Jemaat-jemaat Allah Al Masehi

[187B]

 

 

 

 

Peranan Keluarga

(Edisi 2.0 20071112-20071204)

 

Mengapa Allah mencipta manusia untuk berfungsi sebagai satu unit keluarga? Tulisan Kitab menyatakan bahawa satu struktur keluarga wujud didalam alam roh sebelum penciptaan manusia. Tulisan Kitab juga menyatakan bahawa tanggungjawab telah diberikan kepada anak-anak Allah yang dicipta dengan roh untuk memimpin keluarga manusia kedalam perhubungan kasih dengan Bapa penciptaan. Dalam keluarga manusia, tanggungjawab yang ditahbis Allah telah diberikan kepada bapa, ibu dan anak-anak, saudara lelaki, saudara perempuan, dan datuk serta nenek demi mengekalkan hal ehwal fizikal dan rohani keluarga. Apakah tanggungjawab ini? Karya ini akan menangani soalan-soalan tersebut. Ianya penting bagi kemandirian masyarakat untuk memahami tujuan Allah bagi sesuatu keluarga, dan penting untuk memahami tanggungjawab setiap anggota didalam struktur keluarga.

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta ã 2007 Tom Schardt dan Jeremy Hatchett,

Disunting oleh Wade Cox)

(Tr. 2008)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org

 

 

Peranan Keluarga



 


Allah yang Maha Tinggi Mencipta KeluargaNya

 

Sebelum penciptaan manusia, keluarga Allah sudahpun wujud. Realiti struktur keluarga telah wujud apabila Allah yang Maha Tinggi merencanakan dan mencipta anak-anak rohNya. Perkataan Ibrani bagi anak lelaki adalah ben (SHD 1121). Ianya digunakan lebih dari 5,000 kali dalam Kitab, dan mempunyai aplikasi yang pelbagai kepada manusia dan juga makluk-makluk sorgawi yang merupakan anak-anak Allah. Perjanjian Lama merujuk lapangan pengadilan sorgawi sebagai terdiri daripada “anak-anak Allah” (Ayub 1:6, 2:1).

 

Ayub 1:6 dalam Alkitab New Living Translation (NLT) berbunyi: “Satu hari anggota dari lapangan pengadilan sorgawi datang kehadapan TUHAN, dan sang Penuduh, Iblis, datang bersama dengan mereka.” Sebagai tambahan  bahasa dalam Mazmur 82:6-7 membuat ianya lebih jelas bahawa anak-anak ini adalah makluk-makluk ilahi. Ini telah difahami sejak dulu lagi, tetapi ianya hilang didalam pemahaman Kekristianan moderen.

 

Allah menjadi bapa kepada anak-anak ini melalui kuasa Roh KudusNya. Ianya melalui Roh KudusNya Allah yang satu ini bersatu dengan anak-anak RohNya untuk membentuk keluarga-Allah, yang dikenali sebagai Elohim (SHD 430). Rujukan kepada ‘anak-anak Allah’ dalam Buku Ayub tidak akan bererti sekiranya struktur keluarga tidak wujud dalam elohim, dan sekiranya anak-anak ini tidak mempunyai permulaan melalui seorang Bapa. Bagaimana pun, anak-anak roh ini mempunyai seorang Bapa. Allah yang Maha Tinggi, yang namanya adalah Eloah (SHD 433), adalah Bapa mereka (Amsal 30:4-5). Dlam Ibrani 12:9, Dia dirujuk sebagai “Bapa kepada roh-roh”.

 

Bagi penjelasan yang terperinci untuk peristiwa yang mengejutkan yang di sekitar penciptaan anak-anak roh Eloah ini, dan bagaimana mereka bersatu melalui Roh KudusNya, lihat karya tulis Bagaimana Allah menjadi satu Keluarga (No. 187), dan Roh Kudus (No. 117).

 

Eloah telah menciptakan struktur keluarga dalam satu urutan bermula dari keluarga rohnya. Struktur keluarga sorgawi ini akhirnya menjadi replika dalam struktur fizikal bersama dengan penciptaan keluarga manusia. Ianya sangat penting untuk memahami urutan dimana Eloah telah merancang untuk menciptakan seluruh keluargaNya, dalam bentuk fizikal dan ciptaan roh, dan memahami kepentingan dalam struktur itu. Pertamanya dia menciptakan keluarga rohNya dengan rencana bagi anak-anakNya untuk memiliki perhubungan yang positif, mengasihi dan mengajar bersama dengan keluarga manusia, yang mana telah diciptakan kemudiannya.

 

Efesus 3:14-15 dalam terjemahan Philips berbunyi:

 

14 Sementara Aku memikirkan rencana yang besar ini, Aku berlutut dihadapan Bapa 15 (yang adalah bapa kepada semua, di bumi dan di sorga, menerima namanya),

 

Eloah membuatkan manusia diciptakan dengan mendelegasikan anak-anakNya dalam Persidangan Elohim kuasa untuk menciptakan keluarga manusia. “Marilah kita memciptakan manusia mengikut rupa kita” (Kej 1:26) adalah satu rujukan kepada kuasa yang kreati ini yang telah diberikan melalui Roh KudusNya kepada elohim untuk menciptakan manusia.

 

Ianya melalui anak-anak rohNya bahawa Tuhan Allah Eloah mengungkap diriNya, sifat keperibadiannya yang sebenar, dan Hukum-hukumNya kepada manusia. Apabila Allah membuatkan manusia diciptakan, anak-anak rohNya diberikan tanggungjawab untuk menjadi pembawa kabar dan menjadi roh-roh pelayan dalam pelayananNya kepada manusia (Ibrani 1:14). Dalam Kisah 735-38 kita melihat bahawa ianya Malaikat Tuhan yang telah berbicara kepada Musa dalam belukar yang terbakar dan memberikan Hukum kepada Israeil di Sinai. Anak-anak Eloah adalah untuk mentadbir Hukum-hukum perintah Bapa dan ordinan kepada manusia.

 

Dasarnya, memahami struktur keluarga dalam keluarga roh adalah penting bagi pemahaman kepada sifat sebenar Allah yang Maha tinggi, dam sifat anak-anak rohNya. Walaupun disangkal oleh aliran Kristian yang utama, Elohim adalah dalam bentuk jamak kepada Allah yang tunggal yang dipanggil Eloah. Elohim terdiri daripadaa ramai anak-anak Eloah yang membentuk keluarga sorgawi (Ayub 38:4-7).

 

Hanya Eloah, Bapa kehidupan dan pencipta keluarga, adalah kekal dan tanpa permulaan (1 Tim 6:16). Hanya dia yang maha kuasa dan maha tahu (Yes 46:8-10), dan yang tidak kelihatan (Yak 1:18; 1 Tim 1:17), dan tidak ada manusia yang pernah mendengar suaranya dan melihat bentuknya (Yak 5:37). Lihat karya tulis Allah yang kita Sembah (No. 2).

 

Eloah adalah Allah kepada tuhan-tuhan yang mana kita membaca dalam Mazmur 136:2:

 

“O berikan kesyukuran kepada Allah kepada tuhan-tuhan, kerana kasihnya yang setia dan bertahan selamanya.”

 

Dalam Yesaya 46:9-10 ia berbunyi:

 

9  “Ingatlah hal-hal yang dahulu dari sejak purbakala, bahwasanya Akulah Allah dan tidak ada yang lain, Akulah Allah dan tidak ada yang seperti Aku, 10 yang memberitahukan dari mulanya hal yang kemudian dan dari zaman purbakala apa yang belum terlaksana, yang berkata: Keputusan-Ku akan sampai, dan segala kehendak-Ku akan Kulaksanakan,’

 

Eloah adalah Allah yang sebenar, yang merupakan Pencipta dan Bapa kepada anak-anak RohNya, termasuk anak rohNya yang diketahui oleh manusia sebagai Yesus Kristus. Mesiah memberitahu Maria Magdalena selepas kebangkitannya melalui Allah dan Bapanya:

 

“Jangan menyentuh Aku, kerana Aku belum lagi naik kepada Bapa; tetapi pergilah kepada saudara-saudaraku dan katakan kepada mereka, Aku akan naik kepada Bapaku dan Bapa kamu, kepada Allahku dan Allah kamu.” (Yoh 20:17)

 

Dalam Yohanes 20:17, Kristus menyatakan bahawa dia mempunyai Allah, yang adalah Bapanya. Ia adalah hal lojik bahawa dia yang mempunyai Allah bukanlah Allah. Hanya Bapa, Eloah, yang adalah Allah yang tidak merujuk kepada kuasa yang lebih tinggi. Dia adalah sumber kepada semua kehidupan, sama ada dalam kehidupan roh atau fizikal. Kehidupan berasal dari Satu Allah yang Benar, Eloah, yang merupakan Bapa kepada Kristus dan Bapa kita (Yoh 5:26). Dia diungkap kepada kita melalui Kristus anakNya (Mat 11:25-27; Luk 10:21-22). Lihat karya tulis Pra-Kewujudan Yesus Kristus (No. 243).

 

Eloah adalah Allah yang Benar, yang mana harus disembah (Kel 20:3; 34:14; Mat 4:10; Yoh 4:21-24; 1 Kor 14:25; Wah 4:8-11; 5:13-14; Wah 22:8-9). Anak-anak roh Eloah menjadi tuhan-tuhan yang lebih rendah dari Dia (Maz 82:1-6; 1 Kor 8:5).

 

Konsep golongan Trinitarian tentang sifat keperibadian Allah adalah menyeleweng dalam memahami sifat Bapa dan dengan salah menghadkan Elohim yang mana Allah adalah terdiri daripada tiga hypotases atau tiga orang yang seharusnya kekal bersama dan sama tarafnya dalam struktur tritunggal. Demikian juga, golongan Binitarian dan Diteisme memberikan konsep yang salah tentang sifat keperibadian Allah dengan menyatakan bahawa terdapat dua makluk Allah yang sama-kekal dalam Elohim. Konsep-konsep ini adalah salah kerana mereka salah mengerti keluarga roh Allah. Mereka menyangkal kebenaran dan realiti Satu Allah yang Benar (Maz 82:1-8; Yes 46:8-10) mencipta satu keluarga, pertamanya anak-anak rohNya, seperti yang kita lihat dalam Ayub 1:6, 2:1 dan 38:4-7.

 

Konsep-konsep salah tentang sifat keperibadian Allah juga mengelakkan  manusia dari memahami Rencana Eloah untuk memasukkan penciptaan manusia kedalam keluarga Elohim. Ianya takdir manusia dengan kehendak Eloah, diadopsikan kedalam keluarga roh yang kekal. Penciptaan manusia akan diberi peluang untuk mencapai kekekalan dan diletakkan dalam Elohim dibawah Yesus Kristus (Maz 82:6; Yoh 6:51-58; 10:34; 1 Kor 15:22-27). Lihat karya tulis Umat Pilihan sebagai Elohim (No. 1) bagi perbincangan yang mendalam mengenai adopsi manusia kedalam keluarga Allah.

 

Tanggungjawab dalam keluarga spiritual

 

Anak-anak Eloah adalah mentadbir dan mengajar Hukum perintah Bapa mereka dan ordina kepada manusia. Dari masa penciptaan Adam dan Hawa di Taman Eden, dan dengan pimpinan Eloah, anak-anakNya terlibat dalam mengajar ‘ibubapa pertama’ kita.

 

Konsep istilah pohon yang wujud dalam Taman itu digunakan sebagai istilah bagi makluk roh. Hal ini dijelaskan dengan terperinci dalam karya tulis Doktrin Asal Dosa Bhgn I Taman Eden (No. 246).

 

Dalam Kisah 7:35-38 kita melihat bahawa ianya malaikat Tuhan yang berbicara kepada Musa dalam belukar yang terbakar, dan memberikan Hukum kepada Israel di Sinai. Anak Allah ini menggenapkan peranan penting dalam pelayanan kepada manusia dengan pimpinan dan representasi Bapa. Ianya juga penting untuk memahami siapa Anak ini yang melayani sebagai Pekabar Allah, yang muncul beberapa kali dalam Perjanjian Lama (lihat karya tulis Malaikat YHVH (No. 24)).

 

Ibrani 2:2 membuktikan dengan lebih jelas bahawa ianya adalah anak-anak Allah yang memberikan Hukum Bapa kepada manusia: “Kerana sekiranya perkataan yang difirmankan oleh malaikat adalah teguh, dan setiap pelanggaran dan ketidaksetiaan akan menerima ganjaran yang setimpal”;

 

Bertentangan dengan ajaran Kristus, pendeta palsu mendakwa bahawa Hukum Perintah Allah tidak lagi perlu dipelihara. Bagaimana pun, Kristus menjawab soalan orang muda itu berkenaan dengan perkara ini dalam Matius 19.

 

Matius 19:16-19 Ada seorang datang kepada Yesus, dan berkata: "Guru, perbuatan baik apakah yang harus kuperbuat untuk memperoleh hidup yang kekal?"  17 Jawab Yesus: "Apakah sebabnya engkau bertanya kepada-Ku tentang apa yang baik? Hanya Satu yang baik. Tetapi jikalau engkau ingin masuk ke dalam hidup, turutilah segala perintah Allah."  18 Kata orang itu kepada-Nya: "Perintah yang mana?" Kata Yesus: "Jangan membunuh, jangan berzinah, jangan mencuri, jangan mengucapkan saksi dusta,  19 hormatilah ayahmu dan ibumu dan kasihilah sesamamu manusia seperti dirimu sendiri."

 

Kristus Sendiri menyatakan bahawa dia tidak datang untuk meniadakan Hukum Bapanya (Mat 5:17-19).

 

Termasuk di kalangan anak-anak roh ini adalah yang memberontak yang telah menjadi Iblis, Sang Seteru. Anak yang memberontak ini bertindak bertentangan dengan kehendak Bapa. Dalam kesombongannya, dia mengambil tindakan untuk melawan Rencana Bapa bagi keluarga roh untuk mempunyai pengaruh positif dalam melayani dan memimpin keluarga manusia kedalam perhubungan yang benar bersama dengan bapa (lihat Yes 14:12-15; Yeh 28:14-19). Daripada menjadi alat kebenaran dalam menjaga keluarga mortal untuk mewarisi upah Bapa bagi kehidupan yang kekal dalam struktur roh, Iblis telah menjadi satu alat kematian dan bapa kepada penipuan (Yak 8:44).

 

Iblis menumpukan keupayaannya untuk memusnahkan keluarga manusia selepas percubaan gaglnya untuk memusnahkan struktur keluarga roh. Dia cuba untuk meninggikan taktanya diatas bintang-bintang (anak-anak) Bapa yang lain, dan gagal untuk menjadikan dirinya sama taraf dengan BApa (Yes 14:14). Dia terus menipu manusia hari ini dengan menyebarkan ajaran salah berkenaan dengan struktur keluarga roh dan mencegah manusia dari memahami sifat keperibadia kudus Bapa dan sifat keperibadian Yesus Kristus.

 

Dia hadir di Taman Eden untuk menipu ibu bapa pertama kita, Adam dan Hawa, kedalam dosa melalui ketidaktaatan kepada Allah (Kej 3:1-24). Lihat karya tulis Hukum Pertama: Dosa Iblis (No.153).

 

Lihat juga karya tulis: Doctrine of Original Sin Part 2 The Generations of Adam (No. 248), dan The Cross: Its Origin and Significance (No. 39) bagi diskusi yang terperinci tentang bagaimana pohon pengetahuan tentang yang baik dan jahat di Taman eden itu mempengaruhi pemikiran manusia sehingga hari ini.

 

Apabila Eloah mengasingkan manusia ke sempadan tetap dan memberikan warisan mereka, Dia membahagikan setiap anak-anakNya untuk memimpin bangsa-bangsa dalam HukumNya, dan menyembah Dia, Satu Allah yang Benar, Bapa mereka. Anak yang kemudiannya menjadi inkarnasi dan satu-satunya anak yang dilahirkan, Yesus Kristus, diberikan kepada Israel. Dalam Ulangan 32:8-9 ia berbunyi:

 

8 Ketika Sang Mahatinggi membagi-bagikan milik pusaka kepada bangsa-bangsa, ketika Ia memisah-misah anak-anak manusia, maka Ia menetapkan wilayah bangsa-bangsa menurut bilangan anak-anak Israel.  9 Tetapi bagian TUHAN ialah umat-Nya, Yakub ialah milik yang ditetapkan bagi-Nya.

 

Ianya anak Roh ini, Yesus Kristus, yang telah ditahbiskan sejak penciptaan dunia ini (1 Pet 1:18-20) untuk mengosongkan sepenuhnya bentuk rohnya dan menjadi manusia yang dilahirkan untuk hidup dalam kehidupan yang tidak berdosa dan dikorbankan. Dia telah diberikan tanggungjawab yang besar untuk mengorbankan hidupnya untuk mendamaikan ciptaan, dengan anak-anak roh di Sorga yang telah berdosa dan seluruh umat manusia yang berdosa.

 

Dari tulisan Kitab berikut kita memahami bahawa anak-anak roh Eloah yang jatuh  mempunyai peluang untuk bertobat dari dosa dan menerima korban Yesus Kristus bagi pihak mereka untuk pengampunan.

 

Kolose 1:19-20 berbunyi dalam Complete Jewish Bible (CJB):

 

19 Karena seluruh kepenuhan Allah berkenan diam di dalam Dia,  20 dan oleh Dialah Ia memperdamaikan segala sesuatu dengan diri-Nya, baik yang ada di bumi, maupun yang ada di sorga, sesudah Ia mengadakan pendamaian oleh darah salib Kristus.

 

Kristus keluar dari kuburan dan mengajar kepada Warga yang jatuh yang tersepit dalam Tartaros.

 

1Petrus 3:18-19  Sebab juga Mesiah telah mati sekali untuk segala dosa kita, Ia yang benar untuk orang-orang yang tidak benar, supaya Ia membawa kita kepada Allah; Ia, yang telah dibunuh dalam keadaan-Nya sebagai manusia, tetapi yang telah dibangkitkan menurut Roh,  19 dan di dalam Roh itu juga Ia pergi memberitakan Injil kepada roh-roh yang di dalam penjara,

 

Bahawa apa yang diajar adalah secara lojik dan merupakan objek keselamatan. Dengan itu iblis boleh diselamatkan kerana mereka adalah subjek kepada pelayanan Yesus Kristus. Bagi perbincangan yang terperinci lihat karya tulis Penghakiman Iblis (No. 80).

 

Ianya dari iman Kristus dalam BapaNya dan kesetiaan kepada Dia yang menjadikan dia dinaikkan dari teman sekutunya, yakni diatas anak-anak roh Eloah yang lain. Mazmur 45:7 dan Ibrani 1:9 rujukan Kristus dinaikkan selepas kebangkitanNya oleh BapaNya. Tulisan Kitab ini menyatakan: “kamu mengasihi kebenaran dan membenci kejahatan. Dengan itu Allah kamu, telah mentahbiskan kamu dengan minyak kesyukuran diatas teman sekutumu.”

 

Aliran Kekristianan utama – termasuklah Jemaat-jemaat Allah yang ada sekarang – gagal untuk memahami kepentingan dua tulisan Kitab ini. Mereka menyebarkan idea salah bahawa Kristus adalah sama-kekal dengan BapaNya adalah satu kesilapan yang berasal dari falsafah Hellenisme dan Gnostisisme yang lazim dalam dunia Greco-Roma sebelum inkarnasi Kristus. Dia dengan salah dinyatakan sama-kekal dengan BapaNya dalam struktur Ketuahanan Binitarian dalam Persidangan Nicaea pada 325 CE. Persidangan ini memalsukan jalan bagi Persidangan Chalcedon pada 451 CE untuk meletakkan Kristus dan Roh Kudus Eloah dalam struktur Ketuhanan tritunggal. Iblis sekarang yakin dalam percubaannya dengan sistem Jemaat Greco-Roma untuk memusnahkan semua pengetahuan dan pemahaman tentang sifat keperibadian BapaNya, dan tujuan keluarga yang Allah ciptakan.

 

Anak-anak roh Allah yang jatuh mengetahui bahawa ada Satu Allah yang Benar, yang merupakan Bapa mereka, dan mereka menggigil. Inilah yang menunggu mereka kerana pemberontakan mereka dan sifat mereka yang tidak memelihara hukum membuat mereka menggigil. Yakobus 2:19 menyatakan: “Kamu percaya bahawa terdapat hanya satu Allah; kamu mengetahuinya: iblis juga percaya, dan menggigil”

 

Kristus tidak merasa malu merujuk mereka sebagai saudara-saudaranya, mereka yang sekarang ini dipanggil dan diletakkan kedalam Tubuh Kristus, menurut tujuan Bapa kita di sorga. Ibrani 2:10-17 berbunyi:

10 Sebab memang sesuai dengan keadaan Allah--yang bagi-Nya dan oleh-Nya segala sesuatu dijadikan--,yaitu Allah yang membawa banyak orang kepada kemuliaan, juga menyempurnakan Yesus, yang memimpin mereka kepada keselamatan, dengan penderitaan.  11 Sebab Ia yang menguduskan dan mereka yang dikuduskan, mereka semua berasal dari Satu; itulah sebabnya Ia tidak malu menyebut mereka saudara,  12 kata-Nya: "Aku akan memberitakan nama-Mu kepada saudara-saudara-Ku, dan memuji-muji Engkau di tengah-tengah jemaat,"  13 dan lagi: "Aku akan menaruh kepercayaan kepada-Nya," dan lagi: "Sesungguhnya, inilah Aku dan anak-anak yang telah diberikan Allah kepada-Ku."  14 Karena anak-anak itu adalah anak-anak dari darah dan daging, maka Ia juga menjadi sama dengan mereka dan mendapat bagian dalam keadaan mereka, supaya oleh kematian-Nya Ia memusnahkan dia, yaitu Iblis, yang berkuasa atas maut;  15 dan supaya dengan jalan demikian Ia membebaskan mereka yang seumur hidupnya berada dalam perhambaan oleh karena takutnya kepada maut.  16 Sebab sesungguhnya, bukan malaikat-malaikat yang Ia kasihani, tetapi keturunan Abraham yang Ia kasihani.  17 Itulah sebabnya, maka dalam segala hal Ia harus disamakan dengan saudara-saudara-Nya, supaya Ia menjadi Imam Besar yang menaruh belas kasihan dan yang setia kepada Allah untuk mendamaikan dosa seluruh bangsa.

 

Tanggungjawab Ibu Bapa

 

DARI MULANYA APABILA Eloah menciptakan anak-anak rohNya, Dia telah merencanakan untuk meluaskannya kepada keluarga manusia melalui berkat suami dan isteri menghasilkan kehidupan manusia dan membesarkan anak-anak. Berkat yang berkaitan dengan mengadakan satu keluarga membebankan satu tanggungjawab yang besar dan ianya tidak harus diambil remeh. Ibu bapa mempunyai tanggungjawab yang sama dalam membesarkan anak-anak sepertii anak-anak roh Allah kepada penciptaan manusia. Ibu bapa perlu untuk mengajar anak-anak mereka untuk mempunyai perhubungan erat dengan Allah yang Benar, dan mengenali serta menuruti Hukum-hukumNya.

 

Kemuncak kepada tanggungjawab ibu bapa ini dinyatakan dalam Ulangan 6:4-9:

 

4 Dengarlah, hai orang Israel: TUHAN itu Allah kita, TUHAN itu esa!  5 Kasihilah TUHAN, Allahmu, dengan segenap hatimu dan dengan segenap jiwamu dan dengan segenap kekuatanmu.  6 Apa yang kuperintahkan kepadamu pada hari ini haruslah engkau perhatikan,  7 haruslah engkau mengajarkannya berulang-ulang kepada anak-anakmu dan membicarakannya apabila engkau duduk di rumahmu, apabila engkau sedang dalam perjalanan, apabila engkau berbaring dan apabila engkau bangun.  8 Haruslah juga engkau mengikatkannya sebagai tanda pada tanganmu dan haruslah itu menjadi lambang di dahimu,  9 dan haruslah engkau menuliskannya pada tiang pintu rumahmu dan pada pintu gerbangmu.

 

Ibu bapa yang baik akan diberikan upah seorang anak yang bijak (Kej 27:46; Amsal 10:1). Satu penekanan yang kuat harus diberikan keatas tanggungjawab ibu bapa untuk mengajar anak dalam Hukum (kel 13:14; 20:10; Ul 11:19; Yos 4:6). Di pihak mereka, anak-anak harus menghormati ibu bapa mereka. Dalam pertalian ini ianya penting untuk melihat bahawa perkataan lain hormat dalam Perjanjian Lama mengambil orang sebagai objeknya atau yang mempunyai sifat sakral.

 

Eloah tidak mencipta anak-anakNya dan kemudian memusnahkan mereka. Dia mencipta dari sifat keperibadianNya, yang adalah kasih, dan Dia mengasuh anak-anakNya dari motivasi kasih. Ibu bapa harus mengikuti teladanNya. Itulah sebabnya pengguguran adalah salah dan dianggap membunuh, kecuali nyawa ibu itu dalam bahaya. Hukum eloah adalah keluasan dari sifatNya dan Dia tidak membunuh anak-anakNya. Pengguguran kerana tidak mahu memelihara anak adalah memusnahkan fabrik moral dan hati nurani masyarakat kita.

 

Ianya penting bagi ibu bapa untuk memhami maksud  perkataan “menyembah” dan penggunaannya dalam tulisan Kitab supaya mereka dilengkapi untuk mengajar anak-anak mereka  tentang siapa yang mereka harus sembah dan sujud. Doa adalah satu bentuk penyembahan yang hanya ditujukan kepada Bapa. MAtius 6:6 berbunyi:

 

Tetapi apabila kamu berdoa, pergilah kedalam kamarmu dan duduklah pintunya dan berdoalah kepada Bapamu yang dalam rahasia; dan Bapamu yang melihat rahasia akan mengaruniakan upah bagimu.

 

Iblis membawa Kristus ke padang belantara untuk mencubai dia dengan menawarkan kerajaan dunia ini kepada Kristus sekiranya dia sujud menyembah dia. Iblis cuba untuk menipu Kristus supaya dia berdosa – dan dia semestinya akan berdosa sekiranya dia mengikutinya. Kristus mengutuk Iblis. Matius 4:10 berbunyi:

 

Kemudian Yesus berfirman kepada dia, “Pergilah, Iblis! Kerana ada tertulis, ‘ Kamu harus menyembah Tuhan Allahmu dan hanya dia yang harus kamu sembah.”

 

Kristus tidak pernah berdoa kepada dirinya sendiri. Dia tidak pernah mendakwa sebagai Allah. Bagaimana pun, Kristus mendakwa bahawa Dia adalah Anak Allah.

 

Yohanes 10:36 adakah kamu berbicara tentang dia yang ditahbis oleh Bapa dan diutus ke dunia, ‘Kamu sedang menghujat,’ kerana Aku berkata kepadamu, ‘Aku adalah Anak Allah’?

 

Perkataan sembah dalam bahasa Ibrani adalah proskuneo (SGD 4352) yang berasal dari pros, yang bermaksud terhadap, dan kuneo, untuk menciup. Proskuneo adalah perkataan yang paling sering diterjemahkan sebagai “untuk menyembah” dan mempunyai maksud yang pelbagai. Ia bererti untuk sujud; ketertiban. Ianya digunakan dari tindakan pernghormatan atau ketertiban.

 

Menyembah juga boleh dijelaskan dari perkataan-perkataan lain dalam bahasa Ibrani. Ia adalah:

 

·        Sebomai (se/bomai, NT: 4576), “untuk memuja”, melafazkan perasaan terpesona atau kesetiaan, digunakan untuk “menyembah” (a) kepada Allah, Matt 15:9; Mar 7:7; Kisah 16:14; 18:7,13; (b) kepada dewi, Kisah 19:27.

·        Sebazomai (seba/zomai, NT:4573), bertalian dengan No. 2, “untuk menghormati,” digunakan dalam Roma 1:25.

·        Latreuo (latreu/w), NT:3000), “untuk melayanai, untuk menterjemahkan pelayanan agama atau penghormatan,” diterjemahkan “untuk menyembah” dalam Fil 3:3; “(siapa) menyembah (melalui Roh Allah),” RV, KJV, “(yang mana) menyembah (Allah dalam roh)”; RV menterjemahkannya “untuk melayani” (bagi KJV, “untuk menyembah”) dalam Kisah 7:42; 24:14; KJV dan RV, “penyambah” dalam Ibr 10:2, presen partisipel, lit., “(mereka) yang menyembah.” Lihat SERVE.

·        Eusebeo (eu)sebe/w, NT:2151), “untuk bertindak dengan alim,” diterjemahkan “kamu menyembah” dalam Kisah 17:23. Lihat PIETY (ditunjukkan).

 

Catatan: (1) penyembahan Allah tidak ditakrifkan dimana-mana dalam tulisan Kitab. Konsiderasi perkataan diatas menunjukkan bahawa ianya tidak terhad kepada memuji; secara luasnya ia merujuk kepada pengetahuan langsung tentang Allah, sifay keperibadianNya, kedudukanNya cara dan dakwaan, sama ada dari hati dalam pujian dan kesyukuran atau melalui perbuatan yang dilakukan seperti pengakuan. (2) dalam Kisah 17:25 therepeuo, “untuk melayani, melakukan layanan” (jadi RV) diterjemahkan sebagai “disembah.”

 

(ini telah diambil dari Vine’s Expository Dictionary of Biblical Words.)

 

Peranan dalam Perkawinan

 

Allah telah mentahbis struktur keluarga dalam umat manusia bersama dengan lelaki dan perempuan pertama sebagai suami dan isteri (Kej 2:24). Melalui perintah Allah lelaki akan meninggalkan ibu bapanya dan bersama dengan isterinya menjadi satu dalam daging. Dalam Kejadian 2:25, “Lelaki dan isterinya” adalah satu haluan perhubungan yang ditetapkan bagi lelaki bersama dengan isterinya. Perintah Allah ini adalah bertentangan dengan pendapat pertama Rasul Paulus mengenai lelaki dalam 1 Korintus 7:6, kerana dia menyatakan, “bukan dari perintah hukum,” tetapi merupakan fikiran Paulus dalam perkara tersebut. Lihat juga karya tulis Perkawinan (No. 289).

 

Dari Kejadian 1:26-28, kita mendapati dimana elohim mencipta manusia menurut rupa mereka. Dari penciptaan manusia, bukan sahaja kita yang akan menyerupai Allah dalam fizikal elohim tetapi ianya direncanakan bagi kita untuk menjadi elohim dalam proses ini, dengan memberikan tanggungjawab kepada elohim untuk mengasuh mereka yang dicipta menurut rupa mereka dalam perhubungan keluarga. Kita memahami ini melalui perkataan Kristus sendiri, “Tidaklah ia tertulis dalam Hukum kamu, Aku berkata kamu adalah Tuhan-tuhan...dan tulisan Kitab tidak boleh dilanggar” (Yoh 10:34-35), dipetik dari Mazmur 82:6: “Aku telah berfirman, Kamu adalah tuhan-tuhan, dan semua kamu adalah anak-anak yang Maha Tinggi.

 

Dengan itu kita bergabung dengan saudara-saudara kita, elohim, sebagai anak-anak Allah Yang Maha Tinggi. Sementara penciptaan manusia dilakukan melalui Kristus, Kristus juga dikenali sebagai saudara kita, kerana ia adalah kuasa Bapanya dan Bapa kita, Allah dia dan Allah kita (Yoh 20:17), yang menjadi sumber penciptaan umat manusia.

 

Roma 8:29  Sebab semua orang yang dipilih-Nya dari semula, mereka juga ditentukan-Nya dari semula untuk menjadi serupa dengan gambaran Anak-Nya, supaya Ia, Anak-Nya itu, menjadi yang sulung di antara banyak saudara.

 

Kita juga dikenali sebagai saudara kepada Warga spiritual yang lain dari Bapa kita di Sorga.

 

Wahyu 12:10  Dan aku mendengar suara yang nyaring di sorga berkata: "Sekarang telah tiba keselamatan dan kuasa dan pemerintahan Allah kita, dan kekuasaan Dia yang diurapi-Nya, karena telah dilemparkan ke bawah pendakwa saudara-saudara kita, yang mendakwa mereka siang dan malam di hadapan Allah kita.

 

Perintah hukum Allah kepada manusia dalam Kejadian 1:28 adalah untuk bertambah banyak dan memenuhi Bumi dengan memperanakkan dalam struktur keluarga dari Kejadian 2:24 sebagai suami dan isteri. Mengapa Allah memberikan perintah ini kepada manusia? Manusia harus belajar dari kewujudan dalam keadaan fizikal dimana dia diciptakan, dibawah Hukum Allah, pelajaran spiritual tentang Kerajaan atau keluarga Allah. Sebagai contoh, Hari Suci adalah hari-hari dan masa fizikal mengajar pelajaran yang lebih besar yang simbolik dari Rencana Allah dalam membawa anak-anak fizikal Allah kedalam keluarga spiritual dalam KerajaanNya. Sementara Allah mentahbiskan unit teras sosial suami dan isteri, ia mewakili perhubungan Kristus dan Jemaat yang ada di Efesus.

 

Efesus 5:22-33 Hai isteri, tunduklah kepada suamimu seperti kepada Tuhan,  23 karena suami adalah kepala isteri sama seperti Kristus adalah kepala jemaat. Dialah yang menyelamatkan tubuh.  24 Karena itu sebagaimana jemaat tunduk kepada Kristus, demikian jugalah isteri kepada suami dalam segala sesuatu.  25 Hai suami, kasihilah isterimu sebagaimana Kristus telah mengasihi jemaat dan telah menyerahkan diri-Nya baginya  26 untuk menguduskannya, sesudah Ia menyucikannya dengan memandikannya dengan air dan firman,  27 supaya dengan demikian Ia menempatkan jemaat di hadapan diri-Nya dengan cemerlang tanpa cacat atau kerut atau yang serupa itu, tetapi supaya jemaat kudus dan tidak bercela.  28 Demikian juga suami harus mengasihi isterinya sama seperti tubuhnya sendiri: Siapa yang mengasihi isterinya mengasihi dirinya sendiri.  29 Sebab tidak pernah orang membenci tubuhnya sendiri, tetapi mengasuhnya dan merawatinya, sama seperti Kristus terhadap jemaat,  30 karena kita adalah anggota tubuh-Nya.  31 Sebab itu laki-laki akan meninggalkan ayahnya dan ibunya dan bersatu dengan isterinya, sehingga keduanya itu menjadi satu daging.  32 Rahasia ini besar, tetapi yang aku maksudkan ialah hubungan Kristus dan jemaat.  33 Bagaimanapun juga, bagi kamu masing-masing berlaku: kasihilah isterimu seperti dirimu sendiri dan isteri hendaklah menghormati suaminya.

 

Lihat karya tulis Hukum dan Perintah yang Ketujuh (No 260) dan Kidung Agung (No. 145).

 

Dari tulisan Kitab ini kita boleh melihat dengan jelas bahawa Yesus Kristus bertanggungjawab bagi kepimpinan dalam Jemaat, yang merupakan sebahagian daripada Allah keluarga Bapa. Peranan lelaki adalah untuk memipin keluarga untuk mengikuti teladan Kristus. Kristus digambarkan sebagai Adam yang terakhir (1 Kor 15:45, 47). Ini bererti Adam yang pertama mempunyai tanggungjwab yang sama, tetapi gagal untuk memebuhinya.

 

1Korintus 15:45-47 Seperti ada tertulis: "Manusia pertama, Adam menjadi makhluk yang hidup", tetapi Adam yang akhir menjadi roh yang menghidupkan.  46 Tetapi yang mula-mula datang bukanlah yang rohaniah, tetapi yang alamiah; kemudian barulah datang yang rohaniah.  47 Manusia pertama berasal dari debu tanah dan bersifat jasmani, manusia kedua berasal dari sorga.

 

Ianya kerana Adam gagal untuk memimpin menurut kepada perintah yang diberikan kepada dia yang menyebabkan Kristus harus datang dan memenuhi tanggungjawab iu. Urutan ini digambarkan sebagai satu misteri besar oleh Rasul Paulus.

 

Efesus 5:29-32 Sebab tidak pernah orang membenci tubuhnya sendiri, tetapi mengasuhnya dan merawatinya, sama seperti Kristus terhadap jemaat,  30 karena kita adalah anggota tubuh-Nya.  31 Sebab itu laki-laki akan meninggalkan ayahnya dan ibunya dan bersatu dengan isterinya, sehingga keduanya itu menjadi satu daging.  32 Rahasia ini besar, tetapi yang aku maksudkan ialah hubungan Kristus dan jemaat.

 

Adam yang pertama adalah untuk menjaga isterinya dalam cara yang sama seperti Kristus menjaga Jemaat Allah yang benar. Adam yang pertama telah gagal, tetapi Adam yang kedua telah berjaya, seperti yang kita lihat dalam Matius 16:18,

 

Matius 16:18 ...Aku akan membina jemaatku, dan alam maut tidak akan dapat menguasainya.

 

Kristus adalah teladan utama kita dalam memahami apa yang dijangkakan dari manusia dalam perhubungan keluarga mereka.

 

Dalam Efesus 5:23, kita melihat bahawa lelaki adalah “ketua kepada isteri”, yang bereti bahawa dia mempunyai kuasa dan juga tanggungjawab bagi keluarganya, yang bermula dai isterinya. Malangnya terdapat ramai lelaki yang menjalankan kuasa mereka tanpa rasa tanggungjawab. Individu-individu ini kemudiannya digunakan sebagai satu alasan bagi perempuam untuk mencari kebebasan dari tanggungjawab mereka dalam struktur keluarga. Akibatnya adalah bahawa keluarga ini akan mengalami kesengsaraan dan kesulitan dalam masyarakat. Perceraian yang meningkat menunjukkan bahawa bangsa-bangsa menyangkal. Perceraian adalah kekjaman terhadap anak-anak kita yang membawa akibat seumur hidup.

 

Dari 1 Korintus 11:3 kita melihat bahawa Allah Bapa memberikan kuasa kepada Kristus, dn Kristus memberikan kuasa kepada lelaki, dan bahawa lelaki diminta untuk memberikan tugasan dan kuasa kepada perempuan demi untuk mencapai apa sahaja matlamat dan objektif yang diperlukan dalam sesuatu keluarga (petikan 1 Pet 3:7).

 

1Korintus 11:3 Tetapi aku mau, supaya kamu mengetahui hal ini, yaitu Kepala dari tiap-tiap laki-laki ialah Kristus, kepala dari perempuan ialah laki-laki dan Kepala dari Kristus ialah Allah.

 

1Petrus 3:7 Demikian juga kamu, hai suami-suami, hiduplah bijaksana dengan isterimu, sebagai kaum yang lebih lemah! Hormatilah mereka sebagai teman pewaris dari kasih karunia, yaitu kehidupan, supaya doamu jangan terhalang.

 

Suami-suami mendelegasikan kuasa seperti Allah dan Kristus lakukan. Tidak ada lelaki yang akan melepaskan tanggungjawab. Adam melepaskan tanggungjawabnya di Taman Eden. Hawa dibiarkan terdedah dengan kuasa yang dia tidak mampu untuk menanganinya. Sebagai akibat “pintu kematian” telah mengatasi perempuan itu dan semua umat manusia (petikan Kej 3:1).

 

Lelaki  harus memimpin isterinya dan mengajar anak-anaknya. Dalam tanggungjawab ini lelaki akan mengajar anak-anaknya melalui teladan dan memelihara Kalendar Allah dengan betul dan menjelaskan kepada mereka perlambangan Sabat, Bulan-bulan BAru, Perayaan-perayaan dan Hari-hari Kudus.

 

Sekarang mari kita melihat kepada institusi perkawinan yang Yesus Kristus kuduskan (Mat 19:1-12).

 

Matius 19:1-12 Setelah Yesus selesai dengan pengajaran-Nya itu, berangkatlah Ia dari Galilea dan tiba di daerah Yudea yang di seberang sungai Yordan.  2 Orang banyak berbondong-bondong mengikuti Dia dan Iapun menyembuhkan mereka di sana.  3 Maka datanglah orang-orang Farisi kepada-Nya untuk mencobai Dia. Mereka bertanya: "Apakah diperbolehkan orang menceraikan isterinya dengan alasan apa saja?"  4 Jawab Yesus: "Tidakkah kamu baca, bahwa Ia yang menciptakan manusia sejak semula menjadikan mereka laki-laki dan perempuan?  5 Dan firman-Nya: Sebab itu laki-laki akan meninggalkan ayah dan ibunya dan bersatu dengan isterinya, sehingga keduanya itu menjadi satu daging.  6 Demikianlah mereka bukan lagi dua, melainkan satu. Karena itu, apa yang telah dipersatukan Allah, tidak boleh diceraikan manusia."  7 Kata mereka kepada-Nya: "Jika demikian, apakah sebabnya Musa memerintahkan untuk memberikan surat cerai jika orang menceraikan isterinya?"  8 Kata Yesus kepada mereka: "Karena ketegaran hatimu Musa mengizinkan kamu menceraikan isterimu, tetapi sejak semula tidaklah demikian.  9 Tetapi Aku berkata kepadamu: Barangsiapa menceraikan isterinya, kecuali karena zinah, lalu kawin dengan perempuan lain, ia berbuat zinah."  10 Murid-murid itu berkata kepada-Nya: "Jika demikian halnya hubungan antara suami dan isteri, lebih baik jangan kawin."  11 Akan tetapi Ia berkata kepada mereka: "Tidak semua orang dapat mengerti perkataan itu, hanya mereka yang dikaruniai saja.  12 Ada orang yang tidak dapat kawin karena ia memang lahir demikian dari rahim ibunya, dan ada orang yang dijadikan demikian oleh orang lain, dan ada orang yang membuat dirinya demikian karena kemauannya sendiri oleh karena Kerajaan Sorga. Siapa yang dapat mengerti hendaklah ia mengerti."

 

Dari ayat 5, Kristus berfirman bahawa lelaki dan perempuan adalah hanya pengambil bahagian dalam pertalian monogami, “dua orang ini akan menjadi satu dalam daging”, bukan tiga atau lebih, dan hanya dalam perkawinan, “ bergabung dengan isteri”. Kristus juga menyatakan bahawa suami dan isteri tidak lagi bekerja bersendirian tetapi sekarang hidup dalam sifat dualisma, seperti ayat 6 nyatakan dengan jelas: “mereka bukan lagi dua melainkan satu”. Kerana hanya kematian yang memisahkan manusia dari dagingnya, demikian juga dengan kehidupan lelaki dan perempuan monogami yang diperintahkan oleh Kristus.

 

Dengan ini, Allah telah perintahkan bahawa semua atau apa sahaja kesatuan seksual diluar kuasa perkawinan adalah tidak tidak sah dan dihalang oleh keluarga Allag. Apabila lelaki melalaikan Hukum Allah ini dan terlibat dalam seks rambang, akibatnya jelas bagi semua orang untuk melihatnya, dari penyakit kelamin dan kecurangan dalam perkawinan sehingga penjualan bayi-bayi di pasaran gelap, dan tindakan pengguguran yang berleluasa dan pembunuhan bayi-bayi. Satu daripada akibat seks di luar perkawinan dan sebab utama penyangkalan dalam masyarakat dan kemusnahan digambarkan dari artikel tentang Keluarga dalam International Standard Bible Encyclopedia (ISBE) dibawah Hukum Perintah yang ke-7.

 

“Sementara ianya benar bahawa dalam hukum-hukum Israel, dosa seks diluar pertalian keluarga dianggap sebagai satu subjek dengan sendirinya, namun apabila kita ingat betapa awalnya perkawinan dijalankan pada zaman kuno, dan bahawa pertunangan pada masa budak dianggap kudus seperti perkawinan sendiri, kita melihat bahawa walaupun demikian perintah hukum ini hampir universal dan melindungi keluarga. Keluarga adalah institusi mula-mula yang tertua bagi manusia – yang terbesar dan yang terkudus. Dalam institusi ini hukum perintah ini dijaga. Ia mengelakkan manusia hancur sepenuhnya dalam isolasi individu dari kembali kepada pengasingan. Fikirkan tentang bayi yang lahir di luar pertalian keluarga! Kemudian fikir tentang semua anak-anak yang dilahirkan dan kamu akan mendapat gambaran tentang sifat yang tidak ada perikemanusiaan yang mana semua tanggungjawab moral seorang bapa telah hilang, dan malah sifat ibu akan berkurangan kepada pengasuhan biasa semasa jangka masa bayi yang tidak berdaya, kepada penjagaan yang seperti naluri binatang. Sekarang gunakan idea bahawa perkawinan harus universal dan bahawa anak-anak yang lahir harus dimiliki oleh perkawinan, dan kamu mempunyai sorga baru dan bumi baru dalam perhubungan seks dalam bangsa manusia.

 

Menurut kaedah latihan Allah dalam perkara fizikal yang mewakili hal spiritual, petunjuk keluarga yang telah diberikan kepada umat manusia juga ajaran yang menuding kepada perhubungan spiritual di antara Warga harmoni Bapa kepada dan dengan Dia.

 

Allah telah memberikan manusia perintah untuk beranak piak: “Dan Allah memberkati mereka, dan Allah berfirman kepada mereka, beranak cuculah, dan bertambah banyaklah, dan penuhilah bumi ini” (Kej 1:28). Dengan itu, manusia mempunyai peranan aktif dalam meluaskan keluarga Allah dengan belajar tentang perhubungan ibu bapa dan anak-anak, mengajar Hukum Allah, dan mengasuh mereka untuk mengikuti cara pengasuhan yang sama dari satu generasi ke satu generasi dalam perkawinan monogami.

 

Mari kita lihat sekarang kepada setiap perhubungan seperti yang ditetapkan Allah dalam penciptaan fizikalNya.

 

Peranan Bapa

 

Peranan bapa dalam keluarga adalah sebagai wakil kepada Allah Bapa yang Maha Tinggi. Tanggungjawabnya adalah sebagai penyedia kepada keperluan keluarga, kepimpinan dan perlindungan dari segi fizikal dan hal-hal spiritual.

 

Ianya bukan hal kecil sekiranya bapa menyangkal perlengkapan keperluan isteri dan anak-anak, seperti yang kita lihat dari teguran Paulus kepada mereka yang tidak menjaga keperluan keluarga mereka.

 

1Timotius 5:8 Tetapi sekiranya sesiapa yang tidak menyediakan untuk dirinya sendiri, terlebih lagi kepada keluarganya, dia telah menyangkal iman dan lebih buruk daripada orang yang tidak percaya.

 

Ini juga dilihat dalam celaan Solomon kepada orang malas untuk menyuruh dia bertindak dalam Amsal 6:6-11

 

Sementara tanggungjawab pencari nafkah itu diberikan kepada bapa apabila Allah memberitahu bahawa dia harus makan dari titik peluhnya (Kej 3:19), dia juga bertanggungjawab dan tidak boleh menolak keperluan spiritual seseuatu keluarga.

 

Sebelum keimamatan telah didirikan di Israel, bapa mempunyai tanggungjawab untuk mengorbankan bagi pihak keluarganya, seperti yang kita lihat dari teladan Abraham dalam Kejadian 12:8 dan teladan Ayub dalam Ayub 1:5. Sebagai pengajar anak-anak bersama dengan ibu, bapa ini telah diberikan tanggungjawab utama untuk memimpin keluarga dalam mengajar Hukum Allah (Kel 12:126-27; Ul 6:6-7; Ams 22:6; Ef 6:4).

 

Ulangan 6:6-7 Apa yang kuperintahkan kepadamu pada hari ini haruslah engkau perhatikan,  7 haruslah engkau mengajarkannya berulang-ulang kepada anak-anakmu dan membicarakannya apabila engkau duduk di rumahmu, apabila engkau sedang dalam perjalanan, apabila engkau berbaring dan apabila engkau bangun.

 

Efesus 6:4 Dan kamu, bapa-bapa, janganlah bangkitkan amarah di dalam hati anak-anakmu, tetapi didiklah mereka di dalam ajaran dan nasihat Tuhan.

 

 

Amsal 22:6  Didiklah orang muda menurut jalan yang patut baginya, maka pada masa tuanyapun ia tidak akan menyimpang dari pada jalan itu.

 

Sebagai pemimpin spiritual, bapa mempunyai tanggungjawab sebagai pelindung spiritual untuk mengajar melawan praktik dan sifat kejahatan dari dunia ini yang telah menjadi tempat lazim kepada anak-anak kita dan orang yang sebaya dengan mereka, yang bertentangan dengan Hukum Allah.

 

Roma 16:19 Kabar tentang ketaatanmu telah terdengar oleh semua orang. Sebab itu aku bersukacita tentang kamu. Tetapi aku ingin supaya kamu bijaksana terhadap apa yang baik, dan bersih terhadap apa yang jahat.

 

Sekiranya kita tidak mengetahui tentang apa yang jahat dan mengajar anak-anak kita perkara yang sama maka kita harus tidak membenarkan mereka terdedah kepada jenis hiburan dalam televisyen, tayangan gambar, permainan video, dan internet yang mana bertentangan dengan Hukum Allah. Ianya mudah untuk menggunakan media moderen dan hiburan sebagai ibu bapa gantian, tetapi walaupun mesejnya baik, tetapi sekiranya keterlaluan akan memupuk sifat malas dalam diri anak-anak. Lihat karya tulis Pola Iblis (No. 43).

 

Selain dari peranan sebagai ketua spiritual, ia juga mempunyai tanggungjawab untuk mendisiplinkan anak-anak. Kita tahu dari Mazmur dan Amsal bahawa anak-anak tidaklah baik pada dasarnya, dan bahawa setiap orang mempunyai kecenderungan kearah kejahatan. Daud mengakui sifat berdosa manusia ini bermula dari masa kelahiran.

 

Mazmur 51:5  Sesungguhnya, dalam kesalahan aku diperanakkan, dalam dosa aku dikandung ibuku.

 

Banyak dari Amsal yang merujuk kepada keperluan untuk membetulkan anak dari kesilapannya dalam dosa.

 

Amsal 22:15 Kebodohan melekat pada hati orang muda, tetapi tongkat didikan akan mengusir itu dari padanya.

 

Amsal 23:13-14  Jangan menolak didikan dari anakmu ia tidak akan mati kalau engkau memukulnya dengan rotan.  14 Engkau memukulnya dengan rotan, tetapi engkau menyelamatkan nyawanya dari dunia orang mati.

 

Dengan membetulkan anak-anak kita dengan tongkat pembetulan dalam kasih kita tidak hanya menyelamatkan kehidupan mereka dari memasuki liang kubur dengan cepat, tetapi kita juga melindngi salasila kita atau anak kepada anak kita.

 

1Samuel 3:13 Sebab telah Kuberitahukan kepadanya, bahwa Aku akan menghukum keluarganya untuk selamanya karena dosa yang telah diketahuinya, yakni bahwa anak-anaknya telah menghujat Allah, tetapi ia tidak memarahi mereka!

 

Setiap anak harus diajar apa yang diharapkan dari mereka dan dimana sempadannya, sama seperti Bapa kita di Sorga lakukan kepada kita dengan memberikan HukuNya. Sebaik sahaja anak ini sedar tentang standar ini penghukuman kerana tidak menurut harus konsisten, kalau tidak anak ini akan kehilangan perasaan takut terhadap peraturan dan hormat kepada mereka yang berkuasa. Pembetulan yang konsisten juga akan mengesahkan bahawa Bapa kita di Sorga memenuhi apa yang Dia katakan, dan tidak melakukan ancaman palsu. Menurut tulisan Kitab, bersifat permisif dan mengambil jalan yang paling sedikit tentangan apabila pembetulan diperlukan, pada dasarnya, membenci anak-anak kita.

 

Amsal 13:24  Siapa tidak menggunakan tongkat, benci kepada anaknya; tetapi siapa mengasihi anaknya, menghajar dia pada waktunya.

 

Ianya sangat jelas bahawa bapa bertanggungjawab untuk mengawal kecenderungan berdosa anak-anak melalui disiplin.

 

Dari teladan dalam Hakim-Hakim kita lihat apa yang berlaku apabila bapa yang benar gagal untuk mengasuh anak-anak yang benar.

 

Hakim-Hakim 2:10-22  Setelah seluruh angkatan itu dikumpulkan kepada nenek moyangnya, bangkitlah sesudah mereka itu angkatan yang lain, yang tidak mengenal TUHAN ataupun perbuatan yang dilakukan-Nya bagi orang Israel.  11 Lalu orang Israel melakukan apa yang jahat di mata TUHAN dan mereka beribadah kepada para Baal.  12 Mereka meninggalkan TUHAN, Allah nenek moyang mereka yang telah membawa mereka keluar dari tanah Mesir, lalu mengikuti allah lain, dari antara allah bangsa-bangsa di sekeliling mereka, dan sujud menyembah kepadanya, sehingga mereka menyakiti hati TUHAN.  13 Demikianlah mereka meninggalkan TUHAN dan beribadah kepada Baal dan para Asytoret.  14 Maka bangkitlah murka TUHAN terhadap orang Israel. Ia menyerahkan mereka ke dalam tangan perampok dan menjual mereka kepada musuh di sekeliling mereka, sehingga mereka tidak sanggup lagi menghadapi musuh mereka.  15 Setiap kali mereka maju, tangan TUHAN melawan mereka dan mendatangkan malapetaka kepada mereka, sesuai dengan apa yang telah diperingatkan kepada mereka oleh TUHAN dengan sumpah, sehingga mereka sangat terdesak.  16 Maka TUHAN membangkitkan hakim-hakim, yang menyelamatkan mereka dari tangan perampok itu.  17 Tetapi juga para hakim itu tidak mereka hiraukan, karena mereka berzinah dengan mengikuti allah lain dan sujud menyembah kepadanya. Mereka segera menyimpang dari jalan yang ditempuh oleh nenek moyangnya yang mendengarkan perintah TUHAN; mereka melakukan yang tidak patut.  18 Setiap kali apabila TUHAN membangkitkan seorang hakim bagi mereka, maka TUHAN menyertai hakim itu dan menyelamatkan mereka dari tangan musuh mereka selama hakim itu hidup; sebab TUHAN berbelas kasihan mendengar rintihan mereka karena orang-orang yang mendesak dan menindas mereka.  19 Tetapi apabila hakim itu mati, kembalilah mereka berlaku jahat, lebih jahat dari nenek moyang mereka, dengan mengikuti allah lain, beribadah kepadanya dan sujud menyembah kepadanya; dalam hal apapun mereka tidak berhenti dengan perbuatan dan kelakuan mereka yang tegar itu.  20 Apabila murka TUHAN bangkit terhadap orang Israel, berfirmanlah Ia: "Karena bangsa ini melanggar perjanjian yang telah Kuperintahkan kepada nenek moyang mereka, dan tidak mendengarkan firman-Ku,  21 maka Akupun tidak mau menghalau lagi dari depan mereka satupun dari bangsa-bangsa yang ditinggalkan Yosua pada waktu matinya,  22 supaya dengan perantaraan bangsa-bangsa itu Aku mencobai orang Israel, apakah mereka tetap hidup menurut jalan yang ditunjukkan TUHAN, seperti yang dilakukan oleh nenek moyang mereka, atau tidak."

 

Dalam kerajaan dunia pada hari ini, Kmunisme, Sosialisme dan malah Demokrasi/Republik telah memberikan State tanggungjawab untuk mengajar anak-anak bangsa itu, dan membuat langkah-langkah melalui undang-undang untuk melemahkan peranan bapa dalam keluarga dengan menyingkirkan kuasanya keatas anak-anak pada umur yang masih muda. Ini telah menyingkirkan elemen asa masyarakat jauh dari keluarga dan lebih dekat kepada individu. Kesusasteraan, media kita dan malah sekolah-sekolah menekankan idea-idea kuasa individu ini, sementara kerajaan ini menyediakan undang-undang untuk menyokong pengurangan peranan ibu dan bapa dalam keluarga. Sebagai akibatnya rasa hormat dan ketaatan anak-anak terhadap ibu bapa mereka telah berkurangan, meninggalkan degrasi yang lebih besar di kalangan orang-orang, walaupun kesukaran umum yang terbentuk terhadap perpisahan dari ikatan kuasa kekeluargaan dan susunan yang Allah tetapkan melalui penciptaanNya.

 

Dengan pemberontakan yang bertambah ini keatas disiplin di rumah, sifat malas dan suka melawan akan terjadi, yang mengakibatkan kehilangan kekayaan yang ditentukan bagi anak-anak dari kerja-kerja bapa-bapa dan moyang mereka. Dengan beberapa generasi dari sifat ini, kuasa bapa akan hilang dan masyarakat akan mula menurun.

 

Charles de Ribbe, menulis tentang kajian Le Play tentang apa yang membentuk tubuh sosial, membuat komentar yang bersangkut-paut bagi generasi keluarga yang kurang kuasa ibu bapa dan dan kerajaan kita yang menyokong perkara ini.

 

“Sekiranya kita mengembalikan kuasa kepada bapa, kita akan memulihkan pelayanan Allah dalam susunan masa... lebih banyak masa yang berlalu, lebih banyak kita yang menjadi sedar bahawa ianya perlu untuk kembali kepada otonomi keluarga. Ianya mustahil untuk membentuk kerajaan yang baik bersama dengan manusia yang membuat kesilapan. Dalam negeri yang mengecewakan dimana kami berada, keselamatan hanya boleh datang dari wewenang yang unik, yang mana melalui manfaat hukum, kekal setia kepada subordinatnya. Hanya kuasa ibu bapa boleh mencapainya yang mana lebih tinggi daripada kuasa masyarakat.”

 

Tulisan Kitab jelas bahawa wewenang ini ditahbiskan oleh Allah dan ianya bertujuan bagi menstabilkan keluarga dan negeri.

 

Roma 13:1-7 Tiap-tiap orang harus takluk kepada pemerintah yang di atasnya, sebab tidak ada pemerintah, yang tidak berasal dari Allah; dan pemerintah-pemerintah yang ada, ditetapkan oleh Allah.  2 Sebab itu barangsiapa melawan pemerintah, ia melawan ketetapan Allah dan siapa yang melakukannya, akan mendatangkan hukuman atas dirinya.  3 Sebab jika seorang berbuat baik, ia tidak usah takut kepada pemerintah, hanya jika ia berbuat jahat. Maukah kamu hidup tanpa takut terhadap pemerintah? Perbuatlah apa yang baik dan kamu akan beroleh pujian dari padanya.  4 Karena pemerintah adalah hamba Allah untuk kebaikanmu. Tetapi jika engkau berbuat jahat, takutlah akan dia, karena tidak percuma pemerintah menyandang pedang. Pemerintah adalah hamba Allah untuk membalaskan murka Allah atas mereka yang berbuat jahat.  5 Sebab itu perlu kita menaklukkan diri, bukan saja oleh karena kemurkaan Allah, tetapi juga oleh karena suara hati kita.  6 Itulah juga sebabnya maka kamu membayar pajak. Karena mereka yang mengurus hal itu adalah pelayan-pelayan Allah.  7 Bayarlah kepada semua orang apa yang harus kamu bayar: pajak kepada orang yang berhak menerima pajak, cukai kepada orang yang berhak menerima cukai; rasa takut kepada orang yang berhak menerima rasa takut dan hormat kepada orang yang berhak menerima hormat.

 

Satu amaran dari Allah datang melalui nabi Maleakhi mengenai generasi manusia ini.

 

“Sesungguhnya Aku akan mengutus nabi Elia kepadamu menjelang datangnya hari TUHAN yang besar dan dahsyat itu.  Maka ia akan membuat hati bapa-bapa berbalik kepada anak-anaknya dan hati anak-anak kepada bapa-bapanya supaya jangan Aku datang memukul bumi sehingga musnah.” (Mal 4:5-6)

 

Ianya jelas dari ayat ini bahawa bapa dan anak-anak mereka pada zaman akhir nanti menentang satu dengan yang lain, dan hilang perhubungan yang ditahbiskan oleh Allah melalui pemeliharaan HukumNya; dan bahawa nubuatan Elijah akan membawah kebenaran ini tentang struktur keluarga kehadapan sekali lagi.

 

Kehidupan bapa adalah teladan dari apa anak-anak ini akan jadi nanti dan apa ana-anak perempuan mereka akan cari dari suami mereka nanti. Dia adalah bentuk kuasa dalaj keluarga sebagai imejsebenar dari Allah Maha tinggi, yang merupakan Bapa universal untuk semua. Bapa, melalui kuasa delegasi Allah, adalah pemancar kehidupan bagi anak-anaknya dan pemulihara kehidupan, sama seperti Allah Bapa pemulihara yang sepenuhnya. Dengan cara yang sama, anak-anak akan dikuduskan oleh hikmat dan ajarannya tentang Hukum (2 Kor 13:18; Yoh 17:19; 1Kor 7:14). Dia adalah imej dari Bap bagi semua dan harus bersifat menjaga kehidupan anak-anak dengan mengasuh mereka dalam pengetahuan dan kasih kepada Bapa yang Kekal. Anak-anakNya akan memantulkan kepada Bapa pencipta mereka dari teladan yang diberikan oleh bapa mereka. Lihat juga karya tulis Kekristianan dan Pengasuhan (No. 186).

 

Peranan Ibu

 

Peranan ibu adalah pengasuh dan yang melaluinya kehidupan diberikan. Bapa dan ibu memperanakkan anak, simbolik kepada Bapa bersama dengan anak-anakNya menciptakan manusia pada mulanya. “Dan Allah berfirman, Marilah kita meciptakan manusia mengikut rupa kita... Jadi Allah menciptakan manusia mengikut rupaNya, dalam imejNya Allah menciptakan manusia, lelaki dan perempuan Dia ciptakan,” (dari Kej 1:26-27). Setiap anak lahir dibuat mengikut fizikal yang sama dari bapa dan ibunya.

 

Dalam Yohanes 1:3-4 bercakap tentang anak Eloah, firman Allah, “Semua perkara datang melalui Dia, dan tanpa Dia tidak ada yang seorang pun yang wujud. Dalam Dia ada kehidupan, dan kehidupan itu adalah terang kepada manusia.” (LITV). Sementara Bapa memberikan kehidupan kepada manusia melalui Firman, bapa dalam bentuk fizikal memberikan kehidupan kepada anak-anaknya melalui ibu. Kemudian ibu mengambim peranan yang lebih aktif dalam membesarkan anak-anak dengan membawa bayi yangbelum dilahirkan dalam rahim dalam jangka masa tertentu, dan mengikat perhubungan dengan keturunannya yang dia bantu untuk hidup. Selepas dilahirkan, sudah menjadi tanggungjawab ibu sebagai penjaga utama untuk mengasuh anak dengan memberi makan dan interaksi untuk melihat anak ini membesar kepada pntensi yang baik dan akhirnya menggantikan bapa atau ibu sebagai ketua dan mengajar sebagai kepala dalam keluarganya sendiri.

 

1Timotius 5:14 Karena itu aku mau supaya janda-janda yang muda kawin lagi, beroleh anak, memimpin rumah tangganya dan jangan memberi alasan kepada lawan untuk memburuk-burukkan nama kita.

 

Amsal 29:15 Tongkat dan teguran mendatangkan hikmat, tetapi anak yang dibiarkan mempermalukan ibunya.

 

Dari ayat-ayat dalam Amsal ini kita melihat bahawa ianya adalah tanggungjawab ibu untuk mengaja dan menuntun anak-anak dalam Hukum Allah sebagai sebahagian daripada pengasuhan anak. Kegagalannya untuk melaklukan demikian membawa malu kepadanya.

 

Pada awal kehidupan anak-anak, bapa membantu ibu dalam hal pengasuhan dan juga menjadi penasihat dan menjadi sumber kekuatan kepada keluarga. Sementara anak-anak menjadi matang peranan yang membina ini menghasilkan buah dan anak-anak lelaki akan menjadi terpengaruh dengan bapa mereka secara semulajadi dan anak perempuan mendapat pengaruh dari ibu mereka. Setiap perkembangan anak akan dikayakan dengan kesatuan diantara bapa dan ibu.  Terdapat banyak perkara yang akan dicapai dalam stabiliti dan sekuriti dari kehidupan anak-anak dengan menyaksikan kasih yang keluar dan perasaan suami terhadap isteri dan sebaliknya bersama dengan hadiah dan tindakan kasih dari hari ke hari yang akan membuat seseorang itu istimewa dan dikasihi.

 

Selain dari mengongsikan tanggungjawab untuk mengasuh anak-anak, Ibu/isteri juga mempunyau tanggungjawab untuk mengurus operasi domestik keluarga, yang mana termasuklah susunan rumah dan menyediakan makanan yang sihat menurut Hukum Allah. Dia membantu suaminya dalam pemberian persepuluhan, menghormati Hukum Allah dan implementasi pemeliharaan Sabat-sabat Allah. Lihat karya tulis Peranan Wanita Kristian (No 62).

 

Peranan Anak-anak

 

Peranan anak-anak lelaki dan perempuan adalah untuk menggantikan ibubapa mereka sebagai bapa dan ibu, dan kemudian menjadi nenek dan datuk. Ia adalah proses menjadi murid dahulu dan kemudian menjadi guru. Dalam cara yang sama  manusia diajar oleh Allah melalui anak-anak rohNya, atau elohim, untuk menjadi tuhan-tuhan atau elohim. Ini juga digambarkan oleh peranan saudara lelaki atau perempuam dengan kuasa yang diberikan kepada mereka dari ibu bapa mereka untuk membantu mengajar anak-anak yang lebih muda dalam keluarga. Apabila kuasa yang diberikan kepada saudara yang lebih tua ini diambil ringan atau disalahgunakan, ia akan menjadi sejajar dengan tindakan dan penghukuman terhadap anak-anak roh Allah yang tidak setia. Saudara yang lebih tua boleh disamakan dengan peranan saudara kita Yesus Kristus.

 

Bapa kita yang kekal mencari ketaatan (1Sam 15:22). Kemudian Samuel berkata: “Apakah TUHAN itu berkenan kepada korban bakaran dan korban sembelihan sama seperti kepada mendengarkan suara TUHAN? Sesungguhnya, mendengarkan lebih baik dari pada korban sembelihan, memperhatikan lebih baik dari pada lemak domba-domba jantan”. Dan Dia memerlukan ketaatan diberikan kepada para bapa dan para ibu dari anak-anak mereka yang diperintahkan dalam Hukum yang Kelima (Kel 20:12 dan Ul 5:16 petikan Ef 6:2-3).

 

Keluaran 20:12 Hormatilah orang ayahmu dan ibumu; supaya lanjut umurmu di tanah yang telah diberikan Tuhan Allahmu.

 

Ulangan 5:16 Hormatilah ayahmu dan ibumu, seperti yang diperintah oleh Tuhan Allah kepadamu; supaya lanjut umurmu, dan baik keadaanmu di tanah yang diberikan Tuhan Allahmu kepadamu.

 

Kerana sifat kasih yang mengalir dari Bapa di Sorga kepada anak-anakNya, keperluan Hukum ini lebih besar daripada tugasan ibu bapa kepada anak-anak mereka.

 

Bapa disebut pertama kalinya disini dalam dua ayat ini, tetapi ibu disebut dalam Imamat 19:3:

 

“Setiap kamu harus menghormati ibumu dan ayahmu, dan kamu harus memelihara sabat-sabatku: Aku adalah Tuhan Allahmu.”

 

Dalam semua tiga ayat ini bapa dan ibu dianggap dan dilihat sebagai sama. Kedudukan ibu adalah jelas, dan apa sahaja hormat yang diterima oleh bapa ia juga diterima oleh ibu. Ibu adalah sama taraf dan menerima hormat sama yang ditahbiskan melalui perintah Allah.

 

Perjanjian Baru menyokong ketaatan terhadap ibu bapa dari anak-anak mereka.

 

Efesus 6:1 Anak-anak, taatilah ayahmu dan ibumu dalam segala sesuatu: kerana ini adalah benar.

 

Kolose 3:20 Anak-anak, taatilah ayahmu dan ibumu dalam segala sesuatu: kerana ini dikenan oleh Tuhan.

 

Lihat juga karya tulis Hukum dan Perintah yang Kelima (No. 258).

 

Perintah Allah ini yang memberikan hormat kepada ibu bapa datang dengan janji untuk melanjutkan umur ke tanah yang diberikan oleh Allah kepada kita. Akibat dari tidak menurut Allah dengan menghujat Hukum ini dan tidak menghormati ibu bapa kita adalah umur kita dipendekkan dari tanah tersebut. Tidak menghormati ibu bapa adalah bagi Allah satu daripada jenayah yang paling buruk.

 

Keluaran 21:15 Sesiapa orang yang memukul ayahnya atau ibunya, pastilah ia akan dihukum mati.

 

Hormat yang diberikan kepada ibubapa adalah juga diberikan kepada nenek dan datuk.

 

Imamat 19:32 “Engkau harus bangun berdiri di hadapan orang ubanan dan engkau harus menaruh hormat kepada orang yang tua dan engkau harus takut akan Allahmu; Akulah TUHAN.”

 

Apabila anak muda tidak menghormati dan bersifat angkuh untuk memberi hormat kepada hukum, dan orang yang lebih tua, maka masyarakat yang menurun tahapnya dan tidak tersusun akan terbentuk.

 

Yesaya 3:5 Maka bangsa itu akan desak-mendesak, seorang kepada seorang, yang satu kepada yang lain; orang muda akan membentak-bentak terhadap orang tua, orang hina terhadap orang mulia.

 

Peranan Datuk dan Nenek

 

Datuk dan nenek dalam keluarga adalah bertanggungjawab untuk memelihara keluarga dalam keadaan yang baik menurut Hukum Allah yang telah mengajar mereka. Mereka akan menguatkan keluarga kepada Hukum Allah supaya ia tidak bergoyang disebabkan oleh doktrin salah dan budaya dunia ini.

 

Datuk dan nenek mempunyai tanggungjawab untuk memastikan bahawa anak-anak tetap berada dalam jalan yang kecil dan membawa anak-anak mereka dibawah perintah yang membesarkan generasi sebelum mereka.

 

Dalam generasi baru-baru ini di masyarakat Barat di United States bersama dengan perkembangan keluarga nuklear, anak-anak mula untuk mengasingkan diri mereka dari ibu bapa mereka sebaik sahaja mereka melepasi umur remaja. Apabila masyarakat mengambil keutamaan keatas keluarga anak-anak kita akan dihantar ke sekolah-sekolah tinggi, yang bermula dengan perpisahan dalam perhubungan keluarga yang berterusan yang menjadi teras kepada kepimpinan dalam Hukum Allah. Migratori ini akan pergi ke segi pekerjaan seseorang, dan walaupun industri adalah setempat, lelaki suka untuk berpindah apabila masalah timbul keatas kerjanya. Dia akan mencari lokasi yang baru untuk mencari pekerjaan dan mungkin tidak membawa keluarganya bersama. Kadang-kadang perpisahan bapa ini berlanjutan selama berbulan, atau tahun, dan seterusnya meninggalkan keluarga dan akhirnya perceraian terjadi yang mana akan memusnahkan keluarga.

 

Dengan kehilangan keluarga dalam masyarakat yang menjadi tulang belakang kepada suku kaum, dan bangsa, kita akan mewujudakan orang yang tidak ada perasaan kasih dan hormat yang mana telah dinyatakan dalam yesaya 3:5. Dalam keluarga nuklear semua hormat diberikan kepada datuk dan nenek dan mereka ditinggalkan untuk mati jauh dari anak-anak mereka dan cucu-cucu mereka yang mana suatu ketika dulu bergantung kepada mereka. Sementara kasih dan perasaan sayang kepada mereka dari anak-anak hilang, mereka dibiarkan menghabiskan hari-hari terakhir mereka di rumah-rumah orang tua. Dalam beberapa contoh bersma dengan orang yang tidak sihat dari segi mental dan tidak sihat, penjagaan lain seperti jururawat diperlukan untuk menyokong mereka, tetapi idea bahawa orang-orang yang tua ini memberikan ketidak senangan hidup kepda keluarga nuklear kita kian menjadi ketara. Akibat untuk memelihara Hukum yang Kelima nampak jelas dan umur di tanah yang dijanjikan akan dipendekkan bagi setiap masyarakat yang berpijak diatas Hukum Allah.

 

Memulihakan hormat kepada orang yang lebih tua dalam keluarga kita dengan menjaga ibubapa kita pada hari-hari akhir mereka membolehkan akulturasi dan sosialisasi dalam Hukum-hukum Allah yang diberikan dari satu generasi ke satu generasi, dan menyerap dalam hidup anak-anak untuk menghormati kuasa orang yang lebih tua dari mereka dan terhadap Allah.

 

Ringkasan

 

Peranan-peranan individu dalam keluarga yang ditahbiskan oleh Allah ini adalah ideal kepada anak-anak spiritualNya dan anak-anak fizikal menurut kepada HukumNya. Apabila umat manusia seluruhnya hidup bertentangan dengan perintah Bapa kita di Sorga dan kita gagal untuk menuruti dia, ideal ini hampir mustahil untuk dicapai. Sauh ini pertamanya harus kuat dalam Hukum Allah, dengan suami bersatu dengan isterinya sebagai satu daging dan kemudian dalam lingkungan dua generasi, keluarga yang diberkati ini boleh didirikan, dengan setiap ahli keluarga akan memelihara perintah ini untuk bersatu dalam perkawinan dengan mereka yang memelihara Hukum bapa kita di Sorga (2 Kor 6:14-18).

 

2Korintus 6:14-16 Janganlah kamu merupakan pasangan yang tidak seimbang dengan orang-orang yang tak percaya. Sebab persamaan apakah terdapat antara kebenaran dan kedurhakaan? Atau bagaimanakah terang dapat bersatu dengan gelap?  15 Persamaan apakah yang terdapat antara Kristus dan Belial? Apakah bagian bersama orang-orang percaya dengan orang-orang tak percaya?  16 Apakah hubungan bait Allah dengan berhala? Karena kita adalah bait dari Allah yang hidup menurut firman Allah ini: "Aku akan diam bersama-sama dengan mereka dan hidup di tengah-tengah mereka, dan Aku akan menjadi Allah mereka, dan mereka akan menjadi umat-Ku.  17 Sebab itu: Keluarlah kamu dari antara mereka, dan pisahkanlah dirimu dari mereka, firman Tuhan, dan janganlah menjamah apa yang najis, maka Aku akan menerima kamu.  18 Dan Aku akan menjadi Bapamu, dan kamu akan menjadi anak-anak-Ku laki-laki dan anak-anak-Ku perempuan demikianlah firman Tuhan, Yang Mahakuasa." [2 Sam 7:8, 14; Yes 43:6].

 

Apabila unsur-unsur ini hilang, satu perpecahan akan terjadi dan keluarga akan hidup bertentangan dengan kehendak Allah seperti anak-anak Allah yang memberontak pada masa ini. Kristus telah menubuatkan satu penganiayaan akan datang dari ahli keluarga dan sahabat-sahabat yang berjalan bukan di jalan Allah.

 

Lukas 21:16-17  Dan kamu akan diserahkan juga oleh orang tuamu, saudara-saudaramu, kaum keluargamu dan sahabat-sahabatmu dan beberapa orang di antara kamu akan dibunuh  17 dan kamu akan dibenci semua orang oleh karena nama-Ku.

 

Kita diperlukan untuk melakukan apa yang ada dalam kuasa kita untuk mengembangkan struktur keluarga yang ditahbiskan oleh Allah demi untuk manusia memperanakkan dan akhirnya memberikan hormat kepada Allah. Bagaimana pun, saudara kita Yesus Kristus mentebut bahawa penggenapan perhubungan keluarga terhadap yang lain adalah terletak didalam keluarga anak-anak Allah yang setia. Kerana ini adalah anak-anak Tuhan Maha Tinggi dan saudara-daudara kepada anak pertamanya, Kristus.

 

Matius 12:46-50  Ketika Yesus masih berbicara dengan orang banyak itu, ibu-Nya dan saudara-saudara-Nya berdiri di luar dan berusaha menemui Dia.  47 Maka seorang berkata kepada-Nya: "Lihatlah, ibu-Mu dan saudara-saudara-Mu ada di luar dan berusaha menemui Engkau."  48 Tetapi jawab Yesus kepada orang yang menyampaikan berita itu kepada-Nya: "Siapa ibu-Ku? Dan siapa saudara-saudara-Ku?"  49 Lalu kata-Nya, sambil menunjuk ke arah murid-murid-Nya: "Ini ibu-Ku dan saudara-saudara-Ku!  50 Sebab siapapun yang melakukan kehendak Bapa-Ku di sorga, dialah saudara-Ku laki-laki, dialah saudara-Ku perempuan, dialah ibu-Ku."

 

 

q