Jemaat-jemaat Allah Al Maséhi

[183]

 

 

 

 

Vegetarianisme dan Alkitab

(Edisi 1.2 19961116-19991023)

 

Banyak agama dunia ini yang menyarankan vegetarianisme sebagai satu cara pertumbuhan keagamaan. Ada yang menganggapnya sebagai suatu upacara pentahiran. Orang lain pula melihatnya, atas dasar-dasar etika, sebagai zalim terhadap binatang-binatang. Karya ini menjejaki perkembangan vegetarianisme keagamaan dari zaman-zaman purba hinggalah Kekristianan hari ini. Berpantang dari wain (anggur) juga dibincangkan. Ini berkait dengan karya Wain di dalam Alkitab [188].

 

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta ã 1996, 1998, 1999 Wade Cox)

(Tr. 2003)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org


 

Vegetarianisme dan Alkitab



Banyak agama dalam dunia ini yang menyarankan vegetarianisme sebagai satu jalan pertumbuhan keagamaan. Ada yang menganggapnya sebagai upacara pentahiran. Sementara yang lain pula melihatnya, atas dasar-dasar etika, sebagai zalim terhadap binatang. Agama-agama seperti agama Buddha dan Hindu mempunyai larangan-larangan sedemikian dan sistem-sistem Pythagorea Yunani yang awal juga mempunyai pantang-pantang pentahiran dalam pemakanan beberapa jenis daging. Agama Buddha cenderung terhadap vegetarianisme dan dalam beberapa tahap yang lebih ekstrim kepada veganisme, iaitu sejenis vegetarianisme mutlak, yang langsung menghindari hasil-hasil makanan dari binatang seperti susu, keju dan telur.

 

Idea ini berkembang, dalam peringkat-peringkat, bukan saja di India purba tetapi juga di Mesir. Konsep-konsep agama Buddha diperkenalkan kepada Yunani oleh Pyrrho dari Elis (sekitar abad ke 4 Sebelum Masehi) (Burnet, artikel Sceptics, ERE, Vol. 11, halaman 228). Pyrrho telah pergi ke India apabila Anaxarchus, murid kepada Metrodorus dari Chios, pergi ke situ dalam rombongan Alexander [the Great] (sekitar tahun 326 SM). Bangsawan Kshatria yang bernama Sakyamuni atau Siddhartha atau Tathagata (lahir sekitar 560 SM) telah memberikan hukum Dharma di Sarnath sekitar tahun 527 SM, dan telah dikenali sebagai Buddha. Pyrrho telah mendengar para gymnosophist dan Majus di India. Dia telah mendiami tempat-tempat terpencil dan bergurun (menurut Antigonius dari Carystus seperti yang dicatatkan oleh Diogenes Laertius, ibid.) dan bukannya seorang yang meragui tetapi adalah seorang pertapa dan pendiam. Dia patut dianggap sebagai pengaruh agama Buddha pertama di Barat. Buddhisme, sememangnya, bukanlah berciri vegetarian pada mulanya dan hanya terdapat suatu siri larangan-larangan makanan berkenaan daging-daging yang tidak boleh dimakan; gajah, harimau serta lain-lain sepertinya, ular dan manusia adalah kategori-kategori utamanya. Kategori-kategori ini bukannya secara langsung untuk pertapaan tetapi berkaitan dengannya. Lama sebelum itu, Pythagoras telahpun mendirikan sebuah sekolah falsafah yang bertujuan membebaskan umat manusia dari roda kelahiran semula yang terdapat di dalam doktrin transmigrasi. Pandangan ini telah memasuki India dari pengaruh-pengaruh sama yang telah memasuki Yunani, dari Utara, bersama-sama orang-orang Celt Hyperborea, dan yang umumnya digelar Scythian (John Burnet Early Greek Philosophy, fourth ed., Adam and Charles Black, 1958 reprint, halaman 82 lihat nota sampingan 2). Falsafah dengan sendirinya adalah suatu pentahiran dan cara untuk melepaskan diri dari roda itu (Burnet (B), ibid., halaman 83). Falsafah zaman awal menafikan kewujudan jiwa abadi dan tiada ruang bagi pernyataan sebarang doktrin berkenaannya. Socrates adalah orang pertama yang menyatakan doktrin jiwa itu atas dasar rasional (Burnet, ibid., halaman 84 dan juga karya Burnet "The Socratic Doctrine of the Soul", Proceedings of the British Academy, 1915-16, halaman 235). Agama purba bukanlah suatu badan doktrin. Tiada yang diperlukan melainkan upacara berkenaan dilakukan dengan betul dan dengan sikap yang betul; si penganut bebas memberikan apa-apa penerangan mengenainya mengikut keinginannya sendiri (Burnet, ibid). Oleh itu, agama Israel sebagai kod bertulis merupakan sesuatu yang unik berbanding bangsa Yunani dan sistem-sistem agama mereka. Ianya juga mudah untuk melihat bagaimana pertapaan menjadi penting kepada suatu pergerakan keagamaan, yang lebih mementingkan rupabentuk daripada kandungan kod bertulis itu. Warisan ini diwariskan ke dalam alam Yunani-Roma di mana ritual/upacara telah mengambil tempat pemahaman, dan pengulangan mengambil tempat pengajaran berdasar.

 

Pythagoras anak Mnesarchos melalui kehidupan awal zaman dewasanya di Samos. Dia menonjol sewaktu pemerintahan Polykrates (tahun 532 SM). Dia mempunyai banyak persamaan dengan sistem-sistem Orphic dan Bacchic, yang wujud di Mesir (sungguhpun orang-orang Mesir sama sekali tidak mempercayai transmigrasi) dan kerana itu ada diusulkan bahawa dia pernah melawat negeri itu. Menurut Timaios, dia telah datang ke Itali pada tahun 529 SM dan telah menetap di Kroton selama dua puluh tahun (Burnet, halaman 89), dan bersara di Metapontion (ibid., halaman 91). Dia adalah seorang Ionia dan kumpulan pada asalnya terhad kpada negeri-negeri Achaia. Apollo, dan bukannya Dionysius seperti mana yang mungkin difikirkan dari keserupaan mereka dengan masyarakat Orphic, merupakan dewa mereka yang utama. Ini adalah kerana pertalian kumpulan mereka dengan Delos. Dia dikenalpasti sama dengan Apollo Hyperboreios (Burnet, halaman 90).

 

Kita tahu bahawa Pythagoras cukup terkenal pada abad kelima sebagai seorang yang saintifik dan seorang guru tentang keabadian. Dia mengajarkan doktrin transmigrasi dan oleh itu doktrin ini mendahului agama Buddha. Struktur ini berasal dan orang-orang Scythia dan masuk ke dalam India dan Yunani. Pengaruh Salmoxis orang Scythia mungkin satu sumber bagi doktrin-doktrin Pythagoras sungguhpun Salmoxis telah mendahuluinya selama beberapa tahun. Bagaimanapun, sesuatu yang aneh dengan pertapaan serta pentahiran Pythagoras. Dia telah memperkenalkan pantangan beberapa daging sebagai sebahagian dari ritual-ritual pentahiran itu. Menurut Aristoxenos, dia tidak berpantang dari semua jenis daging. Namun, jenis-jenis yang dilarang itu adalah jenis-jenis lembu dan domba yang memang telah disahkan boleh dimakan (Burnet, halaman 93). Dia cenderung terhadap anak babi dan kambing. Burnet menyebut tentang komen-komen Aristoxenos berkenaan larangan terhadap kekacang yang merupakan idea Orphic, dan bahawa ini mungkin telah memasuki golongan Pythagorea (Burnet, halaman 93 nota sampingan 5). Pandangan ini mungkin telah berpindah dari Pythagoreanisme ke dalam dunia purba secara umumnya. Amalan-amalan pantangan dari daging binatang ini berkait dengan kultus-kultus Misteri dari sistem-sistem Orphic, Bacchic dan Pythagorea, dan dari situ nampaknya telah memasuki Gnosticisme dari Alexandria dan dari kemunculannya di Rom, juga ke dalam Kekristianan. Kita akan mengkaji proses ini kemudian.

 

Hal sebenar yang perlu diperhatikan di sini adalah bahawa makanan-makanan bersih dilarang sementara yang haram dibenarkan seperti mana dengan babi dan makanan kultus misteri anak kambing itu (yang mungkin telah dimasak dalam susu induknya), bertentangan dengan ajaran Alkitab. Pythagoras mengajarkan pertalian kekeluargaan antara binatang dan manusia, dan Burnet merumuskan bahawa peraturan melarang dari memakan daging-daging tertentu itu bukannya berdasarkan sebab-sebab kemanusiaan ataupun pertapaan tetapi pada pantang (tahyul). Ini disahkan oleh satu komen dari karya Porphyry’s Defence of Abstinence di mana dia mengatakan bahawa sungguhpun mereka menjauhi daging lazimnya, mereka memakannya apabila memberi korban kepada tuhan-tuhan mereka (Burnet, halaman 95 nota sampingan 2, merujuk kepada karya Bernays Theophrastos’ Schrift über Frömmigkeit). Porphyry (V. Pyth. c15) telah mengekalkan suatu tradisi bahawa Pythagoras menganjurkan diet daging bagi para atlit (Milo?). Burnet berpendapat bahawa cerita ini pastinya telah timbul pada masa yang sama seperti apa yang diceritakan oleh Aristoxenos, dan dalam cara yang sama. Bernays menunjukkan bahawa ia datang dari Herakleides dari Pontus (Theophr. Schr. nota 8; rujuk karya Burnet, halaman 95, nota 3). Burnet berpendapat bahawa para neo-Platonis cuba kembali kepada bentuk asal legenda Pythagorea itu dan untuk menerangkan pembinaan semula abad keempat itu (ibid.).

 

Mereka mempunyai sejumlah besar pantang-pantang tahyul serta larangan-larangan. Mereka menjauhi kekacang, tidak memecahkan roti, tidak memakan dari roti yang belum dipotong, tidak memakan jantung (binatang-binatang persembahan korban mereka). Contoh-contoh tahyul, seperti tidak menyentuh ayam jantan putih, tidak melangkah di atas kayu palang, tidak mengacau api dengan besi, tidak memetik kalung [bunga] dan sebagainya adalah terlalu menyusahkan untuk disenaraikan di sini tetapi boleh dilihat di dalam karya Burnet itu (ibid., halaman 96).

 

Tidak diragukan lagi bahawa konsep ini secara keseluruhannya bersifat keagamaan dan selektif. Mereka juga menganggap muzik serta astronomi sebagai sains-sains berkaitan. Mereka menggunakan muzik untuk membersihkan jiwa dan ubat-ubatan untuk membersihkan tubuh. Cara-cara penyucian jiwa sebegini adalah serupa dengan apa yang ada di dalam Orgia kelompok Korybantes dan dengan itu menjelaskan minat kumpulan Pythagorea dalam Harmonics (Burnet, halaman 97-98). Pengaruh Pythagoras atas Aristotle jelas terlihat dari hujah tiga nyawa Teoretik, Praktikal dan Apolastik yang diulangi Aristotle dalam karya Ethics (lihat juga Burnet, halaman 98). Begitu juga, pengaruhnya ke atas Plato tidak boleh diketepikan, hanya kerana rujukan-rujukan tidak langsung kepadanya oleh Plato (rujuk, sebagai contohnya, Burnet, halaman 188). Dorongan keagamaan sistem ini juga adalah yang pertama yang membawa matematik melampaui keperluan-keperluan perniagaan (Risalat Aristoxenos atas Aritmetik; rujuk Burnet, halaman 99). Pythagoras nampaknya telah memulakan pengajian jumlah-jumlah siri (Burnet, halaman 104) dan juga telah menentukan nisbah-nisbah harmonik serta oktaf. (Dari nisbah harmonik 12:8:6, kita dapati bahawa 12:6 adalah oktaf, 12:8 adalah yang kelima, dan 8:6 adalah yang keempat; rujuk Burnet, ibid., halaman 106).

 

Pythagoras juga nampaknya telah menemui bahawa bumi ini berbentuk bulat/sfera (Burnet, halaman 111), yang ditolak oleh kelompok Ionia. Poin sebenar di sini adalah kita sedang berhadapan dengan sebuah sistem teori dan keagamaan utama yang dikaitkan dengan kultus-kultus Misteri dan dari mana asalnya vegetarianisme di Barat. Penyusunan pantang-pantang itu sendirinya menggambarkan suatu hubungan bertentangan dengan sistem-sistem Ibrani.

 

Sistem-sistem keagamaan Limit (Had) dan Unlimited (Tidak terhad) di dalam Pythagoreanisme serta tentangan terhadapnya oleh orang-orang seperti Parmenides adalah terlalu rumit untuk dibincangkan di sini namun terdapat satu erti kosmologi penting di dalam struktur itu yang perlu diselidik dengan lebih lanjut dan dihuraikan. Struktur utamanya berkait dengan dewi yang dikatakan Aetios bernama Ananke dan merupakan Pemegang Undi. Dia dipercayai menentukan perjalanan semua benda serta menetapkan perjalanan bintang-bintang. Dia merupakan permulaan semua perpasangan dan kelahiran, dan dia dipercayai telah mencipta Eros, yang pertama antara semua dewa (Burnet, halaman 190-191). Apa yang kita lihat di sini adalah rupa dewi Ibu timur purba yang muncul kemudiannya di dalam Kekristianan sebagai Maria yang dituhankan. Burnet tidak pasti di mana tempatnya di dalam Mitos Er tetapi menyebut bahawa Theophrastos ada menyatakan bahawa dia menduduki suatu posisi pertengahan antara bumi dan langit-langit. Kosmologi ini adalah tunggak sistem ini. Burnet percaya bahawa teori jalur-jalur yang ditemui dalam sistem-sistem berfalsafah Pythagoras awal dan sebagainya adalah berkait dengan Bima Sakti dan kita dapati ini mencirikan doktrin-doktrin Gnostik berkenaan jiwa serta pergerakannya kepada dan dari langit, yang muncul kemudiannya bersama sistem-sistem pentahiran yang serupa dengan Misteri-misteri itu. Apa yang menjadikannya sukar untuk menangani fakta-fakta hal ini adalah bahawa Pythagoreanisme, seperti juga kultus-kultus Misteri yang lain, mempunyai tradisi lisan/oral yang dibentuk, berbeza dari hukum bertulis alkitab.

 

Oleh itu, kita lihat suatu antipati langsung dari zaman-zaman terawal di dalam hujah ini untuk menjauhi pemakanan daging sebagai, pertama, suatu upacara langsung kultus-kultus Misteri dalam pengawalan pemakanan dan, kedua, berkait dengan anti-Yahudi atau anti-reaksi terhadap perintah-perintah Tuhan. Seluruh proses pemikiran yang menuduh Tuhan ini merupakan dasar kepada rasional vegetarianisme di kalangan kumpulan-kumpulan agama, sungguhpun antara mereka yang mengatakan mereka memelihara perintah-perintah Tuhan, seperti yang akan kita lihat nanti.

 

Posisi Alkitab

Banyak dari kesilapan posisi berkenaan pemakanan daging timbul dari salahfaham terhadap apa yang berlaku di dalam Buku Kejadian.

 

Kejadian 2:4-25 Demikianlah riwayat langit dan bumi pada waktu diciptakan. Ketika TUHAN Allah menjadikan bumi dan langit, -- 5 belum ada semak apapun di bumi, belum timbul tumbuh-tumbuhan apapun di padang, sebab TUHAN Allah belum menurunkan hujan ke bumi, dan belum ada orang untuk mengusahakan tanah itu; 6 tetapi ada kabut naik ke atas dari bumi dan membasahi seluruh permukaan bumi itu-- 7 ketika itulah TUHAN Allah membentuk manusia itu dari debu tanah dan menghembuskan nafas hidup ke dalam hidungnya; demikianlah manusia itu menjadi makhluk yang hidup. 8 Selanjutnya TUHAN Allah membuat taman di Eden, di sebelah timur; disitulah ditempatkan-Nya manusia yang dibentuk-Nya itu. 9 Lalu TUHAN Allah menumbuhkan berbagai-bagai pohon dari bumi, yang menarik dan yang baik untuk dimakan buahnya; dan pohon kehidupan di tengah-tengah taman itu, serta pohon pengetahuan tentang yang baik dan yang jahat. 10 Ada suatu sungai mengalir dari Eden untuk membasahi taman itu, dan dari situ sungai itu terbagi menjadi empat cabang. 11 Yang pertama, namanya Pison, yakni yang mengalir mengelilingi seluruh tanah Hawila, tempat emas ada. 12 Dan emas dari negeri itu baik; di sana ada damar bedolah dan batu krisopras. 13 Nama sungai yang kedua ialah Gihon, yakni yang mengalir mengelilingi seluruh tanah Kush. 14 Nama sungai yang ketiga ialah Tigris, yakni yang mengalir di sebelah timur Asyur. Dan sungai yang keempat ialah Efrat. 15 TUHAN Allah mengambil manusia itu dan menempatkannya dalam taman Eden untuk mengusahakan dan memelihara taman itu. 16 Lalu TUHAN Allah memberi perintah ini kepada manusia: "Semua pohon dalam taman ini boleh kaumakan buahnya dengan bebas, 17 tetapi pohon pengetahuan tentang yang baik dan yang jahat itu, janganlah kaumakan buahnya, sebab pada hari engkau memakannya, pastilah engkau mati." 18 TUHAN Allah berfirman: "Tidak baik, kalau manusia itu seorang diri saja. Aku akan menjadikan penolong baginya, yang sepadan dengan dia." 19 Lalu TUHAN Allah membentuk dari tanah segala binatang hutan dan segala burung di udara. Dibawa-Nyalah semuanya kepada manusia itu untuk melihat, bagaimana ia menamainya; dan seperti nama yang diberikan manusia itu kepada tiap-tiap makhluk yang hidup, demikianlah nanti nama makhluk itu. 20 Manusia itu memberi nama kepada segala ternak, kepada burung-burung di udara dan kepada segala binatang hutan, tetapi baginya sendiri ia tidak menjumpai penolong yang sepadan dengan dia. 21 Lalu TUHAN Allah membuat manusia itu tidur nyenyak; ketika ia tidur, TUHAN Allah mengambil salah satu rusuk dari padanya, lalu menutup tempat itu dengan daging. 22 Dan dari rusuk yang diambil TUHAN Allah dari manusia itu, dibangun-Nyalah seorang perempuan, lalu dibawa-Nya kepada manusia itu. 23 Lalu berkatalah manusia itu: "Inilah dia, tulang dari tulangku dan daging dari dagingku. Ia akan dinamai perempuan, sebab ia diambil dari laki-laki." 24 Sebab itu seorang laki-laki akan meninggalkan ayahnya dan ibunya dan bersatu dengan isterinya, sehingga keduanya menjadi satu daging. 25 Mereka keduanya telanjang, manusia dan isterinya itu, tetapi mereka tidak merasa malu.

 

Kita lihat dari teks ini, bahawa terdapatnya satu turutan di dalam cerita ini berkenaan penciptaan Adam, dan makanan yang diberikan kepadanya. Dia telah dicipta sebelum adanya sebarang tumbuhan (herba) atau makanan dicipta di dalam taman tersebut, dari penanaman khas Taman Eden (Kejadian 2:7-8), berbeza dengan hari ketiga penciptaan. Oleh itu, nampaknya dia mendapat makanannya dari suatu sistem pengganti, sekurang-kurangnya untuk suatu tempoh tertentu. Ini tidak menghairankan, kerana proses adaptasi sistem tubuhnya kepada makanan pejal pastinya berlaku mengikut turutan seperti dalam bayi normal. Dia telah dijadikan lelaki dewasa, namun, sistem tubuhnya memerlukan pengubahsuaian.

 

Adam diberikan sebagai makanan hasil-hasil pohon taman itu dan disuruh menjaganya. Dia juga diberikan lembu ternakan. Perkataannya adalah SHD 929 behêmâh  yang bermakna binatang bebal atau berkaki empat. Istilah behemoth (raksasa) berasal dari istilah ini yang bermakna lembu [air]. Istilah behemah di sini biasanya dipakai untuk lembu. Ini berbeza dengan binatang-binatang liar yang diistilahkan sebagai SHD 2416 chay yang juga digunakan di sini dalam Kejadian 1:30. Teks dalam Kejadian 2 menjelaskan urutan Kejadian 1:20-31.

 

Andaian dibuat dari teks Kejadian 1:30 bahawa semua binatang diberikan tumbuhan (herba) sebagai makanan dan bahawa seluruh makhluk ciptaan adalah vegetarian.

 

Kejadian 1:24-31 24 Berfirmanlah Allah: "Hendaklah bumi mengeluarkan segala jenis makhluk yang hidup, ternak dan binatang melata dan segala jenis binatang liar." Dan jadilah demikian. 25 Allah menjadikan segala jenis binatang liar dan segala jenis ternak dan segala jenis binatang melata di muka bumi. Allah melihat bahwa semuanya itu baik. 26 Berfirmanlah Allah: "Baiklah Kita menjadikan manusia menurut gambar dan rupa Kita, supaya mereka berkuasa atas ikan-ikan di laut dan burung-burung di udara dan atas ternak dan atas seluruh bumi dan atas segala binatang melata yang merayap di bumi." 27 Maka Allah menciptakan manusia itu menurut gambar-Nya, menurut gambar Allah diciptakan-Nya dia; laki-laki dan perempuan diciptakan-Nya mereka. 28 Allah memberkati mereka, lalu Allah berfirman kepada mereka: "Beranakcuculah dan bertambah banyak; penuhilah bumi dan taklukkanlah itu, berkuasalah atas ikan-ikan di laut dan burung-burung di udara dan atas segala binatang yang merayap di bumi." 29 Berfirmanlah Allah: "Lihatlah, Aku memberikan kepadamu segala tumbuh-tumbuhan yang berbiji di seluruh bumi dan segala pohon-pohonan yang buahnya berbiji; itulah akan menjadi makananmu. 30 Tetapi kepada segala binatang di bumi dan segala burung di udara dan segala yang merayap di bumi, yang bernyawa, Kuberikan segala tumbuh-tumbuhan hijau menjadi makanannya." Dan jadilah demikian. 31 Maka Allah melihat segala yang dijadikan-Nya itu, sungguh amat baik. Jadilah petang dan jadilah pagi, itulah hari keenam.

 

Perhatikan dari Kejadian 1:25 bahawa Tuhan mencipta lembu dan binatang-binatang dari mula. Perbezaan ini dibuat dan dibentuk dalam penciptaan sejak dari mula. Proses memakan daging membabitkan keseimbangan bahan-bahan kimia. Binatang-binatang haram mempunyai tindakbalas kimia yang memecahkan rantai makanan mereka. Keseimbangan-keseimbangan kimia padanya tidak padan bagi tubuh manusia. Ini dijelaskan dalam karya Hukum-hukum Pemakanan [015]. Apa yang tidak diterangkan di situ, adalah bahawa terdapat suatu proses enzim hinggakan enzim-enzim binatang atau burung pemangsa, tidak boleh dimakan sembarangan oleh manusia. Wujudnya suatu keseimbangan, yang pastinya telah ditetapkan pada penciptaan untuk menjaga keutuhan rantai makanan. Tuhan tidak membuat percubaan atau, seperti yang dikatakan Einstein, Dia tidak bermain dengan dadu.

 

Para pengulas Rashi dan Ibn Ezra berpendapat bahawa, dari ayat 29, manusia dan binatang dibenarkan mempunyai diet yang sama pada penciptaan. Mereka percaya bahawa manusia dilarang membunuh binatang untuk dijadikan makanan. Ini tidak dibenarkan sehinggalah selepas banjir itu. Tafsiran ini adalah salah atas sebab-sebab yang disenaraikan di bawah. Komentar-komentar seperti yang dibuat Moses Cassuto dalam From Adam to Noah berhubung diet vegetarian adalah rekaan semata-mata. Tradisi ini ditubuhkan dari teks-teks terpencil dan tanpa sokongan arkeologi. Upacara-upacara pentahiran kultus-kultus Misteri tidak boleh dikecualikan sebagai pengaruh ke atas individu-individu ini melalui Kabbalah. Pernyataan-pernyataan seperti yang dibuat Joseph Albo, bahawa pembunuhan binatang membabitkan kekejaman, kemarahan dan pembiasaan mencurahkan darah tidak berdosa, merupakan tuduhan langsung dan menghujat terhadap sifat Yahovah elohim yang memulakan proses tersebut (lihat bawah).

 

Kita juga lihat dalam turutan ini suatu adaptasi kepada penciptaan itu dalam urutan. Yang terakhir sekali dicipta adalah Hawa. Proses kejatuhan itu diceritakan di dalam Kejadian 3. Urutan ceritanya membuatkannya seolah-olah ular itu mempunyai kaki sehinggalah peristiwa tersebut. Kejadian 3:13-24 menunjukkan hukuman serta dialog tersebut. Ini bukanlah satu cerita yang ringkas.

 

Kejadian 3:13-24 Kemudian berfirmanlah TUHAN Allah kepada perempuan itu: "Apakah yang telah kauperbuat ini?" Jawab perempuan itu: "Ular itu yang memperdayakan aku, maka kumakan." 14 Lalu berfirmanlah TUHAN Allah kepada ular itu: "Karena engkau berbuat demikian, terkutuklah engkau di antara segala ternak dan di antara segala binatang hutan; dengan perutmulah engkau akan menjalar dan debu tanahlah akan kaumakan seumur hidupmu. 15 Aku akan mengadakan permusuhan antara engkau dan perempuan ini, antara keturunanmu dan keturunannya; keturunannya akan meremukkan kepalamu, dan engkau akan meremukkan tumitnya." 16 Firman-Nya kepada perempuan itu: "Susah payahmu waktu mengandung akan Kubuat sangat banyak; dengan kesakitan engkau akan melahirkan anakmu; namun engkau akan berahi kepada suamimu dan ia akan berkuasa atasmu." 17 Lalu firman-Nya kepada manusia itu: "Karena engkau mendengarkan perkataan isterimu dan memakan dari buah pohon, yang telah Kuperintahkan kepadamu: Jangan makan dari padanya, maka terkutuklah tanah karena engkau; dengan bersusah payah engkau akan mencari rezekimu dari tanah seumur hidupmu: 18 semak duri dan rumput duri yang akan dihasilkannya bagimu, dan tumbuh-tumbuhan di padang akan menjadi makananmu; 19 dengan berpeluh engkau akan mencari makananmu, sampai engkau kembali lagi menjadi tanah, karena dari situlah engkau diambil; sebab engkau debu dan engkau akan kembali menjadi debu." 20 Manusia itu memberi nama Hawa kepada isterinya, sebab dialah yang menjadi ibu semua yang hidup. 21 Dan TUHAN Allah membuat pakaian dari kulit binatang untuk manusia dan untuk isterinya itu, lalu mengenakannya kepada mereka. 22 Berfirmanlah TUHAN Allah: "Sesungguhnya manusia itu telah menjadi seperti salah satu dari Kita, tahu tentang yang baik dan yang jahat; maka sekarang jangan sampai ia mengulurkan tangannya dan mengambil pula dari buah pohon kehidupan itu dan memakannya, sehingga ia hidup untuk selama-lamanya." 23 Lalu TUHAN Allah mengusir dia dari taman Eden supaya ia mengusahakan tanah dari mana ia diambil. 24 Ia menghalau manusia itu dan di sebelah timur taman Eden ditempatkan-Nyala beberapa kerub dengan pedang yang bernyala-nyala dan menyambar-nyambar, untuk menjaga jalan ke pohon kehidupan.

 

Proses ini telahpun diketahui Tuhan dari mulanya. Anak Domba itu disembelih dan umat pilihan dituliskan di dalam buku kehidupan sebelum mulanya dunia (Wahyu 13:8). Oleh itu, peristiwa ini telahpun diketahui lebih awal dan ditangani. Perhatikan bahawa ular itu tidak disoal. Dia telah ditunjukkan bersalah. Dari ayat 14, kita melihat sekali lagi perbezaan antara lembu dan binatang-binatang liar di padang. Ini hanya mungkin bermakna bahawa dari permulaan pembezaan ini dibuat untuk menunjukkan bahawa pemakanan daging merupakan urutan tujuannya. Dialog mengenai ular itu serta keturunan perempuan itu adalah suatu cerita rohani berkenaan pengurungan Iblis.

 

Perintah di dalam ayat-ayat 18-19 seharusnya tidak dianggap sebagai pembatasan pemakanan tetapi sebaliknya kesusahan pengumpulan itu dan taip. Pohon kehidupan memberi hidup kekal dan kerana itu makhluk ciptaan harus ditolak dari mendapat kehidupan kekal agar mereka dapat diperbetulkan dan dipimpin ke dalam hubungan sejati dengan Tuhan serta Bani rohani. Komen-komen itu nampaknya berbentuk kiasan.

 

Yang pentingnya adalah tindakan Yahovah elohim seterusnya. Dia membunuh lembu untuk membuat pakaian bagi lelaki dan perempuan itu. Sforno menerangkan berhubung persoalan ketelanjangan itu bahawa oleh kerana perbuatan-perbuatan mereka adalah demi melayan pencipta mereka, dan bukannya untuk memuaskan keinginan nafsu, maka perbuatan-perbuatan mereka dalam hidup bersama adalah semurni tindakan memakan dan meminum (Soncino). Rashi berpendapat bahawa nasihat Iblis yang menggoda telah timbul apabila ia melihat mereka hidup bersama tanpa berpakaian. Sforno berpendapat bahawa ular itu adalah simbol bagi pencuba itu (Iblis).

 

Para pengulas rabbinikal juga tidak memahami konsep-konsep bahawa Adam telah mati secara rohani dan, kerana itu, Mesias perlu mati sebagai korban bagi dosa-dosa dunia, di bawah ketidaktaatan Adam.

 

Di sini kita melihat turutan di mana Yahovah elohim memulakan pengorbanan binatang-binatang untuk memberi pakaian kepada manusia. Oleh itu, pembunuhan binatang begini betul-betul bermanfaat dan dimulakan oleh Yahovah elohim iaitu subordinat Mazmur 45:6-7. Maka itu, penggunaan domestik binatang-binatang dibenarkan oleh Tuhan dan Yesus Kristus sejak dari mula sejarah manusia. Tidak patut dikaitkan sebarang dosa kepada Yahovah elohim dalam tindakan ini. Oleh itu, tindakan tersebut dibenarkan dan ditubuhkan untuk manusia, dan memang telah mereka pergunakan, seperti yang kita lihat dari arkeologi.

 

Penggunaan lembu atau binatang-binatang domestik ini diperlihatkan kedudukannya dengan jelas di dalam insiden Kain dan Habel. Lembu telah dikumpulkan ke dalam kawanan dan Habel merupakan seorang gembala atau penggembala yang memelihara domba. Kain merupakan seorang pengusaha tanah. Kedua-dua mereka datang ke hadapan Tuhan dengan persembahan masing-masing. Begitulah, korban-korban tuaian diletakkan pada posisinya dengan Adam. Maka begitulah pesta-pesta menuai wujud sebelum Sinai, sama seperti hari Sabat.

 

Habel membawa anak sulung kambing dombanya serta lemak-lemaknya. Oleh itu, pemberian persembahan hasil sulung/utama serta lemak korban-korban telahpun ditetapkan dari mula. Kain telah ditolak persembahannya. Oleh itu, keunggulan korban yang hidup ditetapkan di sini. Pandangan bahawa orang-orang zaman itu adalah vegetarian adalah mustahil  dikekalkan. Kejadian 4:7 juga mengaitkan dosa kepada Kain kerana penolakan persembahannya itu. Targum menafsirkan teks itu dalam parafrasa yang dilanjutkan.

 

Jika kamu betulkan jalanmu, dosa-dosamu akan diampuni; tetapi jika kamu tidak berubah, dosamu menunggumu untuk hari pengadilanmu, kerana kamu akan dihukum jika kamu tidak bertaubat; tetapi jika kamu bertaubat, kamu akan diampuni (Soncino).

 

Kristus tetap sama dahulu, hari ini dan hari esok. Sukar dibayangkan bahawa dia akan mendirikan satu sistem dan kemudian mengubahnya serta-merta, melarang penggunaan binatang tetapi membunuh binatang yang diberikannya kepada mereka untuk dipelihara demi mendapatkan pakaian, jika ia tidak dimaksudkan sebagai aturan tetap. Ia sememangnya suatu sistem tetap dan pemeliharaan binatang serta penyembelihannya dan pemakanannya merupakan satu ciri tamadun pra-banjir dan selepas banjir.

 

Seluruh sistem Adam hingga Nuh telah diberikan, serta memahami, perbezaan antara binatang-binatang halal dan haram. Adam dan Habel memahaminya dan ia tetap utuh sepanjang zaman Nuh.

 

Kain telah membunuh Habel dan kerana itu kebaikan hasil tanah ditolak daripadanya. Istilah bagi darah di sini adalah dalam bentuk plural. Oleh itu darah-darah Habel yang berteriak. Ini berhubung darah Habel serta keturunan-keturunannya yang mungkin (Rashi berpendapat bahawa bahawa dia telah mati kehilangan darah dari banyak luka yang didapatinya).

 

Konflik antara alam ciptaan pra-Adam dengan keturunan Kain dan keturunan Set (anak Adam seterusnya) serta keturunan Adam yang lain sedang berjalan. Konflik dan kejahatan itu menyebabkan keputusan dibuat untuk menghapuskan aspek ciptaan ini. Ini bukannya satu kesilapan Tuhan, ianya akibat campur tangan dalam penciptaan bani Syurgawi dalam satu percubaan untuk memusnahkan rencana Tuhan. Banyak dari alam ciptaan telah binasa dalam fasa ini (Kejadian 6:7,13).

 

Fasa seterusnya adalah pemeliharaan binatang-binatang melalui Nuh.

 

Nuh diperintahkan untuk mengambil dua dari setiap jenis binatang ke dalam bahtera itu serta makanan jenis sama yang secukupnya untuk semua binatang di dalam bahtera itu. Ini tidak bermakna bahawa seluruh sistem pra-banjir itu memakan makanan yang sama seperti kumpulan binatang dan bahawa mereka adalah vegetarian. Apa yang dimaksudkan adalah bahawa, sementara di dalam bahtera itu, diet semua penghuninya adalah sama dan tidak dibenarkan sebarang pembunuhan di dalam ruang terbatas itu.

 

Kejadian 6:17-22 Sebab sesungguhnya Aku akan mendatangkan air bah meliputi bumi untuk memusnahkan segala yang hidup dan bernyawa di kolong langit; segala yang ada di bumi akan mati binasa. 18 Tetapi dengan engkau Aku akan mengadakan perjanjian-Ku, dan engkau akan masuk ke dalam bahtera itu: engkau bersama-sama dengan anak-anakmu dan isterimu dan isteri anak-anakmu. 19 Dan dari segala yang hidup, dari segala makhluk, dari semuanya haruslah engkau bawa satu pasang ke dalam bahtera itu, supaya terpelihara hidupnya bersama-sama dengan engkau; jantan dan betina harus kaubawa. 20 Dari segala jenis burung dan dari segala jenis hewan, dari segala jenis binatang melata di muka bumi, dari semuanya itu harus datang satu pasang kepadamu, supaya terpelihara hidupnya. 21 Dan engkau, bawalah bagimu segala apa yang dapat dimakan; kumpulkanlah itu padamu untuk menjadi makanan bagimu dan bagi mereka." 22 Lalu Nuh melakukan semuanya itu; tepat seperti yang diperintahkan Allah kepadanya, demikianlah dilakukannya.

 

Kejadian 7:1 dan seterusnya, menjelaskan bahawa bintang-bintang halal seharusnya diambil tujuh pasangan dan yang haram pula dua satu satu pasangan sahaja.

 

Kejadian 7:1-3 Lalu berfirmanlah TUHAN kepada Nuh: "Masuklah ke dalam bahtera itu, engkau dan seisi rumahmu, sebab engkaulah yang Kulihat benar di hadapan-Ku di antara orang zaman ini. 2 Dari segala binatang yang tidak haram haruslah kauambil tujuh pasang, jantan dan betinanya, tetapi dari binatang yang haram satu pasang, jantan dan betinanya; 3 juga dari burung-burung di udara tujuh pasang, jantan dan betina, supaya terpelihara hidup keturunannya di seluruh bumi.

 

Tidak diusulkan bahawa Nuh memerlukan sebarang penjelasan mengenai konsep binatang halal dan haram. Juga tidak diusulkan bahawa dia tidak menyedari tentang keluasan serta skop penciptaan dalam hal ini. Saranan bahawa teks ini menunjukkan bahawa pemakanan binatang hanya berlaku setelah banjir itu tidak disokong bukan saja oleh Alkitab oleh pekerjaan menggembala anak-anak Adam tetapi juga dari apa yang kita tahu tentang zaman pra-banjir melalui arkeologi.

 

Kita telah menemui sisa-sisa peninggalan manusia dari zaman ini dan kita telah menemui rekod  ekstensif mengenai jenis-jenis orangnya. Tiada bukti yang menunjukkan bahawa masyarakat zaman itu adalah vegetarian. Malahan, bukti yang ada jelas menunjukkan bahawa mereka bukan. Manusia paling tua yang ditemui dalam ais (di Pergunungan Alps Itali) dari sekitar tahun 3000 SM mempunyai pakaian kulit, kepala kapak tembaga dan berasal dari kelompok pemburu-pengumpul.

 

Para penyokong vegetarian era ini mengabaikan semua bukti yang ditemui. Pernyataan-pernyataan mereka bertentangan dengan Alkitab dan arkeologi.

 

Kita tahu dari rekod-rekod Mesir purba bahawa daging dan burung buruan di samping burung tekukur, merpati dan angsa dimakan. Angsa muncul pada makam Itet sekitar tahun 2560 SM dalam Kerajaan Lama. Ayam-ayam tidak diketahui sehinggalah Kerajaan Baru dan mungkin hanya menjadi biasa sewaktu zaman Rom (Baines and Malek Atlas of Ancient Egypt, Time-Life Books, 1994, halaman 8,19). Walaupun pertanian berpengairan dijalankan dalam apa yang digambarkan sebagai zaman Neolitik lewat di Mesopotamia, wujudnya masyarakat gembala-gembala nomad serta pemburu-pengumpul yang kebanyakannya pemakan daging jelas terbukti dengan adanya bukti pengumpulan rumput untuk makanan bijirin. Pertanian jelas wujud dalam zaman pra-dinasti di sebelah barat Mesir di sepanjang Mediterranean, namun perubahan-perubahan cuaca kering telah memaksa para penduduk berpusat di Lembah Nil untuk tujuan-tujuan pertanian (ibid., halaman 14).

 

Sungguhpun masyarakat Afrika Utara di sekeliling Mesir pra-dinasti umumnya terdiri daripada pemburu-pengumpul atau gembala, pertanian telah bertapak di situ sewaktu Kerajaan Lama. Sama sekali tiada  bukti bahawa sebarang tamadun dari Mesopotamia ke Afrika Utara adalah berciri vegetarian. Malah, bukti yang ada menafikan keadaan sebegitu. Mencadangkan bahawa anak-anak Adam, tidak seperti kelompok gembala yang lain, merupakan kaum gembala yang menggembalai binatang namun tidak memakan mereka, adalah suatu pertimbangan yang pelik. Alkitab jelas bahawa persembahan korban telah ditetapkan dengan Adam dan dilaksanakan oleh Hael. Oleh itu, kategori-kategori binatang halal sepatutya telahpun ditetapkan. Tuhan tidak akan membenarkan atau menerima korban binatang haram, seperti yang kita tahu dari hukum. Mencadangkan bahawa  keluarga Adam menggembala kambing domba, mengadakan korban itu dan kemudiannya membuang korban-korban itu tanpa memakan mereka merupakan idea yang tidak munasabah hinggakan sukar untuk diterima. Lebih-lebih lagi, kehidupan gembala nomad/pengembara menolak vegetarianisme sebagai satu gaya hidup yang mungkin. Juga pada masa itu, pagar serta wayar berduri belum lagi direka. Persembahan hasil pertanian Kain kurang diterima Tuhan. Hujah-hujah yang diajukan berkenaan vegetarianisme pra-banjir merupakan milik mereka yang yang mempunyai sedikit atau tiada pengalaman dengan pertanian serta pemeliharaan haiwan, dan yang mengabaikan kata-kata jelas teks-teks alkitab.

 

Nuh dan Banjir itu

Nuh menurut Tuhan dan membina bahtera itu dan memasukkan binatang-binatang yang diperintahnya ke dalam bahtera tersebut. Kategori-kategori lembu kambing dan binatang-binatang juga digunakan di dalam teks Kejadian 7:14 dan selanjutnya.

 

Banjir itu bermula pada hari ketujuh belas bulan kedua tahun ke 600 Nuh. Banjir itu berlangsung selama empat puluh hari atau sehingga hari kedua puluh tujuh bulan ketiga. Paras air tidak turun sehinggalah hari pertama Nisan tahun kemudiannya. Pada hari kedua puluh lapan Nisan pada tahun kemudiannya, bumi menjadi kering.

 

Tindakan pertama Nuh sesudah banjir itu adalah membina suatu mezbah dan mengadakan korban dari setiap binatang halal dan setiap burung halal. Tindakannya ini disenangi Tuhan. Dari titik itu, janji tersebut dibuat bahawa selagi bumi masih ada, musim menabur dan menuai, dingin dan panas, kemarau dan hujan, siang dan malam akan tidak terhenti.

 

 

Hukum itu

Tuhan telah menetapkan hukum-hukum hasil sulung dengan Adam dan ianya dipelihara oleh Nuh dan keturunannya. Penderhakaan selepas banjir oleh Nimrod dan sistem Babilon itu tidak mencemari keutuhan hukum itu. Abraham telah diberikan janji itu kerana dia merupakan sahabat Tuhan. Bangsanya telah diperhambakan kerana perbuatan-perbuatan para bapa di Palestin. Bilangan mereka bertambah dalam keadaan kesukaran dan dibawa keluar dalam Keluaran itu di bawah pimpinan Musa supaya mereka dapat menjadi umatNya dan terang kepada para bangsa.

 

Tuhan membawa Israel keluar dari perhambaan dengan suatu korban. Korban tersebut menunjuk kepada Mesias. Israel tidak dimaksudkan menjadi vegetarian pada masa itu mahupun masa kemudiannya. Seluruh hukum pemakanan serta hasil-hasil sulung itu dikeluarkan semula kepada Musa di Sinai. Hukum-hukum makanan berkenaan daging-daging ditemui di dalam Imamat 11 dan Ulangan 14. Sebab-sebab serta larangan-larangan berhubung peraturan-peraturan ini dibincangkan di dalam karya Hukum-hukum Pemakanan [015].

 

Keimamatan Israel berhubungkait dengan korban itu. Penegasan-penegasan tentang korban itu oleh ahli-ahli falsafah dan kabbalis Yahudi, yang nampaknya termasuk beberapa rabbi mereka yang terulung, merupakan penegasan-penegasan yang pada dasarnya menuduh sifat Tuhan dan kebiasaan keimamatan itu.

 

Fasa seterusya dalam proses rabbinikal pelik ini yang bertujuan mengubah arahan-arahan Tuhan adalah berhubung perintah-perintah menyingkirkan darah. Hujah-hujah yang menyokong vegetarianisme, di kalangan pihak berkuasa rabbinikal, adalah menarik namun mengabaikan tujuan nubuatan.

 

Para rabbi yang menyokong rencana vegetarian ini nampaknya membincangkannya begini:

 

1) Maut memasuki dunia kerana ketidaksetiaan Adam dan Hawa.

 

2) Pemakanan daging tidak dimulakan hinggalah Nuh.

 

3) Umat manusia telah merosot dengan banyak sekali setibanya masa ini.

 

4) Kebenaran memakan daging diberikan selepas banjir itu.

 

Logiknya adalah bahawa kebenaran memakan daging itu hanyalah sementara sahaja. Alasannya untuk ini adalah seperti berikut:

 

Sukar dibayangkan bahawa seorang Pencipta yang telah merencanakan sebuah dunia yang berharmoni serta jalan sempurna untuk manusia hidup akan, beberapa ribu tahun kemudiannya, mendapati bahawa rencana ini tidak betul (R. Abraham Isaac Hacohen Kook A Vision of Vegetarianism and Peace, ed. R. David Cohen).

 

Logiknya adalah betul. Premisnya adalah salah. Seperti yang kita tahu, Tuhan adalah tetap dan begitu juga dengan Mesias. Tuhan tidak berubah (Maleakhi 3:6). Kristus tetap sama kelmarin, hari ini dan hari esok (Ibrani 13:8). Perubahan dalam hukum yang dimaksudkan dalam Ibrani 7:12 adalah berhubung metatesis hukum itu yang mendirikan keimamatan dalam umat pilihan sebagai dari aturan Melkisedek. Perubahan itu juga berkait dengan korban. Tiada yang disebutkan atau dikiaskan berkenaan pemakanan daging dihapuskan; malah, yang sebaliknya.

 

Kook berpendapat salah bahawa Adam dan anak-anaknya tidak memakan daging. Oleh itu dia melihat hal ini secara logiknya membabitkan suatu ketidaktetapan di dalam pemberian serta aplikasi hukum Tuhan. Dia menyalahanggap bahawa vegetarianisme merupakan sistemnya pada permulaan. Oleh itu, ianya akan sekali lagi menjadi sistem pada akhirnya. Maka itu, dia menyimpulkan bahawa pemakanan daging merupakan suatu penyimpangan sementara Tuhan. Lantas dia mencirikan kepada Tuhan ketidaktetapan yang ingin dihindarinya itu.

 

Proses pertimbangan menyimpang ini dalam agama Yahudi diteruskan kepada pertimbangan R. Samuel Dressner.

 

Penyingkiran darah yang diajar kashrut adalah satu satu cara paling berkesan untuk membuatkan kita sedar tentang kelonggaran serta kompromi sebenar yang terbabit di dalam seluruh perbuatan memakan daging itu. Sekali lagi, ia mengajar kita menghormati kehidupan.

 

Moses Cassuto kemudiannya menjadikan ini sesuatu yang tidak munasabah dengan mengatakan:

 

Nampaknya, Torah secara prinsipnya menentang pemakanan daging. Apabila Nuh dan keturunannya dibenarkan memakan daging, ini merupakan suatu kelonggaran yang mensyaratkan larangan terhadap darah.

 

Pertimbangan sebegitu, yang mencirikan kebolehubahan kepada perintah-perintah Tuhan, mengabaikan tujuan bahagian-bahagian berkenaan ciri penggembala anak-anak Adam dan memperlihatkan suatu kejahilan tentang dasar saintifik hukum-hukum pemakanan itu. Masalahnya di sini adalah pengetahuan Cassuto, Dressner dan Kook, bukannya di dalam logik dan keteraturan Torah. Tradisi mistik ini datangnya dari sistem-sistem Oral di luar hukum Tuhan dan yang telah memasuki Kabbalah dari kultus-kultus Misteri. Orang-orang ini adalah pengamal vegetarian yang cuba membenarkan penyimpangan mereka di dalam Torah sungguhpun adanya hukum bertulis itu serta bukti yang jelas menentangnya. Mereka mungkin lebih senang dimaafkan berbanding  umat Kristian atas pandangan-pandangan menyimpang sebegitu, namun Roh Kudus telah memberikan perintah jelas berhubung doktrin palsu ini melalui Kristus dan para rasul.

 

Nubuatan dan Daging-daging

Sokongan cuba dicari dari Yesaya bagi vegetarianisme milenium di bawah Mesias.

 

Yesaya 11:6-9  Serigala akan tinggal bersama domba dan macan tutul akan berbaring di samping kambing. Anak lembu dan anak singa dan [haiwan sembelihan] akan makan rumput bersama-sama, dan seorang anak kecil akan menggiringnya. 7 Lembu dan beruang akan sama-sama makan rumput dan anaknya akan sama-sama berbaring, sedang singa akan makan jerami seperti lembu. 8 Anak yang menyusu akan bermain-main dekat liang ular tedung dan anak yang cerai susu akan mengulurkan tangannya ke sarang ular beludak. 9 Tidak ada yang akan berbuat jahat atau yang berlaku busuk di seluruh gunung-Ku yang kudus, sebab seluruh bumi penuh dengan pengenalan akan TUHAN, seperti air laut yang menutupi dasarnya.

 

Penekanan dibuat ke atas fakta bahawa singa akan memakan rumput seperti lembu. Anak lembu dan anak singa akan bersama-sama dengan haiwan sembelihan. Mereka tidak mencederakan atau membinasakan di seluruh gunung Tuhan yang kudus. Dua perkara jelas di sini. Tempat itu adalah Sion dan anak lembu dan haiwan sembelihan dan anak lembu itu disebutkan. Lembu ini adalah lembu jantan dan kerana itu penternakan binatang masih lagi berjalan. Haiwan sembelihan ini adalah binatang yang dipelihara dalam kandang untuk dagingnya. Istilahnya adalah SHD 4806 merîy’ yang bermakna lembu yang diberi makan atau yang gemuk. Ianya istilah yang sama yang ditemui pada Yehezkiel 39:18. Keadaan yang digambarkan dalam Yehezkiel ini adalah pada waktu Kedatangan [Mesias] dan ia kemudiannya berterusan (dalam Yehezkiel 40) dengan pemulihan persembahan korban sewaktu Milenium itu (Yehezkiel . 40:38-43; 43:18-27; 44:6-8; 45:13-25; 46:1-8).

 

Persembahan-persembahan korban itu akan berlangsung pada hari-hari Sabat dan hari-hari Bulan Baru (Yehezkiel 46:3). Korban-korban umat itu akan dimasak dalam dapur-dapur yang dikhaskan untuk tujuan itu di Bait Suci (Yehezkiel 46:24).

 

Selain daging korban yang dimasak di Bait Suci, sungai-sungai juga disalirkan dari gunung bait itu dan ikan-ikan akan ditangkap di situ oleh para penangkap ikan tepi laut dari Engedi ke Eneglaim. Paya-paya akan ada untuk pengumpulan garam. Selain daging-daging ini akan ada pohon-pohon pada pinggir-pinggir sungai itu. Pohon-pohon itu berbagai jenisnya dan akan membuah setiap bulan. Daun-daunnya adalah untuk penyembuhan bangsa-bangsa (Yehezkiel 47:9-12).

 

Oleh itu, teks dari Amos 9:14 boleh dilihat dalam konteks suatu sistem yang luas dan bukannya penggarisan jenis-jenis makanan yang terhad. Lebih-lebih lagi, Amos 9:13 menunjukkan peminuman anggur sebagai suatu janji Milenium itu.

 

Amos 9:13-14 "Sesungguhnya, waktu akan datang," demikianlah firman TUHAN, "bahwa pembajak akan tepat menyusul penuai dan pengirik buah anggur penabur benih; gunung-gunung akan meniriskan anggur baru dan segala bukit akan kebanjiran. 14 Aku akan memulihkan kembali umat-Ku Israel: mereka akan membangun kota-kota yang licin tandas dan mendiaminya; mereka akan menanami kebun-kebun anggur dan minum anggurnya; mereka akan membuat kebun-kebun buah-buahan dan makan buahnya.

 

Penternakan haiwan yang membabitkan penghasilan susu juga dilihat dari Yoel 3:18.

 

Yoel 3:18 Pada waktu itu akan terjadi, bahwa gunung-gunung akan meniriskan anggur baru, bukit-bukit akan mengalirkan susu, dan segala sungai Yehuda akan mengalirkan air; mata air akan terbit dari rumah TUHAN dan akan membasahi lembah Sitim.

 

Zakharia 14 jelas menunjukkan bahawa pada pemulihan milenium itu, hari-hari raya itu akan dipelihara dan semua bangsa akan mengutus wakil-wakil mereka ke Yerusalem atau kalau tidak, mereka akan dihukum (Zakharia 14:16-19). Teks ini kemudiannya menunjukkan dengan jelas tentang adanya korban serta pemakanan daging sewaktu zaman Milenium itu di bawah Mesias.

 

Zakharia 14:20-21 Pada waktu itu akan tertulis pada kerencingan-kerencingan kuda: "Kudus bagi TUHAN!" dan kuali-kuali di rumah TUHAN akan seperti bokor-bokor penyiraman di depan mezbah. 21 Maka segala kuali di Yerusalem dan di Yehuda akan menjadi kudus bagi TUHAN semesta alam; semua orang yang mempersembahkan korban akan datang mengambilnya dan memasak di dalamnya. Dan tidak akan ada lagi pedagang di rumah TUHAN semesta alam pada waktu itu.

 

Justeru itu, teks Alkitab mempunyai suatu pekhabaran yang konsisten dan jelas tentang pemakanan daging yang dibenarkan dari Adam hingga penghujung Milenium. Oleh itu, Tuhan jelas tetap dan sistem itu pasti dan adil. Vegetarianisme tidak mendapat kebenaran dalam mana-mana bahagian Perjanjian Lama. Para rabbi yang mendakwanya begitu berbuat demikian di depan  tentangan jelas Alkitab terhadapnya. Hujah-hujah mereka merupakan dakwaan-dakwaan terhadap hukum-hukum serta sifat Tuhan. Semua itu sebenarnya tuduhan-tuduhan terhadap keadilan serta keikhlasan Allah Semesta Alam dan Mesias.

 

Pekhabaran Perjanjian Baru

Jelas sekali bahawa Kristus bukanlah seorang vegetarian. Dia memelihara Paskah (Matius 26:17-19; Markus 14:12-16; Lukas 2:41; 22:8-15; Yohanes 2:13,23; 6:4; 11:55; 18:28,39; 19:14) yang memang melibatkan pemakanan daging (Keluaran 12:11-13) dan dia sendirinya merupakan Paskah itu (Lukas 22:11).

 

Para rasul memelihara hukum-hukum makanan itu serta memakan daging. Oleh itu, tiada penyingkiran daging dari Pentakosta. Kisah 10 adapun digunakan untuk cuba menunjukkan perluasan kategori-kategori daging-daging yang dibenarkan (lihat karya Hukum-hukum Pemakanan [015]) namun sama sekali tidak dapat digunakan untuk membenarkan vegetarianisme. Sebenarnya, penerangan teks itu adalah ianya bertujuan menunjukkan bahawa keselamatan telah diperluaskan kepada bangsa-bangsa lain seperti mana yang diterangkan Petrus sendiri.

 

Daging Yang Dipersembahkan Kepada Berhala

Bahagian petikan yang lebih banyak mengisahkan daging melibatkan daging-daging yang dipersembahkan kepada berhala. Teks dalam Roma 14:1-4 dipercayai membenarkan amalan vegetarianisme dalam Kekristianan, namun sebagai satu bentuk Kekristianan yang lebih lemah. Ini adalah makna yang salah. Penghindaran daging di sini bukannya berdasarkan sebab-sebab yang diberikan kelompok vegetarian, yang merupakan dakwaan-dakwaan terhadap Tuhan. Alasan-alasan yang diberikan di sini adalah berdasarkan kemungkinan bahawa daging itu telah dipersembahkan kepada berhala. Oleh itu, pantang di sini adalah untuk tidak melanggar hukum itu, berhubung pemakanan makanan yang dipersembahkan kepada berhala.

 

Roma 14:1-4 Terimalah orang yang lemah imannya tanpa mempercakapkan pendapatnya. 2 Yang seorang yakin, bahwa ia boleh makan segala jenis makanan, tetapi orang yang lemah imannya hanya makan sayur-sayuran saja. 3 Siapa yang makan, janganlah menghina orang yang tidak makan, dan siapa yang tidak makan, janganlah menghakimi orang yang makan, sebab Allah telah menerima orang itu. 4 Siapakah kamu, sehingga kamu menghakimi hamba orang lain? Entahkah ia berdiri, entahkah ia jatuh, itu adalah urusan tuannya sendiri. Tetapi ia akan tetap berdiri, karena Tuhan berkuasa menjaga dia terus berdiri.

 

Teks dalam Roma 14:6 telah diperpanjangkan untuk memasukkan satu bahagian yang tidak ada dalam teks-teks purba.

 

Roma 14:6 Siapa yang berpegang pada suatu hari yang tertentu, ia melakukannya untuk Tuhan; dan siapa yang tidak berpegang pada suatu hari yang tertentu, ia tidak melakukannya untuk Tuhan. Dan siapa makan, ia melakukannya untuk Tuhan, sebab ia mengucap syukur kepada Allah. Dan siapa tidak makan, ia melakukannya untuk Tuhan, dan ia juga mengucap syukur kepada Allah. (KJV)

 

Teks dan siapa yang tidak berpegang pada suatu hari yang tertentu, ia tidak melakukannya untuk Tuhan diabaikan dari teks-teks (lihat Companion Bible, nota kepada ayat 6). Teks ini melibatkan makanan yang dikorbankan kepada berhala dan sama ada ia halal ataupun tidak. Posisi yang diambil oleh jemaat adalah jika ianya tidak diketahui, maka ia dianggap sebagai tidak dipersembahkan begitu. Mereka yang lemah dalam iman langsung memilih untuk tidak memakan agar hati nurani mereka tidak terjejas. Oleh itu, jenis pantang ini bukannya atas dasar-dasar vegetarian tetapi atas sebab-sebab keberhalaan. Ini dipercayai membuatkan daging-daging tidak halal. Pandangan ini dapat menerangkan suatu teks Paulus,  iaitu salah satu teks yang dirujukkan dalam 2 Petrus, sebagai yang dipergunakan untuk kebinasaan seseorang individu.

 

Roma 14:14-23 Aku tahu dan yakin dalam Tuhan Yesus, bahwa tidak ada sesuatu yang najis dari dirinya sendiri. Hanya bagi orang yang beranggapan, bahwa sesuatu adalah najis, bagi orang itulah sesuatu itu najis. 15 Sebab jika engkau menyakiti hati saudaramu oleh karena sesuatu yang engkau makan, maka engkau tidak hidup lagi menurut tuntutan kasih. Janganlah engkau membinasakan saudaramu oleh karena makananmu, karena Kristus telah mati untuk dia. 16 Apa yang baik, yang kamu miliki, janganlah kamu biarkan difitnah. 17 Sebab Kerajaan Allah bukanlah soal makanan dan minuman, tetapi soal kebenaran, damai sejahtera dan sukacita oleh Roh Kudus. 18 Karena barangsiapa melayani Kristus dengan cara ini, ia berkenan pada Allah dan dihormati oleh manusia. 19 Sebab itu marilah kita mengejar apa yang mendatangkan damai sejahtera dan yang berguna untuk saling membangun. 20 Janganlah engkau merusakkan pekerjaan Allah oleh karena makanan! Segala sesuatu adalah suci, tetapi celakalah orang, jika oleh makanannya orang lain tersandung! 21 Baiklah engkau jangan makan daging atau minum anggur, atau sesuatu yang menjadi batu sandungan untuk saudaramu. 22 Berpeganglah pada keyakinan yang engkau miliki itu, bagi dirimu sendiri di hadapan Allah. Berbahagialah dia, yang tidak menghukum dirinya sendiri dalam apa yang dianggapnya baik untuk dilakukan. 23 Tetapi barangsiapa yang bimbang, kalau ia makan, ia telah dihukum, karena ia tidak melakukannya berdasarkan iman. Dan segala sesuatu yang tidak berdasarkan iman, adalah dosa.

 

Teks ini tidak merujuk kepada kategori-kategori daging halal dan haram yang diberikan di dalam hukum Jika ya, maka Paulus tidak mungkin menjadi seorang rasul Yesus Kristus. Kita tahu dari segi pengetahuan sains bahawa kategori-kategori makanan itu memang betul. Lebih-lebih lagi, kita tahu bahawa jemaat telah memelihara kategori-kategori daging halal dan haram itu selama berabad-abad lamanya. Setelah kemurtadan itu, jemaat dalam penganiayaan memeliharanya dan masih lagi memeliharanya. Oleh itu Paulus patutnya merujuk kepada masalah makanan yang dipersembahkan kepada berhala, kerana jika tidak ertinya dia tidak berbicara mengikut hukum dan kesaksian itu (Yesaya 8:20). Pada tempat lain dia berbicara tentang makanan yang dijadikan untuk diterima dengan kesyukuran. Oleh itu, teks ini merujuk kepada kategori makanan yang dikorbankan kepada berhala. Mereka yang menjauhinya adalah mereka yang lemah dalam iman mereka. Bagaimanapun, tiada alasannya bagi pantang seperti ini memandangkan persembahan korban sebegitu telahpun dihentikan selama berabad lamanya.

 

Paulus telah diberikan arahan jelas atas dua isu oleh Roh Kudus untuk dipelihara bagi hal ini. Dia telah mengumumkan pendiriannya atas satu sebelum dia menerima arahan itu dan telah diperbetulkan dari kesilapannya. Isu yang satu lagi kemudiannya menjadi satu masalah yang berat dalam Jemaat Tuhan pada zaman akhir dan kerana itu memerlukan bimbingan nubuatan jelas dari Roh Kudus.

 

Doktrin-doktrin Para Iblis pada Zaman Akhir

Doktrin-doktrin para iblis zaman akhir telah dibincangkan dalam karya Doktrin Para Iblis pada Zaman Akhir [048]. Dua doktrin yang diajukan oleh para iblis setan pada zaman akhir melibatkan perkahwinan dan vegetarianisme. Paulus telah berbicara mengenai perkahwinan namun jelas bahawa dia tidak mendapat bimbingan dari Roh Kudus dalam hal itu. Waktu kemudiannya apabila dia berbicara mengenai isu-isu ini semula, jelas sekali dia mendapat bimbingan. Mari kita periksa pernyataan-pernyataan itu.

 

Dalam suratnya kepada umat di Korintus, Paulus memberikan pendapat yang dikatakannya hanya pendapatnya sahaja; pendapatnya dan bukannya perintah dari Tuhan.

 

1Korintus 7:25-40 Sekarang tentang para gadis. Untuk mereka aku tidak mendapat perintah dari Tuhan. Tetapi aku memberikan pendapatku sebagai seorang yang dapat dipercayai karena rahmat yang diterimanya dari Allah. 26 Aku berpendapat, bahwa, mengingat waktu darurat sekarang, adalah baik bagi manusia untuk tetap dalam keadaannya. 27 Adakah engkau terikat pada seorang perempuan? Janganlah engkau mengusahakan perceraian! Adakah engkau tidak terikat pada seorang perempuan? Janganlah engkau mencari seorang! 28 Tetapi, kalau engkau kawin, engkau tidak berdosa. Dan kalau seorang gadis kawin, ia tidak berbuat dosa. Tetapi orang-orang yang demikian akan ditimpa kesusahan badani dan aku mau menghindarkan kamu dari kesusahan itu. 29 Saudara-saudara, inilah yang kumaksudkan, yaitu: waktu telah singkat! Karena itu dalam waktu yang masih sisa ini orang-orang yang beristeri harus berlaku seolah-olah mereka tidak beristeri; 30 dan orang-orang yang menangis seolah-olah tidak menangis; dan orang-orang yang bergembira seolah-olah tidak bergembira; dan orang-orang yang membeli seolah-olah tidak memiliki apa yang mereka beli; 31 pendeknya orang-orang yang mempergunakan barang-barang duniawi seolah-olah sama sekali tidak mempergunakannya. Sebab dunia seperti yang kita kenal sekarang akan berlalu. 32 Aku ingin, supaya kamu hidup tanpa kekuatiran. Orang yang tidak beristeri memusatkan perhatiannya pada perkara Tuhan, bagaimana Tuhan berkenan kepadanya. 33 Orang yang beristeri memusatkan perhatiannya pada perkara duniawi, bagaimana ia dapat menyenangkan isterinya, 34 dan dengan demikian perhatiannya terbagi-bagi. Perempuan yang tidak bersuami dan anak-anak gadis memusatkan perhatian mereka pada perkara Tuhan, supaya tubuh dan jiwa mereka kudus. Tetapi perempuan yang bersuami memusatkan perhatiannya pada perkara duniawi, bagaimana ia dapat menyenangkan suaminya. 35 Semuanya ini kukatakan untuk kepentingan kamu sendiri, bukan untuk menghalang-halangi kamu dalam kebebasan kamu, tetapi sebaliknya supaya kamu melakukan apa yang benar dan baik, dan melayani Tuhan tanpa gangguan. 36 Tetapi jikalau seorang menyangka, bahwa ia tidak berlaku wajar terhadap gadisnya, jika gadisnya itu telah bertambah tua dan ia benar-benar merasa, bahwa mereka harus kawin, baiklah mereka kawin, kalau ia menghendakinya. Hal itu bukan dosa. 37 Tetapi kalau ada seorang, yang tidak dipaksa untuk berbuat demikian, benar-benar yakin dalam hatinya dan benar-benar menguasai kemauannya, telah mengambil keputusan untuk tidak kawin dengan gadisnya, ia berbuat baik. 38 Jadi orang yang kawin dengan gadisnya berbuat baik, dan orang yang tidak kawin dengan gadisnya berbuat lebih baik. 39 Isteri terikat selama suaminya hidup. Kalau suaminya telah meninggal, ia bebas untuk kawin dengan siapa saja yang dikehendakinya, asal orang itu adalah seorang yang percaya. 40 Tetapi menurut pendapatku, ia lebih berbahagia, kalau ia tetap tinggal dalam keadaannya. Dan aku berpendapat, bahwa aku juga mempunyai Roh Allah.

 

Nasihat Paulus ini adalah salah namun dibenarkan kerana ia menggenapi satu tujuan lain. Ianya betul dari segi tujuan ianya diberikan dan berperanan dalam teks ini sebagai peringatan bagi mereka yang melayani Tuhan. Lebih-lebih lagi, ianya merupakan satu pesanan yang menaikkan semangat mereka yang tidak mempunyai anak dan yang sida-sida secara realiti ataupun untuk iman itu. Pada masa itu terdapat sebilangan ramai sida-sida (kanun 21 dari Kanun-kanun Kerasulan, ANF, Vol. VII, halaman 501 menggalakkan perlantikan mereka sebagai biskop-biskop). Oleh itu nasihat ini adalah betul kerana ia berperanan menaikkan semangat mereka yang kekurangan di dalam jemaat. Orang-orang seperti ini masih tetap dalam iman dan mereka telahpun mengalami keperitan dari kekurangan mereka dan sepatutnya ditinggikan dalam pelayanan mereka terhadap Tuhan. Namun begitu, ia bukanlah, dan sememangnya tidak bertujuan sebagai perintah yang melarang perkahwinan dalam jemaat. Roh Kudus telah campur tangan kerana isu ini dan satu lagi akan menghasilkan masalah yang berat dalam iman ini pada tahun-tahun kemudiannya.

 

1Timotius 4:1-5 Tetapi Roh dengan tegas mengatakan bahwa di waktu-waktu kemudian, ada orang yang akan murtad lalu mengikuti roh-roh penyesat dan ajaran setan-setan 2 oleh tipu daya pendusta-pendusta yang hati nuraninya memakai cap mereka. 3 Mereka itu melarang orang kawin, melarang orang makan makanan yang diciptakan Allah supaya dengan pengucapan syukur dimakan oleh orang yang percaya dan yang telah mengenal kebenaran. 4 Karena semua yang diciptakan Allah itu baik dan suatupun tidak ada yang haram, jika diterima dengan ucapan syukur, 5 sebab semuanya itu dikuduskan oleh firman Allah dan oleh doa.

 

Di sini Paulus menjelaskan bahawa Roh telah jelas menyatakan bahawa doktrin-doktrin setan-setan ini akan terjadi pada zaman akhir. Kita sedang menyaksikannya terjadi sekarang ini dengan lebih meluas lagi. Sehingga abad ini, doktrin-doktrin setan-setan adalah berkenaan pembujangan, bukan saja dalam Gereja Ortodoks dan Roman Katolik, tetapi juga di dalam sistem-sistem Gnostik, Montanist, Manichean dan apa yang dikenali sebagai sistem Puritan atau Cathar selama abad-abad sudah. Vegetarianisme dan penjauhan alkohol, sebaliknya, terbatas kepada kelompok Gnostik, Montanist, Manichean dan Cathari serta pewaris-pewaris mereka. Mazhab-mazhab ini telah mengikuti perkembangan Jemaat Tuhan sepanjang abad-abad lalu, dan lazimnya mendatangkan penganiayaan ke atasnya.

 

Pertapaan Gnostik

Doktrin Ascetik atau Pertapa asalnya terdapat di kalangan kultus-kultus Misteri dan melalui kumpulan Pythagorea telah memasuki pemikiran Barat. Pengaruh Misteri-misteri itu dalam Afrika Utara menyaksikannya mempengaruhi kumpulan-kumpulan ekonomi dan sosial, dan muncul di Alexandria sebagai satu kuasa yang menentang hukum Yahudi. Sistem itu adalah Gnosticisme dari istilah gnosis atau pengetahuan, yang didakwa para pengikutnya datang dari pengalaman mistik. Ianya berciri ascetik atau pertapa, seperti mana misteri-misteri itu dalam pantangan daging-daging. Satu lagi sekolah Gnosticisme telah berkembang di Syria dan kemudiannya menghasilkan suatu siri para pemikir pertapa dan anti-hukum. Tokoh paling terkenal dari sekolah ini adalah Simon Magus.

 

Oleh itu, dua sekolah utama Gnosticisme adalah mazhab Alexandria dan Syria. Di sekolah Alexandria itu yang termasuk Basilides, Valentine dan golongan Ophites, kita dapati bertapaknya Platonisme dan teori pengeluaran (emanation theory). Dalam sekolah Syria itu yang termasuk Saturninus, Bardesanes dan Tatian, kita temui Parsiism dan Dualisme.

 

Berbeza daripada dua sekolah ini adalah sistem Marcion yang muncul di Asia Minor. Schaff mendakwa ini berpunca dari warisan Paulus dan pekhabaran injil bebasnya yang kuat yang menentang legalisme (lihat karya Schaff The History of the Christian Church, Vol. 2, Eerdmans, Michigan, terbitan semula 1987 , halaman 459). Schaff nampaknya telah salahfaham tentang pesan Paulus dalam hal ini (lihat karya Teks Pekerjaan Hukum - atau MMT [104] dan siri Hukum [253–263].

 

Gnosticisme muncul dalam tiga bentuk bergantung pada sistem pada mana ia bergabung. Ini adalah bentuk-bentuk pagan, Yahudi dan Kristian. Oleh itu, tidak menghairankan untuk menemui para penulis Yahudi yang menyokong konsep-konsep pertapa Gnostik dari Perjanjian Lama yang bertentangan dengan arah tujuan hukum Perjanjian Lama dan nubuatan. Pencerobohan ini dilakukan melalui Kabbalah dan ditemui di kalangan para rabbi mereka yang paling terkenal sekali. Bahawa mereka yang kononnya para penulis Yahudi dan penulis Kristian ini dapat membina doktrin-doktrin pertapa di sekeliling Alkitab sambil menyalahgunakan ayat-ayat Kitab, sepatutnya tidak menghairankan. Mereka bukannya mengusulkan doktrin-doktrin Alkitab; mereka sedang menyokong sistem Gnostik parasit mereka itu, yang telah menggabungkan kedua-dua sistem yang dipengaruhi mereka. Kesedaran tentang hal ini adalah amat penting dalam memahami kelicikan teologi mereka.

 

Schaff berpendapat bahawa golongan Simonian, Nikolaus, Ophites, Carpocratian, Prodician, Antitactes, dan Manichean tergolong dalam satu kelas penganut Gnostik berciri pagan. Dia berpendapat Cerinthus, Basilides, Valentine, dan Justin tergolong dalam kelas berciri agama Yahudi sementara Saturninus, Marcion, Tatian, dan golongan Encratite termasuk dalam divisi berciri Kristian (ibid., halaman 460). Namun dia membuat pemerhatian betul bahawa perbezaan itu hanyalah secara relatif. Semua sistem Gnostik adalah kafir dan pada asasnya menentang Judaisme tulen Perjanjian Lama dan Kekristianan Perjanjian Baru. Dia mengatakan:

 

Judaisme kumpulan Gnostik berciri Yahudi hanyalah dari segi apocrypha, sama ada dari mazhab Alexandria atau Cabalistic (ibid.).

 

Dalam nota 1 kepada halaman 460, dia menyatakan bahawa Gibbon khususnya menekankan ciri anti-Yahudi mereka lantas membuatkan mereka menunjukkan kebenciannya sendiri terhadap Perjanjian Lama. Seperkara penting adalah bahawa elemen-elemen Kabbalist, yang banyak mempengaruhi falsafah Yahudi, ingin mempengaruhi teologi Perjanjian Lama dengan pertapaan dan ini berleluasa di dalam Judaisme.

 

Schaff membahagikan para Gnostik kepada tiga divisi: Gnostik spekulatif atau teosofik dalam mana dia menggolongkan Basilides dan Valentine; Gnostik praktik dan pertapa (Marcion, Saturninus dan Tatian); dan Gnostik anti-nomian di bawah mana dia golongkan kumpulan Simonian, Nikolaus, Ophites, Carpocratian, dan Antitactes.

 

Simon Magus mungkin merupakan pengaruh mistik terawal kepada Kekristianan (Kisah 8:4-24). Simon Magus telah dibaptiskan oleh Filipus di Samaria sekitar tahun 40 TM dan ingin mendapatkan kuasa roh dengan wang dan telah ditolak oleh Petrus. Justin Martyr, seorang bangsa Samaria, mendakwa bahawa Simon berasal dari Gitthon di Samaria (Apol. 1, 26). Terdapat satu tempat yang disebutkan sebagai Gittai, kini dipanggil Kuryet Jit, dekat dengan Flavia Neapolis atau Nablus, kediaman Justin Martyr (rujuk Schaff, halaman 461, nota samping 2). Bagaimanapun, Josephus merekodkan seorang ahli sihir Yahudi dengan nama sama yang merupakan penduduk Cyprus dan sahabat kepada Procurator Felix. Nampaknya dia telah ditugaskan mengasingkan, dari suaminya, Drusilla iaitu isteri kepada raja Azizus bagi Emesa, di Syria. Felix berharap untuk mengahwininya (Antiquities of the Jews XX, 7, 2). Oleh itu, cerita ini membabitkan perpindahan dari Samaria ke Syria untuk mencapai matlamat-matlamat procurator itu. Pembaptisan di dalam gereja nampaknya hanyalah satu lagi skim untuk mendapatkan wang. Istilah simony masih lagi digunakan untuk trafik dalam jabatan-jabatan gereja.

 

Simon menonjolkan dirinya sebagai perwakilan tuhan dan menarik ramai orang di Samaria dengan ilmu sihirnya. Oleh itu, nampaknya dia adalah seorang ahli mistik Yahudi yang awal, mungkin juga pendahulu kepada Kabbalisme yang beroperasi di luar batas-batas kuasa Yahudi. Irenaeus menganggapnya sebagai magister atau leluhur bagi semua bidaah dan khususnya para Gnostik. Ini sememangnya salah kerana Gnosticisme telah lama berkuasa di Mesir sebelum ini. Memang penting diketahui bahawa dia adalah seorang Gnostik dan amat penting kepada pergerakan itu, namun Gnosticisme-nya merupakan jenis awal yang kasar. Dia mengisytiharkan dirinya sebagai penjelmaan roh-dunia yang mencipta. Temannya, iaitu bekas pelacur Helena dari Tyre, diisytiharkan sebagai penjelmaan jiwa-dunia yang menerima. Para pengikutnya menyembahnya sebagai genius penebus ke dalam abad ketiga. Mazhab tersebut tidak berakhlak di dalam prinsip-prinsip serta amalan mereka. Justin Martyr merekodkan bahawa dia telah memberikan kesan yang besar ke atas Senat Rom dan penduduknya sehinggakan mereka memberi penghormatan kepadanya seperti tuhan dan membina satu tugu untuknya, yang dikatakannya terdapat di satu pulau di Tiber ((Apol. 1. 26, 56). Lokasi ini tidak betul dan mengelirukan patung yang ditemui pada tahun 1574, yang dituliskan dengan kata-kata  Semoni Sanco Deo Fidio sacrum etc. Ini merujuk kepada Semo Sancus or Sangus iaitu seorang dewa Sabine-Roma yang tidak dikenalinya(rujuk Schaff, halaman 462, nota samping 1). Namun ini tidak mengecualikan kemungkinan adanya pendirian satu lagi tugu di Rom dan ini mungkin sebabnya kenapa kesilapan itu diulangi dalam Irenaeus (Adv. Her. 1. 23, 1) dan Tertullian (Apol. 13) dan juga oleh Eusebius. Schaff mencatatkan bahawa Hippolytus yang tinggal di Rom tidak menyebut tentangnya (ibid.). Golongan Simonian masih dirujukkan sebagai satu gelaran bagi pengikut Gnostik secara umumnya dalam beberapa penulisan. Mazhab-mazhab anti-nomian akan dibincangkan di bahagian lain. Mazhab-mazhab ini mengamalkan amalan tidak bermoral dan secara umumnya bukan pertapa dalam ertikata sama seperti kumpulan-kumpulan Gnostik yang lebih umum dan tidak kekal kerana gaya hidup mereka yang buruk.

 

Cerinthus, seorang Gnostik, kononnya merupakan seorang Yahudi Mesir yang telah belajar di Alexandria di bawah Philo mengikut satu tradisi yang dikumpulkan oleh Epiphanius. Tradisi ini menyatakan bahawa dia adalah salah seorang dari nabi palsu yang melawan Paulus dan menuntut penyunatan diamalkan dalam jemaat (Galatia 2:4; 2Korintus 11:13).

 

Dia dikatakan telah menentang Yohanes yang, kononnya, telah meninggalkan tempat mandi awam atas alasan agar ia roboh ketika Cerinthus berada di situ. Dia mengajar perpisahan antara Yesus duniawi dengan Kristus syurgawi yang telah turun kepadanya. Pandangan ini juga adalah berciri Antikristus. Dia berpegangan kuat dalam agama Yahudi. Schaff cuba menempatkannya dengan golongan Ebionite (ibid., halaman 465). Dia juga seorang chiliast atau milenialist, yang berpusat pada Yerusalem. Ini diabaikan oleh Irenaeus yang sendirinya adalah seorang chiliast tetapi direkodkan oleh Caius, Dyonisius (dalam Eusebius), Theodoret, dan Augustin (rujuk Schaff, halaman 466). Ini merupakan jenis-jenis awal, yang memasukkan elemen-elemen teologi jemaat namun telah memutarbelitkan tafsiran mereka dalam lingkungan paradigma-paradigma Gnostik. Cerinthus mungkin tidak dikelaskan bersama kelompok utama Gnostik yang kuat menentang Perjanjian Lama. Dia telah cuba melemahkannya dari dekat, namun juga mempunyai pengkritik di kalangan mereka yang dikenali sebagai ortodoks kemudiannya. Ini telah mengakhiri penyimpangan-penyimpangan lewat abad pertama.

 

Para guru Gnostik abad kedua telah memulakan, sewaktu pemerintahan maharaja Hadrian (tahun 117-138 TM), sistem pertama yang baik perangkaannya iaitu sistem Basilides. Sistemnya ini berciri monoteis dan bukannya dualis namun para penulis kemudiannya cuba menjadikan dia seorang dualis.

 

Basilides telah menghasilkan suatu pandangan berteori mengenai Kristus, yang mengembangkan  idea Kristus bertiga lipat. Kristus dianggap sebagai anak archon pertama, anak archon kedua dan anak Maria. Pendamaian anak-anak Tuhan kepada makhluk iaitu Tuhan yang berada di luar batas kewujudan telah diakibatkan oleh penghasilan Kristus dari archon-archon ini yang merupakan bawahanNya. Para pengikutnya dikatakan tidak bermoral dalam amalan mereka dan telah merosakkan sistem pengasas mereka. Kumpulan ini terus tinggal di Mesir sehinggalah abad keempat dan menurut Sulpicius Severus, beberapa dari doktrinnya telah dibawah ke Sepanyol oleh Marcus dari Memphis (rujuk Schaff, halaman 472).

 

Kumpulan ini bersama-sama dengan kumpulan Ophites, Perates dan Valentinian lazim merujuk kepada Injil Yohanes sebelum pertengahan abad kedua.

 

Valentine dianggap sebagai yang terpenting antara ahli-ahli teori Gnostik. Irenaeus menumpukan usahanya melawan dia. Hippolytus mendakwa dia adalah seorang Platonis dan seorang Pythagorean (Schaff, halaman 472-3). Dia juga dari bangsa Yahudi Mesir yang belajar di Alexandria (Epiph. Her. XXXI. 2; rujuk Schaff, halaman 473). Dia berpecah dari gereja ortodoks, mengikut andaian Tertullian, kerana cita-citanya. Dia datang ke Rom sebagai guru awam sewaktu tempoh Hyginus (137-142 TM), dan terus tinggal di situ sehinggalah tempoh Anicetus (154 TM) (Iren. III, 4,3). Kumpulan Valentinian telahpun kukuh sebelum tahun 140 TM dan disebutkan oleh Justin Martyr (Syntagma against all Heresies lost but noted in First Apology). Rom, sebagai pusat empayar itu, telah menjadi pusat semua mazhab dan bidaah. Valentine atau Valentinus adalah antara pengikut Gnostik yang mula-mula mengajar di Rom selain Cerdo dan Marcion. Ini kemudiannya mendatangkan akibat yang signifikan ke atas beberapa aspek teologi Kristian. Dia telah dibuang keanggotaan dan mati di Cyprus sekitar tahun 160 TM (Schaff, halaman 473). Schaff berpendapat bahawa jemaat cukup teguh untuk dipengaruhi, namun dia berhujah dari sudut  pandangan ortodoks moden. Perubahan-perubahan yang terjadi antara zaman-zaman Hyginus dan Anicetus adalah begitu penting sekali. Teologi Valentine cuba mempergunakan skema alkitab berhubung sidang tiga puluh orang itu, yang disusunnya sebagai tiga puluh aeon yang keluar dari jurang itu. Kristus dan Sophia atau Roh Kudus adalah yang terakhir dari tiga puluh itu.

 

Sekolah Valentinus terbahagi kepada dua cabang; satu timur dan satu lagi Itali. Axionicos atau Ardesanes (Bardesanes) mengajar tentang tubuh pneumatik dan syurgawi Yesus Kristus, kerana Sophia atau Roh Kudus telah turun kepada Maria. Sekolah Itali di bawah Heraclion dan Ptolemy mengajar bahawa tubuh Kristus adalah fizikal, dan kerana sebab ini Roh telah turun kepadanya dalam pembaptisan itu. Mazhab ini lebih menghampiri ortodoks dalam keturunannya berbanding tuannya. Di sini kita melihat penggabungan sistem-sistem itu.

 

Malah, Origen menuduh mereka tidak cukup beralegori di dalam penjelasan mereka tentang Injil Yohanes (Grabe Spicil. II. 83-117; rujuk Schaff, halaman 479 nota samping 2). Ptolemy, dalam Epistle to Flora, berpendapat bahawa penciptaan dunia serta Perjanjian Lama tidak boleh keluar dari Tuhan tertinggi. Dia merujuk kepada tradisi kerasulan serta Yohanes 1:18 dalam hal ini. Tuhan adalah satu-satunya Baik (Matius 19:17) dan, oleh itu, tidak mungkin adalah pencipta suatu dunia yang penuh dengan kejahatan. Pandangan ini menunjukkan tiadanya pengetahuan Kitab Suci pada mereka serta mereka yang mendukung iman Kristian secara umumnya, sungguhpun pada peringkat awal ini.

 

Seorang lagi murid sekolah Valentinian ini, Marcos, yang mengajar di Asia Minor dan di Gaul pada bahagian pertengahan kedua abad kedua, mencantumkan simbolisme numerikal Pythagorean dan Kabbalis kepada teori-teori Gnostik sekolah itu. Orang Syria Bardesanes dan anaknya Harmonius yang keduanya dari Edessa, diiktiraf sebagai bapa-bapa hymnologi Syria dan tidak menunjukkan sebarang dualisme di dalam kosmologi mereka.

 

Teori Gnostik muncul dalam bentuk penuhnya dari segi anti-Judaisme dan pengkritikan alkitab dengan Marcion. Dia merupakan perintis  tentangan rasional terhadap Perjanjian Lama dan Surat-surat Pastoral. Dia tidak memahami keharmonian wahyu Alkitab dan menjadikan Kristus berkonflik dengan semua wahyu sebelumnya. Pandangan ini menjangkakan Kekristianan moden berpandukan Perjanjian Baru, yang tidak memahami hukum-hukum Tuhan mahupun melihat sebarang keperluan logik atau relevans di dalamnya.

 

Schaff berpendapat bahawa Marcion:

 

mewakili kecenderungan anti-Yahudi dan  pseudo-Pauline yang ekstrim serta supranaturalisme sihir, yang dalam semangat kefanatikannya yang menginginkan Kekristianan primitif yang tulen, telah menghapuskan semua catatan sejarah, dan menjadikan injil itu sesuatu yang mendadak, tidak asli dan seperti bayangan (halaman 483).

 

Marcion, anak kepada biskop Sinope di Pontus, telah dibuang keanggotaannya oleh bapanya. Dia telah pergi ke Rom pada pertengahan abad kedua (sekitar tahun 140-155 TM). Oleh itu Rom menjadi pusat Gnosticisme tanpa menjadi tempat lahirnya sebarang sekolah-sekolah itu. Dia dianggap oleh Irenaeus, Justin Martyr dan Polycarp, sebagai pembidaah terunggul zaman itu. Dia menekankan dua atau tiga kuasa-kuasa asas. Tuhan yang baik atau penuh rahmat, yang mula-mula diperkenalkan oleh Kristus; benda jahat, yang dikuasai iblis dan kepada mana paganisme atau kekafiran (Schaff) tergolong; dan pencipta dunia yang benar, iaitu Yahovah umat Yahudi yang terbatas, tidak sempurna dan pemurka. Schaff berpendapat beberapa penulis mengurangkan prinsip-prinsip Marcion kepada dua. Marcion menolak teori terbitan pagan, tradisi rahsia, serta penafsiran berkias milik kumpulan Gnostik. Dia tidak mempunyai Pleroma, Aeon, Dinamik, Syzigies, atau Sophia yang menderita di dalam sistemnya. Dia mengecualikan pertumbuhan beransur dan segalanya tiada persediaan, berlaku tiba-tiba dan mendadak. Sistemnya lebih berupa kritikal dan rasional daripada mistik dan berfalsafah (Schaff, halaman 485). Dia percaya Kekristianan tidak mempunyai sebarang kaitan dengan masa lalu sama ada Yahudi ataupun kafir. Kristus tidak dilahirkan tetapi tiba-tiba turun di Kapernaum pada tahun kelima belas Tiberius sebagai pewahyu Tuhan yang mengutusnya. Dia dipercayai tidak mempunyai sebarang hubungan dengan Mesias Perjanjian Lama sungguhpun dia memanggil dirinya Mesias demi menyesuaikan dirinya (Schaff, halaman 486). Mereka membenarkan kaum perempuan melakukan pembaptisan dan mengajarkan pembaptisan perwakilan untuk orang mati (Schaff, halaman 487).

 

Marcion merupakan seorang anti-nomian yang berkelakuan ganas namun sungguhpun begitu dia  berpegang pada doktrin-doktrin pertapaan klasik Gnostik.

 

Marcion mengajar dan mengamalkan disiplin diri kepertapaan yang paling ketat sekali, yang bukan saja menjauhi segala macam keramaian pagan, tetapi juga perkahwinan, daging dan anggur. (Dia membenarkan ikan). Dia tidak menemui Tuhan sebenar dalam alam semulajadi selain dari dalam sejarah. Dia membenarkan orang-orang yang telah berkahwin untuk dibaptiskan hanya setelah mereka bersumpah untuk menjauhi segala perhubungan seks (Tertullian I. 29; IV. 10 seperti mana telah dicatatkan oleh Schaff, halaman 486).

 

Mazhab Marcion telah berkembang di Itali, Mesir, Afrika Utara, Cyprus dan Syria. Murid-muridnya, yang termasuk Prepo, Lucanus (rakyat Asyur), dan Apelles, telah melembutkan pendirian antagonistik itu terhadap kekafiran dan agama Yahudi, mungkin demi mempengaruhi mereka. Pegangan moral mereka yang ketara serta kerelaan mereka dalam menerima penganiayaan membuatkan mereka suatu bahaya kepada jemaat (lihat Schaff, halaman 487). Mereka terus kekal melepasi abad kelima walaupun Constantine telah melarang kebebasan mereka beragama. Mereka wujud dalam abad ketujuh apabila sidang Trullan tahun 692 memikirkannya sesuai untuk memberi jalan bagi pendamaian mereka (Schaff, ibid.). Selanjutnya kita mendengar tentang bentuk disiplin mereka kira-kira dua ratus tahun kemudiannya, di mana ianya disahkan telah lama teguh (lihat bawah). Oleh itu sistem ini telah berkekalan selama abad-abad ini.

 

Kumpulan Manichean

Satu lagi sistem Kristian yang merupakan pewaris sejatinya adalah kumpulan Manichean sungguhpun ortodoksi telah mewarisi beberapa aspek ajaran-ajarannya.

 

Para Gnostik mengajar bahawa semua benda pada asasnya adalah jahat. Motif terselindung Gnosticisme adalah untuk menghapuskan hukum-hukum Tuhan Perjanjian Lama. Hanya Perjanjian Baru sahaja yang sah dan kanun itu memasukkan teks-teks lain, yang bersifat menakjubkan.

 

Dualisme di dalam Gnosticisme dan mazhab-mazhab Kristian Manichean dan Cathari atau Puritan yang mengikutinya mempunyai dua kumpulan, anak-anak terang dan anak-anak kegelapan. Iblis dan kerajaan kegelapan telah membuat serangan ke atas kerajaan terang. Mereka percaya bahawa Adam, yang memiliki bibit terang yang kuat, dan Hawa merupakan ciptaan Iblis. Kain dan Habel merupakan anak-anak Iblis dan Hawa (iaitu Hawa telah berdosa dengan Iblis) namun Set merupakan anak Adam dan Hawa dan, kerana itu, dipenuhi dengan terang. Mereka dipaksa ke dalam situasi ini kerana Habel merupakan seorang gembala dan oleh itu adalah seorang pemakan daging dan, kerana itu, dia tidak mungkin seorang dari anak-anak terang.

 

Oleh kerana semua benda adalah jahat, mereka percaya bahawa hanya dengan pertapaan yang ketat barulah seseorang itu dapat membersihkan tubuhnya dari kejahatan semulajadi ini. Mereka mengajar untuk menjauhi semua daging binatang dan menjauhi alkohol. Oleh kerana Perjanjian Lama membenarkan dan mengawalatur pemakanan ini, ianya juga dikatakan adalah hasil kerja Tuhan Yahudi yang jahat. Tujuan dasarnya adalah serangan ke atas Tuhan Perjanjian Lama serta penghapusan hukum itu.

 

Jemaat awal menentang sepenuhnya doktrin-doktrin palsu berkenaan vegetarianisme dan pantang perkahwinan dan wain/anggur. Dalam kanun kerasulan, yang ditambah kepada jilid kelapan Perlembagaan Rasul-rasul Kudus, peraturan-peraturan berkenaan pentadbiran jemaat dalam kebanyakan perkara diberikan bukan saja berkenaan kependetaan, tetapi juga pekerja Kristian lainnya. Penggunaan wain dibincangkan dalam Perlembagaan pada Buku VIII, Bab XLIV. Berhubung pemantangan:

 

Kanun 51 ((Ante-Nicene Fathers, Vol. VII, halaman 503) mengatakan:

 

Jika ada sesiapa biskop atau ketua jemaat, atau diakon, atau sememangnya  sesiapa dari golongan paderi, berpantang dari perkahwinan, memakan daging, dan wain, bukan untuk menguji dirinya sendiri, tetapi hanya kerana dia membenci  benda-benda ini, melupakan bahawa “semua benda adalah sangat baik” dan bahawa “Tuhan telah mencipta lelaki dan perempuan”, dan mengasari sambil menghujat penciptaan, sama ada biarkan dia memperbaiki dirinya sendiri, ataupun biarlah dia dilucutkan dan dibuang keluar dari Jemaat; dan lakukan yang sama bagi anggota awam.

 

Kanun 53 (ibid.) mengatakan:

 

Jika sesiapa biskop, atau pegawai gereja, atau diakon tidak mengambil daging atau wain pada hari-hari raya, biarlah dia dilucutkan, sebagai seorang yang “hati nuraninya telah rosak”, dan menjadi penyebab skandal kepada ramai orang.

 

Kanun 63 mengatakan:

 

Jika sesiapa biskop, atau pegawai gereja atau diakon, atau sememangnya sesiapa dari golongan paderi, memakan daging bersama darah nyawanya, atau yang telah dikoyakkan haiwan liar, biarlah dia dilucutkan; kerana hal ini telahpun dilarang oleh hukum itu sendiri. Namun jika dia seorang dari anggota awam, biarlah kedudukannya digantung.

 

Kanun 64 mengatakan:

 

Jika sesiapa dari golongan pendeta ditemui berpuasa pada hari kebesaran Tuhan, atau pada hari Sabat, melainkan satu hari saja (iaitu Hari Pendamaian), biarlah dia dilucutkan; namun jika dia salah seorang dari anggota awam biarlah dia digantung kedudukannya.

 

Teks ini telah dibuat untuk digunakan di dalam jemaat sebelum Sidang Nicea (tahun 325 TM) sungguhpun Harnack dan Schaff kemudiannya menetapkan kompilasi terakhirnya (iaitu penggabungan buku-buku ketujuh dan kelapan dengan enam karya pertama yang lebih tua itu) pada sekitar tahun 340-360 TM. Ianya tidak menyenangkan bagi umat Trinitarian moden kerana ianya berkenaan perayaan-perayaan dan juga mempunyai beberapa aspek yang dicirikan kepada golongan Arian atau Eusebian yang berkuasa di Rom beberapa tahun selepas Nicea.

 

Realitinya adalah bahawa jemaat agak tidak pasti tentang teologinya sebelum Nicea dan Constantinople dan ini mungkin sebabnya. Teks ini juga mengandungi rujukan kepada Judith, Maccabees, Wisdom dan Sirach, dua Clements dan Constitutions. Hefele berpendapat bahawa Clement tidak mungkin adalah Clement dari Rom yang telah menulis kanun-kanun itu (ibid., nota samping 8 halaman 505). Bagi kita ianya mudah untuk melihat arah tujuan umum jemaat, yang menolak vegetarianisme, pembujangan dan pantang wain sebagai ciri Kristian. Ianya dianggap perlu untuk menulis karya-karya ini untuk menangani bidaah-bidaah yang ditemui dalam doktrin pertapa Gnostik ini.

 

Kita dapat melihat dari huraian ini asal-usul sebenar vegetarianisme di dalam Kekristianan. Ianya datang dari Misteri-misteri itu melalui Pythagoreanisme dan Gnosticisme, dan telah digabungkan kepada pseudo-Kekristianan. Peraturan pembujangan serta vegetarianisme merupakan bidaah-bidaah yang diamarkan oleh Roh Kudus melalui Paulus. Ini kemudiannya disertai oleh penjauhan wain yang pastinya dan sememangnya telah dikutuk.

 

Sistem ini telah menjadi asas kepada bidaah-bidaah Cathari dalam Zaman Pertengahan dan berterusan hingga ke hari ini. Penerangan tentang Ketuhanan berbeza seperti yang telah kita lihat dan yang akan kita lihat, namun tema utamanya sentiasa sama. Tuhan kononnya telah berubah fikiran dan pemakanan daging sebenarnya tidak begitu disenangiNya. Oleh itu sistem Perjanjian Lama adalah tidak adil dan Dia akan meniadakannya apabila Mesias (atau kiamat) tiba. Kehidupan selepas mati sentiasa dikembangkan sebagaii suatu doktrin jiwa, yang berjalan di langit-langit. Doktrin pertapa palsu ini berterusan hingga ke dalam abad kedua puluh. Hanya sekali sahaja kita melihat bahawa pemerintahan milenium dari Yerusalem itu dianggap sebagai betul.

 

Pertapaan Cathari

Sewaktu perang-perang salib Albigensian, kumpulan pertapa vegetarian yang ada adalah golongan Cathari yang merupakan pewaris-pewaris logik bagi kumpulan Montanist dan para dualist Manichean. Mereka lebih kurang berada di tempat sama  seperti kumpulan Vallenses atau Sabbatati dan  menarik penganiayaan kepada diri mereka kerana tingkahlaku mereka yang menyimpang (lihat karya Peranan Hukum Keempat di dalam Jemaat-jemaat Tuhan Pemelihara Sabat dalam Sejarah [170]). Jemaat-jemaat Tuhan telah memelihara hukum-hukum makanan itu sepanjang zaman namun tidak pernah vegetarian. Ini merupakan satu faktor di dalam semua cabang-cabangnya. Jemaat di England sehinggalah synod Whitby telah memelihara hukum-hukum  makanan itu, namun bukan vegetarian (lihat karya Edwards Christian England, Vol. I, halaman 25-27 dan seterusnya).

 

Kumpulan Cathari dinamakan begitu sempena pentahiran dan oleh itu adalah kelompok puritan mazhab Gnostik. Gelaran tersebut kemudiannya telah digunakan sembarangan dan nampaknya juga telah dikelirukan dengan kumpulan Chazzari, yang dibincangkan dalam karya Distribusi Umum Jemaat Pemelihara Sabat [122]. Ciri khusus umat-umat Cathar sebagai dualist vegetarian yang menyimpang tidak berapa ditonjolkan di situ tetapi disebutkan dalam karya Peranan Hukum Keempat di dalam Jemaat-jemaat Tuhan Pemelihara Sabat dalam Sejarah [170].

 

Kumpulan Cathari terbahagi kepada dua bahagian, kelompok Albi (Perancis) atau Albanenses yang merupakan dualist mutlak, dan Concorricci (Concorrezzo di Italy) yang merupakan dualist relatif. Kelompok Concorricci mempercayai bahawa Iblis adalah seorang makhluk bawahan yang diberi kebenaran mencipta. Ini banyak menyerupai perbezaan antara kumpulan Montanist dan Manichean. Persamaan sebenar mereka adalah di dalam doktrin-doktrin estetik mereka.

 

Kumpulan Cathari mempunyai dua aturan, iaitu aturan sempurna atau tidak berdosa dan aturan pangkat rendah yang ringkasnya dikenali sebagai credentes. Kepertapaan paling ketat diperlukan dalam yang pertama. Mereka melarang perkahwinan, makanan dari binatang, penggunaan kuasa fizikal, dan sebagainya. Mereka percaya bahawa pada waktu kematian, tidak ada kebangkitan tetapi adanya transmigrasi (ERE, Vol. 6, artikel Heresy (Christian), halaman 619).

 

Sistem ini jelas berbeza dari kumpulan Vallenses yang tidak percaya seperti ini. Namun kedua-duanya dipanggil kelompok Albigensian dan kumpulan Vallenses menderita, walaupun kedua-duanya tidak bersalah dalam tingkahlaku mereka. Kumpulan Cathari nampaknya hadir di Rheims seawal tahun 991 dari ucapan pengurapan Gerbert sebagai ketua biskop (lihat ERE, Vol. 1, artikel Albigenses, halaman 278; perhatikan Sidang Trullan tahun 692 berkenaan kumpulan Montanist di atas). Cabang-cabang kumpulan Cathari nampaknya telah berkembang ke Flanders di mana ia didirikan pada tahun 1025 di bawah pimpinan Gundulf seorang bangsa Itali. Mereka juga menyangkal Perjanjian Lama dan salib sebagai suatu simbol.

 

Sungguhpun kumpulan Vallenses menolak salib itu, mereka berpegang teguh pada Perjanjian Lama. Oleh itu, terdapat jurang yang mustahil dihubungkan antara mazhab-mazhab itu. Kumpulan Cathari telah ditindas di Perancis Utara selama kira-kira enam puluh tahun dari sidang Rheims tahun 1049 (ibid., halaman 279). Ancaman gabungan kumpulan Cathar serta kumpulan Waldensian terhadap Rom telah mendorong berlakunya Pasitan-pasitan itu serta Perang Salib Albigensian.

 

Perbandingan-perbandingan Terakhir

Penyimpangan serta pertapaan kumpulan Cathar vegetarian merupakan suatu masalah bagi Jemaat Tuhan selama berabad lamanya. Bidaah vegetarianisme Kristian hadir dalam abad kedua puluh dan semakin kuat dari suatu siri premis-premis palsu. Ianya dalam bentuk lebih halus lagi berbanding abad-abad sebelumnya dan telah menyesuaikan aspek-aspek tidak pentingnya untuk memastikan penerimaan lebih luas atau mungkin kerana mereka yang memeluknya datang dari sistem ortodoks. Sejarah pandangan ini berpunca dari suatu siri idea, yang lebih kurang tetap.

 

Gnosticisme dan teologi Manichean adalah bersifat dosetik seluruhnya dan, dengan pandangannya yang terpesong terhadap tubuh dan benda, menolak idea penjelmaan ilahi itu sepenuhnya. Schaff menyatakan dengan ringkas doktrin-doktrin tersebut (dalam karyanya History of the Christian Church, Vol. 2, halaman 503-508). Pertelingkahan antara jemaat dan kumpulan yang digelar Ortodoksi adalah berkenaan posisi Kristus berbanding Allah Maha Esa serta relevans hukum itu. Pada pihak Cathari, ia merupakan sebilangan idea-idea bidaah, di mana setiap satunya tidak boleh dipadankan dengan sifat Tuhan dan kemahakuasaanNya. Oleh itu, mereka yang berciri Dualist hingga kumpulan Cathari merayakan hari Ahad, dalam mana mereka berpuasa, sebagai simbol Matahari sebagai perwakilan terang Kristus. Pembaharuan moral diperolehi melalui pemurnian fizikal seperti mana para Gnostik dan Manichean sebelum mereka. Ini telah membawa kepada falsafah yang hampir berupa panteistik tentang alam semulajadi. Bagaimanapun, kumpulan Cathari telah mula mengubahsuai beberapa idea mereka jauh dari masalah berkaitan Kristus itu. Penderitaan Kristus pada salib dianggap kumpulan Manichean sebagai bayangan penderitaan jiwa dunia yang masih dibelenggu kebendaan. Beginilah keadaannya dengan setiap tumbuhan yang bergelut untuk tumbuh ke atas ke arah cahaya. Oleh itu, kelas mereka yang sempurna, yang telah kita lihat juga terbayang di dalam organisasi kumpulan Cathari, tidak akan membunuh atau melukai seekor binatang, memetik bunga ataupun merosakkan sehelai rumput. Schaff berpendapat bahawa ia bukannya suatu kebebasan ke arah terang dari kegelapan, seperti mana ia berpura-pura, tetapi sebenarnya suatu pertukaran terang kepada kegelapan (ibid., halaman 505). Adalah sukar untuk tidak menyetujui sentimen-sentimen sedemikian oleh sebab penghujatan logik pertapaannya itu.

 

Keakhlakan mazhab-mazhab ini amatlah bersifat pertapa. Ini berpunca dari kesilapan mereka tentang kejahatan intrinsik benda. Ini benar-benar bertentangan dengan pandangan Pelagian mengenai sifat asas manusia yang baik. Oleh itu mereka memegang pandangan-pandangan yang seakan-akan agama Buddha dari segi pelepasan jiwa yang baik bebas dari belenggu-belenggu kebendaan. Dalam ertikata ini, mereka berusaha mencapai, dalam kelas darjat tinggi mereka bagi yang sempurna, suatu perpisahan dari dunia yang menandakan perpisahan dari kerajaan benda ke dalam kerajaan terang yang seumpama perpindahan dari dunia Sansara ke dalam Nirvana dalam agama Buddha.

 

Perbezaan antara dualisme Gnosticisme dan Manichean adalah di dalam pentadbirannya. Dualisme Manichean menekankan organisasi hierarki manakala para Gnostik adalah longgar perkumpulannya. Melalui peraturan inilah para pertapa telah mampu bertahan begitu lama.

 

Organisasi mereka sangat mencerminkan sistem alkitab. Ianya disusun dalam dua belas rasul yang dikepalai oleh seorang ketua rasul. Di bawah mereka terdapat tujuh puluh dua biskop yang bersamaan dengan tujuh puluh dua orang murid itu (iaitu kumpulan tujuh puluh orang dari Lukas 10:1,7 dan kumpulan Sanhedrin). Di bawah mereka ini adalah golongan paderi teratur, para diakon dan para penginjil bergerak (Schaff, ibid., halaman 507). Mereka mempunyai puasa-puasa mingguan, bulanan dan tahunan. Mereka menolak perayaan-perayaan ortodoks seperti mana juga Jemaat Tuhan Waldensian, tetapi pada bulan Mac kumpulan Manichean terdahulu merayakan kematian syahid Mani dan bukannya Perjamuan Suci dan Paskah pada 14-15 Nisan seperti yang dilakukan jemaat. Mereka nampaknya telah membaptis dengan air dan mengurap dengan minyak. Para pengikut Manichean merayakan sejenis Perjamuan Suci lazimnya dengan diam-diam di dalam gereja-gereja ortodoks. Dua kelas anggotanya sejajar dengan sistem katolik. Kelas lebih rendah atau hearers (pendengar) adalah serupa kepada umat setia dan sempurna, sementara kelas esoterik atau para imam adalah serupa kepada kepaderian. Dan, sememangnya, pembujangan telah memasuki keduanya. Penyempurnaan umat pilihan melibatkan meterai atau pengekal (signaculum) tiga lipat.

 

(a) Signaculum oris, iaitu kemurnian dalam kata-kata dan pemakanan, penjauhan segala macam makanan dari binatang dan minuman keras, sekalipun dalam perjamuan suci, dan menghad kepada makanan sayuran, yang dibekalkan kepada golongan sempurna oleh “para pendengar” itu, khususnya zaitun kerana zaitun merupakan makanan terang.

 

(b) Signaculum manuum: meninggalkan harta benda duniawi, serta melepaskan keinginan kebendaan dan pengusahaan, walau pertanian sekalipun; dengan penghormatan suci terhadap kehidupan-terang ilahi yang tersebar di seluruh alam semulajadi.

 

(c) Signaculum sinus, atau pembujangan, dan penjauhan dari sebarang pemuasan nafsu berahi. Perkahwinan, atau sebenarnya peranakan, adalah suatu pencemaran dengan kezahiran, yang pada dasarnya adalah jahat.

 

Jenis kesucian luar biasa umat pilihan ini pada masa yang sama menebus dosa-dosa harian bakal anggota yang tidak dapat dielakkan, dan bakal anggota ini memberi penghormatan terbesar kepada mereka (Schaff, ibid., halaman 506).

 

Schaff menyimpulkan bahawa, seperti para Gnostik, kesolehan tersebut diiringi oleh kebanggaan melampau kerana memiliki pengetahuan. Namun pandangan umum adalah bahawa mereka berkelakuan baik, walaupun Schaff cuba mencirikan kepada mereka suatu bentuk sifat buruk yang lebih halus. Sememangnya, mereka pastinya bermegah dalam kesucian diri mereka serta bertentangan terus dengan hukum-hukum Tuhan.

 

Sistem di bawah Cathari adalah lebih longgar susunannya kerana penganiayaan yang mereka hadapi dan lebih tertakhluk kepada pekerjaan para penginjil dari satu tempat ke satu tempat. Nampaknya mereka terus menjadi duri dalam daging jemaat selama berabad-abad lamanya. Mereka mengundang penganiayaan kerana pandangan-pandangan mereka yang menyimpang, antara lainnya kerana pertapaan mereka. Pelayanan moden jemaat-jemaat yang menyarankan pemantangan, nampaknya seperti tergolong dalam kelas-kelas a dan b di atas, namun perubahan-perubahan doktrin yang dilakukan membuatkan mereka lebih menyerupai ortodoksi di dalam doktrin-doktrin berhubung Ketuhanan dan suatu elemen utama memelihara hari Sabat dan bukannya hari Minggu. Kebanyakan ortodoksi menyokong doktrin-doktrin b dan c dan ada yang memegang ketiga-tiganya. Pertapaan Gnostik lebih meluas lagi sekarang ini berbanding zaman awalnya ataupun Zaman Kegelapan.

 

Seluruh logik pertapaan vegetarian dan pemantangan wain/anggur merupakan dakwaan terhadap sifat Tuhan dan kesucian Yesus Kristus. Kristus meminum minuman beralkohol atau wain. Dia dipanggil seorang pelahap dan pemabuk atau peminum wain oleh para pertapa Yehuda yang megah dengan kesucian diri mereka, dan dia juga dikritik kerana minum bersama pemungut cukai (Matius 11:19; Lukas 7:34). Yang pastinya dia bukanlah seorang vegetarian sebelum mahupun selepas kebangkitannya (lihat atas dan juga Matius 17:27; Yohanes 21:9-10,13). Kristus pasti tidak akan dibenarkan menganggotai beberapa jemaat abad kedua puluh yang bersifat pertapa vegetarian. Malah, Yesus Kristus mungkin sekali akan dilarang dibaptis oleh salah satu jemaat utama yang mengajar doktrin-doktrin pertapa dan vegetarian mengikut pandangan-pandangan terkini mereka mengenai alkohol. Mereka membenarkan doktrin itu dengan mendakwa bahawa Kristus tidak meminum wain beralkohol, iaitu suatu pernyataan bukan alkitab yang tidak masuk akal (karya Wain di dalam Alkitab [188] akan menerangkan hal ini).

 

Ianya mustahil untuk menggabungkan iman Kristian dengan doktrin vegetarianisme (lihat atas), atau menyingkirkan wain dari Perjamuan Suci atau mengajar bahawa pantang-pantang sedemikian adalah dari Tuhan. Hujah yang diajukan oleh pihak vegetarian dan pandangan-pandangan mengenai wain tersebut adalah bidaah-bidaah, yang meragui sifat Tuhan. Doktrin-doktrin vegetarianisme dan pemantangan ini memberi gambaran salah tentang kesinambungan Alkitab dan mengabaikan aspek-aspek nubuatan yang penting. Para pengikutnya meninggalkan iman sebenar untuk doktrin-doktrin iblis.

 

Apabila Mesias kembali dia akan mendirikan kerajaannya di Yerusalem. Ia akan memerintah dunia ini selama seribu tahun (Wahyu 20:1-7). Mesias dan umat pilihan akan menguatkuasakan sistem Tuhan di atas planet ini. Mereka yang tidak memelihara hari-hari Sabat dan hari-hari Bulan Baru (Yesaya 66:23) dan mengutus wakil-wakil mereka ke Yerusalem untuk Hari Raya Pondok Daun akan tidak mendapat hujan bila tiba musimnya. Pemakanan daging akan didirikan di bawah hukum Tuhan di atas planet ini (lihat, sebagai contohnya, Zakharia 14:21). Umat pilihan tidak mungkin menjadi umat pilihan melainkan mereka memakan badan dan darah Kristus dalam Perjamuan Suci (Yohanes 6:53-57). Mereka yang mengajar lain dari ini tidak akan termasuk dalam kebangkitan pertama itu.