Jemaat-jemaat Allah Al Maséhi

[195]

 

 

 

 

Kalendar dan Bulan: Penangguhan atau Perayaan? [195]

(Edition 1.3 19970308-19990315)

 

Karya Tulis ini dibentuk, bersama dengan bantuan pengambilan kutipan-kutipan dari sumber-sumber yang berwenang, dan Alkitab, untuk membolehkan pembaca melihat dari Yudaik dan rujukan-rujukan lain mengenai ketidakpastian dan asal mulanya sistem penangguhan mereka. Penangguhan itu sendiri tidak sepenuhnya berada dalam kedudukan yang tetap sehingga abad yang kesebelas dari kemasukan para pendukung kepada sistem penangguhan itu sendiri.

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta ã 1997, 1999 (ed. Wade Cox))

(Tr. 2003)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org

 

 

 

Kalendar dan Bulan: Penangguhan atau Perayaan? [195]



 

Pengenalan


 

Kalendar, yang seringkali diungkap sebagai kalendar Hillel, sebenarnya suatu ciptaan asal mula yang lebih baru daripada pengetahuan mengenainya secara umum. Tidak ada keraguan bahawa sistem penangguhan menurut Encyclopedia Judiaica dan menurut karya-karya rujukan lainnya tidak sepenuhnya berada dalam kedudukan yang tetap sehingga abad yang kesebelas dan ianya bukan hasil dari Rabbi Hillel II dari 358 CE walaupun secara lazim ia dipertalikan dengannya. Kita harus melihat pengembangan dari yang berikut dan juga sedar bahawa kita berhadapan sama ada pemeliharaan Perayaan Allah atau pemeliharaan  Penangguhan. Tujuan bagi kalendar Katolik adalah untuk menghindari persesuaian dengan kalendar Yudaik yang asli dan kalendar Yahudi menghindari persesuaian dengan kalendar Kristian universal yang umum. Fakta-fakta ini menjadi bukti dalam tulisan ini.

 

Bulan-bulan Tishri dan Abib

 

Tishre: Dari Aramaik shera atau sherei, “bermula” …bulan ketujuh dalam kitaran perayaan keagamaan; pertama dalam kronologi atau kitaran sivil... yang pertama tidak pernah jatuh pada hari Ahad, Rabu, atau Jumaat. Dalam abad yang kedua puluh, permulaan yang paling awal ialah September 6  dan permulaan yang paling lewat ialah  Oktober 5 (The Jewish Almanac, Bantam, 1980, ms. 241).

 

Peraturan penangguhan ini memastikan bahawa Hari Sangkakala ( 1 Tishri, Rosh HaShanah), dan Hari Pendamaian (10 Tishri, Yom Kippur) tidak diadakan pada Sabat sejurus sebelum atau selepas hari-hari suci ini. Peraturan penangguhan orang-orang Yahudi juga menghalangi pemeliharaan Perayaan Bait Suci, seperti pada tahun 1997, dimana ekuinoks musim gugur jatuh pada hari terakhir Perayaan (21 Tishri), dan meletakkannya sebulan kemudian (16-23 Oktober), selepas ekuinoks musim gugur (23 September pada tahun 1997).

 

Nisan: berhubungan dengan bulan pertama orang Babilon, Nisannu. “bermula”, atau mungkin dalam Ibrani nitzan. “bersemi.” Nama pentateuchal (lima buku pertama dalam perjanjian lama) ialah Aviv [atau Abib], “mata air” ...yang pertama tidak pernah jatuh pada hari Isnin, Rabu, atau Jumaat. Dalam abad yang kedua puluh, permulaan yang paling awal ialah Mac 13 dan permulaan yang paling lewat ialah April 11 (ibid., ms. 245).

 

Seluruh musim Paskah juga melambangkan persediaan kepada buah pertama Allah untuk penuaian buah pertama, yakni Pentakosta. Peraturan penangguhan diatas menghindari orang-orang Yahudi dari memelihara Paskah mereka yang kebetulan pada malam Selasa terjadi pada 14 Abib [yakni, dimana Rabu adalah 1 Abib]. Peraturan bagi Abib membolehkan Sabat jatuh pada hari ke-14 [dimana 1 Nisan adalah hari Ahad], yang mana merupakan hari persediaan untuk hari ke-15, Hari Suci pertama dalam tujuh hari perayaan Roti tidak Beragi. Bagaimanapun, dalam Tishri, sabat tidak dibenarkan sejurus sebelum bulan yang pertama atau ke-10.

 

Encyclopedia Britannica,, Edisi ke-9, artikel Kalendar, mengatakan:

 

Ekuinoks [musim semi] sudah ditetapkan pada Mac 21, walaupun matahari memasuki Aries secara umum pada hari ke-20 dalam bulan, kadangkala  pada hari yang ke-19. kerana itu, ianya mustahil bahawa bulan penuh akan tiba selepas ekuinoks yang sebenar, dan masih mendahului Mac 21. Ini, oleh kerana itu, bukan merupakan bulan paskal dalam kalendar, walaupun ianya diragukan demikian, sekiranya tujuan Kaunsil Nice [Nicea] diikuti dengan teguh. Bulan-bulan baru ditandakan oleh epacts [hari tambahan diperlukan untuk menetapkan Paskah Ahad] juga berbeza dari bulan baru astronomi, dan malahan dari pertengahan bulan-bulan baru, secara umum oleh satu atau dua hari... epacts ini juga diletakkan demikian sebagai menandakan bulan-bulan baru secara umumnya satu atau dua hari selepas bulan penuh yang sebenarnya; tetapi ini dilakukan dengan sengaja, untuk menghindari perubahan persetujuan dengan Paskah orang-orang Yahudi, yang mana para penyusun kalendar seakan-akan telah menganggap suatu kejahatan yang lebih besar daripada merayakan Paskah seminggu lebih lewat (ms. 599).

 

Bulan Baru dan Molad

 

Kita harus perhatikan bahawa gabungan, atau molad, adalah titk astronomi yang merentasi dari satu bulan kepada bulan seterusnya dan bahawa ketetapan kalendar Bulan Baru dan molad seringkali bertepatan. Satu contoh dehiyyah ketiga (peraturan penangguhan) ialah: sekiranya molad Tishri terjadi pada pukul 12 tengah hari pada hari Ahad [dibawah keadaan yang sesuai, keratan yang paling pertama pada bulan sabit akan kelihatan selepas matahari terbenam, yakni kira-kira 6 sehingga 8 jam selepas molad], Rosh HaShanah akan ditunda kepada hari Ahad, “yang mana tidak dibenarkan, supaya perayaan tersebut boleh dipindahkan satu hari berikutnya, iaitu hari Isnin” (Encyc. Judaica, Vol. V, Jerusalem, 1972, ms. 44). Dari cara pengambilalihan seperti ini, ada beberapa yang mahu memulakan pemeliharaan 1 Tishri pada hari Jumaat petang, beberapa lagi pada Sabtu petang, dan mereka yang mengikuti pendapat Yahudi akan memulakan pemeliharaan pada Ahad petang.

 

Kalendar Yahudi masa kini adalah lunisolar,  bulan-bulan digabungkan menurut bulan dan tahun menurut matahari. Bulan adalah jangka masa diantara satu pergabungan bulan dengan matahari dan pergabungan yang seterusnya. Pergabungan pada bulan dengan matahari adalah titk dalam masa, yang mana bulan secara langsung berada diantara bumi dan matahari (tetapi tidak berada pada latar yang sama) dan justru, ianya tidak boleh dilihat. Ini dikenali sebagai molad (“kelahiran”) (ibid., ms. 43).

 

Oleh kerana molad adalah sesungguhnya penggabungan (semua kuasa setuju dengan ini), maka masa sejurus sebelum molad adalah penghujung kepada bulan selepasnya, dan masa selepas molad adalah boleh dipertalikan dengan bulan yang seterusnya. Hari Alkitabiah adalah dari petang ke petang. Justru, hari Bulan Baru telah diambil sebagai hari yang mana merupakan hari molad atau hari penggabungan. Ini tampak sebagai satu-satunya cara yang praktikal untuk menangani kejadian penggabungan yang tepat. Ini tampak sebagai cara yang mana ia telah ditangani pada masa-masa lampau dan cara yang digunakan oleh bangsa-bangsa untuk menangani fakta penggabungan dalam praktis komersial normal sehingga hari ini. Ianya seolah-olah, bahawa mereka yang tidak bersetujuh dengan sistem ini perlu mencapai persetujuan mengenai peraturan “penangguhan” yang mana tidak menyalahi peraturan Alkitabiah, dan yang mana sejajar dengan astronomi. Tidak ada organisasi komersial yang akan muncul untuk menerima pandangan sedemikian.

 

Ianya harus diperhatikan didalam perbincangan mengenai bulan sabit bahawa bulan sabit adalah lambang kuno bagi dewa bulan, Qamar dan pasangan perempuannya ialah Shams, yakni matahari. Bulan sabit bukanlah Bulan Baru dan tidak pernah disahkan sebagai Bulan Baru.

 

Kejadian 1:14 memberitahu kita bahawa matahari dan bulan [kerananya, terjadi kalendar solar-lunar] adalah untuk “tanda dan untuk musim-musim (molad = masa-masa; musim-musim; perayaan-perayaan; pertemuan, dan untuk hari-hari dan tahun-tahun.” LXX mengesahkan terjemahan ini. Targum Neofiti mengambil (Kej 1:14):

 

Dan Allah [menurut dekri  memraNya, [Memra adalah bersamaan dengan ungkapan Logos dalam bahasa Ibrani dan Aramaik; Cox ed.] berfirman: “Jadilah benda-benda penerang di cakerawala unruk memisahkan siang dari malam dan biarlah benda-benda penerang itu menjadi tanda dan (kudus) musim-musim [masa-masa] dan supaya interkalasi bulan-bulan (dan) bulan-bulan tahunan boleh ditahbiskan oleh mereka (The Aramaic Bible, tr. Martin McNamara MSC; T&T Clark, Edinburgh, 1992).

 

Aramaik Targum yang lain, Pseudo-Jonathan, mengatakan:

 

Allah berfirman, “Jadilah benda-benda penerang di cakerawala untuk memisahkan siang dari malam dan biarlah ia menjadi tanda-tanda dan sebagai masa-masa perayaan, dan untuk mengira penghitungan hari-hari, dan untuk menyucikan permulaan bulan-bulan dan permulaan tahun-tahun, interkalasi bulan dan interkalasi tahun, solstis, bulan baru, dan kitaran (matahari) (The Aramaic Bible, tr. Michael Maher MSC, The Liturgical Press, Collegeville, MN, 1992).

 

Ianya diterima secara umum bahawa Targum ini memberi tarikh awal masa kerasulan dan maka nilai mereka dalam pengungkapan awal pemahaman dalam Kejadian 1:14 agak kelihatan dengan jelas.

 

Tahun Baru Menurut Allah

 

Abib atau Nisan adalah bulan pertama dalam tahun atas perintah Allah dan Nisan yang pertama atau Abib adalah hari pertama dalam tahun kudus dan, oleh kerana ini, memulai tahun yang baru.

 

Keluaran 12:1-11  Berfirmanlah TUHAN kepada Musa dan Harun di tanah Mesir:  2 "Bulan inilah akan menjadi permulaan segala bulan bagimu; itu akan menjadi bulan pertama bagimu tiap-tiap tahun. 3 Katakanlah kepada segenap jemaah Israel: Pada tanggal sepuluh bulan ini diambillah oleh masing-masing seekor anak domba, menurut kaum keluarga, seekor anak domba untuk tiap-tiap rumah tangga.  4 Tetapi jika rumah tangga itu terlalu kecil jumlahnya untuk mengambil seekor anak domba, maka ia bersama-sama dengan tetangganya yang terdekat ke rumahnya haruslah mengambil seekor, menurut jumlah jiwa; tentang anak domba itu, kamu buatlah perkiraan menurut keperluan tiap-tiap orang. 5 Anak dombamu itu harus jantan, tidak bercela, berumur setahun; kamu boleh ambil domba atau kambing.  6 Kamu harus mengurungnya sampai hari yang keempat belas bulan ini; lalu seluruh jemaah Israel yang berkumpul, harus menyembelihnya pada waktu senja. 7 Kemudian dari darahnya haruslah diambil sedikit dan dibubuhkan pada kedua tiang pintu dan pada ambang atas, pada rumah-rumah di mana orang memakannya. 8 Dagingnya harus dimakan mereka pada malam itu juga; yang dipanggang mereka harus makan dengan roti yang tidak beragi beserta sayur pahit.  9 Janganlah kamu memakannya mentah atau direbus dalam air; hanya dipanggang di api, lengkap dengan kepalanya dan betisnya dan isi perutnya. 10 Janganlah kamu tinggalkan apa-apa dari daging itu sampai pagi; apa yang tinggal sampai pagi kamu bakarlah habis dengan api. 11 Dan beginilah kamu memakannya: pinggangmu berikat, kasut pada kakimu dan tongkat di tanganmu; buru-burulah kamu memakannya; itulah Paskah bagi TUHAN.

 

Bulan Paskah yang mana Nisan atau Abib adalah secara khususnya diperintahkan oleh Tuhan sebagai permulaan tahun (lihat juga Bil. 9:1-3; 33:3; Yos. 4:19; Yeh. 45:18,21).permulaan ini melambangkan penebusan umat Israel Aaalh dari sistem dunia (Gal. 1:4; Wah. 14:4).

 

Pemeliharaan ekuinoks musim gugur, yakni pemergian tahun (lihat Kel 23:16), dan ekuinoks vernal atau musim semi, yang dipanggil pengembalian tahun (1 Kis 20:26; 2 Kor 36:10 AV), adalah penting bagi mengendalikan kalendar dan seterusnya perayaan-perayaan. Justru, tahun bermula dengan bulan baru yang berada paling dekat dengan ekuinoks vernal apabila matahari berada di Aries (Jos., Ant. 3.201 [lebih baik  lihat Ant. (Antiquities of the Jews) III.x.5]), dan Paskah pada hari keempatbelas Nisan yang bertepatan dengan bulan penuh yang pertama (Kel 12:2-6). (The Illustrated Bible Dictionary, J D Douglas & N Hillyer, editors, IVP, 1980; art. Calendar, Vol. 1, p. 223).

 

FF Bruce, penulis artikel ini seterusnya berkata (ms. 225)

 

Pada umumnya, kalendar Yahudi pada zaman Perjanjian Baru, (sekurang-kurangnya sebelum AD 70) diikuti dengan penghitungan orang-orang Saduki, yang mana sejak penghitungan tersebut, upacara Kaabah telah diatur. Maka hari Pentakosta telah dihitung sebagai hari yang kelima selepas persembahan tuaian berkas gandum yang pertama, yakni yang kelima (termasuk) dari hari Ahad yang pertama selepas Paskah (dipetik dari Imamat 23:15 dan ayat seterusnya); maka itu ianya sentiasa jatuh pada hari Ahad, sama seperti yang terdapat dalam kalendar Kristian. Penghitungan farisi, yang menjadi ukuran selepas AD 70, menterjemah Sabat dalam Imamat 23:15 sebagai hari perayaan Roti tidak Beragi dan bukannya Sabat Mingguan; dalam hal ini Pentakosta selalu jatuh pada hari yang sama dalam bulan tersebut [Sivan 6].

 

Ianya agak membuktikan bahawa jika 1 Abib dihitung dengan salah, maka semua perayaan sejak awal tahun dipelihara pada tarikh yang salah dan jika 1 Tishri ditetapkan salah, maka perayaan yang lain akan dipelihara pada tarikh yang salah. Maka bagaimana seharusnya kita memahami Yesaya 1:13-14; Hosea 2:11?

 

Yesaya 1:13-14 Jangan lagi membawa persembahanmu yang tidak sungguh, sebab baunya adalah kejijikan bagi-Ku. Kalau kamu merayakan bulan baru dan sabat atau mengadakan pertemuan-pertemuan, Aku tidak tahan melihatnya, karena perayaanmu itu penuh kejahatan. 14 Perayaan-perayaan bulan barumu dan pertemuan-pertemuanmu yang tetap, Aku benci melihatnya; semuanya itu menjadi beban bagi-Ku, Aku telah payah menanggungnya.

 

Hosea 2:11  11 (2-10) Aku akan menghentikan segala kegirangannya, hari rayanya, bulan barunya dan hari Sabatnya dan segala perayaannya.

 

Disini kita melihat pencemaran pada perayaan, Bulan Baru dan sabat. Disini, Allah mengakhirinya kerana Dia tidak berkenan dengan cara pemeliharaan dan penetapannya.

 

Tahun Baru Menurut Yudaisme

 

Perhatikan disini komentar Encyclopedia Judaica mengenai ketetapan atau sebaliknya penangguhan.

 

Membetulkan Rosh HasShanah (Hari Tahun Baru). Tahun bermula pada 1 Tishri, yang mana isnya jarang pada hari molad, kerana terdapat empat rintangan atau pertimbangan yang dipanggil dehiyyah, dalam membetulkan hari yang pertama bagi bulan itu (rosh hodesh). Setiap dehiyyot boleh mengakibatkan penangguhan selama dua hari: (1) terutamanya demi untuk mengelakkan Hari Pendamaian (10 Tishri) dari jatuh pada hari Jumaat atau Ahad, dan Hoshana Rabba (hari ketujuh Sukkot; 21 Tishri) jatuh pada hari Sabtu, tetapi sebahagiannya telah melayani tujuan astronomi... (2) seluruhnya untuk tujuan astronomi, sekiranya molad berada pada hari petang atau Rosh haShanah tertangguh selama sehari (ibid., ms. 44).

 

Dehiyyah ketiga dan keempat adalah peraturan yang lebih kompleks yang melibatkan masa molad yang khusus dan akibat penangguhan pada 1 Tishri. Moladot ini telah dijadualkan dengan penangguhan khusus yang digaris pandukan dalam artikel Encyclopedia Judaica. Peraturan penangguhan ini tidak diketahui ketika zaman Kristus dan pada masa kompilasi Talmud. Talmud dengan jelasnya menunjukkan Hari Pendamaian jatuh pad hari Jumaat atau Ahad pada masa kompilasinya dan semasa kompilasi Mishnah dan, seterusnya pada zaman Kristus.

 

Hari-hari Suci juga diperhatikan telah jatuh pada hari sebelum atau selepas Sabat (dipetik dari Soncino Talmud: Shabbat 114b; Menachoth 100b).

 

Mishnah:

(Besah 2:1) Pada perayaan yang kebetulan jatuh pada petang Sabat (Jumaat) seseorang sepatutnya tidak memasak bagi memulakan hari perayaan (Jumaat) bagi tujuan hari Sabat. Tetapi dia menyediakan makanan untuk hari perayaan, dan sekiranya dia meninggalkan saki baki, ianya bagi maksud kegunaan pada hari Sabat. Dan dia menyediakan makanan yang sudah dimasak pada petang hari perayaan [Khamis] dan bergantung kepada makanan itu juga [menyediakan makanan pada hari Jumaat] untuk hari Sabat.

 

(2:2) [sekiranya hari perayaan] bertepatan jatuh selepas Sabat (Ahad), Rumah Shammai mengatakan, “Mereka membenamkan semuanya sebelum Sabat.” Dan Rumah Hillel mengatakan, “Peralatan [harus dibenamkan] sebelum Sabat. Tetapi manusia [juga perlu dibenamkan] pada hari Sabat [itu sendiri].

 

(Shabbat 15:3) mereka melipat pakaian malahan empat atau lima kali. Dan mereka membentangkan katil-katil pada malam Sabat untuk kegunaan pada waktu Sabat, tetapi bukan pada waktu Sabat untuk kegunaan selepas Sabat. R. Ishmael mengatakan, “Mereka melipat pakaian dan membentangkan katil-katil pada Hari Pendamaian untuk Sabat.”

 

(Sukkah 5:7) Tiga kali dalam setahun semua imam jaga membahagikan sama rata didalam persembahan pada perayaan-perayaan dan dalam divisi Roti Unjukan. Pada waktu Pentakosta, mereka akan berkata kepada dia, “Disini kamu mempunyai Roti tidak Beragi, disini roti roti yang beragi untuk kamu.” Iman jaga yang mana masa pelayanan ditentukan untuk minggu itu, adalah yang mempersembahkan persembahan harian yang menyeluruh, persembahan yang dibawa dengan tujuan janji sumpah dan persembahan kerelaan hati, dan persembahan-persembahan awam yang lainnya. Dan ia mempersembahkan segalanya. Pada hari perayaan yang jatuh pada satu hari sebelum atau selepas Sabat, semua imam jaga adalah sama rata didalam divisi Roti Unjukan.

 

(Arakhin 2:2) mereka tidak menghitung kerang daripada empat bulan yang penuh dalam tahun, dan [bagi cendekiawan] tidak pernah tampak lebih dari lapan.

 

(Hagigah 2:4) Pentakosta yang bertepatan dengan satu hari Jumaat, Rumah Shammai mengatakan. “Hari penyembelihan [seluruh persembahan di bawah dalam penggenapan tuntutan penampilan di hadapan Tuhan] adalah pada hari selepas Sabat.” Dan rumah Hillel mengatakan, “Hari penyembelihan [seluruh persembahan] bukan selepas Sabat. “ Tetapi mereka setuju bahawa sekiranya ia bertepatan pada waktu Sabat, hari penyembelihan [seluruh persembahan adalah selepas Sabat. Dan imam besar tidak mengenakan jubahnya. Dan mereka dibenarkan untuk mengadakan ratapan atau mengadakan puasa,jadi bukan untuk mengesahkan pendapat mereka yang mengatakan, tarikh Pentakosta [mesti selalunya jatuh] selepas sabat [pada hari Ahad].

 

Ianya justru mustahil untuk penangguhan berada dalam kedudukannya pada zaman Kristus. Kita teruskan.

 

...sistem masa kini diharapkan diganti [penekanan ditambah] lagi dengan sistem yang berlandaskan nilai yang benar [seperti penentangan terhadap nilai] lebih bersanak terhadap kalendar Yahudi yang awal yang mana Bulan-bulan Baru (hari-hari phasis [yakni, panjang jarak waktu dari penggabungan sebenar sehingga penglihatan pertama terhadap bulan sabit]) dan interkalasi dinyatakan atas dasar kedua-dua pengamatan dan penghitungan (ibid., ms. 47).

 

Ia seharusnya diperhatikan bahawa kita diberitahu bahawa kalendar Yahudi masa kini tidak betul dan perlu diperbaiki! Tambahan lagi, kita diberitahu bahawa Hari Sangkakala adalah jarang berada dalam hari molad [penggabungan] yang bererti hari suci selalu tidak dipelihara pada hari yang betul seperti hari-hari perayaan yang berikutnya. Sila ingat kembali rujukan untuk Kejadian 1:14.

 

Berbentuk sejarah. Menurut tradisi yang dipetik didalam nama Hai Gaon (d. 1038), kalendar Yahudi masa kini telah diperkenalkan oleh penatua Hillel II...pada 358/59 AD...Sementara ianya tidak munasabah untuk mempertalikan Hillel II dengan pembetulan susunan interkalasi yang tetap, semua bagiannya dalam pembetulan kalendar yang ada sekarang diragukan (ibid., ms. 48).

 

Jangka waktu interkalasi pada mulanya tidak tetap, interkalasi diketengahkan oleh kerana mengatasi keadaan produk pertanian yang pelbagai dan keadaan sosial...keadaan hasil pertanian secra mutlak ditetapkan oleh kedudukan matahari dalam jajaran tahunannya (ibid., ms.49).

 

Pembaca mungkin sudah menyedari bahawa para komentar kalendar seolah-olah lebih mementingkan keadaan cuaca sejagat dalam penntuan sama ada musim semi sudah bermula atau tidak. Memang ianya dikenalpasti bahawa kedudukan ekuinoks musim semi bumi lah yang menentukan permulaan musim semi tahunan, dan bulan penuh [malam 15 Abib] selepas ekuinoks menentukan penyesuaian waktu musim Paskah.

 

Kerana ini, di sebaliknya, bukti yang tidak boleh didakwa dari karya para penulis yang berpengetahuan mahir mengenai kalendar bahawa interkalasi ordo masa kini dan molad epochal belum lagi pada bahagian hakikat kalendar Hillel II, ini dilihat masih berjajar dengan cara interkalasi ordo yang lain dan molad selewat abad yang ke-11. Ini seolah-olah telah memberi efek kepada dua dehiyyot yang tertinggal...pada abad yang kesepuluh kalendar Yahudi menjadi benar-benar sama dengan yang ada sekarang (ibid., ms. 50).

 

Kaedah untuk menentukan kalendar berkembang disekitar tradisi Yudea sehingga abad yang kesepuluh apabila mereka menetapkannya. Sejak itu, Yudaisme telah mengikuti sistemnya sendiri yang ditentukan dan menetapkan tahun barunya dari tradisinya dan bukannya yang pertama dalam bulan pertama seperti yang dutahbiskan oleh Allah melalui Yesus Kristus.

 

Bulan Baru

 

Bulan Baru merupakan aspek yang paling penting dalam menentukan bulan tahunan dan Bulan Baru Nisan menentukan tahun, bukan Tishri seperti yang diikuti oleh Yudaisme. Rosh HaShanah, dibawah sistem penetapannya yang ada sekarang, tidak boleh dianggap sebagai pemeliharaan Alkitabiah yang betul mahupun betul dalam pemeliharaan Kristian.

 

Philo of Alexandria [tr. oleh F H Colson (Harvard University Press, Loeb Classical Library, Cambridge, MA, 1937); The Special Laws, II, XI,41] memberitahu kita: “[perayaan] yang ketiga adalah bulan baru yang mana mengikuti penggabungan bulan bersama matahari”. Dan dalam II, XXVI, 140: “Ini adalah Bulan Baru, atau permulaan kepada bulan lunar, yakni jangka masa diantara satu penggabungan dan yang seterusnya, panjangnya yang telah dihitung secra tepat dalam sekolah-sekolah astronomi”. Ianya harus diperhatikan bahawa edisi Penerbit Hendrickson yang terkenal (1993) iaitu terjemahan C D Jonge, 1854 tidak mempunyai informasi yang sama dengan yang diberikan oleh Colson. Dan indikasinya ialah bahawa penggabungan telah ditetapkan dengan menentukan yang pertama dalam bulan.

 

Kalendar Kekristianan

 

Pembaca harus perhatikan indikasi yang tiada peraturan penangguhan dalam Jemaat awal, diakui Katolik, tetapi bagaimanapun bersangkutan dengan keputusan yang kita buat dalam menetapkan apa kalendar yang Kristian harus ikuti.

 

Hippolytus [170-236 CE] The Refutation of All Heresies, VIII.xi (ANF, Vol. V, ms. 123):

 

Paskah harus dipelihara pada hari yang keempatbelas pada bulan pertama, menurut perintah hukum, dalam apa sahaja hari (dalam bulan) ianya jatuh.

 

Anatolius of Alexandria [c.230-c.280 CE] The Paschal Canon (ANF, Vol. VI, ms. 146-147):

 

(I) sama seperti mereka [Isodore, Jerome, Clement] berbeza juga dalam bahasa, telah, bagaimanapun, datang secara harmoni kepada satu dan serupa dalam penghitungan Paskah yang paling tepat, pertemuan hari dan bulan dan musim serasi dengan penghormatan kebangkitan Tuhan yang tertinggi. Tetapi Origen juga, yang mana yang paling terpelajar diantara semua, dan yang paling teliti dalam membuat penghitungan, ...telah menerbitkan sebuah buku kecil mengenai Paskah dengan cara yang sangat molek. Dan dalam buku ini, sementara menyatakan, dengan penuh hormat kepada hari Paskah, perhatian itu harus diberikan bukan sahaja kepada haluan bulan dan persinggahan ekuinoks, tetapi juga laluan kepada matahari, (II) Maka, kemudian, dalam tahun pertama, bulan baru dalam bulan pertama, yang mana permulaan setiap kitaran sembilanbelas tahun, pada hari keenam dan kedua puluh dalam bulan dipanggil oleh orang-orang Mesir Pharmenoth. Tetapi, menurut bulan –bulan tahunan orang-orang Macedonia, ianya pada hari kedua dan kedua puluh hari Dystrus. Dan , seperti orang-orang Roma akan katakan, ianya pada hari kesebelas sebelum Kalends [pertama] April.  (III) Dan ini mungkin dipelajari dari apa yang ditulis oleh Philo, Josephus dan Mussaeus...dua Agothobuli yang mempunyai suku nama Guru, dan Aristobulus yang unggul, yang mana satu daripada jumlah tujuh puluh yang menterjemahkan kitab suci Ibrani bagi Ptolemy Philadelphus dan bapanya... Penulis-penulis ini, dalam menyelesaikan beberapa persoalan yang timbul mengenai Keluaran, mengatakan bahawa semua yang serupa harus mengadakan korban Paskah selepas ekuinoks vernal di pertengahan bulan pertama. Dan itu didapati apabila matahari melewati melalui bagian pertama solar, atau, seperti beberapa diantara mereka menamakannya kitaran zodiakal. (IV) Tetapi Aristobulus juga menambah, bahawa untuk perayaan Paskah, ianya diperlukan bukan sahaja matahari melewati bagian ekuinoks, tetapi juga melewati bulan.

 

Surat post-Nicean ini dari kaisar Constantine (306-337 CE), seharusnya memberi ilustrasi yang lebih mendalam mengenai jenis masalah kalendar yang mana kita hadapi.

 

Constantine, ogos, kepada jemaat-jemaat...

 

Apabila soalan timbul mengenai hari maha suci Paskah, ianya disetujui oleh persetujuan yang lazim sebagai jalan yang bijaksana, bahawa perayaan ini harus dirayakan pada hari yang sama oleh semua orang, di semua tempat... ianya seolah-olah suatu perkara yang tidak berfaedah untuk semua orang bahawa kita harus mengikuti adat-istiadat Yahudi dalam merayakan perayaan yang maha kudus ini, yang mana pencemaran yang buruk! yang mengotorkan  tangan mereka dengan jenayah yang keji, dengan adil mengadang didalam fikiran mereka. Ianya cocok, oleh kerana itu, bahawa, menolak praktis orang-orang ini, kita harus mengabdikan dalam zaman-zaman masa hadapan tatacara perayaan ini, dalam susunan yang lebih sah, yang mana kita telah pelihara sejak dari hari pertama keinginan Tuhan kita sehingga masa-masa kini. Jadi, biarlah kita tidak mempunyai persamaan dengan musuh utama rakyat jelata Yahudi. Kita telah menerima kaedah yang lain dari Juruselamat. Haluan yang lebih baik dan menurut hukum sedang terbuka bagi agama kita yang maha suci. Dalam mengembangkan haluan ini dengan persepakatan persetujuan, marilah kita bebaskan diri kita, saudaraku yang dihormati, dari perbaktian yang menjijikkan ini... Kerana ianya diperlukan bahawa kesalahan ini seharusnya sangat berubah dimana kita tidak mempunyai persamaan apa-apa dengan pemakaian para pembunuh bapa sendiri dan pembunuh Tuhan kita; dan supaya perintah adalah yang paling sesuai yang dipatuhi oleh semua jemaat di Barat, dan juga mereka yang berada di bahagian selatan dan utara dunia, dan juga oleh beberapa di bahagian timur, oleh kerana itu, ianya dianggap sebagai yang paling wajar dan baik, dan saya berikrar  dalam diri saya sendiri bahawa penyusunan ini boleh diterima dengan baik, iaitu adat-istiadat yang memujudkan stu persetujuan di kota Roma, dan seluruh Itali, Afrika dan Mesir, di Sepanyol, Gaul, Britain, Libya, seluruh Greece, keuskupan Asia, Pontus dan Cilicia, akan dirangkul dengan girang oleh kebijaksanaan kamu,... dan tidak mengadakan perbaktian bersama dengan janji palsu orang-orang Yahudi. Dan, menyingkatkan segalanya dalam beberapa perkataan, ianya dapat diterima kepada penghakiman yang lazim atas segalanya, bahawa perayaan yang paling suci dalam Paskah harus dirayakan pada hari yang satu dan sama (A Historical View of THE COUNCIL OF NICE; with a TRANSLATION OF DOCUMENTS by Rev. Isaac Boyle, D.D.; T Mason and G Lane, New York, 1839; pp. 51-54).

 

Bukan sahaja kita merasa manipulasi kuasa dalam tahap tinggi, propaganda, dan pegangan agama, tetapi kita lihat ekspresi akar pada anti-Semisme dalam budaya Barat sejak pemerintahan dunia pada masa itu.

 

Ianya berbaloi untuk melihat bagaimana kubu pertahanan terakhir yang lebih besar, Britain, jatuh kepada serangan gencar kalendar dan selebihnya penyelewengan keagamaan. Uskup serta ahli sejarah orang British, Bede [c. 672-735 CE], dalam bukunya The Ecclesiastical History of the English People, terlebih lagi dlam bab 25-26 dalam buku III, membicarakan banyak mengenai muktamar jemaat dan perbincangan yang dipimpin oleh Raja Oswy [612-670], terutama sekali diantara Uskup Colman dan penggemar Roma, Abbot Ripon, Wilfred, dalam biara Streanaeshalch [yakni, Muktamar Jemaat Whitby yang bersejarah pada 664 CE].

 

Bede menjelaskannya bahawa penghitungan pada tarikh Paskah bukan semata-mata isu teknikal atau diasingkan. Pergerakan Paskah merupakan satu daripada banyak perkara yang mana perdebatan dalam istilah lambang-lambang (seperti yang kita katakan, tetapi simbol adalah perkataan yang terhad, mistri mereka katakan) ditunjukkan dipenuhi dengan kepentingan. Paskah harus berada pada ekuinoks untuk memanjangkan hari mewakili kemenangan Kristus keatas kuasa kejahatan. Ianya harus pada bulan pertama dalam tahun lunar, sebab ini adalah bulan dimana dunia telah diciptakan dan dimana ianya seharusnya baru dicipta. Ianya harus seperti bulan yang hampir menyusut, sebab bulan muncul dari bumi kepada benda-benda sorgawi [Wah 12:1; Mal. 4:2; Luk. 2:32; Yes. 60:1-3].  Ianya sesuai bahawa Paskah selalunya jatuh diantara ruangan masa tujuh hari, sebab tujuh adalah nombor yang mempunyai kepentingan keilahian. Pertimbangkan dari sudut pandangan yang lain, Paskah akan dihitung sedemikian sebagai menggenapi kedua-dua Hukum Lama Yahudi dan Hukum Baru Kristus. Sekiranya ia dirayakan pada masa yang betul, maka semuanya berada di dalam harmoni (Introduction, p. xviii, oleh James Campbell, yang menterjemahkan tulisan Bede The Ecclesiastical History of the English People untuk The Great Histories Series oleh Washington Square Press, NY, 1968).

 

Itulah sebabnya mengapa kita merayakan berkas unjukan pada Ahad 15 Nisan pada tahun 1997 dan tarikh dimana kita menghitung Pentakosta dan mengapa sistem aliran-aliran jemaat yang utama menunggu sehingga Ahad yang akan datang atau selepasnya yang secara efektif pada 22 Nisan dalam 1997 untuk merayakan Paskah Ahad dan tarikh dimana menghitung Pentakosta.

 

Sebelum memetik secara langsung dari Bede, mari kita tinjau catatan bawah (n. 44, ms 400-401):

 

Kedua-dua Celts (orang kuno Eropah) dan lawan mereka setuju bahawa Paskah seharusnya dihitung oleh rujukan pada bulan penuh yang mana muncul pada atau yang pertama selepas ekuinoks musim semi. Tetapi Celts mengadakan Paskah Ahad pada yang datang diantara hari keempatbelas dalam bulan (yakni, hari bulan penuh) dan pada hari yang kedua puluh, kedua-duanya termasuk. Ini mengatakan bahawa sekiranya bulan penuh datang pada satu hari Ahad, mereka mengadakan Paskah ini. Jemaat-jemaat yang lain menolak untuk menjadikan hari bulan penuh sebagai Paskah Ahad. Justru, sistem yang digunakan oleh Bede, dan yang mana menjadi universal di bahagian barat, menghitungkan Paskah Ahad seperti yang jatuh diantara hari kelimabelas dan kedua puluh satu dalam bulan. Sekiranya bulan penuh jatuh pada atau seterusnya selepas ekuinoks datang pada hari Ahad, maka Ahad yang seterusnya adalah Paskah Ahad.

 

Selepas uskup Colman telah menandakan bahawa pemeliharaannya terhadap Paskah telah diterima dari para penatuanya dan ianya “sama seperti yang dirayakan oleh Pengabar injil Yohanes yang diberkati, murid yang taat kepada Tuhan”, pelopor kepada Susunan Rahib di Britain, Wilfred, memberi maklum balas:

 

Paskah yang kita pelihara, kita lihat dirayakan oleh semua orang di Roma, dimana Rasul Petrus yang diberkati dan Paulus tinggal, mengajar sengsara dan dikuburkan. Inilah apa yang kita lihat sebagai dipelihara oleh semua di Gaul dan di Itali apabila kita berjalan melalui mereka untuk belajar dan berdoa. Ini kita tahu dipraktikkan di Afrika, Asia, Mesir, dan Greece, dan oleh seluruh dunia dimana sahaja iman Yesus Kristus disebarkan melalui pelbagai kaum dan bahasa; semua menggunakan satu kaedah untuk menetapkan tarikh Paskah. Hanya satu pengecualian ialah orang-orang ini dan kakitangan mereka dalam ketegaran, saya maksudkan pribumi dan penduduk Britania Raya, yang mana(penduduk dua pulau terakhir di lautan, dan hanya menduduki sebahagiannya) bersama mereka berteguh menentang terhadap seluruh dunia, berjuang dengan bodoh (ibid., ms. 160-161).

 

Komentar Wilfred yang seterusnya sangat menarik, terlebih lagi apabila kita perhatikan bahawa kedua-duanya adalah salah, tetapi Wilfred jelas seorang yang licik dan ini dia katakan:

 

Jauh bagi kita untuk mendakwa Yohanes dengan kebodohan, sebab dia memelihara ajaran Hukum Musa secara literal, pada masa apabila jemaat masih mengikuti orang-orang Yahudi dalam banyak perkara; dan para Rasul tidak mampu secara tiba-tiba mengasingkan pemeliharaan seluruhnya terhadap Hukum yang diberikan oleh Allah... jadi, Yohanes, menurut adat-istiadat hukum, mulakan perayaan Paskah pada waktu petang hari yang keempatbelas dalam bulan pertama, tidak mengendahkan  sama ada ia jatuh pada hari sabat atau hari-hari lain [jadi, tidak ada penangguhan disini!] (ms. 161-162).

 

Wilfred kemudiannya meneruskan untuk memberi kontradiksi terhadap apa yang dikatakannya dan menyertai konvensi Katolik.

 

Corak pendesakan universal ini mengenai pentarikhan dan cara pemeliharaan dalam kontroversi Hari Raya Paskah/Perayaan Paskah telah berlarutan sepanjang abad. The New Catholic Encyclopedia memberi komen:

 

Oleh kerana majoriti daripada Kristian awal adalah mualaf orang Yahudi, ianya difahami bahawa dari kemunculan kalendar Kristian telah dikuasai oleh fakta bahawa kematian dan kebangkitan Kristus telah berlaku pada masa perayaan ketua Yahudi, Pasch, atau Passover, (Paskah) dirayakan pada hari ke-14 pada bulan Nisan, yakni pada masa bulan penuh mengikuti ekuinoks musim semi. Bagaimanapun, lebih daripada diikuti secara literal Paskah Yahudi, sebab ini mewajibkan untuk memperingatkan kebangkitan pada hari yang berlainan dalam minggu setiap tahun, Istiadat Kristian (dikenan oleh Kaunsil Niceal pada 325; ConOecDecr 2-3, n.6) menetapkan ulang tahun kebangkitan Kristus pada hari yang sebenarnya dalam minggu (hari pertama) dimana kebangkitan terjadi. Sebagai akibat, perayaan Paskah jatuh pada hari pertama dalam minggu (Ahad) selepas bulan penuh yang pertama mengikuti ekuinoks musim semi, dan justru boleh jadi seawal Mac 22 dan boleh jadi selewat April 25 [dimana ianya merupakan bulan penuh yang kedua selepas ekuinoks] (ibid., McGraw Hill, NY, 1967, ms. 1062-1063).

 

Tarikh-tarikh yang terawal disini tidak menangani penetapan perayaan Paskah yang bertarikh 14-15 Nisan tetapi merujuk kepada tarikh yang terawal dimana Ahad jatuh yang mungkin pada hari-hari yang banyak selepas Nisan 14. Tarikh terawal yang memungkinkan jatuhnya perayaan Paskah telah diimbalkan oleh peraturan-peraturan kuno yang mana juga menyatakan bahawa matahari adalah tanda Aries. Matahari meninggalkan Aries dari April 10-20 dan tarikh terawal yang mungkin untuk perayaan Paskah adalah 20-21 April.

 

Apa yang paling penting dalam petikan disini ialah bahawa kita melihat pengaruh kedua-dua Roma dan kemudiannya Yudaisme telah mengaburkan Perayaan Paskah yang sebenar. Keretakan Ortodoks kebelakangan ini memberikan masalah yang lebih besar, bahawa mereka mengadaptasikan penangguhan orng-orang Yahudi dan memelihara Paskah mereka satu minggu selepas tarikh orang-orang Yahudi,iaitu 14-15 Nisan.

 

The Catechism of the Catholic Church (St Pauls, Libreria Editrice Vaticana, 1994, Item 1170) mengatakan: “ Dalam Kaunsil Nicea pada 325, semua Jemaat setuju bahawa Paskah, yakni Perayaan Paskah orang Kristian harus diryakan pada hari Ahad mengikuti bulan penuh yang pertama (Nisan 14) selepas ekuinoks musim semi. Pembentukan semula kalendar barat, dipanggil “Gregorian” selepas Pope Gregory XIII (1582), menyebabkan ketidaksuaian dalam beberapa hari kalendar timur. Hari ini, Jemaat-jemaat barat dan timur sedang mencari persetujuan demi untuk sekali lagi merayakan hari kebangkitan Allah pada tarikh yang sama.

 

Pada tahun 1997 jemaat-jemaat barat akan merayakan Paskah satu minggu selepas Ahad yang jatuh benar-benar pada 15 Nisan pada bulan Mac. Sistem Ortodoks yang dipunyai oleh jemaat-jemaat Ukrain adalah contoh yang memelihara Paskah pada hari Ahad satu minggu kemudian daripada penangguhan Yahudi pada 27 April. Orang-orang Yahudi merayakannya satu bulan kemudian daripada Barat dalam tahun yang kelapan dan kesembilanbelas dalam kitaran kalendar mereka. telah ada penambahan konsekwensi  dalam Pentakosta dan penghujung perayaan-perayaan tahun suci (Perayaan Sangkakala, Hari Pendamaian, Perayaan Bait Suci) akan diadakan sebulan kemudian. Satu efek yang sama dengan penangguhan Yahudi telah diambil kedlam sistem Ortodoks. Secara asalnya, konvensi barat tidak diterima oleh jemaat-jemaat timur di Siria dan Mesapotamia, terlebih lagi dari Antiok. Mereka memelihara sistem quarto-deciman sehingga perkara ini diselesaikan. Canon I dalam Kaunsil Antiok 341 menunjukkan bahawa uskup timur telah dipaksa untuk menerima sistem Roma seperti yang ditetapkan oleh Alexandria (lihat tulisan Yeroboam dan Kalendar Hillel [191] untuk perinciannya). Orang-orang Rusia telah bertukar kepada kekristianan selepas pembabtisan Olga dari Kiew dalam 955. anak lelakinya Svyatoslav dari Kiew telah menggeledah Askenaz, kerajaan Kazar Yahudi dalam 967. justru, mereka telah diserapkan kedalam Rusia dan cucu Olga Vladimir menerima Kekristianan dan secara resmi mengadaptasikan agama itu dalam 988/989 (dipetik dari Milner-Gulland dan Dejevsky Cultural Atlas of Russia and the Soviet Union, Time-Life Books, 1994, ms. 8).

 

Pengaruh sistem Kazar Yahudi seharusnya tidak dipandng remeh. Pengaruh Yudaik keatas sistem Ortodoks Rusia sangat besar sehingga separuh daripada abad kelimabelas, telah dianggap diperlukan untuk meletakkannya dibawah penindasan yang teruk (lihat ERE, art. Russian Church, Vol 10, ms. 869). Sehingga 1480, dengan Ivan III Vasilievich, Rusia dibawah Tartar atau Mongol (ibid., ms. 870) dan mereka benar-benar bersikap toleran terhadap keagamaan seperti Kazaria sebelum mereka. Rusia telah dibahagikan kepada dua kesatuan politik di pertengahan abad kelimabelas dan di bahagian barat dibawah Lithuano-Polish dominasi Katolik yang menindas Ortodoks dalam segala hal (ibid., ms. 869-870). Digabungkan dengan efek kegagalan dalam Jemaat ortodoks kepada mengadaptasikan kalendar Gregorian, ini mungkin mencatatkan kepelbagaian tarikh dalam perayaan Paskah. Ianya satu pergabungan kegagalan untuk membetulkan kesalahan didalam kalendar bagi menepatkan dengan sistem Gregorian dan penangguhan kepada Bulan Baru yang berikutnya yang mana tahun ini, berhubungan dengan penangguhan orang-orang Yahudi.

 

Jangka Masa Perayaan Paskah

 

Apabila Yesus Kristus bertemu dengan para rasul yang mana disebut oleh Paulus sebagai Perjamuan Malam (1Kor. 11:20; lihat juga Yoh 13:2,4; 21:20), malam itu adalah malam sebelum Paskah orang Yahudi. Tatacara yang setiap orang Kristian harus pelihara adalah pada petang 14 Abib, yang mana orang Yahudi hanya memelihara pada petang 15 Abib, bersama dengan penyembelihan domba Paskah pada hari petang sejurus mendahului malam itu, yang man juga diterangkan dalam keluaran 12:40-42. Perjamuan Malam untuk tahun 1997 jatuh pada petang Jumaat, 21 March (14 Abib), sebab bulan baru vernal adalah Mac 9 dan ekuinoks vernal adalah sejurus sebelum tengah malam pada Mac 20. Ianya ironik  bahawa Mac 22 adalah bertepatan dengan Purim Yahudi (14 Adar II) [lihat Ester 9:18-19].

 

Pada petang 15 Nisan telah diterangkan sebagai Malam yang sesungguhnya diamati dan jsutru, Kristian memelihara kedua-dua petang tetapi penekanan pada 14 Nisan dan bukan pada 15 Nisan dan perayaan Paskah dilangsungkan sehingga Ahad seperti yang dicatatkan oleh Tertullian tanpa menghiraukan bila waktunya 14 Nisan jatuh. Menurut Tertullian, penyaliban dan kebangkitan ditaksir dengan sama rata dan perkataan Pascha (atau Passover) [Paskah] menandakan kedua-dua hari atau jangka masa penyaliban bermula pada 14 Nisan sehingga hari Ahad (yang mana merupakan hari persembahan unjukan berkas dan masa dimana Pentakosta telah ditetapkan) (dipetik dari Cath. Encyc., Vol. III, art. Calendar, ms. 159). Ianya juga harus diingat bahawa  pembetulan sistem Paskah adalah serasi dengan Kaunsil Nicea tetapi tidak ada catatan dalam peraturan-peraturan Kaunsil keputusan sedemikian. (dipetik dari Cath. Encyc., ibid., ms. 160; dipetik dari Turner Monumenta Nicaeana 152; dipetik dari Cath. Encyc., Vol. V, art. Easter, ms. 228).

 

Ringkasan

 

Maksud para pembuat kalendar sejarah, seperti ditunjukkan dalam tulisan ringkas ini, seolah-olah mencipta suatu kekeliruan untuk membuat ia sesuatu yang mustahil untuk memelihara musim Paskah yang betul yang berlandaskan tarikh yang betul seperti yang ditetapkan dari Bulan Baru yang betul oleh musim semi di bahagian utara. Kalendar Alkitabiah dan, seterusnya masa-masa perayaan telah ditetapkan dari bulan yang pertama, Abib (Kel 12:2; 23:14-16 [ayat 16 mengatakan bahawa Perayaan Bait Suci adalah pada penghujung tahun (atau, lebih tepat lagi peralihan tahun); lihat juga Kel. 34:18-22]; Im. 23:4; Bil. 9:1-2; 28:16; Ul 16:1; Yos 4:19; Yeh 45:18-21). Penangguhan adalah efek dari penolakan bahawa kalendar ditetapkan dari hari pertama pada bulan pertama! Pengaliran perayaan-perayaan adalah dari bulan pertama dan bukan bulan yang ketujuh, Tishri. Oleh kerana itu, ianya adalah bukti-diri sendiri bahawa kita mempunyai tanggungjawab yang mengagumkan untuk setia memelihara hari suci yang betul dan juga menolong untuk memulihkannya supaya orang lain juga akan memelihara hari ini dalam ganjaran penurutan kepada Firman Allah yang Maha Besar.