Jemaat-jemaat Allah Al Masehi

No. 212A

 

 

 

 

Keturunan Sem:

Bahagian I

(Edisi 1.1 20060224-20060225-20070416)

 

Hak kelahiran telah diwariskan kepada Sem, anak bongsu Nuh, sebagai imam Tuhan dalam mazhab Melkisedek. Keturunan Sem mengangkat keimamatan hingga Abraham dan terus ke dalam baris keturunan Abraham. Sem memperanakkan sebilangan anak-anak dan daripada mereka muncul beberapa bangsa penting dunia. Keturunan Sem bercampur gaul dengan keturunan Hem dan Yafet dan janji-janji Tuhan kepada dunia akan dipenuhi dalam percampuran bangsa-bangsa itu.

 

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta ã 2007 Wade Cox)

(Tr. 2007)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org

 

 

Keturunan Sem: Bahagian I [212a]

 

 


Pendahuluan

 

Konversi Keturunan Abraham

 

Tuhan mendirikan suatu perjanjian dengan Abraham dan berkata Dia akan menjadikannya bapa kepada banyak bangsa. Melalui anak cucunya, yang kita panggil Patriak (Bapa Kaum), beberapa bangsa bermula dan mereka telah diberikan janji-janji hak kelahiran dan dijadikan sebahagian daripada perjanjian berterusan antara Tuhan dan Abraham yang mana mereka dijangka meneruskan dan memenuhinya.

 

Dalam siri ini kita akan membincangkan identiti-identiti dan takdir akhir bangsa-bangsa ini serta pengaruh mereka ke atas penduduk dunia selebihnya.

 

Sepanjang kitar waktu 19 tahun berikutnya dan urutan akhir Perang-perang Akhirat yang tiba pada Yobel 2027, kita akan menyaksikan bangsa-bangsa ini ditaubatkan dan dikonversikan secara sistematik dan progresif.

 

Bahagian I (No. 212A) membincangkan Keturunan Sem dan lokasi mereka.

 

Bahagian II (No. 212B) mengisahkan keturunan Lot dan juga keturunan Esau serta identiti, takdir dan konversi mereka.

 

Bahagian III (No. 212C) mengisahkan Ismael dan takdir dan konversi dan tempatnya dalam Kerajaan Tuhan.

 

Bahagian IV (No. 212D) membincangkan keturunan Ketura dan identiti, takdir dan konversi mereka.

 

Bahagian V (No. 212E) akan membincangkan takdir Yehuda dan konversinya dalam Zaman Akhir.

 

Bahagian VI (No. 212F) akan mengisahkan Israel serta krisis dan pertaubatannya.

 

Bahagian VII (No. 212G) akan menjadi Apendiks untuk jadual dan carta.

 

Keenam-enam bahagian ini akan menjelaskan apa yang dituntut daripada keturunan Abraham dan tempat mereka dalam pemulihan dunia ini kepada Hukum-hukum Tuhan.

 

Segala perincian perjanjian Tuhan yang dibuat dengan Abraham dan warisan serta keimamatan yang didirikan dengannya melalui Sem juga dijelaskan dalam laman www.abrahams-legacy.org

 

Pengenalan

 

Tujuan karya ini adalah untuk memperkembangkan karya tentang Asal Usul Genetik Bangsa-bangsa (No. 265) dan membincangkan keturunan Sem dan dari situ kepada keturunan Arpakhsad dan keturunan Abraham, serta tempat mereka dalam sejarah dan nubuatan dan identiti mereka sekarang.

 

Keturunan Sem ialah Elam dan Asyur, Arpakhsad, Lud dan Aram.

 

Kita tahu dengan pasti bahawa orang Elam menjadi orang Persia, keturunan Asyur menjadi orang Asyur, keturunan Arpakhsad menjadi orang Ibrani, dan Aram menjadi orang Syria serta sumber nama bahasa Aramaik. Mereka juga kemudiannya pergi ke utara ke Armenia.

 

Daripada persampelan DNA moden projek Asyur, orang Asyur moden ialah L, G, J dan sedikit R1b1, namun kelihatannya R1b1 yang diuji itu ialah Inggeris pada sebelah bapa dan Asyur pada sebelah ibu. Justeru, Aram moden (di kawasan Armenia dan Georgia) dan Asshur mengembangkan Haplogroup G, dalam mana ia ditemui dalam peratusan tertinggi.

 

Josephus memberi kita petunjuk jelas akan keturunan Aram apabila dia berkata bahawa antara empat anak lelaki Aram, Uz mengasaskan Trachonitis (Trakhonitis) dan Damascus (Damsyik), iaitu negeri antara Palestin dan Ceolesyria, Ul mengasaskan Armenia, dan Gather orang Bactria, dan Mesa orang Mesanea yang kini dipanggil Charax Spasini. Daripada rekod ini Haplogroup G Semitik (Semit) nampaknya datang daripada Aram dan Asyur. Josephus mencatatkan bahawa Abraham mula-mula tinggal dengan tentera di Damsyik (ibid., Whiston tr., ms 32).

 

Josephus berkata bahawa Joktan daripada orang Ibrani mempunyai tiga belas anak lelaki: Almodad, Selef, Hazar-Mawet dan Yerah, Hadoram, Uzal dan Dikla, Obal, Abimael dan Syeba, Ofir, Hawila dan Yobab. Dia berkata bahawa orang-orang ini menduduki Asia dari Sungai Cophen di India, dan tanah di sekitarnya. Ini ialah Kabul moden dan lembah sungainya. Negeri yang lebih jauh mendekati Indus ialah Bactria. Justeru, jika itulah hakikatnya mereka nampaknya telah bergerak melalui Semenanjung Arabia dan kebanyakannya terus ke India. Hasilnya mungkin kumpulan-kumpulan gabungan Yoktan di tempat yang sekarang ialah Afghanistan, Gather di Bactria dan kemudian Lud di Punjab. Maka Haplogroup H Semitik di India pula berasal daripada mutasi yang terjadi di kalangan orang Ibrani Yoktan dan orang Semit Lud. Emas Ofir merujuk kepada tanah salah seorang anak lelaki Yoktan yang menetap di Afghanistan atau India, dan dengan itu kawasan Ofir mungkin dari Hindu Cush ke dalam India atau mungkin, lebih mungkin lagi, Sri Lanka (Ceylon) (lihat juga di bawah).

 

Afghan dan orang Pashtun lain

 

Artikel Wikipedia mengenai orang Pashtun mengatakan mereka nampaknya berasal daripada Iran terutamanya, namun mempunyai keserupaan dengan orang  Persia, Kurd, Tajik dan Baluchi.

 

Orang Pashtun berbahasa Pashto (atau Pukhtun, bergantung pada dialek) ditemui di Afghanistan selatan dan timur dan Pakistan barat. Orang Pashtun ini juga bercampur gaul dengan kumpulan lain, seperti Ghilzai (yang mungkin bercampur dengan suku-suku Turki), Durrani (yang bergaul dengan orang Tajik), dan suku-suku Pashtun di utara Peshawar (yang bercampur dengan kumpulan-kumpulan Dardic).

 

Artikel ini seterusnya berkata bahawa dari abad pertama hingga kelima BCE migrasi-migrasi besar orang dari bangsa Aryan, Persia, Saka, Scythia, Kush, Hun, dan Yunani berpindah ke dalam kawasan-kawasan di mana orang Pashtun tinggal. Penceroboh kemudian merupakan orang Arab Muslim, suku-suku Turki Asia Tengah dan orang Mongol.

 

Bukti antropologi bahawa orang Pashtun berbahasa Pashto merupakan orang Caucasoid Indo-Eropah, yang berkaitan dengan kumpulan bangsa Iran lain dan penutur bahasa Kalasha dan Nuristanis, sememangnya tidak meyakinkan. Setakat ini pengujian itu tidak menunjukkan apa-apa pertalian bermakna antara populasi Pashtun yang disampel mengikut penanda genetik yang ditemui di kalangan kebanyakan orang Yunani, Yahudi, atau Arab. Jawapannya mungkin kerana orang Pashtun telah diubahsuai dari masa ke semasa oleh berbagai penceroboh dan campuran seperti yang disebut di atas. Namun begitu mereka memelihara asas Iran timur mereka dari segi genetik secara keseluruhannya.

 

Justeru itu YDNA C Hem serta R1a dan R1b Yafet juga hadir.

 

Banyak kesimpulan berkenaan orang Semit datang daripada premis bahawa Haplogroup Semitik semuanya J sebagaimana yang ditemui di kalangan tiga populasi yang disebut.

 

Orang Pashtun dikelaskan sebagai orang Iran, yang seperti telah kita lihat ialah Haplogroup I terutamanya yang berasal daripada Haplogroup IJ Semitik (lihat bawah) namun mereka bermacam-macam sebagai satu himpunan YDNA campuran Asia Tengah yang lazim. Satu percubaan telah dibuat untuk mengkelaskan Pashtun pada abad ke 16 sebagai salah satu Bani Israel, daripada Sepuluh Suku Hilang dan sebagai Yusuf. Ini dibukti kepalsuannya berdasarkan bahasa dan keserupaan Indo-Iran mereka. Bagaimanapun, fakta sejarah adalah kawasan Khandahar, Kabul dan Bactria juga, di seberang Hindu Cush, telah dijadikan wilayah atau daerah Empayar Persia dan justeru itu bahasa mereka telah dipengaruhi fakta itu. Keserupaan DNA dengan Elam dan keserupaan serta keturunan sejarah mereka yang dilaporkan dengan Yoktan menunjukkan bahawa DNA asal orang Semit, termasuk orang Ibrani Yoktan, bukan J tetapi F dan terbitan Semitik utama ialah I dan terbitan-terbitan sekunder ialah J, kedua-duanya diperolehi daripada IJ (berdasarkan S2 dan S22) kemudian H dan G. Semua Semit Timur Elam dan Yoktan merupakan Hg. I, bukan J. Justeru mutasi-mutasi ini berlaku sepanjang milenium kedua BCE dan model-model matematik lanjutan para penyokong evolusi adalah salah.

 

Suku-suku Durrany dan Galzay dipercayai keturunan langsung orang Ibrani dan mungkin keturunan Yoktan. Ada juga percaya kaum Rabbani, Shinwari, Levani, Deftali, dan Jaji dari Afghanistan, dan Efridi dan Yusufzai dari Pakistan juga merupakan suku-suku Ibrani.

 

Lud

 

Lud merupakan sumber ketidakpastian dan terdapat dua penjelasan untuk identifikasi, dan lokasi keturunan Lud. Kita akan kembali kepada persoalan ini sekejap lagi.

 

Lokasi lain orang Ibrani

 

Asal dan lokasi orang Ibrani dikaitkan dengan Abraham yang keluar dari Ur-Kasdim dan keturunan Arpakhsad dikaitkan dengan kumpulan-kumpulan Akkadia di dataran Mesopotamia antara keturunan Asyur, atau orang Asyur, dan keturunan Elam, yang berada di timur lembah Tigris hingga dataran tinggi Persia.

 

Kumpulan yang satu lagi orang Media, yang dikaitkan dengan orang Persia dan menduduki kawasan tanah tingggi di utara Elam dan Gutea, pada asasnya bukan Semit, namun kita akan lihat mereka memang mengandungi orang Semit sekarang daripada pendedahan mereka kepada orang Arab dan mungkin lebih awal lagi. Orang Kurd terutamanya berasal daripada orang Media, keturunan Madai, seorang keturunan Yafet. Kita akan kembali kepada mereka kemudian. Orang Gutea atau Guti kemungkinan besar juga bersekutu dengan orang Goth sebagai sebahagian daripada Gerombolan Parthia atau Scythia. Kita akan mengkaji gerakan-gerakan mereka dalam satu karya kemudian.

 

Profesor Cyrus Gordon juga berpendapat orang Minoa awal ialah orang Semit dan bahasa mereka Linear A sebagai bahasa Semitik. Karyanya tentang Linear A telah diselubungi kontroversi.

 

Keturunan Arpakhsad ialah: Selah dan Eber (dari siapa nama Ibrani diperolehi). Anak-anaknya Peleg dan Yoktan menyaksikan perpecahan dalam orang Ibrani. Anak-anak lelaki Yoktan ada tiga belas semuanya dan menduduki seluruh kawasan timur semenanjung Arab (Kejadian 10:21-32) namun ramai pergi sampai Afghanistan atau Pakistan, seperti yang kita lihat di atas. Anak-anak Abraham melalui Hagar dan sesetengah anak Ketura, seperti Midian, menyertai mereka kemudian. Keturunan Abraham melalui Peleg ialah Rehu, Serug, Nahor, Terah hingga Abraham, Nahor dan Haran. Abraham dipanggil keluar dari Ur-Kasdim dan diutus ke tanah Kanaan.

 

Jadi boleh dikatakan bahawa salasilah negeri-negeri Semitik akan memberi kita petunjuk tentang distribusi Haplogroup Semitik dan mutasi. Pandangan asalnya adalah dengan hanya mengatakan bahawa Haplogroup J ialah Haplogroup Semitik dan semua yang lain ialah bukan Semitik, namun itu tidak mungkin benar memandangkan distribusi dan campuran kumpulan-kumpulan bangsa; dan kita sekarang tahu itu adalah palsu berkenaan Haplogroup proto IJ. Daripada rekonstruksi sejarah, beberapa kumpulan lain juga Semitik, seperti yang kita akan lihat.

 

Sebagai contoh, dalam struktur genetik orang Persia atau Elam, Hg I adalah utama. Ia melebihi J sebanyak kira-kira 10%, dan mempunyai unsur F dan G bersamanya. Kumpulan-kumpulan ini merupakan separuh daripada YDNA orang Persia. Arab Timur Tengah juga mempunyai jumlah I yang signifikan dan sedikit G. Haplogroup G, I dan J merupakan separuh daripada orang Georgia/Armenia dan orang Turki dan F, G, I dan J adalah separuh daripada orang Itali dengan I dan J meliputi separuh YDNA orang Yunani. Bila kita ke Eropah baki I bertambah secara dramatik.

 

G, (M201), H (M69), I (M170, M258, dan P19) dan J (12f2.1) merupakan salasilah Semitik yang diketahui dengan K (M9), asas akar untuk semua keturunan Yafet. Hg. J berkurang semakin ke barat ke Eropah, namun Hg. I kekal amat signifikan sejauh barat dengan orang Anglo-Saxon kemudian berkurangan di kalangan orang Basque, Welsh, Irish dan Scots, namun masih ditemui dalam kuantiti setinggi 15% di kalangan orang Celt yang diketahui ini.

 

Orang Anglo-Saxon datang dari Timur Tengah sebagai sebahagian daripada gerombolan pada waktu kejatuhan Empayar Parthia dari tempat yang kini ialah kawasan Iraq dan kawasan di utaranya. Itu berlaku pada akhir abad kedua CE. Mereka berpindah ke kawasan Eropah Barat Laut dan gerombolan itu berpecah kepada beberapa kumpulan. Orang Anglo-Saxon dan Jute serta suku-suku sekutu Lombard, Dane, Norway, Saxon dan Fris, berpecah namun mengekalkan perbezaan yang serupa. Orang Perancis utara juga berasal daripada Timur Tengah. Orang Norman merupakan satu elemen dan R1b adalah yang utama namun mereka mengandungi kumpulan-kumpulan DNA lain seperti I. Yang lain ialah Franc dalam dua kumpulan. Mereka ialah orang Franc Riphathia (Rifat) dan Franc Salien. Franc Salien hanya boleh mewarisi melalui keturunan lelaki tetapi Franc Rifat boleh mewarisi melalui kedua-duanya.

 

Seperti yang kita tahu, Rifat merupakan anak lelaki Yafet dan kita tahu bahawa kaum bangsawan orang ini juga mendakwa berketurunan daripada Antenor I, Raja orang Cimmeria, dan juga daripada orang Trojan. Mereka difahami merupakan keturunan kumpulan yang terus kekal di Timur Tengah dengan keturunan Hector. Mereka menamakan kota utama mereka sempena Paris dan Troyes. Ramai antara mereka menetap di seberang Terusan di Britain dan suku-suku itu (contohnya suku Parisii) juga Celt R1b. Lebih daripada 35% Perancis utara merupakan Haplogroup I dan J. Kira-kira 35% Anglo-Saxon merupakan Hg. I Timur Tengah dengan sedikit jumlah J. Kira-kira 40% daripada bangsa Inggeris merupakan orang Timur Tengah dan nampaknya orang Semit I bermutasi daripada kumpulan IJ. Kebanyakan Celt NW dan Anglo-Saxon merupakan R1b dan sebahagian daripada divisi-divisi genetik yang sama seperti suku-suku Yafet yang diketahui. Pengecualian jelas adalah di timur di mana orang Slav merupakan R1a, dan divisi R1a terbesar di kalangan gerombolan yang datang ke kawasan Barat Laut wujud di kalangan orang Norway, pada kira-kira 30%.

 

Orang Arab

 

Daripada Alkitab, Taurat dan Qur’an, kita pelajari bahawa orang Arab merupakan keturunan Sem, anak Nuh. Sesetengah orang Arab mendakwa berketurunan langsung daripada Nuh dan Adam.

 

Asal Arab terbahagi kepada dua kumpulan utama: al-‘Āriba bermakna, "Asal asli" dan al-Musta’ribah  bererti, "Arab yang Diarabkan".

 

Arab Asli dianggap sebagai keturunan Nuh melalui anaknya Sem, melalui anak-anaknya Aram dan Arpakhsad, dan dikenali sebagai orang Qahtan (Qahtanite). Orang Qahtan ini dianggap berasal daripada orang Arab Selatan, menurut salasilah-salasilah Arab.

 

Istilah Arab yang Diarabkan boleh digunakan untuk tiga kumpulan berlainan:

1)      Untuk orang Arab yang dianggap sebagai keturunan Abraham melalui Ismael, melalui anaknya Adnan dan dikenali sebagai orang Adan.

2)      Untuk orang Arab yang bertutur bahasa Afro-Asiatik yang lain. Sebagai penutur Arab mereka dianggap sebagai orang Arab dalam zaman sekarang.

3)      Untuk “Arab Campuran”, antara “Arab Asli” dan Arab dari Arabia Selatan.

 

Perpecahan kumpulan-kumpulan ini akan dibincangkan dalam karya-karya tentang Ismael dan Ketura.

 

Agama

 

Walaupun kebanyakan orang Arab adalah Muslim, sebilangan kecil adalah Kristian, dan ada sedikit Yahudi. Orang Muslim terdiri daripada Sunni, Shi’ite, Ibadhite, Alawite, Ismaili atau Druze.

 

Sebelum pengenalan Islam, kebanyakan Arab memuja beberapa ilah sementara ada yang bermualaf kepada Kristian atau Judaisme. Ilah-ilah pagan itu adalah seperti Hubal, Wadd, Al-Lat, Manat dan Uzza. Beberapa hanif lebih menyukai sejenis monoteisme yang samar-samar. Bagaimanapun, semakin Islam berkembang semakin ramai Arab menjadi Muslim dan adat-adat lama hilang.

 

Umat Kristian Arab umumnya mengikut salah satu daripada empat jemaat utama: Coptic, Maronite, Ortodoks Greek, atau Katolik Greek.

 

Gipsi atau Roma

 

Sewaktu penjelajah British, Richard Burton, menjelajah di seluruh Tanah Midian pada lewat abad ke 19, dia menemui suku yang dikenali sebagai Hutaym (ertinya pecah). Walaupun Muslim, mereka merupakan suku paria yang juga ditemui di Mesir.

Orang Arab Midian sentiasa membandingkan Hutaym dengan Ghagar (Ghajar) atau Gipsi Mesir (Jipsi,Qibthi); dan inilah yang memberi tarikan minat kepada orang buangan ini. Saya belum lagi berpeluang untuk mengkaji bangsa ini dengan teliti; saya juga tidak dapat katakan sama ada ia menunjukkan apa-apa kemahiran dalam karya logam. Sementara itu, kita harus bertanya sama ada orang Helot [abdi, budak] ini, yang kini begitu terserak, bukan imigran lama berketurunan India, yang kehilangan bahasa Aryan mereka, seperti orang Ghajar Mesir. Kalau begitu mereka mewakili keturunan suku-suku perantau (penggeluyur) yang mengerjakan atelier [bengkel] paling kuno. Mungkin mereka ternyata nanti sebagai congener (sama bangsa) orang Zaman Gangsa, dan kumpulan terawal imigrasi Gipsi ke dalam Eropah. (Burton, Midian (Revisited), ms 119; penekanan ditambah).

 

Burton seterusnya berkata:

Di sini saya khususnya ingin menekankan syak wasangka saya bahawa leluhur Hutaym yang dipandang hina itu mungkin merupakan kasta Gipsi yang mengerjakan logam di Midian. (ibid., ms 135).

 

Kumpulan Hutayim yang dilihatnya mungkin hanyalah sisa keturunan sejati Midian yang suku-suku saudaranya telah lama berpindah ke kawasan lain Timur Tengah dan akhirnya ke Eropah, sesetengahnya mungkin melalui India.

 

Dalam bukunya Travels in Arabia (1845 dan 1848) (dicetak semula oleh The Oleander Press, Cambridge, UK, 1979), G.A. Wallin menyatakan ini tentang suku yang dikenali sebagai Hutaym:

Mereka dipandang rendah dan dilayan buruk oleh tetangga Bedawy mereka, kepada siapa mereka terpaksa membayar cukai-saudara (khawe) yang tinggi tanpa dibebaskan dengan cara demikian daripada apa-apa sumbangan lain. Saya sudah biasa melihat bagaimana orang Bedawy yang angkuh telah membawa kuda dan unta mereka melalui padang yang belum lagi dipotong, dan membiarkan binatang-binatang itu memakan gandumnya dengan bebas … mereka [orang Hutaym] dengan diam-diam tunduk kepada kezaliman mereka.

Ketika berada di dalam khemah sendiri mereka sering kelihatan membuat kerja tangan, seperti membaiki senjata mereka atau membuat perkakas dan perabot … Mereka juga memperlihatkan perasaan keagamaan yang lebih kuat … dalam ciri rupa merekapun terlihat asal yang berbeza, dan jenis mereka jelas kelihatan seperti orang Syria, namun lazimnya dengan rupa Yahudi yang amat menonjol. Saya anggap mereka sebagai sedikit sisa orang Yahudi lama atau orang asli Nabatea negeri itu, … (ms 133).

 

Komen Wallin tentang cara orang Bedawi (Bedouin) membawa binatang ternakan memakan tanaman tetangga mereka mengingatkan kepada orang Midian yang melakukan perkara sama kepada orang Israel ketika mereka diberi kuasa atas Israel (Hakim 6:3-6).

 

Penggunaan Burton akan istilah Gypsy pada beberapa waktu mungkin menjadi kunci kepada identiti kumpulan kecil keturunan Midian pada hari ini. Malahan, mungkin ada bukti yang kukuh untuk menggolongkan orang-orang ini dengan keturunan Ketura yang dikenalpasti yang lain.

 

Artikel Wikipedia (dipendekkan) tentang orang Gipsi atau Roma mengandungi beberapa fakta menarik.

 

Roma (Rom tunggal; kadangkala Rroma, Rrom) atau Romanies, kadangkala dipanggil “orang Romany” di United Kingdom, sering disebut sebagai gypsy atau gipsi, merupakan satu kumpulan etnik yang berbagai-bagai yang tinggal terutamanya di Eropah Timur dan Selatan, Asia Barat, Amerika Latin, Amerika Syarikat dan Timur Tengah. Mereka dipercayai berasal dari daerah Punjab dan Rajashtan subbenua India. Mereka memulakan migrasi mereka ke Eropah dan Afrika Utara melalui dataran tinggi Iran sekitar 1050. Kebanyakan orang Roma bertutur salah satu daripada beberapa loghat Romani, suatu bahasa Indo-Aryan.

 

Kebanyakan orang Roma memanggil diri mereka sebagai Rom. Ini ertinya “suami”, sementara Romni bererti “isteri”. … Asal perkataan Rom … diusulkan sebagai perkataan Sanskrit ram … atau rama … ertinya ”suami”.

 

Di serata dunia, terdapat kira-kira 8 hingga 10 juta Roma. Jumlah penduduk terbesar Roma ditemui di semenanjung Balkan; bagaimanapun, bilangan signifikan juga menetap di benua Amerika, bekas Soviet Union, Eropah Barat, Timur Tengah, dan Afrika Utara. Orang Roma memperakui divisi-divisi di kalangan mereka berdasarkan sebahagiannya pada kelainan daerah, budaya dan loghat. Sesetengah wewenang memperakui lima kumpulan utama:

 

Kalderash adalah yang paling ramai, secara tradisinya tukang tembaga, dari kawasan Balkan, dan ramai antara mereka bermigrasi ke Eropah tengah dan Amerika Utara;

Gitanos (juga dipanggil Calé) kebanyakannya di Semenanjung Iberia, Afrika Utara, dan Perancis selatan; dikaitkan dengan hiburan;

Sinti kebanyakannya di Alsace dan  daerah lain Perancis dan Jerman; lazimnya pemain pertunjukan yang mengembara dan ahli sarkas (Pakar lain, dan orang    Sinti sendiri, menegaskan bahawa Sini bukan subkumpulan Roma tetapi sebaliknya suatu kumpulan etnik berasingan yang juga mempunyai asal usul India dan sejarah nomadisme);

Romnichal (Rom’nies) terutamanya di Britain dan Amerika Utara; dan

Erlides (juga dikenali sebagai Yerlii atau Arli) menetap di Eropah Tenggara dan Turki.

 

Sarjana-sarjana kontemporari telah mengusulkan bahawa salah satu rujukan bertulis pertama tentang orang Roma, di bawah istilah “Atsinganoi”, (Yunani), ditulis sewaktu zaman Byzantium ketika satu waktu kebuluran pada abad ke 9. Pada tahun 800 A.D., Santo Athanasia memberi makanan kepada “orang asing dipanggil Atsinganoi” dekat Thrace. Kemudian, pada 803 A.D., Theophanes the Confessor menulis bahawa Maharaja Nikephoros I mendapat bantuan “Atsinganoi” untuk menghentikan satu rusuhan dengan “pengetahuan sihir” mereka.

 

Atsingani” telah digunakan untuk merujuk kepada penilik nasib, pembicara perut (ventrilokuis) dan ahli sihir pekeliling yang menziarahi Maharaja Constantine IX pada tahun 1054. … Pada 1322 seorang rahib Franciscan bernama Simon Simeonis menggambarkan orang yang menyerupai “atsinganoi” ini  yang hidup di Crete dan pada 1350 Ludolphus dari Sudheim ada menyebut tentang orang serupa dengan bahasa unik yang dipanggilnya Mandapolos, perkataan yang sesetengah orang andaikan mungkin diperolehi daripada perkataan Yunani mantes (bermakna nabi atau penilik nasib).

 

Sekitar 1360, suatu wilayah fiefdom Romani bebas (dipanggil Feudum Acinganorum) telah ditubuhkan di Corfu dan menjadi “masyarakat tetap dan bahagian penting dan mantap untuk ekonomi. “[32] … Menjelang abad ke 14, orang Roma sudah sampai kawasan Balkan; menjelang 1424, Jerman; dan menjelang abad ke 16, Scotland dan Sweden. Ada orang Roma bermigrasi dari Persia melalui Afrika Utara, dan sampai Eropah melalui Sepanyol pada abad ke 15. Kedua-dua arus ini bertemu di Perancis. …

 

Orang Roma diperbudakkan selama lima abad di Romania sehingga pembasmiannya pada 1864. Di tempat lain di Eropah, mereka mengalami pembasmian kaum, penculikan anak-anak mereka, dan kerja paksaan. Ketika Perang Dunia II, orang Nazi membunuh 200,000 hingga 800,000 orang Roma dalam satu cubaan penghapusan bangsa yang dikenali sebagai Porajmos. Seperti orang Yahudi, mereka dijadikan sasaran penghapusan dan dihukum bekerja paksa dan dikurung dalam khemah-khemah kurungan.

 

Data genetik ini menunjukkan bahawa kira-kira separuh daripada kolam gen bangsa Roma yang dikaji ini adalah serupa dengan penduduk Eropah di sekeliling. Khususnya, haplogroup kromosom Y (iaitu keturunan lelaki) yang umum ialah haplogroup H (50%), I (22%) dan J2 (14%), dan R1b (7%). Haplogroup mitokondria (iaitu keturunan perempuan) yang umum ialah H (35%), M (26%), U3 (10%), X (7%), lain-lain (20%).  Sedangkan haplogroup H lelaki dan M perempuan jarang ditemui dalam populasi Eropah bukan Roma, semua yang lain ditemui di seluruh Eropah. Bagaimanapun, haplogroup perempuan U2i dan U7 hampir tiada dalam kaum perempuan Roma, namun wujud di Asia Selatan (kira-kira 11%-35%).

 

Sebaliknya pula, kaum lelaki Sinti Roma di Asia Tengah mempunyai H (20%), J2 (20%) dan kekerapan tinggi R2 (50%) yang sering ditemui di Bengal Barat dan di kalangan bangsa Sinhalese Sri Lanka. Penanda M217, yang ada dalam kira-kira 1.6% lelaki Roma, juga ditemui di Bengal Barat (Kivisild (2003) et al). Haplogroup L ditemui dalam kira-kira 10% lelaki India namun tiada dalam orang Roma (walaupun Gresham et al. nampaknya tidak menguji kehadirannya), dan juga Sinti Bengal Barat dan Asia Tengah (Kivisild (2003) et al). Bagaimanapun, pencarian pangkalan data Yhrd menunjukkan bahawa ada populasi Roma di Eropah mempunyai peratusan haplogroup R1a1 lelaki yang amat besar. Yhrd memberi sedikit bandingan dengan populasi Asia Selatan, tetapi bilangan bandingan yang besar haplogroup H dengan penduduk Asia British di London, suatu populasi yang mempunyai bahagian besar kumpulan Bengali dan Sri Lanka.

 

Suatu kajian yang diterbitkan dalam Nature menghubungkan orang Roma dengan orang Sinhala, dan harus dipandang daripada profil genetik orang Roma ini. Bangsa Sinhalese kebanyakannya keturunan masyarakat India Timur dan Selatan.

 

Data ini serta maklumat di atas menunjukkan bahawa kaum Sinhalese Sri Lanka mungkin sekali bangsa Semit daripada dasar awal yang sama seperti orang Rom dan mungkin kumpulan Ofir keturunan Sem yang mana orang Rom ialah salah satu saudara Ofir daripada Ibrani Yoktan dengan beberapa Bengali yang juga mempunyai pertalian.

 

Semua kajian genetik ini menunjukkan asal usul India Tenggara bagi populasi lelaki Roma. Haplogroup R1a1 terdapat sekitar 35-45% di barat laut subbenua India, namun hanya 10-15% di tenggara. Sebaliknya pula, haplogroup-Y H, R2 dan J2 meningkat kekerapannya semakin ke tenggara. R2 terdapat sekitar 20-40% di Bengal Barat dan Andhra Pradesh (Bamshad et al. 2001, Kivisild et al. 2003, Sengupta et al. 2006, Sahoo et al. 2006). H dan J2 terdapat 20-30% di India Selatan dan Timur.

 

Penyelidikan Luba Kalaydjieva telah menunjukkan bahawa kumpulan asalnya muncul di India kira-kira 32-40 generasi lalu dan ia kecil, mungkin sekali kurang 1,000 orang.

(Rujukan: Origins and Divergence of the Roma (Gypsies), David Gresham, Bharti Morar, Peter A. Underhill, et al, Am J Hum (2001); The Eurasian Heartland: A continental perspective on Y-chromosome diversity, Wells et al.) (diambil daripada http://en.wikipedia.org/wiki/Roma_people)

 

R2 merupakan kumpulan Yafet berciri Aryan dan bertalian dengan orang Celt dan Slav. Kedua-dua kumpulan ini ialah keturunan daripada Haplogroup asas R, yang ditemui di kalangan orang Dravidia dan sebahagian besar daripada orang Aborigine Australia. Justeru kumpulan-kumpulan Aborigine Australia kemudian ialah Aryan yang bertalian dengan orang Dravidia, yang bercampur gaul dengan penduduk Australia terdahulu asas C dan mungkinpun selewat milenium pertama BCE daripada Indianisasi Asia Tenggara. Pencerobohan India oleh Aryan berlaku 1000 BCE dan subdivisi asas R merupakan mutasi kemudian sistem YDNA yang berasal daripada P yang ditemui di Cameroon (Afrika), Australian dan India, serta tersebar amat jarang di seluruh Timur Tengah. Justeru suatu peratusan signifikan orang Aborigine merupakan proto-Celt/Slav atau Aryan daripada keturunan Yafet. Kita akan lebih meninjau pewaktuannya di bawah.

 

Kamus Concise Oxford, di bawah masukan gypsy, juga mengatakan bahawa Roma “asalnya Hindu dengan kulit dan rambut gelap, dan bertutur bahasa (Romany) yang bertalian dengan Hindi”. Ia memberi asal istilah itu sebagai: “gipcyan awal, gipsen daripada Mesir (Egyptian), daripada sangkaan asal gipsi ketika mereka muncul di England pada awal abad ke 16.”

 

YDNA gipsi mungkin kelihatan seperti ini:

 

H   M69
•       H*   -
•       H1   M52
•      •       H1*   -
•      •       H1a   M82
•      •       •       H1a*   -
•      •       •       H1a1   M36, M197
•      •       •       H1a2   M97
•      •       •       H1a3   M39, M138
•      •       H1b   M370
•       H2   Apt

 

Y-DNA Haplogroup H: Mutasi pengasas untuk Haplogroup H, M69, berlaku dalam lelaki Haplogroup F, mungkin di subbenua India. Pastinya para penyokong evolusi menyatakan bahawa pengasas Haplogroup H mungkin hidup kira-kira 30,000-40,000 tahun lalu. Haplogroup ini belum lagi dikaji dengan luas. Hari ini, hampir semua anggota Haplogroup H tinggal di kawasan subbenua India. Orang Roma (juga dikenali sebagai Gipsi), yang nampaknya bermula di India, ialah sumber utama Haplogroup H di Eropah Barat.

 

Justeru YDNA Haplogroup H terhasil daripada F di subbenua India (seperti juga L) dan sumber utama H di Eropah adalah daripada orang Gipsi dan imigran India berikutnya. Haplogroup G, H, I, dan J diandaikan mempunyai asal Semitik dan G, H, I ditemui dalam orang Asyur yang mana I dan J ditemui dalam orang Asyur, Arpakhsad atau Ibrani, Arab Ketura dan Arab Ismael serta populasi Yahudi masing-masing. I dan J kini diketahui ialah terbitan daripada kumpulan IJ yang tunggal. Walaupun kita boleh membuktikan dengan agak baik bahawa orang Gipsi mempunyai asal Semitik yang masuk melalui India, kita tidak mampu membuktikan asal mereka dalam keturunan Ketura. Bahasa Romani nampaknya dihasilkan di Eropah selepas mereka meninggalkan India. Subkumpulan Vlax Rom mungkin berasal daripada leluhur tidak lebih daripada 400-500 tahun lalu di Eropah.

 

 

Haplogroup F

 

Haplogroup F berasal daripada divisi antara garis pemisah Yap M145, M203 untuk D dan E, dan garis pemisah RPS4Y 711 M216 untuk kumpulan C. Ia kumpulan kecil dan kadangkala bertindak sebagai kumpulan rangkuman semua kerana para penyelidik tidak membuat cukup pengujian untuk menentukan kumpulan dengan betul. Terdapat kumpulan-kumpulan F kecil di Georgia/Armenia, Persia, Uzbekistan, di kalangan Tartar Kazan dan di Khazakstan. Kesimpulannya adalah akar asas F hampir hilang namun keturunannya yang ramai terus hidup dan makmur, menghasilkan kumpulan-kumpulan bangsa utama serta mutasi-mutasi yang terhasil daripada asal itu.

 

Asal pangkal ini menentukan semua Haplogroup lai dari F hingga R.

 

F asas ialah P14, M89, M213.

 

Dari segi alkitabiah, kedua-dua Sem dan Yafet mewariskan Haplogroup teras ini kepada semua keturunan mereka. Mungkin Ham juga mewariskannya kepada salah seorang anak lelakinya. Carta-carta akan menjadikan keturunan Ham mempunyai perbezaan luas.

 

Kumpulan-kumpulan YDNA

 

Semua kumpulan YDNA lain dari G hingga R2 berasal daripada satu Haplogroup F pusat. Kumpulan F ini ialah pusat kepada keturunan-keturunan Sem dan Yafet yang diketahui. Kita akan mulakan dengan Keturunan F, iaitu P14, M89, M213. Keturunan ini ialah keturunan asas untuk G, H, I, J, dan K.

 

Kita tahu bahawa keturunan dalam negara-negara Semitik yang diketahui ialah G, I dan J. Ada juga keturunan Afrika E3b atau keturunan Ham, bersama dengan sedikit R1a dan R1b. Keturunan-keturunan ini dengan G juga tersebar ke Turki, Georgia/Armenia dan Itali.

 

Kearifan lazim mengenal pasti Arab Timur Tengah sebagai Haplogroup J dan keimamatan Harun Yahudi, yang mempunyai salasilah jelas yang dikenal pasti hingga ke Sem, adalah pada J2. Divisi Haplogroup ini juga mengenal pasti Suku Buba daripada Bangsa Lemba Zimbabwe sebagai imam-imam mazhab Harun dan mereka telah terpisah daripada Yehuda/Lewi selebihnya mungkin selama 1900-2,500 tahun. Justeru divisi J2 sekurang-kurangnya sama usianya dengan perpisahan itu.

 

Haplogroup P29 iaitu K, L, M, N, O, P, Q dan R nampaknya merupakan suku-suku Yafet. Tuhan berfirman bahawa Dia akan merahmati Yafet, yang diberitahu bahawa Tuhan memperluaskannya dan dia akan berdiam dalam khemah-khemah Sem. Justeru kita menjangka akan menemui campuran Yafet dan Sem dalam kumpulan-kumpulan bangsa yang sama. Dengan itu kumpulan Hg I dan R1b serta R1a memuaskan semua kriteria ini.

 

Bantahan mungkin dibangkitkan bahawa Haplogroup Sem dan Yafet berdua ialah F dan bahawa semua keturunan mereka hanya variasi mudah daripadanya tanpa perbezaan; dan dengan itu G hingga J adalah kedua-dua kumpulan itu dan K membentuk divisi seterusnya dan satu lagi yang tidak muncul dalam J Semitik yang diketahui. Justeru K harus merangkumi seluruh Yafet, tetapi mungkin boleh dibantah kemudian bahawa G hingga I terbuka kepada kedua-duanya. Bantahan-bantahan ini nampaknya tidak tahan diteliti dengan hanya berdasarkan populasi.

 

Berkat Yafet menempatkan Yafet di dalam khemah-khemah Sem, dan dengan itu nubuatan digenapi. Segala berkat Sem ditambahkan kepada Yafet walaupun Yafet lebih besar dari segi peratusan dalam setiap negara.

 

Apa yang pasti adalah keluasan begitu besar Haplogroup I dan R1b dan juga R1a di Eropah menjadikannya hampir mustahil untuk setiap orang di Eropah bukan keturunan Abraham, Ishak dan Yakub, sama ada melalui keturunan ibu atau bapa mereka. Justeru perikatan Het dan Parthia dengan Israel telah menjadikan mereka satu bangsa yang tersebar di seluruh satu kawasan luas dengan berbagai entiti bahasa. Abraham sesungguhnya telah menjadi bapa kepada bangsa-bangsa.

 

Teka-teki MTDNA

 

Seperti yang kita perhatikan dalam karya Asal Genetik Bangsa-bangsa (No. 265), terdapat “26 Haplogroup MTDNA yang menandakan 26 keturunan MTDNA perempuan. Kira-kira tujuh Hg asal atau “hawa” perempuan tersedia untuk Eropah. Bagaimanapun, apabila kita memeriksa salasilah MTDNA kita menemui beberapa terbitan kumpulan yang menarik. Apa yang dipanggil Supergroup sebenarnya hanyalah tiga kumpulan asas. Dengan kata lain, mereka berasal daripada tiga keturunan perempuan utama. Itulah yang kita jangka akan temui jika kita andaikan hanya ada tiga orang perempuan yang terus melahirkan anak selepas Bahtera, iaitu isteri-isteri Sem, Ham dan Yafet. Semua Haplogroup ini berasal daripada satu Supergroup perempuan tunggal, iaitu Haplogroup L. Jadi pada hakikatnya, semua perempuan berasal daripada satu keturunan perempuan Hg. L. Itulah super L. Keturunan ini kemudiannya berpecah kepada L1, kemudian L2 dan L3. Keturunan L3 bercabang dan daripada L3 ini datang mutasi-mutasi MTDNA yang lain. Justeru, semua perempuan berasal daripada seorang Hawa yang keturunan MTDNAnya ialah L.

 

Kumpulan-kumpulan L, L1, L2 dan L3 semuanya ditemui di Afrika dan merupakan kumpulan-kumpulan utama yang hampir khusus di Afrika sub-Sahara. Hanya dari Etiopia utara barulah kita temui kepelbagaian besar rekod MTDNA. Itulah sebab asas kenapa para penyokong evolusi mendakwa bahawa kita semua berasal daripada Afrika. Penempatan kumpulan-kumpulan DNA boleh dilihat dalam karya J.D. McDonald yang telah mengumpulkannya menurut carta Y dan Haplogroup MTDNA yang boleh didapati di

http://www.scs.uiuc.edu/~mcdonald/WorldHaplogroupsMaps.pdf

 

Supergroup M dan N ialah kumpulan berikutnya yang bercabang atau bermutasi. Dari sudut pandangan alkitabiah kita senang berhujah bahawa L terbentuk dengan Hawa dan kumpulan-kumpulan lain merupakan divisi-divisi pra-Banjir yang menaiki Bahtera. Justeru, kita boleh berhujah dengan betul bahawa L, M, dan N telah menaiki Bahtera sesuai dengan kisah alkitabiah yang diterima. Mungkin juga subdivisi Supergroup R telah menaiki Bahtera, bergantung pada bilangan perempuan. Semua Haplogroup MTDNA merupakan subdivisi L, kemudian M dan N dan seterusnya R, yang sendirinya merupakan mutasi Hg. N. Justeru satu-satunya perbezaan antara kisah Alkitab dan DNA saintifik moden ialah andaian bahawa model-model matematik memerlukan waktu yang lebih lama lagi untuk bermutasi daripada kronologi Alkitab. Andaian itu adalah berdasarkan premis bahawa MTDNA tidak memaksa mutasi Genom Manusia dan andaian itu kini dibuktikan palsu.

 

Oleh itu, daripada Hg. L asal kita dapat Hg. M dan Hg. N. Kedua-dua kumpulan ini ialah mutasi langsung bebas Hg. L.

 

Jadi kita boleh andaikan bahawa Hawa menghasilkan keturunan L dan tiga isteri Sem, Ham dan Yafet sekurang-kurangnya ialah tiga kumpulan L, M dan N. Mungkin ada divisi selanjutnya, sebab hakikatnya bahawa Nuh mungkin mempunyai anak-anak perempuan yang tidak disebut, dan keturunan MTDNA mereka mungkin L, atau M atau N. Ini mungkinpun R, jika kita andaikan bahawa seluruh keturunan L datang melalui isteri Ham, sebab keturunan L hampir terbatas kepada suku-suku sub-Sahara. Kita juga harus menghadapi fakta bahawa Hawa berkulit gelap dan fakta bahawa Adam bererti “dia yang merah”.

 

Isteri-isteri Sem dan Yafet adalah daripada subdivisi-subdivisi L, mungkin M dan N atau mungkin juga R.

 

Kedua-dua kumpulan M dan N membentuk subkumpulan berikut:

M menghasilkan tiga subdivisi:

Subkumpulan M termasuk;

C dan Z, yang berpisah antara satu sama lain, dan D dan G;

Subdivisi E; dan

Subdivisi Q

 

Justeru kita juga boleh membuat kesimpulan bahawa isteri-isteri anak-anak Nuh diambil daripada satu-satunya keturunan keluarga yang juga mengekalkan kemurnian keturunan perempuannya. Perpisahan L2 dan L3 mungkin datang daripada struktur keluarga sebelum Banjir. Anak-anak perempuan Nuh dan isteri-isteri anak-anak lelakinya mungkin telah membawa ketiga-tiga subdivisi L dan subkumpulan teras asas M, N dan mungkin R. Semua kumpulan seterusnya daripada R ialah subkumpulan R.

 

Jadi memang mungkin bahawa para wanita Bahtera, walaupun hanya ada anak perempuan Nuh dan isteri-isteri Sem, Ham dan Yafet, dengan mudah mengandungi asas untuk kepelbagaian MTDNA moden. Kita tidak akan terkejut menemui kepelbagaian sebegini dalam sebuah keluarga dengan anak-anak lelaki berkahwin pada hari inipun. Sudah menjadi kebiasaannya hari ini untuk menemui kumpulan-kumpulan ini di Palestin, Mesir dan Pakistan Selatan.”

 

Kita akan membincangkan kepelbagaian mtDNA perempuan untuk negara-negara Semitik yang diketahui dalam satu karya kemudian.

 

Ini membabitkan kahwin campur di kalangan bangsa-bangsa, dan kita boleh mengenali keturunan-keturunan in di tempat lain.

 

Dalam karya Asal Genetik Bangsa-bangsa (No 265) kami menyimpulkan bahawa “justeru itu tiada apa-apa dalam variasi MTDNA dan Haplogroup-haplogroup untuk menghalang cerita Alkitab dan kisah Kejadian ditampung oleh, atau menampung, kemajuan-kemajuan saintifik yang kita temui di sini.

 

Haplogroup-haplogroup MTDNA L, M, N dan mungkin R hadir dalam wanita di atas Bahtera. Mutasi-mutasi berlaku sementara setiap kumpulan berpindah dari Timur Tengah dan berkahwin campur dengan keluarga dan suku berpindah selang waktu.”

 

Haplogroup J Semitik

 

Artikel Wikipedia tentang Haplogroup J Semitik menyatakan Haplogroup ini pada asalnya datang daripada Haplogroup IJ yang bergabung. Kumpulan IJ didefinisi oleh S2 dan S22 dalam rantai YDNA.

 

Signifikansnya adalah sains kini mula berpendapat dan menerima bahawa I dan J pernah menjadi kumpulan yang sama dan bahawa semua orang Hg. I berasal daripada leluhur yang sama seperti orang Yahudi dan Arab yang memiliki sistem J. Justeru kita ada penerimaan jelas dari segi alkitabiah bahawa rekod Alkitab bahawa bangsa Ibrani datang daripada satu leluhur, Arpakhsad, adalah betul.

 

Apa yang kita tidak tahu sepenuhnya adalah sekiranya kumpulan IJ ini berkembang dalam mana-mana anak-anak Sem yang lain.

 

Haplogroup J sebelum ini dikenali sebagai HG9 atau Eu9/Eu10. Ia didefinisikan oleh penanda genetik 12f2.1, atau penanda M304 yang sepadan.

 

Walaupun sains masih berpegang pada rangka waktu panjang evolusi ia masih bersetuju bahawa mereka muncul di Timur Dekat. Haplogroup IJ pula berasal daripada Haplogroup F. Haplogroup ini ialah Haplogroup utama untuk semua bangsa Semitik dan Yafet.

 

Subkumpulan kini yang utama untuk J ialah J1 dan J2, dan kedua-duanya memberi hampir semua populasi Haplogroup ini. Rangka waktu Alkitab mengizinkan waktu mula yang tidak lebih awal daripada 2200 BCE. Haplotaip Modal Cohen (CMH) untuk keturunan Harun termasuk dalam J1 dan J2. Kebanyakan CMH didapati dalam J1 (53.0%) dan J2 (43.2%) dengan sebahagian kecil di luar Haplogroup J (3.8%). Justeru J1 J2 serta divisi lain seharusnya telah berlaku selepas perpisahan keimamatan Harun pada 732 BCE atau ia mutasi bebas yang bukan hanya mengenalpasti seluruh keimamatan.

 

Wikipedia berpendapat bahawa “walaupun CMH mungkin terdapat dalam J1 atau J2, signatur genetik dalam J1 dianggap sebagai signatur imamat Yahudi.”

 

Haplogroup J2 didefinisi oleh penanda M172, dan Haplogroup J1, didefinisi oleh penanda M267.

 

Artikel Wikipedia tentang: Haplogroup J1 (Y-DNA) mengatakan:

Haplogroup J1 adalah penting kerana haplogroup ini menunjukkan kekerapan tertinggi di Timur Tengah, Afrika Utara dan Etiopia [kajian Thomas et al 1999]. J1 disebarkan oleh dua peristiwa pindahan berlainan waktu, yang mana peristiwa paling baru sekali mungkin berkaitan dengan penyebaran bangsa Arab. Haplogroup J1 paling kerap sekali dalam orang Arab Palestin (38.4%) [Semino et al] dan Bedouin Arab (62% dan 82% dalam Bedouin gurun pasir Negev). Juga dalam negara-negara berbahasa Arab seperti: Algeria (35%), Syria (30%), Iraq Levant selatan (33%), Semenanjung Sinai, dan Semenanjung Arabia, dan turun mendadak di sempadan negara-negara Arab dengan negara-negara bukan Arab (Turki dan Iran). Ia memasuki Etiopia pada zaman Neolitik dengan Revolusi Neolitik dan penyebaran pertanian, yang mana ia ditemui terutamanya di kalangan penutur Semitik (contohnya Amhara 33.3%, tetapi Oromo 3.8%). Ia tersebar kemudiannya ke Afrika Utara pada waktu-waktu bersejarah (seperti yang dikenalpasti dengan motif YCAIIa22-YCAIIb22; orang Algeria 35.0%, orang Tunisia 30.1%), yang mana ia menjadi seperti penanda perluasan Arab pada zaman pertengahan awal (Semino et al. 2004). Para penyelidik percaya bahawa penanda DYS388=17 (Ujian Y DNA untuk STR – Short Tandem Repeater) berhubungan dengan perluasan kemudian suku-suku Arabia di Levant selatan dan Afrika utara (Di Giacomo et al. 2004). Haplogroup J1 ditemui hampir khususnya di kalangan populasi moden Asia Barat daya, Afrika Utara, dan Afrika Timur, secara dasarnya menggariskan wilayah yang dikenali ramai sebagai Timur Tengah dan dihubungkan dengan penutur bahasa Semitik. Distribusi J1 di luar Timur Tengah dikaitkan [dengan] orang Arab dan Fenisia melalui perdagangan dan penaklukan seperti Sicily Itali selatan, Sepanyol, Azerbaijan, Turki, Pakistan, dan dengan orang Yahudi yang mempunyai asal bersejarah di Timur Tengah dan bertutur (atau dalam sejarah pernah bertutur) bahasa Semitik, walaupun lazimnya Haplogroup J2 lebih dua kali lebih biasa di kalangan orang Yahudi. Dalam populasi Yahudi keseluruhannya, J1 merupakan 14.6% daripada hasil Ashkenazim dan 11.9% daripada hasil Sephardic (Semino et al. 2004).

 

Wikipedia berkata berkenaan Haplogroup J2 (Y-DNA)

Haplogroup J2 sekarang ini kebanyakannya di Eropah, namun ditemui khususnya di Levant utara (Kurdistan, Armenia), Anatolia: orang Kurd Muslim (28.4%), orang Turki Tengah (27.9%), orang Georgia (26.7%), orang Iraq (25.2%), orang Lubnan/Libanon (25%), orang Yahudi Ashkenazi (23.2%) dan orang Yahudi Sephardim (28.6%). J2 tidak ditemui dalam populasi bertutur bahasa Semitik di Afrika (seperti Amhari dan Tigrinia di Etiopia) (Semino et al. 2004). Bagaimanapun, J2 didapati meliputi beberapa sub-Haplogroup tidak berkaitan (22 sub dengan 12 sub yang mempunyai kekerapan tinggi) yang berasal mula di wilayah-wilayah berlainan: orang Itali, Balkan, Aegean, Balkan, Anatolia (Kurd dan Turki), Caucasia (Georgia) dan akhirnya Somalia (lihat rujukan: Semino et al. 2004). Ia dianggap sebagai penanda genetik para petani Neolitik Anatolia. Ia juga amat kerap dalam orang Balkan (orang Yunani 20.6%, orang Albania 19.6%) dan di Itali selatan (16.7-29.1%). Kekerapannya jatuh mendadak di lembah Carpathia (orang Croatia 6.2%, Hungary 2.0%, Ukraine 7.3%). Kehadiran signifikan J2 (J2b2+J2a) di India (18.6% dalam kasta atas Dravidia, 14% dalam kasta atas Aryan, 2% dalam suku-suku; Sengupta et al. 2006) pastinya bermula sangat awal, kerana “J2 India tidak diiringi oleh ‘teman pengembara setia’ nya E3b1 yang sampai hingga Timur Dekat dari Afrika Utara selepas berakhirnya Zaman Ais dan terikat erat dengan penyebaran kedua-dua subcabang J sejak era Neolitik.”

(lihat artikel Wikipedia, Haplogroup J)

 

Signifikans Haplotaip Modal Cohen dalam kedua-dua J1 dan J2 menunjukkan bahawa divisi dan perkembangan Haplogroup-haplogroup ini adalah hasil daripada mutasi selepas penyebaran keimamatan Harun yang berlaku tidak awal daripada 1458 BCE dan mungkin selewat 722 BCE. Sebahagian besar ini nampaknya ada di kalangan orang Arab juga.

 

Justeru Haplotaip ini bermutasi lebih pantas daripada yang diduga dan model-modelnya salah.

 

Kehadiran J2 di India tanpa pengembara E3b1 menunjukkan bahawa Haplotaip J2 berkembang di India daripada orang Ibrani, yang tidak berkahwin campur dengan orang Kanaan atau Mesir dalam Kumpulan Berbagai Bangsa atau pendudukan Kanaan. Dengan itu migrasi orang-orang ini pastinya telah berlaku dengan orang Ibrani awal (mungkin Yoktan, atau lebih awal lagi) yang berpindah dari Asyur mungkin bersama orang Asyur dan Kush serta beberapa orang Yafet Hg. RxR1 ke Harappa dan Mohenjo Daro di Indus mungkinpun seawal pendudukan itu pada abad ke 18 BCE (lihat Mistikisme Bab 1 Menyebarkan Misteri-misteri Babel (No. B7 1).

 

Orang Semit terus bergerak ke India Selatan, Bengal dan Sri Lanka. Orang Sinhalese Sri Lanka juga mempunyai keturunan Yafet R2, iaitu mutasi India daripada RxR1. Seperti yang sudah kita lihat, orang Roma mempunyai campuran-campuran Haplogroup yang serupa.

 

Orang Kush dan Yafet juga pergi ke India Selatan dan terus ke Asia Tenggara.

 

Rakyat K bermutasi daripada F dan satu bahagian utama menjadi orang Negrito dan Melansesian.

 

Divisi berikut subdivisi Yafet F dan RxR1 berpisah daripada mereka menjadi P di Timur Tengah.

 

Hg. P bermutasi menjadi Hg. RxR1 dari mana asalnya semua orang Celt dan Slav.

 

RxR1 kekal di India lalu menjadikan orang Dravidia dan satu lagi kumpulan asas berpindah dengan Hg. Asas C majoriti dan menjadi asas populasi Aborigine Australia sekitar 1700 BCE. Mereka nampaknya telah datang dalam lapan kumpulan, mungkin tidak bercampur mulanya. Satu masyarakat nampaknya merupakan Hg. O yang lewat tiba, mungkin daripada orang Indo-Melayu atau Cina.

 

Orang Kush dan keturunan Ham lain juga bergerak ke Timur laut dan menjadi orang Mongol serta populasi asas yang kemudiannya menjadi orang Maori dan Amerindian C3. Kumpulan Ham juga membentuk mutasi Hg. D dari mana turunnya ramai orang Jepun dan Tibet.

 

K pada M9 juga berpecah menjadi kumpulan tunggal M214 yang membentuk cabang keturunan Yafet, orang Hun dan Finn di bawah Haplogroup N, bersama dengan orang Cina dan Melayu dan sedikit orang Polynesia dan Filipino di bawah haplogroup O.

 

Populasi Papua/New Guinea asas mengekalkan K asal, sama seperti beberapa pedagang Fenisia pada K2.

 

Tiada orang Semit berpindah ke Australasia.

 

Tasmania pada mulanya diduduki oleh orang Negrito K sama seperti New Zealand dengan orang Maorii atau Moriori selepas penempatan awal dan mereka akhirnya dipaksa keluar oleh Maori HG C.

 

Maklumat khusus Wikipedia tentang J Asas (Base J) ialah:

 

J*(xJ1,J2)

Ada juga sedikit kromosom Y Haplogroup J yang bukan milik J1 atau J2, dan dikatakan berada dalam Haplogroup atau paragroup J*(xJ1, J2), namun, mereka amat jarang sekali. Ini bererti bahawa haplogroup J* termasuk semua J melainkan J1 dan J2

 

Spesifikasi teknikal mutasi

Perincian teknikal M304 ialah:

Perubahan nukleotid: A kepada C

Kedudukan (pasangan bes, base pair): 421

Jumlah saiz (pasangan bes): 527

Ke depan 5’ → 3’: caaagtgctgggattacagg

Ke belakang 5’ → 3’: cttctagcttcatctgcattgt

 

Haplogroup-haplogroup Semitik dan subklad-subklad akan dikeluarkan semula dalam satu lagi Lampiran karya.

 

Jadual-jadual salasilah Keturunan Sem akan dikeluarkan dalam karya Keturunan Sem Bahagian VII: Carta-carta untuk P212A-212F (No. 212G).