Jemaat-jemaat Allah Al Masehi

[266]

 

 

 

 

Asal Jemaat Kristian di Britain [266]

(Edisi 1.0 20060801-20060801)

 

Orang selalu bertanya bilakah Jemaat tiba di Britain dan apakah kepercayaannya. Kebenarannya agak memeranjatkan dan misteri-misteri yang ada di sekitarnya juga adalah aspek penting dalam sejarahnya.

 

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta ã 2006 Wade Cox)

(Tr. 2007)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org

 

 

 

 

Asal Jemaat Kristian di Britain [266]



Ramai orang yang bertanya kepada kami dimana Jemaat Sabatarian di England bermula, dan bagaimana ia tiba di England. Jawapannya adalah bahawa ia bermula dalam rangkaian dan ia telah dibawah ke Britain oleh anak-anak raja yang ditawan.

 

Terdapat satu legenda yang diragui kebenarannya mengenai dengan Joseph dari Arimathea dan legenda ini adalah seperti berikut:

 

http://britannia.com/history/biographies/joseph.html

 

“Joseph dari Arimathea adalah seorang anak murid Yesus yang kaya, yang mana, menurut dalam buku Matius 27:57-60, telah meminta kebenaran dari Pontius Pilate untuk membawa tubuh Kristus yang sudah mati demi untuk bersedia untuk menguburkannya. Dia juga menyediakan kuburan di mana Tuhan yang disalib itu ditempatkan sehingga kebangkitannya. Joseph telah disebut beberapa kali dalam jajaran ayat dalam Markus, Lukas dan Yohanes, tetapi tidak ada lagi didengar tentang aktiviti dia yang seterusnya.

 

Bagaimana pun, legenda yang diragukan ini memberikan kepada kita seluruh kisah tentangnya dengan menuntut bahawa Joseph menemani Rasul Philip, Lazarus, Mary Magdalene & dan yang lain-lain untuk mengajar misi ke Gaul. Lazarus & Mary tinggal di Marseilles, sementara yang lain mengembara ke arah utara. Di Terusan Inggeris, St. Philip telah mengutus Joseph, bersama dengan dua belas pengikut, untuk mendirikan Kekristianan di sebelah persudutan empayar Roma: Pulau Britain. Tahun AD 63 biasanya diberikan bagi “peristiwa” ini, bersama dengan AD 37 kadang-kadang didahulukan sebagai satu alternatif. Ianya dikatakan bahawa Joseph telah mencapai kekayaan dalam perdagangan besi, dalam hala tuju dalam menjalankan perniagaannya, dia mungkin menjadi biasa dengan orang-orang Britain, sekurang-kurangnya di wilayah selatan-barat. Cornwall adalah ketua di wilayah perlombongan dan dikenali di dalam empayar Roma kerana biji timahnya. Somerset telah terkenal kerana bahan dawaian yang berkualiti tinggi. Amla ada orang yang mengatakan bahawa Joseph adalah paman kepada Mary yang perawan, yakni kepada Kristus juga, dan bahawa dia mungkin telah membawah budak itu bersama dalam satu daripada pengembaraan perniagaannya ke pulau itu. Yakni perkataan Blake dalam lagu yang popular, Yerusalem:

 

Dan demikian dengan kaki-kaki, pada masa-masa lampau,

Berjalan di atas pergunungan England yang hijau?

 

Dengan ini, ianya adalah lazim bagi Joseph untuk memilih misinya yang pertama ke Britain, dan menyesuaikan bahawa dia harus datang dahulu ke Glastonbury, pusat graviti bagi aktiviti legenda di negara Barat. Legen setempat mengatakan bahawa Joseph telah belayar menuju ke arah kawasan tumpuan perlombongan dawaian yang lama. Disini botnya berlabu di Glastonbury Marshes dan bersama-sama dengan penikutnya, dia mendaki bukit yang terdekat untuk meneliti kawasan terebut. Dengan membawa bersama dengan dia satu tongkat dari mahkota kudus Kristus yang diperbuat daripada duri, dia menusukkannya dalam tanah dan mengumumkan bahawa dia dan dua belas pengikutnya “Semuanya Lelah”. Tongkat duri itu dengan ajaibnya menumbuhkan akar, dan ianya masih boleh dilihat di tempat itu di Bukit Wearyall. Joseph berjumpa dengan pemerinta setempat, Arviragus, dan tidak lama kemudian dia dan dua belas pengikutnya mendapat tempat di Glastonbury yang mana telah membina biara yang pertama di Britain. Dari sini dia menjadi evangelis bagi negara tersebut.

 

Banyak yang ditambahkan dalam legenda Joseph semasa Zaman Pertengahan. Dia telah dengan beransur-ansur ditingkatkan dalam santo yang utama dan kultus pahlawan, demikian juga dengan yang dianggap moyang kepada banyak monarki di Britain, dia dikatakan telah membawa cawan kepada Birtain, yang mana cawan yang digunakan dalam Perjamuan malam dan juga telah digunakan untuk menapung darah yang menitis dari tubuh Kristus sementara dia tergantung di kaya Salib. Kepelbagaian kisah ini adalah bahawa Joseph membawah bersama dengan dia dua bekasm satu mengandungi darah dan satu lagi mengandungi peluh Kristus. Barang-barang ini dikenali sebagai “The Holy Grail” dan merupakan objek-objek carian oleh Kesatria Raja Arthur dalam Meja Bulat. Satu legenda mendakwa bahawa Joseph menyembunyikan “Grail” itu dalam Telaga Chalice di Glastonbury bagi keselematannya.

 

Bagaimana pun, terdpat kepelbagaian yang luas dari pendapat para cendekiawan terhadap subjek ini, dan kesangsian juga wujud sama ada Joseph telah datang ke Britain atau tidak, dalam apa juga tujuannya.

 

Ianya tidak kritikal bahawa Joseph telah datang ke Britain tetapi mungkin dia telah lakukannya. Keturunan asal yang pergi kepada kepada Joseph sebenarnya datang dari pertemuannya denga Arviragus, bagaimana pun, ini mungkin ini bukan di England tetapi di Roma.

 

Raja Lucius seorang raja Britain telah didakwa telah menjadikan Britain menjadi negara Kristian sekitar 156 CE.

 

St. Cadval, seorang mubaligh British, keluar dari Glastonbury, telah mendirikan jemaat Torentum, Italy, skitar 170 CE.

 

Bagaimana pun, pergerakan mubaligh itu memerlukan Lucius untuk meminta bantuan dari Biskop dari Roma. Biskop ini dilaporkan sebagai Eleutheris (sekitar 174-189). Biskop Eleutherius telah dilaporkan telah mengutus mubaligh Faganus dan Duvanus ke Britain (petikan Venerable Bede dan Liber Pontificalis).

 

Menurut kepada Liber Pontificalis, St. Elautherius adalah orang Yunani dari Nicopolis di Epirus. Nama bapanya ialah Habundius. Dia telah memerintahkan bahawa tidaka da makanan yang sesuai bagi manusia harus dipandang hina oleh orang Kristian. Dekrit ini, sekiranya sah, mungkin ditujukan kepada golongan Gnostic dan Montanist, satu mazhap Fanatikal puritanikal, atau golongan Manichean yang memandang hina daging.

 

Irenaeus, seorang paderi terkenal dalam Jemaat, telah diutus oleh biskop Pothinus (b. 87, d. 177) dan kependetaan Lyon untuk berbincang dengan Paus Eleutherius tentang fahaman Monotanisme. Pothinus adalah biskop pertama dari Lyon dan telah ditahbiskan mungkin seawal 15o CE.

 

Kita mengetahui bahawa Eleutherius adalah seorang diakon yang melayan Anicetus di Roma yang menjadi biskop sekitar 154-164 apabila Justin Martyr juga melayani di sana. Di melayani dibawah biskop yang seterusnya dan menggantikannya pada sekitar 174.

 

Encyclopedia Katolik mengatakan  perkara ini dalam menangani masalah ini bagi Jemaat Roma.

 

Paus Eleutheriu, [berkata kepada penulis ini], yang telah diterima dari Lucius, seorang raja Britain, satu surat yang mana mengumumkan bahawa melalui perintahnya dia ingin menjadi seorang Kristian (Hic accepit epistula a Lucio Brittanio rege, ut Christianus efficerentur per ejus mandatum). Apabila penulis bahagian pertama dari “Liber Pontificalis” mengeluarkan informasi ini, ianya sekarang mustahil untuk berkata. Secara sejarah, fakta ini agak mustahil, dan telah disangkal oleh semua kritik-kritik.

 

Pada penghujung  kurun yang kedua pentadbiran Roma telahpun terbentuk kuat di Britain, tidak lagi berada di kepulauan dengan raja-raja asli. Beberapa suku kaum utama, yag dikenali sebagai raja, yang seharusnya memohon instruksi dari biskop Roma dalam Iman Kristian seolah-olah cukup mustahil pada masa ini. Pernyataan yang tidak disokong dari “Liber Pontificalis”, satu kompilasi biografi kepausan bahawa dalam bentuknya yang awal tidak boleh mendahului kwarter pertama dalam kurun yang keenam, ianya bukan dasar yang mencukupi bagi penerimaan pernyataan ini. Ia dianggap oleh beberapa orang sebagai satu cerita yang beretujuan untuk mendemonstrasikan keasalan Roma dalam Jemaat british, dan dengan itu ia menjadi kekuasaan Roma. Untuk membuat ini menjadi lebih jelas lagi, mereka mencari asal kepada legenda ini dlam kurun yang ketujuh, semasa pertelingkahan di antara Jemaat primitif British dan Jemaat golongan Anglo-Saxon yang baru-baru ini telah didirikan di Roma. Tetapi bagi hipotesis ini semua bukti adalah kurang. Ia jatuh kepada fakta yang mudah yakni bahagian yang pertama dari “Liber Pontificalis” telah dituruti sebelum pertelingkahan ini, mungkin disebabkan (Duchesne) oleh golongan kependetaan Roma dalam pemerintahan Paus Boniface II (530-532), atau (Waitz dan Mommsen) pada awal kurun ketujuh. Labih lagi, semasa keseluruhan konflik yang berpusat pada adat yang ganjil dalam Jemaat British awal, tidak ada rujukan yang pernah dibuat terhadap Roja Lucius ini. Santo Bede adalah penulis Inggeris yang pertama (673-735) yang menyebut cerita ini berulang-kali (Hist. Eccl., I, V; V, 24, De temporum ratione, ad an. 161, dan dia mengambilnya, bukan dari sumber asli, tetapi dari “Liber Pontificalis”. Harnack mencadangkan teori yang lebih menarik (Sitzungsberichte de Berliner Akademie, 1904, I, 906-916). Dalam dokumen itu, dia percaya, dari informasi yang dikeluarkan oleh penyusun “Liber Pontificalis” nama yang terdapat bukan Brianio tetapi Britio. Sekarang ini adalah nama (Birtha-Britium) dari benteng Edessa. Raja yang dipersoalkan adalah Lucius Ælius Septimus Megas Abgar IX, dari Edessa, seorang raja Kristian seperti ia dikenali. Pernyataan asal dari “Liber Pontificalis” dalam Hipotesis tidak ada kena mengena dengan Britain. Rujukan ini adalah bagi Abgar IX dari Edessa. Tetapi penyusun “Liber Pontificalis” ini mengubah Britio kepada Brittanio, dan dengan cara ini membuat seorang raja British dari Lucius seorang Syria.

 

Kurun yang kesembilan “Historia Brittonum” memperlihatkan dalam Lucius satu terjemahan nama Celtic Liever Maur (Terang Besar), mengatakan bahawa utusan Lucius adalah Fagan dan Wervan, dan memberitahu kita bahawa dengan raja ini semua raja-raja pulau yang lain (reguli Britanniæ) telah dibaptiskan (Hist. Brittonum, xviii). Sejraha kurun ketiga belas menambah lagi perincian ini. Contohnya “Liber Landavansis” (ed. Rees, 26,27), memperkenalkan nama-nama Elfan dan Medwy, utusan yang telah diutus oleh Lucius kepada Paus, dan memindahkan kekuasaan raja itu ke Wales. Gema dari legenda ini telah menyerap ke Switzerland. Dalam syarahan yang dikotbahkan di Chur dan telah disimpan manuskripnya dalam kurun yang kelapan atau kesembilan, St. Timothy mewakili rasul dari Gaul, apabila dia datang ke Britain dan membaptiskan seorang raja yang bernama Lucius di sana, yang mana telah menjadi mubaligh, pergi ke Gaul, dan akhirnya tinggal di Chur, di mana dia mengkotbahkan injil dengan berjayanya. Dalam cara ini, Lucius, seorang mubaligh awal dalam daerah Swiss, telah dikenali dengan raja British dari “Liber Pontificalis”.  Karya ini adalah wewenang bagi pernyataan bahawa Eleutherius telah mati pada 24 Mei, dan telah dikuburkan di atas Bukit Vatikan (di Vaticano) dekat dengan tubuh St. Peter.

 

http://www.newadvent.org/cathen/05378a.htm

 

Isu yang sebenar ialah bahawa Liber Pontificalis cuba untuk mengatur sistem Kristian di Britain dengan keturunan orang Roma, dengan mengetahui bahawa ianya didirikan berkurun sebelumnya. Ia mungkin bahawa aktiviti mubaligh dari Glastonbury dari masa kedua kurun yang kedua memerlukan sokongan orang Roma, kerana ianya melibatkan banyak aktiviti yang berlaku di Itali dan tidak jauh dari Roma itu sendiri.

 

Orang Roma telah memulakan oraktik penyembahan pada hari Minggu demikian juga dengan hari Sabat pada 111 CE. Para mubaligh ini membawa praktik ini bersama dengan mereka tetapi ianya tidak dicatatkan di Britain, yang mana kekal memelihara Sabat dan menetapkan perayaan Paskah seperti ianya dinyatakan oleh rasul Yohanes, seperti yang kita tahu dari sejarah (lihat karya tulis Perselisihan Quartodeciman [277]). Jemaat di Gaul telah dianiaya pada masa ini dan ramai orang Kristian lari ke Britain bagi perlindungan dibawah orang Kristian di sana.

 

Paulus bercakap tentang beberapa orang di Roma yang penting dan kita boleh mengenal pasti orang-orang ini.

 

Paulus ada menyebut tentang Linus, yang merupakan anggota Jemaat di Roma, di kalangan yang lain, Irenaeus, yang telah menyatakan bahawa Petrus dan Paulus mendirikan Jemaat di Roma (Adversus Haereses, 3, 3, 3), memberitahu kita bahawa Linus yang sama telah dilantik sebagai biskop pertama Roma dan digantikan oleh Anacletus dan kemudian Clement. Irenaeus tidak menyebut tentang Petrus yang menjadi biskop Roma tetapi menyebut tentang Paulus sebagai pelopor kepada Jemaat disana. Kita juga tahu bahawa Petrus adalah biskop dari Antioch dan telah melantik serta mentahbiskan penggantinya. Petrus seolah-olah lebih banyak bekerja dengan jemaat daripada bekerja dengan Roma. Tidak ada penyebutan tentang Petrus pergi ke Britain, tetapi beberapa orang mendakwa dia telah pergi ke Britain. Kematian dia di Roma juga berlandaskan tekaan pada fakta ianya diperintahkan semasa pemerintahan Nero.

 

Augustine dari Hippo, yang menulis kemudiannya, telah membuat pernyataan yang berlainan dari Irenaeus.

 

Agustine (354-430), dalam Surat-Surat, No. 53, telah ditulis pada 400 AD:

 

Kepada Peter menggantikan Linus, kepada Linus, Clement, kepada Clement Anacletus, kepada Anacletus Evaristus, …  kepada Siricius Anastasius.

 

Di sini kita melihat pernyataan bahawa Petrus adalah biskop di Roma, kerana pada masa ini ianya adalah pekerjaan politik untuk mendirikan fahaman Trinitarianisme Athanasia dan kekuasaan Roma.

 

Teks dalam Perjanjian Baru dalam 2 Timotius 4:21:

 

Eubulus, Pudens, Linus, Claudia, dan semua saudara-saudara menghantar salam.

 

Siapakah orang-orang ini? Dari manakah mereka datang? Untuk menjawab soalan-soalan ini kita perlu pergi ke Britain. Surat-surat rasul kepada Timotius telah ditulis pada 66 CE sebelum kematian Paulus. Justru itu, orang-orang ini diketahui masih hidup dan di Roma pada masa ini. Surat-surat rasul ini tidak menyebut tentang Petrus di Roma pada waktu itu. Paulus juga bersendirian di sana bagi jangka masa yang lama. Justru itu, Petrus bukan biskop yang tinggal di Roma dan harus tiba di sana, sekiranya sesungguhnya dia datang di sana sebagai satu kepercayaan tradisi, sekitar 66 CE selepas surat-surat rasul ini telah ditulis, dan sebelum kematian syahid Paulus. Terdapat perhubungan di antara diraja British dan penduduk setempat British dan Jemaat terlibat dalam proses ini sementara mereka menjadi anggota Jemaat.

 

“Pemeliharaan-Sabat dikembangkan di England dari pengubahan agama. Britain tentu saja telah diperkenalkan kepada Kekristianan pada masa awal dan Tertullian dari Carthage ( seorang penulis retorik) dalam karya Against the Jews (merujuk kepada Tertullian, Answer to the Jews bab VII. ANF, Jil. III. Ms. 157-158].

 

Berdegar bahawa ‘sebahagian Britain tidak boleh dimasuki oleh orang Roma sesungguhnya telah ditawan oleh Kristus’. Ianya telah ditulis sekitar dua ratus tahun selepas kelahiran Kristus (Edwards, Christian England, Jil. I. ms. 20).

 

Kawasan Glastonbury telah dipelihara di bawah kawalan orang British sehingga Ine, Raja golongan Saxon Barat (688-722), telah mendudukinya. Dia menemui satu jemaat yang diperbuat daripada kayu yang sudah dianggap kuno. Dia memperluaskan tanah-tanah kepada kependetaan dan ianya kekal sehingga ianay terbakar pada 1184. Orang Kristian syahid yang pertama yang telah dicatat di bawah orang Roma di Britian, adalah Alban. Dia adalah ahli tentera Roma, yang telah melindungi paderi Kristian lari dri Gaul dan telah dibaptiskan oleh dia (Edwards, ms. 21). Gildas dan Bede juga memberitahu kita tentang orang syahid Aaron dan Julius di Caerleon. Nama Aaron memberitahu bahawa dia adalah seorang Yahudi (Edwards, ibid.).

 

Terdapat lima orang Kristian British, termasuk tiga biskop pada persidangan Arles pada 314. Eborius, biskop dri York, Restitutus, biskop ari London, Adelfius, biskop dari Lincoln (tetapi ini tidak pasti kerana penulis telah menulis Colonia Londoninensium dan bukannya Colonia Lindensium). Seorang Paderi dan diakon (Edwards, ibid.)” (petikan Distribusi Umum Jemaat-jemaat yang Memelihara Sabat [122]).

 

Kaisar Constantine telah mengumumkan Augustus, atau kaisar di York pada 25 Julai 306, pada masa kematian Constantius, bapanya. Dia telah didedahkan kepada British atau Kekeristianan Celtic dari penempatannya d England dan Perancis. Dia telah mencuba untuk menyatukan Empayar di bawahnya dan telah dibaptiskan sebagai Unitarian oleh Eusebius dari Nicomedia ketika dia di ambang kematiannya. Dia terdedah dengan fahaman Mitraisme sementara dalam ketenteraan seperti majoriti anggota tentera yang lain.

 

Orang-orang Kristian yang Pertama

Sistem Sabatarian telah didirikan di England dari kurun yang pertama CE oleh anak-anak Caradog atau Caratus (mati 54 CE), raja dari Cantii (dari sekitar 40) dan raja dari Catavellauni (dari 43-51). Dia adalah saudara kepada Aviragus yang telah dibawa ke Roma bersama dengan dia. (silsilah keluarga dalam Apendiks 2). Dia dan keluarganya telah dibawa ke Roma dalam keadaan berantai oleh Claudius selepas dikalahkan di Wales ketika memimpin tentera seramai 15,000. dia telah dianiaya oleh Cartimandua, ratu dari Brigantes (dari 43-69 CE) yang telah membuat persetujuan dengan orang Roma. Terdpat beberapa ketua British telah dibawa ke Roma bersama dengan dia. Claudius juga mendirikan pemerintah boneka dari silsilah raja-raja British yang dia fikir boleh diharap. Keluarga Caratacus telah dibaptiskan di Roma dalam Jemaat rasul Paulus dan murid-muridnya sebelum 54 CE. Ini adalah sebelum kematian Caratacus (atau Caradog) dan Claudius, dan tentu saja sebelum kematian syahid Paulus dibawah Nero (memerintah 54-68), yang mana bertarikh sekitar 66 CE. Anak Caradog, Linus, menjadi biskop pertama di Roma dan anaknya yang lain, Cyllin dan keluarga dilaporkan telah kembali ke England dan mendirikan kepercayaan Iman di sana. Anak perempuannya telah mengawini Coel I yang juga dibawa ke Roma dalam keadaan berantai dengan Caratacus dan Arviragus. Anak Arviragus, Marius (menjadikan nama Roma oleh golongan Celtic, iaitu Meurig dari Y-Veurig, yakni Arviragus) telah berkahwin dengan anak perempuan orang yang diangkat oleh Claudius, Prasutagus dan Boudica. Anak mereka Coel telah berkahwin dengan sepupu keduanya, yakni anak perempuan Cyllin dan mereka menjadi ibu baoa kepada Licius. Marius juga dilaporkan telah berkahwin dengan anak kepada Bran yang diberkati yang mana ibunya, isteri kepada Bran, adalah anak perempuan kepada Joseph dari Arimathea. Mereka juga kembali ke England (petikan dari karya Mike Ashley, The Mammoth Book of the Bristish Kings and Queen, Carroll dan Graf 1999, ms. 67,75,78,79). Anak mereka (atau anaknya) Lucius menjadi raja dan dengan umur yang meningkat, telah meminta Eleutherius, biskop Roma (sekitar 174) bantuan dengan beberapa mubaligh, seperti yang kita lihat di atas. (Lihat Apendiks 2 untuk perincian.).

 

Dengan merujuk kembali kepada teks oleh Paulus dalam 2 timotius 4:21, kita boleh mengenal pasti beberapa orang ini. Sebagai contoh, kita mempunyai catatan sejarah tentang Pudens dan Claudia. Dia boleh dikenal pasti sebagai Claudia Rufina. Wikipedia mengatakan ini berkenaan dengan perkara ini.

 

Claudia Rufina adalah seorang wanita keturunan British di Roma pada tahun 90-an dan dikenali dengan seni sajak Martial. Seni Martial ini merujuk dia dalam Epigrams XI:53 yang menggambarkan dia sebagai “caeruleis […] Britannis edita” (“terbit dari pribumi Britain”, yang didakwa merujuk kepada budaya British dalam seni melukis yang menggunakan woad (fdakwat dari sejenis tumbuhan)), dan memuji dia kerana kecantikannya, pendidikannya dan kesuburannya.

 

Dia mungkin ada persamaan dengan “Claudia Peregrina” (“Claudia yang Asing”) yang telah berkahwin dengan sahabatnya Aulus Pudens, seorang golongan Umbrian Centurian yang mana beberapa sajaknya telah dikemukakan, Martial digambarkan dalam Epigram IV:13. Dia juga mungkin Claudia yang meninggikan Martial berbanding dengan Palatine Colossus, suatu gigantik yang pernah berdiri dekat dengan Bukit Palatine (Epigrams VIII:60). http://en.wikipedia.org/wiki/Claudia_Rufina.

 

Ia berkemungkinan bahawa dia dan suaminya boleh dikenal pasti dengan Claudia dan Pudens yang disebut dalam 2 Timotius 4:21 dalam Perjanjian Baru. Identifikasi ini telah dibuat seawal kurun yang ke-17 oleh James Ussher, biskop besar dari Armagh, dalam karyanya British Ecclesiastical Antiquities, dan orang yang sezaman dengan dia Cardinal Alford, seorang ahli sejarah, yang mana telah menghubungkan dua perkara ini dalam Regia Fides. Buku diakon besar John William (bertarikh 1894) Claudia and Pudens menyatakan dengan lebih mendalam lagi berkenaan dengan perhubungan di antara Claudia dan Pudens dan kesukuan mereka daripada yang dinayatakan oleh Ussher dan Alford. Pandangan ini juga disokong oleh Giovanni Battista de Rossi (mati 1894) seorang arkeologis Kristian.

 

Martial telah menulis pada tahun 90-an sementara kerasulan kependetaan secara tradisinya bertarikh 60-an, dari muka depannya, identifikasi ini bleh diragukan. Bagaimana pun, ramai cendekiawan yang kritikal menganggap kerasulan kependetaan adalah pseudepigrafik dan mentarikhkannya kepada tahun 90-an; ini membuatnya jatuh pada jangka masa yang betul tetapi kandungannya diragukan.

 

Ramai cendekiawan tradisional Katolik Roma berselisih dengan identifikasi ini: menurut kepada para cendekiawan di CCEL, dakwaan ini secara khususnya disangkal oleh golongan Bollandis.

 

Satu idea yang dipopularkan dalam The Drama of the Lost Disciples, buku tahun 1961 oleh seorang ahli sejarawan-pseudo berbangsa British Israel, George Jowett, membuat Claudia seorang anak perempuan British, Caratacus.

 

Jowett tidak mengasalkan semua idea-idea ini: dia memetik karya ahli sejarah seperti biskop besar James Ussher, Caesar Baronius dan John Hardyng, dan juga penulis karya klasik seperti Caesar, Tacitus dan Juvenal. Beberapa daripada perdebatannya tampaknya berasal dari diakon besar J. Williams dalam karyanya Antiquities of the Cymry (1862), [2][3]   Claudia dam Pudens (1848), dan satu artikel yang berjudul “The Romans at Colchester” dalam Quarterly Review pada 1858. William biasa dengan James Ussher yang mendebatkan perhubungan yang sama di antara Claudia, Pudens dan Caratacus lebih awal lagi dalam British Ecclesiastical Antiquities. [4] Ussher sendiri memetik karya Boronius sebagai sumbernya. [5]

 

[disunting]

 

Anak perempuan Raja Cogidubunus

 

Dengan nama yang diberikan, ianya didakwa bahawa dia ada perhubungan dengan Tiberius Claudius Cogidubunus, seorang raja British yang memerintah sebagai klien Roma pada penghujung kurun yang pertama. Bagaimana pun, Claudii adalah keluarga aristokratik Roma yang penting dan ekstensif, dan sesiapa sahaja anggota keluarga perempuan akan memakai nama Claudia – demikian dengan hamba perempuan yang dibebaskan yang sebelumnya dimiliki oleh Claudii, dan sesunggunya sesiapa sahaja perempuan di dalam empayar yang bapanya diberikan kewarganegaraan dibawah pemerintah Claudius dan Nero. Laebih lanjut lagi, beberpa raja British seperti Tincomarus, Dubnovellaunus, Adminius dan Verica, diketahui telah melarikan diri dari Britain ke Roma, dan Caratacus telah dibawa ke sana sebagai tawanan. Beberapa lagi orang bersuku British telah dibawa di sana sebagai tebusan diplomatik, belum lagi menyebut tentang tawanan perang yang telah dijual sebagai hamba, menghasilkan pelbagai keturunan yang mungkin. Oleh kerana Martial tidak spesifik tentang keturunannya, apa sahaja percubaan untuk mengenal pasti tentang pertaliannya hanyalah satu dakwaan.

 

(Wikipedia ibid.)

 

Tradisi ini juga mencatatkan bahawa keluarga Martial juga terlibat dengan mereka, dan ibunya sekurang-kurangnya didakwa seorang Yahudi yang telah pergi ke Britain bersama dengan suaminya. Nama bapanya ialah Marcellus dan ibunya ialah Elizabeth, mereka didakwa telah pergi ke Britain bersama dengan Zacchaeus dan orang-orang Yudea yang lain. Ianya tidak dipertikaikan lagi bahawa Martial biasa dengan orang British seperti yang kita lihat disini bersama dengan Claudia. Pudens mungkin seorang centurion (kepala prajurit) yang bertugas di Yudea.

 

Terdapat golongan centurion yang dapat berjumpa dengan Yesus Kristus dengan secara langsung. Satu daripada hamba golongan centurion ini telah disembuhkan kerana iman (Mat 8:5-13; Luk 7:6).

 

Ada seorang centurion yang berada di kakai Yesus pada ketika pelaksanaan Paskah, yang menyatakan bahawa Kristus adalah Anak Allah (Mat 27:54; Mar 15:39) atau  “orang yang benar” (Luk 23:47). Dia telah mualaf, sama seperti Pilatus pada masa kemudianya. Pilatus bercakap kepada centurion itu sebelum dia melepaskan tubuh Kristus kepada Joseph dari Arimathea yang telah memberikan tubuh Kristus ini kepada Maria Magdelinbe dan Maria ibu kepada James (junior), Joses dan Salome. Dia bukan centurion yang dirujuk sebagai Cornelius dalam Kisah 10:1. Terdapat golongan centurion yang lain yang telah bertemu dengan Paulus dan para rasul (Kisah 21:32; 22:25-26; 23:17,23; 24:23; 27:1,6,11,31,43; 28:16). Ianya juga harus diperhatikan bahawa Drusilla, isteri kepada Felix (Kisah 24:24) adalah orang Yahudi, jadi perkahwinan di antara wanita Yahudi dan orang bukan Yahudi adalah lazim, sama seperti perkahwinan orang Israel dengan orang bukan Yahudi dalam Perjanjian Lama seperti halnya dengan Hiram dari ibu bapa Tyre dan beberapa daripada pembantunya.

 

Sekiranya ibu Martial ialah wanita Yahudi, seperti yang didakwa, kita mungkin melihat pada nukleus Jemaat di Roma yang dibentuk dari pengalaman dalam pelayanan Kristus, dan yang mana membentuk dasar kepada mualaf raja-raja British dan kepala-kepala suku, atau bersekutu dengan Roma dan tinggal di “Rumah orang British” di sana.

 

Ashley berkata bahawa anak kepada Marius, yang merupakan anak kepada Arviragus, adalah Coel tang dibesarkan dan dididik di Roma. Marius telah kembali kepada Silures dan dilaporkan menjadi raja orang British yang membayar cukai kepada Roma dan mempunyai sifat yang baik. Ashley mempunyai pendapat bahawa mungkin dia telah menjadi raja klien di Roma seperti Prasotagus dan Cogidubnus. Cogidubnus adalah raja golongan Regnii  yang berada di utara Thames dan di Wiltshire tetapi dia juga mungkin dikaitkan dengan Dobunni sekiranya nama dia adalah Tog Y Dobunni atau Raja orang Dobunni. Sekiranya demikian, maka dia diberikan tanah dari luar tempat tinggalnya di Gloucester (petikan Ashley ms. 79). Dia membantu orang Roma pada 43 CE semasa serbuan dan seterusnya dalam pemberontakan Caratacus dan Boudica (ratu Ice (59-61) selepas kematian suaminya Prasutagas).

 

Ashley mempunyai pendapat bahawa Coel, anak kepada Marius, mungkin dikelirukan dengan Cogidubnus oleh Geoffrey dari Monmouth tetapi jangka masa tidak boleh didamaikan. Ashley meletakkan dia sebagai anak Marius dan  suami kepada anak perempuan Cyllin, anak kepada Caratacus. Terdapat sedikit keraguan bahawa Linus, biskop pertama di Roma adalah Linus dalam 2 Timotius dab orang ini adalah keturunan British. Claudia dikenal pasti sebagai saudara perempuannya dan isteri kepada Pudens. Sekiranya dia sesungguhnya berkahwin dengan Claudia Rufina, kita mempunyai satu daripada tentera Kristian yang pertama. Pudens dan Claudia sepatutnya kekal di Roma atau Umbria. Linus juga kekal di Roma. Sekiranya Coel telah dibesarkan dan dididik di Roma, maka anak perempuan Cyllin mungkin tetap kekal di Roma sehingga masa Coel untuk kembali ke Britian untuk menggantikan bapanya.

 

Ianya mungkin bahawa anaka-anak Cogidubnus, Prasotagus dan Marius semuanya kekal di Roma di Rumah orang British dan dididik di sana mungkin sebagai sekuriti bagi ketaatan ibu bapanya. Bagaimana pun, dua anak perempuan Prasotagus berada di Britain pada 59-61 CE dan telah dirogol di Colchester apabila ibu mereka telah dicemeti kerana  mengadu tentang penyalahgunaan tanah oleh orang Roma. Tindakan ini mengakibatkan pemberontakan golongan Ice dan Tinovantes dan penyingkiran Colchester dan London.

 

Tarikh kenaikan Linus sebagai biskop di Roma dipercayai selepas 26 tahun dari kenaikan Kristus, yang dipercayai pada 30 CE, dan justru itu, Linus telah dilantik Biskop pada 56 CE oleh Paulus, sekitar sepuluh tahun sebelum Petrus kembali ke Roma. Encyclopaedia Katolik mengatakan bahawa tarikh ini terlalu awal.

 

Seorang penulis mendakwa bahawa Linus adalah keturunan Itali tetapi ini tidak disokong oleh sumber-sumber kuno.

 

Ethel Ross Barker, (dalam Roma of the Pilgrims dan Martyrs, London, 1913, ms. 64), mengatakan bahawa Linus adalah seorang Itali, dari wilayah Tuscia; bapanya adalah Herulanus. Dia didakwa telah duduk dalam kerusi keuskupan selama sebelas tahun, tiga bulan dan dua belas hari. Jangka masa ini adalah dari konsul Saturninus dan Scipio dari Capito dan Rufus, yakni 56 sehingga 67 CE. Kematian pada 67 meletakkannya dalam susunan penindasa yang mengakibatkan dalam kesyahidan Paulus dan seterusnya Petrus (sekiranya tradisi ini disahkan benar) pada jangka masa yang sama. Tarikh-tarikh ini telah dicatat oleh Lightfoot (Apostolic Fathers, ms. 253) tetapi tarikh kematian yang diberikan oleh Barker adalah salah. Apa yang penting adalah bahawa Petrus bukan di Roma dan Linus telah dilantik sebagai biskopnya yang pertama. Petrus hanya melawat Roma menurut tradisi dan ini adalah penghujung jangka masa Linus sebagai biskop dan tidak lama sebelum kematian syahidnya pada September (menurut Liber Pontificalis berkenaan dengan bulan kesembilan – yakni. novem). Sumber Encyclopaedia Katolik mempunyai pernyataan berikut tentang Linus bagi apa yang dianggap alasan yang jelas.

 

“Jangka masa jawatan Linus, menurut kepada senarai kepausan yang diberikan kepada kita, berakhir hanya dua belas tahun. Katalog Liberia menunjukkan bahawa ianya berkekalan selama dua belas tahun, empat bulan, dan dua belas hari. Tarikh yang diberikan dalam katalog, A,D, 56 sehingga A.D. 67, adalah salah. Mungkin ia adalah pernyataan tentang tarikh-tarikh ini bahawa penulis pada kurun yang keempat memberikan pendapat mereka bahawa Linus memegang kedudukan sebagai kepala komuniti Roma semasa hayat Rasul itu; contohnya, Rufinus dalam bahagian pengenalan dalam terjemahannya terhadap Pseudo-Clementine “Recognitiones”. Tetapi Hipotesis ini tidak mempunyai dasar sejarah. Ianya tidak diragukan bahawa menurut kepada pernyataan Irenaeus mengenai Jemaat Roma dalam kurun yang kedua, Linus telah dipilih untuk mengepalai komuniti Kristian di Roma, selepas kematian Rasul itu. Untuk alasan ini jangka masa kepausannya bertarikh dari tahun kematian rasul Petrus dan Paulus, yang bagaimana pun, tidak diketahui dengan pasti.

 

“Liber Pontificalis” menyatakan bahawa rumah Linus ialah di Tuscany, dan bahwa nama bapanya adalah Herculanus; tetapi kita tidak boleh mengetahui keasalan pernyataan ini. Menurut kepada beberapa karya terhadap Paus, Linus sepatutnya telah mengeluarkan dekrit “dalam pengakuan dalam ordinan St. Petrus”, bahawa para wanita harus menutupi kepalanya sewaktu dalam jemaat. Tanpa ragu, dekrit ini adalah diragukan, dan disalin oleh penulis “Liber Pontificalis” dari surat rasul yang pertama St. Paul kepada orang Korintus (11:5) dan ianya dikaitkan dalam pelbagai bentuk dengan pengganti pertama bagi Rasul ini di Roma. Pernyataan ini dibuat dalam sumber yang sama, bahawa Linus sengsara kerana kesyahidan, tidak boleh dibuktikan dan tidak mungkin. Kerana di antara Nera dan Domitian, tidak ada disebut tentang apa-apa penganiayaan Jemaat orang Roma; dan Irenaeus (1. c., III, iv, 3) dari kalangan biskop Roma yang awal hanya melantik Telesphorus sebagai martir yang agung.

 

http://www.newadvent.org/cathen/09272b.htm

 

dengan jelas mereka berselisih tentang hal martir ini berdasarkan pembinaan semula mereka terhadap pemerintahan dia, yang mana pada tarikh betul yang lebih awal membuat ia tidak mungkin bagi Petrus menjadi biskop. Sesungguhnya, seperti yang ditunjukkan, Irenaeus tidak mengatakan bahawa Petrus adalah biskop, tetapi Linus yang telah dilantik sebagai biskop oleh para rasul. Ini sejajar dengan teks yang dikaitkan dengan Hippolytus di bawah, yang juga harus disangkal dan dikatakan meragukan oleh Roma. Dasar kepada penggantian itu adalah bahawa Kristus telah melantik para Rasul dan orang seramai tujuh puluh dan rasul itu bukan biskop, tetapi telah mendirikan jemaat-jemaat dan telah melantik tujuh puluh orang sebagai ketua dalam jemaat-jemaat tersebut sebagai biskop. Perincian yang dikaitkan dengan Liber Pontificalis dianggap diletakkan di sana secara khusus untuk menyangkal perincian tentang biskop yang pertama di Roma pertalian dengan Britain pada tarikh awal ini dan meletakkannya lebih jauh ke belakang. Tertullian secara khusus menyingkirkan kemungkinan itu oleh komentarbta (dipetik disini).

 

Hippolytus, seorang Yunani, adalah pengikut Irenaeus di Lyons yang telah diajar oleh Polycrates dan mungkin pengikut Polycarp, pengikut Yohanes. Policarp telah “diperintahkan oleh Rasul” (Irenaeus, petikan, III, iii, 4) dan telah menjadi pengikut St. Yohanes (Eusebius, petikan, III, 36; V, 20) yang sezaman dengannya hampir dua puluh tahun.

 

Hippolytus telah menjadi biskop di Portus Romanus dan mengecam biskop di Roma, yang mana pada masa ini mula dipanggil Paus, bersama dengan biskop dari kawsan-kawasan yang utama. Dia dengan salah dikaitkan sebagai biskop di Roma kerana dia tinggal dekat dengan Roma di Ostia, kota pelabuhan Roma pada jangka masa dimana dia menulis terhadap  dua daripadanya. Dia juga dikaitkan dengan Asia dan mungkin telah datang ke Lyons dari Smyrna dimana Polycarp dan Polycrates mengajar, demikina dengan biskop di Lyons yang dia layani. Dia mati syahid di Ostia di mulut golongan Tiber semasa pemerintahan Alexandre Severus. Beberapa orang Katolik Roma merujuk dia sebagai seorang “antipuas” kerana serangannya terhadap biskop di Roma dan konsep yang salah dimana dia dianggap biskop di Roma, yang mana tidak benar. Eusebius menyebut dia tiga kali dalam pertalian dengan Beryllus, biskop di Bostra, di Arabia, dan ianya ada kemungkinan dia telah dilatih di Asia Kecil, mungkin di Bostra atau Smirna dan diutus ke Lyons, yang mana dipertalikan dengan Smyrna dan biskopnya dilatih di sana. Pada 192 Victorinus telah membuat semua Kuartordeciman dibenci, yang menakibatkan masalah besar bagi Lyons dan biskop-biskopnya dan memperlihatkan Polycrates dan Smyrna dalam keadaan berpecah dengan Roma.

 

Penulis kepada bahagian catatan pengenalan dalam teks ANF memperkatakan ini tentang Hippolytus dan karyanya.

 

1. Bahawa sama ada Hippolytus dan tuannya (Irenaeus) tidak mempunyai apa-apa konsepsi bahawa Wilayah Roma memiliki wewenang yang pra-unggul, yang mana yang lain harus wajib untuk menunda, dilihat terbukti dari sejarah dalam kedua-duanya. Kedua-duanya telah menyabitkan biskop Roma kepada kesilapan, dan kedua-duanya telah mengutuk mereka kerana salah laku mereka.

 

2. Hippolytus adalah penulis kepada karya yang dipanggil Little Labyrinth yang mana, sama seperti Philosophumena yang baru ditemui, mengaitkan Wilayah Roma dalam semua hal tetapi “yang tidak boleh disangkal” yang merupakan petikan Irenaeus sangat bijak untuk bertahan.8 Oleh itu bagaimana dia tidak memahami petikan ini cukup jelas. Mari kita teliti apa yang akan muncul, dari sikapnya, untuk lebih memahami dengan mendalam tentang Irenaeus.

 

3. Saya diperlihatkan, dalam uraian yang sudah dirujuk, bagaimana Irenaeus menegaskan bahawa Roma adalah kota yang mana semua orang melawat dari semua tempat, dan bahawa orang Kristian, menentukan hala tuju, kerana ianya adalah Kota Kekaisaran, yang membawa kesaksian dari semua jemaat-jemaat yang lain. Justru itu, ia menjadi saksi yang kompeten kepada quod ab omnibus, kerana ianya tidak jahil kepada semua apa yang diajar oleh jemaat dengan satu keserasian. Bagaimana pun, perdebatan ini menterbalikkan dogma orang Roma yang moderen; Roma primitif menerima ortodok daripada menentukannya. Dia memeluk kesaksian Katolik yang dibawa kedalamnya dari semua jemaat, dan menjadikannya sebagai pantulan terang; dia sendiri tidak bersifat primitif, tetapi apa yang dia pelihara secara kebetulan dengan setia dengan jemaat-jemaat yang lebih matang daripadanya. Tidak ada keraguan bahawa dia telah ditanam dan disirami oleh St Paul dan St. Petrus; tetapi tidak diragui juga, bahawa dia juga telah diberi amaran oleh tanggung jawabnya yang terdahulu terhadap kesilapan dan kepada pemutusan akhir 9 dari perjamuan apostolik. Hippolytus hidup dengan keadaan yang kritikal, apabila peringatan yang dahsyat ini seolah-olah menjadi kenyataan.

 

4. Sekarang, dari Portus dan dari Lyons, Hippolytus telah membawa kedalam Roma doktrin Katolik, dan menyabitkan dua daripada biskopnya dalam bidaah yang jelek dan hidup yang jahat, dan oleh kerana ini, sementara Irenaeus mengajar, iman kepercayaan ini dipelihara di Roma oleh kesaksian mereka yang dari seluruh tempat menentukan hala tuju, bukan dengan prerogatif dari wilayah itu sendiri. Semua ini akan muncul dengan cukup jelas sementara pelajar meneruskan penelitian dalam jilid ini (ANF Jil. V, ms. 4-5).

 

Karya ini, menterjemahkan Hippolytus dalam Ante Nicene Fathers Jil. 5, mempunyai satu apendiks yang menyenaraikam item-item yang dianggap meragukan atau palsu. Dalam apendiks itu terdapat senarai yang lengkap tujuh puluh rasul dan di mana mereka telah pergi, dan jabatan yang mereka pegang, dan bagaimana mereka mati. Dalam senarai itu muncul Linus biskop yang pertama di Roma yang didakwa satu daripada jumlah tujuh puluh itu. Juga tersenarai adalah Aristobulus biskop di Britain. Yakobus dirujuk sebagai saudara Tuhan dan merupakan biskop di Yerusalem. Cephas juga tersenarai tetapi tidak disebur seabgai biskop di Roma atau dimana-mana, dan itu mungkin sebab yang utama mengapa senarai ini kemudiannya dianggap palsu, tetapi terdapat satu ruangan yang tertinggal dalam teks ini. Ia tidak menyenaraikan yang dianggap salah dan yang berkaitan dengan dia dalam teks itu tetapi meletakkan dia bersama dengan senarai palsu yang lain.

 

Petrus disenaraikan oleh Hippolytus sebagai mengabarkan injil di Pontus, Galatia, Cappadocia dan Betania, dan Itali dan Asia. Dia kemudiannya disalib terbalik pada zaman Nero (ANF Jil. V, ms. 254-255). Bagaimana pun, demikian juga dengan beberapa rasul yang juga disalib dengan terbalik, seperti Philip dan Bartholomew. Andrew juga telah disalib di kayu zaitun.

 

Ketegasan pelayanan Petrus membuat ia tidak mustahil bahawa dia adalah biskop Roma. Betania berada dalam kawasan Tbilisi di Caucasus. Ini adalah kawasan di mana golongan Anglo-Saxon datang sebagai sebahagian daripada kumpulan Parthian dan di mana suku Israel telah lenyap. Kawasan misi utama Petrus adalah  kepada suku kaum Israel yang hilang yang mana berselerak di tempat lain dan disana bergabung dengan golongan Scythian dan Parthian, dan bukan dengan Roma. Paulus adalah rasul kepada orang bukan Yahudi dan bukan Petrus, dia adalah seorang rasul kepada penyunatan.

 

Petrus secara asalnya adalah biskop atau penatua di Antioch, dan telah melantik Evodius sebagai biskop di sana di tempatnya, sebelum dia mati. Evodius mati sekitar 68 dan telah digantikan dengan Ignatius dari Antioch sebagai biskop. Eusibius, (Historia Ecclesiastica, II.iii. 22) mencatatkan bahawa Ignatius menggantikan Evodius. Theodoret (Dial. Immutab., I, iv, 33a) mencatatkan bahawa Petrus sendiri telah melantik Ignatius bagi wilayah Antioch. Ini bererti Petrus seharusnya ada di sana pada 68 CE  pada waktu kematian Evodius, dan sama ada dia kembali ke Roma ataupun dia tidak mati di Roma. Alternatifnya, Ignatius mungkin telah pergi ke Roma pada waktu kematian Evodius, atau dia telah dilantik oleh Petrus dan mungkin telah ditahbis oleg Yohanes. Justru itu, Petrus dikaitkan rapat dengan Antioch, dan bukan dengan Roma, dan dalam pelantikan biskop-biskopnya.

 

Ignatius menyingkapkan dirinya Theophoret atau pembawa kepada Allah, dan difahami adalah pengikut Petrus dan Yohanes. Sesungguhnya, ia seharusnya demikian, kerana Yohanes tinggal dan mengendalikan Jemaat dari Efesus dan Ignatius seharusnya mempunyai hubungan yang rapat dengan dia.

 

Ignatius telah mati syahid di antara 98 dan 117 CE.

 

Sekiranya tradisi diterima bahawa Petrus telah mentahbiskan Clement sebagai biskop di Roma pada waktu kematian Linus, maka Petrus tidak mati syahid di Roma di mana dia dipercayai mati. Pandangan sedemikian harus disingkirkan kecuali Linus telah mati syahid sejurus sebelum Petrus, dan Petrus kemudannya melantik Clement, atau telah memberikan instruksi demikian.

 

Paulus adalah rasul pada kebanyakan masa di Roma, dan pada 66 apabila 2 Timotius ditulis, tidak ada menyabut tentang Petrus sama sekali. Ia tidak boleh difikirkan bahawa Petrus dilupakan sekiranya dia hadir di Roma. Ia dianggap bahawa dia surat rasul dalam Timotius telah ditulis sekitar 66 dan tahun yang berikutnya (yakni 67 CE), dan Titus telah ditulis pada masa yang sama. Serangan moderen terhadap kesahihan ini mungkin berakar dari kecenderungan politik yang berpandangan sempit.

 

Dari dua belas murid ini, ditambah dengan Yohanes, Hippolytus mendakwa bahawa Matius juga mati secara sewajarnya, sama seperti Matias. Simon yang fanatik disenaraikan sebagai biskop di Yerusalem selepas kematian Yakobus, dan dialah yang tersenarai sebagai yang dipanggil Yudas. Yudah atau Yudas adalah juga nama kepada saudara Kristus.

 

Sekiranya senarai ini betul, ia menunjukkan bahawa Linus adalah sebahagian daripada jumlah tujuh puluh, dan juga Aristobulus yang diutus ke Britain, dan justru itu hubungan di antara Britain dan Yudea adalah sama ada satu fakta atau sekurang-kurangnya dianggap demikian (ANF Jil. V, ms. 254-256). Ia juga menandakan bahawa apabila jumlah Tujuh Puluh ini telah diutus keluar, mereka telah diutus ke tempat-tempat yang mengandungi elemen Iman, dan Britain adalah satu daripada wilayah yang mengandungi orang yang berketurunan Ibrani. Kita telah melihat isu siapa orang ini dan perinciannya terkandung dalam karya tulis Asal Genetik Bangsa-bangsa [265] dan Perang Hamon-Gog [294]. Ia mungkin YDNA Haplogroup I (kepulauan) yang menduduki wilayah yang sekarang ini di luar dari apa diterima wilayah pengaruh Roma di Britain. Ini juga menurut dengan Pernyataan Tertullian sekitar 200 CE tentang mereka yang di luar kawalan Roma. Mereka seharusnya ada di kawasan Utara dan Barat-daya , yang mempunyai pendudukan Roma yang terhad. Sekiranya Aristobulus adalah satu daripada jumlah tujuh puluh itu, yang juga didakwa keatas Linus, maka Linus sememangnya mempunyai hubungan dengan Yudea atas sebab yang tertentu dan datang ke Yudea dan menjadi pengikut Kristus sebelum Kristus mati pada masa Paskah 30 CE. Para murid-murid telah diutus keluar selepas itu, seperti yang kita lihat dalam buku Kisah. Maka ini, Britain sememangnya menerima satu delegasi dalam jangka masa pendek sehingga perlantikan Paulus. Aristobulus disebut dalam Roma 16:10. Keluarganya hars disambut tetapi dia sendiri bukan ada di sana. Jawapan kepada pernyataan Hipplytus adalah bahawa dia telah diutus ke Britain dan mungkin telah meninggalkan keluarganya di Roma demi untuk memanggil mereka apabila masa sesuai. Jemaat mungkin telah didirikan di Britain dalam pernyataan ini apabila Caratacus telah ditawan dn dibawah ke Roma pada 51 CE, atau mungkin sebelumnya. Paulus menulis surat rasul pada waktu pelayanan mubalighnya yang ketiga dari Korintus sekitar 56 CE. Aristobulus pada masa ini mungkin berumur minima 52 tahun sekiranya dia adalah satu daripada jumlah Tujuh Puluh itu. Di didakwa saudara kepada Barnabas, yang dikatakan oleh Hippolytus telah menjadi biskop di Heraclea, yang merupakan kota kuno Yunani di Lucania, di kawasan Selatan Itali, tidak jauh dari Teluk Tarentum (Taranto). Terdapat tradisi yang mendakwa bahawa Paulus telah mengutus Barnabas ke England. Sekiranya demikian, dia sememangnya telah kembali ke Itali dan pergi ke Heraclea apabila Aristobulus mendapat kawalan di England.

 

Ia juga mendemonstrasikan perkaitan di antara Britain dan Roma pada tarikh yang awal ini, dengan orang-orang ini yang disebut dalam 2 Timotius hadir pada 66 CE. Justru itu, di antara 51 dan 66 CE  pertambahan orang British terbukti di Roma dalam Jemaat. Maka ini, Aristobulus adalah berumur 62 dan agak tua untuk mendirikan jemaat. Dengan ini, kita boleh menyimpulkan Jemaat di Britain sudahpun ditubuhkan pada masa ini bagi dia untuk menjadi biskopnya.

 

Salasilah Yusuf

Tuan yang Agung, atau Raja orang British pada kurun yang pertama BCE adalah Beli Mawr (lit Tuan Agung). Dua anak lelakinya adalah Llud dan Caswallon.

 

Caswallon adalah bapa kepada Raja Lear dari kemasyuran Shakespeare. Lear telah berkahwin dengan sepupuh keduanya Penardun, anak perempuan Llud, dan anak mereka adalah Bran yang disanjung. Ianya dicatata dalam geneologi bahawa Bran telah berkahwin dengan Anna, yang merupakan anak perempuan Joseph Arimathea. Jemaat Coptik mencatatkan satu lagi nama anak perempuan sebagai Jose. Sekiranya demikian, seperti yang dicatat dalam sejarah dan geneologi, bahawa Yusuf adalah paman kepada Miriam yang Perawan, maka Anna adalah sepupuhnya dan sepupuh kepada Maria isteri Clophas. Keturunan dalam perkahwinan Bran ini secara langsung mewarisi salasilah Kristus dalam Lukas 3 dari Daud melalui Nathan, kerana Yusuf disifatkan sebagai (datuk paman) kepada Kristus dan saudara muda Heli, bapa kepada Miriam. Kerana alasan inilah bahawa Pontius Pilatus telah memberikan kepada Yusuf tubuh Kristus untuk dikebumikan.

 

Anak lelaki Bran dan Anna adalah Beli (lihat Apendiks 2). Beli ini selalunya dikeliruka dengan Beli Mawr atau “Tuan yang Agung” yang adalah datuk kepada Bran yang hidup pada kurun yang pertama BCE. Ahli sejarah yang melakukan kesilapan ini telah menyingkirkan geneologi yang berdasarkan pada jangka masa yang tidak sesuai. Faktanya adalah bahawa mereka sedang menangani dua personaliti yang berlainan dan Anna adalah ibu kepada Beli, anak kepada Bran dan bukan isteri Beli Mawr. Pelajar Alkitab akan perhatikan bahawa Beli dalam Brythonic adalah sama dengan Baali dalam bahasa Ibrani dan kedua-duanya bererti “Tuan”.

 

Salasilah ini adalah dari Bran sehingga Beli sehingga Amalech, dan menuju kepada Coel Hen dalam satu salasilah dari Eudelen, dam sehingga Cunedda dari salasilah lain dari Eugein. Cunedda telah berkahwin dengan Gwawl, anak perempuan Coel Hen (Old King Cole dalam persajakan berima untuk kanak-kanak). Anak-anak lelaki Coel Hen adalah keturunan bagi ketua-ketua di wilayah Utara (Northumbria) dan bagi orang-orang Wales dan bagi putera terakhir di Wales melalui salasilah Cunedda. Cunedda telah ditugaskan oleh Vortigern, Raja Besar Britain, untuk mematahkan serangan orang Irish. Dia telah mewujudkan dirinya di Wales Utara dan mungkin di kubu kota orang Roma di Chester.

 

Orang Roma bergantung pada salasilah ketua suku British ini, dan sebagai contoh, geneologi Cunedda membuat dia cucu kepada Padarn Beisrudd, yang diterjemahkan sebagai Paternus of the Scarlet Cloak. Paternus hampir menjadi pegawai tinggi yang diletakkan untuk mengendalikan bala tentera di sekitar wilayah Votadini atau Gododdin sekitar 388.

 

Salasilah keturunan yang telah dibawa ke Roma dari Caratacus dan Arviragus juga dikaitkan dalam salasilah Yusuf, yang mana Marius (Lat. Bagi Meurig yakni Arviragus) dicatatkan telah berkahwin dengan anak perempuan Bran yang disanjung dn oleh itu neneknya adalah anak perempuan Yusuf Arimathea. Justru itu, Yesus Kristus adalah sepupuh neneknya dalam pandangan ini (memetik juga Ashley, petikan ms. 78).

 

Ia mengikuti, bahawa berdasarkan pada geneologi, kebanyakan golongan bangsawan Celtik di England telah didakwa dari keturunan keluarga Yesus Kristus.

 

Dengan generasi yang kita telah lihat, takat perluasan ini sekarang sesungghnya meresap melalui orang-orang di UK dan koloni-koloninya.

 

Tradisi mengenai Yusuf di England adalah seperti catatan ini.

 

Penyisipan William Malmesbury dalam History of Glastonbury (Sejarah Glastonbury) mengatakan Yusuf telah diutus ke Britain oleh Santa Philip yang mengajar di Gaul. Berkaitan dengan Gaul, terdapat tradisi yang mengatakan bahawa dengan Maria Magdeline, Lazarus, Martha dan yang lain, Yusuf diletakkan dalam satu perahu tanpa pendayung yang mana telah dibimbing secara ilahi ke Marseillis. J. W. Taylor mengatakan terdapat legenda Aquitanian yang mengatakan Yusuf adalah satu daripada pihak yang mendarat di Limoges pada kurun yang pertama dan bahawa terdapat satu dongengan orang Sepanyol yang mengaitkan bagaimana Yusuf bersama dengan Maria Magdeline, Lazarus dan yang lain, pergi ke Aquitaine. Taylor juga memetik tradisi Breton bahawa Drennalus, biskop pertama di Treguier, adalah murid kepada Yusuf. Taylor mengemukakan tradisi ini sebagai sebahagian daripada percubaan untuk menunjukkan bahawa Yusuf datang terlebih dahulu ke Gaul, kemudian ke Britain, tetapi untuk menetap di Glatonbury dimana dia telah diberikan tanah oleh Raja Arviragus. Satu tradisi setempat, mungkin tidak selewat kurun yang kesembilan belas mengatakan dia menguburkan cawan yang digunakan Perjamuan Malam Akhir di atas mata air di Glastonbury dan kerana ini airnya bertukar warna merah. Satu tradisi di kalangan para pekerja besi adalah bahawa, beberapa ketika sebelum Penyaliban, Yusuf sebenarnya membawa Yesus dan Maria ke Cornwall. Benjamin mencadangkan bahawa Yusuf mungkin ada kesamaan dengan Joachim, bapa kepada Maria yang Perawan dalam PROTEVANGELIUM OF JAMES, satu karya yang diragukan; tetapi dua nama agak berbeza dalam asalnya. Dala, ESTOIRE Yusuf diberikan anak lelaki, Josephe. Dalam SONE DE NAUSAY dia mempunyai anak lelaki yang bernama Adam, sementara tradisi Coptic mendakwa dia mempunyai anak perempuan, Santa Josa.

 

Untuk menyimpulkan bab ini, kita harus meneliti bahawa mukasurat yang pertama karya Dugdale dalam Monanticon Anglicanum mengandungi satu pernyataan yang mendakwa kebenaran legenda tentang ketibaan Yusuf Arimathea di Britain, dan juga beberapa lagi pernyataan lain dalam John Glastonbury. Oleh kerana ini, ianya baik untuk memetiknya dalam pertalian dengan subjek yang ada sekarang. # 779: Pernyataan Dugdale bermula seperti berikut: “Kira-kira enam puluh tiga tahun selepas Inkarnasi Tuhan kita, Santa Yusuf Arimathea, yang ditemani oleh sebelas lagi murid Santa Philip yang lain, telah diutus oleh rasul tersebut ke Britain, untuk memperkenalkan bagi menggantikan upacara yang kejam dan zalim, yang dilakukan oleh golongan druid yang ganas, kepada sistem Kekristianan yang halus. Mereka berjaya dengan memperolehi dari Arviragus, raja orang British, kebenaran untuk menerap di pulau yang kecil, yang tidak diusahakan, dan setiap dua belas orang itu telah ditetapkan bagi meingkatkan sara hidup mereka, satu bahagian kawasan tertentu yang dipanggil “hide”, yang terdiri daripada wilayah, yang dinamakan pada masa sekarang THE TWELVE HIDES OF GLASTON. Wilayah mereka, dan juga nama-nama tempat utama yang terkandung didalam mereka, boleh didapati dalam Apendiks (yakni Apendiks kepada Monasticon). Mereka menikmati semua imuniti martabat agung, dari masa kuno dan penubuhan kekristianan yang pertama di kawasan ini. Satu kesempatan yang ganjil yang mana jemaat ini miliki oleh bantuan raja Canute, adalah bahawa tidak ada subjek yang boleh memasuki wilayah ini tanpa kebenaran dari kepala biara dan rahib. Sekarang ia termasuk jemaah mukim yang berikut: Glantonbury St Island, Glastonburt St. John, Baltonsbury, Bradley, Mere, WestPennard, dan North-Wotton. “Nama yang mana pulau-pulau ini dibezakan oleh golongan Briton adalah Ynswytryn, atau pulau yang berkaca, dari warna aliran cucuran sungai yang mengelilinginya. Selepas ini, ia mendapat nama dari Avallon, sama ada dari Avalm sebuah apel, yang mana buah-buahan adalah berkelimpahan; atau dari Avallon, seorang ketua British, yang memilikinya dahulu. Golongan Saxon akhirnya memanggil ia Glæsting-byrig. Disini Santa Yusuf, yang dianggap oleh sejarawan monkis sebagai ketua biara yang pertama, telah mendirikan, bagi penghormatan kepada Maria yang Perawan, satu ranting yang dilingkar, tempat beribadat untuk Kristian di England yang pertama.” #24-156-261-320-392-418-604-779.

 

http://www.celticgrounds.com/chapters/encyclopedia/j.html

 

pegangan Alkitab tentang Yusuf adalah bahawa dia adalah anggota Persidangan (Mark 15:43) dan bahawa ini adalah bererti ahli Sanhedrin, dan bukan hanya dalam persidangan bagi kampungnya di Arimathea, atau Ramah dalam kaki bukit timur Joppa atau Tel-Abib.

 

Dia didakwa mempunyai talian persaudaraan dengan Yesus Kristus dalam semua tradisi yang mengaitkan dia, dan Hippolytus tidak menyenaraikan dia sebagai satu daripada jumlah tujuh puluh itu (lihat Apendiks 1).

 

Matius 27:57 mengatakan dia adalah seorang yang kaya. Dia juga memiliki kuburan sendiri di Yerusalem. Makan keluarganya mungkin di Arimathea.

 

Yohanes 19:41 mengatakan makam itu terletak di taman tidak jauh dari tempat penyaliban.

 

Terdapat beberapa motif yang sah yang dikaitkan dengan Yusuf yang membuat dia seorang dermawan yang baik. H. C. Kee menulis dalam Interpreters Dictionary of the Bible (Jil. 2, ms. 980-981) mendakwa bahawa ianya tidak mungkin bahawa seorang pemimpin Yahudi dalam persidangan membahayakan kehidupannya untuk menyenangkan gerombolan orang Galilea, ketua yang baru sahaja dibunuh. Kee percaya dia telah bertindak menurut hukum sebagai pegawai yang bertanggung jawan, seperti yang “dinyatakan” dalam Markus 15:42-43. Hukum mengatakan bahawa tubuh yang sudah mati dianggap tidak bersih bagi orang yang menyentuhnya. Ia harus dikuburkan sebelum bermulanya Sabat pada petang itu. Hukum ini juga tegas bahawa seorang penjenayah harus dikuburkan pada hari penghukuman (Ul 21:23). Orang Roma mungkin meninggalkan tubuh pada kayu palang dibiarkan untuk dimakan oleh burung nasar. Bagaimana pun, pihak berkuasa prihatin dengan perkara ini dan mengaturnya sekiranya ini adalah keprihatian yang sebenar oleh pihak Sanhedrin. Perdebatan ini diperluaskan bahawa dia mungkin hanya bertindak bagi pihak Sanhedrin. Bagaimana pun, sekiranya demikian, dia tidak sememangnya menyediakan makamnya sendiri secara sukarela. Dia juga tidak setuju dengan pengutukan Kristus dan menolak untuk memberikan persetujuan (Luk 23:51). Dalam pernyataan Markus, ia mengatakan bahawa dia menanti Kerajaan Allah. Markus 15:43 kemudian berkata: “dia menguatkan dirinya dan pergi kepada Pilatus dan meminta tubuh Yesus”. Dia kemudiannya menguburkan Kristus denagn Nikodemus (Yoh 19:39).

 

Matius mendakwa bahawa Yusuf adalah satu daripada murid Yesus (Mat 27:57).

 

Pernyataan dalam injil setuju dengan Markus 15:46 yang mana Yusuf membawa kain kapan linen dan bahawa tubuh itu diberikan kepada Maria Magdeline dan Maria ibu kepada Yakobus Jr., Joses dan Salome.

 

Kita telah mengatakan bahawa dia adalah murid yang kaya dan bahawa dia tidak melakukan peranan dalam membantu untuk menangani tubuh Kristus. Bagaimana pun, dia perlu menuntut tubuh itu. Pihak berkuasa tidak hanya memberikan tubuh itu kepada sesiapa, sama sepeti halnya pada masa sekarang

 

Mereka mengarahkan pegawal di kuburan itu selama tiga hari untuk memastikan ianya tidak hilang.

 

Sebab Pilatus bertindak demikian adalah mungkin Yusuf mempunyai tuntutan yang sah, dan mempunyai pertalian persaudaraan, atau bertindak bagi keluarga dalam kepentingan yang khusus. Sebagai murid dia mungkin bertindak bagi pihak anggota jumlah Tujuh Puluh itu yang diberikan kepadanya, yang mana dia telah secara tradisinya dikaitkan dengan Aristobulus yang pergi ke Britain. Mungkin Hippolytus menyenaraikan pengganti bagi dia dalam jumlah Tujuh Puluh itu selepas kematiannya dan bahwa murid kemudiannya ditetapkan ke wilayah yang lain atau ditetapkan bagi keuskupan. Dia bersama dengan Nikodemus dalam menangani tubuh Kristus. Kedua-duanya dikaitkan dengan Sanhedrin. Bagaimana pun, pandangan ini mengatakan bahawa dia dikaitkan atau mempunyai pertalian dengan Miriam, dan bahawa dia juga prihatin terhadap kaum wanita selepas Kristus mati. Karya Perjanjian Baru yang diragukan, pernyataan tentang Assumption of the Vurgin (Dakwaan terhadap Perawan) yang mana menyebut Yusuf dari Arimathea, melaporkan bahawa dia prihatian kepada Miriam ibu kepada Kristus sehingga dia mati teks Alkitab menyatakan bahawa Kristus memberikan ibunya kepada Yohanes untuk menjaganya. Kekeliruan ini mungkin datang dari fakta bahawa dia dikelirukan dengan Maria, isteri kepada Clophas, yang mana namanya disebut dengan salah sebagai Maria sedangkan itu adalah nama kakaknya, yakni isteri kepada Clophas, dan tradisi ini mengaitkan Yusuf dengan pasangan ini dan Maria Magdeline. Melalui tradisi inilah timbul tradisi Salasilah Kristus Merovingian di Perancis, dan legenda Raja Fisher di Scundinavia dan legenda Holy Grail.

 

Tradisi ini agak ekstensif berkenaan dengan perhubungan Yusuf dengan keluarga Kristus dan Alkitab menandakan beberapa pertalian yang dekat  melalui tindakannya itu, dan dia sekurang-kurangnya seorang murid yang kaya.

 

Terdapat juga apendiks yang berjudul The Story of Joseph of Arimathea bagi karya tulis “The Acts of Pilate”.

 

Britain sebagai Pusat Mubaligh (pekabar injil)

Terdapat beberpa tradisi disekeliling perlantikan biskop dibawah pimpinan Paulus dan Jemaat di Britain sehingga pusat di Gaul seperti Avignon. Ianya didakwa oleh beberapa orang British-Israel bahawa Parmena, murid kepada Yusuf dari Arimathea, telah dilantik sebagai biskopnya yang pertama, yang lain juga mendakwa bagi penghormatan itu. Encyclopaedia Katolik menyatakan:

 

Tidak ada bukti bahawa St Rufus, murid kepada St Paulus (menurut kepada beberapa tradisi khusus, anak Simon orang Cyrenean) dan St, Justus, memegang penghormatan yang tinggi diseluruh wilayah Avignon, dihormati dalam antikuiti sebagai biskop dalam wilayah itu. Biskop yang pertama diketahui dalam sejarah adalah Nectarius, yang mengambil bahagian dalam beberapa persidangan kira-kira pertengahan kurun yang kelima.

 

http://www. Newadvent.org/cathen/02158a.htm

 

Dengan ini maka jelas bahawa Roma tidak bergoyang keatas Avignon sehingga pertengahan kurun yang kelima. Ianya tidak mungkin bahawa pusat seumpama itu ditinggalkan oleh Kekristianan namun taklukan kepada tradisi yang penting. Jawapannya adalah bahawa ianya bukan pusat Katolik Roma sehingga fahaman paganisme Julian yang murtad.

 

Dakwaan ini datang dari tradsi lama di England bahawa Jemaat di Glastonbury bertanggung jawab bagi evangelisma di kebanyakan wilayah Eropah, kira-kira tiga kurun.

 

Tradisi orang Perancis juga mengaitkan jemaat-jemaat ini secara langsung kepada rasul-rasul yang awal. Sejarah Jemaat di Perancis dan England diketahui bahawa sistem keagamaan sehingga penawanan Frank adalah Unitarian, atau Arian, di seluruh negara utara dan di kalangan para penyerbu. Pusat di Roma telah menyogok ketua mereka (lihat juga karya tulis Peranan Hukum Keempat dalam Sejarah Jemaat-jemaat Allah yang memelihara Sabat (No. 170) dan juga Distribusi Umum Jemaat-jemaat yang memelihara Sabat (No. 122)).

 

Terdapat tradisi seperti yang kita lihat diatas, bahawa Drennalus telah membantu Yusuf mendirikan Jemaat di Morlaix, dan kemudiannya melantik Treguier sebagai biskopnya yang pertama.

 

Tidak mengejutkan, Jemaat Katolik diam dalam isu ini tetapi mereka mengakui perkara ini.

 

“Petapa, St. Ronan, seorang watan dari Ireland, yang sering dipercayai sebagai satu daripada 350 biskop yang ditahbiskan oleh St. Patrick, adalah dalam kurun yang kelima satu daripada rasul dari Cornouailles dan dari kejiranan di sekitar Léon" (CE artic. Morlaix).

 

Dengan ini, mereka mengakui satu pengaruh luaran dari Jemaat golongan Celtik bagi penubuhan wilayah itu.

 

Bagi Tréguier:

 

“Tréguier berkedudukan 36 m. Barat Laut Sait Brieuc melalui jalanraya. Pelabuhan ini bertempat kira-kira 5 1/2m. dari terusan Inggeris di pertemuan dua sungai yang membentuk sungai Tréguier.

 

Tréguier (Trecorum), yang bertarikh dari kurun yang ke-6, bertumbuh di sekitar biara yang ditubuhkan oleh St. Tudwall (mati sekitar 564). Dalam kurun yang ke-9 ia menjadi pusat bushopric, ditindas pada Julai 12, 1790 (dekret pada November 14, 1789). Paus (1906) (petikan Wikipedia).

 

Ia adalah satu daripada tujuh kota yang dikaitkan kepada tujuh Santa yang ditubuh di Britanny, yang mana satu daripadanya adalah Tudwall. Justru itu, Jemaat Katolik Romna tidak mengistiharkan Jemaat Celtik di Britanny yang ditubuhkan sebelum Tudwall menubuhkan biara di sanna pada kurun yang ke-6. Ianya tidak boleh dibayangkan bahwa Amorica atau Britanny, yang mempunyai kaitan rapat dengan orang Celtik di Britain, tidak mengongsikan evangelisma keagamaannya. Apa yang ditubuhkan tanpa ragu lagi ialah bahawa Britanny atau Amorica bukan Katolik Roma sehingga kurun yang keenam dan diakui bahawa ianya dalam sejarah mereka, seperti yang kita lihat dari komentar Wikipedia.

 

Tro Breizh (Breton bagi “Perjalanan Britanny”) adalah penziarah Katolik yang mengaitkan kota-kota dari tujuh santa yang ditubuhkan di Britanny, termasuk Tréguier, kota Santa Tudwall.

 

Untuk memahami apa yang berlaku di Britanny, kita harus memahami sejarah. Katolik Roma sememangnya tidak boleh menangani mereka lebih awal dari itu, kerana mereka bukan di sana pada waktu itu, dan menjelang kurun yang keenam penduduk asal telah pergi dan hanya mula kembali pada waktu serbuan Britain oleh golongan Anglo Saxon dan Jute, seperti yang kita lihat dari sejarah Britanny atau Bretagne.

 

…sumber-sumber Roma mencatatkan suku kaum Armoricani di Veneti, Osismii, Naneti, Coriosoliti dan Riedoni menduduki wilayah itu pada zaman besi.

 

Pada 56 BE wilayah ini telah ditawan oleh orang Roma dibawah Julius Ceaser. Orang Roma memanggil wilayah Armorica (satu perkataan Celtik yang dilatinkan yang bererti “wilayah pantai”) dalam wilayah besar Galilia Lugdunensis. Département Côtes-d'Armor moderen telah mengambil nama kuno. Kemunculan Bagaudae pada kurun yang ketiga membawa kepada pemusnahan kampung-kampung dan pensusutan penduduk.

 

Menjelang kurun yang ke-4 suku kaum Romani-British di Terusan Inggeris mula menetap. Ini menambahkan golongan Briton apabila tentera Roma dan wewenang mereka disingkirkan dari Britain, dan diserang oleh golongan Anglo-Saxon dan Scotti keatas Britain yang bertambah. Pendatang rang Briton memberikan wilayah itu nama yang ada sekarang dan menyumbang kepada bahasa Breton, Brezhoneg, bahasa saudara bagi orang Wales dan Cornish. Orang yang berbahasa Perancis di sekitar wilayah itu memberikan nama “Bretagne” (Britanny dalam bahasa Inggeris) kepada wilayah dimana orang Briton duduki yang melarikan diri dari serbuan Ango-Saxon di Britannia, dengan ini mereka menamakan “Grande Bretagne” (Britain Agung) kepada pulau dimana orang-orang Briton ini datang.

 

http://en.wikipedia.org/wiki/Brittany

 

sejarah mengesahkan tanpa ragu lagi bahawa suku kaum British bukan sahaja pergi di sana tetapi juga membawa budaya serta agama mereka. Justru itu, suku kaum Bagaudae dan kampung-kampungnya serta jemaatnya semuanya dimunahkan pada kurun yang ketiga dan orang-orang ini melarikan diri ke Britain Celtik dimana wewenang Roma paling lemah seperti dalam sejarah British catatkan. Itulah sebabnya mengapa catatan evangelisma British di Brittany ini dibatasi kepada karya Celtik awal di Britain, dan bukan dlam Jemaat Katolik Roma dalam sama ada Britain atau Perancis. Mereka bukan ada di sana.

 

Kampung suku Bagaudae di Tréguier telah musnah dan demikian juga dengan jemaatnya dan itulah sebabnya mengapa Tudwall mampu menubuhkan biara Katolik disana pada kurun yang keenam. Ia bukan lagi sebuah kota. Itulah juga sebab mengapa ianya tidak mencatatkan telah menguus biskop-biskop atau pegawai-pegawai ke persidangan Arles pada 314.

 

Suku Bagaudae adalah militia Celtik Kristian yang bersenjata yang beroperasi di Amorica dibawah ketua mereka Amandus dan Aeilianus yang mana pemilik tanah setempat. Mereka diberi perhatian oleh penguasa pada 284 dan telah dikalahkan pada 286 dibawah Caesars Maximian dan Carausius, yang bekerja bagi Augustus Diocletian (petikan Wikipedia artikel Bagaudae). Carausius adalah perampas Roma di Britain dan Gaul Utara yang menjadikan dirinya kaisar di Britain dan Gaul Utara yang dituduh pencuri oleh Diocletian dan menerima hukumannya. Dia menjadikan dirinya pemulih kepada Britain dan memenangi sokongan dari tiga legiun British dan dengan wewenangnya keatas tentera laut. Dengan jelas wewenangnya terhadap ketenteraan laut adalah penting dalam menyingkirkan dan mengalahkan suku Bagaudae.

 

Tindakan ini adalah sebelum sepuluh tahun penganiayaan Diocletian di timur.

 

“Diocletian adalah seorang kaisar Roma dari November 20, 284 sehingga Mei 1, 305 [bersama dengan Maximian]. Diocletian dijatuhkan pada waktu jangka masa yang dikenali oleh para sejarawan sebagai “Krisis pada Kurun yang Ketiga” (235-284). Dia telah menubuhkan satu kerajaan autokratik dan bertanggung jawab terhadap kerja-kerja permulaan fasa Empayar Roma, yang dikenali dengan pelbagai sebagai “Dominate” (seperti yang ditentang oleh Principate yang ditubuhkan oleh Augustus), “Tetrarki” atau “Empayar Roma kemudiannya” Diocletian telah membentuk bantuan untuk memastikan keselamatan Empayar Roma di sebelah Barat selama dua ratus tahun lagi, dan pertahanan Empayar Roma di Timur ( kemudiannya Empayar Byzantine) selama satu ribu tahun lagi.

 

http://en.wikipedia.org/wiki/Diocletian)

 

Konstantin teah dilantik sebagai kaisar di York pada 306 selepas kematian bapanya. Orang Kristian menjadi bertahan selepas ediknya di Milan pada 311. Justru itu, kita boleh memandang oang Kristian Celtik dalam terang kumpulan yang tersendiri yang menentang wewenang Roma pada perlantikan Diocletan dan kerajaan autokratik dalam Empayar Roma. Diocletian kemudiannya mengakhiri semua tentangan di wilayah barat dan timur. Penindasan ini melibatkan penindasan Jemaat. Jemaat di Roma dengan mudah berada dalam naungan orang Roma dan tidak dianiaya selama lebih dari dua tahun disana, tetapi ia telah dianiaya selamasepuluh tahun di timur. Jemaat golongan Celtik di Brittany telah dihapuskan atau dibubarkan. Ia seolah-olah beberapa dicatatkan telah kembali dari Britain, dan dengan ini memberikan nama kepada Bretagne atau Brittany.

 

Jemaat golongan Celtik yang awal di Gaul sengsara kerana akibat penindasan ini. Mubaligh Celtik, Sidonius, Saturninus dan Cleon, adalah sebahagian daripada tradisi dalam Jemaat awal yang diutus dari Britain ke Gaul. Mereka dilaporkan telah kembali ke Britain. Sejarah ini dengan sengaja tidak dipelihara, kerana Jemaat orang Celtik bukan Katolik Roma dan merupakan Kuartordeciman Sabatarian.

 

Switzerland

Tradisi orang Celtik percaya bahawa Jemaat yang ditubuhkan di Britain kemudiannya telah mengutus mubaligh bukan hanya ke Gaul, tetapi juga ke Helvetii yang pada ketika itu wujud di Switzerland. Mubaligh itu dinamakan sebagai Beatus dalam sejarah yang tersenarai diatas. Dia didakwa telah dibaptiskan oleh Barnabas. Beberapa orang mendakwa bahawa dia adalah Joses orang Lewi dalam kitab. Tradisi awal tercatat dalam karya Historians’ History of the World, Jil. XVI, ms. 533) dimana Beatus dicatat sebagai biskop di Helvetii dalam kurun yang pertama. Rujukan telah dibuat kepada Lucius, orang Rhaetian, pada kurun yang ketiga dan kepada legiun Theban pada penghujung kurun yang keempat. Sejarawan juga mencatatkan tandatangan biskop dan presbyter (kepala jemaat) jemaat di Valais, di Geneva, Coire, Aventicum dan di tempat lain pada kurun yang keempat. Mereka dianggap keasliannya diragukan dan apa yang wujud adalah bahawa terdapat jemaat di Valais semasa kurun yang kelima dan di tempat-tempat lainnya selepas itu. Sekali lagi sebab yang jelas adalah bahawa mereka bukan Katolik Roma dan tidak ada catatan lain tentang mereka di Roma. Golongan Helvetii adalah sekutu Celtik bersama dengan Cimbri dan juga Teutones. Mereka telah dikalahkan dibawah Caesar di Gaul pada kemaraan mereka ke bahagian barat ke wilayah Cimbri di Gaul, dan telah kembali ke wilayah mereka sendiri dan takluk kepada Roma dan dizalimi oleh mereka selama beberapa kurun. Pada kurun yang kelima (sekitar 443 CE) golongan Burgundian akhirnya menyerbu masuk dan menduduki kedua-dua tebing Jura dan Tasik Geneva di Valais, di tebing Rhone dan Saone. Dari 409, bersama-sama dengan suku kaum yang lain, mereka telah menyerbu masuk sempadan Empayar itu. Golongan Vandal dan Suevi telah menyerang orang Sepanyol dan golongan Goth jatuh keatas Itali. Golongan Goth telah mengikuti ke Sepanyol sebagai Visigoth atau golongan Goth Barat, dan satu lagi kumpulan kecil dari mereka telah pergi ke Scandinavia dan telah diikuti oleh golongan Svear.

 

Suku-suku kaum ini semuanya adalah Sabatarian Unitarian, dan oleh kerana ini semua Jemaatnya adalah berasal dari Sabatarian di Switzerland dan di seluruh Eropah Utara dari Rhine, Oder dan Vistula, sehingga ke pesisiran pantai, termasuk Fris dan Belanda, dan kemudian masuk kedalam Britain.

 

Lorraine

Mansuetus didakwa sebagai biskop pertama di Lotharingian (sekitar 49 CE) dengan kedudukannya di Toul. Dia juga didakwa menubuhkan Jemaat di Lorraine, yang mana mempunyai efek sama seperti Lotharingia dari divisi empayar Charlemagne. Beberapa penulis mendakwa dia mempunyai hubungan dengan Roma selepas kematian Clement sebagai biskop di sana.

 

Katolik Roma disana mendakwa bahawa biskop pertama mereka di Trier adalah pada 250 CE dan bahawa mereka telah mengutus mubaligh-mubaligh dari sana ke Lorraine.

 

“Wilayah itu kemudiannya yang dikenali sebagai Lorraine telah mualaf kepada Kekristianan sementara ianya masih dibawah wewenang Roma. Para mubaligh datang dari Trier yang mana biskp pertamanya ialah St. Eucharius (kira-kira 250). Satu daripada penggantinya, Maternus (313-14, telah menubuhkan wilayah Cologne.”

 

http://www.newadvent.org/cathen/09362a.htm

 

Justru itu, wilayah itu sebelumnya bukan Katolik Roma, dan Jermanik di sebelah timur dan Frankish di sebelah barat. Suku-suku kaum ini secara asalnya adalah Sabatarian, yang disebut Arian oleh Katolik Roma. Suku kaum Fris dan Jermanik dari Saxon dan Thungringian/Hermanduri hany mualaf kepada Kekristianan selepas pemaksaan dari Britain dan pengutusan Boniface ke Frisland dan Jerman. Beberapa daripadanya tidak mualaf dari Kekristianan Sabatarian sehingga selewat kurun yang kelapan. Perancis telah diampuh mualaf kepada Katolisisme oleh kuasa golongan Frank.

 

Cologne dan Trier adalah dua keuskupan kuno yang mualaf kepada Katolisisme dan selalunya menakluki yang lain. Toul adalah satu daripada keuskupan yang lain. Katolik meninggikan wilayah-wilayah kepada keuskupan besar seperti berikut:

 

Kira-kira 811 Trier menjadi satu keuskupan besar, wilaya keuskupan Metz, Toul dan Verdun menjadi sufragan (pembantu keada biskop) kepadanya. Dari 511 Metz adalah pusat kepada Austrasia, dan menjadi keuskupan pada kurun yang keenam, satu daripada biskop pertamanya ialah St. Chrodegang (742-66). Toul dan Verdun menjadi keuskupan sejak kurun yang keempat. Dibawah biskop Hildebold pada 799, Cologne telah menerima dari St.Boniface jurisdiksi metropolitan keatas Liège and Utrecht. Dua keuskupan yang besar ini pada awalnya menjadi wewenang yang sementara.

 

http://www.newadvent.org/cathen/09362a.htm

 

perhatikan bahawa pertubuhan ini tidak berlaku ketikan kurn yang kesembilan. Trier menjadi keuskupan pada kurun yang keenam. Touyl dan Verdun adalah wilayah keuskupan pada kurun yang keempat. Sebelum masa ini seluruh wilayah adalah Sabatarian Unitarian dan bukan Katolik Roma. Toul adalah kota Gallo-Roma dan merupakan wilayah keuskupan tertua yang ditubuhkan dari sistem Sabatarian di Britain.

 

Wewenang golongan Anglican mencatatkan bahawa Jemaat di bBritain memelihara Sabat dan hukum makanan, dan mereka adalah Kuartodeciman (lihat contoh karya Biskop Edward, Christian England). Niall dari Sembilan Tebusan, Raja Besar di Tara pada kurun yang keempat, telah menyerbu Gaul dan menawan sekitar dua ratu orang, yang mana satu daripadanya ialah St. Patrick. Patrick memualafkan cucu Niall, yang telah menjadi St. Columba dari Iona. Dia adalah Sabatarian, sama seperti Aidan dari Lindisfarne. Jemaat yang mereka tubuhkan di Britain Utara telah dipaksa untuk menuruti sistem Roma pada 664 CE di synod Whitby oleh kuasa orang Angle dibawah Ethelbert. Ianya dipaksa secara haram di England dan di Wales menjelang 1054, dan di Scotland dibawah Ratu Margaret. Berikutan Persidangan Genoa pada 1190, golongan Publicani Sabatarian atau Paulini (selepas orang Paulicia atau Paulis) telah dibebaskan untuk dibakar di Oxford pada 1191. Penganiayaan ini berterusan sehingga 1612 apabila Edward Wightman telah dibakar pada palang kerana mengajar bertentangan dengan pembaptisan bayi dan pemahaman Katolik tentang Triniti di kalangan perkara-perkara yang lainnya. Dia adalah orang yang terakhir dibunuh dengan cara ini. Memegang serta mengajar agama Sabatarian terus menjadi serangan utama di England pada kurun yang ketujuh belas. Anak-anak lelaki Wightman pergi ke Amerika ke Pulau Rhode untuk bergabung dengan penganut Seventh Day Baptist yang lain (dipanggil Brownist sempena nama ketua mereka dari Surrey). Perkara yang biasa mereka lakukan adalah untuk mengurangkan kewujudan Sabatarian dan kepercayaannya dengan merujuk mereka sebagai mazhab yang dinamakan sempena ketua atau wilayah seperti Waldensia atau Vallenses. Dengan ini, kita juga melihat penggunaan istilah ini Armstrongites, Duggerites, Davidian (dari Francis Davidis), Transylvania dll. Mazhab Baptis Sabatarian yang dinamakan Brownist telah melarikan diri ke Belanda untuk keselamatan dan selepas beberapa tahun dalam pembuangan memberi piagam kepada Mayflower dan Speedwell untuk pergi ke Amrika. Mereka dikenali disana sebagai “Pilgrim Father” (Para Bapa yang Menziarah). Bagaimana pun, fahaman Sabatarianisme Unitarian yang mereka anuti tidak diendahkan oleh perkembangan keagamaan di US. Mereka telah mengikuti disana dari England melalui perkembangan sistem dan kemudiannya melarikan diri ke Pulau Rhode (lihat karya tulis Pertalian Orang Belanda dengan Bapa-bapa yang Menziarah [264] di www.ccg.org/english/s/P264.html).

 

q

 


 

Apendiks 1:

 

HIPPOLYTUS TENTANG  DUA BELAS RASUL

 

Dimana mereka mengajar dan dimana pengakhiran mereka.

 

1. Petrus mengajar Injil di Pontus dan Galatia, dan Cappadocia dan Betania, dan Itali dan Asia, dan kemudiannya disalibkan oleh Nero dengan keadaan terbalik, seperti keinginannya untuk dianiaya sedemikian.

 

2. Andrew mengajar kepada orang Scythian dan Thracian, dan telah disalibkan di kayu zaitun di Patrae, kota orang Achaia; dan dia juha dikuburkan.

 

3. Yohanes, juga di Asia, telah dilenyapkan oleh Domitian, raja kepada kepulauan Patmos, di tempat dimana dia menulis Injil dan melihat visi penglihatan; dan pada masa Trajan dia mati di Efesus, dimana tubuhnya dicari tetapi tidak ditemui.

 

4. Yakobus saudaranya, sewaktu mengajar di Yudea, telah dipotong dengan pedang oleh Herodes dari Tetrarch, dan telah dikuburkan di sana.

 

5. Philip mengajar di Phrygia, dan telah disalibkan di Hierapolis dengan keadaan terbalik pada masa Domitian, dan telah dikuburkan disana.

 

6. Bartolomew juga mengajar kepada orang India, dimana dia juga memberikan Injil menurut Matiusn dan telah disalibkan dalam keadaan terbalik, dan telah dikuburkan di Allanum, satu kota di Armenia.

 

7. Matius menulis Injil dalam bahasa Ibrani dan menerbitkannya di Yerusalem, dan mati Hierees, satu kota Parthia.

 

8. Thomas mengajar kepada orang Parthian, Medes, Persia, Hyrcania, Bactria, dan Marian, dan telah ditombak empat bahagian tubuhnya dengan lembing di Calamene, kota di India, dan telah dikuburkan di sana.

 

9. Dan James anak kepada Alphaeus, ketika mengajar di Yerusalem, telah dilontar dengan batu sehingga mati oleh orang Yahudi, dan telah dikuburkan disana disisi kaabah.

 

10. Yudas, yang juga dipanggil Lebbaeus, mengajar kepada orang Edessa, dan semua Mesopotamia, dan mati di Berytus dan telah dikuburkan disana.

 

11. Simon yang fanatik, anak kepada Clopas, yang juga dipanggil Jude, menjadi biskop di Yerusalem selemas Yakobus yang adil, dan mati dan dikuburkan di sana pada umur 120 tahun.

 

12. Matias, yang merupakan satu daripada jumlah Tujuh Puluh itu, disenaraikan di kalangan sebelas rasul, dan mengajar di Yerusalem; dia mati dan dikuburkan disana.

 

13. Paulus memasuki kedalam kerasulan satu tahun selepas menerima Kristus; dan bermula di Yerusalem, dia kemudiannya meluaskan ajarannya sehingga Illyricum dan Itali, dan Sepanyol, mengajar Injil selama lima-dan-tiga puluh tahun. Dan pada masa Nero dia telah dipancung di Rome, dan telah dikuburkan disana.

 

HIPPOLYTUS YANG SAMA TENTANG TUJUH PULUH RASUL

 

1. Yohanes sudara Tuhan, biskop di Yerusalem.

 

2. Cleopas [atau Clopas] seperti diatas, biskop di Yerusalem (Suami kepada Maria, saudaa perempuan miriam).

 

3. Matias, yang mengisi kekosongan dalam jumlah dua belas rasul.

 

4. Tadeus, yang menyampaikan surat rasul kepada Augarus.

 

5. Ananias, yang membaptiskan Paulus, dan biskop di Damaskus.

 

6. Stefanus, orang syahid yang pertama.

 

7. Phili yang telah membaptiskan eunuch.

 

8. Prochorus, biskop di Nicomedia, yang juga orang yang pertama pergi, dipercaya bersama dengan anak-anak perempuannya.

 

9. Nicanor mati apabila Stefanus telah dibunuh.

 

10. Tinion, biskop di Bostra.

 

11. Parmenas, biskop di Soli.

 

12. Nicolaus, biskop di Samaria.

 

13. Barnabas, biskop di Milan.

 

14. Markus seorang mubaligh, biskop di Alexandria.

 

15. Lukas seorang mubaligh.

 

Yang dua ini dipunyai oleh tujuh puluh murid yang telah menyebar melalui firman yang dikatakan oleh Kristus, “Kecuali dia memakan dagingku dan meminum darahku, dia tidak wajar bagiku”. Tetapi dia yang kembali kepada Tuhan melalui bantuan Petrus, dan yang lain oleh Paulus, mereka akan dimuliakan untuk mengajar Injil yang mana mereka juga akan dianiaya kesyahidan, yang satu telah dibakar, dan yang lain telah disalib pada kayu zaitun.

 

16. Silas, biskop di Korintus.

 

17. Silvanus, biskop di Tesalonikaa.

 

18. Crisces (Crescens), biskop di Carchedon di Gaul.

 

19. Eprenetus, biskop di Carthage.

 

20. Andronicus, biskop di Pannonia.

 

21. Amplias, biskop di Odyssus.

 

22. Urban, biskop di Macedonia.

 

23. Stachys, biskop di Byzantium.

 

24. Barnabas, biskop di Heraclea.

 

25. Phygellus, biskop di Ephesus. Dia juga dari pihak Simon.

 

26. Hermogenes. Dia juga mempunyai fikiran dengan yang terdahulu.

 

27. Demas, yang juga menjadi imam berhala.

 

28. Apelles, biskop di Smyrna.

 

29. Aristobulus, biskop di Britain.

 

30. Narcissus, biskop di Athens.

 

31. Herodion, biskop di Tarsus.

 

32. Agabus seorang nabi.

 

33. Rufus, biskop di Thebes.

 

34. Asyncritus, biskop di Hyrcania.

 

35. Phlegon, biskop di Marathon.

 

36. Hermes, biskop di. Dalmatia.

 

37. Patrobulus, biskop di Puteoli.

 

38. Hermas, biskop di Philippi.

 

39. Linus, biskop di Rome.

 

40. Caius, biskop di Ephesus.

 

41. Philologus, biskop di Sinope.

 

42. Olympus dan

 

43. Rhodion telah mati syahid di Roma.

 

44. Lucius, biskop di Laodicea di Siria.

 

45. Jason, biskop di Tarsus.

 

45. Sosipater, biskop di Iconium.

 

47. Tertius, biskop di Iconium.

 

48. Erastus, biskop di Panellas.

 

49. Quartus, biskop di Berytus.

 

50. Apollo, biskop di Caesarea.

 

51. Cephas.

 

52. Sosthenes, biskop di Colophonia.

 

53. Tychicus, biskop di Colophonia.

 

54. Epaphroditus, biskop di Andriace.

 

55. Caesar, biskop di Dyrrachium.

 

56. Markus, sepupuh Barnabas, biskop di Apolonia.

 

57. Justus, biskop di Eleutheropolis.

 

58. Artemas, bíshop of Lystra.

 

59 Clement, biskop di Sardinia.

 

60. Onesiphorus, biskop di Corone.

 

61. Tychicus, biskop di Chalcedon.

 

62. Carpus, biskop di Berytus di Thrace.

 

63. Evodus, biskop di Antioch.

 

64. Aristarchus, biskop di Apamea.

 

65. Mark, yang juga adalah John, biskop di Bibloupolis.

 

66. Zenas, biskop di Diospolis.

 

67. Philemon, biskop di Gaza.

 

68. Aristarchus dan

 

69. Pudes.

 

70. Trophimus, yang telah mati syahid bersama dengan Paulus.