Jemaat-jemaat Allah Al Masehi

[212E]

 

 

 

 

Keturunan Abraham

Bahagian V: Yehuda

(Edisi 3.0 20070115-15-20070115-20070417-20100827)

 

 

Urutan karya-karya ini mengisahkan pemualafan keturunan Abraham dan peranan mereka dalam Kerajaan Tuhan yang akan datang. Bahagian V adalah berkenaan pemualafan Yehuda.

 

Kitab Suci memberitahu kita bahawa suatu pengerasan terjadi atas hati-hati Yehuda dan bahawa dalam Zaman Akhir mereka akan berpusing balik dan akan dimualafkan agar Mesias dapat kembali kepada bangsanya sendiri dan pusakanya sendiri.

 

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta ă 2007, 2010 Wade Cox)

(Tr. 2008)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org


 

Keturunan Abraham Bahagian V: Yehuda

 

 


Pengenalan

 

Ternyata dalam Kitab Suci bahawa Yehuda akan dimualafkan pada Zaman Akhir dan pengerasan hati-hati mereka akan dibuang.

 

Pengerasan akan datang ke atas hati-hati Yehuda, dan Mesias terpaksa dikorbankan menurut nubuatan. Yehuda terpaksa dipisahkan daripada Israel dan Bait jasmaniah dibinasakan kerana kebutaan mereka untuk kejadian pertama dan Rencana Tuhan berkaitan Bait untuk kejadian kedua. Urutannya berlaku menurut nubuatan yang kita lihat daripada Daniel berkenaan Bait dan seperti yang dijelaskan dalam karya Tanda Yunus dan Sejarah Pembangunan Semula Bait (No. 13). Kebutaan yang melanda Yehuda diperincikan dalam karya Perang dengan Rom dan Kejatuhan Bait Suci (No. 298).

 

Pada Zaman Akhir kebutaan ini akan diangkat dan Roh Kudus akan dicurahkan ke atas Yehuda agar mereka diubah dan Rencana Tuhan dilaksanakan.

 

Urutan perubahan kepercayaan Yehuda dan segala pencubaan yang telah dideritai mereka bila dilihat dari segi konteks Alkitab dan nubuatan nyata cocok dalam struktur keseluruhan. Mereka sebenarnya tidak perlu menderita begitu banyak di luar Rencana Tuhan namun mereka orang yang keras kepala dan suatu pengerasan memangpun telah menguasai hati-hati mereka.

 

Tidak lama lagi mereka akan bertaubat dan mata mereka akan dibuka.

 

Mereka masih mempunyai beberapa pencubaan untuk dipikul (lihat karya Perang Hamon-Gog (No. 294)).

 

Bagaimanapun, Yehuda akan selamat dan mereka akan mengatasi dan akan dipulihkan.

 

Kisah mereka tertulis dalam Kitab Suci dan Kitab Suci tidak dapat dibatalkan (Yohanes 10:34-35).

 

Dengan cara yang sama nubuatan menggambarkan Jemaat dan negara-negara lain di sekeliling Tanah Suci. Nubuatan-nubuatan ini meliputi Timur Tengah, termasuk Mesir, Persia, dan negara-negara yang bersekutu dengan, atau yang berliga dengan negara-negara ini.

 

Soal kemerdekaan dan penganiayaan telah sentiasa ada bagi orang Yahudi. Untuk satu contoh pengendalian mereka kita akan beralih kepada England.

 

Orang Yahudi di England

 

Tahun 2006, atau 29/120, menandakan ulang tahun ke 350 (sama dengan 7 Yobel) keputusan Oliver Cromwell sebagai Lord Protector untuk menerima semula orang Yahudi ke England. Penyingkiran mereka, selama kira-kira 366 tahun, adalah melalui perintah Raja Edward I yang dibuat pada Hari Para Kudus (All Saints’ Day) pada 1290. Dengan itu England merupakan negara Eropah pertama yang mengusir orang Yahudi secara rasmi berikutan beberapa ratus tahun penganiayaan.

 

Kemasukan semula mereka ini terjadi terutamanya melalui usaha seorang, Rabai Menasseh ben Israel dari Amsterdam. Pada 1655 dia mengajukan satu permohonan kepada Sidang Negara di England meminta agar orang Yahudi diberi kebebasan berdagang, kebebasan beragama – termasuk sinagog (rumah ibadat) dan tempat perkuburan mereka sendiri, dan hak untuk beroperasi menurut Hukum Musa – dan menuntut pembatalan semua undang-undang anti-Yahudi. Bagaimanapun, tiada keputusan dibuat oleh komiti yang dibentuk untuk meninjau soal kemasukan semula mereka. Kebanyakan anggota komiti yang terdiri daripada para hakim, pedagang dan pendeta ini sebenarnya menentang idea ini, namun Cromwell sendiri memberi izin pada 1656. Cromwell dan kumpulan Puritannya juga dengan wajarnya telah menyokong satu larangan parlimen yang dibuat lebih awal ke atas perayaan Krismas, hari-hari raya Orang Kudus (Santo) dan hari raya bukan alkitabiah yang lain.

 

Perhatikan bahawa larangan oleh Edward itu hanyalah melalui hak istimewa raja dan bukan melalui apa-apa Akta Parlimen, justeru tiada undang-undang pengusiran sebenarnya untuk dibatalkan. Bagaimanapun, lebih 200 tahun kemudian pada 1858, barulah orang Yahudi di Britain menerima hak-hak yang sama dan lengkap sebagai warganegara. Cromwell, yang meninggal pada 1658, ingin memasukkan semula orang Yahudi atas beberapa sebab. Ramai rakan Puritannya mempunyai minat ikhlas dalam bahasa dan kesusasteraan Ibrani dan merasai simpati tertentu terhadap ‘orang-orang Perjanjian Lama’, sementara bagi orang lain ini merupakan soal kemanfaatan politik. Jelas kelihatan sebab utamanya adalah untuk keuntungan komersial langsung, sebab terdapat perdagangan menguntungkan yang beroperasi antara Holland dan England pada waktu itu dan orang Yahudi diakui sebagai pedagang dan saudagar mahir yang dapat memudahkan perdagangan itu. Lucien Wolf, pengasas Persatuan Sejarah Anglo-Yahudi, menulis awal dalam abad ke 20 tentang apa yang dianggapnya sebagai motif kemasukan semula itu: “Sebenarnya kekurangan bulion (jongkong emas) dalam negara, seawal 1643 … telah menganjurkan kepada Cromwell keinginan menempatkan saudagar-saudagar Yahudi di London.”

 

Demikianlah mereka mendiami, semakin lama semakin ramai. Diusir lebih awal dari Sepanyol dan Portugal ketika Pasitan Katolik, orang Yahudi telah memulakan perniagaan di Amsterdam dan instrumental dalam menjadikan kota ini salah satu daripada pelabuhan paling sibuk di dunia pada waktu itu. Susulan keputusan Cromwell ramai Yahudi Sephardi dan yang lain mula berpindah ke England dan memperkenal semula beberapa aspek pemeliharaan Torah (Taurat) kepada Britain. Seseorang yang mengunjung Sinagog Sephardi di Creechurch Lane, London pada 1662 diberitahu: “Satu tahun pada zaman Oliver, mereka membuat pondok-pondok di seberang Thames dan merayakan Perayaan Pondok Daun di dalamnya.” Pada Oktober 1663, penulis diari terkenal Samuel Pepys juga mengunjung Sinagog Sephardi ini, dan penggantinya kemudian, Bevis Marks, kekal sinagog tertua di Britain hari ini.

 

Sejak kemasukan semula rasmi mereka, orang Yahudi telah berintegrasi sepenuhnya ke dalam masyarakat British dan telah membuktikan diri mereka hamba setia Mahkota dan aset yang amat bernilai kepada negara dalam berbagai-bagai cara. Hari ini terdapat kira-kira 300,000 Yahudi di UK, daripada anggaran 13-14 juta yang tersebar di seluruh dunia. Terdapat lebih ramai Yahudi di AS daripada Israel dan AS dan Komanwel British merupakan kediaman sebenar untuk kebanyakan Yehuda hari ini. Dari segi itu orang Yahudi sedang disatukan semula dengan Israel dan negara yang dipanggil Israel ini sebenarnya satu bahagian Komanwel. Ironinya Israel dan Australia dikelompokkan bersama dalam divisi sama dunia oleh persetujuan-persetujuan Rom.

 

Dalam The Times (London) 1 Jun 2002, Rabai Jonathan Romain menulis satu artikel bertajuk ‘Pariahs, heroes and a loyal people: how England’s monarchs saw their Jewish subjects’ (Paria, wira dan orang setia: bagaimana raja-raja England memandang rakyat Yahudi mereka), yang sebahagiannya berbunyi seperti berikut.

Bila almarhum Puteri Margaret mengunjung Sinagog Maidenhead sepuluh tahun lalu – ibadat Yahudi pertama yang dihadirinya – dia mengakui kemudian bahawa perkara yang paling mengagumkannya bukanlah bahasa Ibrani atau upacara-upacaranya, tetapi penemuan bahawa orang Yahudi membacakan Doa untuk Kerabat Raja pada setiap kebaktian Sabat. …

 

Orang Yahudi bukan saja mendoakan Ratu sekarang ini; sudah lama tradisi wujud untuk memohon berkat Tuhan ke atas raja sebagai lambang kestabilan negara, walaupun, secara jujurnya, sesetengah raja dan ratu kurang berhak menerimanya daripada yang lain.

 

Hubungan antara Mahkota dan orang Yahudi bermula dengan William I, apabila satu masyarakat tetap ditubuhkan di sini setelah dia membawa orang Yahudi menyeberang dari Normandy untuk membantu mendiami kerajaan barunya. Mereka dilihat sebagai unsur yang boleh dipercayai dalam satu populasi yang tidak stabil sebaliknya, dengan orang Anglo-Saxon yang ingin menghapuskannya dan kaum bangsawannya sendiri yang bersaing untuk kuasa. Hubungan mereka dengan William II lebih ramah lagi malah dia bergurau bahawa dia akan mempertimbang untuk bermualaf kepada Judaisme sekiranya mereka dapat mengalahkan biskop-biskopnya dalam perdebatan – begitu menakutkan bagi biskop-biskopnya, walaupun ini tidak pernah diuji.

 

Sebagai orang baru dalam negara, orang Yahudi … secara rasminya diumumkan sebagai “barang bergerak (harta peribadi)” Mahkota, bertanggungjawab secara langsung kepada Takhta dan menjadi miliknya. Definisi ini mempunyai banyak manfaat, dan memberi orang Yahudi hak kediaman dan perlindungan. …

 

Raja-raja selepas itu menyalahgunakan kuasa istimewa ini, mengenakan cukai yang membebankan ke atas orang Yahudi … Bagi pihaknya, Elizabeth II telah memperlakukan rakyat Yahudinya seperti yang mereka inginkan: sama seperti semua orang lain. …

 

Kebanyakan orang Yahudi pastinya gembira melihat unsur pelbagai iman dengan apa saja permahkotaan masa depan, dengan rabai-rabai Ortodoks dan Progresif mengikut serta di samping para pemimpin agama lain, namun buat masa ini mereka sudah cukup gembira menyertai sorakan ‘Long live the Queen’ (penekanan ditambah)

 

Dedikasi dan hormat seperti itu untuk Raja jarang dilihat di kalangan rakyat lainnya yang paling setia, Kristian atau selainnya. Mungkin secara tidak sedar, orang Yahudi sebenarnya berdoa untuk saudara mereka sendiri, sebab sudah dibuktikan bahawa anggota-anggota Kerabat Raja sekarang ini ialah keturunan langsung Raja Daud Isarel dan dengan itu berasal daripada suku Yehuda. Lihat karya Dari Daud dan Para Pemimpin Buangan hingga Kerabat Windsor (No. 67) dan Pesan Sabat 16/4/27/120 di:

http://www.ccg.org/_domain/ccg.org/Sabbath/2004/S_07_03_04.htm

 

Ramai kerabat raja mengetahui hakikat ini, sebab adanya jadual genealogi di Istana Windsor yang benar-benar menunjukkan keturunan mereka dari Raja Daud. Ratu Victoria (bertakhta 1837-1901) sedar sepenuhnya bahawa dia menduduki takhta Daud. Kebanyakan rakyat Mahkota ini, bagaimanapun, terus tidak mengetahuinya sampai hari ini.

 

Sebagai fakta menarik, Ratu sekarang ini, Elizabeth II, memulakan pemerintahannya pada Februari 1952, jadi tahun 1977 merupakan yobel rasminya (sekalipun ini yobel perak, iaitu separuh yobel). Yobel peraknya bertepatan dengan tahun Yobel sebenar. Tahun pertama yobel baru pada 1978 ialah permulaan Yobel ke 120 sebenar dalam Kalendar Tuhan.

 

Takhta kekal Daud

 

Kedua-dua raja Daud dan Salomo diberitahu bahawa takhta yang diberikan kepada mereka akan kekal (2 Samuel 7:13,16; Yeremia 33:17).

 

2 Samuel 7:12-17 Apabila umurmu sudah genap dan engkau telah mendapat perhentian bersama-sama dengan nenek moyangmu, maka Aku akan membangkitkan keturunanmu yang kemudian, anak kandungmu, dan Aku akan mengokohkan kerajaannya. 13 Dialah yang akan mendirikan rumah bagi nama-Ku dan Aku akan mengokohkan takhta kerajaannya untuk selama-lamanya. 14 Aku akan menjadi Bapanya, dan ia akan menjadi anak-Ku. Apabila ia melakukan kesalahan, maka Aku akan menghukum dia dengan rotan yang dipakai orang dan dengan pukulan yang diberikan anak-anak manusia. 15 Tetapi kasih setia-Ku tidak akan hilang dari padanya, seperti yang Kuhilangkan dari pada Saul, yang telah Kujauhkan dari hadapanmu. 16 Keluarga dan kerajaanmu akan kokoh untuk selama-lamanya di hadapan-Ku, takhtamu akan kokoh untuk selama-lamanya." 17 Tepat seperti perkataan ini dan tepat seperti penglihatan ini Natan berbicara kepada Daud.  (RSV)

 

Mungkin boleh disimpulkan daripada beberapa ayat Alkitab bahawa ketaatan sepenuhnya kepada Tuhan dan HukumNya diperlukan untuk janji ini terus terlaksana berkenaan takhta jasmaniah Israel (contoh 1 Raja 2:1-4; 2 Tawarikh 6:16; Mazmur 132:11-12). Bagaimanapun, ayat 45 1 Raja-raja 2 mengusulkan takhta ini akan kukuh selama-lamanya dari permulaannya, tanpa mengira ketaatan raja-raja (dan ratu-ratu) yang akan mendudukinya.

 

Dalam ayat 14 2 Samuel 7 di atas, kelihatannya Salomo dan raja-raja selepasnya akan dihukum keras kerana dosa-dosa mereka, namun janji berkenaan keterusan anak cucu raja di atas takhta Israel tidak akan dibatalkan sama sekali.

 

1 Raja-raja 2:1-4,45 Ketika saat kematian Daud mendekat, ia berpesan kepada Salomo, anaknya: 2 "Aku ini akan menempuh jalan segala yang fana, maka kuatkanlah hatimu dan berlakulah seperti laki-laki. 3 Lakukanlah kewajibanmu dengan setia terhadap TUHAN, Allahmu, dengan hidup menurut jalan yang ditunjukkan-Nya, dan dengan tetap mengikuti segala ketetapan, perintah, peraturan dan ketentuan-Nya, seperti yang tertulis dalam hukum Musa, supaya engkau beruntung dalam segala yang kaulakukan dan dalam segala yang kautuju, 4 dan supaya TUHAN menepati janji yang diucapkan-Nya tentang aku, yakni: Jika anak-anakmu laki-laki tetap hidup di hadapan-Ku dengan setia, dengan segenap hati dan dengan segenap jiwa, maka keturunanmu takkan terputus dari takhta kerajaan Israel. 45 Tetapi diberkatilah kiranya raja Salomo dan kokohlah takhta Daud di hadapan TUHAN sampai selama-lamanya." (RSV)

 

Dan sekali lagi dalam Mazmur:

 

Mazmur 89:35-37 Sekali Aku bersumpah demi kekudusan-Ku, tentulah Aku tidak akan berbohong kepada Daud: 36 Anak cucunya akan ada untuk selama-lamanya, dan takhtanya seperti matahari di depan mata-Ku, 37 seperti bulan yang ada selama-lamanya, suatu saksi yang setia di awan-awan." Sela (RSV)

 

Satu analogi boleh dibuat antara takhta Daud dan Hukum Tuhan. Hukum Tuhan tidak pernah ditiadakan sepanjang dua ribu tahun kebelakangan ini sejak kematian Mesias, hanya untuk dilaksanakan pula, sebagaimana yang dinyatakan Alkitab dengan tegas, dalam Kerajaan Tuhan yang akan datang. Begitu juga takhta jasmaniah Daud tidak pernah lenyap sepanjang kira-kira 2600 tahun (iaitu sejak penawanan Yehuda pada 586 BCE), hanya untuk muncul semula apabila Mesias datang untuk mengambil kerajaannya. Sebaliknya, kedua-duanya iaitu keturunan raja pada takhta dan Hukum raja Tuhan telah beroperasi tanpa henti sejak permulaannya.

 

Yeremia 33:14-26 "Sesungguhnya, waktunya akan datang, demikianlah firman TUHAN, bahwa Aku akan menepati janji yang telah Kukatakan kepada kaum Israel dan kaum Yehuda. 15 Pada waktu itu dan pada masa itu Aku akan menumbuhkan Tunas keadilan bagi Daud. Ia akan melaksanakan keadilan dan kebenaran di negeri. 16 Pada waktu itu Yehuda akan dibebaskan, dan Yerusalem akan hidup dengan tenteram. Dan dengan nama inilah mereka akan dipanggil: TUHAN keadilan kita! 17 Sebab beginilah firman TUHAN:    Keturunan Daud tidak akan terputus duduk di atas takhta kerajaan kaum Israel! 18 Dan keturunan imam-imam orang Lewi tidak akan terputus mempersembahkan korban bakaran di hadapan-Ku dan membakar korban sajian dan mengorbankan korban sembelihan sepanjang masa." 19 Firman TUHAN datang kepada Yeremia, bunyinya: 20 "Beginilah firman TUHAN: Jika kamu dapat mengingkari perjanjian-Ku dengan siang dan perjanjian-Ku dengan malam, sehingga siang dan malam tidak datang lagi pada waktunya, 21 maka juga perjanjian-Ku dengan hamba-Ku Daud dapat diingkari, sehingga ia tidak mempunyai anak lagi yang memerintah di atas takhtanya; begitu juga perjanjian-Ku dengan orang-orang Lewi, yakni imam-imam yang menjadi pelayan-Ku. 22 Seperti tentara langit tidak terbilang dan seperti pasir laut tidak tertakar, demikianlah Aku akan membuat banyak keturunan hamba-Ku Daud dan orang-orang Lewi yang melayani Aku." 23 Firman TUHAN datang kepada Yeremia, bunyinya: 24 "Tidakkah kauperhatikan apa yang dikatakan orang-orang ini: Kedua kaum keluarga yang dipilih TUHAN itu telah ditolak-Nya? Dengan demikian mereka menghina umat-Ku, dianggapnya bukan suatu bangsa lagi. 25 Beginilah firman TUHAN: Jika Aku tidak menetapkan perjanjian-Ku dengan siang dan malam dan aturan langit dan bumi, 26 maka juga Aku pasti akan menolak keturunan Yakub dan hamba-Ku Daud, sehingga berhenti mengangkat dari keturunannya orang-orang yang memerintah atas keturunan Abraham, Ishak dan Yakub. Sebab Aku akan memulihkan keadaan mereka dan menyayangi mereka." (RSV)

 

Oleh sebab menjangkakan keraguan yang berleluasa, Tuhan memberi satu cabaran dalam ayat 20 dan 21. Siang dan malam telah datang pada waktu yang ditetapkan dengan kepastian nyata sejak Bumi diperbaharui, jadi perjanjian Tuhan berkenaan ini tidak pernah dibatalkan – dan begitu juga dengan perjanjianNya untuk meletakkan keturunan Daud tanpa putus di atas takhta kaum Israel (lihat ayat 25-26). Para imam Lewi yang disebutkan kini ialah (sejak kemusnahan Bait Suci di Yerusalem) umat pilihan di kalangan Jemaat-jemaat Tuhan, yang telah melaksanakan kebaktian rohaniah berterusan sejak Roh Kudus dikaruniakan dalam era baru. Malah umat pilihan ialah imam-imam Melkisedek yang lebih unggul, yang mana keimamatan Lewi hanya subset sementaranya. Kita juga lihat bahawa keimamatan Lewi tidak pernah dipanggil raja (royal), tidak seperti imam Melkisedek (1 Petrus 2:9). Begitu juga Hukum Tuhan disebut sebagai hukum raja (hukum utama) (Yakobus 2:8).

 

Tanggungjawab raja

 

Aspek raja ini membawa bersamanya hak-hak istimewa serta kewajipan-kewajipan tertentu, sama seperti Kerabat Raja sekarang ini mempunyai tanggungjawab terhadap United Kingdom dan seluruh Komanwel, yang kini terdiri daripada kira-kira 54 negara dan pastilah sejumlah besar bangsa-bangsa Efraim yang diperkatakan dalam Kejadian 48:19.

 

Kalau adapun apa-apa ‘hak istimewa’ kerabat raja ia merupakan hak-hak yang berkaitan dengan dedikasi yang tidak mementingkan diri dan jasa kepada negara, jenis noblesse oblige, dan dalam hal ini Ratu sekarang khususnya telah mempertunjukkannya dengan tetap. Dia dilahirkan untuk satu tugas yang tidak pernah dikehendakinya dan yang sebaik-baikpun tidak dihargai, seperti yang dibayangkan dalam sebuah filem yang dikeluarkan baru-baru ini The Queen, yang dilakonkan Helen Mirren sebagai watak utamanya.

 

Ketua Rabai Jemaat-jemaat Ibrani Bersatu Komanwel, Profesor Jonathan Sacks, mempunyai pendapatnya tentang hal-hal ‘raja’ dari sudut pandangan alkitabiah.

 

Alkitab mencadangkan bahawa kedudukan raja bukanlah tentang hak istimewa dan kekayaan, kemegahan dan istana. Ia tentang keberanian moral. Musa, dalam penemuannya bahawa dia anak hamba-hamba, menemui kebesaran. Bukan kuasa yang penting, tetapi perjuangan untuk keadilan dan kemerdekaan. Kalaulah Musa terus menjadi seorang putera Mesir, dia tentunya nyata dilupai. Hanya dengan setia kepada bangsanya dan kepada Tuhan barulah dia menjadi seorang wira.

 

Freud [penulis Moses and Monotheism, dalam mana dia cuba membuktikan bahawa Musa sebenarnya seorang bangsa Mesir] …gagal melihat bahawa dia telah berdepan dengan salah satu daripada kebenaran moral paling kuat yang pernah diajar Alkitab. Sesiapa yang dunia hina, Tuhan kasihi. Seorang anak hamba boleh menjadi lebih hebat daripada seorang putera.

 

Standard-standard Tuhan bukan kuasa dan hak istimewa. Ia tentang mengenali gambar Tuhan dalam golongan lemah, tidak berupaya, sakit, menderita, dan berjuang untuk kepentingan mereka. … Kisah Musa merupakan salah satu cerita pengharapan yang besar dalam kesusasteraan manusia (The Times (London), 23 Jun 2001).

 

Keunggulan Yehuda

 

Seperti yang disebut lebih awal, orang Yahudi telah memberi sumbangan besar kepada UK dan kebanyakan negara lain juga. Mereka merupakan perintis dalam hampir setiap bidang, dari sains dan ilmu perubatan (sejak pertengahan 1800an, kira-kira 25% daripada ahli saintis dunia ialah orang Yahudi), hingga penciptaan dan perdagangan, dan sehingga undang-undang, seni dan muzik (sebagai komposer dan ahli persembahan). Mereka memiliki kebijaksanaan semulajadi dan kegiatan hebat yang, contohnya, telah membantu mereka membuat ‘padang gurun mekar bagaikan mawar’ secara literal dalam Negara Israel, jelas berbeza dengan banyak negara jirannya. Dari sudut pandangan objektif dan tanpa prasangka kita perhatikan bahawa orang Yahudi, yang keseluruhannya membentuk hanya kira-kira 0.23% daripada penduduk dunia, sudah pasti berkedudukan sebagai kumpulan orang yang paling produktif dan berbakat sekali, tanpa bandingan. Dengan itu mereka mengundang iri hati kalau bukan kebencian terus terang daripada bangsa-bangsa yang kurang bergiat dan kurang kreatif.

 

Bagaimanapun, Rabai Harold S. Kushner, dalam bukunya To Life! A Celebration of Jewish Being and Thinking (Warner Books, NY, 1993), berkata demikian tentang orang Yahudi yang, oleh sebab segala pencapaian mereka, mungkin menganggap diri mereka lebih unggul daripada orang lain:

 

Apakah ertinya untuk kami selaku orang Yahudi menganggap diri kami “umat pilihan”? Ini pastinya tidak bermakna bahawa kami menganggap diri kami lebih baik daripada orang lain, secara individu atau berkumpulan. Saya menjadi seorang rabai jemaat selama tiga puluh tahun, berurusan secara profesional dengan keluarga-keluarga Yahudi, dan jika ada satu perkara saja yang saya tahu tanpa apa-apa keraguan lagi, ini ialah bahawa orang Yahudi sama cacat, sama sederhana, sama-sama tidak sempurna seperti semua orang lain. Tiada tuntutan keunggulan biologi Yahudi … Kita tiada cara untuk memastikan berapa ramai Yahudi hari ini merupakan keturunan biologi tulen Abraham dan Sara, meskipun kita semua keturunan rohaniah mereka. …

 

Namun ia fakta sejarah bahawa orang Yahudi, dan tiada lagi, telah memberi Alkitab kepada dunia … Tuhan, atas sebab-sebabNya sendiri, memilih untuk menjadikan bangsa Yahudi sebagai instrumen pernyataan-diriNya kepada dunia (ms 32).

 

Hakikatnya ialah hanya kira-kira sepertiga daripada orang Yahudi saja sebenarnya yang berbangsa Semit apa lagi Yahudi. Asal orang Yahudi diperincikan dalam karya Asal Genetik Bangsa-bangsa (No. 265) edisi ke 2.

 

Judaisme kini satu agama dan bukan satu bangsa tunggal.

 

Kuncinya di situ ialah Tuhan memilih, sebab Dialah Pembuat Periuk Utama yang membentuk dan memilih bejana manusia untuk digunakan sesuai dengan kehendakNya (Yesaya 64:8), dan sesiapapun tidak berhak mempersoalkan atau iri hati terhadap mereka yang dipilihNya. Mereka patut dan akan dipuji.

 

Keunggulan dan semangat perintisan Yehuda dipertunjukkan pada zaman dahulunya oleh fakta bahawa mereka dikehendaki bergerak di barisan depan tentera Israel (Bilangan 2:2-3,9), dan merupaka suku pertama bergerak keluar dari perkhemahan mengikuti Tabut Perjanjian. Bendera atau panji-panji mereka ialah seekor anak singa (lihat Kejadian 49:9). Mesias disebut sebagai Singa dari Suku Yehuda, dan dia sendiri ditempatkan di barisan depan Israel rohaniah.

 

Ketika perang-perang penaklukan dan pemilikan di Tanah Perjanjian, Yehuda uniknya diberi pusakanya dalam wilayah yang ditakluki suku itu (Yosua 14:6-15; 15:13-17). Sebabnya terkandung dalam ayat-ayat 8,9 dan 14, dan pada dasarnya kerana Kaleb bin Yefune (dari suku Yehuda) telah “mengikut Tuhan Allah sepenuhnya”, seperti yang dicatatkan juga dalam Kitab Bilangan.

 

Bilangan 14:24 Tetapi hamba-Ku Kaleb, karena lain jiwa yang ada padanya dan ia mengikut Aku dengan sepenuhnya, akan Kubawa masuk ke negeri yang telah dimasukinya itu, dan keturunannya akan memilikinya. (RSV)

 

Walaupun Yosua orang Efraim juga setia dan nampaknya mempunyai roh yang betul, keturunannya tidak akan terus memiliki negeri itu, sebagaimana keturunan Kaleb, wakil suku Yehuda.

 

Dianggarkan bahawa Yehuda sebenarnya menduduki sepertiga daripada seluruh bahagian barat Yordan selepas saja semua suku menetap di tempat mereka masing-masing. Suku Simeon juga kemudiannya digabungkan atau dimasukkan ke dalam wilayah Yehuda (Yosua 19:9), walaupun ia mengekalkan identiti berasingan. Sama seperti istilah Yusuf lazimnya dipakaikan kepada suku-suku gabungan Efraim dan Manasye, nampaknya apabila Yehuda disebutkan dalam Ulangan 33 ini termasuk Simeon, sebab suku ini dimasukkan dengan Yehuda dalam pusaka mereka dan tersebar di antara Israel. (lihat Yosua 19:1; Hakim 1:3). Juga ada hubungan rapat menurut sejarah antara Simeon dan Lewi (Kejadian 49:5), jadi terdapat saling hubungan yang banyak antara suku-suku itu. Nama Yehuda bererti dipuji (SHD 3063), dan mungkin mencadangkan bahawa suku ini satu hari nanti akan dipuji oleh suku-suku saudaranya dan orang lain dunia kerana telah menjadi instrumen penting keselamatan Tuhan, berasingan daripada hal Yehuda menyediakan Mesias melalui Raja Daud.

 

Musuh-musuh Yehuda

 

Sama seperti Israel rohaniah, Jemaat Tuhan Pemelihara Hukum Unitarian sejati, telah menderitai penganiayaan hebat selama berabad-abad, begitu juga Yehuda, sebagai bahagian Israel jasmaniah yang paling senang dikenalpasti, telah menderita dengan ngerinya. Dalam beberapa peristiwa yang terkenal keji Yehuda telah menjadi sasaran cubaan penghapusan oleh musuh-musuhnya: sekali oleh Haman bangsa Amalek, yang rencananya telah dihalang oleh Ester dan Mordekhai (Ester 3-9), namun waktu itupun orang Yahudi terpaksa berjuang untuk nyawa mereka; dan keduanya, dalam abad ke 20, dengan pogrom (pembunuhan beramai-ramai terancang) Yahudi di Rusia perintahan Tsar dan Komunis, bersama-sama dengan penghapusan beramai-ramai di Jerman Hitler dan wilayah-wilayah jajahannya (dan lazim terlibat sama) di Eropah.

 

Lebih terkini lagi, kita lihat panggilan tegas oleh Presiden Ahmadinejad dari Iran untuk penghapusan Negara Israel (dan mungkin semua orang Yahudi bersamanya), seolah-olah ini dapat menyelesaikan segala masalah kronik dan sukar dikawal di Timur Tengah. Ini panggilan yang senang-senang mengabaikan fakta bahawa perang-perang paling ganas di rantau itu telah diperangi antara saudara-saudara Muslim, seperti Iraq dan Iran pada 1980an, dan lebih terkini lagi antara mazhab-mazhab Islam yang berbeza, iaitu Shia dan Sunni, dalam Iraq moden.

 

Asal usul orang-orang ini dan penentuan-penentuan tentang apa yang akan terjadi kepada mereka dibincangkan dalam karya-karya lain dalam siri yang mengisahkan negara-negara itu. Kebanyakan konfliknya berlaku antara keturunan-keturunan Sem dan antara Elam dan Ismael dan Ketura serta Yehuda. Iran dibincangkan dalam Keturunan Sem: Bahagian I (No. 212A) dan dalam karya-karya berkenaan kedatangan Mesias dan juga Perang Dunia III.

 

Perihal soal Timur Tengah, ada baiknya membaca apa yang ditulis Rabai Sacks dalam The Times (London) pada 7 September 2001 mengenai perselisihan kekal dan lazim ganas antara orang Yahudi dan keturunan Ismael, yang semuanya merupakan keturunan Patriak Abraham:

 

Kita berdua bangsa yang sama, kedua-duanya Semit. Ia hal politik semata-mata. Kita harus wujud bersama. Islam lebih rapat dengan Yahudi daripada Kekristianan. Jika Yahudi dan Kristian boleh hidup bersama, tiada sebabnya kenapa Yahudi dan Muslim tidak boleh. Israel tidak akan lenyap. Palestin tidak akan lenyap. Air mata yang dikongsi bersama memang lebih merapatkan orang-orang. Yahudi bukan optimis, namun kita tidak pernah berhenti berharap untuk Israel. 

 

Profesor Sacks berkata dalam satu artikel kemudian:

 

Bukan agama yang tiada toleransi. Sebaliknya, kita harus belajar bersusah-payah bahawa agama harus jangan sekali-kali mempergunakan kuasa.

 

Tentang hal ini, tiada lagi yang lebih dramatik kisahnya daripada apa yang ada dalam cerita Elia. Dia datang ke gunung selepas baru saja mendapat kemenangan meyakinkan dan berdarah atas nabi-nabi Baal. Tuhan bertanya, “Apakah kerjamu di sini, hai Elia?” Nabi ini menjawab, “Aku bekerja segiat-giatnya bagi TUHAN, Allah semesta alam.” Dia kemudiannya menyaksikan angin kuat, gempa bumi dan api. Tetapi “Tuhan tiada dalam” angin atau gempa atau api itu. Kemudian datanglah “bunyi angin sepoi-sepoi basa” (suara kecil lembut) iaitu suara Tuhan.

 

Orang zelot (fanatik) percaya bahawa Tuhan ialah kuasa. Itulah sebabnya kenapa orang-orang zelot harus belajar, sama ada melalui penglihatan atau tragedi sejarah, bahawa Tuhan berdiam dalam suara kecil lembut yang penuh pertimbangan, belas kasihan dan damai (The Times, 20 April 2002).

 

Kata-kata bijaksana, dan dengan itu hampir pasti tidak akan diperdulikan pada zaman ini sekurang-kurangnya (dan tanpa bantuan ilahi) sebab “mereka tidak mengenal jalan damai” (Yesaya 59:8), sebagaimana terbukti oleh seluruh sejarah manusia, bukan saja sejarah Timur Tengah yang terus bermasalah.

 

Bagaimanapun, apabila Kristus tiba di sini dia pasti sekali akan memegang kuasa dan melaksanakan satu agama dan agama ini tidak dipelihara di atas planet ini pada waktu ini melainkan sedikit orang saja yang dianiaya kerana iman itu.

 

Mungkin kenampakannya bagi ramai orang bahawa orang Yahudi terus memulaukan diri dan menyendiri, jika tidak angkuh, dan bahawa mereka mengundang penganiayaan ke atas diri mereka sendiri. Di bawah tajuk utama “The Burning Question” (Pertanyaan Hangat), penulis dan pembangkang Rusia, Alexander Solzhenitsyn berkata bahawa orang Yahudi unik dari segi mereka tidak pernah berasimilasi dengan negara lain dalam 2,000 tahun sejarah, dan menambah bahawa ini merupakan sifat mereka yang paling menonjol dan terpuji sekali (The Times, 20 Jun 2001). Tentunya Tuhan telah mengaturkan keterasingan orang Yahudi seperti itu atas beberapa sebab; bagaimanapun, ini juga telah membuatkan mereka diberi perhatian khusus berbanding kebanyakan populasi lain, sebagaimana pada peristiwa-peristiwa yang disebut itu.

 

Bagaimanapun, mereka telah menyerap sebilangan orang dan struktur DNA pelbagai mereka membuktikan fakta itu.

 

Hakikatnya ialah hanya sedikit orang saja merupakan Yahudi sebenar daripada mereka yang menganut Judaisme dan apabila mereka berhenti mengamalkan agama itu mereka hanyalah bangsa lain dalam Yehuda yang menuntut perlindungan di bawah Hukum-hukum Tuhan.

 

Bencana Holocaust

 

Ramai Yahudi sekular hari ini menganggap diri mereka sama ada ateis atau agnostik. Mereka yang berada di dalam Negara Israel berpendapat bahawa negara mereka telah selamat selama hampir 60 tahun dalam sekitaran yang amat bermusuhan kerana usaha mereka sendiri dan kuasa tentera yang khususnya efektif; dengan kata lain, oleh kebanggaan yang bukan tidak adil dalam kekuatan mereka sendiri, tetapi tanpa mengakui perlindungan dan bantuan Tuhan yang tidak diragui ketika banyak peperangan mereka untuk keterusan hidup.

 

Ini kedudukan yang cukup bahaya diambil, sebagaimana yang akan diketahui bangsa Asyur kemudian (Yesaya 10:12 dan seterusnya). Mereka dihukum oleh Tuhan kerana meninggikan diri mereka dan kebolehan mereka sendiri tanpa rujukan kepada Pencipta mereka dan hakikat bahawa mereka hanyalah alat dalam tanganNya. Pada bila-bila masa, Tuhan boleh memilih untuk menarik balik perlindunganNya daripada individu atau negara, termasuk Negara Israel, kerana sikap angkuh mereka.

 

Penolakan Yahudi sekular terhadap Tuhan bapa-bapa mereka mungkin boleh difahami bila mempertimbangkan bilangan kematian dalam khemah-khemah tahanan sejurus sebelum dan sewaktu Perang Dunia Kedua di Eropah. Ramai Yahudi setia yang taat-Taurat dalam khemah-khemah itu berdoa kepada Tuhan untuk diselamatkan malah berbaris masuk ke dalam tempat pembakaran sambil memuji Dia; ramai bertanya di manakah Tuhan pada waktu begitu dan bagaimana Dia boleh mengizinkan mereka menderita ngeri seperti itu sekiranya mereka umat pilihanNya. Hasil daripada apa yang mereka saksikan, ramai yang selamat daripada khemah-khemah maut ini sama sekali meninggalkan iman mereka sekaligus.

 

Yehuda dan saudara-saudaranya menjual saudara tiri mereka Yusuf menjadi hamba abdi sekitar 1727 BCE. Kira-kira 3664 tahun kemudian, Yehuda sendiri ditawan dalam Reich Ketiga dan saudaranya Yusuf (pada dasarnya Amerika moden dan Komanwel British) membantu menyelamatkan sisa mereka daripada khemah-khemah maut itu. Untuk keterangan lanjut, lihat laman web Holocaust Revealed di:

http://www.ccg.org/_domain/holocaustrevealed.org

 

Orang Yahudi telah diutus bagaikan anak domba untuk disembelihkan, untuk di‘holocaust’ berjuta orang dalam tempat pembakaran seperti banyak binatang korban bakaran (lihat Imamat 1:13) yang, walaupun satu analogi malang, tetap sesuai. Orang dewasa dan anak-anak Yahudi betul-betul dipersembahkan sebagai korban dalam api, sebagaimana nenek moyang mereka dengan bodohnya telah lakukan dengan anak-anak mereka sendiri ketika pemujaan tuhan-tuhan pagan berabad-abad sebelumnya (2 Tawarikh 28:3). Untuk tidak membandingkan kejadian-kejadian lebih terkini ini dengan korban-korban bakaran yang dipersembahkan, istilah Holocaust tidak digunakan dalam sesetengah teks Ibrani moden; sebaliknya, ia lazim disebut sebagai Shoah atau Malapetaka.

 

Rabai Kushner berkata begini tentang subjek ini:

 

Memang hampir mustahil untuk orang bukan Yahudi mengerti maksud luka daripada Holocaust, dan penganiayaan berabad-abad sampai waktu itu, yang ditinggalkan dalam jiwa orang Yahudi. Saya tidak tahu siapa lagi yang bangun  setiap hari tertanya-tanya apakah dunia akan membenarkan mereka hidup. … Namun selepas pengalaman Nazi, orang Yahudi tahu bahawa tidak kira betapa jayanya kami secara ekonomi atau betapa baik integrasi sosial kami, kami tidak akan sekali-kali berasa selamat sepenuhnya. …

 

Ini, saya syak, adalah kenapa begitu ramai kami bereaksi membela diri apabila Israel dikritik: sebab kita sentiasa takut bahawa kritikan akan menyebabkan penarikan balik izin hak Israel untuk wujud sama sekali … Ini bukan hipersensitiviti kami untuk menyedari bahawa tiada lagi negara lain yang harus terus membenarkan haknya untuk wujud. (Adakah sesiapa yang mengerahkan pembongkaran Pakistan dan pemberian balik tanah itu kepada ratusan juta orang Hindu yang terbuang apabila sebuah negara Muslim dicipta di situ pada 1947?) (op. cit., ms 247-9).

 

Lebih awal dalam bukunya Rabai Kushner menangani pertanyaan yang sudah lama wujud, Kenapakah Tuhan mengizinkan kejahatan?

 

Kadang kala perkara buruk terjadi kepada orang baik kerana hukum-hukum Alam tidak dapat membezakan orang baik dan orang jahat, dan kadang kala ia terjadi kerana Tuhan tidak akan campur tangan untuk merampas kebebasan manusia milik kita, tidak kira betapa membinasa sekali kita ingin menggunakannya.

 

Malah sesuatu yang sedahsyat Holocaust dilihat sebagai perbuatan Manusia, bukan perbuatan Tuhan. “Kenapa Tuhan mengizinkannya terjadi?” Sebab Tuhan telah menentukan dari mula bahawa Dia tidak akan mengkompromi kebebasan kita sebagai manusia untuk memilih antara kebaikan dan kejahatan, tidak kira betapa teruk sekali kita menyalahgunakannya. Jika kita tidak belajar daripada sejarah, daripada pengalaman, daripada suara hati nurani, kita akan terus menyakitkan dan membunuh sesama sendiri. ‘Tidak bolehkah Tuhan membuat pengecualian kepada peraturan itu dalam satu kes ini saja, untuk menyelamatkan berjuta-juta nyawa?’ …adakah ini bermakna Dia juga patut campur tangan untuk menghalang Stalin dan Pol Pot daripada membunuh berjuta-juta orang di Rusia dan Cambodia? …atas alasan apakah akan Tuhan hentikan sementara peraturan itu dalam satu kes dan bukan kes lain? Bagi saya, Holocaust bukan isu teologi: “Kenapa Tuhan tidak menghentikannya?” Bagi saya, ia isu psikologi: “Bagaimanakah manusia dapat menyalahgunakan kebebasan mereka dengan begitu nyata sekali untuk memilih bagaimana untuk melayani sesama sendiri?” Ini tidak mencabar iman saya dalam Tuhan. Kalau adapun, ini menjadikannya lebih sukar untuk saya percaya pada manusia tanpa Tuhan (ibid., ms 162-3; penekanan ditambah).

 

Justeru itu, walaupun adanya ingatan ngeri dan dukacita yang amat sangat yang ditimbulkan oleh Holocaust (atau Malapetaka) itu, ada yang mempertunjukkan martabat tertentu dalam kemampuan mereka untuk lebih memahami, jika tidak mengampuni, tentang peristiwa paling tidak menyenangkan dalam sejarah Yahudi.

 

Rasa tidak senang Tuhan dengan Yehuda

 

Walaupun R. Kushner dan orang lain mungkin tidak mempersalahkan Tuhan, penganiayaan terus-menerus orang Yahudi dan Holocaust itu sendiri mungkin benar-benar hukuman langsung dari Tuhan (sebab, sekurang-kurangnya, Dia memangpun mengizinkannya terjadi). Bagaimanapun, ini janganlah dianggap sebagai kebencianNya terhadap atau peninggalan orang Yahudi. Malah sebaliknya, seperti yang Tuhan katakan melalui para nabiNya dan dalam Tulisan-tulisannya Dia menghukum mereka yang dikasihiNya, seperti mana-mana ibu bapa yang pengasih menghukum anaknya untuk kebaikan anaknya itu akhirnya, tidak kira betapa keras hukuman itu mungkin kenampakan pada waktu itu.

 

Seperti kata-kata yang Yesus Kristus berikan kepada malaikat yang ditugaskan kepada Jemaat di Efesus di Asia Kecil, “Namun demikian Aku mencela engkau, karena engkau telah meninggalkan kasihmu yang semula.” (Wahyu 2:4). Dia sama-sama mungkin berbicara kepada Yehuda atau orang Yahudi hari ini, kerana mereka juga telah meninggalkan kasih semula mereka – Eloah, Allah Maha Esa – dan telah menderita kerananya.

 

Tuhan jelas menyatakan bahawa Dia bukan saja mengingini ‘tangan’ kita, iaitu hanya menurut kata-kata tepat Hukum sebagaimana ramai penganut Judaisme lakukan. Lebih penting lagi, Dia menuntut “hati dan fikiran’ kita seperti yang ditunjukkan oleh ketaatan kepada roh Hukum. Di kalangan mereka yang dipanggil Tuhan, Roh Kudus sekarang ini menjalankan ‘satu kempen untuk memenangi hati dan fikiran’, dengan erti yang jauh lebih besar daripada istilah tentera itu yang sudah usang. Bagaimanapun, ia tidak akan melakukannya dengan desakan kuat. Kita sebaliknya diberitahu bahawa ia akan berupa suara kecil lembut di belakang kita yang berkata, “Inilah jalan, berjalanlah mengikutinya” (Yesaya 30:21).

 

Bagi seluruh Yehuda, Yom Kippur, hari paling suci dalam tahun, sepatutnya satu waktu untuk renungan daan penilaian semula bersama-sama dengan pertaubatan saleh. Bagaimanapun, puasa ini sebenarnya tidak dijalankan pada hari yang betul menurut kalendar Bait asal. (Lihat karya-karya Kalendar Tuhan (No. 156) dan Bulan-bulan Baru (No. 125).) Hari-hari yang betul untuk ibadat memang amat penting bagi Tuhan dan MesiasNya, dan memang ada akibatnya yang nyata kerana merencanakan agenda tersendiri, sebagaimana Raja Yerobeam Israel dapati apabila dia menentukan suatu perayaan sebulan lebih lewat daripada Hari Raya Pondok Daun yang ditahbis Tuhan; seluruh kerabat atau warisannya dilenyapkan kemudian (lihat 1 Raja-raja 12:32-33 dan 13:33-34).

 

Mungkin akibat segala penangguhan Hari-hari Raya dan Sabat yang ditahbisNya serta ketidakpatuhan terhadap Bulan-bulan Baru selama berabad-abad sudah, Tuhan telah menangguhkan pelepasan dan keselamatan Yehuda … sampai Zaman Akhir ini, apabila Dia sekali lagi akan berbelas kasihan pada mereka.

 

Bila Tuhan menyuruh kita memelihara kesucian Sabat, dan ini termasuk tidak berbicara gosip sembarangan, Dia sungguh-sungguh maksudkan itu. Ini bukan hanya memelihara Sabat sebagai satu tanggungjawab atau ritual mingguan; sebaliknya, roh dengan apa ia dipeliharalah yang paling menyenangkan Tuhan, sebagaimana yang dikatakanNya dengan cukup jelas.

 

Yesaya 58:13-14 Apabila engkau tidak menginjak-injak hukum Sabat dan tidak melakukan urusanmu pada hari kudus-Ku; apabila engkau menyebutkan hari Sabat "hari kenikmatan", dan hari kudus TUHAN "hari yang mulia"; apabila engkau menghormatinya dengan tidak menjalankan segala acaramu dan dengan tidak mengurus urusanmu atau berkata omong kosong, 14 maka engkau akan bersenang-senang karena TUHAN, dan Aku akan membuat engkau melintasi puncak bukit-bukit di bumi dengan kendaraan kemenangan; Aku akan memberi makan engkau dari milik pusaka Yakub, bapa leluhurmu, sebab mulut Tuhanlah yang mengatakannya. (RSV)

 

Dia juga tidak mahu orang bertukar nasihat kewangan dan idea perniagaan pada hari Sabat seperti watak moden penukar-penukar wang di Bait Suci itu. Tugas ini boleh dilakukan pada mana-mana hari lain dalam minggu. Yesus, atau Yehoshua ben Yoseph, taat kepada perintah ini apabila dia menghalau secara paksa para penukar wang dan pelanggar Sabat yang lain dari kawasan Bait (Yohanes 2:13-17). Perkara sama boleh diterapkan dalam banyak Sinagog hari ini di mana banyak hal urusan duniawi dilakukan pada hari Sabat.

 

Qur’an juga melarang perdagangan pada hari Sabat namun pada hari Jumaat dan Sabat di Bukit Bait sampai hari ni para penukar wang mengenakan bayaran kepada orang ramai untuk masuk ke dalam masjid Al Aksah dan ini melanggar Koran dan Kitab Suci secara langsung.

 

Kebolehan membuat wang yang tidak diragui milik orang Yahudi hari ini sudah ternyata lebih awal dalam sejarah mereka, apabila Bapa Kaum Yehuda mengusulkan kepada saudara-saudaranya agar mereka menjual Yusuf menjadi tawanan daripada membunuhnya (Kejadian 37:26-28). Ini mungkin untuk menyelamatkan nyawa Yusuf, namun, keuntungan kewangan nampaknya memainkan peranan besar dalam motivasi dan pemikiranYehuda … dan mungkin masih lagi begitu, walaupun mereka memang tidak sendirian dalam hal ini dalam dunia hari ini, dalam mana materialisme dan cinta wang berkuasa tanpa tolok banding lagi. Melalui para nabiNya, Tuhan menjanjikan bahawa berhala-berhala perak dan emas milik kita – segala kekayaan dan harta milik yang telah menjadi tuhan-tuhan kecil kita – akan dilemparkan kepada kelawar dan tikus pada akhir zaman ini, apabila benda-benda ini akhirnya diakui mempunyai nilai sebenar yang amat kecil (Yesaya 2:20).

 

Yesus, atau Yehoshua, berkata banyak tentang hal wang dan kekayaan.

 

Matius 6:24 Tak seorangpun dapat mengabdi kepada dua tuan. Karena jika demikian, ia akan membenci yang seorang dan mengasihi yang lain, atau ia akan setia kepada yang seorang dan tidak mengindahkan yang lain. Kamu tidak dapat mengabdi kepada Allah dan kepada Mamon." (RSV)

 

Markus 10:17-25 Pada waktu Yesus berangkat untuk meneruskan perjalanan-Nya, datanglah seorang berlari-lari mendapatkan Dia dan sambil bertelut di hadapan-Nya ia bertanya: "Guru yang baik, apa yang harus kuperbuat untuk memperoleh hidup yang kekal?" 18 Jawab Yesus: "Mengapa kaukatakan Aku baik? Tak seorangpun yang baik selain dari pada Allah saja. 19 Engkau tentu mengetahui segala perintah Allah: Jangan membunuh, jangan berzinah, jangan mencuri, jangan mengucapkan saksi dusta, jangan mengurangi hak orang, hormatilah ayahmu dan ibumu!" 20 Lalu kata orang itu kepada-Nya: "Guru, semuanya itu telah kuturuti sejak masa mudaku." 21 Tetapi Yesus memandang dia dan menaruh kasih kepadanya, lalu berkata kepadanya: "Hanya satu lagi kekuranganmu: pergilah, juallah apa yang kaumiliki dan berikanlah itu kepada orang-orang miskin, maka engkau akan beroleh harta di sorga, kemudian datanglah ke mari dan ikutlah Aku." 22 Mendengar perkataan itu ia menjadi kecewa, lalu pergi dengan sedih, sebab banyak hartanya. 23 Lalu Yesus memandang murid-murid-Nya di sekeliling-Nya dan berkata kepada mereka: "Alangkah sukarnya orang yang beruang masuk ke dalam Kerajaan Allah." 24 Murid-murid-Nya tercengang mendengar perkataan-Nya itu. Tetapi Yesus menyambung lagi: "Anak-anak-Ku, alangkah sukarnya masuk ke dalam Kerajaan Allah. 25 Lebih mudah seekor unta melewati lobang jarum dari pada seorang kaya masuk ke dalam Kerajaan Allah." (RSV)

 

Rabai Saul/Paul dari Tarsus, yang nampaknya belajar di bawah Penatua Gamaliel, juga pasti bahawa cinta wang merupakan sebab utama orang memisahkan diri mereka daripada Tuhan dan meninggalkan Iman mereka.

 

1 Timotius 6:6-11 Memang ibadah itu kalau disertai rasa cukup, memberi keuntungan besar. 7 Sebab kita tidak membawa sesuatu apa ke dalam dunia dan kitapun tidak dapat membawa apa-apa ke luar. 8 Asal ada makanan dan pakaian, cukuplah. 9 Tetapi mereka yang ingin kaya terjatuh ke dalam pencobaan, ke dalam jerat dan ke dalam berbagai-bagai nafsu yang hampa dan yang mencelakakan, yang menenggelamkan manusia ke dalam keruntuhan dan kebinasaan. 10 Karena akar segala kejahatan ialah cinta uang. Sebab oleh memburu uanglah beberapa orang telah menyimpang dari iman dan menyiksa dirinya dengan berbagai-bagai duka. 11 Tetapi engkau hai manusia Allah, jauhilah semuanya itu, kejarlah keadilan, ibadah, kesetiaan, kasih, kesabaran dan kelembutan. (RSV)

 

Begitu juga, karya pseudo-epigrafi yang dipanggil The Testaments of the Twelve Patriarchs (Surat-surat Wasiat Dua belas Bapa Kaum) (R.H. Charles, SPCK, London, 1917; diterjemah daripada bahasa Armenia), yang diandaikan ditulis pada abad kedua BCE dan dengan itu sezaman dengan Skrol-skrol Laut Mati, mengandungi beberapa amaran dan pemerhatian tajam. The Testaments adalah berdasarkan komen-komen akhir hayat yang diandaikan  daripada anak-anak Yakub kepada anak-anak mereka. Relevan di sini ialah komen yang dibuat oleh Patriak Yehuda, anak keempat Yakub dan isteri pertamanya Lea. (Interpolasi yang diketahui telah dibuka daripada teks ini.)

 

XVII. Sekarang aku memerintahmu, anak-anakku, supaya jangan mencintai wang, atau memandang kecantikan perempuan; sebab demi wang dan kecantikan aku telah disesatkan kepada Batsua orang Kanaan.

XVIII. 2. Oleh itu, berjaga-jagalah, hai anak-anakku, terhadap zina, dan cinta wang, dan dengarlah Yehuda bapamu.

3. Sebab hal-hal ini menjauhkan engkau daripada hukum Tuhan,

Dan membutakan kesudian jiwa,

Dan mengajar keangkuhan,

Dan membuatkan seseorang tidak berbelas kasihan untuk tetangganya.

4. Hal-hal ini merampas segala kebaikan daripada jiwanya,

Dan menindasnya dengan kerja keras dan kesukaran,

Dan melahap dagingnya.

5. Dia menghalangi korban-korban Tuhan;

Dia tidak mendengarkan seorang nabi apabila dia berbicara,

Dan membenci kata-kata kesalehan.

XIX. Hai anak-anakku, cinta wang membawa kepada keberhalaan; sebab, bila disesatkan melalui wang, manusia memanggil tuhan benda-benda yang bukan tuhan, dan ini menyebabkan sesiapa yang memilikinya menjadi gila. 2. Sebab demi wang aku kehilangan anak-anakku, dan kalau bukan kerana pertaubatanku, serta doa bapaku diterima, aku sudah pasti mati tak beranak. 3. Namun Tuhan bapa-bapaku mengasihani aku, sebab aku melakukannya dalam keadaan tidak tahu. 4. Raja penipuan membutakan aku, dan aku berdosa sebagai manusia dan sebagai daging, dirosakkan melalui dosa-dosa.

XXVI. Oleh itu, taatilah, hai anak-anakku, seluruh hukum Tuhan, sebab ada pengharapan bagi semua yang taat setia pada semua jalanNya.

 

Terdapat tema jelas di sini, dan penulis Kitab Pengkhotbah berkata berikut tentang subjek sama:

 

Pengkhotbah 5:10 Siapa mencintai uang tidak akan puas dengan uang, dan siapa mencintai kekayaan tidak akan puas dengan penghasilannya. Inipun sia-sia. (RSV)

 

Bagaimanapun, Rabai Kushner kemudian menghubungkan isu ini kepada masalah kekal anti-Semitisme terpendam yang lazim timbul daripada rasa iri hati.

 

Jika sesetengah orang Yahudi bising dan agresif atau bersalah melakukan amalan-amalan perniagaan tidak beretika (seperti ramai orang lain), seseorang berhak membenci mereka sebagai individu tetapi tidak berhak meluaskan rasa benci itu kepada anggota-anggota tidak bersalah kumpulan lebih besar. Anti-Semitisme, seperti semua prasangka agama dan bangsa, ialah tanda bahawa ada masalah dengan si pembenci, bukan mangsanya) op.cit., ms 262).

 

Pembelaan Yahudi

 

Patriak Yehuda menunjukkan belas kasihan besar dan kecekapan lisan hebat sebagai pembela saudara tirinya Benyamin (Kejadian 44:16-34), sehinggakan dia meluluhkan hati Yusuf di Mesir. Yehuda dengan mulianya mengambil peranan pelindung, dan tindakan perantaraannya yang umpama Kristus bagi pihak saudaranya mungkin telah menghubungkan mereka berdua dengan rapat sekali sehingga, pada perpecahan Kerajaan susulan kemangkatan Salomo, Benyamin bersekutu dengan Yehuda (bersama-sama separuh daripada suku Lewi) dan bukan dengan suku Yusuf saudara kandungnya. Ini jelas perbuatan Tuhan sebagai sebahagian daripada rencanaNya yang kian ternyata.

 

Susunan rancangan ini telah disahkan dan diabadikan awal-awal lagi oleh Daud (dari Yehuda) dan anak Raja Saul iaitu Yonatan (dari Benyamin), sebagaimana tercatat dalam 1 Samuel 20:42. Nama Benyamin bererti anak tangan kanan, jadi nampaknya dia dan keturunannya akan sentiasa ditakdirkan untuk menjadi orang kanan Yehuda. Ironinya mereka kebanyakannya orang kidal dan hampir dihapuskan kerana keberlainan mereka. Kanan juga bermakna Selatan, sebab ‘hadapan’ sentiasa menghadap Timur dalam Ibrani. Apa yang menarik ialah kota raja Yerusalem nampaknya terletak dalam lingkungan sempadan dalam sejarah suku Benyamin dan bukan Yehuda, seperti yang mungkin disangka. Selain itu, Yusuf mungkin unggul di Mesir, tetapi nampaknya Yehuda yang berkuasa di Yerusalem (secara metafora disebut sebagai Mesir).

 

Keadilan harus dilaksanakan dan dijalankan dengan betul dan pemutarbelitan keadilan oleh Yehuda dan suku lain akan dihukum, sama seperti Talmud memutarbelitkan Hukum-hukum Tuhan dan akan dimusnahkan.

 

Tujuan asas pembelaan sepatutnya untuk membela mereka yang tidak bersalah dan serba kekurangan (Mazmur 82:2-4) atau untuk cuba mengurangkan hukuman seorang yang bersalah; ia tentunya bukan untuk melepaskan orang bersalah atas alasan-alasan teknikal undang-undang. Ia bukan kewajipan mana-mana peguam untuk mencari dan mempergunakan jalan keluar dari segi undang-undang atau membela mereka yang tidak boleh dibela, hingga merugikan sistem keadilan suatu negara dan masyarakat secara umumnya. Kelakuan tidak beretika seperti itu, dengan sengaja melanggar roh hukum, akan dihukum Tuhan dalam Zaman Akhir. Dia berkata Dia membenci ketidakadilan dan pemutarbelitan sistem keadilan (lihat Ayub 8:3; 36:17). Agar ia paling berkesan, keadilan juga harus cepat dan orang yang benar-benar bersalah dihukum sebagai amaran kepada orang lain. Taurat cukup spesifik tentang perlunya keadilan sejati untuk semua orang.

 

Keluaran 23:6-8 Janganlah engkau memperkosa hak orang miskin di antaramu dalam perkaranya. 7 Haruslah kaujauhkan dirimu dari perkara dusta. Orang yang tidak bersalah dan orang yang benar tidak boleh kaubunuh, sebab Aku tidak akan membenarkan orang yang bersalah. 8 Suap janganlah kauterima, sebab suap membuat buta mata orang-orang yang melihat dan memutarbalikkan perkara orang-orang yang benar. (RSV)

 

Nabi Yesaya tahu tentang keadaan pada zamannya dan meramalkan perkara sama berlaku dalam Zaman Akhir ini, sesuai dengan penerapan ganda dua kebanyakan ayat Kitab Suci.

 

Yesaya 59:4 Tidak ada yang mengajukan pengaduan dengan alasan benar, dan tidak ada yang menghakimi dengan alasan teguh; orang mengandalkan kesia-siaan dan mengucapkan dusta, orang mengandung bencana dan melahirkan kelaliman. (RSV)

 

Nampaknya kebenaran, keadilan dan layanan wajar amat penting bagi Tuhan sebab syarat-syarat begitu bagi golongan pemimpin dan umat cukup lazim disebut dalam Kitab Suci (contohnya Yeremia 23:5; Yehezkiel 45:9).

 

Amsal 21:3 Melakukan kebenaran dan keadilan lebih dikenan TUHAN dari pada korban.

 

Sebab tanpa keadilan (tsedek, SHD 6664) maka tiada kebenaran (tsedek), dan begitu juga sebaliknya. Dan sebagaimana penulis Pengkhotbah ingatkan dan nabi Yesaya larangkan:

 

Pengkhotbah 5:8 Kalau engkau melihat dalam suatu daerah orang miskin ditindas dan hukum serta keadilan diperkosa, janganlah heran akan perkara itu, karena pejabat tinggi yang satu mengawasi yang lain, begitu pula pejabat-pejabat yang lebih tinggi mengawasi mereka. (RSV)

 

Yesaya 56:1-2 Beginilah firman TUHAN: Taatilah hukum dan tegakkanlah keadilan, sebab sebentar lagi akan datang keselamatan yang dari pada-Ku, dan keadilan-Ku akan dinyatakan. 2 Berbahagialah orang yang melakukannya, dan anak manusia yang berpegang kepadanya: yang memelihara hari Sabat dan tidak menajiskannya, dan yang menahan diri dari setiap perbuatan jahat. (RSV)

 

Sekali lagi, keadilan dan kebenaran di sini bersinonim dan saling bertukar.

 

Penurutan Taurat

 

Nampaknya Yehuda atau Lewi telah ditugaskan sebagai ahli tulis atau ahli taurat Tuhan (chaqaq, SHD 2710). Sesetengah orang Keni juga mempunyai tugas ini. Ahli-ahli taurat ini dipanggil sebagai Sopherim (daripada saphar, SHD 5608) sejak zaman Ezra, dan diberi tugas memelihara Kitab Suci dengan setia sepanjang abad-abad (Mazmur 60:7 dan 108:8). Ada dicatatkan bahawa orang Yahudi dan Lewi ditugaskan sebagai penjaga Firman Tuhan dari mula (Roma 3:1-2), namun begitu, itu hanyalah sehingga kematian Mesias dan pembentukan Jemaat-jemaat Tuhan daripada para Rasul seterusnya (lihat karya Firman Tuhan (No. 184).

 

Mungkin kebolehan-kebolehan semulajadi orang Yahudi dan Lewi, dengan dedikasi dan ketelitian mereka, yang khususnya membuatkan mereka sesuai untuk tugas menulis ayat-ayat suci. Mengikut tradisi, suatu ritual terperinci dan penuh hormat untuk menyalin Kitab Suci diperlukan, dalam mana setiap huruf sendiri dianggap suci, jadi tiada huruf bersebelahan diizin menyentuhnya; setiap perkataan harus dibaca kuat dari versi asal teks itu; dan setiap huruf dan perkataan dihitung untuk memastikan tiada yang ditambah atau ditinggalkan, sesuai dengan perintah dalam Taurat (Ulangan 4:2).

 

Umat Kristian tentu sekali berhutang besar terima kasih kepada ahli-ahli Taurat kerana setia menyalin dan memelihara Kitab Suci Ibrani (Tanakh) selama beratus-ratus tahun, supaya, pada waktu yang tepat, ia dapat diterjemahkan kepada semua bahasa dunia, seperti yang masih dilakukan hari ini. Bagaimanapun, mereka tetap memperlakukan Kitab Suci sesuka hati mereka namun memelihara teks-teks itu sebagai rekod kekal dan yang kita kenali hari ini (lihat sebagai contohnya nota-nota The Companion Bible kepada teks-teks itu).

 

Tambahan lagi, Israel selebihnya nampaknya lebih cenderung mengurangkan ketegasan Hukum-hukum tuhan, hingga akhirnya memutuskan bahawa Hukum-hukum ini telah dibatalkan sama sekali dan bahawa kita berada di bawah “rahmat” semata-mata dalam dispensasi Kristian baru. Nampaknya pseudo-Kekristianan begitu terburu-buru untuk memisahkan dirinya daripada segala perkara Yahudi dan orang Yahudi (sehingga baru-baru inipun dikenali sebagai “pembunuh Kristus”), mereka sudah lupa bahawa kebanyakan Kristian generasi pertama merupakan orang Yahudi atau Ibrani daripada semua dua belas suku Israel, terletak dalam Yudea dan dalam Diaspora, dan yang tidak serta-merta meninggalkan kepatuhan mereka kepada Taurat apabila mereka menjadi Kristian terbaptis. Mereka terus beribadah di dalam Sinagog-sinagog tempatan mereka, walaupun ramai dibuang kemudian sebagaimana Yesus/Yehoshua katakan akan terjadi (Yohanes 16:2; lihat juga Yohanes 9:22), mungkin kerana mereka menyebut “bidaah” bahawa Mesias pembebasan mereka yang sudah lama ditunggu-tunggu sudahpun muncul, namun dibunuh dengan aib. Ini bukanlah jenis informasi yang kebanyakan orang ingin tahu (lihat Kisah bab 7).

 

Dalam Kisah 24, Paulus menyatakan dengan tegas di hadapan wali (gabenor) Rom iaitu Felix dan ramai Yahudi terkenal bahawa dia masih mentaati Hukum.

 

Kisah 24:14 Tetapi aku mengakui kepadamu, bahwa aku berbakti kepada Allah nenek moyang kami dengan menganut Jalan Tuhan, yaitu Jalan yang mereka sebut sekte. Aku percaya kepada segala sesuatu yang ada tertulis dalam hukum Taurat dan dalam kitab nabi-nabi. (RSV)

 

Ini bukan hanya Paulus mempercayai segala sesuatu dalam Hukum tetapi kemudian tidak bertindak menurut kepercayaan itu. Malahan ia sebaliknya, dan pernyataannya di sini menyangkal pendapat antinomian bahawa Paulus memburukkan Hukum dalam pelbagai suratnya yang lain.

 

Bertentangan dengan kesanggupan golongan pseudo-Kristian dalam hanya beberapa abad untuk membatalkan Hukum, Yehuda lazim pergi ke ekstrim yang satu lagi. Mereka cenderung memperkenalkan makin banyak peraturan dan larangan, sekalipun mungkin dengan tujuan mulia, sambil mendakwa semua ini sebahagian daripada Hukum Lisan yang diberikan kepada Musa. Elemen-elemen tertentu Judaisme juga merasakan perlu untuk meletakkan pagar di sekeliling Hukum-hukum Tuhan seperti yang ditunjukkan, contohnya, oleh 39 larangan Sabat mereka, yang mana sedikit saja daripadanya menyerupai perintah-perintah asal berhubungan Sabat dalam Taurat seperti yang diberi secara langsung oleh Malaikat Perjanjian (yang menjadi Mesias).

 

Geza Vermes, dalam bukunya The Religion of Jesus the Jew (SCN Press, London, 1993), berkata begini tentang larangan-larangan itu.

 

“Kita harus menunggu sehingga Buku Yobel (50.6-9) pada pertengahan abad kedua BC, dan undang-undang Dokumen Damsyik (10.14-12.6) separuh abad kemudian, sebelum menemui percubaan pertama pensisteman, dan sehingga bahagian relevan Mishnah (Shab. 7.2) sebelum mendapat satu senarai terperinci untuk tiga puluh sembilan kelas perbuatan yang dilarang.” (nota kaki ms 12).

 

Mishnah disusun kira-kira 200 CE, lama selepas kejatuhan Bait. Justeru selepas sekian lama Taurat bertulis dihasilkan barulah apa yang dipanggil Hukum Lisan ini dikodkan. Tindakan menjadikan hukum-hukum lebih mengikat dan membebankan tanpa diperlukan inilah yang dikutuk Yehoshua (lihat Matius 23:1 dan seterusnya). Dia nyata mengenali perbezaan antara Hukum-hukum yang diberikannya kepada Musa dan apa yang ditambah kemudian oleh mereka yang terlalu bersemangat, dan sering bergaya saleh serta bersifat hipokrit.

 

R. Kushner memberikan perspektif Yahudi tentang Hukum Tuhan atau Taurat dan kenapa ia masih mengikat bagi semua yang menegaskan mereka mengasihi Tuhan dan bertindak sebagai sebagai hamba-hambaNya hari ini.

 

“Kita pelajari dua pengajaran daripada kisah-kisah yang kami ceritakan tentang diri kami: bahawa Tuhan mengasihi kami dan bahawa Tuhan memerlukan kami.

 

Tuhan menunjukkan kasihNya untuk kita dengan menjangkau ke bawah untuk merapatkan jurang yang begitu besar antara Dia dan kita. Dia menunjukkan kasihNya untuk kita dengan mengundang kita untuk masuk ke dalam Perjanjian denganNya, dan dengan mengongsikan TauratNya yang indah dengan kita. Idea bahawa memberi kita hukum ialah satu tanda kasih Tuhan merupakan salah satu perbezaan teologi dasar antara Judaisme dan Kekristianan [aliran umum]. …Hukum perintah dianggap [oleh Kekristianan] sebagai instrumen Tuhan yang kasar, suka membatasi dan menghukum, dan perlu diganti dengan peraturan kasih dan pengampunan. Judaisme – walaupun mengagumi kasih dan pengampunan … - melihat peranan Hukum berbeza sepenuhnya. Menurut pandangan kami, ibu atau bapa tidak menunjukkan kasihnya dengan memberitahu seorang anak, “Buatlah apa saja yang engkau ingin, dan aku akan tetap mengasihimu.” Itu bukan kasih tetapi suatu pelepasan tanggungjawab. … Orang Yahudi sudah faham dari mula bahawa agama kami ialah agama kasih kerana ia tidak membiarkan kami menemukan jalan kami dalam hidup tanpa bantuan. Ia memberi nasihat, wawasan, dan pedoman.” (op. cit., ms 47-8)

 

Dia teruskan dengan memberikan beberapa buah fikiran yang patut diperhatikan oleh Kristian antinomian khususnya.

 

Kita cenderung menganggap hukum perintah sebagai membataskan kebebasan kita. … Namun Judaisme menegaskan bahawa hidup menurut hukum-hukum Tuhan bukan saja hal ketaatan, tetapi sejenis kebebasan yang lebih penting lagi.

 

Mungkin nampak pelik bercakap tentang Taurat, dengan pelbagai peraturan dan larangannya, sebagai satu sumber kebebasan. … Kebebasan yang ditawarkan Hukum ialah kebebasan atlit yang mendisiplinkan tubuhnya agar dia bebas melakukan secara jasmaniah segala yang kamu dan saya tidak mampu lakukan. Ia kebebasan dalam mana kita menjadi tuan kepada nafsu dan bukan abdinya. … Kebebasan yang Taurat berikan kepada kita ialah kebebasan untuk berkata tidak kepada nafsu….

 

Hukum tidak menjadikan kita orang berdosa. Hukum cuba menjadikan kita cukup kuat untuk melawan banyak godaan untuk berdosa yang manusia hadapi setiap hari. …Karunia kedua Hukum itu ialah pesan yang mententeramkan bahawa kita dan setiap pilihan moral kita diambil berat pada peringkat tertinggi. …

 

Tetapi apa yang gaya hidup Yahudi lakukan dengan mengenakan peraturan pada kebiasaan memakan, tidur, dan bekerja kita adalah dengan mengambil aktiviti-aktiviti yang paling biasa dan remeh dan menanamnya dengan erti yang lebih dalam, dan mengubah tiap satunya kepada kesempatan untuk mentaati (atau mengingkari) Tuhan (ibid., ms 50-4).

 

Ini sesungguhnya nasihat baik untuk menguruskan kebanyakan aspek hidup. Memang benar bahawa, melalui disiplin diri dan penyangkalan diri, kita mampu mentaati Hukum itu dari segi aspek jasmaniahnya; bagaimanapun, masih ada penerapan rohaniah yang lebih penting yang perlu ditangani.

 

Masalahnya ialah Judaisme sebagai satu agama telah merosakkan Hukum Tuhan dengan tradisi. Amalan itu harus dihentikan dan kelakuan Yehuda serta Lewi diperbetulkan.

 

Yehoshua sebagai seorang Yahudi patuh-Taurat

 

Geza Vermes juga tegas tentang ketaatan Yesus/Yehoshua kepada Hukum Musa:

 

… Yesus bukan saja tidak menentang Taurat secara prinsip atau tidak ingin patuh kepadanya dalam amalan, bersedia bila perlu untuk memilih antara kewajiban-kewajiban bertentangan, tetapi dia mengakui Hukum Musa sebagai batu dasar Judaismenya (op.cit., ms 188-9).

 

Vermes terus dengan tema ini pada mukasurat 194:

 

Seperti yang jelas ditunjukkan dalam bab 2, Yesus tidak membuat sebarang cubaan untuk membataskan, atau campur tangan dengan, Taurat; dia sebaliknya memeluknya sebagai kerangka diakui Judaisme. Dia berusaha keras untuk menekankan kealiman dalaman bagi penganut individu Kerajaan syurga. Ringkasnya, dia mengambil, memperkuatkan dan berusaha tegas untuk memasukkan ke dalam Judaisme rakyat biasa pengajaran bernubuat indah agama dari hati (lihat Yesaya 29:13) (penekanan ditambah).

 

Lebih awal dalam bukunya, penulis di atas membuat komen berikut, yang bersetuju dengan pendapat-pendapat yang dikemukakan di atas oleh Rabai Kushner berkenaan ketaatan Taurat.

 

Dengan ringkasnya, peninjauan pengajaran Yesus dalam perumpamaan, proklamasi dan pepatah telah menunjukkan bahawa, syarat-syarat perlu ialah sikap tidak dipengaruhi harta milik, kepercayaan tanpa soal dalam Tuhan dan penundukan sepenuhnya kepada dia. Hakikat bahawa segala kewajipan yang ditentukan umumnya dinyatakan dalam istilah etika dan bukan ‘perundangan’ seharusnya tidak membuat sesiapapun terbayang bahawa pengajaran eskatologi Yesus bertentangan dengan ketaatannya kepada Hukum. Persetujuan rekapitulasinya akan Taurat sebagai kasih Tuhan dan kasih manusia itulah yang membawa ahli Taurat bersimpati itu ‘dekat kepada Kerajaan’ (Markus 12:34). Mungkin lebih jelas lagi, dalam Doa Tuhan (Matius 6:10) permohonan, ‘Datanglah KerajaanMu’, diikuti oleh, ‘jadilah kehendakMu’, suatu kehendak ilahi yang dimengerti Judaisme semua zaman sebagai dinyatakan dan ditunjukkan dalam perintah-perintah yang diterima Musa di atas Gunung Sinai (Vermes, ibid., ms 148-9; penekanan ditambah).

 

Mesias datang untuk memperkenalkan dimensi rohaniah yang amat penting yang mustahil kita lahirkan dalam diri kita. Bagaimanapun, dengan berbuat begitu, dia tidak “menghancurkan kata-kata Hukum” sebagaimana didakwa oleh Ernst Kaesemann dalam Essays on New Testament Themes (diterjemah oleh W.J. Montague, Lond., 1964). Vermes membalas Kaesemann seperti berikut, dan nota kakinya menyatakan tentang Yesus menjelaskan erti sebenar Hukum:

 

Kebetulannya, antitesis Yesus tidak berbeza secara struktur daripada apa yang, menurut Markus 7.10-13 (Matius 15.4-6), orang Farisi dikatakan telah mengajukan doktrin mereka berkenaan qorban: ‘Musa berkata … tetapi kamu [Yesus] berkata’ (Markus), atau lebih tegas lagi, ‘Tuhan berfirman … tetapi kamu berkata’ (Matius). Sememangnya, seseorang boleh memperdebatkan alamiah perbezaan-perbezaan berkenaan, tetapi pokok persoalannya adalah bahawa sekiranya ajaran Yesus ‘melanggar kata-kata Hukum’, maka ajaran orang Farisi juga nampaknya berbuat demikian, dan ini sememangnya karut.28

Nota kaki 28: Dalam kata-kata seorang sarjana Perjanjian Baru terkenal, ahli-ahli Taurat dan orang Farisi ‘mengubah Hukum Tuhan’, sementara dalam kasus Yesus, ini hal ‘Anak membentangkan erti sebenarnya’ (C.E.B. Cranfield, The Gospel according to Saint Mark (1959), 237).” (ibid., ms 31, penekanan ditambah)

 

Dia yang dikenali sebagai Yesus Kristus dipanggil oleh rakan-rakan Yahudinya sebagai Rabai banyak kali (Matius 23:7-8; Yohanes 1:38,49; 20:16, dsb.), jadi mungkin penghormatan patut diberi untuk kebijaksanaannya dan kebolehannya mengajar sebagaimana untuk mana-mana Rabai lain sebelum atau selepas, seperti Gamaliel, Akiba atau Rashi. Sebagai Rabai dia berbicara hampir khususnya kepada Yahudi lain zamannya, dan mungkin merupakan Guru Kebenaran yang ditunggu yang disebutkan oleh golongan Essene.

 

Jelas diketahui sepenuhnya bahawa dia tidak membatalkan Taurat sama ada ketika dia hidup atau dengan kematian dan kebangkitannya, sebagaimana yang disalah tuntut begitu ramai Kristian hari ini. Dia tidak berkata kepada pemimpin Yahudi kaya yang mencari jalan terbaik untuk hidup kekal, “Taatilah segala Perintah buat masa ini tetapi, ketahuilah, bahawa kematian dan kebangkitanku akan menghapuskan semua Hukum Tuhan ini yang memangpun kebanyakan orang dapati begitu membebankan dan sukar, sebab semua orang akan berada di bawah rahmat dari waktu itu” (Lihat Lukas 18:18-30). Penting diperhatikan juga bahawa Perintah Keempat yang menuntut pemeliharaan Sabat hari ketujuh sama sekali terlalu jelas untuk disebut di sini, namun tidak mungkinpun dianggap terhapus dengan kesenyapan Kristus tentang hal itu.

 

Bapa-bapa Kaum dan para nabi merupakan sebilangan kecil orang dalam Kitab Suci Ibrani yang dicatat sebagai telah menerima Roh Tuhan, kuasa Tuhan. Abraham dipanggil “sahabat Tuhan” (2 Tawarikh 20:7), sementara Daud dikenali sebagai “seorang yang berkenan di hatiNya” (1 Samuel 13:14). Mereka diberikan Roh Tuhan dan dipimpin olehnya. Merekalah antara orang yang mula-mula menerima Roh namun jauh daripada unik dalam hal ini. Ini sebabnya Mesias mempunyai Kedatangannya dan memulakan pengajaran tentang aspek-aspek lebih tinggi Hukum dan kebolehdapatan Roh Kudus kepada bilangan orang yang jauh lebih ramai daripada sedikit saja lelaki dan perempuan yang khusus disayangi yang telah menerimanya hingga waktu itu, untuk membolehkan pemeliharaan Hukum dengan lebih tepat lagi daripada apa yang mungkin sebelumnya.

 

Melalui Mesias, Tuhan sebenarnya memberi kita semua peluang untuk menjadi “sahabat” Nya dan “seorang yang berkenan di hatiNya”. Dia bermaksud agar semua umat manusia yang pernah wujud dipanggil ke dalam Tubuh Israel pada waktu tertentu, diberi Roh itu agar mereka lebih mampu memelihara maksud penuh (iaitu roh) Hukum, kemudian diubah akhirnya menjadi makhluk-makhluk rohani yang setara dengan para malaikat di Syurga dan dengan itu menjadi Anak-anak Tuhan sepenuhnya; dan sesudah itu memiliki hidup kekal.

 

Kedatangan Mesias

 

Orang Yahudi umumnya tidak pernah menerima bahawa orang yang dipanggil Yesus Kristus, atau Yehoshua ben Yoseph, ialah Mesias yang dijanjikan, meskipun banyak rujukan kepadanya dalam Tanakh. Satu contoh adalah daripada Zakharia, dalam mana Mesias dinubuatkan sebagai dia yang dibunuh dengan ditikam.

 

Zakharia 12:10  "Aku akan mencurahkan roh pengasihan dan roh permohonan atas keluarga Daud dan atas penduduk Yerusalem, dan mereka akan memandang kepada dia yang telah mereka tikam, dan akan meratapi dia seperti orang meratapi anak tunggal, dan akan menangisi dia dengan pedih seperti orang menangisi anak sulung. (RSV)

 

Dia tidak akan ditikam pada Kedatangannya yang mulia sebagai Raja-Mesias, jadi nampaknya logik bahawa orang yang disebutkan di sini pasti telah ditikam pada satu masa dahulu, kemudian dibangkitkan untuk dilihat sekali lagi oleh mereka yang telah menikamnya pada satu waktu tertentu di masa depan. Dia orang sama yang ditikam oleh orang Yahudi (secara berwakil) dan orang Rom kafir (secara bertugas), justeru dia telahpun mempunyai satu Kedatangan … dan kebanyakan orang Yahudi, waktu itu dan sekarang, tidak mengetahuinya atau tidak ingin menerimanya. Yohanes, murid yang disayangi Yesus, yang merupakan seorang Lewi, menyatakan secara mutlak bahawa Ayat Suci di atas merujuk kepada Yesus atau Yehoshua ben Yoseph yang sama ini.

 

Yohanes 19:37 Dan ada pula nas yang mengatakan: "Mereka akan memandang kepada Dia yang telah mereka tikam." (RSV)

 

Teks dalam Zakharia yang tidak tersangkal lagi merujuk kepada dua Kedatangan berasingan bagi seseorang, dia yang diakui oleh mualaf-mualaf Yahudi yang mula-mula dan semua Kristian kemudiannya sebagai Mesias yang sudah lama ditunggu-tunggu. (Lihat juga Komentar tentang Zakharia (No. 297)). Jadi Kedatangan pertamanya menurut Yehuda akan sebenarnya merupakan Kedatangan keduanya, apabila dia akan muncul sebagai Raja-Mesias. Apabila mereka bangkit dalam Kebangkitan Kedua orang mati, semua yang telah menikam Mesias, atau mereka yang telah memintanya dilakukan, akan menghadap pengadilan di hadapannya. Ini dibincangkan dalam karya Kedatangan Mesias (No. 210).

 

Satu lagi Ayat Suci yang membayangkan dua Kedatangan dari sudut pandangan sejarah ditemui dalam Daniel 2:31-45. Secara umumnya diakui bahawa paha besi patung ini mewakili Empayar Rom, kerajaan keempat yang wujud pada zaman Mesias, dan batu yang terungkit lepas tanpa perbuatan tangan manusia ialah Mesias sendiri. Batu ini ditunjukkan menimpa patung besar ini pada kakinya yang diperbuat daripada campuran besi dan tanah liat dan bukan pada pahanya; dengan kata lain, Mesias tidak memusnahkan Empayar Rom dan penakluk Yudaea pada Kedatangan pertamanya sebagai Yesus Kristus. Kerajaan itu berkekalan selama beberapa ratus tahun selepas kematian dan kebangkitannya, tanpa Kerajaan jasmaniah yang dijanjikan itu didirikan atas Bumi ketika waktu itu.

 

Kebetulan pula, selain bercakap tentang dua Kedatangan Mesias, nabi Zakharia (Yehezkiel juga) bercakap tentang kebangkitan pasti orang mati kepada kehidupan, agar golongan Saduki tidak beralasan apabila cuba menyangkal apa-apa kebangkitan pada masa depan (lihat Matius 22:23; Lukas 20-27 dan seterusnya). Selain itu, Paulus, yang berasal daripada suku Benyamin, bercakap kepada wali Rom untuk Yudaea, Felix, dan isterinya orang Yahudi, dan membangkitkan beberapa isu yang tidak menyenangkan tentang keadilan dan kebangkitan untuk diadili.

 

Kisah 24:24-25a Dan setelah beberapa hari datanglah Feliks bersama-sama dengan isterinya Drusila, seorang Yahudi; ia menyuruh memanggil Paulus, lalu mendengar dari padanya tentang kepercayaan kepada Yesus Kristus. 25 Tetapi ketika Paulus berbicara tentang kebenaran, penguasaan diri dan penghakiman yang akan datang, Feliks menjadi takut … (RSV)

 

Pada peringkat tertentu kita semua dituntut untuk mengakui bahawa Mesias sememangnya telahpun datang sekali ke Bumi ini. Pengertian bahawa dia akan mendirikan Kerajaan jasmaniah pada waktu itu juga, dan dengan itu, bahawa Yehoshua ben Yoseph tidak mungkin merupakan Mesias yang dijanjikan, adalah salah. Sebaliknya, dia mendirikan Kerajaan itu secara rohaniah dalam hati dan fikiran beberapa muridnya yang setia pada waktu itu, dan dengan Kerajaan milenium di Bumi tidak didirikan sehinggalah selepas Kedatangan Keduanya.

 

Wahyu 1:4-7 Dari Yohanes kepada ketujuh jemaat yang di Asia Kecil: Kasih karunia dan damai sejahtera menyertai kamu, dari Dia, yang ada dan yang sudah ada dan yang akan datang, dan dari ketujuh roh yang ada di hadapan takhta-Nya, 5 dan dari Yesus Kristus, Saksi yang setia, yang pertama bangkit dari antara orang mati dan yang berkuasa atas raja-raja bumi ini. Bagi Dia, yang mengasihi kita dan yang telah melepaskan kita dari dosa kita oleh darah-Nya-- 6 dan yang telah membuat kita menjadi suatu kerajaan, menjadi imam-imam bagi Allah, Bapa-Nya, --bagi Dialah kemuliaan dan kuasa sampai selama-lamanya. Amin. 7 Lihatlah, Ia datang dengan awan-awan dan setiap mata akan melihat Dia, juga mereka yang telah menikam Dia. Dan semua bangsa di bumi akan meratapi Dia. Ya, amin. (RSV)

 

Sekali lagi, Wahyu 1:7 mengandungi erti berganda. “Setiap orang yang telah menikamnya” mungkin tidak berada di situ untuk menyaksikan secara peribadi Mesias datang dengan kemuliaan besar dalam awan; bagaimanapun, mereka dan semua orang lain pasti akan melihatnya pada suatu waktu sesudah mereka dibangkitkan untuk hidup sekali lagi, sama ada dalam Kebangkitan Pertama atau Kedua.

 

Malah mungkin juga beberapa daripada perajurit Rom dan orang lain yang mempunyai peranan dalam kematian Mesias akan berada dalam Kebangkitan Pertama dan dengan itu menemuinya secara literal di udara pada Kedatangan Keduanya. Beberapa ayat Suci membayangkan hal ini (Matius 27:54; Markus 15:39; Lukas 23:47). Sebagai contoh, kepala pasukan kafir yang mengakui secara lisan Yesus/Yehoshua sebagai Anak Tuhan, jadi mungkin sekali dia kemudiannya bermualaf dan menjadi murid bersama-sama ramai orang lain yang menyaksikan penyaliban itu.

 

Matius 27:54 Kepala pasukan dan prajurit-prajuritnya yang menjaga Yesus menjadi sangat takut ketika mereka melihat gempa bumi dan apa yang telah terjadi, lalu berkata: "Sungguh, Ia ini adalah Anak Allah." (RSV)

 

Memang pelik nampaknya bahawa seorang Bangsa lain mengenali Mesias sedangkan begitu ramai Yahudi zaman itu tidak mengenalinya. Malahan, ini merupakan peristiwa kedua yang dicatatkan bilamana seorang Bangsa lain mengenali Kristus sebagai Mesias, yang mana kali pertamanya adalah apabila dia berbicara dengan perempuan Samaria di sumur itu (Yohanes 4:4 dan seterusnya). Ramai pemimpin Yehuda iri hati dengan Yehoshua ben Yoseph, dan ini mungkin sebab utama untuk mengingininya mati (lihat Matius 27:18). Seperti kata pepatah, ‘buat jahat dibalas jahat’ atau, dalam Ibrani, mida keneged mida (literal, ‘ukuran dibalas ukuran’, iaitu balasan setimpal oleh Tuhan untuk baik atau jahat). Orang Yahudi menganiaya Jemaat tanpa henti dan itulah sebabnya kenapa mereka mengingini nabi Muhammed dan kumpulan kecil di Arabia dibunuh agar ia dihapuskan. Iri hati dan pembunuhan ini kemudian dibalas kembali dengan bunga ke aas keturunan mereka sendiri sepanjang dua milenium sehingga Holocaust abad ke 20.

 

Nyanyian-nyanyian Hamba

 

Seorang lagi penulis Yahudi, Stuart Sacks, dalam Revealing Jesus as Messiah (Christian Focus Publ., Scotland, 1998, ms 89), membuat pemerhatian ini:

 

Beberapa penulis Talmud telah menyedari kemungkinan bahawa penderitaan terikat dengan pekerjaan Mesias [Babyl. Talmud, tractate Sanhedrin 98b]. Antara doa-doa kuno yang diucapkan untuk Hari Pendamaian boleh ditemui kata-kata Eleazar ben Qalir (mungkin selewat AD 1000): ‘Mesias kami yang adil telah meninggalkan kami; kami lumpuh ketakutan, dan tiada sesiapa untuk membenarkan kami. Segala kejahatan kami dan kuk pelanggaran kami dipikulnya, dan dia tertikam oleh kerana pemberontakan kami. Dia mengangkat dosa-dosa kami di atas bahunya untuk mendapatkan pengampunan untuk segala kejahatan kami.’ (lihat Yesaya 53:4-5).

 

Jadi nampaknya beberapa penulis Yahudi mengakui (sekalipun dengan diam-diam) hakikat bahawa Mesias sebenarnya sudah datang dan pergi. Geza Vermes, dalam bukunya Yesus orang Yahudi (SCM Press Ltd, Lond., 1983, ms 135), juga menyebut kemungkinan ini.

 

Sebagai tambahan kepada konsep raja, spekulasi Mesias dalam Judaisme purba termasuk idea-idea Mesias bersifat imam dan nabi, dan dalam beberapa kasus, seorang Mesias yang boleh melaksanakan semua fungsi ini dalam satu. Tambahan lagi, ada waktunya renungan dan termenung khuatir saling beriringan dengan kepercayaan bahawa Dia yang Diurapi sudahpun datang.

 

Skrol-skrol Laut Mati menunjukkan bahawa pengertian masyarakat di situ adalah bahawa Mesias ialah orang sama, dengan dua Kedatangan. Kedatangan pertama adalah sebagai Imam-Mesias dan kedua sebagai Raja-Mesias. Teks-teks dikaji dalam simbolisme Imam Besar pada Yom Kippur dan dikaji dalam karya Hari Pendamaian (No. 138) dan Azazel dan Pendamaian (No. 214).

 

Yesaya 53 salah satu daripada satu siri kecil teks yang dicatatkan oleh nabi Yesaya dan biasanya dikenali sebaai Nyanyian-nyanyian Hamba (juga Yesaya 42; 49; 50; 52:13-15; sebahagian 40 dan 61 juga). Stuart Sacks berkata begini tentang Nyanyian terakhir:

 

Walaupun masyarakat Yahudi secara tradisinya memikirkan Nyanyian Hamba terakhir ini dari segi Mesias, betapa indahnya hari itu apabila ramai orang kerabat Israel menerima kesaksian Kitab Suci yang boleh dipercayai melalui orang-orang seperti Lukas dan Filipus [lihat Kisah 8:34-35]. Hakikatnya tetap bahawa lima ayat terakhir Nyanyian itu [52:1-53:12] cocok begitu baik sekali dengan Mesias sebagaimana dia dinyatakan dalam abad pertama Palestine; jika ayat-ayat ini tidak merujuk kepada Yesus, kita tiada idea sedikitpun akan siapa yang Yesaya maksudkan (ibid., ms 68, penekanan ditambah).

 

Penulis ini menambah bahawa Nyanyian yang kemudian “jelas mengenal pasti penderitaan individu sebagai pengganti suatu bangsa yang memberontak”, dan orang yang dikenali sebagai “Yesus (Yeshua) merupakan penjelmaan sempurna perkataan yasha” (maknanya menyelamat), sebab telah dicatatkan bahawa Yesus (Yunani: Iesous) akan menyelamatkan umatnya daripada dosa mereka (Matius 1:21).

 

Kembali kepada Tanakh, Pemazmur memberi gambaran spesifik tanda-tanda, boleh dikatakan, tentang Mesias yang akan datang.

 

Mazmur 22:16 Sebab anjing-anjing mengerumuni aku, gerombolan penjahat mengepung aku, mereka menusuk tangan dan kakiku. (RSV)

 

Itu hanya satu contoh kecil daripada satu set lengkap kriteria yang diperlukan untuk Yehoshua/Yesus diakui sepenuhnya sebagai Mesias yang dijanjikan. Selain tusukan tangan dan kakinya dengan paku, ada juga tanda-tanda tusukan di sekeliling kepala dia yang disalib ini daripada mahkota duri yang ditekan pada kepalanya. Lubang-lubang dalam kulit kepalanya ini membuatkan darah meleleh menuruni mukanya dan sampai ke cuping-cuping telinganya, sementara luka-luka pada tangan dan kakinya membenarkan darah turun sampai ke ibu jari tangan dan kakinya. Demikianlah Tuhan mengatur untuk Yehoshua ben Yoseph ditahbiskan sepenuhnya sebagai seorang Imam, menurut upacara pentahbisan beristiadat Harun dan anak-anaknya (dan semua keturunan imam mereka) seperti yang digambarkan dalam Imamat 8:23-24 (lihat juga karya Persembahan Unjukan Berkas (No. 106b)).

 

Malah sekarang ini, sebagai Imam Besar dalam keimamatan Melkisedek, Yehoshua sanggup dan mampu membuat perantaraan secara langsung kepada Allah Bapa bagi pihak mereka yang dipanggil keluar dan dipilih yang hidup di Bumi, seperti yang ditunjukkan Timotius.

 

1 Timotius 2:3-6 Itulah yang baik dan yang berkenan kepada Allah, Juruselamat kita, 4 yang menghendaki supaya semua orang diselamatkan dan memperoleh pengetahuan akan kebenaran. 5 Karena Allah itu esa dan esa pula Dia yang menjadi pengantara antara Allah dan manusia, yaitu manusia Kristus Yesus, 6 yang telah menyerahkan diri-Nya sebagai tebusan bagi semua manusia: itu kesaksian pada waktu yang ditentukan. (RSV)

 

Yahudi untuk Yesus

 

Tuhan tentunya mengingini setiap orang Yehuda untuk menjadi “Yahudi untuk Yesus”. Tetapi Dia pastinya tidak mahu orang Yahudi membuang Monoteisme mereka dan memeluk tuhan-tuhan palsu daripada konsep Trinitarian yang diikuti oleh kebanyakan ‘Kristian’, dalam mana Yesus merupakan salah seorang daripada tiga anggota setara dalam Ketuhanan eksklusif. Jika kepercayaan ini sukar sedikit diterima dan kelihatan bertentangan dengan ‘Shema Ysrael, ini adalah kerana ia tentu sekali berselisih dengannya.

 

Jika kita sudah menerima bahawa Mesias telahpun mempunyai satu Kedatangan dan mati untuk keselamatan semua orang di dunia, maka kita tidak perlu lagi bergelut dengan konsep asing Trinitas ‘Bapa, Anak dan Roh Kudus’ kerana ia sama sekali tidak berdasar pada alkitab, dan tidak ditemui dalam Tanakh ataupun, hairannya, dalam kitab-kitab Perjanjian Baru Kristian.

 

Suatu tesis Trinitarian khusus mungkin termasuk yang berikut, walaupun mungkin dengan kurang sedikit keikhlasannya daripada apa yang ditemui dalam ayat pembukaan. Ini sebenarnya satu pengakuan yang agak berani memandangkan konsep Trinitas sepatutnya sangat penting kepada kepercayaan Kristian. Oleh sebab umat Kristian juga sepatutnya Umat Kitab, kita mungkin layak menjangkakan doktrin ini dibentang jelas dalam Kitab-kitab Perjanjian Baru.

 

Kini diakui umum bahawa doktrin Trinitas tidak ditemui dalam Perjanjian Baru. Pada waktu yang sama, orang lebih biasa mengakui daripada keadaan kadang kala, bahawa Perjanjian Baru mengandungi bahan-bahan daripada mana doktrin Trinitas terbentuk; dan semua ini boleh ditemui, bukannya dalam teks-teks dalam mana nama-nama tiga “oknum” itu muncul bersama …, tetapi sebaliknya dalam garis bentuk corak Trinitarian yang boleh dilihat, khususnya dalam pemikiran Paulus dan Penginjil Keempat (The Holy Spirit in Christian Theology, George S. Hendry, SCM Press Ltd, Lond., 1965, ms 30).

 

Ini bukan begitu. Satu-satunya corak yang boleh dilihat, selain daripada apa yang ada dalam khayalan subur manusia, dapat disamakan dengan corak DNA yang ditemui dalam semua makhluk hidup. Blok-blok binaan asasnya tetap sama, iaitu kita menggunakan ayat-ayat alkitab yang sama untuk menjelaskan doktrin, namun kesimpulan-kesimpulan yang dicapai mungkin berbeza sama sekali, sama seperti manusia dan gorila memiliki komposisi DNA yang sama (mempunyai 98% gen yang sama) tetapi hanya satu saja akan mewarisi hidup kekal.

 

Malah ada pseudo-Kristian yang mendakwa bahawa idea Trinitas terkandung dalam Perjanjian Lama atau Tanakh, sedangkan itu bukan hakikatnya sama sekali. Satu poin sebegitu mengaitkan penggunaan istilah echad dan bukan yachid dalam ‘Shema Ysrael bila bercakap tentang Tuhan ‘yang maha esa’. Karya Satu Bersama dengan Bapa (No. 81) patut dipelajari untuk penjelasan penggunaan istilah echad dalam ‘Shema. 

 

Iman Kristian asal, seperti yang dihuraikan oleh Jemaat-jemaat Allah Al Masehi, menyediakan alternatif berasaskan alkitab kepada kepercayaan pilih-dan-campur atau sinkretik dan dipagankan milik mereka yang dipanggil Kristian.

 

Pendamaian Yehuda dan Israel

 

Meskipun dengan keberdosaan, pemberontakan dan cintanya yang tidak sihat terhadap kekayaan dan status, nampaknya Yehuda menduduki tempat istimewa kasih sayang dalam hati Tuhan.

 

Mazmur 114:2 maka Yehuda menjadi tempat kudus [SHD 6944: kesucian, kekudusan]-Nya, Israel wilayah kekuasaan-Nya. (RSV)

 

Sememangnya juga, daripada Yehuda dan daripada keturunan Isai dan Daud, Mesias lahir untuk keselamatan seluruh dunia.

 

Yesaya 11:10-13 Maka pada waktu itu taruk dari pangkal Isai akan berdiri sebagai panji-panji bagi bangsa-bangsa; dia akan dicari oleh suku-suku bangsa dan tempat kediamannya akan menjadi mulia. 11 Pada waktu itu Tuhan akan mengangkat pula tangan-Nya untuk menebus sisa-sisa umat-Nya yang tertinggal di Asyur dan di Mesir, di Patros, di Etiopia dan di Elam, di Sinear, di Hamat dan di pulau-pulau di laut. 12 Ia akan menaikkan suatu panji-panji bagi bangsa-bangsa, akan mengumpulkan orang-orang Israel yang terbuang, dan akan menghimpunkan orang-orang Yehuda yang terserak dari keempat penjuru bumi. 13 Kecemburuan Efraim akan berlalu, dan yang menyesakkan Yehuda akan lenyap. Efraim tidak akan cemburu lagi kepada Yehuda, dan Yehuda tidak akan menyesakkan Efraim lagi. (RSV)

 

Kita perhatikan dalam 2 Tawarikh 28:9-15 bahawa Efraim mengalami perubahan hati setelah dia dan suku lain berperang dengan Yehuda dan mengambil ramai tawanan. Walaupun Tuhan murka dengan Yehuda dan membenarkan mereka dikalahkan, Israel telah melebih-lebih dalam layanannya terhadap Yahudi yang ditawan. Justeru Tuhan menasihati mereka dengan keras untuk menunjukkan belas kasihan. Kita sering dihakimi menurut cara bagaimana kita melayani musuh kita, sebab murah hati dalam kemenangan merupakan satu sifat Ilahi.

 

Tidak lama lagi, akan ada suatu pendamaian Yehuda dan Israel yang telah dinubuatkan, seperti yang kita lihat dalam Hosea 1:11 dan Yehezkiel 37:15-22.

 

Hosea 1:11 Orang Yehuda dan orang Israel akan berkumpul bersama-sama dan akan mengangkat bagi mereka satu pemimpin, lalu mereka akan menduduki negeri ini, sebab besar hari Yizreel itu. (RSV)

 

Yehezkiel 37:15-22 Kemudian datanglah firman TUHAN kepadaku: 16 "Hai engkau anak manusia, ambillah sepotong papan dan tulis di atasnya: Untuk Yehuda dan orang-orang Israel yang bersekutu dengan dia. Kemudian ambillah papan yang lain dan tulis di atasnya: Untuk Yusuf--papan Efraim--dan seluruh kaum Israel yang bersekutu dengan dia. 17 Gabungkanlah keduanya menjadi satu papan, sehingga keduanya menjadi satu dalam tanganmu. 18 Maka kalau teman-teman sebangsamu bertanya kepadamu: Tidakkah engkau bersedia memberitahukan kepada kami, apa artinya ini-- 19 katakanlah kepada mereka: Beginilah firman Tuhan ALLAH: Aku mengambil papan Yusuf--yang dalam tangan Efraim--beserta suku-suku Israel yang bersekutu dengan dia dan menggabungkannya dengan papan Yehuda dan Aku akan menjadikan mereka satu papan, sehingga mereka menjadi satu dalam tangan-Ku. 20 Dan sedang engkau memegang papan-papan yang kautulisi itu dalam tanganmu di hadapan mereka, 21 katakanlah kepadanya: Beginilah firman Tuhan ALLAH: Sungguh, Aku menjemput orang Israel dari tengah bangsa-bangsa, ke mana mereka pergi; Aku akan mengumpulkan mereka dari segala penjuru dan akan membawa mereka ke tanah mereka. 22 Aku akan menjadikan mereka satu bangsa di tanah mereka, di atas gunung-gunung Israel, dan satu raja memerintah mereka seluruhnya; mereka tidak lagi menjadi dua bangsa dan tidak lagi terbagi menjadi dua kerajaan. (RSV)

 

Dalam nubuatan yang diberi oleh Yakub/Israel kepada anak-anaknya pada saat-saat sebelum meninggal, tangan Yehuda dikatakan akan menekan tengkuk (atau belakang) ‘musuh-musuh’nya.

 

Kejadian 49:8-12 Yehuda, engkau akan dipuji oleh saudara-saudaramu, tanganmu akan menekan tengkuk musuhmu, kepadamu akan sujud anak-anak ayahmu. 9 Yehuda adalah seperti anak singa: setelah menerkam, engkau naik ke suatu tempat yang tinggi, hai anakku; ia meniarap dan berbaring seperti singa jantan atau seperti singa betina; siapakah yang berani membangunkannya? 10 Tongkat kerajaan tidak akan beranjak dari Yehuda ataupun lambang pemerintahan dari antara kakinya, sampai dia datang yang berhak atasnya, maka kepadanya akan takluk bangsa-bangsa. 11 Ia akan menambatkan keledainya pada pohon anggur dan anak keledainya pada pohon anggur pilihan; ia akan mencuci pakaiannya dengan anggur dan bajunya dengan darah buah anggur. 12 Matanya akan merah karena anggur dan giginya akan putih karena susu. (RSV)

 

Ayat-ayat terakhir teks in merujuk kepada kematian Mesias di Yerusalem. Dengan kematiannya dia menyempurnakan pembasuhan pakaiannya dan pakaian semua umatnya sebagai kebun anggur Rumah Tuhan (lihat Yesaya 5:7).

 

Memandangkan kata-kata saudara-saudara dan anak-anak ayah dalam ayat 8, nampaknya rujukan di sini adalah kepada tangan Yehuda yang menekan tengkuk atau belakan saudara-saudaranya juga (sebagai bekas musuh) untuk menarik mereka kepada dia; iaitu untuk memeluk mereka dan menangis pada tengkuk masing-masing (lihat Kejadian 33:4; 45:14) dalam roh pendamaian dan bukan permusuhan. Yesaya 11:13 menyatakan secara nubuatan bahawa, “Efraim [mewakili 10 Suku] tidak akan cemburu lagi kepada Yehuda, dan Yehuda tidak akan menyesakkan Efraim lagi.” Seperti yang disebut lebih awal, ini merujuk kepada rasa cemburu dan benci sekumpulan orang (dalam kasus ini satu suku saudara) terhadap Yehuda (orang Yahudi), sama seperti kemungkinan Yehuda telah mencemburui Yusuf (bapa Efraim) sebagai anak kesayangan bapa mereka, Patriak Yakub. Dengan itu istilah musuh nampaknya sama pengertiannya dengan musuh orang ialah orang-orang seisi rumahnya (Mikha 7:6; Matius 10:36), iaitu saudara-saudara kandung sendiri. Kalaulah ada konotasi negatif kepada bahagian ayat 8 ini, ia tentunya bercakap tentang Yehuda meletakkan kakinya ke atas musuh-musuhnya (Yosua 10:24), atau kuk perhambaan pada tengkuk mereka (Kejadian 27:40; Yeremia 27:12).

 

Orang Adil Bangsa Tuhan 

 

Kita tahu bahawa intisari Taurat ialah kasih Tuhan dan kasih manusia, seperti mana yang Geza Vermes nyatakan semula di atas. Begitu juga, walaupun bercakap terutamanya kepada rakan-rakan Yahudi, R. Kushner melihat keperluan untuk kita semua mengilhami segalanya dalam kehidupan seharian kita dengan kekudusan untuk menyenangkan hati Tuhan.

 

Salah satu ajaran dasar Judaisme adalah bahawa pencarian kekudusan, untuk pertemuan dengan Tuhan, tidak terbatas kepada sinagog. Semua yang kita lakukan boleh diubah menjadi satu pengalaman Sinai, suatu pertemuan dengan yang kudus. Tujuan Judaisme bukan untuk mengajar kita bagaimana untuk melarikan diri dari dunia yang kotor ke hadirat Tuhan yang menyucikan, tetapi untuk mengajar kita bagaimana untuk membawa Tuhan ke dalam dunia, bagaimana untuk mengambil benda yang biasa dan menjadikannya kudus. (op. cit., ms 49)

 

Ini bukanlah hal melepaskan tangan kita daripada dunia kerana semua masalahnya yang nampaknya tidak terselesai, atau sekadar menunggu Kerajaan yang dijanjikan datang untuk Mesias membersihkan kekotoran di Bumi dan menyelesaikan segalanya untuk kita. Adanya keperluan yang sangat penting untuk bekerja dalam dunia ini, sekarang juga, untuk menjadikannya tempat yang lebih baik, sebagaimana yang R. Kushner tegaskan.

 

Namun bahayanya dalam mempercayai terlalu kuat dalam Dunia yang Akan Datang ialah kamu mungkin kemudiannya kurang peduli tentang kecacatan-kecacatan dunia ini. Jadi kenapalah kalau penyakit dan jenayah berleluasa? Jadi kenapalah jika janda dan orang miskin lain dipergunakan oleh mereka yang kaya dan berkuasa? Dunia ini hanyalah bilik menunggu Tuhan. Dalam Keabadian, semua akan menerima apa yang patut mereka terima dan yang akhir akan menjadi yang pertama. Hampir keseluruhannya, orang Yahudi menolak pandangan itu. Iman kami adalah bahawa Tuhan begitu mengasihi dunia ini sehingga Dia melimpahinya dengan perhatian yang besar sekali dalam penciptaannya, dan menjadikannya tempat yang teratur, indah dan sangat berharga. Dan jika kita mengasihi Tuhan, kita patut berasa terdorong untuk melayani dengan kasih dunia yang amat dikasihiNya itu … si pembaca Alkitab diberitahu bahawa konsep abstrak keadilan tidak bererti melainkan ia diwujudkan dalam kehidupan setiap warganeara.” (ibid., ms 44-45)

 

Seperti yang Rabai inginkan, terdapat cara yang lebih mulia untuk memberi impak peribadi dan positif pada dunia: melalui pembelajaran dan pelaksanaan segala yang kita pelajari, sekurang-kurangnya sebagai satu tempat untuk mula.

 

Judaisme telah sentiasa bertegas bahawa pengetahuan mempunyai kuasa bukan saja untuk menjadikan orang bijak tetapi untuk membuat mereka baik. Sesudah belajar, kita patut mengikat niat untuk hidup berbeza sebagai hasil daripada apa yang kita sudah pelajari. Setelah memutuskan untuk hidup berbeza, kita kemudiannya patut pergi untuk memberkati dunia Tuhan dan menguduskannya. (ibid., ms 304)

 

Walaupun tak seorangpun yang baik selain daripada Allah saja (Markus 10:18), Kitab-kitab Perjanjian Baru setuju dengan R. Kushner dengan memberitahu kita bahawa Tuhan begitu mengasihi dunia sehingga Dia menyerahkan satu-satunya Anaknya yang lahir manusia untuk mati dengan kejam (Yohanes 3:16-17), yang datang bukan untuk menghukum dunia tetapi akhirnya untuk menyelamatkannya. Ini konsep yang cukup berbeza yang Yohanes berikan kemudian di 1 Yohanes 2:15 dan yang nampaknya menyangkal ayat terdahulu itu dengan menyuruh kita untuk tidak mengasihi dunia. Bagaimanapun, ini boleh dijelaskan dengan mudah sebagai perintah untuk membenci sistem-sistem buatan manusia dan diilhami Iblis (yang tidak berasal daripada Tuhan, tetapi memang diizinkan olehNya untuk wujud) dalam dunia namun, pada waktu yang sama, mengasihi dan menyayangi orang lain sebagaimana Tuhan sendiri mengasihi semua ciptaanNya. Brown-Driver-Briggs (BDB) membuat perbezaannya dalam definisi mereka akan istilah Yunani untuk dunia, iaitu kosmos (SGD 2889):

 

5) penduduk bumi, manusia, keluarga manusia; atau

7) hal-ehwal dunia, kesemua hal-hal duniawi

7a) seluruh lingkaran benda-benda duniawi, kurniaan kekayaan, manfaat, kenikmatan, dsb, yang walaupun hampa dan lemah dan sementara, membangkitkan keinginan, menggoda daripada Tuhan dan merupakan halangan-halangan kepada tujuan Kristus.

 

Lazimnya ada idealisme berprinsip tinggi tertentu yang dipamerkan oleh orang Yahudi. Bercakap sebagai seorang Yahudi Amerika, Rabai Kushner membuat pemerhatian ini:

 

Kita cenderung untuk tidak mengundi calon-calon Yahudi, atau sekurang-kurangnya calon pro-Israel. Para pengundi Yahudi cenderung menyokong calon yang kelihatan paling berniat untuk menjadikan dunia ini tempat yang lebih baik.

 

Pada awal abad kedua puluh, ramai orang Yahudi tertarik kepada parti Komunis bukan saja kerana ia menggantikan seorang czar (tsar) yang kejam dan bersifat antisemit dengan jahatnya di Rusia, dan pastinya bukan kerana orang Yahudi berjiwa revolusioner secara semulajadi, tetapi kerana ia berjanji untuk menjadikan dunia lebih baik. Apabila komunisme terbukti ‘tuhan yang gagal,” apabila Rusia pimpinan Stalin terbukti sama kejam dan antisemit seperti mana-mana rejim czar, mereka menarik balik kesetiaan mereka. Namun mereka terus mencari suatu tujuan untuk diikuti, kerana mereka percaya bahawa tujuan manusia di bumi adalah untuk melakukan untuk Tuhan satu-satunya perkara yang Dia tidak dapat lakukan untuk diriNya, iaitu memahkotakan ciptaanNya dengan kebaikan, dan menjadikan dunia ini, bukan mana-mana dunia lain yang jauh, Kerajaan Tuhan.” (op.cit., ms 46-7)

 

Itu jelas sekali satu pandangan yang amat layak untuk dipegang, walaupun seharusnya semakin jelas bahawa manusia sendiri tidak akan dapat menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi dunia ini. Bagaimanapun, ini menunjukkan bahawa orang Yahudi (antara ramai orang lain) sering mempunyai perasaan empati dan keadilan yang tinggi terhadap orang lain.

 

Dakwaan bahawa Tuhan memerlukan kita sebenarnya bukanlah satu pernyataan tentang Tuhan tetapi tentang kita. Kita dipanggil untuk melakukan sesuatu untuk Tuhan dan untuk dunia. Kita penting; kita diberi kuasa. Kisah dasar Judaisme [dan seluruh Israel alkitabiah] mengajar kita dua pengajaran ini. Kita wajib menjadi teladan untuk semua bangsa, menunjukkan mereka bagaimana rupanya kehidupan berorientasi Tuhan, dan kita wajib menjadikan dunia Tuhan lengkap dengan memberi Dia satu-satunya benda yang Dia tidak dapat lakukan untuk diriNya sendiri, dengan memilih secara bebas untuk berbuat baik. Tuhan bergantung pada kita untuk melengkapkan dan menguduskan duniaNya, dan kita mengecewakan Dia secara kosmik jika kita gagal menyahut cabaranNya. (ibid., ms 48)

 

Dalam Mishnah, ada satu pepatah yang dihubungkan kepada Hillel, seorang yang lebih tua yang sezaman dengan Yesus/Yehoshua:

 

Jadilah seperti murid-murid Harun, mencintai damai dan mengejar kedamaian, mengasihi umat manusia (ha-beriyot) dan membawa mereka hampir kepada Taurat (mAb 1,12).

 

Dalam komennya tentang Yesaya 60:3,6 dan seterusnya, Geza Vermes menyatakan:

 

Di sini kedatangan Kerajaan membawakan satu elemen misteri: keselamatan Israel dipamerkan sebagai satu magnet yang menarik umat manusia selebihnya kepada Tuhan (ibid., ms 123-4).

 

Keselamatan kepada Orang Yahudi dulu

 

Sekali lagi kita perhatikan kedudukan unggul dalam rencana agung Tuhan diberikan kepada Yehuda. Keselamatan terbuka kepada mereka dulu, bermula dengan 42 lebih tahun dari penginjilan Yohanes Pembaptis sehingga kemusnahan Bait di Yerusalem pada 70 CE. Paulus mengulangi fakta ini.

 

Roma 1:16-17 Sebab aku mempunyai keyakinan yang kokoh dalam Injil, karena Injil adalah kekuatan Allah yang menyelamatkan setiap orang yang percaya, pertama-tama orang Yahudi, tetapi juga orang Yunani. 17 Sebab di dalamnya nyata kebenaran Allah, yang bertolak dari iman dan memimpin kepada iman, seperti ada tertulis: "Orang benar akan hidup oleh iman." (RSV)

 

Justeru Yehuda diberi ‘hak penolakan pertama’ atas kebenaran dan keselamatan melalui Yesus Mesias; bagaimanapun, keunggulan ini ternyata satu pedang dua mata, dalam mana Yehuda juga yang mula-mula dihukum kerana pemberontakan seperti, contohnya, pada waktu kemusnahan Bait dan dalam Holocaust berabad-abad kemudian. Israel selebihnya mungkin masih lagi akan mengalami hukuman mereka sendiri.

 

Roma 2:9-13, 17-29 Penderitaan dan kesesakan akan menimpa setiap orang yang hidup yang berbuat jahat, pertama-tama orang Yahudi dan juga orang Yunani, 10 tetapi kemuliaan, kehormatan dan damai sejahtera akan diperoleh semua orang yang berbuat baik, pertama-tama orang Yahudi, dan juga orang Yunani. 11 Sebab Allah tidak memandang bulu. 12 Sebab semua orang yang berdosa tanpa hukum Taurat akan binasa tanpa hukum Taurat; dan semua orang yang berdosa di bawah hukum Taurat akan dihakimi oleh hukum Taurat. 13 Karena bukanlah orang yang mendengar hukum Taurat yang benar di hadapan Allah, tetapi orang yang melakukan hukum Tauratlah yang akan dibenarkan. 17. Tetapi, jika kamu menyebut dirimu orang Yahudi dan bersandar kepada hukum Taurat, bermegah dalam Allah, 18 dan tahu akan kehendak-Nya, dan oleh karena diajar dalam hukum Taurat, dapat tahu mana yang baik dan mana yang tidak, 19 dan yakin, bahwa engkau adalah penuntun orang buta dan terang bagi mereka yang di dalam kegelapan, 20 pendidik orang bodoh, dan pengajar orang yang belum dewasa, karena dalam hukum Taurat engkau memiliki kegenapan segala kepandaian dan kebenaran. 21 Jadi, bagaimanakah engkau yang mengajar orang lain, tidakkah engkau mengajar dirimu sendiri? Engkau yang mengajar: "Jangan mencuri," mengapa engkau sendiri mencuri? 22 Engkau yang berkata: "Jangan berzinah," mengapa engkau sendiri berzinah? Engkau yang jijik akan segala berhala, mengapa engkau sendiri merampok rumah berhala? 23 Engkau bermegah atas hukum Taurat, mengapa engkau sendiri menghina Allah dengan melanggar hukum Taurat itu? 24 Seperti ada tertulis: "Sebab oleh karena kamulah nama Allah dihujat di antara bangsa-bangsa lain." 25 Sunat memang ada gunanya, jika engkau mentaati hukum Taurat; tetapi jika engkau melanggar hukum Taurat, maka sunatmu tidak ada lagi gunanya. 26 Jadi jika orang yang tak bersunat memperhatikan tuntutan-tuntutan hukum Taurat, tidakkah ia dianggap sama dengan orang yang telah disunat? 27 Jika demikian, maka orang yang tak bersunat, tetapi yang melakukan hukum Taurat, akan menghakimi kamu yang mempunyai hukum tertulis dan sunat, tetapi yang melanggar hukum Taurat. 28 Sebab yang disebut Yahudi bukanlah orang yang lahiriah Yahudi, dan yang disebut sunat, bukanlah sunat yang dilangsungkan secara lahiriah. 29 Tetapi orang Yahudi sejati ialah dia yang tidak nampak keyahudiannya dan sunat ialah sunat di dalam hati, secara rohani, bukan secara hurufiah. Maka pujian baginya datang bukan dari manusia, melainkan dari Allah. (RSV)

 

Ketika Paulus bercakap tentang sunat sejati (iaitu sunat di dalam hati) yang dituntut daripada semua orang, bukan saja orang Yahudi, dia menggemakan kata-kata Yeremia.

 

Yeremia 4:3-4 Sebab beginilah firman TUHAN kepada orang Yehuda dan kepada penduduk Yerusalem: "Bukalah bagimu tanah baru, dan janganlah menabur di tempat duri tumbuh. 4 Sunatlah dirimu bagi TUHAN, dan , hai orang Yehuda dan penduduk Yerusalem, supaya jangan murka-Ku mengamuk seperti api, dan menyala-nyala dengan tidak ada yang memadamkan, oleh karena perbuatan-perbuatanmu yang jahat!" (RSV)

 

Sama seperti itu, Yehoshua mengulangi kata-kata Yeremia apabila dia memberi perumpamaan penabur benih dalam Matius 13:3 dan seterusnya, yang mengisahkan benih atau firman Tuhan yang ditaburkan atau disebarkan dengan luas dan sama ada atau tidak ia dapat berakar dalam tanah subur. Panggilan dilaungkan sekarang ini, dan terpulang kepada individu-individu dalam Yehuda untuk mengizinkan firman ini berakar dalam hati dan fikiran mereka dan menjawab panggilan itu.

 

Nampaknya apabila kita menggores kulit seorang Yahudi yang mengaku ateis atau agnostik kita temui tidak begitu jauh di bawah permukaan seorang yang agak bersifat rohaniah yang mungkin sedia menjawab panggilan Tuhan kepadanya. Rabai Kushner memberi petunjuk  tentang kerohanian terpendam dalam ramai Yahudi sekular.

 

…Israel bukan negara baru yang berumur empat puluh tahun, tetapi sebenarnya salah satu negara tertua di dunia …

Ini menjelaskan kenapa orang Yahudi tergerak hingga berair mata pada Jun 1967 apabila Kota Lama Yerusalem, Tembok Barat Bait, Pusara Bapa-bapa Kaum di Hebron, dan tapak-tapak alkitabiah lain menjadi sebahagian daripada Israel. Ini menghubungkan mereka kepada asal usul alkitabiah mereka, dan orang Yahudi yang tidak beriman sekalipun tergetar jiwa oleh itu. Dalam masa dua bulan setelah tamatnya Perang Enam Hari, betul-betul separuh penduduk Israel, kebanyakan mereka Yahudi tidak beriman, telah datang ke Yerusalem untuk berdoa di Tembok Barat. (Kushner, ibid., ms 252-3)

 

Seperti semua anak Tuhan, mereka nyata mempunyai keinginan dalaman yang kuat ‘untuk mencari jalan pulang’ kepada Dia. Mereka ‘anak-anak yang hilang’… dan kita semua juga sama. Walaupun baik dan mulia memiliki hubungan kuat dengan tanah jasmaniah Israel, masih ada hubungan yang lebih penting lagi yang kita perlu ada dengan Israel rohaniah.

 

R. Kushner dalam To Life! menjelaskan bagaimana Judaisme dan Kekristianan (aliran umum) boleh saling mempelajari pengajaran berharga.

 

Kekristianan memerlukan Judaisme untuk mengingatkannya bagaimana rupanya monoteisme asli, tidak berkompromi dan beretika. … Kekristianan memerlukan teladan masyarakat Yahudi yang benar-benar berusaha melakukan apa yang Taurat minta kami lakukan.

 

Namun Judaisme memerlukan Kekristianan untuk mengingatkan kami bahawa firman Tuhan bukannya untuk disimpan untuk diri kami saja. Kita dipanggil untuk bukan saja hidup menurut jalan Tuhan, tetapi melakukannya dengan sebegitu cara supaya dunia akan diyakinkan untuk berbalik kepada Tuhan. (ibid., ms 290)

 

Hakikatnya, Jemaat-jemaat Allah Al Masehi menggabungkan elemen-elemen penting kepercayaan dan amalan agama itu, dengan mentaati Taurat dan dengan mengajarkan jalan Tuhan seluas mungkin dengan tujuan dasar menggalakkan seluruh dunia untuk berbalik kepada Dia.

 

Menunggu Yehuda

 

Umat pilihan tidak boleh dimeteraikan, dan dunia umumnya tidak boleh diselamatkan, sehingga bilangan tertentu suku Yehuda dibawa ke dalam Jemaat sejati Tuhan. Keputusan telahpun dibuat bahawa 12,000 orang secukupnya daripada suku Yehuda akan dimasukkan ke dalam teras pusat umat pilihan Tuhan, yang bilangannya berjumlah 144,000 (Wahyu 7:3-5).

 

Kumpulan Besar Orang Banyak Kebangkitan Pertama (Wahyu bab 7) terdiri daripada anggota-anggota semua suku dan negara Bumi. Kita tahu bahawa pengampunan daripada Tuhan sedia ada pada bila-bila masa dan bukan hanya pada hari tertentu tahun seperti Yom Kippur, asalkan pertaubatannya ikhlas. Ini telah ditunjukkan banyak kali sepanjang sejarah Israel dan Yehuda.

 

2 Raja-raja 22:18-19 Tetapi kepada raja Yehuda, yang telah menyuruh kamu untuk meminta petunjuk TUHAN, harus kamu katakan demikian: Beginilah firman TUHAN, Allah Israel: Mengenai perkataan yang telah kaudengar itu, 19 oleh karena engkau sudah menyesal dan engkau merendahkan diri di hadapan TUHAN pada waktu engkau mendengar hukuman yang Kufirmankan terhadap tempat ini dan terhadap penduduknya, bahwa mereka akan mendahsyatkan dan menjadi kutuk, dan oleh karena engkau mengoyakkan pakaianmu dan menangis di hadapan-Ku, Akupun telah mendengarnya, demikianlah firman TUHAN, (RSV)

 

2 Tawarikh 20:3,18-21 Yosafat menjadi takut, lalu mengambil keputusan untuk mencari TUHAN. Ia menyerukan kepada seluruh Yehuda supaya berpuasa. … 18 Lalu berlututlah Yosafat dengan mukanya ke tanah. Seluruh Yehuda dan penduduk Yerusalempun sujud di hadapan TUHAN dan menyembah kepada-Nya. 19 Kemudian orang Lewi dari bani Kehat dan bani Korah bangkit berdiri untuk menyanyikan puji-pujian bagi TUHAN, Allah Israel, dengan suara yang sangat nyaring. 20 Keesokan harinya pagi-pagi mereka maju menuju padang gurun Tekoa. Ketika mereka hendak berangkat, berdirilah Yosafat, dan berkata: "Dengar, hai Yehuda dan penduduk Yerusalem! Percayalah kepada TUHAN, Allahmu, dan kamu akan tetap teguh! Percayalah kepada nabi-nabi-Nya, dan kamu akan berhasil!" 21 Setelah ia berunding dengan rakyat, ia mengangkat orang-orang yang akan menyanyi nyanyian untuk TUHAN dan memuji TUHAN dalam pakaian kudus yang semarak pada waktu mereka keluar di muka orang-orang bersenjata, sambil berkata: "Nyanyikanlah nyanyian syukur bagi TUHAN, bahwasanya untuk selama-lamanya kasih setia-Nya!" (RSV)

 

Seorang nabi Yehuda pernah digunakan oleh Tuhan untuk mengingatkan raja Israel tentang malapetaka yang kian menimpa (1 Raja-raja 13:1-3). Namun, pada hari ini sekalipun, apabila Tuhan memanggil Yehuda untuk kembali kepada Dia melalui Yehoshua Mesias, Dia tidak mahu melihat nabi-nabiNya, mereka yang membawa pesan panggilan kembali kepada Tuhan, diabaikan, diseksa ataupun dibunuh seperti yang terjadi banyak kali pada masa lalu.

 

2 Tawarikh 24:18-21 Mereka meninggalkan rumah TUHAN, Allah nenek moyang mereka, lalu beribadah kepada tiang-tiang berhala dan patung-patung berhala. Oleh karena kesalahan itu Yehuda dan Yerusalem tertimpa murka. 19 Namun TUHAN mengutus nabi-nabi kepada mereka, supaya mereka berbalik kepada-Nya. Nabi-nabi itu sungguh-sungguh memperingatkan mereka, tetapi mereka tidak mau mendengarkannya. 20 Lalu Roh Allah menguasai Zakharia, anak imam Yoyada. Ia tampil di depan rakyat, dan berkata kepada mereka: "Beginilah firman Allah: Mengapa kamu melanggar perintah-perintah TUHAN, sehingga kamu tidak beruntung? Oleh karena kamu meninggalkan TUHAN, Iapun meninggalkan kamu!" 21 Tetapi mereka mengadakan persepakatan terhadap dia, dan atas perintah raja mereka melontari dia dengan batu di pelataran rumah TUHAN. (RSV)

 

Hampir tiada perubahannya dalam tahun-tahun selepas itu, seperti ketika Stefanus menyatakan kebenaran kepada orang Yahudi dari banyak bahagian Timur Dekat dan Timur Tengah pada abad pertama CE (Kisah 6:5-7:60). Dia juga dilontari batu sampai mati kerana usahanya; dan seorang Farisi tertentu bernama Saulus dari Tarsus bersetuju dia dibunuh (Kisah 8:1), walaupun ini akhirnya membawa kepada kepercayaan Saulus dalam Yesus/Yehoshua sebagai Mesias dan kepada perubahannya yang ajaib di jalan ke Damsyik. Saulus bertaubat dan dibaptiskan dan diberi nama baru Paulus. Tuhan tidak dihina. Dia akhirnya membereskan segala permainan manusia dan keengganan meeka untuk mengakui Dia atau mendengar hamba-hambaNya; namun pada waktuNya sendiri Dia akan menangani setiap orang untuk kebaikan mereka sendiri.

 

Mungkin cocok sekali bahawa 2 Tawarikh merupakan kitab terakhir dalam Tanakh Yahudi, kerana ia mengandungi pesan-pesan bersangkutan untuk Hari-hari Terakhir zaman sekarang ini. Seperti sering dilakukan sebelumnya, Yehuda mungkin diminta menjadi teladan dan berbaris di barisan depan, kali ini dalam kempen yang lebih penting lagi untuk menyampaikan pesan sebenar keselamatan kepada semua. Kepandaian penyokongan terkenal Yehuda mungkin juga berguna dalam meyakinkan Israel selebihnya untuk kembali kepada Tuhan, seperti yang cuba mereka lakukan sebelumnya dengan kejayaan terbatas (lihat 2 Tawarikh 29 dan 30).Satu kempen yang lebih berjaya telah dilaksankan oleh Raja Asa Yehuda.

 

2 Tawarikh 15:1-9 Azarya bin Oded dihinggapi Roh Allah. 2 Ia pergi menemui Asa dan berkata kepadanya: "Dengarlah kepadaku, Asa dan seluruh Yehuda dan Benyamin! TUHAN beserta dengan kamu bilamana kamu beserta dengan Dia. Bilamana kamu mencari-Nya, Ia berkenan ditemui olehmu, tetapi bilamana kamu meninggalkan-Nya, kamu akan ditinggalkan-Nya. 3 Lama sekali Israel tanpa Allah yang benar, tanpa ajaran dari pada imam dan tanpa hukum. 4 Tetapi dalam kesesakan mereka berbalik kepada TUHAN, Allah orang Israel. Mereka mencari-Nya, dan Ia berkenan ditemui oleh mereka. 5 Pada zaman itu tidak dapat orang pergi dan pulang dengan selamat, karena terdapat kekacauan yang besar di antara segenap penduduk daerah-daerah. 6 Bangsa menghancurkan bangsa, kota menghancurkan kota, karena Allah mengacaukan mereka dengan berbagai-bagai kesesakan. 7 Tetapi kamu ini, kuatkanlah hatimu, jangan lemah semangatmu, karena ada upah bagi usahamu!" 8 Ketika Asa mendengar perkataan nubuat yang diucapkan oleh nabi Azarya bin Oded itu, ia menguatkan hatinya dan menyingkirkan dewa-dewa kejijikan dari seluruh tanah Yehuda dan Benyamin dan dari kota-kota yang direbutnya di pegunungan Efraim. Ia membaharui mezbah TUHAN yang ada di depan balai Bait Suci TUHAN. 9 Ia mengumpulkan seluruh Yehuda dan Benyamin dan orang-orang Efraim, Manasye dan Simeon yang tinggal di antara mereka sebagai orang asing. Sebab dari Israel banyak yang menyeberang memihak kepadanya ketika mereka melihat bahwa TUHAN, Allahnya, beserta dengan dia. (RSV)

 

Begitu juga, Raja Yosafat Yehuda akhirnya nampak keperluan untuk mengajar dan melaksanakan Hukum-hukum Tuhan di seluruh Israel sebagai bahagian yang perlu untuk mana-mana proses pemulihan.

 

2 Tawarikh 17:6-10 Dengan tabah hati ia hidup menurut jalan yang ditunjukkan TUHAN. Pula ia menjauhkan dari Yehuda segala bukit pengorbanan dan tiang berhala. 7 Pada tahun ketiga pemerintahannya ia mengutus beberapa pembesarnya, yakni Benhail, Obaja, Zakharia, Netaneel dan Mikha untuk mengajar di kota-kota Yehuda. 8 Bersama-sama mereka turut juga beberapa orang Lewi, yakni Semaya, Netanya, Zebaja, Asael, Semiramot, Yonatan, Adonia, Tobia dan Tob-Adonia disertai imam-imam Elisama dan Yoram. 9 Mereka memberikan pelajaran di Yehuda dengan membawa kitab Taurat TUHAN. Mereka mengelilingi semua kota di Yehuda sambil mengajar rakyat. 10 Ketakutan yang dari TUHAN menimpa semua kerajaan di negeri-negeri sekeliling Yehuda, sehingga mereka tidak berani berperang melawan Yosafat. (RSV)

 

Yosafat selepas itu melantik hakim-hakim di seluruh Yehuda untuk memberi pengadilan benar dan dengan itu keadilan sejati untuk semua.

 

2 Tawarikh 19:4-11 Yosafat diam di Yerusalem. Ia mengadakan kunjungan pula ke daerah-daerah, dari Bersyeba sampai ke pegunungan Efraim, sambil menyuruh rakyat berbalik kepada TUHAN, Allah nenek moyang mereka. 5 Ia mengangkat juga hakim-hakim di seluruh negeri, yakni di semua kota yang berkubu di Yehuda, di tiap-tiap kota. 6 Berpesanlah ia kepada hakim-hakim itu: "Pertimbangkanlah apa yang kamu buat, karena bukanlah untuk manusia kamu memutuskan hukum, melainkan untuk TUHAN, yang ada beserta kamu, bila kamu memutuskan hukum. 7 Sebab itu, kiranya kamu diliputi oleh rasa takut kepada TUHAN. Bertindaklah dengan seksama, karena berlaku curang, memihak ataupun menerima suap tidak ada pada TUHAN, Allah kita." 8 Juga di Yerusalem Yosafat mengangkat beberapa orang dari antara orang Lewi, dari antara para imam dan dari antara para kepala puak Israel untuk memberi keputusan dalam hal hukum TUHAN dan dalam hal perselisihan. Mereka berkedudukan di Yerusalem. 9 Ia memerintahkan mereka: "Kamu harus bertindak dengan takut akan TUHAN, dengan setia dan dengan tulus hati, demikian: 10 Dalam setiap perkara, yang disampaikan kepada kamu oleh rekan-rekanmu yang tinggal di kota-kota, yakni perkara-perkara mengenai penumpahan darah atau mengenai hukum, perintah, ketetapan-ketetapan dan peraturan-peraturan hendaklah kamu memperingatkan mereka, supaya mereka jangan bersalah terhadap TUHAN, sehingga murka-Nya menimpa kamu dan rekan-rekanmu. Hendaklah kamu berbuat demikian, dan kamu tidak akan bersalah. 11 Dengan ini imam kepala Amarya diangkat sebagai ketuamu dalam segala perkara ketuhanan dan Zebaja bin Ismael, pemuka kaum Yehuda, dalam segala perkara kerajaan, sedang orang Lewi akan melayani kamu sebagai pengatur. Bertindaklah dengan tegas! Kiranya TUHAN menyertai orang yang tulus ikhlas."

 

Justeru pemulihan haruslah selaras dengan Hukum-hukum Tuhan.

 

Misi keseluruhan Yehoshua Mesias dinyatakan dengan amat ringkas oleh Geza Vermes.

 

Sebab daya tarikan magnet ajaran dan teladan Yesus menghulurkan harapan dan bimbingan kepada mereka yang berada di luar jemaat agama terancang, merekalah domba sesat umat manusia, yang merindukan dunia yang penuh belas kasihan, keadilan dan damai sejahtera untuk mereka diami sebagai anak-anak Tuhan (The Religion of Jesus the Jew, op. cit., ms 215).

 

Penulis Tawarikh memperhatikan bahawa seluruh Israel, termasuk Yehuda, tidak mempunyai arah tuju dan tiada gembala atau penunjuk jalan, dan hakikat bahawa nabi Mikha “melihat” ini membayangkan signifikans nubuatan untuk hari ini.

 

2 Tawarikh 18:16a Lalu jawabnya: "Telah kulihat seluruh Israel bercerai-berai di gunung-gunung seperti kambing domba yang tidak mempunyai gembala (RSV)

 

Ini digemakan kemudian oleh Yehoshua/Yesus, yang melihat bahawa Yehuda merupakan sebuah bangsa yang hilang:

 

Matius 9:36 Melihat orang banyak itu, tergeraklah hati Yesus oleh belas kasihan kepada mereka, karena mereka lelah dan terlantar seperti domba yang tidak bergembala. (RSV)

 

Bagaimanapun, pada Kedatangannya yang berikut, Mesias akan datang sebagai Penebus daripada perhambaan kepada dosa sebagai hasil pemberontakan kepada Tuhan.

 

Yesaya 59:20 Dan Ia akan datang sebagai Penebus untuk Sion dan untuk orang-orang Yakub yang bertobat dari pemberontakannya, demikianlah firman TUHAN. (RSV)

 

Namun apa yang amat penting ialah fakta bahawa sekiranya kita menunggu sehingga Mesias menampilkan dirinya di Bumi sebelum kita akhirnya bersetuju untuk mengakui dan menyambutnya sebagai Yang Diurapi yang diharapkan, kita sudah terlalu lewat untuk dimasukkan ke dalam Kebangkitan Pertama (dan lebih mulia). Itulah kenapa Kristus berkata akan terdapat ratap dan kertak gigi (Matius 8:11-12), kerana mereka yang tidak menerimanya dalam waktu antara dua Kedatangannya akan dukacita sebab telah ‘ketinggalan kapal’ kerana mereka ragu-ragu, tidak percaya atau tidak mempunyai sikap bertaubat sedangkan mereka tahu Kebenaran itu dan di mana mereka boleh menemuinya, atau bangga membayangkan diri mereka keturunan Abraham secara warisan dan  dengan itu sudahpun mempunyai satu kaki dalam Kerajaan itu. Kita diberitahu bahawa mereka yang ria congkak atau meninggikan diri dari Yehuda akan dibuang, termasuk para Rabai dan Zionis yang mengajar kebohongan (Zefanya 3:11), dan orang Yahudi akan dimualafkan meskipun dengan tradisi-tradisi mereka yang bukan alkitabiah. Aspek-aspek ini juga dibincangkan dalam karya Mengukur Bait Suci (No. 137).

 

Memang cukup senang untuk menerima Raja-Mesias sebagai Yang Diurapi apabila kita berdiri menghadapnya, walau mungkin dengan sedikit rasa gentar. Tetapi ketika dia tidak kelihatan sekaranglah waktunya kita dijangka mempercayai segala laporan tentang dia dan berjalan dengan iman. Kita tidak perlu iman untuk mempercayai seseorang atau sesuatu yang berada di depan kita.

 

Doa Salomo pada waktu pembaktian Bait Suci boleh dikatakan doa yang paling indah dan menggerakkan hati dalam seluruh Alkitab (1 Raja-raja 8:22-53; 2 Tawarikh 6:12-42). Khususnya perhatikan ayat: “bila saja mereka memanggilMu”, mungkin dengan keinginan ikhlas untuk kembali kepada Tuhan dan bukan hanya melakukan tatacara keagamaan, dengan kata lain, dengan hati yang jauh dari Tuhan (Yesaya 29:13; Matius 15:8). Rujuk karya Pemerintahan Raja-raja Bahagian III: Salomo dan Kunci Daud (No. 282C) untuk teks lengkap doa Bait Salomo dan fakta penerapannya kepada orang Bukan Yahudi serta kepada Israel.

 

Sama seperti Tuhan mendengar dan mempedulikan doa Salomo, kita diingatkan bahawa Dia melihat segalanya dan memberi ganjaran setimpal.

 

2 Tawarikh 16:9a Karena mata TUHAN menjelajah seluruh bumi untuk melimpahkan kekuatan-Nya kepada mereka yang bersungguh hati terhadap Dia. (RSV)

 

Dia juga sentiasa bersedia untuk mendengar doa sepenuh hati, dan sudi bertindak atasnya.

 

Yeremia 29:12-14 Dan apabila kamu berseru dan datang untuk berdoa kepada-Ku, maka Aku akan mendengarkan kamu; 13 apabila kamu mencari Aku, kamu akan menemukan Aku; apabila kamu menanyakan Aku dengan segenap hati, 14 Aku akan memberi kamu menemukan Aku, demikianlah firman TUHAN, dan Aku akan memulihkan keadaanmu dan akan mengumpulkan kamu dari antara segala bangsa dan dari segala tempat ke mana kamu telah Kuceraiberaikan, demikianlah firman TUHAN, dan Aku akan mengembalikan kamu ke tempat yang dari mana Aku telah membuang kamu. – (RSV)

 

Satu bahagian Doa Amidah yang khususnya relevan mungkin juga baik diingati di sini.

 

5. Untuk Pertaubatan: Bawa kami kembali, ya Bapa kami, kepada PengajaranMu;

bawalah kami dekat, ya Raja kami, kepada pelayananMu;

dan pimpinlah kami pulang kepadaMu dengan pertaubatan sempurna.

Berbahagialah Engkau, ya Tuhan, yang senang dengan pertaubatan.

 

6. Untuk Pengampunan: Ampunilah kami, ya Bapa kami, kerana kami telah berdosa;

ampunilah kami, ya Raja kami, kerana kami telah melakukan pelanggaran; kerana Engkau memaafkan dan mengampuni.

Berbahagialah Engkau, ya Tuhan, yang berbelas kasihan dan sentiasa sedia mengampuni.

 

Kepadamu yang telahpun memberi manusia begitu banyak: Tuhan tentu sekali boleh menggunakan talenta-talentamu yang pasti dalam pekerjaanNya untuk keselamatan dunia. Engkau didorong mengambil tempatmu di barisan depan kepulangan Israel ke Tanah Perjanjian dan ke dalam kasih sayang Tuhan.

 

Dunia menunggumu, Yehuda. Engkau harus bersedia supaya Mesias boleh kembali kepada suku dan bangsaNya sendiri menurut aturan.

 

q


 

 

LAMPIRAN

 

Beberapa waktu dahulu saya menulis mengenai aspek Hitler sebagai orang Yahudi. Sejak waktu itu bukti saintifik telah dikumpulkan dan kami sekarang boleh katakan dengan pasti bahawa dia seorang Yahudi, daripada kedua-dua sebelah keturunannya, sama ada Sephardi atau Ashkenazi masih belum dipastikan. Dia bagaimanapun bukan seorang bani Yehuda tetapi sebaliknya mualaf awal kepada Yudaisme.

 

Apa yang diketahui tentang kasus ini adalah bapanya Alois Hitler merupakan anak luar nikah seorang pembantu iaitu Maria Schickelgruber dan seorang lelaki Yahudi berumur 19 tahun bernama Frankenberger. Gestapo di Austria mengurung sepupunya, Alois V. Schikelgruber dalam sebuah khemah tahanan maut Austria.

 

Apa yang kita memang tahu tanpa sangsi ialah Adolph Hitler merupakan seorang Yahudi keturunan purba yang sendirinya bukan bani Yehuda. Dengan kata lain dia seorang mualaf Yudaisme. Kita boleh tentukan itu daripada struktur YDNA keluarganya; 39 daripada saudaranya membuat ujian DNA dan dia telah dibuktikan daripada YDNA E1b1b1 keturunan Ham. Heidi Blake menulis satu artikel mengenainya pada 24 Ogos 2010 di dalam Telegraph:

http://www.telegraph.co.uk/news/newstopics/world-war-2/7961211/Hitler-had-Jewish-and-African-roots-DNA-tests-show.html

 

 

Adolf Hitler may have had Jewish and African roots, DNA tests have shown

 

Hg. E1b bukan Semitik/keturunan Sem dan sudah tentu bukan keturunan Yehuda. YDNA ini datang daripada YDNA Mesir/Afrika Utara atau Kanaan. Ini mungkin sekali daripada keturunan Mesir purba yang menghasilkan keturunan Fenisia Carthage.

 

Jean-Paul Mulders, seorang wartawan Belgium, dan Marc Vermeeren, seorang ahli sejarah, menjejaki saudara-saudara Fuhrer itu, termasuk seorang petani Austria yang merupakan sepupunya, awal tahun ini. “Daripada ini seseorang boleh mendalilkan bahawa Hitler mempunyai pertalian dengan orang-orang yang dia pandang hina,” Encik Mulders menulis dalam majalah Belgium, Knack.

 

Haplogrup E1b1b1, yang mencakupi kira-kira 18 hingga 20 peratus Ashkenazi dan 8.6 peratus hingga 30 peratus Y-kromosom Sephardi, nampaknya merupakan satu daripada keturunan pengasas utama populasi Yahudi. Knack, yang menerbitkan penemuan-penemuan itu, mengatakan DNA tersebut diuji dalam kawalan makmal ketat.

 

“Ini hasil yang mengejutkan,” kata Ronny Decorte, seorang pakar/ahli genetik di Universiti Katolik Leuven.

 

Haplogrup E1b1b1 yang muncul dalam contoh-contoh keluarga Hitler adalah jarang di Eropah Barat dan lazim sekali ditemui dalam orang Berber dari Maghribi, Algeria dan Tunisia, serta di kalangan Yahudi Ashkenazi dan Sephardi.

 

Kira-kira 25% daripada semua Yahudi Eropah ialah Hg. E dan Hg. E1b merupakan satu keturunan asas Yudaisme. Begitu juga E3b.

 

E1b1b1 mungkin berasal daripada satu kumpulan awal orang Afrika utara yang masuk ke dalam Israel dari Mesir malah seawal zaman Keluaran atau merupakan orang Kanaan atau bermualaf daripada orang Berber Afrika Utara pada satu waktu kemudian ke dalam masyarakat Yahudi di situ. Orang Yahudi di Austria mungkinpun telah datang ke Eropah bersama-sama angkatan Punic tetapi jauh lebih mungkin lagi mereka telah masuk bersama orang Yahudi Ashkenazi yang pergi ke barat seawal Abad Kesepuluh bersama pengasas-pengasas Austria. Pastinya mereka sudah masuk menjelang 1215.

 

Fakta paling menakjubkan dan mengejutkan sekali ialah seorang “Yahudi” asli memangku kepimpinan Jerman, sebuah negara yang bukan benar-benar tanah airnya walaupun dia berjuang untuknya dan dikurniakan tanda jasa oleh mereka. Dia mengerahkan negara itu dan mengilhaminya dengan hasrat jelas untuk menghapuskan satu kumpulan orang etnik yang meliputi sebahagian besar golongan cerdik-pandai orangnya sendiri dan yang dianggotai sendiri oleh orang kecil jijik ini melalui sebuah keluarga saudara mara yang masih hidup di sana di Austria sampai hari ini.

 

Dia mengerahkan saudara-saudaranya sendiri dibunuh dalam khemah tahanan maut Austria. Jenis pemikiran apakah yang kita berdepan ini? Jelas kesimpulannya satu pemikiran yang amat jijik.

 

Memang ada kemungkinannya bahawa keluarga Hitler merupakan hamba-hamba Mesir yang meninggalkan Mesir sebagai sebahagian daripada Kumpulan Campuran dan dibahagikan kepada Yehuda atau Lewi dalam pembahagian pekerja dalam sistem Bait. YDNA mereka sama sekali menolak kemungkinan bahawa mereka orang Semit. Satu-satunya kemungkinan adanya darah Semit dalam mereka adalah melalui keturunan-keturunan perempuan.

 

Sekarang kita tahu tanpa sangsi lagi siapakah Hitler dan struktur keluarga manakah dia berasal dan apa yang dia lakukan kepada bangsanya sendiri.

 

Proses pembetulan kebangkitan kedua akan menghadapkan secara harafiahnya berjuta-juta orang dengan kebenaran dahsyat yang mereka akan sangat susah hadapi. Setiap pencinta Nazi dan pembenci Yahudi serta kaum lain yang berfikiran sempit akan berhadapan dengan fakta tentang apa yang mereka ikuti dan siapa diri mereka.

 

Salah satu hal paling lucu pernah diberitahu kepada saya mengenai kumpulan Klansmen di AS adalah bagaimana sebilangan keluarga pergi menguji YDNA dan mereka sangat marah apabila mereka mendapati bahawa mereka berketurunan daripada hamba-hamba Afrika yang mungkin sekali telah datang seawal zaman Rom. Mereka ingat mereka bangsa kulit putih dan mereka bukan. Mereka menganiaya saudara mereka sendiri dan apabila mereka mendapati kebenarannya mereka sangat marah. Mereka tidak menyesal.

 

Berjaga-jagalah sebab engkau tidak tahu siapa yang mungkin saudaramu. Perintahnya adalah untuk mengasihi semua orang dan dengan itu menunjukkan bahawa engkau mengasihi Tuhan yang belum pernah engkau lihat.