Jemaat Jemaat Allah Al Maséhi

 

[154]

 

 

 

Nefilim [154]

(Edisi 2.0 19950303-19991108)

 

Golongan Nefilim mula-mula disebut di dalam Alkitab di dalam Kejadian 6:4 sebagai anak-anak hasil hubungan “anak-anak Tuhan” dan “anak-anak perempuan manusia”. Ini adalah suatu tema yang lazim ditemui di seluruh dunia purbakala dan bukan hanya terhad kepada Alkitab. Karya ini memeriksa rekod-rekod kuno, golongan titan, raksasa di dalam Ramayana, Skrol-skrol Laut Mati, Genesis Aprocryphon, Gibbowrim dan Rephaim. Dengan menggunakan berbagai karya-karya rujukan, khususnya Companion Bible, kesimpulan-kesimpulan dapat dibuat berkenaan Nefilim.

 

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta ã 1996, 1999  Wade Cox)

(Tr. 2002)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org

 

Nefilim [154]

 


Subjek Nefilim adalah agak rumit. Ianya suatu tema umum yang terdapat sepanjang dunia kuno dan tidak terbatas kepada Alkitab. Ianya suatu subjek yang luas yang melampaui batas negara dan bangsa, yakni ianya ditemui di kalangan kebanyakan ataupun kesemua bangsa daripada apa yang kita ada daripada rekod-rekod mereka. Kita akan lihat dahulu contoh pertamanya yang tercatat di dalam Kejadian 6:4.

 

Kejadian 6:1-22 Ketika manusia itu mulai bertambah banyak jumlahnya di muka bumi, dan bagi mereka lahir anak-anak perempuan, 2 maka anak-anak Allah melihat, bahwa anak-anak perempuan manusia itu cantik-cantik, lalu mereka mengambil isteri dari antara perempuan-perempuan itu, siapa saja yang disukai mereka. 3 Berfirmanlah TUHAN: "Roh-Ku tidak akan selama-lamanya tinggal di dalam manusia, karena manusia itu adalah daging, tetapi umurnya akan seratus dua puluh tahun saja." 4 Pada waktu itu orang-orang raksasa ada di bumi, dan juga pada waktu sesudahnya, ketika anak-anak Allah menghampiri anak-anak perempuan manusia, dan perempuan-perempuan itu melahirkan anak bagi mereka; inilah orang-orang yang gagah perkasa di zaman purbakala, orang-orang yang kenamaan. 5 Ketika dilihat TUHAN, bahwa kejahatan manusia besar di bumi dan bahwa segala kecenderungan hatinya selalu membuahkan kejahatan semata-mata, 6 maka menyesallah TUHAN, bahwa Ia telah menjadikan manusia di bumi, dan hal itu memilukan hati-Nya. 7 Berfirmanlah TUHAN: "Aku akan menghapuskan manusia yang telah Kuciptakan itu dari muka bumi, baik manusia maupun hewan dan binatang-binatang melata dan burung-burung di udara, sebab Aku menyesal, bahwa Aku telah menjadikan mereka." 8 Tetapi Nuh mendapat kasih karunia di mata TUHAN.

 

Ayat 9 lantas mengatakan (seolah-olahnya ianya subjek lain, tetapi sebenarnya bersambung kerana Nuh disebutkan di dalam kedua-dua petikan):

9 Inilah riwayat Nuh: Nuh adalah seorang yang benar dan tidak bercela di antara orang-orang sezamannya; dan Nuh itu hidup bergaul dengan Allah. 10 Nuh memperanakkan tiga orang laki-laki: Sem, Ham dan Yafet. 11 Adapun bumi itu telah rusak di hadapan Allah dan penuh dengan kekerasan. 12 Allah menilik bumi itu dan sungguhlah rusak benar, sebab semua manusia menjalankan hidup yang rusak di bumi. 13 Berfirmanlah Allah kepada Nuh: "Aku telah memutuskan untuk mengakhiri hidup segala makhluk, sebab bumi telah penuh dengan kekerasan oleh mereka, jadi Aku akan memusnahkan mereka bersama-sama dengan bumi. 14 Buatlah bagimu sebuah bahtera dari kayu gofir; bahtera itu harus kaubuat berpetak-petak dan harus kaututup dengan pakal dari luar dan dari dalam. 15 Beginilah engkau harus membuat bahtera itu: tiga ratus hasta panjangnya, lima puluh hasta lebarnya dan tiga puluh hasta tingginya. 16 Buatlah atap pada bahtera itu dan selesaikanlah bahtera itu sampai sehasta dari atas, dan pasanglah pintunya pada lambungnya; buatlah bahtera itu bertingkat bawah, tengah dan atas. 17 Sebab sesungguhnya Aku akan mendatangkan air bah meliputi bumi untuk memusnahkan segala yang hidup dan bernyawa di kolong langit; segala yang ada di bumi akan mati binasa. 18 Tetapi dengan engkau Aku akan mengadakan perjanjian-Ku, dan engkau akan masuk ke dalam bahtera itu: engkau bersama-sama dengan anak-anakmu dan isterimu dan isteri anak-anakmu. 19 Dan dari segala yang hidup, dari segala makhluk, dari semuanya haruslah engkau bawa satu pasang ke dalam bahtera itu, supaya terpelihara hidupnya bersama-sama dengan engkau; jantan dan betina harus kaubawa. 20 Dari segala jenis burung dan dari segala jenis hewan, dari segala jenis binatang melata di muka bumi, dari semuanya itu harus datang satu pasang kepadamu, supaya terpelihara hidupnya. 21 Dan engkau, bawalah bagimu segala apa yang dapat dimakan; kumpulkanlah itu padamu untuk menjadi makanan bagimu dan bagi mereka." 22 Lalu Nuh melakukan semuanya itu; tepat seperti yang diperintahkan Allah kepadanya, demikianlah dilakukannya.

 

Struktur Kejadian 6 tidaklah berpecah-belah. Ianya berjalan terus daripada ayat 1 hinggalah penghujungnya pada ayat 22. Sebabnya kenapa Tuhan telah memilih untuk membinasakan bumi adalah kerana aktiviti-aktiviti golongan manusia serta Angkatan malaikat yang telah murtad itu sehingga pada tempoh banjir itu. Kita akan teliti konsep tersebut di dalam Kejadian 6:4. Di dalam Kejadian 6:4, perkataan yang digunakan bagi raksasa di dalam rangkap pada waktu itu orang-orang raksasa ada di bumi, adalah Nefilim (Nephilim).

 

Kejadian 6:4 Pada waktu itu Nefilim ada di bumi, dan juga pada waktu sesudahnya, ketika anak-anak Allah menghampiri anak-anak perempuan manusia, dan perempuan-perempuan itu melahirkan anak bagi mereka; inilah orang-orang yang gagah perkasa di zaman purbakala, orang-orang yang kenamaan.

 

Orang-orang gagah perkasa ini adalah Gibborim atau Gibbowrim. Jika kita rujuk kepada Alkitab Green’s Interlinear, ianya mengatakan (ayat literalnya): orang-orang raksasa ada di bumi pada waktu itu, dan juga pada waktu sesudahnya apabila anak-anak Allah (perkataan bagi Tuhan di sini adalah haElohim, jadi maknanya anak-anak Tuhan yang satu) menghampiri anak-anak perempuan manusia (perkataan di sini adalah haAdam, iaitu Adam yang mula-mula itu), dan perempuan-perempuan itu melahirkan anak bagi mereka; inilah orang-orang perwira (perkataan yang digunakan adalah haGibborim, iaitu perwira-perwira itu) yang telah wujud sejak zaman purbakala, orang-orang yang kenamaan.

 

Terdapat suatu siri konsep-konsep di dalam penggunaan perkataan-perkataan ini dan ianya ditafsirkan oleh Green sebagai: orang-orang raksasa ada di bumi pada waktu itu, dan juga pada waktu sesudahnya apabila anak-anak Allah menghampiri anak-anak perempuan manusia, dan perempuan-perempuan itu melahirkan anak bagi mereka; inilah orang-orang perwira yang telah wujud sejak zaman purbakala, orang-orang yang kenamaan.

 

Tulisan Septuagint menafsirkan anak-anak Allah sebagai malaikat-malaikat Tuhan. Alkitab Good News menulisnya sebagai malaikat-malaikat Allah dan banyak lagi teks yang menyebut tentang konsep anak-anak Tuhan sebagai Angkatan malaikat. Tertulis pada mukasurat 518 Volume 3 bagi International Standard Bible Encyclopedia (ISBE) pada artikel bertajuk Nephilim:

Etimologi atau asal-usul perkataan nephilim tidak dapat dipastikan, dan penerangan-penerangan berikut telah diusulkan dengan sambutan yang bercampur-aduk. Pertama, ianya mungkin terbit daripada niphal kepada kata kerja p pãlã, yang bermaksud “menjadi luarbiasa”, iaitu, “manusia luarbiasa”. Kedua, ianya mungkin terbit daripada kata kerja n nãpal, “jatuh,” dalam ertikata salah satu daripada yang berikut: (1) “golongan yang telah jatuh” – dari syurga, iaitu, makhluk-makhluk ghaib; (2) “manusia yang telah jatuh” secara akhlak; [ini adalah makna yang dipersetujui bagi ungkapan Nefilim, iaitu daripada napal yang bermaksud jatuh, dalam ertikata angkatan [surgawi] yang telah jatuh atau murtad. Ini dilihat daripada DSS dan Kitab Henokh daripada Etiopia serta teks-teks Alkitab. Mereka sememangnya adalah golongan yang telah jatuh. Dengan itu perkataan fellow atau feller (“teman”) dalam bahasa kita (bahasa Inggeris) datang daripada nephilim, iaitu jatuh. Ianya suatu perkataan slanga (bahasa percakapan kebiasaan) yang bermaksud angkatan yang telah jatuh. Oleh itu, konsep tersebut sememangnya memaksudkan golongan yang telah jatuh daripada syurga, makhluk-makhluk ghaib, seperti di dalam makna pertama di atas. Makna kedua itu pula menemani yang pertama dan tidak mengecualikan yang pertama].

 

ISBE meneruskannya

 

(3) “mereka yang jatuh ke atas,” dalam ertikata penceroboh atau orang-orang yang ganas atau memusuhi; (4) “mereka yang dijatuhkan” oleh pedang (rujuk Yehezkiel 32:20 dan seterusnya); (5) “orang-orang yang bukan dilahirkan secara semulajadi” atau anak-anak haram daripada (rujuk nepel, “pengguguran anak” atau “keguguran anak”).

 

Tiada daripada erti-erti ini yang dapat memuaskan hati kesemua para terpelajar sekaligus, dan ada yang berpendapat bahawa nephilim adalah suatu relik yang tidak boleh diterangkan daripada suatu bahasa kuno yang telah dilupai. Malang sekali, maklumat konteks (bentuk ayat) terhad kepada dua petikan yang sukar difahami.

 

Ianya seterusnya mengatakan bahawa nampaknya Nefilim ini merupakan suatu golongan orang yang mempunyai bentuk fizikal yang mengkagumkan berbanding orang-orang Ibrani yang lebih kecil tubuh badan mereka, dirujuk daripada Bilangan 13:33. Rujukan ini diperkemaskan dengan suatu pernyataan yang membayangkan bahawa keturunan Enak (Anak) di Kanaan berasal daripada golongan Refaim (Rephaim) atau Nefilim yang ternama di dalam Kejadian 6:4. Golongan Nefilim ini khasnya telah mendapat reputasi sebagai orang-orang gagah perkasa pada zaman sebelum banjir (antediluvian) dan nampaknya telah terus wujud sesudah banjir tersebut. Ini mungkin telah terjadi melalui migrasi jika berasaskan peristiwa banjir tempatan Mesopotamia, dalam mana mereka ini boleh dikira sebagai keturunan yang tinggal di Kanaan. Midrash mempunyai suatu kisah tradisi yang mengatakan bahawa Og daripada golongan Nefilim ini telah mencuri naik di bahagian atas bahtera tersebut. Tetapi pastinya, konsep banjir tempatan [dan terbatas] ini adalah semata-mata percubaan untuk memperkecil-kecilkan peristiwa banjir tersebut oleh para bijak-pandai moden, dan ISBE ini tidak terkecuali di dalam konsep ini. Maklumat konteks tidak terbatas pada dua petikan yang sukar itu. Maklumatnya adalah luas dan jelas. Nefilim sememangnya telah dianggap sebagai anak-anak hasil hubungan antara angkatan surgawi yang telah jatuh itu dengan perempuan-perempuan manusia. Ini merupakan pemahaman di sebalik mitologi-mitologi Yunani, Roma dan Mesir, serta kawasan-kawasan timur terdekat.

 

ISBE berterusan dan memperkatakan tentang Kejadian 6:1-4:

sementara ianya bermakna bagi penerima-penerimanya asal, ianya telah menjadi samar-samar dengan perjalanan masa. Sukar untuk memastikan sama ada golongan Nefilim itu adalah sama dengan “orang-orang gagah perkasa” (g i b b gibbôrim) yang kita dapati di penghujung ayat 4 ataupun ianya suatu kumpulan lain yang telah saling bertindihan kronologinya.

 

Andaian tersebut agak salah. Daripada pembacaan mudah Kejadian 6:4, jelas sekali bahawa Gibbowrim atau orang-orang gagah perkasa adalah daripada perkumpulan yang sama dengan Nefilim. Konsep tersebut merupakan konsep yang diterima pada zaman banjir tersebut dan kemudiannya, serta pada zaman Kristus.

 

Selepas banjir itu, ianya dipersetujui bahawa bumi berada di bawah pimpinan Angkatan malaikat itu yang digelar sebagai orang-orang kudus atau penjaga. Apabila kamu lihat pada konsep penjaga di dalam buku Daniel, kamu akan lihat daripada Daniel 4:13,17,23 dan Daniel 2:11 bahawa para penjaga adalah yang kudus, angkatan malaikat, yang telah diberikan tanggungjawab ke atas bumi dan mereka tidak berdiam di antara manusia (Daniel 2:11). Namun mereka memang membimbing hal-ehwal manusia dan mereka digelar sebagai para penjaga dan orang-orang kudus. Tradisi, atau pandangan tersebut, sampai terus ke dalam dunia Yahudi. Dalam dunia Yunani, Nefilim dirujukkan sebagai golongan Titan. Definisi kamus Universal Oxford Dictionary bagi Titan adalah:

[ianya suatu nama Latin bagi abang kepada Kronos; juga di dalam puisi, dewa Matahari; perkataan Yunani singularnya adalah Titan sementara bentuk pluralnya adalah Titanes].

 

1. [Ianya] digunakan [terutamanya di dalam puisi] sebagai nama bagi dewa Matahari cucu kepada Titan, atau bagi matahari itu sendiri.

 

2. a. [Mitologi Yunani] Dalam [bentuk singular] Moyang kepada golongan Titan, abang kepada Kronos. Dalam [bentuk plural] suatu keluarga orang-orang raksasa, iaitu anak-anak kepada Uranus (Syurga/Langit) dan Gaea (Bumi), yang telah cuba merebut kedaulatan syurga, dan telah ditumpaskan oleh Zeus…

 

Golongan Titan atau raksasa ini (Nefilim) juga muncul di dalam kisah-kisah tradisi atau legenda, bangsa-bangsa Indo-Aryan dan mereka dipanggil, daripada India hinggalah ke Asia, sebagai raksasa dalam bahasa Sanskrit. Mereka juga muncul di dalam Ramayana dan epik-epik dunia India sebagai raksasa, dan mereka dilihat sebagai bertentangan dengan manusia. Tidak diragui bahawa tradisi ini sudah menjadi lazim di seluruh dunia sehinggalah pada zaman Kristus. Kita lihat daripada Skrol-skrol Laut Mati bahawa mereka telah menjumpai sebilangan teks-teks. Salah satu daripada penulisan ini adalah Genesis Apocryphon (Apokrifon Kejadian). Suatu terjemahan bagi Genesis Apocryphon boleh dijumpai di dalam karya Geza Vermes The Dead Sea Scrolls in English, Pelican, 1985, mukasurat 216, bahagian II. Ada gunanya bagi kita merujuk kembali kepada kisah apokrifa Kejadian ini dan meninjau bagaimanakah pemahamannya pada zaman Kristus berkenaan jangkamasa sebelum dan sehinggalah pada masa banjir itu. Genesis Apocryphon melampirkan suatu perbualan yang merujuk kepada kelahiran Nuh dan bapanya. Lamekh mensyaki bahawa isterinya telah melakukan hubungan dengan salah seorang daripada malaikat yang telah turun dari syurga itu dan yang telah memperisterikan anak-anak manusia (Kejadian 6:1-4). Penafian yang bersungguh-sungguh tidak dapat meyakinkannya dan dia telah meminta bapanya Metusalah untuk mencari bapanya sendiri – iaitu Henokh yang bijaksana – yang tinggal di Parwain iaitu tapak bagi syurga, demi mendapatkan kebenarannya daripada dia. Suatu cerita yang sepadan dengan ini muncul di dalam kitab Henokh. Di dalam buku Henokh itu, kamu akan lihat bahawa kejatuhan para malaikat diceritakan dengan terperinci. Teks-teks ini dirujuk semata-mata untuk menerangkan apa yang berlaku di dalam Kejadian 6:4 sebagaimana yang difahami.

 

Genesis Apocryphon mengatakan:

lihatlah aku memikirkan kemudiannya bahawa kandungan tersebut adalah disebabkan oleh para penjaga dan mereka yang kudus serta para raksasa, (iaitu Nefilim), dan hatiku susah kerana kesukaran ini. Maka aku, Lamekh telah pergi kepada Batenos isteriku dengan segera dan berkata kepadanya, ‘…atas nama Yang Maha Tinggi, Tuhan Besar, Raja seluruh dunia dan Pemimpin Anak-anak Syurga, sehinggalah kamu memberitahu kepadaku segala perkara dengan benar, jika…Katakanlah kepadaku [dengan benar] dan bukan palsu…atas nama Raja seluruh dunia ini sehinggalah kamu memberitahuku dengan benar dan bukan yang palsu.’ Kemudiannya isteriku Batenos telah berkata kepadaku dengan marah [dan] …berkata ‘Wahai saudaraku, tuanku, ingatlah kesenanganku…bertiduran bersama dan jiwaku di dalam badannya. [Dan aku katakan kepadamu] segala perkara dengan benar. …

 

Kemudian dia telah mengawal kemarahannya dan berkata kepada aku: wahai tuanku dan saudaraku, ingatlah kesenanganku, aku bersumpah kepadamu atas nama Yang Suci dan Besar, Raja segala langit, bahawa anak ini adalah milikmu dan kandungan ini adalah daripadamu, yang mana jiwanya ditanamkan oleh kamu dan bukannya oleh seorang yang asing mahupun penjaga mahupun anak syurga.

 

Buku Genesis Apocryphon ini mencerminkan pemahaman abad pertama berkenaan apa yang terjadi di dalam kisah Kejadian 6:4 ini. Cerita ini juga mengaitkan ketulenan Nuh serta keturunannya dan mengatakan: Nuh adalah seorang yang benar dan tidak bercela di antara orang-orang sezamannya. Teks ini dicatatkan kerana bagi orang-orang Israel, adalah perlu bagi Nuh sempurna di dalam keturunannya.

 

Di dalam Kejadian 6:9, perkataan Ibrani tamim bermaksud tanpa cacat cela, sempurna, tanpa cacat cela di dalam keturunannya, dan merupakan perkataan teknikal bagi kesempurnaan jasmani dan fizikal, bukannya kesempurnaan akhlak. Ianya bukan suatu isu moral, tetapi suatu konsep fizikal, dan kamu akan lihat bahawa Bullinger telah menangani hal ini di dalam Companion Bible pada Apendiks 26.

 

Companion Bible, Apendiks 26

 

Perkataan Ibrani tamim bermaksud tanpa cacat cela, dan merupakan perkataan teknikal bagi kesempurnaan jasmani dan fizikal, dan bukannya moral. Oleh itu, ianya digunakan dalam ertikata kemurnian pengorbanan binatang-binatang. Ianya ditulis sebagai

 

tidak bercela di dalam Keluaran 12.5; 29.1. Imamat 1.3,10; 3.1,6; 4.3,23,28,32; 5.15,18; 6.6; 9.2,3; 14.10; 22.19; 23.12,18. Bilangan 6.14; 28.19,31 29.2,8,13,20,23,29,32,36. Yehezkiel 43.22,23,25; 45.18,23, 46.4,6,13.

 

Tidak bercela atau cacat. Bilangan 19.2; 28.3,9,11; 29.17,26. Mazmur 119:1

 

Ini menunjukkan bahawa Kejadian 6:9 bukanlah memperkatakan tentang kesempurnaan moral Nuh, tetapi memberitahu kita bahawa hanya dia dan keluarganya sahaja yang telah mengekalkan baka mereka dan telah memelihara kemurniannya, sungguhpun dikelilingi korupsi berleluasa yang telah dibawakan malaikat-malaikat yang telah jatuh itu. Lihat Apendiks 23 dan 25.

 

Konsep-konsep tersebut kemudiannya dibincangkan juga di dalam Companion Bible di dalam Apendiks 23 dan 25. Konsep-konsep tersebut telah berterusan daripada tempoh sebelum banjir, dan dengan konsep bahawa anak-anak Tuhan yang dinyatakan di situ merupakan Angkatan malaikat.

 

Companion Bible, Apendiks 23

 

“Anak-anak Allah” di dalam Kejadian 6:2,4.

 

Hanyalah melalui tindakan khusus penciptaan Ilahi barulah sebarang makhluk tercipta boleh dipanggil sebagai “seorang anak Tuhan”. Kerana barangsiapa yang “lahir daripada daging adalah daging”. TUHAN adalah roh dan barangsiapa yang “lahir daripada Roh adalah roh” (Yohanes 3:6). Maka dengan itu, Adam dipanggil “seorang anak Allah” di dalam Lukas 3:38. Sesiapa yang “di dalam Kristus” dan memiliki “diri yang baru” itu daripada penciptaan langsung Tuhan (2 Korintus 5:17; Efesus 2:10) boleh, dan memangnya dipanggil sebagai “anak-anak Allah” (Yohanes 1:13 Roma 8:14,15 1 Yohanes 3:1).

 

Itulah sebabnya kenapa para malaikat dipanggil sebagai “anak-anak Allah” di setiap tempat di mana ekspresi tersebut digunakan di dalam Perjanjian Lama. Ayub 1.6; 2.1; 38.7. Mazmur 29.1; 89.6; Daniel 3.25 (“anak dewa”). Kita tidak berhak mahupun berkuasa untuk mentafsirkan ekspresi di dalam Kejadian 6:4 dalam ertikata yang lain. Lebih-lebih lagi Septuagint di dalam Kejadian 6:2 menyebutnya sebagai “malaikat-malaikat”.

 

Para malaikat dipanggil “roh-roh (‘angin’ atau ‘badai’) (Mazmur 104:4 Ibrani 1:7,14), kerana roh-roh dicipta oleh Tuhan.

 

Bahawa ada terjadinya kejatuhan para malaikat, adalah pasti daripada Yudas 6.

 

Asal-usul kejatuhan mereka dinyatakan dengan jelas di dalam ayat yang sama. Mereka telah meninggalkan oiketerion [tempat kediaman]. Perkataan ini hanya muncul di dalam Yudas 6 dan 2 Korintus 5:2, di mana ianya digunakan dalam ertikata tubuh rohani (atau yang telah dibangkitkan).

 

Dosa mereka dinyatakan adalah “cara yang sama” dengan dosa-dosa Sodom dan Gomora, Yudas 7.

 

Waktu kejatuhan mereka dinyatakan sebagai telah berlaku “pada waktu Nuh” (1 Petrus 3:20; 2 Petrus 2:7), sungguhpun kemungkinannya telah berlaku suatu kejatuhan sebelumnya yang telah mengakibatkan berakhirnya “bumi yang dahulu” (Kejadian1:1,2; 2 Petrus 3:6). Kerana dosa ini, mereka telah “disimpan sampai hari penghakiman”, 2 Petrus 2:4, dan ada “di dalam penjara”, 1 Petrus 3:19.

 

Keturunan mereka, yang dipanggil Nefilim (diterjemahkan sebagai “raksasa”), merupakan gergasi-gergasi dosa; dan oleh kerana mereka adalah luarbiasa dari segi saiz dan sifat mereka, terpaksa dibinasakan (lihat Apendiks 25). Ini merupakan satu-satunya tujuan bagi Banjir tersebut.

 

Hanya Nuh dan keluarganya sahaja yang telah mengekalkan kemurnian baka mereka daripada Adam (Kejadian 6:9, lihat catatan). Kesemua orang lainnya telah “tercemar” (shachath) terbinasa [selaku keturunan Adam]. Satu-satunya penawar adalah dengan membinasakannya (de facto), kerana ia sudahpun terbinasa/rusak (de jure). (Ianya perkataan yang sama di dalam ayat 17 sepertimana di dalam ayat-ayat 11 dan 12). Lihat selanjutnya di dalam Apendiks 25 di bawah tajuk Nephilim.

 

Pencerobohan masuk malaikat-malaikat murtad ini merupakan percubaan pertama Iblis untuk menghalang kedatangan Keturunan perempuan yang dinubuatkan di dalam Kejadian 3:15. Jika ini tercapai, maka ertinya Firman Tuhan telah gagal, dan kebinasaan dirinya sendiri akan dihindari.

 

Sejurus selepas ianya diketahui bahawa Keturunan perempuan itu akan muncul melalui Abraham, sepatutnya telah berlaku satu lagi pencerobohan, sepertimana yang dicatatkan di dalam Kejadian 6:4, “dan juga pada waktu sesudahnya” (iaitu sesudah zaman Nuh, lebih daripada 500 tahun selepas pencerobohan yang pertama). Tujuan musuh itu adalah untuk menduduki Kanaan sebelum Abraham, dan dengan itu menentang pendudukan tanah Kanaan tersebut oleh keturunan Abraham. Kerana, apabila Abraham telah memasuki Kanaan, kita membaca (Kejadian 12:6) “Waktu itu orang Kanaan [sudahpun] diam di negeri itu.”

 

Di dalam bab yang sama (Kejadian 12:10-20), kita lihat percubaan Iblis yang seterusnya untuk mengganggu keturunan Abraham, dan merosakkan tujuan Tuhan untuk ianya berada di dalam “Ishak”. Percubaan ini diulangi di dalam bab 20:1-18.

 

Pertentangan besar ini boleh dilihat di seluruh Alkitab, dan ia membentuk suatu subjek kajian Alkitab yang besar dan penting. Di dalam setiap kejadian, orang yang terlibat mempunyai tujuan peribadinya yang tersendiri, sementara Iblis mempunyai matlamat besarnya untuk dicapai. Oleh kerana itu, TUHAN, dalam setiap kes, terpaksa masuk campur dan menghalang kejahatan serta bahayanya, yang mana tidak disedari langsung oleh hamba-hamba serta umatNya. Serangan-serangan berikut Musuh besar itu adalah antara percubaannya yang paling menonjol sekali:-   

 

Pembinasaan keluarga pilihan itu dengan kelaparan, Kejadian 50:20.

 

Pembinasaan keturunan lelaki Israel, Keluaran 1. 10, 15, & Keluaran 2. 5. Ibrani 11. 23.

 

Pembinasaan seluruh bangsa tersebut dalam pengejaran Firaun, Keluaran 14.

 

Apabila keturunan Daud ditentukan (2 Samuel 7), ia menjadi sasaran serangan seterusnya. Serangan pertama Iblis merupakan penyatuan antara Yoram dan Atalya oleh Yosafat, meskipun 2 Tawarikh 17:1. Yoram telah membunuh semua saudaranya (2 Tawarikh 21:4).

 

Orang-orang Arab telah membunuh semua anak-anaknya, kecuali Ahazia (2 Tawarikh 21:17; 22:1)

 

Setelah Ahazia mati, Atalya telah membunuh “semua keturunan raja” (2 Tawarikh 22:10). Bayi Yoas merupakan satu-satunya anak yang telah diselamatkan, dan, selama enam tahun, kesetiaan firman Yehovah terancam (2 Tawarikh 23:3). Hezekia tidak mempunyai anak, ketika serangan dua kali dilancarkan oleh Raja Asyur dan Raja Kezaliman (Yesaya 36:1; 38:1). Kesetiaan Tuhan dipohon dan disandari (Mazmur 136).

 

Di dalam tawanan, Haman telah dipergunakan untuk cuba membinasakan seluruh bangsa itu (Ester 3:6,12,13).

 

Ketakutan Yusuf telah dikobarkan (Matius 1:18-20). Biarpun dia seorang yang “tulus hati”, dan memelihara Hukum, dia tidak sanggup membiarkan Maria dilempari batu sehingga mati (Ulangan 24:1); kerana itu Yusuf telah membuat keputusan untuk menceraikannya secara diam-diam. Tetapi Tuhan telah campur tangan: “Janganlah takut”.

 

Herod ingin untuk membunuh Anak itu (Matius 2).

 

Pada waktu Pencubaan, “atuhkanlah diri-Mu ke bawah” merupakan godaan Iblis.

 

Di Nazaret, sekali lagi (Lukas 4), terdapat satu percubaan untuk menjatuhkan Dia dan membinasakannya.

 

Dua peristiwa angin ribut yang berlaku di atas danau itu juga merupakan percubaan-percubaan lainnya.

 

Setelah sekian lama, peristiwa salib itu digenapi, dan kubur itu ditutupi; penjaga-penjaganya ditempatkan, dan batu itu dimeteraikan. Tetapi “Tuhan telah membangkitkan dia daripada mati.” Kini, seperti Yoas seorang lagi, Dia duduk dan menantikan saatnya (Ibrani 10:12, 13), berselindung di dalam bait Tuhan surgawi; dan anggota-anggota “tubuh yang satu itu” tersembunyi “di dalam Dia” (Kolose 3:1-3), seperti seorang Yosabat; dan maju ke hadapan untuk memberi kesaksian tentang kedatanganNya, seperti seorang lagi Yoyada (2 Tawarikh 23:3).

 

Pencerobohan masuk “malaikat-malaikat jatuh” (“anak-anak TUHAN”) merupakan percubaan yang pertama; dan ditujukan kepada seluruh umat manusia.

 

Setelah Abraham dipanggil, dia dan keturunannya pula yang diserang.

 

Sesudah Daud ditakhtakan, keturunan diraja pula yang menjadi sasaran serangan.

 

Dan apabila “keturunan perempuan” Sendiri telah datang, maka ribut itu telah jatuh ke atas Dia.

Terdapat nota kaki di dalam Companion Bible pada Apendiks 23 yang mengatakan:

 

Perkataan “keturunan” di dalam Kisah 17:29 adalah berbeza. Ianya (genos), yang sekadar bermakna saudara atau jenis, genus kita sebagaimana yang dijadikan Tuhan.

 

Terdapat perbezaannya. Sebabnya kenapa ini perlu dilakukan adalah kerana pada abad keempat, penulis falsafah yang bernama Augustine dari Hippo telah meneliti konsep tentang bagaimana Angkatan malaikat ini merupakan anak-anak Tuhan dan konsep berkenaan percabulan mereka dengan anak-anak perempuan Adam, dan telah mengambil keputusan bahawa konsep ini tidak betul. Dia mahu mengubahnya agar anak-anak Adam menerusi Set menjadi anak-anak Tuhan sementara anak-anak Kain merupakan anak-anak manusia, dan dia telah cuba untuk meremeh-temehkan persoalan ini dengan mengatakan bahawa anak-anak Set telah saling berhubungan dengan anak-anak Kain dan itu merupakan percampuran keturunan mereka. Dengan itu, Augustine telah menciptakan suatu senario yang telah berkekalan sehingga abad kedua puluh dan yang telah menghancurkan sama sekali kebolehan Jemaat untuk berhadapan dengan penemuan-penemuan antropologi, untuk menerangkan apa yang telah terjadi serta menyatakan posisi-posisi Alkitab mengenainya. Perjanjian Baru agak jelas di dalam penulisannya mengenai hal bagaimana para malaikat telah melakukan percabulan. Surat Yudas yang dianggap ramai telah dituliskan oleh Yakobus, saudara Yesus, ditetapkan di dalam Alkitab. Yudas 6-9 mengatakan (Alkitab Interlinear):

Yudas 6-9 6 Malaikat-malaikat yang tidak taat pada tempat asal mereka, tetapi yang meninggalkan tempat kediaman mereka, telah ditahanNya dengan belenggu abadi di dalam dunia kekelaman sampai penghakiman pada hari besar, 7 sama seperti Sodom dan Gomora dan kota-kota sekitarnya, yang dengan cara yang sama melakukan percabulan dan mengejar kepuasan-kepuasan yang tak wajar, telah menanggung siksaan api kekal sebagai peringatan kepada semua orang. 8 Namun demikian orang-orang yang bermimpi-mimpian ini juga mencemarkan tubuh mereka dan menghina kekuasaan Allah serta menghujat semua yang mulia di sorga. 9 Tetapi penghulu malaikat, Mikhael, ketika dalam suatu perselisihan bertengkar dengan Iblis mengenai mayat Musa, tidak berani menghakimi Iblis itu dengan kata-kata hujatan, tetapi berkata: "Kiranya Tuhan menghardik engkau!"

 

Konsep keseluruhannya di sini adalah bahawa para malaikat telah meninggalkan batas-batas kekuasaan mereka dan telah berbuat zina. Alkitab Interlinear mengatakan dalam transliterasinya:

Yudas 6-9 6 malaikat-malaikat serta mereka yang tidak taat pada tempat asal mereka, tetapi yang telah meninggalkan tempat kediaman mereka, untuk Penghakiman pada suatu Hari besar dengan belenggu abadi di dalam dunia kekelaman telah ditahanNya, 7 sama seperti Sodom dan Gomora dan kota-kota sekitarnya, yang dengan cara yang sama melakukan percabulan dan mengejar kepuasan-kepuasan yang tak wajar, telah sebagai peringatan kepada semua orang menanggung siksaan api kekal. 8 Begitulah orang-orang yang bermimpi-mimpian ini juga mencemarkan tubuh mereka dan menghina kekuasaan Allah serta menghujat semua yang mulia di sorga. 9 Tetapi penghulu malaikat, Mikhael, ketika dalam suatu perselisihan bertengkar dengan Iblis mengenai mayat Musa, tidak berani menghakimi Iblis itu dengan kata-kata hujatan, tetapi berkata: "Kiranya Tuhan menghardik engkau!"

 

Alkitab New Oxford Annotated RSV menuliskan Yudas 6 dengan cara demikian:

para malaikat yang tidak taat kepada kedudukan mereka tetapi telah meninggalkan kediaman mereka yang sepatutnya telah ditahan oleh dia di dalam belenggu abadi di dalam kekelaman sehinggalah penghakiman hari besar itu, sama seperti Sodom dan Gomora serta kota-kota sekelilingnya yang dengan cara yang sama telah berkelakuan lucah dan mengejar nafsu-nafsu yang tidak patut, dan telah dijadikan peringatan bagi hukuman api kekal.

 

God’s New Covenant - a New Testament Translation, hasil tulisan Heinz W. Cassirer yang telah diterbitkan oleh Eerdmans, Michigan, 1989, di dalam terjemahan Yudasnya mengatakan:

 

Lebih-lebih lagi terdapatnya malaikat-malaikat yang tidak taat pada batas-batas kekuasaan mereka, tetapi yang meninggalkan tempat kediaman mereka, dan cara Tuhan menguruskan mereka ini adalah dengan mengurung mereka  di dalam tempat yang kelam serta mengikat mereka dengan belenggu abadi sampai penghakiman pada hari besar. Ingatlah Sodom dan Gomora dan kota-kota sekitarnya, bagaimana mereka telah berbuat kesalahan yang sama seperti para malaikat yang telah mengejar nafsu-nafsu mereka. Kini mereka menjadi peringatan bagi kita, dan menderitai hukuman api kekal.

 

Terjemahan Alkitab oleh Cassirer itu agak jelas. Terjemahan New English Bible juga adalah jelas, mungkin tidak sejelas Cassirer, tetapi betul-betul menunjukkan bahawa Yudas 6 berpendapat bahawa para malaikat telah meninggalkan kedudukan asal mereka dan telah melakukan percabulan. Paulus juga berpendapat sedemikian di dalam teks yang ditulis di dalam 1Korintus 11. Di dalam teks ini Paulus membincangkan konsep kedudukan perempuan. Di dalam 1Korintus 11:10 dia mengatakan:

10 Sebab itu, perempuan harus memakai tanda wibawa di kepalanya oleh karena para malaikat.

 

Seluruh dasar bagi penutupan itu serta kedudukan perempuan berbanding lelaki di dalam 1Korintus 11, telah ditempatkan sedemikian sebagai perbandingan kepada aktiviti-aktiviti Angkatan malaikat dan interaksi mereka dengan golongan perempuan umat manusia. Itulah sebabnya kenapa Paulus mengatakan oleh karena para malaikat. Untuk kebanyakan orang, pernyataan ini merupakan sesuatu yang misteri, tetapi kamu tidak akan memahaminya kecualilah kamu memahami Yudas serta perkaitannya dengan apa yang terjadi di dalam kisah Kejadian itu.

 

Kisah Kejadian itu khususnya menceritakan tentang apa yang telah terjadi di dalam pembakaan campur tersebut dan akibatnya. Nuh sempurna di dalam keturunannya. Banjir itu dilaksanakan untuk menangani serta menghapuskan Nefilim dan Refaim atau Gibbowrim itu.

 

Konsep mengenai Refaim juga diteliti di dalam Yesaya 26.

 

Yesaya 26:12-21 Ya TUHAN, Engkau akan menyediakan damai sejahtera bagi kami, sebab segala sesuatu yang kami kerjakan, Engkaulah yang melakukannya bagi kami. 13 Ya TUHAN, Allah kami, tuan-tuan lain pernah berkuasa atas kami, tetapi hanya nama-Mu saja kami masyhurkan. 14 Mereka sudah mati, tidak akan hidup pula, sudah menjadi arwah, tidak akan bangkit pula; sesungguhnya, Engkau telah menghukum dan memunahkan mereka, dan meniadakan segala ingatan kepada mereka. 15 Ya TUHAN, Engkau telah membuat bangsa ini bertambah-tambah, ya, membuat bertambah-tambah umat kemuliaan-Mu; Engkau telah sangat memperluas negerinya. 16 Ya TUHAN, dalam kesesakan mereka mencari Engkau; ketika hajaran-Mu menimpa mereka, mereka mengeluh dalam doa. 17 Seperti perempuan yang mengandung yang sudah dekat waktunya untuk melahirkan, menggeliat sakit, mengerang karena sakit beranak, demikianlah tadinya keadaan kami di hadapan-Mu, ya TUHAN: 18 Kami mengandung, kami menggeliat sakit, tetapi seakan-akan kami melahirkan angin: kami tidak dapat mengadakan keselamatan di bumi, dan tiada lahir penduduk dunia. 19 Ya, TUHAN, orang-orang-Mu yang mati akan hidup pula, mayat-mayat mereka akan bangkit pula. Hai orang-orang yang sudah dikubur di dalam tanah bangkitlah dan bersorak-sorai! Sebab embun TUHAN ialah embun terang, dan bumi akan melahirkan arwah kembali. 20 Mari bangsaku, masuklah ke dalam kamarmu, tutuplah pintumu sesudah engkau masuk, bersembunyilah barang sesaat lamanya, sampai amarah itu berlalu. 21 Sebab sesungguhnya, TUHAN mau keluar dari tempat-Nya untuk menghukum penduduk bumi karena kesalahannya, dan bumi tidak lagi menyembunyikan darah yang tertumpah di atasnya, tidak lagi menutupi orang-orang yang mati terbunuh di sana.

 

Perhatikan teksnya pada ayat-ayat 13-14:

13 Ya TUHAN, Allah kami, tuan-tuan lain pernah berkuasa atas kami, tetapi hanya nama-Mu saja kami masyhurkan. 14 Mereka sudah mati, tidak akan hidup pula, sudah menjadi arwah, tidak akan bangkit pula; sesungguhnya, Engkau telah menghukum dan memunahkan mereka, dan meniadakan segala ingatan kepada mereka.

 

Teks ini bercakap mengenai kebangkitan. Ini terbukti juga dengan membandingkan ayat 19. Perhatikan juga bahawa dunia tidak diubahkan oleh Israel.

 

Namun begitu, kebangkitan tersebut terhad kepada satu spesis sahaja dan bukan yang lain. Nefilim atau Refaim tidak memilik kebangkitan. Perkataan bagi arwah di dalam ayat 14 sepatutnya tidak diterjemahkan sebagai arwah; ia adalah nama sejati, iaitu Refaim.

 

Konsep berkenaan anak-anak Angkatan [malaikat] jatuh atau tuhan-tuhan itu bukanlah bersifat panteistik. Theoi atau elohim semuanya merupakan anak-anak yang Maha Tinggi. Mereka adalah Anak-anak Syurga atau Anak-anak Tuhan.

 

Konsepnya adalah bahawa, melalui dosa fizikal mereka, para malaikat telah menghasilkan suatu kaum humanoid (seperti bentuk manusia) yang lebih rendah tarafnya serta ganas. Tujuannya nampaknya adalah untuk merosakkan rencana Tuhan dengan penghasilan suatu produk yang akan saling berbaka dengan serta mencemari sistem Adam tersebut. Konsep ini bersifat universal. Mereka telah sering dianggap sebagai memiliki bentuk tubuh serta kekuatan yang lebih hebat dan, kerana itu, sebagai gagah perkasa. Perkataan gibberish (kata-kata meracau, merepek) di dalam bahasa kita (Inggeris) merupakan pembayang bagi percakapan golongan gibbowrim itu. (Persoalan mengenai kebangkitan itu dihuraikan dengan terperinci di dalam karya Kebangkitan Orang Mati (143)).

 

Alkitab Companion Bible meneliti konsep ini dan jelas di dalam kedudukannya mengenai Nefilim. Oleh itu, posisi Augustine dari Hippo di dalam karya The City of God adalah palsu semata-mata sepertimana yang kita ketahui sekarang daripada bukti arkeologi.

 

The Companion Bible, Apendiks 25

 

Nefilim, atau Raksasa Kejadian 6

 

Anak-anak hasil perhubungan malaikat-malaikat jatuh dengan anak-anak perempuan Adam (lihat nota-nota berkenaan Kejadian 6, dan Apendiks 23) dipanggil di dalam Kejadian 6, sebagai Ne-phil'-im, yang bermaksud mereka yang jatuh  [mereka yang telah hilang martabat] (daripada naphal, yang bermakna jatuh). Apa sebenarnya makhluk-makhluk ini hanya boleh disimpulkan daripada Alkitab. Mereka pastinya bersaiz besar, serta sangat jahat. Mereka merupakan makhluk-makhluk luarbiasa dan tidak normal; dan pembinasaan mereka ini adalah sesuatu yang perlu demi memelihara kesejahteraan umat manusia, dan demi kesetiaan Firman Yehovah (Kejadian 3:15).

 

Itulah sebabnya kenapa Banjir itu telah didatangkan “ke atas dunia orang-orang yang fasik” (2 Petrus 2:5) sepertimana yang telah dinubuatkan oleh Henokh (Yudas 14).

 

Namun sekali lagi kita membaca tentang Nephilim itu di dalam Bilangan 13:33: “Juga kami lihat di sana orang-orang raksasa, orang Enak yang berasal dari Nefilim [atau “orang-orang raksasa”]. Bagaimanakah ini terjadi, kalau mereka semuanya telah termusnah di dalam Banjir itu? Jawabnya terdapat di dalam Kejadian 6:4, di mana kita membacanya: “Pada waktu itu (iaitu zaman Nuh) Nephilim ada di bumi, dan juga pada waktu sesudahnya, ketika anak-anak Allah menghampiri anak-anak perempuan manusia, dan perempuan-perempuan itu melahirkan anak bagi mereka; inilah [dia] orang-orang yang gagah perkasa (bahasa Ibrani gibbor, wira) di zaman purbakala, orang-orang yang kenamaan” (secara literalnya orang-orang yang dari nama itu, iaitu maksudnya mereka yang mempunyai nama dan ternama kerana kejahatan mereka).

 

Jadi, “pada waktu sesudahnya”, iaitu selepas Banjir itu, terjadinya pencerobohan kedua malaikat-malaikat jatuh ini, jelas sekali lebih kecil lagi bilangannya dan lebih terbatas dari segi kawasan, kerana kebanyakannya terhad kepada tanah Kanaan, dan sememangnya dikenali sebagai “bangsa-bangsa Kanaan”. Demi kebinasaan mereka inilah, maka pedang Israel diperlukan, sepertimana juga dengan Banjir sebelumnya.

 

Berkenaan waktu mereka mencerobohi untuk kedua kali ini, jelas sekali ianya terjadi sejurus selepas diketahui bahawa keturunan perempuan itu akan datang melalui Abraham; kerana, ketika dia keluar dari Haran (Kejadian 12:6) dan memasuki Kanaan, hakikat penting itu dinyatakan: “Waktu itu orang Kanaan [sudahpun] diam di negeri itu.” Dan di dalam Kejadian 14:5 mereka sudahpun dikenali sebagai “Refaim” dan “Emim”, dan telahpun mengukuhkan kedudukan mereka di Asyterot-Karnaim dan Syawe-Kiryataim.

 

Di dalam bab 15: 18-21 mereka telah diperhitungkan dan dinamakan di antara Bangsa-bangsa Kanaan: “Keni, orang Kenas, orang Kadmon, orang Het, orang Feris, orang Refaim, orang Amori, orang Kanaan, orang Girgasi dan orang Yebus” (Kejadian 15.19-21; Keluaran 3.8,17; 23.23; Ulangan 7; 20.17. Yosua 12.8).

 

Mereka semua ini sepatutnya diasingkan, dihalau keluar, dan dimusnahkan semua sekali (Ulangan 20:17 Yosua 3:10). Tetapi Israel telah gagal dalam hal ini (Yosua 13.13; 15.63; 16.10; 17.18. Hakim-hakim 1.19,20,28,29,30-36; 2.1-5; 3.1-7); dan kita tidak tahu berapa ramai yang telah dapat melarikan diri mereka ke negeri-negeri lain untuk melepaskan diri daripada pemusnahan am itu. Jika hanya hakikat ini diakui, banyak masalah yang dapat diselesaikan berkenaan dengan Antropologi (kajian perihal manusia).

 

Berkenaan nama-nama lain mereka, mereka juga dipanggil Anakim (Enak), daripada seorang Enak yang asalnya daripada Nefilim (Bilangan 13:33), dan Rephaim, daripada Rapha, seorang lagi yang menonjol dari kalangan mereka.

 

Daripada Ulangan 2:10, ada yang mengenali mereka sebagai Emim, dan Horim, dan Zamzumim (ayat 20, 21) serta Avim.

 

Sebagai Refaim (Rephaim) mereka sememangnya terkenal, dan lazim disebutkan: namun, malang sekali, sebalik mengekalkan nama ini, iaitu nama sejati mereka, ianya biasa ditafsirkan kepada pelbagai perkataan contohnya “orang mati”, “arwah” ataupun “raksasa”. Golongan Refaim ini tidak akan mendapat kebangkitan. Hakikat ini dinyatakan di dalam Yesaya 26:14 (di mana nama sebenar mereka ditafsirkan sebagai “arwah” (deceased) dan ayat 19, di mana ianya dtulis sebagai “arwah/orang mati” (the dead)).

 

Ianya dituliskan sebagai “orang mati” sebanyak [tujuh] kali (Ayub 26.5,6; Mazmur 88.10; Amsal 2.18, 9.18, 21.16; Yesaya 14.9, 26.19). Ia dituliskan sebagai “arwah” di dalam Yesaya 26:14.

 

Ianya dikekalkan sebagai nama sejati “Refaim” sebanyak sepuluh kali (dua daripadanya pada ruang samping): Kejadian 14.5, 15.20; Yosua 12.15 (ruang.); 2 Samuel 5.18,22, 23.13; 1 Tawarikh 11.15, 14.9, 20.4 (ruang.); Yesaya 17.5.

 

Pada tempat-tempat lain ianya ditulis sebagai “raksasa”, Kejadian 6.4, Bilangan 23.33, di mana perkataannya adalah Nephilim; dan Ayub 16:14, di mana perkataannya adalah gibbor (Apendiks 14 bhg 4).

 

Dengan membaca kesemua petikan ini, pelajar Alkitab akan tahu segalanya yang boleh diketahui mengenai makhluk-makhluk ini.

 

Ianya pasti bahawa pencerobohan kedua itu telah terjadi sebelum Kejadian 14, kerana di situ kita dapati bahawa golongan Refaim itu bercampur-gaul dengan lima bangsa tersebut, yang termasuk Sodom dan Gomora, dan telah dikalahkan oleh empat raja di bawah pimpinan Kedorlaomer. Jelas sekali kawasan tumpuan utama mereka adalah “Asyterot-Karnaim”; sementara bagi golongan Emim pula adalah dataran [Syawe-]Kiryataim (Kejadian 14:5).

 

Enak (Anak) merupakan seorang keturunan terkenal daripada Nefilim; Rapha adalah seorang lagi, dan memberikan nama-nama mereka kepada suku yang berlainan. Bapa Enak adalah Arba, iaitu pembina Hebron yang asal (Kejadian 35:27; Yosua 15:13; 21:11); dan cabang Palestin suku Anakim ini bukannya digelar sebagai Abra-him sempena namanya, tetapi Anakim sempena Enak. Mereka besar, gagah perkasa, dan tinggi susuk tubuh mereka (Ulangan 2.10,11,21,22,23; 9.2), sehingga menyebabkan sepuluh orang pengintip itu sangat takut (Bilangan 13:33). Og iaitu raja Basan digambarkan di dalam Ulangan 3:11.

 

Kekuatan mereka boleh dilihat daripada [adanya] “kota-kota gergasi Basan” hari ini, dan kita tidak tahu sejauh mana mereka telah digunakan oleh Mesir di dalam pembinaan bangunan-bangunan mereka, yang masih merupakan suatu tanda tanya sehingga hari ini.

 

Arba telah dibina semula oleh Khabiri atau sekutu-sekutu, tujuh tahun sebelum Zoan telah dibina oleh Firaun-firaun Mesir abad kesembilan belas. Lihat catatan pada Bilangan 13:22.

 

Jika golongan Nefilim ini, serta cabang [saudara] mereka Refaim, mempunyai kaitan dengan Mesir, kita telahpun mempunyai penerangan untuk persoalan yang telah berzaman-zaman membingungkan semua jurutera, iaitu bagaimana batu-batu serta tugu-tugu yang besar itu dibawa bersama. Kenapa pula tidak di Mesir dan “kota-kota gergasi Basan” yang masih kekal sehingga hari ini?

 

Lebih-lebih lagi, dengan adanya orang-orang gagah perkasa ini, orang-orang “kenamaan”, kita mempunyai penerangan bagi asal-usul mitologi Yunani. Mitologi tersebut bukanlah ciptaan fikiran manusia semata-mata, tetapi ia telah terbit daripada kisah-kisah tradisi, dan ingatan-ingatan, dan legenda-legenda mengenai perbuatan-perbuatan bangsa makhluk-makhluk yang kuat itu, dan telah beransur-ansur terbentuk daripada “orang-orang gagah perkasa” Kejadian 6:4.  Fakta bahawa mereka ini mempunyai asal-usul ghaib menjadikannya lebih senang bagi orang-orang Yunani menganggap mereka sebagai para demi-god (separuh dewa) mereka.

 

Oleh itu, “Tablet-tablet Penciptaan” Babilon, “Buku Orang Mati” Mesir, mitologi Yunani, dan Kosmogoni-kosmogoni (teori-teori kejadian) kafir, yang disetarakan dengan Alkitab oleh sebilangan orang, atau yang dianggap sebagai tambahan kepadanya oleh yang lain lagi, adalah sebenarnya korupsi dan pemutarbelitan kebenaran-kebenaran primitif, yang diubah bentuknya apabila asal-usulnya dilupai dan ingatan-ingatan mereka pudar.

 

 

Dengan itu, apendiks kepada Companion Bible adalah cukup berguna di dalam penelitian kisah Nefilim itu selain pembacaan teks-teks Alkitab itu sendiri. Skrol-skrol Laut Mati yang dirujukkan di atas belum ada lagi pada ketika kebanyakan karya di atas disiapkan. Masalah terbesar bagi apa yang dipanggil sebagai agama Kristian Ortodoks pada sepanjang zaman adalah bahawa penterjemahan Alkitab telah sentiasa berunsurkan kemanusiaan atau antropomorfik. TUHAN dan Angkatan malaikatNya, anak-anakNya itu, telah diubahsuaikan mengikut gambaran manusia menurut batas pemahaman zamannya. Hanya pada masa kini sahaja, apabila kita sudah boleh menerokai kemungkinan-kemungkinan DNA serta struktur genetik penciptaan yang kompleks itu, barulah kita mula melihat realiti sebenar masa lampau. Penghaluan masa telah membuatkan kita melihat aspek-aspek lain yang sebelumnya difikirkan adalah tidak mungkin, sebagai hal-hal yang boleh difahami menurut batas pemahaman kita. Mitos-mitos dunia kuno menggambarkan suatu penciptaan rohani yang berkuasa dengan kurang sempurna dan melebihi kebolehan-kebolehan fizikal kita untuk melihat serta mengukur. Cerita-cerita menggambarkan suatu peperangan yang telah berlaku dan yang masih lagi sedang berlaku demi merebut kuasa ke atas penciptaan serta tujuan muktamadnya. Penolakan terhadap fahaman bahawa Nefilim adalah anak-anak keturunan Angkatan [malaikat] jatuh telah timbul pada abad keempat TM. Hakikat kebenaran ini tidak dipersoalkan di dalam bangsa Israel dahulukala. Perjanjian Baru sememangnya menganggap perbuatan seksual dan tidak bermoral Angkatan jatuh ini sebagai suatu hakikat.

 

Memang boleh disimpulkan, bahawa jika suatu makhluk roh boleh menjelmakan dirinya menjadi seorang lelaki dan bergumul dengan seorang lelaki lain, maka tidak mustahil untuk proses yang sama berlaku bagi seorang perempuan. Keupayaan untuk menciptakan manusia humanoid sudah pasti menjadi milik Angkatan tersebut daripada bukti yang begitu banyak yang kita ada sekarang ini. Kehadiran golongan humanoid di atas planet ini tidak mungkin sekadar hasil penciptaan Tuhan sendiri.

 

Logik yang terbabit di dalam suatu penciptaan yang tidak sempurna mencemari sifat semulajadi Tuhan. Prosesnya mudah:

Premis 1. Tuhan mencipta golongan humanoid sebelumnya.

Premis 2. Daripada Yesaya 26:14, kebangkitan kembali tidak diberikan kepada mereka.

Kesimpulan 1. Mereka tidak sempurna.

Kesimpulan 2. Tuhan sememangnya menginginkan kehadiran makhluk-makhluk tidak sempurna dan yang berupaya untuk merosakkan rencanaNya, lantas memerlukan pembinasaan planet ini; atau

 

Kesimpulan 3. Tuhan membuat eksperimen/percubaan.

 

Jika betul bahawa Tuhan membuat percubaan maka ertinya Tuhan tidak tahu akan kesudahan aktivitiNya itu, dan dengan itu tidak mungkin Dia seorang yang maha mengetahui. Jika rencanaNya sengaja dicacatkanNya, maka Dia bukanlah sempurna KebaikanNya.

 

Jika Tuhan bukan maha mengetahui ataupun sempurna kebaikanNya, maka Dia tidak mungkin adalah Tuhan. Suatu makhluk yang tidak tahu semuanya tentang masa hadapan bukanlah Tuhan. TUHAN adalah maha mengetahui, maha kuasa dan sempurna kebaikanNya.

 

Kesimpulan: Tuhan mengagihkan kuasa penciptaan serta pilihan kepada Angkatan elohim itu.

 

Oleh itu, suatu Angkatan yang lebih rendah memang boleh dan telahpun berbuat salah, tanpa melibatkan atau mencemarkan sifat Tuhan. Dengan itu, tiada perselisihan sebenarnya di antara teks-teks Alkitab sebenar yang difahami dengan betul, dengan bukti arkeologikal. Nefilim dipercayai wujud dalam bentuk humanoid yang serupa, tetapi bukan, keturunan Adam. Spesis tersebut tidak terbatas kepada zaman-zaman bilamana Adam hidup dan mungkin juga telah mendahului Adam selama beribu tahun serta berputus-putus kewujudan mereka.

 

Mungkin juga terdapatnya suatu siri percubaan untuk mencipta suatu bentuk hidupan bijak oleh Angkatan tersebut demi mengganggu rencana Tuhan. Sains moden seolah-olah menunjukkan bahawa hidupan mamalia bijak hanya mungkin berpeluang wujud dalam lingkungan lebih kurang beberapa juta tahun hayat sistem-sistem bintang. Penciptaan sebelumnya contohnya yang melibatkan dinosaur seolah-olah menunjukkan suatu percubaan untuk menciptakan jenis lain. Rekod kewujudan humanoid jelas sekali terputus-putus dan kerana itu ianya tidak mungkin timbul daripada evolusi. Akhirnya, campur tangan Tuhan melalui Angkatan yang setia di dalam penciptaan telah mengakhiri suatu peperangan yang telah mengakibatkan keganasan fizikal dan rohani yang telah memusnahkan banyak sistem secara keseluruhannya. Kisah konflik ini terkandung di dalam rahsia-rahsia itu sendiri dan akan dibentangkan sepanjang bulan-bulan yang berikutnya. Kisah-kisah Peperangan di Syurga Langit, apabila diberitahu, akan membuatkan seluruh dunia takjub dengannya.

 

NOTA: Di dalam karya ini, petikan-petikan ekstensif telah diambil daripada versi Alkitab E.W. Bullinger The Companion Bible (KJV), Kregel Publications, PO Box 2607, Grand Rapids, Michigan 49501, USA.

 

q