Jemaat Jemaat Allah Al Maséhi

 

[219]

 

 

 

30 Tahun Terakhir - Pergelutan Penghabisan 

(Edition 1.1 19971027-20020414)

 

Pemahaman tentang peristiwa-peristiwa yang akan berlangsung mendahului kedatangan Mesias merupakan sesuatu yang paling disalahgunakan dan berkontroversi sekali di dalam sejarah. Masalahnya terletak pada kegagalan di dalam meneliti setiap aspek nubuatan. Kebanyakan idea yang telah dibentuk hanya telah berasaskan teologi yang tidak lengkap dan tidak mengambil kira kata-kata sebenar banyak teks yang relevan. Di dalam karya ini kita akan membentangkan teks-teks serta urutan aktiviti-aktiviti tersebut sepertimana yang Alkitab katakan akan terjadi. Dengan cara ini, kita akan lihat bahawa terdapat suatu jangkamasa yang boleh dikenalpasti dengan beberapa syarat yang harus dipenuhi. Peristiwa-peristiwa yang telah dinubuatkan akan berlaku sehingga pada tahap tahun 2001 telah dikemaskinikan dan diterangkan di sini dengan nota-nota editor sambil terus mengekalkan karya asal.

 

 

Christian Churches of God

PO Box 369,  WODEN  ACT 2606,  AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

 

(Hakcipta ã 2002 Wade Cox)

(tr. 2002)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org and http://www.ccg.org

 


30 Tahun Terakhir: Pergelutan Penghabisan [219]


 

Jangkamasa sejurus sebelum kedatangan kembali Mesias merupakan suatu peristiwa yang sudah lama ditunggu-tunggu. Ramai guru teologi Alkitab telah salah faham akan apa yang berlaku sejajar dengan kedatangan tersebut dan kerana itu telah salah kira atau salah kenal peristiwa-peristiwa yang terbabit. Ramai orang yang telah cuba untuk menghadkan urutan peristiwanya ke dalam suatu jangkamasa yang pendek dan, berdasarkan pada senario dua saksi tersebut, telah cuba untuk menghadkan jangkamasa ini ke dalam zaman mereka sendiri iaitu dengan suatu tempoh tiga setengah tahun. Ini menunjukkan suatu salah faham asas akan apa yang berlaku sepanjang jangkamasa tersebut.

 

Kita telahpun berusaha untuk menunjukkan, melalui suatu siri karya, pelbagai aspek berlainan nubuatan yang akan terjadi sebelum kedatangan Mesias.

 

Di dalam Bahagian 1 karya Trumpets [136] [Sangkakala-sangkakala [136], kita telah melihat suatu sinopsis tentang aspek-aspek yang telah diliputi, dan yang akan diliputi, di sepanjang suatu tempoh masa.

 

Kristus telah membuat pernyataan jelas tentang apa yang akan terjadi berkenaan masa kedatangannya di dalam apa yang dipanggil Nubuatan Bukit Zaitun.

 

Markus 13:1-37 Ketika Yesus keluar dari Bait Allah, seorang murid-Nya berkata kepada-Nya: "Guru, lihatlah betapa kokohnya batu-batu itu dan betapa megahnya gedung-gedung itu!" 2  Lalu Yesus berkata kepadanya: "Kaulihat gedung-gedung yang hebat ini? Tidak satu batupun akan dibiarkan terletak di atas batu yang lain, semuanya akan diruntuhkan." 3    Ketika Yesus duduk di atas Bukit Zaitun, berhadapan dengan Bait Allah, Petrus, Yakobus, Yohanes dan Andreas bertanya sendirian kepada-Nya: 4 "Katakanlah kepada kami, bilamanakah itu akan terjadi, dan apakah tandanya, kalau semuanya itu akan sampai kepada kesudahannya." 5 Maka mulailah Yesus berkata kepada mereka: "Waspadalah supaya jangan ada orang yang menyesatkan kamu! 6 Akan datang banyak orang dengan memakai nama-Ku dan berkata: Akulah dia, dan mereka akan menyesatkan banyak orang. 7    Dan apabila kamu mendengar deru perang atau kabar-kabar tentang perang, janganlah kamu gelisah. Semuanya itu harus terjadi, tetapi itu belum kesudahannya. 8 Sebab bangsa akan bangkit melawan bangsa dan kerajaan melawan kerajaan. Akan terjadi gempa bumi di berbagai tempat, dan akan ada kelaparan. Semua itu barulah permulaan penderitaan menjelang zaman baru. 9 Tetapi kamu ini, hati-hatilah! Kamu akan diserahkan kepada majelis agama dan kamu akan dipukul di rumah ibadat dan kamu akan dihadapkan ke muka penguasa-penguasa dan raja-raja karena Aku, sebagai kesaksian bagi mereka. 10 Tetapi Injil harus diberitakan dahulu kepada semua bangsa. 11 Dan jika kamu digiring dan diserahkan, janganlah kamu kuatir akan apa yang harus kamu katakan, tetapi katakanlah apa yang dikaruniakan kepadamu pada saat itu juga, sebab bukan kamu yang berkata-kata, melainkan Roh Kudus. 12 Seorang saudara akan menyerahkan saudaranya untuk dibunuh, demikian juga seorang ayah terhadap anaknya. Dan anak-anak akan memberontak terhadap orang tuanya dan akan membunuh mereka. 13 Kamu akan dibenci semua orang oleh karena nama-Ku. Tetapi orang yang bertahan sampai pada kesudahannya ia akan selamat." 14 "Apabila kamu melihat Pembinasa keji berdiri di tempat yang tidak sepatutnya--para pembaca hendaklah memperhatikannya--maka orang-orang yang di Yudea haruslah melarikan diri ke pegunungan. 15 Orang yang sedang di peranginan di atas rumah janganlah ia turun dan masuk untuk mengambil sesuatu dari rumahnya, 16 dan orang yang sedang di ladang janganlah ia kembali untuk mengambil pakaiannya. 17 Celakalah ibu-ibu yang sedang hamil atau yang menyusukan bayi pada masa itu. 18 Berdoalah, supaya semuanya itu jangan terjadi pada musim dingin. 19 Sebab pada masa itu akan terjadi siksaan seperti yang belum pernah terjadi sejak awal dunia, yang diciptakan Allah, sampai sekarang dan yang tidak akan terjadi lagi. 20 Dan sekiranya Tuhan tidak mempersingkat waktunya, maka dari segala yang hidup tidak akan ada yang selamat; akan tetapi oleh karena orang-orang pilihan yang telah dipilih-Nya, Tuhan mempersingkat waktunya. 21 Pada waktu itu jika orang berkata kepada kamu: Lihat, Mesias ada di sini, atau: Lihat, Mesias ada di sana, jangan kamu percaya. 22 Sebab Mesias-mesias palsu dan nabi-nabi palsu akan muncul dan mereka akan mengadakan tanda-tanda dan mujizat-mujizat dengan maksud, sekiranya mungkin, menyesatkan orang-orang pilihan. 23 Hati-hatilah kamu! Aku sudah terlebih dahulu mengatakan semuanya ini kepada kamu." 24 "Tetapi pada masa itu, sesudah siksaan itu, matahari akan menjadi gelap dan bulan tidak bercahaya 25 dan bintang-bintang akan berjatuhan dari langit, dan kuasa-kuasa langit akan goncang. 26 Pada waktu itu orang akan melihat Anak Manusia datang dalam awan-awan dengan segala kekuasaan dan kemuliaan-Nya. 27 Dan pada waktu itupun Ia akan menyuruh keluar malaikat-malaikat-Nya dan akan mengumpulkan orang-orang pilihan-Nya dari keempat penjuru bumi, dari ujung bumi sampai ke ujung langit. 28 Tariklah pelajaran dari perumpamaan tentang pohon ara. Apabila ranting-rantingnya melembut dan mulai bertunas, kamu tahu, bahwa musim panas sudah dekat. 29 Demikian juga, jika kamu lihat hal-hal itu terjadi, ketahuilah bahwa waktunya sudah dekat, sudah di ambang pintu. 30 Aku berkata kepadamu: Sesungguhnya angkatan ini tidak akan berlalu, sebelum semuanya itu terjadi. 31 Langit dan bumi akan berlalu, tetapi perkataan-Ku tidak akan berlalu. 32 Tetapi tentang hari atau saat itu tidak seorangpun yang tahu, malaikat-malaikat di sorga tidak, dan Anakpun tidak, hanya Bapa saja." 33 "Hati-hatilah dan berjaga-jagalah! Sebab kamu tidak tahu bilamanakah waktunya tiba. 34 Dan halnya sama seperti seorang yang bepergian, yang meninggalkan rumahnya dan menyerahkan tanggung jawab kepada hamba-hambanya, masing-masing dengan tugasnya, dan memerintahkan penunggu pintu supaya berjaga-jaga. 35 Karena itu berjaga-jagalah, sebab kamu tidak tahu bilamanakah tuan rumah itu pulang, menjelang malam, atau tengah malam, atau larut malam, atau pagi-pagi buta, 36 supaya kalau ia tiba-tiba datang jangan kamu didapatinya sedang tidur. 37 Apa yang Kukatakan kepada kamu, Kukatakan kepada semua orang: berjaga-jagalah!" (KJV)

 

Kristus mengatakan di sini bahawa generasi ini tidak akan berlalu, dan ini telah disalahgunakan untuk memberi hujah bahawa Kristus menganggap ianya akan berlaku di dalam generasinya. Namun begitu, dia sudahpun memberikan nubuatan tanda Yunus, dan pada bahagian permulaan teks tersebut, dia telah membuat komen bahawa tidak ada satu batupun yang akan dibiarkan terletak di atas batu lain. Dia meratapi Yerusalem ketika dia berada di atas Bukit Zaitun.

 

Dengan itu dia tahu apa akan terjadi kepada Yerusalem dan bila ia akan berlaku. Pemusnahan Yerusalem pada tahun 70 TM merupakan elemen pertama bagi nubuatan itu iaitu sebagai penggenapan “tujuh puluh minggu” tahun pada tahun kudus 70/71 TM.

 

Ini merupakan penyempurnaan Tanda Yunus pada fasa pertamanya (lihat karya The Sign of Jonah and the History of the Reconstruction of the Temple [013] @ Tanda Yunus dan Sejarah Pembangunan Semula Bait Suci). Nubuatan ini tidak difahami pada masa kemudiannya disebabkan penafsiran salah Daniel 9:25 di dalam KJV dan di kalangan para Trinitarian.

 

Fasa terakhir dan keseluruhannya bagi nubuatan ini adalah berkenaan tempoh masa yang diperuntukkan bagi negara-negara di bawah Angkatan yang Jatuh (fallen Host).

 

Yunus telah berkhotbah hampir tiga hari lamanya. Empat puluh hari diperuntukkan untuk Niniwe bertaubat dan mereka memang telah bertaubat dan diselamatkan.

 

Mesias dan Yohanes Pembaptis telah berkhotbah di Yuda/Yehuda hampir tiga tahun lamanya. Empat puluh tahun telah diperuntukkan bagi pertaubatan Yuda. Mereka tidak berbuat demikian dan pada hari pertama bulan pertama (iaitu bulan Nisan) tahun 70 TM, mereka telah dikepung oleh orang-orang Rom dan dibinasakan. Bait Suci diandaikan telah musnah pada perayaan hari Pendamaian, tapi yang pasti ianya berlaku mengikut nubuatan Alkitab.

 

Dengan itu, yang pasti, jangkamasa awal tersebut adalah segenerasi penuh empat puluh tahun sebelumpun fasa pertama yang disebutkan di dalam Nubuatan Bukit Zaitun itu digenapi.

 

Komen bahawa generasi ini tidak akan berlalu sehinggalah perkara-perkara ini digenapi mempunyai interpretasi berdua. Hanya satu perkara sahaja yang pasti iaitu bahawa Kristus tidaklah merujuk kepada generasi zamannya. Jika itulah maksudnya, maka dia seorang nabi palsu dan bukanlah Mesias. Penerangannya mempunyai maksud yang dilanjutkan dan spesifik. Satu generasi adalah empat puluh tahun. Musa telah hidup sebanyak tiga generasi atau 120 tahun. Ini boleh disamakan dengan 120 Jubli dengan asas satu Jubli untuk satu tahun (120 Jubli meliputi enam ribu tahun). Fasa terakhir hidup Musa mewakili empat puluh Jubli atau fasa terakhir rencana keselamatan enam ribu tahun. Dengan itu, Kristus sebenarnya mengatakan bahawa di dalam fasa terakhir itu, Mesias akan muncul pada penghujungnya dan bahawa orang-orang yang hidup pada masa penghujung inilah yang tidak akan berlalu. Peristiwa-peristiwa pada pengakhiran akan berlaku semuanya di dalam satu generasi dan juga bahawa bahagian ketiga empat puluh Jubli tersebut tidak akan berlalu. Penerangan bahawa kemusnahan Yerusalem dan Bait Suci adalah satu generasi empat puluh tahun adalah tepat dalam ertikata bahawa ia berlaku lebih kurang empat puluh satu tahun daripada nubuatannya, namun elemen-elemen lain tidak digenapi. Oleh itu, ia semestinya menunjuk kepada suatu titik di masa hadapan.

 

Fasa ketiga meliputi jangkamasa dua ribu tahun daripada Jubli di mana Kristus telah dilahirkan dan Jubli di dalam mana dia telah memulakan pelayanannya dan menghakimi Yuda di bawah Tanda Yunus (lihat karya The Sign of Jonah and the History of the Reconstruction of the Temple [013]). Kristus telah dilahirkan di antara 6 September SM dan 4 Januari SM. Tidak mungkin dia lahir lebih lewat daripada 4 Januari SM memandangkan Herod telah mati pada 4 Mac SM. Oleh itu, dia telah dilahirkan satu kitar masa penuh (time cycle), atau 19 tahun, daripada permulaan Jubli tersebut, iaitu pada 5 September SM. Perayaan-perayaan Bulan Ketujuh tahun 1996, yang juga satu kitar masa penuh daripada Jubli 1977/78, memperingati Jubli ke empat puluh daripada kelahiran Kristus. Tahun 1996 juga memperingati ulangtahun tahun ke 3,000 bagi kemasukan Daud ke dalam Yerusalem. Dengan itu jangkamasa ini dipenuhi dengan perlambangan dan kepentingan nubuatan. Mesias telah memulakan pelayanannya pada 28 TM iaitu tahun kedatangan kembali selepas Jubli 27 TM yang, memandangkan ianya tahun ke limabelas bagi maharaja Tiberius, merupakan masa Yohanes Pembaptis memulakan pelayanannya. Kristus tidak memulakan pelayanannya sehinggalah Yohanes telah dipenjarakan selepas Paskah 28 TM. Oleh itu, pelayanan Mesias menandakan zaman yang baru dari permulaan Jubli tersebut. Jangkamasa empat puluh Jubli, atau dua ribu tahun, akan berakhir pada 2027/28. Tahun 2028/29 memulakan Milenium ketujuh, yang mengikut dahulukalanya digelar sebagai jangkamasa Pemerintahan Adil (Just Rule). Jangkamasa dari 1996 hingga ke 2025/26 adalah fasa tiga puluh tahun yang kita samakan dengan masa hayat Mesias. Jangkamasa ini akan memperlihatkan kedatangan kembali Mesias dan penundukan planet ini. Sistem Jubli memerlukan suatu tahun penuaian bertiga sebelum Sabat ketujuh bagi 2026/27 dan tahun Jubli 2027/28. Dengan itu, jangkamasa terakhir di mana terjadinya peperangan-peperangan terakhir dan kedatangan kembali Mesias akan bermula dari 1996 dan berlanjutan ke 2025/26. Mesias sudah akan mula memerintah dari Yerusalem dari tarikh itu untuk Milenium tersebut. Begitu juga, perlawanan-perlawanan yang melibatkan nabi palsu dan binatang itu yang tertumpu pada Yerusalem akan bermula dari tahun 1997 dan seterusnya.

 

Aspek terakhir bagi fasa terakhir ini, sebelum bumi ini dibiarkan dilukai di dalam proses ini, adalah penghakiman umat-umat terpilih. Urutan ini dinubuatkan di dalam Yehezkiel 34. Pada hari-hari terakhir, para penggembala akan menjaga diri mereka sendiri dan bukan domba-domba (Yehezkiel 34:5-6). Para penggembala kemudiannya dibuka. Kristus akan menghakimi domba-domba berdasarkan bagaimana mereka melayani sesama sendiri (Yehezkiel 34:17 dan seterusnya). Ini akan hanya dapat dilakukan dengan betul setelah para penggembala dipindahkan. Pemindahan serta penghakiman ini dirujukkan di dalam Zakharia 11. Zakharia 11:3 dan seterusnya mencatatkan ratapan para penggembala tersebut.

 

Zakharia 11:3-13  Dengar, para gembala meratap! Sebab kemegahan mereka sudah dirusakkan. Dengar, singa-singa mengaum! Sebab sudah dirusakkan kebanggaan sungai Yordan. 4 Beginilah firman TUHAN Allahku kepadaku: "Gembalakanlah domba-domba sembelihan itu! 5 Orang-orang yang membelinya menyembelihnya dengan tidak merasa bersalah dan orang-orang yang menjualnya berkata: Terpujilah TUHAN! Aku telah menjadi kaya! Dan orang-orang yang menggembalakannya tidak mengasihaninya. 6 Sebab Aku tidak lagi akan mengasihani penduduk bumi, demikianlah firman TUHAN, melainkan sesungguhnya, Aku akan menyerahkan manusia masing-masing ke dalam tangan gembalanya dan ke dalam tangan rajanya; mereka ini akan menghancurkan bumi dan Aku tidak akan melepaskan seorangpun dari tangan mereka." 7 Maka aku menggembalakan domba-domba sembelihan itu untuk pedagang-pedagang domba. Aku mengambil dua tongkat: yang satu kusebutkan "Kemurahan" dan yang lain kusebutkan "Ikatan"; lalu aku menggembalakan domba-domba itu. 8 Dalam satu bulan aku melenyapkan ketiga gembala itu. Kemudian aku tidak dapat menahan hati lagi terhadap domba-domba itu, dan merekapun merasa muak terhadap aku. 9 Lalu aku berkata: "Aku tidak mau lagi menggembalakan kamu; yang hendak mati, biarlah mati; yang hendak lenyap, biarlah lenyap, dan yang masih tinggal itu, biarlah masing-masing memakan daging temannya!" 10 Aku mengambil tongkatku "Kemurahan", lalu mematahkannya untuk membatalkan perjanjian yang telah kuikat dengan segala bangsa. 11 Jadi dibatalkanlah perjanjian pada hari itu, maka tahulah pedagang-pedagang domba yang sedang mengamat-amati aku, bahwa itu adalah firman TUHAN. 12 Lalu aku berkata kepada mereka: "Jika itu kamu anggap baik, berikanlah upahku, dan jika tidak, biarkanlah!" Maka mereka membayar upahku dengan menimbang tiga puluh uang perak. 13 Tetapi berfirmanlah TUHAN kepadaku: "Serahkanlah itu kepada penuang logam!" --nilai tinggi yang ditaksir mereka bagiku. Lalu aku mengambil ketiga puluh uang perak itu dan menyerahkannya kepada penuang logam di rumah TUHAN.

 

Teks pada Zakharia 11:3-13 merupakan nubuatan berkenaan pemusnahan teokrasi Israel dan kegagalan sistem imamnya. Tongkat “Kemurahan” itu melambangkan perjanjian dengan Israel. Mesias merupakan Mesias Harun yang akan mengambil kemurahan/kasih karunia yang telah diberikan kepada bangsa Israel, dan melanjutkannya kepada bangsa-bangsa lain. Di sini nubuatan ini menunjuk kepada bagaimana para imam akan membinasakannya dan membayarkan 30 kepingan uang perak kepada pengkhianat-pengkhianatnya, dan jumlah tersebut akan diberikan kepada penuang logam/penyimpan harta. Namun begitu, uang tersebut terpaksa dibukakan kerana ia merupakan uang berdarah. Jumlah 30 kepingan perak ini dipandang (keji) sebagai harga bagi seorang hamba abdi (lihat ulasan Soncino tentang Keluaran 21:32), tetapi ia juga diukur sebagai bermaksud satu keping bagi setiap makhluk di dalam majlis Tuhan. Juga, masalah-masalah berkenaan hal pemusnahan tiga gembala dalam satu bulan dilihat oleh Soncino sebagai berkemungkinan merujuk kepada tiga kelas pemerintah di dalam Israel iaitu para raja, para imam dan para nabi.

 

Oleh itu, pucuk kepimpinan Israel dibukakan dalam masa satu bulan. Jangkamasa satu bulan ini dinyatakan di dalam Hosea 5:7. Ini adalah bulan baru pemusnahan.

 

Hosea 5:5-7 Kecongkakan Israel menjadi saksi terhadap dirinya sendiri; Efraim akan tergelincir jatuh oleh kesalahannya sendiri, dan bersama-sama mereka juga Yehuda. 6 Dengan korban kambing domba dan lembu sapinya mereka akan pergi untuk mencari TUHAN, tetapi tidak akan menjumpai Dia; Ia telah menarik diri dari mereka. 7 Mereka telah berkhianat terhadap TUHAN, sebab mereka telah memperanakkan anak-anak yang tidak sah; sekarang pembinasa akan memakan habis mereka dan ladang mereka.

 

Soncino membuat komentari-komentari tentang pelbagai cubaan untuk mengenalpastikan tiga penggembala itu. Di dalam Talmud mereka dikatakan adalah Musa, Harun dan Mariam.

 

Mereka yang menyokong tarikh pra-tawanan (sebelum ditawan bangsa Babilon) menyamakan mereka dengan raja-raja terakhir Israel: Zakharia, Salum, dan Menahem; ataupun dengan tiga raja terakhir Yehuda: Yoahas, Yoyakim, dan Zedekia (rabbi Kimchi). Para penyokong tarikh Maccabea memikirkan imam-imam besar tertentu zaman tersebut: Jason, Lysimachus dan Menelaus; atau Judas Maccabeus dan saudara-saudaranya Jonathan dan Simon (rabbi Arbarbanel), yang telah memerintah penduduk selama “satu bulan” tahun, iaitu tiga puluh tahun. Driver menyatakan dengan cermat, “Ia diibaratkan kepada suatu insiden masa yang belum kita ketahui sekarang ini”. Dalam satu bulan mungkin sekali adalah suatu istilah formal yang bermaksud suatu jangkamasa pendek (lihat ulasan Hosea 5:7). Kaitan dengan jangkamasa tiga puluh tahun itu, pada asas satu tahun untuk satu hari, telah berteguh tetap di dalam fikiran para komentatornya. Ini mungkin merupakan dasar kepada pengenalpastian Musa, Harun dan Mariam sebagai yang tiga itu disebabkan jangkamasa pertama ratapan tiga puluh hari. Prinsip satu tahun bagi satu hari dikaitkan dengan nubuatan ini. Oleh itu, nampaknya kita berhadapan dengan suatu jangkamasa tiga puluh tahun di mana para penggembala akan dibuka dari kalangan domba dan domba-domba dibiarkan menjaga diri mereka sendiri. Ini bersepadan dengan masa kesukaran dan jangkamasa Advent/kedatangan Mesias.

 

Tongkat “Kemurahan” ini akan bertindak sebagai perlindungan sehinggalah tempoh masa untuk bangsa lain telah disempurnakan. Oleh itu, peperangan-peperangan zaman akhir akan mengambil-alih selepas sempurnanya nubuatan-nubuatan berkenaan tempoh-tempoh masa bagi bangsa lain. Tongkat ini kemudiannya dipatahkan, lantas melenyapkan perlindungan bangsa Israel (lihat juga pada Soncino).

Zakharia 11:14 Kemudian aku mematahkan tongkat yang kedua, yaitu “Ikatan", untuk meniadakan persaudaraan antara Yehuda dan Israel.

 

Di sini kesatuan antara Israel dan Yehuda dipatahkan. Kedua-dua aspek kepimpinan ini ditunjukkan dipisahkan. Kita tahu bahawa Kerajaan Allah diambil daripada Yehuda dan diberikan kepada bangsa yang menunjukkan buah-buah Kerajaan ini. Oleh itu, pematahan tongkat “Ikatan” memerlukan pengurapan tujuh puluh (tambah dua) orang itu (Lukas 10:1,17) sebagai Sanhedrin baru dan para imam baru. Keimaman ini akan berterusan untuk banyak tahun sehinggalah pada hari-hari terakhir. Kemudiannya hari-hari terakhir akan menampakkan kemunculan seorang penggembala berhala.

 

Zakharia 11:15-17 Sesudah itu berfirmanlah TUHAN kepadaku: "Ambillah sekali lagi perkakas seorang gembala yang pandir! 16 Sebab sesungguhnya, Aku akan membangkitkan di negeri ini seorang gembala yang tidak mengindahkan yang lenyap, yang tidak mencari yang hilang, yang tidak menyembuhkan yang luka, yang tidak memelihara yang sehat, melainkan memakan daging dari yang gemuk dan mencabut kuku mereka. 17 Celakalah gembala-Ku yang pandir, yang meninggalkan domba-domba! Biarlah pedang menimpa lengannya dan menimpa mata kanannya! Biarlah lengannya kering sekering-keringnya, dan mata kanannya menjadi pudar sepudar-pudarnya!"

 

Perhatikan bahawa kepandiran gembala ini adalah berdasarkan pada berhala.

 

Pembinasaan domba-domba dilihat sebagai suatu masalah yang berat. Bahagian kedua nubuatan ini dijumpai di Zakharia 13:7-9.

 

Zakharia 13:7-9  "Hai pedang, bangkitlah terhadap gembala-Ku, terhadap orang yang paling karib kepada-Ku!", demikianlah firman TUHAN semesta alam. "Bunuhlah gembala, sehingga domba-domba tercerai-berai! Aku akan mengenakan tangan-Ku terhadap yang lemah. 8 Maka di seluruh negeri, demikianlah firman TUHAN, dua pertiga daripadanya akan dilenyapkan, mati binasa, tetapi sepertiga daripadanya akan tinggal hidup. 9 Aku akan menaruh yang sepertiga itu dalam api dan akan memurnikan mereka seperti orang memurnikan perak. Aku akan menguji mereka, seperti orang menguji emas. Mereka akan memanggil nama-Ku, dan Aku akan menjawab mereka. Aku akan berkata: Mereka adalah umat-Ku, dan mereka akan menjawab: TUHAN adalah Allahku!"

 

Ini memperkatakan tentang hari-hari terakhir. Domba-domba berselerak. Dua pertiga dilenyapkan dan sepertiga lagi dibiarkan hidup. Sepertiga yang tinggal itu akan diuji di dalam api masa kesukaran. Mereka akan membeli dari Allah emas yang telah dimurnikan di dalam api. Ini merupakan tempoh sejurus sebelum kedatangan Mesias. Aspek terakhir ini bagi meterai-meterai kelima, keenam dan ketujuh akan mengambil masa tiga puluh tahun untuk disempurnakan. Dalam jangkamasa ini, seluruh bangsa Israel, yang fizikal mahupun yang rohani, akan mengalami kehilangan pucuk kepimpinannya yang terdiri daripada putera-putera (diraja/bangsawan), para imam dan para nabi, dan ramai daripada orangnya akan terbunuh. Yang tinggal daripada bangsa ini akan seumpama singa-singa muda di kalangan bangsa-bangsa. Proses ini akan sekarang diterangkan dengan lebih terperinci sepertimana yang dikenalpasti di dalam Bahagian 1 karya Trumpets [136].  Sepanjang jangkamasa tiga puluh tahun ini, Mesias akan melenyapkan kerajaan dunia dan sistem-sistem keagamaannya secara keseluruhannya; para raja, para imam dan para nabi palsu.

 

Tempoh Masa bagi Bangsa Lain (Time of the Gentiles) direkodkan Alkitab: tapi apakah dia masa bangsa lain? Bangsa Gentiles ini bermaksud bangsa-bangsa/negara-negara dan tempoh ini adalah masa bagi bangsa-bangsa. Nabi Daniel  menceritakan pasal sistem Babilon sebagai suatu patung dengan kepala emas dan kemudiannya meneruskannya ke empayar-empayar perak, gangsa, besi, campuran besi dan tanah liat, dan kemudiannya pada sepuluh jari kaki zaman akhir apabila Mesias datang seperti suatu batu, yang tidak dibentuk oleh tangan manusia, dan melanggar patung ini lalu menghancurkannya. Ini dicatatkan di dalam Daniel 2 dan bab-bab berikutnya. Ia dibincangkan di dalam karya-karya berkenaan nubuatan-nubuatan bangsa dan juga ertikata istilah hari-hari terakhir dan hari-hari kemudiannya (lihatlah karya-karya The Fall of Egypt: The Prophecy of Pharaoh’s Broken Arms [036] @ Kejatuhan Mesir: Nubuatan tentang Tangan-tangan Patah Firaun, dan juga Gideon’s Force and the Last Days [022] @ Bala Tentera Gideon dan Hari-hari Terakhir).

 

Kita telah lihat bahawa tempoh masa yang telah diberikan kepada raja Babilon adalah tujuh kali masa. Dia telah dijadikan gila sehinggalah tujuh kali masa telah melaluinya, kemudian barulah dia akan dipulihkan semula menjadi waras dan kerajaannya akan dipulihkan kepadanya.

 

Daniel 4:20-27  Pohon yang tuanku lihat itu, yang bertambah besar dan kuat, yang tingginya sampai ke langit dan yang terlihat sampai ke seluruh bumi, 21 yang daun-daunnya indah dan buahnya berlimpah-limpah dan padanya ada makanan bagi semua yang hidup, yang di bawahnya ada binatang-binatang di padang dan di dahan-dahannya bersarang burung-burung di udara—22 tuankulah itu, ya raja, tuanku yang telah bertambah besar dan kuat, yang kebesarannya bertambah sampai ke langit, dan yang kekuasaannya sampai ke ujung bumi! 23 Tentang yang tuanku raja lihat, yakni seorang penjaga, seorang kudus, yang turun dari langit, sambil berkata: Tebanglah pohon ini dan binasakanlah dia, tetapi biarkanlah tunggulnya ada di dalam tanah, terikat dengan rantai dari besi dan tembaga, di rumput muda di padang, dan biarlah ia dibasahi dengan embun dari langit dan mendapat bagiannya bersama-sama dengan binatang-binatang di padang, hingga sudah berlaku yang demikian atasnya sampai tujuh masa berlalu—24 inilah maknanya, ya raja, dan inilah putusan Yang Mahatinggi mengenai tuanku raja: 25 tuanku akan dihalau dari antara manusia dan tempat tinggal tuanku akan ada di antara binatang-binatang di padang; kepada tuanku akan diberikan makanan rumput, seperti kepada lembu, dan tuanku akan dibasahi dengan embun dari langit; dan demikianlah akan berlaku atas tuanku sampai tujuh masa berlalu, hingga tuanku mengakui, bahwa Yang Mahatinggi berkuasa atas kerajaan manusia dan memberikannya kepada siapa yang dikehendaki-Nya. 26 Yang dikatakan tentang membiarkan tunggul pohon itu, berarti: kerajaan tuanku akan kembali tuanku pegang segera sesudah tuanku mengakui, bahwa Sorgalah yang mempunyai kekuasaan. 27 Jadi, ya raja, biarlah nasihatku berkenan pada hati tuanku: lepaskanlah diri tuanku dari pada dosa dengan melakukan keadilan, dan dari pada kesalahan dengan menunjukkan belas kasihan terhadap orang yang tertindas; dengan demikian kebahagiaan tuanku akan dilanjutkan!"

 

Sistem palsu ini dikenali sebagai sistem Babel/Babilon tetapi juga dirujuk sebagai Raja Tirus (King of Tyre). Makhluk ini merupakan kerub yang berjaga [kerub penjaga yang diurapi/anointed covering cherub] (Yehezkiel 28:11-19).

 

Apa yang kita lihat di sini adalah penduaan sistem-sistem ini sebagai nubuatan-nubuatan berkenaan bangsa-bangsa/negara dan tempoh masa bagi bangsa-bangsa ini juga di bawah Angkatan Jatuh.

 

Tujuh masa boleh diertikan sebagai tujuh tahun atau 2,520 hari nubuatan (iaitu 12 bulan kali 30 hari sebulan di dalam suatu tahun nubuatan) tetapi ia juga boleh disamakan dengan tujuh kali masa dengan asas setahun untuk sehari.

 

Kita lihat bahawa tempoh masa dari Nebukadnezar pada 605 SM, dikira dengan blok tujuh masa, atau 2,520 tahun, berakhir dengan Perang 1914/18. Jadi, permulaan jangkamasa ini dikira dari situ. Nubuatan pasal Tangan-tangan Patah Firaun menunjukkan bahawa jangkamasa yang terlibat di dalam janji berkenaan Kejatuhan Mesir, merupakan dua “tangan” (dua kali) empat puluh tahun yang berakhir dengan pencerobohan Mesir oleh Cambyses pada 525 SM. Aplikasi tujuh kali masa kepada tempoh ini berakhir pada 1996 (lihatlah karya The Fall of Egypt: The Prophecy of Pharaoh’s Broken Arms [036]).

 

Tahun 1996 merupakan suatu tahun berkuasa dari segi perlambangannya berkenaan peristiwa-peristiwa Alkitab. Daud memasuki Yerusalem 3,000 tahun sebelumnya dan Mesias pula lahir 2,000 tahun sebelumnya. Dengan itu, tahun 1996 ini dipenuhi dengan perlambangan.

 

Adakah ini bermakna, bahawa tahun kudus 1996/97 akan memperlihatkan kedatangan kembali Mesias? Tidak, ia tidak begitu dan tidak mungkin bermaksud begitu. Ada sebilangan lagi nubuatan-nubuatan lain yang perlu disempurnakan sebelum Advent (Kedatangan Kembali) boleh berlangsung.

 

Kita tahu bahawa kedua-dua saksi tersebut perlu mengambil tempat mereka (lihatlah karya The Witnesses [135] @ Para Saksi). Oleh itu, tidak mungkin adanya kedatangan kembali Mesias yang lebih awal daripada tempoh tiga setengah tahun daripada masa datangnya kedua-dua saksi tersebut ke Yerusalem dan permulaan pemberitahuan nubuatan mereka.

 

Oleh kerana saksi-saksi ini belum mengambil tempat mereka, dan kerana  Alkitab tidak boleh dibatalkan, kita tahu bahawa Mesias tidak akan dan tidak mungkin akan datang lebih awal daripada tahun 2001.

 

Kita tahu bahawa jangkamasa tersebut adalah lebih panjang daripada itu kerana tempoh masa di mana berlakunya pemusnahan bangsa dan kepimpinannya adalah sepanjang tiga puluh tahun. Ini berlangsung dari pengakhiran satu fasa ke permulaan fasa  yang seterusnya. Pemeriksaan bangsa dan umat-umat terpilih diliputi di dalam karya Measuring the Temple  [137] @ Mengukur Bait Suci [137].

 

Akan ada pengukuhan bagi Israel untuk jangkamasa terakhir. Percubaan-percubaan untuk mendirikan suatu empayar transnasional sedunia oleh Angkatan yang jatuh telah digagalkan denganperintah Tuhan. Penggagalan ini sebenarnya berlangsung melalui jangkamasa yang panjang. Angkatan tersebut pada hakikatnya telah cuba untuk mendirikan suatu sistem sedunia di bawah Nimrod di Babilon. Nimrod bermaksud orang kuat secara konsepnya dalam ertikata suatu pemburu, namun berasaskan pada perkataan gibbowr. Ini juga berkaitan dengan Angkatan yang jatuh. Kumpulan gibbowerim merupakan orang-orang kuat dahulukala.

 

Nimrod telah cuba untuk membangunkan suatu sistem sedunia di menara Babel dan Allah telah memutuskan untuk menggagalkan percubaan tersebut kerana pengetahuan serta kekuasaan sistem sebegitu akan mencapai kapasiti yang membinasakan lebih awal daripada yang Tuhan boleh biarkan. Dia telah mencelah kerana jika tidak, seluruh dunia mungkin telah memusnahkan dirinya sendiri lebih awal lagi. Kita mendapati cerita ini di Kejadian 10:8

Kejadian 10:8-12 Kush memperanakkan Nimrod; dialah yang mula-mula sekali orang yang berkuasa di bumi; 9 ia seorang pemburu yang gagah perkasa di hadapan TUHAN, sebab itu dikatakan orang: "Seperti Nimrod, seorang pemburu yang gagah perkasa di hadapan TUHAN." 10 Mula-mula kerajaannya terdiri dari Babel, Erekh, dan Akad, semuanya di tanah Sinear. 11 Dari negeri itu ia pergi ke Asyur, lalu mendirikan Niniwe, Rehobot-Ir, Kalah 12 dan Resen di antara Niniwe dan Kalah; itulah kota besar itu.

 

Pembangunan Asyur dianggap berasal daripada Nimrod. Ia merupakan kekuasaan sistem utara dan saudaranya Mesraim (Mesir) telah mengasaskan bangsa-bangsa yang berkaitan dengannya dan orang-orang Kanaan telah menduduki kawasan tanah di antaranya (Kejadian 10:13-20).

 

Migrasi dari timur telah menyebabkan pendudukan Shinar atau dataran pada lembah Tigris-Efrat.

 

Kejadian 11:1-9 Adapun seluruh bumi, satu bahasanya dan satu logatnya. 2 Maka berangkatlah mereka ke sebelah timur dan menjumpai tanah datar di tanah Sinear, lalu menetaplah mereka di sana. 3 Mereka berkata seorang kepada yang lain: "Marilah kita membuat batu bata dan membakarnya baik-baik." Lalu bata itulah dipakai mereka sebagai batu dan ter gala-gala sebagai tanah liat. 4 Juga kata mereka: "Marilah kita dirikan bagi kita sebuah kota dengan sebuah menara yang puncaknya sampai ke langit, dan marilah kita cari nama, supaya kita jangan terserak ke seluruh bumi." 5 Lalu turunlah TUHAN untuk melihat kota dan menara yang didirikan oleh anak-anak manusia itu, 6 dan Ia berfirman: "Mereka ini satu bangsa dengan satu bahasa untuk semuanya. Ini barulah permulaan usaha mereka; mulai dari sekarang apapun juga yang mereka rencanakan, tidak ada yang tidak akan dapat terlaksana. 7 Baiklah Kita turun dan mengacaubalaukan di sana bahasa mereka, sehingga mereka tidak mengerti lagi bahasa masing-masing." 8 Demikianlah mereka diserakkan TUHAN dari situ ke seluruh bumi, dan mereka berhenti mendirikan kota itu. 9 Itulah sebabnya sampai sekarang nama kota itu disebut Babel, karena di situlah dikacaubalaukan TUHAN bahasa seluruh bumi dan dari situlah mereka diserakkan TUHAN ke seluruh bumi.

 

Ini sebenarnya merupakan permulaan kepada jangkamasa bangsa-bangsa sebagai bangsa-bangsa yang berbeza. Sehinggalah masa itu, mereka telah hanya mempunyai satu bahasa dan beberapa perkataan sahaja di dalam bahasa mereka itu. Mereka telah dikacau-bilaukan untuk melambatkan pertumbuhan serta pembangunan mereka bagi memelihara dunia untuk rencana keselamatan. Jika tidak, mereka sudah pasti telah memusnahkannya.

 

Tempoh masa ini adalah selepas masa banjir dan merupakan suatu jangkamasa yang penting sebelum Nebukadnezar. Nimrod dikenalpasti sebagai Gilgamesh oleh orang-orang tertentu, dan yang lain pula sebagai Marduk. Gilgamesh diberikan penghormatan sebagai yang bertanggungjawab mengalahkan orang berkepala lembu yang kemudiannya menjadi kawannya. Ini mungkin sekali merupakan bentuk awal tipologi pembantaian lembu jantan (bull) bagi misteri-misteri. Tipologi (typology) ini mencerminkan perlawanan-perlawanan di langit. Oleh itu, kita melihat suatu kosmologi awal yang menggambarkan pengawalan terhadap planet ini di bawah satu atau sistem yang lain.

 

Planet ini tidak dibiarkan membentuk suatu sistem sedunia sejak dari masa itu. Orang-orang Babilon telah berusaha untuk mencapai tujuan ini sejak permulaan tamadun mereka. Tujuh kali masa tersebut telah genap pada tahun kudus 1914/15 dan sejak daripada masa itu, pergerakan kuasa-kuasa yang terlibat telah menuju kepada penghujung jangkamasa 80 tahun itu yang berakhir pada 1996. Dengan itu, tahun keramat 1996/97 merupakan penghujung bagi tempoh masa bangsa-bangsa. Struktur ini tidak difahami oleh beberapa organisasi berasaskan Alkitab contohnya Saksi-saksi Yehovah (Jehovah’s Witnesses) dan mereka ini selanjutnya telah membuat suatu lagi kesalahan nubuatan yang serius. Jenis-jenis kesilapan yang sama telah dibuat oleh penginjil-penginjil Alkitab yang lain di Amerika Syarikat. Kebanyakan kesilapan ini berasal daripada kegagalan untuk memahami sejarah Eropah dan dunia serta kaitannya dengan nubuatan-nubuatan ini (rujuk ulasan karya The Pre-Advent Judgement [176] @ Penghakiman Pra-Advent.

 

Jangkamasa pengakhiran ini melibatkan sebilangan signifikan nubuatan-nubuatan yang menunjukkan bahawa pelenyapan kekuasaan nasional dilibatkan. Urutan masanya disentuh di dalam Wahyu bab 12 hingga 14. Meterai kelima iaitu bagi masa kesukaran dinyatakan di dalam bab12. Ini dibincangkan di dalam karya The Seven Seals [140] @ Tujuh Meterai.

 

Sebelum kedatangan Mesias ke Zion dan 144,00 yang digambarkan di dalam bab 14, kita akan lihat suatu sistem dibangunkan yang mempunyai kuasa yang menakutkan.

Wahyu 13:1-18 1 (12-18) Dan ia tinggal berdiri di pantai laut. (13-1) Lalu aku melihat seekor binatang keluar dari dalam laut, bertanduk sepuluh dan berkepala tujuh; di atas tanduk-tanduknya terdapat sepuluh mahkota dan pada kepalanya tertulis nama-nama hujat. 2 Binatang yang kulihat itu serupa dengan macan tutul, dan kakinya seperti kaki beruang dan mulutnya seperti mulut singa. Dan naga itu memberikan kepadanya kekuatannya, dan takhtanya dan kekuasaannya yang besar. 3 Maka tampaklah kepadaku satu dari kepala-kepalanya seperti kena luka yang membahayakan hidupnya, tetapi luka yang membahayakan hidupnya itu sembuh. Seluruh dunia heran, lalu mengikut binatang itu. 4 Dan mereka menyembah naga itu, karena ia memberikan kekuasaan kepada binatang itu. Dan mereka menyembah binatang itu, sambil berkata: "Siapakah yang sama seperti binatang ini? Dan siapakah yang dapat berperang melawan dia?" 5 Dan kepada binatang itu diberikan mulut, yang penuh kesombongan dan hujat; kepadanya diberikan juga kuasa untuk melakukannya empat puluh dua bulan lamanya. 6 Lalu ia membuka mulutnya untuk menghujat Allah, menghujat nama-Nya dan kemah kediaman-Nya dan semua mereka yang diam di sorga. 7 Dan ia diperkenankan untuk berperang melawan orang-orang kudus dan untuk mengalahkan mereka; dan kepadanya diberikan kuasa atas setiap suku dan umat dan bahasa dan bangsa. 8 Dan semua orang yang diam di atas bumi akan menyembahnya, yaitu setiap orang yang namanya tidak tertulis sejak dunia dijadikan di dalam kitab kehidupan dari Anak Domba, yang telah disembelih. 9 Barangsiapa bertelinga, hendaklah ia mendengar! 10 Barangsiapa ditentukan untuk ditawan, ia akan ditawan; barangsiapa ditentukan untuk dibunuh dengan pedang, ia harus dibunuh dengan pedang. Yang penting di sini ialah ketabahan dan iman orang-orang kudus. 11 Dan aku melihat seekor binatang lain keluar dari dalam bumi dan bertanduk dua sama seperti anak domba dan ia berbicara seperti seekor naga. 12 Dan seluruh kuasa binatang yang pertama itu dijalankannya di depan matanya. Ia menyebabkan seluruh bumi dan semua penghuninya menyembah binatang pertama, yang luka parahnya telah sembuh. 13 Dan ia mengadakan tanda-tanda yang dahsyat, bahkan ia menurunkan api dari langit ke bumi di depan mata semua orang. 14 Ia menyesatkan mereka yang diam di bumi dengan tanda-tanda, yang telah diberikan kepadanya untuk dilakukannya di depan mata binatang itu. Dan ia menyuruh mereka yang diam di bumi, supaya mereka mendirikan patung untuk menghormati binatang yang luka oleh pedang, namun yang tetap hidup itu. 15 Dan kepadanya diberikan kuasa untuk memberikan nyawa kepada patung binatang itu, sehingga patung binatang itu berbicara juga, dan bertindak begitu rupa, sehingga semua orang, yang tidak menyembah patung binatang itu, dibunuh. 16 Dan ia menyebabkan, sehingga kepada semua orang, kecil atau besar, kaya atau miskin, merdeka atau hamba, diberi tanda pada tangan kanannya atau pada dahinya, 17 dan tidak seorangpun yang dapat membeli atau menjual selain dari pada mereka yang memakai tanda itu, yaitu nama binatang itu atau bilangan namanya. 18 Yang penting di sini ialah hikmat: barangsiapa yang bijaksana, baiklah ia menghitung bilangan binatang itu, karena bilangan itu adalah bilangan seorang manusia, dan bilangannya ialah enam ratus enam puluh enam.

 

Sistem secara lazimnya telah disamakan dengan empayar-empayar yang disebutkan di dalam Daniel, dan sistem Rom merupakan yang terakhir daripada sistem-sistem seumpama logam sebenar di mana ia adalah kekuasaan besi. Namun, sistem besi bercampur tanah liat yang mengikutinya adalah juga suatu empayar dan ini hanya boleh disimpulkan sebagai Empayar Roma Suci. Sistem ini telah berlangsung selama, atau meliputi, dua fasa. Yang pertama adalah tempoh 1,260 tahun (hari nubuatan) yang juga dilambangkan oleh komen empat puluh dua bulan tersebut. Empayar terakhir ini diisytiharkan oleh Gregory 1 pada 590  TM dan berakhir pada 1850 dengan pembubaran Empayar Roma Suci berikutan pungutan suara selepas Pemeriksaan Menghukumi (Inquisition) terakhir yang berlangsung pada 1823-1846 (ulasan Malachi Martin pada Decline and Fall of the Roman Church, mukasurat 250-254; karya-karya The Seven Seals [140], The Seven Trumpets [141] @ Tujuh Sangkakala dan The Role of the Fourth Commandment in the Historical Sabbath-keeping Churches of God [170] @ Peranan Hukum Keempat di dalam Gereja-gereja Pemelihara Sabat Tuhan di dalam Sejarah).

 

Empayar ini pada fasa terakhirnya merupakan sebahagian daripada suatu sistem keagamaan palsu yang dilambangkan oleh domba yang berkata-kata seperti naga. Sistem ini akan berperang dengan orang-orang saleh untuk kali terakhir ini dan mengalahkan mereka.

 

Sistem ini mempunyai kuasa dan kawalan ekonomi yang mutlak. Ini akan menjadi nyata dengan penggunaan beberapa cara yang sebelum ini mustahil.

 

Jangkamasa tiga puluh tahun bermula dari 1997. Pembangunan sistem perundangan antarabangsa dilaksanakan untuk mendirikan suatu jaringan kawalan sedunia. Kawalan ekonomi akan dicapai dengan cara berikut:

 

Sepanjang tempoh 1997 hingga 2001, kemudahan-kemudahan perdagangan Internet yang baru akan didirikan sebagai suatu sistem transnasional yang melampaui kuasa negara-negara secara individu. Pada masa ini, ia masih lagi bertapak dan hanya merupakan suatu faktor gangguan terhadap kedaulatan nasional.

 

Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah menubuhkan suatu Pejabat Kawalan Dagangan dan Tukaran Internet di Melbourne, Australia. Pejabat ini akan memerhati kesemua urusniaga dagangan Internet.

 

Tujuannya adalah untuk melenyapkan batasan negara-negeri secara lazimnya. Sistem-sistem komunikasi akan menghubungkan timur dan barat. Para penduduk akan dipaksa ke dalam bandar-bandar negeri (city-states) dan kesemua dagangan akan diaturkan oleh Mesin-mesin Teller Automatik (ATM). Matlamatnya adalah supaya sistem ini sedia berfungsi pada tahun 2001 di mana sistem ini kemudiannya akan menjalankan kesemua dagangan secara langsung di dalam bandar-negeri. Di dalam suatu temubuat ABC Radio pada 4 September 1997, ketua pejabat PBB di Melbourne mengatakan bahawa mereka berharap untuk berurusniaga secara langsung dari dalam bandar-negeri, contohnya Melbourne ke Shanghai, di mana semuanya akan menggunakan ATM selewat-lewatnya tahun 2001.

 

Oleh itu, dagangan dari New York, London atau Tokyo akan diperhatikan oleh PBB dari Melbourne. Dengan itu, kedaulatan/kekuasaan negara-negeri tidak lagi relevan. Kesemua urusniaga dan aktiviti-aktiviti akan diperhatikan di bawah Undang-undang Antarabangsa. Dengan itu, sistem-sistem perundangan nasional akan dianggap tidak diperlukan lagi.

 

[Nota: Setakat 2001, sistem ini sedang disesuaikan dan kini berada pada tahap di mana ia boleh diimplemenkan ke dalam bandar-bandar negeri sebagai suatu sistem tanpa wang tunai (cashless system).

 

Perlahan-lahan bandar-bandar pada sebelah barat akan diambil-alih oleh sistem-sistem kad bijak atau “smart card” ini. Ujian-ujian percubaan telah dijalankan di Australia dari 1997 hingga 2001. Bermula dengan kawasan pinggir bandar, mereka akan diperkenalkan secara berperingkat di bandar-bandar.

 

Sistem dagangan ini kini sudah selesai didirikan dan hanya menunggu masa untuk memperlihatkan kesannya.

 

Pada awal 2002, 66 negara mengesahkan persetujuan yang memperkuasakan Mahkamah Antarabangsa untuk mendakwa jenayah utama yang melampaui sempadan-sempadan negara negeri. Tindakan ini berlangsung dengan begitu cepat sekali.  Pemusnahan kedaulatan tersendiri negara negeri cuma menunggu masa sahaja.

Ini bukanlah mimpi di siang hari; ianya suatu kenyataan dan sudahpun hadir sekarang ini. Para internasionalis di dalam setiap negara masing-masing telah “menjual” negeri-negara mereka sendiri.

 

Sejak menandatangani Persetujuang Lima pada 1975, sistem politik Australia pada kedua-dua pihak dewan, tidak kira siapa yang berkuasa, telah secara sistematik menguraikan kapasiti perindustrian dan pertahanan negara itu. Sukar untuk disangsikan bahawa ianya sememangnya sesuatu yang sistematik dan disengajakan. Sebabnya, tidak mungkinlah terjadinya begitu banyak ketidakcekapan pada satu tempat pada masa yang sama.

 

Ini sedang berlaku di semua negeri. Cuma kecepatannya sahaja yang berlainan. Dari 2001, suatu usaha tetap akan dibuat untuk mengambil-alih kuasa kawalan kesemua dagangan antarabangsa oleh sistem-sistem PBB. Asalnya Amerika Syarikat telah mengandaikan bahawa ia akan mengawal Aturan Dunia Baru (New World Order) ini dan sememangnya itu merupakan salah satu daripada matlamat jangka panjang yang mana negara ini didasarkan (iaitu Novo Ordo Seclorum). Ia membentuk halangan-halangan dagangan supaya ia dapat mengambil-alih tempatnya di dalam sistem ini.

 

Terdapat suatu siri pergerakan keagamaan palsu yang kini sedang membanjiri dunia ini. Mereka yang bersifat karismatik bertujuan untuk menghasilkan suatu masyarakat tidak berakal fikiran dan tidak stabil, yang diperalatkan melalui histeria keagamaan. Peristiwa pemburuan sihir Salem akan kelihatan seperti tiada apa-apa apabila dibandingkan dengan ketika “raksasa” ini tercetus.

 

Sistem Eropah bermatlamat untuk merebut kuasa kawalan sistem ekonomi dunia baru. Amerika Syarikat pada masa ini menipu dirinya sendiri dalam mempercayai bahawa ia mengetuai “raksasa” ini (ulasan America Rules: Thank God, Majalah Time, 11 Ogos 1997, mukasurat 60-61). Di dalam artikel tersebut Charles Krauthammer dengan takbur menyatakan bahawa Amerika Syarikat telah memenangi Perang Dunia Pertama, Kedua serta Perang Dingin. Dia meramalkan hanya satu saja sistem unipolar yang akan hadir untuk suatu jangkamasa tertentu. Malang baginya, pandangan-pandangannya tidak dikongsi bersama oleh dunia selainnya.

 

Demi untuk menempatkan blok tersebut, Pertubuhan Komanwel British iaitu satu-satunya organisasi yang boleh bertindak bebas, telah dilemahkan. Untuk merosakkan perpaduan nasional dan antarabangsa Komanwel, sistem monarki-nya (raja-raja) harus dibinasakan. Ini merupakan objektif kewartawanan antarabangsa sejak beberapa dekad yang lalu. Serangan-serangan ke atas monarki oleh organisasi kewartawanan ekspatriat dan internationalis yang menggunakan media massa UK, Australia, New Zealand dan Kanada telah berlangsung tanpa henti. Sehinggakan kematian Puteri Wales sendiripun telah digunakan untuk menyerang monarki secara langsung, diketuai oleh akhbar Sun milik News Ltd. Masyarakat sedang dibiasakan dan dibentukkan secara sosial untuk menerima fahaman republikan (republicanism). Apabila ini telah selesai, negeri-bandar/negeri-kota akan mengambil-alih. Pergerakan perpecahan politik akan memecah-belahkan negara-negara berbahasa Inggeris.

 

Pergerakan republikan disokong oleh orang-orang sama yang berusaha mencapai struktur internasionalis ini.

 

Situasi yang diperkatakan oleh para nabi akan berlaku di mana kota-kota selatan akan tertutup daripada ratu ibu (queen mother) dan putera (ulasan karya Measuring the Temple [137]). [Ratu Ibu, selaku Ratu Maharani terakhir, telah mangkat pada umur 101 tahun, pada penghujung Perayaan Roti Tanpa Ragi 2002. Jadi nubuatan ini tidak boleh diaplikasikan baginya tetapi bagi yang mengambil tempatnya nanti.]

 

Amerika Syarikat sebenarnya telah membantu di dalam perpecahan satu-satunya blok dagangan bersekutu yang berpeluang memastikan kedaulatan kebangsaannya. Negara-negara Komanwel British dan Amerika Syarikat, bersama-sama dengan Yehuda yang kini sedang mengikut serta, dan kumpulan-kumpulan lain, mungkin sekali telah dapat memastikan kewujudan terus sistem-sistem undang-undang lazim asas (basic common law systems) bagi warisan perbahasaan Inggeris.

 

Ini bukanlah sesuatu yang direncanakan oleh manusia. Ianya dirancangkan dan diaturkan oleh Angkatan Iblis yang menggunakan segala sumber yang ada pada setiap negara dan dibantu oleh keadaan-keadaan rohani negara-negara yang terlibat.

 

Blok-blok Kuasa

Sistem Eropah kini sedang membentuk semula di bawah kepausan (papacy) untuk membina semula Empayar Roma Suci.

 

Untuk mengetuai Eropah yang diperbaharui ini, kita lihat pada deklarasi Mariolatry yang menyebutkan Maria sebagai penyelamat bersama.

 

Suatu gerakan yang kian bertumbuh di dalam Gereja Roman Katolik ingin supaya paus mengisytiharkan suatu dogma baru yang berkontroversi: iaitu bahawa Maria adalah Juruselamat Bersama (Co-Redeemer). Adakah dia akan melakukan, mungkin tepat pada milenium baru ini? Haruskah dia? OLEH KENNETH L. WOODWARD

 

Minggu ini suatu kotak besar yang dihantar dari California dan dialamatkan kepada “Yang Suci, John Paul II” akan tiba di Vatican. Label kirimannya menyenaraikan sedozen negara — dari setiap benua kecuali Antartika — dan angka 40,383, menunjukkan kuantiti tandatangan di dalamnya. Setiap tandatangan disertakan pada satu rayuan yang meminta supaya paus mengerjakan kuasa sifat tidak-dapat-melakukan-salahnya (papal infallibility) untuk mengisytiharkan dogma baru bagi Iman Roman Katolik: iaitu bahawa Virgin Maria adalah Juruselamat Bersama, Pengantara Berkemurahan dan Pembela Umat Tuhan. (Artikel utama: Hail Mary, Mary, Edisi Newsweek Eropah, 25 Ogos 1997, mukasurat 39 dan Bulletin [Australia] dengan majalah Newsweek, 2 September 1997, mukasurat 61-68).

 

Elemen ketiga bagi persamaan ini adalah blok kuasa Islam. Ia tidak stabil tapi berazam kuat.

 

Elemen keempat di dalam persamaan kuasa ini adalah blok Rusia-China. Kedua-dua kuasa ini, pada 1997, mengumumkan bahawa mereka akan membentuk satu negara dari kutub ke kutub. Deklarasi sebegitu termasuklah Asia Tenggara dan Australasia dan juga Antartika. Dalam kata lainnya, ia merupakan suatu deklarasi peperangan terhadap kesemua bangsa di hemisfera timur.

 

Kita kini sudah sedia untuk masuk ke dalam konflik-konflik hari-hari terakhir.

 

Aturan Dunia Baru akan mengukuhkan dirinya dan kekuasaan akan datang daripada negeri-negara (nation-states) secara progresif.

 

Konflik utama yang pertama merupakan fasa terakhir peperangan antara raja-raja utara dan selatan. Islam akan melanggar Eropah apabila sistem sekular itu cuba untuk menguatkuasakan kawalan-kawalan mutlak. Kuasa-kuasa Islam akan menolak terhadap raja utara. Peperangan-peperangan ini dihuraikan di dalam Daniel 11.

 

Daniel 11:40-45 Tetapi pada akhir zaman raja negeri Selatan akan berperang dengan dia, dan raja negeri Utara itu akan menyerbunya dengan kereta dan orang-orang berkuda dan dengan banyak kapal; dan ia akan memasuki negeri-negeri, dan menggenangi dan meliputi semuanya seperti air bah. 41 Juga Tanah Permai akan dimasukinya, dan banyak orang akan jatuh; tetapi dari tangannya akan terluput tanah Edom, tanah Moab dan bagian yang penting dari bani Amon. 42 Ia akan menjangkau negeri-negeri, dan negeri Mesir tidak akan terluput. 43 Ia akan menguasai harta benda emas dan perak dan segala barang berharga negeri Mesir, dan orang Libia serta orang Etiopia akan mengikuti dia. 44 Tetapi kabar-kabar dari sebelah timur dan dari sebelah utara akan mengejutkan hatinya, sehingga ia akan keluar dengan kegeraman yang besar untuk memusnahkan dan membinasakan banyak orang. 45 Ia akan mendirikan kemah kebesarannya di antara laut dan gunung Permai yang kudus itu, tetapi kemudian ia akan menemui ajalnya dan tidak ada seorangpun yang menolongnya."

 

Ramai orang telah cuba menterjemahkan ayat pada mengikut konteks Perang Dunia II. Adalah penting untuk memahami semasa menterjemahkan nubuatan-nubuatan ini bahawa sesiapa yang menguasai Mesir merupakan raja selatan. Dengan itu, pada permulaan Perang Dunia II, raja selatan merupakan Empayar British. Perang ini menampakkan England mengisytiharkan perang dengan Jerman disebabkan Poland dan tindakan-tindakan agresif yang lain.

 

Namun begitu, fasa-fasa terakhir nubuatan itu belum lagi digenapi. Komen Tetapi kabar-kabar dari sebelah timur dan dari sebelah utara akan mengejutkan hatinya pada ayat 44 telah dianggap sebagai pencerobohan Rusia oleh Hitler tetapi sebenarnya ia bukan. Ukraine bukan terletak di timur dan utara Yerusalem; ia terletak pada barat laut ) barat dan utara. Kawasan ke timur dan utara merupakan kawasan dataran tinggi steppes pada Republik-republik Tengah. Kuasa yang bertolak dari Timur Tengah akan ditarik masuk ke dalam suatu perang besar-besaran di Republik-republik Tengah. Juga, Empayar British bukanlah lagi raja selatan. Mesir secara nominalnya merupakan negeri yang sekular tetapi pada hakikatnya secara lazimnya, ia adalah sebuah negeri Islam fundamentalis dan disahkan sebegitu oleh pakar-pakar dunia.

 

Apabila sistem perduitan sempurna didirikan, sistem-sistem kuasa dunia akan mencetuskan konflik antara utara dan selatan.

 

Islam akan menyerang Eropah. Ini kemungkinan sekali akan dilakukan dengan pencerobohan multipel melepasi Mediterranean melalui Sepanyol, Sicily dan juga Turki. Konflik keagamaan di Turki sedang bertumbuh pesat ke arah tahap ini.

 

Pemanasan global akan meningkat dengan pesat dan mungkin juga sengaja dicetuskan di dalam konflik untuk mengenakan tekanan tambahan terhadap Eropah barat-laut dengan pembanjiran negeri-negeri yang rendah (lihat juga Global Warming and Bible Prophecy [218] @ Pemanasan Global dan Nubuatan Alkitab).

 

Pertahanan sistem Eropah akan perlu melibatkan pencerobohan Timur Tengah. Apabila ini terjadi, negeri-negeri Islam di antara Republik-republik Tengah akan memesatkan perang tersebut kepada suatu konflik nuklear. Ini mungkin terjadi bila-bila saja di dalam jangkamasa 2001-2020. Ianya mungkin juga seawal 2003-2005.

 

[Nota: Pada 11 September 2001, suatu serangan telah dirancangkan dengan merampas empat kapal terbang US dan menghempaskannya pada bangunan-bangunan Pusat Dagangan Dunia di New York dan Pentagon, lantas memusnahkan kedua-dua menara kembar tersebut dan membunuh lebih daripada 3,000 orang pelbagai bangsa. Sangat sedikit kerosakan penting telah berlaku pada Pentagon. Tidak disangsikan lagi bahawa situasinya telahpun diketahui dan tentera telahpun dikerahkan sebelum berlakunya serangan tersebut. Suatu kontinjen besar askar British telah dihantar ke kawasan Teluk pada hari sebelum ianya terjadi. Sebagai tindakbalas terhadap serangan tersebut, tentera Bersekutu yang terdiri daripada US dan Komanwel British telah mencerobohi Afghanistan, dengan mempergunakan askar-askar Kesatuan Utara yang berbangsa Tajik, dengan alasan bahawa mereka mahu membongkarkan Taliban serta jaringan pengganas Al Qaeda milik Bin Laden. Osama bin Laden nampaknya telah dirawat dan ditemubual oleh agen-agen CIA beberapa bulan sebelum semua ini berlaku. Aktiviti-aktiviti yang berikutannya seolah-olah menunjukkan bahawa serangan tersebut dan tindakbalasnya di Afghanistan telah dilakukan dengan tujuan untuk membuka laluan-laluan paip minyak di Kazakhstan (dan negeri-negeri Soviet sentral sebelumnya yang ada di sini), melalui Afghanistan dan Iran ke Teluk untuk penjualan minyak ke barat.

 

Semasa perayaan hari Paskah dan Roti Tanpa Ragi 2002, pengganas-pengganas Palestin telah mencetuskan serangan balas pihak Israel yang kemudiannya memulakan “perang ke atas pengganas”, lantas menyebabkan kematian sejumlah besar penduduk Palestin di Tebing Barat dan daerah-daerah yang lain. Tentera Israeli telah dapat membentuk sekitar 19 division dan juga membuat sekitar 3,000 serangan udara setiap hari, dengan jet pejuang F15 dan F16 terkini, dan dengan menggunakan krew multipel bagi kapal-kapal terbang serta bekalan-bekalan banyak yang berasal dari US. Mereka ada lebih banyak kekuatan ketenteraan sekarang secara jangka pendek berbanding dengan US.

 

Eropah sedang menempatkan sistem navigasi satelit globalnya yang digelar Galileo, untuk mengambil tempat pergantungan mereka pada Amerika Syarikat. Mereka kini sedang meningkatkan usaha untuk menguasai Timur Tengah dengan suatu kuasa PBB yang tertumpu di Yerusalem, yang bertujuan untuk menghadkan pengaruh dan kekuatan Israel, dan pada masa yang sama memuaskan hati golongan Arab. Ini akan berterusan sehinggalah sistem Eropah ini telah kukuh didirikan dan mengambil-alih daripada US.

 

Ini akan membentuk sistem sebenar Aturan Dunia Baru dan Amerika Syarikat serta Komanwel British akan menjadi mangsa-mangsa kepada ketidakjujuran birokratiknya sendiri.

 

Operasi-operasi Nuklear Perang Dunia III akan muncul daripada konflik-konflik yang kini bertumbuh di India dan Pakistan serta di sistem-sistem Soviet lama di sebelah barat dan utara mereka ini. Amerika Syarikat telah mengumumkan rancangan-rancangan pada awal 2002 bagi tindakbalas-tindakbalas nuklear terhadap Rusia, China, Korea Utara, Iraq dan Iran.

 

Jumlah-jumlah besar senjata nuklear dan biokimia, sama ada telah hilang, tidak diketahui atau disyaki sudah ditempatkan, berlaku di Iraq dan tempat-tempat lain.

 

Disebabkan kegagalan “Operation Desert Storm” pada 1991 untuk merealisasikan sebarang matlamat strategik yang penting dan menggulingkan Saddam Hussein, Amerika Syarikat kini sedang bersedia untuk mencerobohi semula Iraq. Juga, Iraq bagi dirinya sendiri, sedang bersedia untuk memberi sokongan kepada Palestin terhadap pencerobohan Israel. Saudia Arabia sedang cuba untuk menstabilkan kedudukannya tetapi ia sedang kehilangan pengaruh dan tentangan terhadap raja Utara itu sedang bergerak maju dengan cepat.

 

Konflik Islam/Barat kini sedang dirancangkan dengan pantas.

 

Pentas dunia sudah tersedia bagi berlakunya Perang Dunia III dan sememangnya sudahpun bermula sepertimana yang kami katakannya pada 1997.

 

Pemanasan Global kini sedang meningkat dan paras ombak laut telah menaik setinggi setengah meter sejak pengeluaran karya kami Global Warming and Bible Prophecy [218] pada tahun 1997. Kepulauan Pasifik sedang dibanjiri dan kini akan meningkat kejadiannya di seluruh dunia. El Nino tahun 2002 sedang memanaskan super lautan Pasifik. Kepingan Ais (Ice Shelf) Antartik Barat sudah sedia untuk melahirkan air batu apung (iceberg) terbesar di dalam sejarahnya dan kepingan Larsen B sudahpun lenyap. Pembanjiran daripada glasier semakin menjadi nyata. (Ed.)]

 

Istilah di dalam Daniel memusnahkan (SHD 8045 shamad) bermakna melenyapkan atau membinasakan, dan membawakan kemusnahan; dan (SHD 2763 charam) mempunyai kesan maksud mengasingkan; dan juga boleh mempunyai kesan maksud dengan larangan daripada digunakan di dalam keagamaan, jadi ianya dicatatkan sebagai membinasakan banyak orang. Jadi, sistem ini adalah berkenaan pendudukan Timur Tengah dan suatu perang pembinasaan dan nampaknya suatu perang pembinasaan keagamaan atau mengesampingkan dengan larangan. Teks ini, bersama-sama dengan komen mengenai kemah kebesarannya di antara laut dan gunung Permai yang kudus itu, menunjukkan bahawa fasa terakhir adalah suatu pendudukan keagamaan (religious occupation).

 

Istilah-istilah di dalam Daniel 11:38 merujuk kepada dewa benteng-benteng dan dewa yang tidak dikenal oleh nenek moyangnya. Kedua-dua istilah ini agak menarik. Konsonan Ibrani diandaikan berdasarkan pada perkataan Eloah singular maskulin/lelaki tetapi perkataannya adalah VLALH dan titik-titik huruf vowel menunjukkan bentuk perkataan yang serupa dengan Valhalla. Ini merupakan tradisi bangsa Norse atau Skandinavia berkenaan pertempuran Ragnarok. Perkataan kedua di sini diberikan oleh Green sebagai SHD 4501 tetapi ianya suatu kesilapan dan ianya sebenarnya SHD 4581 yang bermaksud benteng-benteng atau kubu-kubu. Insidens yang kedua adalah VLALVH. Ini adalah satu lagi variasi pada tema ini. Ayat yang seterusnya menyebut pasal suatu dewa asing (elovah). Oleh itu, struktur-strukturnya mungkin berlainan daripada Perang Dunia II dan para Nazi Aryan. Kemudiannya satu lagi aspek pada Daniel 11:39 adalah di mana dewa asing tersebut dilimpahi kehormatan di dalam benteng-benteng dengan kekuasaan atas banyak orang dan kemuliaan tertingkat, dan kemudiannya barulah masa pengakhiran.

 

Jangkamasa ini adalah waktu kesusahan besar sepertimana yang disebut oleh pemimpin malaikat Mikhael:

 

Daniel 12:1-4 "Pada waktu itu juga akan muncul Mikhael, pemimpin besar itu, yang akan mendampingi anak-anak bangsamu; dan akan ada suatu waktu kesesakan yang besar, seperti yang belum pernah terjadi sejak ada bangsa-bangsa sampai pada waktu itu. Tetapi pada waktu itu bangsamu akan terluput, yakni barangsiapa yang didapati namanya tertulis dalam Kitab itu. 2 Dan banyak dari antara orang-orang yang telah tidur di dalam debu tanah, akan bangun, sebagian untuk mendapat hidup yang kekal, sebagian untuk mengalami kehinaan dan kengerian yang kekal. 3 Dan orang-orang bijaksana akan bercahaya seperti cahaya cakrawala, dan yang telah menuntun banyak orang kepada kebenaran seperti bintang-bintang, tetap untuk selama-lamanya. 4 Tetapi engkau, Daniel, sembunyikanlah segala firman itu, dan meteraikanlah Kitab itu sampai pada akhir zaman; banyak orang akan menyelidikinya, dan pengetahuan akan bertambah."

 

Sistem tersebut akhirnya dimusnahkan. Tapi perhatikan juga bahawa kuasa umat-umat suci akan diselerakkan:

 

Daniel 12:5-13 Kemudian aku, Daniel, melihat, maka tampaklah berdiri dua orang lain, seorang di tepi sungai sebelah sini dan yang lain di tepi sungai yang sebelah sana. 6 Dan yang seorang bertanya kepada yang berpakaian kain lenan, yang ada di sebelah atas air sungai itu: "Bilakah hal-hal yang ajaib ini akan berakhir?" 7 Lalu kudengar orang yang berpakaian kain lenan, yang ada di sebelah atas air sungai itu bersumpah demi Dia yang hidup kekal, sambil mengangkat tangan kanan dan tangan kirinya ke langit: "Satu masa dan dua masa dan setengah masa; dan setelah berakhir kuasa perusak bangsa yang kudus itu, maka segala hal ini akan digenapi!" 8 Adapun aku, memang kudengar hal itu, tetapi tidak memahaminya, lalu kutanya: "Tuanku, apakah akhir segala hal ini?" 9 Tetapi ia menjawab: "Pergilah, Daniel, sebab firman ini akan tinggal tersembunyi dan termeterai sampai akhir zaman. 10 Banyak orang akan disucikan dan dimurnikan dan diuji, tetapi orang-orang fasik akan berlaku fasik; tidak seorangpun dari orang fasik itu akan memahaminya, tetapi orang-orang bijaksana akan memahaminya. 11 Sejak dihentikan korban sehari-hari dan ditegakkan dewa-dewa kekejian yang membinasakan itu ada seribu dua ratus dan sembilan puluh hari. 12 Berbahagialah orang yang tetap menanti-nanti dan mencapai seribu tiga ratus tiga puluh lima hari. 13 Tetapi engkau, pergilah sampai tiba akhir zaman, dan engkau akan beristirahat, dan akan bangkit untuk mendapat bagianmu pada kesudahan zaman."

 

Ini adalah satu lagi aspek bagi jangkamasa yang harus juga ditafsirkan daripada waktu pengakhiran/akhir zaman. Kesemua hal-hal ini akan tersembunyi sehinggalah akhir zaman.

 

Mari kita lihat sekarang pada perkiraan masa daripada penghujung empat puluh Jubli tersebut dan tengok sama ada kita dapat memadankan beberapa hal ini.

 

Jubli keempat puluh berakhir pada 2027/28. 2028/29 merupakan permulaan sistiem baru. Jika kita melihat pada kejatuhan bangsa-bangsa yang digambarkan di dalam kisah Yosua atau Yehoshua, kita dapati beberapa perkara yang terjadi (lihat juga pada karya-karya The Fall of Jericho [142] @ Kejatuhan Kota Yerikho dan juga The Seven Trumpets [141]).

 

Anak Nun ini mempunyai nama yang serupa dengan Mesias. Dia merupakan pemimpin perang bagi Israel. Dia menyeberangi Yordan selepas meninggalkan beberapa suku kaum Israel dengan warisan pusaka mereka di sebelah Yordan. Mereka ini adalah bani-bani Manasye, Ruben dan Gad (Yosua 13:8-13).

 

Bala-bala bersenjata Manasye, Ruben dan Gad telah memasuki Israel dengan meninggalkan keluarga mereka di belakang. Perang hari-hari terakhir akan melibatkan bala tentera Israel dan kuasa bangsa kudus akan diselerakkan. Ayat ini berkata: setelah berakhir kuasa perusak bangsa yang kudus itu. Kuasa umat kudus ini adalah YR-‘AM-QDS (iaitu SHD 6944 qodesh) yang bermaksud yang disucikan atau umat-umat saleh.

 

Israel telah dikhatankan di Gilgal, untuk menandakan pertaubatan dan pemasukan ke dalam sistem baru, dan mereka disertai oleh Kapten Tentera Tuhan. Peristiwa ini melambangkan kedatangan kembali Mesias dalam kemuliaannya sebagai Kapten Angkatan Surgawi (Yosua 5:10-15).

 

Mesias menyertai Israel selepas pengkhatanan dan konsolidasinya sebagai suatu tentera Tuhan yang berdedikasi berikutan masanya di belantara di mana order yang lama telah luput. Peristiwa ini melambangkan perubahan pada Israel dan Yehuda.

 

Tentera tersebut diberitahu untuk mengelilingi kota Yerikho sebanyak tujuh kali. Istilah tujuh kali ini juga boleh memberi maksud nubuatan masa dan dengan itu tujuh hari di sini akan bermaksud tujuh tahun. Pada kedatangan Mesias, kita akan melihatkan suatu siri peristiwa yang akan berlangsung bagi tujuh sangkakala tersebut—iaitu, tujuh sangkakala yang ditiupkan ke arah Yerikho (Yosua 6:3-5):

 

Yosua 6:3-5 Haruslah kamu mengelilingi kota itu, yakni semua prajurit harus mengedari kota itu sekali saja; demikianlah harus engkau perbuat enam hari lamanya, 4 dan tujuh orang imam harus membawa tujuh sangkakala tanduk domba di depan tabut. Tetapi pada hari yang ketujuh, tujuh kali kamu harus mengelilingi kota itu sedang para imam meniup sangkakala. 5 Apabila sangkakala tanduk domba itu panjang bunyinya dan kamu mendengar bunyi sangkakala itu, maka haruslah seluruh bangsa bersorak dengan sorak yang nyaring, maka tembok kota itu akan runtuh, lalu bangsa itu harus memanjatnya, masing-masing langsung ke depan."

 

Hari ketujuh melibatkan tujuh pusingan, serupa dengan bagaimana sangkakala ketujuh membawa bersamanya tujuh cawan kemurkaan Tuhan. Kita lihat bahawa seluruh struktur tujuh imam yang membawa tujuh sangkakala tersebut juga bersepadan dengan tujuh malaikat bagi tujuh jemaat/gereja dan jemaat-jemaat bertujuh itu sendiri. Tujuh pusingan nampaknya adalah suatu jangkamasa tujuh tahun bagi aktiviti-aktiviti di dalam Wahyu di dalam tujuh sangkakala itu.

 

Dengan itu, nampaknya Mesias sepatutnya tiba selewat-lewatnya tahun 2020 untuk mencetuskan aktiviti-aktiviti tujuh sangkakala tersebut.

 

Perang-perang akhir zaman ini memperlihatkan pemusnahan pada sistem Babilon dan kemudiannya raja-raja timur akan dipanggil ke dalam peperangan-peperangan lembah Meggido di atas dasar sungai Efrat yang telah kering.

 

Jangkamasa ini mungkin dipendekkan demi memelihara umat-umat terpilih. Dengan itu, nampaknya peperangan-peperangan terakhir, dan struktur ekonomi yang mencetuskannya, bermula dari sekurang-kurangnya tahun 2001 dan berlanjutan hingga mungkin sekali tahun 2020 dengan kedatangan kembali Mesias pada 2020 untuk menundukkan dunia ini dan menghapuskan seluruh sistem lama Angkatan jatuh itu. Ini merupakan suatu jangkamasa 19 tahun, atau satu kitaran masa penuh (complete time cycle).

 

Tugas selanjutnya adalah untuk membentuk suatu daftar peristiwa-peristiwa yang mempamerkan rangka masa yang paling mungkin yang menuju ke arah sistem milenia 2028/29.