Jemaat Jemaat Allah Al Maséhi

 

 [260]

 

 

 

Hukum dan Perintah Tuhan Ketujuh

(Edisi 1.1 19981009-19990525)

 

Telah dituliskan: Jangan berzina. Karya ini menerangkan keseluruhan struktur Hukum Allah, seperti yang diaplikasikan kepada Perintahnya sepertimana telah diterangkan oleh para nabi dan Kitab-kitab Perjanjian, menurut kebiasaan pembacaan Hukum pada setiap tahun Sabat.

 

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta ã 1998, 1999 Wade Cox)

(Tr. 2002)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org


Hukum dan Perintah Tuhan Ketujuh

 


 


Sudah tertulis: Jangan berzina (Keluaran 20:14; Ulangan 5:18).

 

Fungsi Tabiat Seks

Tabiat atau sifat seks (sexuality) di dalam spesis adalah di bawah perintah Allah dan matlamat semulajadi bagi tabiat seks adalah untuk memenuhkan dunia dan untuk menghasilkan makhluk-makhluk selaku anak-anak Allah kemudian hari, bersesuaian dengan arahan-arahan Allah kepada Adam (Kejadian 1:28; 9:1).

 

Dunia dipenuhi dan segala aktiviti adalah menurut hukum Allah.

 

Matius 5:17-18 "Janganlah kamu menyangka, bahwa Aku datang untuk meniadakan hukum Taurat atau kitab para nabi. Aku datang bukan untuk meniadakannya, melainkan untuk menggenapinya. 18 Karena Aku berkata kepadamu: Sesungguhnya selama belum lenyap langit dan bumi ini, satu iota atau satu titikpun tidak akan ditiadakan dari hukum Taurat, sebelum semuanya terjadi.

 

Jadi boleh diringkaskan bahawa tujuan bagi tabiat seks telahpun ditetapkan dan kawalan tabiat seks ini adalah tertakhluk kepada hukum-hukum Allah. Oleh itu perintah ketujuh ditujukan terhadap tabiat seks para bangsa. Kesemua hukum berkenaan tabiat seks diterbitkan daripada atau dikaitkan dengan perintah ketujuh, dikawal oleh perintah kelima dan keenam, dan yang lain sebelumnya.

 

Keluarga sebagai Wali (Pemegang Amanah)

Keluarga sepertimana teratur di dalam struktur perintah kelima dan perundangan yang mengikutinya, adalah pengawal atau wali bagi tabiat seks (rujuk Amsal 1:8-9; 6:20; 14:1).

 

Seorang isteri adalah anugerah dari Tuhan dan lelaki yang berkahwin dipandang tinggi oleh Tuhan (Amsal 18:22; 19:14). Seorang isteri yang cakap/suci merupakan mahkota bagi suaminya (Amsal 12:4).

 

Boleh disimpulkan daripada hukum bahawa pembujangan adalah suatu keadaan luarbiasa, tiada penghormatannya melebihi apa yang ada pada keluarga dan kesatuan semulajadi, sebagai alat bagi kehendak dan rencana Allah. Pembujangan sudah pastinya tidak akan memberikan penghormatan lebih tinggi daripada perkahwinan. Sejarah pertapaan di dalam tradisi Kristian dan yang lainnya diperiksa di dalam karya Vegetarianisme dan Alkitab [183].

 

Paulus menulis dengan maksud ini di dalam 1 Korintus 7:1-5 tetapi juga mengatakan bahawa untuk menghindari percabulan: biarlah setiap lelaki mempunyai isterinya sendiri dan setiap perempuan mempunyai suaminya tersendiri. Dia mengatakan bahawa dia tiada perintah Tuhan pada ayat 6. Apa yang dia katakan di sini adalah bahawa ketaatan sejati pada Allah merupakan yang terbaik, tetapi lebih baik berkahwin untuk menghindari percabulan. Sejarah gereja yang menyokong dasar pembujangan ini, memperlihatkan betapa teruknya kegagalan sistem tersebut. Paulus mengatakan bahawa semua perempuan muda haruslah berkahwin, dan beroleh anak serta memimpin rumahtangganya (1Timotius 5:14).

 

Keluarga manusia adalah orang asing dan pengembara sahaja di atas bumi ini dan tanah itu adalah milik Tuhan. Keluarga dan spesis hanyalah alat-alatan di dalam rencana Allah (Imamat 25:23).

 

Kejadian 30:20 Berkatalah Lea: "Allah telah memberikan hadiah yang indah kepadaku; sekali ini suamiku akan tinggal bersama-sama dengan aku, karena aku telah melahirkan enam orang anak laki-laki baginya." Maka ia menamai anak itu Zebulon.

 

Dalam segala fungsi perkahwinan, tabiat seks seharusnya bukan menjadi tumpuan keinginan di bawah perintah kesepuluh. Begitu juga tabiat seks dan pembiakan seharusnya jangan menjadi tumpuan keinginan si isteri, dan perkahwinan itu sendiri janganlah digunakan untuk tujuan-tujuan tamak (rujuk 2 Samuel 11:1 - 12:24; 1 Raja-raja 21:1-19).

 

Seks di dalam Perkahwinan

Tabiat seks di bawah Hukum-hukum Allah dihadkan pada perkahwinan sahaja, kerana perempuan telah dicipta untuk lelaki dan dianugerahkan kepadanya untuk menjadi satu, bagi menyempurnakan matlamat Allah di dalam penciptaan (Kejadian 1:26-28; 2:15, 18-25). Seluruh struktur ini terhad pada penciptaan dan dikecualikan bagi Angkatan Besar Malaikat (Matius 22:30). Malaikat-malaikat ini telah jatuh kerana pelanggaran hukum ini dan telah meninggalkan tempat kediaman mereka (Yudas 6).

 

Perkahwinan merupakan fungsi yang telah diasaskan bagi penciptaan, dan mewakili persatuan Kristus dan Jemaat.

 

Efesus 5:22-33 Hai isteri, tunduklah kepada suamimu seperti kepada Tuhan, 23 karena suami adalah kepala isteri sama seperti Kristus adalah kepala jemaat. Dialah yang menyelamatkan tubuh. 24 Karena itu sebagaimana jemaat tunduk kepada Kristus, demikian jugalah isteri kepada suami dalam segala sesuatu. 25 Hai suami, kasihilah isterimu sebagaimana Kristus telah mengasihi jemaat dan telah menyerahkan diri-Nya baginya 26 untuk menguduskannya, sesudah Ia menyucikannya dengan memandikannya dengan air dan firman, 27 supaya dengan demikian Ia menempatkan jemaat di hadapan diri-Nya dengan cemerlang tanpa cacat atau kerut atau yang serupa itu, tetapi supaya jemaat kudus dan tidak bercela. 28 Demikian juga suami harus mengasihi isterinya sama seperti tubuhnya sendiri: Siapa yang mengasihi isterinya mengasihi dirinya sendiri. 29 Sebab tidak pernah orang membenci tubuhnya sendiri, tetapi mengasuhnya dan merawatinya, sama seperti Kristus terhadap jemaat, 30 karena kita adalah anggota tubuh-Nya. 31 Sebab itu laki-laki akan meninggalkan ayahnya dan ibunya dan bersatu dengan isterinya, sehingga keduanya itu menjadi satu daging. 32 Rahasia ini besar, tetapi yang aku maksudkan ialah hubungan Kristus dan jemaat. 33 Bagaimanapun juga, bagi kamu masing-masing berlaku: kasihilah isterimu seperti dirimu sendiri dan isteri hendaklah menghormati suaminya.

 

Seluruh struktur keluarga adalah berasaskan hubungan ini dan kemurniannya. Apabila ianya dikompromikan ia tidak dapat dipulihkan sepenuhnya. Secara rohani, seorang pengantin perempuan boleh bertaubat dan kembali kepada Kristus. Israel dijemput untuk kembali kepada dia (Yeremia 3:1,7) tetapi ia telah diberikan Surat Cerai. Oleh itu Kristus, pada waktu dia datang kembali, akan mengahwini jemaat sebagai Israel rohani iaitu, pengantin perempuannya.

 

Perempuan dicipta untuk lelaki dan kepala setiap lelaki adalah Kristus, dan kepala Kristus adalah Allah. Barangsiapa yang berdoa kepada Allah dengan kepalanya tertutup tidak menghormati kepalanya (iaitu Kristus). Rambut panjang adalah suatu penghinaan bagi seorang lelaki. Seorang perempuan yang rambutnya dicukur harus menudungnya untuk berdoa, tetapi seorang perempuan yang mana rambutnya adalah kemuliaannya, tidak perlu apa-apa tudung lagi selain rambutnya (1 Korintus 11:1-16).

 

Subjek tudung kepala di bawah hukum adalah penting dan disalahfahami. Seorang perempuan asing yang ditawan semasa perang, perlu menggunting rambutnya, sebagai sebahagian daripada proses pentahiran. Seorang perempuan perlu ada tanda wibawanya pada kepalanya kerana para malaikat (1 Korintus 11:10). Oleh itu rambut panjang seorang perempuan adalah melambangkan kuasa dan orang-orang asing tertakhluk pada kuasa-kuasa lebih tinggi di bawah angkatan malaikat yang jatuh. Dengan itu perempuan asing yang diambil secara paksa pada waktu perang, diperlukan untuk menggunting rambutnya dan membiarkannya tumbuh semula di dalam bangsa itu. Adat-adat yang ada melibatkan pengguntingan rambut pada masa perkahwinan juga merujuk kepada perlambangan ini.

 

Suku Lewi juga perlu untuk mencukur habis semua rambut tubuh mereka sebagai sebahagian daripada pengasingan dan pentahiran mereka, apabila mereka diasingkan sebagai para imam Israel (Bilangan 8:7). Tindakan ini menunjuk langsung kepada hubungan yang akan mereka ada sebagai pengantin-pengantin perempuan Malaikat Yahovah, dalam penyembahan Eloah di dalam Bait Suci Allah Eloah. Fungsi ini membayangkan perhubungan yang akan umat-umat pilihan ada dengan Mesias nanti sebagai Imam Besar, di bawah aturan Melkisedek. Hubungan ini juga dilihat di dalam sumpah ikrar orang nazir (Bilangan 6:5,18). Kepala perempuan juga haruslah tidak ditudung semasa perbicaraan persembahan korban sajian cemburuan (Bilangan 5:18). Perlambangan di sini adalah bahawa perempuan itu didedahkan di hadapan Allah dan tidak dilindungi atau ditutupi. Allah akan melihat dirinya sepenuhnya dan menentukan dia bersalah atau tidak.

 

Imam Besar haruslah memakai suatu serban/tudung kepala yang dipletkan dengan emas tulen (Keluaran 28:36-38). Perlambangan ini memperlihatkan Mesias di kemudian hari yang akan dimahkotakan sebagai raja Israel. Destar-destar bagi anak-anak imam (Keluaran 28:40) melambangkan mahkota-mahkota umat-umat pilihan selaku para raja dan imam kerajaan Allah, sebagai anak-anak Allah. Dengan itu mereka adalah imamat rajani dan bangsa yang kudus (1Petrus 2:9). Semua simbol ini ditujukan kepada umat-umat terpilih sebagai pengantin-pengantin perempuan Kristus, di dalam Bait Allah dan waris-waris bersama Kristus.

 

Perhubungan Kristus dengan Jemaat, dan Jemaat dengan Kristus dan perempuan dengan lelaki, diterangkan di dalam Amsal 31 dan Kidung Agung (rujuk karya-karya Amsal 31 [114] dan Kidung Agung [145]). Zina di dalam keluarga adalah serupa dengan penyembahan berhala di dalam Bait Allah (rujuk karya Hukum dan Perintah Tuhan Kedua [254]).

 

Seorang lelaki yang mengambil seorang isteri, haruslah menumpukan perhatiannya kepada isterinya selama setahun dan tidak harus diberikan sebarang perniagaan (yang menyebabkan dia perlu meninggalkan rumahnya) mahupun dihantar berperang, atau berjauhan daripada isterinya, selama setahun selepas perkahwinan mereka.

 

Ulangan 24:5 Apabila baru saja seseorang mengambil isteri, janganlah ia keluar bersama-sama dengan tentara maju berperang atau dibebankan sesuatu pekerjaan; satu tahun lamanya ia harus dibebaskan untuk keperluan rumah tangganya dan menyukakan hati perempuan yang telah diambilnya menjadi isterinya."

 

Perceraian dan Kahwin Semula

Hukum membenarkan perceraian dan kahwin semula tetapi ia tidak membenarkan perkahwinan semula dengan perempuan yang sama, selepas dia (perempuan) telah berkahwin dengan seorang yang lain. Dia (perempuan) boleh mengahwini lelaki yang sama lagi, dengan syarat dia tidak pernah berkahwin semula dengan seorang lelaki yang lain.

 

Ulangan 24:1-5 "Apabila seseorang mengambil seorang perempuan dan menjadi suaminya, dan jika kemudian ia tidak menyukai lagi perempuan itu, sebab didapatinya yang tidak senonoh padanya, lalu ia menulis surat cerai dan menyerahkannya ke tangan perempuan itu, sesudah itu menyuruh dia pergi dari rumahnya, 2 dan jika perempuan itu keluar dari rumahnya dan pergi dari sana, lalu menjadi isteri orang lain, 3 dan jika laki-laki yang kemudian ini tidak cinta lagi kepadanya, lalu menulis surat cerai dan menyerahkannya ke tangan perempuan itu serta menyuruh dia pergi dari rumahnya, atau jika laki-laki yang kemudian mengambil dia menjadi isterinya itu mati, 4 maka suaminya yang pertama, yang telah menyuruh dia pergi itu, tidak boleh mengambil dia kembali menjadi isterinya, setelah perempuan itu dicemari; sebab hal itu adalah kekejian di hadapan TUHAN. Janganlah engkau mendatangkan dosa atas negeri yang diberikan TUHAN, Allahmu, kepadamu menjadi milik pusakamu.

 

Perundangan ini wujud untuk melindungi keluarga, dan untuk melindungi moral serta semangat bangsa. Logiknya jelas sekali. Jika seorang perempuan berkahwin semula dan mendapati bahawa suaminya yang terdahulu itu lebih baik daripada suaminya sekarang, atau mempunyai suatu perbalahan yang perlu diselesaikan, maka penubuhan perkahwinan kedua itu akan dibahayakan, oleh kemungkinan berlakunya lagi perceraian dan perkahwinan semula kepada suami pertama itu. Seluruh konsep ini menghalang berlakunya perpisahan yang bersih dan pendudukan semula, dan kerana itu undang-undang melarang tindakan sebegitu. (Perkara yang tidak senonoh di dalam Ulangan 24:1 mungkin memaksudkan perbuatan tidak bermoral; rujuk Ulangan 22:14; Matius 19:19; 5:32).

 

Perceraian itu janganlah senang-senang dibuat sungguhpun pasangan kita seorang yang tidak percaya.

1Korintus 7:12-17 Kepada orang-orang lain aku, bukan Tuhan, katakan: kalau ada seorang saudara beristerikan seorang yang tidak beriman dan perempuan itu mau hidup bersama-sama dengan dia, janganlah saudara itu menceraikan dia. 13 Dan kalau ada seorang isteri bersuamikan seorang yang tidak beriman dan laki-laki itu mau hidup bersama-sama dengan dia, janganlah ia menceraikan laki-laki itu. 14 Karena suami yang tidak beriman itu dikuduskan oleh isterinya dan isteri yang tidak beriman itu dikuduskan oleh suaminya. Andaikata tidak demikian, niscaya anak-anakmu adalah anak cemar, tetapi sekarang mereka adalah anak-anak kudus. 15 Tetapi kalau orang yang tidak beriman itu mau bercerai, biarlah ia bercerai; dalam hal yang demikian saudara atau saudari tidak terikat. Tetapi Allah memanggil kamu untuk hidup dalam damai sejahtera. 16 Sebab bagaimanakah engkau mengetahui, hai isteri, apakah engkau tidak akan menyelamatkan suamimu? Atau bagaimanakah engkau mengetahui, hai suami, apakah engkau tidak akan menyelamatkan isterimu? 17 Selanjutnya hendaklah tiap-tiap orang tetap hidup seperti yang telah ditentukan Tuhan baginya dan dalam keadaan seperti waktu ia dipanggil Allah. Inilah ketetapan yang kuberikan kepada semua jemaat.

 

Kristus menyatakan kata-kata definitif berkenaan penafsiran hukum itu, di dalam perbincangannya dengan perempuan Samaria di sumur itu.

Yohanes 4:7-29 Maka datanglah seorang perempuan Samaria hendak menimba air. Kata Yesus kepadanya: "Berilah Aku minum." 8 Sebab murid-murid-Nya telah pergi ke kota membeli makanan. 9 Maka kata perempuan Samaria itu kepada-Nya: "Masakan Engkau, seorang Yahudi, minta minum kepadaku, seorang Samaria?" (Sebab orang Yahudi tidak bergaul dengan orang Samaria.) 10 Jawab Yesus kepadanya: "Jikalau engkau tahu tentang karunia Allah dan siapakah Dia yang berkata kepadamu: Berilah Aku minum! niscaya engkau telah meminta kepada-Nya dan Ia telah memberikan kepadamu air hidup." 11 Kata perempuan itu kepada-Nya: "Tuhan, Engkau tidak punya timba dan sumur ini amat dalam; dari manakah Engkau memperoleh air hidup itu? 12 Adakah Engkau lebih besar dari pada bapa kami Yakub, yang memberikan sumur ini kepada kami dan yang telah minum sendiri dari dalamnya, ia serta anak-anaknya dan ternaknya?" 13 Jawab Yesus kepadanya: "Barangsiapa minum air ini, ia akan haus lagi, 14 tetapi barangsiapa minum air yang akan Kuberikan kepadanya, ia tidak akan haus untuk selama-lamanya. Sebaliknya air yang akan Kuberikan kepadanya, akan menjadi mata air di dalam dirinya, yang terus-menerus memancar sampai kepada hidup yang kekal." 15 Kata perempuan itu kepada-Nya: "Tuhan, berikanlah aku air itu, supaya aku tidak haus dan tidak usah datang lagi ke sini untuk menimba air." 16 Kata Yesus kepadanya: "Pergilah, panggillah suamimu dan datang ke sini." 17 Kata perempuan itu: "Aku tidak mempunyai suami." Kata Yesus kepadanya: "Tepat katamu, bahwa engkau tidak mempunyai suami, 18 sebab engkau sudah mempunyai lima suami dan yang ada sekarang padamu, bukanlah suamimu. Dalam hal ini engkau berkata benar." 19 Kata perempuan itu kepada-Nya: "Tuhan, nyata sekarang padaku, bahwa Engkau seorang nabi. 20 Nenek moyang kami menyembah di atas gunung ini, tetapi kamu katakan, bahwa Yerusalemlah tempat orang menyembah." 21 Kata Yesus kepadanya: "Percayalah kepada-Ku, hai perempuan, saatnya akan tiba, bahwa kamu akan menyembah Bapa bukan di gunung ini dan bukan juga di Yerusalem. 22 Kamu menyembah apa yang tidak kamu kenal, kami menyembah apa yang kami kenal, sebab keselamatan datang dari bangsa Yahudi. 23 Tetapi saatnya akan datang dan sudah tiba sekarang, bahwa penyembah-penyembah benar akan menyembah Bapa dalam roh dan kebenaran; sebab Bapa menghendaki penyembah-penyembah demikian. 24 Allah itu Roh dan barangsiapa menyembah Dia, harus menyembah-Nya dalam roh dan kebenaran." 25 Jawab perempuan itu kepada-Nya: "Aku tahu, bahwa Mesias akan datang, yang disebut juga Kristus; apabila Ia datang, Ia akan memberitakan segala sesuatu kepada kami." 26 Kata Yesus kepadanya: "Akulah Dia, yang sedang berkata-kata dengan engkau." 27 Pada waktu itu datanglah murid-murid-Nya dan mereka heran, bahwa Ia sedang bercakap-cakap dengan seorang perempuan. Tetapi tidak seorangpun yang berkata: "Apa yang Engkau kehendaki? Atau: Apa yang Engkau percakapkan dengan dia?" 28 Maka perempuan itu meninggalkan tempayannya di situ lalu pergi ke kota dan berkata kepada orang-orang yang di situ: 29 "Mari, lihat! Di sana ada seorang yang mengatakan kepadaku segala sesuatu yang telah kuperbuat. Mungkinkah Dia Kristus itu?"

 

Urutan ini memperlihatkan doktrin yang berikutan tentang perkahwinan. Pertama sekali, perempuan itu telah berkahwin menurut hukum sebanyak lima kali dan setiap satunya diakui sebagai perkahwinan yang sah oleh Mesias. Pada waktu itu dia sedang tinggal dengan seorang lelaki dan ini tidak diakui oleh Mesias sebagai suatu perkahwinan. Dengan itu Mesias telah membentuk suatu doktrin dengan cara ini. Dia mengiktiraf perkahwinan yang banyak kali/multipel, kerana tiada sebarang petunjuk di sini bahawa perempuan ini telah lima kali menjadi janda. Sememangnya hukum membenarkan perkahwinan semula seperti di atas.

Kedua, Kristus memutuskan di sini tentang perkahwinan defacto (perkahwinan yang tidak disahkan undang-undang) dan menyatakannya sebagai bukan perkahwinan.

 

Perkahwinan di antara para bangsa adalah suatu adat resam bangsa-bangsa dan bukannya suatu sakramen (upacara suci) jemaat. Dengan cara ini semua bangsa dikahwinkan secara sah mengikut undang-undang dan anak-anak mereka sah sebagai anak-anak Adam. Hanya ada dua sakramen gereja, iaitu Pembaptisan dan Perjamuan Suci (rujuk Sakramen-sakramen Jemaat [150]).

 

Perkahwinan merupakan suatu kesatuan rohani satu tubuh daging. Kristus banyak nasihatnya tentang hal ini, dan telah membuat suatu injunksi/perintah kepada umat-umat pilihan berkenaan perkahwinan dan perceraian.

 

Matius 19:1-12 Setelah Yesus selesai dengan pengajaran-Nya itu, berangkatlah Ia dari Galilea dan tiba di daerah Yudea yang di seberang sungai Yordan. 2 Orang banyak berbondong-bondong mengikuti Dia dan Iapun menyembuhkan mereka di sana. 3 Maka datanglah orang-orang Farisi kepada-Nya untuk mencobai Dia. Mereka bertanya: "Apakah diperbolehkan orang menceraikan isterinya dengan alasan apa saja?" 4 Jawab Yesus: "Tidakkah kamu baca, bahwa Ia yang menciptakan manusia sejak semula menjadikan mereka laki-laki dan perempuan? 5 Dan firman-Nya: Sebab itu laki-laki akan meninggalkan ayah dan ibunya dan bersatu dengan isterinya, sehingga keduanya itu menjadi satu daging. 6 Demikianlah mereka bukan lagi dua, melainkan satu. Karena itu, apa yang telah dipersatukan Allah, tidak boleh diceraikan manusia." 7 Kata mereka kepada-Nya: "Jika demikian, apakah sebabnya Musa memerintahkan untuk memberikan surat cerai jika orang menceraikan isterinya?" 8 Kata Yesus kepada mereka: "Karena ketegaran hatimu Musa mengizinkan kamu menceraikan isterimu, tetapi sejak semula tidaklah demikian. 9 Tetapi Aku berkata kepadamu: Barangsiapa menceraikan isterinya, kecuali karena zinah, lalu kawin dengan perempuan lain, ia berbuat zinah." 10 Murid-murid itu berkata kepada-Nya: "Jika demikian halnya hubungan antara suami dan isteri, lebih baik jangan kawin." 11 Akan tetapi Ia berkata kepada mereka: "Tidak semua orang dapat mengerti perkataan itu, hanya mereka yang dikaruniai saja. 12 Ada orang yang tidak dapat kawin karena ia memang lahir demikian dari rahim ibunya, dan ada orang yang dijadikan demikian oleh orang lain, dan ada orang yang membuat dirinya demikian karena kemauannya sendiri oleh karena Kerajaan Sorga. Siapa yang dapat mengerti hendaklah ia mengerti."

 

Ada orang yang didedikasikan bagi kemuliaan Allah. Kristus mengatakan di sini bahawa dia sendiri telah didedikasikan. Para rasul semuanya telah berkahwin dan Paulus sendiri nampaknya telah berkahwin juga semasa pelayanannya. Tidak mungkin bagi Kristus berkahwin, kerana bukan saja dia tahu yang dia akan dibunuh nanti, dan meninggalkan janda, tetapi juga dia adalah pengantin lelaki kepada Jemaat dan perlambangan ini tidak boleh dirosakkan. Jika dia telah meninggalkan anak-anak maka suatu keadaan dinasti akan mengikuti. Sememangnya ini telah berlaku dengan anak-anak saudaranya serta saudara-saudaranya sendiri sebagai desposyni, sehinggalah mereka habis dihapuskan oleh Gereja Roma dari abad keempat dan seterusnya (rujuk karya Perawan Mariam dan Keluarga Kristus [232]).

 

Perceraian di kalangan umat-umat pilihan tidak diterima oleh Kristus, kecualilah atas sebab zina (rujuk Matius 5:32). Mereka juga haruslah tetap dengan pasangan-pasangan mereka yang tidak percaya, selagi pasangan mereka ini sanggup tinggal bersama mereka. Jika pasangan mereka tidak sanggup, maka dibenarkan untuk mereka bercerai. Sememangnya ada alasan-alasan lain untuk perpisahan, pembatalan atau pemansuhan perkahwinan, contohnya penipuan, adanya pertalian darah dan pelayanan buruk, namun alasan-alasan ini banyak kali dan lazimnya disalahgunakan, oleh para bangsa dan sistem gereja mereka.

 

Kesetiaan Umat-umat Pilihan

Kesetiaan umat pilihan, lelaki ataupun perempuan, adalah pada asas mental mahupun asas fizikal, daripada interaksi Roh Kudus dan perintah kesepuluh.

 

Matius 5:27-32 Kamu telah mendengar firman: Jangan berzinah. 28 Tetapi Aku berkata kepadamu: Setiap orang yang memandang perempuan serta menginginkannya, sudah berzinah dengan dia di dalam hatinya. 29 Maka jika matamu yang kanan menyesatkan engkau, cungkillah dan buanglah itu, karena lebih baik bagimu jika satu dari anggota tubuhmu binasa, dari pada tubuhmu dengan utuh dicampakkan ke dalam neraka. 30 Dan jika tanganmu yang kanan menyesatkan engkau, penggallah dan buanglah itu, karena lebih baik bagimu jika satu dari anggota tubuhmu binasa dari pada tubuhmu dengan utuh masuk neraka. 31 Telah difirmankan juga: Siapa yang menceraikan isterinya harus memberi surat cerai kepadanya. 32 Tetapi Aku berkata kepadamu: Setiap orang yang menceraikan isterinya kecuali karena zinah, ia menjadikan isterinya berzinah; dan siapa yang kawin dengan perempuan yang diceraikan, ia berbuat zinah.

 

(rujuk Markus 10:10-12; Lukas 16:18).

 

Paulus memperkatakan tentang hal ini dan menyatakan bahawa perkahwinan dan anak-anak dikuduskan oleh mereka yang percaya.

 

1Korintus 7:6-17 Hal ini kukatakan kepadamu sebagai kelonggaran, bukan sebagai perintah. 7 Namun demikian alangkah baiknya, kalau semua orang seperti aku; tetapi setiap orang menerima dari Allah karunianya yang khas, yang seorang karunia ini, yang lain karunia itu. 8 Tetapi kepada orang-orang yang tidak kawin dan kepada janda-janda aku anjurkan, supaya baiklah mereka tinggal dalam keadaan seperti aku. 9 Tetapi kalau mereka tidak dapat menguasai diri, baiklah mereka kawin. Sebab lebih baik kawin dari pada hangus karena hawa nafsu. 10 Kepada orang-orang yang telah kawin aku--tidak, bukan aku, tetapi Tuhan--perintahkan, supaya seorang isteri tidak boleh menceraikan suaminya. 11 Dan jikalau ia bercerai, ia harus tetap hidup tanpa suami atau berdamai dengan suaminya. Dan seorang suami tidak boleh menceraikan isterinya. 12 Kepada orang-orang lain aku, bukan Tuhan, katakan: kalau ada seorang saudara beristerikan seorang yang tidak beriman dan perempuan itu mau hidup bersama-sama dengan dia, janganlah saudara itu menceraikan dia. 13 Dan kalau ada seorang isteri bersuamikan seorang yang tidak beriman dan laki-laki itu mau hidup bersama-sama dengan dia, janganlah ia menceraikan laki-laki itu. 14 Karena suami yang tidak beriman itu dikuduskan oleh isterinya dan isteri yang tidak beriman itu dikuduskan oleh suaminya. Andaikata tidak demikian, niscaya anak-anakmu adalah anak cemar, tetapi sekarang mereka adalah anak-anak kudus. 15 Tetapi kalau orang yang tidak beriman itu mau bercerai, biarlah ia bercerai; dalam hal yang demikian saudara atau saudari tidak terikat. Tetapi Allah memanggil kamu untuk hidup dalam damai sejahtera. 16 Sebab bagaimanakah engkau mengetahui, hai isteri, apakah engkau tidak akan menyelamatkan suamimu? Atau bagaimanakah engkau mengetahui, hai suami, apakah engkau tidak akan menyelamatkan isterimu? 17 Selanjutnya hendaklah tiap-tiap orang tetap hidup seperti yang telah ditentukan Tuhan baginya dan dalam keadaan seperti waktu ia dipanggil Allah. Inilah ketetapan yang kuberikan kepada semua jemaat.

 

Perkahwinan sebagai suatu demonstrasi hubungan Rohani kita dengan Mesias

Israel kahwin dengan Allah. Jemaat dikahwinkan dengan Mesias, sebagai elohim Yahovah dari dalam Perjanjian Lama. Semua bangsa harus datang ke dalam Israel selaku Bait Allah kemudian hari di bawah pimpinan Imam Besar mereka, para elohim Israel (rujuk Mazmur 45:6-7 dan Ibrani 1:8-9). Kesemua alegori ini menunjukkan kepada penyelamatan dunia di bawah kuasa Mesias, yang mempersembahkan dunia ini kepada Allah, sebagai alat yang sesuai untuk Dia, melalui Roh Kudus.

 

Yeremia 3:1-9 Firman-Nya: "Jika seseorang menceraikan isterinya, lalu perempuan itu pergi dari padanya dan menjadi isteri orang lain, akan kembalikah laki-laki yang pertama kepada perempuan itu? Bukankah negeri itu sudah tetap cemar? Engkau telah berzinah dengan banyak kekasih, dan mau kembali kepada-Ku? demikianlah firman TUHAN. 2 Layangkanlah matamu ke bukit-bukit gundul dan lihatlah! Di manakah engkau tidak pernah ditiduri? Di pinggir jalan-jalan engkau duduk menantikan kekasih, seperti seorang Arab di padang gurun. Engkau telah mencemarkan negeri dengan zinahmu dan dengan kejahatanmu. 3 Sebab itu dirus hujan tertahan dan hujan pada akhir musim tidak datang. Tetapi dahimu adalah dahi perempuan sundal, engkau tidak mengenal malu. 4 Bukankah baru saja engkau memanggil Aku: Bapaku! Engkaulah kawanku sejak kecil! 5 Untuk selama-lamanyakah Ia akan murka atau menaruh dendam untuk seterusnya? Demikianlah katamu, namun engkau sedapat-dapatnya melakukan kejahatan." 6 TUHAN berfirman kepadaku dalam zaman raja Yosia: "Sudahkah engkau melihat apa yang dilakukan Israel, perempuan murtad itu, bagaimana dia naik ke atas setiap bukit yang menjulang dan pergi ke bawah setiap pohon yang rimbun untuk bersundal di sana? 7 Pikir-Ku: Sesudah melakukan semuanya ini, ia akan kembali kepada-Ku, tetapi ia tidak kembali. Hal itu telah dilihat oleh Yehuda, saudaranya perempuan yang tidak setia. 8 Dilihatnya, bahwa oleh karena zinahnya Aku telah menceraikan Israel, perempuan murtad itu, dan memberikan kepadanya surat cerai; namun Yehuda, saudaranya perempuan yang tidak setia itu tidak takut, melainkan ia juga pun pergi bersundal. 9 Dengan sundalnya yang sembrono itu maka ia mencemarkan negeri dan berzinah dengan menyembah batu dan kayu.

Syarat perceraian dan pemulihan semula adalah tertakhluk kepada syarat tiadanya suami lain pada masa interimnya, kerana perhubungan sebegitu menunjukkan juga kepada penyembahan berhala dan gangguannya terhadap hubungan kepada dan dengan Allah.

 

Pada waktu kebangkitan kita akan menjadi seperti malaikat di syurga dan kedudukan perkahwinan itu ditamatkan dengan kematian salah seorang daripada pihak di dalamnya.

 

Matius 22:23-33 Pada hari itu datanglah kepada Yesus beberapa orang Saduki, yang berpendapat, bahwa tidak ada kebangkitan. Mereka bertanya kepada-Nya: 24 "Guru, Musa mengatakan, bahwa jika seorang mati dengan tiada meninggalkan anak, saudaranya harus kawin dengan isterinya itu dan membangkitkan keturunan bagi saudaranya itu. 25 Tetapi di antara kami ada tujuh orang bersaudara. Yang pertama kawin, tetapi kemudian mati. Dan karena ia tidak mempunyai keturunan, ia meninggalkan isterinya itu bagi saudaranya. 26 Demikian juga yang kedua dan yang ketiga sampai dengan yang ketujuh. 27 Dan akhirnya, sesudah mereka semua, perempuan itupun mati. 28 Siapakah di antara ketujuh orang itu yang menjadi suami perempuan itu pada hari kebangkitan? Sebab mereka semua telah beristerikan dia." 29 Yesus menjawab mereka: "Kamu sesat, sebab kamu tidak mengerti Kitab Suci maupun kuasa Allah! 30 Karena pada waktu kebangkitan orang tidak kawin dan tidak dikawinkan melainkan hidup seperti malaikat di sorga. 31 Tetapi tentang kebangkitan orang-orang mati tidakkah kamu baca apa yang difirmankan Allah, ketika Ia bersabda: 32 Akulah Allah Abraham, Allah Ishak dan Allah Yakub? Ia bukanlah Allah orang mati, melainkan Allah orang hidup." 33 Orang banyak yang mendengar itu takjub akan pengajaran-Nya.

 

Seluruh masa depan kita terikat kepada kebangkitan orang mati dan kesemuannya akan bangkit pada waktu penghakiman, tetapi penghakiman untuk umat-umat terpilih adalah sekarang ini dan kebangkitan mereka inilah yang pertama sekali pada waktu kedatangan kembali Mesias.

 

Perkahwinan Campur

Perundangan ke atas perkahwinan campur berpusat kepada idea mengenai kemurnian doktrin dan bukan hanya berkenaan darah (rujuk Yeremia 3:8-10; Yesaya 50:1-10). Mesias sendiri yang telah memalingkan belakangnya kepada para pemukulnya seperti yang dirujukkan di dalam Yesaya 50:6. Tuan kita tiada hutangnya sehingga dia perlu menjual kita atau menceraikan kita. Di manakah surat cerai ibu kita. Anak-anak perempuan imam makan di rumah bapa mereka dan tiada orang asing yang makan di situ (rujuk Imamat 22:13; Keluaran 34:12-16).

 

Bangsa Israel telah melakukan dosa besar pada waktu Pemulihan Ezra dan Nehemia. Mereka kemudiannya dipaksa untuk meninggalkan isteri-isteri mereka yang menyembah berhala (Nehemia 9:2; 13:23-31). Perkara ini dihubung-kaitkan dengan Salomo.

 

Nehemia 13:23-31 Pada masa itu juga kulihat bahwa beberapa orang Yahudi memperisteri perempuan-perempuan Asdod, perempuan-perempuan Amon atau perempuan-perempuan Moab. 24 Sebagian dari anak-anak mereka berbicara bahasa Asdod atau bahasa bangsa lain itu dan tidak tahu berbicara bahasa Yahudi. 25 Aku menyesali mereka, kukutuki mereka, dan beberapa orang di antara mereka kupukuli dan kucabut rambutnya dan kusuruh mereka bersumpah demi Allah, demikian: "Jangan sekali-kali kamu serahkan anak-anak perempuanmu kepada anak-anak lelaki mereka, atau mengambil anak-anak perempuan mereka sebagai isteri untuk anak-anak lelakimu atau untuk dirimu sendiri! 26 Bukankah Salomo, raja Israel, telah berbuat dosa karena hal semacam itu? Walaupun di antara begitu banyak bangsa tidak ada seorang raja seperti dia, yang dikasihi Allahnya dan diangkat oleh Allah itu menjadi raja seluruh Israel, namun diapun terbawa ke dalam dosa oleh perempuan-perempuan asing itu. 27 Apakah orang harus mendengar bahwa juga kamu berbuat segala kejahatan yang besar itu, yakni berubah setia terhadap Allah kita karena memperisteri perempuan-perempuan asing?" 28 Seorang dari anak-anak Yoyada bin Elyasib, imam besar itu, adalah menantu Sanbalat, orang Horoni itu. Oleh sebab itu kuusir dia dari padaku. 29 Ya Allahku, ingatlah bagaimana mereka mencemarkan jabatan imam serta perjanjian mengenai para imam dan orang-orang Lewi. 30 Kutahirkan mereka dari segala sesuatu yang asing dan kutetapkan tugas-tugas untuk para imam dan orang-orang Lewi, masing-masing dalam bidang pekerjaannya, 31 pula kutetapkan suatu cara untuk menyediakan kayu api pada waktu-waktu tertentu dan untuk hasil-hasil yang pertama. Ya Allahku, ingatlah kepadaku, demi kesejahteraanku!

 

Penyembahan berhala tersebut memaksa anak-anak untuk melupakan bahasa mereka yang diperlukan bagi Pembacaan Alkitab dan bagi pemahaman Kitab Suci, dan para imam dicarut-carutkan.

2Korintus 6:14-18 Janganlah kamu merupakan pasangan yang tidak seimbang dengan orang-orang yang tak percaya. Sebab persamaan apakah terdapat antara kebenaran dan kedurhakaan? Atau bagaimanakah terang dapat bersatu dengan gelap? 15 Persamaan apakah yang terdapat antara Kristus dan Belial? Apakah bagian bersama orang-orang percaya dengan orang-orang tak percaya? 16 Apakah hubungan bait Allah dengan berhala? Karena kita adalah bait dari Allah yang hidup menurut firman Allah ini: "Aku akan diam bersama-sama dengan mereka dan hidup di tengah-tengah mereka, dan Aku akan menjadi Allah mereka, dan mereka akan menjadi umat-Ku. 17 Sebab itu: Keluarlah kamu dari antara mereka, dan pisahkanlah dirimu dari mereka, firman Tuhan, dan janganlah menjamah apa yang najis, maka Aku akan menerima kamu. 18 Dan Aku akan menjadi Bapamu, dan kamu akan menjadi anak-anak-Ku laki-laki dan anak-anak-Ku perempuan demikianlah firman Tuhan, Yang Mahakuasa."

Pasangan yang tidak percaya memerlukan sokongan di dalam perkahwinan. Tinggallah di dalam keadaan yang mana kamu dipanggil.

 

1Korintus 7:20-24 Baiklah tiap-tiap orang tinggal dalam keadaan, seperti waktu ia dipanggil Allah. 21 Adakah engkau hamba waktu engkau dipanggil? Itu tidak apa-apa! Tetapi jikalau engkau mendapat kesempatan untuk dibebaskan, pergunakanlah kesempatan itu. 22 Sebab seorang hamba yang dipanggil oleh Tuhan dalam pelayanan-Nya, adalah orang bebas, milik Tuhan. Demikian pula orang bebas yang dipanggil Kristus, adalah hamba-Nya. 23 Kamu telah dibeli dan harganya telah lunas dibayar. Karena itu janganlah kamu menjadi hamba manusia. 24 Saudara-saudara, hendaklah tiap-tiap orang tinggal di hadapan Allah dalam keadaan seperti pada waktu ia dipanggil.

 

Kemungkinan besar kamu akan membawakan keselamatan nanti untuk teman sepasanganmu. Dengan itu panggilan tersebut bukanlah alasan untuk bercerai.

 

Seks Di Luar Perkahwinan

Allah mempunyai perundangan tertentu berkenaan seks di luar perkahwinan. SEMUA seks di luar kesatuan perkahwinan, atau dalam amalan pengambilan gundik, (daripada zaman Para Bapa demi untuk melahirkan keturunan), adalah salah di sisi undang-undang tidak kira umur atau jenisnya.

Institusi perkahwinan dimulakan oleh Adam dan berterusan hingga ke hari ini (Kejadian 5:3-5).

 

Kesetiaan di dalam perkahwinan adalah sangat penting.

Amsal 5:1-23 Hai anakku, perhatikanlah hikmatku, arahkanlah telingamu kepada kepandaian yang kuajarkan, 2 supaya engkau berpegang pada kebijaksanaan dan bibirmu memelihara pengetahuan. 3 Karena bibir perempuan jalang menitikkan tetesan madu dan langit-langit mulutnya lebih licin dari pada minyak, 4 tetapi kemudian ia pahit seperti empedu, dan tajam seperti pedang bermata dua. 5 Kakinya turun menuju maut, langkahnya menuju dunia orang mati. 6 Ia tidak menempuh jalan kehidupan, jalannya sesat, tanpa diketahuinya. 7 Sebab itu, hai anak-anak, dengarkanlah aku, janganlah kamu menyimpang dari pada perkataan mulutku. 8 Jauhkanlah jalanmu dari pada dia, dan janganlah menghampiri pintu rumahnya, 9 supaya engkau jangan menyerahkan keremajaanmu kepada orang lain, dan tahun-tahun umurmu kepada orang kejam; 10 supaya orang lain jangan mengenyangkan diri dengan kekayaanmu, dan hasil susah payahmu jangan masuk ke rumah orang yang tidak dikenal 11 dan pada akhirnya engkau akan mengeluh, kalau daging dan tubuhmu habis binasa, 12 lalu engkau akan berkata: "Ah, mengapa aku benci kepada didikan, dan hatiku menolak teguran; 13 mengapa aku tidak mendengarkan suara guru-guruku, dan tidak mengarahkan telingaku kepada pengajar-pengajarku? 14 Aku nyaris terjerumus ke dalam tiap malapetaka di tengah-tengah jemaah dan perkumpulan." 15 Minumlah air dari kulahmu sendiri, minumlah air dari sumurmu yang membual. 16 Patutkah mata airmu meluap ke luar seperti batang-batang air ke lapangan-lapangan? 17 Biarlah itu menjadi kepunyaanmu sendiri, jangan juga menjadi kepunyaan orang lain. 18 Diberkatilah kiranya sendangmu, bersukacitalah dengan isteri masa mudamu: 19 rusa yang manis, kijang yang jelita; biarlah buah dadanya selalu memuaskan engkau, dan engkau senantiasa berahi karena cintanya. 20 Hai anakku, mengapa engkau berahi akan perempuan jalang, dan mendekap dada perempuan asing? 21 Karena segala jalan orang terbuka di depan mata TUHAN, dan segala langkah orang diawasi-Nya. 22 Orang fasik tertangkap dalam kejahatannya, dan terjerat dalam tali dosanya sendiri. 23 Ia mati, karena tidak menerima didikan dan karena kebodohannya yang besar ia tersesat.

 

Penzinaan adalah keganasan, dan pengampunan tidak senang datang walaupun adanya pemberian hadiah, dan yang bodoh akan terpesong kepada peperangan dan kematian (rujuk Amsal 6:20-35; 7:1-27; Maleakhi 2:14).

 

Telah tercatat:

Imamat 18:20 Dan janganlah engkau bersetubuh dengan isteri sesamamu, sehingga engkau menjadi najis dengan dia.

 

Persundalan

SEMUA orang yang percaya haruslah menghindari daripada SEGALA bentuk persundalan atau percabulan (Kisah 15:20, 29; 21:25)

1Korintus 5:1-13 Memang orang mendengar, bahwa ada percabulan di antara kamu, dan percabulan yang begitu rupa, seperti yang tidak terdapat sekalipun di antara bangsa-bangsa yang tidak mengenal Allah, yaitu bahwa ada orang yang hidup dengan isteri ayahnya. 2 Sekalipun demikian kamu sombong. Tidakkah lebih patut kamu berdukacita dan menjauhkan orang yang melakukan hal itu dari tengah-tengah kamu? 3 Sebab aku, sekalipun secara badani tidak hadir, tetapi secara rohani hadir, aku--sama seperti aku hadir--telah menjatuhkan hukuman atas dia, yang telah melakukan hal yang semacam itu. 4 Bilamana kita berkumpul dalam roh, kamu bersama-sama dengan aku, dengan kuasa Yesus, Tuhan kita, 5 orang itu harus kita serahkan dalam nama Tuhan Yesus kepada Iblis, sehingga binasa tubuhnya, agar rohnya diselamatkan pada hari Tuhan. 6 Kemegahanmu tidak baik. Tidak tahukah kamu, bahwa sedikit ragi mengkhamiri seluruh adonan? 7 Buanglah ragi yang lama itu, supaya kamu menjadi adonan yang baru, sebab kamu memang tidak beragi. Sebab anak domba Paskah kita juga telah disembelih, yaitu Kristus. 8 Karena itu marilah kita berpesta, bukan dengan ragi yang lama, bukan pula dengan ragi keburukan dan kejahatan, tetapi dengan roti yang tidak beragi, yaitu kemurnian dan kebenaran. 9 Dalam suratku telah kutuliskan kepadamu, supaya kamu jangan bergaul dengan orang-orang cabul. 10 Yang aku maksudkan bukanlah dengan semua orang cabul pada umumnya dari dunia ini atau dengan semua orang kikir dan penipu atau dengan semua penyembah berhala, karena jika demikian kamu harus meninggalkan dunia ini. 11 Tetapi yang kutuliskan kepada kamu ialah, supaya kamu jangan bergaul dengan orang, yang sekalipun menyebut dirinya saudara, adalah orang cabul, kikir, penyembah berhala, pemfitnah, pemabuk atau penipu; dengan orang yang demikian janganlah kamu sekali-kali makan bersama-sama. 12 Sebab dengan wewenang apakah aku menghakimi mereka, yang berada di luar jemaat? Bukankah kamu hanya menghakimi mereka yang berada di dalam jemaat? 13 Mereka yang berada di luar jemaat akan dihakimi Allah. Usirlah orang yang melakukan kejahatan dari tengah-tengah kamu.

Percabulan dengan isteri ayahmu atau ibu tirimu bukan sekadar percabulan, tetapi ianya percabulan sumbang kadim (perhubungan antara saudara terdekat). Hukuman bagi persundalan dan khasnya bagi keadaan ini adalah pembuangan daripada jemaat sehinggalah bertaubat. Ini adalah supaya hidup pencabul itu akan diselamatkan pada hari-hari terakhir.

1Korintus 5:5 orang itu harus kita serahkan dalam nama Tuhan Yesus kepada Iblis, sehingga binasa tubuhnya, agar rohnya diselamatkan pada hari Tuhan.

Dengan itu mereka daripada jemaat yang bukan di dalam roh adalah di bawah kekuasaan tuhan dunia ini dan terserah kepada kebangkitan kedua. Kegagalan di dalam jemaat untuk mencapai kebangkitan pertama itu, bermaksud penghantaran kepada kebangkitan kedua. Lebih awal ini dibuat dan lebih jelas lagi ianya dinyatakan kepada pesalah itu, maka lebih banyak peluang bagi dia bertaubat, sama ada sekarang, atau di kemudian harinya pada waktu kebangkitan kedua.

 

Tubuh adalah milik Tuhan, kerana kamu adalah bait Allah.

 

1Korintus 6:12-20 Segala sesuatu halal bagiku, tetapi bukan semuanya berguna. Segala sesuatu halal bagiku, tetapi aku tidak membiarkan diriku diperhamba oleh suatu apapun. 13 Makanan adalah untuk perut dan perut untuk makanan: tetapi kedua-duanya akan dibinasakan Allah. Tetapi tubuh bukanlah untuk percabulan, melainkan untuk Tuhan, dan Tuhan untuk tubuh. 14 Allah, yang membangkitkan Tuhan, akan membangkitkan kita juga oleh kuasa-Nya. 15 Tidak tahukah kamu, bahwa tubuhmu adalah anggota Kristus? Akan kuambilkah anggota Kristus untuk menyerahkannya kepada percabulan? Sekali-kali tidak! 16 Atau tidak tahukah kamu, bahwa siapa yang mengikatkan dirinya pada perempuan cabul, menjadi satu tubuh dengan dia? Sebab, demikianlah kata nas: "Keduanya akan menjadi satu daging." 17 Tetapi siapa yang mengikatkan dirinya pada Tuhan, menjadi satu roh dengan Dia. 18 Jauhkanlah dirimu dari percabulan! Setiap dosa lain yang dilakukan manusia, terjadi di luar dirinya. Tetapi orang yang melakukan percabulan berdosa terhadap dirinya sendiri. 19 Atau tidak tahukah kamu, bahwa tubuhmu adalah bait Roh Kudus yang diam di dalam kamu, Roh Kudus yang kamu peroleh dari Allah, --dan bahwa kamu bukan milik kamu sendiri? 20 Sebab kamu telah dibeli dan harganya telah lunas dibayar: Karena itu muliakanlah Allah dengan tubuhmu!

 

Allah juga akan menghakimi orang-orang sundal dan suka berzina.

 

Ibrani 13:4  Hendaklah kamu semua penuh hormat terhadap perkawinan dan janganlah kamu mencemarkan tempat tidur, sebab orang-orang sundal dan pezinah akan dihakimi Allah.

 

Hukum Allah di dalam jemaat terletak lebih tinggi peringkatnya di kalangan umat-umat terpilih, berbanding hukum ini bagi bangsa.

 

Matius 5:27-32 Kamu telah mendengar firman: Jangan berzinah. 28 Tetapi Aku berkata kepadamu: Setiap orang yang memandang perempuan serta menginginkannya, sudah berzinah dengan dia di dalam hatinya. 29 Maka jika matamu yang kanan menyesatkan engkau, cungkillah dan buanglah itu, karena lebih baik bagimu jika satu dari anggota tubuhmu binasa, dari pada tubuhmu dengan utuh dicampakkan ke dalam neraka. 30 Dan jika tanganmu yang kanan menyesatkan engkau, penggallah dan buanglah itu, karena lebih baik bagimu jika satu dari anggota tubuhmu binasa dari pada tubuhmu dengan utuh masuk neraka. 31 Telah difirmankan juga: Siapa yang menceraikan isterinya harus memberi surat cerai kepadanya. 32 Tetapi Aku berkata kepadamu: Setiap orang yang menceraikan isterinya kecuali karena zinah, ia menjadikan isterinya berzinah; dan siapa yang kawin dengan perempuan yang diceraikan, ia berbuat zinah.

 

Dengan itu Pembaptisan membenarkan penerimaan Roh Kudus dan membolehkan seseorang itu bertindak mengikut hukum-hukum Allah, berdasarkan pada konsep fikiran dan suatu hubungan rohani dengan Allah. Hukum yang lebih tinggi ini menjadikan keadaan lebih sukar lagi pada peringkat-peringkat yang lebih tinggi. Seseorang itu seharusnya tidak menggunakan undang-undang perceraian, kerana ini menyebabkan seorang lagi berdosa dan menjadikannya lebih susah untuk memasuki kerajaan Allah. Ia menyebabkan berlakunya keganasan di dalam keluarga dan Allah membenci perceraian (Maleakhi 2:10-17).

 

Maleakhi 2:10-17 Bukankah kita sekalian mempunyai satu bapa? Bukankah satu Allah menciptakan kita? Lalu mengapa kita berkhianat satu sama lain dan dengan demikian menajiskan perjanjian nenek moyang kita? 11 Yehuda berkhianat, dan perbuatan keji dilakukan di Israel dan di Yerusalem, sebab Yehuda telah menajiskan tempat kudus yang dikasihi TUHAN dan telah menjadi suami anak perempuan allah asing. 12 Biarlah TUHAN melenyapkan dari kemah-kemah Yakub segenap keturunan orang yang berbuat demikian, sekalipun ia membawa persembahan kepada TUHAN semesta alam! 13 Dan inilah yang kedua yang kamu lakukan: Kamu menutupi mezbah TUHAN dengan air mata, dengan tangisan dan rintihan, oleh karena Ia tidak lagi berpaling kepada persembahan dan tidak berkenan menerimanya dari tanganmu. 14 Dan kamu bertanya: "Oleh karena apa?" Oleh sebab TUHAN telah menjadi saksi antara engkau dan isteri masa mudamu yang kepadanya engkau telah tidak setia, padahal dialah teman sekutumu dan isteri seperjanjianmu. 15 Bukankah Allah yang Esa menjadikan mereka daging dan roh? Dan apakah yang dikehendaki kesatuan itu? Keturunan ilahi! Jadi jagalah dirimu! Dan janganlah orang tidak setia terhadap isteri dari masa mudanya. 16 Sebab Aku membenci perceraian, firman TUHAN, Allah Israel--juga orang yang menutupi pakaiannya dengan kekerasan, firman TUHAN semesta alam. Maka jagalah dirimu dan janganlah berkhianat! 17 Kamu menyusahi TUHAN dengan perkataanmu. Tetapi kamu berkata: "Dengan cara bagaimanakah kami menyusahi Dia?" Dengan cara kamu menyangka: "Setiap orang yang berbuat jahat adalah baik di mata TUHAN; kepada orang-orang yang demikianlah Ia berkenan--atau jika tidak, di manakah Allah yang menghukum?"

 

Percabulan ada dendanya yang mengikutinya.

 

Keluaran 22:16-18 Apabila seseorang membujuk seorang anak perawan yang belum bertunangan, dan tidur dengan dia, maka haruslah ia mengambilnya menjadi isterinya dengan membayar mas kawin. 17 Jika ayah perempuan itu sungguh-sungguh menolak memberikannya kepadanya, maka ia harus juga membayar perak itu sepenuhnya, sebanyak mas kawin anak perawan." 18 "Seorang ahli sihir perempuan janganlah engkau biarkan hidup.

 

Perbuatan percabulan mewajibkan perkahwinan. Dalam keadaan di mana perkahwinan tidak mungkin, atau ditolak oleh ayah perempuan itu, maka mas kahwin perawan haruslah dibayar sebagai ganti rugi. Percabulan membawakan hukuman. Percabulan pada tahap rohani sepertimana dengan ilmu sihir boleh dihukum mati. Kerana segala dosa adalah terhadap Allah dan kita bukannya berdosa terhadap manusia, tapi kita hanya merosakkan mereka. Kita berdosa terhadap Allah dan Allah seorang sahaja.

 

Mazmur 51:1-4 Untuk pemimpin biduan. Mazmur dari Daud, ketika nabi Natan datang kepadanya setelah ia menghampiri Batsyeba. Kasihanilah aku, ya Allah, menurut kasih setia-Mu, hapuskanlah pelanggaranku menurut rahmat-Mu yang besar! 2 Bersihkanlah aku seluruhnya dari kesalahanku, dan tahirkanlah aku dari dosaku! 3 Sebab aku sendiri sadar akan pelanggaranku, aku senantiasa bergumul dengan dosaku. 4 Terhadap Engkau, terhadap Engkau sajalah aku telah berdosa dan melakukan apa yang Kauanggap jahat, supaya ternyata Engkau adil dalam putusan-Mu, bersih dalam penghukuman-Mu.

 

Hukuman bagi zina adalah mati dan hukuman bagi segala macam percabulan adalah mati, kerana hukum bersepuluh dan perundangannya semuanya ditegakkan oleh hukuman mati. Hukum-hukum itu haruslah ditadbir dengan belas kasihan dan murah hati, dan tiada seorangpun yang harus mati tanpa diberikan peluang untuk bertaubat.

 

Yohanes 8:1-11 tetapi Yesus pergi ke bukit Zaitun. 2 Pagi-pagi benar Ia berada lagi di Bait Allah, dan seluruh rakyat datang kepada-Nya. Ia duduk dan mengajar mereka. 3 Maka ahli-ahli Taurat dan orang-orang Farisi membawa kepada-Nya seorang perempuan yang kedapatan berbuat zinah. 4 Mereka menempatkan perempuan itu di tengah-tengah lalu berkata kepada Yesus: "Rabi, perempuan ini tertangkap basah ketika ia sedang berbuat zinah. 5 Musa dalam hukum Taurat memerintahkan kita untuk melempari perempuan-perempuan yang demikian. Apakah pendapat-Mu tentang hal itu?" 6 Mereka mengatakan hal itu untuk mencobai Dia, supaya mereka memperoleh sesuatu untuk menyalahkan-Nya. Tetapi Yesus membungkuk lalu menulis dengan jari-Nya di tanah. 7 Dan ketika mereka terus-menerus bertanya kepada-Nya, Iapun bangkit berdiri lalu berkata kepada mereka: "Barangsiapa di antara kamu tidak berdosa, hendaklah ia yang pertama melemparkan batu kepada perempuan itu." 8 Lalu Ia membungkuk pula dan menulis di tanah. 9 Tetapi setelah mereka mendengar perkataan itu, pergilah mereka seorang demi seorang, mulai dari yang tertua. Akhirnya tinggallah Yesus seorang diri dengan perempuan itu yang tetap di tempatnya. 10 Lalu Yesus bangkit berdiri dan berkata kepadanya: "Hai perempuan, di manakah mereka? Tidak adakah seorang yang menghukum engkau?" 11 Jawabnya: "Tidak ada, Tuhan." Lalu kata Yesus: "Akupun tidak menghukum engkau. Pergilah, dan jangan berbuat dosa lagi mulai dari sekarang."

 

Kuasa penghakiman terletak pada Mesias, dan hanya dengan pertaubatan kita dibawakan di hadapan Allah Hidup sebagai sebahagian daripada BaitNya (rujuk 1 Korintus 5:1-13). Fikiran-fikiran jahat datangnya dari dalam, dan memperlihatkan keadaan roh diri sendiri (Markus 7:21).

 

Keseluruhan proses pemikiran di dalam percabulan dan kesesatan, berasal daripada diri yang menjauhi Allah dan bentuk fikiran menyembah berhala. Seluruh maksud Roma 1:1-32 adalah untuk menunjukkan bahawa daripada penyembahan berhala dan dusta, atau tidak beriman (yang menghalang kebenaran dengan kejahatan), kita dapati percabulan dan nafsu-nafsu daging yang bukan semulajadi, contohnya sodomi (semburit) dan lesbianisme dan pelanggaran setiap perintah. Kerana sepertimana dengan hukum, semua perintah menyalur daripada Hukum Besar Pertama. Begitu juga dengan setiap pemutarbelitan hukum, yang asalnya daripada pelanggaran hukum itu.

 

Roma 1:28-32 Dan karena mereka tidak merasa perlu untuk mengakui Allah, maka Allah menyerahkan mereka kepada pikiran-pikiran yang terkutuk, sehingga mereka melakukan apa yang tidak pantas: 29 penuh dengan rupa-rupa kelaliman, kejahatan, keserakahan dan kebusukan, penuh dengan dengki, pembunuhan, perselisihan, tipu muslihat dan kefasikan. 30 Mereka adalah pengumpat, pemfitnah, pembenci Allah, kurang ajar, congkak, sombong, pandai dalam kejahatan, tidak taat kepada orang tua, 31 tidak berakal, tidak setia, tidak penyayang, tidak mengenal belas kasihan. 32 Sebab walaupun mereka mengetahui tuntutan-tuntutan hukum Allah, yaitu bahwa setiap orang yang melakukan hal-hal demikian, patut dihukum mati, mereka bukan saja melakukannya sendiri, tetapi mereka juga setuju dengan mereka yang melakukannya.

 

Satu-satunya jalan keluar daripada kekacauan percabulan ini adalah pertaubatan sebenar.

 

2Korintus 12:21 Aku kuatir, bahwa apabila aku datang lagi, Allahku akan merendahkan aku di depan kamu, dan bahwa aku akan berdukacita terhadap banyak orang yang di masa yang lampau berbuat dosa dan belum lagi bertobat dari kecemaran, percabulan dan ketidaksopanan yang mereka lakukan.

 

Galatia 5:19-21 Perbuatan daging telah nyata, yaitu: percabulan, kecemaran, hawa nafsu, 20 penyembahan berhala, sihir, perseteruan, perselisihan, iri hati, amarah, kepentingan diri sendiri, percideraan, roh pemecah, 21 kedengkian, kemabukan, pesta pora dan sebagainya. Terhadap semuanya itu kuperingatkan kamu--seperti yang telah kubuat dahulu--bahwa barangsiapa melakukan hal-hal yang demikian, ia tidak akan mendapat bagian dalam Kerajaan Allah.

 

Tiada seorangpun yang dapat mewarisi kerajaan Allah dalam keadaan percabulan atau apa-apapun kekotoran yang lain.  Namun  begitu, kita bukan dibenarkan oleh hukum itu mahupun penurutan kita padanya. Kebenaran/kesalehan kita adalah seumpama kain kotor (Yesaya 64:6). Kita bukannya diselamatkan oleh pekerjaan kita sendiri di bawah hukum tetapi oleh kasih karunia; bukan dengan persunatan daging, tetapi dengan persunatan hati kita di dalam Roh Kudus (Galatia 5:1-4). Jika kamu dibenarkan oleh hukum itu maka kamu telah jatuh daripada kasih karunia. Adakah itu bermakna bahawa kita tidak perlu untuk memelihara hukum? Tidak sama sekali. Khususnya ianya kehendak Allah dan memangpun pengudusan kita, bahawa kita menjauhi daripada percabulan (1Tesalonika 4:3).

 

Dunia ini dan orang-orang di dalamnya akan dihapuskan oleh Allah yang hidup, kerana mereka tidak bertaubat daripada segala perbuatan mereka dan percabulan mereka serta pencurian mereka.

 

Wahyu 9:21 dan mereka tidak bertobat dari pada pembunuhan, sihir, percabulan dan pencurian.

 

Kerana percabulan-percabulan dunia ini datangnya daripada sistem palsu perempuan sundal itu, yang telah bercabulan dengan para raja dunia (Wahyu 14:8; 17:2-4; 18:3; 19:2) dan sistem palsunya dan tuhan dunia ini, yang telah membutakan mata semua manusia (2 Korintus 4:4) dan mereka telah terus bersundal (rujuk Hosea 4:1-19; Yehezkiel 23:19-21). Allah akan menghakimi mereka semua. Dia akan mengambil keturunan ahli-ahli sihir dan pencabul-pencabul dan pembuat-pembuat kejahatan itu dan mengerjakan mereka. Dia akan membukakan orang-orang benar dan berbelas kasihan dan tiada orang yang akan peduli, dan kemudiannya Dia akan membinasakan keturunan palsu itu dan akan tiada keamanan lagi. (rujuk Yesaya 57:1-21).

 

Begitu juga tiada yang akan selamat hanya kerana tidak dilahirkan daripada percabulan (Yohanes 8:41-42).

 

Pelanggaran perintah-perintah itu datangnya daripada ketiadaan kebenaran, belas kasihan dan pengetahuan Allah di dalam negeri (Hosea 4:1, rujuk 1 Tawarikh 5:25).

 

Perlindungan bagi Perempuan di dalam Perkahwinan atau Kesatuan-kesatuan Kewangan

Kapasiti untuk membeli hamba wujud di bawah hukum Allah. Namun begitu, ada beberapa kawalan-kawalan keselamatan penting di bawah hukum, yang membawakan pedoman untuk hari ini.

 

Keluaran 21:7-11 Apabila ada seorang menjual anaknya yang perempuan sebagai budak, maka perempuan itu tidak boleh keluar seperti cara budak-budak lelaki keluar. 8 Jika perempuan itu tidak disukai tuannya, yang telah menyediakannya bagi dirinya sendiri, maka haruslah tuannya itu mengizinkan ia ditebus; tuannya itu tidak berhak untuk menjualnya kepada bangsa asing, karena ia memungkiri janjinya kepada perempuan itu. 9 Jika tuannya itu menyediakannya bagi anaknya laki-laki, maka haruslah tuannya itu memperlakukannya seperti anak-anak perempuan berhak diperlakukan. 10 Jika tuannya itu mengambil perempuan lain, ia tidak boleh mengurangi makanan perempuan itu, pakaiannya dan persetubuhan dengan dia. 11 Jika tuannya itu tidak melakukan ketiga hal itu kepadanya, maka perempuan itu harus diizinkan keluar, dengan tidak membayar uang tebusan apa-apa."

Tiada seorangpun yang perlu direndahkan oleh keadaan-keadaan kewangan, sehinggakan kewarganegaraan mereka boleh diprejudiskan, atau kapasiti mereka untuk memasuki perkahwinan sebagai kesatuan yang berkekalan. Tiada seorangpun yang memasuki perkahwinan melalui perjanjian kewangan dibenarkan merosakkan kebajikan jangka panjang seorang isteri, atau anak perempuan mertua, ataupun menahan kebebasan mereka.

 

Peraturan-peraturan Yang Meliputi Berbagai Jenis Percabulan

Imamat 18:1-30  TUHAN berfirman kepada Musa: 2 "Berbicaralah kepada orang Israel dan katakan kepada mereka: Akulah TUHAN, Allahmu. 3 Janganlah kamu berbuat seperti yang diperbuat orang di tanah Mesir, di mana kamu diam dahulu; juga janganlah kamu berbuat seperti yang diperbuat orang di tanah Kanaan, ke mana Aku membawa kamu; janganlah kamu hidup menurut kebiasaan mereka. 4 Kamu harus lakukan peraturan-Ku dan harus berpegang pada ketetapan-Ku dengan hidup menurut semuanya itu; Akulah TUHAN, Allahmu. 5 Sesungguhnya kamu harus berpegang pada ketetapan-Ku dan peraturan-Ku. Orang yang melakukannya, akan hidup karenanya; Akulah TUHAN.

 

Percabulan sumbang sesama saudara/inses

6 Siapapun di antaramu janganlah menghampiri seorang kerabatnya yang terdekat untuk menyingkapkan auratnya; Akulah TUHAN. 7 Janganlah kausingkapkan aurat isteri ayahmu, karena ia hak ayahmu; dia ibumu, jadi janganlah singkapkan auratnya. 8 Janganlah kausingkapkan aurat seorang isteri ayahmu, karena ia hak ayahmu. 9 Mengenai aurat saudaramu perempuan, anak ayahmu atau anak ibumu, baik yang lahir di rumah ayahmu maupun yang lahir di luar, janganlah kausingkapkan auratnya. 10 Mengenai aurat anak perempuan dari anakmu laki-laki atau anakmu perempuan, janganlah kausingkapkan auratnya, karena dengan begitu engkau menodai keturunanmu. 11 Mengenai aurat anak perempuan dari seorang isteri ayahmu, yang lahir pada ayahmu sendiri, janganlah kausingkapkan auratnya, karena ia saudaramu perempuan. 12 Janganlah kausingkapkan aurat saudara perempuan ayahmu, karena ia kerabat ayahmu. 13 Janganlah kausingkapkan aurat saudara perempuan ibumu, karena ia kerabat ibumu. 14 Janganlah kausingkapkan aurat isteri saudara laki-laki ayahmu, janganlah kauhampiri isterinya, karena ia isteri saudara ayahmu. 15 Janganlah kausingkapkan aurat menantumu perempuan, karena ia isteri anakmu laki-laki, maka janganlah kausingkapkan auratnya. 16 Janganlah kausingkapkan aurat isteri saudaramu laki-laki, karena itu hak saudaramu laki-laki. 17 Janganlah kausingkapkan aurat seorang perempuan dan anaknya perempuan. Janganlah kauambil anak perempuan dari anaknya laki-laki atau dari anaknya perempuan untuk menyingkapkan auratnya, karena mereka adalah kerabatmu; itulah perbuatan mesum. 18 Janganlah kauambil seorang perempuan sebagai madu kakaknya untuk menyingkapkan auratnya di samping kakaknya selama kakaknya itu masih hidup.

 

Satu-satunya daripada larangan-larangan ini yang tertakhluk kepada masa adalah perkahwinan dengan saudara perempuan. Jika seorang kakak itu masih hidup, saudaranya tidak boleh diambil sebagai isteri, sehinggalah kakak yang menjadi isteri itu telah mati. Yakub telah melanggar peraturan ini ketika dia telah memperisterikan kedua-dua Lea dan Rahel. Dia mempunyai alasan untuk mengetepikan Lea dan hanya mengambil Rahel, tetapi dia tidak berbuat demikian. Di sini dia melambangkan Kristus yang memperisterikan Yehuda dan Israel dan kemudiannya mengambil sebagai isteri Israel dan bangsa-bangsa lain, sebagai sebahagian daripada dua belas suku kaum.

 

Satu lagi pengecualian di dalam peraturan-peraturan ini adalah apabila seorang lelaki itu mati tanpa anak; isterinya haruslah diperanakkan oleh saudara kepada suaminya yang telah mati, bagi memelihara warisan saudara yang sudah mati itu dan kebajikan keluarga si isteri. Anak itu nanti haruslah dikira sebagai keturunan suaminya yang telah mati. Secara amalannya ini diambil masuk ke dalam keturunan, luar daripada saudara langsung yang terdekat, sepertimana dalam kes Rut dan Boas. Mereka telah berkahwin.

 

Tiada perempuan yang boleh didekati dalam keadaan datang haidnya/menstruasi atau keadaan-keadaan yang serupa;

19 Janganlah kauhampiri seorang perempuan pada waktu cemar kainnya yang menajiskan untuk menyingkapkan auratnya.

 

ataupun untuk berzina:

 20 Dan janganlah engkau bersetubuh dengan isteri sesamamu, sehingga engkau menjadi najis dengan dia.

 

Seluruh maksud perintah ketujuh adalah bertujuan untuk menghasilkan suatu bangsa yang kudus, dan suatu umat yang murni yang didedikasikan kepada Allah. Perhubungan perkahwinan seharusnya tidak dinodai, supaya umat-umat itu tidak ternoda. Atas sebab inilah kesucian anak dilindungi dan penggunaan mereka di dalam pelayanan Allah di dalam bangsa dipelihara. Tiada seorang anakpun yang harus dibiarkan melalui api sebagai persembahan kepada Molokh. Penyembahan jahat ini terhadap Molokh, atau Kamos, atau Dewa Bulan Sin sebagai Anak Lembu Emas Sinai, sepertimana yang dia lazimnya dipanggil, melibatkan pengorbanan dan juga (bagi orang-orang Aryan) pemakanan daging anak-anak, dan ini merupakan suatu perbuatan keji terhadap Allah. Menurut pada Abbe MacGeoghegan, penyembahan Anak Lembu Emas itu diteruskan oleh orang-orang Milesia di Ireland, sebagai ketuhanan kedua selepas [pokok] Oak dan Mistletoe yang keramat, sehinggalah kedatangan agama Kristian (MacGeoghegan-Mitchell, History of Ireland, Sadlier, NY, 1868, mukasurat 65). Agama tuhan Bertiga (Triune) golongan Aryan ini berleluasa di kalangan orang-orang Phoenicia, Carthage, Gaul, Scythia, Yunani and Rom. Inilah sebabnya kenapa Trinitas itu diperkenalkan dan dipertahankan dengan sungguh-sungguh, oleh orang-orang Rom dan Celt. Amalan memakan anak-anak dan anjing berterusan di sana sehinggalah pembinasaan Carthage. Amalan ini dihentikan dari antara orang-orang Carthage sewaktu pemerintahan Darius I, yang menganggapnya suatu kebiadapan.

 

Orang-orang Milesia dari Ireland bukan bersendiri di dalam amalan pengorbanan dan pemakanan daging manusia ini (lazimnya untuk tujuan-tujuan sihir) kerana Polybius merekodkan bahawa [H]Annibal menolak cadangan yang ditujukan kepadanya oleh orang-orang Gaul untuk memakan daging manusia. Ianya berleluasa di kalangan orang-orang Irish, Gaul, Briton, Sepanyol, Scythia dan bangsa-bangsa yang lain. Strabo, (rujuk karya Geography ibid) pada abad pertama SM (Sebelum Masehi), mencatatkan bahawa orang-orang Irish memakan orang-orang mati mereka dan khasnya ibubapa mereka. Ini membuatkan hukum-hukum Alkitab mengenai penajisan/pencemaran keimamatan bagi yang mati lebih ngeri dan nyata lagi. Orang-orang Scot dari Britain diperhatikan oleh Jerome pada waktu dia melihat mereka di Gaul bahawa mereka adalah pemakan daging manusia pada zamannya, pada penghujung abad keempat (rujuk MacGeoghegan ibid., mukasurat 67).

 

Bulan sabit dan bintang yang bersamanya yang telah membolosi Islampun, dikaitkan dengan penyembahan Dewa Bulan Sin (rujuk karya Anak Lembu Emas [222]). Jones dan Pennick (karya A History of Pagan Europe, Routledge, London and New York, 1995, mukasurat 77 dan seterusnya) memerhatikan bahawa motif bulan sabit dan bintang di dalam Islam mengingatkan kepada penyembahan Dewa Bulan Sin, yang sudahpun memuatkan penyembahan tiga dewi itu Al’lat, Al-Uzzah and Manat. Sistem Triune ini terkandung di dalam masyarakat Aryan dan dijumpai di kalangan orang-orang Celt dalam bentuk-bentuk serupa sistem Triune itu dan ketiga-tiga dewi tersebut, yang mana salah satu daripadanya adalah Bridgit (atau Brigit). Sistem Triune di Gaul juga melibatkan tiga dewa/tuhan iaitu Esus, Taranis dan Teutates. Mereka ini dan sistem Triune adalah sebahagian daripada sistem sama yang melibatkan Grove (belukar atau rimba kecil) keramat/suci dan Dewa Bulan Sin, yang juga disembah oleh penyokong-penyokong itu. Grove keramat ini diselerakkan dengan usus perut manusia dan golongan Druid sekalipun tidak akan memasukinya pada masa-masa tertentu. Sardinia merupakan kubu sistem Pagan ini sehinggalah abad kesebelas, dan telah memberikan rasuah atau wang suap kepada para pemimpin demi membiarkannya.

 

21 Janganlah kauserahkan seorang dari anak-anakmu untuk dipersembahkan kepada Molokh, supaya jangan engkau melanggar kekudusan nama Allahmu; Akulah TUHAN.

 

Sistem itu sudah lama ada di Ireland, dan pemakanan daging manusia sudah menjadi satu kebiasaan di sana, dan juga di kalangan orang-orang Scot, yang asalnya dari Ireland ketika ia masih dikenali sebagai Scotia. Penggalian baru-baru ini batu-batu besar megalith di County Sligo menunjukkan kubur-kubur besar kepada beribu-ribu orang, lebih ramai daripada yang mungkin boleh ditampung oleh daerah sekelilingnya. Ada beratus-ratus kawasan pengkebumian seperti ini di seluruh Ireland, tetapi Sligo nampaknya adalah suatu kawasan utama. Ahli-ahli arkeologi telah menemukan baru-baru ini, bahawa mayat-mayat orang itu dibakar menggunakan lemak badan sendiri dan kemudiannya (sepertimana yang disebutkan oleh seorang terpelajar di dalam suatu temubual radio baru-baru ini) “nampaknya digali keluar dari kubur untuk suatu pesta bagi keluarga-keluarga mereka atau yang serupa, pada masa kemudian nanti”. Kesimpulan yang jelas di sini, seperti yang direkodkan oleh Strabo, sepertimana yang telah berlaku sehingga sekurang-kurangnya abad pertama, sedang sungguh-sungguh tidak dipedulikan pada hari ini (seperti yang dilakukan oleh MacGeoghegan ketika dia membuat pemerhatian terhadap amalan pengkebumian itu). Kesimpulannya, mereka memakan mayat orang-orang mati mereka. Hakikatnya adalah bahawa manusia dan kebanyakannya anak-anak dibakar di dalam gambar-gambar tuhan mereka atau di atas api, di seluruh pelusuk dunia Aryan dan Phoenicia. Para ibu dari golongan Romano-Celtic dan Phoenicia mengambilnya sebagai suatu kebanggaan bahawa mereka dapat menghiburkan anak-anak mereka tanpa sebarang perasaan, sementara anak-anak mereka itu dibakar hidup-hidup atas alasan ibadat dan jeritan-jeritan mereka ditenggelami oleh bunyi gendang dan trompet (rujuk juga karya MacGeoghegan ibid., mukasurat 65-73).

 

Adat-adat resam ini dijumpai di Tirus dan di kalangan orang-orang Phoenicia, dan telah berterusan di situ untuk suatu masa yang lama dan di kalangan orang-orang Kanaan. Mereka yang tiada anak membelinya daripada mereka yang miskin supaya mereka tidak kekurangan korban yang sesuai. Anak-anak yang dibakar sama ada dibuang ke dalam dapur peleburan/perapian atau dimasukkan ke dalam suatu patung Saturn, yang kemudiannya dibakar. Kekalahan Carthage kepada Agathocles dikatakan mereka adalah disebabkan oleh perbuatan mereka mengorbankan anak-anak bertaraf kelas kedua, iaitu anak-anak orang asing dan hamba, kepada tuhan mereka dalam bentuk Saturn (jadi dipanggil Saturnalia) dan bukannya anak-anak mereka sendiri yang bertaraf kelas pertama. Kemudiannya mereka telah mempersembahkan korban dua ratus anak-anak kelas pertama dan tiga ratus penduduk yang telah rela mengorbankan diri mereka, demi untuk menyenangkan hati tuhan mereka atas kesalahan kecuaian mereka itu. (MacGeoghegan mukasurat 67-68).

 

Menurut rekod abad kesembilan belas Cornelius Walford berkenaan Kebuluran-kebuluran, kanibalisme direkodkan di kalangan orang-orang Irish pada waktu-waktu kebuluran tahun 1588-89 dan 1601-03 (rujuk karya Reay Tannahill Flesh and Blood untuk suatu sejarah umum mengenai kanibalisme tersebut dan yang lain). Episod terakhir penghentian kanibalisme suku kaum atau puak di UK, adalah di kawasan Western Highlands di Scotland pada abad ketujuh belas, apabila suatu regimen yang terdiri daripada 400 orang di bawah pimpinan James VI dari Scotland, juga James I dari England, telah masuk menghapuskan puak Sawney Beane, penduduk-penduduk gua di Galloway. Orang-orang itu ditangkap dan dihukum bunuh di Edinburgh tanpa perbicaraan, orang-orang lelakinya dipotong-potong anggotanya hidup-hidup sementara perempuannya dibakar. Telah diperkatakan bahawa tiada seorangpun pengembara di kawasan Western Highlands itu yang selamat sehinggalah semua ini dilakukan demi kepentingan kemanusiaan. Amalan pengayau (pemburuan kepala) dan kanibalisme berleluasa di Indonesia, Laut Coral dan Australia sehinggalah abad ini. Perempuan-perempuan Aborigine juga direkodkan telah berkongsi (makan) anak-anak mereka di antara saudara-saudara perempuan terdekat mereka pada masa-masa sukar. Kanibalisme berterusan di Papua-New Guinea dan kawasan-kawasan tertentu Asia Tenggara dan di dalam Afrika selepas Perang Dunia Kedua di mana penyakit ketawa (suatu penyakit kanibalisme) masih lagi dilaporkan. Ada juga daripada golongan Pagan yang masih lagi melakukan persembahan korban manusia secara rahsia hingga ke hari ini.

 

Kultus ini yang melibatkan penyembahan Dewa Bulan Sin sebagai Anak Lembu Emas atau Molokh, atau di dalam aspek-aspeknya berkenaan Tuhan Triune/Bertiga, yang mana Trinitas merupakan terbitan modennya, merupakan bentuk yang paling jahat sekali dalam kebiadapan manusia. Allah mengutuknya dan sistemnya itu yang masih lagi kekal hingga ke hari ini (rujuk karya-karya Asal-usul Krismas dan Easter [235]; dan Doktrin Mengenai Dosa Asal Bagian I Taman Eden [246]).

 

Seluruh sistem itu terkandung di dalam amalan-amalan zina Kultus-kultus Misteri. Zina, percabulan, dan keinginan-keinginan nafsu daging dan korban manusia dan Krismas serta Easter merupakan aspek-aspek penyembahan pagan yang diterapkan, yang disepadankan kepada kalendar dan sistem penyembahan yang masih diamalkan hari ini. Dunia ini, termasuk juga Israel, ada di dalam suatu hubungan zina dengan Tuhan dunia ini dan tidak menyedarinya.

 

Hubungan sumbang dengan binatang

Hubungan sebegini ditolak oleh iman kita.

23 Janganlah engkau berkelamin dengan binatang apapun, sehingga engkau menjadi najis dengan binatang itu. Seorang perempuan janganlah berdiri di depan seekor binatang untuk berkelamin, karena itu suatu perbuatan keji.

 

Penawanan dan pembinasaan adalah hukumannya, dan atas sebab ini dan kerana penyembahan Ashtaroth atau Easter, para penduduk Kanaan diperintahkan dibinasakan oleh Allah. Tiada seorangpun yang beriman yang dibenarkan melakukan perkara-perkara ini, mahupun sesiapa daripada bangsa itu, ataupun sebarang orang asing yang berdiam di antara kita.

24 Janganlah kamu menajiskan dirimu dengan semuanya itu, sebab dengan semuanya itu bangsa-bangsa yang akan Kuhalaukan dari depanmu telah menjadi najis. 25 Negeri itu telah menjadi najis dan Aku telah membalaskan kesalahannya kepadanya, sehingga negeri itu memuntahkan penduduknya. 26 Tetapi kamu ini haruslah tetap berpegang pada ketetapan-Ku dan peraturan-Ku dan jangan melakukan sesuatupun dari segala kekejian itu, baik orang Israel asli maupun orang asing yang tinggal di tengah-tengahmu, 27 --karena segala kekejian itu telah dilakukan oleh penghuni negeri yang sebelum kamu, sehingga negeri itu sudah menjadi najis—28 supaya kamu jangan dimuntahkan oleh negeri itu, apabila kamu menajiskannya, seperti telah dimuntahkannya bangsa yang sebelum kamu. 29 Karena setiap orang yang melakukan sesuatupun dari segala kekejian itu, orang itu harus dilenyapkan dari tengah-tengah bangsanya. 30 Dengan demikian kamu harus tetap berpegang pada kewajibanmu terhadap Aku, dan jangan kamu melakukan sesuatu dari kebiasaan yang keji itu, yang dilakukan sebelum kamu, dan janganlah kamu menajiskan dirimu dengan semuanya itu; Akulah TUHAN, Allahmu."

 

Aspek-aspek ini diperiksa lebih lanjut di bawah.

 

Penghukuman

Pada keadaan di mana seorang hamba perempuan melakukan percabulan dan tidak merdeka, dia haruslah dihukum. Ini juga meliputi seseorang yang dipaksa di dalam pekerjaan kerana sebab-sebab ekonomi.

 

Imamat 19:20 Apabila seorang laki-laki bersetubuh dengan seorang perempuan, yakni seorang budak perempuan yang ada di bawah kuasa laki-laki lain, tetapi yang tidak pernah ditebus dan tidak juga diberi surat tanda merdeka, maka perbuatan itu haruslah dihukum; tetapi janganlah keduanya dihukum mati, karena perempuan itu belum dimerdekakan.

 

Hukuman bagi zina adalah mati. Peluang bertaubat haruslah diberikan sepertimana yang kita lihat daripada contoh Kristus.

 

Imamat 20:10-24 Bila seorang laki-laki berzinah dengan isteri orang lain, yakni berzinah dengan isteri sesamanya manusia, pastilah keduanya dihukum mati, baik laki-laki maupun perempuan yang berzinah itu. 11 Bila seorang laki-laki tidur dengan seorang isteri ayahnya, jadi ia melanggar hak ayahnya, pastilah keduanya dihukum mati, dan darah mereka tertimpa kepada mereka sendiri. 12 Bila seorang laki-laki tidur dengan menantunya perempuan, pastilah keduanya dihukum mati; mereka telah melakukan suatu perbuatan keji, maka darah mereka tertimpa kepada mereka sendiri. 13 Bila seorang laki-laki tidur dengan laki-laki secara orang bersetubuh dengan perempuan, jadi keduanya melakukan suatu kekejian, pastilah mereka dihukum mati dan darah mereka tertimpa kepada mereka sendiri. 14 Bila seorang laki-laki mengambil seorang perempuan dan ibunya, itu suatu perbuatan mesum; ia dan kedua perempuan itu harus dibakar, supaya jangan ada perbuatan mesum di tengah-tengah kamu. 15 Bila seorang laki-laki berkelamin dengan seekor binatang, pastilah ia dihukum mati, dan binatang itupun harus kamu bunuh juga. 16 Bila seorang perempuan menghampiri binatang apapun untuk berkelamin, haruslah kaubunuh perempuan dan binatang itu; mereka pasti dihukum mati dan darah mereka tertimpa kepada mereka sendiri. 17 Bila seorang laki-laki mengambil saudaranya perempuan, anak ayahnya atau anak ibunya, dan mereka bersetubuh, maka itu suatu perbuatan sumbang, dan mereka harus dilenyapkan di depan orang-orang sebangsanya; orang itu telah menyingkapkan aurat saudaranya perempuan, maka ia harus menanggung kesalahannya sendiri.

 

Oleh itu Abraham telah melanggar hukum itu dan tertakhluk kepada hukuman hukum Taurat tersebut. Allah telah mengantara selepas suatu tempoh berpanjangan kerana iman mereka. Kenapa pula hal ini berlaku tetapi dibenarkan? Sememangnya seluruh bangsa itu timbul dari situ. Bukan itu saja, Abraham menjadi bapa kepada seluruh iman dan bangsa Israel merupakan jalan bagi menggenapi semua ini. Jawapnya mudah saja. Ianya dilakukan untuk menunjukkan sekali lagi, perhubungan umat pilihan sebagai anak lelaki atau perempuan kepada Allah dan untuk menunjukkan bahawa anak-anak hasil daripada setiap perhubungan berdiri tegak atau jatuh atas dirinya sendiri di hadapan Allah dan semua orang boleh mewarisi kerajaan Allah, tidak kira bagaimana keadaannya mereka dilahirkan atau dosa mereka. Seorang anak yang dilahirkan dalam keadaan-keadaan yang bertentangan dengan hukum, walau bagaimanapun, berkemungkinan menjadi seorang anak Allah.

 

Di bawah sistem Triune Pagan, korban manusia dan juga kanibalisme berleluasa di kalangan mereka. Perbezaan antara Hukum Allah dan amalan kumpulan Pagan adalah mutlak sekali. Abraham telah digunakan untuk menunjukkan bahawa Allah tidak bersetuju, ataupun mahukan pengorbanan sebegitu, walaupun ianya sudah tentu dipersembahkan, jika hanya Dia telah memintanya. Korban bagi iman adalah diri sendiri, dan pengorbanan nyawa sendiri bagi sesama sendiri sepertimana yang Kristus telah tunjukkan kepada kita. Kita semua telah dipanggil kepada suatu pemahaman yang lebih tinggi. Pertaubatan itu diharap-harapkan daripada setiap orang, dan hukuman terakhirnya adalah mati.

 

Kita juga haruslah melindungi sesama sendiri dalam apa sekalipun keadaannya. Pemahaman kita tentang keadaan manusia, telah hanya sampai pada tahap itu, di mana kita mula memahami asas-asas saintifik kepada undang-undang ini. Namun begitu, terdapat asas rohani kepada setiap perundangan pentahiran itu (rujuk Hukum dan Perintah Tuhan Keenam [259]).

 

Imamat 20:18 Bila seorang laki-laki tidur dengan seorang perempuan yang bercemar kain, jadi ia menyingkapkan aurat perempuan itu dan membuka tutup lelerannya sedang perempuan itupun membiarkan tutup leleran darahnya itu disingkapkan, keduanya harus dilenyapkan dari tengah-tengah bangsanya.

 

Perhubungan-perhubungan yang kotor dihukum dengan dilenyapkan dari bangsa itu. Dengan itu perbuatan-perbuatan seperti itu membuangkan seseorang itu daripada jemaat dan iman. Hukuman bagi dosa-dosa tertentu adalah tidak mendapat anak.

 

Imamat 20:19-24 Janganlah kausingkapkan aurat saudara perempuan ibumu atau saudara perempuan ayahmu, karena aurat seorang kerabatnya sendirilah yang dibuka, dan mereka harus menanggung kesalahannya sendiri. 20 Bila seorang laki-laki tidur dengan isteri saudara ayahnya, jadi ia melanggar hak saudara ayahnya, mereka mendatangkan dosa kepada dirinya, dan mereka akan mati dengan tidak beranak. 21 Bila seorang laki-laki mengambil isteri saudaranya, itu suatu kecemaran, karena ia melanggar hak saudaranya laki-laki, dan mereka akan tidak beranak. 22 Demikianlah kamu harus berpegang pada segala ketetapan-Ku dan segala peraturan-Ku serta melakukan semuanya itu, supaya jangan kamu dimuntahkan oleh negeri ke mana Aku membawa kamu untuk diam di sana. 23 Janganlah kamu hidup menurut kebiasaan bangsa yang akan Kuhalau dari depanmu: karena semuanya itu telah dilakukan mereka, sehingga Aku muak melihat mereka. 24 Tetapi kepadamu Aku telah berfirman: Kamulah yang akan menduduki tanah mereka dan Akulah yang akan memberikannya kepadamu menjadi milikmu, suatu negeri yang berlimpah-limpah susu dan madunya; Akulah TUHAN, Allahmu, yang memisahkan kamu dari bangsa-bangsa lain.

 

Pengecualian bagi golongan imamat

 

Imamat 21:7-15 Janganlah mereka mengambil seorang perempuan sundal atau perempuan yang sudah dirusak kesuciannya atau seorang perempuan yang telah diceraikan oleh suaminya, karena imam itu kudus bagi Allahnya. 8 Dan kamu harus menganggap dia kudus, karena dialah yang mempersembahkan santapan Allahmu. Ia harus kudus bagimu, sebab Aku, TUHAN, yang menguduskan kamu adalah kudus. 9 Apabila anak perempuan seorang imam membiarkan kehormatannya dilanggar dengan bersundal, maka ia melanggar kekudusan ayahnya, dan ia harus dibakar dengan api. 10 Imam yang terbesar di antara saudara-saudaranya, yang sudah diurapi dengan menuangkan minyak urapan di atas kepalanya dan yang ditahbiskan dengan mengenakan kepadanya segala pakaian kudus, janganlah membiarkan rambutnya terurai dan janganlah ia mencabik pakaiannya. 11 Janganlah ia dekat kepada semua mayat, bahkan janganlah ia menajiskan diri dengan mayat ayahnya atau ibunya. 12 Janganlah ia keluar dari tempat kudus, supaya jangan dilanggarnya kekudusan tempat kudus Allahnya, karena minyak urapan Allahnya, yang menandakan bahwa ia telah dikhususkan, ada di atas kepalanya; Akulah TUHAN. 13 Ia harus mengambil seorang perempuan yang masih perawan. 14 Seorang janda atau perempuan yang telah diceraikan atau yang dirusak kesuciannya atau perempuan sundal, janganlah diambil, melainkan harus seorang perawan dari antara orang-orang sebangsanya, 15 supaya jangan ia melanggar kekudusan keturunannya di antara orang-orang sebangsanya, sebab Akulah TUHAN, yang menguduskan dia."

 

Imam Besar Bait Allah adalah Mesias, dan dia telah memasuki tempat kudus sekali dan bagi semuanya, seperti pada Persembahan Berkas Unjukan pada 30 TM. Semua imam yang melayani jemaat, berbuat demikian bagi pihak dia. Begitu juga mereka harus menjadi suci seperti dia suci. Umat-umat pilihan secara keseluruhannya, tidak dibenarkan mencemari Bait, di mana merekalah Bait itu.

 

Hal berkenaan dikotori oleh yang mati dibincangkan seterusnya.

 

Persembahan Korban Sajian Cemburuan

Bilangan 5:12-31 "Berbicaralah kepada orang Israel dan katakanlah kepada mereka: Apabila isteri seseorang berbuat serong dan tidak setia terhadap suaminya, 13 dan laki-laki lain tidur dan bersetubuh dengan perempuan itu, dengan tidak diketahui suaminya, karena tinggal rahasia bahwa perempuan itu mencemarkan dirinya, tidak ada saksi terhadap dia, dia tidak kedapatan, 14 dan apabila kemudian roh cemburu menguasai suami itu, sehingga ia menjadi cemburu terhadap isterinya, dan perempuan itu memang telah mencemarkan dirinya, atau apabila roh cemburu menguasai suami itu, sehingga ia menjadi cemburu terhadap isterinya, walaupun perempuan itu tidak mencemarkan dirinya, 15 maka haruslah orang itu membawa isterinya kepada imam. Dan orang itu harus membawa persembahan karena perempuan itu sebanyak sepersepuluh efa tepung jelai, yang ke atasnya tidak dituangkannya minyak dan yang tidak dibubuhinya kemenyan, karena korban itu ialah korban sajian cemburuan, suatu korban peringatan yang mengingatkan kepada kedurjanaan. 16 Maka haruslah imam menyuruh perempuan itu mendekat dan menghadapkannya kepada TUHAN. 17 Lalu imam harus membawa air kudus dalam suatu tempayan tanah, kemudian harus memungut debu yang ada di lantai Kemah Suci dan membubuhnya ke dalam air itu. 18 Apabila imam sudah menghadapkan perempuan itu kepada TUHAN, haruslah ia menguraikan rambut perempuan itu, lalu meletakkan korban peringatan, yakni korban sajian cemburuan, ke atas telapak tangan perempuan itu, sedang di tangan imam haruslah ada air pahit yang mendatangkan kutuk. 19 Maka haruslah imam menyumpah perempuan itu dengan berkata kepadanya: Jika tidak benar ada laki-laki yang tidur dengan engkau, dan jika tidak engkau berbuat serong kepada kecemaran, padahal engkau di bawah kuasa suamimu, maka luputlah engkau dari air pahit yang mendatangkan kutuk ini; 20 tetapi jika engkau, padahal engkau di bawah kuasa suamimu, berbuat serong dan mencemarkan dirimu, oleh karena orang lain dari suamimu sendiri bersetubuh dengan engkau—21 dalam hal ini haruslah imam menyumpah perempuan itu dengan sumpah kutuk, dan haruslah imam berkata kepada perempuan itu--maka TUHAN kiranya membuat engkau menjadi sumpah kutuk di tengah-tengah bangsamu dengan mengempiskan pahamu dan mengembungkan perutmu, 22 sebab air yang mendatangkan kutuk ini akan masuk ke dalam tubuhmu untuk mengembungkan perutmu dan mengempiskan pahamu. Dan haruslah perempuan itu berkata: Amin, amin. 23 Lalu imam harus menuliskan kutuk itu pada sehelai kertas dan menghapusnya dengan air pahit itu, 24 dan ia harus memberi perempuan itu minum air pahit yang mendatangkan kutuk itu, dan air itu akan masuk ke dalam badannya dan menyebabkan sakit yang pedih. 25 Maka haruslah imam mengambil korban sajian cemburuan dari tangan perempuan itu lalu mengunjukkannya ke hadapan TUHAN, dan membawanya ke mezbah. 26 Sesudah itu haruslah imam mengambil segenggam dari korban sajian itu sebagai bagian ingat-ingatannya dan membakarnya di atas mezbah, kemudian memberi perempuan itu minum air itu. 27 Setelah terjadi demikian, apabila perempuan itu memang mencemarkan dirinya dan berubah setia terhadap suaminya, air yang mendatangkan sumpah serapah itu akan masuk ke badannya dan menyebabkan sakit yang pedih, sehingga perutnya mengembung dan pahanya mengempis, dan perempuan itu akan menjadi sumpah kutuk di antara bangsanya. 28 Tetapi apabila perempuan itu tidak mencemarkan dirinya, melainkan ia suci, maka ia akan bebas dan akan dapat beranak." 29 Itulah hukum tentang perkara cemburuan, kalau seorang perempuan telah berbuat serong dan mencemarkan dirinya, padahal ia di bawah kuasa suaminya, 30 atau kalau roh cemburu menguasai seorang laki-laki, sehingga ia cemburu terhadap isterinya; ia harus menghadapkan perempuan itu kepada TUHAN dan imam haruslah melaksanakan seluruh hukum ini kepada perempuan itu. 31 Laki-laki itu akan bebas dari pada salah, tetapi perempuan itu haruslah menanggung akibat kesalahannya.

Psikologi bagi fikiran yang cemburu biasanya memerlukan kawalan atau kualifier luaran yang lazimnya tidak rasional dan berpahit hati. Bentuk fikiran sebegitu tiada tempatnya di kalangan umat-umat pilihan. Namun begitu, masalah tersebut janganlah diberi peluang untuk timbul. Kelakuan kita haruslah murni.

Korban Sajian Cemburuan dipersembahkan sekali saja dan untuk semua oleh Mesias. Roh Kudus mengambil tempat imam. Jika sesiapapun berbohong pada Roh Kudus maka hukumannya adalah mati seperti pada kes Ananias dan isterinya (Kisah 5:1-5 dan seterusnya). Dengan orang-orang tertentu kematian itu tidaklah ketara namun tetap suatu kepastian.

 

Kesaksian Palsu dan Kebencian di dalam Perkahwinan

Ulangan 22:13-30 "Apabila seseorang mengambil isteri dan setelah menghampiri perempuan itu, menjadi benci kepadanya, 14 menuduhkan kepadanya perbuatan yang kurang senonoh dan membusukkan namanya dengan berkata: Perempuan ini kuambil menjadi isteriku, tetapi ketika ia kuhampiri, tidak ada kudapati padanya tanda-tanda keperawanan—15 maka haruslah ayah dan ibu gadis itu memperlihatkan tanda-tanda keperawanan gadis itu kepada para tua-tua kota di pintu gerbang. 16 Dan ayah si gadis haruslah berkata kepada para tua-tua itu: Aku telah memberikan anakku kepada laki-laki ini menjadi isterinya, lalu ia menjadi benci kepadanya, 17 dan ketahuilah, ia menuduhkan perbuatan yang kurang senonoh dengan berkata: Tidak ada kudapati tanda-tanda keperawanan pada anakmu. Tetapi inilah tanda-tanda keperawanan anakku itu. Lalu haruslah mereka membentangkan kain itu di depan para tua-tua kota. 18 Maka haruslah para tua-tua kota itu mengambil laki-laki itu, menghajar dia, 19 mendenda dia seratus syikal perak dan memberikan perak itu kepada ayah si gadis--karena laki-laki itu telah membusukkan nama seorang perawan Israel. Perempuan itu haruslah tetap menjadi isterinya; selama hidupnya tidak boleh laki-laki itu menyuruh dia pergi. 20 Tetapi jika tuduhan itu benar dan tidak didapati tanda-tanda keperawanan pada si gadis, 21 maka haruslah si gadis dibawa ke luar ke depan pintu rumah ayahnya, dan orang-orang sekotanya haruslah melempari dia dengan batu, sehingga mati--sebab dia telah menodai orang Israel dengan bersundal di rumah ayahnya. Demikianlah harus kauhapuskan yang jahat itu dari tengah-tengahmu. 22 Apabila seseorang kedapatan tidur dengan seorang perempuan yang bersuami, maka haruslah keduanya dibunuh mati: laki-laki yang telah tidur dengan perempuan itu dan perempuan itu juga. Demikianlah harus kauhapuskan yang jahat itu dari antara orang Israel. 23 Apabila ada seorang gadis yang masih perawan dan yang sudah bertunangan--jika seorang laki-laki bertemu dengan dia di kota dan tidur dengan dia, 24 maka haruslah mereka keduanya kamu bawa ke luar ke pintu gerbang kota dan kamu lempari dengan batu, sehingga mati: gadis itu, karena walaupun di kota, ia tidak berteriak-teriak, dan laki-laki itu, karena ia telah memperkosa isteri sesamanya manusia. Demikianlah harus kauhapuskan yang jahat itu dari tengah-tengahmu. 25 Tetapi jikalau di padang laki-laki itu bertemu dengan gadis yang telah bertunangan itu, memaksa gadis itu tidur dengan dia, maka hanyalah laki-laki yang tidur dengan gadis itu yang harus mati, 26 tetapi gadis itu janganlah kauapa-apakan. Gadis itu tidak ada dosanya yang sepadan dengan hukuman mati, sebab perkara ini sama dengan perkara seseorang yang menyerang sesamanya manusia dan membunuhnya. 27 Sebab laki-laki itu bertemu dengan dia di padang; walaupun gadis yang bertunangan itu berteriak-teriak, tetapi tidak ada yang datang menolongnya. 28 Apabila seseorang bertemu dengan seorang gadis, yang masih perawan dan belum bertunangan, memaksa gadis itu tidur dengan dia, dan keduanya kedapatan—29 maka haruslah laki-laki yang sudah tidur dengan gadis itu memberikan lima puluh syikal perak kepada ayah gadis itu, dan gadis itu haruslah menjadi isterinya, sebab laki-laki itu telah memperkosa dia; selama hidupnya tidak boleh laki-laki itu menyuruh dia pergi. 30 Seorang laki-laki janganlah mengambil isteri ayahnya dan jangan menyingkapkan punca kain ayahnya."

 

Membuat kesaksian palsu terhadap seorang isteri dan tuduhan terhadap kesucian sifatnya akan mengganggu hak-hak masa depan suami itu di dalam perceraian. Oleh itu dia bertanggungjawab terhadap isterinya selama hidupnya. Dia yang gagal menyediakan keperluan keluarganya, memburuk-burukkan iman dan lebih teruk daripada seorang yang tidak percaya.

 

Hukuman kepada perbuatan memperkosa seorang perempuan yang telah bertunang atau berkahwin, serta bagi perbuatan zina, di kota, adalah mati sepertimana yang kita lihat di sini. Jika perempuan itu tidak menjerit meminta tolong maka dia juga harus mati. Jika dia telah dipaksa, maka hanya lelaki itu saja yang harus mati. Pencabulan seorang perempuan yang belum berkahwin di padang, haruslah dihukum dengan denda dan perkahwinan jika mereka kedapatan. Dia tidak dibenarkan menceraikan perempuan ini. Jika ayah perempuan itu tidak membenarkan anaknya dikahwinkan kepada lelaki itu, maka dia tidak perlu mengahwininya tetapi haruslah membayar denda. Perbuatan jelas menculik, dalam segala keadaan, boleh dijatuhkan dengan hukuman mati.

 

Monogami

Hak milik ideal bagi penciptaan manusia adalah monogami (satu teman hidup).

 

Lelaki dan perempuan telah diciptakan untuk menjadi satu tubuh daging (Kejadian 2:18-24; Matius 19:5). Semua biskop gereja haruslah beristeri satu saja (1 Timotius 3:2).

 

Hubungan-hubungan poligami di dalam bangsa dibenarkan sejak daripada para bapa/patriak, dan mereka telahpun ada ramai isteri.

 

Raja tidak dibenarkan mengambil banyak isteri untuk dirinya (Ulangan 17:17) sungguhpun Daud dan Salomo telah mempunyai ratusan, dan larangan-larangan Talmud nampaknya menghadkannya kepada lapan belas bagi raja dan empat atau lima bagi orang biasa.

 

Walau bagaimanapun, setiap lelaki haruslah ada isterinya sendiri dan setiap perempuan suaminya sendiri (1 Korintus 7:2).

 

Keadaan ideal bagi umat-umat pilihan adalah monogami.

 

Hubungan platonik Daud

Apabila Daud sudah lanjut usianya, dia telah disediakan Abisag gadis Sunem sebagai pelayannya, namun dia tidak pernah bersetubuh dengannya. Namun begitu, nampaknya ini dianggap sebagai suatu hubungan rasmi, kerana apabila Adonia meminta untuk memperisterikan Abisag, selaku abang Salomo, Salomo tidak ragu-ragu untuk menjatuhkan hukuman mati kepadanya. Dua cara bagi mentafsirkan cerita ini adalah bahawa pertama, mungkin Salomo takut akan tergugat kedudukannya sendiri, jikalah abangnya itu dianugerahkan Abisag sebagai isteri; dan kedua, mungkin dia berasa dia berbuat benar kerana gadis itu adalah seumpama gundik ayahnya, dan oleh itu Adonia telah melanggar hukum, berkenaan percabulan sesama saudara. Kedua-dua keadaan ini tidak oleh diketepikan begitu saja (rujuk 1 Raja-raja 2:13-25).

 

Poligami

Hubungan poligami yang pertama berlaku di kalangan anak-anak Kain, di mana Lamekh telah mengambil dua isteri iaitu Ada dan Zila (Kejadian 4:19).  Penerangan pada apa yang telah berlaku di dalam Kejadian, terdapat di dalam karya Doktrin Mengenai Dosa Asal Bagian 2 Generasi-generasi Adam [248].

 

Perkahwinan banyak dibenarkan di bawah hukum. Israel (Yakub) ada dua isteri dan dua gundik. Kesemua anak-anaknya adalah sah dan merupakan pewaris-pewaris perjanjian itu.

 

Ulangan 21:15-17 "Apabila seorang mempunyai dua orang isteri, yang seorang dicintai dan yang lain tidak dicintainya, dan mereka melahirkan anak-anak lelaki baginya, baik isteri yang dicintai maupun isteri yang tidak dicintai, dan anak sulung adalah dari isteri yang tidak dicintai, 16 maka pada waktu ia membagi warisan harta kepunyaannya kepada anak-anaknya itu, tidaklah boleh ia memberikan bagian anak sulung kepada anak dari isteri yang dicintai merugikan anak dari isteri yang tidak dicintai, yang adalah anak sulung. 17 Tetapi ia harus mengakui anak yang sulung, anak dari isteri yang tidak dicintai itu, dengan memberikan kepadanya dua bagian dari segala kepunyaannya, sebab dialah kegagahannya yang pertama-tama: dialah yang empunya hak kesulungan."

Tidak boleh dipersoalkan lagi, bahawa hukum membenarkan Poligami dan bahawa Para Bapa adalah anggota Kebangkitan Pertama. Pengambilan gundik merupakan suatu amalan yang purba sekali. Semua bangsa membenarkan dan mengakui pengambilan gundik. Ianya tidak dipandang serong untuk mengambil seorang gundik demi untuk melahirkan anak dan begitulah juga pandangannya di China menurut doktrin Confucius sehinggapun ke hari ini.

 

Seorang gundik mempunyai hak-hak kurang berbanding dengan seorang isteri sah dan lazimnya diambil hanya untuk tujuan tersebut dan diberikan ganjaran yang sepadan. Suku-suku kaum timbul daripada hubungan-hubungan campuran ini, dan Israel sebagai suatu konsep nasional adalah berdasarkan pada hubungan-hubungan itu. Konsep pengambilan anak angkat juga terbit daripada pandangan ini. Israel merupakan anak Allah, dan bangsa-bangsa lain diambil sebagai anak angkat masuk ke dalam Israel menjadi anak-anak Allah berkuasa, daripada kebangkitan daripada mati, sebagai waris-waris bersama Kristus (rujuk Roma 1:4; 8:17).

 

Esau juga telah berkahwin dengan dua perempuan (Yudit yang dipanggil Oholibama dan Basmat yang dikenali sebagai Ada; rujuk Kejadian 26:34-35 dan 36:2). Teksnya mengatakan bahawa ini menjadi penyebab kepedihan hati ibubapanya. Nampaknya ini adalah kerana mereka adalah daripada suku Het, dan seorangnya dari antara orang Hewi di Kanaan. Kita mengetahui tentang ini daripada Kejadian 28:8. Dia kemudiannya juga berkahwin dengan Basmat, yang juga dikenali sebagai Mahalat, anak kepada Ismael dan adik kepada Nebayot (Kejadian 28:9; 36:3). Tindakan ini nampaknya lebih disenangi daripada perkahwinan dengan orang-orang Kanaan, yang menyembah tuhan palsu dan berada di bawah sumpahan. Ini merupakan satu lagi perkahwinan yang nyaris-nyaris.

 

Bangsa Israel dilahirkan daripada dua isteri dan dua gundik. Begitu juga Samuel sebagai yang diurapi Tuhan telah dilahirkan di dalam suatu keluarga berpoligami (1 Samuel 1:1,2).

 

Sekali lagi pelajarannya adalah untuk menunjukkan kepada kita bahawa kedudukan kita di dalam hubungan kita dengan Allah, tiada kaitannya dengan tindakan-tindakan atau aktiviti-aktiviti ibubapa kita, kecualilah dalam hal penyakit dan pewarisan keturunan. Ini dilanjutkan kepada Ismael dan kepada Esau dan kepada Moab dan Amon, dan kepada anak Ketura, supaya tiada dapat memuliakan dirinya atas sebab darah dagingnya.

 

Keturunan Daud dan dengan itu Mesias, mempunyai empat perempuan dari bangsa lain, di mana tiga daripadanya telah berbuat dosa-dosa seksual yang berat (rujuk karya Genealogi Mesias [119]).

 

Kerana itu keselamatan adalah juga milik bangsa-bangsa lain, langsung kepada kerajaan Yehuda dan Israel.

 

Hubungan-hubungan Terlarang

Ada beberapa hubungan terlarang serius, yang diperlakukan dengan serius sekali.

 

Beberapa daripadanya telahpun disebutkan di atas.

 

Pelacuran

Imamat 19:29  Janganlah engkau merusak kesucian anakmu perempuan dengan menjadikan dia perempuan sundal, supaya negeri itu jangan melakukan persundalan, sehingga negeri itu penuh dengan perbuatan mesum.

 

Percabulan Berhala dan persundalan

Bilangan 25:1-18 1 Sementara Israel tinggal di Sitim, mulailah bangsa itu berzinah dengan perempuan-perempuan Moab. 2 Perempuan-perempuan ini mengajak bangsa itu ke korban sembelihan bagi allah mereka, lalu bangsa itu turut makan dari korban itu dan menyembah allah orang-orang itu. 3 Ketika Israel berpasangan dengan Baal-Peor, bangkitlah murka TUHAN terhadap Israel; 4 lalu berfirmanlah TUHAN kepada Musa: "Tangkaplah semua orang yang mengepalai bangsa itu dan gantunglah mereka di hadapan TUHAN di tempat terang, supaya murka TUHAN yang bernyala-nyala itu surut dari pada Israel." 5 Lalu berkatalah Musa kepada hakim-hakim Israel: "Baiklah masing-masing kamu membunuh orang-orangnya yang telah berpasangan dengan Baal-Peor." 6 Kebetulan datanglah salah seorang Israel membawa seorang perempuan Midian kepada sanak saudaranya dengan dilihat Musa dan segenap umat Israel yang sedang bertangis-tangisan di depan pintu Kemah Pertemuan. 7 Ketika hal itu dilihat oleh Pinehas, anak Eleazar, anak imam Harun, bangunlah ia dari tengah-tengah umat itu dan mengambil sebuah tombak di tangannya, 8 mengejar orang Israel itu sampai ke ruang tengah, dan menikam mereka berdua, yakni orang Israel dan perempuan itu, pada perutnya. Maka berhentilah tulah itu menimpa orang Israel. 9 Orang yang mati karena tulah itu ada dua puluh empat ribu orang banyaknya. 10 TUHAN berfirman kepada Musa: 11 "Pinehas, anak Eleazar, anak imam Harun, telah menyurutkan murka-Ku dari pada orang Israel, oleh karena ia begitu giat membela kehormatan-Ku di tengah-tengah mereka, sehingga tidaklah Kuhabisi orang Israel dalam cemburu-Ku. 12 Sebab itu katakanlah: Sesungguhnya Aku berikan kepadanya perjanjian keselamatan yang dari pada-Ku 13 untuk menjadi perjanjian mengenai keimaman selama-lamanya bagi dia dan bagi keturunannya, karena ia telah begitu giat membela Allahnya dan telah mengadakan pendamaian bagi orang Israel." 14 Nama orang Israel yang mati terbunuh bersama-sama dengan perempuan Midian itu ialah Zimri bin Salu, pemimpin salah satu puak orang Simeon, 15 dan nama perempuan Midian yang mati terbunuh itu ialah Kozbi binti Zur; Zur itu adalah seorang kepala kaum--yaitu puak--di Midian. 16 Kemudian berfirmanlah TUHAN kepada Musa: 17 "Lawanlah orang Midian itu, dan tewaskanlah mereka, 18 sebab mereka telah melawan kamu dengan daya upaya yang dirancang mereka terhadap kamu dalam hal Peor dan dalam hal Kozbi, saudara mereka, yakni anak perempuan seorang pemimpin Midian; Kozbi itu mati terbunuh pada waktu turunnya tulah karena Peor itu."

 

Oleh itu percabulan juga terikat kepada doktrin-doktrin tuhan-tuhan asing ini. Semua ini mempunyai kesan menghasilkan fikiran-fikiran terkutuk, sepertimana yang kita lihat di dalam Roma pasal 1, khasnya ayat-ayat 18-32, kerana para imam telah menahan kebenaran itu di dalam kejahatan.

 

Sodomi/Semburit

Imamat 18:22  Janganlah engkau tidur dengan laki-laki secara orang bersetubuh dengan perempuan, karena itu suatu kekejian.

 

Sodomi adalah suatu kekejian, dan sesiapapun yang melakukan sodomi atau homoseksual ditahan daripada memasuki kerajaan Allah, kecualilah dia telah bertaubat.

 

Imamat 20:13  Bila seorang laki-laki tidur dengan laki-laki secara orang bersetubuh dengan perempuan, jadi keduanya melakukan suatu kekejian, pastilah mereka dihukum mati dan darah mereka tertimpa kepada mereka sendiri.

 

Ulangan 23:17-18 "Di antara anak-anak perempuan Israel janganlah ada pelacur bakti, dan di antara anak-anak lelaki Israel janganlah ada semburit bakti. 18 Janganlah kaubawa upah sundal atau uang semburit ke dalam rumah TUHAN, Allahmu, untuk menepati salah satu nazar, sebab keduanya itu adalah kekejian bagi TUHAN, Allahmu."

 

Seseorang yang berbuat semburit di sini dikenalpasti sebagai anjing yang dimaksudkan di dalam Wahyu, yang terdapat di luar kerajaan Allah. Mereka dan para lesbian merupakan suatu kekejian di hadapan Allah (Roma 1:26-27).

Roma 1:18-32  Sebab murka Allah nyata dari sorga atas segala kefasikan dan kelaliman manusia, yang menindas kebenaran dengan kelaliman. 19 Karena apa yang dapat mereka ketahui tentang Allah nyata bagi mereka, sebab Allah telah menyatakannya kepada mereka. 20 Sebab apa yang tidak nampak dari pada-Nya, yaitu kekuatan-Nya yang kekal dan keilahian-Nya, dapat nampak kepada pikiran dari karya-Nya sejak dunia diciptakan, sehingga mereka tidak dapat berdalih. 21 Sebab sekalipun mereka mengenal Allah, mereka tidak memuliakan Dia sebagai Allah atau mengucap syukur kepada-Nya. Sebaliknya pikiran mereka menjadi sia-sia dan hati mereka yang bodoh menjadi gelap. 22 Mereka berbuat seolah-olah mereka penuh hikmat, tetapi mereka telah menjadi bodoh. 23 Mereka menggantikan kemuliaan Allah yang tidak fana dengan gambaran yang mirip dengan manusia yang fana, burung-burung, binatang-binatang yang berkaki empat atau binatang-binatang yang menjalar. 24 Karena itu Allah menyerahkan mereka kepada keinginan hati mereka akan kecemaran, sehingga mereka saling mencemarkan tubuh mereka. 25 Sebab mereka menggantikan kebenaran Allah dengan dusta dan memuja dan menyembah makhluk dengan melupakan Penciptanya yang harus dipuji selama-lamanya, amin. 26 Karena itu Allah menyerahkan mereka kepada hawa nafsu yang memalukan, sebab isteri-isteri mereka menggantikan persetubuhan yang wajar dengan yang tak wajar. 27 Demikian juga suami-suami meninggalkan persetubuhan yang wajar dengan isteri mereka dan menyala-nyala dalam berahi mereka seorang terhadap yang lain, sehingga mereka melakukan kemesuman, laki-laki dengan laki-laki, dan karena itu mereka menerima dalam diri mereka balasan yang setimpal untuk kesesatan mereka. 28 Dan karena mereka tidak merasa perlu untuk mengakui Allah, maka Allah menyerahkan mereka kepada pikiran-pikiran yang terkutuk, sehingga mereka melakukan apa yang tidak pantas: 29 penuh dengan rupa-rupa kelaliman, kejahatan, keserakahan dan kebusukan, penuh dengan dengki, pembunuhan, perselisihan, tipu muslihat dan kefasikan. 30 Mereka adalah pengumpat, pemfitnah, pembenci Allah, kurang ajar, congkak, sombong, pandai dalam kejahatan, tidak taat kepada orang tua, 31 tidak berakal, tidak setia, tidak penyayang, tidak mengenal belas kasihan. 32 Sebab walaupun mereka mengetahui tuntutan-tuntutan hukum Allah, yaitu bahwa setiap orang yang melakukan hal-hal demikian, patut dihukum mati, mereka bukan saja melakukannya sendiri, tetapi mereka juga setuju dengan mereka yang melakukannya.

 

Percabulan Sesama Saudara

Kita sudahpun lihat bahawa percabulan inses atau antara kerabat saudara terdekat adalah terlarang dalam semua jenis hubungan (Imamat 18:7-17).

 

Kita juga lihat:

Imamat 20:11-21 Bila seorang laki-laki tidur dengan seorang isteri ayahnya, jadi ia melanggar hak ayahnya, pastilah keduanya dihukum mati, dan darah mereka tertimpa kepada mereka sendiri. 12 Bila seorang laki-laki tidur dengan menantunya perempuan, pastilah keduanya dihukum mati; mereka telah melakukan suatu perbuatan keji, maka darah mereka tertimpa kepada mereka sendiri. 13 Bila seorang laki-laki tidur dengan laki-laki secara orang bersetubuh dengan perempuan, jadi keduanya melakukan suatu kekejian, pastilah mereka dihukum mati dan darah mereka tertimpa kepada mereka sendiri. 14 Bila seorang laki-laki mengambil seorang perempuan dan ibunya, itu suatu perbuatan mesum; ia dan kedua perempuan itu harus dibakar, supaya jangan ada perbuatan mesum di tengah-tengah kamu. 15 Bila seorang laki-laki berkelamin dengan seekor binatang, pastilah ia dihukum mati, dan binatang itupun harus kamu bunuh juga. 16 Bila seorang perempuan menghampiri binatang apapun untuk berkelamin, haruslah kaubunuh perempuan dan binatang itu; mereka pasti dihukum mati dan darah mereka tertimpa kepada mereka sendiri. 17 Bila seorang laki-laki mengambil saudaranya perempuan, anak ayahnya atau anak ibunya, dan mereka bersetubuh, maka itu suatu perbuatan sumbang, dan mereka harus dilenyapkan di depan orang-orang sebangsanya; orang itu telah menyingkapkan aurat saudaranya perempuan, maka ia harus menanggung kesalahannya sendiri. 18 Bila seorang laki-laki tidur dengan seorang perempuan yang bercemar kain, jadi ia menyingkapkan aurat perempuan itu dan membuka tutup lelerannya sedang perempuan itupun membiarkan tutup leleran darahnya itu disingkapkan, keduanya harus dilenyapkan dari tengah-tengah bangsanya. 19 Janganlah kausingkapkan aurat saudara perempuan ibumu atau saudara perempuan ayahmu, karena aurat seorang kerabatnya sendirilah yang dibuka, dan mereka harus menanggung kesalahannya sendiri. 20 Bila seorang laki-laki tidur dengan isteri saudara ayahnya, jadi ia melanggar hak saudara ayahnya, mereka mendatangkan dosa kepada dirinya, dan mereka akan mati dengan tidak beranak. 21 Bila seorang laki-laki mengambil isteri saudaranya, itu suatu kecemaran, karena ia melanggar hak saudaranya laki-laki, dan mereka akan tidak beranak.

 

Ulangan 22:30 Seorang laki-laki janganlah mengambil isteri ayahnya dan jangan menyingkapkan punca kain ayahnya."

 

Dosa-dosa ini merupakan sebahagian daripada sumpahan atau tulah bangsa Israel (Ulangan 27:20,22,23).

 

Namun daripada dosa-dosa ini Allah telah membangunkan suatu bangsa. Lebih-lebih lagi, Musa dan seluruh keimamatan Harun terlahir akibat perbuatan inses;

 

Keluaran 6:20 Dan Amram mengambil Yokhebed, saudara ayahnya, menjadi isterinya, dan perempuan ini melahirkan Harun dan Musa baginya. Umur Amram seratus tiga puluh tujuh tahun.

 

sama seperti anak-anak Abraham dan Sara (Kejadian 20:12) dan mereka yang sebelumnya (Kejadian 5:4).

 

Ini telah dilakukan khasnya supaya para imam dapat melihat bahawa mereka juga, serta nabi-nabi Allah di bawah hukum Taurat daripada Musa, memerlukan kasih karunia Yesus Kristus yang menyelamatkan dan secara sendirinya tidak boleh menganugerahkan keselamatan. Itulah sebabnya kenapa Mesias telah dicemari oleh dosa seksual daripada kedua-dua bahagian seluruh keturunannya daripada Daud melalui Natan, dan daripada Lewi melalui Simei. Hanyalah dengan aktiviti Allah dan daripada tindakan-tindakan Yesus Kristus yang melepaskan pra-kewujudannya, barulah keselamatan datang kepada manusia.

 

Hubungan kelamin dengan binatang

Keluaran 22:19  Siapapun yang tidur dengan seekor binatang, pastilah ia dihukum mati.

 

Imamat 18:23 Janganlah engkau berkelamin dengan binatang apapun, sehingga engkau menjadi najis dengan binatang itu. Seorang perempuan janganlah berdiri di depan seekor binatang untuk berkelamin, karena itu suatu perbuatan keji.

 

Ulangan 27:21 Terkutuklah orang yang tidur dengan binatang apapun. Dan seluruh bangsa itu haruslah berkata: Amin!

 

Pengetahuan daripada pohon pengetahuan baik dan jahat membawa bersamanya sumpahan (Kejadian 3:17). Ada dua belas kali di dalam Ulangan di mana orang-orangnya diperlukan untuk mengucapkan Amin (lihat di bawah) untuk menghalang murka Allah daripada dibangkitkan terhadap mereka (Ulangan 11:17; Imamat 25:19; 26:4; Ulangan 32:43; Yesaya 24:4-6).

 

Undang-undang Levirate

*levirate-hukum atau adat yang mewajibkan seorang balu/janda untuk berkahwin dengan saudara suaminya yang telah meninggal.

 

Ulangan 25:5-12 "Apabila orang-orang yang bersaudara tinggal bersama-sama dan seorang dari pada mereka mati dengan tidak meninggalkan anak laki-laki, maka janganlah isteri orang yang mati itu kawin dengan orang di luar lingkungan keluarganya; saudara suaminya haruslah menghampiri dia dan mengambil dia menjadi isterinya dan dengan demikian melakukan kewajiban perkawinan ipar. 6 Maka anak sulung yang nanti dilahirkan perempuan itu haruslah dianggap sebagai anak saudara yang sudah mati itu, supaya nama itu jangan terhapus dari antara orang Israel. 7 Tetapi jika orang itu tidak suka mengambil isteri saudaranya, maka haruslah isteri saudaranya itu pergi ke pintu gerbang menghadap para tua-tua serta berkata: Iparku menolak menegakkan nama saudaranya di antara orang Israel, ia tidak mau melakukan kewajiban perkawinan ipar dengan aku. 8 Kemudian para tua-tua kotanya haruslah memanggil orang itu dan berbicara dengan dia. Jika ia tetap berpendirian dengan mengatakan: Aku tidak suka mengambil dia sebagai isteri—9 maka haruslah isteri saudaranya itu datang kepadanya di hadapan para tua-tua, menanggalkan kasut orang itu dari kakinya, meludahi mukanya sambil menyatakan: Beginilah harus dilakukan kepada orang yang tidak mau membangun keturunan saudaranya. 10 Dan di antara orang Israel namanya haruslah disebut: Kaum yang kasutnya ditanggalkan orang." 11 "Apabila dua orang berkelahi dan isteri yang seorang datang mendekat untuk menolong suaminya dari tangan orang yang memukulnya, dan perempuan itu mengulurkan tangannya dan menangkap kemaluan orang itu, 12 maka haruslah kaupotong tangan perempuan itu; janganlah engkau merasa sayang kepadanya."

 

Di sini undang-undang warisan telah ditubuhkan, kerana saudara lelaki bukan saja dibenarkan, tetapi diharuskan untuk mengambil sebagai isteri, janda kepada saudaranya yang telah mati. Anak hasil perkahwinan ini akan mewarisi warisan saudara yang telah mati itu dan bukannya dirinya.

 

Di bawah Kod Hammurabi yang kuno tindakan-tindakan dan pernyataan-pernyataan Abraham di dalam Kejadian 15:2-3 menunjukkan bahawa seorang lelaki, yang tiada anak, diwarisi oleh pengurus kediamannya, kerana dia daripada rumahnya dan oleh itu adalah warisnya.

 

Keadaan ini tidaklah begitu di bawah hukum, dan kerana kegagalannya untuk melaksanakan tanggungjawab ini Onan telah dibunuh (rujuk karya Dosa Onan [162]).

 

Daripada hukum ini jugalah persenyawaan/penyuburan in vitro dibenarkan dan boleh dilaksanakan, di mana pasangan terbabit diketahui tiada anak dan tidak dapat menghasilkan anak. Struktur program itu sepatutnya dilaksanakan oleh saudara lelaki itu, dan di mana perempuan itu yang bermasalah, maka telur senyawaan boleh didermakan daripada keluarga itu juga. Anak-anaknya yang terhasil nanti mempunyai status saudara lelaki dan perempuan, sesuai dengan hukum.

 

Peranan Golongan Lelaki di dalam Masyarakat

Sepertimana perkhemahan Israel harus dipelihara kebersihan dan ketahirannya, begitu juga dengan orang-orang Israel yang harus tahir. Daripada perintah kelima kita lihat bahawa ia bertujuan untuk menyeru kita supaya kudus. Di sini kita lihat bahawa itu meliputi kediaman kita dan tubuh badan kita sendiri, supaya Allah tidak melihat sebarang kekotoran di dalam kita.

Ulangan 23:7-14 Janganlah engkau menganggap keji orang Edom, sebab dia saudaramu. Janganlah engkau menganggap keji orang Mesir, sebab engkaupun dahulu adalah orang asing di negerinya. 8 Anak-anak yang lahir bagi mereka dalam keturunan yang ketiga, boleh masuk jemaah TUHAN." 9 "Apabila engkau maju dengan tentaramu melawan musuhmu, maka haruslah engkau menjaga diri terhadap segala yang jahat. 10 Apabila ada di antaramu seorang laki-laki yang tidak tahir disebabkan oleh sesuatu yang terjadi atasnya pada malam hari, maka haruslah ia pergi ke luar perkemahan, janganlah ia masuk ke dalam perkemahan. 11 Kemudian menjelang senja haruslah ia mandi dengan air, dan pada waktu matahari terbenam, ia boleh masuk kembali ke dalam perkemahan. 12 Di luar perkemahan itu haruslah ada bagimu suatu tempat ke mana engkau pergi untuk kada hajat. 13 Di antara perlengkapanmu haruslah ada padamu sekop kecil dan apabila engkau jongkok kada hajat, haruslah engkau menggali lobang dengan itu dan menimbuni kotoranmu. 14 Sebab TUHAN, Allahmu, berjalan dari tengah-tengah perkemahanmu untuk melepaskan engkau dan menyerahkan musuhmu kepadamu; sebab itu haruslah perkemahanmu itu kudus, supaya jangan Ia melihat sesuatu yang tidak senonoh di antaramu, lalu berbalik dari padamu."

 

Keselamatan adalah milik bangsa-bangsa lain. Status bangsa Israel dilanjutkan kepada mereka. Yusuf juga adalah daripada Mesir, kerana ibu kepada Efraim dan Manasye adalah orang Mesir. Terdapat keturunan bangsa lain di dalam kedua-dua Yehuda dan Israel. Allah berjalan di antara kita.

 

Struktur sosial terbentuk daripada keluarga, dan orang-orang lelaki keluarga diberikan tugas memastikan kewibawaan struktur keluarga, dan kemudiannya langsung kepada kejayaan suku kaum dan bangsa.

 

Mereka yang dijadikan sida-sida bagi jemaat dipertugaskan dengan perjalanan fungsi-fungsi jemaat.

 

Peranan Golongan Perempuan di dalam Masyarakat

Lelaki haruslah memberikan penghormatan kepada perempuan.

1Petrus 3:7 Demikian juga kamu, hai suami-suami, hiduplah bijaksana dengan isterimu, sebagai kaum yang lebih lemah! Hormatilah mereka sebagai teman pewaris dari kasih karunia, yaitu kehidupan, supaya doamu jangan terhalang.

 

Tetapi bagaimana pula dengan mereka yang tidak berkahwin? Allah telah menetapkan lelaki dan perempuan di dalam keluarga dan jemaat merupakan keluarga Allah.

 

Kita telah lihat bahawa perempuan haruslah dilayani seperti saudara dan tiada seorangpun perempuan yang telah ditawan dan dibawa masuk ke dalam Israel sebagai isteri yang dibenarkan dianggap tidak setaraf (Ulangan 21:10-14).

 

Amsal menunjukkan bahawa perempuan mempunyai tugas penting untuk dilaksanakan. Alkitab jelas tentang satu perkara dan nampaknya ia adalah, bahawa satu-satunya batas kepada pekerjaan perempuan, adalah mereka tidak boleh menjadi imam. Mereka juga dikecualikan, oleh perundangan, daripada peperangan.

 

Kedua-dua perempuan dan lelaki adalah setaraf di dalam kerajaan Allah, di mana di situ tidak ada perkahwinan dan mereka adalah seumpama malaikat-malaikat Allah. Roh Kudus menganugerahkan kepada semua, suatu perubahan daripada yang fizikal kepada yang rohani.

 

Seorang perempuan terikat kepada suaminya di dalam perkahwinan, dan hak-hak seorang perempuan di dalam suatu perkahwinan, untuk membuat perjanjian-perjanjian dengan sumpah ikrar, ditunjukkan di dalam karya Hukum dan Perintah Tuhan Kelima [258] (rujuk Bilangan 30:6-10).

 

Perlindungan

Sebahagian besar daripada hukum itu dituliskan bagi perlindungan golongan perempuan di dalam suatu struktur sosial, yang seolah-olah lebih sukar daripada keadaannya hari ini. Walau bagaimanapun, itu hanyalah bayangan semata-mata. Susunan sosial orang-orang kita sedang dibinasakan secara sistematik oleh suatu fikiran terkutuk, iaitu pertentangan terhadap Allah. Kerosakan sosial kini adalah pada tahap sebegitu sekali hinggakan boleh dikatakan bahawa kita sudah sampai pada hari-hari paling teruk pengakhiran, di mana ianya seburuk keadaan pada Sodom dan Gomora. Allah akan campur tangan tidak lama lagi untuk menghentikannya sebelum kita membinasakan diri kita sendiri. Mesias akan datang untuk menubuhkan kerajaannya di bawah naungan hukum, kesemuanya sekali.

 

Kedua-dua anak lelaki dan perempuan dibawa masuk ke dalam suatu hubungan perjanjian dengan Israel dan Allah sebenar yang tunggal. Yang lelaki disunatkan sewaktu masih anak kecil lagi dan diasingkan bagi pentahiran oleh ibunya. Begitu juga, yang perempuan diasingkan dengan perbezaannya yang jelas (Imamat 12:2-5). Perbezaan-perbezaan ini adalah untuk perlindungan perempuan dan anak-anak sebagai sebahagian daripada hukum, dan tidak boleh diketepikan sewenang-wenangnya.

 

Sesiapapun daripada bangsa lain yang telah memeluk iman ini tidak diwajibkan disunatkan (Kisah 15:1-30).

 

Perempuan haruslah dilindungi oleh lelaki daripada akibat-akibat yang serius, yang mungkin datangnya daripada aktiviti-aktiviti lelaki itu (Amsal 5:15-19; rujuk 18:4). Begitu juga perempuan harus melindungi lelaki.

 

Allah adalah pelindung kepada mereka yang yatim piatu dan janda (Yeremia 49:11). Golongan perempuan di dalam masyarakat dipelihara bersama di bawah hukum-hukum Allah sebagai suatu struktur kohesif. Apa yang dikatakan sebagai masyarakat Kristian moden itu tidak berhasil, dan tidak pernahpun berhasil. Ianya tidak berhasil kerana ia tidak berdasarkan pada hukum-hukum Allah. Kesemua rukunnya sebenarnya adalah pemutarbelitan pada hukum-hukum Allah dan membinasakan bagi planet ini. Sistem palsu itu telah menjatuhkan lebih banyak kesusahan kepada manusia dan mengakibatkan degradasi menyeluruh kedua-dua lelaki dan perempuan, tetapi lebih-lebih lagi kaum perempuan. Pada hakikatnya ianya adalah suatu kompromi di mana misteri-misteri kebiadapan dan tidak bermoral telah menyesuaikan doktrin-doktrin Kristian kepada suatu struktur pagan yang mengandungi Tuhan Triune, dan telah meneruskan pada tahap-tahap berlainan, amalan-amalan tidak bermoral yang sama di dalam bentuk-bentuk samaran yang berupa Kristian, atau lebih tepat lagi, bentuk Gnostik.

 

Pakaian dan Kelakuan Lelaki dan Perempuan

Ulangan 22:5 "Seorang perempuan janganlah memakai pakaian laki-laki dan seorang laki-laki janganlah mengenakan pakaian perempuan, sebab setiap orang yang melakukan hal ini adalah kekejian bagi TUHAN, Allahmu.

 

Terdapat suatu perbezaan besar dari segi pakaian dan kelakuan seorang lelaki dengan seorang perempuan. Rambut adalah suatu asas. Barang-barang kemas dan hiasan adalah juga suatu perbezaan penting dan pemakaian banyak barangan kemas mempunyai asal-usul pagan (rujuk karya Asal-usul Pemakaian Anting-anting dan Barangan Perhiasan Pada Zaman Dahulukala [197]).

 

Jenayah dan Hukuman

Keluaran 21:16-27 Siapa yang menculik seorang manusia, baik ia telah menjualnya, baik orang itu masih terdapat padanya, ia pasti dihukum mati. 17 Siapa yang mengutuki ayahnya atau ibunya, ia pasti dihukum mati. 18 Apabila ada orang bertengkar dan yang seorang memukul yang lain dengan batu atau dengan tinjunya, sehingga yang lain itu memang tidak mati, tetapi terpaksa berbaring di tempat tidur, 19 maka orang yang memukul itu bebas dari hukuman, jika yang lain itu dapat bangkit lagi dan dapat berjalan di luar dengan memakai tongkat; hanya ia harus membayar kerugian orang yang lain itu, karena terpaksa menganggur, dan menanggung pengobatannya sampai sembuh. 20 Apabila seseorang memukul budaknya laki-laki atau perempuan dengan tongkat, sehingga mati karena pukulan itu, pastilah budak itu dibalaskan. 21 Hanya jika budak itu masih hidup sehari dua, maka janganlah dituntut belanya, sebab budak itu adalah miliknya sendiri. 22 Apabila ada orang berkelahi dan seorang dari mereka tertumbuk kepada seorang perempuan yang sedang mengandung, sehingga keguguran kandungan, tetapi tidak mendapat kecelakaan yang membawa maut, maka pastilah ia didenda sebanyak yang dikenakan oleh suami perempuan itu kepadanya, dan ia harus membayarnya menurut putusan hakim. 23 Tetapi jika perempuan itu mendapat kecelakaan yang membawa maut, maka engkau harus memberikan nyawa ganti nyawa, 24 mata ganti mata, gigi ganti gigi, tangan ganti tangan, kaki ganti kaki, 25 lecur ganti lecur, luka ganti luka, bengkak ganti bengkak. 26 Apabila seseorang memukul mata budaknya laki-laki atau mata budaknya perempuan dan merusakkannya, maka ia harus melepaskan budak itu sebagai orang merdeka pengganti kerusakan matanya itu. 27 Dan jika ia menumbuk sampai tanggal gigi budaknya laki-laki atau gigi budaknya perempuan, maka ia harus melepaskan budak itu sebagai orang merdeka pengganti kehilangan giginya itu.

 

Hukuman terhadap suatu siri kesalahan yang ditujukan kepada keluarga dan kelemahannya, lazimnya adalah hukuman mati. Hukum melindungi keluarga dan buah hasil perkahwinan.

 

Kawalan Tabiat Seks

Ulangan 23:2 Seorang anak haram janganlah masuk jemaah TUHAN, bahkan keturunannya yang kesepuluhpun tidak boleh masuk jemaah TUHAN.

 

Di mana tadinya ada anak-anak haram, akan hanya ada anak-anak Allah yang hidup.

 

Ulangan 23:17-18 17 "Di antara anak-anak perempuan Israel janganlah ada pelacur bakti, dan di antara anak-anak lelaki Israel janganlah ada semburit bakti. 18 Janganlah kaubawa upah sundal atau uang semburit ke dalam rumah TUHAN, Allahmu, untuk menepati salah satu nazar, sebab keduanya itu adalah kekejian bagi TUHAN, Allahmu."

 

Tulah sumpahan bangsa tertakhluk kepada sikap tidak bermoral.

Ulangan 27:20-23 Terkutuklah orang yang tidur dengan isteri ayahnya, sebab ia telah menyingkapkan punca kain ayahnya. Dan seluruh bangsa itu haruslah berkata: Amin! 21 Terkutuklah orang yang tidur dengan binatang apapun. Dan seluruh bangsa itu haruslah berkata: Amin! 22 Terkutuklah orang yang tidur dengan saudaranya perempuan, anak ayah atau anak ibunya. Dan seluruh bangsa itu haruslah berkata: Amin! 23 Terkutuklah orang yang tidur dengan mertuanya perempuan. Dan seluruh bangsa itu haruslah berkata: Amin!

 

Hukuman bagi pelanggaran perintah ketujuh dan peraturan-peraturannya yang berkaitan membentuk suatu urutan. Ada hubungan yang dihukum oleh Allah sebagai akibat hubungan terlarang. Allah telah membawakan tulah kepada kediaman Firaun kerana Firaun telah mengambil Sara, tanpa mengetahui bahawa dia adalah isteri Abraham. Oleh itu dia dihukum walaupun Abraham sendiri yang menyebabkannya berdosa dengan berdiam sahaja.

 

Allah akan menghakimi dengan keadilan dan kesetiaan (Mazmur 96:11-13).

 

Pelanggaran terang-terang perintah-perintah itu haruslah ditegur oleh masyarakat, sepertimana yang kita lihat dengan Mesias dan perempuan yang berzina itu, di mana suatu teguran yang mudah sudah mencukupi.

 

Peringkat seterusnya selepas teguran adalah penghukuman secara fizikal iaitu menyebat. Perundangan membenarkan bilangan pukulan diberikan bergantung kepada berapa kali kesalahan itu berulang, sehingga pada maksimumnya 39 pukulan. Ini ditentukan oleh para pemimpin.

 

Ulangan 17:8-10 "Apabila sesuatu perkara terlalu sukar bagimu untuk diputuskan, misalnya bunuh-membunuh, tuntut-menuntut, atau luka-melukai--perkara pendakwaan di dalam tempatmu--maka haruslah engkau pergi menghadap ke tempat yang akan dipilih TUHAN, Allahmu; 9 haruslah engkau pergi kepada imam-imam orang Lewi dan kepada hakim yang ada pada waktu itu, dan meminta putusan. Mereka akan memberitahukan kepadamu keputusan hakim. 10 Dan engkau harus berbuat menurut keputusan yang diberitahukan mereka kepadamu dari tempat yang akan dipilih TUHAN; engkau harus melakukan dengan setia segala yang ditunjukkan mereka kepadamu.

 

Walau bagaimanapun keadaannya tiada seorangpun yang harus menerima lebih daripada empat puluh sebatan.

 

Ulangan 25:1-3 "Apabila ada perselisihan di antara beberapa orang, lalu mereka pergi ke pengadilan, dan mereka diadili dengan dinyatakannya siapa yang benar dan siapa yang salah, 2 maka jika orang yang bersalah itu layak dipukul, haruslah hakim menyuruh dia meniarap dan menyuruh orang memukuli dia di depannya dengan sejumlah dera setimpal dengan kesalahannya. 3 Empat puluh kali harus orang itu dipukuli, jangan lebih; supaya jangan saudaramu menjadi rendah di matamu, apabila ia dipukul lebih banyak lagi.

 

Hukumannya dengan ringkas ditentukan dan dijalankan serta-merta. Untuk memastikan bahawa ini tidak disalah kira, hanya tiga puluh sembilan sahaja yang pernah diberikan di dalam Israel dan Yehuda dahulukala.

 

2Korintus 11:24-25 Lima kali aku disesah orang Yahudi, setiap kali empat puluh kurang satu pukulan, 25 tiga kali aku didera, satu kali aku dilempari dengan batu, tiga kali mengalami karam kapal, sehari semalam aku terkatung-katung di tengah laut.

 

Paulus dilempari batu di Listra (Kisah 14:19). Penderaan di sini nampaknya juga ada  menggunakan pemukul yang lebih kecil, yang mana Paulus telah menerimanya tiga kali (Kisah 16:22). Paulus tidak sah dilempari dengan batu kerana ianya bukan dilakukan oleh pihak juri. Tindakan di dalam Kisah 16:22 itu telah dibuat atas perintah para pemimpin. Para lictor membawa bersama kayu-kayu pemukul (kerana itu ada istilah-istilah Pemegang kayu pemukul dan “licking”). Para praetor diiringi oleh para lictor ini yang menjalankan hukuman. Hanya dalam kes-kes yang teruk sahaja di mana berlakunya berulang-kali penolakan pertaubatan serta penurutan kepada para pemimpin dan hukum, barulah hukuman mati dijatuhkan dan bukan kepada hamba perempuan, yang hanya dibenarkan dipukul kerana percabulan.

 

Gantirugi kewangan ditentukan oleh pihak juri berdasarkan pada merit-merit setiap tuntutan. Dengan itu terlihat bahawa keadilan telah dilaksanakan dan kejahatan dibuangkan.

 

Kesetiaan Allah

Allah adalah setia dan kita haruslah tunjukkan kesetiaan kita kepadaNya, dan melalui Hukum Pertama yang Besar kita menjadi pengantin-pengantin perempuan setia bagi Mesias. Melalui perintah ketujuh kita perlihatkan keadaan ini secara fizikal juga. Itulah sebabnya kenapa umat-umat pilihan dihakimi pada peringkat yang lebih tinggi.

 

Ulangan 5:32-33 Maka lakukanlah semuanya itu dengan setia, seperti yang diperintahkan kepadamu oleh TUHAN, Allahmu. Janganlah menyimpang ke kanan atau ke kiri. 33 Segenap jalan, yang diperintahkan kepadamu oleh TUHAN, Allahmu, haruslah kamu jalani, supaya kamu hidup, dan baik keadaanmu serta lanjut umurmu di negeri yang akan kamu duduki."

 

Manusia menyatakan kebaikan diri mereka sendiri, tetapi siapa yang dapat menemukan kesetiaan? (Amsal 20:6). Perempuan sundal yang beragama itu bercabulan dengan manusia dan tuhan-tuhan untuk mendapatkan kuasa (Wahyu 17:14). Kita haruslah setia kepada Allah, dan kepada sesama sendiri dalam segala hal, dan kemudian barulah Allah dapat menjadikan kita sebagai para pemimpin di dalam kebenaran dan kesetiaan (Matius 25:21).

 

Allah setia terhadap kita. Kita juga harus setia kepadaNya (Mazmur 89:1-4) kerana kita adalah keturunan janji itu melalui Mesias dan kita akan ditubuhkan selamanya, sebagai elohim, sebagai daripada kediaman Daud (Zakharia 12:8). Kerana belas kasihan dan kesetiaannya kekal selamanya dan sampai ke langit (Mazmur 36:5-6).

 

Kesemua bejana diciptakan untuk tujuan-tujuan pencipta dan ianya bukan hak kita untuk menyalahgunakan ataupun mengetepikannya sewenang-wenangnya.

Roma 9:14-26 Jika demikian, apakah yang hendak kita katakan? Apakah Allah tidak adil? Mustahil! 15 Sebab Ia berfirman kepada Musa: "Aku akan menaruh belas kasihan kepada siapa Aku mau menaruh belas kasihan dan Aku akan bermurah hati kepada siapa Aku mau bermurah hati." 16 Jadi hal itu tidak tergantung pada kehendak orang atau usaha orang, tetapi kepada kemurahan hati Allah. 17 Sebab Kitab Suci berkata kepada Firaun: "Itulah sebabnya Aku membangkitkan engkau, yaitu supaya Aku memperlihatkan kuasa-Ku di dalam engkau, dan supaya nama-Ku dimasyhurkan di seluruh bumi." 18 Jadi Ia menaruh belas kasihan kepada siapa yang dikehendaki-Nya dan Ia menegarkan hati siapa yang dikehendaki-Nya. 19 Sekarang kamu akan berkata kepadaku: "Jika demikian, apa lagi yang masih disalahkan-Nya? Sebab siapa yang menentang kehendak-Nya?" 20 Siapakah kamu, hai manusia, maka kamu membantah Allah? Dapatkah yang dibentuk berkata kepada yang membentuknya: "Mengapakah engkau membentuk aku demikian?" 21 Apakah tukang periuk tidak mempunyai hak atas tanah liatnya, untuk membuat dari gumpal yang sama suatu benda untuk dipakai guna tujuan yang mulia dan suatu benda lain untuk dipakai guna tujuan yang biasa? 22 Jadi, kalau untuk menunjukkan murka-Nya dan menyatakan kuasa-Nya, Allah menaruh kesabaran yang besar terhadap benda-benda kemurkaan-Nya, yang telah disiapkan untuk kebinasaan—23 justru untuk menyatakan kekayaan kemuliaan-Nya atas benda-benda belas kasihan-Nya yang telah dipersiapkan-Nya untuk kemuliaan, 24 yaitu kita, yang telah dipanggil-Nya bukan hanya dari antara orang Yahudi, tetapi juga dari antara bangsa-bangsa lain, 25 seperti yang difirmankan-Nya juga dalam kitab nabi Hosea: "Yang bukan umat-Ku akan Kusebut: umat-Ku dan yang bukan kekasih: kekasih." 26 Dan di tempat, di mana akan dikatakan kepada mereka: "Kamu ini bukanlah umat-Ku," di sana akan dikatakan kepada mereka: "Anak-anak Allah yang hidup."

q