Jemaat-jemaat Allah Al Masehi
[225]
Pengenalan Kepada Kekristianan
(Edisi 1.0 19990315-19990315)
Kristus seorang Yahudi. Dia memelihara Hukum Tuhan dan mentaati Tuhan dalam setiap hal. Dia tanpa dosa dan dosa ialah pelanggaran Hukum. Dia memelihara Sabat-sabat Alkitab menurut Kalendar yang digunakan pada zaman Kristus dalam Bait di Yerusalem dan di kalangan orang Samaria.
E-mail: secretary@ccg.org
(Hakcipta ã 1999 Jemaat-jemaat Allah Al Masehi)
(Tr. 2006)
Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan. Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan. Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.
Karya
ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org
Pengenalan
Kepada Kekristianan [225]
Kristus seorang Yahudi. Dia memelihara Hukum Tuhan dan mentaati Tuhan dalam setiap hal. Dia tanpa dosa dan dosa ialah pelanggaran Hukum. Dia memelihara Sabat-sabat Alkitab menurut Kalendar yang digunakan pada zaman Kristus dalam Bait di Yerusalem dan di kalangan orang Samaria.
Kalendar Yahudi moden tidak dirumuskan sehingga tahun 358 dan berdasar pada penangguhan Hari-hari Raya Tuhan disebabkan tradisi (rujuk karya Kalendar Tuhan [156] et seq dan Hukum dan Perintah Tuhan Keempat [256]). Jemaat tidak berbakti pada hari Minggu sehingga pertengahan abad kedua dan ini berasal dari Rom (rujuk Peranan Hukum Keempat di dalam Jemaat-jemaat Tuhan Pemelihara Sabat dalam Sejarah [170]). Ia tidak memelihara sistem Easter pagan sehingga pertikaian Quarto-Deciman antara 152 dan 190 CE (rujuk Asal-usul Krismas dan Easter [235]).
Yesus Kristus bukanlah nama sebenar orang yang kita kenali sebagai anak Tuhan (rujuk Kepentingan Istilah Anak Allah [211]). Dia dipanggil Yahoshua atau Yosua (rujuk Yosua, Mesias Anak Tuhan [134]). Dia mempunyai beberapa saudara lelaki dan perempuan yang kemudiannya memainkan peranan utama dalam jemaat selepas kematiannya. Nama saudara-saudara lelakinya semuanya dicatatkan dalam Alkitab dan tulisan-tulisan awal Jemaat (rujuk Ante Nicene Fathers). Keturunan mereka dibunuh kerana hasutan jemaat Rom dari Abad Keempat (rujuk Perawan Mariam dan Keluarga Kristus [232]). Kristus tidak pernah pada bila-bila masapun menuntut dialah Tuhan. Jemaat tidak pernah menganggapnya sebagai Allah yang esa ataupun setara atau sama-sama abadi dengan Allah selama dua abad pertama era ini (rujuk Teologi Awal Tentang Ketuhanan [127]). Tiada satupun antara Rasul-rasul yang Trinitarian. Trinitas (Tritunggal) tidakpun dirumuskan di Sidang Nicaea pada 325. Ia dibentukkan di Sidang Constantinople pada 381 CE (rujuk Binitarianisme dan Trinitarianisme [076]; Satu Bersama Dengan Bapa [081]; dan Roh Kudus [117]).
Anjuran bahawa Kristus ialah Tuhan sebagai sebahagian daripada satu makluk dalam aspek Anak Tunggal, merupakan doktrin ibadat dewa Attis iaitu suatu ilah Lydia yang telah berakar di Rom. Ini satu lagi aspek ibadat Ishtar atau Easter atau Astarte atau Ashtarot (Asytoret). Menjelang awal abad Keempat imam-imam Altis mengadu bahawa orang Kristian telah mencuri semua doktrin mereka (rujuk ibid. [235] dan juga Pentahiran dan Penyunatan [251]). Pandangan bahawa Kristus seharusnya ialah Tuhan sebagaimana Tuhan ialah Tuhan sebenarnya datang daripada falsafah Yunani disebabkan batasan dalam bahasa mereka. Mereka tiada perkataan untuk kasih Tuhan dan sebab itu mereka terpaksa meminjam perkataan Ibrani ahabah untuk konsep ini yang mereka jadikan agape. Mereka menganjurkan bahawa hanya Tuhan sahaja yang boleh menebus atau mendamaikan manusia kepada dirinya. Jika Yesus bukan Tuhan, dia tidak mungkin dapat melakukan pendamaian itu. Idea ini palsu namun ini diterima orang Yunani yang ditugaskan memimpin jemaat-jemaat timur menggantikan saudara-saudara Kristus yang dipanggil Desposyni (rujuk ibid (No. 232)). Ini sebenarnya kemudiannya digabungkan dengan sistem purba Dewa Triune pagan (rujuk Perkembangan Model Neo-Platonis [017] dan Tujuan Penciptaan dan Pengorbanan Kristus [160]).
Akibat perang-perang Arian dan pemualafan bangsa Frank dan Anglo-Saxon, Jemaat Pemelihara Sabat telah ditindas oleh golongan Trinitarian dalam Empayar Rom (rujuk Distribusi Umum Jemaat Pemelihara Sabat [122]; ibid (No. 170) dan Cox-Kohn, Pemelihara Sabat di Transylvania, CCG Publications, 1998, mukasurat i-xxvii).
Kelompok Pemelihara Sabat, walaupun ditindas di Eropah, telah mencetuskan Reformasi Protestan yang gagal memulihkan keimanan sebenar (lihat Socinianisme, Arianisme dan Unitarianisme [185]).
Orang Yahudi percaya bahawa Tuhan tidak pernah menampakkan dirinya kepada manusia dan bahawa Hukum Taurat disampaikan kepada mereka melalui Malaikat Besar Yahovah yang juga dipanggil Yahovah iaitu Tuhan Kedua Israel. Dia bertindak dan berbicara untuk Allah dan bersama-sama dengan Israel dalam tiang api dan awan dalam Keluaran. Pandangan ini juga dipegang para rasul dan jemaat mula-mula (lihat Malaikat YHVH [024]; Mazmur 45 [177]; Mazmur 110 [178]; Etimologi Nama Tuhan [220] dan Yesaya 9:6 [224]). Jemaat percaya bahawa tuhan atau penguasa dunia ini ialah Iblis (lihat Lucifer: Pembawa Terang dan Bintang Fajar [223]). Jemaat tidak mempercayai konsep syurga dan neraka, dan menolak konsep Jiwa Abadi sebagai doktrin kafir dan menghujat (lihat Jiwa [092] dan Tentang Keabadian [165]). Orang yang percaya bahawa orang mati akan pergi ke syurga ialah orang Gnostik dan mereka membawa masuk doktrin-doktrin lain ke dalam jemaat (lihat Vegetarianisme dan Alkitab [183]; Wain Di Dalam Alkitab [188]; dan Pengikut Nikolaus [202]).
Jemaat tidak akan mula memerintah sehingga kedatangan pada kebangkitan pertama dan mereka akan memerintah planet ini selama seribu tahun di bawah Mesias dan kemudian mengambil bahagian dalam kebangkitan kedua serta menyediakan planet ini untuk Kota Tuhan (lihat Milenium dan Keghaiban [095] dan Kota Tuhan [180]).
Kristus mempunyai peranan khusus untuk dimainkan dalam penciptaan. Dia bukan Allah maha esa. Dia diutus oleh Allah Maha Esa, dan memahami kenyataan itu bererti memperolehi hidup kekal (Yohanes 17:3) (lihat Peranan Mesias [226]). Walaupun dia bukan Allah Mahatinggi, Eloah, dia memang prawujud (lihat Pra-Kewujudan Yesus Kristus [243]). Dia sebahagian daripada anak-anak Tuhan yang hadir pada penciptaan yang dikenali dalam ertikata jamak sebagai elohim. Jemaat memahami dan mengajar selama berabad-abad bahawa umat pilihan akan menjadi elohim seperti Malaikat Yahovah yang mengepalai mereka (lihat Zakharia 12:8 dan Umat Pilihan Sebagai Elohim [001]).
Pencerobohan doktrin palsu Tuhan Triune yang membentuk Trinitas kemudiannya menyebabkan pembentukan Islam yang menolak konsep-konsep itu sepenuhnya. Hanya Muhammad dan empat khalifah pertama yang dipanggil Khalifah rashidin sahaja yang merupakan pemimpin-pemimpin Muslim yang berdoktrin tulen. Sesudah mereka Islam runtuh dan mula dicemari tradisi seperti mana Judaisme dan Kekristianan sebelumnya (lihat Kristus dan Quran [163] dan Sabat Di Dalam Quran [274]).
Kristus bukanlah Allah yang maha esa yang tidak pernah dilihat atau didengar sesiapapun dan yang satu-satunya abadi (1Timotius 6:16; lihat Kristus dan Ketuhanan [237]). Kristus ialah Arche Ciptaan Tuhan dan mempunyai tujuan khusus dalam penciptaan (lihat Arche Penciptaan Tuhan sebagai Alfa dan Omega [229]). Penciptaan mempunyai rencana khusus yang dicerminkan dalam perayaan-perayaan Alkitab (lihat Perayaan-perayaan Tuhan sepertimana mereka berkait dengan Penciptaan [227]). Mesias akan kembali tidak lama lagi untuk menyelamatkan mereka tertunggu-tunggu kedatangannya dan untuk mengasaskan Hukum dan sistem pemerintahan Tuhan di atas planet ini (lihat Jadual Waktu Ringkasan Segala Zaman [272] dan siri Hukum dan Perintah Tuhan [252] dan seterusnya)).
Jemaat ialah suatu badan kecil yang dipilih dan dipanggil keluar sepanjang dua ribu tahun kebelakangan ini dan disediakan untuk pemerintahan Milenium Tuhan. Mereka ialah Bait Tuhan dan dikuduskan, dan melalui tindakan dan usaha mereka membantu dalam pekerjaan yang Tuhan berikan kepada Mesias untuk diselesaikan (lihat Pengudusan Bait Suci Tuhan [241]; Mengukur Bait Suci [137]; Pemerintahan Tuhan [174] dan Tuhan dan Jemaat [151]).