Jemaat-jemaat Allah Al Masehi

[194]

 

 

 

 

Tempat Keselamatan

(Edisi 1.0 19970417-19970417)

 

Selama bertahun-tahun jemaat-jemaat Tuhan dalam pelbagai bentuknya dan lain-lain telah mengajar satu doktrin bahawa jemaat akan dibawa ke satu tempat keselamatan ketika penganiayaan dan kesusahan dunia  sepanjang tempoh zaman akhir. Berbagai kumpulan menemuinya di berbagai tempat. Pada satu ketika ia dikatakan adalah Kanada. Pada satu ketika lain ia sepatutnya adalah Petra. Beberapa kumpulan menemuinya pada tempat-tempat lain. Konsep ini mempunyai tarikan yang amat kuat kepada orang-orang yang memandang dunia ini secara fizikal dan bukan secara rohaniah. Tujuan karya ini adalah untuk menyelidik dasar alkitabiah untuk doktrin sebegini dan memastikan tempat keselamatan yang sebenar untuk umat Kristian yang taat.

 

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta ã 1997 Wade Cox)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org


 

Tempat Keselamatan



Israel dahulukala telah dibawa keluar dari Mesir di bawah perlindungan tiang api dan awan. Tiang tersebut telah melindungi mereka dan membawa mereka melalui Laut Teberau. Manifestasi Tuhan itu, sebagai Hadirat atau muka Tuhan, adalah batu karang rohani yang kemudiannya akan menjadi Yesus Kristus. Nama Tuhan ada di dalamnya (Keluaran 23:21; rujuk Kisah 7:38). Paulus menceritakan kepada kita tentang tindakan ini.

 

1Korintus 10:1-4  Aku mau, supaya kamu mengetahui, saudara-saudara, bahwa nenek moyang kita semua berada di bawah perlindungan awan dan bahwa mereka semua telah melintasi laut. 2 Untuk menjadi pengikut Musa mereka semua telah dibaptis dalam awan dan dalam laut. 3 Mereka semua makan makanan rohani yang sama 4 dan mereka semua minum minuman rohani yang sama, sebab mereka minum dari batu karang rohani yang mengikuti mereka, dan batu karang itu ialah Kristus. (KJV)

 

Tuhan adalah Gunung Batu Kita

Salah satu kekeliruan tentang kodrat Tuhan dan tentang Kristus adalah berkaitan dengan gambaran Kristus sebagai Batu Karang kelegaan rohani.

 

Alkitab jelas bahawa Allah adalah Gunung Batu kita, kekuatan serta keselamatan kita (Mazmur 18:1-2). Kita percaya padaNya dan kita tidak takut (Yesaya 12:2). Pengertian akan keselamatan adalah satu fungsi Kristus dan para nabi (Lukas 1:77).

 

Alkitab menjelaskan bahawa Tuhan adalah Gunung Batu atau Sur iaitu kuari atau gunung dari mana semua yang lain dikeluarkan. Oleh itu, Kristus sebagai Batu Karang dikeluarkan dari Gunung Batu itu iaitu Allah, Bapa kepada semua. Tuhan adalah Pisau Batu yang menyunatkan Israel (Yosua 5:2) dan penyebab dasar dan efektif (Ulangan 32:4); lihat Maimonedes Guide of the Perplexed, University of Chicago Press, 1965, Bab 16, halaman 42 dan seterusnya).

 

Tuhan adalah Gunung Batu Israel, Gunung Batu keselamatan mereka (Ulangan 32:15),  Gunung Batu yang memperanakkan mereka (Ulangan 32:18,30-31). 1Samuel 2:2 menunjukkan bahawa Tuhan kita adalah Gunung Batu kita, iaitu Gunung Batu yang kekal (Yesaya 26:4). Dari Gunung Batu inilah semua yang lain terpahat seperti juga semua keturunan Abraham dalam iman (Yesaya 51:1-2).

 

Ulangan 32:17 menunjukkan bahawa Eloah adalah tujuan persembahan korban. Di sini Gunung Batu yang memperanakkan Israel adalah tsur (SHD 6697) atau tsuwr (dari SHD 6696) yang bererti tembok batu curam atau batu tajam yang sama padat. Ia adalah batu atau batu besar dan, secara kiasan, satu tempat perlindungan dan boleh juga pinggir atau ngarai. 1 Samuel 2:2 berkata tidak ada Gunung Batu seperti Allah kita.

 

Mesias terungkit lepas (terpahat) dari Gunung Batu ini (Daniel 2:34,45) untuk menundukkan kerajaan-kerajaan dunia. Tuhan, bukan Petrus atau Kristus atau sesiapapun, adalah Gunung Batu atau dasar pada mana Kristus akan membangunkan Jemaatnya (Matius 16:18) dan pada mana dia sendiri berada sebagai batu penjuru utama kita dalam bangunan rohani yang merupakan Bait Tuhan. Tuhan adalah gunung batu dan padanya diletakkan batu-batu dasar dua belas rasul itu.

 

2Samuel 22:2-3 dalam KJV menyatakan Daud berkata dalam roh TUHAN [Yehovah] adalah bukit batuku [sela], kubu pertahananku dan penyelamatku, Allah bukit batuku, tempat aku berlindung (Lord [Jehovah] is my Rock [sela], and my fortress and my deliverer; The God of my rock in Him will I trust.). Bagaimanapun, ayat-ayat lain (MT, LXX dan Syriac; lihat nota Green’s Interlinear dan Companion Bible) hanya menyatakan TUHAN gunung batuku dsb (God my rock). Maka, Tuhan adalah tsur dan bukan Mesias seperti yang cuba dimaksudkan KJV di sini.

 

Mesias adalah sela (SHD 5553) yang diperolehi dari akar kata yang digunakan yang bererti tinggi dan, dengan itu, bermakna batu bertebing dan, secara kiasannya, bermaksud suatu benteng. Ia adalah batu karang yang kasar atau batu atau kubu. Bagaimanapun, dia bukanlah tsur iaitu Tuhan.

 

Kristus adalah batu yang dipahat dari Gunung Batu yang seperti gunung atau kuari dan dia kemudiannya dilemparkan pada akhir kerajaan-kerajaan dunia itu dan akan memusnahkan mereka.

 

Daniel 2:31-35  Ya raja, tuanku melihat suatu penglihatan, yakni sebuah patung yang amat besar! Patung ini tinggi, berkilau-kilauan luar biasa, tegak di hadapan tuanku, dan tampak mendahsyatkan. 32 Adapun patung itu, kepalanya dari emas tua, dada dan lengannya dari perak, perut dan pinggangnya dari tembaga, 33 sedang pahanya dari besi dengan kakinya sebagian dari besi dan sebagian lagi dari tanah liat. 34 Sementara tuanku melihatnya, terungkit lepas sebuah batu tanpa perbuatan tangan manusia, lalu menimpa patung itu, tepat pada kakinya yang dari besi dan tanah liat itu, sehingga remuk. 35 Maka dengan sekaligus diremukkannyalah juga besi, tanah liat, tembaga, perak dan emas itu, dan semuanya menjadi seperti sekam di tempat pengirikan pada musim panas, lalu angin menghembuskannya, sehingga tidak ada bekas-bekasnya yang ditemukan. Tetapi batu yang menimpa patung itu menjadi gunung besar yang memenuhi seluruh bumi. (KJV).

 

Kota Petra

Maka dengan itu, seseorang mungkin boleh dimaafkan kerana bertanya bagaimana kita memperolehi konsep di mana kota Petra di Idumea (Edom) dikaitkan dengan tempat keselamatan.

 

Alasannya dibuat bahawa oleh kerana ayat dalam 2 Samuel merujuk kepada Mesias yang merupakan sela Daud dan oleh kerana nama purba untuk Petra juga adalah sela, maka Petra dinamakan untuk atau sempena Kristus. Logiknya kemudiannya disalahpakai di mana istilah sela adalah satu lagi nama dari Tuhan yang mahakuasa dari penyalahgunaan ayat di atas hingga dibaca sebagai Allah bukit batuku dsb supaya Tuhan yang mahakuasa juga adalah Sela. Ini kemudiannya dianggap bererti bahawa Kristus adalah Tuhan oleh kumpulan Trinitarian sedangkan ini bukanlah maksud ayat itu. Kumpulan Binitarian menganggapnya bererti bahawa Allah Bapa tidak disebut dalam Perjanjian Lama dan ini omong kosong belaka seperti yang ditunjukkan teks ini (lihat juga Amsal 30:4-5; Maleakhi 2:10).

 

Logik penjelasan ini sama warasnya dengan mengatakan bahawa Rocky Balboa adalah juara Hollywood dan Pergunungan Rocky mempunyai nama yang sama – jadi, pergunungan ini dinamakan sempenanya.

 

Bagaimanapun, kita akan teruskan dengan analisa penjelasan itu. Ianya diakui bahawa sela atau has-sela bererti batu (batu karang) atau mungkin tembok batu curam. Ianya dikatakan oleh para penyokong pandangan “Petra adalah tempat keselamatan” bahawa tempat tertentu ini iaitu Sela dari Alkitab telah dikenalpasti sebagai kawasan dataran tinggi berbatu Umm el-Biyara yang berada di atas kota Petra setinggi kira-kira 1,000 kaki dan berada kira-kira 3,700 kaki di atas paras laut. Nama Petra adalah terjemahan Yunani untuk Sela dan secara literal bererti satu pengumpulan batu (SGD 4073). Ini berbeza dari petros (SGD 4074) yang bererti sekeping batu.

 

Perbezaan itulah yang dibuat oleh Kristus dalam Matius 16:18.

 

Matius 16:18  Dan Akupun berkata kepadamu: Engkau adalah Petrus dan di atas batu karang ini Aku akan mendirikan jemaat-Ku dan alam maut tidak akan menguasainya. (RSV)

 

Petrus adalah petros tetapi Kristus akan membangunkan Jemaatnya pada Petra iaitu Tuhan.

 

Kota Petra telah dipahat dari tembok-tembok batu atau dinding sebuah lembah kira-kira 1,500 meter panjang dan 500 meter lebar.

 

Petra sebagai Sela Perjanjian Lama

Para pembela Petra sebagai tempat keselamatan menggunakan ayat-ayat dalam Alkitab yang menyebut tentang Sela sebagai rujukan-rujukan jelas kepada kota purba Petra. Kita mulakan pada Hakim 1:36.

 

Hakim 1:36  Daerah orang Amori itu mulai dari pendakian Akrabim, dari Sela, terus ke atas. (RSV)

 

Akrabim adalah satu pendakian di selatan Laut Teberau yang disebutkan dalam Bilangan 34:4. Nama ini bererti tempat kalajengking dari perkataan untuk kalajengking dan juga satu cambuk atau cemeti (Konkordans Strong’s dan juga SHD 6137 ‘aqrab). Ia hanya muncul dalam bentuk yang bererti Jalan Kalajengking (Scorpion Pass) (lihat Interpreters Dictionary of the Bible, Vol. 1, halaman 75). Ia adalah jalan (laluan) gunung di sempadan selatan Kanaan. Ia biasanya dikaitkan dengan Neqb es-Safa, di mana jalan dari Bersyeba ke Araba turun dengan mendadak ke dalam Waddi Murra. Satu lagi cadangan adalah ia adalah Umm el-’Aqarab, pada sebelah barat Laut Mati, di hadapan Lisan. Pada zaman Yunani, kawasan itu dikenali sebagai Akrabattene di mana Judas (Yudas) Maccabeus telah mengalahkan orang-orang Idumea (Edom) (1 Macc. 5:3). Josephus ada menyebut tentang suatu toparki Akrabattene di tenggara Sikhem (Wars of the Jews, II. xii. 4; IV. ix. 9). Kawasan ini berada di barat daya Laut Mati (Laut Asin) dekat pendakian Akrabbim (Interpreters Dictionary of the Bible, ibid).

 

Penggunaan Sela di sini sama sekali tidak bererti kepastian dalam kaitannya dengan Petra. Dan ciri yang disebutkan berada di sebelah barat Laut Mati dan Araba.

 

Kita akan dapati bahawa kenalpasti salah ini adalah satu kebiasaan dan khususnya merujuk kepada tempat Kadesh yang juga disalahkait dengan Petra.

 

Ianya tidak pasti bahawa Sela dikenalpasti sebagai Petra. 2 Raja-raja 14:7 mengatakan Amazia raja Yehuda telah membunuh 10,000 orang Edom di Lembah Asin dan menakluk Sela secara mendadak dan memanggilnya Yokteel yang menjadi namanya sehingga waktu kitab Raja-raja ditulis.

 

Teks dalam 2Tawarikh 25:12 hanya mengatakan bahawa 10,000 orang Edom telah dibawa ke puncak bukit batu dan dicampak darinya. Letaknya Sela di Petra adalah sesuatu yang mungkin tetapi tidak pasti dan terdapat juga teks-teks lain yang dikaitkan dengan Sela yang menunjukkan bahawa mereka tidak mungkin berada di Petra.

 

Ukiran-ukiran Petra adalah dari abad keempat BCE hingga abad kedua CE. Pada abad pertama CE (TM) Petra menjadi ibu kota orang Nabatea. Paulus menghabiskan beberapa tahun dari hidupnya di sini.

 

Hubungan antara Edom dan Yehuda selalu genting. Orang Asyur telah menyerang dan mencaplok Gilead dan kawasan Galilea pada 733-732 BCE di bawah Tiglat-pileser III. Apabila Nebukadnezar berarak ke arah Yehuda pada 588 BCE, sebilangan orang Yahudi telah melarikan diri ke negeri-negeri termasuk Amon, Moab dan Edom (Yeremia 40:11). Sesudah kejatuhan Yerusalem, mereka kembali untuk menyokon Gedalya sebagai pemerintah. Dia telah dibunuh – nampaknya atas perintah Baalis, raja bani Amon (Yeremia 40:14). Orang Edom telah merampas sebahagian dari kerajaan Yehuda di selatan yang kemudiannya dipanggil Idumea (Edom). Kawasan itu telah dipaksa menukar agama kepada Judaisme oleh John Hyrcanus (135-104 BCE). Herodes yang Agung datang dari salah satu keluarga Idumea yang dipaksa menukar agama ini. Maka Edom mendapat tempatnya di dalam Judaisme.

 

Pada zaman Kristus, kawasan dari Arnon di utara Yabok dan mungkin sejauh Yarmuk adalah kawasan yang dikenali sebagai Perea. Perkataan Yunani peran bererti di seberang. Bahagian selatan kawasan itu adalah kawasan Yahudi yang menjadi hubungan Yahudi antara Galilea dan Yudea walaupun ia berada di tebing timur Yordan.

 

Di bahagian utara, ia bercampur dengan Decapolis yang merupakan kesatuan sepuluh kota (deka = 10, polis = kota). Ibu kota Amon merupakan tempatnya Filadelfia (kini adalah Amman di zaman moden). Mereka juga termasuk Gerasa, Pella, Gadara, Scythopolis (Bet-Sean) yang satu-satunya berada di tebing barat, dan Damsyik. Mereka telah ditakluk oleh orang Maccabea pada abad kedua dan pertama BCE tetapi orang Rom telah memulihkan kemerdekaan mereka pada 63 BCE dan sekali lagi sesudah kematian Herodes pada 4 BCE. Mereka adalah masyarakat-masyarakat Yunani (Hellenist) walaupun mengandungi orang Yahudi.

 

Di utara Yarmuk adalah kawasan yang diperintah oleh raja (tetrarch) Philip (Filipus) dengan pengecualian kawasan-kawasan sekitar Gadara dan Hippos yang menjadi sebahagian dari daerah Syria. Pekan kawasan ini adalah Kaisarea Filipi (Caesarea Philippi), yang dinamakan sempena Philip. Ia berada di satu sumber Yordan dan mempunyai sebuah gua yang dikhaskan kepada Pan dan Bidadari-bidadari dan pada asalnya dipanggil Paneas dan ini terus kekal dalam nama moden Baniyas.

 

Rujukan-rujukan lain kepada Petra dan kawasan sekitarnya dipercayai didapati dalam Yesaya 16:1.

Yesaya 16:1 Mereka mengirim anak domba kepada pemerintah negeri, dari Sela melalui padang gurun ke gunung puteri Sion. (RSV)

 

Ini diluaskan dalam KJV.

Yesaya 16:1-5  [Kirimlah] anak domba kepada pemerintah negeri, dari Sela [ke] padang gurun ke gunung puteri Sion. 2 Seperti burung yang lari terbang, dan isi sarang yang diusir, demikianlah anak-anak perempuan Moab di tempat-tempat penyeberangan sungai Arnon. 3 "Berilah nasihat, pertahankanlah hak, jadilah naungan yang teduh di waktu rembang tengah hari; sembunyikanlah orang-orang yang terbuang, janganlah khianati orang-orang pelarian! 4 Biarkanlah orang-orang yang terbuang dari Moab menumpang padamu, jadilah tempat persembunyian baginya terhadap si pembinasa! Apabila penggagahan sudah berakhir, pembinasaan sudah lewat dan orang lalim sudah habis lenyap dari negeri, 5 maka suatu takhta akan ditegakkan dalam kasih setia dan di atasnya, dalam kemah Daud, akan duduk senantiasa seorang hakim yang menegakkan keadilan, dan yang segera melakukan kebenaran." (KJV)

 

Bahagian ini mengisahkan pengurangan Moab hingga ia menjadi kecil dan lemah dan berdepan dengan penawanan mereka. Waktunya dianggap sebagai dalam tiga tahun. Anak-anak domba yang dikirim kepada pemerintah negeri dianggap mempunyai signifikans rohani. Kawasan ini dikaitkan dengan Sela dan sungai-sungai Arnon. Anak-anak domba dianggap merujuk kepada Jemaat. Ini juga dilihat sebagai anak domba ufti (upeti) pemerintah dan mungkin merujuk kepada peristiwa dalam 2Raja-raja 3:4 di mana Mesa raja Moab melakukan perkara yang sama.

 

Sela di sini dikenalpasti sebagai Petra kerana berada di Gunung Seir dekat Gunung Hor (lihat juga Companion Bible dan perhatikan 2 Raja-raja 14:7).

 

Satu lagi ayat yang kadangkala digunakan untuk menunjukkan bahawa Jemaat akan hidup dalam padang gurun Petra pada zaman akhir ditemui dalam Yesaya 42:11.

 

Yesaya 42:11 Baiklah padang gurun menyaringkan suara dengan kota-kotanya dan dengan desa-desa yang didiami Kedar! Baiklah bersorak-sorai penduduk Bukit Batu, baiklah mereka berseru-seru dari puncak gunung-gunung! (KJV)

 

Teks ini merujuk kepada kawasan yang jauh lebih besar dari ini dan melibatkan kawasan-kawasan pinggir pantai dan pulau dan juga padang gurun dan kota-kota. Nubuatan-nubuatan ini dipercayai adalah tentang Sanherib (lihat Yesaya 10; Yesaya 37). Bagaimanapun, penyokong-penyokong Petra menentukan waktunya pada zaman akhir. Kedar adalah satu suku Ismael. Yesaya 60:7 menandakan bahawa Kedar akan mendapat tempat beribadat dalam Rumah Tuhan pada kedatangan Mesias dalam waktu pemulihan. Jadi harus disimpulkan bahawa bangsa Arab akan menjadi sebahagian dari keimanan sebenar, pada waktu itu.

 

Yesaya 60:4-12 Angkatlah mukamu dan lihatlah ke sekeliling, mereka semua datang berhimpun kepadamu; anak-anakmu laki-laki datang dari jauh, dan anak-anakmu perempuan digendong. 5 Pada waktu itu engkau akan heran melihat dan berseri-seri, engkau akan tercengang dan akan berbesar hati, sebab kelimpahan dari seberang laut akan beralih kepadamu, dan kekayaan bangsa-bangsa akan datang kepadamu. 6 Sejumlah besar unta akan menutupi daerahmu, unta-unta muda dari Midian dan Efa. Mereka semua akan datang dari Syeba, akan membawa emas dan kemenyan, serta memberitakan perbuatan masyhur TUHAN. 7 Segala kambing domba Kedar akan berhimpun kepadamu, domba-domba jantan Nebayot akan tersedia untuk ibadahmu; semuanya akan dipersembahkan di atas mezbah-Ku sebagai korban yang berkenan kepada-Ku, dan Aku akan menyemarakkan rumah keagungan-Ku. 8 Siapakah mereka ini yang melayang seperti awan dan seperti burung merpati ke pintu kandangnya? 9 Sungguh, Akulah yang dinanti-nantikan pulau-pulau yang jauh; kapal-kapal Tarsis berlayar di depan untuk membawa anak-anakmu laki-laki dari jauh, perak dan emasnya dibawa serta, untuk nama TUHAN, Allahmu, dan oleh karena Yang Mahakudus, Allah Israel, sebab Ia mengagungkan engkau. 10 Orang-orang asing akan membangun tembokmu, dan raja-raja mereka akan melayani engkau; sebab dalam murka-Ku Aku telah menghajar engkau, namun Aku telah berkenan untuk mengasihani engkau. 11 Pintu-pintu gerbangmu akan terbuka senantiasa, baik siang maupun malam tidak akan tertutup, supaya orang dapat membawa kekayaan bangsa-bangsa kepadamu, sedang raja-raja mereka ikut digiring sebagai tawanan. 12 Sungguh, bangsa dan kerajaan yang tidak mau mengabdi kepadamu akan lenyap; bangsa-bangsa itu akan dirusakbinasakan. (KJV)

 

Pertaubatan akhir bangsa-bangsa ini meliputi ramai orang. Di sini kita perhatikan bahawa seluruh dunia bukan Yahudi dimaksudkan.

 

Para penyokong Petra lazim berpendapat bahawa orang Edom adalah orang Turki. Nubuatan dalam Obaja 3-4 dianggap merujuk kepada mereka tetapi tujuan atau kaitan kepada Petra adalah kabur.

 

Obaja 3-4 Keangkuhan hatimu telah memperdayakan engkau, ya engkau yang tinggal di liang-liang batu, di tempat kediamanmu yang tinggi; engkau yang berkata dalam hatimu: "Siapakah yang sanggup menurunkan aku ke bumi?" 4 Sekalipun engkau terbang tinggi seperti burung rajawali, bahkan, sekalipun sarangmu ditempatkan di antara bintang-bintang, dari sanapun Aku akan menurunkan engkau, --demikianlah firman TUHAN. (KJV)

 

Petra pada waktu ini adalah sebuah padang gurun. Dari ukurannya, ia juga sangat kecil. Lembahnya sempit sampai 250 meter lebarnya di beberapa tempat. Ia adalah jurang batu pasir yang dibentuk oleh erosi (pengikisan) dan jurang utama dipanggil Wadi Musa atau lembah Musa. Ia dikelilingi oleh tebing-tebing curam batu pasir. Ia hanya seluas 750,000 meter persegi. Ia mungkin boleh memuatkan sebanyak 1,000 blok rumah pinggir kota yang kecil.

 

Kadesh sebagai Sela

Loncatan seterusnya dalam logik dalam sokongan untuk Petra sebagai tempat keselamatan adalah bahawa istilah Sela dipakaikan kepada Kadesh di padang gurun Zin. Israel meninggalkan Sinai dan tiba di Kadesh di mana Miryam mati dan telah dikuburkan.

 

Bilangan 20:1-13 Kemudian sampailah orang Israel, yakni segenap umat itu, ke padang gurun Zin, dalam bulan pertama, lalu tinggallah bangsa itu di Kadesh. Matilah Miryam di situ dan dikuburkan di situ. 2 Pada suatu kali, ketika tidak ada air bagi umat itu, berkumpullah mereka mengerumuni Musa dan Harun, 3 dan bertengkarlah bangsa itu dengan Musa, katanya: "Sekiranya kami mati binasa pada waktu saudara-saudara kami mati binasa di hadapan TUHAN! 4 Mengapa kamu membawa jemaah TUHAN ke padang gurun ini, supaya kami dan ternak kami mati di situ? 5 Mengapa kamu memimpin kami keluar dari Mesir, untuk membawa kami ke tempat celaka ini, yang bukan tempat menabur, tanpa pohon ara, anggur dan delima, bahkan air minumpun tidak ada?" 6 Maka pergilah Musa dan Harun dari umat itu ke pintu Kemah Pertemuan, lalu sujud. Kemudian tampaklah kemuliaan TUHAN kepada mereka. 7 TUHAN berfirman kepada Musa: 8 "Ambillah tongkatmu itu dan engkau dan Harun, kakakmu, harus menyuruh umat itu berkumpul; katakanlah di depan mata mereka kepada bukit batu itu supaya diberi airnya; demikianlah engkau mengeluarkan air dari bukit batu itu bagi mereka dan memberi minum umat itu serta ternaknya." 9 Lalu Musa mengambil tongkat itu dari hadapan TUHAN, seperti yang diperintahkan-Nya kepadanya. 10 Ketika Musa dan Harun telah mengumpulkan jemaah itu di depan bukit batu itu, berkatalah ia kepada mereka: "Dengarlah kepadaku, hai orang-orang durhaka, apakah kami harus mengeluarkan air bagimu dari bukit batu ini?" 11 Sesudah itu Musa mengangkat tangannya, lalu memukul bukit batu itu dengan tongkatnya dua kali, maka keluarlah banyak air, sehingga umat itu dan ternak mereka dapat minum. 12 Tetapi TUHAN berfirman kepada Musa dan Harun: "Karena kamu tidak percaya kepada-Ku dan tidak menghormati kekudusan-Ku di depan mata orang Israel, itulah sebabnya kamu tidak akan membawa jemaah ini masuk ke negeri yang akan Kuberikan kepada mereka." 13 Itulah mata air Meriba, tempat orang Israel bertengkar dengan TUHAN dan Ia menunjukkan kekudusan-Nya di antara mereka. (KJV)

 

Di sini, Musa disuruh untuk berbicara kepada bukit batu itu dan ia akan mengeluarkan air yang cukup untuk bangsa itu. Musa mengambil tongkat Harun dan memukul bukit batu itu dua kali dengan marah dan bukannya bercakap seperti yang diperintah kepadanya. Kerana itulah, mereka tidak dibenarkan masuk ke dalam tanah perjanjian.

 

Keputusan ini telah menggenapi tiga tujuan. Pertama, ia menunjukkan bahawa tiada memandang bulu dalam hukum taurat. Kedua, ia adalah untuk menunjuk kepada keakhiran sistem itu di bawah Musa dan, ketiga, ia menghalang bangsa itu dari menjadikan tempat-tempat penguburan Harun dan Musa sebagai tempat-tempat berhala. Perkataan batu (bukit batu) di sini didapati dari sela dan bukan dari tsur. Bagaimanapun, idea bahawa Kadesh adalah Petra adalah hal yang lain lagi.

 

Maka kasus ini nampaknya bersandar pada identifikasi padang gurun Paran sebagai Petra. Ini kelihatannya cukup mustahil. Umat Israel telah meninggalkan padang gurun Sinai dan, dengan mengikut Awan itu, memasuki padang gurun Paran.

 

Bilangan 10:12-13  Lalu berangkatlah orang Israel dari padang gurun Sinai menurut aturan keberangkatan mereka, kemudian diamlah awan itu di padang gurun Paran. 13 Itulah pertama kali mereka berangkat menurut titah TUHAN dengan perantaraan Musa. (KJV)

 

Padang gurun Paran dikenalpasti dalam banyak ayat Perjanjian Lama (Kejadian 21:21; Bilangan 10:12; 12:16; 13:3,26; Ulangan 1:1; 33:2; 1 Samuel 25:1; 1 Raja-raja 11:18; Habakuk 3:3). Ulangan 1:1 menunjukkan bahawa ia bertentangan dengan Laut Teberau (Suf).

 

Ulangan 1:1  Inilah perkataan-perkataan yang diucapkan Musa kepada seluruh orang Israel di seberang sungai Yordan, di padang gurun, di Araba-Yordan, di tentangan Suf, antara Paran dengan Tofel, Laban, Hazerot dan Di-Zahab. (KJV)

 

Identifikasi ini menghindari sepenuhnya identifikasi dengan kawasan di timur Araba di mana Petra berada. Satu-satunya cara untuk kita menjauhkannya dari laut adalah dengan mengandaikan perkataan Suph (Suf) tidak merujuk kepada Laut Teberau (lihat Bilangan 33:48-50; 35:1; 36:13). Masalah masih timbul di mana padang gurun Paran berada di sempadan lembah yang disempadani oleh Paran, Tofel, Laban, Hazerot dan Di-Zahab. Lembah ini adalah Araba, dan padang gurun Paran nampaknya membatasi sempadan baratnya. Laban berada di utara. Titik selatan adalah pada Ezion-geber pada teluk Akaba.

 

Ianya benar bahawa Paran bererti perhiasan (SHD 6290) tetapi ia diperolehi dari SHD 6286 yang bererti bersinar dan, dengan itu, menghiasi. Secara kiasan, ia bererti bercakap besar atau menjelaskan dalam ertikata memberi penjelasan diri dan, dengan itu, dari ertikata daun-daunan perhiasan pohon ia bererti memuliakan atau mencantikkan diri. Dalam ertikata ini, ia adalah untuk menyediakan Israel dalam peringkat akhir percantikan dan pemuliaan sebelum ia memasuki tanah perjanjian. Ini juga adalah untuk merujuk kepada Jemaat dalam peringkat akhir pemuliaan.

 

Konsep dari Young’s Concordance diambil di mana ia dipenuhi dengan gua-gua besar dan, dengan itu, seharusnya bermaksud Petra kerana ia mempunyai gua-gua besar. Terdapat banyak gua di padang gurun di selatan Kanaan dan di kawasan Laut Mati. Ini nampaknya seperti pertimbangan yang sangat lemah.

 

Kadesh-barnea

Seperti yang sudah kita lihat, ayat-ayat menolak padang gurun Paran sebagai Petra (khususnya Ulangan 1:1). Atlas of the Bible (Rogerson, Time Life Books, cetakan semula 1996) mengenalpasti padang gurun Paran sebagai kawasan antara Sinai dan Negeb, sebenarnya membentuk sebahagian dari Negeb, dan bersambung dengan Araba di barat (ibid., halaman 26-27, 114). Bahagian utamanya terletak antara Araba dan Depresi Ramon. Kawasan di selatan yang dikenali sebagai Kadesh atau Kadesh-barnea (Masa, Meriba, En-Mispat) secara tradisinya terletak pada salah satu dari dua tempat – sama ada di Ein el-Qudeirat atau Ein Qedeis. Ein el-Qudeirat mempunyai lebih banyak air untuk ternakan tetapi ia berada di dalam lembah yang dalam dan sempit. Kedua-dua tempat ini berada kira-kira sepuluh kilometer antara mereka di kawasan tadahan tinggi Wadi El-Arish di sebelah barat Depresi Ramon (lihat ibid., halaman 114). Terdapat satu baris kawasan yang boleh didiami yang menuju ke timur laut ke arah Laut Mati (Laut Asin) dan bersambung dengan jalan yang ke barat dari Jalan Kalajengking (Scorpion Pass). Gunung Hor difikirkan berada di selatan Jalan ini dan berkaitan dengan Gunung Zin. Depresi Ha-Qatan berada di utara.

 

Kadesh berada kira-kira sebelas hari perjalanan dari Horeb melalui Gunung Seir (Ulangan 1:2). Ayat ini menunjukkan bahawa dari Horeb, orang Israel mengembara ke selatan wilayah Edom. Horeb atau Gunung Sinai ditempatkan berlainan oleh sesetengah sarjana. Satu pandangan menempatkan Sinai atau Horeb di Jebel Helal kira-kira 60 kilometer di barat Kadesh. Ini tidak cukup untuk memenuhi perjalanan sebelas hari yang dinyatakan dalam Ulangan. Elia melarikan diri dari tentera Izebel dan mengambil empat puluh hari dan empat puluh malam untuk membawanya dari sehari perjalanan jauhnya dari Bersyeba ke Horeb (1 Raja-raja 19:1-8). Ia hanya 130 kilometer dari selatan Bersyeba ke Jebel Helal. Dua lagi alternatif untuk Horeb atau Gunung Sinai dilihat sebagai Jebel Serbal atau Jebel Musa. Tradisi purba meletakkan Jebel Musa (Gunung Musa) sebagai Sinai. Serbal, 35 kilometer di barat laut Musa, lebih hebat dalam hubungannya kepada kawasan sekitarnya dan sesetengah orang memilihnya daripada Musa.

 

Signifikans sebenar Sinai adalah bahawa di sinilah Tuhan telah berbicara kepada Musa. Dari sini segala perintah untuk melepaskan Israel telah diberikan (Keluaran 3:1-12). Ke sinilah Musa telah membawa Israel sesudah Keluaran itu untuk menerima hukum taurat (Keluaran 19; lihat Keluaran 3:12). Ketika menunggu, bangsa itu terjerumus ke dalam keberhalaan di sini dengan anak lembu emas (Keluaran 32:1-6).

 

Dalam ayat-ayat alkitabiah yang lain, Sinai dipercayai telah bergetar apabila Tuhan berlalu melalui Edom dan padang gurun (Hakim 5:4-5; Mazmur 68:7-8). Elia melarikan diri ke Horeb. Simbolisme ini adalah seperti para nabi yang ingin mendapatkan firman Tuhan melalui jurucakap yang merupakan Elohim yang diutus kepada Israel oleh Tuhan. Kejadian transfigurasi (perubahan rupa) juga nampaknya membayangkan konsep ini (Markus 9:2-8).

 

Teks dalam Ulangan 1:19-20 menunjukkan bahawa Israel datang dari Horeb melalui padang gurun melalui pergunungan orang Amori dan datang ke Kadesh-barnea.

 

Ulangan 1:19-20  "Kemudian kita berangkat dari Horeb dan berjalan melalui segenap padang gurun yang besar dan dahsyat yang telah kamu lihat itu, ke arah pegunungan orang Amori, seperti yang diperintahkan kepada kita oleh TUHAN, Allah kita; lalu kita sampai ke Kadesh-Barnea. 20 Ketika itu aku berkata kepadamu: Kamu sudah sampai ke pegunungan orang Amori, yang diberikan kepada kita oleh TUHAN, Allah kita. (RSV)

 

Maka Kadesh dianggap berada di kawasan bukit (pergunungan) orang Amori. Jadi, ia bukan di Edom. Ia adalah sebahagian dari pusaka Israel dan, dengan itu, berada di utara Wadi El-Arish. Orang Amori dikaitkan dengan orang Kanaan dan, kerana itu, kawasan selatan Kanaan nampaknya dikenalpasti di sini. Oleh itu perjalanan ke Kadesh-barnea adalah dari selatan kawasan selatan Edom dari kawasan bukit Gunung Seir dan terus menyeberang ke padang gurun Paran dan Kadesh.

 

Pandangan ini disokong dari Hakim 1:36.

 

Hakim 1:36  Daerah orang Amori itu mulai dari pendakian Akrabim, dari Sela, terus ke atas. (RSV)

 

Maka sempadan orang Amori dibataskan di timur Yordan ke kawasan antara Arnon dan Yabok tetapi, di sebelah barat, ia pergi ke selatan di sebelah Edom turun ke Jalan Kalajengking yang terletak bertentangan Bukit Batu atau Sela. Ianya mustahil bahawa sempadan orang Amori di timur yang dimaksudkan – kerana Petra tidakpun berdekatan sempadan utara Edom. Akrabbim juga berada sedikit ke barat laut Petra di sebelah Araba yang satu lagi.

 

Bilangan 21 menterjemahkan teks dalam Ulangan. Kadesh adalah kawasannya dan dari Kadesh bangsa ini terdedah kepada serangan. Mereka telah diserang oleh orang Amalek dan juga oleh orang Kanaan di bawah Arad di Gunung Hor. Di sini kita perhatikan namanya ditukar kepada Horma.

 

Kadesh berada di luar Edom kerana dari sini Musa mengirim utusan kepada raja Edom memintanya izin untuk melalui jalan yang dikenali sebagai Jalan Besar (Jalan Besar Raja) (Bilangan 20:17). Permintaan ini ditolak dan bangsa Israel membuat perjalanan putar mengelilingi sempadan selatan Edom dan kemudian berpusing ke utara, dan terus berada di timur sempadan timur tempat-tempat jagaan Edom (Bilangan 21:4,10-13). Kadesh mahupun bangsa Israel tidak berada dalam Edom.

 

Mungkin difikirkan bahawa Bilangan 33:41-49 seolah-olah menggambarkan bahawa Israel berjalan tanpa halangan melalui Edom. Bilangan 33:37 menunjukkan dengan pasti bahawa Kadesh berada di luar Edom.

 

Bilangan 33:37  Mereka berangkat dari Kadesh, lalu berkemah di gunung Hor, di perbatasan tanah Edom. (KJV)

 

Teks dalam Bilangan seolah-olah menunjukkan bahawa mereka pergi ke timur Edom dan kemudian menyeberangi Moab ke Arnon.

 

Bilangan 21:11-13  Berangkatlah mereka dari Obot, lalu berkemah dekat reruntuhan di Abarim, di padang gurun yang di sebelah timur Moab. 12 Dari situ berangkatlah mereka, lalu berkemah di lembah Zered. 13 Dari situ berangkatlah mereka, lalu berkemah di seberang sungai Arnon yang di padang gurun dan yang keluar dari daerah orang Amori, sebab sungai Arnon ialah batas Moab, di antara orang Moab dan orang Amori. (KJV)

 

Arnon terletak dalam Moab dan mengalir ke perbatasan timur Laut Mati (Laut Asin) pada pusatnya. Petra terletak kira-kira 70 kilometer ke selatan Laut Mati pada sebelah timur Araba.

 

Dari Arnon mereka pergi ke Bersyeba (Bilangan 21:16). Dari padang gurun mereka pergi ke Matana, kemudian ke Nahaliel dan kemudian ke Bamot. Dari Bamot di lembah Moab mereka pergi ke Pisga yang melihat ke arah Padang Belantara (Jeshimon). Dari sini mereka mengirim utusan kepada Sihon raja orang Amori untuk meminta izin perjalanan. Dia telah berperang melawan Israel dan dikalahkan. Israel kemudiannya menduduki tanah-tanah orang Amori dari Arnon sampai Yabok. Dan dengan itu mengambil semua tanah di timur Yordan antara Moab dan Amon (Bilangan 21:16-32). Sekali lagi, ini bukan dalam Edom dan selepas mereka meninggalkan Kadesh-barnea.

 

Ayat-ayat dalam Ulangan 1:2-8 adalah umum dan mengisahkan pemberian kawasan orang Amori dan orang Kanaan dari Ezion-geber ke Libanon dan ke Efrat di mana orang Amor atau Amurru telah sampai. Ulangan 1:19-20 menunjukkan bahawa orang Amor dan orang Kanaan dikelaskan sebagai satu dan sempadan selatan negeri mereka yang berbukit termasuk Kadesh-barnea.

 

Ulangan 2:8 menunjukkan bahawa Israel meninggalkan Edom dari seberang dataran Araba mengikut jalan dari Elat dan Ezion-geber dan kemudian mereka membelok dan berjalan terus ke arah padang gurun Moab. Orang Moab dibiarkan kerana pusaka mereka telahpun diberikan kepada mereka melalui Lot. Dulunya orang-orang besar telah tinggal di Moab. Mereka dipanggil orang Emim di situ. Di Seir mereka dipanggil Horim dan mereka telah dihapuskan oleh orang Edom dan orang Moab. Mereka seperti orang Enak (Ulangan 2:10-12). Tuhan menggunakan orang-orang Abraham untuk menghapuskan bangsa ini yang dipanggil raksasa (orang besar). Ianya mengambil masa tiga puluh lapan tahun untuk Israel pergi dari Kadesh-barnea mengelilingi Edom dan menyeberangi Zered ke negeri orang Amori (Ulangan 2:14). Mereka melintasi Moab melalui Ar (Ulangan 2:18) pada sempadan antara Moab dan Edom. Ini sangat jauh jaraknya dari Petra.

 

Hal-hal berikut didapati dari teks-teks ini. Arnon tidak dekat dengan Petra. Dan Kadesh-Barnea adalah kira-kira 100 kilometer dari Petra. Mereka bukan tempat yang sama. Malah, dari ayat-ayat itu, kita lihat bahawa Petra tidak dikunjungi oleh Israel dalam pengembaraan mereka dan mereka khususnya dilarang masuk kawasan itu oleh orang Edom sendiri.

 

Kadesh adalah di mana pengintai-pengintai itu diutus untuk memerhati negeri itu. Ia adalah tempat alegori yang penting untuk Israel. Kadesh adalah seperti papan tanda (Kejadian 16:14). Dari Bilangan 13:26 kita perhatikan bahawa pengintai-pengintai itu telah diutus dari situ dan kembali kepada Musa dan Harun dan kepada seluruh jemaat bangsa itu di padang gurun Paran di Kadesh (lihat juga Bilangan 12:16; 13:3). Ini disahkan oleh Ulangan 1:19-25.

 

Hasil dari laporan palsu sepuluh pengintai itu di Kadesh, Musa dan seluruh jemaat itu, berumur dua puluh tahun dan ke atas di Kadesh, telah dilarang dari memasuki tanah perjanjian. Ini sama seperti masuk ke dalam Kerajaan Tuhan seperti seorang anak kecil.

 

Pengutusan keluar pengintai-pengintai ini jangan dikelirukan dengan para pengintai yang diutus ke Yaezer (Bilangan 21:32).

 

Meriba dikaitkan dengan Kadesh (dalam Bilangan 20:13; 27:14).

 

Kadesh adalah penting di mana di sinilah pemberontakan tersebut nampaknya telah terjadi. Sesudah pengintai-pengintai itu menghasilkan laporan palsu dan dua saksi setia Yosua dan Kaleb diberikan dan ditolak oleh bangsa itu, Israel diserang oleh orang Amalek dan terpaksa berundur ke Horma (yang bererti kemusnahan) tetapi masih berada di padang gurun Paran atau Zin (Bilangan 14:45). Bilangan 16 hingga Bilangan 19 mengisahkan pemberontakan Korah, Datan dan Abiram.

 

Pemberontakan jemaat itu berlaku begitu meluas sekali hingga Tuhan ingin membinasakan seluruh jemaat itu. Tongkat Harun kemudiannya dijadikan bertunas dari antara tongkat-tongkat para pemimpin dua belas suku itu, sebagai saksi terhadap umat Israel dan untuk mengukuhkan keimamatan dalam Lewi. Dari titik ini, orang Lewi dikhususkan sebagai jabatan imamat dan pusaka mereka ditentukan (Bilangan 18:1-32). Persepuluhan telah ditetapkan sebagai pusaka jabatan imamat dan seluruh Lewi untuk pelayanan Israel.

 

Ketetapan hukum bagi penyucian jemaat (Bilangan 19:1-22) juga telah ditetapkan di sini dalam Paran di Horma. Waktu kebinasaan ini menyaksikan jemaat dikenakan tindakan dan, mereka yang sikapnya tidak betul dengan Tuhan, dihapuskan.

 

Bilangan 20:1 menyatakan jemaat ini kemudiannya kembali ke Kadesh dalam padang gurun Zin pada Nisan tahun itu. Miryam mati dan dikubur di situ. Umat ini bersungut terhadap Tuhan di sini dan Musa tidak mempercayai Tuhan dan memukul bukit batu itu untuk mengeluarkan air untuk mereka dan bukan dengan berkata saja kepadanya. Musa memikirkan perbuatannya akan menghasilkan air seperti memaksa mata air yang sudahpun ada di situ.

 

Di sini Tuhan menunjukkan kekudusanNya dalam jemaat (Bilangan 20:13). Dalam Bilangan 20:16 Musa merayu kepada orang Edom. Dia menetapkan dua perkara di sini. Pertama adalah bahawa ianya seorang Malaikat yang telah diutus oleh Tuhan untuk membawa mereka keluar dari Mesir. Juga mereka menganggap bahawa Kadesh adalah sebuah kota pada tepi perbatasan kawasan pengaruh Edom. Edom menolak keizinan untuk melalui negeri mereka. Pada waktu ini Harun dibawa naik ke atas Gunung Hor dan pakaiannya ditanggalkan darinya dan diberikan kepada anaknya Eleazar.

 

Dia kemudiannya mati dan Israel meratapinya selama tiga puluh hari (Bilangan 20:25-29). Kisah ini muncul dalam Ulangan 10:6. Sesudah Musa menerima perintah-perintah itu dan memasukkannya ke dalam Tabut, ianya dicatatkan bahawa bangsa Israel pergi dari Beerot Bene-Yaakan ke Mosera. Di situ Harun mati dan di situlah dia dikuburkan dan Eleazar melayani dalam jabatan imam sebagai gantinya.

 

Semua ini adalah nama-nama yang berlainan dalam penceritaan itu. Beerot adalah dalam kawasan anak-anak Yaakan. Beerot adalah sebuah kota Hewi dalam Kanaan (Yosua 9:17; 18:25; 2 Samuel 4:2; Ezra 2:25; Nehemia 7:29). Ia bererti sumur-sumur (SHD 881; fem. pl.). Jaakan (SHD 3292, lihat juga ’akan SHD 6130 membelit atau berliku-liku) digelar sebagai seorang Idumea (orang Edom). Dia adalah anak Ezer iaitu anak kepada Esau (1 Tawarikh 1:38-42; lihat Kejadian 36:20-21). Beney Ya’aqan adalah satu tempat di padang gurun (SHD 1142). Mosera atau Moserot adalah satu perkhemahan di padang gurun (disebut dalam Bilangan 33:30-31 dan Ulangan 10:6). Teks dalam Bilangan menunjukkan bahawa orang Israel pergi dari Sinai melalui satu siri tempat-tempat dari Sinai. Moserot adalah perkhemahan kelima belas dari padang gurun Sinai. Dari Moserot, mereka pergi ke Bene-Yaakan (Jaakan) dan dari situ ke Hor-Gidgad, kemudian ke Yotbata dan ke Abrona dan kemudian Ezion-geber. Dari Ezion-geber mereka berangkat ke padang gurun Zin iaitu Kadesh.

 

Ianya tidak dipertikaikan lagi dari segi alkitabiah bahawa Bene-Yaakan bukan Kadesh dan bahawa pergerakan suku-suku itu bergerak melalui Ezion-geber dari timur (melalui Seir) ke barat dan ke Kadesh yang berada dalam padang gurun Zin.

 

Yaakan adalah orang Hori (Horite) yang bererti penghuni gua dan pergerakan suku-suku itu adalah bersebelahan dengan Hor-Gidgad atau gua belahan (SHD 2735). Edom mempunyai banyak gua di seluruh daerahnya. Orang Keni juga adalah penghuni gua (Bilangan 24:21) seperti yang disebut Bileam. Bagaimanapun, bukan semua gua dan bukan semua penghuni gua berada di Petra. Perkataan untuk batu (bukit batu) sela tidak dipakaikan secara eksklusif kepada Petra. Josephus cuba menempatkan Petra sebagai tempat kematian Miryam dan tempat kematian Harun pula pada sebuah gunung berdekatan (Josephus Antiquities of the Jews, Bk. IV, iv, 7). Ini dikenalpasti dalam tradisi sebagai Jebel Nebi Harun atau Gunung Nabi Harun. Jadi ini dituntut sebagai Gunung Hor.

 

Josephus juga memperhatikan bahawa lima raja Midian telah dikalahkan oleh orang Israel di bawah Musa dan lima dari raja mereka telah terbunuh. Mereka adalah Ewi, Zur, Reba, Hur dan Rekem. Dia mempunyai nama yang sama seperti kota utama Arabia. Seluruh bangsa Arab dipercayai memanggil kota ini Arecem dan orang Yunani memanggilnya Petra (ibid., IV, vii, 1). Rekem bererti batu. Kadesh nampaknya ditulis sebagai Rekem dalam Aramaik dan dengan itu tradisi tersebut nampaknya telah mempengaruhi hal itu. Apa sekalipun, teks alkitabiah menunjukkan ianya mustahil bahawa Kadesh adalah Petra.

 

Dalam menghadapi konsep penundukan orang Kanaan dan Amori ini, Yosua memberitahu kita bahawa dia telah menakluki seluruh negeri itu.

 

Yosua 10:40-41 Demikianlah Yosua mengalahkan seluruh negeri itu, Pegunungan, Tanah Negeb, Daerah Bukit dan Lereng Gunung, beserta semua raja mereka. Tidak seorangpun yang dibiarkannya lolos, tetapi ditumpasnya semua yang bernafas, seperti yang diperintahkan TUHAN, Allah Israel. 41 Yosua menewaskan mereka dari Kadesh-Barnea sampai Gaza, juga seluruh tanah Gosyen sampai Gibeon. (RSV)

 

Gambaran di sini menunjukkan Kadesh-Barnea sebagai titik di selatan yang memanjang sampai Gaza dan dari Gosyen sampai Gibeon. Mereka tidak memasuki Edom dan, dengan itu, ini adalah satu lagi bukti bahawa Kadesh-Barnea bukan di dalam Edom apa lagi Petra. Kadesh-Barnea tanpa diragui lagi ditunjukkan berada di sempadan selatan tanah pusaka Yehuda yang bersambung dengan Negeb.

 

Yosua 15:1-4  Bagian yang diundikan kepada suku bani Yehuda menurut kaum-kaum mereka adalah sampai ke batas tanah Edom, sampai ke padang gurun Zin ke selatan, di ujung selatan. 2 Batas selatan bagi mereka mulai dari ujung Laut Asin, dari teluk yang menghadap ke selatan; 3 lalu keluar pada sebelah selatan pendakian Akrabim, terus ke Zin, naik ke sebelah selatan Kadesh-Barnea, terus ke Hezron, naik ke Adar, membelok ke Karka, 4 terus ke Azmon dan keluar pada sungai tanah Mesir, sehingga batas itu berakhir ke laut. Itulah bagi kamu batas selatan. (RSV)

 

Kadesh-Barnea, dari teks ini, terletak di barat daya Laut Mati (Asin) dan Araba dan Jalan Kalajengking (Akrabim) dan di barat Zin dan di timur sungai Mesir.

 

Pengajaran yang harus dipelajari dari Kadesh kena pada inti doktrin tempat keselamatan. Sama ada Kadesh terletak di barat atau timur Araba atau di Petra yang memang tidak mungkin, perkara yang harus diingati adalah bahawa Tuhan menguji jemaat di sini dengan kesetiaan dan dalam perang. Mereka dihukum kerana kegagalan dalaman dan mereka menghadapi ancaman kehapusan dari luar. Mereka terpaksa berundur dan menyucikan diri mereka dari kesalahan mereka. Ramai yang mati sepanjang proses ini. Ini bukan tempat keselamatan yang fizikal. Ia adalah tempat keselamatan rohani. Mereka yang terselamat telah selamat kerana hubungan peribadi mereka dengan Tuhan. Itulah tempat keselamatan mereka. Mereka selamat melalui penyakit sampar, kegiatan subversi dalaman, perang penghapusan luaran dan kesilapan-kesilapan dalam kepimpinan. Mereka melakukan ini melalui hubungan mereka yang betul dengan Tuhan.

 

Orang Israel tinggal di Kadesh beberapa lama (Ulangan 1:46) dan dari waktu ini mereka membentuk hubungan mereka yang betul dengan Tuhan sebelum meneruskan untuk memiliki tanah perjanjian itu.

 

Kadesh (SHD 6949) bererti tempat perlindungan. Ia diperolehi dari SHD 6945 kadesh yang bererti seorang yang hampir suci sebagai seorang penganut lelaki dan bermakna seorang sodomite atau orang yang najis (tidak suci). Ini pula diperolehi dari SHD 6942 qadash yang bererti menyucikan dengan upacara dan dari sifat acara-acara yang terlibat juga bererti mengotorkan.

 

Istilah barnea diperolehi dari dua perkataan: SHD 1251 (bar (Kasdim): padang) dan SHD 5128 (nuwa: ragu-ragu dan dengan itu mengembara, ragu-ragu, dinaikkan [pangkat], terhuyung-hayang, menghambur atau menjadi seorang pengembara). Strong berpendapat ia bererti padang gurun seorang pelarian. Jadi, ia bererti Kadesh atau Tempat perlindungan Padang Gurun Pengembaraan.

 

Jadi adakah ini satu tempat keselamatan dalam ertikata bahawa ia bebas dari penganiayaan dan bahaya? Tidak, malah yang sebaliknya. Keduaan makna nama ini bererti bahawa jika individu tidak benar dengan Tuhan maka mereka dinajiskan. Orang-orang ini gugur dalam bilangan yang banyak dari tempat ini. Jadi, ia memang tempat penghamburan. Ia bukan Petra, kerana umat pilihan khususnya dilarang memasuki negeri orang Edom. Lebih penting lagi, Petra tidak mungkin dapat menampung bilangan orang yang terlibat dan kota ini belum lagi dibina sehingga hampir seribu tahun kemudian.

 

Idea Tempat Keselamatan

Idea ini diperolehi dari satu ayat dalam Wahyu yang dibuat kepada Jemaat di Filadelfia.

 

Revelation 3:10  Because thou hast kept the word of my patience, I also will keep thee from the hour of temptation, which shall come upon all the world, to try them that dwell upon the earth. (KJV)

 

Revelation 3:10  Because you have kept my word of patient endurance, I will keep you from the hour of trial which is coming on the whole world, to try those who dwell upon the earth. (RSV)

 

Wahyu 3:10  Karena engkau menuruti firman-Ku, untuk tekun menantikan Aku, maka Akupun akan melindungi engkau dari hari pencobaan yang akan datang atas seluruh dunia untuk mencobai mereka yang diam di bumi.

 

Janji ini adalah untuk melindungi kumpulan ini dari waktu pencubaan atau waktu pengujian yang akan datang atas seluruh dunia. Dari ini, ianya diandaikan oleh semua yang menganggap bahawa mereka adalah sistem Filadelfia itu (nampaknya sedikit saja yang mengaku orang Laodikia) bahawa mereka akan dibawa ke suatu tempat untuk dilindungi dari waktu pencubaan ini.

 

Ianya diandaikan juga bahawa waktu pencubaan ini adalah sebelum kedatangan Mesias. Ini mungkin bukan begitu. Besar kemungkinan kedatangan inilah yang melindungi Jemaat ini. Bagaimanapun, ianya diandaikan bahawa bukan ini yang terjadi dan bahawa waktu ini adalah sejurus sebelum kedatangan Mesias. Waktu ini lazim dianggap berkebetulan dengan tiga setengah tahun atau 1,260 hari untuk dua saksi itu.

 

Ini dipasangkan dengan satu lagi ayat yang bercakap tentang jemaat dalam padang gurun.

 

Wahyu 12:1-12  Maka tampaklah suatu tanda besar di langit: Seorang perempuan berselubungkan matahari, dengan bulan di bawah kakinya dan sebuah mahkota dari dua belas bintang di atas kepalanya. 2 Ia sedang mengandung dan dalam keluhan dan penderitaannya hendak melahirkan ia berteriak kesakitan. 3 Maka tampaklah suatu tanda yang lain di langit; dan lihatlah, seekor naga merah padam yang besar, berkepala tujuh dan bertanduk sepuluh, dan di atas kepalanya ada tujuh mahkota. 4 Dan ekornya menyeret sepertiga dari bintang-bintang di langit dan melemparkannya ke atas bumi. Dan naga itu berdiri di hadapan perempuan yang hendak melahirkan itu, untuk menelan Anaknya, segera sesudah perempuan itu melahirkan-Nya. 5 Maka ia melahirkan seorang Anak laki-laki, yang akan menggembalakan semua bangsa dengan gada besi; tiba-tiba Anaknya itu dirampas dan dibawa lari kepada Allah dan ke takhta-Nya. 6 Perempuan itu lari ke padang gurun, di mana telah disediakan suatu tempat baginya oleh Allah, supaya ia dipelihara di situ seribu dua ratus enam puluh hari lamanya. 7 Maka timbullah peperangan di sorga. Mikhael dan malaikat-malaikatnya berperang melawan naga itu, dan naga itu dibantu oleh malaikat-malaikatnya, 8 tetapi mereka tidak dapat bertahan; mereka tidak mendapat tempat lagi di sorga. 9 Dan naga besar itu, si ular tua, yang disebut Iblis atau Satan, yang menyesatkan seluruh dunia, dilemparkan ke bawah; ia dilemparkan ke bumi, bersama-sama dengan malaikat-malaikatnya. 10 Dan aku mendengar suara yang nyaring di sorga berkata: "Sekarang telah tiba keselamatan dan kuasa dan pemerintahan Allah kita, dan kekuasaan Dia yang diurapi-Nya, karena telah dilemparkan ke bawah pendakwa saudara-saudara kita, yang mendakwa mereka siang dan malam di hadapan Allah kita. 11 Dan mereka mengalahkan dia oleh darah Anak Domba, dan oleh perkataan kesaksian mereka. Karena mereka tidak mengasihi nyawa mereka sampai ke dalam maut. 12 Karena itu bersukacitalah, hai sorga dan hai kamu sekalian yang diam di dalamnya, celakalah kamu, hai bumi dan laut! karena Iblis telah turun kepadamu, dalam geramnya yang dahsyat, karena ia tahu, bahwa waktunya sudah singkat." (RSV)

 

Di sini kita perhatikan bahawa perempuan ini melahirkan anaknya. Di sini kita lihat Mesias dilahirkan kepada perempuan ini iaitu jemaat Israel. Mesias dibawa lari kepada Tuhan dan takhtaNya. Perempuan ini kemudiannya lari ke padang gurun di mana telah disediakan satu tempat untuknya selama 1,260 hari. Waktu ini dianggap waktu penganiayaan Jemaat. Ini diambil sebagai waktu di bawah Empayar Rom Suci yang kekal dari 590 hingga 1850, apabila ia dibubarkan.

 

Peperangan di syurga berlaku dari masa ini. Sebenarnya waktu peperangan di syurga ini mungkin telah bermula dari waktu kenaikan Mesias selepas kebangkitan. Oleh itu, peperangan ini tidak akan terikat kepada waktu perempuan ini di padang gurun tetapi dari penyingkiran Iblis dalam peperangan itu.

 

Ayat yang penting di sini adalah bahawa orang-orang kudus akan menang dengan darah Anak Domba itu dan perkataan kesaksian mereka dan mereka tidak mengasihi nyawa mereka sampai ke dalam maut. Tiada janji di sini bahawa mereka akan dilindungi dari maut atau penganiayaan. Malah, yang sebaliknya.

 

Penganiayaan jemaat yang melahirkan anak laki-laki itu bermula dengan pengurungan Iblis. Jadi jemaat ini juga termasuklah Yehuda. Ayat 14 kemudian membawa kita kepada perkara sayap burung nasar yang besar.

 

Sayap Burung Nasar yang Besar

Wahyu 12:13-17  Dan ketika naga itu sadar, bahwa ia telah dilemparkan di atas bumi, ia memburu perempuan yang melahirkan Anak laki-laki itu. 14 Kepada perempuan itu diberikan kedua sayap dari burung nasar yang besar, supaya ia terbang ke tempatnya di padang gurun, di mana ia dipelihara jauh dari tempat ular itu selama satu masa dan dua masa dan setengah masa. 15 Lalu ular itu menyemburkan dari mulutnya air, sebesar sungai, ke arah perempuan itu, supaya ia dihanyutkan sungai itu. 16 Tetapi bumi datang menolong perempuan itu. Ia membuka mulutnya, dan menelan sungai yang disemburkan naga itu dari mulutnya. 17 Maka marahlah naga itu kepada perempuan itu, lalu pergi memerangi keturunannya yang lain, yang menuruti hukum-hukum Allah dan memiliki kesaksian Yesus. Dan ia tinggal berdiri di pantai laut. (RSV)

 

Terdapat dua kumpulan di sini. Satu adalah keturunan perempuan iaitu keturunan fizikal, dan kumpulan yang satu lagi adalah keturunan rohani. Mereka merupakan sisa keturunan perempuan ini yang memelihara perintah-perintah Tuhan dan memiliki kesaksian Yesus. Jadi bukan Yehuda yang dimaksudkan di sini – ianya Jemaat. Di sini akhirnya, Jemaat sedang dianiaya.

 

Dari konsep ini, kita mendapat gambaran bahawa Israel adalah perempuan itu yang terdiri dari kumpulan-kumpulan fizikal dan rohani.

 

Banyak dari kumpulan-kumpulan yang mendukung Petra sebagai tempat keselamatan berpendapat bahawa teks ini bererti bahawa mereka akan dibawa ke Petra (atau berbagai tempat lain) di atas sayap burung nasar yang besar. Malah, sebuah jemaat menggunanya untuk membenarkan pembelian pesawat terbang dan penyalahgunaan dana-dana persepuluhan termasuk dan kebajikan atau persepuluhan ketiga.

 

Sayap burung nasar yang besar dikenalpasti dalam Perjanjian Lama.

 

Keluaran 19:3-6  Lalu naiklah Musa menghadap Allah, dan TUHAN berseru dari gunung itu kepadanya: "Beginilah kaukatakan kepada keturunan Yakub dan kauberitakan kepada orang Israel: 4 Kamu sendiri telah melihat apa yang Kulakukan kepada orang Mesir, dan bagaimana Aku telah mendukung kamu di atas sayap rajawali dan membawa kamu kepada-Ku. 5 Jadi sekarang, jika kamu sungguh-sungguh mendengarkan firman-Ku dan berpegang pada perjanjian-Ku, maka kamu akan menjadi harta kesayangan-Ku sendiri dari antara segala bangsa, sebab Akulah yang empunya seluruh bumi. 6 Kamu akan menjadi bagi-Ku kerajaan imam dan bangsa yang kudus. Inilah semuanya firman yang harus kaukatakan kepada orang Israel." (RSV)

 

Burung nasar yang besar itu adalah Yesus Kristus yang Tuhan berikan Israel sebagai satu tanggungjawab (Ulangan 32:8-9 RSV). Tuhan telah mendukung Israel di atas sayap burung nasar (rajawali) yang besar keluar dari Mesir ke dalam padang gurun agar Dia dapat membawanya kepada diriNya agar mereka menjadi harta kesayanganNya dari antara segala bangsa dengan mendengar firmanNya (iaitu burung nasar itu sendiri, Elohim yang berfirman) dan berpegang pada perjanjianNya.

 

Makhluk yang kini kita kenali sebagai Yesus Kristus bertanggungjawab untuk perlindungan Israel sebagai bangsa dan Jemaat. Iblis cuba menghapuskan kumpulan ini sepanjang waktu yang lama.

 

Perlindungan Israel terletak dalam diversifikasi dan penyerakannya – bukan dalam konsentrasinya di satu tempat seperti mana yang dibayangkan istilah-istilah yang terlibat dalam Kadesh.

 

Satu lagi konsep pelepasan diri (keluputan) ditemui dalam 1 Samuel 23:24-29.

 

1Samuel 23:24-29  Lalu berkemaslah mereka pergi ke Zif, mendahului Saul. Daud dan orang-orangnya ada di padang gurun Maon, di dataran di sebelah selatan padang belantara. 25 Ketika Saul dengan orang-orangnya pergi mencari Daud, diberitahukanlah hal itu kepada Daud, lalu pergilah ia ke gunung batu dan tinggal di padang gurun Maon. Saul mendengar hal itu, lalu mengejar Daud di padang gurun Maon; 26 Saul berjalan dari sisi gunung sebelah sini dan Daud dengan orang-orangnya dari sisi gunung sebelah sana. Daud cepat-cepat mengelakkan Saul; tetapi Saul dengan orang-orangnya sudah hampir mengepung Daud serta orang-orangnya untuk menangkap mereka, 27 ketika seorang suruhan datang kepada Saul dengan pesan: "Segeralah undur, sebab orang Filistin telah menyerbu negeri." 28 Maka berhentilah Saul mengejar Daud dan pergi menghadapi orang Filistin. Itulah sebabnya orang menyebut tempat itu: Gunung Batu Keluputan. 29 Daud pergi dari sana, lalu tinggal di kubu-kubu gunung di En-Gedi. (RSV)

 

Konsepnya di sini adalah tentang pelarian dan keluputan. Gunung Batu Keluputan merupakan tempat perlindungan bagi Daud dalam penganiayaannya oleh Saul. Divisi di sini juga dibayangkan dalam konsep tempat perlindungan. Penggunaan gunung batu di sini jelas bukan Petra tetapi ia masih satu tempat perlindungan. Para penyokong Petra nampaknya cuba mencocokkan setiap ayat ke dalam rangka doktrin tempat keselamatan. Bagaimanapun, keselamatan di sini didapati dalam pelarian dan gunung batu itu bukan Petra.

 

Pelarian Umat Pilihan

Salah satu ayat kunci dalam memahami maksud Mesias dan Jemaat adalah Matius 10:16-42.

 

Matius 10:16-42  "Lihat, Aku mengutus kamu seperti domba ke tengah-tengah serigala, sebab itu hendaklah kamu cerdik seperti ular dan tulus seperti merpati. 17 Tetapi waspadalah terhadap semua orang; karena ada yang akan menyerahkan kamu kepada majelis agama dan mereka akan menyesah kamu di rumah ibadatnya. 18 Dan karena Aku, kamu akan digiring ke muka penguasa-penguasa dan raja-raja sebagai suatu kesaksian bagi mereka dan bagi orang-orang yang tidak mengenal Allah. 19 Apabila mereka menyerahkan kamu, janganlah kamu kuatir akan bagaimana dan akan apa yang harus kamu katakan, karena semuanya itu akan dikaruniakan kepadamu pada saat itu juga. 20 Karena bukan kamu yang berkata-kata, melainkan Roh Bapamu; Dia yang akan berkata-kata di dalam kamu. 21 Orang akan menyerahkan saudaranya untuk dibunuh, demikian juga seorang ayah akan anaknya. Dan anak-anak akan memberontak terhadap orang tuanya dan akan membunuh mereka. 22 Dan kamu akan dibenci semua orang oleh karena nama-Ku; tetapi orang yang bertahan sampai pada kesudahannya akan selamat. 23 Apabila mereka menganiaya kamu dalam kota yang satu, larilah ke kota yang lain; karena Aku berkata kepadamu: Sesungguhnya sebelum kamu selesai mengunjungi kota-kota Israel, Anak Manusia sudah datang. 24 Seorang murid tidak lebih dari pada gurunya, atau seorang hamba dari pada tuannya. 25 Cukuplah bagi seorang murid jika ia menjadi sama seperti gurunya dan bagi seorang hamba jika ia menjadi sama seperti tuannya. Jika tuan rumah disebut Beelzebul, apalagi seisi rumahnya. 26 Jadi janganlah kamu takut terhadap mereka, karena tidak ada sesuatupun yang tertutup yang tidak akan dibuka dan tidak ada sesuatupun yang tersembunyi yang tidak akan diketahui. 27 Apa yang Kukatakan kepadamu dalam gelap, katakanlah itu dalam terang; dan apa yang dibisikkan ke telingamu, beritakanlah itu dari atas atap rumah. 28 Dan janganlah kamu takut kepada mereka yang dapat membunuh tubuh, tetapi yang tidak berkuasa membunuh jiwa; takutlah terutama kepada Dia yang berkuasa membinasakan baik jiwa maupun tubuh di dalam neraka. 29 Bukankah burung pipit dijual dua ekor seduit? Namun seekorpun dari padanya tidak akan jatuh ke bumi di luar kehendak Bapamu. 30 Dan kamu, rambut kepalamupun terhitung semuanya. 31 Sebab itu janganlah kamu takut, karena kamu lebih berharga dari pada banyak burung pipit. 32 Setiap orang yang mengakui Aku di depan manusia, Aku juga akan mengakuinya di depan Bapa-Ku yang di sorga. 33 Tetapi barangsiapa menyangkal Aku di depan manusia, Aku juga akan menyangkalnya di depan Bapa-Ku yang di sorga." 34 "Jangan kamu menyangka, bahwa Aku datang untuk membawa damai di atas bumi; Aku datang bukan untuk membawa damai, melainkan pedang. 35 Sebab Aku datang untuk memisahkan orang dari ayahnya, anak perempuan dari ibunya, menantu perempuan dari ibu mertuanya, 36 dan musuh orang ialah orang-orang seisi rumahnya. 37 Barangsiapa mengasihi bapa atau ibunya lebih dari pada-Ku, ia tidak layak bagi-Ku; dan barangsiapa mengasihi anaknya laki-laki atau perempuan lebih dari pada-Ku, ia tidak layak bagi-Ku. 38 Barangsiapa tidak memikul salibnya dan mengikut Aku, ia tidak layak bagi-Ku. 39 Barangsiapa mempertahankan nyawanya, ia akan kehilangan nyawanya, dan barangsiapa kehilangan nyawanya karena Aku, ia akan memperolehnya. 40 Barangsiapa menyambut kamu, ia menyambut Aku, dan barangsiapa menyambut Aku, ia menyambut Dia yang mengutus Aku. 41 Barangsiapa menyambut seorang nabi sebagai nabi, ia akan menerima upah nabi, dan barangsiapa menyambut seorang benar sebagai orang benar, ia akan menerima upah orang benar. 42 Dan barangsiapa memberi air sejuk secangkir sajapun kepada salah seorang yang kecil ini, karena ia murid-Ku, Aku berkata kepadamu: Sesungguhnya ia tidak akan kehilangan upahnya dari padanya." (RSV)

 

Ayat kuncinya adalah ayat 23. Apabila mereka menganiaya kamu dalam kota yang satu, larilah ke kota yang lain; karena Aku berkata kepadamu: Sesungguhnya sebelum kamu selesai mengunjungi kota-kota Israel, Anak Manusia sudah datang.

 

Sesiapa yang ingin menyelamatkan nyawanya akan kehilangannya. Tempat keselamatan adalah doktrin penghiburan bagi orang-orang yang tiada iman dan pengertian untuk menghadapi kebenaran. Ia merupakan doktrin kawalan. Ia cuba menuntut hak penentuan jemaat Tuhan dan mengambilnya ke dalam kumpulan terkawal dan bukan kepada Tuhan. Ia tidak mementingkan maksud hati seperti yang Tuhan lakukan, tetapi sebaliknya kepada penghiburan.

 

Tiada janji bahawa umat pilihan tidak akan perlu menyerahkan nyawa mereka untuk iman. Sesungguhnya, yang sebaliknya adalah benar. Pokok pentingnya adalah bahawa Israel akan masih tidak insaf dan menganiaya umat pilihan apabila Mesias datang semula. Untuk memahami teks ini, kamu juga perlu memahami siapakah Israel. Perkara luarbiasanya adalah bahawa pembela-pembela terkuat doktrin tempat keselamatan ini adalah orang Israel British sendiri.

 

Tempat keselamatan ada di dalam tangan Tuhan. Ulangan 28 menunjukkan berkat dan kutukan. Ia menunjukkan kepada kita semua bahawa ketaatan kepada hukum-hukum Tuhan adalah syarat untuk perlindungan (lihat karya Berkat dan Kutukan (No. 75)).

 

Doktrin tempat keselamatan memukul tepat pada inti pertaubatan seorang individu. Ia cuba meninggikan sebuah organisasi lebih dari struktur Tuhan dan hubungan satu dengan satu yang terbentuk dari keimamatan bangsa yang dijanjikan dari persinggahan di Kadesh.

 

Organisasi tersebut, tidak kira berapa besar, yang tidak melakukan kehendak Tuhan tidak akan selamat.

 

Tempat keselamatan kamu ada dalam tangan Tuhan sebagai gambaran hubungan peribadi kamu denganNya melalui Yesus Kristus.

 

q