Jemaat-jemaat Allah Al Maséhi

[242]

 

 

 

 

Kematian Anak Domba [242]

Edisi 1.0 19980314-19980314)

 

Ramai orang Kristian yang tidak menghargai sepenuhnya kejadian yang berlaku sepanjang masa Hari Paskah, dan penyesuaian waktu serta makna sebenar bagi kematian Mesiah sebagai Anak Domba Allah.

 

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta ã 1998 Wade Cox)

(Tr. 2003)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org

 

 

Kematian Anak Domba [242]



Kita telah menyelidiki penyesuaian waktu penyaliban dan kebangkitan (lihat tulisan Penyesuaian waktu penyaliban dan Kebangkitan [159]).

 

Hari Paskah diselidiki di dalam tulisan Hari Paskah [098] dan telah dipecahkan ke dalam bahagian-bahagian anasirnya bagi menjelaskan mengenai Perjamuan Malam di dalam tulisan Makna bagi Pembasuhan Kaki [099]), Makna bagi Roti dan Wain [100], dan juga Perjamuan Malam [103].

 

Kita tahu bahawa Hari Paskah adalah ordinan Tuhan yang diperintahkan dan ianya dipelihara oleh Israel seperti yang diperintahkan di dalam Alkitab sehingga kesudahan akhir waktu kaabah pada 70 CE.

 

Kita memahami apa yang berlaku sewaktu Perjamuan Malam dan kita tahu bahawa aktiviti ini terjadi pada malam 14 nisan sebelum penangkapan dan pengadilan serta penyaliban Mesiah.

 

Setiap rentetan aktiviti dalam Hari Paskah ini adalah menurut rencana Tuhan yang sempurna dan menurut hukum-hukumNya serta penyesuaian masa.  Kristus tidak disalibkan pada hari Jumaat dan dia tidak dibangkitkan pada hari Ahad seperti yang selalu diandaikan oleh aliran-aliran Kristian lain. Asal-usul Paskah kafir dan peralihan daripada Hari Paskah kepada Perayaan Paskah diselidiki dengan panjang lebar di dalam tulisan Asal-usul Krismas dan Paskah [235].

 

Orang-orang Yahudi juga tidak tersalah dengan penyesuaian waktu itu, dan Kristus tidak dibunuh pada waktu yang salah.  Dia telah dibunuh tepat pada saat dimana anak domba hari Paskah yang pertama disembelih diatas puncak kaabah dan yang menurut ordinan yang diadakan atas perintah Allah.

 

Kita tahu melalui hati kita tentang aktiviti dan upacara perjamuan terakhir yang diberikan oleh Tuhan sebagai Perjamuan Malam. Kita tahu bahawa ini adalah satu daripada hanya dua upacara sakramen didalam Jemaat. (lihat tulisan Upacara Sakramen dalam Jemaat [150]). Upacara sakramen yang lain ialah baptisan (lihat tulisan Pertobatan dan Pembabtisan [052]).

 

Apa yang tidak difahami ialah penyesuaian waktu dan sebab disebalik kematian Mesiah sebagai anak domba Allah.

 

Ordinan Hari Paskah

Imamat 23 :4-14  Inilah hari-hari raya yang ditetapkan TUHAN, hari-hari pertemuan kudus, yang harus kamu maklumkan masing-masing pada waktunya yang tetap.  5 Dalam bulan yang pertama, pada tanggal empat belas bulan itu, pada waktu senja, ada Paskah bagi TUHAN.  6 Dan pada hari yang kelima belas bulan itu ada hari raya Roti Tidak Beragi bagi TUHAN; tujuh hari lamanya kamu harus makan roti yang tidak beragi.  7 Pada hari yang pertama kamu harus mengadakan pertemuan kudus, janganlah kamu melakukan sesuatu pekerjaan berat.  8 Kamu harus mempersembahkan korban api-apian kepada TUHAN tujuh hari lamanya; pada hari yang ketujuh haruslah ada pertemuan kudus, janganlah kamu melakukan sesuatu pekerjaan berat."  9 TUHAN berfirman kepada Musa: 10 "Berbicaralah kepada orang Israel dan katakan kepada mereka: Apabila kamu sampai ke negeri yang akan Kuberikan kepadamu, dan kamu menuai hasilnya, maka kamu harus membawa seberkas hasil pertama dari penuaianmu kepada imam,  11 dan imam itu haruslah mengunjukkan berkas itu di hadapan TUHAN, supaya TUHAN berkenan akan kamu. Imam harus mengunjukkannya pada hari sesudah sabat itu.  12 Pada hari kamu mengunjukkan berkas itu kamu harus mempersembahkan seekor domba berumur setahun yang tidak bercela, sebagai korban bakaran bagi TUHAN,  13 serta dengan korban sajiannya dari dua persepuluh efa tepung yang terbaik, diolah dengan minyak, sebagai korban api-apian bagi TUHAN yakni bau yang menyenangkan, serta dengan korban curahannya dari seperempat hin anggur.  14 Sampai pada hari itu juga janganlah kamu makan roti, atau bertih gandum atau gandum baru, sampai kamu telah membawa persembahan Allahmu; itulah suatu ketetapan untuk selama-lamanya bagi kamu turun-temurun di segala tempat kediamanmu.

Kita lihat ordinan ini telah dibahagikan kepada bahagian-bahagian anasir berikut.

 

14 Nisan hari korban Paskah bermula.

 

Hari raya Roti tidak Beragi adalah dari 15 Nisan sehingga 21 Nisan dimana tidak ada roti yang beragi akan diambil.

 

Tanggal ke-15 dan ke-21 pada bulan pertama dipanggil Nisan atau Abib (Abib atau Aviv yang bererti Spring, yakni Tel Aviv adalah Spring Hill) merupakan pertemuan suci dan tidak ada kerja yang dibenarkan pada hari-hari ini.

 

Persembahan pengunjukkan-berkas dilakukan pada hari selepas Sabat dan seekor domba yang tidak bercela akan dikorbankan bersama dengan persembahan hasil pertama ini. Pengunjukkan ini secara tradisinya dilakukan pada jam yang ketiga atau pukul 9 pagi pada pagi Ahad selepas Sabat mingguan, semasa hari raya Roti tidak Beragi. Hari Ahad ini juga memulakan penghitungan kepada hari Pentakosta seperti yang kita lihat di dalam tulisan mengenai Pentakosta (dipetik dari tulisan Perbandingan Pentakosta Imamat 23:11-22 didalam Septuagin [173]). Schurer tidak memberi sebarang ulasan mengenai persembahan ini.

 

Ada beberapa ordinan yang lebih kecil yang mempengaruhi Hari Paskah dan yang mana memancarkan terang kepada aktiviti Mesiah serta para rasul sewaktu Hari Paskah pada 30 CE, pada waktu kematiannya.

 

Hari Paskah telah diadakan mengikut susila berikut. Ordinan yang asal bermula dari hidangan yang dimakan pada waktu malam, yang meyusul selepas pengorbanan pada waktu petang 14 Nisan, yakni waktu senja 15 Nisan. Asal-usulnya adalah dari domba yang dimakan dengan sayur pahit; disembelih di Mesir dan darah domba itu akan dipercik di tiang pintu atau ambang rumah supaya malaikat kematian akan melintasi (pass over) rumah-rumah orang Israel. Dalam hal ini, setiap anak sulung akan dibunuh dan orang-orang Israel telah dikecualikan (passed over), yang kemudiannya diberi istilah Passover (Hari Paskah). Dengan ini, Allah telah menyatakan perkara yang akan Dia lakukan dengan dunia ini dan bahawa keselamatan datang dari kematian Mesiah sebagai Anak Domba Allah, yang membenarkan pemasukan ke dalam keluarga Allah sebagai sebahagian daripada bangsa Israel.

 

Urutan pengorbanan ini disusun di dalam buku Keluaran.

 

Keluaran 12:1-14  Berfirmanlah TUHAN kepada Musa dan Harun di tanah Mesir:  2 "Bulan inilah akan menjadi permulaan segala bulan bagimu; itu akan menjadi bulan pertama bagimu tiap-tiap tahun.  3 Katakanlah kepada segenap jemaah Israel: Pada tanggal sepuluh bulan ini diambillah oleh masing-masing seekor anak domba, menurut kaum keluarga, seekor anak domba untuk tiap-tiap rumah tangga.  4 Tetapi jika rumah tangga itu terlalu kecil jumlahnya untuk mengambil seekor anak domba, maka ia bersama-sama dengan tetangganya yang terdekat ke rumahnya haruslah mengambil seekor, menurut jumlah jiwa; tentang anak domba itu, kamu buatlah perkiraan menurut keperluan tiap-tiap orang.  5 Anak dombamu itu harus jantan, tidak bercela, berumur setahun; kamu boleh ambil domba atau kambing.  6 Kamu harus mengurungnya sampai hari yang keempat belas bulan ini; lalu seluruh jemaah Israel yang berkumpul, harus menyembelihnya pada waktu senja.  7 Kemudian dari darahnya haruslah diambil sedikit dan dibubuhkan pada kedua tiang pintu dan pada ambang atas, pada rumah-rumah di mana orang memakannya.  8 Dagingnya harus dimakan mereka pada malam itu juga; yang dipanggang mereka harus makan dengan roti yang tidak beragi beserta sayur pahit.  9 Janganlah kamu memakannya mentah atau direbus dalam air; hanya dipanggang di api, lengkap dengan kepalanya dan betisnya dan isi perutnya.  10 Janganlah kamu tinggalkan apa-apa dari daging itu sampai pagi; apa yang tinggal sampai pagi kamu bakarlah habis dengan a1pi.  1 Dan beginilah kamu memakannya: pinggangmu berikat, kasut pada kakimu dan tongkat di tanganmu; buru-burulah kamu memakannya; itulah Paskah bagi TUHAN.  12 Sebab pada malam ini Aku akan menjalani tanah Mesir, dan semua anak sulung, dari anak manusia sampai anak binatang, akan Kubunuh, dan kepada semua allah di Mesir akan Kujatuhkan hukuman, Akulah, TUHAN.  13 Dan darah itu menjadi tanda bagimu pada rumah-rumah di mana kamu tinggal: Apabila Aku melihat darah itu, maka Aku akan lewat dari pada kamu. Jadi tidak akan ada tulah kemusnahan di tengah-tengah kamu, apabila Aku menghukum tanah Mesir.  14 Hari ini akan menjadi hari peringatan bagimu. Kamu harus merayakannya sebagai hari raya bagi TUHAN turun-temurun. Kamu harus merayakannya sebagai ketetapan untuk selamanya.

 

Domba Hari Paskah atau kambing akan disembelih oleh semua  kumpulan jemaah Israel. Ianya dipilih pada hari yang kesepuluh dan akan disembelih pada hari yang keempatbelas. Ianya dimakan pada malam kelimabelas pada bulan pertama dan ianya dipelihara sebagai Malam ketetapan untuk selamanya. Apabila malaikat kematian melintas sewaktu tengah malam 15 Nisan, dia membunuh setiap anak sulung di Mesir, dari anak Firaun sehingga kepada tawanan-tawanan di dalam liang tutupan.

 

Keluaran 12:29-36 Maka pada tengah malam TUHAN membunuh tiap-tiap anak sulung di tanah Mesir, dari anak sulung Firaun yang duduk di takhtanya sampai kepada anak sulung orang tawanan, yang ada dalam liang tutupan, beserta segala anak sulung hewan.  30 Lalu bangunlah Firaun pada malam itu, bersama semua pegawainya dan semua orang Mesir; dan kedengaranlah seruan yang hebat di Mesir, sebab tidak ada rumah yang tidak kematian.  31 Lalu pada malam itu dipanggilnyalah Musa dan Harun, katanya: "Bangunlah, keluarlah dari tengah-tengah bangsaku, baik kamu maupun orang Israel; pergilah, beribadahlah kepada TUHAN, seperti katamu itu.  32 Bawalah juga kambing dombamu dan lembu sapimu, seperti katamu itu, tetapi pergilah! Dan pohonkanlah juga berkat bagiku."  33 Orang Mesir juga mendesak dengan keras kepada bangsa itu, menyuruh bangsa itu pergi dengan segera dari negeri itu, sebab kata mereka: "Nanti kami mati semuanya."  34 Lalu bangsa itu mengangkat adonannya, sebelum diragi, dengan tempat adonan mereka terbungkus dalam kainnya di atas bahunya.  35 Orang Israel melakukan juga seperti kata Musa; mereka meminta dari orang Mesir barang-barang emas dan perak serta kain-kain.  36 Dan TUHAN membuat orang Mesir bermurah hati terhadap bangsa itu, sehingga memenuhi permintaan mereka. Demikianlah mereka merampasi orang Mesir itu.

 

Malam ini diperintahkan supaya dipelihara sebagai peringatan mengenai pembebasan orang-orang Israel. Aktiviti ini juga menantikan keselamatan bagi dunia melalui pengorbanan Mesiah.

 

Keluaran 12:42 Malam itulah malam berjaga-jaga bagi TUHAN, untuk membawa mereka keluar dari tanah Mesir. Dan itulah juga malam berjaga-jaga bagi semua orang Israel, turun-temurun, untuk kemuliaan TUHAN.

 

Ordinan ini telah diubah selepas Hari Paskah yang pertama di dalam susila berikut.

 

Ulangan 16:1-8  "Ingatlah akan bulan Abib dan rayakanlah Paskah bagi TUHAN, Allahmu, sebab dalam bulan Abib itulah TUHAN, Allahmu, membawa engkau keluar dari Mesir pada waktu malam.  2 Maka engkau harus menyembelih kambing domba dan lembu sapi sebagai korban Paskah bagi TUHAN, Allahmu, di tempat yang akan dipilih TUHAN untuk membuat nama-Nya diam di sana.  3 Janganlah engkau makan sesuatu yang beragi besertanya; tujuh hari lamanya engkau harus makan roti yang tidak beragi besertanya, yakni roti penderitaan, sebab dengan buru-buru engkau keluar dari tanah Mesir. Maksudnya supaya seumur hidupmu engkau teringat akan hari engkau keluar dari tanah Mesir.  4 Janganlah terdapat padamu ragi di seluruh daerahmu, tujuh hari lamanya; dan dari daging hewan yang kausembelih pada waktu petang pada hari pertama, janganlah ada yang bermalam sampai pagi.  5 Engkau tidak boleh mempersembahkan korban Paskah di salah satu tempat yang diberikan kepadamu oleh TUHAN, Allahmu.  6 Tetapi di tempat yang akan dipilih TUHAN, Allahmu, untuk membuat nama-Nya diam di sana, engkau harus mempersembahkan korban Paskah itu pada waktu senja, ketika matahari terbenam, bertepatan dengan saat engkau keluar dari Mesir.  7 Engkau harus memasaknya dan memakannya di tempat yang akan dipilih TUHAN, Allahmu; kemudian paginya engkau harus pulang kembali ke kemahmu.  8 Enam hari lamanya engkau harus makan roti yang tidak beragi dan pada hari yang ketujuh harus ada perkumpulan raya bagi TUHAN, Allahmu; maka janganlah engkau melakukan pekerjaan.

Disini, kita lihat ordinan itu telah diterbalikkan daripada yang asal. Pada Hari Paskah yang pertama, ianya dilakukan di dalam rumah-rumah di Mesir dan tidak ada sesiapa yang dibenarkan keluar. Kemudian, rumah itu dilindungi oleh darah yang dipercik di tiang pintu atau ambang.

 

Dengan ini, ianya menunjukkan bahawa umat-umat pilihan telah dilindungi ketika di tanah asing daripada aktiviti malaikat kematian, yakni Mesiah sendiri di dalam peranannya sebagai hakim bagi dunia. Demi untuk layak bagi peranan itu, dia harus menunjukkan kerelaan untuk memberikan nyawanya sendiri untuk seluruh dunia yang akan dihakiminya.

 

Pelambangan ini dibawa kepada masa pendudukan orang-orang Israel apabila Yoshua dan kaum itu menduduki tanah perjanjian. Benang merah di atas ambang rumah Rahab di tembok Yerikho melambangkan malaikat kematian Hari Paskah sementara dia menghadap kepada Yoshua sebagai ketua tentera Allah (lihat tulisan Kejatuhan Yerikho [142]).

 

Apabila Israel kembali kepada kewarisan mereka sendiri serta masuk ke dalam tanahnya sendiri, mereka kemudiannya diperintahkan supaya melakukan Hari Paskah di luar kediaman mereka (Ul 16:5-7). Mereka hanya dibenarkan balik ke rumah mereka pada pagi hari raya Roti tidak Beragi. Dan dari masa ini juga, mereka boleh menyembelih apa sahaja jenis binatang  gembalaan yang halal. Bagaimanapun, Hari Paskah ini masih dilambangkan oleh anak domba dan ianya merupakan binatang yang biasa dan selalu digunakan untuk persembahan itu.

 

Kita mula boleh melihat beberapa pelambangan serta  pengertian kepada penyesuaian waktu dan aktiviti Yesus Kristus dalam Hari Paskah sewaktu dia disalibkan.

 

Tanpa keraguan, kita mengetahui bila domba-domba itu disembelih sewaktu masa kaabah. Josephus menunjukkan kepada kita bahawa domba itu disembelih dari jam yang kesembilan ke jam yang kesebelas, yakni dari pukul 3 petang sehingga pukul 5 petang pada hari yang keempatbelas. Domba-domba itu kemudiannya disediakan dan dimakan pada lewat petang 15 Nisan sebagai makanan Hari Paskah. Pernyataan Josephus tentang Hari Paskah semasa pemerintahan Nero:

 

Maka para imam besar, ketika menjelang hari raya yang mereka kenali sebagai Hari Paskah, apabila mereka menyembelih korban-korbannya, dari jam yang kesembilan sehingga kesebelas, tetapi supaya tidak kurang dari sepuluh rombongan untuk setiap korban, (kerana adalah tidak menurut hukum jika mereka merayakannya  secara perseorangan), dan kebanyakan kita adalah dua puluh dalam satu rombongan, menjadikan jumlah korban adalah dua ratus lima puluh enam ribu lima ratus; yang mana setelah diberi kelonggaran tidak lebih dari sepuluh perayaan itu kesemuanya, berjumlah dua juta tujuh ratus ribu dan dua ratus orang. (Wars of the Jews, Bk. VI, IX, 3).

 

Bagaimanapun, hanya satu domba – sembelihan pertama pada jam 3 petang – yang akan disembahkan dihadapan imam besar sebagai korban Hari Paskah.

 

Sekarang kita sudah mendapat idea mengenai makna disebalik rentetan  kejadian pada 14 Nisan, pada waktu dia mati.

 

Adat bagi Hari Paskah juga berbeza-beza. Di Yudea, orang-orang akan bekerja pada 14 Nisan sehingga tengah hari, tetapi di Galilea mereka tidak akan bekerja sama sekali pada 14 Nisan (dipetik dari Schurer History of the Jewish People in the Age of Jesus Christ, Vol. II, p. 14).

 

Larangan untuk bekerja pada Hari Paskah adalah kerana aktiviti yang perlu dilakukan pada 14 Nisan, yang dicatat dalam Ulangan 16:5-7. Di Galilea, iaitu tempat asal Kristus, orang-orang melakukan apa yang dilakukan oleh Kristus dan para rasul pada hari korban Paskah dan pergi ke penempatan sementara dan menyembelih korban Paskah itu. Di Yudea, yang mana semua maksud dan tujuan sangat berbeza seperti yang kita lihat dari hukum-hukum Mishna mengenai isteri dan harta benda (mKet 13:10; mB.B. 3:2; dipetik dari Schurer, ibid), mereka menjadi kendur didalam praktik ini mungkin disebabkan oleh jarak mereka dari Kaabah dan mungkin disebabkan oleh banyaknya kerja mutlak yang diperlukan di Yerusalem untuk korban-korban pada petang itu.

 

Bagaimanapun, Mesiah serta para rasul telah pergi ke penempatan sementara seperti yang diperlukan oleh ordinan ini didalam Ulangan 16:5-7.

 

Anak Domba Allah

Mesiah dikenali sebagai Anak domba Allah.

 

Yohanes 1:29-37  Pada keesokan harinya Yohanes melihat Yesus datang kepadanya dan ia berkata: "Lihatlah Anak domba Allah, yang menghapus dosa dunia.  30 Dialah yang kumaksud ketika kukatakan: Kemudian dari padaku akan datang seorang, yang telah mendahului aku, sebab Dia telah ada sebelum aku.  31 Dan aku sendiripun mula-mula tidak mengenal Dia, tetapi untuk itulah aku datang dan membaptis dengan air, supaya Ia dinyatakan kepada Israel."  32 Dan Yohanes memberi kesaksian, katanya: "Aku telah melihat Roh turun dari langit seperti merpati, dan Ia tinggal di atas-Nya.  33 Dan akupun tidak mengenal-Nya, tetapi Dia, yang mengutus aku untuk membaptis dengan air, telah berfirman kepadaku: Jikalau engkau melihat Roh itu turun ke atas seseorang dan tinggal di atas-Nya, Dialah itu yang akan membaptis dengan Roh Kudus.  34 Dan aku telah melihat-Nya dan memberi kesaksian: Ia inilah Anak Allah."  35 Pada keesokan harinya Yohanes berdiri di situ pula dengan dua orang muridnya.  36 Dan ketika ia melihat Yesus lewat, ia berkata: "Lihatlah Anak domba Allah!"  37 Kedua murid itu mendengar apa yang dikatakannya itu, lalu mereka pergi mengikut Yesus.

 

Disini, Yohanes menyatakan kewujudan awal Yesus. Yohanes pembaptis dilahirkan sebelum Kristus namun disini dia bercakap mengenai Kristus yang telah mendahului dia kerana Kristus telah ada sebelum dia. Ayat ini mengikuti ayat dalam Yohanes 1:18, dimana kita melihat bahawa Mesiah adalah anak tunggal [satu-satunya yang dilahirkan] Allah [monogenes theos], yang berada di pangkuan Bapa, Dia membentangkan [atau mengumumkan] [Dia (ditambah)] (dipetik dari Concordant Literal New Testament dan juga Marshall’s Greek-English Interlinear RSV).

 

Rasul Yohanes juga menyatakan disini bahawa dunia telah dijadikan melalui dia (Yoh 1:10). Sementara firman itu menjadi manusia dan diam di antara kita. Ungkapan ini dikenali didalam Yudea kuno sebagai memra. Statusnya ialah sebagai Anak Domba Allah yang menyingkirkan segala dosa-dosa dunia. Makna anak domba ini berkali-kali tampil didalam upacara korban sebagai persembahan bagi dosa dan kedamaian dan perkara-perkara yang lain.

 

Perubahan dalam pembidasan anak domba didalam nubuatan adalah dari Yesaya 16:1-5. Ayat ini membicarakan mengenai anak domba.

Yesaya 16:1-5  1 Mereka mengirim anak domba kepada pemerintah negeri, dari Sela melalui padang gurun ke gunung puteri Sion. 2 Seperti burung yang lari terbang, dan isi sarang yang diusir, demikianlah anak-anak perempuan Moab di tempat-tempat penyeberangan sungai Arnon.  3 "Berilah nasihat, pertahankanlah hak, jadilah naungan yang teduh di waktu rembang tengah hari; sembunyikanlah orang-orang yang terbuang, janganlah khianati orang-orang pelarian! 4 Biarkanlah orang-orang yang terbuang dari Moab menumpang padamu, jadilah tempat persembunyian baginya terhadap si pembinasa! Apabila penggagahan sudah berakhir, pembinasaan sudah lewat dan orang lalim sudah habis lenyap dari negeri, 5 maka suatu takhta akan ditegakkan dalam kasih setia dan di atasnya, dalam kemah Daud, akan duduk senantiasa seorang hakim yang menegakkan keadilan, dan yang segera melakukan kebenaran."

Alkitab RSV menyebut anak domba tetapi anak domba ufti yang dimaksudkan menurut Alkitab KJV (Companion Bible).

 

Anak domba ufti telah dibaptiskan di sungai Jordan dari seberang Yerikho. Bullinger mengatakan bahawa pemerintah negeri itu ialah Judah. Anak domba itu dikirim seperti yang telah dilakukan oleh Mesa, raja Moab (2 Raja 3:4).

 

Sela dikenali sebagai Petra di Gunung Seir, dekat dengan Gunung Hor (2 Raja 14:7).

 

Ayat ini digunakan untuk menunjukkan bahawa pengikut-pengikut anak domba itu akan tinggal di Moab, yang mana telah disuruh untuk melindungi mereka daripada perosak yang dikenali sebagai Sennacherib. Tetapi Yesaya 14 sebenarnya membicarakan mengenai Pemegang Terang atau Lucifer bagi warga semesta alam yang jatuh. Ayat kelima membicarakan mengenai pembentukan takhta kaabah kebenaran. Ayat ini membicarakan mengenai pengubahan terhadap orang-orang jahil dan anak-anak perempuan Moab menjadi seperti mereka yang dibuang dari sarangnya atau diabaikan didalam pengharungan di Arnon. Tugas disini ialah, untuk menyembunyikan para pengikut Mesiah diantara orang-orang jahil dan akan dihakimi oleh kerana perbuatan ini. Ayat ini membentuk satu dasar pada perumpamaan tentang biri-biri dan kambing dalam Matius 25:31-46.

 

Yesaya meneruskan tinjauan ini didalam bab 53.

Yesaya 53:1-12  Siapakah yang percaya kepada berita yang kami dengar, dan kepada siapakah tangan kekuasaan TUHAN dinyatakan?  2 Sebagai taruk ia tumbuh di hadapan TUHAN dan sebagai tunas dari tanah kering. Ia tidak tampan dan semaraknyapun tidak ada sehingga kita memandang dia, dan rupapun tidak, sehingga kita menginginkannya. 3 Ia dihina dan dihindari orang, seorang yang penuh kesengsaraan dan yang biasa menderita kesakitan; ia sangat dihina, sehingga orang menutup mukanya terhadap dia dan bagi kitapun dia tidak masuk hitungan. 4 Tetapi sesungguhnya, penyakit kitalah yang ditanggungnya, dan kesengsaraan kita yang dipikulnya, padahal kita mengira dia kena tulah, dipukul dan ditindas Allah.  5 Tetapi dia tertikam oleh karena pemberontakan kita, dia diremukkan oleh karena kejahatan kita; ganjaran yang mendatangkan keselamatan bagi kita ditimpakan kepadanya, dan oleh bilur-bilurnya kita menjadi sembuh. 6 Kita sekalian sesat seperti domba, masing-masing kita mengambil jalannya sendiri, tetapi TUHAN telah menimpakan kepadanya kejahatan kita sekalian.  7 Dia dianiaya, tetapi dia membiarkan diri ditindas dan tidak membuka mulutnya seperti anak domba yang dibawa ke pembantaian; seperti induk domba yang kelu di depan orang-orang yang menggunting bulunya, ia tidak membuka mulutnya. 8 Sesudah penahanan dan penghukuman ia terambil, dan tentang nasibnya siapakah yang memikirkannya? Sungguh, ia terputus dari negeri orang-orang hidup, dan karena pemberontakan umat-Ku ia kena tulah. 9 Orang menempatkan kuburnya di antara orang-orang fasik, dan dalam matinya ia ada di antara penjahat-penjahat, sekalipun ia tidak berbuat kekerasan dan tipu tidak ada dalam mulutnya. 10 Tetapi TUHAN berkehendak meremukkan dia dengan kesakitan. Apabila ia menyerahkan dirinya sebagai korban penebus salah, ia akan melihat keturunannya, umurnya akan lanjut, dan kehendak TUHAN akan terlaksana olehnya. 11 Sesudah kesusahan jiwanya ia akan melihat terang dan menjadi puas; dan hamba-Ku itu, sebagai orang yang benar, akan membenarkan banyak orang oleh hikmatnya, dan kejahatan mereka dia pikul. 12 Sebab itu Aku akan membagikan kepadanya orang-orang besar sebagai rampasan, dan ia akan memperoleh orang-orang kuat sebagai jarahan, yaitu sebagai ganti karena ia telah menyerahkan nyawanya ke dalam maut dan karena ia terhitung di antara pemberontak-pemberontak, sekalipun ia menanggung dosa banyak orang dan berdoa untuk pemberontak-pemberontak.

 

Orang dalam kedukaan ini telah mengalami luka disebabkan oleh pelanggaran kita. Seperti biri-biri, kita telah tersesat dan Tuhan meletakkan beban ketidakbenaran kita semua keatas dia. Ayat ini menunjukkan kepada kita mengapa beberapa perkara itu terjadi seperti yang telah berlaku pada malam pengadilan Mesiah. Dia mendiamkan. Dia dibawa sebagai anak domba kepada penyembelih dan, sebagai biri-biri dihadapan tukang gunting buluh, ini adalah bodoh, namun dia mendiamkan diri. Justru, dia harus dipenjarakan dan diadili dan kemudiannya dianiaya menurut nubuatan, dimana tulisan Alkitab tidak boleh berubah (diulang dalam Kisah 8:32-33 dipetik dari Yoh 1:36).

 

Istilah menempatkan kuburnya diantara orang-orang fasik sebenarnya adalah nathan sebagai ditetapkan dan memegang pengertian ini pada penggunaannya. Justru, kubur itu telah ditetapkan untuk bersama orang-orang berdosa dan orang-orang kaya seperti yang kita lihat selepas penyaliban.

 

Ayat kelima tertikam oleh kerana pemberontakan kita, sebenarnya adalah tusukan tombak pada rusuknya. Dia mengalami luka memar kerana ketidakbenaran kita dan penghukuman terhadap ketenteraman kita diletakkan keatasnya. Kita disembuhkan oleh sebatan yang dialaminya. Ayat akhir ini diulang didalam 1Petrus 2:24.

 

Persoalaan mengenai penghukuman terhadap ketenteraman kita sangat menarik.

 

Keseluruhan persoalan didalam Yesaya 53:1-9 dihubungkaitkan oleh rabbinical Judaism yang menjadi hambah buangan Isreal, yang mana dilihat oleh orang-orang Babilon atau wakil-wakil mereka, yang telah mengetahui tentang penghinaan hambah itu serta kesyahidannya dan sekarang melihat kepada pembuangannya sebagai martabat baru, menerangkan kesan pengaruh dan perasaan mereka (dipetik dari Soncino quoting Ibn Kaspi).

 

Ini sebenarnya satu penerangan yang benar, dimana Mesiah adalah buangan Israel dan Israel adalah tubuh Yesus Kristus. Fakta yang mudah ini tidak difahami oleh rabbinical Judaism walaupun mereka boleh melihat bahawa hambah itu telah dibebankan serta menderita diatas pelanggaran-pelanggaran orang lain. Mereka percaya bahawa hambah itu menderita supaya mereka berada didalam keadaan yang baik (dipetik dari Soncino v. 5): supaya kita memperolehi kehidupan yang baik, dia telah dihukum kerana kesalahan kita (Soncino; Rashi; Kimchi). Mereka cuba menyatakan bahawa Yudea yang berada dalam tawanan orang-orang Babilon adalah Israel, yang mana adalah hambah Allah, walaupun ianya jelas merujuk kepada hambah Allah didalam peranannya menebus dosa. sebaliknya Allah telah menghukum Yudea diatas pelanggarannya, menggunakan orang-orang Babilon sebagai alatNya. Mereka bukannya tidak bersalah.

 

Yesaya 53:4-6 difahami secara rabbinical sebagai pengakuan bahawa hambah itu menderita bukan disebabkan oleh dosa-dosanya yang tersembunyi. Sekarang ianya jelas menyatakan bahawa dia telah menjadi mangsa yang menanggung hukuman yang mengerikan iaitu kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh orang lain (dipetik dari Soncino n. 4-6).

 

Rashi dan Kimchi percaya bahawa istilah penyakit kita didalam ayat keempat adalah penyakit yang telah membebankan kita dan bahawa istilah ditanggung bererti dia dipanggil bagi menguatkan mereka (dipetik dari Soncino).

 

Mereka memahami bahawa orang-orang akan tersesat seperti biri-biri dan mengabaikan kepimpinan Allah, disebabkan oleh agama mereka yang salah (Soncino fn. To v. 6; dan Arbarbanel).

 

Pemahaman bahawa orang-orang jahil sewaktu sistem Babilon akan selamat melalui menderitaan Mesiah, yang sebenarnya adalah Israel bagi Allah, juga merupakan tema umum bagi Alkitab, khususnya bagi buku Wahyu.

 

Keseluruhannya hal ini harus dibincangkan secara terperinci dibawah tulisan Doktrin kepada Asal-usul Dosa dan Masalah Kejahatan yang akan mengikuti tulisan ini.

 

Pengadilan Terhadap Mesiah

Mesiah telah ditangkap sewaktu perencanaan keimamatan, dan Sanhedrin (mahkamah tinggi dalam Yerusalem kuno) telah digunakan didalam pengadilan ini sebab ianya memerlukan paling sedikit 23 anggota yang hadir dalam pendakwaan pusat.

 

Yesus telah dibawa ke hadapan Hanas bagi persiapan pendengaran pertama untuk mengumpul bukti dan tuduhan asas bagi pengerahan Sanhedrin. Ini sememangnya sudah diputuskan tetapi ianya diperlukan untuk proses perundangan mereka, ianya juga digunakan terhadap kita.

 

Yohanes 18:12-14 Maka pasukan prajurit serta perwiranya dan penjaga-penjaga yang disuruh orang Yahudi itu menangkap Yesus dan membelenggu Dia.  13 Lalu mereka membawa-Nya mula-mula kepada Hanas, karena Hanas adalah mertua Kayafas, yang pada tahun itu menjadi Imam Besar; 14 dan Kayafaslah yang telah menasihatkan orang-orang Yahudi: "Adalah lebih berguna jika satu orang mati untuk seluruh bangsa."

 

Semua butiran terperinci mengenai keimamatan serta tarikh dan waktunya boleh dilihat dalam tulisan Penyesuaian waktu Penyaliban dan Kebangkitan [159] dan Golgota: Tempat Tenggorak [217] dan tulisan-tulisan lain mengenai Hari Paskah. Perhubungan ini terdiri dari imam besar dan penolong kepada imam besar walaupun fahaman Judaisma cuba untuk menukar penggunaan perhubungan Nasi beberapa lama kemudian.

 

Bullinger mempunyai pendapat bahawa Hanas dipecat pada 779 A.U.C., tahun dimana penginjilan Mesiah bermula. Tiga orang lagi dipecat dan diangkat dihadapan Kayafas dan dilantik oleh Valerius Gratus. Bullinger berpendapat bahawa Hanas lebih berpengalaman didalam undang-undang untuk merumuskan dakwaan terhadap dia. Ini menjadi kenyataan sewaktu persediaan pendengaran yang pertama. Schurer percaya bahawa Kayafas dilantik oleh Valerius Gratus (15-26 CE) dalam circa 18 CE dan dia memerintah dari 18-36 CE. Sethi anak Ananaus telah dilantik oleh Quirinius (6 CE) dan memerintah dari 6-15 CE. Tiga imam besar perantara ini dirujuk oleh Bulinnger, tanpa keraguan sebagai Ismael anak Phiabi (c. 15-16 CE); Eleazar anak Ananus (c. 16-17 CE) dan Simon anak Camithus (c. 17-18 CE) yang kesemuanya dilantik oleh Gratus (dipetik dari Josephus Antiquities of the Jews, Bk. XVIII. II. 2; dipetik dari Schurer, Vol. II, ms. 216,230). Schurer berhadapan dengan persoalan mengenai Nasi dan Ab-beth-din dan percaya bahawa ianya tidak terjadi sehingga pada masa kemudian. Dia percaya bahawa istilah Nasi merujuk kepada ketua negeri sehingga kepada penyusunan Mishnah. Mungkin ianya baik bahawa istilah itu dengan sengaja tidak dihubungkan dengan keluarga Herodes dan  dianugerahkan kepada imam besar sebab negeri itu telah dibahagikan,dari catatan Mishnah. Yudea dan Galilea telah dianggap sebagai negeri yang terpisah seperti yang kita lihat diatas.

 

Aktiviti didalam Yohanes berada didalam  dakwaan pusat dan tatacara Sanhedrin adalah untuk bersikap adil dengan undang-undang.

 

Satu daripada murid itu mengikuti Mesiah ke dalam istana imam besar.

 

Yohanes 18:15-18 Simon Petrus dan seorang murid lain mengikuti Yesus. Murid itu mengenal Imam Besar dan ia masuk bersama-sama dengan Yesus ke halaman istana Imam Besar,  16 tetapi Petrus tinggal di luar dekat pintu. Maka murid lain tadi, yang mengenal Imam Besar, kembali ke luar, bercakap-cakap dengan perempuan penjaga pintu lalu membawa Petrus masuk.  17 Maka kata hamba perempuan penjaga pintu kepada Petrus: "Bukankah engkau juga murid orang itu?" Jawab Petrus: "Bukan!"  18 Sementara itu hamba-hamba dan penjaga-penjaga Bait Allah telah memasang api arang, sebab hawa dingin waktu itu, dan mereka berdiri berdiang di situ. Juga Petrus berdiri berdiang bersama-sama dengan mereka.

 

Dia membawa Petrus masuk ke dalam istana dan perempuan penjaga pintu itu menuduh bahawa dia adalah seorang daripada murid Kristus (penjaga pintu perempuan tidaklah diluar kebiasaan; dipetik dari 2 Sam 4:6 LXX; Kisah 12:13). Lalu ini diikuti oleh penyangkalan Petrus yang pertama. Murid yang lain tidak menghadapi tentangan tetapi tampak dan telah dikenali sebab perkataan itu juga telah digunakan terhadap Petrus. ini tidak mungkin ditujukan kepada Yohanes sebab dia selalu disebut seorang murid yang dicintai Yesus (Yoh 12:23; 19:26; 21:7,20). Murid itu mungkin Nikodemus atau Yusuf orang Arimetia, kedua-duanya adalah ahli Sanhedrin (dipetik dari Bullinger Companion Bible, n. to v. 15).

 

Istilah didalam ayat ke-18 menunjukkan maksud literal sebagai hambah-hambah serta penolong-penolong kepada hambah-hambah dan pegawai-pegawai. Tentera-tentera Chiliarch dan Roma telah kembali untuk membentengkan Antonia, meninggalkan Mesiah diatas tangan orang-orang Yahudi.

 

Untuk menggenapi Yesaya 53, kita sekarang akan melihat penderitaan serta penghinaan yang mula membebankan.

 

Yohanes 18:19-24 Maka mulailah Imam Besar menanyai Yesus tentang murid-murid-Nya dan tentang ajaran-Nya.  20 Jawab Yesus kepadanya: "Aku berbicara terus terang kepada dunia: Aku selalu mengajar di rumah-rumah ibadat dan di Bait Allah, tempat semua orang Yahudi berkumpul; Aku tidak pernah berbicara sembunyi-sembunyi.  21 Mengapakah engkau menanyai Aku? Tanyailah mereka, yang telah mendengar apa yang Kukatakan kepada mereka; sungguh, mereka tahu apa yang telah Kukatakan."  22 Ketika Ia mengatakan hal itu, seorang penjaga yang berdiri di situ, menampar muka-Nya sambil berkata: "Begitukah jawab-Mu kepada Imam Besar?"  23 Jawab Yesus kepadanya: "Jikalau kata-Ku itu salah, tunjukkanlah salahnya, tetapi jikalau kata-Ku itu benar, mengapakah engkau menampar Aku?"  24 Maka Hanas mengirim Dia terbelenggu kepada Kayafas, Imam Besar itu.

 

Ada tertulis bahawa jangan mencaci terhadap elohim atau mengutuk (mengatakan perkara jahat) terhadap pemerintah bangsamu (dipetik dari Kel 22:28; Peng 10:20; Kisah 23:5; 2 Pet 2:10; Yud 8 dan juga Yak 4:3 – Gk: kakos sebagai keliru dengan maksud kejahatan) dan justru, imam besar tidak boleh dianggap jahat. Bagaimanapun, Kristus menyangkal dakwaan yang mengatakan dia telah melanggar hukum. Dia menyangkal dirinya dari diperhubungkan dengan dosa sebab dia tidak pernah berdosa.

 

Nubuatan menyatakan bahawa dia mendiamkan diri atau dia seperti seorang bodoh sebagai biri-biri dihadapan tukang gunting buluh dan ini telah digenapi didalam sikapnya dihadapan Pilatus. Justru, dia tidak mempertahankan dirinya namun dia telah memberikan beberapa jawapan yang jelas. Adakah ini satu konflik? Tidak. Jawapan yang telah dia berikan, yang pada efeknya melucutkan dakwaan melanggar hukum, berkesan  dalam memberi satu teladan sifat dihadapan penguasa. Keadaan pasti bertambah buruk sekiranya dia tidak menjawab langsung. Teladan dalam sejarah telah merosakkan susunan sosial diantara golongan-golongan Kristian dihadapan proses perundangan. Injil harus menjadi teladan menurut hukum Alkitabia.

 

Hanas telah mengalami gerak-geri dalam penyediaan dakwaan dan menyalahkan dia dihadapan Sanhedrin dan menyerahkan dia kepada imam besar yang sebenarnya, iaitu Yusuf Kayafas.

 

Sekali lagi Petrus telah diuji.

 

Yohanes 18:25-27 Simon Petrus masih berdiri berdiang. Kata orang-orang di situ kepadanya: "Bukankah engkau juga seorang murid-Nya?"  26 Ia menyangkalnya, katanya: "Bukan." Kata seorang hamba Imam Besar, seorang keluarga dari hamba yang telinganya dipotong Petrus: "Bukankah engkau kulihat di taman itu bersama-sama dengan Dia?" 27 Maka Petrus menyangkalnya pula dan ketika itu berkokoklah ayam.

 

Disini, kita melihat Petrus diuji oleh satu pertalian, menyangkal Yesus seperti yang dia telah beritahu Petrus sebelum itu, dan kemudiannya ayam berkokok untuk menandakan ujian itu tamat. Semua kita harus mendapat pengajaran dari cerita ini, melihat kepada pengadilan terhadap Jemaat dan saudara-saudara kita serta sokongannya atau kita akan jatuh diantara kita.

 

Semasa waktu pengadilan ini, kita melihat butir terperincinya diabaikan didalam injil Yohanes diantara tindakan didalam Yohanes 18:27 dan kesenambungan cerita itu didalam ayat 28. Cerita selingan ini terdapat didalam Matius 26:58 to 27:2.

Matius 26:58-75 Dan Petrus mengikuti Dia dari jauh sampai ke halaman Imam Besar, dan setelah masuk ke dalam, ia duduk di antara pengawal-pengawal untuk melihat kesudahan perkara itu.  59 Imam-imam kepala, malah seluruh Mahkamah Agama mencari kesaksian palsu terhadap Yesus, supaya Ia dapat dihukum mati, 60 tetapi mereka tidak memperolehnya, walaupun tampil banyak saksi dusta. Tetapi akhirnya tampillah dua orang,  61 yang mengatakan: "Orang ini berkata: Aku dapat merubuhkan Bait Allah dan membangunnya kembali dalam tiga hari."  62 Lalu Imam Besar itu berdiri dan berkata kepada-Nya: "Tidakkah Engkau memberi jawab atas tuduhan-tuduhan saksi-saksi ini terhadap Engkau?"  63 Tetapi Yesus tetap diam. Lalu kata Imam Besar itu kepada-Nya: "Demi Allah yang hidup, katakanlah kepada kami, apakah Engkau Mesias, Anak Allah, atau tidak."  64 Jawab Yesus: "Engkau telah mengatakannya. Akan tetapi, Aku berkata kepadamu, mulai sekarang kamu akan melihat Anak Manusia duduk di sebelah kanan Yang Mahakuasa dan datang di atas awan-awan di langit."  65 Maka Imam Besar itu mengoyakkan pakaiannya dan berkata: "Ia menghujat Allah. Untuk apa kita perlu saksi lagi? Sekarang telah kamu dengar hujat-Nya.  66 Bagaimana pendapat kamu?" Mereka menjawab dan berkata: "Ia harus dihukum mati!"  67 Lalu mereka meludahi muka-Nya dan meninju-Nya; orang-orang lain memukul Dia, 68 dan berkata: "Cobalah katakan kepada kami, hai Mesias, siapakah yang memukul Engkau?"  69 Sementara itu Petrus duduk di luar di halaman. Maka datanglah seorang hamba perempuan kepadanya, katanya: "Engkau juga selalu bersama-sama dengan Yesus, orang Galilea itu."  70 Tetapi ia menyangkalnya di depan semua orang, katanya: "Aku tidak tahu, apa yang engkau maksud."  71 Ketika ia pergi ke pintu gerbang, seorang hamba lain melihat dia dan berkata kepada orang-orang yang ada di situ: "Orang ini bersama-sama dengan Yesus, orang Nazaret itu."  72 Dan ia menyangkalnya pula dengan bersumpah: "Aku tidak kenal orang itu." 73 Tidak lama kemudian orang-orang yang ada di situ datang kepada Petrus dan berkata: "Pasti engkau juga salah seorang dari mereka, itu nyata dari bahasamu." 74 Maka mulailah Petrus mengutuk dan bersumpah: "Aku tidak kenal orang itu." Dan pada saat itu berkokoklah ayam. 75 Maka teringatlah Petrus akan apa yang dikatakan Yesus kepadanya: "Sebelum ayam berkokok, engkau telah menyangkal Aku tiga kali." Lalu ia pergi ke luar dan menangis dengan sedihnya.

 

Justru itu, daripada pengadilan ini dan kesudahan daripada ujian Petrus, kita melihat peristiwa didalam Matius 27:1-2 yang diulang dalam Yohanes 18:28.

 

Matius 27:1-2 Ketika hari mulai siang, semua imam kepala dan tua-tua bangsa Yahudi berkumpul dan mengambil keputusan untuk membunuh Yesus. 2 Mereka membelenggu Dia, lalu membawa-Nya dan menyerahkan-Nya kepada Pilatus, wali negeri itu.

 

Yohanes menunjukkan kepada kita bahawa mereka tidak mahu dinajiskan melalui persentuhan dengan orang-orang jahil kerana orang-orang Farisi telah membenarkan tradisi mereka untuk memusnahkan pemahaman tentang hukum.

 

Yohanes 18:28-40 Maka mereka membawa Yesus dari Kayafas ke gedung pengadilan. Ketika itu hari masih pagi. Mereka sendiri tidak masuk ke gedung pengadilan itu, supaya jangan menajiskan diri, sebab mereka hendak makan Paskah.  29 Sebab itu Pilatus keluar mendapatkan mereka dan berkata: "Apakah tuduhan kamu terhadap orang ini?"  30 Jawab mereka kepadanya: "Jikalau Ia bukan seorang penjahat, kami tidak menyerahkan-Nya kepadamu!"  31 Kata Pilatus kepada mereka: "Ambillah Dia dan hakimilah Dia menurut hukum Tauratmu." Kata orang-orang Yahudi itu: "Kami tidak diperbolehkan membunuh seseorang."  32 Demikian hendaknya supaya genaplah firman Yesus, yang dikatakan-Nya untuk menyatakan bagaimana caranya Ia akan mati.  33 Maka kembalilah Pilatus ke dalam gedung pengadilan, lalu memanggil Yesus dan bertanya kepada-Nya: "Engkau inikah raja orang Yahudi?"  34 Jawab Yesus: "Apakah engkau katakan hal itu dari hatimu sendiri, atau adakah orang lain yang mengatakannya kepadamu tentang Aku?"  35 Kata Pilatus: "Apakah aku seorang Yahudi? Bangsa-Mu sendiri dan imam-imam kepala yang telah menyerahkan Engkau kepadaku; apakah yang telah Engkau perbuat?"  36 Jawab Yesus: "Kerajaan-Ku bukan dari dunia ini; jika Kerajaan-Ku dari dunia ini, pasti hamba-hamba-Ku telah melawan, supaya Aku jangan diserahkan kepada orang Yahudi, akan tetapi Kerajaan-Ku bukan dari sini."  37 Maka kata Pilatus kepada-Nya: "Jadi Engkau adalah raja?" Jawab Yesus: "Engkau mengatakan, bahwa Aku adalah raja. Untuk itulah Aku lahir dan untuk itulah Aku datang ke dalam dunia ini, supaya Aku memberi kesaksian tentang kebenaran; setiap orang yang berasal dari kebenaran mendengarkan suara-Ku."  38 Kata Pilatus kepada-Nya: "Apakah kebenaran itu?" (18-38b) Sesudah mengatakan demikian, keluarlah Pilatus lagi mendapatkan orang-orang Yahudi dan berkata kepada mereka: "Aku tidak mendapati kesalahan apapun pada-Nya.  39 Tetapi pada kamu ada kebiasaan, bahwa pada Paskah aku membebaskan seorang bagimu. Maukah kamu, supaya aku membebaskan raja orang Yahudi bagimu?"  40 Mereka berteriak pula: "Jangan Dia, melainkan Barabas!" Barabas adalah seorang penyamun.

 

Bahagian ini adalah satu daripada perumpamaan yang paling kuat didalam Alkitab. Disini, menurut Alkitab, kita melihat Mesiah sebagai raja yang telah dicubai oleh dosa-dosa manusia dan telah dicubai oleh ketua orang-orang jahil, telah dihukum secara tidak adil serta dibunuh oleh Yudea dan Sanhedrin yang berfungsi sebagai wakil orang-orang Farisi dan golongan pemerintah. Mereka semua akan dihakimi.

 

Ada tertulis, anda tidak harus menerima pengantin itu dan memutarbalikkan pengadilan.

 

Keluaran 23:1-9 "Janganlah engkau menyebarkan kabar bohong; janganlah engkau membantu orang yang bersalah dengan menjadi saksi yang tidak benar.  2 Janganlah engkau turut-turut kebanyakan orang melakukan kejahatan, dan dalam memberikan kesaksian mengenai sesuatu perkara janganlah engkau turut-turut kebanyakan orang membelokkan hukum.  3 Juga janganlah memihak kepada orang miskin dalam perkaranya.4 Apabila engkau melihat lembu musuhmu atau keledainya yang sesat, maka segeralah kaukembalikan binatang itu.  5 Apabila engkau melihat rebah keledai musuhmu karena berat bebannya, maka janganlah engkau enggan menolongnya. Haruslah engkau rela menolong dia dengan membongkar muatan keledainya.  6 Janganlah engkau memperkosa hak orang miskin di antaramu dalam perkaranya.  7 Haruslah kaujauhkan dirimu dari perkara dusta. Orang yang tidak bersalah dan orang yang benar tidak boleh kaubunuh, sebab Aku tidak akan membenarkan orang yang bersalah.  8 Suap janganlah kauterima, sebab suap membuat buta mata orang-orang yang melihat dan memutarbalikkan perkara orang-orang yang benar.  9 Orang asing janganlah kamu tekan, karena kamu sendiri telah mengenal keadaan jiwa orang asing, sebab kamupun dahulu adalah orang asing di tanah Mesir.

 

Hukuman untuk memutarbalikkan keadilan adalah penyingkiran dari pengadilan dan itulah hukuman kepada Sanhedrin. Pengadilan akan disingkir dari mereka dan diberikan kepada Jemaat. Ianya juga diambil dan diberikan kepada bangsa yang menunjukkan buah-buahnya, seperti yang dikatakan oleh Kristus kemudiannya, siapakah bangsa yang muncul sebagai orang Israel selain dari Yudea.

 

Imamat 18: 15-16  Janganlah kamu berbuat curang dalam peradilan; janganlah engkau membela orang kecil dengan tidak sewajarnya dan janganlah engkau terpengaruh oleh orang-orang besar, tetapi engkau harus mengadili orang sesamamu dengan kebenaran. 16 Janganlah engkau pergi kian ke mari menyebarkan fitnah di antara orang-orang sebangsamu; janganlah engkau mengancam hidup sesamamu manusia; Akulah TUHAN.

 

Pengadilan akan dibentangkan secara adil.

 

Ulangan 16:18-20 "Hakim-hakim dan petugas-petugas haruslah kauangkat di segala tempat yang diberikan TUHAN, Allahmu, kepadamu, menurut suku-sukumu; mereka harus menghakimi bangsa itu dengan pengadilan yang adil. 19 Janganlah memutarbalikkan keadilan, janganlah memandang bulu dan janganlah menerima suap, sebab suap membuat buta mata orang-orang bijaksana dan memutarbalikkan perkataan orang-orang yang benar.  20 Semata-mata keadilan, itulah yang harus kaukejar, supaya engkau hidup dan memiliki negeri yang diberikan kepadamu oleh TUHAN, Allahmu."

 

Ianya menjadi hak istimewa Sanhedrin dan keimamatan untuk mengadili Mesiah. Tetapi pengadilan itu harus adil atau penawanan akan terjadi.

 

Ulangan 17:8-13 "Apabila sesuatu perkara terlalu sukar bagimu untuk diputuskan, misalnya bunuh-membunuh, tuntut-menuntut, atau luka-melukai--perkara pendakwaan di dalam tempatmu--maka haruslah engkau pergi menghadap ke tempat yang akan dipilih TUHAN, Allahmu;  9 haruslah engkau pergi kepada imam-imam orang Lewi dan kepada hakim yang ada pada waktu itu, dan meminta putusan. Mereka akan memberitahukan kepadamu keputusan hakim.  10 Dan engkau harus berbuat menurut keputusan yang diberitahukan mereka kepadamu dari tempat yang akan dipilih TUHAN; engkau harus melakukan dengan setia segala yang ditunjukkan mereka kepadamu.  11 Menurut petunjuk yang diberikan mereka kepadamu dan menurut keputusan yang dikatakan mereka kepadamu haruslah engkau berbuat; janganlah engkau menyimpang ke kanan atau ke kiri dari keputusan yang diberitahukan mereka kepadamu.  12 Orang yang berlaku terlalu berani dengan tidak mendengarkan perkataan imam yang berdiri di sana sebagai pelayan TUHAN, Allahmu, ataupun perkataan hakim, maka orang itu harus mati. Demikianlah harus kauhapuskan yang jahat itu dari antara orang Israel.  13 Maka seluruh bangsa itu akan mendengar dan menjadi takut dan tidak lagi berlaku terlalu berani."

 

Mereka diperintahkan oleh Allah dibawah hukum untuk menunjukkan hukuman pengadilan yang adil tetapi mereka tidak melakukannya.

 

Mereka menyerahkan pengadilan ke dalam tangan orang-orang jahil dan Pilatus. Mereka menyerahkan dia kepada Pilatus di gedung pengadilan (dipetik dari Mar 15:16), yang merupakan istana Herodes seperti yang kita lihat didalam Lukas 23:7.

 

Mereka memberitahu Pilatus bahawa jika dia bukan seorang penjenayah, mereka pasti tidak menyerahkannya kepada Pilatus (Yoh 18:30). Apabila ditanya sama ada dia adalah seorang raja, dia menjawab:

Untuk itulah aku lahir dan untuk itulah aku aku datang ke dalam dunia ini, supaya aku memberi kesaksian tentang kebenaran; setiap orang yang berasal dari kebenaran mendengarkan suaraku.

 

Pilatus seorang yang berpendidikan dan mahir dalam perbicaraan, bertanya Apakah kebenaran itu? Sebabnya ialah dia masih belum berada didalam kebenaran itu. Anda harus dipanggil oleh Allah untuk memahaminya. Pilatus kemudiannya pergi kepada orang-orang Yahudi dan mengatakan: Saya tidak mendapati kesalahan apa pun padanya.

 

Mereka telah diberi peluang untuk menarik balik pengadilan yang tidak jujur itu dari mulut orang-orang jahil, yang mereka anggap tidak layak untuk masuk ke dalam kaabah mereka.

 

Pilatus memberi mereka peluang untuk membebaskan Kristus dan menyuruh mereka membuat pilihan, namun satu penggantian yang terbesar dalam sejarah terjadi.

 

Mereka berteriak bukan dia melainkan Barabas, yang merupakan seorang penyamun. Bar Abbas bererti anak kepada bapa.

 

Pelambangan disini ialah, bahawa Kristus mati demi untuk membebaskan kita sebagai anak kepada Bapa.

 

Sebelum proses itu, telah dilakukan segala kecekapana yang mana menjadikan Roma masyur, Pilatus cuba untuk memujuk mereka sekali lagi.

 

Yohanes 19:1-7  Lalu Pilatus mengambil Yesus dan menyuruh orang menyesah Dia.  2 Prajurit-prajurit menganyam sebuah mahkota duri dan menaruhnya di atas kepala-Nya. Mereka memakaikan Dia jubah ungu,  3 dan sambil maju ke depan mereka berkata: "Salam, hai raja orang Yahudi!" Lalu mereka menampar muka-Nya.  4 Pilatus keluar lagi dan berkata kepada mereka: "Lihatlah, aku membawa Dia ke luar kepada kamu, supaya kamu tahu, bahwa aku tidak mendapati kesalahan apapun pada-Nya."  5 Lalu Yesus keluar, bermahkota duri dan berjubah ungu. Maka kata Pilatus kepada mereka: "Lihatlah manusia itu!"  6 Ketika imam-imam kepala dan penjaga-penjaga itu melihat Dia, berteriaklah mereka: "Salibkan Dia, salibkan Dia!" Kata Pilatus kepada mereka: "Ambil Dia dan salibkan Dia; sebab aku tidak mendapati kesalahan apapun pada-Nya."  7 Jawab orang-orang Yahudi itu kepadanya: "Kami mempunyai hukum dan menurut hukum itu Ia harus mati, sebab Ia menganggap diri-Nya sebagai Anak Allah."

 

Mereka tidak mendengar dan mengatakan dia menganggap dirinya sebagai anak Allah. Pilatus kemudiannya sedar bahawa dia berhadapan dengan masalah perselisihan agama dimana orang ini bukan sahaja tidak bersalah tetapi mungkin juga adalah tuhan. Sebab orang-orang Roma dan Greeka juga sama seperti orang-orang Asiatik dimana percaya bahawa elohim atau theoi mempunyai kuasa untuk diam didalam manusia dan muncul sebagai manusia sebagai keturunan ilahi. Inilah dakwaan yang dijatuhkan oleh Sanhedrin untuk menghukum dia, seperti yang kita lihat didalam Matius 26:65-66 (dipetik dari Im 24:16).

 

Penghujatan ini telah menuduh terhadap nama Allah namun dia menganggap dirinya sebagai anak Allah dan ini dibawa ke Maleakhi sebagai pernyataan yang benar: Bukankah kita sekalian mempunyai satu Bapa? Bukankah satu Allah menciptakan kita?

Maleakhi 2:10 Bukankah kita sekalian mempunyai satu bapa? Bukankah satu Allah menciptakan kita? Lalu mengapa kita berkhianat satu sama lain dan dengan demikian menajiskan perjanjian nenek moyang kita?

 

Kristus telah membela dirinya sebelum dakwaan itu dijatuhkan.

 

Yohanes 10:33-38 Jawab orang-orang Yahudi itu: "Bukan karena suatu pekerjaan baik maka kami mau melempari Engkau, melainkan karena Engkau menghujat Allah dan karena Engkau, sekalipun hanya seorang manusia saja, menyamakan diri-Mu dengan Allah."  34 Kata Yesus kepada mereka: "Tidakkah ada tertulis dalam kitab Taurat kamu: Aku telah berfirman: Kamu adalah allah? 35 Jikalau mereka, kepada siapa firman itu disampaikan, disebut allah--sedang Kitab Suci tidak dapat dibatalkan--, 36 masihkah kamu berkata kepada Dia yang dikuduskan oleh Bapa dan yang telah diutus-Nya ke dalam dunia: Engkau menghujat Allah! Karena Aku telah berkata: Aku Anak Allah?  37 Jikalau Aku tidak melakukan pekerjaan-pekerjaan Bapa-Ku, janganlah percaya kepada-Ku, 38 tetapi jikalau Aku melakukannya dan kamu tidak mau percaya kepada-Ku, percayalah akan pekerjaan-pekerjaan itu, supaya kamu boleh mengetahui dan mengerti, bahwa Bapa di dalam Aku dan Aku di dalam Bapa."

 

Dakwaan ini tidak berasas dan berakar dari kebebalan Yahudi mengenai hukum dan rencana Allah. Dengan cara yang sama, dakwaan kejahatan akan dibawa kepada umat-umat pilihan pada hari ini oleh aliran-aliran Kekristianan dan mereka bersekongkol untuk membunuh mereka sepanjang abad seperti yang mereka lakukan terhadap Mesiah sebelum umat-umat pilihan.

 

Pilatus sekali lagi cuba untuk membebaskan dia dengan perkataan-perkataan ini.

 

Yohanes 19:8-11 Ketika Pilatus mendengar perkataan itu bertambah takutlah ia, 9 lalu ia masuk pula ke dalam gedung pengadilan dan berkata kepada Yesus: "Dari manakah asal-Mu?" Tetapi Yesus tidak memberi jawab kepadanya.  10 Maka kata Pilatus kepada-Nya: "Tidakkah Engkau mau bicara dengan aku? Tidakkah Engkau tahu, bahwa aku berkuasa untuk membebaskan Engkau, dan berkuasa juga untuk menyalibkan Engkau?"  11 Yesus menjawab: "Engkau tidak mempunyai kuasa apapun terhadap Aku, jikalau kuasa itu tidak diberikan kepadamu dari atas. Sebab itu: dia, yang menyerahkan Aku kepadamu, lebih besar dosanya."

 

Kuasa yang diberikan kepada Pilatus adalah pemberian Allah. Justru, semua pemerintahan adalah ditetapkan oleh Allah menerusi umat-umat pilihan. Siapa sahaja yang menuduh dengan tidak benar atau mengadili kita dibawah tuduhan yang salah atau pengadilan yang tidak benar adalah bersalah didalam dosa yang lebih besar.

 

Pilatus cuba untuk membebaskan Mesiah tetapi orang-orang Yahudi tidak mengendahkannya. Sekiranya dia benar, mereka akan disalahkan oleh hukum yang telah mereka diselewengkan.

 

Yohanes 19:12-16 Sejak itu Pilatus berusaha untuk membebaskan Dia, tetapi orang-orang Yahudi berteriak: "Jikalau engkau membebaskan Dia, engkau bukanlah sahabat Kaisar. Setiap orang yang menganggap dirinya sebagai raja, ia melawan Kaisar."  13 Ketika Pilatus mendengar perkataan itu, ia menyuruh membawa Yesus ke luar, dan ia duduk di kursi pengadilan, di tempat yang bernama Litostrotos, dalam bahasa Ibrani Gabata.  14 Hari itu ialah hari persiapan Paskah, kira-kira jam dua belas. Kata Pilatus kepada orang-orang Yahudi itu: "Inilah rajamu!"  15 Maka berteriaklah mereka: "Enyahkan Dia! Enyahkan Dia! Salibkan Dia!" Kata Pilatus kepada mereka: "Haruskah aku menyalibkan rajamu?" Jawab imam-imam kepala: "Kami tidak mempunyai raja selain dari pada Kaisar!"  16 Akhirnya Pilatus menyerahkan Yesus kepada mereka untuk disalibkan.

 

Pernyataan mengenai penyaliban didalam Yohanes sangat dikenali.

 

Yohanes 19:17-22 Sambil memikul salib-Nya Ia pergi ke luar ke tempat yang bernama Tempat Tengkorak, dalam bahasa Ibrani: Golgota.  18 Dan di situ Ia disalibkan mereka dan bersama-sama dengan Dia disalibkan juga dua orang lain, sebelah-menyebelah, Yesus di tengah-tengah.  19 Dan Pilatus menyuruh memasang juga tulisan di atas kayu salib itu, bunyinya: "Yesus, orang Nazaret, Raja orang Yahudi."  20 Banyak orang Yahudi yang membaca tulisan itu, sebab tempat di mana Yesus disalibkan letaknya dekat kota dan kata-kata itu tertulis dalam bahasa Ibrani, bahasa Latin dan bahasa Yunani.  21 Maka kata imam-imam kepala orang Yahudi kepada Pilatus: "Jangan engkau menulis: Raja orang Yahudi, tetapi bahwa Ia mengatakan: Aku adalah Raja orang Yahudi."  22 Jawab Pilatus: "Apa yang kutulis, tetap tertulis."

 

Istilah sebelah-menyebelah adalah sebenarnya enteuthen kai enteuthen yang bererti kesani-kesana. Aspek ini diteliti didalam tulisan Salib: Asal dan Makna [039].

 

Pilatus tergerak untuk menulis ayat ini bukan sahaja disebabkan oleh dorongan Roh Suci tetapi disebabkan dia telah menghukum Mesiah yang tidak bersalah dan bahawa dia adalah orang yang terbaik atau tampil seperti raja dihadapan orang-orang yang tidak adil ini, yang cuba membunuh orang benar ini melalui imam-imam mereka.

 

Nubuatan terus digenapi sementara penyaliban diteruskan.

 

Yohanes 19:23-24 Sesudah prajurit-prajurit itu menyalibkan Yesus, mereka mengambil pakaian-Nya lalu membaginya menjadi empat bagian untuk tiap-tiap prajurit satu bagian--dan jubah-Nya juga mereka ambil. Jubah itu tidak berjahit, dari atas ke bawah hanya satu tenunan saja. 24 Karena itu mereka berkata seorang kepada yang lain: "Janganlah kita membaginya menjadi beberapa potong, tetapi baiklah kita membuang undi untuk menentukan siapa yang mendapatnya." Demikianlah hendaknya supaya genaplah yang ada tertulis dalam Kitab Suci: "Mereka membagi-bagi pakaian-Ku di antara mereka dan mereka membuang undi atas jubah-Ku." Hal itu telah dilakukan prajurit-prajurit itu.

 

Ini menggenapi Mazmur 22:18.

 

Mazmur 22:1-8 Untuk pemimpin biduan. Menurut lagu: Rusa di kala fajar. Mazmur Daud. (22-2) Allahku, Allahku, mengapa Engkau meninggalkan aku? Aku berseru, tetapi Engkau tetap jauh dan tidak menolong aku.  2 (22-3) Allahku, aku berseru-seru pada waktu siang, tetapi Engkau tidak menjawab, dan pada waktu malam, tetapi tidak juga aku tenang.  3 (22-4) Padahal Engkaulah Yang Kudus yang bersemayam di atas puji-pujian orang Israel.  4 (22-5) Kepada-Mu nenek moyang kami percaya; mereka percaya, dan Engkau meluputkan mereka.  5 (22-6) Kepada-Mu mereka berseru-seru, dan mereka terluput; kepada-Mu mereka percaya, dan mereka tidak mendapat malu.  6 (22-7) Tetapi aku ini ulat dan bukan orang, cela bagi manusia, dihina oleh orang banyak.  7 (22-8) Semua yang melihat aku mengolok-olok aku, mereka mencibirkan bibirnya, menggelengkan kepalanya:  8 (22-9) "Ia menyerah kepada TUHAN; biarlah Dia yang meluputkannya, biarlah Dia yang melepaskannya! Bukankah Dia berkenan kepadanya?"

 

Disini kita melihat pernyataan Kristus disenaraikan didalam nubuatan. Dari ayat 1, kita melihat seruan dia ketika di atas salib. Kita melihat Mazmur 22:8 dikutip dalam Matius 27:43; Markus 15:29 dan Lukas 23:25.

 

Dalam Mazmur 22:18, kita melihat nubuatan yang menyebut bahawa mereka akan membahagi-bahagikan pakaiannya dengan membuang undi.

 

Dalam Mazmur 22:22, kita melihat nubuatan yang dikutip dari ungkapan didalam Ibrani 2:12.

 

Mazmur 22:22-31 Aku akan memasyhurkan nama-Mu kepada saudara-saudaraku dan memuji-muji Engkau di tengah-tengah jemaah: 23 (22-24) kamu yang takut akan TUHAN, pujilah Dia, hai segenap anak cucu Yakub, muliakanlah Dia, dan gentarlah terhadap Dia, hai segenap anak cucu Israel!  24 (22-25) Sebab Ia tidak memandang hina ataupun merasa jijik kesengsaraan orang yang tertindas, dan Ia tidak menyembunyikan wajah-Nya kepada orang itu, dan Ia mendengar ketika orang itu berteriak minta tolong kepada-Nya.  25 (22-26) Karena Engkau aku memuji-muji dalam jemaah yang besar; nazarku akan kubayar di depan mereka yang takut akan Dia.  26 (22-27) Orang yang rendah hati akan makan dan kenyang, orang yang mencari TUHAN akan memuji-muji Dia; biarlah hatimu hidup untuk selamanya!  27 (22-28) Segala ujung bumi akan mengingatnya dan berbalik kepada TUHAN; dan segala kaum dari bangsa-bangsa akan sujud menyembah di hadapan-Nya.  28 (22-29) Sebab Tuhanlah yang empunya kerajaan, Dialah yang memerintah atas bangsa-bangsa.  29 (22-30) Ya, kepada-Nya akan sujud menyembah semua orang sombong di bumi, di hadapan-Nya akan berlutut semua orang yang turun ke dalam debu, dan orang yang tidak dapat menyambung hidup.  30 (22-31) Anak-anak cucu akan beribadah kepada-Nya, dan akan menceritakan tentang TUHAN kepada angkatan yang akan datang.  31 (22-32) Mereka akan memberitakan keadilan-Nya kepada bangsa yang akan lahir nanti, sebab Ia telah melakukannya.

 

Kita melihat daripada Mazmur bahawa Allah tidak mengabaikan Mesiah dan Dia tidak meninggalkan dia seperti yang selalu difikirkan, ini disebabkan oleh ungkapan dari Mazmur 22:1 tetapi Allah menyelamatkan dia.

 

Ibrani menunjukkan kepada kita sebab pengorbanan ini.

 

Ibrani 2:10-18 Sebab memang sesuai dengan keadaan Allah--yang bagi-Nya dan oleh-Nya segala sesuatu dijadikan--,yaitu Allah yang membawa banyak orang kepada kemuliaan, juga menyempurnakan Yesus, yang memimpin mereka kepada keselamatan, dengan penderitaan.  11 Sebab Ia yang menguduskan dan mereka yang dikuduskan, mereka semua berasal dari Satu; itulah sebabnya Ia tidak malu menyebut mereka saudara, 12