Jemaat-jemaat Allah Al Masehi

[213]

 

 

 

 

Bulan dan Tahun Baru [213]

(Edisi 2.0 19970830-19990724)

 

Tuhan menyuruh kita untuk menghitung Tahun Baru dari Abib (atau Nisan) yang menjadi permulaan bagi bulan-bulanan. Judaisme mengadakan Tahun Baru pada bulan Tishri. Tidak mungkin untuk kedua-dua Judaisme dan Alkitab betul. Apakah Tahun Baru itu? Adakah ia satu perayaan berupacara Tuhan? Pandangan Alkitab tentang hari penting ini telah sengaja ditutup oleh Judaisme rabbinikal terkemudian untuk membenarkan tradisi-tradisi mereka melebihi Alkitab dan perintah-perintah Tuhan. Tuhan telah memilih untuk menyatakan diriNya dalam simbolisme Bulan Baru ini yang memulakan Tahun Baru serta menunjukkan kepada kita dari simbolisme itu hubunganNya dengan Jemaat melalui Mesias.

 

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta ă 1997, 1999 Wade Cox)

(Tr. 2004)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org

 

 

Bulan dan Tahun Baru [213]

 


 


Judaisme telah memutuskan bahawa Tahun Baru bermula dengan 1 Tishri, iaitu bulan ketujuh dalam tahun. Secara tradisi, itu adalah permulaan tahun sivil dan Judaisme telah mendapatkan pandangan ini dari orang Babilon. Mereka menghitung seluruh kalendar dari apa yang mereka panggil Molad Tishri, yang ditentukan melalui perhitungan dan tidak berdasarkan Bulan Baru sebenar, sama ada melalui konjunksi atau pemerhatian. Ia satu sistem buatan manusia yang terbit dari perhitungan-perhitungan rabbinikal yang diperkenalkan dari Babilon pada tahun 344 TM dan diluluskan oleh Rabbi Hillel pada tahun 358 TM. Sistem terakhir tidak ditetapkan sehinggalah abad kesebelas. Ia tidak mempunyai asas alkitabiah (lihat karya Kalendar Tuhan (No. 156)).

 

Tuhan telah memberikan arahan-arahan jelas kepada Musa, bahawa Abib atau Nisan seharusnya menjadi permulaan bulan untuk Israel. Dia sengaja membuang pandangan Babilon yang menentukan Tahun Baru dari Tishri. Nama Babilon bagi Tishri adalah Teshritu dari mana Tishri jelas diterbitkan. Ia bermakna bulan segala permulaan. Kalendar Yahudi disenaraikan dari Tishri ke Elul. Nisan jatuh di tengah-tengah turutan tahunan ini dari gambaran mereka akan kalendar ini sehingga hari ini (The Jewish Calendar, Nicholas de Lange, Atlas of the Jewish World, Time Life, 1996, halaman 88-89). Bagaimanapun, Tuhan mengatakan bahawa itu bukanlah apa yang sepatutnya dengan Israel. Abib atau Nisan sepatutnya menjadi permulaan bulan-bulanan untuk mereka

 

Keluaran 12:1-2 Berfirmanlah TUHAN kepada Musa dan Harun di tanah Mesir: 2 "Bulan inilah akan menjadi permulaan segala bulan bagimu; itu akan menjadi bulan pertama bagimu tiap-tiap tahun.

 

Bulan Abib atau Nisan ini seharusnya menjadi permulaan segala bulan dan, dengan itu, penetapannya akan menentukan permulaan dan penghujung tahun dan, dengan itu, kalendar.

 

Hakikatnya yang mengejutkan adalah bahawa apabila kita memeriksa Alkitab dan sejarah purba dan arkeologi, kita temui bahawa Israel purba memang betul-betul menurut perintah-perintah Tuhan dan mereka telah memelihara 1 Nisan sebagai Tahun Baru dan sebagai satu perayaan berupacara. Judaisme telah berusaha keras untuk menutup hakikat ini, dan sekaligus mengubah pemahaman teks-teks serta terjemahan-terjemahan alkitabiah untuk mencapai penipuan ini. Kami terhutang budi kepada Skrol-skrol Laut Mati, LXX dan kesarjanaan moden kerana membantu kami dalam mendedahkan perkara ini pada abad ini. Bagaimanapun, sarjana-sarjana rabbinikal sekalipun seperti Rabbi Kohn, Ketua rabbi Budapest yang menulis pada tahun 1894, menyatakan secara kategori bahawa Tahun Baru Rosh haShanah pada bulan Tishri merupakan inovasi zaman selepas Bait Suci lewat abad ketiga (rujuk Para Pemelihara Sabat di Transylvania (No. B3), CCG Publishing, 1998, p. v et. seq).

 

Alkitab memberikan kita perintah jelas bahawa Israel telah memelihara, dan kita harus memelihara, Hari Raya Nisan sebagai hari perayaan berupacara. Perintah ini ditemui di dalam Mazmur.

 

Mazmur 81:1-7  Untuk pemimpin biduan. Menurut lagu: Gitit. Dari Asaf. (81-2) Bersorak-sorailah bagi Allah, kekuatan kita, bersorak-soraklah bagi Allah Yakub. 2 Angkatlah lagu, bunyikanlah rebana, kecapi yang merdu, diiringi gambus. 3 Tiuplah sangkakala pada bulan baru, pada waktu yang ditetapkan, pada hari raya kita. 4 Sebab hal itu adalah suatu ketetapan bagi Israel, suatu hukum dari Allah Yakub. 5 Sebagai suatu peringatan bagi Yusuf ditetapkan-Nya hal itu, pada waktu Ia maju melawan tanah Mesir. Aku mendengar bahasa yang tidak kukenal: 6 "Aku telah mengangkat beban dari bahunya, tangannya telah bebas dari keranjang pikulan; 7 dalam kesesakan engkau berseru, maka Aku meluputkan engkau; Aku menjawab engkau dalam persembunyian guntur, Aku telah menguji engkau dekat air Meriba. Sela. (KJV)

 

Teks ini menunjukkan bahawa Bulan Baru adalah hari raya berupacara. Ia telah disalahtafsirkan untuk merujuk kepada Perayaan Sangkakala-sangkakala, namun ia sama sekali tidak merujuk kepada Tishri. Malah, ia merujuk kepada Bulan Baru dan cubaan-cubaan telah dibuat untuk membuatkan terjemahannya berbunyi bulan baru dan bulan purnama dari teks Ibrani itu. Teks Green’s Interlinear cuba membuatkan ini berbunyi:

 

Tiuplah sangkakala pada bulan baru, pada bulan purnama, pada hari raya kita.

 

Ini adalah kerana teks Ibraninya menggunakan kata-kata SHD 2320 dan SHD 3677 untuk bulan baru. Green menafsirkan SHD 3677 sebagai merujuk kepada bulan purnama, kerana dia mengambil tafsiran ini dari Judaisme dalam aplikasinya kepada Hari-hari Suci, yang ditempatkannya pada Hari Sangkakala-sangkakala dan bukannya pada 1 Nisan di mana ia sepatutnya berada. Soncino menterjemahkan teks itu sebagai:

 

Tiuplah sangkakala pada bulan baru, pada bulan purnama hari raya kita.

 

Tanda bacanya pun disusun rapi dalam terjemahan itu, sehingga menjadikan bulan purnama sebagai hari raya itu, hingga perhatian terpesong dari 1 Nisan sebagai hari raya.

 

Ada juga yang cuba menyifatkan intisari itu kepada bulan ketujuh atau Tishri, kerana KJV jelas menunjukkan bahawa bulan purnama tidak dimaksudkan dalam teks ini, tetapi hanya bulan baru, dan dengan itu mereka mengandaikan bahawa yang dimaksudkan adalah Tishri, kerana orang Yahudi tidak memelihara 1 Nisan sebagai Tahun Baru sebagai hari raya mereka. Maka pertimbangan yang dibuat di sini tidak berhujung pangkal.

 

Soncino menyatakan cubaan sia-sia para pengulas untuk memakaikan teks itu kepada Tishri. Komen-komen mereka menunjukkan betapa jauhnya mereka sanggup pergi untuk membenarkan tradisi-tradisi mereka.

 

4. sangkakala. Ibrani shofar, tanduk domba jantan.

 

pada bulan baru. Ini tidak mungkin merujuk kepada peniupan sangkakala pada setiap bulan baru (Bilangan x.10) kerana pada waktu itu sangkakala-sangkakala perak yang dibunyikan, dan bukannya shofar. Bagaimanapun, hari pertama bulan ketujuh ditandakan dengan peniupan (shofar) (Bilangan xxix.1), dan dirayakan sebagai peringatana yang diisytiharkan dengan pembunyian (shofar itu) (Imamat xxiii.24). Bagaimanapun, Ibn Ezra bertegas bahawa ia juga boleh merujuk kepada setiap bulan baru, kerana pada waktu-waktu itu shofar juga ditiupkan. Penggunaan kata hodesh sebagai satu rujukan kepada Tahun Baru adalah satu kiasan kepada kata hadesh (juga bermakna baru atau pembaharuan) dari akar kata yang sama, dan mencadangkan bahawa Tahun Baru adalah waktu yang sama bagi pembaharuan perbuatan-perbuatan seseorang (Midrash Shocher Tov).

 

pada bulan purnama. secara literal, penyelubungan [bulan]; begitu, Hirsch. Sementara semua hari suci yang lain jatuh lewat dalam bulan, pada bulan purnama, hanya Tahun Baru saja yang jatuh pada permulaan bulan, ketika bulan masih lagi ‘ditutupi’ (R.H. 8a). Kebanyakan pengulas menyatakannya ‘pada waktu yang ditetapkan’ (rujuk Amsal. vii).

 

hari raya. Ibrani chag, perayaan lawatan suci ke Yerusalem, ada tiga semuanya: Paskah, Pentakosta dan Pondok Daun (Ulangan xvi. 16). Kata chag biasanya digunakan merujuk kepada perayaan pondok daun, yang memang berlangsung dalam bulan yang sama dengan Tahun Baru. Meiri menulisnya Tiuplah Shofar pada bulan baru, pada waktu yang ditetapkan dalam bulan itu dalam mana adanya  hari raya kita.

 

5. ia…Allah Yakub. Sangkakala itu ditiupkan kerana perintah dari Allah Yakub, Dia yang telah melepaskan keturunanNya dari Mesir.

 

6. ia. Ini mungkin merujuk sama ada kepada pengasasan Tahun Baru itu, bulan baru atau kepada peniupan sangkakala tersebut (lihat Hirsch).

 

Maksud pertama dan utama Mazmur itu, adalah bahawa ia mengaitkan perayaan ini kepada waktu ketika Tuhan melepaskan Israel dari Mesir dan menguji mereka di air Meriba seperti yang kita lihat dari ayat 7 (8). Ini adalah di dalam bulan Abib atau Nisan, apabila Israel telah dibawa keluar dari Mesir dan diuji di Meriba. Oleh itu, apa yang kita bincangkan di sini adalah hari Bulan Baru bagi bulan pertama (Nisan atau Abib) dan bukannya bulan ketujuh (Tishri).

 

Kita lihat dari komentar-komentar bahawa satu siri faktor dibawa masuk. Istilah yang diterjemahkan sebagai bulan purnama di sini diakui bermaksud secara literal sebagai penyelubungan bulan. Maka tidak mungkin ini adalah bulan purnama. Hirsch mengakui ianya begitu. Kata terbabit adalah SHD 3677 Keseh yang diertikan Strong sebagai kepenuhan atau bulan purnama, iaitu perayaannya pada waktu yang ditetapkan, namun dia mendapatkan ini dari penggunaan rabbinikalnya dan mengatakan ia nampaknya terbit dari SHD 3680 yang kemudiannya dikatakannya bermakna menggemukkan iaitu memenuhkan lubang kosong dan dengan itu, memakaikan atau menutupi, menyembunyikan, melarikan diri, menyelindungi atau meliputi.

 

Kamus Ibrani Baru Brown-Driver-Briggs-Gesenius mengatakan ia bermakna bulan purnama namun asal-usulnya diragui. Ia adalah satu kata pinjaman seperti Kuseu yang bermakna hiasan kepala atau penutup kepala dan juga bulan purnama sebagai tiara dewa bulan…sebagai satu hari raya.

 

Namun begitu, kata ini tidak difahami sebegitu oleh Hirsch dan, lebih penting lagi, ia tidak difahami seperti itu dalam Israel purba seperti yang kita lihat dari LXX. Apabila tujuh puluh orang itu menterjemahkan Septuagint di Alexandria, mereka menulis ayat ini dengan makna:

 

Mazmur 80[81]: 3-5 Tiuplah sangkakala pada bulan purnama pada hari mulia perayaanmu.

 

Sebab hal itu adalah suatu ketetapan bagi Israel, suatu hukum dari Allah Yakub. Sebagai suatu peringatan bagi Yusuf ditetapkan-Nya hal itu, pada waktu Ia maju melawan tanah Mesir… (Brenton, Hendrickson, cetakan 1992).

 

Tidak ragu lagi bahawa pada waktu penterjemahan LXX, teks ini difahamkan merujuk kepada Bulan Baru, dan hanya kepada Bulan Baru sahaja, bagi bulan Abib atau Nisan dalam Keluaran umat Israel dari Mesir. Ini adalah hari raya Tahun Baru bangsa Israel. Oleh itu, adanya hukum yang berkekalan dalam hari raya 1 Nisan. Ia tidak boleh dianggap sebagai merujuk kepada Tishri. Tidak tersangkal lagi bahawa ia adalah Bulan Baru Nisan, namun penekanannya diputarbelitkan.

 

Harus juga diperhatikan (seperti di atas) bahawa chag merujuk kepada semua hari raya dan bukan hanya Pondok Daun dan, dengan itu, bukan Tishri. Perayaan-perayaan Chagigah adalah tiga perayaan lawatan suci Paskah/Roti Tidak Beragi, Perayaan Minggu-minggu atau Pentakosta, dan Perayaan Pondok Daun. Orang Samaria memelihara ketiga-tiga hari raya ini dan membuat lawatan suci ke Gunung Gerizim sepanjang tempoh hari ke 14 dan 15 Bulan Pertama. Mereka masih melakukan ini hingga ke hari ini.

 

LXX menyangkal beberapa premis Judaisme rabbinikal kemudian, dan dengan itu telah disangkal atau tidak diakui dari Jamnia pada abad kedua, bersama-sama dengan Nisan, oleh Judaisme rabbinikal untuk membenarkan tradisi-tradisi mereka.

 

Kata-kata dalam teks ini yang merujuk kepada Bulan Baru, mengukuhkan konsep bahawa penyembunyian Bulan Baru Nisan adalah permulaan sebenar kepada tahun. Penyembunyian ini adalah kegelapan penuh bulan dan memastikan bahawa tradisi-tradisi itu tidak boleh menggantikan perayaan-perayaan atau bulan-bulan itu, jika adalah asas perhitungan yang tunggal. Penglihatan Bulan Baru Abib atau Nisan, sebagai permulaan tahun, sebagai satu ketetapan Tuhan, memang difahami seluruh Israel hingga selewat-lewatnya kemusnahan Bait Suci itu pada tahun 70 TM.

 

Pergerakan bulan dalam fasa-fasanya, direkodkan dengan terperinci untuk satu bahagian kitar itu (4Q317 Frag. 1 Col. 2 + Frag. 2 Col. 2). Maka fasa-fasa ini memangpun diketahui secara harian pada waktu itu dan penglihatannya bukanlah fungsi penentu seperti yang ditegaskan oleh Judaisme Rabbinikal kemudian.

 

Ahli sejarah Galen merekodkan bahawa Judaisme memahami bahawa bulan dengan 30 hari diikuti dengan bulan dengan 29 hari, dan mereka memperuntukkan 59 hari untuk setiap dua bulan.

 

Perayaan Bulan Baru ditemui dalam Temple Scroll (11Q19-20). Dalam kolum 14 kita lihat bahawa korban-korban untuk hari pertama bulan, iaitu Bulan Baru, ada disenaraikan, dan begitu juga arahan-arahan khusus bagi Tahun Baru hari pertama bagi bulan pertama itu. Maka, Skrol-skrol Laut Mati cukup jelas mengenalpasti Bulan Baru bagi bulan pertama (Nisan) sebagai Tahun Baru dan hari upacara perkumpulan dan korban. Ketetapan-ketetapan ini diikuti oleh tuntutan-tuntutan pentahiran tujuh hari untuk pentahbisan keimamatan tahunan.

 

Maka pengudusan keimamatan berlangsung sebagai suatu pentahbisan semula tahunan selama tujuh hari, mungkin bermula dari hari berikutnya, atau selepas Bulan Baru Nisan, sebagai permulaan sistem dan proses agama itu, sehingga hari pengudusan orang-orang yang berdosa tidak sengaja dan tanpa sedar, pada 7 Nisan (Yehezkiel 45:20). Alternatifnya adalah bahawa 7 Nisan memulakan proses itu yang berakhir pada 14 Nisan, namun ini tidak mungkin. Seluruh konsep ini telah hilang kepada Judaisme rabbinikal melalui penurutan mereka kepada sistem Tishri sebagai Tahun Baru milik Babilon, sebalik mengikut Tuhan dan memelihara Nisan sebagai permulaan segala bulan. Tuntutan-tuntuan pengudusan itu telah diteliti dan digariskan dalam karya Pengudusan Bait Suci Tuhan (No. 241).

 

The Temple Scroll (Col. 14) mengatakan tentang Tahun Baru Nisan:

 

Pada hari pertama bulan [pertama] [jatuhnya permulaan segala bulan; untuk kamu ia adalah permulaan segala bulan] dalam tahun. [Kamu harusnya] tidak melakukan apa-apa kerja, [Kamu harus mengorbankan kambing jantan sebagai korban penghapus dosa] yang mesti dikorbankan berasingan dari korban-korban lain untuk mendamaikan [untuk kamu. Selain itu, kamu haruslah mengorbankan lembu jantan muda,] domba jantan, dan [tujuh anak domba tidak bercela yang berumur setahun] […] tidak ter[masuk korban] [bakaran yang lazim bagi hari pertama dalam bulan; bersama dengan persembahan bijirin tiga persepuluh efa gandum terbaik dicampur dengan minyak,] satu setengah hin [untuk lembu jantan itu; dan wain] sebagai korban curahan, [satu setengah hin harum yang menyenangkan kepada Tuhan; dan ] dua persepuluh efa gandum terbaik sebagai persembahan bijirin, dicampur [dengan minyak, satu pertiga hin; dan wain sebagai korban curahan.

 

Kamu harus mempersembahkan] satu pertiga hin untuk domba jantan itu, [suatu korban dengan api, harum yang menyenangkan kepada Tuhan; dan sepersepuluh efa gandum terbaik] sebagai persembahan [bijirin, dicampur dengan minyak, satu perempat hin; dan wain sebagai korban curahan…] (Wise, Abegg and Cook The Dead Sea Scrolls: A New Translation, Hodder and Stoughton, 1996, halaman 460-461).

 

Para pengarang karya dari mana teks ini dipetik, membuat pemerhatian bahawa teks ini tidak ada dalam Alkitab. Yehezkiel 45:8 menunjukkan maksudnya, dan mungkin merujuk kepada turutan di mana lembu jantan adalah elemen pertamanya. Persiapan-persiapan khusus untuk korban tersebut tidak disenaraikan. Bagaimanapun, ketetapan Tahun Baru 1 Nisan sebagai permulaan segala bulan, telah ditetapkan Tuhan sebagai satu hukum dan pemahaman tentang hari ini sebagai hari raya terpelihara di dalam Mazmur dan telah dipelihara sehingga abad pertama TM. Dalam kata lain, ia jelas difahami sebagai ketetapan atau hukum yang sah sepanjang zaman Bait Suci.

 

Hanya di dalam Judaisme rabbinikal zaman selepas Bait Suci, barulah kita mendapati Tishri masuk sebagai Tahun Baru. Kalendar itu kemudiannya telah didasarkan pada Tishri dari molad yang ditangguhkan, dan bukan berdasarkan molad sebenar pada konjunksi dalam Nisan, sebagai hari raya Tahun Baru yang tepat, seperti yang kita lihat dari Mazmur 81.

 

Adakah sebarang buktinya bagi usul bahawa Yehuda dan Judaisme telah mengubah maksud serta kaedah penentuan kalendar dan Tahun Baru itu? Jawapannya adalah bahawa buktinya jelas dan tidak boleh dinafikan. Malah, ia begitu ketara sekali. Di sini adalah beberapa petikan dari sarjana-sarjana tersohor berkenaan hal itu.

 

Ferdinand Dexinger Samaritan Origins and the Qumran Texts. Methods of Investigation of the Dead Sea Scrolls and the Khirbet Qumran Site. Annals of the New York Academy of Sciences, Volume 722, 1994 (ISBN 0-89766-794-8).

 

Dalam konteks pertimbangan metodologi kami sejauh mana ia berkait dengan hubungan antara Samaritanologi dan Qumranologi, kami harus berpaling kepada kalendar hari raya. Mungkinkah ditemui di dalam tradisi liturgi Samaria yang masih wujud, petunjuk-petunjuk tentang tarikh pemisahan kedua-dua tradisi liturgi Samaria dan Yahudi? Dan dari segi apakah bahan Qumran itu membantu dalam bidang kajian ini? (ibid., Chapter: The Feast of the Seventh Month, halaman 239)

 

Titik permulaan pertimbangan kami adalah hakikat jelas bahawa kalendar Samaria bila dibandingkan dengan kalendar Yahudi, mempunyai kebaikan dan keburukannya. Tanpa rasa terkejut, kami menerima hakikat bahawa orang Yahudi dan Samaria berkongsi perayaan-perayaan Pesah, Shavuot dan Sukkot yang semuanya disebutkan dalam Pentateuch. Perbezaan tertentu wujud yang mengaitkan hari raya Mazzot yang dirayakan oleh orang Samaria sebagai satu perayaan yang berbeza dari Pesah. Saya tidak akan meneliti persoalan ini dengan lebih lanjut tetapi berpaling kepada satu lagi hari raya alkitab, iaitu “Hari Raya Bulan Ketujuh” seperti yang disebutkan dalam Imamat 23,24 dan dirayakan dalam kalendar Yahudi sebagai Rosh ha-Shanah.

 

“Hari Raya Bulan ke 7” boleh dilihat sebagai satu lagi contoh tradisi purba Bait Kedua di dalam Samaritanisme.

 

Kedua-dua teks liturgi Yahudi dan Samaria menghubungkan, meskipun cara penulisan ayatnya betul-betul berbeza, pelbagai idea-idea agama berdasarkan teks-teks alkitabiah dengan Hari Raya Bulan Ketujuh. Ada antaranya yang diberikan kepentingan utama … sedangkan yang lainnya jelas dianggap kurang penting. Peranan Shofar, menurut pandangan saya, mungkin membantu untuk memahami perkembangan sejarah hari raya ini. Sekali lagi, bahan Qumran tersebut akan berguna untuk tujuan ini.

 

Peniupan Shofar adalah bahagian integral Liturgi Rosh ha-Shanah Yahudi, namun ia tidak disebut dalam Imamat 23,24. Bukti alkitabiah bagi Shofar sebagai peralatan Teruca hanya boleh didapati dengan merujuk kepada satu lagi petikan alkitab, iaitu Imamat 25,9. Berkenaan peniupan Shofar sebagai satu perintah hari raya ini, Amidah memetik tiga ayat pentateuch yang wujud yang menyebut Shofar sebagai sebahagian dari cerita Sinai itu. Meskipun dengan teks-teks ini  tema Decalogue diperkenalkan, Decalogue itu sendirinya tidak dibacakan dalam Musaph Rosh ha-Shanah Yahudi, sedangkan ia ada dibaca dalam Shaharit Samaria. Ini mengingatkan kita tentang apa yang diperkatakan sebelumnya berhubung Decalogue. Bilangan 10,10 sebagai ayat pentateuch yang mengakhiri, dimuatkan sebagai satu ayat alkitab dalam liturgi Samaria sehingga ke hari ini. Bagaimanapun, ayat ini tidak menyebut tentang Shofar tetapi sebaliknya Hswsrt. Ini mengingatkan kita bahawa Shofar tidak disebutkan dalam mRH 3,3-4. Oleh itu, Heinemann menyimpulkan bahawa Mishnah di sini menggambarkan satu amalan yang telah wujud sejak zaman Bait Suci Kedua. Dengan itu, bahagian Amidah ini yang menggunakan Bilangan 10,10 adalah sebahagian dari Liturgi Bait Yahudi.

 

Shaharit Samaria sama sekali tidak mengandungi ayat-ayat Shofar itu, sedangkan Hswsrt disebutkan beberapa kali. “Shofar” tidak berkaitan dengan Hari Raya Bulan ke 7 Samaria.

 

Dengan membandingkan bahan ini dengan Temple Scroll (Skrol Bait Suci) (11Qtempt 25,3) yang menyebut Hari Raya Bulan ke 7 dan juga berdasarkan Imamat, kami perhatikan bahawa Shofar juga tidak disebutkan, walaupun harus diakui bahawa teks Column 25 adalah sangat berpecah-pecah.

 

Jika tidak mengandaikan bahawa orang Samaria pada suatu tarikh yang diketahui telah memulakan perayaan Hari Raya Bulan ke 7, maka satu titik mula yang munasabah secara kronologi harus dicari.

 

Dengan mempertimbangkan bahawa orang Samaria tidak suka penggunaan nama-nama Yahudi bagi bulan tetapi sebaliknya menggunakan bilangan-bilangan ordinal, andaiannya nampak masuk akal bahawa orang proto-Samaria tidak mengikut kalendar Yahudi sejak masa apabila nama-nama Babilon untuk bulan telah diperkenalkan akhirnya bersama dengan Kalendar Musim Luruh. Sokongan tambahan kepada cara pertarikhan ini adalah hakikat bahawa orang Samaria tidak merayakan Hari Raya Yahudi Purim dan Hanukkah yang diperkenalkan dalam zaman Maccabee. Perkara ini sekali lagi adalah satu kesejajaran kepada Kalendar-Perayaan Qumran. Oleh itu saya mendapat kesimpulannya bahawa bermula dengan zaman Maccabee, orang proto-Samaria telah berhenti mengembangkan tradisi-tradisi agama dan liturgi mereka dalam warisan alkitabiah lazim orang Yahudi. (ibid., halaman 240).

 

Apa yang dikatakan Frank Moore Cross tentang teks Pentateuch Samaria boleh dipakaikan kepada agama orang Samaria secara umum. “Maka taip-teks Samaria adalah contoh lewat dan penuh bagi tradisi Palestin yang lazim, yang digunakan di Yerusalem dan Samaria.” Maka, warisan Yahudi yang sama membentuk latar belakang serupa Qumran dan juga orang Samaria. Dan bahan Qumran itulah yang membolehkan kita mencapai pandangan kesarjanaan yang baru tentang asal-usul Samaria itu. (ibid., Chapter: Conclusion, halaman 244).

 

MICHAEL WISE (Univ of Chicago): Saya mempunyai persoalan untukmu berkenaan konsep warisan Yahudi yang sama. Di sini saya fikirkan khususnya teks-teks kalendar dari Qumran. Seperti yang kamu tahu, terdapat sekumpulan daripadanya yang membentuk satu konkordans antara kalendar lunisolar (sejenis atau satu versinya, nampaknya) dan kalendar 364 hari yang lazim bagi kita. Apa yang menarik bagi saya tentang konkordans ini adalah bahawa versi lunisolar menghitung bagi hari bila mana bulan berakhir. Bagi saya, hakikat ini nampaknya membayangkan bahawa bulan baru dihitung dan adalah setara dengan bulan baru astronomikal moden, dan bukannya bulan baru yang ditentukan oleh pemerhatian. Dengan kata lain, ia adalah apabila konjunksi antara matahari dan bulan berlaku, dan bukannya apabila bahagian pertama bulan kelihatan, yang ditandakan sebagai bulan baru.

 

Saya melihat perkara yang sama dalam kalendar lunisolar. Dengan kata lain, bulan baru yang dihitung: bukan berdasarkan pemerhatian, tetapi bulan baru astronomikal. Menurut pendapatmu, adakah ini kemudiannya mewakili satu daripada elemen-elemen warisan Yahudi, yang wujud sejak Zaman Bait Kedua? (ibid., Chapter: Discussion of the Paper)

 

Oleh itu, adakah kalendar Yahudi telah berubah dari yang asal, yang kelihatannya serupa dengan kalendar Samaria melainkan perintah Bulan Baru selepas 25 Mac?

 

Ferdinand Dexinger (Univ of Vienna, Austria): Saya bukanlah pakar dalam kajian tentang kalendar, kerana itu ada kaitannya dengan matematik, namun sejauh mana pengajian orang Samaria terlibat, Sylvia Powels telah menulis tentang kalendar Samaria itu. Berhubung pertanyaan kamu, saya merasakan ini ada kaitannya dengan warisan yang sama. Pakar-pakar seperti kamu dan lain-lain patut cuba mendapatkan perbandingan yang tepat. Kalendar adalah penting sekali untuk kehidupan sesuatu masyarakat. Meskipun adanya semua perubahan-perubahan itu dahulu, perkiraan kalendar tetap konservatif. Jawapan saya adalah ya. (loc. cit.)

 

1 Tawarikh 24:1-18 menggambarkan bagaimana susunan giliran para imam pernah ditentukan dengan undian. Seperti yang ditetapkan dalam Tawarikh, susunan tersebut bermula dengan Yoyarib dan berakhir dengan Maazya. Mishmarot Qumran menggunakan nama-nama yang sama untuk giliran-giliran itu – nampaknya menunjukkan bahawa sistem mereka wujud sebelum 1 Tawarikh 24 – namun dalam susunan yang berbeza. Ia tidak bermula dengan Yoyarib, tetapi sebaliknya, teks-teks Qumran itu bermula dengan Gamul. Mungkin sebab kepada perubahan ini adalah bahawa senarai yang diberikan dalam 1 Tawarikh memulakan pusingan giliran itu pada musim luruh. Yoyarib mendapat gilirannya pada permulaan bulan ketujuh, Tishri. Sebaliknya, teks-teks Kalendar Qumran mengandaikan Tahun Baru musim bunga (vernal), yang memulakan tahun pada bulan Nisan. Permulaan yang berbeza ini timbul dari pemahaman cerita Penciptaan. Penciptaan terjadi pada musim bunga. Oleh itu, satu susunan kekal berdasarkan penciptaan juga semestinya telah bermula pada masa itu. Tahun Baru vernal bermakna bahawa giliran jabatan imam bermula dengan Gamul.

 

Tanda-tanda menunjukkan bahawa kalendar Qumran pada asalnya terdiri dari satu kitar penuh enam tahun. Masa ketibaan setiap giliran dicatatkan, seperti juga “Bulan-bulan Baru” 7 dan perayaan-perayaan utama dalam kalendar agama itu. …

 

7 Teks tersebut menyebut tentang sdvdv dh kerana di dalam sistem Qumran, Bulan Baru astronomikal hanya kadangkala jatuh pada permulaan bulan. (Michael O Wise An Annalistic Calendar from Qumran NYAS722, Chapter: Discussion, halaman 395)

 

Tiada asas alkitab bagi tindakan-tindakan Judaisme rabbinikal.

 

Tuhan adalah jelas dalam perintah-perintahNya. Bulan Abib atau Nisan adalah permulaan segala bulan untukmu. Hari pertama tahun suci adalah hari raya dan difahami begitu sejak zaman para raja dan berabad-abad lamanya sehingglah kemusnahan Bait Suci itu. 1 Nisan adalah Tahun Baru sebenar bagi Tuhan dan merupakan hari raya sebagai hari pertama bulan pertama.

 

Ini membawa kita kepada perkara seterusnya.

 

Penetapan Tahun Baru

 

Penetapan Tahun Baru pada 1 Nisan berhubungkait dengan Paskah.

 

Peraturan purba bagi penentuan Nisan adalah formula yang mudah, dari mana seluruh tahun ditentukan.

 

Formulanya ditemui dalam karya Schurer (The History of the Jewish People in the Age of Jesus Christ, Vol. I, Calendar Appendix, halaman 590, 593). Dia dengan ringkasnya mengatakan bahawa hari raya Paskah, yang bermula pada 14 Nisan (ibid.) harus sentiasa jatuh selepas ekuinoks vernal ketika matahari berada dalam tanda Aries (halaman 593). Schurer menunjuk kepada komen-komen Anatolius yang terpelihara dalam karya Eusebius yang menyatakan bahawa ini adalah pandangan sebulat suara semua pihak atasan Yahudi.

 

Oleh itu, kaedahnya mudah. Tahun Baru adalah Bulan Baru yang paling dekat kepada ekuinoks, yang memastikan bulan purnama jatuh selepas ekuinoks, sementara matahari berada dalam tanda Aries. Kesederhanaan perkara ini cukup jelas. Tiada masalah berat dalam menentukan Bulan Baru. Satu-satunya masalah yang dihadapi adalah menentukan ekuinoks. Ianya begitu keterlaluan untuk orang mudah percaya untuk menerima bahawa mereka bergantung pada sistem barat itu, di mana dalam tarikh-tarikh Julian disamakan dengan 21 Mac dari Alexandria, sungguhpun Rom mempunyai ekuinoks seawal 18 Mac (Julian) (lihat siri kedua Nicene and Post Nicene Fathers, Vol. XIV, halaman 55 dan seterusnya untuk perincian konflik tersebut). Dalam sistem Gregorian ia mungkin jatuh pada 21-23 Mac.

 

Oleh itu, tarikh terawal bagi Tahun Baru adalah 14 hari sebelum 21 Mac (Julian) – iaitu 8 Mac. Ini adalah tarikh terawal untuk 1 Nisan. Tarikh terakhir ditentukan oleh 15 Nisan dan matahari di dalam Aries. Matahari meninggalkan Aries pada 19 April. Oleh itu, hari 19/20 April adalah hari terakhir dalam mana Paskah boleh bermula. Dengan mengandaikan ini dibenarkan merujuk kepada 14 Nisan maka hari terakhir untuk Paskah dalam kedua-dua kalendar adalah 20 April. Oleh itu, 15 Nisan tidak boleh lebih lewat dari 20/21 April.

 

Oleh itu, menurut peraturan-peraturan purba orang Ibrani, 1 Nisan atau permulaan tahun kudus tidak lebih awal dari 8 Mac dan tidak lebih lewat dari hari Ibrani pada 5/6 April (Julian) atau 8/9 April (Gregorian) dalam keadaan bulan dengan tiga puluh hari yang jatuh dengan ekuinoks pada 23 Mac.

 

Oleh sebab itu, ianya mustahil untuk Paskah datang lebih awal dari ekuinoks vernal dan lebih lewat dari 20/21 April.

 

Unjukan berkas pada hari Minggu tidak boleh jatuh lebih awal dari 23 Mac (22 Mac Julian) dan tidak boleh jatuh lebih lewat dari hari Minggu pertama pada atau selepas 20/21 April. Oleh itu, tarikh terakhir untuk Unjukan berkas adalah 25 April (Julian) atau 26/27 April (Gregorian) jika Paskah jatuh pada 20/21 April.

 

Kini ini membawa kita kepada perbezaan antara kalendar Samaria dan kalendar Saduki yang dipelihara dalam zaman Bait Suci. Orang Samaria dan golongan Saduki menggunakan kaedah yang betul-betul sama dalam penentuan semua bulan dengan perhitungan fasa bulan baru astronomikal. Namun begitu, mereka mempunyai perbezaan besar di mana rekod-rekod Samaria nampaknya menunjukkan bahawa kaedah penentuan Bulan Baru adalah pada bulan baru selepas ekuinoks dan bukannya sebelum. Ini bererti bahawa untuk satu tempoh yang agak panjang, kalendar Samaria lewat sebulan dari Kalendar Yahudi dalam zaman Bait Suci sejak sekurang-kurangnya abad kedua SM. Oleh itu, orang Samaria lazimnya merayakan hari-hari raya mereka pada bulan kelapan Kalendar Bait. Malah, mereka mempunyai satu lagi kesilapan kuno yang nampaknya menyokong tanggapan Dexinger bahawa mereka telah menghentikan kalendar mereka pada satu ketika sekurang-kurangnya pada zaman Maccabee. Kita sebenarnya dapat menentukan dengan agak pasti bahawa mereka sebenarnya terhenti dalam aliran waktu pada satu tempoh sebelum permulaan abad kedua SM.

 

Kita dapat melakukan ini dengan cara berikut. Dalam karya-karya Yerobeam dan Kalendar Hillel (No. 191) dan Pertikaian-pertikaian Quartodeciman (No. 277) kita perhatikan bahawa orang Samaria menentukan Tahun Baru mereka dari Ekuinoks pada 25 Mac. Tarikh ini telah ditetapkan sebagai ekuinoks dalam Kalendar Julian pada abad terakhir sebelum era terkini, namun ia sebenarnya mencerminkan satu amalan yang lebih purba lagi. Dalam teks karya 277 itu kami perhatikan hal-hal berikut, yang penting kepada perbincangan ini.

 

Bulan Baru dan Hari Raya

 

Bulan Baru merupakan aspek terpenting dalam menentukan semua bulan, dan Bulan Baru Nisan menentukan tahun dan bukannya Tishri seperti yang dipelihara Judaisme sejak abad ketiga era terkini. Rosh HaShanah, mengikut sistem penentuannya sekarang, tidak boleh dianggap sebagai pemeliharaan alkitabiah atau zaman Bait Suci yang betul, ataupun sebagai pemeliharaan Judeo-Kristian yang betul.

 

Philo dari Alexandria [diterjemahkan oleh F H Colson (Harvard University Press, Loeb Classical Library, Cambridge, MA, 1937); The Special Laws, II, XI,41] memberitahu kita: “[Hari raya] ketiga adalah bulan baru yang mengikuti konjunksi bulan dengan matahari”. Dan dalam II, XXVI, 140: “Ini adalah Bulan Baru, atau permulaan bulan lunar, iaitu tempoh antara satu konjunksi dan konjunksi seterusnya, di mana panjang tempohnya telahpun dihitung dengan tepat dalam sekolah-sekolah astronomi”. Harus diperhatikan bahawa edisi Hendrickson Publishers yang terkenal (1993) bagi terjemahan C D Jonge tahun 1854 tidak mempunyai maklumat yang sama yang diberikan terjemahan Colson. Tanda-tandanya menunjukkan bahawa konjunksi-konjunksi tersebut adalah penentu dalam menentukan hari pertama bulan.

 

Orang Samaria dan Saduki berdua menentukan kalendar menurut konjunksi, dan hari raya ditentukan menurut konjunksi tersebut, oleh semua sistem sewaktu zaman Bait Suci, kecuali golongan Essene yang mempunyai kalendar tetap dan 14 Abib jatuh pada hari Selasa setiap tahun, dengan interkalasi mengikut kitar tetap. Orang Samaria masih menentukannya menurut konjunksi itu sehingga hari ini (rujuk karya Kalendar Tuhan (No. 156), edisi 1999).

 

Orang Samaria telah memasukkan satu kesalahan ke dalam kalendar mereka, yang menetapkan bulan Pertama sebagai berlangsung dengan bulan baru, yang harus sentiasa jatuh pada atau selepas ekuinoks, yang mereka tentukan jatuh pada 25 Mac. Perhitungan-perhitungann (1988-2163 TM) seperti yang dicatatkan oleh imam Eleazar ben Tsedeka, dimuatkan dalam buku doa bagi Paskah dan Mazzot, Knws tplwt hg hpsh whg hmswt (Holon, 1964), halaman 332-336 (rujuk Reinhard Pummer Samaritan Rituals and Customs, halaman 681-682 nota samping 201 dalam karya Alan D. Crown Ed. The Samaritans, 1989, J. C. B. Mohr (Paul Siebeck) Tubingen). Hakikat ini juga menunjukkan bahawa apa yang kita dapati di sini adalah satu sumber purba yang sama, yang berdasarkan suatu kalendar yang digunakan ketika ekuinoks ada pada 25 Mac. Tarikh ini jauh mendahului zaman Kristus dan telah dipiawaikan di dalam kalendar Julius Caesar (rujuk karya David Ewing Duncan, The Calendar, 4th Estate London, 1998, halaman 81).

 

Ini menunjukkan sumber yang mungkin bagi kesalahan itu. Masa purba untuk menentukan konjunksi pada 25 Mac sebenarnya diperolehi dari zaman Bait Suci Kedua. Ini juga menunjukkan bahawa kita mungkin sekali menghadapi satu gabungan kesalahan, iaitu sesuatu yang mungkin telah timbul dengan kalendar ketika di bawah Yerobeam (rujuk karya Yerobeam dan Kalendar Hillel (No. 191) (edisi ke 2).

 

Menetapkan Penyimpangan Samaria

 

Perkara pertama yang harus kita bereskan adalah tarikh tetap Ekuinoks. Ekuinoks tetap adalah satu penyimpangan dalam waktu.

 

Ekuinoks maju atau sebenarnya mundur dengan perjalanan masa dan dengan itu, Tahun Baru Luni-solar bergerak maju ke hadapan.

 

Berdasarkan hakikat ini, jika kita menentukan tarikh-tarikh Ekuinoks, maka kita boleh menetapkan titik waktu terawal dan terlewat dalam mana Kalendar Samaria terjadi seperti yang kita ketahui.

 

Daud telah memasuki Yerusalem pada tahun 1005 SM dan Ekuinoks pada masa itu adalah 30 Mac. Oleh itu, Tahun Baru di bawah Khemah Suci lama tidak pernah lebih awal dari 17 Mac dalam sebarang tahun.

 

Pada zaman Bait Pertama serta pembahagian Israel dan Yehuda, Ekuinoks adalah pada 29 Mac dan tarikh terawal Tahun Baru adalah 16 Mac.

 

Ketika Israel ditawan pada tahun 722 SM, Ekuinoks berada pada 28 Mac dan tarikh terawal untuk Tahun Baru adalah 15 Mac.

 

Ketika Yehuda menjadi tawanan Babilon dan Bait telah dibinasakan, Ekuinoks ada pada 27 Mac. Tarikh terawal untuk Tahun Baru adalah 14 Mac.

 

Juga dari hakikat ini, tidak disangsikan lagi bahawa Kalendar Samaria yang kita kenali, telah ditetapkan beberapa ketika selepas kejatuhan Bait Pertama dan tidak pernah diamalkan di Israel pada waktu ini. Bagaimanapun ini tidak bermakna bahawa peraturan yang menentukan Bulan Baru selepas ekuinoks belum wujud, dan bahawa peraturan ini adalah peraturan yang berkuatkuasa dalam Kalendar Yerobeam. Dipertimbangkan bahawa kita sebenarnya menyaksikan dua penyimpangan dalam Kalendar Samaria. Penyimpangan pertama adalah penempatan Tahun Baru selepas ekuinoks, yang bermakna bahawa Tahun Baru Yerobeam selalunya jatuh selepas 28 Mac sepanjang zaman kerajaan Israel itu.

 

Dari sini kita dapat memencilkan waktu terawal yang mungkin bila mana Kalendar Samaria mula wujud.

 

Apabila Bait Kedua siap dan bait di Elephantine telah dibinasakan hingga menjelang tahun 410 SM, Ekuinoks berada pada 26 Mac dan tetap di situ sehinggalah pemulihan di bawah Ezra dan Nehemia. Ia tidak mula beroperasi pada 25 Mac sehinggalah penghujung hayat Ezra dan penetapan kanun Perjanjian Baru pada tahun 321 SM.

 

Oleh itu, kita boleh menyimpulkan bahawa penetapan Kalendar Samaria terjadi beberapa ketika selepas kematian Ezra (sekitar tahun 321). Ia mungkin sekitar peristiwa-peristiwa yang disebutkan dalam penyimpangan-penyimpangan antara orang Macedonia dan Babilon sekitar tahun 229 SM seperti yang dicatatkan oleh Frazer, yang akan kita periksa di bawah.

 

Pemeliharaan hari raya pada bulan kelapan, yang dikecam Alkitab, patutnya telah berpunca dari amalan membuatkan bulan baru sentiasa jatuh pada atau selepas ekuinoks. Aspek ini nampaknya tidak diubah dalam kes orang Samaria, sejak kejatuhan Israel. Kerana sebab inilah mereka telah dikutuk dan merupakan satu-satunya sisa Israel yang tidak diberkati dengan janji hak kelahiran Yusuf. Perhitungan-perhitungan Samaria telah dirahsiakan, mungkin kerana sebab inilah. Namun begitu, mereka dan orang Saduki telah sentiasa menentukan kalendar berdasarkan konjunksi tersebut, yang merupakan amalan asal sepanjang zaman bait suci.

 

Menentukan penyimpangan dua sistem itu

 

Kita mungkin boleh menentukan satu titik di mana kalendar Babilon, dan dengan itu kalendar purba yang berdasarkan ekuinoks lama, telah diubahsuai dengan ayat terbuang dalam beberapa kajian yang dilakukan oleh dua sarjana terkenal abad lalu. Kedua-dua sarjana ini adalah James Frazer iaitu penulis Golden Bough serta sahabatnya, iaitu sarjana Pengajian Semitik (Yahudi), W. Robertson Smith.

 

Dalam Golden Bough (Bahagian V, Vol. 1 (i. e. Vol. 7) pada halaman 259), Frazer membuat satu pemerhatian berhubung bulan-bulan dalam tahun pada zaman Berorus orang Kasdim. Dia membuat pemerhatian bahawa oleh kerana Berosus telah mendedikasikan sejarahnya kepada Antiochus Soter, maka dia pastinya telah menggunakan kalendar Macedonia dan bahawa pada zamannya bulan Macedonia, iaitu Lous, nampaknya bersesuaian dengan bulan Tammuz Babilon. Dia kemudiannya menyebutkan dalam nota samping 1 kepada halaman itu, sebab-sebabnya. Nampaknya dia mahupun Robertson Smith tidak menyedari kepentingan pemerhatian mereka yang menakjubkan itu. Dia mengatakan pada nota samping 1:

 

Kesesuaian bulan yang mungkin ini yang memberikan pengesahan yang begitu dialu-alukan bagi tekaan dalam teks ini, telah ditunjukkan kepada saya oleh sahabatku W. Robertson Smith, yang telah memberikan saya nota berikut:

 

“Dalam kalendar Syro-Macedonia, Lous mewakili Ab, bukan Tammuz. Adakah ia berbeza di Babilon? Rasanya ya dan sebulan berbeza, sekurang-kurangnya pada zaman awal monarki Yunani di Asia. Kerana kita tahu dari satu pemerhatian Babilon dalam Almagest (Ideler, I, 396) bahawa pada tahun 229 SM, Xanthicus bermula pada Feb. 26. Oleh itu, ia adalah bulan sebelum bulan ekuinoks, bukan Nisan tetapi Adar, dan kerana itu, Lous menyamai bulan Lunar Tammuz”.

 

Petikan-petikan itu menimbulkan satu persoalan yang sangat penting.

 

Ia membuktikan tanpa ragu-ragu lagi bahawa ada tahun 229 SM, Kalendar Macedonia adalah sebulan lebih awal dari Kalendar Babilon. Tarikh Februari 26 dibekalkan oleh Robertson Smith.

 

Bagaimanapun, ada satu lagi jawapan. Hal ini adalah sebab adanya perbezaan itu pada tahun 229 SM. Sebab yang lebih mungkin adalah bahawa Xanthicus telah ditentukan dari perhitungan-perhitungan ekuinoks yang baru, yang bukan lagi terjadi pada 25 Mac, sebagaimana keadaannya di Babilon dan bahagian timur untuk kira-kira seratus tiga puluh tahun sebelumnya, dan seterusnya, seperti yang kita ketahui, dengan orang Samaria juga. Apa yang mungkin kita saksikan di sini adalah sumber penyimpangan antara kalendar Samaria dan kalendar Ibrani purba serta kalendar itu apabila ia diubahsuai mengikut pergerakan ekuinoks kepada titik waktu yang lebih awal dari 25 Mac dan lebih dekat kepada 22/23 Mac. Oleh itu, jika inilah keadaannya, maka pemahaman tentang bila masanya bulan Babilon bermula adalah tidak betul. Robertson Smith mungkin telah benar-benar menemui tahun dalam mana orang Macedonia mengubahsuai kalendar mereka dan orang Babilon tidak mengikut serta. Oleh itu, tahun Babilon adalah sebenarnya sebulan lebih lewat dan Xanthicus tidak dimulakan pada 26 Februari seperti yang difikirkan Robertson Smith, tetapi hampir sebulan kemudiannya pada atau sebelum 25 Mac. Dengan itu, mungkin boleh diandaikan bahawa orang Babilon kemudiannya memulakan bulan mereka seperti mana orang Samaria sehingga hari ini, pada bulan baru selepas ekuinoks, dan dengan itu meletakkan diri mereka sebulan lebih lewat dari Nisan sejati. Oleh sebab itu, orang Samaria berbuat silap sebanyak sekurang-kurangnya enam puluh peratus waktunya dengan Bulan pertama yang lebih lewat dari dari Nisan sejati, seperti yang dipelihara dalam Zaman Bait lewat, seperti yang dicatatkan oleh Josephus. Judaisme moden memang silap kebanyakan masanya, kerana sistem Hillel dan sistem rabbinikal kemudiannya, dan dengan itu, jemaat di padang gurun adalah satu-satunya kumpulan yang benar-benar memelihara perayaan-perayaan yang betul sepanjang masa.

 

Konflik yang diperhatikan ini mungkin nampaknya telah diakibatkan perubahan ekuinoks dan mengikut peraturan-peraturan yang ada, bulan pertama sepatutnya telah ditolak ke belakang. Perhitungan-perhitungan Robertson Smith memerlukan pemeriksaan selanjutnya.

 

Kepentingan pemerhatian ini adalah bahawa pada tahun 229 SM, satu konflik besar jelas kelihatan dalam pemeliharaan kalendar itu dan bagi kita bulan pertama tahun, mungkin berikutan perubahan-perubahan dalam ekuinoks. Konflik ini nampaknya menunjukkan tarikh terakhir yang mungkin bagi penyimpangan tersebut. Kita tahu dari rekod-rekod, seperti yang dicatatkan Dexinger di atas, bahawa menjelang permulaan zaman Maccabee pada bahagian awal abad kedua SM, penyimpangan itu telahpun sempurna. Orang Samaria berpegang pada ekuinoks 25 Mac, yang masih dipelihara mereka. Rekod ketahanan mereka terhadap perubahan menunjukkan bahawa mereka mungkin juga telah berpegang kepada ketetapan-ketetapan yang telah ditetapkan di Israel mungkin dari zaman Yerobeam. Hujah ini telah diperiksa dan dikemukakan oleh beberapa sarjana, namun telah ditolak oleh Sylvia Powels-Niami. Bagaiamanapun, tidak boleh dinafikan lagi bahawa kalendar mereka wujud selepas pemulihan dan selepas struktur kanun Perjanjian Lama.

 

Kesimpulan-kesimpulan Robertson Smith berkenaan Februari 26 mungkin berpunca dari anggapan salah bahawa kalendar yang digunakan di Babilon adalah tetap, sedangkan ia perlu berubah mengikut ekuinoks. Dia dan Frazer tidak melihat signifikans penuh perkara yang mereka periksa sungguhpun, atau mungkin kerana Frazer sebenarnya menumpukan perhatian kepada pembunuhan raja olok-olok pada bulan Lous, yang dipadankannya dengan Tammuz sendiri hingga memerlukan perkaitan itu.

 

Pertarikhan bagi permulaan tahun pada tahun 229 SM memberikan masalah yang jelas dan sukar untuk orang Samaria. Ekuinoks telah maju ke hadapan dengan peredaran masa dan bukan lagi pada titik pembatas 25 Mac, iaitu tempat di mana orang Parsi serta negeri-negeri pengikut mereka telah memeliharanya untuk seratus tahun sebelumnya. Ini termasuklah orang Samaria. Perkara ini tidak berkaitan dengan masalah Tahun Baru selepas Ekuinoks yang mungkin berkaitan dengan masalah Yerobeam yang lebih awal itu.

 

Apakah yang telah berlaku pada tahun 229 SM? Mengapakah ia penting? Robertson Smith memikirkan bahawa orang Macedonia memelihara Xanthicus pada 26 Februari 229. Ini nampaknya berdasarkan anggapan bahawa orang Babilon mempunyai kalendar yang sama seperti yang mereka ada selama ini, dan ini mungkin bukan begitu keadaannya.

 

Pada tahun 229, konjunksi Bulan Baru, iaitu waktu apabila orang Yunani juga menentukan bulan, tidak jatuh pada 26 Februari tetapi pada 24 Februari pada jam 9:58 p.m. di Babilon dan lebih kurang dua puluh minit lebih awal di Yerusalem. Maka bulan baru patutnya telah dipelihara semua bangsa pada 25 Februari 229 yang bermula dari malam 24 Februari.

 

Ekuinoks adalah 24 Mac pada 5:01 p.m. atau 1701 jam pada tahun 229 SM. Matahari terbenam pada pukul 6:14 p.m. waktu Babilon dan lebih kurang dua puluh minit lebih awal pada kira-kira 5:55 p.m. di Yerusalem. Ini adalah petunjuk utama dan sebab sebenar bagi perubahan itu. Orang Samaria pastinya tidak menerima dan masih tidak menerima perubahan-perubahan kepada Ekuinoks. Mereka menganggap 25 Mac sebagai Ekuinoks dan telah sentiasa mendakwa begini sehingga hari ini. Mereka tidak memulakan bulan sehinggalah bulan baru sesudah tarikh tetap 25 Mac itu. Bulan Baru tahun 229 SM dalam bulan Mac adalah pada 25 Mac pada jam 0001 a.m. dan dengan itu muncul pada malam ekuinoks seperti yang ditentukan mereka dan sebelum harinya sendiri. Oleh itu, orang Samaria akan dan sememangnya telah memindahkan Bulan Baru itu kepada bulan baru seterusnya iaitu 23 April pada 9:42 p.m. Dengan itu, mereka meletakkan diri mereka di dalam keadaan yang mustahil di mana mereka mengadakan Tahun Baru pada waktu yang sangat lewat iaitu 24 April dan Paskah pada 14 dan 15 Nisan selewat-lewatnya 8 Mei 229.

 

Mungkin inilah sebab sebenar bagi perubahan-perubahan itu. Orang Babilon memulakan tahun mereka dari bulan Tishri, namun masih menghubung kepada tarikh-tarikh sekitar Ekuinoks. Hakikatnya adalah bahawa pada tahun ini Xanthicus adalah sebulan lebih awal dari Nisanu dan Bulan Pertama Samaria. Kita juga akan melihat satu lagi kemungkinan di bawah. Mungkin kelewatan itu disebabkan sedikit pengaruh dari ketidakinginan untuk mengubah tarikh-tarikh yang berkaitan dengan 25 Mac. 25 Mac terus tetap sebagai Ekuinoks yang ternyata sehingga pembentukan Kalendar Julian dan merupakan penentuan berkenaan dengan perayaan Ishtar atau Easter di timur dan nampaknya berkaitan dengan perayaan Attis. 25 Mac terus tetap sebagai Tahun Baru di kalangan orang Anglo-Saxon sepanjang kewujudan mereka dalam semua kawasan pendudukan mereka termasuklah AS, sehingga pertengahan tahun 1700an dalam era sekarang. Mungkin kita menyimpang kepada persoalan pertarikhan Julian dan Gregorian, namun penentuan-penentuan astronomikal Ekuinoks 25 Mac masih menunjukkan jendela waktu ini.

 

Oleh itu, seluruh premis kalendar serta penentuan-penentuan W. Robertson Smith patut diperiksa lebih lanjut. Jelas dari perincian yang kita ada bahawa kalendar Babilon dan Samaria adalah terkeluar sebulan dalam tahun ini, dan penempatan Ekuinoks serta Bulan-bulan Baru menjelaskan kenapa ianya begitu, apabila dibandingkan dengan sistem Samaria. Sistem Babilon hanya akan berubahsuai dan dianggap bahawa memang inilah yang telah terjadi kerana bulan-bulan Yahudi, Yunani dan Babilon saling bertindihan setelah tarikh ini di mana Xanthicus bertepatan masanya dengan Nisanu dan Abib dan terus begitu sehingga hujung zaman Bait Suci pada tahun 70 SM.

 

Sistem pengubahsuaian bulan-bulan mengikut Ekuinoks nampaknya merupakan satu peristiwa biasa sepanjang abad-abad lalu sehingga abad ini. Orang Samaria atas sebab-sebab tertentu terus tetap dalam waktu dan dari itu menentukan Bulan Baru bagi Bulan Pertama mereka setelah 25 Mac sebagai satu Ekuinoks tetap. Secara berkesannya ini bermakna bahawa kebanyakan masanya tahun demi tahun mereka mengadakan perayaan mereka pada bulan kelapan kalendar Yahudi dan Yunani-Babilon dalam abad-abad sebelumnya. Kini mereka disingkir secara progresif ke dalam ketidakcocokan menyeluruh. Dari kajian-kajian kita sebelumnya, kita perhatikan bahawa itulah sebabnya kenapa Yerobeam telah dihukum (rujuk karya Yerobeam dan Kalendar Hillel (No. 191)). Pembekuan Ekuinoks telah menambahkan kesalahan ini.

 

Jika sistem Samaria itu tidak mengikut cara orang Babilon dan ia sendirinya adalah satu penyimpangan, maka ia secara berkesannya seperti yang telah digambarkan dan tahun 229 ini jauh terkeluar. Jika W. Robertson Smith adalah betul dan kerabat diraja Macedonia adalah sebulan lebih awal dalam kalendar mereka pada tahun 229 maka terdapat tiga sistem yang salah dalam tahun itu. Bagaimanapun, perhitungan-perhitungannya itu mungkin berdasarkan premis-premis Kalendar Babilon tetap. Kalendar Babilon dalam tahun itu mungkin lewat sebulan dari apa yang difikirkan, dan sesuai dengan Kalendar Samaria, berdasarkan pergerakan Ekuinoks sebelum 25 Mac dan yang telah dihitung dan diakui oleh orang Yunani dan tidak diendahkan oleh keimamatan Babilon.

 

Kesilapan ini kemudiannya diakui dan diubahsuai oleh orang Babilon di bawah pengaruh Macedonia dan juga oleh orang Yahudi di bawah pengaruh yang sama. Atas sebab tertentu, pengetahuan ini tidak dihiraukan oleh orang Samaria, yang terus mengekalkan kalendar asal mereka yang berdasarkan ekuinoks 25 Mac dan Bulan Baru yang ditentukan selepas tarikh tersebut. Mungkin sekali penyimpangan itu terjadi dari tahun 229 SM ini kerana orang Macedonia menghitung tepat Ekuinoks yang berubah-ubah.

 

Ini bukanlah perkara kecil dalam penentuan kalendar purba yang betul.

 

Kemungkinan Lain

 

Terdapat satu lagi kemungkinan dalam aliran tiga sistem berbeza ini jika kita betul-betul menerima pandangan Robertson Smith.

 

Jika benarlah Kalendar Macedonia adalah sebulan lebih awal pada 26 Februari pada tahun 229, lebih sehari kemudiannya dari konjunksi yang diperhatikan mereka, maka apa yang kita saksikan di sini adalah pertemuan dua sistem pagan dan 229 sememangnya tahun titik pertemuan. Memang kita mempunyai tiga kalendar yang sedan berjalan, dan orang Samaria dibelakangkan kerana Bulan Baru mereka selepas 25 Mac itu. Jika Xanthicus sebulan lebih awal hingga tahun 229 SM dan bulan Macedonia, Lous, adalah betul-betul sama dengan bulan Tammuz atau Dummuzi; dan korban-korban tersebut adalah sebenarnya serupa seperti yang disangka Frazer, maka apa yang kita perhatikan di sini adalah Kalendar pagan awal. Kalendar itu mungkin kalendar yang telah dibawa ke dalam China. Malah ia mungkin telah mempengaruhi orang Arab juga hingga ke dalam sistem pagan selepas Kristian, lantas juga mempengaruhi perhitungan serta pandangan mereka bagi Ramadan berbanding dengan pekhabaran Muhammad.

 

Implikasinya adalah, kalendar ini telah diselaraskan semasa pemerintahan Macedonia di Asia Minor dan kemudiannya sewaktu zaman Hellenisasinya (penyebaran tamadun Yunani). Satu-satunya pihak yang tidak mengikut jejak ini adalah orang Samaria, yang terus berpaut kepada penyimpangan Bulan baru selepas 25 Mac ini, yang nampaknya bukan apa yang diikuti orang Babilon, melainkan kita tertipu berhubung dengan kalendar asal mereka. Penyimpangan-penyimpangan lain sepatutnya datang dari sistem pagan, yang juga nampaknya dikekalkan di China dan juga di kalangan beberapa suku Timur Tengah.

 

Kalendar Samaria adalah calon tunggal bagi penghormatan dinamakan sebagai pewaris kepada Kalendar Yerobeam, dengan Bulan baru selepas Ekuinoks. Namun begitu, implikasinya dalam kedua-dua keadaan di atas untuk Kalendar Macedonia dan Kalendar Babilon, adalah menakjubkan.

 

Hakikatnya adalah bahawa Kristus dan Rasul-rasul serta Jemaat Awal tidak mempersoalkan Kalendar zaman Bait Suci. Mereka telah menurut tarikh-tarikhnya sepanjang zaman jemaat Awal sebelum dan selepas kebinasaan Yerusalem. Mereka mengabaikan sepenuhnya kalendar Yahudi kemudiannya dari tahun 358 TM dari Hillel II. Setakat ini, itulah alasan terkuat bahawa ia adalah betul.

 

Masalah dengan Nisan dalam Kekristianan

 

Sidang Nicaea telah mengambil satu formula untuk menentukan bulan Paskah atau Nisan. Sistem Roma telah memelihara satu turutan untuk penentuan itu yang berdasarkan satu sistem perhitungan, yang berbeza dari yang di timur dan berdasarkan satu kitar lapan puluh dua tahun, dan bukannya kitar sembilan belas tahun yang digunakan di Syria dan di timur.

 

Umat Kristian British dikatakan telah juga menggunakan sistem ini (menurut Krusch, rujuk Cath. Encyc., art. Easter, Vol. V, halaman 229). Mereka yang berada di Gaul telah memakai kitar lima ratus tiga puluh dua tahun milik Victorius (ibid.). Orang Alexandria telah diberikan tanggungjawab terhadap kalendar itu dari Nicaea, namun Rom tidak sentiasa serasi dari kitar panjang mereka itu, yang juga dikaitkan mereka kepada orang Briton (dan mungkin dengan tidak betul, demi mencegah diri mereka dipanggil Quartodeciman, rujuk karya Joseph Schmid Die Osterfesberechnung auf den britischen Inseln, 1904, rujuk Cath. Encyc., ibid; rujuk karya Pertikaian-pertikaian Quartodeciman (No. 277)). Sesudah Nicaea, mereka tidak serasi dengan Alexandria dalam hal Easter pada tahun-tahun 326, 330, 333, 340, 341, 343. Orang Rom juga berbeza dari orang Yunani dalam pemeliharaan Easter; mereka tidak merayakan Easter pada hari esoknya apabila bulan purnama jatuh pada hari Sabtu itu. Masalahnya tidak diselesaikan dengan bahagian timur untuk beberapa dekad. Akibatnya adalah bahawa variasi tersebut telah mempengaruhi kesederhanaan cara penentuan bulan Nisan dan, dengan itu, perayaan Paskah atau pemeliharaan perayaan pagan Easter yang kemudiannya.

 

Perpecahan Ortodoks/Katolik

 

Apabila perpecahan antara timur dan barat terjadi, Jemaat Timur kembali kepada pemeliharaan cara pewaktuan Nisan seperti yang ditentukan oleh orang Yahudi. Cuma masalahnya adalah bahawa antara Sidang Nicaea dan Sidang Constantinople serta sidang-sidang kemudiannya, orang Yahudi telah mula memakai satu lagi kalendar di bawah Rabbi Hillel II dari tahun 358 TM dan yang berubah-ubah hingga abad kesepuluh. Maka Jemaat Ortodoks, yang juga dirintangi kalendar Julian yang masih digunakannya untuk tujuan-tujuan keagamaan pada tahun 1997, mengadakan Easter mereka pada 27 April 1997 sementara jemaat-jemaat barat merayakan Easter mereka pada bulan Mac bermula pada hujung minggu terakhir Roti Tidak Beragi, mengikut kalendar sebenar seperti yang digunakan sewaktu zaman Bait kedua. Maka begitulah sandiwara rabbinikal kalendar Hillel memasuki Jemaat-jemaat Ortodoks Timur. Oleh itu, Tahun Baru ditentukan dengan salah oleh lebih dari 100 juta umat Kristian, di samping sistem rabbinikal yang diikuti mereka dengan membabi buta.

 

Tahun Baru iaitu hari pertama bulan pertama (1 Nisan) adalah satu perintah Tuhan dan harus dipelihara sebagai satu ketetapan untuk selamanya. Ia ditentukan dengan mudah mengikut peraturan yang diberikan di atas, dan merupakan suatu perkumpulan berupacara yang diperlakukan seperti hari-hari raya lain dalam Imamat 23 dengan perkumpulan yang diwajibkan untuk tujuan ibadah dan kemeriahan.