Jemaat Jemaat Allah Al Maséhi
[218]
Pemanasan
Global dan Nubuatan Alkitab
(Edisi 5.0 19970916-20050301-20060816-20071220-20080318)
Orang
ramai berbicara mengenai Pemanasan Dunia atau Global Warming seolah-olah ia suatu peristiwa yang masih jauh di hadapan
lagi. Ramai yang berpendapat bahawa hanya selepas 100 tahun berlalu barulah
paras laut akan naik sebanyak 60 sentimeter (2 kaki). Alkitab banyak menyebut mengenai keadaan cuaca pada
hari-hari terakhir. Apakah katanya mengenai Pemanasan Dunia? Adakah ia masih
jauh lagi dan apakah yang perlu kita buat untuk menghadapinya? Apakah
yang boleh kita lakukan mengenainya?
Christian Churches of God
E-mail: secretary@ccg.org
(Hakcipta 1997,
1999, 2005, 2006, 2007, 2008 Wade Cox)
Karya tulis ini boleh disalin semula dan
didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa
perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta
harus disertakan. Sebarang bayaran
tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang
didistribusikan. Petikan-petikan
ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya
ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.
Karya ini boleh
didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org and http://www.ccg.org
Pada 18 Julai 1997, Dr John Heap, iaitu Direktor bagi
Institut Penyelidikan Kutub Scott (Scott Polar Research Institute) yang
bertapak di UK, telah ditemuramah oleh program berita radio Suruhanjaya
Penyiaran Australia atau ABC (Australian Broadcasting Commission). Dia telah berkata,
dalam perbincangannya dengan juruacara radio mengenai sejarah penyelidikan
Antartika selepas Konferens Sains Jubli ANARE yang baru berakhir, bahawa
ancaman pemanasan dunia adalah seumpama Pedang
Damocles tergantung di atas kepala (peribahasa yang bermaksud kecelakaan
yang mungkin menimpa bila-bila masa) setiap orang yang tinggal lebih rendah
daripada paras 60 meter (200 kaki) di atas paras laut. Apakah maksudnya dengan
pernyataannya itu? Bagaimanakah paras air menjadi begitu tinggi? Bilakah paras ini meningkat kepada ketinggian itu?
Bilakah ia akan bermula? Ini adalah persoalan-persoalan yang penting dan ianya
tidak diperkatakan oleh ahli-ahli politik.
Presiden kepada
Maldives mengatakan bahawa pemanasan dunia mengancam negerinya. Dia telah
dilaporkan di dalam petikan berita daripada suratkhabar St Paul Pioneer Express pada 25 Jun 1997:
Dalam suatu rayuan bagi meminta bantuan, negeri-negeri kepulauan pada Pertemuan Sedunia (Earth Summit) memberitakan suatu cerita yang membimbangkan mengenai apa yang berlaku pada masa ini: Lautan sudah mula melimpahi ke atas tanah daratan mereka. Presiden Maldives mengatakan bahawa pemanasan dunia terus mengancam kewujudan negerinya sementara negara-negara gergasi industri sibuk pula dengan “perbincangan remeh-temeh” mengenai faktor-faktor perbelanjaan. Pulau-pulau kecil yang lebih rendah sudahpun ditinggalkan di kawasan Mikronesia. Suatu laporan daripada UN (Bangsa-bangsa Bersatu) mengenai peningkatan suhu mencadangkan bahawa paras laut akan meningkat sebanyak 2 kaki ke tahap yang membahayakan di seluruh dunia dalam masa 100 tahun.
Bukankah laporan ini tidak munasabah? Laporan UN
tadi mengatakan bahawa paras laut akan meningkat 60 sentimeter (2 kaki) dalam
tempoh 100 tahun tetapi hakikatnya, pulau-pulau di Mikronesia sudahpun mula
ditinggalkan. Dr Heap menyebut 60 meter (200 kaki). Siapa yang bercakap salah
di sini dan kenapa?
Sejak berita ini
dituliskan pada 1997, kita sudahpun mengalami peristiwa besar El Nino dan
peningkatan suhu yang ketara di Pasifik.
Peningkatan pada paras laut sedunia jelas sekali
terlihat dengan pandangan mata. Sekarangpun ia jelas kelihatan pada pinggir
laut Australia.
Baru-baru ini,
para saintis New Zealand mengumumkan bahawa mereka risau tentang gumpalan ais
Antartika yang sedang berpecah dan dihanyutkan dalam bentuk ketulan-ketulan ais
seluas 10 hektar (25 ekar).
Suatu dokumentari
TV yang baru-baru ini disiarkan di Australia memeriksa penurunan yang berlaku
pada populasi krill dan burung penguin di Antartika. Populasi krill menurun
sebanyak 50% sementara populasi penguin turun sebanyak 25%. Kenapakah ini
terjadi?
Krill
membiak di bawah gumpalan/tudung ais (ice
cap) ini. Ia hidup di bawah dan bergantung pada sistem
ais ini serta membiak di sana. Krill adalah haiwan-haiwan krustasia (mempunyai
kerang) kecil seperti udang. Mereka adalah asas kepada
rantai makanan di laut-laut selatan. Mereka adalah makanan utama bagi ikan
paus. Ikan-ikan bergantung padanya dan dengan itu penguin juga ikut terancam.
Jika bilangan mereka terus berkurangan, lama-kelamaan
kita tidak perlu lagi memikirkan mengenai kuota ikan paus; kerana tiada yang
akan terselamat.
Sejak masa itu, berlaku peningkatan pada insiden
pencairan tudung ais Antartika.
Selepas El Nino, peningkatan suhu di kawasan
Antartika telah menyebabkan berlakunya jangkitan virus di kalangan populasi
singa laut. Sekitar 11,000 singa laut telah maut akibat jangkitan virus kerana
laut yang bertambah hangat. Bagaimana ini terjadi? Para saintis kini
berpendapat bahawa ada wujudnya virus yang tidak diketahui sebelum ini, yang
dahulunya terperangkap di dalam lapisan ais tetapi kini terlepas. Maknanya kita
akan berhadapan dengan virus-virus yang beribu tahun umurnya tanpa apa-apa
pengetahuan bagaimana untuk menanganinya.
Temubual dengan Jim Titus daripada US EPA
Di dalam suatu temubual melalui internet baru-baru
ini dengan Jim Titus daripada Agensi Pemeliharaan Alam Sekitar Amerika Syarikat
(US Environment Protection Agency), saya telah bertanyakan beberapa soalan
tentang kemungkinan berlakunya pencairan menyeluruh pada tudung ais kedua kutub
dan kesannya masing-masing ke atas paras laut sedunia. Berikut adalah ringkasan
persoalan dan jawapan tersebut:
C – Wade Cox iaitu penulis artikel; JT – Jim Titus
(C)
Jika tudung ais di Greenland mencair:
(a) Apakah anggaran jumlah kenaikan aras laut sedunia?
(b) Berapakah lajunya atau berapa lamakah masa yang akan diambil untuk ia
terjadi berdasarkan keadaan seperti sekarang ini?
(JT) Jika seluruh lapisan ais itu mencair,
dianggarkan bahawa laut-laut akan naik sebanyak enam meter. Ini mungkin
mengambil masa sekurang-kurangnya seribu tahun. (Laporan EPA ini terdapat di http://www.gcrio.org/EPA/sealevel/text.html). Anggaran-anggarannya ada pada Bab 7. Bahagian Greenland ada
pada Bab 4. Besar kemungkinan, anda akan hanya melihat peningkatan sebanyak
beberapa sentimeter saja pada abad seterusnya ini, mungkin 30 sm.
[1,000 tahun yang lalu, orang-orang Denmark
telahpun menduduki Greenland yang mempunyai kurang ais berbanding sekarang.]
(C)
Jika tudung Antartika mencair:
(a) Apakah kesan bahagian besen (lembah)
Baratnya terhadap paras laut?
(b) Apakah kesan seluruh tudung ais
tersebut terhadap paras laut?
(JT) 6 meter bagi bahagian Barat dan lebih kurang
60 meter bagi seluruh lapisan ais itu. Ini akan mengambil masa berpuluh ribu
tahun.
(C) Apakah kesan gabungannya kepada paras laut?
(JT) Lupakan Antartika Timur. Satu-satunya senario
yang boleh menyebabkan suatu
peningkatan paras yang tinggi adalah gabungan antara Antartika Barat dengan
pemanasan sebahagian besar Greenland, menyebabkan penaikan 4 meter dalam 200
tahun dan lebih kurang 8 meter dalam 500 tahun. Ini tidak semestinya terjadi
tetapi anggarannya ada pada Bab 7 laporan EPA itu.
(C) Apakah kesan pengurangan pantulan ini ke atas
sistem suhu selain daripada kesan gas rumah panas (greenhouse gas effect)?
(JT)
Keadaan ini ada di dalam bahagian model-model. Pengurangan utama yang berlaku
di Albedo adalah pengunduran ais laut, bukannya glasier, kerana lebih banyak sinaran
matahari yang terkena pada ais laut. Perhatikan juga bahawa pencairan gumpalan
Artik akan terjadi lebih awal, mungkin sebanyak beberapa abad, yang akan
menyebabkan terjadinya bentuk radial yang tidak simetri antara hemisfera utara
dan selatan.
(C)
Apakah kesan daripada penggunaan alat termo-nuklear untuk mencairkan gumpalan
ais di kutub-kutub ini? Nampaknya ini akan menjadikan
semua teori-teori, tidak boleh dipakai lagi. Berapa banyakkah senjata nuklear
atau yang lain yang diperlukan untuk mencairkan:
(a) lapisan Greenland?
(b) gumpalan ais Antartika?
(JT)
Kami tidak tahu.
(C)
Apakah kesan glasier-glasier ke atas paras keseluruhannya?
(JT)
Saya sudahpun sebutkan hal ini di atas (lihat juga Bab 7 laporan itu).
(C)
Apakah kesan haba secara keseluruhannya ke atas paras laut dengan peningkatan
suhu sedunia sebanyak 10 darjah?
(JT)
Secara kasar pengiraannya adalah 30 sm bagi setiap darjah selepas beberapa
abad.
(C)
Ada apa-apa komen lagi yang mungkin berguna untuk kita tangani hal ini dengan
cara yang mudah dan bertanggungjawab namun tetap menunjukkan bahaya-bahaya yang
terbabit?
(JT) Ya, ada. Manusia
harus mula memikirkan bagaimana untuk merancang pengurusan pinggiran pantai
mereka.
Jika
tidak, akhirnya apa yang kita boleh buat cumalah memperkubukan pinggiran pantai
kita, terutamanya muara-muara, dan tanpa adanya pantai atau kawasan berair
lagi. Apa yang saya maksudkan adalah perancangan penggunaan tanah jangka
panjang, yang jauh lebih murah daripada mengurangkan penggunaan bahan api
fosil. Jadi jika kita terfikir untuk melakukan yang kedua, kita harus juga
melakukan yang pertama ini. Paras laut akan naik. Sudah terlambat untuk kita
menghentikan peningkatan ini. Namun kita masih terus membangunkan
kawasan-kawasan pinggiran pantai seolah-olah peningkatan ini tidak berlaku.
Kita harus memindahkan hak milik tanah di beberapa kawasan pinggiran pantai
supaya kawasan-kawasan tersebut akan kembali seperti semulajadi apabila laut
menaik parasnya.
Jim Titus telah memberikan butir-butir teliti di
dalam kertas kerjanya mengenai polisi kawasan berair (berpaya) dan telah
menyarankan bagaimana untuk mempertahankan kawasan-kawasan berpaya dan pantai
tanpa menyusahkan pemilik-pemilik tanah.
Saya kemudiannya mengajukan satu lagi persoalan
serius kepadanya iaitu sama ada dia telah mengkaji kesan jisim dalam pergerakan
polar berbanding kesan jisim pada pusat bumi.
Dia terus-terang mengatakan bahawa orang lain
mungkin ada menyelidiknya, tetapi dalam kajiannya tidak ada. Dia memberitahu
bahawa isu ini tidak begitu dipentingkan di Amerika Syarikat. Dia mengatakan
bahawa “penyelidikan mencadangkan variasi 10% di Amerika Syarikat.” Dia
mengatakan bahawa peningkatan paras laut yang sedia ada sudah menjadi satu
masalah disebabkan berlakunya pengurangan kawasan tanah, dan sebagainya.
Hasilnya semua tercatat di dalam Bab 7 laporan
tersebut. Jim telah menulis tentang kesan-kesannya. Kebanyakan kertas kerja ini
terdapat di http://www.erols.com/jtitus.
Jawapan sebenar kepada masalah perancangan jangka
panjang ini adalah untuk menyelidik berapa banyak kawasan daratan dunia ini
(dikira per negara) akan ditenggelami oleh peningkatan paras pada tahap 30 sm
(1 kaki), 50 sm (1.6 kaki), 1 meter (3.3 kaki), 2 meter (6.6 kaki), 5-6 meter
(16-19 kaki), dan seterusnya. Kajian telahpun dilaksanakan bagi negara Amerika
Syarikat. Butir-butirnya terkandung di dalam kertas kerja Jim Titus yang
bertajuk Holding Back the Sea
(Menahan Laut).
Dia berkata bahawa tiada alasannya untuk tidak
membuat kiraan-kiraan sedemikian bagi Australia, dan sememangnya setiap negara.
Ini merupakan suatu temubual yang jelas sekali dan
diharapkan akan membantu dalam mendapatkan satu idea tentang masalah yang
timbul nanti jika perkiraan-perkiraan
ini betul mengikut kadar-kadar masakini. Tiada peruntukan diberikan bagi
kesan-kesan daripada peperangan nuklear dan/atau aktiviti pengganas atau sistem
senjata laser atau berpanduan laser pada stesen angkasa lepas. Begitu juga
dengan andaian bahawa kemungkinannya kecil sekali bagi Antartika Timur mencair.
Ini mungkin satu kesilapan. (Sekarangpun sudah diketahui bahawa ia sememangnya
suatu kesilapan yang serius). Terdapat cara yang melibatkan operasi ketenteraan
berkenaan hal ini dengan tujuan mendapatkan penyelesaian jangka pendek namun
belum dipertimbangkan lagi dan yang diteliti di dalam artikel 30 Tahun Terakhir - Pergelutan
Penghabisan [219].
Kesan total daripada pencairan gumpalan (tudung)
ais adalah sekurang-kurangnya peningkatan 66 meter (lebih daripada 200 kaki)
bagi paras laut tanpa mengira pemanasan super atau berlebihan.
Pencairan
tudung Antartika Timur akan mengurangkan pantulan dan fakta ini tidak begitu
diperhatikan. Kesan peperangan tidak dikira ke dalam statistik. Ada beberapa
negara yang lebih terdedah berbanding yang lainnya kepada kesan peningkatan
paras laut secara besar-besaran. Bahagian barat laut Eropah adalah satu contoh
yang klasik.
Lebih
khusus lagi adalah hal ketidakstabilan kerak bumi dan peningkatan dalam
kejadian gempa bumi. Peningkatan pada aktiviti gempa bumi pada dua
tahun kebelakangan ini secara relatifnya adalah signifikan. Lebih banyak lagi
gempa bumi yang telah berlaku di kawasan yang berpenduduk berbanding
sebelumnya. Ini
adalah penting.
Di
dalam satu lagi temubual dengan Bill De La Mare daripada Divisi Penyelidikan
Antartika Australia (Australian Antarctic Research Division) yang berpusat di
Hobart, sudah menjadi jelas bahawa perubahan-perubahan telah berlaku secara berperingkat.
De La Mare telah membuat suatu kajiselidik terperinci daripada rekod tangkapan
ikan paus yang diambil daripada rekod-rekod pemburuan ikan paus sedunia bagi
jangkamasa yang panjang iaitu dari abad sebelumnya sehinggalah tahun 1970an.
Daripada rekod setiap ikan paus yang berjaya diburu, Bill telah dapat
melukiskan pergerakan kepingan Antartika dalam jangkamasa tersebut. Ikan paus
memakan krill dan biasanya terdapat berdekatan dengan kepingan tersebut.
Rekod-rekod mengenai kedudukan-kedudukan ikan paus ini secara tidak langsung
memberikan suatu rekod perubahan-perubahan yang berlaku ke atas kepingan
tersebut dalam jangkamasa yang sama. Dia telah memberitahu di dalam suatu
temuramah radio ABC pada 4 September 1997 bahawa lapisan ini telah berkurangan dengan
nyata sekali dalam jangkamasa antara pertengahan 1950an hingga 1970an.
Pinggirnya telah berpindah ke arah selatan (dengan itu, lebih dekat kepada
kutub) sejauh 300 kilometer (186 batu) daripada asalnya, dan ini bermaksud
bahawa kepingan ais yang telah hilang adalah lebih kurang sepertiga daripada
saiz Australia. Pengurangan ini menjadi stabil sejak 1970an dan dia mengatakan
bahawa teknologi satelit tidak menunjukkan apa-apa perubahan signifikan sejak
tahun 1970an. Satu-satunya aktiviti utama semasa jangkamasa
pengurangan ini adalah pengujian letupan nuklear atas tanah. Ini mungkin satu kebetulan
atau suatu perkara yang signifikan.
Dengan
itu, kita dapat lihat bahawa dalam beberapa dekad yang lalu, ada perubahan yang
signifikan pada ais Antartika yang nampaknya menjadi stabil selepas tahun
1970an hingga masakini, namun laporan-laporan dari Britain baru-baru ini
menunjukkan bahawa ia berlaku sekali lagi. Suhu telah meningkat sebanyak 2.5
darjah sejak tahun 1940an. Di dalam satu laporan Tinjauan Antartika British
(British Antarctic Survey – BAS) bertarikh 27 February 1995, Dr Mike Thomson
mengatakan, selepas terbang melintasi Kepingan Ais Larsen, bahawa dia tidak
pernah menyaksikan perubahan-perubahan yang begitu dramatik dan pantas
sepertimana yang dilihatnya berlaku pada Kepingan Ais Larsen dalam tempoh 25
tahun dia bekerja di lapangan Antartika. Pemerhatiannya ini dibuatnya tidak
lama selepas kehancuran Kepingan Ais Wordie pada pinggir barat semenanjung
Antartika ini. Pakar glasier David Vaughan berkata:
Tidak syak lagi bahawa cuaca di atas semenanjung Antartika telah nyata sekali bertambah panas dalam tempoh beberapa dekad ini. Apa yang kita perhatikan hari ini hanyalah perubahan yang baru mula membawa kesan ke atas glasier dan lapisan-lapisan ais. Ini adalah masa yang sungguh mengasyikkan bagi pakar-pakar glasier (BAS).
Sejak
laporan-laporan ini dikeluarkan, Kepingan Ais Larsen sudahpun hancur
bersama-sama dengan Wordie.
Inilah
penyebabnya kepada pengurangan populasi krill dan burung penguin. Buat pertama
kalinya dalam rekod sejarah, pada musim panas 1995, Pulau James Ross boleh
dikelilingi oleh kapal layar. Kepingan ais di dalam Terusan Putera Gustav telah
hancur. Suatu airbatu apung yang besar telah terpisah daripada Kepingan Ais
Larsen dan berukuran 78 km x 37 km (48 batu x 23 batu). Ini menyamai saiz
daerah Oxfordshire. Perpecahan berulang-kali air batu apung yang lebih kecil
sedang berterusan sekarang sepertimana yang dilaporkan oleh saintis-saintis New
Zealand.
Model-model
kajian tidak mengambil kira kesan setempat bagi suhu di Antartika dan jelas
sekali bahawa inilah yang sedang berlaku sekarang pada kadar yang terus
meningkat. Keadaan lapisan ozon berlubang pula mungkin menjadikan keadaan ini
lebih teruk lagi.
Selain
itu, mereka juga mendapati bahawa model-model kajian mereka salah kerana mereka
menganggap bahawa peningkatan suhu adalah setara. Apa yang mereka dapati
sekarang ini adalah peningkatan suhu pada Kutub-kutub adalah lebih tinggi
berbanding dengan kawasan Khatulistiwa. Oleh itu, bagi setiap peningkatan 2
darjah di Khatulistiwa, kita akan dapati peningkatan lebih besar sehingga 12
darjah di kedua Kutub. Sebelumnya hal ini tidak diambil kira tetapi kini,
diterap ke dalam model-model kajian.
Perbezaan
suhu ini pada Antartika bukanlah suatu kejadian setempat sahaja. Di dalam
laporan berita ABC pada 12 September 1997, kita diberitahu bahawa kajian-kajian
baru menunjukkan bahawa suhu-suhu yang meningkat adalah 4 darjah pada
Khatulistiwa, 6 darjah pada zon-zon sederhana dan 12 darjah pada kutub-kutub
dalam masa 50 tahun berikutnya.
Dengan
itu, perubahan-perubahan yang diperhatikan sebelum ini adalah sebahagian
daripada fenomena turun-naik yang tidak seimbang ini. Kutub mencair lebih cepat
dan menambahkan kesan pemanasan global dan tudung ais mencair lebih cepat
daripada yang dijangkakan.
Dengan
kaedah analisa regresif kita melihat bahawa bumi ini condong pada paksi yang
berlainan pada 9,000 tahun yang lalu. Kini dipersetujui bahawa paksi bumi ini
berputar pada kitar 22,000 tahun.
Perbezaan
pada kecondongan paksi yang menyebabkan kawasan selatan lebih jauh jaraknya
dari matahari menyebabkan peningkatan tahap presipitasi di Afrika. Dengan itu,
terdapat lebih banyak tasik air tawar di Afrika, Australia dan tempat-tempat yang serupa. Ini menerangkan
kenapa peta Piri Reis 1513 (dikumpulkan daripada peta-peta purba di dalam
perpustakaan Alexandria/Iskandariah sebelum ia dibakar oleh orang Islam pada
abad ketujuh) menunjukkan sungai-sungai dan tasik-tasik di Afrika di mana
sekarang ini hanya terdapat lekukan dan gurun (tulisan Cyrus Gordon Before Columbus, Turnstone Press Ltd,
1972, mukasurat 71-73).
Insiden
kesan pemanasan ini ke atas lautan juga menyumbang kepada kesan El Nino di
Pasifik Timur. Di dalam satu temuramah pada 5 September 1997 dengan Willem
Bouma dari Divisi Fizik Atmosfera CSIRO Australia, kami telah membincangkan El
Nino dan corak-corak pemanasan global masakini dan masa depan.
Dalam
keadaan normal, arus-arus lautan pada Pasifik Timur akan membawa zat-zat yang
kaya dalam arus-arusnya yang sejuk untuk membolehkan ikan-ikan yang hidup di
kawasan air sejuk untuk membiak.
El
Nino merupakan arus panas yang menghalang pembawaan zat-zat ini dan sama ada
menyebabkan kematian ikan-ikan tersebut atau menghalau mereka ke arah utara dan
lain-lain kawasan. Kesan-kesan sampingannya adalah cuaca yang tidak menentu dan
kemarau di kawasan Pasifik Barat dan juga Afrika Selatan.
Bouma
mengatakan bahawa air di dalam El Nino, yang sebenarnya adalah suatu kawasan
luas permukaan air di Pasifik Tengah dan Timur yang biasanya hanya meningkat
kepanasan sebanyak 2 hingga 3 darjah dan telah memperkenalkan corak yang tidak
stabil ini, kini memanas kepada 4 hingga 5 darjah melebihi dari kebiasaannya.
Inilah yang terpanas sekali yang direkodkan selama 150 tahun. Pakar-pakar
mengatakah bahawa ini mungkin hanya kerana tiada rekod yang lebih lama dari
ini.
Bouma
memberitahu: Corak terakhir pada 1991-1994 adalah serupa dengan corak pada
1911-1912. Kejadian ini pada 1982-1983 memang teruk tetapi corak kejadian yang
berlaku kini adalah lebih teruk lagi. Masalahnya adalah bahawa hal ini begitu
rumit sehingga sukar untuk membentuk satu model kajian yang komprehensif. El
Nino baru-baru ini saja dapat dianggarkan.
Sejak
itu terdapat peristiwa La Nina dan hujan yang lebih banyak di Pasifik Barat,
tetapi ada juga peningkatan ketidakstabilan pada kejadian peristiwa-peristiwa
tersebut di Pasifik Timur dan tempat lain.
Bouma
mengatakan bahawa para saintis atmosfera kini mendapati bahawa kandungan gas
metana dan karbon dioksida telah meningkat lebih tinggi daripada sebelumnya.
Dia berkata bahawa perubahan-perubahan akan berlaku dalam jangkamasa 30 tahun
selanjutnya dan walaupun masyarakat menggunakan istilah 30 sm (1 kaki) dan 1
darjah tetapi hakikatnya kita tidak tahu apa kesan gabungan daripada kesemua
perubahan ini. Lebih-lebih lagi, penyesuaian masyarakat-masyarakat dunia
menghasilkan masalah-masalahnya tersendiri walaupun perubahan-perubahan ini
kelihatan tidak kritikal di kawasan masing-masing.
Bouma
memberitahu bahawa sampel-sampel teras yang diambil oleh orang Rusia di
Antartika telah dianggarkan berusia 160,000 hingga 200,000 tahun. Usia teras didasarkan kepada perubahan pada kadar penurunan salji musim
sejuk dan musim panas. Ini juga disertai kajian ke atas tahap sisa gunung
berapi di dalam lapisan-lapisannya yang akan dipadankan dengan sampel-sampel
teras dasar lautan dan dengan itu menentukan secara kasar jangkamasa yang
terbabit.
Bouma mengatakan bahawa tudung/gumpalan ais kutub
ada gelembung udara yang telah terperangkap di dalamnya. Daripada
ini, paras gas karbon dioksida dan metana serta gas-gas lain dapat diukur.
Peningkatan yang berlaku seperti yang ada pada hari ini berlainan dengan apa
yang ada pada masa lalu. Dia mengatakan bahawa perubahan-perubahan pantas telah
berlaku pada masa lampau, dan masa-masa di mana perubahan-perubahan ini
berlangsung merupakan faktor yang paling banyak menyebabkan ketidakstabilan dan
perbezaan corak.
Dia telah ditanya sama ada pernah ada
jangkamasa bencana di masa lampau.
Bouma mengatakan iya. Terdapat dua zaman
bencana yang signifikan di mana satu daripadanya dianggarkan pada 10,000 tahun
dahulu dan yang satu lagi pada 150,000 tahun dahulu. Kedua-dua tempoh ini ada
signifikannya bagi rekod fosil manusia sepertimana yang akan kita lihat nanti.
Bouma mengatakan bahawa ada juga jangkamasa di
dalam sejarah terkini di mana perubahan-perubahan tempatan telah disebabkan
oleh bencana-bencana yang kelihatan seperti suatu kecelakaan bagi mereka yang
terlibat. Contohnya, katanya, banjir-banjir besar yang berlaku di Belanda (Holland) pada tahun 1513. Banjir St
Elizabeth memperlihatkan perubahan pada muara Rhine yang menyebabkan banyak
kawasan yang berpenduduk ramai di Belanda ditenggelami air sehingga sekarang.
Walaupun ini kejadian setempat, tetapi ia merupakan suatu malapetaka. Dia juga
menyebut pasal Teluk St Vincent di Australia Selatan yang kini sedang tenggelam
dan bagaimana sebarang peningkatan paras laut akan memudaratkan masalah-masalah
yang dihadapi di sana.
Bouma juga menunjukkan bahawa Sweden dan Norway
masih lagi meninggi sejak zaman ais terakhir dan bahawa Papua New Guinea telah
meninggi sebanyak beberapa ratus meter dalam jangkamasa yang singkat.
Kerunsingan
utamanya adalah bahawa kita tidak tahu bagaimana sebenarnya tindakbalas iklim
kita pada jangkamasa panjang kerana model-model yang kita ada tidak cukup tepat
untuk meramalkan apa yang akan terjadi, dan kita harus berhati-hati supaya
tidak menyumbangkan apa-apa perubahan yang memudaratkan keadaan ini.
Salah
satu daripada masalah adalah walaupun masyarakat dapat menghadapi malapetaka
semulajadi atau “Takdir Tuhan” dengan sabar, mereka akan bimbang dengan
peristiwa-peristiwa yang mereka sendiri sebabkan. Dengan itu, ketidakstabilan
yang terhasil daripada pemanasan global yang dicetuskan manusia menjadikan
penduduk kawasan rendah lebih runsing lagi.
Maklumat
yang diberinya sangat berguna sekali dan dengan itu membolehkan kita
mengumpulkan bersama beberapa faktor sebelum kita melihat kepada gambaran
nubuatan.
Mungkin
kita boleh rumuskan daripada semua maklumat ini bahawa laut-lautan menjadi
semakin panas lebih pantas daripada yang dijangkakan. Ini mungkin dibantu oleh
pergerakan arus-arus lautan yang berbeza daripada corak-corak normalnya. Ia
bertanggungjawab ke atas ketidakstabilan corak-corak iklim di benua-benua Asia,
Australasia dan Amerika.
Kehilangan
lapisan-lapisan ais semasa dekad-dekad yang baru berlalu mungkin
disebabkan peningkatan pada karbon
dioksida dan metana tetapi juga mungkin telah dibantu oleh permasalahan atmosfera
mudah seperti ujian nuklear permukaan tanah dari tahun 1950an hingga 1970an dan
aktiviti gunung berapi.
Kita
tidak ada pengetahuan sebenarnya mengenai kesan-kesan jangka panjang bagi
apa-apa kekacauan atmosfera signikan yang disebabkan oleh letupan gunung
berapi.
Terdapat
juga suatu keperluan yang jelas dan harus dilaksanakan cepat dalam
menstrukturkan semula masyarakat berdasarkan perancangan rapi jangka panjang,
dan penempatan semula sumber-sumber utama industri dan populasi supaya jauh daripada tepi pantai. Ini meliputi
penstrukturan semula dan suatu peluang, kali ini, untuk melakukannya dengan
betul dan bersesuaian dengan perintah-perintah Tuhan seperti yang tercatat di
dalam Alkitab. Membina stesen-stesen janakuasa nuklear di bawah paras 100 meter
(328 kaki) dari aras laut, adalah satu kegilaan.
Peperangan-peperangan zaman akhir akan memberikan
kita satu permulaan baru, sama ada kita suka atau tidak. Ini bertentangan
dengan kebiasaan masakini iaitu penumpuan kepada negeri-bandar (city-states) di bawah polisi Aturan
Dunia Baru (New World Order).
Persoalan seterusnya yang harus kita periksa
adalah:
Adakah berlakunya perubahan-perubahan paras laut
itu sesuatu yang normal? Jawapnya: Ya, ia normal. Daripada rekod-rekod di
pantai selatan New South Wales sejak abad yang lalu, dan daripada sistem-sistem
perlabuhan air mereka, kita dapat lihat bahawa aras laut lebih tinggi pada abad
lalu berbanding sekarang. Mungkin ianya dipengaruhi oleh faktor-faktor yang
tidak dikenali seperti perubahan arus dan pergerakan ombak. Ia mungkin juga
dipengaruhi oleh peninggian atau penurunan daratan. Besar kemungkinan bezanya
adalah sebanyak 1 meter (3 kaki). Kawasan yang dahulunya kapal boleh berlabuh
kini tidak lagi. Ada juga bukti sebilangan tanda-tanda aras ombak serta bukti
di pinggiran pantai Australia yang menunjukkan bahawa ia pernah mengalami
peningkatan dan penurunan paras laut pada zaman-zaman sebelumnya. Beberapa ribu
tahun yang lalu, pinggir pantainya lebih jauh ke laut daripada yang ada
sekarang ini. Pada masa yang lampau dahulu, ia lebih tinggi
lagi daripada sekarang. Australia Tengah pernah ditenggelami air sepertimana
terbukti oleh adanya fosil-fosil di situ. Ada
lapisan-lapisan batu pasir di sepanjang pinggiran pantai timur.
Bagaimanakah perubahan-perubahan ini berlaku?
Nampaknya dunia pernah mengalami zaman panas dan sejuk dalam sejarahnya. Abad
sebelum ini mungkin lebih panas lagi. Mungkin, kita dapat melihat buktinya pada
sejarah pinggir pantai Australia. Harus kita perhatikan bahawa
perubahan-perubahan besar berlaku kerana kerak bumi. Gempa bumi terakhir di
Turki, telah menggerakkan negeri ini lebih dekat dengan Greece dengan angka
yang signikan. Kita kini melihat bagaimana kawasan Lingkaran Pinggiran Pasifik (Pacific Rim) mengalami kejadian-kejadian
gempa bumi di tempat-tempat biasa. Ini juga menyumbang kepada peninggian dan
penjatuhan tanah daratan.
Satu
lagi penerangan yang boleh diberikan adalah pergerakan tudung-tudung ais itu
sendiri. Jika teras bumi berubah maka ada tiga perkara yang akan terjadi.
Sekarang ini Kutub Utara adalah kawasan berair sementara Kutub Selatan terletak
di atas daratan. Oleh kerana ais laut yang terbentuk akan mengalami pengurangan
isipadu sebanyak 10% berbanding jumlah air yang sama, apabila mencair, ia akan
“melepaskan” isipadu lebihan ini dan kembali kepada paras laut yang asal, di
mana kita mungkin tidak terlihat apa-apa perubahan jelas pada aras laut. Namun
begitu, ada dua tudung ais, satu di Greenland dan satu lagi di Antartika, dan
kedua-duanya di atas daratan. Jika kedua-duanya mencair, atau hanya sebahagian
saja yang mencair sekalipun, keadaannya berbeza sama sekali. Kesemua ais yang
telah cair ini akan menambahkan isipadu lautan sedunia dan menyebabkan peningkatan
aras-aras lautan. Dengan itu, ada beberapa alternatif buat
sistem-sistem pinggiran pantai seluruh dunia.
Jika kesemua tudung ais asalnya di atas
daratan, pinggiran pantai daratan-daratan yang lain akan dikurangkan oleh
isipadu air yang terkandung di dalam tudung-tudung itu. Hasilnya adalah
pengurangan isipadu air dan penurunan paras laut purata kepada sepertimana
keadaannya beberapa ribu tahun yang lalu. Ini adalah hakikatnya seperti yang
dipersetujui oleh para saintis Australia (lihat tulisan Lampert The Great Kartan Mystery, ANU, 1981,
khasnya mukasurat 166 dan seterusnya; juga artikel Kebangkitan Orang Mati [143] , mukasurat 4-5).
Heiner Josenhans daripada Tinjauan Geologi
Kanada berpendapat bahawa ada suatu laluan atau koridor perpindahan dari benua
Asia ke benua Amerika yang melalui kawasan berdekatan Pulau Ratu Charlotte.
Josenhans berpendapat bahawa Amerika, pada 10,000 tahun dahulunya (dalam
perkiraannya), adalah suatu daratan yang diliputi pergunungan berais dengan
ketinggian 2,437 meter (8,000 kaki) dan dengan keadaan di mana kedua-dua
daratan dan lautan meninggi serta jatuh dengan pantas. Kita mungkin dapat
perhatikan bahawa ini bersamaan dengan jangkamasa berbencana seperti yang
diajukan oleh Willem Bouma di atas.
Heiner Josenhans berkata bahawa 14,600 tahun
yang lalu laut telah jatuh dan membentuk suatu koridor tepi pantai yang sempit
dan dibantu sebahagiannya oleh berat ais di atas daratan. Para saintis telah
menjumpai suatu tengkorak manusia di Pulau Putera Wales yang telah dianggarkan
usianya sebagai 9,800 tahun. Kaedah pengiraan usia seperti ini boleh
dipertikaikan ketepatannya. Perbezaan pada tarikh-tarikh awal dapat digambarkan
dengan jelas sekali di dalam ujikaji yang telah dijalankan oleh Svante Paabo
dan Matthias Krings bersama-sama dengan rakan mereka daripada Institut Zoologi
di Munich di mana orang purba Neanderthal asal (yang telah ditemui di Lembah
Neander berdekatan dengan Dusseldorf pada tahun 1856) telah diuji DNAnya.
Mereka berjaya mengutip DNAnya. DNA tersebut telah dibandingkan dengan yang ada
pada manusia dan kera chimpanzee.
Benang-benang DNA pada orang Neanderthal it menunjukkan variasi pada 27 bahagian,
berlainan daripada dengan manusia yang hanya pada 8 sahaja. Mereka dapat
membuktikan bahawa Neanderthal bukannya berasal dari famili yang sama dengan
manusia. Komen-komen telah dibuat bahawa Neanderthal ini mungkin telah mati
30,000 tahun dahulu tapi ada kemungkinanya bahawa tulang-tulang ini berusia
100,000 tahun. (artikel
New DNA testing puts Neanderthal man out
of human’s family tree oleh Chris Mihill, The Canberra Sunday Times, 13 July 1997, mukasurat 7. Kumpulan ini kini berpendapat bahawa rumpun manusia berasal daripada satu
moyang yang sama daripada Afrika 200,000 tahun dahulu. Pengiraan masa ini juga
subjektif sama seperti dalam keadaan Neanderthal itu,
Perhatikan juga bahawa orang-orang ini berbeza dan
dipisah-pisahkan oleh zaman-zaman bencana yang dikenalpasti dengan kaedah
perkiraan saintifik yang lazim.
Kita bersetuju dengan idea tentang moyang yang
sama itu. Professor Stringer berpendapat bahawa pada lebih kurang 40,000 tahun
dahulu kemungkinan besar berlakunya percampuran antara spesis Neanderthal
dengan Homo Sapiens (Mihill, ibid, cf. Cell
1997). Namun begitu, yang kita maksudkan di sini adalah orang Cro-magnon dan
bukannya manusia seperti yang kita lihat sekarang ini, Homo Sapiens Sapiens,
dan adalah salah untuk mengatakan kedua-duanya spesis yang sama.
Namun begitu,
kaedah perkiraan usia dan keadaan sekitaran seolah-olah menyokong idea bahawa
usia sistem dunia ini dan orang Cro-magnon serta Neanderthal tidak kurang
daripada 6,000 tahun. Apa yang kita pasti adalah bahawa ada berlakunya peralihan
cepat kutub-kutub dan juga paras laut. Daratan telah naik dan turun disebabkan
berat ais dan peralihannya. Ini bererti bahawa planet ini lebih tidak stabil
daripada yang boleh kita bayangkan. Allah sejati yang tunggal telah mencipta
dunia ini dan Dia akan menamatkannya sesuai dengan kehendaknya.
Amsal 8:22-26 “TUHAN
telah menciptakan aku sebagai permulaan pekerjaan-Nya, sebagai perbuatan-Nya
yang pertama-tama dahulu kala. Sudah pada zaman purbakala aku dibentuk, pada
mula pertama, sebelum bumi ada. Sebelum air samudera raya ada, aku telah lahir,
sebelum ada sumber-sumber yang sarat dengan air. Sebelum gunung-gunung tertanam
dan lebih dahulu dari pada bukit-bukit aku telah lahir; sebelum Ia membuat bumi
dengan padang-padangnya atau debu dataran yang pertama.”
Tuhan satu-satunya, yang berdiam di antara
kerubim, telah mencipta dunia ini. Dia membentukkan gunung-ganang dan juga
lautan. Dia seorang telah mendirikan semuanya dan mengaturkan fungsinya. Dia
adalah satu-satunya Allah yang sebenar.
Yesaya 37:16
"Ya TUHAN semesta alam, Allah Israel, yang bertakhta di atas kerubim!
Hanya Engkau sendirilah Allah segala kerajaan di bumi; Engkaulah yang
menjadikan langit dan bumi.”
Yesaya 45:18 “Sebab
beginilah firman TUHAN, yang menciptakan langit, --Dialah Allah--yang membentuk
bumi dan menjadikannya dan yang menegakkannya, --dan Ia menciptakannya bukan
supaya kosong, tetapi Ia membentuknya untuk didiami--:"Akulah TUHAN dan
tidak ada yang lain.”
Mazmur 102:25-27
“Dahulu sudah Kauletakkan dasar bumi, dan langit adalah buatan tangan-Mu.
Semuanya itu akan binasa, tetapi Engkau tetap ada, dan semuanya itu akan
menjadi usang seperti pakaian, seperti jubah Engkau akan mengubah mereka, dan
mereka berubah; tetapi Engkau tetap sama, dan tahun-tahun-Mu tidak berkesudahan.”
Allah mengubah dunia seolah-olah ia suatu pakaian.
Pada suatu ketika dahulu, bumi telah mengalami peralihan
teras bumi dan pencondongan sistem paksi bumi. Penemuan di Siberia yang
melibatkan gajah mammoth yang membeku
secara mengejut dengan rumput sub-tropika masih berada di dalam mulutnya
menunjukkan bahawa peristiwa tadi telah terjadi tidak lama dahulu. Kalaulah
pencondongan ini telah meletakkan kedua-dua kutub pada air, dengan hanya satu
tudung ais sahaja pada daratan, contohnya Greenland, atau Eropah, atau Amerika
Utara (seperti yang dinyatakan oleh Josenhans, AAP, St Paul Pioneer Express, 4 Julai 1997, mukasurat 7A), maka akan
terjadilah peningkatan paras laut. Peningkatan ini berpatutan dengan
isipadu air di dalam ais pada tudung Antartika. Kes yang satu lagi adalah
dengan tudung Greenland. Mungkin bukan hanya satu kebetulan saja bahawa tahap
peralihan pada model Josenhans ini juga adalah 60 meter (200 kaki) (ibid). Dia
menyalahkan kesan berat ais ke atas pinggiran pantai Amerika Utara. Ini mungkin
hanyalah kesan Kutub Utara dan sistem ais utara ke atas Amerika Utara sebelum
perubahannya yang terakhir. Zaman-zaman ais ini tidaklah berlangsung
perlahan-lahan dan melibatkan jangkamasa yang panjang, sebaliknya mungkin
terjadi dalam sekelip mata sahaja sepertimana yang terbukti di Siberia pada
peralihan kutub terakhir.
Sains moden menghindari penerangan-penerangan
sedemikian dan menentang sesiapa dari kalangan mereka yang mengemukakan
alternatif-alternatif ini. Penindasan skolastik (antara golongan terpelajar) ke
atas I Velikovsky kerana tulisan-tulisannya Worlds
in Collision dan Ages in Chaos
adalah suatu contoh yang klasik. Masalah sebenar di sini adalah ia menghapuskan
andaian teori evolusi (steady-state
evolutionary theory) dan memperkenalkan kemungkinan suatu model campur
tangan (interventionist model). Lebih-lebih
lagi, reputasi saintifik atau skolastik golongan elit universiti biasanya
berdasarkan pada model. Sebagai contoh, pakar-pakar budaya Mesir berdasarkan
kepada penetapan masa bagi penulis dahulukala Manetho untuk membolehkan mereka
menentukan kronologi dinasti-dinasti terawal. Lazimnya ijazah-ijazah mereka
bergantung pada penyesuaian mereka dengan model-model yang sudah diterima.
Suatu tentangan baru-baru ini dikenakan pada saintis
Louis Frank kerana teorinya Cosmic
Snowball kerana ia melibatkan perubahan pandangan sedia-ada. Namun kini
Frank diakui betul di mana seperti katanya, bumi ini dihentam secara berterusan
oleh “bebola ais kosmik” yang mencair dan menambahkan kandungan air atmosfera
bumi. Telah dianggarkan bahawa ada cukup air yang terkandung di ruang angkasa
antara bumi dan Musytari, untuk memenuhi kembali laut-lautan kita (lihat
artikel Robert S Boyd Cosmic Snowballs,
St Paul Pioneer Express, 29 Mei 1997).
Namun begitu ada
buktinya bahawa tudung-tudung ais itu bukannya telah sentiasa berada tempat ia
ada sekarang dan idea ini datang daripada sumber-sumber yang tidak disangkakan
dan bukan hanya saintis-saintis bumi. Kita tahu tentang wujudnya perdagangan trans-Atlantik
sejak beribu tahun dahulu dan bahawa ia telah berterusan lewat hingga pada
waktu orang-orang Yahudi berselerak selepas pemberontakan Bar Kochba, seperti
yang boleh kita ketahui daripada hasil kerja Profesor Cyrus Gordon Before Columbus, Turnstone Press Ltd,
1972. Di dalam tulisannya itu, Gordon menerbitkan peta dahulukala Piri Reis
yang telah dihasilkan daripada olahan lebih banyak peta masa lampau yang telah
diambil daripada perpustakaan Alexandria, sebelum orang-orang Muslim
membakarnya pada abad ketujuh (lihat mukasurat 71-73). Garisan pinggir pantai
Antartika juga dimasukkan dan hakikatnya adalah kita telah tidak dapat
melakukan perkara yang sama sehinggalah abad ini kerana adanya tudung ais.
Dengan itu, pada zaman dahulukala itu, sama ada ilklimnya lebih panas atau
tudung ais tersebut berpusat di tempat berlainan. Lebih-lebih lagi, pada zaman
itu mereka boleh mengukur longitud (garisan bujur), dan pinggiran pantai benua
Amerika dan Afrika telah ditunjukkan hubung-kait longitud antaranya dengan
tepat. Kita tidak boleh melakukan ini sehinggalah abad ke 17.
Saya telah
berbincang dengan para sarjana (orang terpelajar) yang lain mengenai
skrip-skrip ogham, iaitu sistem pertulisan orang-orang Celt, insidensnya dan
implikasinya bagi masyarakat Anglo-Saxon dan Celtic. Antara maklumat yang ada
adalah bahawa melalui pengembaraan trans-Atlantik tersebut, yang telah
berterusan tanpa tergendala, salah satu suku kaum Indian Amerika adalah
sebenarnya berketurunan bangsa Welsh (dari Wales). Mereka mengaturkan
perkampungan mereka dengan cara yang sama. Mereka telah belayar melalui
Sungai-sungai Mississippi dan Missouri, mendarat dan telah mendirikan suatu
koloni di Amerika. Kita tahu mengenai pengembaraan mereka daripada rekod-rekod
yang terdapat di Wales pada zaman yang sama. Tiada apa-apa telah disebutkan
tentang mereka kerana ini tidak sesuai dengan tujuan gereja Eropah pada masa
itu. Mereka telah mengongkong kebenaran selama 1,600 tahun. Kita telah masuk ke
dalam suatu zaman kegelapan disebabkan cita-cita keagamaan.
Begitulah juga,
skrip-skrip ogham ini boleh didapati melalui kawasan suku-suku Indian di pantai
timur dan melalui Virginia Barat. Ada antaranya yang kini ditenggelami air,
tetapi semuanya ada di situ. (Yang menghairankan) Indian-indian di sini menulis
dengan menggunakan tulisan Celtic, malah tulisan yang lebih terdahulu lagi,
kerana ia kekurangan beberapa aspek tulisan seperti yang ada pada skrip Celtic
yang lebih moden. Ini menunjukkan wujudnya pergerakan besar-besaran orang-orang
Celtic dan Yahudi dan orang lain, ke benua Amerika, semasa zaman-zaman
perubahan. Ia bukanlah suatu sistem terasing (steady state isolated system), sepertimana yang dikemukakan oleh
mereka yang kononnya pakar dalam hal ini. Nampaknya, dalam hal ini, tiada
kebolehan untuk menganalisa sejarah dunia dengan tepat dan bersepadu.
Apakah
kesan daripada ketiadaan tudung Antartika?
Mengikut
anggaran moden, ada cukup ais di dalam lembah Antartika Barat sahaja untuk
menaikkan paras laut sebanyak 5 hingga 6 meter (16 hingga 19 kaki). Lembah
(Besen) ini termasuklah ais di atas darat dan ada antaranya yang di bawah paras
laut namun secara keseluruhannya menghasilkan peningkatan purata 5 meter (16
kaki). Ais yang tertinggal akan naik lagi sebanyak 60 meter (200 kaki) dan
kesan daripada kedua-dua tudung adalah melebihi 66 meter (216 kaki)
(sepertimana yang dinyatakan oleh John Heap dan Jim Titus di atas). Peningkatan
haba yang berlaku hanya boleh diandaikan di sini. Ini akan meningkatkan lagi
paras laut dengan tambahan lebih kurang 30 meter (100 kaki). Dengan itu,
jumlahnya adalah sekitar 100 meter (328 kaki) dalam peningkatan purata aras
laut.
Tudung-tudung
juga memantulkan sejumlah besar haba matahari. Dengan tiadanya tudung-tudung
ini, daratan tidak dapat memantulkan jumlah haba yang sama dan haba ini akan
tersimpan di dalam atmosfera bumi. Hasilnya, keadaan bumi akan menjadi sangat
panas.
Peningkatan pada
suhu purata akan menjadikan corak-corak cuaca lebih tidak stabil lagi.
Kesan kenaikan aras laut ke atas daratan dan
ekosistem bumi
Dengan kehilangan sebahagian tudung Antartika, kita akan
lihat peningkatan sebanyak 5 meter (16 kaki). Ini akan menenggelamkan
pulau-pulau yang lebih rendah, dan beberapa tempat, seperti Belanda dan
kawasan-kawasan delta, akan tidak dapat didiami. Mereka yang tinggal di situ
akan terpaksa berpindah. Kesemua kawasan daratan bumi yang rendah akan
ditenggelami air. Sistem-sistem sungai akan diundurkan dan akan berombak laut
jauh ke daratan. Kapasiti
tadahan air akan berkurangan dengan banyaknya. Air minum akan berkurangan.
Peningkatan suhu akan menyebabkan kawasan-kawasan yang telah dicemari berubah
merah kerana pertumbuhan alga. Perubahan pada sistem-sistem alga akan menghapuskan
kawasan-kawasan pembiakan ikan dan kumpulan ikan akan mula mati.
Kesan ini berlaku perlahan-lahan pada mulanya tetapi
kemudian akan bertambah cepat sementara tudung-tudung ini mencair. Ini akan
menyebabkan ketidakstabilan pada berat sistem daratan dan seterusnya
meningkatkan tekanan ke atas sistem plet bumi yang menyokong daratan. Antartika
sudahpun mula meninggi dengan berkurangnya berat tersebut. Hasilnya adalah
aktiviti gempa bumi yang lebih banyak.
Dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini, sejak kertas
kerja ini ditulis, kita telah alami peningkatan aktiviti gempa bumi di kawasan-kawasan
yang berpenduduk. Pembanjiran negeri-negeri yang seperti yang disebutkan akan
menolong menggenapkan satu lagi nubuatan Alkitab, yang telahpun kita bincangkan
di dalam artikel Memanggil
Umat Ke Yerusalem [238]. Dengan itu suku Zebulun akan mendapatkan kembali
warisannya dan memulakan pemanggilan orang-orang ke Yerusalem. Ini akan menjadi
permulaan kepada pergerakan kembali suku-suku itu.
Kesan-kesan aktiviti gempa bumi yang meningkat
Dalam karya Hukum-hukum Pemakanan [015]
kita telah lihat bagaimanakah
tumpuan logam berat di kawasan-kawasan tertentu di seluruh dunia.
Kawasan-kawasan tersebut berpadanan dengan sistem-sistem gelinciran (fault) di mana berlakunya aktiviti gempa
bumi. Apabila aktiviti gempa bumi bermula, pelepasan logam-logam berat akan
meningkatkan pertumbuhan alga dan laut-lautan akan menjadi merah dengan
terbentuknya kesan ombak merah (red tide
effect). Kesan penumpuan logam berat di dalam alga adalah peningkatan tahap
ketoksikan di dalam ikan. Di dalam malapetaka Alkitab yang digambarkan dengan
tujuh sangkakala di dalam Wahyu, kita melihat bahawa sepertiga daripada ikan di
lautan akan mati. Ini berikutan daripada peningkatan aktiviti gempa bumi yang
mengikuti penindasan terakhir pada hari-hari terakhir di bawah gambaran meterai
kelima (lihat karya Tujuh Meterai [140] dan Tujuh Sangkakala [141].
Wahyu 6:9-17 Dan ketika Anak Domba itu membuka meterai yang kelima, aku melihat di bawah mezbah jiwa-jiwa mereka yang telah dibunuh oleh karena firman Allah dan oleh karena kesaksian yang mereka miliki. Dan mereka berseru dengan suara nyaring, katanya: "Berapa lamakah lagi, ya Penguasa yang kudus dan benar, Engkau tidak menghakimi dan tidak membalaskan darah kami kepada mereka yang diam di bumi?" Dan kepada mereka masing-masing diberikan sehelai jubah putih, dan kepada mereka dikatakan, bahwa mereka harus beristirahat sedikit waktu lagi hingga genap jumlah kawan-kawan pelayan dan saudara-saudara mereka, yang akan dibunuh sama seperti mereka. Maka aku melihat, ketika Anak Domba itu membuka meterai yang keenam, sesungguhnya terjadilah gempa bumi yang dahsyat dan matahari menjadi hitam bagaikan karung rambut dan bulan menjadi merah seluruhnya bagaikan darah. Dan bintang-bintang di langit berjatuhan ke atas bumi bagaikan pohon ara menggugurkan buah-buahnya yang mentah, apabila ia digoncang angin yang kencang. Maka menyusutlah langit bagaikan gulungan kitab yang digulung dan tergeserlah gunung-gunung dan pulau-pulau dari tempatnya. Dan raja-raja di bumi dan pembesar-pembesar serta perwira-perwira, dan orang-orang kaya serta orang-orang berkuasa, dan semua budak serta orang merdeka bersembunyi ke dalam gua-gua dan celah-celah batu karang di gunung. Dan mereka berkata kepada gunung-gunung dan kepada batu-batu karang itu: "Runtuhlah menimpa kami dan sembunyikanlah kami terhadap Dia, yang duduk di atas takhta dan terhadap murka Anak Domba itu." Sebab sudah tiba hari besar murka mereka dan siapakah yang dapat bertahan?
Perbuatan
melukakan bumi ini terjadi selepas penindasan yang disebutkan di dalam meterai
kelima—dengan itu, bumi tidak akan dilukakan sehinggalah aktiviti-aktiviti
Wahyu 7 telah berlalu; iaitu pemeteraian orang saleh seramai 144,000 dan
pemiliharan kumpulan orang yang ramai itu. Sehingga ini selesai, bumi tidak
akan disakiti.
Wahyu 7:13-17 Dan seorang dari antara tua-tua itu berkata
kepadaku: "Siapakah mereka yang memakai jubah putih itu dan dari manakah
mereka datang?" Maka kataku kepadanya: "Tuanku, tuan
mengetahuinya." Lalu ia berkata kepadaku: "Mereka ini adalah
orang-orang yang keluar dari kesusahan yang besar; dan mereka telah mencuci
jubah mereka dan membuatnya putih di dalam darah Anak Domba. Karena itu mereka
berdiri di hadapan takhta Allah dan melayani Dia siang malam di Bait Suci-Nya.
Dan Ia yang duduk di atas takhta itu akan membentangkan kemah-Nya di atas mereka.
Mereka tidak akan menderita lapar dan dahaga lagi, dan matahari atau panas
terik tidak akan menimpa mereka lagi. Sebab Anak Domba yang di tengah-tengah
takhta itu, akan menggembalakan mereka dan akan menuntun mereka ke mata air
kehidupan. Dan Allah akan menghapus
segala air mata dari mata mereka."
Dengan itu, kita lihat bahawa kesukaran di dalam meterai
kelima akan diikuti dengan aktiviti yang penuh pergolakan ini. Kedatangan
Mesias difahamkan sebagai suatu kepastian pada masa ini. Dengan itu, pertambahan
aktiviti gempa bumi dan tanda-tanda di langit bukan saja menandakan kedatangan
Mesias dan penebusan umat terpilih, tetapi juga mencetuskan tindakbalas rantai
yang hampir berlaku di dalam aktiviti berkenaan negara-negara dunia ini dan
khasnya kawasan-kawasan berpantai. Aktiviti ini digambarkan di dalam Wahyu 8
dan seterusnya.
Oleh itu, kejadian-kejadian gempa bumi itu sendiri, di
samping pencemaran, akan melepaskan logam-logam berat ke dalam laut-lautan bumi
ini dan meningkatkan aktiviti-aktiviti yang menyebabkan kematian sepertiga
daripada bilangan ikan seperti disebutkan di dalam Wahyu 8:1-5.
Wahyu 8:1-5 Dan ketika Anak Domba itu membuka meterai
yang ketujuh, maka sunyi senyaplah di sorga, kira-kira setengah jam lamanya.
Lalu aku melihat ketujuh malaikat, yang berdiri di hadapan Allah, dan kepada
mereka diberikan tujuh sangkakala. Maka datanglah seorang malaikat lain, dan ia
pergi berdiri dekat mezbah dengan sebuah pedupaan emas. Dan kepadanya diberikan
banyak kemenyan untuk dipersembahkannya bersama-sama dengan doa semua orang
kudus di atas mezbah emas di hadapan takhta itu. Maka naiklah asap kemenyan
bersama-sama dengan doa orang-orang kudus itu dari tangan malaikat itu ke
hadapan Allah. Lalu malaikat itu mengambil pedupaan itu, mengisinya dengan api
dari mezbah, dan melemparkannya ke bumi. Maka meledaklah bunyi guruh, disertai
halilintar dan gempa bumi.
Kita ketahui dari ayat ini bahawa penganiayaan
orang-orang kudus dan doa mereka akan menyebabkan campur tangan Tuhan. Dia
menghantar Mesias pada waktu kedatangan kembali. Api daripada mezbah dibuangkan
ke bumi dan aktiviti ini menyebabkan berlakunya guruh dan kilat dan gempa bumi.
Inilah fasa aktif bagi apa yang kita katakan sebagai aktiviti-aktiviti
pemanasan global dan kemurkaan Tuhan.
Siri pertama sangkakala ditiupkan dan api serta hujan
batu diturunkan ke atas bumi dan kemudiannya sepertiga daripada bumi akan
terbakar, termasuklah pohon-pohon dan segala rumput hijau. Dalam kata lain, ia
menjadi tandus dan suhu panas itu akan mengeringkan kawasan-kawasan berumput
dan menyebabkannya terbakar.
Wahyu 8:6-7 Dan ketujuh malaikat yang memegang ketujuh
sangkakala itu bersiap-siap untuk meniup sangkakala. Lalu malaikat yang pertama
meniup sangkakalanya dan terjadilah hujan es, dan api, bercampur darah; dan
semuanya itu dilemparkan ke bumi; maka terbakarlah sepertiga dari bumi dan
sepertiga dari pohon-pohon dan hanguslah seluruh rumput-rumputan hijau.
Aktiviti gempa bumi akan menghasilkan
letupan-letupan dan penggelinciran daratan besar-besaran yang membinasakan.
Wahyu 8:8-9 Lalu malaikat yang kedua meniup
sangkakalanya dan ada sesuatu seperti gunung besar, yang menyala-nyala oleh
api, dilemparkan ke dalam laut. Dan sepertiga dari laut itu menjadi darah, dan
matilah sepertiga dari segala makhluk yang bernyawa di dalam laut dan binasalah
sepertiga dari semua kapal.
Aktiviti ini
menyebabkan sepertiga daripada kapal turut termusnah dan ini bermakna bahawa ia
bukan saja melibatkan logam berat dan pertumbuhan berlebihan alga tetapi juga
pada kejadian tsunami (ombak besar).
Para saintis sudah lama mengetahui bahawa satu tsunami besar telah menghentam pinggiran pantai timur Australia lebih kurang 100,000 tahun dahulu mengikut istilah-istilah geologi berdasarkan model-model hari ini. Mereka tidak tahu apa penyebabnya. Beberapa tahun yang lalu mereka telah menentukan bahawa ia sebenarnya disebabkan penggelinciran daratan di Hawaii pada 105,000 tahun dahulu. Akan terjadi penggelinciran yang lebih besar lagi daripada ini pada jangkamasa sangkakala kedua. Para saintis menjangkakan bahawa gelinciran San Andreas (San Andreas fault) akan meretak dalam tempoh 10 tahun yang akan datang. Ini belum lagi mengira kesan-kesan peningkatan pergerakan gelinciran. Sistem gelinciran San Andreas ini mempunyai kapasiti untuk membentuk suatu tsunami yang boleh membinasakan seluruh pantai timur Australia.
Tsunami bergerak dengan laju menghampiri kelajuan bunyi dan
boleh membentuk tembok air beberapa ratus kaki tingginya. Ombak yang disebutkan
di atas dianggarkan antara 90 meter (300 kaki) dan 300 meter (1,000 kaki)
tingginya dan bergerak hampir 1,126 kilometer sejam (700 batu sejam). Kapasiti
membinasa ombak seperti ini adalah sungguh besar sekali. Setiap penggelinciran
daratan dan gempa bumi akan mencetuskan aktiviti tsunaminya sendiri. Dengan begitulah, maka sepertiga daripada
perkapalan dunia ini akan dimusnahkan.
Pemanasan ini dan
peningkatan aktiviti gunung berapi di bumi ini akan kemudiannya menyebabkan
pemusnahan sistem-sistem air bumi dan pengunduran serta pencemaran tempat-tempat
pembiakan ikan.
Pengurangan yang
berlaku ini akan ditingkatkan dengan insidens suatu komet yang akan dihantar
Tuhan bagi menghukum dunia yang tidak mengendahkan perintah-perintahNya.
Wahyu 8:10-11 Lalu
malaikat yang ketiga meniup sangkakalanya dan jatuhlah dari langit sebuah
bintang besar, menyala-nyala seperti obor, dan ia menimpa sepertiga dari
sungai-sungai dan mata-mata air. Nama bintang itu ialah Apsintus. Dan sepertiga
dari semua air menjadi apsintus, dan banyak orang mati karena air itu, sebab
sudah menjadi pahit.
Peningkatan
aktiviti ini akan mempengaruhi atmosfera. Kesan rumah kaca atau greenhouse effect yang terlihat adalah
begitu besar sekali sehingga matahari menjadi gelap pada waktu fajar dan senja
dan menyebabkan hari menjadi pendek.
Wahyu 8:12-13 Lalu
malaikat yang keempat meniup sangkakalanya dan terpukullah sepertiga dari
matahari dan sepertiga dari bulan dan sepertiga dari bintang-bintang, sehingga
sepertiga dari padanya menjadi gelap dan sepertiga dari siang hari tidak terang
dan demikian juga malam hari. Lalu aku melihat: aku mendengar seekor burung
nasar terbang di tengah langit dan berkata dengan suara nyaring: "Celaka,
celaka, celakalah mereka yang diam di atas bumi oleh karena bunyi sangkakala
ketiga malaikat lain, yang masih akan meniup sangkakalanya."
Krakatoa telah
meletus pada abad lalu dengan kuasa seperti sebilangan besar senjata nuklear,
dan langit telah bertukar warna di seluruh dunia untuk beberapa bulan.
Aktiviti ini akan
menyebabkan bumi mengalami kekacauan yang begitu besar, sehingga wujudnya apa
yang dikatakan sebagai jendela peluang (window
of opportunity) bagi negara-negara yang sudahpun bersedia untuk
membinasakan umat-umat kita. Negara-negara ini disebutkan sebagai Gog dan
Magog. Siapa dia mereka ini akan dikenalpasti kemudian. Negara-negara ini akan
melibatkan diri di dalam apa yang merupakan Perang Dunia III kerana kekacauan
yang berlaku di atas dunia. Kekacauan dan peperangan ini akan memberi peluang
kepada sekumpulan negara untuk menyerang blok kekuasaan Eropah masakini.
Peperangan-peperangan ini adalah peperangan yang disebutkan di dalam sangkakala
kelima dan keenam di dalam Wahyu 9:1-21.
Wahyu 9:1-21 Lalu malaikat yang kelima meniup sangkakalanya, dan aku melihat sebuah bintang yang jatuh dari langit ke atas bumi, dan kepadanya diberikan anak kunci lobang jurang maut. Maka dibukanyalah pintu lobang jurang maut itu, lalu naiklah asap dari lobang itu bagaikan asap tanur besar, dan matahari dan angkasa menjadi gelap oleh asap lobang itu. Dan dari asap itu berkeluaranlah belalang-belalang ke atas bumi dan kepada mereka diberikan kuasa sama seperti kuasa kalajengking-kalajeng di bumi. Dan kepada mereka dipesankan, supaya mereka jangan merusakkan rumput-rumput di bumi atau tumbuh-tumbuhan ataupun pohon-pohon, melainkan hanya manusia yang tidak memakai meterai Allah di dahinya. Dan mereka diperkenankan bukan untuk membunuh manusia, melainkan hanya untuk menyiksa mereka lima bulan lamanya, dan siksaan itu seperti siksaan kalajengking, apabila ia menyengat manusia. Dan pada masa itu orang-orang akan mencari maut, tetapi mereka tidak akan menemukannya, dan mereka akan ingin mati, tetapi maut lari dari mereka. Dan rupa belalang-belalang itu sama seperti kuda yang disiapkan