Jemaat-jemaat Allah Al Masehi

[197]

 

 

 

 

Asal Pemakaian Anting-anting dan Barang Perhiasan Pada Zaman Purbakala

(Edisi 1.1 19970405-20010215)

 

Karya ini menjejaki asal anting-anting dan pakaian lain dalam Israel purba dan tamadun berkaitan. Banyak tradisi yang dikaitkan dengan penggunaan bahan kecantikan (kosmetik) dan perhiasan umumnya yang menolak penggunaan sah dalam Kekristianan atau menemui dasar bukan alkitabiah di dalamnya. Sesetengah perkataan yang digunakan berhubung anting-anting dalam Alkitab melibatkan salahterjemah dalam bahasa Inggeris dan menyampaikan makna yang salah.

 

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta ã 1997, 2001 Wade Cox)

 (Tr. 2006)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org

 

 

Asal Pemakaian Anting-anting dan Barang Perhiasan

Pada Zaman Purbakala

 


Pada zaman Kristus ada pandangan di antara mazhab bahawa penggunaan alat solek dan perhiasan berasal dari iblis setan. Kitab Enoch Ethiopia berkata:

 

8.1 Dan Azazel mengajar manusia membuat pedang, dan pisau, dan perisai dan baju zirah. Dia menunjukkan benda-benda selepas ini (2v, a5) dan seni membuatnya: gelang, dan perhiasan, dan seni menyolek mata dan mencantikkan kelopak mata, dan batu-batu permata terbaik, dan segala (macam) pencelup berwarna. Dan dunia berubah. 8.2 Banyak berlaku keingkaran dan zina, dan mereka tersesat, dan segala jalan mereka menjadi jahat (2v, a10). 8.3 Amezarack mengajar semua yang melakukan jampi mantera dan memotong akar, Amaros pelepasan jampi mantera, Baraqiel ahli nujum, Kokabel petanda, dan Tamiel mengajar ilmu nujum, dan Asradel mengajar (2v, a15) ilmu bulan. 8.4 Dan dengan kebinasaan manusia mereka berteriak, dan suara mereka sampai syurga.

 

9.1 Kemudian Mikhael, Gabriel, Suriel dan Uriel melihat ke bawah dari syurga dan nampak darah yang banyak tercurah di bumi dan segala kejahatan yang dibuat (2v, a20) di bumi. 9.2 Dan mereka berkata sesama sendiri: ‘Biarlah bumi yang hancur berteriak dengan bunyi teriakan mereka hingga pintu gerbang syurga. 9.3 Kepada kamu wahai orang-orang kudus syurgawi, jiwa manusia mengeluh, berkata: “Bawa rayuan kami ke hadapan sang mahatinggi.” 9.4 Dan mereka berkata kepada raja, Tuhan mereka: ‘Tuhan segala Tuhan, Raja segala Raja! Takhtamu yang mulia (kekal) selama semua keturunan dunia, namamu kudus dan terpuji bagi semua keturunan dunia, dan dirahmati dan terpuji! (2v, a30). 9.5 Kamu mencipta segalanya, dan kuasa atas segalanya adalah milikmu. Segalanya terbongkar dan terbuka di hadapanmu, kamu nampak segalanya dan tiada yang tersembunyi darimu. 9.6 Lihatlah apa yang dilakukan Azazel, bagaimana dia mengajar segala kejahatan atas bumi dan menyatakan segala rahsia kekal (2v, a35) yang dibuat di syurga. 9.7 Dan Semyaza telah menyatakan jampi mantera, dia yang kamu serahkan kuasa untuk berkuasa atas mereka yang bersamanya. 9.8 Mereka sama-sama menghampiri anak-anak perempuan manusia, dan tidur dengan mereka, dan menjadi cemar, dan menyatakan dosa-dosa ini kepada mereka. 9.9 Dan semua perempuan ini melahirkan orang raksasa dan seluruh bumi dipenuhi (2v, b1) darah dan kejahatan (Knibb, Oxford Clarendon, 1982, Vol. 2, mukasurat 79-86).

 

Empat penghulu malaikat Mikhael, Gabriel, Suriel dan Uriel menghampiri Allah yang Mahatinggi mengenai kejahatan atas bumi. Suriel diterjemah sebagai Raphael dalam teks lain (contohnya Bodl. 5² 2 MSS; Gr. Sync a, b; lihat Knibb, mukasurat 84).  Sebab Raphael bererti Tuhan telah menyembuh, mungkin sekali Suriel difahami sebagai nama asal untuk Raphael.

 

Allah yang Mahatinggi kemudiannya memutuskan untuk campur tangan dan menghapus orang raksasa melalui banjir. Dia mengutus Arsalalyur ke Lamekh untuk mengingatkannya tentang bencana yang menjelang dan mengajarnya bagaimana dia dan anak-anaknya dapat terlepas (ibid., 10.1-4).

 

Tidak diragukan dalam pandangan Angkatan syurgawi bahawa Allah yang Mahatinggi tahu semua ini terlebih dahulu dan Dia bertindak hanya bila Dia dirayu. Sejak itu, Tuhan difahami telah mengisytiharkan pemulihan yang akan datang dan dari urutan ini kita lihat kitab membina ke arah kedatangan Anak Manusia (ibid., mukasurat 164-165).

 

Penghulu malaikat Phanuel disenaraikan dengan Mikhael dan Gabriel dan Raphael sebagai salah seorang dari empat dan Uriel dianggap sebagai pemimpin mereka berempat (ibid., mukasurat 166-167). Justeru, hierarki mereka di takhta Tuhan iaitu Yang Lanjut Usia difahamkan sebagai empat tambah satu seperti yang kita lihat dalam Wahyu. Juga terdapat tiga kategori Angkatan yang dinamakan dari sumber ini, iaitu, Serafim dan Kerubim yang kita dapati dari Alkitab dan yang ketiga adalah Ofanim iaitu penjaga kekal takhta KemuliaanNya.

 

Kita lihat dari teks ini bahawa sudah lama dipercayai bahawa hiasan dan alat solek adalah hasil ajaran Angkatan derhaka. Pandangan ini dikaitkan kepada teks Perjanjian Baru dalam 1 Timotius 2:9-10.

 

1Timotius 2:9-10  Demikian juga hendaknya perempuan. Hendaklah ia berdandan dengan pantas, dengan sopan dan sederhana, rambutnya jangan berkepang-kepang, jangan memakai emas atau mutiara ataupun pakaian yang mahal-mahal, 10 tetapi hendaklah ia berdandan dengan perbuatan baik, seperti yang layak bagi perempuan yang beribadah.. (RSV)

 

Begitu juga, teks dalam 1 Petrus digunakan sebagai contoh melawan penggunaan alat solek dan perhiasan. Segala perintahnya menentang kelakuan dan pemakaian tak layak seorang perempuan yang berasal dari roh yang salah. Banyak orang yang tidak memakai perhiasan atau alat solek (mekap) tidak memiliki Roh Tuhan.

 

1Petrus 3:3-6 Perhiasanmu janganlah secara lahiriah, yaitu dengan mengepang-ngepang rambut, memakai perhiasan emas atau dengan mengenakan pakaian yang indah-indah, 4 tetapi perhiasanmu ialah manusia batiniah yang tersembunyi dengan perhiasan yang tidak binasa yang berasal dari roh yang lemah lembut dan tenteram, yang sangat berharga di mata Allah. 5 Sebab demikianlah caranya perempuan-perempuan kudus dahulu berdandan, yaitu perempuan-perempuan yang menaruh pengharapannya kepada Allah; mereka tunduk kepada suaminya, 6 sama seperti Sara taat kepada Abraham dan menamai dia tuannya. Dan kamu adalah anak-anaknya, jika kamu berbuat baik dan tidak takut akan ancaman.  (RSV)

 

Pandangan ini menyatakan kelakuan layak dan pemerintahan tertib keluarga dan Jemaat.

 

Ianya jelas apa pandangan para penulis kitab Enoch (Henokh) berhubung asal misteri-misteri serta penggunaan perhiasan dan kosmetik. Pandangan itu memajukan pandangan Alkitab. Jadi, apakah pandangan atau kosmologi di sebalik benda-benda ini? Menurut anggapan Israel apakah yang terbabit dalam penggunaan perhiasan dan kosmetik?

 

Meskipun pandangan mereka yang mahu mengapkir perhiasan, Alkitab mempunyai penerapan khusus dan menggunakan istilah khusus yang mengenal pasti apa yang diizinkan dan apa yang tidak. Terjemahan telah mengaburkan makna sebenar teks. Tugas kita adalah untuk mengkaji erti sebenar teks di sini dan memahami pelbagai larangan dalam Alkitab.

 

Bahagian paling penting dalam analisis ini adalah asal pemakaian anting-anting dan perhiasan lain.

 

Asal Pemakaian Anting-anting dan Perhiasan

Menurut ERE, mungkin gelang tangan, gelang kaki dan cincin pada satu waktu adalah azimat dan ikut serta dalam kecenderungan untuk azimat merosot menjadi perhiasan (Regalia, ERE, Vol. 10, mukasurat 637). Pastinya, amalan memakai azimat nampaknya berasal dari kepercayaan dan amalan animistik (animistis), yang menyifatkan kuasa dan pengaruh kepada alam rohaniah. Amalan ini sudah kekal sepanjang zaman.

 

Gelang kaki (anklet) adalah perkataan untuk belenggu kaki. Dalam Ibrani ia muncul dalam tiga bentuk: SHD 5178; SHD 2131 dalam Ayub 36:8 dan SHD 3525 dalam Mazmur.

 

5178 adalah nechosheth yang bererti tembaga dan kerana itu uang logam atau belenggu atau rantai, dan jelek kerana perbandingan dengan emas atau perak.

 

2131 Ziyqah diperolehi dari pernyataan apa yang terpancar seperti cahaya api atau panah bernyala. Justeru ia adalah belenggu atau rantai atau puntung berapi atau panah.

 

3525 Kebel berasal dari asal kata mengikat atau mengepang dan justeru belenggu.

 

Dalam semua pengertian ini ia mengaitkan perbudakan atau penundukan. Yesaya 3:18 menyebutnya sebagai gelang-gelang kaki. Ini digunakan secara umum di seluruh Palestin (Filistin) dan banyak sudahpun ditemui. Kebanyakannya dari tembaga (perunggu) berat yang diratakan di sebelah dalam dan garis tengahnya antara 2.5 hingga 4 inci dan lebarnya 2.25 hingga 2.5 inci.

 

Bullinger berkata benda ini merupakan cakra logam berbentuk bulan sabit. Bagaimanapun arkeologi kita memberi jenis asas ini sebagai jenis yang banyak.

 

Pada abad ini, anting-anting emas yang kecil dipakai oleh Carbonari dan lain-lain dari Sicily untuk menangkal Malocchio atau mata kejahatan dan, menurut ERE (Vol. 5, Evil Eye, mukasurat 613b):

pekerja dan  penghibur kita memakainya untuk tujuan sama, bukan hanya untuk perhiasan.

 

Hamba Abraham memberi cincin (diterjemah sebagai anting-anting) kepada Ribka apabila dia mencarinya sebagai isteri untuk Ishak (Kejadian 24:22). Bagaimana, pada ayat 47 nampaknya benda ini sebenarnya adalah permata dahi kerana ia diletakkan pada mukanya.

 

Justeru ianya tidak dipertikaikan bahawa kaum bapa mengizinkan penggunaan permata dahi ini.

 

Rujukan pertama kepada anting-anting di antara bangsa Ibrani ditemui di Kejadian 35:4 di mana anting-anting keluarga Yakub dikaitkan dengan segala dewa asing yang ada di negeri mereka. Yakub disuruh pada Kejadian 35:2 untuk menjauhkan dewa-dewa asing yang ada di tengah-tengah kamu, tahirkanlah dirimu dan tukarlah pakaianmu. Segala simbol dewa-dewa asing ini nampaknya dipakai sebagai pakaian atau ada pada pakaian. Dari Kejadian 35:4, jelas bahawa pemakaian anting-anting adalah biasa dan anting-anting adalah sebahagian dari dewa-dewa asing atau simbol-simbol mereka yang diserahkan kepada Yakub dan ditanamnya di bawah pohon besar Sikhem. Kelihatannya anting-anting adalah simbol amalan politeis purba, yang berasal dari Animisme asal Kasdim dan khasnya Babel.

 

Alkitab menggunakan istilah cincin (Ibrani nezem) diikuti dengan istilah yang ada pada telinga mereka pada Kejadian 35:4 dan Keluaran 32:2-3.

 

Nampaknya Israel kembali kepada adat memakai anting-anting sewaktu di Mesir dan, pada waktu pemberian hukum taurat, dicatatkan bahawa benda ini dikumpulkan oleh Harun. Dia membuat anak lembu emas dari anting-anting yang dipakai oleh isteri dan anak laki-laki dan perempuan (Keluaran 32:2). Pada Keluaran 32:4, sesudah membuat anak lembu emas itu dia berkata:

 

Hai Israel, inilah Allahmu, yang telah menuntun engkau keluar dari tanah Mesir.

 

These be thy gods, O Israel, which brought thee up out of the land of Egypt.

 

Harun nampaknya merujuk secara jamak kepada anting-anting itu sebagai simbol dewa-dewa dan bukan hanya kepada anak lembu secara tunggal seperti yang dijelaskan dalam Nehemia 9:18 sebagai inilah Allahmu. Komen ini tidak dirujukkan dalam Mazmur 106:19-21 walaupun dalam Keluaran 32:4 ia pasti secara jamak dan merujuk kepada keluaran yang lepas. Justeru maknanya mungkin satu alat pembayang, yang ertinya hilang dalam tahun-tahun kemudiannya lantas dirasakan satu kesilapan, yang mungkin diperbetulkan oleh para pencatat Nehemia. Amalan memakai azimat anting-anting sebagai tanda yang kelihatan nampaknya dihapuskan pada satu waktu dan azimat begitu hanya boleh dipakai di bawah pakaian secara rahsia.

 

Musa menghancurkan anak lembu itu dan menghamburkan emasnya. Dia nampaknya melengkapkan penghapusan koleksi jenis azimat ini, bukan saja dengan larangan menurut perintah kedua tetapi juga dengan memungut hiasan seperti itu dan meleburnya untuk membina Khemah Pertemuan (lihat Keluaran 35:22). Bagaimanapun, emas yang digunakan dalam anak lembu itu tidak digunakan untuk Khemah Pertemuan.

 

Penggunaan kata anting-anting dalam KJV menyesatkan. Ayub diberikan satu anting-anting emas oleh setiap temannya (Ayub 42:11). Bagaimanapun, ini nampaknya adalah istilah umum untuk cincin. Perkataan nezem ditemui pada Keluaran 35:4 dan Hakim 8:24-26. Perkataan ring (cincin) (SHD 5141 cincin hidung, anting-anting atau permata) digunakan pada Kejadian 24:22,30,47; 35:4; Keluaran 32:2-3; Job 42:11; Amsal 25:12; Hosea 2:15 (lihat Interpreter’s Dictionary of the Bible, karangan Earring, Vol. 2, mukasurat 2).

 

Istilah ’âgîyl (SHD 5694), yang digunakan pada Bilangan 31:50 dan Yehezkiel 16:12, merujuk kepada hiasan berbentuk bundar (lingkaran), sama ada cakra atau cincin ianya tidak jelas tetapi diterjemahkan sebagai anting-anting oleh Strong.

 

Istilah lachash (SHD 3908) dalam Yesaya 3:20 diterjemahkan sebagai anting-anting dalam KJV dan azimat (jimat) dalam RSV (ibid.). Ia diperolehi dari konsep berbisik dan, justeru itu, doa dalam ertikata positif dan mantera secara negatif. Jadi, ia menjadi azimat telinga atau menentang mantera atau sebagai ahli pidato atau doa. Justeru Strong mendefinisinya sebagai azimat yang bererti berazimat. Pembuangan jenis pakaian ini adalah kerana kemurkaan Tuhan.

 

Kitab Judith menunjukkan bahawa dia memakai anting-anting (Judith 10:4) dengan menggunakan perkataan Yunani enõtia.

 

A R S Kennedy menyatakan dalam karangannya Charms and Amulets (ERE, Vol. 3, mukasurat 439) bahawa penggalian terbaru:

 

menunjukkan bahawa anting-anting (ear-rings, cincin telinga) dianggap bersifat jimat atau azimat. Memiliki benda seperti itu dan kepercayaan dalam kemanjurannya yang dibayanginya, memang betul dianggap ahli sejarah Ibrani sebagai tidak cocok dengan kebaktian sepenuh hati kepada Jahweh. Sesungguhnya, pada zaman awal, mungkin boleh dikatakan bahawa setiap hiasan adalah azimat (lihat Kedasha dalam bahasa Aram., ‘benda suci’ untuk cincin telinga). Pendek kata, adat terhormat memakai perhiasan dipercayai bukan sangat kerana keangkuhan perempuan tetapi lebih kepada keinginan untuk melindungi pelbagai lubang tubuh terhadap kemasukan roh jahat (lihat W R Smith Rel Sem 1894, mukasurat 453 dan nota kaki).

 

Begitu juga, cincin hidung nampaknya bertujuan untuk melindungi hidung daripada kemasukan roh dan, dari struktur kata asalnya lehashim, terbukti bahawa ia memang azimat dan, berpandukan konteks istilah asal dalam Pengkhotbah 10:11, lehashim asal mungkin adalah azimat dalam bentuk ular (ibid.). Yesaya mendaftarkan Saharon atau bulan kecil atau bulan sabit. Pita berbentuk bulan sabit masih dipakai di sekeliling leher unta hari ini dan berpunca dari asosiasi dengan dewa bulan (sebagai bentuk maskulin di Arab iaitu Shams) namun asosiasi keseluruhannya sebagai simbol pemujaan bulan kultus Easter nampaknya mungkin, dengan anting-anting berbentuk bulat dan, kerana itu, dikenal pasti dengan bulan dan ular masing-masingnya.

 

Mungkin asosiasi bulan sabit dengan Bulan Baru bukan hanya disebabkan salah tafsir Bulan Baru sebenar oleh pihak Farisi untuk memelihara tradisi tetapi berpunca daripadanya sendiri dari sistem pemujaan bulan dan matahari Kasdim purba. Tidak diragukan bahawa bulan sabit bukan simbol Bulan Baru tetapi simbol dewa bulan Shams selaku pasangan kepada dewi matahari. Ini dicerminkan dalam sistem Ishtar atau Easter.

 

Signifikans bentuk ular yang dipertalikan kepada telinga dibayangkan dalam legenda Yunani amat purba tentang seorang bijaksana yang mampu mengerti bahasa burung “sesudah mempelajarinya melalui beberapa ular yang diselamatkannya dan, kerana rasa syukur, membersihkan telinganya sewaktu dia tidur.” (Frazer The Golden Bough: A study in Magic and Religion, 3rd Ed., Pt. 1, Vol. I, mukasurat 158). Ini mungkin sekali mencerminkan peranan yang disifatkan kepada bala tentera langit durhaka yang digambarkan sebagai ular dalam memberi pelbagai bentuk pengetahuan kepada manusia (lihat M A Knibb The Ethiopic Book of Enoch, ibid., lihat Kejadian 3 et seq.).

 

Telinga juga dilihat sebagai cara masuk dan keluar bagi roh (Frazer, ibid., Vol. III, mukasurat 31), dan juga sebagai pusat kecerdasan. Dari sebab-sebab ini timbulnya keperluan untuk melindungi telinga dengan azimat cincin dalam bentuk ular atau bulan sabit. Darah yang diambil dari telinga melalui tusukan mungkin digunakan sebagai upacara penebusan dosa sebelum memberi azimat tersebut (lihat juga Frazer, ibid., untuk amalan mengambil darah dari telinga sebagai penebusan dosa). Begitu juga, untuk orang Ibrani, telinga adalah satu cara mengalami Tuhan sebagai satu cara pengertian atau pemahaman iaitu Dengarlah wahai Israel dan sebagainya, dan ini bertentangan terus dengan konsep penglihatan dalam kultus misteri.

 

Konsep anting-anting tunggal pada satu telinga yang menunjukkan ketersediaan dalam pengertian moden nampaknya adalah korupsi adat Pulau Pasifik yang berkaitan bunga atau pandangan daripadanya dan dikaitkan kepada kesesatan homoseksual.

 

Perbedaan antara lelaki dan perempuan dalam pemakaian anting-anting nampaknya sudah berlaku dari tanggal awal kerana Frazer merujuk kepada amalan memakai gelang tangan dan anting-anting perempuan oleh lelaki yang telah disengat kalajengking sebagai sejenis azimat penyembuhan.

 

Begitu juga, pakaian perempuan dipakai oleh kaum lelaki dalam beberapa budaya animis (animisme) sebagai perlindungan daripada dikenali oleh roh-roh jahat dan di kalangan Dukun atau bomoh sesetengah suku bangsa Asia Tenggara. Kelakuan orang banci (transvestite) ditunjukkan oleh sesetengah bomoh terkemuka dalam Shamanisme.

 

Pemakaian baju kelamin bertentangan dilarang oleh Alkitab sebagai sesuatu yang dibenci dan mungkin sekali berpunca dari penindasan amalan animistik. Amalan memakai anting-anting nampak pasti diperolehi dari amalan tersebut.

 

Amalan memakai azimat di kalangan orang Ibrani nampaknya terpaksa ditindas dan dengan itu tidak ditunjukkan secara terbuka pada tempat-tempat seperti telinga dan hidung dan diletakkan di bawah pakaian oleh mereka yang bertakhyul untuk menyembunyikannya dari pandangan umum. Kennedy merujuk kepada amalan memakai azimat ini sebagai perlindungan dalam peperangan, tetapi disembunyikan di bawah pakaian (ibid.). Sebilangan askar Judas Maccabeus yang terbunuh dalam pertempuran, sesudah itu didapati memakai di bawah pakaian mereka tanda-tanda keramat dari berhala Jamnia, yang hukum melarang orang Yahudi memakainya, dan ia menjadi jelas kepada semua bahawa inilah sebabnya kenapa orang-orang ini gugur (2 Macc. 12:40 RSV).

 

Contoh Asal-usul dari India

Contoh paling jelas bagi tujuan asalnya sebagai jimat animistik ditemui dalam amalan golongan Yogi Kanphata dari India, sebuah submazhab pertapa Saiva yang dinamakan sempena amalan membelah telinga mereka dan memasangkan anting-anting besar yang diperbuat dari batu akik, tanduk atau kaca, kira-kira dua dan satu perempat ons (auns) beratnya, ke dalam telinga sebagai simbol inisiasi mereka. Golongan Kanphata dari Bombay dan Belgaum membawa trisula sebagai simbol dewa Siva yang mereka puja. Golongan paling rosak akhlak adalah golongan Kanphata bukit yang mengikut upacara Tantrik (Tantra) dan memuaskan nafsu dalam pesta liar kultus Sakta berhaluan kiri. Mereka umumnya dianggap sebagai tukang ramal dan ahli sihir (L P Tessitori Yogis (Kanphata), ERE, Vol. 12, hlm. 835).

 

Penggunaan Salah Kosmetik di dalam Alkitab

Kutukan terawal terhadap kosmetik sebagai hiasan muka berkaitan dengan Izebel di mana dia menghiasi mata dan kelopak mata.

 

2 Raja-raja 9:30  Sampailah Yehu ke Yizreel. Ketika Izebel mendengar itu, ia mencalak matanya, dihiasinyalah kepalanya, lalu ia menjenguk dari jendela. (RSV)

 

Di sini ia dikutuk sebab pergaulan, kerana Izebel terkenal dalam pemujaan Baal.

 

Yeremia menggunakan konsep Israel sebagai perempuan berzina, dan penggunaan celak mata serta cat muka ditemui dalam konteks itu.

 

Yeremia 4:30  Dan engkau, yang dimusnahkan, apakah yang hendak kaulakukan, mengapa engkau mengenakan pakaian kirmizi, menghiasi dirimu dengan perhiasan emas, memalit matamu dengan celak? Sia-sia engkau memperelok dirimu, pencinta-pencintamu menolak engkau, bahkan mereka ingin mencabut nyawamu. (RSV)

 

Konsep yang sama muncul dalam Yehezkiel.

 

Yehezkiel 23:40 Tambahan lagi mereka meminta orang-orang datang dari tempat yang jauh dengan menyuruh suruhan memanggil mereka, dan sungguh, mereka datang. Demi kedatangan mereka engkau mandi bersih-bersih, mencalak alismu dan menghias dirimu dengan perhiasan-perhiasan. (RSV)

 

Sekali lagi, Israel adalah perempuan berzina. Yehezkiel mengutuk keberhalaan dan penyundalan Israel.

 

Mungkin boleh dianjurkan bahawa ini adalah cara yang diterima oleh perempuan berzina, tetapi tidak semua perempuan yang menggunakan alat solek berbuat begitu dalam konteks ini. Sesungguhnya, itulah dasar pembelaannya. Gerakan anti alat solek akan mengatakan bahawa ia hanya digunakan dalam Israel purba oleh orang seperti ini. Tidak diragui bahawa ciptaannya dianggap oleh sesetengah mazhab sebagai satu ciptaan iblis setan seperti yang kita lihat dari kitab Enoch (Henokh). Bagaimanapun, pandangan seperti itu nampaknya bukan umum.

 

Penggunaan minyak mur dan rempah-rempah dan cara-cara berpakaian adalah biasa dan, sememangnya, digunakan bagi Kristus lebih dari sekali. Ahli obat atau ahli kimia jelas ada sejak waktu Keluaran dan minyak pengurapan diperbuat dari mur (getah dari belukar berduri Arab), kayu manis, tebu (calamus, sere/serai India), kayu teja (cassia, kulit kayu sejenis kayu manis India) dan minyak zaitun.

 

Satu lagi benda yang digunakan adalah minyak wangi yang dibuat oleh ahli obat, iaitu minyak pengurapan. Ia dibuat dari getah damar (stacte), kulit lokan (onycha) dan getah rasamala (galbanum) yang dicampurkan dengan kemenyan (frankincense), masing-masing sama banyaknya, dan ini menjadi kudus. Sesiapa yang membuat minyak wangi dengan gabungan semacam itu akan dilenyapkan dari bangsa itu. Justeru, bahan-bahan ini boleh digunakan dalam campuran tunggal atau campuran lain. Hanya rumusan campuran bait saja yang tidak dibenarkan. Ia harus diletakkan di hadapan khemah pertemuan (Keluaran 30:22-38).

 

Justeru tidak diragukan bahawa minyak pengurapan dan minyak wangi diizinkan dalam Israel purba. Benda-benda ini bukan saja dibenarkan tetapi digunakan secara langsung di dalam dan untuk upacara Bait Suci sebagai benda-benda kudus. Bezanya adalah bahan campuran istimewa yang digunakan dalam Khemah Pertemuan tidak boleh digunakan untuk kegunaan harian. Anak-anak imam membuat minyak dan rempah-rempah kudus ini (1 Tawarikh 9:30).

 

Hizkia memiliki gedung rempah-rempah dan minyak yang berharga ini untuk kegunaan umum dalam perbendaharaannya sebelum tawanan (2 Raja-raja 20:13; Yesaya 39:2).

 

Amsal 27:9 mengatakan Minyak dan wangi-wangian menyukakan hati. Kristus dicurahkan minyak seperti itu padanya (Matius 26:7 dan seterusnya).

 

Justeru tiada kutukan terbabit dalam penggunaan benda-benda seperti itu dalam kehidupan harian umat (Pengkhotbah 9:8).

 

Rangkuman

Pemakaian anting-anting, bersama dengan asal-usul animistik Saiva dan agama Indo-Aryan yang lain, sudah lama wujud. Nampaknya tidak diragukan bahawa pemakaian anting-anting oleh lelaki, dan juga perempuan, pada mulanya di antara orang Indo-Eropah, merupakan kesetiaan kepada amalan animistik atau berhala yang membabitkan unsur-unsur teologi Kasdim, yang tersebar ke timur dan barat. Ia dilarang mengikut analisis mudah Kejadian 35:4. Meskipun dihapuskan oleh Yakub, pemakaian anting-anting nampaknya telah masuk semula sewaktu tawanan Mesir. Penghentian amalan ini dengan Musa kelihatannya kekal selama satu tempoh yang tidak dapat ditentukan bilamana azimat secara umumnya disembunyikan atau, lebih tepat lagi, di bawah pakaian. Kebanyakan orang Anglo-Saxon tidak lagi mengetahui asal amalan ini.

 

Pemakaian barang perhiasan secara umumnya kelihatan berpunca dari amalan yang sama seperti dengan anting-anting – iaitu, sebagai azimat melawan roh, dan azimat ular adalah jenis yang paling terkenal. Ini dihubungkaitkan dengan bulan sabit atau bentuk bulatnya sebagai satu bulatan.

 

Bulan sabit tidak berkaitan dengan penentuan mudah kalendar dari tradisi dan jauh daripada Bulan Baru sebenar (konjunksi) namun merupakan gambaran simbolik Shams, dewa bulan dari sistem-sistem Timur Tengah. Bentuknya secara umum digambarkan oleh bulan sabit.

 

Di kalangan mazhab-mazhab awal, kosmetik dipandang sebagai seni yang diajar oleh Azazel atau Iblis sesudah pendurhakaan bala tentera syurga. Alkitab tidak mempunyai perintah khusus yang menentang penggunaan kosmetik pencegahan atau minyak dan salah atau rempah-rempah dengan berperanan begitu. Sikap terhadap pakaian adalah seruan untuk berpakaian sopan dan sederhana, dan dihiasi dengan perbuatan baik. Memalit mata dengan celak nampaknya telah dikaitkan dengan ibadat palsu dan kelakuan berzina. Sekali lagi, kesilapan ini kelihatannya berpunca dari cara penyajian dan sikap di sebalik kenyataannya.

 

Penggunaan jimat dan azimat adalah dilarang dan dikaitkan dengan keberhalaan. Dengan itu, barang-barang hiasan dibataskan dan azimat atau perhiasan sebegitu dilarang.

 

Penggunaan ini nampaknya dikaitkan dengan gaya pemikiran yang merosot menjadi keberhalaan atau berpunca daripadanya dan dengan itu keruntuhan sosial yang menyusuli keberhalaan seperti yang kita lihat digambarkan oleh Paulus dalam Roma 1.

 

Pakaian seorang Kristian harus layak dan tidak menganjurkan pertalian dengan amalan-amalan berhala ini atau kepercayaan takhyul umumnya.

 

Kaum perempuan dan lelaki tidak diizinkan memakai pakaian dari kelamin yang satu lagi dan kelakuan mereka haruslah layak.

 

Tuhan mengisytiharkan bahawa Dia sudah menghiasi Yerusalem yang dipilihNya.

 

Yehezkiel 16:8-22 Maka Aku lalu dari situ dan Aku melihat engkau, sungguh, engkau sudah sampai pada masa cinta berahi. Aku menghamparkan kain-Ku kepadamu dan menutupi auratmu. Dengan sumpah Aku mengadakan perjanjian dengan engkau, demikianlah firman Tuhan ALLAH, dan dengan itu engkau Aku punya. 9 Aku membasuh engkau dengan air untuk membersihkan darahmu dari padamu dan Aku mengurapi engkau dengan minyak. 10 Aku mengenakan pakaian berwarna-warna kepadamu dan memberikan engkau sandal-sandal dari kulit lumba-lumba dan tutup kepala dari lenan halus dan selendang dari sutera. 11 Dan Aku menghiasi engkau dengan perhiasan-perhiasan dan mengenakan gelang pada tanganmu dan kalung pada lehermu. 12 Dan Aku mengenakan anting-anting pada hidungmu dan anting-anting pada telingamu dan mahkota kemuliaan di atas kepalamu. 13 Dengan demikian engkau menghias dirimu dengan emas dan perak, pakaianmu lenan halus dan sutera dan kain berwarna-warna; makananmu ialah tepung yang terbaik, madu dan minyak dan engkau menjadi sangat cantik, sehingga layak menjadi ratu. 14 Dan namamu termasyhur di antara bangsa-bangsa karena kecantikanmu, sebab sangat sempurna adanya, oleh karena semarak perhiasan-Ku yang Kuberikan kepadamu, demikianlah firman Tuhan ALLAH." 15 "Tetapi engkau mengandalkan kecantikanmu dan engkau seumpama bersundal dalam menganggarkan ketermasyhuranmu dan engkau menghamburkan persundalanmu kepada setiap orang yang lewat. 16 Engkau mengambil dari pakaian-pakaianmu untuk membuat bukit-bukit pengorbananmu berwarna-warni dan engkau bersundal di situ; seperti itu belum pernah terjadi dan tidak akan ada lagi. 17 Engkau mengambil juga perhiasan-perhiasanmu yang dibuat dari emas-Ku dan perak-Ku, yang Kuberikan kepadamu, dan engkau membuat bagimu patung-patung lelaki dan engkau bersundal dengan mereka. 18 Engkau mengambil dari pakaianmu yang berwarna-warni untuk menutupi mereka dan engkau mempersembahkan kepada mereka minyak-Ku dan ukupan-Ku. 19 Juga makanan-Ku yang Kuberikan kepadamu--tepung yang terbaik, minyak dan madu Kuberikan makananmu--engkau persembahkan kepada mereka menjadi persembahan yang harum, demikianlah firman Tuhan ALLAH. 20 Bahkan, engkau mengambil anak-anakmu lelaki dan perempuan yang engkau lahirkan bagi-Ku dan mempersembahkannya kepada mereka menjadi makanan mereka. Apakah persundalanmu ini masih perkara enteng 21 bahwa engkau menyembelih anak-anak-Ku dan menyerahkannya kepada mereka dengan mempersembahkannya sebagai korban dalam api? 22 Dalam segala perbuatan-perbuatanmu yang keji dan persundalanmu itu engkau tidak teringat lagi kepada masa mudamu, waktu engkau telanjang bugil sambil menendang-nendang dengan kakimu dalam lumuran darahmu. (RSV)

 

Tuhan menghiasi Yerusalem dan, secara simboliknya, semua umat pilihan. Yerusalem telah berpaling menjauhi Tuhan dan walaupun mereka telah dihiasi Tuhan, menjadi murtad dengan perhiasan dan pakaian yang melambangkan tuhan-tuhan yang dipuja bangsa-bangsa. Mereka jatuh ke dalam keadaan yang lebih buruk lagi daripada Samaria dan Sodom sebelumnya. Namun Tuhan akan memulihkan semua sistem ini di bawah perjanjianNya yang baru (Yehezkiel 16:55-63). Tugas kita adalah untuk mengingati perhiasan rohaniah yang sudah diberikan kepada kita oleh Tuhan dan tidak khuatir dengan benda-benda lahiriah atau material seperti yang dilakukan oleh dunia.

 

q