Jemaat-jemaat Allah Al Masehi
[209]
Keseimbangan [209]
(Edisi 1.1 19970712-19970725)
Sering terdapat konflik dalam apa yang dilihat sebagai satu pendekatan yang waras dan lojik menurut tulisan Kitab dan yang diikuti oleh manusia, dengan apa yang digambarkan Alkitab sebagai semangat tetapi tidak menurut kepada pengetahuan. Pendekatan seperti ini digambarkan sebagai tidak seimbang. Malah ada beberapa orang yang cuba menggambarkannya sebagai tidak menurut fikiran yang sihat. Karya tulis ini cuba untuk memberikan beberapa panduan dalam subjek keseimbangan.
E-mail: secretary@ccg.org
(Hakcipta ã 1997 written by Erica Cox edited Wade Cox)
Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan. Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan. Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.
Karya
ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org
Keseimbangan [209]
Secara umumnya, manusia selalunya mempunyai idea-idea yang tetap, selalunya tidak melalui pemahaman serta penelitian yang telah diketahui. Sebagai contoh, ramai di antara kita berfikir bahawa badan kita melebihi had berat dan kita cuba untuk mengurangkan pemakanan. Pemakanan yang kita pilih mungkin menjanjikan pengurangan berat badan yang cepat tetapi kita tidak memahami bahawa itu mungkin merendahkan tahap metabolik badan kita yang asal yang mana akan mengakibatkan pengurangan berat badan dengan cepat dan lebih daripada itu. Jadi kita mendapati diri kita terlibat dalam satu bentuk pemakanan yang menjadi ikutan, setiap satu menjanjikan bentuk badan langsing yang menjadi impian kita. Beberapa orang percaya bahawa vitamin boleh menyelesaikan kebanyakan masalah kekurangan pemakanan; yang lain pula menghindari makanan-makanan tertentu cth. Garam, telur, makanan tenusu atau bentuk makanan gabungan. Pendekatan yang seimbang dalam kesihatan adalah penting dalam semua aspek. Kita harus menggunakan sebaik mungkin informasi saintifik, informasi lingkungan kesihatan serta perubatan yang kita boleh dapati.
Kebanyakan daripada masalah kesihatan kita disebabakan oleh cara kita hidup. Sama seperti membakar lilin di kedua-dua hujungnya. Kita tidak mendapat senaman yang cukup, rehat yang cukup, udara segar atau kita makan dengan tidak ketentuan. Kita makan terlalu banyak makanan yang salah, dan tidak cukup memakan makanan yang betul. Pemakanan kita tidak seimbang dengan betul. Suasana sekeliling kita semakan lama semakin tercemar. Udara yang kita hirup tercemar, demikian juga dengan air yang kita ambil. Kita menyebabkan buah-buahan serta sayur-sayuran dicemari dengan bahan pembunuh hama dan bahan kimia dan oleh itu menyebabkan kesihatan berisiko dalam beberapa segi (lihat karya tulis Hukum-hukum Makanan (No. 15). Dengan menambahkan hormon kepada makanan ayam, kita memberi pengaruh kepada mutu ayam yang kita makan. Penambahan bahan kepada makanan lembu akan merosakkan kualiti daging lembu itu. Sebenarnya, daging yang paling selamat dimakan pada hari ini ini adalah daging kambing atau daging lembu yang dimakan secara teratur. Ada orang yang merosakkan kesihatan mereka dengan merokok dan mereka yang tidak merokok selalunya terpaksa menanggung akibat-akibatnya juga (melalui merokok secara pasif). Kegagalan kita untuk menuruti hukum-hukum makanan dalam alkitab mempengaruhi kitaran makanan yang tidak seimbang. Masalah-masalah ini akan mempengaruhi peningkatan reaksi alergis yang menyebabkan kita perlu menghindari beberapa bahan yang tertentu.
Kita tidak boleh melakukan banyak perkara terhadap beberapa perkara. Bagaimanapun, kita mempunyai obligasi untuk memastikan bahawa apa yang kita lakukan adalah terbaik yang kita tahu bagaimana untuk menangani perkara yang berada dalam kawalan kita.
Dari beberapa komentar yang muncul dalam
karya tulis Vegetarianisme
dan Alkitab (No. 183), ia
menjadi jelas bahawa terdapat beberapa orang pembaca yang tidak memahami bahawa
satu daripada isu yang terlibat adalah keseimbangan. Alkitab memberi amaran
kepada kita tentang kerakusan dan kemabukan – tidak ada yang akan memasuki
Kerajaan Sorga (1Kor 6:9-10). Alkitab
juga memberitahu kita bahawa tidak dosa dalam hal memakan dan meminum (Ul
14:25-26). Keseimbangan atau kesederhanaan adalah mesej yang diberikan kepada
kita. Kita diberikan panduan yang tegas dalam hal apa yang kita boleh makan dan
yang tidak boleh kita makan (Im 11:1-46; Ul 14:3-21) dan panduan-panduan ini
mempunyai sebaba yang baik. Karya tulis Hukum-hukum Makanan (No. 15)
menyediakan beberapa penjelasan terhadap sebab-sebab ini. Alkitab memberikan
kita panduan yang jelas bagaimana kita memperolehi gaya hidup seimbang yang
baik. Beberapa daripada perkara ini diberikan perincian yan baik – lihat
ordonansi di Imamat berkenaan dengan makanan yang halal dan haram (Im 11),
pemurnian selepas anak dilahirkan (Im 12), penyakit (Im 13 sehingga Im 15),
perhubungan seks (Im 18). Perkara ini disebut semula dalam Ulangan yang mana ia
juga adalah berkenaan dengan perintah kepada bangsa, jenayah dan penghukuman,
kebersihan peribadi, perkahwinan, pesepuluhan, dan akibat-akibat dari menurut
dan tidak menurut. Kita juga harus ingat bahawa Kristus berkata bahawa tidak
ada sebarang titik pun yang akan hilang dalam hukum sehingga segalanya akan
diselesaikan (Mat 5:18). Oleh kerara itu, hukum Perjanjian Lama adalah sah pada
masa sekarang sama seperti ia sah pada waku dahulu.
Huku-hukum ini adalah jelas, tetapi
sebab-sebab dibelakangnya tidak selalunya jelas. Bagi kebanyakan orang, sebab-sebab
ini tidak penting. Sekiranya Allah mengataka bahawa inilah caranya, maka orang
yang seperti ini menerima fakta itu dan akan melakukan yang terbaik yang mereka
boleh lakukan untuk hidup dalam naungan hukum tersebut. Yang lain pula suka
untuk mengetahui mengapa. Dalam banyak perkara, pengetahuan biasa akan
memberikan sebabnya. Dalam hal yang lain kita perlu melihat kepada sains. Karya
tulis Hukum-hukum Makanan
(No. 15) melihat kepada ilmu
sains untuk menunjukkan sebab-sebab mengapa beberapa jenus makanan adalah halal
dan yang lainnya haram. Sebagai contoh, para doktor, penata makanan, pakar
pemakanan, dam para ahli pengkaji sains boleh menjelaskan dengan mudah mengapa
kita tidak harus makan lemak dari binatang. Bahaya dalam makanan yang
mengandungi kolesterol yang tinggi adalah satu pengetahuan yang biasa pada masa
sekarang. Kajian telah menjejaki penyebab dari
penyakit yang banyak yang kita alami dari pemakanan kita. Ianya penting
untuk memahami bahawa Allah telah memberikan kita makanan yang pelbagai –
daging, buah-buahan, biji-bijian, sayur-sayuran, dll. – semuanya tidak harus
dilupakan. Ianya diberikan kepada kita sebagai makanan. Allah yang menciptakan
kita mengetahui apa yang kita perlukan untuk memastikan tubuh badan yang sihat.
Tidak
ada perdebatan yang timbul dalam hal tuntutan untuk memakan makanan bijian,
buah-buahan dan sayur-sayuran. Bagaimana pun, timbul perdebatan mengenai hal
memakan makanan daging. Masalah ini tidak sahaja berkenaan dengan Seventh-Day
Adventist, tetapi ramai orang dari
agama semua agama atau mahupun mereka yang tidak mempunyai agama yang
berpantang dalam makanan daging disebabkan alasan yang pelbagai. Dalam
perbincangan dengan pakar pemakanan bagi Korporasi Penternakan Daging
Australia, para panata makanan yangf menyokong makanan yang mengandungi khasiat
yang tinggi, makanan yang mengandungi lemak yang rendah, mengatakan bahawa
kepelbagaian adalah faktor yang lebih penting. Demi untuk membentuk satu
pemakanan yang mengandungi semua bahan yang diperlukan bagi pemakanan sihat
yang seimbang, kita perlu makan
pelbagai jenis makanan dari semua kumpulan makanan yang dasar.
Tidak
ada satu makanan (kecuali mungkin mana) yang mana mengandungi semua bahan gizi
yang diperlukan. Ianya hanya dengan memakan pelbagai makanan yang boleh
memastikan kita mendapat vitamin, bahan galian dan yang bahan-bahan lain dengan
cukup. Vitamin membantu pada ketika pemakanan kita tidak mencukupi tetapi ianya
tidak seharusnya diambil dengan cara diskriminasi. Pengambilan vitamin yang
brlebihan boleh menyebabkan kesihatan yang teruk.
Satu
daripada isu yang terbesar mengenai memakan daging atau pemantangan dari
memakan daging adalah mengenai bahan besi. Bahan besi adalah sangat penting
bagi kita:
ia
adalah bahan di mana tubuh diberi oksigen dalam bentuk hemoglobin dalam sel
darah merah. Kekurangan bahan besi bererti sel darah merah berkurangan yang
menyebabkan penyakit anaemia;
sel yang
melawan jangkitan bergantung kepada bahan besi yang mencukupi;
ia
adalah bahan yang perlu dalam reaksi kimia yang memberikan tenaga dari makanan.
Terdapat
dua jenis bahan besi dalam makanan.
Bahan besi Hem. Ini terdapat dalam daging merah, hati, makanan aut [ikan bersih] dan ternakan ayam. Bahan besi Hem adalah sepuluh kali lebih mudah diserap daripada bahan besi bukan-Hem. Daging merah yang kurang lemak adalah satu daripada sumber bahan besi hem yang terkaya dan mengandungi tiga kali lebih banyak bahan besi dari ikan atau ikan.
Bahan besi bukan-hem. Ini terdapat dalam makanan roti, buah-buahan, sayur-sayuran, dalam makanan bijiran pagi, kekacang, miju-miju serta telur. Bahan besi bukan-hem tidak dapat diserap dengan baik oleh tubuh tetapi penyerapannya boleh ditingkatkan sehingga empat kali lebih cepat dengan pengambilan daging atau makanan yang kaya dengan vitamin C dalam satu pemakanan yang serentak (Makan untuk tenaga – 3 langkah kepada pamakanan zat besi yang kaya. Satu risalah yang disediakan oleh Australia Meat and Livestock Corporation, Mac 1996).
Sementara
daging dan makanan yang kaya dengan vitamin C menambahkan penyerapan zat besi
bukan hem, teh, kopi dan susu akan mengurangkan penyerapan zat besi bukan hem,
oleh kerana itu, kebanyakan orang vegetarian (kerana hal keperluan) melarang
memakan makanan ini atau memastikan ianya tidak diambil semasa atau dekat
dengan masa makan.
Ianya
harus diperhatikan bahawa vitamin B12 adalah perlu bagi sintesis asid nukleik,
pemeliharaan kepada mielin dalam sistem saraf, dan memelihaa fungsi bahan folik
asid (satu lagi vitamin B). Satu daripada akibat serius kekurangannya adalah
anemia yang teruk dan merosakkan sistem saraf. Vitamin B12 dihasilkan hanya
oleh mikro- organisma yang tertentu dan hanya terkandung dalam makanan dari
binatang. Sumbar yang baik ialah daging, khususnya hati, ikan dan telur
(ungkapan dari Concise Medical Dictionary, Edisi ke-2, 1995).
Satu
kajian Hospital Seventh-Day Adventist yang baru-baru menunjukkan bahawa amalan
egetarian (hanya memakan sayuran) yang terlalu tegas membahayakan kesihatan
kerana kekurangan vitamin B12. Kajian ini akan diterbitkan sepenuhnya dalam American
Journal of Clinical Nutrition. Kajian ini adalah dari 245 pendeta
Seventh-Day Adventist. 200 daripada mereka adalah vegetarian lebih dari dua
puluh tahun. 77% daripadanya mempunyai
pengambilan vitamin B12 dibawah keperluan minimum dan masalah ini adalah
berhubungan dengan cara pemakanan mereka. Encil Hokin, pengarah patologi di
Sydney Adventist Hospital mengatakan bahawa kekurangan B12 boleh menyebabkan
kelesuan, kematian rasa, dan rasa kegelian yang terlampaun, dan akhirnya
mengalami megaloblastik atau anemia yang “teruk”, dan merosakkan tulang tunjang
belakang (petikan Canberra times, Sat. 12 July 1997, ms. 5).
Pendeta-pendeta
dalam kajian ini adalah sama asa lacto-ovo vegetarian – mengambil susu dan
telur tetapi mengambil kurang daripada satu hidangan makanan daging dalam masa
satu minggu – atau vegan, yang tidak mengambil semua produk makanan daging
binatang.
Kajian
ini menunjukkan diet pemakanan dan bukannya malasorption atau penambahan
pengeluaran najis dalam badan. Encil Hokin berkata “ ini adalah penting kerana
banyak buku teks yang berkata bahawa pemakanan bukan penyebab utama tetapi
banyak daripada mereka keluar dari US yang mana terdapat banyak makanan yang
diperkuatkan”.
Organisasi
Kesihatan Sedunia menyarankan pengambilan satu mikrogram vitamin B12 setiap
hari. Encik Hokin mengatakan sekurang-kurangnya 15 hingga 20 hidangan setiap
minggu dari produk tenusu, telur dan susu soya yang diperlukan untuk
menyediakan pengekalan pengambilan yang minimum. Hayan 23% dari orang yang
vegetarian dalam kajiannya memenuhi pengekalan pengambilan minimum. Seorang
lacto-ovo vegetarian mensumberkan vitamin B12 dari susu, yogat, keju dan telur,
tetapi seorang vegan tidak akan mendapat apa-apa kecuali mereka mengambilan
makanan tambahan atau memakan makanan yang diperkuatkan seperti pengganti
daging, susu soya dan bijirin. Dalam amalan, perkara ini tidak terjadi walaupun
di kalangan pendeta agama yang bertanggung jawab.
Orang
yang mengamal Vegan adalah yang paling merbahaya tetapi kedua-dua golongan ini
berada dalam bahaya yang serius. Efek pada tulang tunjang belakang juga akan
mempengaruhi mata, dan masalah penglihatan adalah lazim pada orang yang
vegetarian khususnya dengan otot mata dan iris. Kekurangan ini sebenarnya akan
kelihatan pada mata selepas masa tertentu (lihat juga karya tulis Vegetarianisme dan Alkitab (No.
183)). Bagi pegangan Alkitab dalam amalan ini).
Kajian seperti Randomised study of cognitive effects of iron supplementation in non-anaemic iron-deficient adolescent girls in the Lancet, Jil. 238, 12 Oktober 1996, dan Contributions of Haem and Non-haem Iron to Human Nutrition dalam Critical Reviews in Food Science and Nutrition, 31(4):333-367 (1992), adalah contoh-contoh jenis kajian yang telah dilakukan dari segi pemakanan dan boleh didapati dalam perpustakaan. Subjek ini adalah sangat kompleks dan masa tidak mencukupi untuk mengganalisanya lebih mendalam lagi. Faktanya adalah bahawa Allah menyediakan untuk kita makanan yang kita perlukan untuk megekalkan kesihatan pada tahap yang optimum. Buah-buahan dan sayuran dikenali sebagai menghalang kanser. Sayuran hijau membantu untuk mengembangkan sisten saraf yang baik. Vitamin A (retinol) adalah perlu bagi pembesaran, penglihatan dalam keadaan yang suram dan pemeliharaan tisu-tisu selaput halus. Ianya didapati dalam makanan dari binatang khususnya dari susu, kuning telur dan hati. Ianya terbentuk di dalam badan dari pigmen karotin-beta, yang dikandung dalam beberapa jenis sayuran, cth. Kubis, letus dan lobak.
Kekurangan vitamin dalam pemakanan kita membawa kepada pelbagai jenis penyakit. Beberapa contoh yang dikenali adalah kekurangan vitamin C membawa kepada penyakit kudis; kekurangan vitamin B kompleks membawa kepada penyakit beri-beri, anaemia, kemerosotan sistem saraf; dan kekurangan vitamin D membawa kepada riket (penyakit tulang pada kanak-kanak).
Seperti
yang disebut sebelum ini, tidak ada satupun jenis makanan yang mengandungkan
semua zat makanan yang kita perlukan, jadi kita perlu mempunyai pelbagai jenis
makanan. Perkara ini, seperti yang kita semua tahu, termasuk makanan dari
produk binatang yang ‘halal’ (termasuk produk tenusu dan telur), buah-buahan
dan sayur-sayuran, dan bijian serta bijirin. Air juga harus diambil dalam
kuantiti yang banyak. Pamakanan betul yang seimbang dengan jasmani yang baik,
bekerja, bermain dan rehat harus memberikan kita kehidupan yang seimbang.
Sekiranya
kita sihat dan mempunyai fizikal yang
kuat, kita juga akan mempunyai fikiran yang sihat. Bagaimana pun, kita semua
cenderung untuk menjadi orang yang berfikiran tertutup; fikiran menjadi sempit
dan tidak mahu melihat pada mana-mana pendapat. Bagaimana kita mengetahui apa
yang benar sekiranya kita tidak membaca dan menganalisa apa yang kita baca?
Dalam hal yang sama, mengapa membuang masa untuk membaca bahan-bahan yang kita
tahu salah? Seolah-olah satu tahap diskriminasi sedang berlaku.
Satu
lagi segi pendirian adalah mengenai semua jenis wain dan alkohol. Sekali lagi,
Alkitab adalah jelas. Alkohol dibenarkan (Ul 14:26) dan malah dianjurkan (1 Tim
5:23). Sains perubatan menyatakan bahawa pengambilan alkohol yang tetap
mengurangkan masalah serangan jantung. Seperti dalam perkara lain, yang dikutuk
adalah penyalahgunaannya, dari segi alkitabiah dan saintifik. Karya tulis Wain didalam Alkitab (No. 188))
menyediakan kajian yang mendalam dari segi pendirian Alkitab dan harus dibaca
bersama dengan karya tulis ini.
Ianya
tidak dicadangkan bahawa daging dan wain harus
diambil setiap makan atau pun setiap hari. Bagaimana pun, dengan menggunakan
semua kepelbagaian buah-buahan, sayuran, daging dan makanan tumbuhan yang disediakan Allah bagi kita, kita boleh
mengecapi kualiti kehidupan yang diberikan kepada kita. Ianya sangat menarik
untuk melihat kajian di USA tentang orang yang mampu hidup melebihi 100 tahun.
Orang-orang ini adalah orang yang memakan daging, meminum alkohol dan bekerja
dengan keras. Mereka telah menseimbangkan kehidupan mereka dengan baik.
Mengajar bahawa ianya salah untuk meminum alkohol atau memakan daging adalah
salah dari segi Alkitab dan sebenarnya dikutuk oleh Paulus (1 Tim 4:1-5; baca
juga karya tulis Doktrin Iblis Pada Zaman Akhir (No. 48) dan Vegetarianisme dan Alkitab (No.
183)).
Adalah
penting untuk kita mengikuti hukum-hukum Allah dalam menggunakan makanan yang
Dia berikan kepada kita dalam keadaan yang paling seimbang dan cara yang
menyenangkan yang kita tahu di dalam had pengetahuan yang diberikan kepada
kita.
Dengan
jelas masalah kesihatan kita tidak selalunya selesai dengan cara pemakanan dan
hidup yang seimbang, walaupun cara ini mengurangkan masalah tersebut. Ianya
penting untuk kita mendapatkan nasihat, memastikan kita membuat keputusan yang
nekad berdasarkan semua fakta yang boleg didapati. Untuk mendapatkan semua
informasi yang boleh didapati demi untuk membuat keputusan kita, kita harus
berdoa kepada Allah untuk mendapatkan pimpinanNya dan harus melakukan keputusan
itu dengan iman.
Prinsip
keseimbangan harus dilakukan dalam semua aspek – bukan sahaja berhubungan
dengan makanan, tetapi juga dalam hal televisyen, buku-buku yang kita baca,
jenis-jenis hiburan yang kita lakukan, dan cara kita hidup. Kita harus melihta
kepada nilai dalam semua aktiviti kita dan merasa yakin bahawa kita
menseimbangkan perkara-perkara ini dengan pembelajaran Alkitab, doa dan
penurutan yang tetap akan kehendak Allah bagi kita, cari dulu Kerajaan Allah.
Ia
tertulis: Kamu tidak menuruti orang yang banyak untuk melakukan kejahatan (Kel
23:2).
Mengikuti
perkara iseng dan gaya umum juga boleh menjadi salah. Sekali lagi harus ada
keseimbangan. Tetapi keseimbangan selalunya didapati dalam rahmat pimpinan.
Amsal 11:14 Jikalau tidak ada pimpinan, jatuhlah bangsa, tetapi jikalau penasihat banyak, keselamatan ada.
Keamanan
dalam pimpinan ini termasuk keamanan dalam kesihatan dan fikiran.
q