikan tepat dalam bentuk feminin. Itulah sebabnya kenapa hikmat/kebijaksanaan disenaraikan dalam bentuk feminin dalam Amsal 8:22. Jadi Roh Kudus adalah kapasitas feminin dan Jemaat adalah feminin dan pengantin perempuan kerana ia membentuk satu hubungan dengan Tuhan melalui Roh Kudus. Nama itu adalah nama Mesias. Orang Filadelfia dalam Wahyu adalah dari gadis-gadis yang tidak menyangkal nama itu (Wahyu 3:8), yang diberikan kepada Mesias oleh Tuhan. Minyak yang tercurah dianggap melambangkan keajaiban-keajaiban yang dilakukan di Mesir. Berita keajaiban-keajaiban itu telah menarik orang-orang dari bangsa lain (Metsudath David).

 

Terdapat kata-kata Ibrani dalam Kidung Agung yang tidak muncul di tempat lain dalam Alkitab. Kata Yunani, agape, yang hanya merujuk kepada kasih Tuhan bukan perkataan Yunani. Ia adalah transliterasi (salinan huruf abjad) kata Ibrani SHD 158 ‘ahab dalam bentuk feminin SHD 160 ‘ahabah yang muncul dalam Kidung Agung bersama kata-kata lain untuk kasih (SHD 157; ‘ahab; SHD 1730; dowd sebagai tanda kasih malah seorang bapa saudara; SHD 7474; ray’ah seorang teman perempuan, jadi adalah kasih). Ahabah tiada kaitan dengan cinta erotik seksual bila digunakan berhubung konsep-konsep ini (lihat khususnya Yeremia 31:3). Yesaya 63:9 menunjukkan bahawa perkataan inilah yang digunapakai kepada kasih Tuhan melalui Malaikat Hadirat dan penebusan Israel. Perkataan untuk kasih di sini adalah ahabah dan di situlah orang Yunani mendapat perkataan mereka agape. Agape bukan perkataan dalam bahasa Yunani sehinggalah mereka menterjemahkan Alkitab Ibrani ke dalam bahasa Yunani dalam Septuagint (LXX). Mereka membentuk perkataan agape untuk menyalin perkataan Ibrani ahabah kerana orang Yunani tidak mempunyai perkataan untuk kasih ilahi. Mereka mempunyai kasih erotik, eros, dan mereka mempunyai perkataan untuk kasih anak-beranak, philadelphia, tetapi mereka tidak mempunyai perkataan untuk kasih Tuhan, agape. Jadi mereka terpaksa menyalin perkataan ahabah dan ia menjadi perkataan agape dan kemudian mereka cuba memberitahu umat pilihan apakah ertinya. Malah falsafah dan teologi Yunani benar-benar kekurangan, kerana semua idea falsafahnya adalah berdasar pada kasih erotik dan anak-beranak dan mereka tidak memahami konsep kasih agape. Iaitu, kasih seorang yang lebih tinggi kepada seorang subordinat (lebih rendah). Idea-idea falsafah Yunani adalah di mana hanya yang sejenis saja yang boleh mengasihi jenisnya, dan hanya yang sejenis saja yang boleh mendamaikan kita kepada Tuhan. Ini adalah konsep Yunani dan bukan konsep Ibrani. Kita boleh didamaikan kepada Tuhan dalam Ibrani melalui korban burung merpati dan kambing dan domba dan lembu sapi. Seluruh struktur ini adalah di mana imam besar harus menyerahkan darahnya sendiri dalam Perjanjian Baru untuk mendamaikan diri kita kepada Tuhan. Itu adalah konsep Ibrani, di mana seorang yang lebih tinggi dapat didamaikan kepada seorang yang lebih rendah melalui korban pengantaraan. Tiada yang seperti ini dapat berlaku dalam pemikiran falsafah Yunani. Sebab sebenar orang Yunani mencipta Trinitas adalah untuk meletakkan diri mereka pada kedudukan yang setara dengan Tuhan hinggakan mereka tidak perlu mentaati Tuhan. Tetapi strukturnya adalah di mana pengertian mereka adalah kekurangan kerana kata-kata pinjaman mereka yang terlibat di sini sebenarnya adalah kata-kata pinjaman Ibrani yang disalin. Ianya sangat penting untuk kamu mengerti bahawa perkataan untuk kasih ilahi di sini tidak berkaitan dengan sebarang konsep Yunani dan orang Yunani tidak mengerti, dari segi teologi, konsep Ibrani yang terlibat dalam pengorbanan Yesus Kristus, dan mereka tidak akan dapatpun dalam struktur falsafah mereka. Mereka harus memisahkan diri mereka dari falsafah Yunani untuk menerima teologi Ibrani dan diselamatkan. Sebab kenapa Jemaat-jemaat Tuhan runtuh dalam abad kedua puluh adalah kerana ahli-ahli teologi Yunani palsu yang, terhambat oleh epistemologi teologi Plato dan Yunani, gagal sepenuhnya untuk memahami kitab-kitab seperti Kidung Agung dan korban-korban yang terlibat sama ada dalam teologi Ibrani atau Perjanjian Baru. Mereka sama sekali tidak tahu apa yang mereka lakukan.

 

4 Tariklah aku di belakangmu, marilah kita cepat-cepat pergi! Sang raja telah membawa aku ke dalam maligai-maligainya. Kami akan bersorak-sorai dan bergembira karena engkau, kami akan memuji [RSV yang mengikuti Metsudath David. Ibn Ezra, Kimchi dan Ibn Ganach] cintamu lebih dari pada anggur! Layaklah mereka cinta kepadamu!

 

Rashi mengatakan bahawa teks ini bermakna Aku mendengar dari utusanmu bahawa kamu ingin menarik aku. Aku katakan bahawa kami akan mengejarmu untuk menjadi isterimu (Soncino). Membawa ke dalam maligai-maligai raja menandakan pembawaan secara paksa. Ibn Ezra menafsirkan ayat ini sebagai bererti Sungguhpun raja membawa aku ke dalam maligainya, aku masih akan bergembira dan bersukacita keranamu (Soncino). Maligai-maligai (Bilik) raja berbeza dari kekasih gadis Sulam itu.

 

Dengan tulus atau layaklah mereka cinta kepadamu berkaitan dengan perkataan Ibrani untuk ketulusan jadi ungkapannya adalah mereka mengasihimu dengan ketulusan (Rashi). Ibn Ezra menuliskan ayat ini sebagai Lebih dari anggur (wain) sebenar mereka mengasihimu (Soncino).

 

Hakikat bahawa yang dikasihi itu adalah orang Sulam (Sulem) adalah amat penting sekali dan konsep ini juga berkaitan dengan konsep dalam raja-raja bila berdepan dengan Elisa. Sulem atau Sunem berada di Isakhar, dekat Kesulot, pada lereng Gilboa yang curam; kini dipanggil Salem (Konkordans Young’s). Strong membezakan Sulem dari Sunem. Bagaimanapun, maknanya sama seperti Salem iaitu damai. Sunem bermakna perhentian atau tenang. Jadi makna kedua-dua istilah mempunyai konotasi Mesianik. In merupakan bayangan nubuatan Mesias sebagai yang datang dari perempuan Sulem itu. Rujukan ini dirumuskan dari 2 Raja-raja 4:11-37. Tiada ayat dalam Alkitab yang ada di situ untuk perhiasan, atau hanya untuk menghiasi. Setiap ayat dalam Alkitab mempunyai maksud tertentu yang berkaitan dengan cerita Mesias atau tujuan Jemaat atau rencana Tuhan.

 

2 Raja-raja 4:11-37 Pada suatu hari datanglah ia ke sana, lalu masuklah ia ke kamar atas itu dan tidur di situ. 12 Kemudian berkatalah ia kepada Gehazi, bujangnya: "Panggillah perempuan Sunem itu." Lalu dipanggilnyalah perempuan itu dan dia berdiri di depan Gehazi. 13 Elisa telah berkata kepada Gehazi: "Cobalah katakan kepadanya: Sesungguhnya engkau telah sangat bersusah-susah seperti ini untuk kami. Apakah yang dapat kuperbuat bagimu? Adakah yang dapat kubicarakan tentang engkau kepada raja atau kepala tentara?"

 

Ini adalah simbolisme – ingat Kejatuhan Yerikho. Tuhan telah mengutus dua saksi ke dalam Yerikho dan berbicara kepada Rahab si perempuan sundal dan dia telah diselamatkan kerana tali benang kirmizi (warna merah) yang diletakkan pada jendela, yang melambangkan darah anak domba Paskah. Dia dan keluarganya telah diselamatkan kerana kesetiaan mereka kepada saksi-saksi itu dan sikap mereka terhadap pendudukan Israel. Situasi yang sama berlaku dengan Elisa dan Gehazi.

 

Jawab perempuan itu: "Aku ini tinggal di tengah-tengah kaumku!" 14 Kemudian berkatalah Elisa: "Apakah yang dapat kuperbuat baginya?" Jawab Gehazi: "Ah, ia tidak mempunyai anak, dan suaminya sudah tua." 15 Lalu berkatalah Elisa: "Panggillah dia!" Dan sesudah dipanggilnya, berdirilah perempuan itu di pintu. 16 Berkatalah Elisa: "Pada waktu seperti ini juga, tahun depan, engkau ini akan menggendong seorang anak laki-laki." Tetapi jawab perempuan itu: "Janganlah tuanku, ya abdi Allah, janganlah berdusta kepada hambamu ini!" 17 Mengandunglah perempuan itu, lalu melahirkan seorang anak laki-laki pada waktu seperti itu juga, pada tahun berikutnya, seperti yang dikatakan Elisa kepadanya. 18 Setelah anak itu menjadi besar, pada suatu hari keluarlah ia mendapatkan ayahnya, di antara penyabit-penyabit gandum. 19 Tiba-tiba menjeritlah ia kepada ayahnya: "Aduh kepalaku, kepalaku!" Lalu kata ayahnya kepada seorang bujang: "Angkatlah dia dan bawa kepada ibunya!" 20 Diangkatnyalah dia, dibawanya pulang kepada ibunya. Duduklah dia di pangkuan ibunya sampai tengah hari, tetapi sesudah itu matilah dia. 21 Lalu naiklah perempuan itu, dibaringkannyalah dia di atas tempat tidur abdi Allah itu, ditutupnyalah pintu dan pergi, sehingga anak itu saja di dalam kamar. 22 Sesudah itu ia memanggil suaminya serta berkata: "Suruh kepadaku salah seorang bujang dengan membawa seekor keledai betina; aku mau pergi dengan segera kepada abdi Allah itu, dan akan terus pulang." 23 Berkatalah suaminya: "Mengapakah pada hari ini engkau hendak pergi kepadanya? Padahal sekarang bukan bulan baru dan bukan hari Sabat."

 

Bulan Baru dan hari Sabat digunakan untuk mendapat nasihat para nabi. Bulan Baru, lebih penting lagi dari hari Sabat, digunakan untuk mendapatkan nasihat para nabi.

 

Jawab perempuan itu: "Jangan kuatir." 24 Dipelanainyalah keledai itu dan berkatalah ia kepada bujangnya: "Tuntunlah dan majulah, jangan tahan-tahan aku dalam perjalananku, kecuali apabila kukatakan kepadamu." 25 Demikianlah perempuan itu berangkat dan pergi kepada abdi Allah di gunung Karmel.

 

Segera sesudah abdi Allah melihat dia dari jauh, berkatalah ia kepada Gehazi, bujangnya: "Lihat, perempuan Sunem itu datang! 26 Larilah menyongsongnya dan katakanlah kepadanya: Selamatkah engkau, selamatkah suamimu, selamatkah anak itu?" Jawab perempuan itu: "Selamat!" 27 Dan sesudah ia sampai ke gunung itu, dipegangnyalah kaki abdi Allah itu, tetapi Gehazi mendekat hendak mengusir dia. Lalu berkatalah abdi Allah: "Biarkanlah dia, hatinya pedih! TUHAN menyembunyikan hal ini dari padaku, tidak memberitahukannya kepadaku." 28 Lalu berkatalah perempuan itu: "Adakah kuminta seorang anak laki-laki dari pada tuanku? Bukankah telah kukatakan: Jangan aku diberi harapan kosong?" 29 Maka berkatalah Elisa kepada Gehazi: "Ikatlah pinggangmu, bawalah tongkatku di tanganmu dan pergilah. Apabila engkau bertemu dengan seseorang, janganlah beri salam kepadanya dan apabila seseorang memberi salam kepadamu, janganlah balas dia, kemudian taruhlah tongkatku ini di atas anak itu." 30 Tetapi berkatalah ibu anak itu: "Demi TUHAN yang hidup dan demi hidupmu sendiri, sesungguhnya aku tidak akan meninggalkan engkau." Lalu bangunlah Elisa dan berjalan mengikuti perempuan itu. 31 Adapun Gehazi telah berjalan mendahului mereka dan telah menaruh tongkat di atas anak itu, tetapi tidak ada suara, dan tidak ada tanda hidup. Lalu kembalilah ia menemui Elisa serta memberitahukan kepadanya, katanya: "Anak itu tidak bangun!" 32 Dan ketika Elisa masuk ke rumah, ternyata anak itu sudah mati dan terbaring di atas tempat tidurnya. 33 Sesudah ia masuk, ditutupnyalah pintu, sehingga ia sendiri dengan anak itu di dalam kamar, kemudian berdoalah ia kepada TUHAN. 34 Lalu ia membaringkan dirinya di atas anak itu dengan mulutnya di atas mulut anak itu, dan matanya di atas mata anak itu, serta telapak tangannya di atas telapak tangan anak itu; dan karena ia meniarap di atas anak itu, maka menjadi panaslah badan anak itu. 35 Sesudah itu ia berdiri kembali dan berjalan dalam rumah itu sekali ke sana dan sekali ke sini, kemudian meniarap pulalah ia di atas anak itu. Maka bersinlah anak itu sampai tujuh kali, lalu membuka matanya. 36 Kemudian Elisa memanggil Gehazi dan berkata: "Panggillah perempuan Sunem itu!" Dipanggilnyalah dia, lalu datanglah ia kepadanya, maka berkatalah Elisa: "Angkatlah anakmu ini!" 37 Masuklah perempuan itu, lalu tersungkur di depan kaki Elisa dan sujud menyembah dengan mukanya sampai ke tanah. Kemudian diangkatnyalah anaknya, lalu keluar. (RSV)

 

Ini berkaitan dengan konversi Jemaat dari Yehuda dan Yerusalem. Perempuan Sulem ini membantu para nabi. Elisa memberinya seorang anak sebagai karunia dari Tuhan melalui Roh. Anak ini telah diberikan untuk mewakili Mesias. Berasal dari Sulem atau Salem dia telah diberikan kepada perempuan ini tetapi telah mati. Dia mati melalui pengetahuan dan kuasa Tuhan, menduduki tempat para nabi dan untuk tujuan kepimpinan yang dilambangkan oleh tongkat Elisa yang diletakkan di atas anak itu. Meletakkan muka kepada muka adalah sebagai satu gambaran instrumen Tuhan. Berjalan sekali ke sana dan sekali ke sini mewakili kedatangan Roh untuk membangkitkan Mesias. Mesias yang dibangkitkan telah bersin tujuh kali. Urutan ini mewakili malaikat-malaikat tujuh Jemaat dan tujuh Jemaat Wahyu 2 dan 3. Pembukaan mata anak dan pengangkatan anak adalah aktiviti yang sama seperti jamuan perkahwinan Anak Domba pada kedatangan Mesias pada hujung fasa terakhir tujuh Jemaat.

 

Pada akhir zaman anak ini dikembalikan kepada perempuan Sulem itu. Anak ini dikembalikan ke Yerusalem untuk mengambil kedudukannya sebagai Mesias dan memulihkan untung Salem atau Sunem dan memulihkan untung Israel. Keajaiban Elisa yang sangat besar itu sebenarnya adalah satu nubuatan Mesias dalam pertaliannya kepada konversi Yehuda dan Yerusalem. Hanya pada akhir urutan itu saja barulah Yehuda dan Yerusalem akan ditaubatkan.

 

Kita kembali kepada Kidung Agung.

 

5 Memang hitam aku, tetapi cantik, hai puteri-puteri Yerusalem, seperti kemah orang Kedar, seperti tirai-tirai orang Salma. 6 Janganlah kamu perhatikan bahwa aku hitam, karena terik matahari membakar aku. Putera-putera ibuku marah kepadaku, aku dijadikan mereka penjaga kebun-kebun anggur; kebun anggurku sendiri tak kujaga.

 

Perempuan Sulem ini hitam kerana layanan keras saudara-saudara lelakinya dengan mendedahnya kepada matahari atau cuaca. Soncino mencatatkan Midrash membuat komen homiletik (mengkhutbah): Orang Yahudi menjadi hitam dengan kegelisahan sewaktu dalam minggu, tetapi elok pada hari Sabat. Perkataan Ibrani untuk hitam menandakan warna kemerahan dari terbakar sinar matahari. Pertalian dengan perhentian Sabat sekali lagi dilihat di sini. Catatan tentang pemeliharaan taman-taman anggur dilihat dalam Amsal 31 di mana perempuan dari Amsal 31 (lihat karya Amsal 31 (No. 114)) dan perempuan Sulem di sini bersama dengan Ester (lihat karya Komentar Tentang Ester (No. 63)) dijalinkan dalam simbolisme Mesias dan Jemaat.

 

Khemah-khemah Kedar berwarna hitam kerana pendedahan kepada cuaca. Kedar adalah suku pengembara yang berketurunan dari Ismael (Kejadian 25:13; rujuk Mazmur 120:5). Maka analoginya adalah mereka berdua dicuci hingga putih seperti tirai-tirai orang Salma, jadi perempuan Sulem ini boleh dicantikkan kulitnya, dan dengan itu keselamatan adalah terbuka kepada orang bukan Yahudi. Soncino berkata bahawa:

 

Secara alegori, umat Israel berbicara kepada bangsa-bangsa dunia dan mengisytiharkan kepada mereka, aku hitam kerana segala perbuatanku, tetapi putih dengan segala perbuatan leluhurku. Malah antara perbuatanku ada banyak yang baik. Jika aku telah berdosa kerana menyembah anak lembu itu maka aku mendapat kebaikan dari menerima Torah (Rashi).

 

Rashi berpendapat bahawa kehitaman ini dianggap sebagai luaran dan, apabila ia berlalu, pembicaranya akan didapati lebih jelita (putih) dari yang lain, iaitu puteri-puteri Yerusalem. Kita bercakap tentang konversi orang bukan Yahudi dan para Rabbi sendiri bercakap tentang konversi orang bukan Yahudi. Ini hanya boleh merujuk kepada Jemaat. Komen-komen tentang kebun anggur dianggap sebagai bererti bahawa Bapanya membagi-bagikan anggur-anggur ini di antara anak-anakNya. Perempuan ini telah dianiaya hingga menjaga kebun-kebun anggur ini sendirian. Daath Mikra berpendapat begitu dan Rashi berpendapat bahawa dalam penjagaan kebun-kebun inilah dia dibakar sinar matahari. Oleh itu melalui penganiayaan dia seorang saja yang melakukan kerja Bapa dalam menjaga kebun-kebun anggur ini dan dikeraskan terhadap cuaca dalam proses tersebut. Itu betul bagi jemaat kerana ia saja yang melakukan pekerjaan Bapa. Maka dia menjadi tumpuan cemuhan puteri-puteri Yerusalem. (Pihak wibawa rabbinikal) Ibn Ezra menafsirkan teks kebun anggurku sendiri tak kujaga sebagai bererti bahawa dia tidak pernahpun perlu menjaga kebun anggurnya sendiri sebelum itu. Rashi, seperti Ibn Ezra dalam penjelasan ketiganya, berpendapat dia telah mengabaikan kebun anggurnya sendiri untuk menjaga kebun-kebun saudara-saudara lelakinya. Ini melambangkan Israel yang meninggalkan Tuhannya, untuk menyembah ilah-ilah pagan milik tetangganya (Soncino, The Five Megilloth, halaman 54). Namun puteri-puteri Yerusalem adalah yang selain dari perempuan. Kita harus mendapatkan alternatif.

 

7 Ceriterakanlah kepadaku, jantung hatiku, di mana kakanda menggembalakan domba, di mana kakanda membiarkan domba-domba berbaring pada petang hari. Karena mengapa aku akan jadi serupa pengembara dekat kawanan-kawanan domba teman-temanmu? 8 Jika engkau tak tahu, hai jelita di antara wanita, ikutilah jejak-jejak domba, dan gembalakanlah anak-anak kambingmu dekat perkemahan para gembala. 9 Dengan kuda betina dari pada kereta-kereta Firaun kuumpamakan engkau, manisku. 10 Moleklah pipimu di tengah perhiasan-perhiasan dan lehermu di tengah kalung-kalung. 11 Kami akan membuat bagimu perhiasan-perhiasan emas dengan manik-manik perak. 12 Sementara sang raja duduk pada mejanya, semerbak bau narwastuku. 13 Bagiku kekasihku bagaikan sebungkus mur, tersisip di antara buah dadaku. 14 Bagiku kekasihku setangkai bunga pacar di kebun-kebun anggur En-Gedi. 15 Lihatlah, cantik engkau, manisku, sungguh cantik engkau, bagaikan merpati matamu. 16 Lihatlah, tampan engkau, kekasihku, sungguh menarik; sungguh sejuk petiduran kita. 17 Dari kayu aras balok-balok rumah kita, dari kayu eru papan dinding-dinding kita. (RSV)

 

Narwastu (nard/spiked nard) telah digunakan untuk meminyaki kaki Mesias oleh perempuan tersebut sebelum dia mati.

 

Mordekhai adalah nama yang diperolehi dari mur, yang mewakili Mesias sebagai haruman murni sebagai rempah Israel yang diminyaki. Rujukan kepada rempah-rempah ini mempunyai signifikans penting kepada Ester dan kepada kitab-kitab injil.

 

Tuhan membiarkan kita berbaring. Mazmur 23 dibayangkan di sini. Rujukan kepada kawanan domba yang lain merujuk kepada ketaatan kepada elohim Israel yang subordinat iaitu Mesias dan bukannya Angkatan derhaka. RSV menggunakan mengembara di mana perkataan ini ditafsirkan oleh Soncino sebagai menutup dengan selendang, maksudnya seperti perempuan sundal menutup dirinya. Dia menjumpai kekasihnya pada petang hari dan bukannya waktu malam seperti seorang perempuan sembarangan (lihat Soncino). Perhentian petang hari (tengah hari) ini adalah sesuatu yang biasa (lihat juga 2 Samuel 4:5). Rujukan kepada Mur juga ditemui dalam Ester sebagai dasar untuk nama Mordekhai dan berkaitan dengan Mesias.

 

Kidung Agung 2:1-7 Bunga mawar dari Saron aku, bunga bakung di lembah-lembah. 2 Seperti bunga bakung di antara duri-duri, demikianlah manisku di antara gadis-gadis. 3 Seperti pohon apel di antara pohon-pohon di hutan, demikianlah kekasihku di antara teruna-teruna. Di bawah naungannya aku ingin duduk, buahnya manis bagi langit-langitku. 4 Telah dibawanya aku ke rumah pesta, dan panjinya di atasku adalah cinta. 5 Kuatkanlah aku dengan penganan kismis, segarkanlah aku dengan buah apel, sebab sakit asmara aku. 6 Tangan kirinya ada di bawah kepalaku, tangan kanannya memeluk aku. 7 Kusumpahi kamu, puteri-puteri Yerusalem, demi kijang-kijang atau demi rusa-rusa betina di padang: jangan kamu membangkitkan dan menggerakkan cinta sebelum diingininya! (RSV)

 

Mawar Saron adalah bunga padang rumput yang sederhana. Malbim berpendapat ini mengatakan bahawa kecantikanku tidak luar biasa, kerana aku hanyalah salah satu bunga dataran. Perkataan chabatseleth muncul hanya sekali lagi dalam Yesaya 35:1. Kitab LXX dan Vulgate mengertinya sebagai lily (bunga bakung). Targum dan Saadia sebagai Narcissus, Ibn Ezra dan Kimchi sebagai rose (mawar) (Soncino). Bunga narcissus banyak didapati di Palestin dan Saron mungkin merujuk kepada daerah pantai dari Kaisarea (Caesarea) hingga Yope (Joppa). Bunga bakung lembah mungkin jenis yang berwarna merah kerana ia mengaitkannya kepada bibir dalam ayat 13 (5:13).

 

R. Eliezer berkata bahawa:

Orang benar harus disamakan dengan bunga bakung lembah yang terus berkembang, bukan bunga bakung gunung yang sekejap layu (Midrash)

 

Semua ini mempunyai konotasi rohani. Perkembangan mereka berterusan dan berkekalan, kerana roh akan bekerja secara berterusan.

 

Sentimen ini berada di sebalik komen-komen Kristus dalam Matius 6:28-34.

 

Matius 6:28-34 Dan mengapa kamu kuatir akan pakaian? Perhatikanlah bunga bakung di ladang, yang tumbuh tanpa bekerja dan tanpa memintal, 29 namun Aku berkata kepadamu: Salomo dalam segala kemegahannyapun tidak berpakaian seindah salah satu dari bunga itu. 30 Jadi jika demikian Allah mendandani rumput di ladang, yang hari ini ada dan besok dibuang ke dalam api, tidakkah Ia akan terlebih lagi mendandani kamu, hai orang yang kurang percaya? 31 Sebab itu janganlah kamu kuatir dan berkata: Apakah yang akan kami makan? Apakah yang akan kami minum? Apakah yang akan kami pakai? 32 Semua itu dicari bangsa-bangsa yang tidak mengenal Allah. Akan tetapi Bapamu yang di sorga tahu, bahwa kamu memerlukan semuanya itu. 33 Tetapi carilah dahulu Kerajaan Allah dan kebenarannya, maka semuanya itu akan ditambahkan kepadamu. 34 Sebab itu janganlah kamu kuatir akan hari besok, karena hari besok mempunyai kesusahannya sendiri. Kesusahan sehari cukuplah untuk sehari." (KJV)

 

Bunga bakung di ladang yang disebutkan oleh Mesias adalah lebih besar dari Salomo dan itulah konteks Kidung Agung. Mawar Saron di sini, iaitu Jemaat, adalah lebih besar dari Salomo dan sistem Judaik. Mesias menyentuh tentang ini dalam Matius 6:28-34 bilamana dia meninggikan Mawar Saron dari Kidung Agung mengatasi rumah Salomo.

 

Simbolismenya ada di situ, tetapi ia adalah contoh luaran bagi masa realitinya. Pakaian ini sememangnya adalah pakaian perkahwinan umat pilihan dalam jamuan perkahwinan Anak Domba. Rujukan kepada bunga bakung di antara duri-duri merupakan rujukan kepada umat pilihan di antara puteri-puteri Yerusalem. Soncino mencatatkan:

Mengambil kesempatan dari kerendahan hatinya, kekasihnya memberinya pujian yang lembut: ‘Memangpun kamu hanyalah bunga bakung, tetapi bunga bakung yang dikelilingi oleh duri-duri (iaitu kaum perempuan Yerusalem); Berjaga-jagalah dengan mereka kalau-kalau mereka menusuk kamu (iaitu kalau-kalau mereka menggoda kamu kepada kasih Salomo) (Malbim).

 

Dalam kata lain, kalau-kalau mereka membawa kamu kembali ke dalam Judaisme fizikal. Semua ini merupakan komen-komen seorang rabbi, bukan tulisan Kristian. Dan bukan hanya seorang rabbi Yahudi, tetapi semua komentator Perjanjian Lama yang hebat-hebat. Kamu harus bertanya bagaimana mereka dapat menulis begini dan tidak mengerti? Bagaimanakah mereka tidak insaf sedangkan dari mulut mereka sendiri mereka yakin?

 

Mungkin dapat diingati bahawa kasih Salomo kemudiannya menjadi keberhalaan. Salomo jatuh dari keagungannya dan menjadi seorang penyembah berhala. Itu juga adalah fungsi jemaat di hari terakhir. Puteri-puteri Yerusalem sendiri dibinasakan kerana mereka tidak mendengar amaran Mesias yang terkandung dalam Tanda Yunus (lihat karya Tanda Yunus dan Sejarah Pembangunan Semula Bait Suci (No.13)).

 

Soncino menuliskan 2:3 sebagai:

Seperti pohon apel di antara pohon-pohon di hutan, demikianlah kekasihku di antara teruna-teruna. Di bawah naungannya aku ingin duduk, buahnya manis bagi langit-langitku.

 

Kekasih ini adalah Mesias di antara anak-anak Tuhan. Alkitab cukup jelas bahawa Mesias bukan satu-satunya anak Tuhan. Dari Ayub 1:6 dan 2:1, dan Kejadian 6:4, kamu akan temui banyak anak-anak Tuhan disifatkan. Juga dalam Ulangan 32, Mesias (Yehovah) diberikan Israel dan bangsa-bangsa telah dibagikan menurut bilangan anak-anak Tuhan. Mesias seorang adalah hasil sulung umat pilihan. Rujukan tersebut adalah kepada kasih pertama, yang harus tidak dibangunkan, mungkin, sehinggalah waktu yang betul. Mereka berkata ‘jangan bangkitkan cinta’. Itulah sebabnya kenapa mereka dibicarakan dalam perumpamaan-perumpamaan kalau-kalau mereka insaf sebelum mereka dipanggil dan dipimpin untuk bertaubat sedangkan mereka tidak dapat mengekalkannya. Itulah sebabnya kenapa kita yang diberikan pengertian itu, tetapi Yehuda tidak dibenarkan memahaminya selama dua ribu tahun, kerana belum lagi tiba waktu untuk mereka dipanggil. Dalam kata lain, panggilan umat pilihan dari antara puteri-puteri Yerusalem harus sesuai dengan pemilihan waktu dan urutan rencana Tuhan.

 

Perempuan Sulem ini, menurut Malbim, dalam ayat 7 merayu agar penggoda-penggodanya berhenti dari mencuba untuk menukar kasih sayangnya terhadap seorang yang lain, sesudah dia mengakui kesetiaannya kepada kekasihnya. Desakan demi kijang-kijang di padang adalah simbol-simbol keanggunan dan kecantikan yang lazim di Lebanon (Lubnan) Selatan (Daath Mikra).

 

Komen-komen tentang jangan membangkitkan cinta juga dipercayai adalah satu amaran terhadap membangkitkan cinta yang palsu. Malbim berpendapat komen ini adalah sejenis pengulangan yang menandakan penutupan sesuatu bahagian (lihat 3:5; 8:5).

 

Cinta sejati, tegurnya kepada golongan perempuan istana, tidak perlu dibangkitkan dari luar. Ia harus sama bebas dan tidak terikat seperti kijang dan rusa betina (Daath Mikra).

 

Maka bahagian pertama ini didedikasikan kepada cinta pertama yang dimiliki perempuan Sulem ini terhadap kekasihnya. Ini semestinya dibayangi dalam sentimen-sentimen yang diucapkan kepada Jemaat Efesus dalam Wahyu 2:4. Kasih pertama ini telah ditinggalkan olehnya dan Mesias menasihatinya untuk memulihkan kasih mula-mulanya.

 

Bahagian ini berakhir pada ayat 7. Ayat 8-14 memulakan satu bahagian baru yang berakhir pada hujung bab ini. Bahagian ini berkaitan dengan Jemaat Efesus dan pembangkitan kasih untuk memulihkan kasih pertamamu. Jangan mulakan hingga kamu bersedia dan jika kamu kehilangan kasih pertamamu, maka kamu harus membangkitkannya semula. Kamu harus meneruskan dalam keadaan hubungan berterusan dengan Mesias. Itulah maksud penting nyanyian (kidung) pertama dari lima Kidung Agung.

 

Bab 2:8-14

Soncino menghasilkan komentar berikut tentang bahagian seterusnya. Pembahagian ini menjadi nyata di mana kita telah menyaksikan penyingkiran perempuan Sulem ini dari kedudukan mula-mulanya yang berpusat dalam sekitarannya sendiri dan pekerjaannya dipindah secara paksa, oleh saudara-saudara lelakinya sendiri. Jadi Jemaat dalam fasa pertama berada di Yerusalem dan ia dikelilingi oleh puteri-puteri Yerusalem dan Yerusalem cuba untuk menghapuskan Jemaat. Disebabkan orang Yahudi, Jemaat terpaksa dipindahkan. Mereka melarikan diri ke Pella untuk waktu pembinasaan Bait dan mereka kemudiannya mendirikan era Efesus yang sebenarnya, melalui para rasul, dan berpusat pada Efesus.

 

Adegan pertama tamat dengan kegagalan raja dan wanita-wanita istananya untuk meyakinkan gadis petani ini untuk tidak setia kepada kekasihnya. Bahagian ini menumpu kepada kisah bagaimana, satu pagi musim bunga, gembalanya datang dan menjemputnya untuk bersamanya di padang. Untuk menghalang pertemuan ini, saudara-saudara lelaki gadis ini telah memindahkan tempat kerjanya ke kebun anggur dari mana dia telah dibawa secara paksa ke istana raja. Dia mendapat penghiburan dalam kepastian bahawa kekasihnya akan mencarinya. Kedatangannya dijejaki sehingga dia sampai ke dinding bangunan di mana gadis ini dikurung. Mengintai melalui jendela loteng, dia tidak melihat gadis ini dan meminta untuk mendengar suaranya. Sebagai jawapan si gadis memberitahunya bahawa dia telah menyuruh wanita-wanita istana yang menjaganya untuk pergi memburu rubah-rubah yang merosakkan kebun-kebun anggur (Malbim).

 

Saudara-saudara lelaki ini nampaknya mewakili bangsa yang tidak bersimpati terhadap si kekasih. Ini hanya mungkin adalah Yehuda. Jemaat kemudiannya dianiaya di bawah keadaan-keadaan yang kita perhatikan dalam teks itu. Ini berpadanan dengan apa yang kita fahami tentang era Smirna. Wanita-wanita istana memburu rubah-rubah yang merosakkan kebun-kebun anggur. Helahnya adalah untuk memburu gembala-gembala palsu. Rubah-rubah ini juga ditemui dalam cerita Simson di mana terdapat 300 yang diikat berpasangan. Simbol-simbol ini dijelaskan dalam karya Simson dan Para Hakim (No. 73). Kamu juga melihat apa yang terjadi dalam karya Bala Tentera Gideon dan Zaman Akhir (No. 22).

 

Kidung Agung 2:8-14 Dengarlah! Kekasihku! Lihatlah, ia datang, melompat-lompat di atas gunung-gunung, meloncat-loncat di atas bukit-bukit. 9 Kekasihku serupa kijang, atau anak rusa. Lihatlah, ia berdiri di balik dinding kita, sambil menengok-nengok melalui tingkap-tingkap dan melihat dari kisi-kisi. 10 Kekasihku mulai berbicara kepadaku: "Bangunlah manisku, jelitaku, marilah! 11 Karena lihatlah, musim dingin telah lewat, hujan telah berhenti dan sudah lalu. 12 Di ladang telah nampak bunga-bunga, tibalah musim memangkas; bunyi tekukur terdengar di tanah kita. 13 Pohon ara mulai berbuah, dan bunga pohon anggur semerbak baunya. Bangunlah, manisku, jelitaku, marilah! 14 Merpatiku di celah-celah batu, di persembunyian lereng-lereng gunung, perlihatkanlah wajahmu, perdengarkanlah suaramu! Sebab merdu suaramu dan elok wajahmu!"

 

Ayat ini menggunakan perkataan kol (suara) dalam ertikata dengar (hark) (rujuk Kejadian 4:10; Yesaya 43:3). Ertikata mendengar dipakaikan kepada makna dengar ini, dan bermaksud mendengar suara si gembala. Umat pilihan mendengar suara gembala (Yohanes 10:25-30).

 

Yohanes 10:25-30  Yesus menjawab mereka: "Aku telah mengatakannya kepada kamu, tetapi kamu tidak percaya; pekerjaan-pekerjaan yang Kulakukan dalam nama Bapa-Ku, itulah yang memberikan kesaksian tentang Aku, 26 tetapi kamu tidak percaya, karena kamu tidak termasuk domba-domba-Ku. 27 Domba-domba-Ku mendengarkan suara-Ku dan Aku mengenal mereka dan mereka mengikut Aku, 28 dan Aku memberikan hidup yang kekal kepada mereka dan mereka pasti tidak akan binasa sampai selama-lamanya dan seorangpun tidak akan merebut mereka dari tangan-Ku. 29 Bapa-Ku, yang memberikan mereka kepada-Ku, lebih besar dari pada siapapun, dan seorangpun tidak dapat merebut mereka dari tangan Bapa. 30 Aku dan Bapa adalah satu." (RSV)

 

Itu adalah teks yang amat kuat dan ia adalah hal yang mengekalkan Jemaat terus bebas dan bersih dari keberhalaan dan doktrin-doktrin palsu. Kerana apabila kamu mendengar doktrin-doktrin palsu kamu tahu bahawa itu bukanlah suara tuan kita atau gembala, dan kamu dipisahkan begitu saja dari guru-guru palsu ini. Soncino menyatakan tentang teks tersebut:

 

Penulisnya menggambarkan bagaimana perempuan Sulem ini mendengar langkah kaki kekasihnya walaupun dia masih jauh lagi. Bagaimanapun dia tahu bahawa dia sedang datang. Dia melompat-lompat di atas gunung-gunung, dari gunung ke gunung, dan kemudian, di atas bukit-bukit di bawah. Dia melepasi bukit-bukit dengan kelajuan kijang yang pantas (Malbim). [Gadis ini mesti bermaksud gembalanya kerana bahasanya tidak dipakai untuk seorang raja] (Soncino).

 

Bahasa di sini tidak layak bagi seorang raja. Mereka bercakap tentang Mesias-imam, kerana apabila Kristus datang pertama kalinya dia datang sebagai Mesias-imam Harun dan Mesias-raja Israel. Itulah sebabnya kenapa sesetengah muridnya tidak dapat bertahan. Itulah sebabnya kenapa Yudas tersandung dan ramai orang tersandung apabila dia tidak mengambil kedudukan raja pemerintah. Bahasa ini sesuai bagi seorang gembala. Dia adalah seorang gembala domba sehingga akhir era Jemaat-jemaat. Di akhirnya, dia datang sekali lagi sebagai sebagai Mesias-raja yang berkuasa dan mulia. Simbolisme yang sama itu dicerminkan dalam Hari Pendamaian, bilamana Mesias-raja berpakaian lenan, membuat pendamaian dan kemudian berlakunya pemisahan kambing-kambing itu dan kemudian dia dipakaikan semula dengan pakaian Mesias-raja. Jadi dua imam terlibat. Imam besar memakai dua jenis pakaian pada Hari Pendamaian, satu sebagai Mesias-imam dan satu lagi sebagai Mesias-raja sebagai imam besar – imam besar yang memerintah dan imam besar yang mendamaikan. Terdapat dua jenis pakaian. Satu adalah lenan putih yang bersih tanpa sebarang pakaian raja dan satu lagi adalah pakaian raja sempurna bagi imam besar yang memerintah. Itu adalah divisi kejadian atau kedatangan pertama dan kedua Kristus. Bahasa yang digunakan adalah bagi gembala untuk waktu selanjutnya.

 

Teks ini juga merujuk kepada Mazmur 114:4-6.

 

Mazmur 114:4-6 Gunung-gunung melompat-lompat seperti domba jantan, dan bukit-bukit seperti anak domba. 5 Ada apa, hai laut, sehingga engkau melarikan diri, hai sungai Yordan, sehingga engkau berbalik ke hulu, 6 hai gunung-gunung, sehingga kamu melompat-lompat seperti domba jantan, hai bukit-bukit, sehingga kamu seperti anak domba? (RSV)

 

Ini adalah berkenaan Mesias dan kedatangan Mesias. Bukit-bukit betul-betul bergoncang pada kedatangan Mesias. Jadi si kekasih yang melompat-lompat melepasi bukit-bukit adalah satu-satunya gembala sebenar – Mesias.

 

Pembalikannya digunakan dalam teks ini. Mesias membuatkan bukit-bukit melompat-lompat.

 

Mazmur 29:6  Ia membuat gunung Libanon melompat-lompat seperti anak lembu, dan gunung Siryon seperti anak banteng. (RSV)

 

Maka kita berdepan dengan tempoh waktu sehingga kedatangannya ketika dia masih lagi jauh. Dia belum lagi kembali sebagai Mesias raja. Dia datang mula-mula sebagai Mesias imam atau Mesias Harun dan menjadi Imam Besar dari mazhab Melkisedek (Mazmur 110:4).

 

Pada zaman Kristus, Skrol-skrol Laut Mati (DSS) sudah cukup jelas. Seluruh Yehuda menjangkakan Mesias dari dua kedatangan. Mereka menjangkakan seorang Mesias Harun dan seorang Mesias Israel. Peraturan Damascus (Damascus Rule) VII dari DSS dan fragmen yang tidak diterbitkan dari gua empat cukup jelas bahawa Mesias Harun dan Mesias Israel adalah Mesias yang sama. Jadi kita ada Mesias dari dua kedatangan. Orang Yahudi mengerti hal itu pada zaman Kristus. Orang Farisi masih tetap membunuh Kristus walaupun mereka tahu bahawa harus ada satu Mesias dengan dua kedatangan. Ada antara mereka yang tahu bahawa mereka harus membunuhnya demi untuk menggenapi nubuatan.

 

9 Kekasihku serupa kijang, atau anak rusa. Lihatlah, ia berdiri di balik dinding kita, sambil menengok-nengok melalui tingkap-tingkap dan melihat dari kisi-kisi.

 

Soncino mencatatkan tentang teks ini:

 

Dia sudah begitu hampir hinggakan dia ‘berdiri di balik dinding kita.’ Sekarang dia lebih dekat lagi, kerana dia ‘mengintai dari kisi-kisi.’ Dia sebenarnya menolak kepalanya melalui kisi-kisi. Perkataan ‘metsits’ bererti ‘berkembang,’ dan menandakan sesuatu yang menonjol (Malbim). Mungkin juga perkataan untuk mengintai bererti ‘berkilau’ dan mungkin mencadangkan bahawa dia memikirkan penyelamatnya sudah begitu dekat hingga dia dapat melihat sinaran ghairah dalam matanya (lihat Rashi, Mazmur 132:18). (Soncino).

 

Si kekasih meletakkan kepalanya, sebagai kepala umat pilihan, supaya ia menonjol melalui halangan-halangan sistem duniawi. Dia berkilau sebagai calon Bintang Fajar yang baru.

 

10 Kekasihku mulai berbicara kepadaku: "Bangunlah manisku, jelitaku, marilah!

 

Ayat ini difahami bahawa kekasihnya meninggikan suaranya dan memanggilnya untuk menyertainya (Malbim, Metsudath David).

 

11 Karena lihatlah, musim dingin telah lewat, hujan telah berhenti dan sudah lalu.

 

Perkataan sethav hanya muncul di sini – satu-satunya tempat dalam Alkitab ia digunakan. Perkataan sethav digunakan untuk menterjemahkan musim dingin tetapi itu bukan ertinya. Berdasarkan Kejadian 8:22 Targum ia seerti dengan choref yang bermakna musim dingin. Menurut ramai komentator ini adalah separuh kedua Kislev, Tebeth, dan separuh pertama Shebat, yang biasanya berakhir dalam Februari. SHD 5638 menunjukkan perkataan ini berasal dari akar kata yang tidak digunakan yang bererti menyembunyikan dan dengan itu bererti musim bersembunyi maka ini seerti dengan musim dingin. Ini adalah penyembunyian yang menyertai penganiayaan era Smirna sewaktu penganiayaan yang disebutkan pada Wahyu 2:10.

 

Wahyu 2:9-10  Aku tahu kesusahanmu dan kemiskinanmu--namun engkau kaya--dan fitnah mereka, yang menyebut dirinya orang Yahudi, tetapi yang sebenarnya tidak demikian: sebaliknya mereka adalah jemaah Iblis. 10 Jangan takut terhadap apa yang harus engkau derita! Sesungguhnya Iblis akan melemparkan beberapa orang dari antaramu ke dalam penjara supaya kamu dicobai dan kamu akan beroleh kesusahan selama sepuluh hari. Hendaklah engkau setia sampai mati, dan Aku akan mengaruniakan kepadamu mahkota kehidupan. (RSV)

 

Orang-orang ini dianiaya sepuluh hari, tetapi tidak di sebelah barat. Mereka dianiaya sepuluh hari di sebelah timur. Penganiayaan Diocletian berlangsung sepuluh tahun di Jemaat-jemaat timur tetapi hanya tiga tahun lamanya di Jemaat-jemaat barat. Itulah sebabnya terdapat sedikit kekeliruan tentang bagaimana nubuatan ini tidak digenapi kerana ramai orang yang melihat pada penganiayaan di Eropah barat dan mengatakan ia hanya tiga tahun, tetapi ianya sepuluh tahun di timur. Bilamana Jemaat berpengkalan di Smirna mereka telah lebih dianiayai dan mereka menerima pukulan terberat dari penganiayaan itu. Penganiayaan dalam Empayar tidaklah begitu lama atau dahsyat, malah Gibbons mengatakan dalam sepanjang zaman Empayar Rom hanya lima belas ratus orang saja yang dibunuh. Kebanyakan mereka telah dibunuh kerana menyerang majistret (hakim). Mereka menyerang para hakim agar mereka dihukum bunuh dan dengan itu berada dalam kebangkitan pertama. Itu bukan caranya untuk memasuki kebangkitan pertama! Bukan Empayar Rom yang menganiaya Jemaat dengan banyak, ianya sepuluh tahun di bawah Diocletian.

 

Penganiayaan Jemaat terjadi di bawah waris Empayar Rom, iaitu Empayar Rom Kudus. Mereka telah membunuh beratus ribu orang. Sebenarnya jemaat Kristian aliran umum yang telah menganiaya Jemaat Tuhan sejati.

 

Penganiayaan di bawah Diocletian di timur berlangsung selama sepuluh tahun, sementara di barat ia hanya selama tiga tahun. Penganiayaan ini tidak terhenti dengan Empayar tetapi terjadi bertahun-tahun lamanya di bawah penggantinya, Empayar Rom Kudus.

 

12 Di ladang telah nampak bunga-bunga, tibalah musim memangkas (musim bernyanyi); bunyi tekukur terdengar di tanah kita.

 

Ayat ini telah disalahfaham. Bunga-bunga yang kenampakan dianggap sebagai bunga-bunga musim bunga di Palestin (Akedath Yitzchak). Bagaimanapun musim bernyanyi dituliskan dalam LXX dan juga oleh Rashbam sebagai musim memangkas anggur; rujuk Imamat 25:3. Ini adalah wakttu untuk memangkas anggur. Pada waktu itu kita akan memasuki kesukaran dan pemangkasan anggur dan pembuangan kelemahan dalam Jemaat. Ini ditandakan oleh sidang-sidang Nicea, Constantinople, dan Chalcedon. Anggur-anggur dipangkas.

 

Orang lain terus menganggap zamir adalah nama burung yang berpindah tempat yang menyanyikan lagu pada kepulangannya ke musim bunga (Daath Mikra). Midrash merujuk ayat ini kepada Musa dan Harun (bunga-bunga) yang kedatangan mereka kepada Firaun telah menyebabkan Israel menyanyikan Az Yashir [Keluaran 15] di Laut Teberau sesudah musim dingin penindasan di Mesir (Soncino).

 

Bunyi tekukur bukanlah bunga yang bernyanyi tetapi burung pertukaran musim (rujuk Yeremia 8:7). Bunyinya mengumumkan kedatangan musim bunga (Malbim).

 

Pemangkasan pohon anggur adalah pengertian tentang penganiayaan dan pencobaan umat pilihan. Analogi kepada Musa dan Haruun dan kepada Israel di Mesir dan di Laut Teberau betul-betul adalah analogi Jemaat dalam padang gurun selama empat puluh Yobel mengikut dasar setahun untuk satu Yobel. Israel berada empat puluh tahun dalam padang gurun dan Jemaat berada empat puluh Yobel dalam padang gurun. Israel telah dihakimi empat puluh tahun selepas misi tiga tahun Mesias. Bangsa-bangsa bukan Yahudi diberikan empat puluh Yobel dan kemudian sistem-sistem dunia akan dirobohkan.

 

13 Pohon ara mulai berbuah, dan bunga pohon anggur semerbak baunya. Bangunlah, manisku, jelitaku, marilah!

 

Pohon ara mulai berbuah mempunyai ertikata literal kata kerja memaniskan dengan rempah-rempah yang juga digunakan untuk perbuatan merempah-rempahi (mengawet) dengan rempah-rempah (Soncino).

 

Ini juga mungkin merujuk kepada serbuk sari (debunga), yang menyerupai rempah-rempah yang ditabur atas orang mati dalam proses merempah-rempahi (Ibn Ezra).

 

Maka erti ini mempunyai kaitan dengan rempah-rempah penderitaan. Simbolisme ini digunakan bagi Mesias pada dan sebelum penguburannya. Mur juga adalah asas bagi nama Mordekhai, yang juga mempunyai simbolisme Mesianik dalam kisah Ester (lihat karya Komentar Tentang Ester (No. 63)). Teks berhubungan buah ara muda (buah ara hijau) adalah penting.

 

buah ara muda. [paggeha dalam bahasa Ibrani; buah ara masak dipanggil te’enim, dan buah yang masak awal adalah bikkurah. Buah ara menjadi masak pada berbagai waktu, biasanya dari Ogos dan seterusnya. Ada buah yang tetap tidak masak di atas pohon sehingga Musim Bunga berikutnya. Buah-buah ara muda gelap sedikit warnanya, dan kata kerja chanat yang berkaitan dengan gandum merah coklat (chittah), mencadangkan terjemahan, ‘Pohon ara menjadikan buah ara musim dinginnya berwarna merah masak’.] (Soncino).

 

Maka maknanya adalah bahawa mereka yang masak di bawah musim bersembunyi adalah merah masak atau disamakan juga dengan tuaian gandum iaitu tuaian bagi umat pilihan. Bunga pohon anggur semerbak baunya juga adalah signifikan.

 

bunga pohon anggur semerbak baunya. Dikenali kerana bau wanginya. Semadar, satu perkataan yang tidak diketahui asalnya dan hanya muncul di sini, diterjemahkan oleh para Rabbi sebagai ‘anggur lembut apabila ia mula-mula muncul.’ Beberapa minggu kemudian anggur ini menjadi boserim, dan apabila masak sepenuhnya ia dipanggil anabim. ‘Apabila bunganya jatuh dan anggur sudah kelihatan, itulah peringkat semadar’ (Rashi).

 

Dengan itu kita berdepan dengan peringkat hasil sulung anggur. Ini adalah peringkat awal panggilan umat pilihan.

 

14 Merpatiku di celah-celah batu, di persembunyian lereng-lereng gunung, perlihatkanlah wajahmu, perdengarkanlah suaramu! Sebab merdu suaramu dan elok wajahmu!" (RSV)

 

Kimchi menuliskan teks ini di atas batu-batu. Merpati di celah-celah batu mewakili merpati yang terus kekal dalam tempat sarangnya apabila bersembunyi. Kekasih gembala, kerana tidak sabar dengan kelambatannya untuk menyertainya, memintanya meninggalkan tempat persembunyiannya (Malbim).

 

Jemaat telah bersembunyi selama penganiayaan itu dan tidak dapat menyempurnakan tugasnya. Gembala memanggilnya bertindak.

 

Kidung Agung 2:15-17 Tangkaplah bagi kami rubah-rubah itu, rubah-rubah yang kecil, yang merusak kebun-kebun anggur, kebun-kebun anggur kami yang sedang berbunga! 16 Kekasihku kepunyaanku, dan aku kepunyaan dia yang menggembalakan domba di tengah-tengah bunga bakung. 17 Sebelum angin senja berembus dan bayang-bayang menghilang, kembalilah, kekasihku, berlakulah seperti kijang, atau seperti anak rusa di atas gunung-gunung tanaman rempah-rempah! (RSV)

 

Teks ini adalah ambilkan bagi kami rubah-rubah itu atau tangkaplah bagi kami rubah-rubah itu.

 

Dengan ini dia menjelaskan kepada kekasihnya bagaimana dia membebaskan dirinya dari puteri-puteri Yerusalem, yang memerhatinya dengan ketat. Dia mendesak mereka untuk memburu rubah-rubah yang merosakkan kebun-kebun anggur, ‘kerana kebun-kebun anggur itu sedang berbunga’ (Malbim).

 

Puteri-puteri Yerusalem menghalang segala tindakan Jemaat. Tindakan-tindakan Yehuda, walaupun ia keras hati dan dengan itu ditolak keinsafannya, mampu menahan kesan-kesan serangan ke atas iman yang dibuat oleh unsur-unsur Gnostik dan dengan itu mengekalkan keutuhan pemahaman fizikal Kitab Suci sedia untuk Pemulihan. Dengan cara ini juga Jemaat dapat membebaskan dirinya dari puteri-puteri Yerusalem. Tetapi rubah-rubah kecil yang merosakkan kebun anggur itu akhirnya tiba dalam sidang-sidang Nicea, Constantinople dan Chalcedon. Rubah-rubah ini, imam-imam dan nabi-nabi palsu telah merosakkan iman itu dan telah mencipta apa yang kini dikenali dipanggil sebagai jemaat Kristian aliran umum dan orang-orang itu tidak memasuki kebangkitan pertama. Mereka telah merosakkan kebun-kebun anggur Tuhan.

 

Soncino memberi komen tentang apa yang dinyatakan istilah rubah-rubah kecil.

 

rubah-rubah kecil. Mungkin dia merujuk kepada bahayanya di istana. Membandingkan dirinya dengan kebun anggur, dia memanggilnya untuk menyelamatkannya dari rubah-rubah itu yang ingin memusnahkan kegembiraan sejatinya. Ini mungkin satu rujukan kepada kisah Simson, yang melepaskan rubah-rubah di kebun-kebun anggur untuk membalas dendam terhadap mereka yang telah merosakkan perkahwinannya (Malbim).

 

Jika kamu melihat semula ke waktu kami berbincang tentang Simson dan Para Hakim, seluruh struktur ini adalah tentang operasi Kristus dalam Roh Kudus dengan Simson untuk mengukuhkan nubuatan-nubuatan ke masa depan mengenai penundukan bangsa-bangsa lain. Tiga ratus rubah ini telah dilepaskan secara berpasangan, ke dalam negeri-negeri bangsa lain, oleh Yesus Kristus. Semuanya adalah tiga ratus pelita di bawah gantang yang dipecahkan pada waktu yang sama supaya injil Kerajaan Tuhan dibawakan kepada bangsa bukan Yahudi dan semua bangsa diberikan pengertian tersebut.

 

Simson menggunakan 300 rubah itu untuk menyalakan ladang-ladang orang Filistin (lihat karya Simson dan Para Hakim (No. 73)). Cerita ini adalah gambaran fizikal bagi campur tangan rohani Mesias secara rohani. Ia merujuk kepada pembangunan Roh Kudus dalam individu sebagaimana ia terjadi dengan Simson. Mesias sebagai Malaikat Yahovah (Jehovah) menggunakan Simson untuk bertindak terhadap sistem bangsa asing itu. Rubah-rubah itu juga mempunyai aplikasinya kepada kisah Gideon (lihat karya Bala Tentera Gideon dan Zaman Akhir (No. 22)). Rubah-rubah yang merosakkan kebun-kebun anggur itu adalah gembala-gembala yang harus disingkirkan dari kawanan gembala itu. Petikan-petikan dalam Yehezkiel 34, Maleakhi dan yang lain-lain menunjukkan bahawa ini adalah kuasa guru-guru rabbinikal. Struktur ini harus disingkirkan dari pengaruhnya pada umat pilihan. Istilah sedang berbunga bererti bahawa ia mudah dirosakkan (Metsudath David). Jadi perlindungan itu harus diperluaskan untuk memastikan umat pilihan tidak binasa sebelum mereka dapat berkembang.

 

Komen kekasihku kepunyaanku dalam ayat 16 dianggap bermakna bahawa perempuan ini berpaling kepada wanita-wanita itu (puteri-puteri Yerusalem) dan

 

Membuat pengakuan penuh ghairah seolah-olah ingin menyatakan, ‘ Saudara-saudara lelakiku berjaya memisahkan kami, namun kami bersatu selamanya dalam kasih kami.’ (Metsudath David).

 

Jadi orang Yahudi telah memisahkan kita dari Mesias dan meletakkan kita dalam padang gurun tetapi kita masih lagi disatukan dengan Mesias sebagai Jemaat.

 

Memangpun saudara-saudara lelaki Yehuda telah berjaya memisahkan Mesias dari Jemaat tetapi mereka bersatu dalam kasih untuk selamanya dan akan disatukan pada jamuan perkahwinan. Yehuda akhirnya akan insaf dan mengambil tempatnya apabila ia menyedari signifikans penuh Kitab Mesianik kepada apa ia dulunya buta. Kekerasan hati telah menimpa Yehuda tetapi kekerasan itu akan dibawa pergi. Dalam zaman akhir Yehuda akan ditaubatkan dan Yehuda akan dipulihkan dahulu.

 

Istilah dalam ayat 17 sebelum hari (angin senja) berembus secara literal adalah sebelum hari ditiup’ iaitu angin senja naik. Metsudath David menjelaskan, ‘sehingga matahari ditiup pergi’ dari bumi (Soncino). Para rabbi menganggapnya sebagai bagian akhir hari. Bagaimanapun, ertinya mungkin juga adalah hari bermula seperti yang disebutkan oleh Petrus dalam 2 Petrus 1:19.

 

2Petrus 1:19  Dengan demikian kami makin diteguhkan oleh firman yang telah disampaikan oleh para nabi. Alangkah baiknya kalau kamu memperhatikannya sama seperti memperhatikan pelita yang bercahaya di tempat yang gelap sampai fajar menyingsing dan bintang timur terbit bersinar di dalam hatimu. (RSV)

 

Mesias adalah Bintang Timur yang baru. Rujukan kepada bayang-bayang yang menghilang mungkin juga merujuk kepada terang yang menghilangkan segala kegelapan dan semua bayang-bayang. Ertinya dianggap berlanjutan hingga waktu matahari terbenam sebagai waktu apabila bayang-bayang menghilang. Perpisahan itu hanyalah sehingga waktu matahari terbenam bilamana dia menjangka kedatangannya (Metsudath David). Jadi para rabbi memang mengerti bahawa proses itu adalah umpama perpisahan yang membawakan pendamaian pada akhirnya. Ini adalah pendamaian Kristus dan Jemaat pada jamuan perkahwinan.

 

Istilah di atas gunung-gunung tanaman rempah-rempah merupakan tafsiran Soncino.

 

Terjemahan ini mengikuti Gratz.

 

Perkataan terakhir bather bererti ‘divisi, perpisahan,’ dan mungkin merujuk kepada gunung-gunung perantaraan yang perlu dilintasi gembala itu untuk sampai kepada perempuan ini. Perkataan ‘divisi’ ini sesuai digunakan untuk

 

Gunung-gunung divisi atau perpisahan ada disebutkan dalam pelbagai teks yang menggambarkan Mesias kembali kepada Jemaat dan kepada Israel. Gunung-gunung pada akhirnya merupakan tempat perlindungan mereka yang terselamat dari kemurkaan Tuhan. Divisi juga jelas dalam Jemaat melalui kesilapan. Tongkat perpaduan yang patah adalah perpecahan yang mengakibatkan perpisahan Israel dan Yehuda.

 

Setiap teks dalam Kidung Agung mempunyai makna atau pengertian utama untuk penubuhan Jemaat dan hubungannya kepada Yehuda. Itu juga mempunyai makna yang berkaitan dengan pertaubatan Yehuda. Sebaik saja Yehuda memahami dan mampu mengetahui semua ini mengikut konteks, Yehuda boleh ditaubatkan. Ini tidak akan dilakukan dengan dongeng dan tidak akan terhasil dari teologi bermasalah. Kita mesti tahu apa yang kita katakan dan kita harus mampu memahami setiap teks ini dalam Perjanjian Lama dan menjelaskannya agar orang Yahudi boleh mengerti melalui Roh Kudus apa yang dilakukan Kristus dan Jemaat selama dua ribu tahun. Sebaik saja kita dapat berbuat begitu kita akan menuntun Yehuda kembali.

 

Bab 3

Kidung Agung 3:1-3 Di atas ranjangku pada malam hari kucari jantung hatiku. Kucari, tetapi tak kutemui dia.

 

Soncino membuat catatan tentang teks itu:

 

Beberapa hari kemudian, gadis ini, yang dikurung dalam bilik Salomo, mengingati kekasihnya dan kasihnya sewaktu di atas ranjangnya pada waktu malam. Dia bangun dari ranjangnya dan keluar untuk mencarinya di kota. Dia tidak menemuinya sehinggalah dia meninggalkan kota dan keluar ke padang gurun. Dia bersama kekasihnya sehingga dia dikejar oleh puteri-puteri Yerusalem. Bagaimanapun dia terus bersamanya dan kekasihnya berbicara kepadanya dengan penuh kasih sayang. Peristiwa ini mengisahkan bagaimana dia meninggalkan ranjang Salomo, dan bagaimana puteri-puteri Yerusalem tidak memisahkan mereka kemudiannya. Ini berterusan hingga ayat 2 (Malbim).

 

Kucari. Diulangi untuk memberi erti bahawa dia mencari kekasihnya berulang kali (Malbim).

 

Umat pilihan di kalangan Israel terus-menerus dipanggil dan berlawan dengan unsur-unsur pembangkang Judaisme. Ini hanya akan terhenti pada pertaubatan Yehuda secara keseluruhan. Ini akan berlaku dalam zaman akhir disebabkan hubungan cinta tetap bangsa ini dengan Mesias meskipun ada tentangan rabbinikal terhadap penyusunan semula Mesias pada keimamatan dan umat pilihan.

 

Zakharia 9:9 menunjukkan bagaimana Mesias datang kepada puteri-puteri Yerusalem dan mereka tidak menyambutnya.

 

2 Aku hendak bangun dan berkeliling di kota; di jalan-jalan dan di lapangan-lapangan kucari dia, jantung hatiku. Kucari, tetapi tak kutemui dia.

 

Mesias tidak ditemui di dalam struktur Yerusalem dan Bait ataupun di dalam sistem rabbinikal kemudian. Penyatuan ini hanya dapat berlaku di padang gurun.

 

3 Aku ditemui peronda-peronda kota. "Apakah kamu melihat jantung hatiku?" (RSV)

 

Peronda-peronda kota adalah peronda-peronda Yehezkiel serta ahli-ahli taurat dan algojo-algojo Yehezkiel 8:1 hingga 9:11.

 

Teks ini kemudiannya meneruskan dengan penemuan kekasih itu. Pihak wibawa rabbinikal berpendapat peronda-peronda itu tidak menjawabnya (Metsudath David).

 

Kidung Agung 3:4-5  Baru saja aku meninggalkan mereka, kutemui jantung hatiku; kupegang dan tak kulepaskan dia, sampai kubawa dia ke rumah ibuku, ke kamar orang yang melahirkan aku. 5 Kusumpahi kamu, puteri-puteri Yerusalem, demi kijang-kijang atau demi rusa-rusa betina di padang: jangan kamu membangkitkan dan menggerakkan cinta sebelum diingininya! (KJV)

 

Susulan segera dari peronda-peronda kepada kekasih menunjukkan pertalian satu aspek kepada aspek yang satu lagi. Jika mereka menjawabnya, gadis ini lupa menyatakan jawapan itu. Terdapat kekasaran di dalam gaya di sini.

 

Pembawaan kekasihnya ke rumah ibunya adalah seumpama tempat kekal dan tidak meloncat-loncat di atas bukit-bukit yang memisahkan mereka (Malbim). Tempat kekal ini adalah rujukan kepada rumah Ibu, iaitu Yerusalem dan Sion sebagai ibu kota Israel dan pusat sistem Milenium.

 

Kamar yang melahirkan gadis ini adalah contoh parallelisme (kesejajaran) yang menyifatkan puisi Ibrani. Namun, kamar yang melahirkan Jemaat adalah Bait agar rumah ibu untuk bangsa adalah sama seperti kamar-kamar Jemaat. 

 

Malbim berpendapat teks dalam ayat 5 berhubungan dengan fakta bahawa puteri-puteri Yerusalem mengejar gadis ini, dan dia mendesak mereka supaya tidak menjauhkan kasih yang dimiliki kekasihnya untuk gadis ini (seperti di atas, ayat 2). Ini berkaitan dengan aspek-aspek pertaubatan. Desakannya adalah supaya pertaubatan puteri-puteri Yerusalem tidak berlaku sebelum mereka bersedia untuk dipanggil Tuhan. Dalam kata lain, sehingga Tuhan berkenan. Yehuda tidak akan dipanggil dan ditaubatkan sehingga zaman bangsa bukan Yahudi selesai. Tempoh ini berkekalan selama tujuh rangka masa dari waktu 605-525 BCE dan berakhir pada 1914-1994/95. Mereka tidak dapat memahami dan semuanya disampaikan kepada mereka dalam bentuk perumpamaan agar mereka tidak berbalik dan diselamatkan sebelum mereka bersedia untuk dihakimi.

 

Teks ini kemudiannya terus kepada fasa cerita seterusnya, yang berkaitan dengan kuasa Israel.

 

Kidung Agung 3:6-11 Apakah itu yang membubung dari padang gurun seperti gumpalan-gumpalan asap tersaput dengan harum mur dan kemenyan dan bau segala macam serbuk wangi dari pedagang?

 

Soncino membuat komen berkesan ini.

 

Apabila gadis ini kembali dari padang gurun, semua tertanya-tanya bagaimana dia melarikan diri dari kamar Salomo pada waktu malam. Bagaimana ini terjadi hinggakan pahlawan-pahlawan yang mengelilinginya tidak menahan gadis itu? Ini adalah pertanyaan, ‘Apakah itu yang membubung dari padang gurun dsb.? Lihat, itulah joli Salomo, dikelilingi oleh enam puluh pahlawan dsb.’ Jawapannya adalah, ‘Masing-masing dengan pedang pada pinggang kerana kedahsyatan malam.’ Kedahsyatan malam melanda mereka sehingga mereka tidak dapat mengeluarkan pedang mereka (Malbim).

 

Komen ini menunjukkan keadaan Yehuda dan pahlawan Israel pada waktu ini. Pertanyaan Yehuda di sini adalah ‘Bagaimanakah Jemaat terlepas dari kawasan Yehuda dan Yerusalem?’ Pada mulanya, Yehuda cuba menahan Jemaat dan membinasakannya. Pada hari-hari kemudian Yehuda akan menyedari hal ini dan bertaubat kerana kesedaran ini dan kerana kesukaran yang dihadapinya. Kita lihat hal ini berkembang dari waktu ini dalam sejarah.

 

7 Lihat, itulah joli Salomo, dikelilingi oleh enam puluh pahlawan dari antara pahlawan-pahlawan Israel. 8 Semua membawa pedang, terlatih dalam perang, masing-masing dengan pedang pada pinggang karena kedahsyatan malam. 9 Raja Salomo membuat bagi dirinya suatu tandu dari kayu Libanon. 10 Tiang-tiangnya dibuatnya dari perak, sandarannya dari emas, tempat duduknya berwarna ungu, bagian dalamnya dihiasi dengan kayu arang. Hai puteri-puteri Yerusalem, 11 puteri-puteri Sion, keluarlah dan tengoklah raja Salomo dengan mahkota yang dikenakan kepadanya oleh ibunya pada hari pernikahannya, pada hari kesukaan hatinya. (KJV)

 

Kedahsyatan malam adalah kerana kemusnahan yang mengelilingi bangsa itu. Pedang berada pada pinggang mereka seperti mana panah berada di tangan orang-orang yang membina tembok dinding Yerusalem di bawah Nehemia (Nehemia 4:10-20). Teks di sini juga mengatakan lihat, itulah joli Salomo. Istilahnya tidak berkata ia adalah Salomo tetapi joli milik Salomo. Joli ini adalah joli warisan Salomo. Justeru kita juga bercakap tentang keturunan Salomo sepanjang sejarah Jemaat. Kisahnya juga mungkin boleh diluaskan untuk meliputi kuasa dan hak Mesias yang bertindak terhadap bangsa Israel yang bersatu pada waktu kedatangannya. Bagaimanapun, urutan waktu menunjukkan kita berhadapan dengan Yehuda dalam urutan Jemaat. Urutan waktu di sini seharusnya berada di dalam zaman Pergamos yang menyusuli dari Smirna (Wahyu 2:9-17).

 

Wahyu 2:9-17  Aku tahu kesusahanmu dan kemiskinanmu--namun engkau kaya--dan fitnah mereka, yang menyebut dirinya orang Yahudi, tetapi yang sebenarnya tidak demikian: sebaliknya mereka adalah jemaah Iblis. 10 Jangan takut terhadap apa yang harus engkau derita! Sesungguhnya Iblis akan melemparkan beberapa orang dari antaramu ke dalam penjara supaya kamu dicobai dan kamu akan beroleh kesusahan selama sepuluh hari. Hendaklah engkau setia sampai mati, dan Aku akan mengaruniakan kepadamu mahkota kehidupan. 11 Siapa bertelinga, hendaklah ia mendengarkan apa yang dikatakan Roh kepada jemaat-jemaat: Barangsiapa menang, ia tidak akan menderita apa-apa oleh kematian yang kedua." 12 "Dan tuliskanlah kepada malaikat jemaat di Pergamus: Inilah firman Dia, yang memakai pedang yang tajam dan bermata dua: 13 Aku tahu di mana engkau diam, yaitu di sana, di tempat takhta Iblis; dan engkau berpegang kepada nama-Ku, dan engkau tidak menyangkal imanmu kepada-Ku, juga tidak pada zaman Antipas, saksi-Ku, yang setia kepada-Ku, yang dibunuh di hadapan kamu, di mana Iblis diam. 14 Tetapi Aku mempunyai beberapa keberatan terhadap engkau: di antaramu ada beberapa orang yang menganut ajaran Bileam, yang memberi nasihat kepada Balak untuk menyesatkan orang Israel, supaya mereka makan persembahan berhala dan berbuat zinah. 15 Demikian juga ada padamu orang-orang yang berpegang kepada ajaran pengikut Nikolaus. 16 Sebab itu bertobatlah! Jika tidak demikian, Aku akan segera datang kepadamu dan Aku akan memerangi mereka dengan pedang yang di mulut-Ku ini. 17 Siapa bertelinga, hendaklah ia mendengarkan apa yang dikatakan Roh kepada jemaat-jemaat: Barangsiapa menang, kepadanya akan Kuberikan dari manna yang tersembunyi; dan Aku akan mengaruniakan kepadanya batu putih, yang di atasnya tertulis nama baru, yang tidak diketahui oleh siapapun, selain oleh yang menerimanya." (KJV)

 

Penganiayaan zaman Smirna telah dicetuskan oleh pihak Rom namun ini telah dibantu oleh perpecahan dan permusuhan yang disebabkan oleh Yehuda. Sistem-sistem Trinitarian di barat menyaksikan reaksi terhadap kuasa mereka di timur. Yayasan sistem Katolik dari sokongan Theodosius sebagai maharaja pada tahun 381 CE menyaksikan Jemaat dianiaya. Kerajaan-kerajaan Yahudi di Arabia dan Afrika Utara menyaksikan Islam bangun sebagai reaksi kepada kedua-dua sistem itu berdasarkan beberapa, tetapi bukan semua, doktrin Kristian. Jemaat terpaksa bersekutu dengan Islam oleh kerana Kerajaan Rom di Constantinople. Kepimpinan Yahudi di atas Arabia telah dihancurkan pada masa yang sama. Justeru Yehuda diselubungi ketakutan dan terhambur. Enam puluh pahlawan itu menandakan kekuatan yang berkurangan. Ia tidak mempunyai kekuatan rohaniah mahupun kewibawaan tujuh puluh orang Sanhedrin, kerana itu sudahpun dipindahkan ke Jemaat dari Lukas 10:1. Pahlawan-pahlawan itu takut kerana sistem itu, disebabkan percaya pada kekuatan fizikal, tidak mempunyai kuasa untuk menghadapi Trinitarianisme Barat ataupun Jemaat dan Unitarianisme Islam. Orang Paulicia sewaktu zaman Pergamos telah mengalahkan bala tentera Constantinople dan menjarah Asia Minor sehingga Pergunungan Taurus dan hingga laut. Mereka mendapat perlindungan Islam di seluruh kerajaan itu. Jemaat di dalam Sepanyol beragama Islam juga menikmati perlindungan pada waktu ini (lihat karya Distribusi Umum Jemaat Pemelihara Sabat (No. 122)). Kristus berkata dia akan memerangi Pergamos dengan pedang di dalam mulutnya kerana mereka dicemari pemikiran yang mengiringi kekuatan ketenteraan dan Kristus bertindak terhadap mereka seperti yang sewajarnya.

 

Dari waktu ini, Jemaat dan juga Yehuda disokong di padang gurun dan ini dilambangkan oleh manna yang tersembunyi. Manna tersembunyi ini berhubungan dengan kuasa Roh, yang menjadi hak istimewa Jemaat saja. Bagaimanapun, Yehuda masih dilindungi oleh Tuhan.

 

Batu putih adalah mereka yang menjadi dasar Bait di bawah Salomo. Batu-batu ini juga merupakan sistem pengundian di dalam dunia pengaruh Yunani. Justeru batu putih dengan nama yang baru adalah bukti kuasa untuk memberi sumbangan dengan suara kepada kerajaan Tuhan sebagai sebahagian dari pentadbir yang membentuk dasar Kota Tuhan.

 

Mahkota yang disebutkan dalam Bab 3:11 tidak dianggap sebagai simbol diraja tetapi simbol kebahagiaan. Ini bersamaan dengan kalung bunga yang dipakai pada waktu pesta (lihat Soncino). Pernikahan yang disebutkan di sini berkaitan dengan Salomo dan mahkota yang dikenakan kepadanya oleh ibunya yang bukan dari Yehuda kerana ibunya adalah Batsyeba, isteri Uriah orang Het, dan justeru kita maksudkan sistem yang lain. Pernikahan ini mungkin adalah perkahwinannya atau merujuk kepada penyatuan dengan tuhan-tuhan asing dengan siapa dia terjerat.

 

Bab 4

Sesetengah orang merujuk kepada teks ini sebagai memulakan wacana Salomo berpacaran dengan perempuan ini dan memuji kecantikannya; ada juga yang berpendapat ini adalah Gembala yang menyapa kekasihnya setelah ketibaan rombongannya. Ini dianggap lebih mungkin (Ibn Ezra, Isaiah da Trani, Malbim).

 

Kidung 4:1-16 Lihatlah, cantik engkau, manisku, sungguh cantik engkau! Bagaikan merpati matamu di balik telekungmu. Rambutmu bagaikan kawanan kambing yang bergelombang turun dari pegunungan Gilead. 2 Gigimu bagaikan kawanan domba yang baru saja dicukur, yang keluar dari tempat pembasuhan, yang beranak kembar semuanya, yang tak beranak tak ada. 3 Bagaikan seutas pita kirmizi bibirmu, dan elok mulutmu. Bagaikan belahan buah delima pelipismu di balik telekungmu. 4 Lehermu seperti menara Daud, dibangun untuk menyimpan senjata. Seribu perisai tergantung padanya dan gada para pahlawan semuanya. 5 Seperti dua anak rusa buah dadamu, seperti anak kembar kijang yang tengah makan rumput di tengah-tengah bunga bakung. 6 Sebelum angin senja berembus dan bayang-bayang menghilang, aku ingin pergi ke gunung mur dan ke bukit kemenyan.

 

Teks di sini menerangkan sifat-sifat dia yang dikasihi. Mata bagaikan merpati merujuk semula kepada 1 :15. Rashi mengatakan perbandingan ini dianjurkan oleh kemurnian merpati. Malbim berkata bahawa sudah menjadi adat untuk menyanyikan pujian kepada pengantin perempuan pada perkahwinannya. Ayat 1 diterjemahkan sebagai bagaikan merpati matamu di balik telekungmu oleh Soncino. Telekung menutup seluruh muka melainkan mata. Ini mengikuti Ibn Ganach dan Kimchi. Rashi menjelaskan bahawa bahasa Ibraninya menunjukkan “rajut rambut untuk memastikan rambut rapi; maksud akar katanya adalah ‘mengurung’” (Soncino). Ia mempunyai ertikata sekatan. Si kekasih memang cantik dan memandang dari segi kecantikan tanpa mengira sekatan pada dirinya dan pembatasan penyingkapan rahsia Tuhan.

 

Komen mengenai rambutnya yang seperti kawanan kambing merujuk kepada warna hitam kilat yang asli untuk setiap kepang. Apabila matahari menyinarinya, rambutnya berkilau dengan kilauan indah (Daath Mikra). Teks yang bergelombang turun dari pegunungan Gilead dianggap memberikan kesukaran. Ia hanya muncul di sini dan di dalam 6:5. Komentator dahulu dan moden banyak berbeza dalam tafsirannya. Soncino menganggap bahawa tafsiran terbaik adalah tafsiran yang dianjurkan oleh Profesor Yahuda yang mengaitkannya dengan akar kata Arab, ‘berbuat sesuatu sebelum subuh’. Gambaran di sini adalah kawanan kambing yang turun dari pegunungan dalam barisan sebelum fajar, dan membentuk garis-garis putih pada latar belakang gelap dalam cahaya yang suram. Soncino berpendapat bahawa tafsiran ini nampaknya merujuk kepada komen Midrash tentang ungkapan ‘Apabila seorang perempuan mempunyai rambut tebal menyubur dia menyusunnya dalam garis-garis putih,’ iaitu kepang-kepang yang menunjukkan belahan putih di antaranya. Justeru mereka menulisnya sebagai: ‘rambutmu seperti kawanan kambing yang turun dalam kesuraman pagi’.

 

Kesukaran tersebut mungkin lebih mudah difahami atau dihilangkan, jika Jemaat yang dimaksudkan dan seluruh susunan barisan-barisan putih itu adalah umpama umat pilihan dalam pakaian putih, yang diatur dalam fajar sistem Mesianik, apabila fajar menyingsing di dalam hati umat pilihan (2 Petrus 1:19) yang mengambil bagian dalam kodrat ilahi (2 Petrus 1:4) dan yang dipanggil keluar dari kegelapan ke terangnya yang ajaib (1Petrus 2:9).

 

Kawasan Gilead adalah kawasan di timur Yordan. Soncino mengatakan kawasan ini adalah Sebuah rangkaian gunung-gunung, di seberang Yordan, yang disilang banyak lembah. Suku-suku Ruben, Gad dan separuh suku Manasye mendapat tempat tinggal di situ [Yosua 17:1 dan seterusnya]. Gilead terkenal kerana padang rumputnya yang subur dan kawanan kambing yang tidak terkira [Bilangan 23:1; Mikha 7:14]. Ia boleh dilihat dari Yerusalem. Hakikat bahawa tempat ini boleh dilihat dari Yerusalem juga signifikan. Kita menghubungkan teks ini kepada penantian kedatangan Mesianik dan kesudahan zaman sekarang ini. Gilead dikaitkan dengan raja-raja Yehuda (Yeremia 22:6). Kerajaan dilenyapkan kerana keberhalaan mereka dan diberikan kepada mereka yang menjadi raja dan imam bagi Tuhan (Wahyu 5:10). Justeru Gilead melambangkan tempat perdamaian untuk umat pilihan. Terdapat balsam di Gilead, namun kesihatan bangsa tidak dipulihkan (Yeremia 8:22) kerana keberhalaan mereka (Yeremia 8:19). Semua bangsa juga disuruh untuk pergi ke Gilead untuk mengambil balsam (Yeremia 46:11). Dengan itu, dari nubuatan ini dan seluruh kitab Yeremia, keselamatan ditarik balik dari Yehuda dan diberikan kepada bangsa bukan Yahudi. Gilead tidak harus ada kejahatan (Hosea 12:11). Pembinasaan kaum perempuan Gilead akan dihukum (Amos 1:13). Ini adalah dasar perumpamaan domba dan kambing dalam Matius 25:31 dan seterusnya. Pemulihan Mesianik akan membabitkan Benyamin memiliki Gilead (Obaja 19) justeru pusaka Ruben dan Gad dengan separuh Manasye adalah tempat lain di seberang Yordan di sebelah timur.

 

Mikha 7:14 menunjukkan bahawa umat yang merupakan kambing domba milik Mesias akan tinggal terpencil di dalam rimba di tengah-tengah kebun buah-buahan. Mereka akan memakan di Basan dan di Gilead seperti zaman dahulu kala (Mikha 7:14). Waktu ini merujuk kepada waktu selepas pembinasaan planet oleh bangsa-bangsa (Mikha 7:8-17). Kemudian pemulihan zaman akhir akan berlaku seperti keluaran itu dan masuk ke dalam Gilead dan Libanon juga (Zakharia 10:10). Justeru umat pilihan juga akan datang dari Libanon seperti dari ayat 8.

 

Gigi dibandingkan dengan keputihan bulu domba yang baru dibasuh, warna salju (Yesaya 1:18) (lihat Soncino). Pelajar Perjanjian Baru di sini akan segera mengenali simbolisme kebersihan rohaniah (Wahyu 15:6; 19:8,14) dan pembasuhan pakaian umat pilihan dalam darah Anak Domba (Wahyu 3:5,18; 4:4; 6:11; 7:9,13,14). Hakikat bahawa mereka semua mempunyai bentuk yang sama (Soncino), Rashi menjelaskan sebagai ‘perhitungan yang baik’, dan Kimchi serta Ibn Ezra menjelaskan sebagai ‘semuanya sama ukuran’. Signifikansnya adalah kepada kenyataan perhitungan dalam kitab kehidupan Anak Domba dan mereka semua dipersiapkan sama secara rohani.

 

Teks yang beranak kembar (berpasangan) semuanya (whereof all are paired), Daath Mikra menjelaskan bahawa giginya seperti domba, tiap satunya bersama pasangannya dan di sini dilambangkan oleh gigi atas dan gigi bawah. Rashi mempertalikan satu perkataan untuk berpasangan (kembar) dengan methomm atau ‘kesempurnaan’ iaitu tidak satupun yang rosak. Ini dianggap sebagai tafsirannya yang betul. Hanya dengan identifikasi Rashi bagi bahasa Ibraninya barulah kita dapat lihat bahawa pokoknya adalah keadaan kesempurnaan rohaniah di kalangan umat pilihan. Soncino menuliskan teks itu sebagai yang berpasangan semuanya dan tiada satupun yang gagal antara mereka. Teks ini ditafsirkan sebagai mainan kata. ‘Semuanya (shekullam) berpasangan dan tiada satupun yang hilang (shakkulah) di antara mereka’.

 

Bagaikan seutas pita kirmizi bibirmu merujuk kepada keselamatan bangsa bukan Yahudi melalui korban-korban Paskah yang digambarkan sebelumnya oleh keselamatan Rahab di tembok Yerikho (lihat karya Kejatuhan Yerikho (No. 142) untuk penjelasan).

 

Kata Ibrani untuk mulut di sini adalah midbarech atau bicaramu atau alat bicaramu, iaitu mulut. Metsudath David mengatakan bahawa bibir yang merah dan nipis sebanding dengan seutas pita kirmizi merah. Bibir merah nipis tidaklah memberahikan sangat, jadi ertinya patut berkaitan teks lain dalam Alkitab. Pengertian bicara yang sempurna juga betul, apabila kita perhatikan bahawa keadaan itu adalah keadaan asal ciptaan dan meliputi Iblis sebelum kejatuhan, di mana alat-alatnya sempurna sebelum kecurangan ditemui di dalamnya (Yehezkiel 28:13-15) kerana kita diharapkan untuk sempurna.

 

Bagaikan belahan buah delima pelipismu di balik telekungmu merujuk kepada corak kulit yang merah (sehat). Perkataan untuk pelipis merujuk kepada bahagian nipis tengkorak dan Ibn Ezra menterjemahkan pelach sebagai ‘bunga merah buah delima’. Dengan itu, dia memuji corak kulitnya yang sehat. Semua yang menterjemahkan teks ini sebagai belahan buah delima menjelaskan bahawa pelipis memancar melalui telekung seperti mana campuran warna putih dan merah buah delima memancar melalui belahan-belahan kulitnya (Metsudath David). Rashi menuliskan teks itu ‘seperti separuh buah delima’. Dia memuji gadis ini kerana kebulatan pipinya dan warna pipinya yang kemerahan. Ini merujuk kepada umat pilihan. Belahan ini mungkin merujuk kepada tirai. Umat pilihan pergi ke sebalik tirai apabila ia terbelah dua oleh korban Mesias yang dilambangkan oleh warna merah itu. Mainan kata meletakkan umat pilihan sebagai tempat kudus di dalam.

 

Rujukan kepada leher dan menara Daud yang bermenara kecil di mana tergantung seribu perisai, merujuk kepada bilangan pentadbiran dalaman pemerintah syurgawi. Korban Mesias ditentukan dari antara seribu bala tentera malaikat. Bilangan dalaman bala tentera ini nampaknya berkaitan dengan struktur pusat elohim dan korban salah seorang mereka telah ditentukan dari mula. Ini juga difahami dari Ayub 33:19-24. Metsudath David hanya berkata seribu mewakili bilangan yang besar. Perisai-perisai itu digunakan sebagai hiasan menurut Soncino (lihat Yehezkiel 27:11). Hakikatnya adalah pada waktu dahulu struktur berkubu adalah sekuat para pembelanya. Amalan mempamerkan perisai sewaktu zaman bentara menjadi tanda para pembelanya kepada mereka yang ada di luar dan perisai-perisai ini menandakan komposisi, asal dan kesetiaan para pembelanya.

 

Ayub 33:23-24  Jikalau di sampingnya ada malaikat, penengah, satu di antara seribu, untuk menyatakan jalan yang benar kepada manusia, 24 maka Ia akan mengasihaninya dengan berfirman: Lepaskan dia, supaya jangan ia turun ke liang kubur; uang tebusan telah Kuperoleh. (RSV)

 

Ibn Ezra menuliskan teks bermenara kecil sebagai bererti untuk penggantungan senjata. Gundukan atau tel tempat simpanan senjata, iaitu leher dibandingkan dengan gundukan bukan pedang. Rashi dan Rashbam menterjemahkan talpioth seolah-olah diambil dari akar ‘mengajar’ (aleph), yang huruf pertamanya tidak disebutkan. Cara penulisan Targum, ‘pengajaran hukum,’ mungkin telah menganjurkan penjelasan ini (Soncino). Leher perempuan Sulam adalah seperti menara yang baik sekali yang dibina sebagai teladan untuk diikuti ramai. Perkataan ini difahami oleh LXX sebagai kata nama khas, ‘Menara Daud membina ke arah Talpioth’. Konteks ini nampaknya menghindari persoalan atau masalah rumit yang ditunjukkan oleh teks itu. Hakikat bahawa umat pilihan adalah mereka yang dipenggal kerana kesaksian Yesus dan mereka yang tidak mahu menyembah binatang itu atau mengambil bilangannya dari Perjanjian Baru (Wahyu 20:4) sememangnya tidak boleh dibincangkan di sini oleh Soncino.

 

Referensi buah dada seperti dua anak rusa yang tengah makan rumput di tengah-tengah bunga bakung telah membingungkan para komentator Ibrani. Metsudath David berpendapat bahawa anak rusa kelihatan lebih cantik apabila ia makan di tengah-tengah bunga bakung. Referensinya adalah bahawa pemberian makanan kepada kawanan dan pemberian pakaian kepada bunga-bunga bakung padang adalah lebih baik dari Salomo dengan segala kemuliaannya.

 

Konsep angin senja berembus di sini sama seperti pada 2:17. Kesejukan atau hembusan hari melambangkan kegembiraan si gadis bila bertemu si gembala pada akhir hari. Ini merujuk kepada kedatangan Mesianik. Permulaan hari untuk umat pilihan juga adalah kasih mula-mula apabila fajar menyingsing di dalam hati umat pilihan seperti yang kita lihat di atas. Metsudath David menuliskan teks ini Apabila malam tiba aku pergi ke kawasan terbuka, di mana segalanya harum dan wangi seperti mur dan kemenyan. Simbolisme mur dan kemenyan dan khususnya mur telahpun dibincangkan dalam karya Komentar Tentang Ester dan juga di atas. Pertaliannya dengan Mesias jelas sekali. Sesungguhnya benda-benda itulah yang menjadi persembahan-persembahan khusus orang-orang majus pada kelahirannya (Matius 2:11).

 

Engkau cantik sekali, manisku, tak ada cacat cela padamu merujuk terus kepada umat pilihan yang tiada cacat cela seperti yang kita lihat dari konsep utama anak domba iaitu Mesias dari 1Petrus 1:19 dan juga umat pilihan pada 2Petrus 3:14.

 

Ini adalah salam Mesias kepada pengantin perempuan iaitu umat pilihan. Fasa berikutnya adalah panggilannya kepada Jemaat.

 

8 Turunlah kepadaku dari gunung Libanon, pengantinku, datanglah kepadaku dari gunung Libanon, turunlah dari puncak Amana, dari puncak Senir dan Hermon, dari liang-liang singa, dari pegunungan tempat macan tutul!

 

Metsudath David merumuskan bahawa “Oleh sebab sangat gembira dengan janji gadis ini, dia meneruskan, ‘Kecantikanmu sungguh mendebarkan; Aku akan menolongmu untuk lari dari sarang singa dan tutul ini” (Soncino).

 

Soncino mencatatkan bahawa bab ini yang selebihnya menggambarkan si kekasih merayu pada perempuan ini untuk lari dari istana raja. Perhatikan kegairahan rayuannya: Ikutlah aku jangan tinggal dengannya (Salomo). Rayuan ini sama seperti yang dibuat kepada Jemaat untuk keluar daripada dunia ini dan khususnya struktur agamanya yang palsu yang sudah menjerat Salomo sendiri (Wahyu 18:4). Teks yang ditulis pandanglah dari puncak Amana ditulis mengikut Rashi, Ibn Ezra, Kimchi dan yang lain. Metsudath David menulis teks ini sebagai turunlah dari puncak Amana (lihat Yesaya 57:9 untuk maksud kata kerjanya). Justeru dia mendesak perempuan ini untuk meninggalkan kediaman raja di Libanon. Amana adalah nama kawasan selatan Anti-Libanus, rangkaian bukit di sebelah timur yang menghadap dataran Damsyik (lihat 2 Raja 5:12) (Soncino). Banjaran Libanon di hujung utara Palestin (Filistin) terdiri daripada beberapa puncak gunung, dan yang tertinggi adalah Hermon dan Senir. Soncino berpendapat bahawa Salomo mungkin membina kediaman-kediaman raja di situ. Dalam Ulangan 4:48, Senir dipanggil Sion (Siryon) dan Ulangan 3:9 memberitahu kita bahawa orang Sidon memanggilnya Siryon (lihat juga Soncino). Libanon dan Senir juga adalah sumber pembangunan sistem Iblis yang digambarkan sebagai Tirus dalam Yehezkiel 27:5. Ini sebahagian daripada permulaan kepada pengutukan Iblis, kerub berjaga yang diurapi dalam Yehezkiel 28, yang berada di gunung Tuhan. Pertalian dengan Eden juga tidak dikembangkan di sini sedangkan ia mungkin cocok.

 

9 Engkau mendebarkan hatiku, dinda, pengantinku, engkau mendebarkan hati dengan satu kejapan mata, dengan seuntai kalung dari perhiasan lehermu. 10 Betapa nikmat kasihmu, dinda, pengantinku! Jauh lebih nikmat cintamu dari pada anggur, dan lebih harum bau minyakmu dari pada segala macam rempah. 11 Bibirmu meneteskan madu murni, pengantinku, madu dan susu ada di bawah lidahmu, dan bau pakaianmu seperti bau gunung Libanon. 12 Dinda, pengantinku, kebun tertutup engkau, kebun tertutup dan mata air termeterai.

 

Menurut Akedath Yitschak pertemuan semula ini telah memberinya keberanian untuk membawa perempuan ini pergi dari kurungan yang dipaksa. Ini telah memberikannya hati yang baru (lebab). Justeru di sini Mesias yang membawa tawanan-tawanan (Efesus 4:8). Proses ini dimulakan dengan Jemaat.

 

Teks berikutnya merujuk kepada dinda, pengantinku. Proses ini mula-mula sekali diwujudkan dalam hubungan antara Abraham dan Sara seperti dijelaskan dalam Kejadian 12:10-20 dan 20:1-18. Sesiapa yang campur tangan antara Abraham dan isterinya telah dikutuk dan dihukum. Hukuman yang dibayar oleh Abimelekh adalah seribu keping perak. Dalam kata lain, seribu dari Tuhan harus ditenteramkan. Proses ini difahami sebagai, Mesias adalah suami umat pilihan dan juga saudara mereka, dan semua adalah anak-anak Tuhan. Dia anak sulung antara ramai saudara dan bala tentera malaikat menganggap umat pilihan sebagai saudara mereka (Roma 8:29; Wahyu 6:11; 12:10).

 

Kejapan satu mata dianggap menggairahkan oleh Metsudath David. Kere mempunyai erti feminin (perempuan) untuk perkataan satu untuk cocok dengan perkataan mata yang dalam bahasa Ibrani adalah feminin. Daath Mikra menganggap kethib mungkin bermakna dengan satu (kejapan) matamu. Teks ini terus berbunyi dengan seuntai kalung dari perhiasan lehermu (lihat Amsal 1:9). Ibn Ezra menjelaskan ini sebagai sejenis pita perhiasan yang diikat di sekeliling leher. Ertinya adalah seuntai kalung, satu mata dari tubuh ditunangkan kepada gembala sebagai pengantin perempuan tersendiri. Ini bersamaan dengan perumpamaan gadis-gadis bodoh dan bijaksana (Matius 25:1-12).

 

Teks bibirmu meneteskan madu murni diteruskan kepada teks madu dan susu ada di bawah lidahmu. Pujian Tuhan menghasilkan jawapan dari Tuhan supaya madu dan susu menjadi ganjaran doa orang-orang kudus. Sidang Tua-tua dipertanggungjawabkan untuk mendengar doa-doa itu (Wahyu 5:8).

 

Soncino menganggap bau pakaianmu seperti bau gunung Libanon sebagai kiasan kepada adat timur dalam pewangian pakaian. Libanon terkenal dengan bau wanginya (lihat Hosea 14:7) (Metsudath David). Soncino menambah Si gadis mungkin sudah menggantikan pakaiannya yang sederhana dengan pakaian yang sangat elok yang dipakai oleh wanita-wanita istana.

 

Jawapan sebenarnya adalah bahawa perempuan Sulam ini memang telah memperolehi pakaian yang baru. Pakaian perkahwinan ini adalah pakaian yang diperolehi melalui baptisan dan proses pentahiran dalam darah Anak Domba dan melalui Roh Kudus. Sungguh menakjubkan bahawa simbolisme umat pilihan sesudah baptisan ini tidak diambil oleh pihak-pihak wibawa rabbinikal, walaupun ia begitu tetap.

 

Kebun tertutup merujuk kepada fakta bahawa umat pilihan adalah kebun yang terasing kepada semua melainkan pemiliknya yang sah (seperti yang dikatakan Metsudath David). Jemaat adalah suci dan sederhana kerana kebun-kebun dipasang tembok untuk menghalang pencerobohan orang asing (lihat Yesaya 5:5) (Ibn Ezra, Metsudath David).

 

Mata air dimeterai di Timur Tengah dengan tanah liat yang mengering dan berkesan sebagai meterai justeru membuatkan mata air milik persendirian. Begitu juga, kemampuan untuk minum dari air umat pilihan dimeteraikan. Roh Kudus hanya diberikan secara tetap kepada umat pilihan yang ditentukan dari semula, dipilih, dipanggil, dibenarkan dan dimuliakan (Roma 8:29-30).

 

13 Tunas-tunasmu merupakan kebun pohon-pohon delima dengan buah-buahnya yang lezat, bunga pacar dan narwastu, 14 narwastu dan kunyit, tebu dan kayu manis dengan segala macam pohon kemenyan, mur dan gaharu, beserta pelbagai rempah yang terpilih.

 

Teks yang diterjemahkan sebagai tunas-tunasmu secara literalnya adalah pengeluaranmu dsb (Isaiah da Trani). Maksudnya adalah bahawa umat pilihan mengeluarkan buah Roh Kudus yang membangunkan rahsia-rahsia Kerajaan Tuhan (lihat karya Rahsia-rahsia Tuhan (No. 131)) dan juga menunjukkan serta menyokong umat pilihan atau Jemaat sebagai tempat kediaman Tuhan melalui Roh Kudus. Malbim berpendapat bahawa dia tidak seperti kebun yang biasa dan sebaliknya penuh dengan buah-buah yang sangat lazat. Pardes atau park (taman) dianggap berasal dari Persia (Pengkhotbah 2:5) (Kohut). Marcus mendakwa ia berasal dari Phoenicia (Fenisia) (Soncino). Untuk narwastu (spikenard), nerd dalam Ibrani adalah minyak nard (Midrash).

 

Kunyit diperolehi dari crocus di Palestin dan digunakan sebagai bumbu. Dalam bahasa Ibrani Mishnah, ia digunakan dalam bentuk kata kerja, yang bermaksud menjadi pucat (lihat Kohut, Jastrow; Soncino). Tebu (calamus) (Ibrani kaneh) adalah tumbuhan jenis buluh dan berwarna kuning keperangan. Soncino mencatatkan, dari Midrash, bahawa Rabbi Huna berkata “Kayu manis pernah tumbuh di Negeri Israel, dan kambing dan domba memakannya”. Midrash menurut Aruch berpendapat mur adalah minyak yang diperolehi dari tumbuhan itu, yang dicampur dengan anggur (wain).

 

Gaharu tumbuh di India. Kayunya sangat harum dan dimuliakan oleh penduduk asli. R. Joshua berkata bahawa ini adalah daun-daunan – salap atau minyak yang dibuat dari daun narwastu. Penggunaan istilah ohel atau khemah dianggap bererti bahawa bahan itu didapati dengan pembawaan masuk oleh penghuni khemah iaitu orang Bedouin. Pihak lain berpendapat bahawa ia disebutkan sebagai khemah kerana ia harum dan tersebar dan memenuhi Khemah Pertemuan (Midrash).

 

Semua perbandingan ini dianggap mempunyai relevans kepada aspek-aspek umat pilihan dalam hubungan mereka kepada Roh Kudus serta tugas-tugas mereka dalam Kerajaan Tuhan. Tambahan beserta pelbagai rempah yang terpilih bermakna bahawa laporan daya tarik perempuan Sulam ini tersebar seperti bau wangi tumbuhan harum yang paling berharga (Metsudath David).

 

15 O, mata air di kebun, sumber air hidup, yang mengalir dari gunung Libanon! 16 -- Bangunlah, hai angin utara, dan marilah, hai angin selatan, bertiuplah dalam kebunku, supaya semerbaklah bau rempah-rempahnya! Semoga kekasihku datang ke kebunnya dan makan buah-buahnya yang lezat. (KJV)

 

Mata air kebun dan sumber air hidup ini mempamerkan Jemaat sebagaimana ia berada di bawah Mesias dan air hidup mengalir daripadanya (Yohanes 4:10,11; 7:38; Wahyu 7:17) dan dia ialah roti hidup (Yohanes 6:51).

 

Bab 5

Kidung Agung 5:1-16 --Aku datang ke kebunku, dinda, pengantinku, kukumpulkan mur dan rempah-rempahku, kumakan sambangku dan maduku, kuminum anggurku dan susuku. Makanlah, teman-teman, minumlah, minumlah sampai mabuk cinta!

 

Konteks Bab 5 berkaitan dengan korban Mesias dan pencarian berterusan untuk Jemaat. Tiga ayat pertama merujuk semula kepada penyaliban dan kebangkitan. Ayat-ayat kemudiannya menggulungkan kenaikan dan penganiayaan Jemaat sesudah itu.

 

Ayat 1 Aku datang ke kebunku. Menurut Soncino, dalam Ibrani kala lengkap kata kerja ini juga menyatakan suatu tindakan masa depan yang pasti (Metsudath David). Kekasih perempuan ini sudahpun membayangkan dirinya di situ. Sforno, yang membuat huraian panjang bagi seluruh bab ini, memakaikan ayat ini kepada pendidikan agama anak-anak. Kala lengkap kata kerja ini juga mungkin menandakan suatu tindakan sudah lengkap yang pasti. Kedatangan Mesias mempunyai dua bentuk. Maksud Mesias dalam teks ini harus ditolak sebagai tindakan lengkap masa lalu kerana ia membayangkan dua kedatangan dan dalam kasus ini suatu tindakan yang sudah lengkap. Kita akan lihat bahawa inilah makna sebenarnya dari perbandingan dengan Kitab-kitab Injil.

 

Simbolisme dinda/pengantin diperiksa di atas. Kanda/pengantin dalam contoh Jemaat dalam perumpamaan termasuk gadis-gadis bijaksana dan bodoh dalam Matius 25:1-13.

 

Kukumpulkan mur dan rempah-rempahku. Kata akar arah bererti ‘mengumpulkan buah’ (lihat Mazmur 80:13). Terjemahan literalnya adalah ‘Aku memetik mur dan balsamku’ (Daath Mikra).

 

Rujukan kepada Mazmur 80:13 juga relevan kerana 80:8-13 merujuk kepada Israel sebagai pohon anggur yang pernah dijaga dengan baik tetapi kini ditinggalkan dan menjadi makanan binatang liar. Mur dan rempah-rempah dikaji di atas dan berkaitan dengan hasil-hasil sulung.

 

Rujukan kepada sambang dan madu merupakan mainan kata pada rujukannya dalam 1Samuel 14:27. Keterangan mata Simson serupa dengan penerangan Ro (lihat karya Simson dan Para Hakim (No. 73)). Teks kuminum anggurku dan susuku dielakkan oleh semua komentar. Penulis-penulis Perjanjian Baru memakaikan konsep-konsep itu kepada Roh Kudus dan Firman Tuhan.

 

Teks makanlah teman-teman disifatkan oleh Rashbam sebagai jemputan kepada teman-teman kedua kekasih itu untuk turut serta dalam pesta perkahwinan. Kebanyakan komentator membuatkan teman-teman secocok dengan kekasih (berbentuk jamak) sesuai dengan konteks dan parallelisme (kesejajaran) puitis (Soncino). Pengertian teman-teman mengambil bahagian dalam pesta perkahwinan dijelaskan oleh Kristus dalam perumpamaan jamuan kahwin dan sekali lagi dalam teks Wahyu. Mereka yang pada mulanya dijemput untuk makan di jamuan kahwin itu sebenarnya tidak datang, jadi orang-orang yang mungkin dianggap kurang layak telah dijemput sebagai pengganti mereka (Matius 22:1-14). Mereka inilah teman-teman yang dijemput untuk makan. Namun, semua mesti mempunyai pakaian. Mereka ini adalah sebahagian dari kumpulan besar orang banyak yang memelihara perintah-perintah Tuhan dan kesaksian Yesus (Wahyu 12:17; 14:12 dan 22:14, lihat KJV untuk maksud). Justeru jamuan perkahwinan itu terdiri daripada dua kumpulan, kumpulan pengantin perempuan dan teman-teman. Kedua-duanya berada di dalam Kerajaan Tuhan sebagaimana yang kita lihat dari perbezaan dalam Wahyu antara 144,000 (Wahyu 7:1-8) dan kumpulan besar orang banyak (Wahyu 7:9-17). Kumpulan besar orang banyak ini juga melayani Tuhan di hadapan takhta, segera selepas mereka diselamatkan dari kesusahan besar. Justeru tanda kehormatan ini sudahpun diketahui dari Perjanjian Lama di dalam Kidung Agung.

 

Minumlah, minumlah sampai mabuk cinta merujuk kepada kelimpahan pemberian makanan umat pilihan oleh Anak Domba. Kumpulan 144,000 ini diberi makan oleh Anak Domba sebagai hasil-hasil sulung. Mereka saja yang menyanyikan Nyanyian Anak Domba di hadapan takhta Tuhan serta empat makhluk hidup dan kumpulan tua-tua yang merupakan sidang dalaman elohim (lihat Wahyu 14:1-5). Justeru terdapat perbezaan antara 144,000 dan kumpulan besar orang banyak yang juga melayani di hadapan takhta.

 

Teks ini kemudiannya pergi kepada hal-hal rumit membabitkan penyaliban dan kebangkitan.

 

2 Aku tidur, tetapi hatiku bangun. Dengarlah, kekasihku mengetuk. "Bukalah pintu, dinda, manisku, merpatiku, idam-idamanku, karena kepalaku penuh embun, dan rambutku penuh tetesan embun malam!"

 

Di sini Mesias tidur namun dia memberi sifat kepada teks itu. Komentar-komentar rabbinikal memperlihatkan kesulitan-kesulitan yang dihadapi mereka dalam menggunakan teks ini sementara menghindari konsep-konsep Mesias di dalamnya.

 

Soncino (merujuk kepada Daath Mikra) mengatakan:

Sehari kegembiraan diikuti dengan mimpi-mimpi yang terganggu. Dalam ayat 2-7 dia menceritakan mimpinya (Daath Mikra). Bagaimanapun, jurutafsir (jurutakwil) awal menafsirkannya sebagai kejadian nyata: dalam ayat 8 perempuan ini meminta wanita-wanita istana, yang telah menawarkan untuk membantunya dalam pencariannya, untuk memberitahu kekasihnya bila menemuinya, bahawa dia sakit asmara kerana kekasihnya. Mereka bertanya (ayat 9) apakah kelebihan kekasihnya sehingga dia begitu asyik sekali, dan ini memberinya peluang untuk melukiskan gambaran ulung tentang kebaikannya (Soncino).

 

Pengertiannya jelas di sini. Puteri-puteri Yerusalem dan perempuan yang dikasihi berdua mencari Mesias. Kekasih yang memang telah datang itu telah ditolak Yehuda kerana dia tidak luar biasa. Mereka mengharapkan Mesias raja, bukan Mesias imam. Jemaat kemudiannya memuji injil kasih karunia kepada Yehuda, yang tidak bertaubat melainkan orang tertentu.

 

Komen hatiku bangun mengaitkan kebangkitan melalui rahmat Tuhan yang mempunyai inti Roh. Daath Mikra menjelaskan bahawa hati adalah pusat segala keghairahan, tetapi juga adalah pusat kecerdasan. Apabila mati, Roh manusia kembali kepada Tuhan yang memberinya. Mesias mendapat perintah dari Tuhan untuk dibangkitkan sebagai Roh. Inilah maksud istilah hatiku bangun. Rohnya dihidupkan oleh perintah Tuhan. Teks ini kemudiannya, dari ayat 3, menyatakan keajaiban kebangkitan serta susulan baptisan dan penyelamatan umat pilihan.

 

Teks ini meneruskan dalam ayat 2 dengan berkata Dengarlah, kekasihku mengetuk. Soncino mencatatkan bahawa Apabila dia melihat wanita-wanita itu bersimpatik kepadanya dia memberitahu mereka mimpinya itu. Terjemahan ini mengikuti LXX yang mengambil dophek sebagai klausa berasingan yang cocok dengan dodi, ‘kekasihku mengetuk’.

 

Untuk kol, dengan erti dengarlah, lihat 2:8. Ini juga boleh ditulis sebagai ‘kekasihku mengetuk kuat’ (lihat Heidenheim, Mecklenburg, [Kejadian 4:10] (Soncino).

 

Panggilan ini dibuat kepada umat pilihan untuk membuka kepada Mesias. Istilah untuk dia yang mengetuk di pintu dituliskan dalam bahasa Arab sebagai Al Tarikh iaitu nama untuk Bintang Fajar. Justeru Surah Al Tarikh dituliskan dalam bentuk-bentuk berlainan. Nama ini dituliskan sebagai Bintang Fajar dalam terjemahan Pickthall sementara penulisannya adalah Pengunjung Malam oleh Darwood. Ini juga bererti Dia yang mengetuk di pintu. Justeru pengertian teks ini dikaitkan dengan Mesias dari sini dan juga dari Wahyu 3:20. Di sini Mesias masuk dan makan bersama-sama mereka yang membuka kepadanya.

 

Komen bahawa kepalanya penuh dengan embun sekali lagi ialah rujukan kepada Pengunjung Malam yang mempunyai hubungan, dalam bahasa Arab, dengan Bintang Fajar (lihat juga Pickthall). Bintang Fajar atau Bintang Timur, Pembawa Terang atau Lucifer ialah pangkat elohim bumi ini, yang dipegang oleh Iblis sebagai kerub penjaga yang diurapi, seperti yang kita tahu dari Yehezkiel 28:14 dan Yesaya 14:12. Pangkat ini diberikan kepada Kristus, yang dikongsinya dengan umat pilihan (2 Petrus 1:19; Wahyu 3:27-28; 22:16). Embun juga merujuk kepada Hakim 6:38 sebagaimana diperhatikan juga dari Soncino.

 

Komentar-komentar memperhatikan bahawa dia mungkin telah datang dari rumah ibunya pada waktu malam. Komentar juga mencatatkan dia menunggu sepanjang malam sesudah kebangkitannya sehingga pagi hari Minggu (Yohanes 20:1,8-10,16-17) apabila dia naik ke syurga sebagai persembahan unjukan berkas dan kemudian kembali malam itu (Yohanes 20:19).

 

3 "Bajuku telah kutanggalkan, apakah aku akan mengenakannya lagi? Kakiku telah kubasuh, apakah aku akan mengotorkannya pula?"

 

Teks ini tepat seperti dalam Kitab-kitab Injil pada waktu jamuan akhir. Kristus mengesampingkan (tithenai) bajunya. Ini melambangkan pelepasan hidupnya. Istilah apakah aku akan mengenakannya lagi? menunjukkan keajaiban kebangkitan itu melalui kuasa Tuhan. Hanya Tuhan saja yang dapat mengenakannya semula. Istilah kakiku telah kubasuh, apakah aku akan mengotorkannya pula? merujuk kepada simbolisme pembasuhan kaki Perjamuan Suci yang mula-mula sekali dilakukan untuk Mesias dengan minyak narwastu. Contoh pertama peristiwa itu menunjukkan hubungan langsung dengan pengampunan dosa (Lukas 7:38-50). Yohanes 11:2 menunjukkan Maria yang melakukan itu. Kejadian Yohanes 12:3 juga dilakukan oleh Maria. Dia meminyaki kaki Kristus dengan minyak narwastu sebagai persiapan penyalibannya. Kristus tiba di situ enam hari sebelum Paskah (iaitu 9 Nisan) dan pada 10 Nisan mereka mengadakan jamuan untuknya dan dia diminyaki. Dengan itu dia dikhaskan sebagai Anak Domba Paskah. Dia tidak menajiskan kakinya. Dia mati tanpa cacat cela sebagai Paskah. Pengertian tanpa cacat cela yang sama dipakaikan kepada semua yang dibasuh kaki pada Perjamuan Suci (Perjamuan Tuhan), melalui darah Mesias. Perkataan untuk apakah dalam teks ini hanya ditemui dalam Ester 8:6. Teks ini mempunyai konotasi mengapa aku membiarkan ini terjadi. Perkataannya adalah SHD 346 ‘ayeh bermakna di mana? yang nampaknya diperolehi dari SHD 335 ‘ay di mana bagaimana atau mengapa. Pengertiannya ialah mengapa ini terjadi dan perasaan kemustahilan berterusan untuk berada dalam keadaan itu.

 

4 Kekasihku memasukkan tangannya melalui lobang pintu, berdebar-debarlah hatiku.

 

Teks ini menunjukkan kepulangan Mesias dari kebangkitan. Soncino memberi maknanya sebagai: Sesudah kekasihnya mendengar alasan-alasannya untuk tidak menjawab ketukannya, kekasihnya pergi, dan tindakannya ini menyebabkan dia berasa gelisah (Rashi). Terjemahan di sini berbeza dari terjemahan Soncino yang mengertikan teks ini sebagai Kekasihku meletakkan tangannya dekat lubang pintu. Penjelasan diberikan bahawa pintu yang tidak dikunci boleh dibuka dengan memasukkan tangan ke dalam lubang (Isaiah da Trani, Daath Mikra). Pihak lain berpendapat bahawa lubang itu juga digunakan untuk melihat dan bercakap dengan pengunjung.

 

Istilah hati secara literalnya ialah isi perut yang dianggap orang dahulu sebagai pusat perasaan hati (lihat Yeremia 31:19; Mazmur 40:9).

 

5 Aku bangun untuk membuka pintu bagi kekasihku, tanganku bertetesan mur; bertetesan cairan mur jari-jariku pada pegangan kancing pintu.

 

Komentar-komentar mencatatkan bahawa apabila ketukan terhenti perempuan ini menjadi gelisah.

 

Dia bergegas ke pintu, dan tangannya menyentuh wangi-wangian cairan yang dipercikkan kekasihnya pada pintu, [mungkin sebagai tanda kasih sayang, atau menurut adat meminyaki pintu orang yang dikasihi dengan rempah-rempah yang wangi] (Isaiah da Trani). Sesetengah komentator berpendapat bahawa perempuan ini meminyaki dirinya dengan mur sebelum tidur malam itu (Rashi, Metsudath David).

 

Sebenarnya kekasih perempuan ini tidak cuba masuk. Dia cuba memberikan kekasihnya jalan untuk melepaskan diri dari sistem dunia. Daripada perbuatannya membuka itulah, perempuan ini diminyaki dengan rempah-rempah Roh dan dibebaskan dari lingkungannya. Bagaimanapun, dia belum lagi dapat bersatu dengan kekasihnya. Dia telahpun pergi untuk suatu tempoh yang diperpanjangkan. Pencarian kekasihnya bermula kerana perempuan ini berhubung dengannya hanya melalui Roh.

 

6 Kekasihku kubukakan pintu, tetapi kekasihku sudah pergi, lenyap. Seperti pingsan aku ketika ia menghilang. Kucari dia, tetapi tak kutemui, kupanggil, tetapi tak disahutnya.

 

6 I opened to my beloved, but my beloved had turned and gone. My soul failed me when he spoke. I sought him, but found him not; I called him, but he gave no answer.

 

Ini ialah waktu Jemaat di dalam padang gurun. Komentar-komentar mengatakan [Bayangkan betapa dukacitanya dia apabila tidak menjumpainya di situ! Kata kerja chamak abar (telah pergi, sudah pergi) begitu dipenuhi perasaan, dan tiadanya partikel ‘dan’ membayangkan pemikirannya yang terganggu.] (Soncino).

 

Seperti pingsan aku bererti dia berasa seperti hendak pingsan (Metsudath David). Ungkapan penyifat ketika ia menghilang (when he spoke atau ketika ia berbicara) adalah penting. Rashi mengulas: ‘Oleh sebab dia berkata, “Aku tidak akan masuk sekarang, kerana engkau pada mulanya tidak membuka untuk saya”’. Metsudath David, Isaiah da Trani dan Malbim mengikut penjelasan ini. Namun, Akedath Yitschak menjelaskannya sebagai perkara yang sudah siap berlaku, ‘seperti pingsan aku ketika ia berbicara,’ iaitu apabila dia berkata ‘Bukalah pintu, dinda, manisku’. Aku tidak memberi perhatian yang sepatutnya kepada kata-katanya. Aku tidak mengambil berat kata-katanya itu. Memang benar inilah keadaannya dengan Yehuda, saudara sedarah Mesias. Mereka tidak mendengarnya justeru dia pergi selama empat puluh Yobel sehingga akhir zaman bangsa bukan Yahudi dan tempoh pemerintahan Iblis.

 

Tiada jawapan dari waktu ini. Tiada tanda diberikan bagi pelayanannya melainkan tanda Yunus (lihat karya Tanda Yunus dan Sejarah Pembangunan Semula Bait Suci (No. 13)).

 

7 Aku ditemui peronda-peronda kota, dipukulinya aku, dilukainya, selendangku dirampas oleh penjaga-penjaga tembok.

 

Metsudath David mengatakan bahawa mereka yang meronda kota pada waktu malam, tersilap anggap bahawa dia seorang yang jangak dan cuba menahannya, dan apabila dia menolak, mereka bertindak kasar. Memang inilah yang terjadi kepada Jemaat bukan saja dalam Yehuda tetapi tempat lain. Mereka merampas selendangnya. Soncino mengatakan “Perkataan ini (redid) muncul sekali saja lagi dalam Yesaya 3:23 (baju-baju luar)”. Ini dipakai oleh kaum wanita Timur apabila berada di luar, dan mungkin suatu pakaian kapas halus yang menutupi seluruh baju. Kimchi beranggapan ini ialah selendang sutera. Konsep dari Yesaya 3:16-26 menunjukkan bahawa perhiasan Yehuda dan puteri-puteri Sion dibuang kerana keangkuhan sembarangan mereka. Yesaya 4:1 dan selanjutnya menunjukkan bagaimana tujuh perempuan akan memegang seorang lelaki untuk melenyapkan keaiban mereka. Itulah waktu Mesias apabila mereka yang tinggal di Sion akan dipanggil kudus, semua yang dicatatkan untuk hidup di Yerusalem. Inilah mereka yang tertulis namanya dalam kitab kehidupan Anak Domba. Kekotoran puteri-puteri Sion akan dibersihkan oleh suatu roh penghakiman dan roh bernyala. Pada waktu itu nanti terdapat segumpal awan pada waktu siang dan segumpal asap serta sinaran api bernyala pada waktu malam di atas seluruh Gunung Sion dan di atas setiap pertemuan di situ. Di atas semua itu akan ada kemuliaan sebagai tudung dan sebagai tempat naungan, tempat perlindungan dan tempat persembunyian (Yesaya 4:5-6).

 

8 Kusumpahi kamu, puteri-puteri Yerusalem: bila kamu menemukan kekasihku, apakah yang akan kamu katakan kepadanya? Katakanlah, bahwa sakit asmara aku!

Teks di sini menunjukkan bahawa kaum wanita Yerusalem diminta untuk menyertai pencarian itu. Justeru pertaubatan diluaskan kepada mereka. Soncino berkata bahawa Para komentator Yahudi memakaikan ayat ini kepada kasih Israel yang kuat untuk Tuhan meskipun lama menderita. Bagaimanapun, teks dalam ayat 8 ialah satu pertanyaan: Apakah yang akan kamu katakan kepadanya? Bahawa aku sakit asmara. Pertanyaan ini bergaya retoris. Seolah-olah si kekasih sukar menerima alasan begitu untuk kelakuan mereka.

 

Soncino mencatatkan:

Dia meminta mereka untuk memberitahu kekasihnya, sesudah menemuinya, bahawa segala luka yang dikenakan padanya oleh peronda-peronda kota bukannya apa-apa jika dibandingkan dengan sakit asmaranya terhadap kekasihnya (Akedath Yitschak, Metsudath David).

 

Penjelasan sebenar di sini nampaknya berdasar pada percakapan antara perempuan ini dan puteri-puteri Sion. Hubungan kata dalam Yesaya 3:23 diperhatikan. Namun tiada satupun rujukan kepada tindakan atau kritikan yang ditujukan kepada wanita-wanita ini disebutkan oleh para komentator sedangkan jelas terdapat hubungan langsung antara teks-teks itu. Sebabnya adalah bahawa teks-teks tersebut jelas bersifat Mesianik dan perempuan yang dikasihi Mesias bukan daripada puteri-puteri Yerusalem.

 

9 --Apakah kelebihan kekasihmu dari pada kekasih yang lain, hai jelita di antara wanita? Apakah kelebihan kekasihmu dari pada kekasih yang lain, sehingga kausumpahi kami begini?

 

Perbezaan ini semakin nyata dari ayat berikut ini. Mereka nampak hubungan istimewa dan penuh ghairah antara perempuan Sulam dan kekasih ini. Soncino berkata:

 

Heran dengan keghairahannya mereka mengejeknya. Apakah kelebihan kekasihnya hingga mengasyikkan emosinya? Pertanyaan itu memberinya peluang untuk menceritakan daya tarik kekasihnya.

 

10 --Putih bersih dan merah cerah kekasihku, menyolok mata di antara selaksa orang. 11 Bagaikan emas, emas murni, kepalanya, rambutnya mengombak, hitam seperti gagak. 12 Matanya bagaikan merpati pada batang air, bermandi dalam susu, duduk pada kolam yang penuh. 13 Pipinya bagaikan bedeng rempah-rempah, petak-petak rempah-rempah akar. Bunga-bunga bakung bibirnya, bertetesan cairan mur. 14 Tangannya bundaran emas, berhiaskan permata Tarsis, tubuhnya ukiran dari gading, bertabur batu nilam. 15 Kakinya adalah tiang-tiang marmar putih, bertumpu pada alas emas murni. Perawakannya seperti gunung Libanon, terpilih seperti pohon-pohon aras. 16 Kata-katanya manis semata-mata, segala sesuatu padanya menarik. Demikianlah kekasihku, demikianlah temanku, hai puteri-puteri Yerusalem. (RSV)

 

Gambaran keindahan kekasihnya juga mempunyai konotasi rohaniah dan boleh dirujuk silang dengan teks-teks lain. Kulitnya yang putih bersih (lihat Ratapan 4:7). Keunggulannya yang melampaui selaksa orang (sepuluh ribu) diertikan oleh komentar-komentar sebagai:

 

Sama seperti panji-panji (degel) dinaikkan atas kepala bala tentera yang bergerak, begitu juga dia lebih tinggi dari semua yang lain kerana keindahannya (Akedath Yitschak, Isaiah da Trani). Selaksa orang menggambarkan bilangan yang sangat besar (Kimchi).

 

Gambaran emas murni dalam bahasa Ibrani ialah kethem paz, iaitu kiasan untuk keunggulan. Bermula dengan kepalanya perempuan ini menggunakan gambaran yang tiada bandingannya untuk menggambarkan semua anggota badan kekasihnya itu. Ibn Ezra menterjemahkan kethem dengan ‘mahkota’ dan paz dengan ‘batu permata.’ Rashi menulisnya ‘benda-benda berharga yang dijadikan harta raja’ dan Rashbam: ‘Himpunan emas, seperti mutiara warnanya’. Rambutnya keriting secara literalnya ‘himpunan atas himpunan (taltallim), berombak-ombak seperti bukit (tel) (Isaiah da Trani). Rujukan mata seperti merpati juga digunakan lebih awal. Konsepnya ialah kejernihan dan keindahan. Mata diperhatikan sebagai jendela jiwa atau pelita tubuh (Matius 6:22). Mata yang terang diperlukan untuk keimamatan (Imamat 21:20). Pipinya bagaikan bedeng bunga balsem yang ditinggikan (lihat arugah Yehezkiel 17:7). Bagaikan rempah-rempah wangi menggunakan perkataan migdaloth atau ‘menara’. Akedath Yitschak berkata bahawa rempah-rempah dulunya biasa dimasukkan dalam bekas seperti menara (bagaimanapun amalan itu mungkin telah mengikuti teks ini dan bukan sebaliknya). Soncino meneruskan:

Bentuk bulat dan warna berbagai pipinya mencadangkan perbandingan hebat ini. Janggutnya yang diwangikan berada di pipinya dan nafasnya semanis mur paling murni (Metsudath David).

 

Daripada teks ini mungkin diandaikan bahawa Mesias dinubuatkan mempunyai janggut. Bagaimanapun, teks ini boleh dipakaikan kepada simbolisme rohaniah aspek-aspek yang dicatatkan dalam Wahyu. Teks bertetesan cairan mur diertikan sebagai percakapan yang manis (Akedath Yitschak) atau tiada cacat cela. Beril atau permata Tarsis ialah krisolit yang mula-mula sekali ditemui di Tartessus di Sepanyol. Warnanya kuning dan jernih, justeru ibarat kuku jari yang jernih dan merah muda (pink) (lihat Bigdei Kehunnah, Shaffer, Jerusalem, 1964) (Soncino).

 

Istilah tubuhnya ukiran dari gading (polished ivory) mencadangkan tubuh halus dan putih. Soncino mencatatkan tujuan perempuan itu adalah:

untuk menunjukkan bahawa setiap inci tubuh kekasihnya lebih indah baginya daripada seluruh kekayaan Salomo. Esheth (polished, ukiran) menunjukkan suatu jumlah besar (Rashi). Ibn Ezra menjelaskan ‘bersinar dengan keterangan’ [lihat Yeremia 5:28].

 

Catatan Rashi yang menunjukkan suatu jumlah besar mempunyai penerapan kepada tubuh Mesias. Ertikata luas tubuh sebagai suatu jumlah besar dan lebih indah daripada kekayaan Salomo merupakan rujukan kepada umat pilihan sebagai tubuh Kristus.

 

Batu nilam itu mungkin menggambarkan lapis lazuli jubahnya yang berwarna ungu yang menutupi kulitnya yang berkilauan (lihat Ibn Ezra, Kimchi). Tubuhnya sama indah seperti gading yang bertatahkan batu nilam (Rashi, Metsudath David). Di sini kita mendekati konsep kekayaan dan kewibawaan ungu, yang digunakan untuk golongan raja. Ini diluaskan kepada tubuh, yang diselubungi simbolisme itu.

 

Teks tiang-tiang marmar putih (pada alas emas murni Ibn Ezra, Akedath Yitschak) mempunyai konsep keadaan yang disokong oleh tiang-tiang (sokoguru) Bait iaitu sistem Filadelfia dari Wahyu 3:12.

 

Perbandingan dengan Libanon menggambarkan keindahannya yang agung. Semua rujukan kepada Libanon adalah seperti di atas (juga lihat Ulangan 3:25). Ibn Ezra mencatatkan Libanon terkenal kerana kesuburan dan keindahannya.

 

Pohon-pohon aras tumbuh lebih tinggi dari semua pohon lain (lihat Amos 2:9). Justeru kekasih perempuan ini unggul di kalangan semua manusia (Rashi). Ini ialah Mesias. Mulutnya sangat manis (Secara literal, ‘langit-langit mulutnya’), seperti sebelumnya, merujuk kepada hakikat bahawa mulutnya hanya berkata-kata hal yang menyenangkan (Metsudath David). Mungkin lebih tepat lagi jika dikatakan kata-katanya tiada kecacatan dan bukan tidak merusakkan.

 

Rangkuman demikianlah kekasihku, demikianlah temanku merupakan cabaran kepada puteri-puteri Yerusalem. Soncino berkata:

sekarang pertimbangkanlah untuk dirimu sendiri mengapa kekasihku lebih baik bagiku daripada yang lain.’ Dia merasakan dia sudah cukup menjawab pertanyaan menghina yang terkandung dalam ayat 9 (Malbim).

 

Maka dengan itu perempuan Sulam menjawab puteri-puteri Yerusalem. Yehuda sudah disabit kesalahan. Kini tiba apa yang kelihatan seperti perubahan hati.

 

Bab 6

Kidung Agung 6:1-12  Ke mana perginya kekasihmu, hai jelita di antara wanita? Ke jurusan manakah kekasihmu pergi, supaya kami mencarinya besertamu?

 

Puteri-puteri Yerusalem nampaknya telah berubah hati mereka. Kalau dia begitu indah sekali biarlah kami menolongmu mencarinya (Akedath Yitschak, Metsudath David, Malbim). Sama seperti itu bangsa-bangsa lain telah mengejek Israel: Di manakah Tuhanmu untuk menolongmu? (Midrash). Maka teks ini boleh dianggap berupa ejekan. Yehuda mengejek Jemaat kerana iman Mesianiknya. Perempuan Sulam memberi jawapan untuk mengelak.

 

2 Kekasihku telah turun ke kebunnya, ke bedeng rempah-rempah untuk menggembalakan domba dalam kebun dan memetik bunga bakung. 3 Aku kepunyaan kekasihku, dan kepunyaanku kekasihku, yang menggembalakan domba di tengah-tengah bunga bakung.

 

Jawapannya dikatakan bersifat mengelak. Jawapan kepada sikap biasa Yehuda apabila Mesias tidak ada di sini sebagai Mesias raja dan pemerintah. Ini masalah yang sama yang kita saksikan sewaktu pelayanan Mesias dan sebab kenapa dia ditolak pada kali pertama. Jawapannya difahami sebagai dia mungkin telah pergi ke tempat yang sering dikunjunginya, mengumpul karangan bunga seperti biasa (Daath Mikra). Tempat biasa Mesias sebagai Malaikat Yehovah di kepala bangsa (Zakharia 12:8) adalah sebagai elohim Israel (Zakharia 12:8; Mazmur 45:6-7; Ibrani 1:8-9) dan pelindungnya.

 

Jawapan mengelak itu dipercayai dibuat kerana puteri-puteri Yerusalem cuba mengalihkan kasih sayangnya dari kekasihnya. Ini ialah masalah berterusan Jemaat dengan Judaisme serta semua yang mengingini suatu sistem Judaik dan mengabaikan teks Perjanjian Baru. Kehilangan kekasih itu hanya menjadikannya lebih sukar lagi. Elemen-elemen dramatik yang dinyatakan dalam bab ini bertujuan untuk memberi kesatuan dan pergerakan kepada puisi itu (Daath Mikra). Pengertian sebenar bahawa Mesias terpaksa pergi dan kembali dalam lingkungan tanda Yunus tidak boleh dinyatakan dalam rahsia Tuhan.

 

Ketaatan perempuan Sulam ini tidak berkurangan. Istilah menggembalakan domba di tengah-tengah bunga bakung dianggap bermakna bahawa mereka tidak harus mencari. Ini ialah tanggungjawab perempuan Sulam seorang. Komentar-komentar berpendapat bahawa apa yang disebut sekarang berpunca dari rasa iri hati. Perempuan ini dipercayai berasa khuatir bahawa dia telah membangkitkan perasaan ingin tahu pada mereka dengan memuji kekasihnya itu. Metsudath david berpendapat bahawa dia berkata begitu kerana takut kehilangan kekasihnya. Sebaliknya, ini ialah kesaksian terhadap keimanan umat pilihan. Bagaimanapun dia mencatatkan istilah ini sebagai bermakna Sama seperti aku masih setia kepadanya, dia juga masih setia kepadaku. Dia ‘menggembala di tengah-tengah bunga bakung.’ Dia pergi untuk membawa bunga bakung dari kebunnya untukku (Metsudath David). Akedath Yitschak dan Metsudath David dicatatkan oleh Soncino sebagai berpendapat seperti berikut:

Sesudah mendengar kata-kata senang gadis itu dalam pujiannya yang tak terhingga untuk kekasihnya, dan setelah menyaksikan sakit asmaranya kerana ketiadaan kekasihnya dan bagaimana dosanya ditebus, kekasihnya kembali dan mengesahkan kata-kata kaum wanita istana yang memuji daya tarikan gadis itu.

 

Hal penting untuk diperhatikan, adalah bahawa para komentator memperhatikan di sini bahawa penebusan dosa perempuan Sulam ini sudahpun berlaku. Ini khususnya suatu fungsi Mesias. Justeru para komentator, sekurang-kurangnya Akedath Yitschak dan Metsudath David, seharusnya tahu bahawa teks ini bersifat Mesianik. Mungkin kebanyakannya, kalau tidak semuanya, tahu hal ini. Kita sudah berada di ambang penyembunyian kebenaran yang disengajakan yang dilakukan terhadap bangsa Yehuda oleh ahli-ahli Taurat (lihat juga karya Mengukur Bait Suci).

 

4 Cantik engkau, manisku, seperti kota Tirza, juita seperti Yerusalem, dahsyat seperti bala tentara dengan panji-panjinya. 5 Palingkanlah matamu dari padaku, sebab aku menjadi bingung karenanya. Rambutmu bagaikan kawanan kambing yang bergelombang turun dari Gilead. 6 Gigimu bagaikan kawanan domba, yang keluar dari tempat pembasuhan, yang beranak kembar semuanya, yang tak beranak tak ada. 7 Bagaikan belahan buah delima pelipismu di balik telekungmu.

 

Komen-komen ini kini menyatakan pujian sebelum beralih kepada kawanan kambing dari Gilead dan juga buah delima dan gigi. Sekali lagi umat pilihan dipuji kerana kemurnian iman mereka serta kesatuan maksud mereka. Terdapat satu lagi ujian di sini selama sejarah Jemaat. Sewaktu sejarah Jemaat di Eropah terdapat usaha bersama untuk menghancurkan Jemaat di Eropah timur oleh golongan Ashkenazi, dan Jemaat telah dicerobohi dan dikurangkan. Inilah apa yang disebut lazimnya sebagai era Tiatira.

 

Komen dalam ayat 4 berkaitan dengan Tirza. Komentar-komentar mendakwa bahawa raja yang kini berbicara dengannya (lihat Soncino). Tirza merupakan sebuah kota lama Kanaan (Yosua 12:24). Kota ini masyhur kerana keindahannya dan terkenal sebagai kediaman raja-raja Israel sesudah pemberontakan Yerobeam. Soncino berkata bahawa kota ini mungkin dikaitkan di sini dengan Yerusalem, dan bukannya Samaria ibu kota kerajaan utara, kerana reputasi jahat Samaria pada zaman Nehemia. Tirza mengekalkan keistimewaannya sebagai kediaman raja sehingga zaman Omri, yang membina Samaria (1 Raja-raja 16:15 dan seterusnya). Kota ini sangat indah, seperti yang ditunjukkan oleh nama Ibraninya, yang bererti ‘menyenangkan’ (Metsudath David). Justeru kata-kata Midrash, yang diikuit oleh para komentator Yahudi: ‘Engkau (Israel) indah bilamana engkau melakukan perbuatan yang menyenangkan Aku.’ (Soncino)

 

Dengan itu terdapat pengesahan jelas bahawa keindahan dihubungkan dengan ketaatan kepada firman Tuhan. Perbezaan bahagian berikut teks ini iaitu dahsyat seperti bala tentara dengan panji-panjinya merupakan perbandingan langsung dengan Amsal 7:26. Kuasa seorang perempuan yang mengghairahkan dibandingkan dengan kuasa bala tentera. Di sini umat pilihan melalui ketetapannya juga sama dahsyat seperti bala tentera (juga Metsudath David).

 

Komen-komen itu ialah ulangan pujian yang sudah diberikan, mengapa pula dia menginginkan pujian dari pihak yang kurang baik? Komen palingkanlah matamu dari padaku, sebab aku menjadi bingung karenanya kelihatan seperti rayuan yang pelik.

 

Teks berikutnya dari ayat 8 seterusnya dianggap merujuk kepada pengumuman seseorang, yang dianggap kekasih itu.

 

8 Permaisuri ada enam puluh, selir delapan puluh, dan dara-dara tak terbilang banyaknya. 9 Tetapi dialah satu-satunya merpatiku, idam-idamanku, satu-satunya anak ibunya, anak kesayangan bagi yang melahirkannya; puteri-puteri melihatnya dan menyebutnya bahagia, permaisuri-permaisuri dan selir-selir memujinya. 10 "Siapakah dia yang muncul laksana fajar merekah, indah bagaikan bulan purnama, bercahaya bagaikan surya, dahsyat seperti bala tentara dengan panji-panjinya?"

 

Soncino berkata:

Dia menghampiri puteri-puteri Yerusalem dan mengumumkan, ‘Salomo memiliki harem perempuan cantik, enam puluh permaisuri, dan selir delapan puluh dan dara-dara yang tak terbilang banyaknya. Mengapa dia mesti menahan kekasihku melawan kehendaknya? (Malbim).

 

Malbim kemudiannya menyatakan bahawa dialah satu-satunya bermakna: Bagiku, dialah satu-satunya. Lagipun, dialah satu-satunya anak ibunya. Dia berpendapat bahawa semua puteri menyebutnya bahagia, semua permaisuri dan selir memujinya meskipun bersaing dengannya.

 

Pujian dalam ayat 10 dianggap diucapkan kekasihnya yang menyebut pujian wanita-wanita itu ketika mereka mula-mula melihat perempuan itu (Metsudath David, Malbim). Pujian ini merujuk kepada aspek-aspek umat pilihan dalam hubungan mereka dengan Mesias pada pemulihan nanti. Pada waktu itu barulah keunggulan sepenuhnya umat pilihan diketahui. Perempuan ini berselubungkan matahari dan bulan dan bintang-bintang (Wahyu 12:1). Dialah bintang timur/fajar.

 

 11 Ke kebun kenari aku turun melihat kuntum-kuntum di lembah, melihat apakah pohon anggur berkuncup dan pohon-pohon delima berbunga. 12 Tak sadar diri aku; kerinduanku menempatkan aku di atas kereta orang bangsawan. (KJV)

 

11  I went down into the garden of nuts to see the fruits of the valley, and to see whether the vine flourished, and the pomegranates budded. 12 Or ever I was aware, my soul made me like the chariots of Amminadib. (KJV)

 

Gadis ini dianggap memberi alasan untuk melarikan diri dari istana Salomo. Dia menuntut secara lurus, ‘Ke kebun kenari (garden of nuts, kacang) aku turun dsb’. (Malbim). Bagaimanapun, nampaknya si kekasih yang berkata-kata di sini. Dia bercakap tentang aktiviti-aktivitinya. Midrash mengibaratkan Israel seperti kacang. Sama seperti kulit kacang, apabila jatuh ke dalam lumpur, melindungi intinya daripada menjadi kotor, begitu juga Israel telah mengekalkan kemurniannya apabila dihamburkan di kalangan bangsa-bangsa. Justeru kita perhatikan bahawa Midrash memahami segala itu ialah aktiviti-aktiviti Mesias. Dia pergi untuk melihat tumbuhan hijau lembah dan untuk melihat sama ada anggur sudah berkuncup. Simbolisme ini jelas menggambarkan Israel dalam penghamburannya. Kebun anggur Tuhan Semesta Alam ialah seluruh keluarga Israel dan bangsa Yehuda, tanaman kegemaranNya (Yesaya 5:7). Mesias melakukan pekerjaan Bapanya.

 

Maknanya mungkin tidak jelas sepenuhnya dari teks KJV yang, seperti LXX, memperlakukan kata-kata orang bangsawan sebagai kata nama khas ammi nadib. Rashi berkata yad bukanlah akhiran kata tetapi akhiran puitis. Dia menterjemah: “ ‘Kerinduanku (jiwaku) menempatkan aku di atas kereta raja asing,’ iaitu Aku dengan tidak rela mengenakan kuk asing pada diriku sendiri. Begitulah perasaannya di istana di tengah-tengah mereka, janggal rasanya”. Ayat 12 dalam Soncino berkata:

Sebelum aku menyedarinya, kerinduanku (jiwaku) menempatkan aku di atas kereta orang bangsawan.

 

Soncino berkata:

ini ayat yang sukar. Perempuan ini menarik balik pernyataannya sebelum itu dan menyatakan ‘Sememangnya aku tidak tahu mengapa aku melarikan diri dari kediaman raja. Jiwaku, iaitu kekasihku, jiwaku dan kehidupanku, menggerakkan aku seperti kereta kepada orang bangsawan bangsaku, hingga aku tidak lagi terkurung tetapi bebas (Malbim).

 

Di sini adalah konsep bahawa Jemaat ditempatkan oleh kekasihnya di kalangan orang terpilih Israel agar Jemaat tidak lagi terkurung. Itulah maksud Mesias ketika dia menyatakan bahawa Kerajaan Tuhan diberikan kepada umat yang menunjukkan buah-buah Kerajaan itu (Matius 21:33-43). Justeru umat yang menunjukkan buah-buah itu juga berada dalam Israel. Jiwa Jemaat di sini dianggap sebagai orang yang dikasihi itu. Namun begitu, Roh Kudus ialah mekanisme untuk perkara ini berlaku. Jadi aktiviti Mesias dalam umat pilihan melalui Roh Kudus dilihat dari Kidung ini.

 

Bab 7

Fasa berikutnya adalah dari Bab 7. Terdapat perbezaan dalam terjemahan-terjemahan 7:1,2 dan seterusnya.

 

Soncino memulakan teks ini sebagai:

  1. Kembalilah, kembalilah, ya gadis Sulam, kembalilah, kembalilah, supaya kami dapat melihat engkau! Mengapa kamu senang melihat gadis Sulam itu seperti melihat tari-tarian perang?
  2. Betapa indah langkah-langkahmu dengan sandal-sandal itu, puteri yang berwatak luhur! Lengkung pinggangmu bagaikan perhiasan, karya tangan seniman.

 

Teks ayat 1 ini dipercayai bermakna bahawa selepas menyatakan kepada puteri-puteri Yerusalem akan maksudnya untuk kembali kepada umatnya dan kepada kekasihnya, mereka merayu kepadanya untuk pulang ke mahligai Salomo dan mereka akan melimpahkan penghormatan padanya (Malbim).

 

Pertanyaan ‘kehormatan apakah yang akan kamu limpahi pada gadis Sulam?’ dipercayai Malbim sebagai pertanyaan yang ditanyanya mereka. Sejarah Sunem sudah diberi di atas. Sunem ialah sebuah kampung di lembah Esdraelon tiga setengah batu di utara Yizreel, di sebelah barat tempat yang dipanggil “Little Hermon” (Hermon kecil). Ini terletak di Isakhar di tempat di mana orang Filistin berkhemah sebelum pertempuran akhir Saul (1 Samuel 28:4). Abisag berasal dari sini dan Elisa pernah tinggal di situ (2 Raja-raja 4:8).

 

Pujian gadis Sulam atau Sunem ini dipersoalkan olehnya. Pujian dari orang selain kekasihnya adalah tidak penting. Teks seperti melihat tari-tarian perang (as it were a dance of two companies, seperti tarian dua rombongan perang) dituliskan oleh Malbim sebagai ‘sebab aku dikepung dua rombongan’ iaitu Aku terkurung pada semua sisi. Mereka yang lain menafsirkan ini sebagai suatu rayuan kekasihnya untuk kembali kepadanya. Gadis ini kemudiannya menjawab permintaan kekasihnya itu menurut dua kalimat terakhir ayat ini, yang bererti ‘Apa lagi yang kamu lihat dan puji dalam seseorang yang sudah dipuji rombongan orang?’ (Akedath Yitschak). Makna paling mungkin adalah bahawa gadis Sulam ini ialah kumpulan dengan dua rombongan. Rombongan pertama ialah 144,000. Rombongan kedua ialah kumpulan besar orang banyak yang mengelilingi Mesias dan menghadiri jamuan perkahwinannya. Penjelasan yang ada sangat tidak memuaskan tentang teks ini. Sememangnya teks ini tidak muncul dalam KJV atau RSV sebagai Bab 7:1 (teks ini dipindah kepada 6:13). Teks ini terdapat dalam Teks Masoretik dan muncul dalam Greens Interlinear dalam teks utama tetapi dipindahkan dalam teks dibenarkan yang mengiringi. Greens menterjemahkan teks itu sebagai:

Kembalilah, kembalilah, ya gadis Sulam, kembalilah, kembalilah, supaya kami dapat menatap engkau! Apakah yang kamu lihat pada gadis Sulam? Seperti tarian dua khemah tentera.

 

Konsepnya jelas bahawa gadis Sulam ini dilihat sebagai tarian dua khemah tentera. Entah bagaimana, bala tentera Tuhan yang hidup dilambangkan oleh keunggulan gadis Sulam ini. Mengapakah ayat ini dipindahkan sedangkan ia sangat penting untuk teks itu?

 

KJV dan RSV memulakan Bab itu dengan ayat 2 sebagai ayat 1. Dalam Oxford Annotated RSV, teksnya berbunyi: Betapa indah langkah-langkahmu dengan sandal-sandal itu, puteri yang berwatak luhur!

 

Kidung Agung 7:1[2]-13[14]

 

1 Betapa indah langkah-langkahmu dengan sandal-sandal itu, puteri yang berwatak luhur! Lengkung pinggangmu bagaikan perhiasan, karya tangan seniman.

 

Terdapat dua pandangan untuk teks ini. Malbim menganggap bahawa jika puteri-puteri Yerusalem yang berbicara dengannya, maka apa yang mereka katakan ialah Langkah-langkahmu (kakimu) indah dengan sandal-sandal yang engkau pakai di dalam mahligai Salomo, dan tidak begitu jika kamu isteri berkaki ayam kepada seorang gembala yang biasa.

 

Akedath Yitschak menjelaskan bahawa kekasihnya memujinya sesudah berkahwin dengannya dan mengadakan hubungan dengannya. (Rashi menulis teks ini: tempat-tempat rahsia pinggangmu.) Itulah perbezaan antara keintiman ungkapan-ungkapan ini dengan ungkapan dalam 4:1-5. Gambaran seniman itu dipercayai merujuk kepada si kekasih (dari Metsudath David). Bagaimanapun, Malbim nampaknya terlepas maksud ketrampilan Tuhan dalam proses itu (Mazmur 139:13-18) yang juga berkaitan dengan penentuan dari semula (Roma 8:29-30) dan berpendapat teks ini bermakna hanya jika kakimu dihiasi batu-batu permata, karya tangan seniman, seperti di mahligai Salomo, dan tidak begitu jika kamu menjadi isteri seorang gembala miskin (Soncino).

 

Soncino berpendapat istilah puteri mungkin lebih baik sebagai “Wanita bangsawan”. Bath nadib bermakna keturunan keluarga bangsawan, tetapi juga mungkin bererti pemilik sifat yang mulia. Gadis Sulam ini dilahirkan semula demi memasuki Kerajaan Tuhan (Yohanes 3:3). Penyempurnaan perwatakan yang benar dan kudus adalah tujuan proses tersebut, dalam takut akan Tuhan (2 Korintus 7:1). Kristus disempurnakan pada hari ketiga (Lukas 13:32).

 

Umat pilihan atau orang-orang kudus disempurnakan untuk selamanya (Ibrani 10:14; Efesus 4:13) dan kasih Tuhan disempurnakan dalam mereka (1 Yohanes 2:5; 4:12). Inilah tujuan penyempurnaan Rumah Tuhan (2Tawarikh 8:16).

 

2 Pusarmu seperti cawan yang bulat, yang tak kekurangan anggur campur. Perutmu timbunan gandum, berpagar bunga-bunga bakung.

 

Soncino menulisnya yang tak kekurangan anggur campur. Rujukan kepada cawan yang bulat adalah penting. Perkataannya dalam Ibrani ialah agan hasahar, secara literalnya ‘mangkuk bulat’ (Soncino). ‘Terdapat tempat-tempat di mana bulan dipanggil sahara. Sahara merupakan suatu kiasan kepada Sanhedrin yang duduk dalam baris separuh bulat, seperti separuh bulan, dan bentuk ini juga ialah bentuk tempat pengirikan’ (Midrash).

 

Justeru teks ini merujuk kepada penempatan sidang yang membayangi sidang dalam Wahyu 4:1 hingga 5:14. Sanhedrin, seperti juga sidang keimamatan, ialah bayangan sidang syurgawi, yang melayani tempat kudus syurgawi (Ibrani 8:4-5). Cawan bulat ini juga mungkin mempunyai kaitan dengan apa yang disebut sebagai cawan emas yang penuh dengan kemenyan iaitu doa-doa orang kudus dalam Wahyu 5:8. Penggantian Sanhedrin oleh sidang tujuh puluh [dua] (Lukas 10:1,17) dicerminkan di sini dalam simbolisme kekasih itu. Anggur campuran dipercayai menjadi amalan orang purba untuk menjadikan anggur (wain) lebih ringan (Metsudath Zion). Teks itu mungkin membayangi Hikmat dari Amsal 9:1-5. Hikmat di sini merujuk kepada Roh Kudus yang mengutus pelayan-pelayan perempuannya iaitu Jemaat. Kita juga lihat anggur bercampur mur diberikan kepada Kristus pada penyalibannya namun dia tidak meminumnya (Markus 15:23).

 

Di Syria, kulit yang sempurna mempunyai warna gandum yang sudah diirik dan ditampi (Soncino). Metsudath David menganggap ini merujuk kepada wangi badan gadis ini. Isaiah da Trani dan Ibn Ezra menggambarkannya sebagai gambaran bahagian perutnya, lebar di bawah dan sempit di atas. Gandum disebutkan kerana tuaian gandum ialah tuaian Pentakosta yang melambangkan tuaian gadis Sulam itu, iaitu jemaat. Pemasangan pagar duri di sekeliling gandum melindunginya dari lembu sapi. Para rabbi menafsirkan ini dari segi ilmiah sebagai pujian untuk Israel, supaya mereka tidak melanggar larangan-larangan agama walaupun mereka dipagari perlindungan ringan, dan dibandingkan dengan bunga bakung (Soncino). Justeru para rabbi menafsirkan ini sebagai tembok di sekeliling Torah (Taurat). Bagaimanapun ini adalah perlindungan Israel melalui Roh.

 

3 Seperti dua anak rusa buah dadamu, seperti anak kembar kijang.

 

Bandingkan dengan 4:5 di mana gembala itu menggunakan istilah-istilah yang sama.

 

4 Lehermu bagaikan menara gading, matamu bagaikan telaga di Hesybon, dekat pintu gerbang Batrabim; hidungmu seperti menara di gunung Libanon, yang menghadap ke kota Damsyik.

 

Simbolisme menara telah dikaji juga berkaitan dengan bala tentera Tuhan. Tubuh digambarkan di atas sebagai tarian dua rombongan (tentera).

 

5 Kepalamu seperti bukit Karmel, rambut kepalamu merah lembayung; seorang raja tertawan dalam kepang-kepangnya.

 

Hesybon ialah ibu kota purba Sihon raja orang Amori, terletak dua puluh batu di timur tempat Yordan memasuki Laut Mati (Asin). Pada mulanya kota ini ialah sebuah kota Moab (Bilangan 21:25), dan kemudiannya dimiliki oleh orang Amori (Yosua 9:10). Musa mula-mula memberikannya kepada Ruben dan kemudian kepada Gad. Seperti yang dicatatkan Soncino, kota ini berpindah milik antara orang Israel dan orang Moab beberapa kali. Selama beberapa tahun kota ini menjadi kemegahan Moab. Kota in terkenal kerana kesuburannya dan kawasan sekelilingnya yang subur yang mempunyai waduk atau telaga air. Justeru kedamaian dan keindahan telaga Hesybon (Isaiah da Trani, Daath Mikra).

 

Istilah dekat pintu gerbang Batrabim dipercayai adalah sama ada kata nama khas (Metsudath David) atau ‘pintu gerbang kota yang banyak penduduknya’. Pintu gerbang merupakan tempat penghakiman dan tumpuan atau tempat perhimpunan penduduk (lihat juga Rashi).

 

Batrabim adalah gabungan dua perkataan, SHD 1337 dan SHD 7227. SHD 1337 dianggap Strong sebagai Bath rabbiym yang diperolehi dari 1323 yang bermakna anak perempuan dan bentuk jamak maskulin (lelaki) dari 7227 yang bermakna anak perempuan (atau kota) Raba. 7227 rab bererti berlimpahan (dari segi jumlah banyak, mutu, ukuran, umur, bilangan atau pangkat). Jadi ini bermakna berlimpah-limpah, panglima, penatua, agung dan sebagainya, banyak, guru, perwira perkasa, raja dan sebagainya (lihat Strong untuk penggunaannya). Perkataan yang sama terdapat di SHD 7228 di mana ia juga digunakan sebagai pemanah. Perkataannya dalam Kasdim (7229) ialah perkataan yang sama dan bermakna panglima, kepala, agung, tuan, perwira dan juga kuat. Justeru maksud kata-kata itu ialah pintu gerbang kota Tuhan.

 

Teks hidungmu seperti menara di gunung Libanon adalah rumit. Rashi berkata “Sejak bilakah hidung tertonjol menjadi tanda kecantikan”. Perkataan yang diterjemah sebagai hidung dikatakan diperolehi dari SHD 639 ‘aph. Ini diperolehi dari SHD 599 ‘anaph iaitu akar kata utama yang bererti bernafas kuat atau marah sekali, jadi 639 boleh bermakna hidung atau cuping hidung, jadi bererti muka atau kadangkala seseorang.

 

Ini juga bererti, dari pernafasan cepat penuh yang penuh perasaan, kemarahan atau kemurkaan. Perkataan ini juga ialah SHD 637 ‘aph iaitu partikel utama yang bermakna penaikan, juga atau ya. Dalam bahasa Kasdim perkataannya sama dan juga bererti juga. Justeru perkataan ini mempunyai maksud penaikanmu atau pengesahanmu atau penerimaanmu yang juga digunakan untuk hidung, dan kerana itu, sebagai mainan kata, disamakan dengan menara Libanon. Justeru kita kembali kepada benteng umat pilihan. Komentar-komentar menghadapi kesukaran dengan teks ini dan Soncino berkata:

Oleh itu, perkataan appech diertikan sebagai ‘wajahmu.’ Nampaknya perbandingannya adalah antara hidung yang baik ukurannya dengan menara menonjol yang cantik (Isaiah da Trani, Metsudath David).

 

Ini mengelak persoalan tentang maksud rumit teks itu dan kemungkinannya yang banyak.

 

Kepalamu seperti bukit Karmel dipercayai seperti puncak Karmel yang menghadap laut di Barat Laut Palestin (Isaiah da Trani). Takdir Karmel dikaitkan dengan pembinasaan dan kemuliaan Tuhan (Yesaya 33:9; 35:1-2). Mesias disamakan seperti Karmel (Yeremia 46:18) apabila dia diutus oleh Tuhan Semesta Alam. Israel akan makan di atas Karmel dan Basan, Efraim dan Gilead pada waktu pemulihan nanti (Yeremia 50:19). Rambut merah lembayung dan raja yang tertawan dalam kepang-kepangnya diertikan sebagai:

Sesuatu yang biasa bagi puisi setiap zaman dan tempat ialah idea kekasih yang tertawan dalam kepang-kepang seorang perempuan. Seperti bulu kelopak matanya, ikal kecil digambarkan sebagai ‘jaring cinta’ [lihat Amsal 6:25] (Malbim; Soncino).

 

Penerapan warna merah lembayung kepada rambut dan penawanan raja juga mempunyai konotasi bahawa raja sendiri menjadi taklukan gadis Sulam yang ingin dikurungnya. Kedudukan raja umat pilihan sebagai raja dan imam diperhatikan oleh sidang tua-tua dalam Wahyu 5:10. RSV menuliskan kerajaan bukan raja namun mereka akan menjadi raja-raja dan imam-imam Tuhan.

 

6 Betapa cantik, betapa jelita engkau, hai tercinta di antara segala yang disenangi. 7 Sosok tubuhmu seumpama pohon korma dan buah dadamu gugusannya.

 

Pujian kini beralih daripada aspek-aspek individu tubuh kepada keseluruhan gadis Sulam (lihat juga Rashi). Soncino berpendapat bahawa raja membuat usaha terakhir untuk cinta gadis Sulam ini. Gadis ini berpakaian mahal, sesuai dengan kehadirannya di hadapan raja dan “dia menyebabkan pelamar itu lebih terpesona lagi dengannya.” (Soncino).

 

Sekali lagi gadis itu menolak perhatiannya ke samping dan memberi tumpuan pada kekasihnya. Raja tiada pilihan selain menarik diri dan meninggalkannya untuk bersatu dengan kekasihnya (lihat Malbim; Soncino)

 

Di sini cubaan akhir dibuat untuk menggoda pengantin perempuan itu daripada ketaatannya terhadap Mesias kepada sistem duniawi. Masalah-masalah dengan pertaubatan Yehuda dan jemaat Iblis juga disebutkan dalam Wahyu 2:9. Ini jelas sebagaimana yang sudah kita lihat daripada Jemaat Smirna namun kita akan saksikan lagi pertempuran ini pada zaman akhir.

 

Rujukan pohon korma merupakan rujukan purba. Pohon korma ini dirujuk daripada keluaran. Terdapat dua belas mata air dan tujuh puluh pohon korma di Elim (Keluaran 15:27).

 

Air di Mara dapat diminum dengan sepotong kayu. In ialah Mesias. Dua belas mata air itu merujuk kepada dua belas rasul dan tujuh puluh pohon korma merujuk kepada sidang tujuh puluh. Pada mulanya sidang ini ialah Sanhedrin di bawah dua belas hakim namun itu membayangkan para rasul dan umat pilihan. Istilah Elim atau Eliym juga bermakna tuhan. Beni Eliym ialah anak-anak Tuhan (lihat DSS berkenaan Ulangan 32:8).

 

Daripada air Meriba perintah untuk memelihara hukum diberikan sehubungan dengan berkat dan kutukan (Keluaran 15:25b-26).

 

8 Kataku: "Aku ingin memanjat pohon korma itu dan memegang gugusan-gugusannya Kiranya buah dadamu seperti gugusan anggur dan nafas hidungmu seperti buah apel.

 

Pemanjatan pohon korma itu dianggap Malbim menunjukkan apa yang raja itu sanggup lakukan untuk mendapatkan cinta kasih gadis Sulam itu.

 

9 Kata-katamu manis bagaikan anggur!" Ya, anggur itu mengalir kepada kekasihku dengan tak putus-putusnya, melimpah ke bibir orang-orang yang sedang tidur!

 

Kata-katanya dianggap lebih manis daripada anggur terbaik (Metsudath David). Anggur sebagai darah Anak Domba ialah pesan kitab injil. Terdapat juga perbandingan dengan Amsal 23:31.

 

Wain (anggur) dipercayai menyebabkan tidur nyenyak dan juga melepaskan bibir yang senyap. Kata-kata yang membangkitkan perasaan senang dianggap sebagai maksud teks ini (Metsudath David).

 

Kini penolakan terhadap raja adalah muktamad. Iblis tidak dapat menang menentang Jemaat.

 

10 Kepunyaan kekasihku aku, kepadaku gairahnya tertuju. 11 Mari, kekasihku, kita pergi ke padang, bermalam di antara bunga-bunga pacar! 12 Mari, kita pergi pagi-pagi ke kebun anggur dan melihat apakah pohon anggur sudah berkuncup, apakah sudah mekar bunganya, apakah pohon-pohon delima sudah berbunga! Di sanalah aku akan memberikan cintaku kepadamu!

 

Gadis ini mengumumkan bahawa dia adalah milik kekasihnya dan kepadanya gairah kekasihnya tertuju. Tiada yang dapat memisahkannya daripada satu-satunya kekasihnya (Metsudath David). Dia kemudiannya memanggil kekasihnya untuk pergi ke padang dan bermalam di antara bunga-bunga pacar. Ada yang menulis kefarim (daripada SHD 3723 kaphar) sebagai ‘bunga-bunga pacar’ seperti dalam 4:13. Kaphar ialah sebuah kampung yang dilindungi tembok. Perkataan ini datang dari usul menutup (lihat juga SHD 3724 kopher).  Maka ini sebuah kampung yang ditutup, dan khususnya bitumen sebagai tutup atau lapisan, dan juga tumbuhan pacar yang digunakan untuk mencelup. Dari segi kiasan, ini bermakna harga tebusan dan inilah maksudnya yang dibayangkan di sini yang juga dibayangkan dalam 4:13. Perkataan ini, khususnya 3724, boleh bererti sogok, bunga pacar, pakal, wang tebusan, kepuasan, sejumlah wang dan sebuah kampung. Permainan kata yang rumit ini menunjukkan penebusan Mesias untuk kekasih yang kemudiannya membantu dalam penebusan umat pilihan bersama-sama dengannya.

 

Malbim berpendapat bahawa dia muncul lagi, dan mendesak mereka untuk meninggalkan istana dan pergi ke tempat pertemuan mereka yang sebelumnya di padang. Simbolismenya adalah bahawa Mesias mendesak Jemaat untuk pergi awal-awal ke kebun anggur dan menjaga pohon anggur. Pohon anggur harus diperiksa untuk memastikan sama ada pohonnya menghasilkan buah yang baik. Perkataan Semadar, seperti yang dikaji dalam 2:13, penting di sini. Umat pilihan sedang tampil ke depan dan peristiwa ini sangat penting serta merupakan lanjutan proses yang bebas dari campur tangan puteri-puteri Yerusalem dan raja dunia ini. Undangan Kerajaan telahpun diluaskan ke padang dan kampung-kampung kerana tetamu-tetamu undangan tidak datang. Tetamu undangan kali kedua ialah mereka yang akhirnya menghasilkan buah Kerajaan Tuhan.

 

13 Semerbak bau buah dudaim; dekat pintu kita ada pelbagai buah-buah yang lezat, yang telah lama dan yang baru saja dipetik. Itu telah kusimpan bagimu, kekasihku! (KJV)

 

Buah dudaim dipercayai ialah perangsang nafsu berahi (sebahagiannya kerana bentuknya) dan berupaya membangkitkan cinta kasih (lihat Kejadian 30:14 dan seterusnya). Nama Ibrani tumbuhan ini ialah dudaim. Perkataan ini berhubungan dengan perkataan dodim atau kasih (Kimchi). Rashi menulisnya sebagai bakul buah ara. Konsep ini membawa kepada kiasan buah ara baik/buah ara jelek dari Yeremia 24:1-10. Justeru bangsa itu dipisahkan kepada dua kumpulan. Ini juga akan terjadi pada zaman akhir.

 

Baru dan lama dituliskan Malbim sebagai “ ‘Baru yang seperti lama, Kasihku telahku simpan untukmu’. Buah baru yang berharga itu kelihatan seperti buah lama kerana kita sudah kenyang dengannya. Namun begitu, kasih kita tidak akan menjadi tua” (Soncino). Rujukan ini dikembangkan ke dalam perumpamaan upah kerajaan (Matius 20:1-16). Yang akhir akan menjadi yang awal dan yang awal menjadi akhir. Ini juga diterapkan kepada pertaubatan Yehuda. Upah Yehuda sama seperti upah umat pilihan agar Yerusalem dan keluarga raja (umat pilihan) tidak dapat mengagungkan diri mereka terhadap Yehuda. Pada waktu itu mereka yang lemah akan menjadi seperti Daud dan Keluarga Daud (umat pilihan) akan menjadi elohim, sebagaimana malaikat Yehovah yang mengepalai mereka (lihat Zakharia 12:7-8). Dia yang menjadi kepala keluarga raja itu ialah elohim yang dikenal pasti pada Mazmur 45:6-7 sebagai elohim Israel yang diurapi oleh elohimnya. Ibrani 1:8-9 mengenal pasti elohim ini sebagai Mesias, justeru tidak dapat disangkal lagi bahawa Mesias ialah Malaikat Yehovah daripada teks ini.

 

Buah disimpan di dalam rak dan almari dan di atas ambang pintu di mana buah dibiarkan mengering serta tidak tercapai. Gadis Sulam meyakinkan si gembala bahawa dia sudah menyimpan buah untuk dinikmati dia seorang saja (Daath Mikra).

 

Bab 8

Kidung Agung 8:1-14 O, seandainya engkau saudaraku laki-laki, yang menyusu pada buah dada ibuku, akan kucium engkau bila kujumpai di luar, karena tak ada orang yang akan menghina aku!

 

Isaiah da Trani berpendapat bahawa gadis mengadu bahawa dia terpaksa meninggalkan rumah ibunya serta keluarganya untuk keluar ke kampung untuk menunjukkan kasih sayangnya untuk kekasihnya. Dia teringin kekasihnya seperti saudaranya laki-laki, agar mereka dapat menunjukkan kasih sayang terhadap sesama sendiri di khalayak ramai tanpa dipandang hina (Soncino). Jemaat sememangnya dipandang hina, kerana ia harus dibezakan daripada bangsa-bangsa dunia ini dalam hubungannya dengan Mesias.

 

Teks berikutnya akan kubimbing engkau dan seterusnya mempunyai konotasi bahawa sebagai saudara laki-laki, tiada sesiapa akan menyoal gadis ini tentang hal membawa kekasihnya ke rumahnya (Metsudath David). Maksudnya dua kali lipat. Perbezaan antara Jemaat dan Yehuda dalam hal pertama menyaksikan Jemaat dianiaya di Yehuda. Dalam hal kedua, Jemaat di kalangan bangsa bukan Yahudi juga menyaksikan serangan berat terhadap aspek-aspek Perjanjian Lama Jemaat. Serangan terhadap apa yang dianggap sebagai tradisi-tradisi hukum Yahudi dan Sabat juga menyaksikan Jemaat dianiaya di sana.

 

2 Akan kubimbing engkau dan kubawa ke rumah ibuku, (yang akan) mengajar aku. Akan kuberi kepadamu anggur yang harum untuk diminum, air buah delimaku.

 

2 I would lead thee, and bring thee into my mother's house, who would instruct me: I would cause thee to drink of spiced wine of the juice of my pomegranate.

 

Terjemahan untuk teks dalam KJV ini yang akan mengajar aku dituliskan dalam Soncino sebagai supaya engkau dapat mengajar aku. Ini mengikut Malbim. Bagaimanapun, Isaiah da Trani menulisnya supaya dia (she) dapat mengajar aku. Maksudnya dalam Ibrani boleh ditafsirkan sebagai maskulin (lelaki) persona kedua atau feminin (perempuan) persona ketiga. Justeru tafsiran ini bermakna ibunya akan mengajarnya rahsia cinta.

 

Air buah delima diterangkan oleh Soncino sebagai:

Asis ialah air buah beragi yang diperolehi daripada penghancuran buah dalam pemeras anggur. Dengan penambahan syerbet/serbat, ini ialah minuman penyejuk kegemaran di Timur. Dia menegaskan delimaku, iaitu apa yang dia sendiri telah sediakan untuknya.

 

3 Tangan kirinya ada di bawah kepalaku, tangan kanannya memeluk aku.

 

Teks ini mengulangi 2:6. Di sini kita lihat penantian untuk kedatangan kekasih.

 

4 Kusumpahi kamu, puteri-puteri Yerusalem: mengapa kamu membangkitkan dan menggerakkan cinta sebelum diingininya?

 

Perintah ini diulangi dari teks lebih awal yang mana pembangkitan cinta sebelum diingininya ialah rujukan kepada panggilan umat pilihan pada waktu yang ditentukan. Atas sebab inilah Kristus berfirman dalam perumpamaan supaya orang tidak akan memahaminya sehingga waktunya untuk mereka memasuki penghakiman. Kasih pertama penting dalam umat pilihan dan tidak patut diadakan sehingga waktu tepat yang ditentukan Tuhan, dan sebab itu sepatutnya tidak terhilang kerana silap waktu.

 

5 Siapakah dia yang muncul dari padang gurun, yang bersandar pada kekasihnya? --Di bawah pohon apel kubangunkan engkau, di sanalah ibumu telah mengandung engkau, di sanalah ia mengandung dan melahirkan engkau.

 

Soncino memperhatikan penjelasan Malbim.

 

Pasangan kekasih itu dilihat menghampiri, dan si pengarang bertanya, ‘Siapakah dia yang muncul dari padang gurun dsb.’ Lalu kekasih gadis menjawab, ‘di bawah pohon apel kubangunkan engkau.’ Pertama kali aku menemuimu engkau tidur di bawah pohon apel, dan aku membangunkan engkau, ‘Di sanalah ibumu telah mengandung engkau.’ iaitu, engkau sudah biasa berada di padang gurun, daripada di kota (Malbim).

 

Penerangan ini tidak mengulas tentang jawapan dan orang-orang terbabit. Di sini kekasih menjawab pertanyaan yang ditujukan kepada mereka. Kekasih mula-mula melihat orang yang bertanya itu di bawah pohon apel di mana ibu mereka mengandung mereka. Dalam kata lain kekasih itu sudah melihat semua ini sebelum mereka dilahirkan. Orang yang bertanya ialah puteri-puteri Yerusalem dan Israel sebenar. Mereka inilah keturunan perempuan yang dimaksudkan dalam Wahyu 12:1-17. Perempuan ini ialah bangsa dan Jemaat, yang melahirkan umat pilihan dan Mesias. Dia disebut dalam Kejadian 3:1-7. Malaikat Yehovah atau Yehovah Elohim ialah penjaga mereka di taman itu. Dialah hadirat atau rupa Tuhan (tiada seorangpun yang pernah melihat Tuhan (Yohanes 1:18; 1 Timotius 6:16). Dia melihat perempuan yang mengandung di bawah pohon apel itu. Hukuman ini dijatuhkan ke atas perempuan itu kerana masalah yang timbul dalam taman itu (Kejadian 3:16). Di sini kekasih itu mengumumkan dirinya sebagai Malaikat Yahovah (Yehovah) atau Yehovah Elohim dari Taman Eden.

 

Tafsiran berhubung makhluk yang mengandung itu ditafsirkan oleh Soncino sebagai ulangan puitis untuk yang terdahulu. Malbim menulisnya, ‘di situ dia yang mengandungmu telah dilahirkan.’ Bukan saja engkau lahir di padang gurun tetapi juga ibumu sendiri. Tafsiran ini perlu kerana maksud literalnya membuatkan kekasih ini seorang yang sangat tua dan menjadikan gambarannya tidak selaras. Hakikatnya, apa yang dimaksudkan ialah Mesias sebagai makhluk prajelmaan dan sebagai makhluk yang dibangkitkan. Pengakuan kemungkinan ini akan sekaligus mengutuk Yehuda dan justeru itu mesti dielakkan. Atas sebab ini jugalah padang gurun itu dikenal pasti sebagai lembah Esdraelon antara Yizreel dan Sulam yang dianggap Soncino sebagai tempat yang mereka harus lalui dalam perjalanan pulang mereka. Penerangan ini membangkitkan lebih banyak masalah daripada menyelesaikannya memandangkan nubuatan-nubuatan mengenai lembah Yizreel serta kedatangan Mesias.

 

Istilah bersandar pada kekasihnya secara literalnya ialah ‘bersatu, berhubungan, dengan kekasih’ (Rashi). Jemaat akhirnya akan bersatu dengan Mesias pada kedatangannya. Tuntutan yang diragukan juga dibuat bahawa di Timur Tengah kelahiran anak di kawasan terbuka adalah sesuatu yang biasa.

 

6 Taruhlah aku seperti meterai pada hatimu, seperti meterai pada lenganmu, karena cinta kuat seperti maut, kegairahan gigih seperti dunia orang mati, nyalanya adalah nyala api, seperti nyala api TUHAN! 7 Air yang banyak tak dapat memadamkan cinta, sungai-sungai tak dapat menghanyutkannya. Sekalipun orang memberi segala harta benda rumahnya untuk cinta, namun ia pasti akan dihina.

 

6 Set me as a seal upon thine heart, as a seal upon thine arm: for love is strong as death; jealousy is cruel as the grave: the coals thereof are coals of fire, which hath a most vehement flame. 7 Many waters cannot quench love, neither can the floods drown it: if a man would give all the substance of his house for love, it would utterly be condemned.

 

Gadis Sulam ingin sentiasa dekat kekasihnya dan tidak terpisah (Malbim). Dia merayu kepada kekasihnya untuk meletakkannya seperti meterai pada hatinya dan pada lengannya untuk melindunginya daripada raja (Malbim). Demikianlah Jemaat merayu kepada Mesias untuk perlindungan dalam fasa terakhir. Teks cinta kuat seperti maut dipercayai menunjukkan bahawa gadis Sulam telah membahayakan nyawanya untuk cinta kekasihnya (Malbim). Komen tentang kecemburuan (kegairahan gigih, jealousy) ditujukan kepada raja. Malbim berpendapat bahawa kecemburuan memperbudakkan seseorang sepenuhnya dalam kuasanya. Dia takut kalau-kalau raja kembali untuk membujuknya dan membawanya ke harem raja (Soncino). Nyalanya adalah nyala api, seperti nyala api TUHAN. Teks ini secara literalnya ialah nyala api Tuhan (Jah), iaitu nyala api yang besar (Isaiah da Trani, Metsudath David). Maksudnya, pertempurannya ialah pertempuran rohaniah. Raja itu ialah salah seorang dari bala tentera rohaniah. Kewibawaan serta kekuatannya diberikan pada mulanya oleh Jah atau Tuhan. Justeru dia lebih kuat dan gadis itu memerlukan perlindungan daripada nyala api kemurkaan cemburunya. Hanya Mesias saja yang dapat memberikan perlindungan sebegitu.

 

Ayat Air yang banyak tak dapat memadamkan cinta dipercayai adalah kemuncak Kitab ini, yang dengan penuh dramatis berkembang hingga ke puncak ini (Soncino). Malbim berpendapat bahawa tiada apa jua yang dapat menghancurkan cinta sejati yang timbul secara spontan daripada hati dan tidak dapat dibeli dengan harta raja seperti yang ditunjukkan oleh gadis ini.

 

Penggunaan istilah sungai dipercayai menyusul nyala api sebelumnya sebagai tamsil kebiasaan (Rashi, Metsudath David). Soncino berkata:

 

Ditafsirkan dari segi homiletik, ini diterapkan kepada bangsa-bangsa dunia yang tidak berjaya merampas kasih Tuhan daripada hati Israel sama ada dengan paksaan atau bujukan. Midrash menambah: ‘Kalaupun semua bangsa membuka simpanan harta mereka dan memberi wang mereka untuk satu perkataan Torah, mereka tidak akan berjaya. Semua pencobaan yang dijuntaikan di depan mata Hananya, Misael dan Azarya tidak berhasil.’

 

Penggunaannya ditemui berkaitan dengan keturunan perempuan itu sebagai sungai yang keluar dari mulut naga. Jemaat ialah Israel rohaniah. Yehuda hanya sebahagian daripada Israel fizikal. Seluruh Israel, fizikal dan rohani, ingin dibinasakan oleh naga itu, ilah dunia ini (2 Korintus 4:4) dan penguasa kerajaan angkasa (Efesus 2:2).

 

Keselamatan juga adalah milik bangsa bukan Yahudi dan dengan itu Midrash gagal. Kasih Tuhan tidak dapat dibeli; kasih ini pemberian gratis daripada Tuhan. Ini bukan hak istimewa Yehuda saja dan Torah bukanlah keseluruhan firman Tuhan. Tiada seorangpun yang memegang pandangan ini dapat memperolehi keselamatan sebagai sebahagian daripada umat pilihan.

 

Lapan ayat terakhir dipercayai mengandungi kenangan serta kemenangan gadis Sulam. Dia mengingatkan semua saudara laki-lakinya betapa tiada gunanya rasa takut mereka terhadap kemurniannya apabila dilanda pencobaan (Akedath Yitschak).

 

8 Kami mempunyai seorang adik perempuan, yang belum mempunyai buah dada. Apakah yang akan kami perbuat dengan adik perempuan kami pada hari ia dipinang?

 

Akedath Yitschak kemudiannya menganggap teks itu merujuk kepada gadis Sulam ketika dia masih muda dan belum membesar. Dia berpendapat bahawa apakah yang akan kami perbuat dengan adik perempuan kami merujuk kepada hari perkahwinannya. Mereka menetapkan bahawa rancangan mereka akan bergantung pada sifat murninya. Ketika mereka mula-mula membicarakan hal ini dia belum dewasa lagi. Komentar Yitschak ini menjadi dasar kepada komen-komen Soncino. Namun sememangnya ada satu lagi tafsiran. Tafsirannya adalah bahawa gadis yang dikasihi ini dan Mesias berbicara tentang adik perempuan yang belum dewasa lagi. Ini boleh juga ditafsirkan sebagai Yehuda yang dihalang daripada bertaubat sehingga zaman bangsa-bangsa bukan Yahudi tamat (iaitu 1995/96; lihat karya Kejatuhan Mesir: Nubuatan tentang Lengan-lengan Patah Firaun (No. 36)).

 

9 Bila ia tembok, akan kami dirikan atap perak di atasnya; bila ia pintu, akan kami palangi dia dengan palang kayu aras. 10 Aku adalah suatu tembok dan buah dadaku bagaikan menara. Dalam matanya ketika itu aku bagaikan orang yang telah mendapat kebahagiaan.

 

Teks ini nampaknya mengisahkan dua entiti, gadis Sulam dan seorang lain. Bagaimanapun tafsiran dibuat bahawa saudara-saudara laki-laki itu bercakap tentang dia dan kemudian dia menjadi dewasa. Mereka bercakap tentangnya sebagai seorang yang murni dan jika dia mampu menahan semua serangan terhadapnya maka mereka akan menyerahkannya untuk berkahwin dengan seorang yang layak (Akedath Yitschak). Justeru dia menuntut dirinya suatu tembok dan buah dadanya seperti menara. Kelebihannya ini menyebabkan kekasihnya, Mesias, berkenan padanya. Atap perak (istana perak KJV) dipercayai melambangkan lelaki yang mulia yang layak mempunyai isteri yang suci dan rendah hati (Akedath Yitschak).

 

Istilah bila ia pintu dianggap bererti seseorang yang mengalah kepada pencobaan memandangkan pintu dibuka kepada mereka yang mengetuk. Jika itulah maksudnya maka mereka pasti menyerahkannya kepada orang yang kurang berkaliber. Palang kayu aras dianggap merujuk kepada bilik loteng yang kecil, yang bermakna lelaki berkaliber rendah (Akedath Yitschak). Makna lainnya semestinya seperti yang dijelaskan lebih awal iaitu Mesias yang berdiri di pintu dan mengetuk. Ketiadaan komen lain menunjukkan dilema teks ini.

 

Jawapan aku adalah suatu tembok dipercayai merupakan jawapan kemenangan seorang yang tidak terkalah dan setia dalam penjagaan kehormatannya. Di manakah ganjaran yang engkau janjikan untukku? (Akedath Yitschak). Dia sudah cukup matang untuk perkahwinan memandangkan komen mengenai buah dadanya yang bagaikan menara (Isaiah da Trani). Menemui kedamaian dikaitkan oleh komentar-komentar sebagai keadaan saudara-saudara lelakinya apabila kemurniannya tidak tergugat. Pengertian sebenarnya iaitu kedamaian di bawah Mesias sebagai raja damai dan pemegang gelaran-gelaran Tuhan secara delegasi (Yesaya 9:6) tidak difahami.

 

Aspek paling penting terkandung dalam komentar Saadia Gaon. Menurut Soncino:

 

Saadia Gaon melihat ‘adik perempuan’ itu sebagai dua suku Yehuda dan Benyamin, bahagian kecil dari bangsa Israel.

 

Ini komentar paling penting untuk Kitab ini. Adik perempuan ini memang merupakan bangsa Yehuda dan Benyamin yang ditaubatkan menjadi sisa Israel pada zaman akhir. Bangsa yang menunjukkan buah-buahnya disertai oleh adik perempuan ini apabila cukup umurnya dan dia dapat berdiri bersama kakaknya Israel dengan Mesias pada kedatangan itu.

 

Soncino meneruskan dengan satu lagi komentar bermakna.

 

Apakah yang harus kita lakukan untuk adik perempuan kita. supaya kita tahu apa yang dititahkan Tuhan pada akhir seribu tahun lebih, yang bagiNya seperti sehari? Apakah yang dapat kita lakukan jika penebusan datang ketika mereka masih menderhaka dan akan memerlukan kedatangan Mesias bin Yusuf? Tuhan menjawab, ‘Bila ia tembok.’ Dalam kata lain bila mereka bertaubat, mereka tidak akan memerlukan Mesias bin Yusuf, tetapi Mesias bin Daud akan datang dan membangunkan semula Bait Suci. Bagaimanapun, jika mereka terus ingkar, mereka akan memerlukan Mesias bin Yusuf, yang akan mengumpulkan prajurit seperti aras, untuk berjuang bagi mereka. Israel menjawab, ‘Aku kuat dalam tradisi kitab para Nabi, dan semua guru serta sarjanaku dilindungi oleh kebenaran, pelajaran, dan doa mereka. Dengan itu aku tahu aku dapat mempercayai nubuatan-nubuatanNya dan menemui kedamaian.

 

Ini ialah teks paling genting sekali dalam komentar-komentar rabbinikal. Ini menunjukkan bahawa pihak berkuasa rabbinikal memang tahu terdapat dua Mesias. Pertama, Mesias imam ialah Mesias bin Yusuf, iaitu Yosua atau Yesus Kristus. Mesias raja atau Mesias bin Daud ialah Mesias yang akan datang. Yehuda menginginkan Mesias raja untuk melepaskannya daripada kuk Rom. Kidung Agung merupakan peringatan kepada Yehuda tentang kedatangan Mesias serta kegagalan suku-suku untuk bertaubat. Yehuda tahu ia harus bertaubat namun mempercayai tradisi-tradisinya, dan Mesias mengutuknya kerana itu dalam nama Tuhan. Skrol Laut Mati (Dead Sea Scrolls) menunjukkan bahawa sekurang-kurangnya beberapa orang Yahudi pada zaman Kristus memahami bahawa terdapat seorang Mesias dengan dua kedatangan. Kedua-duanya ialah Mesias yang sama (Perintah Damsyik (Damascus Rule) VII dan fragmen dari gua 4 (Vermes The Dead Sea Scrolls in English)). Justeru syarat untuk pertaubatan seperti yang dikhabarkan oleh Yohanes Pembaptis memang difahami oleh Yehuda, namun mereka tidak bertaubat. Syarat untuk keselamatan Mesias imam, tidak difahami oleh Yehuda. Pihak berkuasa rabbinikal nampaknya tidak memahami atau sekurang-kurangnya mengakui simbolisme korban-korban Pendamaian dan simbolisme dua jenis pakaian yang dipakai oleh Imam Besar pada hari Pendamaian. Bagaimanapun tidak diragukan bahawa pihak berkuasa itu tahu Kidung Agung ialah kisah cinta Mesias dan Jemaat serta membabitkan pertaubatan Yehuda dan Benyamin apabila mereka cukup umur. Dalam kata lain apabila kekerasan hati mereka dilenyapkan dan mereka insaf.

 

11 Salomo mempunyai kebun anggur di Baal-Hamon. Diserahkannya kebun anggur itu kepada para penjaga, masing-masing memberikan seribu keping perak untuk hasilnya.

 

Teks ini dianggap suatu kenangan pencobaan gadis Sulam oleh Salomo, yang menggunakan kekayaannya sebagai godaan untuk mengalahkan gadis itu. Kebun anggur raja telah ditolaknya dengan jawapan ‘Aku cukup bahagia dengan kebun anggurku yang sederhana’ (ayat 12) (Malbim).

 

Baal-hamon. Tempatnya tidak dikenali dan tidak disebut di tempat lain. Rashi percaya tempat ini berdekatan Yerusalem dan namanya (literal, ‘pemilik orang banyak’) diambil daripada hakikat bahawa tempat itu menarik ramai pengunjung. [Tekaan telah dibuat bahawa tempatnya mungkin Hamat dalam kerajaan Aleppo] (Soncino).

 

Nama ini mungkin sudah dilupai. Nama literalnya juga ialah Tuan Orang Banyak (Lord of the Multitude). Tuan Orang Banyak ini ialah Iblis sebagai entiti di sebalik kuasa binatang dalam Wahyu. Hakikat bahawa nama ini hanya muncul di sini sepatutnya mengukuhkan lagi kenyataan bahawa ia bersifat kiasan.

 

Penyerahan kebun anggur itu kepada para penjaga merupakan suatu khayalan kepada hakikat bahawa Salomo mendirikan kuil-kuil untuk ilah-ilah asing dan membenarkan para imam mereka memimpin dalam Israel serta mengambil bahagian dalam acara-acara itu sendiri. Soncino mencatatkan bahawa sudah menjadi adat metayers atau rakan kongsi-pekerja (aris) untuk menerima sebahagian daripada hasil, biasanya sepertiga atau separuh sebagai ganti untuk kerja mereka. Seribu keping perak itu mempunyai makna simbolik. Sama seperti tiga puluh keping perak yang dibayar untuk Kristus bukan sekadar harga seorang budak (hamba) (Keluaran 21:32), tetapi juga bilangan Sidang Tuhan seperti yang kita perhatikan daripada Wahyu 4:1 hingga 5:14. Kematian Kristus merupakan suatu kesalahan terhadap seluruh Sidang itu. Jadi kita juga ada harga seribu itu yang berkaitan dengan administrasi bala tentera syurgawi (lihat Ayub 33:23 RSV) dan penebus ialah salah seorang daripada seribu. Justeru Salomo melalui perbuatannya menubuhkan satu lagi administrasi, tetapi untuk rombongan penderhaka syurgawi. Mereka yang menjaga buah juga diberi imbalan tetapi menurut bahagian mereka. Gadis Sulam sama sekali tidak mengingini buah ini. Semua ini ialah 144,000 perawan rohaniah yang taat kepada Mesias (Wahyu 14:4).

 

Komentar-komentar itu hanya mementingkan betapa besarnya kebun anggur itu dan hakikat bahawa kebun ini disewakan kepada penyewa yang begitu ramai, setiap satunya membayar jumlah ini setiap tahun. Dengan kata lain, harganya ialah keselamatan mereka. Seribu ini juga ialah suatu pengelompokan 144,000, dari dua belas orang dan dua belas suku (Wahyu 7:5; 21:14). 144 hasta, iaitu ukuran manusia, juga menjadi dasar untuk ketinggian tembok Yerusalem Baru, Kota Tuhan (Wahyu 21:17). Umat pilihan menjadi tembok Kota Tuhan, sementara mereka menjadi Baitnya. Dengan itu, ramai orang terpesong di bawah sistem berhala Salomo. Ini mencerminkan istilah banyak yang dipanggil tetapi sedikit yang dipilih. Salomo digunakan di sini untuk menunjukkan bagaimana keberhalaan menyerang Israel dengan begitu mendalam sekali. Lazimnya Salomo dipercayai telah menyimpan kunci-kunci Bait Suci dan melambatkan acara-acaranya dengan bermain cinta bersama puteri Firaun (lihat Amsal 31 Soncino dan juga karya Amsal 31 (No. 114)).

 

12 Kebun anggurku, yang punyaku sendiri, ada di hadapanku; bagimulah seribu keping itu, raja Salomo, dan dua ratus bagi orang-orang yang menjaga hasilnya.

 

Kesimpulan juga dibuat bahawa penyelamatan manusia hanya dapat dilakukan dengan pengantaraan seorang daripada seribu itu. Justeru komen pada ayat 12 sebenarnya suatu ejekan bahawa Salomo dikutuk kerana keberhalaannya dan sememangnya mesti mendapat penebusan pengantara untuk selamat.

 

13 Hai, penghuni kebun, teman-teman memperhatikan suaramu, perdengarkanlah itu kepadaku! 14 Cepat, kekasihku, berlakulah seperti kijang, atau seperti anak rusa di atas gunung-gunung tanaman rempah-rempah. (KJV)

 

Komentar-komentar itu cuba memahami teks ini dengan menganggap kekasih gadis itu bercakap dengan teman-temannya dan meminta supaya gadis Sulam memperdengarkan suaranya (lihat Isaiah da Trani) dengan menceritakan pengalamannya di istana (Soncino). Memang benar, gadis Sulam akan memberi kesaksiannya pada penghakiman nanti dan cara orang-orang kudus dilayani akan menjadi sumber penghakiman itu seperti yang kita lihat daripada perumpamaan domba dan kambing (Matius 25:31-46). Komentar-komentar itu berpendapat gadis ini malu-malu atau segan dan merayu untuk dibiarkan sendirian untuk seketika, dan apabila tinggal mereka berdua saja dia akan bernyanyi kepada kekasihnya (Isaiah da Trani). Ini bertentangan dengan seluruh maksud pencarian kekasihnya sepanjang Kidung ini. Dia mendesak kedatangan kekasihnya untuk mengakhiri segala pencobaannya.

 

Teman-teman yang menghuni kebun di sini ialah orang-orang kudus. Merekalah yang mendengar suara gembala dan mereka mengenali suaranya (Yohanes 10:3-4). Gadis ini merayu supaya dapat mendengar suaranya. Ini peringatan bahawa panggilan itu ialah pemberian Tuhan dan, tanpa bimbingan Tuhan, tiada seorangpun yang boleh datang kepada Mesias (Yohanes 6:37,44).

 

Soncino mengakhir komentar dengan teks ini yang mengisahkan gunung-gunung tanaman rempah-rempah.

 

Kini selepas mereka bersatu akhirnya, puncak-puncak yang kasar tidak lagi menjadi halangan antara mereka tetapi menyenangkan seperti gunung-gunung tanaman rempah-rempah. Midrash menganggap adanya doa di dalam ayat itu: ‘Semoga engkau mempercepatkan kedatangan penyelamatan dan membuatkan ShechinahMu berdiam di atas gunung-gunung tanaman rempah-rempah (iaitu Moria, seolah-olah diperolehi daripada mor, “mur”) dan membina semula bait suci dengan cepat pada zaman ini.’

 

Ingat bahawa Shechinah akan berdiam di atas Gunung Kudus pada waktu pemulihan dan tiang api dan awan akan menetap di atas Sion dan kumpulan-kumpulan Tuhan untuk selamanya apabila Tuhan membersihkan kekotoran puteri Sion dan menghapuskan segala noda darah Yerusalem dari tengah-tengahnya dengan roh yang mengadili serta roh yang membakar (Yesaya 4:2-6).

 

Ayat terakhir Kidung ini merupakan suatu panggilan kepada Mesias untuk cepat datang. Ini ialah pengakhiran sesuai bagi Kidung Agung dan juga bagi Alkitab sendiri (Wahyu 22:20-21). Roh dan Pengantin Perempuan berkata: “Marilah!” (Wahyu 22:17). Pastinya dia datang segera. Amin. Datanglah, Tuhan Yesus. Kasih karunia Tuhan Yesus (atau J[eh]oshua) menyertai semua orang kudus. Amin.

 

q