Jemaat-jemaat Allah Al Masehi

[239]

 

 

 

 

Mengapa Perayaan Paskah Sangat Lewat pada 1997?

(Edisi 1.0 19980217-19980217)

 

Artikel ini telah diterbitkan dalam Jewish Bible Quarterly, Jilid 25, No. 1, 1997 dan telah dicetak semula dengan kebenaran. Persatuan Alkitab Yahudi mengekalkan alamat jaringan mereka di http://www.jewishbible.org.

 

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta ã 1998 Wade Cox)

 (Tr. 2006)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org

 

 

Jilid 25, No. 1, 1997 JEWISH BIBLE QUARTERLY

 

 

MENGAPA PASKAH SANGAT LEWAT TAHUN INI?



SAUL LEEMAN

 

(Saul Leeman adalah Rabi bersara yang tinggal di Providence, R.I)

 

Pelihara mulut aviv dan berikan korban

Paskah kepada Tuhan Allahmu

 

 


Membaca ayat ini dalam Bilangan 16:1 bersama dengan kesusasteraan rabinik yang berkenaan, seseorang akan menganggap bahawa Torah memperuntukkan bahawa perayaan harus terjadi, seperti ia biasanya berlaku semasa bulan pertama dalam musim semi. Bagaimana pun, tahun ini (5757), ia tidak terjadi demikian. Untuk memahami sepenuhnya tentang kelewatan perayaan musim semi ini, soalan-soalan khusus harus ditanya.

 

Mengapa Pesach (Paskah) sangat lewat tahun ini?

 

Paskah sangat lewat tahun ini (April 22) kerana ini adalah tahun lompat dalam kalendar Yahudi dengan tigabelas bulan interkalari (penambahan bulan dalam tahun) dalam setiap kitaran 19-tahun, terdapat 7 tahun lompat: tahun ke-3, ke-6, ke-8, ke-11, ke-14, ke-17 dan ke-19.

 

Ya, saya tahu tentang itu. Tetapi sepanjang 10 tahun yang lalu atau lebih, terdapat beberapa tahun lompat, dan saya tidak mengingati perayaan Paskah yang lewat seperti ini.

 

Ini adalah kerana  ini adalah kitaran tahun yang ke-19, tahun lompat yang tiba hanya dua tahun dari tahun lompat yang terdahulu. Demikian juga (malah lebih dari ini) dengan kitaran tahun yang ke-8. Maka itu terdapat dua tahun ini dalam setiap kitaran apabila Paskah lewat pada musim semi. Pada 1967 (tahun ke-8) Paskah jatuh pada April 25, yang paling lewat setakat ini.

 

Kamu kata, “setakat ini.” Adakah ini bererti Paskah mungkin akan lewat lebih dari April 25?

 

Ya, sesungguhnya – dan ini adalah masalah utama dalam kalendar Yahudi; yakni ia berdasarkan pengiraan pada tahun solar yang mana tidak tepat kira-kira 6 setengah minit. Ketidaktepatan inilah yang bergerak. Paskah dalam haluan musim panas pada kadar hampir satu hari penuh setiap 200 tahun, berjumlah kira-kira 4 setengah hari setiap 1,000 tahun. Ini bererti dalam kira-kira 1,000 tahun, Paskah akan dirayakan selewat Mei 1, dan 8,000 tahun Paskah akan dirayakan selewat Jun 1.

 

Adakah ini boleh dibetulkan?

 

Ini hanya boleh dibetulkan melalui pembaikan kalendar berdasarkan pengiraan semula pada struktur kalendar.

 

Kamu katakan bahawa pembaikan kalendar akan diperlukan. Adalah perkara sebegini terjadi dalam sejarah baru-baru ini.

 

Ya, ianya terjadi. Pada 1582 kalendar Julian, yang ditekankan sejak 46 BCE, telah dganti oleh kalendar Gregorian. Kalendar Julian, yang telah didirikan oleh Julius Caesar, adalah berdasarkan pada pengiraan yang menggabungkan panjang tahun solar pada 365 hari dan 6 jam, tetapi realitinya ia hanya kira-kira 11 suku minit lebih pendek.

 

Perbezaan ini terkumpul dan mengakibatkan ketepatannya tersasar kira-kira 3 tahun setiap 400 tahun (atau 7 setengah hari setiap 1,000 tahun). Sebagai akibatnya, menjelang kurun yang ke-16, ekuinoks vernal akan mundur kepada Mac 11. untuk memulihkannyakepada tarikh yang betul, Paus Gregory XIII mengumumkan bahawa hari berikutan Oktober 4 bukannya Oktober 5 tetapi October 15. Dengan pengumuman ini, dia memulihkan ekuinoks vernal kepada Mac 21, tarikh pada tahun 325 CE apabila Persidangan Nicea (demi untuk memisahkan Paskah Hari Minggu dari Perayaan Paskah) mengarahkan bahawa formula untuk menentukan tarikh Paskah Hari Minggu adakah “Hari Ahad pertama selepas bulan penuh pertamaatau selepas ekuinoks vernal.”

 

Perhatikan bahawa keprihatinannya terhadap tarikh Paskah Hari minggu yang tepat telah memberi motivasi untuk memperbaiki kalendar Paus.

 

Dengan membuka kesilapan 10 hari yang terkumpul, kalendar Gregorian juga menegaskan bahawa tidak ada lagi regresi tahun yang harus terjadi. Ini dicapai dengan menetapkan bahawa tahun-tahun dalam kurun harus bukan tahun lompat kecuali apabila ia boleh dibahagikan dengan 400. Hasil dari ketetapan ini, tahun-tahun 1700, 1800 dan 1900 – tahun-tahun lompat dalam kalendar Julian – menjadi bukan tahun lompat dalam kalendar Gregorian. Perbezaan di antara dua ini sekarang adalah 13 hari. Pada tahun 2100, perbezaan ini ialah 14 hari.

 

Tetapi praktik  agama orang Yahudi tidak mempunyai pertalian dengan kalendar solar. Bukankah semua ibadat Yahudi berdasarkan kepada kalendar lunar?

 

Tidak sepenuhnya. Terdapat dua ibadat yang dipertalikan dengan kalendar solar. Satu daripadanya adalah tal umatar, doa kepada embun dan hujan. Talmud memutuskan pembacaan doa ini bermula 60 hari selepas ekuinoks musim gugur dan berterusan sehingga Paskah. Bagaimana pun, buku doa membetulkan hari tal umatar pada Disember 5 – 73 hari selepas ekuinoks (September 23). Ketidaksesuaian 13 hari ini adalah perbezaan di antara kalendar Julian dan Gregorian, dan perbezaan ini terus bertambah dalam kadar 7 setengah hari setiap 1,000 tahun.

 

Dengan hari tal umatar terus bergerak menuju kepada Paskah pada kadar 7 setengah hari setiap 1,000 tahun, yang terdahulu akan mengambil alih yang terakhir kira-kira 35,000 tahun. Bagaimana pun, lama sebelum itu, tarikh Paskah harus disesuaikan, dan masalah tal umatar juga akan mendapat menyelesaiannya.

 

Di Israel “kekuatiran” adalah lebih kurang mengenai dengan masalah ini kerana di Tanah Kudus musim tal umatar akan bermula dalam minggu pertama Heshvan dan tidak dipertalikan langsung dengan kalendar solar sama sekali (Lihat Bab. Talmud, Taanit 10a).

 

Kamu katakan bahawa terdapat “dua ibadat” yang dipertalikan dengan kalendar solar. Apakah yang satu lagi?

 

Yang satu lagi ialah Birkat ha- Hammah – berkat Matahari, doa syukur yang dibaca pada masa ekuinoks vernal  sekali dalam setiap 28 tahun apabila, menurut tradisi, bumi kembali kepada kedudukan yang sama dalam hubungan dengan matahari yang diisi pada masa Penciptaan. Ia selalu dibaca pada hari Rabu (pada hari matahari diciptakan). Pembacaannya yang terbaru ialah April 8, 1981; pembacaan yang seterusnya akan terjadi pada April 8, 2009. Bahawa secara astronomi yang tidak bererti ini secara khususnya memberi kesan kepada kita apabila Pemberkatan Matahari mengambil tempat pada April 8, 1983 sewaktu kita “merayakan ekuinoks vernal pada masa itu dan memulakan Musim Semi” – pada Nisan 23, lapan hari selepas ketibaan Paskah!

 

Apabila kalendar yang dibentuk semula disempurnakan, Birkat ha-Hammah juga jatuh di tempatnya. Yang “dibentuk” sudah pasti menetapkan Paskah akan jatuh pada bulan penuh pertama pada musim semi (bukan bulan penuh kedua seperti pada tahun ini) dan Birkat ha-Hammah akan terjadi dengan tetap pada hari Rabu pertama pada musim semi.

 

Bilakah kalendar Yahudi yang kita ada sekarang didirikan dan oleh siapa?

 

Kalendar Yahudi, seperti yang kita ada sekarang, tetlah didirikan oleh Penatua Hille II, kira-kira 359 CE.

 

Mengapa ia berdasarkan pada kitaran 19-tahun?

 

Kerana formula dasar pada kalendar Yahudia adalah mengikuti 19 tahun solar = 235 bulan lunar (19 tahun lunar biasa + 7 bulan lunar tambahan). Orang Yunani memanggil ini sebagai Kitaran Metonik.

 

Adakah ini bererti bahawa setiap 19 tahun tarikh sivil (Gregorian) dan “tarikh Yahudi” akan bertepatan?

 

Ya, setiap 19 tahun ia akan bertepatan atau pun hanya berbeza satu hari.

 

Berapakah jumlah hari yang ada dalam kalendar Yahudi?

 

Ia berbeza. Dalam tahun yang biasa (bukan tahun lompat) terdapat 353 hari (bercacat), 354 hari (biasa), atau 355 ( berlebihan). Begitu juga dalam tahun lompat terdapat 383, 384, atau 385 hari.

 

Apakah yang menyebabkan ini?

 

Ini disebabkan oleh agama. Dasar [lo ‘adu rosh] adalah bahawa Rosh Hashanah harus jatuh pada hari Ahad, Rabu , atau Jumaat. Sekiranya Rosh Hashanah jatuh pada hari Rabu atau Jumaat, Yon Kippur akan mendahului atau mengikuti Sabat, yang menyebabkab situasi yang melibatkan kesukaran dalam pemeliharaan ibadat. Sekiranya Rosh Hashanah jatuh pada hari Ahad, Hoshanah Rabbah akan jatuh pada hari Sabat dan akan menghapuskan beberapa upacara agama yang mana tidak mahu dilepaskan oleh rabi-rabi Farisi.

 

Oleh kerana ini, satu unsur fleksibel terbina diperlukan, sekiranya Rosh Hashanah akan jatuh dalam tiga hari ini, ia akan ditunda ke hari yang berikutnya.

 

Justru itu, dalam tahun yang biasa (354 hari), bulan-bulan akan berselang di antara 30 dab 29 hari. Dalam tahun yang bercacat (353 hari), bulan-bulan Heshvan dan Kislev mempunyai 29 hari setiap satu. Dalam tahun yang berlebihan (355 hari Heshvan dan Kislev mempunyai 30 hari setiap satu.

 

Apakah prosedur sebelum Penatua Hille II mendirikan kalendar Yahudi yang ada pada masa sekarang?

 

Sebelum tarikh itu, kita mempunyai kalendar “hidup” yang tidak tetap. Bulan baru ditentukan oleh pengamatan. Para Saksi akan datang ke Yerusalem untuk membuktikan bahawa mereka telah melihatnya. Sekiranya, selepas interogasi, Beth Din akan yakin tentang keabsahan kesaksian mereka, Bulan Baru akan dikudus, dan Rosh Hodesh akan diumumkan. Beth Din hanya bersedia untuk menerima pada saksi pada “hari nombor 30” pada bulan yang sedang berlangsung untuk menentukan sama ada hari itu harus diumumkan sebagai “hari nombor satu” bagi bulan yang mendatang. Sekiranya perkara ini tidak dibuat pada hari ini, hari berikutnya secara otomatik (bersama atau tidak bersama dengan saksi) menjadi Rosh Hodesh, kerana bulan ini terdiri tidak kurang daripada 29 dan tidak lebih dari 30 hari. (Lihat Mishnah Rosh Hashanah, Bab 1-2).

 

Sesudah Bulan Baru dikuduskan, berita ini kemudiannya diumumkan diseluruh Tanah Suci.

 

Bagaimana dengan  orang Yahudi di luas Tanah Suci? Bagaimana berita ini diberikan kepada mereka?

 

Itu adalah soalan yang baik. Selalunya, kerana kesukaran dalam perhubungan, berita ini tidak sampai kepada mereka pada masa yang tepat, dan ini mengakibatkan orang Yahudi yang berada di luar Filistin menjadi keliru dalam hal agama. Sebagai contoh, apabila tiba untuk merayakan Paskah, mereka harus mengagak sama ada bulan sebelumnya terdiri dari 29 atau 30 hari. Sekiranya 29, maka Paskah harus jatuh pada tarikh yang tertentu; sekiranya 30, Paskah akan jatuh pada hari yang berikutnya. Apkah yang harus dibuat? Untuk menyelesaikan dilema ini, mereka bertindak “secara selamat” dan merayakan Yom Tov pada hari yang sama. Demikian juga dengan Shavuoth dan Sukkoth. Oleh kerana ini, kita Yahudi Diaspora (pengecualian kepada saudara kita yang diperbaikan) mempunyai lima lagi hari yom tov setahun daripada orang Yahudi Israel.

 

Bagaimana dengan Rosh Hashanah?

 

Rosh Hashanah juga dirayakan  dua hari di Israel.

 

Sudah terlalu banyak tentang prosedur  Bulan Baru sebelum kalendar ditetapkan. Sekarang beritahu saya bagaimana tahun-tahun lompat ditentukan sebelum kalendar yang tetap?

 

Disini juga, ia adalah situasi hidup dimana para rabi akan berhati-hati sebelum mengumumkan bulan Nisan untuk memastikan sama ada tanda musim semi akan tiba atau tidak (akhir musim hujan, pemasakan tanaman bijian, mempertimbangkan ekuinoktia, dll). Sekiranya musim semi lambat tiba, maka Adar kedua akan diinterkalarikan (ditambahkan) dan tahun ini akan menjadi tahun lompat (Lihat Bab. Talmud Sanhedrin 11 a & b).

 

Mengapa ianya perlu untuk memperkenalkan kalendar yang tetap?

 

Kerana para penatua di Tanah Suci tidak lagi menikmati kedudukan unggulnya dan kerana kerajaan Roma menghadkan kebebasan Sanhedrin untuk bertindak dalam perkara-perkara ini.

 

Kalendar Yahudi seolah-olah bukan merupakan lunar mahupun solar. Apakah kamu panggilnya?

 

Ia dipanggil kalendar luni-solar, bulan-bulan dalam tahun akan digabungkan menurut kepada bulan dan tahun menurut matahari.

 

Kamu sudah menyatakan bahawa penghitungan terhadap dua tahun solar berbeza kira-kira 6 setengah minit dari tahun astronomi yang sebenar. Apa dengan pengiraan terhadap bulan-bulan lunar?

 

Disini, ianya setepat yang mungkin. Kalendar Yahudi menghitung bulan sebagai 29 hari, 12 jam, 44 minit, dan 3.33 saat – satu perbezaan dari bulan astronomi yang benar yang kurang dari satu setengah saat.

 

Untuk kembali kepada apa yang kamu sifatkan sebagai “masalah utama” dalam kalendar Yahudi – berapa lamakah sebelum Paskah tiba pada Jun 21 dan dengan ini ia tidak akan terjadi pada musim semi?

 

Kira-kira 12,500 tahun.

 

Adakah tidak terlalu awal pada masa sekarang untuk merasa risau tentang kalendar yang diubah?

 

Sudah tentu tidak terlalu awal untuk memikirkan.

 

Bagaimana caranya kalendar yang dibentuk ini di disebarkan?

 

Terdapat dua cara. Satu adalah dengan cara kebiasaan, dan satu lagi cara yang diluar kebiasaan. Dalam cara kebiasaan, akan ada persidangan sedunia yang mewakili semua mazhab golongan Yahudi yang akan tiba dengan persetujuan bagaimana dan bila untuk meninjau kembali kalendar. Dalam cara yang luar kebiasaan, Elijah akan datang dan tangani perkara ini bagi kita.

 

Saya perhatikan bahawa kamu tidak menyatakan mana satu alternatif ini yang kamu anggap sebagai cara kebiasaan dan cara diluar kebiasaan. Tetapi, dalam pandangan kamu, yang mana satukah antara dua kemungkinan ini yang mungkin akan terjadi?

 

Kita hanya perlu menunggu dan lihat.