Jemaat-jemaat Allah Al Maséhi

[216]

 

 

 

 

Mesiah dan Lembu Betina Merah [216]

(Edisi 1.0 19970705-19970705)

Fahaman Judaisma modern telah mula membicarakan mengenai  Lembu Betina Merah dan telah menyemai baka keatas seekor binatang secara tidak asli dengan menggunakan embrio yang menghasilkan lembu betina merah. Tindakan ini kemudiannya dianggap sebagai satu mukjizat, yang mana, ianya sendiri dipercayai sebagai pengerahan pembinaan semula Kaabah. Apakah makna Lembu Betina Merah dan bagaimana ia berhubungan dengan Mesiah serta pengorbanannya? Jawapannya mengejutkan.

 

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta ã  1997 Wade Cox)

(Tr. 2003)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org

 

 

Mesiah dan Lembu Betina Merah [216]



Artikel di bawah ini terkandung didalam Wichita Eagle, Ahad, Jun 1, 1997 bersama dengan gambar Rabbi Shmaria Shore yang sedang mengusap hidung Melody, seekor lembu betina yang berwarna merah berumur 10-bulan. Kemunculan lembu betina merah ini dipercayai oleh beberapa kumpulan agama di Israel sebagai tanda dari Tuhan, bahawa masanya sudah tiba untuk membina semula Kaabah Yahudi di Yerusalem, yang telah dimusnahkan oleh orang-orang Roma hampir 2,000 tahun yang lalu. Artikel ini berbunyi demikian:

 

Tanda lembu betina merah?

 

Lembu merah yang pertama di Tanah Suci dalam 2,000 tahun mencipta satu kegemparan dalam teologi. Oleh Dina Kraft Associated Press

 

KFAR HASIDIM, Israel – Beberapa orang mendakwa bahawa lembu betina merah itu adalah petanda bagi Mesiah.  Beberapa pihak pula mahu dia dimusnahkan.  Sementara yang lain menganggap bahawa lembu ini tidak masuk akal.

 

Melody yang berumur sepuluh bulan, dipercayai sebagai lembu betina merah yang pertama dilahirkan di Tanah Suci dalam dua milenium, kelihatan ceriah dan sedang berbaring di sekitar tempat yang teduh. Tetapi perdebatan mengenai pengertian teologinya adalah satu daripada tanda yang aneh terhadap perpecahan yang semakin memuncak diantara keagamaan dan keduniawian Israel.

 

“Lembu betina merah adalah satu daripada tanda yang paling penting bahawa kita sedang hidup dalam masa-masa yang istimewa,” kata Gershon Solomon, ketua kumpulan yang dipertanggungjawabkan untuk membina semula Yuhudi kuno, yang dimusnahkan oleh kerajaan Roma pada 70 A.D.

 

Pada masa dahulu, abu lembu betina merah akan dicampur dengan air dari mata air untuk memurnikan imam besar sebelum mereka memasuki kaabah. Ada kebimbangan bahawa segelintir kumpulan pelampau mungkin akan menyimpulkan kelahiran Melody itu sebagai tanda yang menunjukkan bahawa masanya sesuai untuk membina semula kaabah di tempatnya, yang mana sekarang merupakan penempatan bagi beberapa keramat Islam yang maha suci.

 

Ditanya sama ada kumpulannya menyokong hal itu, Solomon mengatakan dia hanya percaya sekiranya kubah batu serta masjid al-Aksa boleh dibongkar dan dipindahkan di Mekah – satu perpindahan yang sukar ataupun boleh memusnahkan sudut pandangan bagi keamanan sejagat.

 

Walaupun golongan aliran-aliran keagamaan belum berkumpul disekeliling lembu itu, segelintir orang Israel duniawi melihat lembu itu sebagai satu ancaman. “Bahaya yang mungkin boleh ditimbulkan oleh lembu betina ini lebih besar dari kemusnahan yang disebabkan oleh bom pengganas,” akhbar liberal Haaretz menulis baru-baru ini, menyarankan supaya Melody ditembak mati.

 

Menachem Friedman, seorang pakar dalam hal-ehwal keagamaan di Bar-llan University, mengatakan bahawa kelahiran Melody mewujudkan “keadaan yang sangat lembut.”

 

“kita tidak tahu bagaimana kumpulan radikal …akan menggunakannya,” dia katakan. “orang-orang sedang menunggu tanda-tanda itu, dan membicarakan hal itu secara serius.”

 

Kelahiran Melody 10 bulan yang lalu menyebabkan kegemparan dalam media, bertepatan dengan pembangunan semula keagamaan serta berlaku sejurus selepas pemilihan umum, yang mana rekod menunjukkan kebangkitan parti-parti keagamaan.

 

Shmaria Shore, seorang rabi di sebuah kampung pertanian di bahagian utara Israel, mengatakan bahawa sudah beratus-ratus orang berkerumun untuk melihat Melody.

 

Shore mengatakan bahawa lembu betina merah yang jati telah mati pupus di Israel sejak zaman selepas-kaabah, dan ianya jarang dilihat seekor lembu betina merah tanpa bintik-bintik putih atau hitam pada badannya. Dia merasa sedih menyatakan bahawa artikel itu mungkin tidak sungguh-sungguh berkenaan dengan Melody memandangkan beberapa perkara yang tidak sempurna. Shore, yang berhijrah ke Israel dari New Haven, Conn., 24 tahun lalu, berharap kepada penulisan mengenai Melody, cuba membesarkan lensanya, serta memujuknya.

 

“Disini, kamu lihat beberapa buluh putih,” dia katakan, sambil menunjukkan kearah ekor. “Dan disini – buluh matanya hanya dimulai dengan warna merah tetapi kemudian menjadi hitam!”

 

Ibu Melody adalah dari kumpulan lembu biasa yang berwarna hitam dan putih; tetapi dia telah disemai secara tidak asli dengan baka sperma yang diambil dari sapi jantan di Switzerland.

 

Satu gen tunggal akan bertanggungjawab dalam pewarnaan buluh seseekor lembu, dan mutasi didalam satu daripada dua tempat boleh mengubah warna dari hitam kepada merah, kata Jerry Taylor, seorang profesor di bahagian genetik sains haiwan di Texas A&M. Kedua-dua lembu jantan dan betina harus membawa mutasi merah dan kedua-duanya harus menyumbangkannya kepada keturunannya, dia katakan.

 

Shai Ryter, seorang pelukis grafik dari Tel Aviv, mengatakan bahawa semua kegemparan mengenai lembu itu tidak masuk akal.

 

“Sudah tentu perkara ini gila,” dia katakan. “ sekiranya kamu mengambil sebarang keputusan menurut tanda-tanda ini,  saya akan merasa sangat bimbang.”

 

Apakah makna lembu betina merah dan lebih penting lagi, bagaimana ia berhubungan dengan Mesiah serta Kaabah? Marilah kita meneliti ayat Alkitab mengenai perkara ini.

 

Yeremia 48:10 Terkutuklah orang yang melaksanakan pekerjaan TUHAN dengan lalai, dan terkutuklah orang yang menghambat pedang-Nya dari penumpahan darah!

 

Meneliti pekerjaan Allah dengan bersemangat adalah baik dan benar. Bagaimanapun, ianya harus dilakukan dengan betul.

 

Bilangan 19:1-13 TUHAN berfirman kepada Musa dan Harun: 2 "Inilah ketetapan hukum yang diperintahkan TUHAN dengan berfirman: Katakanlah kepada orang Israel, supaya mereka membawa kepadamu seekor lembu betina merah yang tidak bercela, yang tidak ada cacatnya dan yang belum pernah kena kuk.  3 Dan haruslah kamu memberikannya kepada imam Eleazar, maka lembu itu harus dibawa ke luar tempat perkemahan, lalu disembelih di depan imam.  4 Kemudian imam Eleazar harus mengambil dengan jarinya sedikit dari darah lembu itu, lalu haruslah ia memercikkan sedikit ke arah sebelah depan Kemah Pertemuan sampai tujuh kali.  5 Sesudah itu haruslah lembu itu dibakar habis di depan mata imam; kulitnya, dagingnya dan darahnya haruslah dibakar habis bersama-sama dengan kotorannya.  6 Dan imam haruslah mengambil kayu aras, hisop dan kain kirmizi dan melemparkannya ke tengah-tengah api yang membakar habis lembu itu.  7 Kemudian haruslah imam mencuci pakaiannya dan membasuh tubuhnya dengan air, sesudah itu masuk ke tempat perkemahan, dan imam itu najis sampai matahari terbenam.  8 Orang yang membakar habis lembu itu haruslah mencuci pakaiannya dengan air dan membasuh tubuhnya dengan air, dan ia najis sampai matahari terbenam.  9 Maka seorang yang tahir haruslah mengumpulkan abu lembu itu dan menaruhnya pada suatu tempat yang tahir di luar tempat perkemahan, supaya semuanya itu tinggal tersimpan bagi umat Israel untuk membuat air pentahiran; itulah penghapus dosa.  10 Dan orang yang mengumpulkan abu lembu itu haruslah mencuci pakaiannya, dan ia najis sampai matahari terbenam. Itulah suatu ketetapan untuk selama-lamanya bagi orang Israel dan bagi orang asing yang tinggal di tengah-tengahmu.  11 Orang yang kena kepada mayat, ia najis tujuh hari lamanya.  12 Ia harus menghapus dosa dari dirinya dengan air itu pada hari yang ketiga, dan pada hari yang ketujuh ia tahir. Tetapi jika pada hari yang ketiga ia tidak menghapus dosa dari dirinya, maka tidaklah ia tahir pada hari yang ketujuh.  13 Setiap orang yang kena kepada mayat, yaitu tubuh manusia yang telah mati, dan tidak menghapus dosa dari dirinya, ia menajiskan Kemah Suci TUHAN, dan orang itu haruslah dilenyapkan dari Israel; karena air pentahiran tidak disiramkan kepadanya, maka ia najis; kenajisannya masih melekat padanya.

 

Lembu betina merah adalah bertujuan untuk membersihkan khemah pertemuan. Ia akan menanggung dosa serta ketidaksucian orang-orang Israel. Debunya akan dikumpulkan dan disimpan di tempat yang bersih diluar khemah. Debu ini disimpan untuk orang-orang Israel untuk dicampurkan dengan air untuk memurnikan ketidaksucian. Justru, objek ini adalah sumber bagi bahan yang digunakan untuk menguduskan air yang akan menyucikan Israel. Keseluruhan Struktur ini akan digabungkan untuk menjalankan korban penyucian. Ini akan terus diikuti dengan upacara pembersihan bagi mereka yang kotor disebabkan memegang orang yang sudah mati.

 

Semua masa dan kejadian-kejadian ini juga menghubungkan kembali kepada Korban Hari Paskah. Secara umum, Kristus sudah difahami  telah menjadi Korban Hari Paskah dan, melalui kematiannya pada 14 Nisan, dia menyelamatkan serta menguduskan Israel. Bagaimanapun, dia dibutuhkan untuk memenuhi beberapa  korban yang lain pada masa yang sama untuk membolehkan semua aspek penyelamatan dalam penebusan akan berjalan. Semua mereka yang menguburkan Mesiah akan menjadi kotor selama tujuh hari. Dalam perkataan lain, mereka tidak bersih sehingga hari terakhir dalam Hari Suci, yakni Hari Raya Roti tidak Beragi. Oleh kerana itu, pada masa Hari Paskah, mereka harus menurunkan jenazah dari kayu salib sebelum matahari terbenam supaya orang-orang itu tidak dikotori. Mengikut beberapa pandangan rabbinical, mereka tetap kotor pada sepanjang hari raya itu. Bagaimanapun, Dead Sea Scrolls (Gulungan Laut Mati) menunjukkan bahawa terjemahan ini adalah salah. Mereka menurunkan jenazah itu sebelum gelap supaya mereka tidak mengotori hari pertama Hari Suci itu. Hari Suci ini bermula pada petang senja hari Rabu. Dalam keadaan ini, lembu betina merah digunakan sebagai alat untuk menguduskan mereka. Pada dasarnya, tatacara ini tidak dipersembahkan oleh domba Hari Paskah. Dengan sebab inilah, maka Mesiah dimasukkan kedalam kubur yang bersih, dimana tidak pernah diletakkan mayat sebelum ini. Ini adalah simbolik kepada sisa lembu betina itu. Mesiah harus kekal bersih tanpa dikotori sehingga masa kenaikannya. Kematiannya memenuhi banyak perkara, dan sesungguhnya menggenapi seluruh tuntutan pengorbanan dalam Kaabah sekaligus untuk semua.

 

Dia dikuburkan pada waktu senja dan kebangkitannya sudah diterima secara umum pada awal abad bahawa ianya pada waktu senja. Justru, dia berada di dalam kubur selama tiga hari penuh, dari senja ke senja. Surat kuno Pilatus kepada Tiberius Kaisar (dalam bentuk Greek pertama) mengatakan:

Dan pada waktu petang dalam hari yang pertama dalam minggu itu, kedengaran bunyi dari langit, maka langit menjadi tujuh kali lebih terang dari hari-hari lain. Dan pada jam yang ketiga malam itu juga matahari dilihat bersinar lebih terang daripada sebelumnya, menerangi seluruh pelusuk langit.

 

Bentuk Greek kedua (sama ada satu daripadanya atau kedua-duanya adalah asli atau tidak) menyatakan demikian:

Pada hari pertama dalam minggu itu, kira-kira jam yang ketiga pada malam itu, matahari dilihat bersinar seperti tidak pernah terjadi sebelum ini, dan semua pelusuk langit menjadi terang… (ANF, Vol. Vlll, ms. 460-463).

 

Pilatus dipercayai menjadi seorang Kristian pada akhirnya. Surat ini seperti menunjukkan bahawa kegelapan yang melanda bumi sewaktu penyaliban difahami telah digantikan dengan terang sewaktu kebangkitan, yang mana telah ditandakan oleh penerangan itu sehingga jam yang ketiga atau jam 9 pm. Perkara ini difahami bahawa ianya disertai dengan warga semesta alam dan beberapa kebangkitan dari antara orang mati. Beberapa manuskrip memberi perincian bahawa 500 kebangkitan telah berlaku (ibid).

 

Tujuannya disini ialah untuk menyatakan ayat-ayat ini sebagai pemahaman mengenai kebangkitan yang terjadi sewaktu permulaan senja pada hari pertama dalam minggu itu. Justru, Mesiah berada di dalam kubur selam tiga hari dan tiga malam. Wadah yang bersih ini adalah simbolik kepada wadah untuk sisa penyucian.

 

Pengorbanan ini juga adalah tanda keselamatan serta kewarisan orang-orang Israel yang diberikan oleh Abraham.

 

Kejadian 15:1-21 Kemudian datanglah firman TUHAN kepada Abram dalam suatu penglihatan: "Janganlah takut, Abram, Akulah perisaimu; upahmu akan sangat besar."  2 Abram menjawab: "Ya Tuhan ALLAH, apakah yang akan Engkau berikan kepadaku, karena aku akan meninggal dengan tidak mempunyai anak, dan yang akan mewarisi rumahku ialah Eliezer, orang Damsyik itu."  3 Lagi kata Abram: "Engkau tidak memberikan kepadaku keturunan, sehingga seorang hambaku nanti menjadi ahli warisku."  4 Tetapi datanglah firman TUHAN kepadanya, demikian: "Orang ini tidak akan menjadi ahli warismu, melainkan anak kandungmu, dialah yang akan menjadi ahli warismu."  5 Lalu TUHAN membawa Abram ke luar serta berfirman: "Coba lihat ke langit, hitunglah bintang-bintang, jika engkau dapat menghitungnya." Maka firman-Nya kepadanya: "Demikianlah banyaknya nanti keturunanmu."  6 Lalu percayalah Abram kepada TUHAN, maka TUHAN memperhitungkan hal itu kepadanya sebagai kebenaran.  7 Lagi firman TUHAN kepadanya: "Akulah TUHAN, yang membawa engkau keluar dari Ur-Kasdim untuk memberikan negeri ini kepadamu menjadi milikmu."  8 Kata Abram: "Ya Tuhan ALLAH, dari manakah aku tahu, bahwa aku akan memilikinya?"  9 Firman TUHAN kepadanya: "Ambillah bagi-Ku seekor lembu betina berumur tiga tahun, seekor kambing betina berumur tiga tahun, seekor domba jantan berumur tiga tahun, seekor burung tekukur dan seekor anak burung merpati."  10 Diambilnyalah semuanya itu bagi TUHAN, dipotong dua, lalu diletakkannya bagian-bagian itu yang satu di samping yang lain, tetapi burung-burung itu tidak dipotong dua.  11 Ketika burung-burung buas hinggap pada daging binatang-binatang itu, maka Abram mengusirnya.  12 Menjelang matahari terbenam, tertidurlah Abram dengan nyenyak. Lalu turunlah meliputinya gelap gulita yang mengerikan.  13 Firman TUHAN kepada Abram: "Ketahuilah dengan sesungguhnya bahwa keturunanmu akan menjadi orang asing dalam suatu negeri, yang bukan kepunyaan mereka, dan bahwa mereka akan diperbudak dan dianiaya, empat ratus tahun lamanya.  14 Tetapi bangsa yang akan memperbudak mereka, akan Kuhukum, dan sesudah itu mereka akan keluar dengan membawa harta benda yang banyak.  15 Tetapi engkau akan pergi kepada nenek moyangmu dengan sejahtera; engkau akan dikuburkan pada waktu telah putih rambutmu.  16 Tetapi keturunan yang keempat akan kembali ke sini, sebab sebelum itu kedurjanaan orang Amori itu belum genap."  17 Ketika matahari telah terbenam, dan hari menjadi gelap, maka kelihatanlah perapian yang berasap beserta suluh yang berapi lewat di antara potongan-potongan daging itu.  18 Pada hari itulah TUHAN mengadakan perjanjian dengan Abram serta berfirman: "Kepada keturunanmulah Kuberikan negeri ini, mulai dari sungai Mesir sampai ke sungai yang besar itu, sungai Efrat:  19 yakni tanah orang Keni, orang Kenas, orang Kadmon,  20 orang Het, orang Feris, orang Refaim,  21 orang Amori, orang Kanaan, orang Girgasi dan orang Yebus itu."

Tuhan memberitahu Abraham bahawa dia akan menerima kewarisan. Eliezar, orang Damaskus adalah warisnya pada ketika itu. Dia juga disuruh untuk mengorbankan seekor lembu betina, seekor kambing betina dan seekor domba jantan, semuanya berumur tiga tahun beserta dengan burung tekukur dan burung merpati.

 

Korban ini menjelaskan kewarisan dan penggantian kepada keimamatan yang dilambangkan oleh Eliezar dengan anak-anak yang dijanjikan oleh keimamatan Melkisedek. Korban-korban ini menggunakan binatang yang berumur tiga tahun, yang tampaknya melambangkan kesaksian penginjilan Mesiah dan Yohanes Pembaptis (lihat tulisan Tanda Yunus dan Sejarah Pembinaan Semula Kaabah [013] dan Penyesuaian Waktu Penyaliban dan Kebangkitan [159]). Matahari menjadi gelap pada waktu petang sama seperti pada waktu penyaliban dan, pada petang itu semasa keadaan gelap, kelihatan perapian yang berasap serta suluh yang berapi melewati diantara potongan-potongan korban yang telah dipotong kepada dua. Burung-burung itu tidak dipotong, dan ianya menandakan Roh Suci serta peranannya didalam proses ini. Disini kehadiran Tuhan dilambangkan melewati diantara potongan-potongan korban itu, yang mana dikenalpasti sebagai pembentukan perjanjianNya. Proses ini melibatkan janji hak kelahiran dan penebusan bangsa Abraham dalam Israel, yang mana memikul janji Mesias. Tindakan ini menantikan perjanjian yang akan digenapi dalam Mesiah.

 

Korban lembu betina yang tidak pernah dihela dengan kuk melibatkan kesalahan dan penghakiman.

 

Ulangan 21:1-9  "Apabila di tanah yang diberikan TUHAN, Allahmu, kepadamu untuk menjadi milikmu, terdapat seorang yang mati terbunuh di padang, dengan tidak diketahui siapa yang membunuhnya,  2 maka haruslah para tua-tuamu dan para hakimmu keluar mengukur jarak ke kota-kota yang di sekeliling orang yang terbunuh itu.  3 Kota yang ternyata paling dekat dengan tempat orang yang terbunuh itu, para tua-tua kota itulah harus mengambil seekor lembu betina yang muda, yang belum pernah dipakai, yang belum pernah menghela dengan kuk.  4 Para tua-tua kota itu haruslah membawa lembu muda itu ke suatu lembah yang selalu berair dan yang belum pernah dikerjakan atau ditaburi, dan di sana di lembah itu haruslah mereka mematahkan batang leher lembu muda itu.  5 Imam-imam bani Lewi haruslah tampil ke depan, sebab merekalah yang dipilih TUHAN, Allahmu, untuk melayani Dia dan untuk memberi berkat demi nama TUHAN; menurut putusan merekalah setiap perkara dan setiap hal luka-melukai harus diselesaikan.  6 Dan semua tua-tua dari kota yang paling dekat dengan tempat orang yang terbunuh itu, haruslah membasuh tangannya di atas lembu muda yang batang lehernya dipatahkan di lembah itu,  7 dan mereka harus memberi pernyataan dengan mengatakan: Tangan kami tidak mencurahkan darah ini dan mata kami tidak melihatnya.  8 Adakanlah pendamaian bagi umat-Mu Israel yang telah Kautebus itu, TUHAN, dan janganlah timpakan darah orang yang tidak bersalah ke tengah-tengah umat-Mu Israel. Maka karena darah itu telah diadakan pendamaian bagi mereka.  9 Demikianlah engkau harus menghapuskan darah orang yang tidak bersalah itu dari tengah-tengahmu, sebab dengan demikian engkau melakukan apa yang benar di mata TUHAN."

 

Dengan cara ini juga, kesalahan dalam darah orang yang tidak bernoda telah dibersihkan dari Israel. Tuntutan tidak dihela dengan kuk ini menandakan kebebasan dari perhambaan kepada sistem keagamaan yang lain.

 

Kuasa penghakiman juga akan melewati kedalam sistem beraja. Justru, penghakiman juga disandarkan kepada Mesiah, sekali lagi dilambangkan oleh bentuk korban ini.

1 Samuel 16:1-5  Berfirmanlah TUHAN kepada Samuel: "Berapa lama lagi engkau berdukacita karena Saul? Bukankah ia telah Kutolak sebagai raja atas Israel? Isilah tabung tandukmu dengan minyak dan pergilah. Aku mengutus engkau kepada Isai, orang Betlehem itu, sebab di antara anak-anaknya telah Kupilih seorang raja bagi-Ku."  2 Tetapi Samuel berkata: "Bagaimana mungkin aku pergi? Jika Saul mendengarnya, ia akan membunuh aku." Firman TUHAN: "Bawalah seekor lembu muda dan katakan: Aku datang untuk mempersembahkan korban kepada TUHAN.  3 Kemudian undanglah Isai ke upacara pengorbanan itu, lalu Aku akan memberitahukan kepadamu apa yang harus kauperbuat. Urapilah bagi-Ku orang yang akan Kusebut kepadamu."  4 Samuel berbuat seperti yang difirmankan TUHAN dan tibalah ia di kota Betlehem. Para tua-tua di kota itu datang mendapatkannya dengan gemetar dan berkata: "Adakah kedatanganmu ini membawa selamat?"  5 Jawabnya: "Ya, benar! Aku datang untuk mempersembahkan korban kepada TUHAN. Kuduskanlah dirimu, dan datanglah dengan daku ke upacara pengorbanan ini." Kemudian ia menguduskan Isai dan anak-anaknya yang laki-laki dan mengundang mereka ke upacara pengorbanan itu.

 

Anak-anak lelaki Isai adalah korban dan juga tamu. Mesiah adalah keturunan Daud melalui Natan dan ditambah dengan keturunan Lewi melalui Simei (lihat tulisan Silsilah Mesiah [119]).

 

Lembu betina merah itu telah dikorbankan di luar khemah. Tempatnya tidak boleh lebih dekat daripada jarak satu ribu ela dari Tabut Perjanjian yang diberikan sebagai jarak kaum-kaum itu dari Tabut Perjanjian ketika perarakan. Satu ribu hasta daripada kota-kota itu diberikan kepada kaum lewi untuk tanah penggembalaan dan ukuran bahagian luarnya, yakni dari tembok juga adalah dua ribu hasta (lihat Bil 35:1-5). Hukum melarang setiap orang kecuali anak-anak Harun untuk berkhemah di bahagian timur bait suci itu dan sesiapa yang datang mendekat ke bahagian tersebut akan dihukum mati (Bil 3:38). Ini juga dikerahkan di Yerusalem. Kemudian anak-anak Harun mentahbiskan orang-orang Kehat (Bil 4:19 dan ayat-ayat seterusnya) dan kaum-kaum yang lain dalam setiap tahap keimamatan dan setiap bangsa. Justru, proses pengorbanan serta pengudusan bermula dari imam besar dan bekerja melalui susunan keimamatan dan bangsa.

 

Pemahaman mengenai korban-korban ini menurut Mishnah adalah seperti berikut:

 

Yerusalem tidak perlu membawa lembu betina yang mana lehernya akan dipatahkan (9.2. H Neusner Mishnah, Yale University Press, ms. 462)

 

Bercela tidak akan membatalkan lembu betina itu untuk membersih darah yang bernoda (9.5.C, ibid.).

 

Para penatua di kota itu mencuci tangan ditempat leher lembu betina itu dipatahkan dengan mengatakan Tangan kami tidak mencurahkan darah ini (9.6.A & B, ms. 463). Pilatus melakukan ini untuk mereka sewaktu pembicaraan Mesiah.

 

Para imam mengatakan Ampunilah Oh Tuhan umatMu Israel yang telah Kau tebus, dan janganlah timpakan darah orang yang tidak bersalah ke tengah-tengah umatMu Israel (Ul 21:8; 9.6.F). mereka tidak perlu mengatakan Maka kerana darah itu telah diadakan keampunan bagi mereka (Ul 21:8) kerana itu adalah fungsi Tuhan melalui Mesiah dan bukannya oleh keimamatan.

 

Lembu betina merah secara tradisinya akan disembelih di lembah yang kasar (9.5.D). (Yakni disebelah Kidron).

 

Sekiranya leher lembu betina merah itu patah dan kemudian pembunuh itu dijumpai, pembunuh itu akan dihukum mati di tempat lembu tadi. Sekiranya pembunuh itu dijumpai  sebelum lembu betina itu dibunuh, maka lembu betina itu tidak dibutuhkan untuk dibunuh dan dilepaskan ke padang penggembalaan. Bagaimanapun, Mesiah telah mati untuk dosa dunia dan darah yang bernoda telah menimpa Israel dan tidak boleh disingkirkan, kecuali melalui pengorbanannya.

 

Sekiranya pembunuh semakin bertambah maka upacara untuk mematahkan leher lembu betina merah itu akan dibatalkan (9.9.I.A.). pembatalan ini berlandaskan Hosea 4:14.

 

Gabungan peraturan-peraturan Mishnah mengenai korban-korban lain dan lembu betina merah:

 

Lembu betina merah tidak ditangguhkan kecuali buluhnya berubah menjadi hitam [dan] ia seharusnya tidak [sebaliknya] menjadi tidak layak (1.1.E.2; ms. 1012-1035).

 

Sekiranya ada buluh hitam, maka dua helai buluh hitam atau putih didalam satu geronggang menyebabkan ia tidak layak (2.5.A, ms. 1015).

 

Sekiranya ia berada di dalam dua rongga atau bertentangan (berdekatan) antara satu dengan yang lain, ianya tidak layak. R. Aqiba mengatakan Walaupun empat walaupun lima, ianya akan ditaburkan – yang satu akan membantun mereka. Eliazar mengatakan walaupun lima puluh tetapi Joshua b, Beterah mengatakan walaupun hanya satu di kepala dan satu di ekor menyebabkan ia tidak layak.

 

Midrash menghadapi konflik dalam pentafsiran dan justru itu, lembu betina merah di Israel sekarang tidak layak, tetapi Aquiba akan membantun mereka dan kita tahu tanpa ragu lagi apa yang harus dilakukan. Apabila dua rabbi berlainan pandangan, siapakah yang benar? Jawapannya boleh didapati didalam kedua-dua mereka. Demikian juga halnya disini.

 

Tujuh hari sebelum pembakaran lembu itu, mereka akan membawa imam dari rumahnya menujuh ke bilik pertemuan dan membawa dia di sudut utara-timur bangunan kaabah yang disebut rumah batu (3.1.A). Dia akan dibersihkan dengan air pemurni. Dia akan dipercik dengan air tersebut setiap hari untuk tujuh hari lamanya (3.1.B). Bagaimanapun, ianya hanya dilakukan pada hari yang ketiga dan ketujuh, menurut R. Yose (3.1.C) dan ini dikerahkan pada masa Hari Pendamaian.

 

Mishnah mencatatkan bahawa ada ruang halaman di Yerusalem yang dibina diatas batu yang mempunyai rongga dibahagian bawahnya supaya tidak akan ada kuburan dibawah pada bahagian tempat upacara pemurnian ini.

 

Imam itu akan beralih dari Kaabah Bukit ke Bukit Zaitun. Cawan bersama batu yang diambil dari kolam Silom (Div. 6, Purities 3.3, pp. 1015-1016). Mereka membina satu permatang dari Kaabah Bukit ke Bukit Zaitun dengan lengkungan (ibid., 3.6). harga lembu betina merah, kambing Azazel dan benang merah (Im 16:5) akan dibayar dari dana yang dikutip dari persembahan ujukan yang dijalankan di [sheqel] bilik pertemuan (Div. 2, Sheqalim 4.2, ibid., ms. 256). Lerengan untuk lembu merah itu adalah dibawah tanggungan imam besar, menurut Abba Saul (ibid., 4.2.C). lembu itu dibawa keluar (Div. 6, ibid., 3.7, dipetik dari Bil 19:3).

 

Para penatua telah dibenamkan disana dan batang-batang kayu telah disusun untuk dibakar. Ianya dibuat seperti menara dan jendela-jendelanya menghala ke arah barat (3.8.A-D) – dalam perkataan lain, di belakang Kaabah Bukit.

 

Air diambil dari tasik Silom oleh kaum muda yang tahu perincian tugas ini.

 

Lembu betina itu akan diikat dan kepalanya diletakkan di sebelah selatan dan menghadap ke arah barat (3.9.A). Imam itu berdiri di sebelah timur dan menyembelih binatang ini dengan tangan kanan, menghadap kearah barat dan mengambil darah binatang itu dengan tangan kiri. Kemudian dia mencelupkan jarinya ke dalam darah dan memercikannya sebanyak tujuh kali, sekali setiap jarinya dicelupkan ke arah tempat yang Maha Suci.

 

Selepas selesai memercik, dia akan mengelap tangannya dengan badan binatang itu. Dia kemudiannya turun dan menghidupkan api, yang mana Aqiba mengatakan ianya adalah dahan-dahan kering pokok palam (Ini telah diujukkan dihadapan Mesiah pada hari pertama sebelumnya dalam minggu atau Ahad, mungkin memberi perlambangan).

 

Lembu betina itu akan dibakar dan cedar hyssop dan kain merah padam akan diikat bersama dan dibuang kedalam api dan binatang itu dipukul dengan bebatang dan dihancurkan dengan tukul batu dan batu ayakan. Abu serta tulang-tulangnya akan dihancurkan dan yang lainnya dibiarkan (3.10; 3.11. A-E).

 

Abu itu kemudiannya dibahagikan kepada tiga bahagian – satu diletakkan diatas benteng (3.11.G), satu lagi diatas Bukit Zaitun 3.11.H) dan yang satu lagi dibahagi-bahagikan diantara semua imam-imam yang menyaksikan (3.11.I).

 

Tindakan ini dilakukan dengan jubah putih dan ianya harus ditujukan langsung kepada tempat yang Maha Kudus (4.1 to 4.2). peraturan-peraturan mengenai pencampuran air  pemurnian adalah luas dan agak membosankan untuk dibincangkan disini.

 

Lembu betina merah dibutuhkan untuk pemurnian bagi mereka yang kotor kerana tubuh yang mati dan oleh perkara-perkara lain. Kita lihat dari Dead Sea Scroll (4Q, 276-277, Frag. 1) bahawa mereka hanya dianggap kotor sehingga petang waktu proses ini (lihat Wise, Abegg dan Cook The Dead Sea Scrolls: A New Translation, Hodder and Stoughton, 1996, ms. 284-285). Bagaimanapun, untuk proses ini, matahari harus ditentukan keatas mereka (4QMMT:4Q394-399, Section B5, ibid., ms. 360, dipetik dari Bil 19:2-10; Mishnah Parah 3.7; 4.4) .

 

Lembu betina yang kesepuluh

Banyak perkara telah dilakukan mengenai lembu betina di Israel sekarang, yang menjadi lembu betina yang kesepuluh. Urutan nombor ini diajar oleh fahaman Judaisma, yang mana menuntut mempunyai aplikasi khusus mengenai Mesiah dan pembinaan semula kaabah.

 

Penjelasan mengenai pemikiran ini boleh didapati dalam Mishnah (Parah 3.5). Pernomboran makna lembu betina yang disediakan dibawah hukum telah diambil dari ayat ini sebagai disediakan oleh orang-orang berikut didalam pembinaan semula bait suci atau sistem kaabah.

 

Yang pertama disediakan oleh Musa.

 

Yang kedua disediakan oleh Ezra.

 

Lima telah dipercayai disediakan daripada Ezra dan seterusnya (menurut R. Meir 3.5.D). tujuh disediakan dari Ezra dan seterusnya menurut sages (3.5.E).

 

Ada tujuh yang dipercayai telah disediakan seperti berikut:

 

Simeon seorang yang benar dan Yohanan Imam Besar menyediakan dua setiap seorang.

 

Elyehoenia b. Haqqof, dan Hanamel orang Mesir, dan Ishmael b. Phiabi menyediakan satu setiap orang.  Ishmael b. Phiabi adalah yang pertama menjadi imam besar dalam circa 15-16 CE. Dia telah dilantik oleh Valerius Gratus (15-26 CE). Ishmael b. Phiabi II menjadi imam besar dalam circa 59-61 CE. Dia telah dilantik oleh Agrippa II dan yang tampaknya dijalankan di Cyrene. Pada masa ini, ramai yang telah jatuh ke tangan orang-orang Roma termasuk imam-imam besar (Josephus Wars, VI 2, 2; lihat Shurer History of the Jewish People in the Age of Jesus Christ, Vol. II, ms. 230,231,234).

 

Konsepnya ialah, bahawa masa-masa yang penting melibatkan Kaabah telah disediakan oleh satu daripada Imam Besar yang disegani. Lembu betina merah yang kesepuluh akan dijalankan untuk mengumumkan pembinaan semula Kaabah dan imam besar terakhir yang paling disegani ialah Mesiah. Perdebatan ini bersandar keatas pemulihan dan pandangan kekuasaan rabbinical sewaktu Masa Kaabah dan komentator-komentator hukum.

 

Mesiah adalah lembu betina merah yang terakhir, Hari Paskah dan Imam Besar menunjukkan semua dalam satu. Pada dasarnya, orang-orang Yahudi itu benar didalam pemahaman mereka tentang maknanya tetapi tidak menerima hakikat bahawa ianya sudah berlaku.

 

Imam besar sewaktu tahun korban dan dedikasi ialah Yusuf nama keluarganya Kayafas (Jn. 18:24, dipetik dari Schurer, ibid.). dia menjadi imam besar dari 18-36 CE. Dia telah menubuatkan tahun penyaliban bahawa Yesus akan mati untuk bangsa itu (Yoh 11:51).

 

Pengadilan Kristus dihadapan Hanas yang disebut didalam Yohanes 18, bukan satu pembicaraan yang resmi dan hanya menjadi pendengaran pertama untuk dia menghadapi pengadilan itu. Hanas hanya seorang timbalan imam besar dan bukan seorang imam besar seperti yang kita tahu dari ayat ini. Dia kemudiannya menyerahkan Kristus kepada imam besar, (Yoh 18:24) yang mana sebagai ketua Sanhedrin (bet in), yang hanya boleh mengadili Kristus diatas dakwaan pusat dengan kegenapan tujuh puluh satu, atau dua puluh tiga dalam bahagian Sanhedrin yang lebih kecil (lihat Mishnah Sanhedrin 1.1.E-F; dipetik dari. Schurer, ibid., ms. 225). Hanas disebut sebagai imam besar bersama kayafas didalam Lukas 3:2 dalam tahun yang kelimabelas pemerintahan Tiberius, yakni 27/28 CE. Dia mungkin adalah Ab-beth-din atau ketua Sanhedrin. Schurer percaya bahawa istilah Nasi dan Ab-beth-din hanya digunakan oleh pemerintah atau ketua sebenar dalam sesebuah negeri dan timbalannya adalah secara eksklusif sehingga masa-masa selepas Mishnaic. Pangkat Rosh-beth-din mampunyai makna yang sama (mR.Sh. 2.7; 4.4; dipetik dari. ibid., ms. 217). Schurer faham imam besar itu sebagai Ab-beth-din. Schurer percaya bahawa istilah Nasi tidak dikerahkan sehingga Yudea ha-Nasi pada penghujung abad kedua CE (lihat Schurer, ibid., ms. 217 dan n. 72). Mantel menunjukkan berbagai-bagai teori bahawa adat ini muncul pada abad yang pertama CE CE (Gamaliel II atau Yohanen b. Zakkai, dipetik dari ibid.).

 

Perjanjian baru tampaknya menjadi bukti bahawa adat ini diperkenalkan dari masa pemerintahan Kayafas dan bahawa Schurer adalah silap. Bagaimanapun, tidak ada bukti bahawa istilah itu digunakan diluar kekuasaan Sanhedrin.

 

Berhubungan dengan pemilikan, Yusuf Kayafas sekurang-kurangnya menyamai dengan bekas imam besar yang disebut –walaupun mishnah lebih mengangkat Ishmael dalam segala alasan.

 

Lembu betina yang kesembilan dan kesepuluh sudah dikorbankan lama dahulu. Sekiranya lembu betina yang kesembilan dikorbankan oleh Ishmael ben Phiabi seperti yang dipercayai oleh Mishnah, maka itu terjadi pada 15/16 CE dan secara kebetulan bersamaan dengan masa Mesiah melangkah ke alam kedewasaan dibawah hukum  pada umur 20 tahun.

 

Lembu betina yang kesepuluh telah dikorbankan pada 30 CE oleh dan dibawah keimamatan Yusuf Kayafas dan Hanas, seperti yang dilihat diatas.  Lembu betina ini melambangkan pengorbanan Mesiah dan dedikasi kepada Kaabah baru pada 30/31 CE, yang dibina bukan oleh tangan manusia tetapi oleh Roh Suci, dan yang mana terdiri dari potongan-potongan batu hidup.

 

Justru, lembu betina yang kesepuluh sudah lama berlalu sebelum pemusnahan Kaabah. Perlambangan ini dibangunkan oleh Yesus Kristus, yang mana seorang Mesiah. Percubaan baru ini seperti cuba untuk mencipta semula roda. Ianya satu percubaan yang khusus untuk menyangkal Mesiah dihadapan semua bukti yang memperkukuhkan kebenarannya dan dedikasi terhadap Kaabah spiritual yang dibina dengan Roh Suci dan kuasa Tuhan.

 

Fahaman Judaisma tanpa sebarang alasan  menolak Mesiah. Kaabah itu telah dimusnahkan kerana ianya harus dimusnahkan demi untuk menggantikannya dengan bangunan spiritual yang bukan dibina oleh tangan manusia. Lembu betina yang kesepuluh menguduskan keimamatan baru dalam susunan Melkisedek, yang mana menggantikan susunan lama Harun.

 

Sekarang kita akan mengalihkan pandangan kearah tempat serta pengorbanan yang berlaku di bukit Zaitun. Apakah makna perkara ini kepada penginjilan Mesiah? Ini akan diteliti didalam tulisan Golgota: Tempat Tengkorak [217].


q