Jemaat-jemaat Allah Al Masehi

[202]

 

 

 

 

Pengikut Nikolaus [202]

(Edisi 1.1 19970524-19970722)

 

Doktrin pengikut-pengikut Nikolaus dicela dalam Wahyu 2:6 dalam pesanan kepada Jemaat Efesus yang tidak mempunyai ajaran tersebut dan membencinya. Jemaat Pergamus telah dikecam kerana ada antara anggota jemaat ini yang berpegang kepada ajaran Bileam dan doktrin pengikut Nikolaus (Nicolaitan, Nicolaitanes) yang dibenci Kristus (Wahyu 2:14-15). Siapakah mereka dan apakah ajaran mereka? Adakah Kekristianan moden memahami kesan-kesan rumit daripada pengecaman Kristus ini?

 

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta ã 1997 Wade Cox)

(Tr. 2006)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org


 

Pengikut Nikolaus [202]

 


 


Pengenalan

 

Doktrin pengikut Nikolaus telah dicela oleh Mesias dalam Wahyu di dalam pesanannya kepada Jemaat-jemaat. Kita perhatikan bahawa Jemaat mengutuk doktrin-doktrin ini pada zaman jemaat Efesus namun menjelang zaman Pergamus ajaran-ajaran ini telahpun memasuki Jemaat.

 

Wahyu 2:1-7  "Tuliskanlah kepada malaikat jemaat di Efesus: Inilah firman dari Dia, yang memegang ketujuh bintang itu di tangan kanan-Nya dan berjalan di antara ketujuh kaki dian emas itu. 2 Aku tahu segala pekerjaanmu: baik jerih payahmu maupun ketekunanmu. Aku tahu, bahwa engkau tidak dapat sabar terhadap orang-orang jahat, bahwa engkau telah mencobai mereka yang menyebut dirinya rasul, tetapi yang sebenarnya tidak demikian, bahwa engkau telah mendapati mereka pendusta. 3 Dan engkau tetap sabar dan menderita oleh karena nama-Ku; dan engkau tidak mengenal lelah. 4 Namun demikian Aku mencela engkau, karena engkau telah meninggalkan kasihmu yang semula. 5 Sebab itu ingatlah betapa dalamnya engkau telah jatuh! Bertobatlah dan lakukanlah lagi apa yang semula engkau lakukan. Jika tidak demikian, Aku akan datang kepadamu dan Aku akan mengambil kaki dianmu dari tempatnya, jikalau engkau tidak bertobat. 6 Tetapi ini yang ada padamu, yaitu engkau membenci segala perbuatan pengikut-pengikut Nikolaus, yang juga Kubenci. 7 Siapa bertelinga, hendaklah ia mendengarkan apa yang dikatakan Roh kepada jemaat-jemaat: Barangsiapa menang, dia akan Kuberi makan dari pohon kehidupan yang ada di Taman Firdaus Allah." (KJV)

 

Pohon Kehidupan ini mempunyai maksud berkaitan doktrin Gnostik dan kultus Misteri.

 

Di sini, Jemaat dipuji kerana menolak segala doktrin pengikut Nikolaus, hingga membencinya. Justeru mereka pasti telah wujud awal dalam sejarah Jemaat. Mereka nampaknya telah berkembang dan memasuki Jemaat dari Pergamus.

 

Wahyu 2:12-17 "Dan tuliskanlah kepada malaikat jemaat di Pergamus: Inilah firman Dia, yang memakai pedang yang tajam dan bermata dua: 13 Aku tahu di mana engkau diam, yaitu di sana, di tempat takhta Iblis; dan engkau berpegang kepada nama-Ku, dan engkau tidak menyangkal imanmu kepada-Ku, juga tidak pada zaman Antipas, saksi-Ku, yang setia kepada-Ku, yang dibunuh di hadapan kamu, di mana Iblis diam. 14 Tetapi Aku mempunyai beberapa keberatan terhadap engkau: di antaramu ada beberapa orang yang menganut ajaran Bileam, yang memberi nasihat kepada Balak untuk menyesatkan orang Israel, supaya mereka makan persembahan berhala dan berbuat zinah. 15 Demikian juga ada padamu orang-orang yang berpegang kepada ajaran pengikut Nikolaus. 16 Sebab itu bertobatlah! Jika tidak demikian, Aku akan segera datang kepadamu dan Aku akan memerangi mereka dengan pedang yang di mulut-Ku ini. 17 Siapa bertelinga, hendaklah ia mendengarkan apa yang dikatakan Roh kepada jemaat-jemaat: Barangsiapa menang, kepadanya akan Kuberikan dari manna yang tersembunyi; dan Aku akan mengaruniakan kepadanya batu putih, yang di atasnya tertulis nama baru, yang tidak diketahui oleh siapapun, selain oleh yang menerimanya." (KJV)

 

Pengikut Nikolaus merupakan sebuah mazhab yang membingungkan yang hanya disebut di sini. Siapakah mereka? Apakah ajaran mereka yang dikecam begitu kuat sekali? Jawapannya ada dalam sejarah.

 

Catatan Sejarah Mengenai Pengikut Nikolaus

 

Catatan pertama tentang mereka daripada sumber tradisional terkandung dalam tulisan Ignatius. Dia diakui sebagai murid Yohanes Pembaptis bersama Polycarp. Hayatnya dijangkakan sekitar 30-107 CE dan, dengan itu, dia, ketika masih kecil, dikatakan telah melihat Kristus menurut legenda kemudian. Dia menjadi biskop Jemaat sejak kematian Yohanes. Dia telah mati syahid dan mewariskan semangatnya kepada Polycarp yang mengambil alih kepimpinan Jemaat. Dia juga dipanggil Theophorus dan daripada tulisannya menunjukkan betapa mendalamnya umat Kristian awal merasakan pendiaman Roh Kudus (2 Korintus 6:16). Dalam surat Ignatius kepada orang Trallian (Ch. XI, lihat ANF, Vol. I, mukasurat 71) kita lihat bagaimana Simon dikecam sebagai anak sulung Iblis, bersama dengan Menander dan Basilides. Mereka ialah pengikut Gnostik dan surat ini ditulis pada akhir hayat Ignatius dan sebelum Basilides pergi ke Alexandria di mana dia menjadi makmur di bawah pemerintahan maharaja Adrian dan Antoninus Pius sekitar 120-140 CE. Epiphanius mengatakan dia berasal dari Antiokhia dan merupakan murid Menander, namun Eusebius dan Theodoret menyatakan dia lahir sebagai seorang warga Alexandria. Lantas Ignatius menunjukkan dirinya aktif sebagai seorang murid Menander dan, dengan itu, juga Simon Magus di Antiokhia dan kerana itu Epiphanius adalah betul. (ibid., lihat J P Arendzen, Cath. Encyc., artikel Basilides, Vol. II, mukasurat 326). Arendzen mungkin membuat kesimpulannya demi mengapkir surat panjang Ignatius yang bukan bersifat Trinitarian serta bertentangan dengan pandangannya).

 

Justeru bidang waktu yang kita ada bagi mazhab Nikolaus ini adalah sekurang-kurangnya sebelum 107 CE dari waktu permulaan Gnostikisme.

 

Ignatius dalam suratnya yang panjang itu berkata:

Jauhilah juga pengikut Nikolaus, yang salah namanya, yang mengejar kenikmatan dan suka memfitnah (ANF, ibid.).

 

Kita rumuskan tiga perkara daripada pernyataan ini. Pertama, pengikut-pengikut Nikolaus diberi nama yang salah. Rumusan yang dibuat bahawa mereka ialah murid-murid Nikolaus (Nicolas), diakon Jemaat, adalah palsu. Kita akan mengkaji hal ini kemudian.

 

Kedua, mereka merupakan penggemar kenikmatan dan ketiga, mereka suka memfitnah. Dalam kata lain, mereka menuduh dan memburuk-burukkan penentang mereka. Justeru, penulisan karya-karya fitnah tergolong dalam kategori perbuatan pengikut Nikolaus.

 

Ignatius sekali lagi menyebut mereka dalam suratnya kepada jemaat Filadelfia. Ignatius berkata di situ bahawa pengikut Nikolaus (nama yang salah) menganggap kemuncak segalanya ialah kenikmatan dan menganggap perkahwinan tidak sah sebagai sesuatu yang baik. Jadi, kesudahan perbuatan ialah kenikmatan (sebagaimana seorang Hedonist melihatnya). Daripada komen-komen Ignatius itu kita mungkin merumuskan bahawa perkahwinan tidak sah telahpun melampaui perbuatan zina dan, sememangnya bagi mereka, zina bukanlah sesuatu yang tidak baik. Komen-komen daripada Bab VI surat ini juga menunjukkan bahawa terdapat masalah dalam pandangan mereka terhadap penjelmaan (inkarnasi). Ignatius menolak doktrin bahawa Tuhan sebagai Firman berdiam dalam badan manusia – tinggal di dalamnya sebagai Firman dan bukan sebagai suatu jiwa manusia. Dia seolah-olah menyatakan benda itu ialah jiwa manusia. Oleh itu, pengikut Nikolaus merupakan pelopor golongan Trinitarian daripada teks ini. Faktor itu mungkin menjelaskan kenapa surat itu dipendekkan dan ditulis semula pada suatu tarikh kemudian.

 

Daripada pengertian awal ini tentang pengikut Nikolaus kita beralih kepada Irenaeus yang merupakan pengganti seterusnya, yang dilatih oleh Polycarp dan kerana itu satu keturunan daripada Ignatius, dan mungkin lahir antara 120 dan 140 CE.

 

Irenaeus, murid Polycarp, iaitu murid Yohanes telah menulis tentang pengikut Nikolaus dalam Against Heresies, Bab XXVI (ANF, Vol. I, mukasurat 351-352).

 

Sesudah mengutuk golongan Ebion (Ebionites), dia kemudiannya mengutuk kumpulan Nikolaus namun kelihatannya mengabaikan komen Ignatius serta menerima hakikat mazhab ini berasal daripada Nikolaus. Ini mungkin suatu andaian. Dia berkata:

 

3. Kumpulan Nikolaus merupakan pengikut-pengikut Nikolaus iaitu salah seorang daripada tujuh orang pertama yang ditahbiskan menjadi diakon oleh para rasul [ANF catatan 1 menyatakan ini dipertikaikan oleh pihak berwibawa purba yang lain]. Mereka hidup memenuhi nafsu mereka tanpa batasan. Sifat orang-orang ini jelas ditunjukkan dalam Kitab Wahyu Yohanes [apabila mereka dipertunjukkan], mengajarkan ketidakacuhan dalam melakukan zina, serta memakan makanan yang telah dipersembahkan kepada berhala. Lantas Firman juga berbicara tentang mereka begini: “Tetapi ini yang ada padamu, yaitu engkau membenci segala perbuatan pengikut-pengikut Nikolaus, yang juga Kubenci.”

 

Irenaeus mengenal pasti daripada Bab XXII bahawa asal bidaah-bidaah itu ialah kumpulan Gnostik dan berpunca daripada Simon dan Menander – dan begitu juga Ignatius. Bagaimanapun, tidak seperti Ignatius, dia nampaknya setuju bahawa Nikolaus ialah leluhur kumpulan Nikolaus ini. Mungkin kenyataannya adalah bahawa suatu pandangan kelonggaran yang tertentu telah diekstrimkan dan cabang Jemaat di bawah Nikolaus dalam mana pandangan ini mula-mula muncul menjadi korup dan menarik diri. Inilah pengertian yang kita dapati dalam surat-surat Yohanes. Dalam 1 Yohanes 2 kita perhatikan divisi dalam Jemaat yang berpunca daripada doktrin Ketuhanan ini serta pelanggaran hukum. Mungkin Yohanes menulis untuk membetulkan doktrin-doktrin yang cuba menegaskan bahawa kemanusiaan dan ketuhanan Kristus telah diasingkan dan juga bahawa hukum telah dikurangi seperti yang kita lihat dalam doktrin-doktrin yang terbit daripada golongan Gnostik timur daripada Simon hingga Menander serta kumpulan Nikolaus. Teks ini betul-betul kena kepada teras struktur trinitarian dan kerana itu mereka terpaksa mengubah doktrin Antikristus yang ditemui dalam 1 Yohanes 4:1-2. Golongan Trinitarian mengubah teks itu hingga dibaca:

 

1John 4:1-3 1 Beloved, believe not every spirit, but try the spirits whether they are of God: because many false prophets are gone out into the world. 2 Hereby know ye the Spirit of God: Every spirit that confesseth that Jesus Christ is come in the flesh is of God: 3 And every spirit that confesseth not that Jesus Christ is come in the flesh is not of God: and this is that spirit of Antichrist, whereof ye have heard that it should come; and even now already is it in the world. (KJV)

 

1Yohanes 4:1-3 Saudara-saudaraku yang kekasih, janganlah percaya akan setiap roh, tetapi ujilah roh-roh itu, apakah mereka berasal dari Allah; sebab banyak nabi-nabi palsu yang telah muncul dan pergi ke seluruh dunia. 2 Demikianlah kita mengenal Roh Allah: setiap roh yang mengaku, bahwa Yesus Kristus telah datang sebagai manusia, berasal dari Allah, 3 dan setiap roh, yang tidak mengaku Yesus [telah datang sebagai manusia], tidak berasal dari Allah. Roh itu adalah roh antikristus dan tentang dia telah kamu dengar, bahwa ia akan datang dan sekarang ini ia sudah ada di dalam dunia. (KJV)

 

Bagaimanapun teks asalnya muncul dalam Irenaeus dan ditulis berikut:

Hereby know ye the spirit of God: Every spirit that confesseth Jesus Christ came in the flesh is of God; and every spirit which separates Jesus Christ is not of God but is of Antichrist.

 

Demikianlah kita mengenal Roh Allah: setiap roh yang mengaku, bahwa Yesus Kristus telah datang sebagai manusia, berasal dari Allah, dan setiap roh, yang memisahkan Yesus Kristus, tidak berasal dari Allah tetapi dari Antikristus.

 

Tokoh sejarah Socrates berkata (VII, 32, mukasurat 381) bahawa petikan itu telah dirosakkan oleh golongan yang ingin memisahkan kemanusiaan Yesus Kristus daripada ketuhanannya.

 

Jadi nampaknya kita berhadapan dengan pengikut-pengikut Nikolaus atau suatu cabang kumpulan ini yang memperkenalkan dua pandangan bidaah tertentu. Salah satunya berkenaan Ketuhanan dan yang satu lagi berkaitan dengan pengenalan antinomianisme yang juga menyentuh konsep kasih. Walaupun kemudiannya doktrin ini diubahsuai sehingga elemen-elemen dosa yang berciri lebih kasar dan antisosial telah dihaluskan, ajaran dasarnya iaitu peninggian serta pemisahan kemanusiaan dan ketuhanan Kristus telah dikekalkan. Doktrin itu akhirnya diserap masuk ke dalam Trinitas dan menjadi lebih menyimpang sebagai antinomianisme dalam semua mazhab namun diasaskan sebagai hujah kasih karunia menghapuskan hukum yang menjadi fungsi Kekristianan aliran umum moden. Terdapat aspek-aspek lain doktrin-doktrin itu yang juga akan kita kaji.

 

Kita tahu daripada tulisan Clement dari Alexandria bahawa pengikut-pengikut Carpocrates (Carpocratian) juga berpendapat bahawa kumpulan Nikolaus ini telah menyalahgunakan nama serta kata-kata diakon Nikolaus (lihat ANF, Vol. II, mukasurat 385; juga Elucidation, IV, mukasurat 404).

 

Dalam Stromata atau Miscellanies Buku III (yang satu-satunya tidak diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris) pada Bab IV, kita lihat Clement menangani kumpulan Carpocratian serta penyalahgunaan ajaran Nikolaus oleh kumpulan Nikolaus. Dalam bahagian pertama, dia membincangkan komen-komen Kristus yang dikatakan ditujukan kepada Filipus dalam Matius 8:22 dan Lukas 9:60.

 

Ikutlah Aku dan biarlah orang-orang mati menguburkan orang-orang mati mereka.

[Quod si usurpent vocem Domini, qui dicit Phillipo "Sine mortuos sepelire mortuos suos, tu autem sequere me".]

Daripada bentuk ini, hujah berkenaan korupsi tubuh nampaknya dirumuskan. Hujah menentang kumpulan Nikolaus dikecilkan kepada pengertian ini dengan mengutip Matius 6:24 dan Lukas 16:13 iaitu "convenientir Domini Praecepto, ‘duobus dominis servire’, voluptati et Deo". Kita boleh menafsirnya sebagai “Tak seorangpun dapat mengabdi kepada dua tuan, kepada Allah dan kepada Mamon.”.

 

Dalam teks ini Clement menggolongkan para pembidaah kepada dua kelas. Kelas pertama dalam mana kumpulan Nikolaus tergolong ialah orang-orang yang mempunyai gaya hidup yang sembrono dan kelas kedua ialah mereka yang mengamalkan perpantangan atau pembujangan yang tidak berdasarkan iman. Inilah sebab utama kenapa karya ini kekal dalam bahasa Latin dan tidak ditulis dalam bahasa Ingggeris. Para penyusun karya Ante-Nicene Fathers sengaja melakukan ini seperti yang dilihat daripada nota 1 kepada mukasurat 381:

 

Setelah banyak membuat pertimbangan, sidang redaksi menganggapnya jalan terbaik untuk memberikan seluruh Buku ini dalam bahasa Latin. [Dalam Buku sebelumnya, Clement telah menunjukkan, walaupun nyata cenderung kepada pembujangan suci, bahawa perkahwinan adalah kudus, dan cocok dengan manusia sempurna dalam Kristus. Kini dia beralih kepada sangkalan hal palsu – kumpulan Gnostik dan ajaran jangak mereka. Mengaku mempunyai peraturan lebih ketat dari semula dan memandang rendah segala ketetapan Pencipta, akibatnya adalah tunasusila paling jahat sekali. Akibat kemurungan daripada pembujangan paksa di sini, semuanya telah diramalkan dan ditunjukkan dari semula; dan Buku ini, walaupun menjijikkan bagi kita umat Kristian, adalah sangat berguna sebagai komentar tentang sejarah monastikisme, dan pembujangan paderi, di Jemaat-jemaat Barat. Resolusi sidang redaksi Edinburgh untuk memberikan Buku ini kepada golongan sarjana sahaja, dalam bahasa Latin, mungkin sesuatu yang bijak. Saya sertakan analisis pendek di akhir penjelasan-penjelasan ini.] (ANF, Vol. II, mukasurat 381).

 

Teks ini dibiarkan dalam bahasa Latin kononnya untuk melindungi mereka yang tidak murni daripada kejahilan mereka sendiri atau, lebih mungkin lagi, jabatan paderi pembujang daripada kecaman penyimpangan mereka yang bukan alkitabiah ini yang memang patut mereka terima.

 

Clement mengutuk hujah-hujah Gnostik berhubung pembujangan di samping kejangakan dan menyebut bahawa Petrus pernah berkahwin dan juga diakon Filipus yang mempunyai anak-anak perempuan yang sudah berkahwin, serta mengandaikan Paulus juga telah berkahwin (lihat Elucidations, VII, mukasurat 405).

 

Tidak ragu lagi bahawa Clement menganggap kumpulan Nikolaus menyalahgunakan ajaran diakon Nikolaus dan bahawa mereka dikelaskan bersama mazhab pembidaah yang jangak. Dia tdak mahu memberi gelaran Gnostik kepada kedua-dua kelas ini kerana Clement sendiri ialah seorang quasi-Gnostik (Gnostik sok) dan menganggap gelaran ini sebagai gelaran terhormat dalam bidang pengetahuan iman esoterik.

 

Kali seterusnya kita menemui doktrin kumpulan Nikolaus ini adalah dalam tulisan-tulisan yang dikaitkan kepada Tertullian (lihat terjemahan S Thelwell bagi lampiran Against All Heresies, ANF, Vol. III, mukasurat 649). Thelwell memperkecilkannya sebagai risalat lancung yang dikaitkan dengan Tertullian yang ditulis [menurut Oehler] oleh Victorinus Petavionensis, iaitu Victor, biskop Pettaw di Drave, dalam Styria Austria. Jerome jelas menyatakan bahawa Victorinus memang menulis adverus omnes Haeresies. Allix tidak pasti siapakah pengarangnya. Jika Victorinus telah menulisnya, maka tulisan ini masih ante-Nicene kerana dia telah mati syahid ketika penganiayaan Diocletian sekitar 303 CE.

 

Sama ada oleh Tertullian atau Victorinus, teks itu menyatakan, setelah menyenaraikan sejarah dan pandangan sekolah-sekolah dari Simon Magus hingga Menander hingga Basilides:

Seorang pembidaah dari kalangan saudara muncul iaitu Nikolaus. Dia salah seorang daripada tujuh diakon yang dilantik dalam Kisah Rasul-rasul [Kisah 6:1-6]. Dia mengesahkan bahawa Kegelapan direbut dengan berahinya – dan sememangnya, berahi yang keji dan cabul – selepas Terang: daripada pracampuran ini timbulnya kombinasi-kombinasi yang busuk dan kotor. (Ajaran-ajarannya) yang lain juga cabul. Sebab dia bercakap tentang Aeon-aeon tertentu, anak-anak kejahatan, dan tentang gabungan rangkulan serta pracampuran yang keji dan cabul [lihat nota 7 kepada mukasurat 650], dan hasil-hasil yang lebih hina daripada semua itu. Dia mengajar bahawa setan (daemon), dewa (tuhan), tujuh roh, dan lain-lain benda serupa yang terlalu keji telah dilahirkan, dan semua itu terus diabaikan. Cukup bagi kita bahawa bidaah pengikut-pengikut Nikolaus ini telah dikutuk oleh Wahyu Tuhan dengan wibawa terkuat yang boleh dilampirkan kepada sesuatu ayat, dengan menyatakan, “Tetapi ini yang ada padamu, yaitu engkau membenci segala perbuatan pengikut-pengikut Nikolaus, yang juga Kubenci”.

 

Teks ini kemudiannya menggambarkan kumpulan Ophite (Ophites) yang memuliakan ular kerana ular telah menyampaikan pengetahuan tentang yang baik dan yang jahat kepada manusia.

 

Justeru kita perhatikan bahawa kedudukan doktrin ini ialah suatu perkembangan Gnostikisme antinomian atau jangak. Pada asalnya dianggap sebagai ciptaan Nikolaus salah seorang daripada diakon mula-mula, dakwaan yang dinafikan oleh murid-murid awal, ajaran ini kemudiannya diterima sebagai ajaran yang berasal daripadanya.

 

Ajaran ini nampaknya membentuk dasar bidaah yang terpaksa ditentang Yohanes dalam surat-suratnya kepada orang Partia dan yang bukan sekadar kelakuan jangak tetapi juga pandangan terhadap Ketuhanan yang cuba menetapkan sifat kemanusiaan dan sifat ketuhanan Kristus pada tingkat tertentu agar menjelaskan bahawa Tuhan sebagai Firman memasuki tubuh dan mengubah sifat manusia Kristus. Ini, sesungguhnya, telah menghasilkan struktur trinitarian yang mengubah pandangan struktur ciri kemanusiaan dan ketuhanan penjelmaan itu. Sebab inilah komen-komen dalam 1 Yohanes 4:1-3 telah diubah untuk mengaburkan teks itu.

 

Augustine berpendapat bahawa surat Yohanes telah ditulis kepada orang Partia (lihat Nicene and Post Nicene Fathers (NPNF), Siri 1, Vol. VII, mukasurat 459). Kita akan mengkaji erti hal ini di tempat lain namun jangkauan bidaah Gnostik ini memang luas seperti mana Jemaat dalam orang Partia.

 

Hippolytus juga menyebut kumpulan Nikolaus (dalam The Refutation of all Heresies, Buku VII, Bab XXIV, ANF, Vol. V, mukasurat 115) dalam bahagian tentang mazhab Melkisedek. Dia berkata tentang Nikolaus:

 

Namun Nikolaus telah menjadi penyebab kepada kombinasi meluas orang-orang jahat ini. Dia, salah seorang daripada tujuh (yang dipilih) untuk jabatan diakon [tujuh orang dalam Kisah 6:5], telah dilantik oleh para Rasul. (Namun Nikolaus) menyimpang daripada doktrin betul, dan sering menanamkan sikap acuh tak acuh terhadap kehidupan dan makanan. Apabila murid-murid (Nikolaus) terus memberi penghinaan kepada Roh Kudus, Yohanes menegur mereka dalam Wahyu sebagai penzina dan pemakan makanan yang dipersembahkan kepada berhala [Wahyu 2:6].

 

Butir-butirnya dikembangkan hingga ke takat ini daripada Irenaeus, I, 26; Tertullian Praescript., cxiv; Epiphanius Haer., cxxv; Eusebius Hist. Eccles., iii, 29; Theodoret Haer. Fab, I, 15; dan kemudiannya kepada Augustine Haer., cv.

 

Kita perhatikan pemutaran hujah daripada pertalian palsunya kepada Nikolaus serta pemutaran doktrin-doktrin tentang Ketuhanan dan hukum hingga kepada kegemaran berdosa dan persetubuhan bebas tanpa sebarang sebutan Ketuhanan dan hukum yang merupakan isu utama ketika mula-mula dibincangkan.

 

Namun, kita mengetahui ideanya apabila kita mengkaji bahagian kumpulan Nikolaus dalam karya Clement dari Alexandria (dalam Stromata atau Miscellanies pada Buku II, Bab XIX, ANF, Vol. II, mukasurat 373) di mana dia berkata:

 

Maka begitulah mereka yang mengikut Nikolaus, mengutip suatu pepatah manusia, yang diputarbelitkan mereka, “bahawa daging harus disalahgunakan.” Namun orang yang layak menunjukkan bahawa adalah perlu untuk mengawal kesukaan bersenang-senang dan nafsu, dan dengan latihan sebegitu melenyapkan gerak hati serta kecenderungan daging. Namun mereka menyerahkan diri mereka kepada kesenangan umpama kambing, seolah-olah menghina tubuh, menjalani kehidupan yang menurut kehendak diri; tidak sedar bahawa tubuh disia-siakan, yang semulajadinya akan hancur; sementara jiwa mereka terkubur dalam kancah kejahatan; mengikut ajaran suka bersenang-senang seperti itu, yang bukan daripada zaman kerasulan.

 

Oleh itu, kita lihat bahawa ajaran diakon Nikolaus dalam mengalahkan nafsu daging telah disalahgunakan oleh orang Gnostik yang mencerobohi Jemaat. Kumpulan Nikolaus ini, sebagaimana mereka memanggil diri mereka, menyerang sifat Tuhan dan hukum, dan justeru itu mundur kepada dosa. Sebabnya mudah kenapa hujah-hujah ini tidak pernah dinyatakan dalam bentuk sejatinya oleh ahli-ahli teologi. Clement menunjukkan tujuannya dalam turutan berikut dengan kata-kata:

 

…Sebab itulah bagi saya hukum ilahi perlu menakutkan, supaya, dengan peringatan dan perhatian, seseorang ahli falsafah boleh mendapatkan dan mengekalkan kemangkiran kerisauan, terus tanpa kemerosotan dan tanpa dosa dalam segala sesuatu. Sebab kedamaian dan kemerdekaan tidak dapat dimenangi tanpa perjuangan berterusan dan tanpa mengalah dengan nafsu-nafsu kita. Sebab lawan kita yang kuat dan perkasa ini lebih tekun daripada penyengat, umpamanya; dan Kesenangan khususnya, bukan hanya waktu siang tetapi waktu malam, berada dalam mimpi bersama dengan sihir, memerangkap dan berkomplot. Jadi, bagaimanakah orang Yunani mungkin lebih benar dalam mencemuh hukum, sedangkan mereka sendiri mengajar bahawa Kesenangan ialah hamba ketakutan? …

 

Di sini, kita dapati bahawa pusat hujah itu ialah hukum serta pengurangannya dalam antinomianisme. Justeru, Ketuhanan terpaksa dikurangkan dan Kristus ditinggikan untuk mengurangkan atau melenyapkan hukum-hukum Perjanjian Lama dan hukum Tuhan. Doktrin ini belum dihuraikan dengan secukupnya kerana doktrin itu ialah teras kepada hujah-hujah Kekristianan trinitarian aliran umum. Mereka tidak boleh menyingkapnya atau mereka mendedahkan diri mereka dan, dengan itu, sedikit saja benar-benar dituliskan tentang doktrin itu.

 

Itulah sebabnya kenapa Yohanes menulis tentang asal dosa dan doktrin Antikristus dalam satu surat dan menggabungkannya juga dengan doktrin kasih. Ketiga-tiga elemen ini digabungkan dalam bidaah yang menyerang Jemaat dan hanya mungkin terbentuk daripada bidaah Gnostik ini yang menjadi leluhur kepada jemaat Kristian aliran umum. Daripada kajian sejarah doktrin itu, kemungkinan besar kita memerhatikan penyangkalan doktrin-doktrin Gnostik yang kemudiannya dipanggil doktrin Nikolaus dalam surat 1 Yohanes dan bidaah inilah yang mula-mula membahagikan Jemaat. Ini kemudiannya menjadi pengasas kepada sistem Kristian aliran umum yang lebih moden yang menyerap masuk keduaan sistem-sistem pertapa dan liberal serta menggabungkan kedua-dua ini di dalam jemaat dalam golongan paderi/kaum awam seperti yang juga kita lihat dalam dualisme Manichea serta Montanisme (lihat juga karya Vegetarianisme dan Alkitab (No. 183)).

 

Pandangan ini kemudiannya membawa kepada satu lagi aspek penting yang dibawa masuk ke dalam Kekristianan trinitarian atau aliran umum yang disertakan dalam, atau yang boleh dikutip daripada, makna nama itu. Kumpulan Nikolaus mempunyai pandangan hukum dan kasih karunia, dan ini diubahsuai seperti mana semua aspek sistem Babel sinkretik perempuan sundal itu.

 

Nama ini dikatakan diperolehi daripada Nikolaus namun mungkin baik juga untuk mengkaji struktur ini daripada Yunani asalnya.

 

Sebelum kita mengkaji struktur nama itu, satu lagi aspek yang perlu dipertimbangkan tentang mereka adalah bahawa Fleury berkata tentang mereka:

 

Les Nicolaites donnaient une infinité de noms barbares aux princes et aux puissances qu’ils mettaient en chaque ciel. Ils en nommaient un calaucauch, abussant d’un passage d’Isaie, où se lisent ces mots hebreux: cau-la-cau, cau-la-cau, pour representer l’insolence avec laquelle les impies se moquaient du prophète, en répétant plusiers fois quelques-unes de ses paroles (ANF, Vol. V, mukasurat 154) dibaca:

Kumpulan Nikolaus memberi banyak sekali nama-nama biadap kepada raja-raja dan penguasa-penguasa yang mereka tempatkan di setiap syurga (secara literalnya, langit). Mereka memanggil salah seorang mereka Caulaucauch, dengan menyalahgunakan suatu petikan daripada Yesaya, di mana kata-kata Ibrani ini boleh dibaca: “cau-la-cau, cau-la-cau,” yang menggambarkan keangkaraan dengan apa orang tidak beriman mengejek nabi itu, dengan mengulangi beberapa kata-katanya beberapa kali (terjemahan Walter Steensby, Carole Dailley, diedit oleh Wade Cox).

 

Rujukan ini berhubungan dengan penyangkalan doktrin golongan Naasseni oleh Hippolytus (The Refutation of All Heresies, ANF, Buku V, Bab III, mukasurat 52).

 

Tiga istilah itu ialah Caulacau, Saulasau dan Zeesar yang masing-masingnya bermakna, harapan, kesusahan, harapan yang masih kecil (lihat nota kepada mukasurat 52 dan kepada Irenaeus, ANF, mukasurat 350). Komen-komen itu merujuk kepada Yesaya 28:10. Teks ini ditujukan terhadap Yehuda yang seperti Samaria dalam Hedonismenya yang tidak terkawal dan inilah dasar reaksi kepada teks itu di kalangan penganut Gnostik jangak seperti kumpulan Nikolaus. Pengetahuan diperolehi dengan cara “Harus ini harus itu, mesti begini mesti begitu” (precept upon precept, line upon line – perintah demi perintah, baris demi baris) – justeru, pengulangan dalam Saulasau dan Caulacau. Precept di sini ialah SHD 6673 tsav sebagai suatu perintah yang bermakna suatu firman dan, justeru itu, suatu hukum atau perintah. Golongan antinomian menyerang hukum taurat dan memanggilnya kesusahan. Baris demi baris (line upon line) ialah SHD 6957 kav atau kawv jadi baris demi baris atau kawv-la-kawv. Ini suatu tali (cord) yang digunakan untuk mengukur dan juga suatu tali muzik dan, dengan itu, accord (cocok). Inilah maksudnya. Menurut hukum segalanya diukur dan inilah pengertian teks itu dalam Yesaya, dan justeru itu diejek oleh golongan Naasseni dan diutamakan dalam kosmologi kumpulan Nikolaus. Justeru itu, penganut Gnostik dan juga kumpulan Nikolaus di sini ialah leluhur hujah kasih karunia bukan hukum golongan Trinitarian antinomian moden yang merupakan keturunan mereka secara logiknya.

 

Kita lihat sejarah kumpulan Nikolaus disenaraikan dalam karya Eusebius (Church History, NPNF, Siri 2, Vol. 1, mukasurat 161). Setelah menangani Cerinthus dia berkata:

Pada waktu ini mazhab yang dikenali sebagai mazhab Nikolaus itu muncul dan wujud sekejap saja. Mazhab ini ada disebutkan dalam Wahyu Yohanes. Mereka berbangga bahawa pengasas mazhab mereka ialah Nikolaus, salah seorang diakon yang, dengan Stefanus, telah dilantik oleh para rasul untuk tujuan melayani golongan miskin. Clement dari Alexandria dalam buku ketiga karyanya Stromata, menceritakan hal-hal berikut mengenainya [lihat Stromata III. 4]. “Mereka mengatakan dia mempunyai isteri yang cantik, dan selepas kenaikan juruselamat, sebab dituduh cemburu oleh para rasul, dia membawa isterinya di tengah-tengah mereka dan memberi izin kepada sesiapa yang ingin mengahwini isterinya itu. Sebab mereka mengatakan bahawa ini cocok dengan kata-katanya bahawa seseorang itu harus menyiksa daging. Mereka yang mengikuti bidaah ini, meniru buta dan tolol semua yang dilakukan dan dikatakan, melakukan zina tanpa rasa malu. Namun aku tahu bahawa Nikolaus tidak mempunyai perempuan lain selain dia yang dikahwininya, dan bahawa, tentang anak-anaknya pula, anak-anak perempuannya kekal perawan hingga umur tua, dan anak lelakinya kekal baik. Jika ini benar, apabila dia membawa isterinya, yang sangat dikasihinya, ke tengah-tengah para rasul, dia jelas menyangkal nafsunya; dan apabila dia menggunakan ungkapan ‘menyiksa daging,’ dia menanamkan penguasaan diri menentang kesenangan-kesenangan itu yang begitu diingini. Sebab aku andaikan, selaras dengan perintah juruselamat, dia tidak mahu mengabdi kepada dua tuan, kesenangan (Mamon) dan Tuhan.

 

Ajaran ini merujuk kepada Matius 6:24 seperti yang juga kita lihat daripada rujukan dalam Stromata oleh Clement di atas. Eusebius juga berpendapat bahawa Matthias mengajar cara yang sama dan ini dicatatkan dalam NPNF nota 5 kepada mukasurat 161 yang merujuk semula kepada injil Matthias yang disebut Eusebius dalam Bab XXV. Ini juga disebut Origen (Hom in Lucam I), Jerome (Paef in Matt), dan penulis-penulis lain kemudian. Injil ini sudah tidak ada. Clement mengekalkan beberapa fragmen dalam Stromata II. 9; III. 4; VII. 13. Injil ini menekankan pertapaan. Pengetahuan tentangnya sedikit namun Lipsius berpendapat injil ini “serupa dengan [paradoseis Marthion] yang dipandang tinggi di kalangan golongan Gnostik, dan khususnya di kalangan orang Basilidea” (lihat Lipsius Dict. of Christ. Biog., II, mukasurat 716; rujuk NPNF, ibid., mukasurat 157 nota 30).

 

Tidak sukar untuk melihat bahawa Eusebius dari Caesaria, yang menulis daripada jarak waktu beberapa abad, masih menganggap orang-orang ini dipengaruhi fahaman Gnostik dan bahawa mereka memang digolongkan sebagai Gnostik yang berpunca daripada Syria serta rakyat Samaria Simon Magus dan muridnya Menander dari Caparattea (NPNF, ibid., mukasurat 158), dan yang disampaikan kepada Basilides dan kumpulan Nikolaus yang lebih tepat lagi ialah golongan Gnostik rakyat Syria yang hidup bebas yang mengambil nama Nikolaus mungkin daripada keinginan mereka untuk mencerobohi serta mengganggu Jemaat seperti yang kita lihat daripada Yohanes, namun telah dipaksa keluar. Eusebius nampaknya berpendapat mereka tidak kekal lama kerana, menjelang waktu dia menulis, sistem itu telahpun disesuaikan dan diambil alih kebanyakannya oleh sejenis Gnostikisme sinkretik yang menggabungkan pandangan Gnostik liberal dan pertapa dalam dua tingkat perkembangan.

 

Mosheim (Ecclesiastical History, Pt. II, Bab V, edisi keempat, William Tegg, London, 1865, mukasurat 49) berpendapat bahawa kumpulan Nikolaus pada mulanya mungkin sebuah kumpulan yang lain daripada mazhab yang dimaksudkan oleh penulis-penulis abad kedua terkemudian daripada Irenaeus, Tertullian dan Clement dari Alexandria namun ini mengambil kira hasil kerja Ignatius. Mungkin sekali Mosheim betul dalam menghubungkan mereka dengan dotkrin-doktrin Gnostik yang dibentuk seperti yang sudah kita lihat dan bahawa mereka tidak bangkit bersama Nikolaus. Pandangan Mosheim tentang celaan Kristus yang tidak mempersalahkan mereka dengan kesilapan dari segi iman adalah tidak disokong dan mengandaikan tiada pengertian nubuatan dalam teks Wahyu. Komennya tentang kumpulan Nikolaus dianggap dangkal. Dia juga menganggap Menander sebagai seorang yang gila bukannya seorang pembidaah, dan seolah-olah kurang mempertalikan Simon Magus dan Menander daripada yang diandaikan para penulis awal.

 

Menurut penulis kemudian, pseudo-Dorotheus, terdapat seorang bernama Nikolaus, biskop Samaria, yang jatuh ke dalam bidaah dan kejahatan di bawah pengaruh Simon Magus, dan dia dikira telah memberikan namanya kepada mazhab ini. Namun penulis ini dianggap saksi yang lewat dan tidak boleh dipercayai (ERE, artikel Nicolaitans, Vol. 9, mukasurat 364). Ini sama juga dengan pseudo-Abdias (Acta Apost. Apoc.) yang memperkenalkan seorang lagi bernama Nikolaus yang dimualafkan oleh rasul Andreas sesudah kehidupan pemuasan diri (ibid.). ERE berpendapat ini ialah suatu mazhab Gnostik yang jangak (ibid., mukasurat 363). Mereka dikutuk kerana memakan benda-benda yang dipersembahkan kepada berhala serta berkelakuan tunasusila (ibid., rujuk Wahyu 2:14,20). Moss berpendapat (ERE, ibid., halaman 365) bahawa mazhab Gnostik kemudian iaitu kumpulan Nikolaus pada permulaan abad ketiga di Asia Minor (Epiphanius Haer., XXV; rujuk pseudo-Tert. adv. omn. Haer., 1 dan Hipp. Haer., VII, 24) tiada kaitan. Ibadat mereka adalah kepada Ibu Dewi dan Dewi Langit serta pelacuran yang mengiringi. Hujah sebegini mengabaikan keterusan sejarah.

 

Dalam perselisihan kemudian atas doktrin-doktrin itu, paderi-paderi yang berkahwin dicemuh sebagai asusila oleh para penyokong pembujangan. Hujah itu digunakan oleh Kardinal Humbert (Contra Nicetam 25) yang menggambarkan bidaah Nikolaus itu sebagai pembenaran perkahwinan paderi.

 

Pandangan Humbert ini telah diakui dengan rasminya di Sidang Piacenza (Mac 1095).

 

Apa yang kita perhatikan adalah kemunculan sistem paderi/kaum awam Nikolaus dalam Kekristianan aliran umum yang dibaktikan akhirnya kepada sistem Ibu Dewi sebagai Mariolatry (Pemujaan Maria) dan pseudo pembujangan yang mengiringi daripada sumber Gnostik.

 

Tentang Perkahwinan dan Doktrin Jemaat Awal

 

Eusebius, dalam sejarahnya, merujuk kepada Clement dan mengesahkan bahawa Petrus dan Filipus bukan saja telah berkahwin tetapi mempunyai anak-anak dan dia berpendapat bahawa:

 

Paulus tidak ragu-ragu, dalam satu suratnya, untuk memberi salam kepada isterinya, yang tidak dibawa bersamanya agar dia tidak disusahkan dalam pelayanannya.

 

Dia juga memperhatikan catatan Clement bahawa isteri Petrus telah mati syahid di depan mata Petrus dan dia memberi semangat kepada isterinya itu. Anak perempuannya dipanggil sebagai Petronilla namun mungkin tidak tepat daripada kubur Aurelia Petronilla filia dulcissima yang dikuburkan di pekuburan Kristian Flavia Domitilla. Pandangan ini dibuat berasaskan andaian silap bahawa Petronilla ialah nama pengecil Petrus. Nama anak-anaknya tidak diketahui dengan pasti.

 

Sidang redaksi NPNF mengandaikan bahawa rasul Filipus telah dikelirukan dengan penginjil Filipus kerana Kisah 21:9 menunjukkan penginjil Filipus mempunyai empat anak perempuan yang perawan. Clement memberitahu kita bahawa mereka kemudiannya berkahwin jika kita andaikan dia maksudkan Filipus yang sama, namun Polycrates memberitahu kita bahawa sekurang-kurangnya dua daripada mereka tetap tidak berkahwin (lihat NPNF, ibid., mukasurat 162 nota 3,4). Jadi mungkin ada dua Filipus berlainan, seorang rasul dan seorang penginjil.

 

Berhubung Paulus, dia mungkin sekali bujang namun merenungi perkahwinan ketika Korintus ditulis dan rujukan dalam Eusebius dan Clement adalah kepada surat lain yang menamakan isterinya. Ini mungkin ialah Roma yang ditulis kira-kira dua tahun selepas Korintus dan, jika inilah kasusnya, Bab 16 mungkin merujuk kepada isterinya. Rufus dan ibunya mungkin merupakan saudara ipar dan ibu iparnya dengan seorang perempuan yang dikasihi sebagai isterinya. Dia juga mungkin telah kematian isteri. Apa sekalipun kasusnya, sejarah menyangkal pembujangan dalam para rasul dan penatua pilihan yang semuanya merupakan suami dan bapa yang taat setia, serta menangani fakta-fakta bahawa kumpulan Nikolaus telah salah dipertalikan kepada diakon Nikolaus dan merupakan pengikut Gnostik antinomian.

 

Memang diketahui oleh Clement, dan juga di sini oleh Eusebius, bahawa Paulus telah berkahwin. Di samping itu, Yudas saudara Kristus ada berkahwin dan mempunyai anak-anak lelaki. Saudara-saudara kandung Kristus ialah Yudas, Yakobus, Yusuf dan Simon (Matius 13:55). Bapa saudara Kristus iaitu Klopas juga berkahwin dengan Maria ibu kepada Yakobus Kecil  (James the Less) dan Yusuf (Joses). Dia juga dipercayai bapa kepada Simeon, biskop kedua Yerusalem. Keserupaan nama inilah yang menimbulkan dakwaan Katolik bahawa saudara-saudara kandung Kristus itu sebenarnya ialah sepupunya. Bagaimanapun, saudara Kristus terkenal sebagai Yakobus yang Adil, bukan Yakobus Kecil seperti mana sepupunya ini dipanggil. Eusebius yang sendirinya umat Unitarian Subordinationis mendakwa bahawa Hegesippus mencatatkan bahawa Klopas ialah saudara Yusuf (Eusebius, ibid., Bab XI, mukasurat 146; rujuk Buku IV, Bab 22).

 

Yohanes 19:25 jelas menyatakan bahawa Maria isteri Klopas ialah saudara Maria ibu Mesias. Justeru itu, sama ada dua saudara lelaki berkahwin dengan dua saudara perempuan atau catatan Hegessipus itu telah disalahtafsir untuk menunjukkan bahawa Klopas ialah saudara Yusuf.

 

Yakobus yang Adil dan Simeon, sepupu Kristus, telah mati syahid (lihat juga Eusebius, ibid., Buku IV, XXII, mukasurat 199). Ketika ini anak-anak lelaki Yudas saudara kepada Mesias telah menjadi pemimpin setiap Jemaat sebagai saksi dan saudara kandung Yesus Kristus melalui zaman pemerintahan Domitian sehingga sekurang-kurangnya zaman Trajan apabila Simon mati syahid di hadapan Atticus iaitu gabenor/pemerintah waktu itu (lihat Eusebius, ibid., mukasurat 164). Eusebius juga mengesahkan bahawa Ignatius ialah biskop Antiokhia dan waris kedua kepada Petrus (selepas Enodius) (lihat NPNF, ibid., mukasurat 166 dan nota 4).

 

Saudara-saudara kandung Yesus Kristus dipanggil desposyni yang secara literal dalam bahasa Yunani bermakna Dimiliki Tuhan. Nama ini dikhaskan khususnya untuk saudara-saudara kandungnya dan selama abad pertama dan separuh sangat dihormati dan disanjungi. Seluruh Jemaat Kristian Yahudi purba telah sentiasa diperintah oleh desposynos mereka sendiri dan tiap satunya membawa nama-nama yang tradisional dalam keluarga Yesus: Zakaria, Yusuf, Yohanes, Yakobus, Yusuf Joses, Simeon, Matthias dan seterusnya namun tiada seorangpun yang dipanggil Yesus atau Yehosua, iaitu Yosua. Terdapat tiga keturunan kandung yang terkenal dan asli daripada keluarga Yesus sendiri. Ahli sejarah Roman Katolik, Malachi Martin, cuba membataskan keturunan-keturunan desposyni ini seperti berikut. Mereka ialah:

 

Satu daripada Joachim dan Hana, eyang (datuk, nenek) Yesus sebelah ibu. Satu daripada Elisabet, sepupu pertama ibu Yesus, Maria, dan suami Elisabet iaitu Zakaria. Satu lagi daripada Kleofas (Klopas) dan isterinya yang juga ialah sepupu pertama Maria (M Martin Decline and Fall of the Roman Church, Secker and Warburg, London, 1981, mukasurat 42).

 

Dia mengakui terdapat banyak keturunan kandung Yusuf (mukasurat 43) namun, seperti semua umat Roman Katolik, dia nampaknya cuba menyangkal keturunan langsung mereka daripada Maria, walaupun dia mengakui mereka terus berpegang teguh kepada Jemaat sepanjang tahun-tahun awalnya.

 

Martin mencatatkan bahawa keturunan itu, sebagai pemimpin Jemaat, telah mengadakan pertemuan dengan Sylvester biskop Rom tentang seluruh sifat dasar Jemaat pada tahun 318 CE (ibid.). Maharaja menyediakan pengangkutan laut sehingga Ostia untuk lapan orang daripada mereka dan kemudian mereka menunggang keldai ke Rom dan Lateran di mana Sylvester ketika itu hidup dalam kemewahan. Mereka memakai pakaian bulu yang kasar, dengan sepatu but dan topi kulit. Perbincangan mereka dalam bahasa Yunani kerana mereka berbahasa Aramaik dan tidak tahu bahasa Latin, dan Sylvester tidak tahu bahasa Aramaik. Martin berpendapat mungkin Joses (Yusuf) yang tertua daripada orang Yahudi Kristian itu berbicara bagi pihak mereka.

 

Martin mendakwa bahawa perpecahan pertama pada tahun 49 CE berlaku kerana hal penyunatan apabila Petrus dan Paulus berpecah dengan mereka yang berkeras bahawa mereka diikat oleh Torah (Taurat). Ini sememangnya suatu tuntutan palsu berdasarkan sebab-sebab Katolik namun ini mempertunjukkan masalah yang kini berkembang melalui gangguan Gnostik ini dan akhirnya menjelang 318 CE telah mengakibatkan perbezaan nyata antara cara Jemaat diperintah oleh keturunan Yahudi asal Kristus dengan apa yang dikenali sebagai Jemaat Katolik ortodoks. Sejak Yerusalem ditakluki Hadrian pada 135 CE, semua orang Yahudi dan dengan itu semua umat Kristian Yahudi telah dilarang memasuki Yerusalem. Oleh itu, kedudukan kedoktrinan sistem asal dikecualikan daripada Yerusalem yang dianggap pusat keimanan itu. Umat Kristian Yahudi ialah satu-satunya Jemaat Kristian di Yerusalem sehingga 135 CE. Mereka hanya meninggalkannya sekali saja, sebelum penaklukan Yerusalem oleh Titus pada 70 CE, apabila mereka melarikan diri ke Pella di bawah Simeon menurut Martin (ibid.). Pada 72 CE mereka kembali ke Yerusalem sehinggalah larangan Hadrian pada 135 CE. Mereka mendirikan jemaat-jemaat Kristian di seluruh Palestin, Syria dan Mesopotamia namun mereka kemudiannya berselisih dengan jemaat-jemaat Kristian Yunani disebabkan masalah-masalah berhubung pemeliharaan hukum atau Torah (Taurat). Katolikisme moden menganggap ini adalah kerana Petrus dan Paulus telah mendirikan sistem yang berlainan dengan orang Yunani, namun itu bukanlah kasusnya.

 

Sistem pemerintahan mereka yang berdasarkan sistem jemaat juga dipersoalkan. Pada 318 CE mereka meminta Sylvester, yang kini mempunyai perlindungan Rom, untuk menarik kembali pengesahannya terhadap kewibawaan biskop-biskop Kristian Yunani di Yerusalem, Antiokhia, Efesus, dan Alexandria, dan untuk menamakan biskop-biskop desposynos sebagai pengganti mereka. Tambahan pula, mereka meminta supaya amalan mengirim wang ke Yerusalem sebagai jemaat induk dimulai lagi. Amalan ini jelas dikenali sebagai persepuluhan daripada sistem persepuluhan yang telah berkuatkuasa dalam Jemaat sehingga larangan maharaja Hadrian pada 135 CE.

 

Sylvester menolak tuntutan mereka dan berkata bahawa, bermula dari waktu itu, jemaat induk adalah di Rom dan dia mendesak mereka menerima biskop-biskop Yunani untuk memimpin mereka.

 

Ini merupakan dialog akhir yang diketahui dengan jemaat pemelihara Sabat di timur yang dipimpin oleh murid-murid keturunan saudara kandung Mesias. Dalam kata-kata Martin:

Dengan sadurannya, Sylvester, dengan sokongan Constantine, membuat keputusan bahawa injil Yesus harus ditulis dengan cara pengertian Barat oleh golongan bijak pandai Barat menurut suatu model kerajaan (ibid., mukasurat 44).

 

Martin mencatatkan bahawa sejak waktu ini mereka tiada lagi tempat dalam struktur jemaat sebegitu. Mereka dapat terus bertahan hingga dekad-dekad awal abad kelima namun, satu demi satu, mereka lenyap. Sesetengah mereka menggabungkan diri mereka dengan jemaat Rom tetapi hanya sebagai individu. Ada yang menjadi tidak bernama dengan menceburi upacara-upacara Timur. Selebihnya telah diburu sebagai penjenayah. Namun kebanyakan daripada mereka mati dengan pedang diburu oleh pasukan-pasukan tentera Rom sebagai penjenayah atau dengan kelaparan apabila ladang kecil mereka dirampas dan mereka dipaksa memasuki kota untuk dikawal serta dikurangkan kelahiran hingga menjadi kosong sama sekali.

 

Sejak 318 CE, kumpulan Nikolaus muncul sebagai pemenang atas keturunan saudara kandung Mesias.

 

Waris-waris mereka dipaksa menyembunyikan diri sebagai golongan Paulicia, dan di Eropah di mana mereka dianiaya sebagai golongan Vallense (lihat karya Peranan Hukum Keempat di dalam Jemaat-jemaat Tuhan Pemelihara Sabat dalam Sejarah (No. 170)).

 

Kemenangan Nike dan Kumpulan Misteri

Suatu sistem pemerintahan baru telah dikenakan pada jemaat dan yang berasal daripada sistem-sistem Gnostik dan Misteri Frigia.

 

Orang Frigia mengasaskan kultus-kultus Misteri yang juga memasuki Rom dengan lanun-lanun yang ditangkap oleh Pompey sekitar 64 BCE. Ini telah memperkenalkan sistem Mithras dan kultus-kultus matahari (suria) kepada Rom dan, kemudiannya, kepada Kekristianan. Kultus-kultus orang Frigia ini memanggil pemimpin mereka papa atau bapa (father) dan inilah sebabnya kenapa Kristus melarang sesiapapun dipanggil bapa di bumi (Matius 23:9). Father menjadi suatu pangkat sistem Mithras (bersama dengan Lion (Singa) dan Raven (Gagak) dan sebagainya) daripada orang Frigia (yang juga telah mengasaskan ilmu nujum menurut penerbangan burung-burung; ANF, Vol. II, mukasurat 65) dan memasuki Katolikisme sebagai suatu modifikasi sistem pagan itu.

 

Ibu Frigia ialah Cybele (ANF, Vol. VI, mukasurat 462). Ini menjadi pusat Misteri-misteri itu (ibid., Vol. VI, mukasurat 497). Orang Frigia memberi pengaruh mereka pada Kekristianan melalui Gnostikisme dan melalui Tertullian serta golongan Montanist (lihat Vol. II, ibid., mukasurat 62).

 

Dewa Attis dikasihi oleh Ibu Dewa-dewi. Pemantangan daripada wain dalam kultus-kultus pertapa berpunca daripada hakikat bahawa Attis menyingkap rahsia Acdestis di bawah pengaruh wain dan, dengan itu, mereka yang meminumnya tidak dibenarkan masuk ke dalam tempat ibadatnya. Elemen kumpulan Misteri ini daripada orang Frigia berhubung pemujaan dewa Attis dan Ibu Agung (yang akhirnya disamakan dengan Maria), dan penghiasan pohon pain (cemara) keramat dengan bunga-bungaan dan sebagainya (iaitu pohon Krismas) memasuki Kekristianan melalui ajaran pertapaan Gnostik (lihat juga karya-karya Vegetarianisme dan Alkitab (No. 183) dan Salib (No. 39); rujuk ANF, Vol. VI, mukasurat 492).

 

Menurut Asterius Urbanus, bidaah Montanist itu mula-mula timbul di Frisia dan ini juga tidak mengherankan memandangkan apa yang sudah kita saksikan dan tentang ciri Gnostik di sebalik bidaah itu. Surat Yohanes kepada orang Partia juga penting dari segi ini.

 

Daripada sini juga, dengan kebangkitan golongan Montanist, berbicara dalam bahasa roh tidak difahami yang bertentangan dengan tradisi bernubuatan Jemaat dalam hal ini mula-mula berlaku (ANF, Vol. VII, mukasurat 335 dan selanjutnya).

 

Orang Frigia dan Naasseni mempunyai doktrin serupa berhubung kebangkitan dan kita sudahpun melihat bahawa Jemaat awal mempertalikan pengikut Nikolaus dengan Naasseni dalam doktrin mereka. Hippolytus melakukan ini dan menghuraikan bidaah orang Frigia dan golongan Naasseni dalam kebangkitan ke arah manusia sempurna. Mereka percaya bahawa gelaran Papa adalah untuk manusia sempurna yang masuk ke dalam pintu gerbang sebenar. Mereka nampak gerbang ini dalam Yesus. Bila masuk melalui gerbang ini, seseorang itu dilahirkan semula.

 

Justeru, gelaran Papa dipakaikan kepada manusia sempurna dan dimiliki bersama semua makhluk syurgawi, bumi dan neraka. Orang Frigia percaya bahawa selepas mati setiap orang masuk melalui pintu gerbang ini ke dalam syurga dan menjadi dewa (ANF, Vol. V, mukasurat 54).

 

Maka kita berhadapan dengan sistem Gnostik iaitu kemasukan ke syurga sesudah mati dan penyangkalan kebangkitan fizikal.  Siri-siri langit Aeon-aeon ini juga ditemui dalam setiap kumpulan ini. Doktrin-doktrin Frigia tentang hubungan lelaki dan perempuan sebagai sistem kambing aipolis dikaitkan dengan konsep jangan memberi benda suci sebagai makanan kepada anjing (atau babi) (lihat ANF, ibid., mukasurat 55).

 

Sama seperti itu, golongan Naasseni berpendapat manusia sempurna ialah “bulir baru gandum yang dituai” (ibid.). Daripada sistem ini kita perhatikan bahawa sistem-sistem Gnostik di Asia Minor melihat dalam Kekristianan suatu bayangan sistem-sistem Misteri dan menggantikan Attis dengan Kristus. Dengan cara yang sama orang Athens, seperti orang Frigia, menginisiasikan orang ramai ke dalam Misteri-misteri Eleusia. Bulir gandum yang dituai merupakan inisiasi ke dalam tingkat-tingkat tertinggi Misteri-misteri ini (ibid.). Justeru Unjukan berkas diganti dan, akhirnya, Easter mengganti sistem Paskah. Dengan itu sistem-sistem Misteri, dari mana kumpulan Nikolaus hanyalah manifestasi suatu elemen yang mempunyai doktrin yang umum kepada semua, memasuki Kekristianan. Kumpulan Nikolaus mungkin elemen yang jelas memperlihatkan elemen-elemen hawa nafsu yang kita saksikan dalam Misteri-misteri itu mungkin sekitar Aphrodite (rujuk ANF, ibid., mukasurat 55).

 

Hippolytus berpendapat bahawa Misteri-misteri orang Frigia mempunyai tujuan ibadat yang sama dengan golongan Naasseni. Dia berpendapat golongan Naasseni menjadikan cerita alkitabiah tentang Taman Eden sebagai suatu kiasan dan kemudian memakaikan kiasan ini kepada kehidupan Yesus (ibid., Bab IV, mukasurat 56).

 

Seluruh sistem itu mengertikan bapa Alam Semesta sebagai Amygdalus yang prawujud dan daripadanya mengambil teori gerak maju. Teori bahawa malaikat lebih rendah daripada elohim atau theoi sebagai anak-anak Tuhan merupakan suatu kepercayaan orang Gnostik daripada Misteri-misteri Frigia yang dipanggil Misteri Ibu Agung, yang membawa nama ilah-ilah berkaitan dari Attis hingga Apollo, Adonis, Jupiter, Osirus, dan seterusnya kepada Papa atau paus, mayat dan tuhan atau bulir baru gandum (rujuk ibid., mukasurat 56-57).

 

Seluruh sistem ini ialah sistem yang sama dengan kemunculan manifestasi fasa-fasa berlainan Misteri sehingga keseluruhannya tidak mudah difahami oleh pemerhati yang tidak terpelajar. Kumpulan Nikolaus tidak lenyap – mereka hanya bergabung dengan elemen-elemen Gnostik yang lain dan kemudian menjadi gerakan bawah tanah dengan aspek-aspek kelakuan mereka yang lebih antisosial. Lambat laun, seluruh sistem itu diserap.

 

Ini membawa kita kepada satu lagi aspek makna nama Nicolaitan atau Nicolaitane. Ada sebabnya kenapa mereka memilih nama ini dan kemudian cuba mendapat hubungan keturunan daripada tengah-tengah umat pilihan.

 

Nama Nicolaitan (Nikolaus) didapati daripada dua perkataan:

 

Nike yang ertinya penaklukan atau, lebih khusus lagi, kemenangan dilambangkan (lihat ERE, indeks: I 328a; IX 794; XII 695 [sayap VII 136; XII 741]) dan ini sendirinya ialah suatu ilah; dan laos yang ertinya orang.

 

Nama Nikolaus dianggap diperolehi daripada konsep kemenangan atas orang namun ini lebih lagi daripada itu. Sebagai contoh, Nike ialah nama yang digunakan untuk mendefinisikan konsep ilah yang sendirinya diperolehi daripada kedewaan dasar yang serupa sifat dasarnya. Justeru, Nike dan Zelos disamakan dengan Phobos, Deimos, Kydoimos dan dengan Uranus, Gaia, Demeter dan Chaos. Semua ini dalam evolusi kemudiannya menyatukan diri mereka kepada kedewaan dasar (lihat ERE, Vol. I, artikel Allegory, mukasurat 328).

 

Nike tidak mempunyai sebarang tempat tertentu dalam dongeng dan apabila dia disembah ini biasanya sebagai suatu dewa lain lazimnya Athene, Artemis atau Aphrodite (lihat ERE, artikel Personification (Roman), Vol. IX, mukasurat 794) dan, dengan itu, Nike dikaitkan di sini dengan sistem Misteri orang Frigia. Itulah konsep asas yang mendasarkan pilihan nama itu dalam Kekristianan Gnostik.

 

Nike biasanya dilihat sebagai satu lagi julukan Athene, dewi perang, di mana Nike ialah dewi kemenangan. Athene-Nike mempunyai mezbah dan tempat keramat pada benteng di selatan pintu masuk ke Acropolis. Ini didirikan pada zaman Perikles untuk memperingati kemenangan orang Yunani atas orang Persia. Nike dilihat sebagai utusan bukan pemberi kemenangan dan sebab itu secara logiknya dikaitkan dengan fungsi Logos (rujuk ERE, Vol. XII, mukasurat 695).

 

Archemos dari Chios dianggap pemahat Yunani pertama untuk menggambarkan Nike dengan sayap dan dia mewakili semua kemenangan. Ia diletakkan pada tangan kanan terhulur patung-patung raksasa buatan emas dan gading Zeus dan Athene di Olympia dan Athens oleh Phidias. Iris sebagai utusan dewa hampir tiada beza daripada Nike melainkan kaitan dengan pelangi (ERE, Vol. XII, mukasurat 741). Sekali lagi fungsi Logos dikaitkan.

 

SGD 2992 laos bermakna orang secara umumnya bukan bangsa sendiri.

 

Oleh sebab itu, nama ini ialah kombinasi dua perkataan yang menyampaikan konsep kemenangan atas orang.

 

Justeru itu, nama ini mungkin dipilih untuk kaitan-kaitan alegori mistiknya. Konsep pembahagian kelas-kelas di dalam sistem itu kepada jabatan paderi yang mengambil masuk doktrin-doktrin klasik milik kultus-kultus Misteri pertapa malah mengambil gelaran Papa atau father (bapa) bersama dengan aspek-aspek pertapa bukan jangak milik kumpulan Nikolaus, ialah perkembangan daripada gabungan dua aspek sistem Misteri.

 

Proses ini berkembang menjadi proses pembahagian badan kepada kelas-kelas berlainan, dan istilah-istilah jabatan pendeta dan kaum awam dicipta untuk menggambarkan atau menetapkan situasi yang berasal daripada sistem-sistem ini.

 

Jemaat-jemaat pemelihara Sabat daripada zaman Kristus dan keluarga terdekatnya dalam Jemaat tidak pernah menerima sistem sebegitu.

 

Oleh itu, doktrin pengikut Nikolaus lebih luas pembabitannya dan lebih lama bertahan daripada apa yang difikirkan.

 

Desposyni juga diizinkan untuk dilenyapkan sebagai suatu sistem kerana mereka juga telah mula tercemar. Konsep ini ialah makna sebenar di sebalik pernyataan Kristus bahawa keluarganya ialah mereka yang melakukan kehendak Bapanya (Matius 12:46-50).

 

Doktrin ini dipasangkan dengan doktrin Bileam yang juga dikecam Kristus namun kedua-duanya bukanlah doktrin yang sama, dan doktrin-doktrin ini akan dibereskan berasingan.

 

q