Jemaat-jemaat Allah Al Masehi

[184]

 

 

 

 

Firman Tuhan [184]

(Edisi 1.4 19961214-20000624)

 

Beberapa kumpulan mengikut kalendar rabbinikal serta tarikh-tarikhnya untuk Hari-hari Suci Tahunan Alkitab kerana Herbert Armstrong telah memutuskan bahawa orang Yahudi adalah satu-satunya pihak yang berkuasa menentukan tarikh-tarikh ini. Keputusan ini adalah akibat ketidakmampuannya untuk menemui sebarang dasar bagi kalendar di dalam Alkitab dan juga dari pernyataan Paulus di dalam Roma mengenai orang-orang Yahudi sebagai penjaga “firman Tuhan”, yang dianggapnya turut meliputi kalendar. Karya ini mengkaji “firman Tuhan” ini.

 

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta ã 1996, 1998 Wade Cox)

(Tr. 2003)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org


 

Firman Tuhan [184]



Tuhan memutuskan untuk berbicara kepada umat manusia melalui hamba-hambaNya. Rangkaian pernyataan Tuhan yang didirikan berpindah dari Adam melalui kaum bapa kepada Nuh dan kemudiannya kepada Abraham, Ishak dan Yakub. Tuhan telah memilih satu bangsa melalui siapa Dia akan menegakkan perintah-perintahNya dan melalui siapa rencana KeselamatanNya akan dinyatakan.

 

Sistem itu dinyatakan dan diikuti dengan iman (Ibrani 11:1-40). Orang tua-tua menerima kesaksian yang baik oleh iman mereka (Ibrani 11:2). Melalui iman, korban Habel diterima sebagai lebih baik dari korban Kain. Henokh pula diangkat agar dia tidak mengalami kematian kerana dia berkenan kepada Allah (Ibrani 11:5). Tuhan berurusan dengan para bapa melalui iman dan menegakkan hukum-hukumNya melalui Musa yang diselamatkan kerana ibubapanya tidak takut terhadap perintah seorang raja (Ibrani 11:23). Musa melalui imannya memilih untuk tidak dipanggil sebagai anak kepada anak perempuan Firaun tetapi sebaliknya melalui kesusahan bersama umat Tuhan. Dia telah meninggalkan Mesir dan bertahan, melihat Utusan Tuhan yang tidak kelihatan.

 

Melalui iman, umat itu serta orang asing yang bersama mereka telah menyeberangi Laut Merah dan yang lainnya telah lemas. Kerana iman mereka telah memasuki tanah perjanjian itu. Melalui iman mereka telah dibantu oleh Rahab perempuan sundal itu yang tidak binasa bersama mereka yang tidak taat (Ibrani 11:29-30). Kerana iman para hakim dan nabi telah menaklukkan kerajaan-kerajaan, mengamalkan kebenaran, memperoleh apa yang dijanjikan, menutup mulut singa-singa, memadamkan api yang dahsyat, terselamat dari mata pedang, telah beroleh kekuatan dalam kelemahan, telah menjadi kuat dalam peperangan dan telah memukul mundur pasukan-pasukan tentera asing. Kaum perempuan telah menerima kembali orang-orangnya yang telah mati, sebab dibangkitkan. Yang lain pula membiarkan diri mereka disiksa dan tidak mau menerima pembebasan, supaya mereka beroleh kebangkitan yang lebih baik. Ada pula yang diejek dan didera, bahkan yang dibelenggu dan dipenjarakan. Mereka dilempari, digergaji, dibunuh dengan pedang; mereka mengembara dengan berpakaian kulit domba dan kulit kambing sambil menderita kekurangan, kesesakan dan siksaan. Mereka merantau di padang gurun dan gunung, dan tinggal di dalam lubang dan gua. Dunia ini tidak layak bagi mereka.

 

Semua mereka ini tidak memperoleh apa yang dijanjikan itu, sekalipun iman mereka telah memberikan kepada mereka suatu kesaksian yang baik sebab Allah telah menyediakan sesuatu yang lebih baik bagi kita; tanpa kita mereka tidak dapat sampai kepada kesempurnaan. (Ibrani 11:39-40).

 

Tuhan berbicara melalui para bapa dan para nabi dan menyampaikan hukum-hukumNya serta perintah-perintahNya serta rencanaNya kepada mereka namun mereka tidak menerima apa yang dijanjikan itu, dan hanya melalui kita dan dengan kita barulah mereka jadi sempurna.

 

Penyempurnaan para bapa dan nabi ini diberikan melalui Jemaat kerana Jemaat telah dianugerahkan Roh Kudus serta tugas penatua atas Jemaat dan umat itu. Kitab Suci, dan khususnya hukum taurat, merupakan firman Tuhan. Firman itu telah diberikan kepada umat Tuhan melalui para nabi, dan nabi-nabi ini adalah dari Israel. Penghujung firman Tuhan dalam fasa pertama terjadi dengan nabi-nabi Ezra dan Nehemia. Perjanjian Lama berakhir dengan mereka ini. Tuhan berdiam dari waktu fasa penghujung pernyataan Perjanjian Lama ini sehinggalah Dia berbicara semula melalui roh-roh pelayanannya kepada Zakharia, iaitu bapa kepada Yohanes Pembaptis (Lukas 1:5-30).

 

Tuhan telah berbicara, melalui hambaNya Daniel, tentang mereka yang diurapi bagi pembangunan Bait Suci. Nubuatan dalam Daniel 9:25 itu telah disalahtafsir dalam KJV hingga merujuk kepada Mesias sebagai orang yang diurapi dan teks tersebut dikaburi. Sebenarnya teks itu merujuk kepada dua orang yang diurapi; seorang pada hujung tujuh minggu tahun dan seorang lagi pada hujung enam puluh dua minggu tahun itu. Pewaktuannya merujuk kepada pembinaan Bait itu serta penghentiannya sebagai peralatan Tuhan. Daniel 9:25-27 mengatakan:

 

Daniel 9:25-27 Maka ketahuilah dan pahamilah: dari saat firman itu keluar, yakni bahwa Yerusalem akan dipulihkan dan dibangun kembali, sampai pada kedatangan seorang yang diurapi, seorang raja, ada tujuh kali tujuh masa; dan enam puluh dua kali tujuh masa lamanya kota itu akan dibangun kembali dengan tanah lapang dan paritnya, tetapi di tengah-tengah kesulitan. 26 Sesudah keenam puluh dua kali tujuh masa itu akan disingkirkan seorang yang telah diurapi, padahal tidak ada salahnya apa-apa. Maka datanglah rakyat seorang raja memusnahkan kota dan tempat kudus itu, tetapi raja itu akan menemui ajalnya dalam air bah; dan sampai pada akhir zaman akan ada peperangan dan pemusnahan, seperti yang telah ditetapkan. 27 Raja itu akan membuat perjanjian itu menjadi berat bagi banyak orang selama satu kali tujuh masa. Pada pertengahan tujuh masa itu ia akan menghentikan korban sembelihan dan korban santapan; dan di atas sayap kekejian akan datang yang membinasakan, sampai pemusnahan yang telah ditetapkan menimpa yang membinasakan itu."

 

Perhatikan teks sebenar di sini merujuk kepada tujuh minggu tahun (tujuh kali tujuh masa) dari waktu perintah dikeluarkan untuk membina Bait itu hingga ke waktu orang yang diurapi itu. Orang yang diurapi ini, iaitu makna bagi istilah Mesias dan dengan itu aplikasinya kepada Yesus Kristus (Kristus dalam bahasa Yunani yang bermakna orang yang diurapi), sebenarnya adalah Nehemia. Dia dianggap dalam sejarah Yahudi sebagai Musa kedua. Dia telah memulihkan hukum serta kesaksian itu. Dia telah mengakhiri kanun itu dan karyanya merupakan yang terakhir bagi Perjanjian Lama. Pembinaan itu bermula bukannya dari zaman Darius I atau Darius Hystaspes tetapi dari Darius II. Artahsasta I menghentikan pembinaan pada Bait itu (Ezra 4:23-24). Pembinaan tersebut bermula pada tahun kedua pemerintahan Darius II (Ezra 4:24 hingga 6:12). Bait itu siap pada tahun keenam pemerintahannya (Ezra 6:13-15).

 

Tujuh kali tujuh masa dari masa dekri raja ini dikeluarkan membawa kita kepada tahun perlengkapan Nehemia oleh Artahsasta II (bukannya Artahsasta I seperti yang biasa diajar).

 

Tempoh ini menyaksikan berakhirnya kanun Perjanjian Lama dalam turutan pembangunan Bait ini. Ini merupakan pemulihan hukum di bawah nabi Tuhan terakhir bagi Perjanjian Lama. Dia merupakan orang diurapi yang terakhir bagi sistem Perjanjian Lama.

 

Turutan pembangunan ini serta sejarahnya dibincangkan di dalam karya Tanda Yunus dan Sejarah Pembangunan Semula Bait Suci [013].

 

Orang diurapi seterusnya, yang disebutkan dalam Daniel 9:25-27, merujuk kepada orang yang diurapi setelah enam puluh dua kali masa itu. Oleh itu tujuh minggu tahun (tujuh kali tujuh masa) campur enam puluh minggu tahun bersamaan dengan enam puluh sembilan minggu tahun. Tempoh ini berakhir pada tahun 63 TM. Orang yang diurapi yang disingkirkan tetapi bukan salahnya itu adalah James (Yakobus), biskop Yerusalem dan saudara kepada Yesus Kristus. Dia telah mati syahid pada tahun 63 TM demi iman ini dan dari tahun, tujuh masa terakhir itu bermula, hinggalah sampai pada pemusnahan Bait fizikal itu. Hujung tujuh puluh kali tujuh masa itu jatuh pada akhir empat puluh tahun yang diperuntukkan kepada Yehuda untuk bertaubat. Bangsa itu tidak bertaubat, bahkan pada tujuh masa terakhir ini Imam-Imam Besarnya bertempur hebat di jalan-jalanan demi mengekalkan kuasa mereka dan seluruh sistem itu korup. Dari tahun 63 TM, Jemaat telah mula meninggalkan Yerusalem untuk pergi ke Pella serta tempat-tempat lain. Keimamatan dan bangsa itu korup keseluruhannya dan Tuhan telah memulakan pembinasaan bangsa/suku Yehuda dan membawa mereka ke dalam pengabdian. Dari 1 Nisan 70 TM, Yerusalem telah dikepung dan menjelang 1 Nisan 71 TM Bait serta kota itu telah dimusnahkan. Pembinasaan ini berlaku betul-betul empat puluh tahun setelah kematian Kristus pada tahun 30 TM. Tempoh ini ini berpadanan, atas dasar setahun untuh sehari, dengan amaran kepada Niniwe. Niniwe telah bertaubat manakala Yehuda tidak bertaubat. Kristus mengatakan bahawa penduduk Niniwe akan bangkit pada waktu kebangkitan itu dan menuduh Yehuda kerana seorang yang lebih besar dari Yunus telah bersama atau diutus kepada mereka namun mereka tidak bertaubat (Matius 12:38-41). Kaitan tanda Yunus kepada pelayanan Kristus adalah mengikut dasar setahun untuk sehari. Kaitan ini telah dikaburi oleh ajaran palsu mengenai pelayanan tiga setengah tahun Mesias yang berdasarkan pada salahfaham menyeluruh Daniel 9:25-27. Teologi tujuh masa yang dibahagikan juga merupakan satu nubuatan palsu yang tidak disokong sejarah mahupun hakikat. Tujuh puluh kali tujuh masa itu berlangsung dari waktu dekri Darius II hingga pembinasaan Bait itu pada tahun 70 TM. Ia berkait dengan penutupan kanun itu serta pemulihan dalam orang yang diurapi itu, iaitu Nehemia, dan penutupan tempoh kasihan Bait fizikal serta bangsa Yehuda pada akhir tempoh tersebut iaitu 63-70 TM. Yehuda ditawan dan kewibawaan mereka disingkirkan.

 

Tempoh tujuh masa dari 63 TM ke 70 TM dicerminkan juga dalam kejatuhan bangsa-bangsa pada zaman akhir.Aspek ini diterbitkan dari kejatuhan Yerikho (lihat karya Kejatuhan Yerikho [142]) dan akan diterangkan dalam satu karya kemudiannya. Implikasi-implikasi juga ditemui dalam tanda Yunus itu serta tujuh puluh kali tujuh masa itu. Tanda-tanda atau nubuatan-nubuatan ini agak jauh liputannya. Ia mempengaruhi idea kewibawaan/hak kuasa sebagaimana ia diaplikasikan kepada keimamatan serta bangsa Israel dan Yehuda. Pemindahan hak kuasa itu sempurna dan, seperti yang akan kita lihat, berpindah dari bangsa Israel kepada Jemaat. Atas sebab ini, pihak penguasa rabbinikal menyokong ajaran palsu tujuh puluh kali tujuh masa itu yang terhasil dari salahtafsir Daniel 9:25-27 bahkan menerapkan ajaran palsu itu dalam kisah pembinaan Bait walaupun adanya arahan jelas dari Ezra. 1 Esdras nampaknya telah ditulis untuk menyokong tafsiran palsu sebegitu namun ia tidak pernah dimasukkan dalam kanun. Yehuda tahu bahawa ajaran palsu itu menutupi tanda Yunus sejati dan hakikat bahawa mereka telah diutuskan seorang nabi Tuhan, bahkan utusan terbesar yang boleh diutus Tuhan. Mereka telah membunuhnya dan dibinasakan kerana itu. Sama ada Yehuda menerima bahawa Kristus adalah Mesias atau tidak, adalah tidak relevan kepada hakikat bahawa dia adalah seorang nabi Tuhan. Jangka waktu pelayanan Yohanes Pembaptis dan Kristus, yang bertindak sebagai dua saksi terhadap Yehuda, adalah mengikut dasar setahun untuk sehari berbanding pelayanan Yunus. Tempoh peluang bertaubat yang diberikan kepada Yehuda adalah serupa dengan apa yang diberikan kepada Niniwe mengikut dasar setahun untuk sehari. Para imam serta bangsa itu tidak bertaubat dan kerana itu mereka telah dibinasakan. Sejarah sebenar pembinaan semula itu serta tujuh puluh kali tujuh masa itu membuktikan hakikat tersebut dan mereka tidak beralasan lagi. Ia sesuai bagi Judaisme dan Kekristianan trinitarian untuk menyamarkan fakta-fakta sebenar di dalam senario palsu ini. Jemaat Tuhan, pada tahun-tahun kebelakangan ini, telah membantu serta bersubahat dalam nubuatan palsu sungguhpun berhadapan dengan kata-kata jelas Alkitab, dan telah menahan kebenaran dan dengan itu juga kemualafan Yehuda dan Israel.

 

Hak Kuasa Israel

Yesus Kristus telah memberikan hukum itu kepada Musa di Sinai (lihat karya Pentakosta di Sinai [115]). Dari pemberian hukum taurat itu dia juga telah mendirikan suatu sistem pemerintahan dalam Israel. Ini telah dilaksanakan melalui satu sidang tujuh puluh orang yang dipanggil Sidang Para Penatua atau Sanhedrin. Sebelum itu sudah ada golongan tua-tua dalam Israel di Mesir (Keluaran 3:16-18; Keluaran 4:29; Keluaran 12:21; 17:5-6).

 

Israel mula-mula sekali melaksanakan penghakiman ketika ia ditubuhkan dari Keluaran itu. Yitro iaitu imam Midian dan juga bapa mertua kepada Musa telah mempersembahkan korban untuk para penatua dan Musa mula mengadili hari berikutnya. Yitro kemudiannya memberi Musa nasihat bahawa pengadilan patut dibahagikan kepada orang-orang bawahan. Ini dilakukan melalui para penatua itu. Sidang tua-tua ini memegang kuasa pengadilan sekurang-kurangnya dari hari itu dalam Israel sebagai Sanhedrin. Para penatua ini dikumpulkan sebagai suatu sidang tujuh puluh orang dari Keluaran 24:1,9. Tujuh puluh orang ini diiringi oleh Nadab dan Abihu, dan dengan efektifnya adalah tujuh puluh dua orang. Bilangan ini adalah suatu ketetapan dalam Israel. Tujuh puluh ini disebutkan sebagai tujuh puluh namun bilangannya lebih dari itu. Bilangannya secara tradisi lazimnya dianggap sebagai tujuh puluh satu namun kita lihat dari Keluaran dan juga dari Lukas 10:1,17 bahawa ianya tujuh puluh [dua] atauu hebdomekonta [duo] dari teks Yunaninya.

 

Keluaran 24:1-18 Berfirmanlah Ia kepada Musa: "Naiklah menghadap TUHAN, engkau dan Harun, Nadab dan Abihu dan tujuh puluh orang dari para tua-tua Israel dan sujudlah kamu menyembah dari jauh. 2 Hanya Musa sendirilah yang mendekat kepada TUHAN, tetapi mereka itu tidak boleh mendekat, dan bangsa itu tidak boleh naik bersama-sama dengan dia." 3 Lalu datanglah Musa dan memberitahukan kepada bangsa itu segala firman TUHAN dan segala peraturan itu, maka seluruh bangsa itu menjawab serentak: "Segala firman yang telah diucapkan TUHAN itu, akan kami lakukan." 4 Lalu Musa menuliskan segala firman TUHAN itu. Keesokan harinya pagi-pagi didirikannyalah mezbah di kaki gunung itu, dengan dua belas tugu sesuai dengan kedua belas suku Israel. 5 Kemudian disuruhnyalah orang-orang muda dari bangsa Israel, maka mereka mempersembahkan korban bakaran dan menyembelih lembu-lembu jantan sebagai korban keselamatan kepada TUHAN. 6 Sesudah itu Musa mengambil sebagian dari darah itu, lalu ditaruhnya ke dalam pasu, sebagian lagi dari darah itu disiramkannya pada mezbah itu. 7 Diambilnyalah kitab perjanjian itu, lalu dibacakannya dengan didengar oleh bangsa itu dan mereka berkata: "Segala firman TUHAN akan kami lakukan dan akan kami dengarkan." 8 Kemudian Musa mengambil darah itu dan menyiramkannya pada bangsa itu serta berkata: "Inilah darah perjanjian yang diadakan TUHAN dengan kamu, berdasarkan segala firman ini." 9 Dan naiklah Musa dengan Harun, Nadab dan Abihu dan tujuh puluh orang dari para tua-tua Israel. 10 Lalu mereka melihat Allah Israel; kaki-Nya berjejak pada sesuatu yang buatannya seperti lantai dari batu nilam dan yang terangnya seperti langit yang cerah. 11 Tetapi kepada pemuka-pemuka orang Israel itu tidaklah diulurkan-Nya tangan-Nya; mereka memandang Allah, lalu makan dan minum. 12 TUHAN berfirman kepada Musa: "Naiklah menghadap Aku, ke atas gunung, dan tinggallah di sana, maka Aku akan memberikan kepadamu loh batu, yakni hukum dan perintah, yang telah Kutuliskan untuk diajarkan kepada mereka." 13 Lalu bangunlah Musa dengan Yosua, abdinya, maka naiklah Musa ke atas gunung Allah itu. 14 Tetapi kepada para tua-tua itu ia berkata: "Tinggallah di sini menunggu kami, sampai kami kembali lagi kepadamu; bukankah Harun dan Hur ada bersama-sama dengan kamu, siapa yang ada perkaranya datanglah kepada mereka." 15 Maka Musa mendaki gunung dan awan itu menutupinya. 16 Kemuliaan TUHAN diam di atas gunung Sinai, dan awan itu menutupinya enam hari lamanya; pada hari ketujuh dipanggil-Nyalah Musa dari tengah-tengah awan itu. 17 Tampaknya kemuliaan TUHAN sebagai api yang menghanguskan di puncak gunung itu pada pemandangan orang Israel. 18 Masuklah Musa ke tengah-tengah awan itu dengan mendaki gunung itu. Lalu tinggallah ia di atas gunung itu empat puluh hari dan empat puluh malam lamanya.

 

Maka golongan tua-tua tujuh puluh itu telah didirikan sebelum pemberian hukum taurat agar mereka dapat melaksanakan penghakiman bersama Musa. Mereka melakukan ini bersama Musa dalam kes Korah dan Datan (Bilangan 16:25). Musa kemudiannya diberikan hukum itu dari Sinai. Maka dengan itu, hak kuasa bagi firman Tuhan ditubuhkan dalam Israel dan firman Tuhan diletakkan dalam penjagaannya.

 

Para penatua Israel bertanggungjawab meletakkan tangan-tangan mereka pada lembu jantan pendamaian korban penghapus dosa untuk pengudusan jemaat melalui pelanggaran hukum (Imamat 4:13-21). Perbuatan ini melambangkan bahawa tanggungjawab hukum itu terletak pada tujuh puluh orang itu sungguhpun hanya Imam Besar seorang saja yang boleh memasuki tempat suci itu. Tujuh puluh orang ini juga bertanggungjawab untuk, dan sebahagian dari, pentahbisan keimamatan (Imamat 9:1 dan seterusnya).

 

Para penatua tersebut dianugerahkan dengan Roh Tuhan yang telah diberikan kepada Musa dan Roh sama yang telah menguduskan Musa juga telah digunakan untuk mengkhususkan mereka dalam pelayanan Tuhan.

 

Bilangan 11:16-17 Lalu berfirmanlah TUHAN kepada Musa: "Kumpulkanlah di hadapan-Ku dari antara para tua-tua Israel tujuh puluh orang, yang kauketahui menjadi tua-tua bangsa dan pengatur pasukannya, kemudian bawalah mereka ke Kemah Pertemuan, supaya mereka berdiri di sana bersama-sama dengan engkau. 17 Maka Aku akan turun dan berbicara dengan engkau di sana, lalu sebagian dari Roh yang hinggap padamu itu akan Kuambil dan Kutaruh atas mereka, maka mereka bersama-sama dengan engkau akan memikul tanggung jawab atas bangsa itu, jadi tidak usah lagi engkau seorang diri memikulnya.

 

Kita lihat proses ini melibatkan juga tujuh puluh dua orang itu di mana Eldad dan Medad bernubuat di luar perkhemahan. Maka, Tuhan memberikan simbolisme tujuh puluh dua kepada Israel dan menunjukkan bahawa Dia menyimpan dasar dua [orang] itu kepada diriNya sebagai nabi-nabi. Bagaimanapun, golongan tujuh puluh itu telah sentiasa difahami sebagai tujuh puluh tambah dua dari contoh-contoh terawal ini. Lebih-lebih lagi, dasar hak kuasa ini berasal dari sidang seperti yang telah kita lihat di atas. Begitulah keadaannya juga dengan Sidang Syurgawi dalam Mazmur. Khemah Suci duniawi merupakan bayangan bagi yang syurgawi (Ibrani 8:5).

 

Bilangan 11:24-26 Setelah Musa datang ke luar, disampaikannya firman TUHAN itu kepada bangsa itu. Ia mengumpulkan tujuh puluh orang dari para tua-tua bangsa itu dan menyuruh mereka berdiri di sekeliling kemah. 25 Lalu turunlah TUHAN dalam awan dan berbicara kepada Musa, kemudian diambil-Nya sebagian dari Roh yang hinggap padanya, dan ditaruh-Nya atas ketujuh puluh tua-tua itu; ketika Roh itu hinggap pada mereka, kepenuhanlah mereka seperti nabi, tetapi sesudah itu tidak lagi. 26 Masih ada dua orang tinggal di tempat perkemahan; yang seorang bernama Eldad, yang lain bernama Medad. Ketika Roh itu hinggap pada mereka--mereka itu termasuk orang-orang yang dicatat, tetapi tidak turut pergi ke kemah--maka kepenuhanlah mereka seperti nabi di tempat perkemahan.

 

Oleh itu hak kuasa Musa dalam Roh Kudus bersandar dengan dan dikongsikan oleh sidang tujuh puluh itu. Bersama-sama dengan Musa dan Imam Besar, mereka adalah mewakili Tuhan dan Kristus sebagai Imam Besar serta Sidang Elohim Keadilan di syurga. Ini juga merupakan satu pembayang bagi hubungan akan datang antara Kristus dan Jemaat. Jemaat merupakan kenderaan yang akan diberikan keselamatan kerana, seperti yang telah kita lihat, para bapa serta para nabi tidak mendapatkan keselamatan melalui iman dengan terasing dari kita. Oleh itu hak kuasa Jemaat adalah kuasa Tuhan dalam Roh Kudus yang telah dianugerahkan kepadanya oleh Mesias dalam nama Tuhan dari pengurapannya ke atas tujuh puluh itu (Lukas 10:1, 17).

 

Jemaat Sebagai Yang Berkuasa

Proses perkongsian Roh yang dilihat di atas bagi Sanhedrin merupakan satu bayangan hubungan Jemaat dan Yesus Kristus kepada Tuhan. Roh yang hinggap pada Kristus diberikan kepada umat pilihan yang diurapi dan dikhususkan seperti mana tujuh puluh itu, dari Lukas 10:1,17.

 

Lukas 10:1-20 Kemudian dari pada itu Tuhan menunjuk tujuh puluh murid yang lain, lalu mengutus mereka berdua-dua mendahului-Nya ke setiap kota dan tempat yang hendak dikunjungi-Nya. 2 Kata-Nya kepada mereka: "Tuaian memang banyak, tetapi pekerja sedikit. Karena itu mintalah kepada Tuan yang empunya tuaian, supaya Ia mengirimkan pekerja-pekerja untuk tuaian itu. 3 Pergilah, sesungguhnya Aku mengutus kamu seperti anak domba ke tengah-tengah serigala. 4 Janganlah membawa pundi-pundi atau bekal atau kasut, dan janganlah memberi salam kepada siapapun selama dalam perjalanan. 5 Kalau kamu memasuki suatu rumah, katakanlah lebih dahulu: Damai sejahtera bagi rumah ini. 6 Dan jikalau di situ ada orang yang layak menerima damai sejahtera, maka salammu itu akan tinggal atasnya. Tetapi jika tidak, salammu itu kembali kepadamu. 7 Tinggallah dalam rumah itu, makan dan minumlah apa yang diberikan orang kepadamu, sebab seorang pekerja patut mendapat upahnya. Janganlah berpindah-pindah rumah. 8 Dan jikalau kamu masuk ke dalam sebuah kota dan kamu diterima di situ, makanlah apa yang dihidangkan kepadamu, 9 dan sembuhkanlah orang-orang sakit yang ada di situ dan katakanlah kepada mereka: Kerajaan Allah sudah dekat padamu. 10 Tetapi jikalau kamu masuk ke dalam sebuah kota dan kamu tidak diterima di situ, pergilah ke jalan-jalan raya kota itu dan serukanlah: 11 Juga debu kotamu yang melekat pada kaki kami, kami kebaskan di depanmu; tetapi ketahuilah ini: Kerajaan Allah sudah dekat. 12 Aku berkata kepadamu: pada hari itu Sodom akan lebih ringan tanggungannya dari pada kota itu." 13 "Celakalah engkau Khorazim! Celakalah engkau Betsaida! karena jika di Tirus dan di Sidon terjadi mujizat-mujizat yang telah terjadi di tengah-tengah kamu, sudah lama mereka bertobat dan berkabung. 14 Akan tetapi pada waktu penghakiman, tanggungan Tirus dan Sidon akan lebih ringan dari pada tanggunganmu. 15 Dan engkau Kapernaum, apakah engkau akan dinaikkan sampai ke langit? Tidak, engkau akan diturunkan sampai ke dunia orang mati! 16 Barangsiapa mendengarkan kamu, ia mendengarkan Aku; dan barangsiapa menolak kamu, ia menolak Aku; dan barangsiapa menolak Aku, ia menolak Dia yang mengutus Aku." 17 Kemudian ketujuh puluh murid itu kembali dengan gembira dan berkata: "Tuhan, juga setan-setan takluk kepada kami demi nama-Mu." 18 Lalu kata Yesus kepada mereka: "Aku melihat Iblis jatuh seperti kilat dari langit. 19 Sesungguhnya Aku telah memberikan kuasa kepada kamu untuk menginjak ular dan kalajengking dan kuasa untuk menahan kekuatan musuh, sehingga tidak ada yang akan membahayakan kamu. 20 Namun demikian janganlah bersukacita karena roh-roh itu takluk kepadamu, tetapi bersukacitalah karena namamu ada terdaftar di sorga."

 

Tujuh puluh [dua] orang ini telah ditubuhkan dalam Jemaat agar mereka membentuk satu sidang yang dilantik setiap tahun selama dua ribu tahun sudah atau hingga zaman akhir dan, bersama para nabi, akan berjumlah 144,000 oran (lihat karya Tuaian-tuaian Tuhan, Korban-korban Bulan Baru dan Umat 144,000 [120]). Roh Kudus adalah kuasa itu yang menjadikan semua umat pilihan Anak-anak Tuhan dan bersatu dengan Bani syurgawi sebagai Anak-anak Tuhan (lihat karya Satu Bersama dengan Bapa [081] dan Mengenai Keabadian [165]). Tujuh puluh itu, melalui kuasa ini mempunyai kuasa atas para iblis setan serta atas sistem-sistem dunia berhubung Kerajaan Tuhan. Oleh itu, firman Tuhan telah dipertanggungjawabkan kepada Jemaat dari perpindahan kuasa ini.

 

Aktiviti Kristus dalam melantik tujuh puluh itu merupakan tindakan yang mempunyai kepentingan nubuatannya yang khusus dan adalah berkenaan perpindahan kuasa. Perpindahan efektifnya berhubung dengan tanda Yunus. Yehuda serta pihak penguasa keimamatan telah disingkirkan seluruhnya selama jangkamasa empat puluh tahun itu dari 30-70 TM. Perpindahan kuasa serta hak kuasa ini dilihat dalam contoh tujuh anak lelaki Skewa, Imam Besar. Contoh ini telah diberikan untuk menunjukkan bahawa kewibawaan Jemaat telah mengambil alih dari Yehuda dan Lewi hingga ke tahap tertinggi.

 

Kisah 19:11-17  Oleh Paulus Allah mengadakan mujizat-mujizat yang luar biasa, 12 bahkan orang membawa saputangan atau kain yang pernah dipakai oleh Paulus dan meletakkannya atas orang-orang sakit, maka lenyaplah penyakit mereka dan keluarlah roh-roh jahat. 13 Juga beberapa tukang jampi Yahudi, yang berjalan keliling di negeri itu, mencoba menyebut nama Tuhan Yesus atas mereka yang kerasukan roh jahat dengan berseru, katanya: "Aku menyumpahi kamu demi nama Yesus yang diberitakan oleh Paulus." 14 Mereka yang melakukan hal itu ialah tujuh orang anak dari seorang imam kepala Yahudi yang bernama Skewa. 15 Tetapi roh jahat itu menjawab: "Yesus aku kenal, dan Paulus aku ketahui, tetapi kamu, siapakah kamu?" 16 Dan orang yang dirasuk roh jahat itu menerpa mereka dan menggagahi mereka semua dan mengalahkannya, sehingga mereka lari dari rumah orang itu dengan telanjang dan luka-luka. 17 Hal itu diketahui oleh seluruh penduduk Efesus, baik orang Yahudi maupun orang Yunani, maka ketakutanlah mereka semua dan makin nama Tuhan Yesus.

 

Perpindahan kuasa secara efektifnya adalah dari pengurapan tersebut. Namun begitu, Yehuda telah diberikan empat puluh tahun untuk bertaubat dan ia tidak bertaubat. Apakah yang mungkin terjadi jika Yehuda telah bertaubat? Jawabnya mudah. Mereka tentu akan mengambil bahagian dalam pemikulan rahsia-rahsia Tuhan, dan keimamatan tersebut pastinya akan diperluaskan untuk meliputi Lewi seperti mana dinubuatkan bila mereka betul-betul bertaubat nanti pada hujung zaman. Firman Tuhan telah dipindahkan kepada Jemaat, seperti yang kita lihat dari komen-komen para rasul. Firman itu tinggal dalam Yehuda sehinggalah ada Jemaat. Hakikat ini diakui oleh Paulus dalam pernyataannya mengenai firman itu.

 

Rujukan-rujukan dalam bahasa Yunani Perjanjian Baru adalah secara plural (seperti yang kita lihat dari Kisah 7:38; Roma 3:2; Ibrani 5:12 dan 1 Petrus 4:11; bandingkan Aristeas 177; Philo, Legation to Caius 31). Rujukan-rujukan Perjanjian Lama berlaku lima belas kali dan adalah dalam bentuk singular dabar yang bermakna sabda (firman) Tuhan dan dengan itu juga adalah Yang Maha Kudus kerana firman Yahovah didengari di situ.

 

Kejadian pertama istilah firman atau dabar adalah di dalam 2 Samuel 16:23 (lain-lain adalah 1 Raja-raja 6:5,16,19,20,22,23,31; 8:6,8; 2 Tawarikh 3:16; 4:20; 5:7,9; dan Mazmur 28:2). Dari teks pertama kita perhatikan bahawa nubuatan terlibat sama dan kita tahu bahawa nubuatan itu berakhir dari Nehemia sehinggalah Mesias dan nubuatan akhir berhubung Mesias diucapkan oleh Imam Besar berkenaan kematiannya pada tahun itu. Setelah kematian Mesias, tiada lagi rekod bahawa Tuhan berbicara melalui Yehuda melainkan sebagai sebahagian dari Jemaat. Firman itu disebutkan secara berasingan kepada Bait Suci dalam rujukan dalam 1 Raja-raja 6:5. Bilik-bilik dibina di sekeliling Bait dan firman itu. Dari ini, nampaknya Tempat Maha Kudus dimaksudkan sebagai firman itu (khususnya dari 1 Raja-raja 6:16, 19, 20). Ini mungkin berpunca, seperti yang dapat kita lihat, dari hakikat bahawa hukum taurat itu disimpan di situ, dan Allah menyatakan diriNya melalui nubuatan di situ. Ianya suatu kiub berukur dua puluh hasta (bandingkan 1 Raja-raja 6:20). Ini dipanggil naos dalam Perjanjian Baru yang merujuk khususnya kepada Jemaat yang mana kita adalah naosnya.

 

1Korintus 3:17 Jika ada orang yang membinasakan bait Allah, maka Allah akan membinasakan dia. Sebab bait Allah adalah kudus dan bait Allah itu ialah kamu.

 

Oleh itu Jemaat adalah naos atau Yang Maha Kudus dan, dengan itu, adalah firman Tuhan. Oleh itu, firman Tuhan menjadi Jemaat pada Pentakosta tahun 30 TM. Maka itu sekarang kita tahu apa yang dimaksudkan Paulus apabila dia merujuk kepada firman Tuhan dalam konteks yang lebih luas dan lebih tepat. Stefanus telah mengatakan bahawa firman Tuhan telah diberikan kepada Musa dan para bapa oleh malaikat yang memberikan hukum taurat kepada mereka di Sinai. Makhluk ini yang berbicara dengan Musa, kita tahu adalah Kristus dari kesaksiannya sendiri (Yohanes 8:58). Dia telah mempertanggungjawabkan firman tersebut kepada para penatua Israel dan bukan khususnya kepada Yehuda. Yehuda telah mewarisi penjagaan firman itu hanya kerana penawanan Israel dan dari pemulihan Nehemia. Dalam ertikata ini kita lihat maksud khusus komen Paulus pada Roma 3:2.

 

Roma 3:1-3 Jika demikian, apakah kelebihan orang Yahudi dan apakah gunanya sunat? 2 Banyak sekali, dan di dalam segala hal. Pertama-tama: sebab kepada merekalah dipercayakan firman Allah. 3 Jadi bagaimana, jika di antara mereka ada yang tidak setia, dapatkah ketidaksetiaan itu membatalkan kesetiaan Allah?

 

Yehuda juga terbahagi kepada kumpulan-kumpulan. Mereka masing-masingnya menafsirkan firman itu dengan berlainan. Orang-orang Saduki menduduki tempat duduk Musa dan perlu ditaati apabila mereka berbuat begitu kerana mereka menguruskan Bait Suci itu (Matius 23:2). Orang-orang Farisi berkongsi kuasa penghakiman dengan orang-orang Saduki berkenaan hukum, tetapi tidak menguruskan Bait, kecualilah selama sembilan tahun di bawah Ratu Alexandra. Orang-orang Samaria, di samping orang-orang Saduki, menolak tafsiran hukum orang Farisi dalam penetapan kalendar. Biasanya Bulan Baru dilambatkan dengan tidak betul dan orang-orang Samaria menyalakan api isyarat mereka sendiri pada hari tepat yang datang lebih awal.

 

Bukan saja orang Yahudi tetapi juga Israel telah diberikan perjanjian itu. Yehuda memegang hak penjagaan atas firman itu untuk suatu tempoh tertentu sahaja. Paulus di sini bukannya mengatakan yang mereka masih lagi mempunyai hak kuasa. Dia hanya merujuk kepada status mereka dan mungkin kemualafan mereka di kemudian hari ke dalam keimanan berkekalan Tuhan. Pandangan ini disokong oleh rujukan-rujukan lain kepada firman Tuhan sebagai berada dengan Jemaat. Jemaat merupakan pengajar firman Tuhan. Tugas ini bukan lagi dipegang Yehuda.

 

Ibrani 5:5-14 Demikian pula Kristus tidak memuliakan diri-Nya sendiri dengan menjadi Imam Besar, tetapi dimuliakan oleh Dia yang berfirman kepada-Nya: "Anak-Ku Engkau! Engkau telah Kuperanakkan pada hari ini", 6 sebagaimana firman-Nya dalam suatu nas lain: "Engkau adalah Imam untuk selama-lamanya, menurut peraturan Melkisedek." 7 Dalam hidup-Nya sebagai manusia, Ia telah mempersembahkan doa dan permohonan dengan ratap tangis dan keluhan kepada Dia, yang sanggup menyelamatkan-Nya dari maut, dan karena kesalehan-Nya Ia telah didengarkan. 8 Dan sekalipun Ia adalah Anak, Ia telah belajar menjadi taat dari apa yang telah diderita-Nya, 9 dan sesudah Ia mencapai kesempurnaan-Nya, Ia menjadi pokok keselamatan yang abadi bagi semua orang yang taat kepada-Nya, 10 dan Ia dipanggil menjadi Imam Besar oleh Allah, menurut peraturan Melkisedek. 11 Tentang hal itu banyak yang harus kami katakan, tetapi yang sukar untuk dijelaskan, karena kamu telah lamban dalam hal mendengarkan. 12 Sebab sekalipun kamu, ditinjau dari sudut waktu, sudah seharusnya menjadi pengajar, kamu masih perlu lagi diajarkan asas-asas pokok dari penyataan Allah, dan kamu masih memerlukan susu, bukan makanan keras. 13 Sebab barangsiapa masih memerlukan susu ia tidak memahami ajaran tentang kebenaran, sebab ia adalah anak kecil. 14 Tetapi makanan keras adalah untuk orang-orang dewasa, yang karena mempunyai pancaindera yang terlatih untuk membedakan yang baik dari pada yang jahat.

 

Wahyu telah dipertanggungjawabkan kepada Jemaat sahaja, dari Tuhan kepada Yesus Kristus dan direkodkan melalui Yohanes. Ia merupakan tanggungjawab Jemaat satu-satunya. Ramai orang ingin menyingkirkan Wahyu dari Alkitab (lihat karya Alkitab [164]). Orang Yahudi sama sekali tidak menerimanya dan kerana itu mereka tidak mungkin diakui sebagai memiliki firman Tuhan. Jemaat telah menerima firman Tuhan sebagai sebahagian dari satu keimamatan lain yang terbit dari Imam Besar kita. Kristus tidak memuliakan dirinya sendiri untuk dijadikan Imam Besar tetapi sebaliknya pada tempoh dagingnya (iaitu ketika dia menjadi manusia) telah melayangkan doa serta permohonan dalam tangisan kepada Dia yang boleh menyelamatkannya dari maut, iaitu Allah, dan Allah telah mendengarnya. Sungguhpun dia seorang anak, dia telah belajar setia melalui hal-hal yang dideritainya dan menjadi seorang Imam Besar menurut pengaturan Melkisedek. Seseorang Imam Besar itu didefinisikan menurut satu aturan para imam. Keimamatan itu kemudiannya disampaikan kepada umat pilihan seperti mana Kristus memegangnya, tanpa mula atau akhirnya, tanpa mengira keturunan atau genealogi atau ibu atau bapa, dijadikan kaum raja dan imam selamanya (Ibrani 7:3; Wahyu 5:10 RSV).

 

Wahyu 5:9-10 Dan mereka menyanyikan suatu nyanyian baru katanya: "Engkau layak menerima gulungan kitab itu dan membuka meterai-meterainya; karena Engkau telah disembelih dan dengan darah-Mu Engkau telah membeli mereka bagi Allah dari tiap-tiap suku dan bahasa dan kaum dan bangsa. 10 Dan Engkau telah membuat mereka menjadi suatu kerajaan, dan menjadi imam-imam bagi Allah kita, dan mereka akan memerintah sebagai raja di bumi."

 

KJV tidak tepat dalam teks ini dan nampaknya bertujuan untuk menyelindungkan hakikat ini. Kristus sebagai Imam Besar sewajarnya mempunyai suatu aturan keimamatan dan keimamatan ini telah diberikan tanggungjawab untuk menjaga serta mengajar firman Tuhan.

 

Ibrani 5:12-14 Sebab sekalipun kamu, ditinjau dari sudut waktu, sudah seharusnya menjadi pengajar, kamu masih perlu lagi diajarkan asas-asas pokok dari penyataan Allah, dan kamu masih memerlukan susu, bukan makanan keras. 13 Sebab barangsiapa masih memerlukan susu ia tidak memahami ajaran tentang kebenaran, sebab ia adalah anak kecil. 14 Tetapi makanan keras adalah untuk orang-orang dewasa, yang karena mempunyai pancaindera yang terlatih untuk membedakan yang baik dari pada yang jahat.

 

1Petrus 4:11 Jika ada orang yang berbicara, baiklah ia berbicara sebagai orang yang menyampaikan firman Allah; jika ada orang yang melayani, baiklah ia melakukannya dengan kekuatan yang dianugerahkan Allah, supaya Allah dimuliakan dalam segala sesuatu karena Yesus Kristus. Ialah yang empunya kemuliaan dan kuasa sampai selama-lamanya! Amin.

 

Oleh itu, firman Tuhan telah disampaikan kepada Jemaat dan difahamkan telah disampaikan begitu oleh penulis buku Ibrani, yang kalau bukan Paulus sememangnya adalah yang berkuasa demikian dan pengarangnya adalah sebahagian dari pelayanannya, dan juga oleh Petrus. Oleh itu, atas kuasa Kristus dan seperti yang dibuktikan rasul Petrus dan Paulus kita perhatikan perpindahan tanggungjawab tersebut kepada Jemaat.

 

 

Pernyataan-pernyataan Palsu Mengenai Firman itu

Terdapat sebilangan pernyataan palsu yang dibuat berkenaan persandaran firman itu dengan Yehuda. Pernyataan-pernyataan ini biasanya dibuat oleh mereka yang cuba membenarkan penggunaan kalendar Hillel dalam pemeliharaan Hari-hari Kudus yang disebutkan dalam Perjanjian Lama. Oleh sebab kebanyakan Kekristianan aliran umum tidak memelihara perayaan-perayaan ini maka pertentangan tidak timbul di kalangan mereka. Malah, saranan bahawa orang Yahudi pernah memegang tanggungjawab atas firman Tuhan akan dipersendakan kerana Perjanjian Baru tidak diakui Yehuda dan kerana itu bukan sebahagian Kitab Suci. Oleh kerana usulan ini agak tidak munasabah bagi seorang umat Kristian rasional, ianya tidak diajukan. Kelompok Yahudi dalam Jemaat-jemaat Tuhan, sebaliknya pula, menggunakan suatu siri premis-premis palsuu untuk membenarkan kalendar Hillel yang sendirinya bukan sebahagian dari firman Tuhan dan hanya ditetapkan bermula tahun 358 TM, lama selepas pembatalan hak kuasa Yahudi tersebut. Atas sebab ini, cara bagi menentukan Nisan untuk tujuan-tujuan Easter tidak pernah digunakan jemaat-jemaat aliran umum kerana sistem itu telahpun diketahui berabad-abad sebelum Hillel II dan penentuan-penentuan rabbinikal lewat ini dianggap sebagai tidak tepat dan tidak relevan.

 

Penetapan Kanun Perjanjian Lama

Satu lagi premis palsu adalah bahawa kanun Perjanjian Lama tidak ditetapkan sehingga konferens-konferens Jamnia. Pandangan ini ditawarkan oleh orang-orang Yahudi atau umat Kristian penyokong Yahudi sebagai bukti bagi perdebatan bahawa hak kuasa bagi penentuan Alkitab masih lagi wujud setelah persuraian tersebut. Jamnia atau Yavneh adalah satu kota yang diwariskan oleh Salome I kepada Herod I, namun setelah kematiannya kota itu telah diserahkan kepada maharani Livia, dan selepas kematiannya pula nampaknya kota itu telah menjadi milik peribadi Tiberius, seperti yang dicatatkan Schurer.

 

Schurer nampaknya menganggap bahawa perselisihan Yahudi-Bukan Yahudi itu, dari majoriti Yahudi, merupakan sebab kenapa Vespasian terpaksa menempatkan tentera pertahanan di kota itu sebanyak dua kali (E. Schurer The History of the Jewish People in the Age of Jesus Christ, Vol. I, halaman 333; Vol. II, halaman 110). Terdapat perbalahan signifikans Yahudi-Bukan Yahudi di situ pada zaman Caligula (ibid. I, halaman 394). Jamnia tidak menjadi sebahagian dari wilayah Yahudi sehingga Alexander Jannaeus. Pompey telah memisahkannya dari alam Yahudi dan Gabinius telah membinanya semula (ibid. II, halaman 110). Jamnia telah ditawan pada zaman Vespasian dalam pemberontakan tersebut (ibid. I, halaman 498; II, halaman 110). Setelah pemusnahan Bait Suci dan Yerusalem pada tahun 70 TM, Jamnia menjadi pusat pembelajaran Yahudi (ibid. I, halaman 521). Majoriti Yahudi-nya merupakan sebab ia menjadi pusat aktiviti atau pembelajaran Yahudi setelah pembinasaan Bait Suci itu. Akademi di Jamnia telah menjadi Mahkamah Agung Yahudi (ibid. I, halaman 525-526). Jamnia merupakan suatu percubaan untuk mendirikan semula kekuasaan Yahudi setelah ia dibatalkan Tuhan, bersama dengan pemusnahan Bait itu, dari tamatnya tempoh Tanda Yunus itu pada tahun 70 TM.

 

Perjanjian Lama telah dibuat dengan orang Yahudi, yang istilahnya secara umumnya meliputi Israel kerana mereka juga termasuk dalam Perjanjian Tuhan (2Korintus 3:14; Ibrani 9:15; lihat juga karya Perjanjian Tuhan [152]). Perjanjian Baru yang dijanjikan dalam Yeremia 31:31, diperluaskan kepada bangsa bukan Yahudi memandangkan ianya dibuat dengan umat Kristian (1Korintus 11:25; 2Korintus 3:6; Ibrani 8:6-13; 10:16-17; bandingkan Lukas 22:20).

 

Kanun Perjanjian Lama tidak ditetapkan secara muktamad sehingga kira-kira tahun 323 SM setelah pemulihan Nehemia, iaitu sewaktu pemerintahan Artahsasta II. Sehingga masa itu, ia telah dianggap sebagai suatu koleksi karya-karya disanjungi yang berciri sejarah atau nubuatan. Sejarah sekular Yahudi telah mengambil pandangan, seiring dengan kritikan alkitab sekular, bahawa kanun Perjanjian Lama tidak dianggap sebagai tetap dan bahawa hanya Taurat itu yang telah dikhususkan sebagai diilhami ilahi dari pengiktirafannya begitu pada tahun 621 SM hingga perpisahannya dari empat buku lain korpus itu pada tahun 400 SM. Buku-buku Yosua, Hakim-hakim, Samuel dan Raja-raja telah diasingkan dari Pentateuch (lima buku pertama) pada tahun 400 SM dan ditinggalkan sebagai karya-karya sekular (lihat The Interpreters Dictionary of the Bible, Vol. 1, artikel Canon of the OT, halaman 507). Para sarjana moden berpendapat bahawa ini melebihi satu abad namun Nehemia telah memulihkan seluruh sistem itu dari zamannya (iaitu sewaktu pertengahan abad keempat SM). Terdapat sebilangan edit dan notasi yang penting untuk memahami apa yang telah berlaku kepada kanun itu. Kebanyakan setuju bahawa tibanya 300-250 SM, pengkanunan telahpun berlaku setelah apa yang dianggap penulisan semula buku Samuel dan Raja-raja sebagai 1 dan 2 Tawarikh (ibid.). Konflik-konflik antara Samuel dan Raja-raja dan Buku-buku Tawarikh disenaraikan oleh R.H. Pfeiffer di dalam tulisannya (ibid.). Selepas tahun 200 SM dan pastinya sebelum 30 TM, bacaan-bacaan dari kanun nubuatan (haphtarah) ditemui dalam ibadah kaabah (Lukas 4:16-19; Kisah 13:15; bandingkan Meg. 4:1-2; ibid., halaman 509).

 

Tulisan-tulisan atau ketubbim secara tradisinya dibacakan pada waktu Paskah, Pentakosta dan 9 haribulan Ab untuk memperingati pembinasaan Yerusalem pada 586 SM. Ia telah diakhiri oleh Ezra-Nehemia dan ditetapkan pada waktu itu. Pfeiffer mengatakan bahawa ianya dipercayai umum bahawa nubuatan tersebut telah berakhir dengan kematian Ezra apabila orang-orang Kaabah Besar telah mengumpulkan semua jilid Kitab Suci itu. Tiada buku yang dituliskan selepas Ezra atau Alexander yang Agung boleh dianggap sebagai diilhami (ibid.). Menurut Seder Olam Rabba 30, keduanya boleh dianggap tarikh-tarikh yang sepadan bagi tujuan kronologi Yahudi. Oleh kerana Alexander (lahir 356 SM) telah pergi ke India sekitar tahun 326 SM dan mati sekitar 323 SM, maka jelas sekali kita sedang berbicara tentang Artahsasta II dan bukannya Artahsasta I di dalam Buku Ezra. Malahan, kita tahu dari komen ini bahawa kanun kitab Perjanjian Lama telahpun sempurna dan ditetapkan sejak 323 SM. Perjanjian Lama telah diterjemahkan kepada bahasa Yunani di Alexandria (dan dikenali sebagai Septuagint (LXX) di bawah Ptolemy Philadelphus (283-246 SM) oleh tujuh puluh dua orang yang berkelayakan, kononnya enam dari setiap suku yang telah menyiapkan karya tersebut dalam tempoh tujuh puluh dua hari (Schurer, Vol. II, halaman 312; Vol. III, halaman 474-476, 677-679). Kita perhatikan bahawa di sini sekalipun, tujuh puluh itu adalah sebenarnya tujuh puluh dua bilangannya. LXX telah dikecam selaku satu terjemahan oleh R. Akiba pada tahun 130 TM namun dia telah menggantikan terjemahan yang dibuat Aquila. Kita akan lihat bahawa hakikat ini membuktikan bahawa Jemaat mempunyai hak kuasa dan bukan sebaliknya. Brenton dalam terjemahan LXX-nya mempertimbangkan bahawa versi Aquila telah digantikan oleh pihak berkuasa rabbinikal dengan LXX yang asli oleh kerana idiom Ibrani-nya yang lebih literal. Dia berpendapat ini dilakukan kerana ingin membatalkan petikan-petikan LXX yang digunakan umat Kristian berhubung posisi Kristus. Brenton mencatatkan bahawa tutup dada imam besar yang disebutkan dalam Keluaran 28:23-28 sebenarnya dituliskan sebagai “firman” dalam manuskrip Complutensian dan tidak di dalam manuskrip Vatican atau Alexandrine. Signikans penggunaan perkataan ini adalah bahawa tutup dada itu mewakili pusat penghakiman dua belas suku itu iaitu tumpuan utama Yang Maha Kudus dalam hubungannya kepada Tuhan.

 

Setelah penetapan kanun itu terdapat beberapa buku yang dituliskan yang tidak diiktiraf sebagai sebahagian dari kanun. Ini termasuklah karya-karya Maccabee, Judith, Tobit dan sebagainya dan berupa apocryphal atau diragui dan, kerana itu, dikenali sebagai Apocrypha (Zabur). Cubaan-cubaan dibuat untuk beberapa lama untuk memasukkan atau mendapatkan pengiktirafan semua ini di dalam kanun Yahudi dan mengakibatkan persidangan di Jamnia tersebut. Setelah Jemaat meninggalkan Yerusalem dan kota itu jatuh, Jemaat telah menghasilkan karya-karya cemerlang atau terjemahan-terjemahan Alkitabnya tersendiri. Kebanyakan buku-buku Alkitab telah diterjemahkan oleh para penterjemah Jemaat, yang mana kebanyakan mereka ini adalah orang Ibrani yang cukup berpelajaran.

 

Tiga terjemahan Yunani Alkitab yang dibuat untuk menggantikan LXX adalah oleh Aquila, Symmachus dan Theodotion. Symmachus mampun menggunakan teks-teks Ibrani namun dia sendirinya bukan seorang Yahudi. Dia seorang Kristian Ebonite menurut Eusebius (Eccl. Hist. vi, 17). Ini mungkin satu pengkelasan yang boleh diaplikasikan kepada seluruh Jemaat awal oleh sejarah sebagaimana tulisan-tulisan mereka didapati. Aquila dan Theodotion kononnya merupakan orang Yahudi yang bertukar agama. Aquila berasal dari Pontes (lihat Kisah 18:2) dan Epiphanius menamakan Sinope sebagai tempatnya (lihat Schurer, Vol. III, halaman 494). Tradisi rabbinikal (yKidd. 59a) menempatkannya pada zaman R. Eliezer, R. Joshua dan R. Akiba, iaitu sepertiga pertama abad kedua. Dia telah mengeluarkan edisi pertama dan kedua, menurut Jerome (ibid., halaman 495). Dia dikatakan pernah menjadi murid Akiba dan amat mementingkan perincian. Teksnya diiktiraf oleh pihak penguasa rabbinikal yang paling disanjungi. Karya-karyanya telah disimpan dalam Hexapla milik Origen dan telah digunakan oleh kaum bapa Jemaat yang lain yang menggunakan edisi asli Hexapla dalam perpustakaan Pamphilus di Caesarea dan sebahagiannya melalui nota-nota sampingan teks LXX Hexapla. Selang masa berlalu, kita menemui lebih banyak fragmen teks ini. Dia dipadankan dengan Onkelos, penghasil karya Targum Aramaik bagi Pentateuch (Schurer, ibid., halaman 496). Mercati menjumpai suatu manuskrip abad keenam yang mengandungi Hexapla kira-kira 150 rangkap ayat Psalter termasuklah versi Aquila. Penemuan dalam Genizah kaabah di Cairo menunjukkan bahawa suatu versi Interlinear Yunani Ibrani (baris atas dalam bahasa Ibrani/baris bawah dalam bahasa Yunani) telah wujud pada abad kelima atau keenam (Schurer, ibid.). Schurer menganggap bahawa terjemahan LXX bagi kitab Pengkhotbah begitu mirip dengan gaya terjemahan Aquila itu hinggakan dia teringin menganggapnya sebagai karya Aquila.

 

Jerome telah menghasilkan karya Latin Vulgate, dan teks-teks Yunani itu adalah seperti yang ditemui dalam pelbagai bentuk kuno yang boleh didapati dari kodeks-kodeks serta serpihan-serpihan. Jerome sedia tahu tentang karya-karya Aquila serta Theodotion yang dikatakannya mungkin seorang Ebonite, yang berbangsa Yahudi dari lahirnya sama seperti Aquila. Jerome mengatakan bahawa dia hanya dianggap sebagai seorang Ebonite oleh orang tertentu sahaja (Schurer, ibid., halaman 499). Jerome menggunakan karya-karya ini untuk menghasilkan senarai yang membentuk aturan kanun diterima yang terkini.

 

Karya Origen, Hexapla, disusun mengikut kolum. Aquila diletakkan di samping teks Ibrani mungkin kerana ia amat menyerupainya dan Theodotion pula di samping LXX atas sebab yang sama. Terjemahan Symmachus diletakkan di samping Aquila, lantas mengelirukan Schurer. Aquila ditempatkan pada dekad-dekad awal abad kedua; Theodotion ditempatkan pada zaman Commodus (180-192 TM); dan Symmachus pada zaman kemudiannya, oleh Schurer, namun Irenaeus menyenaraikan Theodotion sebelum Aquila dan Schurer menganggap ini tidak relevan bagi tarikh-tarikh terjemahan-terjemahan itu (ibid., halaman 500). Irenaeus masih lagi hidup pada tahun 190-191 TM dan kerana itu tarikh lewat yang diberikan bagi karya Theodotion adalah suatu kemungkinan namun ia mungkin juga lebih awal.

 

Pokok sebenarnya di sini adalah bahawa Jemaat tidak bergantung pada orang Yahudi untuk firman itu, tetapi sebenarnya merekalah yang memainkan peranan utama dalam menterjemahkan firman itu ke dalam bahasa Yunani dan Aramaik dan dari situ ke dalam bahasa-bahasa lain. Pernyataan bahawa kanun itu tidak ditetapkan hingga selepas tahun 70 TM, sama ada pada sidang pertama (sekitar 90 TM) atau kedua (118 TM) di Jamnia, adalah suatu rekaan semata-mata. Rekaan ini disokong oleh orang Yahudi serta umat Kristian penyokong Yahudi. Matlamat Jamnia adalah untuk menghalang karya-karya apocrypha kemudiannya, bermula dari Ben Sirach dan selanjutnya, dari ditambah kepada kanun Yahudi itu. Persidangan-persidangan ini tiada kesannya atas Jemaat yang telah lama mengetahui sebelumnya bahawa kanun itu telah ditutup sejak zaman Ezra.

 

Fiksyen Jamnia ini diajukan untuk menyokong fiksyen bahawa kalendar seperti yang telah ditentukan pada tahun 358 TM di bawah Hillel II memberi hak kuasa kepada Jemaat, yang jelas tidak dimilikinya dan tidak pernah memiliki kekuasaan sebegitu. Jemaat pada zaman mulanya mempercayai dan mengajar bahawa kanun Perjanjian Lama telah ditetapkan pada zaman Ezra dan Nehemia, atau sejurus selepas kematian Ezra. Ini telah diajar oleh Jemaat dan dilihat dari tulisan-tulisan Tertullian, Irenaeus dan Clement dari Alexandria (Interp. Dict., Vol. 1, halaman 514).

 

Orang-orang Yunani tidak pernah dipertanggungjawabkan firman Tuhan ataupun pendirian teks-teks Yunani itu. Ini satu lagi rekaan yang diajukan oleh para penyokong Yahudi untuk menyokong Teori Firman Yahudi mereka itu.

 

Nubuatan Hagai

Kecacatan seterusnya dalam kelengkapan beberapa golongan British-Israel serta para penyokong Yahudi sistem Hillel tersebut adalah berhubung nubuatan Hagai pada 2:1-23.

Hagai 2:1-23 dalam bulan yang ketujuh, pada tanggal dua puluh satu bulan itu, datanglah firman TUHAN dengan perantaraan nabi Hagai, bunyinya: 2 "Katakanlah kepada Zerubabel bin Sealtiel, bupati Yehuda, dan kepada Yosua bin Yozadak, imam besar, dan kepada selebihnya dari bangsa itu, demikian: 3 Masih adakah di antara kamu yang telah melihat Rumah ini dalam kemegahannya semula? Dan bagaimanakah kamu lihat keadaannya sekarang? Bukankah keadaannya di matamu seperti tidak ada artinya? 4 Tetapi sekarang, kuatkanlah hatimu, hai Zerubabel, demikianlah firman TUHAN; kuatkanlah hatimu, hai Yosua bin Yozadak, imam besar; kuatkanlah hatimu, hai segala rakyat negeri, demikianlah firman TUHAN; bekerjalah, sebab Aku ini menyertai kamu, demikianlah firman TUHAN semesta alam, 5 sesuai dengan janji yang telah Kuikat dengan kamu pada waktu kamu keluar dari Mesir. Dan Roh-Ku tetap tinggal di tengah-tengahmu. Janganlah takut! 6 Sebab beginilah firman TUHAN semesta alam: Sedikit waktu lagi maka Aku akan menggoncangkan langit dan bumi, laut dan darat; 7 Aku akan menggoncangkan segala bangsa, sehingga barang yang indah-indah kepunyaan segala bangsa datang mengalir, maka Aku akan memenuhi Rumah ini dengan kemegahan, firman TUHAN semesta alam. 8 Kepunyaan-Kulah perak dan kepunyaan-Kulah emas, demikianlah firman TUHAN semesta alam. 9 Adapun Rumah ini, kemegahannya yang kemudian akan melebihi kemegahannya yang semula, firman TUHAN semesta alam, dan di tempat ini Aku akan memberi damai sejahtera, demikianlah firman TUHAN semesta alam." 10 Pada tanggal dua puluh empat bulan yang kesembilan, pada tahun yang kedua zaman Darius, datanglah firman TUHAN kepada nabi Hagai, bunyinya: 11 "Beginilah firman TUHAN semesta alam itu:Tanyakanlah pengajaran kepada para imam. 12           Andaikata seseorang membawa daging kudus dalam punca bajunya, lalu dengan puncanya itu ia menyentuh roti atau sesuatu masakan atau anggur atau minyak atau sesuatu yang dapat dimakan, menjadi kuduskah yang disentuh itu?" Lalu para imam itu menjawab, katanya: "Tidak!" 13 Berkatalah pula Hagai: "Jika seseorang yang najis oleh mayat menyentuh semuanya ini, menjadi najiskah yang disentuh itu?" Lalu para imam itu menjawab, katanya: "Tentu!" 14 Maka berbicaralah Hagai, katanya: "Begitu juga dengan umat ini dan dengan bangsa ini di hadapan-Ku, demikianlah firman TUHAN, dan dengan segala yang dibuat tangan mereka; dan yang dipersembahkan mereka di sana adalah najis." 15 "Maka sekarang, perhatikanlah mulai dari hari ini dan selanjutnya! Sebelum ditaruh orang batu demi batu untuk pembangunan bait TUHAN, 16 bagaimana keadaanmu? Ketika orang pergi melihat suatu timbunan gandum yang seharusnya sebanyak dua puluh gantang, hanya ada sepuluh; dan ketika orang pergi ke tempat pemerasan anggur untuk mencedok lima puluh takar, hanya ada dua puluh. 17 Aku telah memukul kamu dengan hama dan penyakit gandum dan segala yang dibuat tanganmu dengan hujan batu; namun kamu tidak berbalik kepada-Ku, demikianlah firman TUHAN. 18 Perhatikanlah mulai dari hari ini dan selanjutnya--mulai dari hari yang kedua puluh empat bulan kesembilan. Mulai dari hari diletakkannya dasar bait TUHAN perhatikanlah 19 apakah benih masih tinggal tersimpan dalam lumbung, dan apakah pohon anggur dan pohon ara, pohon delima dan pohon zaitun belum berbuah? Mulai dari hari ini Aku akan memberi berkat!" 20 Maka datanglah firman TUHAN untuk kedua kalinya kepada Hagai pada tanggal dua puluh empat bulan itu, bunyinya: 21 "Katakanlah kepada Zerubabel, bupati Yehuda, begini: Aku akan menggoncangkan langit dan bumi 22 dan akan menunggangbalikkan takhta raja-raja; Aku akan memunahkan kekuasaan kerajaan bangsa-bangsa dan akan menjungkirbalikkan kereta dan pengendaranya; kuda dan pengendaranya akan mati rebah, masing-masing oleh pedang temannya. 23 Pada waktu itu, demikianlah firman TUHAN semesta alam, Aku akan mengambil engkau, hai Zerubabel bin Sealtiel, hamba-Ku--demikianlah firman TUHAN--dan akan menjadikan engkau seperti cincin meterai; sebab engkaulah yang Kupilih, demikianlah firman TUHAN semesta alam."

 

Usulan-usulan yang dibuat dari nubuatan ini adalah:

1.      Nubuatan ini berkenaan zaman akhir.

2.      Hari ke 24 Chislev adalah suatu tarikh tertentu pada masa hadapan.

3.      Tarikh ini merupakan tarikh, menurut kalendar Hillel, apabila Yerusalem dimerdekakan pada tahun 1917 iaitu 9 Disember 1917 dan kononnya adalah hari apabila Allenby memasukii Yerusalem.

4.      Berkat-berkat yang disebut oleh Hagai digenapi pada masa itu.

5.      Ianya juga tujuh kali kitar dari kejatuhan Yerusalem.

6.      Dari hujah-hujah ini kemudiannya dinyatakan bahawa kalendar Hillel adalah diilhami dan merupakan firman Tuhan.

 

Pertama, berkenaan kejatuhan Yerusalem, Kamus Alkitab Harper mencatatkan bahawa orang Babilon telah merompak kota itu pada tahun 598 SM dan kota ini dirobohkan pada tahun 587 SM. Kedua-dua tarikh tidak memberikan 1917 sebagai bersamaan tujuh kali kita atauu 2,520 tahun. Tarikh pertama akan memberi tahun 1923 sementara tarikh kedua memberi tahun 1933.

 

Proses ini merupakan cara pertimbangan memusing yang klasik, seperti mana yang akan kita lihat nanti. Ianya jelas dari pemeriksaan sejarah pemerdekaan Yerusalem bahawa peristiwa-peristiwa itu disenaraikan begitu untuk menyampaikan maksud bahawa Tuhan telah bertindak untuk menggenapi Hagai kerana orang-orang masa itu melihatnya sebagai suatu penggenapan nubuatan. Setelah mereka-reka tarikh 9 Disember 1917 itu, rekaan ini kemudiannya digunakan untuk membenarkan kalendar Hillel yang memangpun menjadi dasar rekaan itu dari awalnya.

 

Pada tahun 1917, Tanah Suci sedang dimerdekakan oleh tentera-tentera Australia, New Zealand dan British serta lain-lain tentera bersekutu yang berperang dengan orang-orang Turki dengan bantuan Jerman. Menurut Diari Perang Rasmi (H. S. Gullett, The Australian Imperial Force in Sinai and Palestine, Vol. II bagi Official History of Australia in the War of 1914-18, Angus and Robertson Ltd, Sydney, 1937), Gaza and Bersyeba telah ditawan semula antara 31 Oktober hingga 1 November 1917. Perebutan Palestin tidak dapat dielakkan lagi. Pada 2 November 1917, Deklarasi Balfour untuk penubuhan Tanah Air Yahudi telah dikeluarkan oleh Perdana Menteri British Balfour sebagai deklarasi pertamanya (deklarasi kedua adalah berhubung Komanwel Australia di bawah undang-undang British). Penawanan Yerusalem tidak dilakukan hingga Disember. Kemaraan kumpulan tentera itu adalah:

 

Pertempuran Bersyeba

31 Oktober hingga 1 November

Tel el Khuweilfe

8 November

Kemajuan dicapai (Sinai dan Palestin 4-8 November)

6-11 November

 

Kemaraan Besar dibuat

8-15 November

 

Dataran Maritime dibereskan

11-17 November

 

Mara ke Yerusalem

16-24 November

Nahr Auja dan El Buij

24 November hingga 1 Disember

Serangan terakhir untuk    menawan Yerusalem

7 Disember

 

Serangan terakhir dilancarkan oleh angkatan tentera Komanwel pada 7 Disember 1917. Menurut Bulan Baru sebenar, ini adalah tarikh sebenar bagi 24 Chislev (kalendar Hillel memulakan bulan itu dua hari lebih lewat). Orang-orang Turki dan Jerman telah memulakan perpindahan serta-merta dan tibanya 8 Disember 1917, Yerusalem telahpun bebas. Tentera infantri telah berkubu dan tibanya 10 Disember, tentera Light Horse mara sepanjang jalan Nablus kira-kira lapan batu. Mereka menerima tembakan meriam Turki yang berat. Mereka sedang berkubu di sebelah selatan Lembah Yordan dan berusaha menghadkan pergerakan kumpulan Bersekutu menyeberangi sungai ke landasan keretapi Hejaz, dan dengan cara ini menghadkan operasi-operasi Allenby pada sisi kanan.

 

Tiada apa-apa yang terjadi pada 9 Disember 1917 kerana Yerusalem telahpun dibebaskan dari serangan pada haribulan tujuh itu. Banyak catatan sejarah Amerika yang asal-usulnya adalah Protestan nampaknya cuba mendakwa bahawa 9 Disember merupakan hari Allenby memasuki Yerusalem dan membebaskannya. Hakikat sebenarnya adalah bahawa Allenbyy secara rasminya memasuki Yerusalem pada 11 Disember 1917. Allenby mengambil berat tentang bagaimana Maharaja Jerman William memasuki Yerusalem dengan penuh gilang-gemilang pada tahun 1908. Dia sengaja tidak memperbesarkan kemasukannya, dengan masuk berjalan kaki melalui pintu sisi kepada pintu gerbang Jaffa lama yang sempit. 100 orang tentera berbaris sepanjang jalan Jaffa itu, termasuklah tentera English, Scot, Irish, Welsh, Ghurka, Australia dan Itali. Askar New Zealand telah berkejar dari Jaffa agar Kuasa-kuasa itu semuanya diwakili. Satu-satunya warna datang dari infantri Perancis yang berpakaian seragam biru pucat. Ini adalah kali kedua puluh empat Yerusalem di masuki tentera penakluk (Gullett, ibid., halaman 523) namun ia bukanlah pada 24 Chislev 1917. Mengikut kalendar Hillel ia adalah 26 Chislev namun dari Bulan Baru sebenar ianya 28 Chislev. Tentera-tentera kita memang telah masuk pada 24 Chislev namun itu adalah dalam serangan dan ianya berdasarkan pada konjunksi sebenar tanpa sebarang penangguhan.

 

Yerusalem pada waktu penawanannya tidak menampakkan sebarang kemiskinan tapi ia berada dalam keadaan kotor yang tidak terhingga. Ia telah dicemari oleh para penjual relik-relik agama serta agama palsu tabiat mereka yang tidak bersih, dan ditambah dengan tingkahlaku primitif tentera Turki selama tiga tahun, hinggakan umat Kristian yang melawatnya mengenangnya dengan ngeri (ibid., halaman 522). Setelah pendudukan Yerusalem, kota itu mengalami kekurangan makanan dan pihak British terpaksa menghantar bekalan melalui trak dari Mediterranean. Kemaraan kita dari selatan terjadi begitu pantas sekali hinggakan tentera Turki tidak sempat merosakkan koloni-kolonii selatan. Semua ini berguna kemudiannya. Suruhanjaya Zionist di bawah Presiden Persekutuan Zionist Inggeris, Doktor Weizmann, telah ditugaskan, dengan kuasa dari Kerajaan British, dengan pembangunan semula Palestin. Tugas ini melibatkan pemulihan semula kerosakan yang telah berlaku selama lapan belas setengah abad (The Times History of the War, Vol. XV, London, 1918, halaman 179).

 

Usulan-usulan tersebut kini dapat dibandingkan dengan fakta sejarah yang bebas dari fiksyen propaganda Protestan British-Israel yang tidak terbabit yang timbul dari US.

 

1.      Ia bukanlah tujuh kali kitar dari kemasukan Babilon itu. Aplikasi tujuh kali kitar tersebut dikaji dalam karya Kejatuhan Mesir: Nubuatan tentang Lengan-lengan Patah Firaun [036].

2.      Allenby tidak memasuki Yerusalem pada 9 Disember. Dia masuk pada 11 Disember.

3.      Tentera Komanwel menyerang kota itu pada 7 Disember 1917.

4.      Tentera Jerman dan Turki telahpun berundur pada 8 Disember.

5.      Pengukuhan pertahanan dilaksanakan dari 8-10 Disember.

6.      Tarikh sebenar bagi 24 Chislev 1917 adalah 7 Disember 1917 dan bukannya 9 Disember 1917 seperti yang dinyatakan kalendar Hillel.

 

Bagaimanapun, kita harus ingat dalam semua ini bahawa Yehuda tidak lagi diberkati pada peringkat ini. Ianya salah untuk menganggap bahawa Tuhan akan memilih waktu ini untuk menggenapi nubuatan Hagai itu dan masih meninggalkan satu lagi nubuatan yang masih belum terlaksana di mana Yehuda akan melalui kengerian paling hebat sepanjang kewujudannya sebagai satu bangsa. Betul-betul tujuh kali kitar dari peruntuhan Yerusalem oleh orang Babilon, Parti Nazi mendapat kuasa di Jerman dan memulakan penganiayaan sistematik orang Yahudi. Dari tahun 1942 hingga 1945, Jerman menjalankan pembunuhan bangsa yang paling sistematik sekali ke atas umat Yahudi, lebih dari sebarang bangsa lain dalam sejarah bertulis. Mengatakan bahawa ini adalah cara Tuhan memberkati Yehuda, untuk menggenapi Hagai, adalah cara pemikiran paling sesat sekali. Jika Hagai digenapi dalam aktiviti-aktiviti ini maka kita boleh membuat kesimpulan bahawa:

 

1.      Kalendar Hillel adalah salah;

2.      Tapi lebih penting lagi, golongan Ashkenazim dan malahan semua Yahudi Eropah benar-benar berada di luar berkat-berkat Tuhan, kerana telah merosakkan roh dan maksud hukum taurat serta hari-hari raya itu. Tiada kutuk yang datang tanpa alasan (Amsal 26:2).

 

Namun begitu, ianya tidak menyakinkan bahawa Hagai telah digenapi.

 

Daniel 12

Sekarang kita akan teruskan penelitian premis bahawa Hagai telah digenapi pada  Disember 1917. Satu teks yang digunakan untuk menyokong premis ini adalah teks dalam Daniel 12:1-13. Teks ini berterusan dari Daniel 11 berkenaan perang-perang raja Utara dan Selatan. Teks dalam Daniel 11:41-45 juga sangat penting. Untuk mengambil tarikh 1917 ini, terdapat beberapa prasyarat yang perlu dipenuhi. Yang pertama adalah bahawa nubuatan ini digenapi keseluruhannya sebelum skop Daniel 12 dapat digenapi.

 

Daniel 11:41-45 Juga Tanah Permai akan dimasukinya, dan banyak orang akan jatuh; tetapi dari tangannya akan terluput tanah Edom, tanah Moab dan bagian yang penting dari bani Amon. 42 Ia akan menjangkau negeri-negeri, dan negeri Mesir tidak akan terluput. 43 Ia akan menguasai harta benda emas dan perak dan segala barang berharga negeri Mesir, dan orang Libia serta orang Etiopia akan mengikuti dia. 44 Tetapi kabar-kabar dari sebelah timur dan dari sebelah utara akan mengejutkan hatinya, sehingga ia akan keluar dengan kegeraman yang besar untuk memusnahkan dan membinasakan banyak orang. 45 Ia akan mendirikan kemah kebesarannya di antara laut dan gunung Permai yang kudus itu, tetapi kemudian ia akan menemui ajalnya dan tidak ada seorangpun yang menolongnya."

 

Teks ini mengandaikan bahawa Mesir ditawan bersama dengan Palestin dan Trans-Yordan. Raja Utara harus masuk dan menawan Mesir dan juga menduduki Palestin. Pada masa ini dia juga mendengar khabar-khabar dari timur dan utara dan keluar membinasakan banyak orang. Nubuatan ini tidak dianggap digenapi sehinggalah Perang Dunia Kedua dengan pencerobohan Kuasa Paksi terhadap Afrika dan kemudiannya pencerobohan Hitler terhadap Rusia. Bagaimanapun, sebelah timur dan utara Palestin dan Yerusalem adalah di Rusia Tengah dan nampaknya nubuatan ini belum lagi digenapi. Teks mengenai mendirikan kemah kebesarannya di antara laut dan gunung Permai yang kudus itu dipercayai telah digenapi oleh tentera itu pada tahun 1917 namun mereka tidak memasuki Rusia ataupun melakukan operasi-operasi menyeluruh selain menubuhkan Iraq sebagai kerajaan pro-barat.

 

Daniel 12:1-13 "Pada waktu itu juga akan muncul Mikhael, pemimpin besar itu, yang akan mendampingi anak-anak bangsamu; dan akan ada suatu waktu kesesakan yang besar, seperti yang belum pernah terjadi sejak ada bangsa-bangsa sampai pada waktu itu. Tetapi pada waktu itu bangsamu akan terluput, yakni barangsiapa yang didapati namanya tertulis dalam Kitab itu. 2 Dan banyak dari antara orang-orang yang telah tidur di dalam debu tanah, akan bangun, sebagian untuk mendapat hidup yang kekal, sebagian untuk mengalami kehinaan dan kengerian yang kekal. 3 Dan orang-orang bijaksana akan bercahaya seperti cahaya cakrawala, dan yang telah menuntun banyak orang kepada kebenaran seperti bintang-bintang, tetap untuk selama-lamanya. 4 Tetapi engkau, Daniel, sembunyikanlah segala firman itu, dan meteraikanlah Kitab itu sampai pada akhir zaman; banyak orang akan menyelidikinya, dan pengetahuan akan bertambah." 5 Kemudian aku, Daniel, melihat, maka tampaklah berdiri dua orang lain, seorang di tepi sungai sebelah sini dan yang lain di tepi sungai yang sebelah sana. 6 Dan yang seorang bertanya kepada yang berpakaian kain lenan, yang ada di sebelah atas air sungai itu: "Bilakah hal-hal yang ajaib ini akan berakhir?" 7 Lalu kudengar orang yang berpakaian kain lenan, yang ada di sebelah atas air sungai itu bersumpah demi Dia yang hidup kekal, sambil mengangkat tangan kanan dan tangan kirinya ke langit: "Satu masa dan dua masa dan setengah masa; dan setelah berakhir kuasa perusak bangsa yang kudus itu, maka segala hal ini akan digenapi!" 8 Adapun aku, memang kudengar hal itu, tetapi tidak memahaminya, lalu kutanya: "Tuanku, apakah akhir segala hal ini?" 9 Tetapi ia menjawab: "Pergilah, Daniel, sebab firman ini akan tinggal tersembunyi dan termeterai sampai akhir zaman. 10 Banyak orang akan disucikan dan dimurnikan dan diuji, tetapi orang-orang fasik akan berlaku fasik; tidak seorangpun dari orang fasik itu akan memahaminya, tetapi orang-orang bijaksana akan memahaminya.  11 Sejak dihentikan korban sehari-hari dan ditegakkan dewa-dewa kekejian yang membinasakan itu ada seribu dua ratus dan sembilan puluh hari. 12 Berbahagialah orang yang tetap menanti-nanti dan mencapai seribu tiga ratus tiga puluh lima hari. 13 Tetapi engkau, pergilah sampai tiba akhir zaman, dan engkau akan beristirahat, dan akan bangkit untuk mendapat bagianmu pada kesudahan zaman."

 

Teks ini membincangkan perihal Advent (Kedatangan) dan kebangkitan pada zaman akhir. Ia menggambarkan suatu tempoh atau jangkamasa 1,290 hari dan 1,335 hari. Ia juga menggambarkan suatu kemunculan Roh Kudus di mana orang bijaksana akan mengajar ramai orang dalam hal rahsia-rahsia Kerajaan Tuhan.

 

Disebabkan tujuan Mesianik nubuatan ini, ramai orang telah mengenalpasti Mikhael sebagai Kristus. Sebagai contohnya, Jemaat Tuhan di UK percaya bahawa Mikhael adalah Kristus namun menafikan bahawa Mikhael adalah seorang kepala malaikat. Mikhael bermakna Siapa yang seperti Tuhan.

 

Logiknya semudah ini. Makhluk ini jelas sekali bertanggungjawab bagi Israel. Dari Ulangan 32:8, Mesias memegang tanggungjawab bagi Israel sebagai Yahovah – ini telah diperuntukkan kepadanya oleh Allah Maha Tinggi. Oleh itu Mikhael seharusnya adalah Mesias. Kesimpulan ini tidak semestinya mengikuti kerana Mikhael mungkin diperuntukkan untuk Israel untuk membantu Mesias. Kedua-duanya adalah anak-anak Tuhan seperti mana yang kita tahu dari pelbagai teks. Para malaikat hanya didekrikan sebagai makhluk dicipta ex nihilo dari Sidang Lateran Keempat pada tahun 1215 untuk menafikan kemampuan keabadian bersama pada pihak Iblis disebabkan kononnya bidaah Dualist, yang kononnya di kalangan orang Cathar di selatan Perancis di kalangan orang Albigensian. Banyak cabang Jemaat Tuhan membuat perubahan logik ini sepanjang abad-abad sudah dan ianya tidak padan dengan bukti alkitab yang kita ada. Kedua-dua Mikhael dan Mesias adalah anak-anak Tuhan dan, dengan itu, berkongsi dalam Roh Kudus selaku anak-anak.

 

Prasyarat kedua adalah bahawa ia berlaku selepas satu masa, dua masa dan setengah masa, dan setelah berakhirnya kuasa perosak bangsa yang kudus itu, barulah akhir zaman tiba. Pandangan pada 1914-18 adalah bahawa 1,260 hari itu telah digenapi dalam 1,260 tahun tempoh Kerajaan Roma Suci. Ada beberapa kumpulan AS yang berpendapat bahawa ia telah berakhir pada tahun 1798, yang lainnya pada tahun 1814. Kedua-duanya salah oleh kerana pemahaman mereka yang kurang tentang sejarah kerajaan tersebut dan oleh sebab mereka mengingini nubuatan yang genap sendirinya. Empayar atau kerajaan tersebut bermula pada tahun 590 TM dengan dekri Gregori I dan berakhir pada tahun 1850 dengan pungutan suara Negeri-negeri Paus (lihat karya M. Martin The Decline and Fall of the Roman Church, Secker and Warburg, halaman 254 dan seterusnya); (rujuk juga karya Peranan Hukum Keempat di dalam Jemaat-jemaat Tuhan Pemelihara Sabat dalam Sejarah [170]).

 

Pandangan ini mengandaikan bahawa dasar setahun untuk sehari itu digunakan bagi empayar tersebut dan bukannya dalam penduaan. Juga andaian tersebut tidak mengambil kira masalah tujuh kali itu mengikut cara yang betul dan menyeluruh. Nubuatan tujuh kali di dalam Daniel kepada orang Babilon dikira dari tahun 605 SM pada pertempuran Karkemis hingga tahun 1914 pada permulaan Perang Dunia Pertama. Bagaimanapun, Mesir tidak dicerobohi pada masa itu dan Mesir juga terlibat sama. Nubuatan Yehezkiel 28-29 melibatkan kejatuhan Mesir. Kedua-dua lengan tersebut membabitkan dua tempoh empat puluh tahun yang berakhir lapan puluh tahun kemudiannya dengan pencerobohan Cambyses pada tahun 525 SM. Oleh itu terdapatnya dua tempoh empat puluh tahun dan pada titik pertengahan Mesir didirikan semula. Ini terjadi betul-betul tujuh kali kemudiannya pada tahun 1953 dengan deklarasi Republik Mesir di bawah Gamel Abdul Nasser. Oleh itu, jangkamasa penuh tersebut tidak berakhir hinggalah tahun 1996. Pada tahun itu, umat Muslim fundamentalis telah begitu berkuasa hinggakan kerajaan tersebut hanya wujud dalam nama sahaja. Jemaat Coptic Mesir begitu dianiaya sekali hinggakan mereka cuba bersatu semula dengan Rom setelah perpecahan tersebut sejak Chalcedon pada tahun 451. Aspek-aspek ini tidak diambil kira.

 

Andaian seterusnya adalah bahawa tempoh 1,290 tahun serta 1,335 tahun itu berkait kepada satu jangkamasa yang lain. Teks itu membincangkan penubuhan kekejian yang membinasakan. Korban harian telah dihentikan sebelum pembinasaan Bait Suci itu pada tahun 70 TM. Mengaplikasikan Daniel 12 dari tarikh ini tiada hasilnya. Nubuatan ini diaplikasikan kepada 1917 dengan menolak angka lebih kecil 1290 dari 1917 dan dengan mengandaikan ini adalah angka bagi permulaan era Muslim (1917-1290 = 627).

 

Tahun ini kemudiannya dikaitkan kepada kalendar Muslim. Bagaimanapun, kalendar Muslim bermula dari Hijrah dan diterima sebagai bermula dari 15 (16) Julai 622 TM. Tahun lunar yang khusus bagi Muslim telah ditetapkan atas dasar solar pada tahun 10 AH atau 631 TM pada lawatan terakhir nabi itu ke Mekah (Qur’an 9:36 dan seterusnya; rujuk ERE, Vol. 3, halaman 126).

 

Formula untuk penukaran yang diterima adalah:

Hijrah (A) – (3A, 100) + 622 = Tahun Kristian (ibid.)

Tahun 1290 AH bermula pada tahun 1911. Disember 1917 adalah 1296 AH. Tahun 1335 AH adalah 1956 TM.

 

Pendudukan Yerusalem ini juga perlu difahami untuk menangani beberapa dakwaan pelik yang dibuat berhubung waktu ini. Pertama sekali, Yerusalem telah ditawan oleh orang Persia pada tahun 614. Orang Persia Chosroes II telah mencetuskan perang dengan perampas kuasa iaitu Phocas yang telah membunuh maharaja Rom Maurice. Maurice merupakan sahabat dan juga penaung kepada Chosroes. Pada tahun 611 orang Persia telah menawan Antiokhia. Anak mertua Chosroes iaitu Sharbarz telah mengepung Yerusalem. Dalam kumpulanny adalah 26,000 orang Yahudi yang tidak sabar-sabar untuk menghancurkan kewibawaan Kristian atas Yerusalem. 90,000 orang Kristian telah mati apabila Yerusalem ditawan (Cath. Encyc., Vol. VIII, artikel Jerusalem, halaman 359). Orang-orang Yahudi dibenarkan berbuat apa saja yang mereka ingini dengan kota itu namun ini tidak kekal. Pada tahun 622 Heraclius mara menyeberangi Asia Minor sambil menghalau orang Persia dan telah menyerang Persia pada tahun 627. Chosroes melarikan diri dan telah digulingkan dan dibunuh oleh anaknya sendiri Siroes pada tahun 628, dan pada tahun itu mereka meminta perdamaian sebagai ganti kepada semua jajahan mereka. Mereka telah meninggalkan Syria dan Mesir, sambil memulihkan apa yang dipanggil relik salib itu yang telah mereka ambil dari Yerusalem. Pada tahun 629 Heraclius sendiri telah datang ke Yerusalem untuk menghormati relik itu (ibid.). Ini merupakan asal-usul Perayaan Pemuliaan Salib Suci Katolik pada 14 September.

 

Sebagai akibat pengkhianatan orang Yahudi itu, hukum Hadrian yang lama telah diperbaharui demi melarang mereka masuk ke kota itu. Patriak Theodosius telah memulihkan Anastasis bulat yang lama di situ. Tiada lagi bangunan lain pada kawasan Gunung Bait itu. Heraclius telah membina semula tembok-temboknya dan memulihkan semula tempat-tempat ibadahnya. Patriak Sophronius (634-638) adalah orang seterusnya yang melihat Yerusalem ditawan.

 

Islam di bawah Khalifah Abu-Bakr (632-634) telah menyerang Syria. Abu-‘Ubaidah menguasai tentera tersebut. Dia adalah seorang Ashab, salah seorang dari kumpulan asal yang telah mengiringi nabi itu dari Mekah ke Madinah pada tahun 622. Mereka menawan Bosra dan kemudiannya mengalahkan Heraclius di Ajnadain berdekatan Emesa pada Julai 633. Pada tahun 634 mereka telah menawan Damsyik (Damascus) dan mengalahkan Tentera Rom sekali lagi di Yarmuk dan menawan Emesa pada tahun 636. Khalifah Omar (634-644) telah diminta nasihat berkenaan siapa yang harus diserang, Yerusalem ataupun Caesarea (Kaisarea). Mengikut nasihat ‘Ali mereka telah mara menuju ke Yerusalem. Ia telah diserang oleh barisan hadapan sebanyak 5,000 orang di bawah Mo’awiyah Ibn-Abu-Sufyan dan kemudiannya dikepung oleh seluruh tentera di bawah Abu-‘Ubaidah. Yerusalem dipertahankan oleh sekumpulan besar pelarian dari seluruh pelusuk Syria serta para veteran Yarmuk. Kota itu diserang setiap hari selama empat bulan. Patriak Sophronius akhirnya meminta berdamai dengan komander Abu-‘Ubaidah. Mereka dibenarkan menyerah diri dengan syarat-syarat adil dan bermaruah. Umat Kristian dibenarkan mengekalkan gereja-gereja mereka dan tiada seorangpun yang dipaksa memeluk Islam. Syarat-syarat itu disahkan oleh Khalifah Omar, yang masa itu berada di Madinah. Khalifah Omar sampai ke tembok di atas seekor unta tunggal, menandatangani penyerahan diri tersebut, memasuki kota itu dan berbicara sopan dengan Sophronius mengenai benda-benda antik di situ (Cath. Encyc., ibid., halaman 360).

 

Omar menolak dari mengucapkan doa di dalam Anastasis itu seandainya ini dijadikan alasan di kemudian hari untuk Islam memutuskan perjanjian tersebut. Gunung Bait pada waktu ini adalah gondol dan kemudiannya telah menjadi tempat pembuangan sampah. Tiada bangunan lain pada Gunung ini selain bangunan Anastasis. Masjid Omar telah dibina pada tempat di mana dia bersembahyang. Di bawah golongan Muslim, golongan Kristian Yerusalem ditunjukkan toleransi sama seperti golongan Teis bukan Muslim yang lain. Islam tidak menjadikan Yerusalem pusat baru Palestin. Ini adalah pada Lydda hingga tahun 716; kemudian pada Ar-Ramal (Ramleh). Namun Yerusalem merupakan tempat paling suci ketiga selepas Mekah dan Madinah (lihat Quran Surah 17).

 

Sewaktu pemerintahan Khalifah ‘Abd-al-malik (684-705), iaitu Khalifah Ummayid kelima di Damsyik, orang Iraq telah memberontak dan merampas Hijaz tersebut. Agar rakyat mempunyai ganti bagi Haraman di Mekah dan Madinah, yang mana mereka terhalang dari melawatnya, dia kemudiannya mula menghiasi kawasan Bait itu dengan satu masjid. Omar telah melawat Gunung itu dan mendapatinya dipenuhi dengan sampah (ibid.). Sewaktu zamannya dia telah mendirikan sebuah bangunan empat segi yang besar untuk Islam dan ‘Abd-al-malik kemudiannya pada tahun 691 telah mendirikan, dengan bantuan para arkitek Byzantium, Dome of the Rock (Kubah Batu) yang masih kekal sekarang di Gunung Bait itu.

 

Maka bangunan asal itu tidak dibina pada Gunung tersebut hinggalah lama selepas tahun 636 dan Kubah Batu itu tidak dibina hingga tahun 691. Dari 636 Gunung Bait telah digunakan sebagai timbunan sampah oleh mereka yang bergelar Kristian. Kubah Batu (yang disalahpanggil sebagai Masjid Omar) berdiri pada tempat mezbah Holocausts Bait Suci yang lama.

 

Aplikasi nubuatan dalam Daniel 12 kepada tempoh ini memberikan angka-angka yang tidak menentu dan kekejian yang membinasakan itu tidak boleh diaplikasikan kepada Islam pada tempat ini dari tarikh-tarikh ini. Sememangnya ia adalah sekitar 1,290 tahun jika penjajahan oleh orang Babilon itu diambil kira pada tahun 598 SM yang berakhir pada 691 TM.

 

Tarikh-tarikh berkenaan jika diambil dari 637 TM dan kemudian 1,290 tahun ditambah kepadanya, ia menghasilkan tahun 1927 dan bukannya 1917. Jika kita tambah tempoh empat puluh lima tahun itu, kita sampai kepada 1972. Tarikh ini tiada kaitannya dengan sebarang peristiwa penting dan sememangnya tiada kedamaian di Yerusalem pada masa itu.

 

Pembinaan nubuatan-nubuatan ini agar menggenapi Daniel pada tahun 1917 adalah berdasarkan bukti yang sangat tidak kukuh dan sememangnya dikontradiksi oleh setiap pembinaan tarikh-tarikh yang dikutip dari catatan sejarah sebenar berkaitan Gunung Bait itu serta Yerusalem. Nampaknya nubuatan dalam Daniel 12 ini berkaitan peristiwa di kemudian hari yang berkait dengan tempoh perang-perang zaman akhir dan yang memerlukan kesabaran orang-orang kudus. Kuasa Bangsa Kudus itu dirosakkan pada masa ini. Oleh itu, Yehuda dan bangsa Israel harus rosak kuasa mereka sebelum nubuatan ini digenapi. Ini tidak terjadi pada Perang Dunia Pertama mahupun Perang Dunia Kedua. Peristiwa ngeri Holocaust adalah yang paling hampir menggenapi nubuatan ini.

 

Hagai Ditinjau Semula

Langkah seterusnya adalah kembali kepada Hagai untuk pemeriksaan selanjutnya. Hagai membincangkan pembinaan Bait Suci itu serta sikap-sikap bangsa tersebut terhadap tanggungjawab itu.

 

Hagai 1:1-15 Pada tahun yang kedua zaman raja Darius, dalam bulan yang keenam, pada hari pertama bulan itu, datanglah firman TUHAN dengan perantaraan nabi Hagai kepada Zerubabel bin Sealtiel, bupati Yehuda, dan kepada Yosua bin Yozadak, imam besar, bunyinya: 2 "Beginilah firman TUHAN semesta alam: Bangsa ini berkata: Sekarang belum tiba waktunya untuk membangun kembali rumah TUHAN!" 3 Maka datanglah firman TUHAN dengan perantaraan nabi Hagai, bunyinya: 4 "Apakah sudah tiba waktunya bagi kamu untuk mendiami rumah-rumahmu yang dipapani dengan baik, sedang Rumah ini tetap menjadi reruntuhan? 5 Oleh sebab itu, beginilah firman TUHAN semesta alam: Perhatikanlah keadaanmu! 6 Kamu menabur banyak, tetapi membawa pulang hasil sedikit; kamu makan, tetapi tidak sampai kenyang; kamu minum, tetapi tidak sampai puas; kamu berpakaian, tetapi badanmu tidak sampai panas; dan orang yang bekerja untuk upah, ia bekerja untuk upah yang ditaruh dalam pundi-pundi yang berlobang! 7 Beginilah firman TUHAN semesta alam: Perhatikanlah keadaanmu! 8 Jadi naiklah ke gunung, bawalah kayu dan bangunlah Rumah itu; maka Aku akan berkenan kepadanya dan akan menyatakan kemuliaan-Ku di situ, firman TUHAN. 9 Kamu mengharapkan banyak, tetapi hasilnya sedikit, dan ketika kamu membawanya ke rumah, Aku menghembuskannya. Oleh karena apa? demikianlah firman TUHAN semesta alam. Oleh karena rumah-Ku yang tetap menjadi reruntuhan, sedang kamu masing-masing sibuk dengan urusan rumahnya sendiri. 10 Itulah sebabnya langit menahan embunnya dan bumi menahan hasilnya, 11 dan Aku memanggil kekeringan datang ke atas negeri, ke atas gunung-gunung, ke atas gandum, ke atas anggur, ke atas minyak, ke atas segala yang dihasilkan tanah, ke atas manusia dan hewan dan ke atas segala hasil usaha." 12 Lalu Zerubabel bin Sealtiel dan Yosua bin Yozadak, imam besar, dan selebihnya dari bangsa itu mendengarkan suara TUHAN, Allah mereka, dan juga perkataan nabi Hagai, sesuai dengan apa yang disuruhkan kepadanya oleh TUHAN, Allah mereka; lalu takutlah bangsa itu kepada TUHAN. 13 Maka berkatalah Hagai, utusan TUHAN itu, menurut pesan TUHAN kepada bangsa itu, demikian: "Aku ini menyertai kamu, demikianlah firman TUHAN." 14 TUHAN menggerakkan semangat Zerubabel bin Sealtiel, bupati Yehuda, dan semangat Yosua bin Yozadak, imam besar, dan semangat selebihnya dari bangsa itu, maka datanglah mereka, lalu melakukan pekerjaan pembangunan rumah TUHAN semesta alam, Allah mereka, 15 pada hari yang kedua puluh empat dalam bulan yang keenam.

 

Teks dalam bab 1 merupakan satu rayuan kepada bangsa Yehuda untuk memulakan kerja atas Bait Suci itu. Bangsa ini tidak diberkati kerana mereka telah mendahulukan kepentingan diri mereka sendiri sebelum Tuhan. Terdapat persamaan-persamaan serius dalam sejarah dengan tingkahlaku Yehuda dan pengabaian pekerjaan Tuhan. Jika nubuatan ini merujuk kepada zaman akhir, ia seharusnya merujuk kepada Bait rohani iaitu Jemaat. Watak-watak dalam nubuatan ini adalah Zerubabel bin Sealtiel, bupati Yehuda, dan Yosua bin Yozadak, Imam Besar. Masanya adalah tahun kedua Darius II. Perkara ini telah diterangkan secara terperinci di dalam karya Tanda Yunus dan Sejarah Pembangunan Semula Bait Suci [013]. Nama-nama ini adalah nama-nama individu pada waktu pembinaan semula Bait Suci kedua (lihat juga karya Genealogi Mesias [119]).

 

Jika nubuatan ini berkenaan zaman akhir, apa yang kita lihat di sini adalah Bait Suci rohani serta taip-taip Zerubabel dan Yosua Imam Besar. Imam Besar Yosua adalah Yehoshua atau Mesias. Taipologi dengan Yesus Kristus ditemui dalam Zakharia dalam penghakiman. Kristus adalah raja dan imam, lantas menggenapi kedua-dua taipologi tersebut. Perintah dalam bab 1 Hagai itu menyatakan bahawa bangsa Israel tidak akan makmur sehinggalah ia melaksanakan pekerjaan Mesias dalam pemulihan tersebut sebagai sebahagian dari Bait Suci Tuhan. Kutuk-kutuk atas negeri itu akan bertambah sehingga ini dilakukan (Hagai 1:10-11). Kejadian pertama adalah pada hari ke 24 bulan keenam. Ini terjadi dengan Bait Suci kedua itu. Ianya sama ada pada masa lalu atau ianya akan mengaitkan masa depan sebagai suatu anti-taip.

 

Oleh itu, Hagai mengisahkan pembinaan Bait Suci itu dan pemberkatan Israel adalah hasil aktiviti tersebut. Dengan itu, ianya mustahil untuk mengaitkan peristiwa-peristiwa dalam bab 2 kepada suatu peristiwa yang tidak mengikuti selepas peristiwa-peristiwa dalam bab 1. Oleh itu, hari ke 24 bulan keenam menampakkan kerja pada rumah Tuhan itu. Bab 2 kemudiannya bermula dari hari ke 21 bulan ketujuh atau hari terakhir Perayaan Pondok Daun. Hari Besar Terakhir adalah hari kelapan perayaan tersebut.

 

Bab 2 meneruskan:

Pada tahun yang kedua zaman raja Darius, 1 dalam bulan yang ketujuh, pada tanggal dua puluh satu bulan itu, datanglah firman TUHAN dengan perantaraan nabi Hagai, bunyinya: 2 "Katakanlah kepada Zerubabel bin Sealtiel, bupati Yehuda, dan kepada Yosua bin Yozadak, imam besar, dan kepada selebihnya dari bangsa itu, demikian: 3 Masih adakah di antara kamu yang telah melihat Rumah ini dalam kemegahannya semula? Dan bagaimanakah kamu lihat keadaannya sekarang? Bukankah keadaannya di matamu seperti tidak ada artinya? 4 Tetapi sekarang, kuatkanlah hatimu, hai Zerubabel, demikianlah firman TUHAN; kuatkanlah hatimu, hai Yosua bin Yozadak, imam besar; kuatkanlah hatimu, hai segala rakyat negeri, demikianlah firman TUHAN; bekerjalah, sebab Aku ini menyertai kamu, demikianlah firman TUHAN semesta alam, 5 sesuai dengan janji yang telah Kuikat dengan kamu pada waktu kamu keluar dari Mesir. Dan Roh-Ku tetap tinggal di tengah-tengahmu. Janganlah takut! 6 Sebab beginilah firman TUHAN semesta alam: Sedikit waktu lagi maka Aku akan menggoncangkan langit dan bumi, laut dan darat; 7 Aku akan menggoncangkan segala bangsa, sehingga barang yang indah-indah kepunyaan segala bangsa datang mengalir, maka Aku akan memenuhi Rumah ini dengan kemegahan, firman TUHAN semesta alam. 8 Kepunyaan-Kulah perak dan kepunyaan-Kulah emas, demikianlah firman TUHAN semesta alam. 9 Adapun Rumah ini, kemegahannya yang kemudian akan melebihi kemegahannya yang semula, firman TUHAN semesta alam, dan di tempat ini Aku akan memberi damai sejahtera, demikianlah firman TUHAN semesta alam." 10 Pada tanggal dua puluh empat bulan yang kesembilan, pada tahun yang kedua zaman Darius, datanglah firman TUHAN kepada nabi Hagai, bunyinya: 11 "Beginilah firman TUHAN semesta alam itu: Tanyakanlah pengajaran kepada para imam. 12 Andaikata seseorang membawa daging kudus dalam punca bajunya, lalu dengan puncanya itu ia menyentuh roti atau sesuatu masakan atau anggur atau minyak atau sesuatu yang dapat dimakan, menjadi kuduskah yang disentuh itu?" Lalu para imam itu menjawab, katanya: "Tidak!" 13 Berkatalah pula Hagai: "Jika seseorang yang najis oleh mayat menyentuh semuanya ini, menjadi najiskah yang disentuh itu?" Lalu para imam itu menjawab, katanya: "Tentu!" 14 Maka berbicaralah Hagai, katanya: "Begitu juga dengan umat ini dan dengan bangsa ini di hadapan-Ku, demikianlah firman TUHAN, dan dengan segala yang dibuat tangan mereka; dan yang dipersembahkan mereka di sana adalah najis." 15 "Maka sekarang, perhatikanlah mulai dari hari ini dan selanjutnya! Sebelum ditaruh orang batu demi batu untuk pembangunan bait TUHAN, 16 bagaimana keadaanmu? Ketika orang pergi melihat suatu timbunan gandum yang seharusnya sebanyak dua puluh gantang, hanya ada sepuluh; dan ketika orang pergi ke tempat pemerasan anggur untuk mencedok lima puluh takar, hanya ada dua puluh. 17 Aku telah memukul kamu dengan hama dan penyakit gandum dan segala yang dibuat tanganmu dengan hujan batu; namun kamu tidak berbalik kepada-Ku, demikianlah firman TUHAN. 18 Perhatikanlah mulai dari hari ini dan selanjutnya--mulai dari hari yang kedua puluh empat bulan kesembilan. Mulai dari hari diletakkannya dasar bait TUHAN perhatikanlah 19 apakah benih masih tinggal tersimpan dalam lumbung, dan apakah pohon anggur dan pohon ara, pohon delima dan pohon zaitun belum berbuah? Mulai dari hari ini Aku akan memberi berkat!" 20 Maka datanglah firman TUHAN untuk kedua kalinya kepada Hagai pada tanggal dua puluh empat bulan itu, bunyinya: 21 "Katakanlah kepada Zerubabel, bupati Yehuda, begini: Aku akan menggoncangkan langit dan bumi 22 dan akan menunggangbalikkan takhta raja-raja; Aku akan memunahkan kekuasaan kerajaan bangsa-bangsa dan akan menjungkirbalikkan kereta dan pengendaranya; kuda dan pengendaranya akan mati rebah, masing-masing oleh pedang temannya. 23 Pada waktu itu, demikianlah firman TUHAN semesta alam, Aku akan mengambil engkau, hai Zerubabel bin Sealtiel, hamba-Ku--demikianlah firman TUHAN--dan akan menjadikan engkau seperti cincin meterai; sebab engkaulah yang Kupilih, demikianlah firman TUHAN semesta alam."

 

Dedikasi Bait ini seolah-olah menunjukkan ia lebih agung dari Bait Suci Salomo. Ini karut semata-mata. Malah, nubuatan dalam Daniel 9:25-27 menunjukkan bahawa ianya akan dibina selama tujuh puluh kali tujuh masa. Tidak diragukan bahawa Bait kedua dan juga pembinaan semula bait itu oleh Herod tiada apa-apa jika dibandingkan dengan Bait Salomo. Bait yang diperkatakan di sini adalah satu nubuatan yang membandingkan Bait rohani di bawah pimpinan Mesias dengan Bait fizikal dan Perjanjian mula-mula itu.

 

Roh Tuhan tetap kekal bersama umat itu dan ini hanya terjadi dengan Jemaat. Hagai 2:6 dipetik dalam Ibrani 12:26-27.

 

Ibrani 12:26-27 Waktu itu suara-Nya menggoncangkan bumi, tetapi sekarang Ia memberikan janji: "Satu kali lagi Aku akan menggoncangkan bukan hanya bumi saja, melainkan langit juga." 27 Ungkapan "Satu kali lagi" menunjuk kepada perubahan pada apa yang dapat digoncangkan, karena ia dijadikan supaya tinggal tetap apa yang tidak tergoncangkan.

 

Ini adalah amaran langsung dari Mesias bahawa nubuatan itu merujuk kepada goncangan terakhir langit dan bumi agar apa yang tidak dapat digoncangkan akan tinggal tetap. Penggoncangan ini bermula dengan Bait Tuhan iaitu Jemaat, iaitu naos atau Yang Maha Kudus (1Korintus 3:17). Oleh itu, marilah kita bersyukur kepada Tuhan kerana kita menerima suatu kerajaan yang tidak boleh digoncangkan (Ibrani 12:28).

 

Jangkamasanya adalah perang-perang akhir zaman serta kedatangan semula Mesias. Perang Dunia Pertama telah dipanggil Perang Besar untuk Tamadun kerana difikirkan bahawa ia adalah pada zaman akhir dan tahun 1914 memang betul dilihat dalam nubuatan sebagai penggenapan tujuh kali itu sejak tempoh Pemerintahan Nebukadnezar yang bermula dari Pertempuran Karkemis pada tahun 605 SM. Perang-perang zaman akhir memangpun bermula dari tarikh ini namun tempoh terbabit adalah jauh lebih panjang lagi dan nubuatan itu semestinya melibatkan pemulihan di bawah Mesias. Hari ke 24 Chislev (bulan kesembilan) membabitkan persoalan Kudus dan Najis (Hagai 2:10-14). Bangsa itu dilihat sebagai najis dan dari masa ini bangsa itu ditahirkan dari kenajisannya. Poin ini kemudiannya dikait secara langsung kepada penyusunan batu demi batu dalam Bait itu. Sejak hari itu adalah peletakan dasar Bait tersebut dan Tuhan kemudiannya akan meletakkan batu demi batu dalam pembinaan Bait itu. Turutan ini tidak berkaitan benda-benda fizikal tetapi penukaran bangsa itu. Dari pembinaan Bait itu sebagai batu-batu hidup, pemberkatan bangsa ini akan mengikuti. Itulah sebabnya kenapa kengerian Holocaust itu terjadi begitu – kerana bangsa itu tidak berubah dan berkat-berkat Tuhan belum lagi diberikan. Akan ada lebih banyak lagi perang dan malapetaka bagi kedua Yehuda dan Israel sehinggalah mereka bertaubat dan dibersihkan dari dosa.

 

Penamat

Kalendar Hillel tidak mempunyai sokongan sama ada dengan hujah dari firman Tuhan ataupun dari jenis manipulasi fakta sejarah kepada fiksyen nubuatan seperti ini. Penjaga firman Tuhan adalah umat pilihan selaku pengurus rahsia-rahsia Tuhan. Mereka adalah naos atau Yang Maha Kudus dan, kerana naos juga adalah firman Tuhan, maka mereka juga adalah firman Tuhan iaitu dari roh nubuatan.