Jemaat-jemaat Allah Al Masehi

[276]

 

 

 

 

Pinata

(Edisi 1.0 19990313-19990313)

 

Suatu amalan telah memasuki Jemaat Tuhan di AS dari Mexico. Amalan ini sebenarnya berkaitan dengan sistem pagan purba dan tidak mempunyai tempat di dalam Jemaat Tuhan.

 

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta ã 1999 Wade Cox)

(Tr. 2006)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org


 

Piñata [276]



Amalan memecahkan Piñata pada parti kanak-kanak telah memasuki Jemaat melalui Jemaat-jemaat Amerika Syarikat daripada tradisi-tradisi di Mexico.

 

Hanya dapat diandaikan bahawa mereka yang turut serta dalam amalan ini, atau mengajar anak-anak mereka menurut dalam amalan ini, tidak sedar tentang asalnya. Jika mereka sedar tentang asalnya dan tetap melakukannya mereka harus tidak dianggap sebahagian daripada jemaat Tuhan dan harus ditangani oleh jemaat tempatan mereka menurut perlembagaan (undang-undang dasar).

 

Amalannya

 

Amalan ini terdiri daripada sebuah bekas pelbagai bentuk dalam bentuk bola atau bon-bon secara berkesannya. Bon-Bon sebenarnya satu lagi bentuk amalan ini dari Eropah. Kedua-duanya berpunca daripada konsep yang sama. Bentuk asalnya ialah bintang enam mata yang merupakan simbol ilmu sihir dan telah diserap oleh Judaisme.

 

Bekas itu mungkin mempunyai nombor-nombor yang mewakili watak atau bintang bola sepak terkenal, lazimnya atau lebih baik lagi mereka yang sudah meninggal.

 

Benda ini dipecahkan sebagai sebahagian daripada acara parti dan gula-gula atau makanan lazat tertumpah daripadanya ke atas meja dan dibahagikan atau dikongsi antara para peserta.

 

Benda-benda ini biasanya dianggap sebagai makanan lazat keinginan anak-anak mahupun orang dewasa. Piñata lazimnya digunakan untuk mengaitkan orang dalam parti atau hal yang dirayakan dengan orang yang ada pada Piñata itu. Dengan itu ia merupakan sejenis pembaktian psikologi.

 

Asal-usul dan simbolisme amalan ini sebenarnya cukup menakutkan.

 

Asal-usul dan Simbolisme Amalan ini

 

Asal-usulnya sebenarnya berpunca daripada misteri pra-Kristian dan kultus-kultus Matahari serta korban manusia.

 

Bekas itu mewakili orangnya dan ia dianggap mengandungi segala perbuatan dan kebaikan yang terkumpul dalam hidupnya. Persiapan rakyat untuk korban manusia ini sebenarnya cukup tersembunyi dan membahayakan. Siri filem Highlander menggunakan konsep ini dan mengagungkannya.

 

Idea di sebalik amalan ini sebenarnya menyerang konsep Roh Kudus yang diberikan cuma-cuma kepada semua manusia. Logik di sebaliknya pada dasarnya adalah anti-Kristian. Ia sebahagian daripada propaganda anti-Kristian halus dan tidak halus yang tak henti-henti yang berasal dari Hollywood sejak dua puluh tahun akhir-akhir ini (lihat karya Di Sebalik Starwars (No. 181)).

 

Patung, atau bekas yang digunakan sebagai patung itu, mewakili kepala individu atau objek itu, atau tempat kediaman jiwa. Idea ini ialah idea utama orang Hatti atau Kalti purba, atau orang Celt bagi kita. Mereka percaya bahawa kepala adalah tempat terletaknya jiwa dan jiwa melalui penjelmaan semula dan semua kebaikan dan hutang individu itu boleh dipindahkan ke hayat yang seterusnya.

 

Pemecahan bekas melambangkan korban individu itu dan penumpahan tenaga hidup ke atas tanah.

 

Tenaga ini ialah bekas kebaikan, kekayaan atau merit yang telah dikumpulkan orang itu seumur hidupnya. Lazimnya ia gambar orang kaya dan berjaya. Objeknya biasanya iblis setan dan komunikasinya adalah dengan roh-roh yang sudah mati. Ia langsung sihir dan komunikasi iblis setan dalam bentuk ideal.

 

Ahli apologis moden masih mengakui simbolisme perbuatan mereka dengan bebas, namun menyamarnya dalam bentuk atau simbol yang kurang menonjol.

 

Dalam karangannya A Piñata Tradition tentang subjek ini, Wendy Devlin tidak memahami signifikans adat yang dipuji-pujinya itu namun mengaku:

 

Di Mexico pemecahan piñata

mengiringi hampir setiap acara pesta. Saya tertarik kepada pembuatan dan pemecahan piñata sebelumpun saya pergi ke Mexico. Namun apa yang saya alami di situ menyedarkan saya bahawa saya hanya orang baru kepada suatu tradisi unik dan menakjubkan.

 

Bentuk tradisional asal piñata adalah bintang enam mata walaupun pada hari ni banyak bentuk lain digunakan: binatang, tumbuhan, bunga, iblis dsb. Belanga tanah liat atau olla de barro yang dimasukkan di dalam digunakan untuk menyimpan buah dan gula-gula atau alat mainan yang kecil. Pada waktu pesta, piñata digantung dari atas sementara anak-anak yang ditutup mata cuba memukulnya dengan batang kayu. Anak-anak di sekelilingnya bernyanyi:

 

Dale, dale, dale,

 

No perdas el tino

 

Porque so lo perdes

 

pierdes el camino.

 

Pukul, pukul, pukul,

 

Jangan terlepas sasaranmu.

 

sebab kalau kamu terlepasnya

 

kamu akan sesat jalanmu!

 

Satu tradisi menyatakan makna piñata itu ialah: kamu ke sana sini dengan matamu tertutup, berusaha mencari benda-benda baik dalam hidup dan bekerja keras untuk mendapatkannya. Satu lagi tradisi menyatakan bahawa piñata melambangkan iblis: kamu harus memukulnya cukup kuat untuk membuatnya melepaskan semua benda baik yang telah dirampasnya.

 

Sambil saya mula menggabungkan tradisi ini ke dalam hidup kita, saya mendapati bahawa keajaiban dan keseronokan piñata boleh beralih serta-merta daripada budaya Mexico kepada budaya saya. Saya temui bahawa penyertaan piñata dalam apa saja parti yang membabitkan kanak-kanak mengubah acara itu menjadi pesta yang tidak dapat dilupakan! Oleh kerana belanga tanah liat tidak senang didapati, saya menggunakan cara mudah penggabungan papier-maché di atas belon. Beberapa hari kemudian, setelah mache kering, piñata boleh dihiasi dengan cat atau kertas kerisut berwarna. Pada mulanya piñata membayangi bentuk bulat belon: telur, muka, labu dsb. Lama kelamaan cebisan kadbod ditambah kepada bentuk asas itu untuk membentuk telinga, kaki dan sayap babi terbang atau sirip dan ekor untuk ikan tropika… Sebuah piñata boleh dibuat sesuai dengan setiap anak secara khusus. Sekitar waktu inilah, saya membuat lawatan kedua ke Mexico dengan seluruh keluarga.

 

Banyak tempat yang saya lawati mempunyai piñata – bermacam-macam saiz dan jenisnya! Imaginasi dan daya cipta pencipta-pencipta Mexico nampaknya tiada batasan! Bersama anak-anak saya, kami memasuki kedai “piñata” kami yang pertama. Ia bagaikan dunia fantasi! Piñata demi piñata tergantung dari setiap tempat dan semua jenis gula-gula dalam beg tersusun di atas rak-rak. Rak-rak ini merentang dari lantai ke siling. Mata anak-anak saya terbeliak!

 

Kami telah memandu dari kota pinggir pantai kami di B.C. ke hampir seluruh pinggir pantai tanah daratan Mexico dalam tempoh 3 bulan perjalanan. Kami telah mengalami banyak perkara yang menarik orang untuk mengunjung negara yang indah ini. Namun saya masih belum melihat piñata dibuat. Kemudian satu hari, keluarga yang menguruskan sebuah restoran palapa tepi pantai yang kecil di Zipolite, sebuah desa pinggir pantai yang terletak di negeri Oaxaca di barat daya, di bawah Huatulco sebuah tempat peranginan moden, mula menggantungkan potongan-potongon besar kadbod dari siling restoran kecil mereka.

 

Keluarga kami sedang beristirehat, menikmati persahabatan sekumpulan pengembara antarabangsa dan orang Mexico. Beberapa orang ikut serta untuk memotong dan mengikat dan melekatkan bentuk kadbod itu. Perlahan-lahan “dia” muncul sepanjang petang itu: ikan duyung Mexico yang cantik sebesar badan manusia. Bagaimanapun, sekejap lagi dia akan mengalami nasib yang bakal menimpa semua piñata: ia akan dipenuhi makanan lazat dan dipecahkan! Sebelum saja Easter, lazimnya Yudas papier-maché diisi dengan mercun dan diletupkan di tengah-tengah sorakan gembira. Demikianlah piñata seperti Yudas ini, mendapat penunaiannya pada detik kemusnahannya.

 

Kini, di rumah, saya membuat angsa putih berleher panjang dan kucing belacu dengan topi panjang dan ekor, tukang sihir wanita atau santa yang riang…atau apa saja yang dianjurkan oleh acaranya. Saya ingin mengunjungi Mexico lagi dan bersama-sama dengan orang-orang peramah dan murah hati itu, dalam tradisi piñata mereka. Kalau kamu berpeluang pergi ke Mexico, bawalah sebuah piñata pulang bersamamu untuk menggembirakan seseorang kenalanmu dan jadikan parti kamu yang seterusnya suatu pesta!

Navigation & Mexico Connect E-Mail

© Mexico Connect 1996-1998

 

Perhatikan di sini bahawa mana-mana anak secara khusus harus dikaitkan dengan Piñata itu. Ini diperolehi secara langsung daripada korban anak-anak di bawah sistem Anak Lembu Emas dan bintang Dewa Remphan (lihat karya Anak Lembu Emas (No. 222)).

 

Ideanya adalah, dengan kematian Piñata itu kebaikan mengalir ke bumi dan menghasilkan kelahiran semula. Ini berpunca daripada pemukulan upacara dalam tradisi-tradisi Krismas dan Easter dan unsur-unsur korban manusia yang dikaitkan dengannya (lihat karya Asal Usul Krismas dan Easter (No. 235)). Benih kebaikan muncul dalam kelahiran semula.

 

Apa yang dipanggil bintang Daud sebenarnya ialah bintang enam mata dewa Remphan yang dikaitkan dengan ibadat sistem kultus Baal dan Asytoret atau Molokh atau Milkom. Ia mewakili kematian dan darah dan kesuburan melalui korban manusia. Simbol ini memasuki Judaisme melalui tradisi Kabbalist dan kini dipertalikan dengan Judaisme alkitabiah sedangkan ini tidak benar sama sekali.

 

Upacara yang terbabit dengan upacara kultus Demeter dan tradisi Krismas akan menunjukkan dengan  sekilas pandang di mana struktur asas upacara ini berkembang. Ia berkaitan secara langsung dengan korban manusia dan khususnya korban anak. Ia berada dalam peringkat awalnya dalam masyarakat kita dan menunggu untuk dibangkitkan.

 

Simbol ikan duyung (puteri laut) amat kuno. Ia berkaitan dengan pemujaan Dewi Ishtar atau Astarte dalam bentuk yang lazim di Syria. Bentuk ikan duyung itu adalah sebagai dewi Derketo yang dipuja di Askelon. Perincian sistem ini telah diteliti di dalam karya Pentahiran dan Penyunatan (No. 251).

 

Sistem keagamaan moden kultus-kultus Matahari menggunakan nama Easter dalam ibadat sistem ini dan merayakan pesta dan patung-patung dewi dan dewa itu. Tertullian berkata bahawa Atargatis ialah dewi orang Syria. Macrobius berkata mereka memanggil Matahari Hadad dan bumi Atargatis. Oleh itu ben Hadad bererti anak Matahari. Talmud memanggilnya Tar’atha. Dalam Armenia dia ialah Tharatha. Dia hanyalah bentuk dewi Semitik Ishatar-’Athtar atau Easter dalam Anglo Saxon kuno. Strabo dan Hesychius berdua mengaitkannya dengan Athara dan prasasti Delos memanggilnya Aphrodite (ERE ibid). Askelon, Karnaim dan Delos sudah lama berbakti kepada Astarte. Dikenali sebagai Derketo di Askelon, separuh bawah badannya berupa ikan. Ini nampaknya merupakan asal ikan duyung itu. Lucian tidak mengaitkan dewa Syria di Hieropolis dengan dewa di Askelon nampaknya atas sebab-sebab bahawa dewa di Hieropolis mempunyai bentuk manusia yang sempurna dan dia memanggilnya Hera namun mengaku bahawa dia mungkin dikaitkan dengan Rhea. Tidak syak lagi mereka dewa yang sama. Ikan tidak dimakan oleh pengikut-pengikut Atargatis dan Astarte dan upacara seks mengenal pasti kedua-dua dewi sebagai dewi yang sama. Dewi ini dibezakan oleh tempatnya dan sebab itu berbeza mengikut tempat dalam fikiran rakyat biasa sama seperti keadaannya sebagai Ishtar di Asyur di Niniwe dan Arbela. Nama tempatan di Hierapolis ialah Mabog dan bererti mata air dalam bahasa Aramaik pribumi (lihat ERE ibid). Demikianlah juga adanya hubungan dengan air dan mata air.

 

Daripada 2 Maccabees 12:26 Judas Maccabeus menentang Kuil Atergatis di Karnion pada 164 BCE dan membunuh 25,000 orang. Paton menyimpulkan daripada teks 1 Maccabees 5:43 bahawa kultus Atargatis berkembang maju bukan saja di Hieropolis dan Askalon tetapi juga di Basan.  Prasasti antara Damsyik dan Banias di Kefr Hauwar menunjukkan adanya sebuah kuil di situ, dan beberapa prasasti di Delos, bertarikh tidak lama sebelum zaman Kristian, mengaitkannya dengan Hadad dan juga mengenal pastinya sebagai Aphrodite (lihat ERE, vol. 2., ms 166). Jadi dia ialah pasangan Hadad, matahari, atau Baal. Sebagai Rhea dia mengembiri Attis yang juga dikaitkan dengannya.

 

Paton juga memperhatikan bahawa Ovid yang menulis pada 17 CE menceritakan bagaimana Dercetis telah ditukar kepada ikan di Palestin. Germanicus, pada 19 CE, memanggilnya dewi Syria Derceto dan Atargatis serta menambah keterangan baru bahawa dia telah ditukar menjadi ikan di Bambyce iaitu nama Yunani untuk Hieropolis. Strabo yang menulis pada 24 CE berkata

 

‘Artargate (atau Artagate dalam sesetengah MSS) dipanggil Arthara oleh orang Syria, namun Ctesias memanggilnya Derketo. Di sini Atargatis disamakan dengan ‘Athar (=Athtar, Ashtart, Astarte), sama seperti cara dia dikaitkan dengan Aphrodite dalam prasasti Delos (ERE ibid).

 

Cornutis (sekitar 68 CE) mencatatkan bahawa ikan dan burung merpati adalah suci bagi Atargatis dewi orang Syria. Ini pastinya asal sebenar simbol ikan di Rom pada abad pertama. Umat Kristian pastinya tidak akan menjadikan suatu benda yang merupakan berhala yang dipuja di Palestin berabad-abad sebelum dan sewaktu zaman Kristus sebagai simbol iman mereka. Pliny pada 79 CE berkata bahawa Ceto dipuja di Joppa. Pliny dan Strabo berdua menyatakan kerangka raksasa laut dipamerkan di Joppa. Ceto mungkin harus dianggap sebagai pendekan Derceto tetapi Paton mengatakan ini tidak pasti (ERE ibid.). Pliny mengenal pasti Atargatis sebagai Derceto dan berkata dia dipuja di Hieropolis atau Bambyce atau Mabog. Plutarch berkata bahawa terdapat sebuah kolam ikan suci di Hieropolis dan mengatakan bahawa dewi ini yang disembah di sana dikaitkan dengan Aphrodite dan Hera atau dewi yang menghasilkan benih-benih segala sesuatu daripada lembapan (ERE ibid.). Catatan paling luas telah diberikan oleh Lucian yang menulis sekitar 200 CE, dan sebagai saksi, sebab dia sendiri berbangsa Syria. Seperti yang kita telah perhatikan dia lebih suka mengenal pastinya sebagai Hera namun Paton mengatakan tidak ragu lagi bahawa kita berhadapan dengan Atargatis (ERE ibid.). Justeru kultus Atargatis, Ishtar, atau Astarte, Ashtaroth atau Easter ialah dasar upacara-upacara yang dikutuk dalam Alkitab yang membabitkan pelbagai aspek ini. Aspek-aspek pentahiran membabitkan pemindahan daripada sistem ibadat ini. Ia wujud sejak sistem Anak Lembu Emas di bawah pelbagai nama (lihat kertas Anak Lembu Emas (No. 222); (Pentahiran dan Penyunatan (No. 251)).

 

Justeru kita perhatikan bahawa dewi itu mengandungi benih-benih kebaikan jadi patung itu dipukul untuk melepaskan benih-benih itu. Bagaimana amalan ini sampai ke Mexico adalah suatu misteri sama seperti kultus-kultus misteri itu sendiri. Bagaimanapun ia sebahagian daripada kultus-kultus Misteri Babel purba dan dikaitkan dengan pemujaan Baal dan Asytoret di bawah pelbagai nama tempatan.

 

Janganlah seorangpun dalam jemaat-jemaat Tuhan sengaja menyertai amalan ini.

 

[Catatan tentang etimologi piñata: Istilah ini nampaknya berasal daripada istilah gabungan dua perkataan pino (Latin Pinus) dan ‘ata. Seseorang tidak mungkin terlepas daripada menyimpulkan bahawa perkataan ini sebenarnya ialah pina ‘ate atau Pine of Attis (Cemara Attis), jadi kita sebenarnya menghadapi benda korban dewa Attis (lihat Salib (No. 39)). Justeru para pemuja menggantungkan benda-benda daripada pohon cemara ini dan memukulnya atau mengorbankannya kepada dewa itu dan sebagai dewa yang mungkin mengambil rupa perempuan sebab ia muncul sebagai dewi, dikembiri dan berpakaian seperti perempuan.]

q