Jemaat-jemaat Allah Al Masehi

[287]

 

 

 

 

Hari Lahir [287]

(Edisi 1.0 20000101-20000101)

 

Apakah erti sebenar Hari Lahir? Ia berdasarkan Kalendar Solar dan tiada kaitan dengan kalendar Tuhan sistem Alkitab. Para pemerhati bintang amat mementingkannya berhubungan bintang-bintang dan mendasarkan apa yang dipanggil horoskop di sekitarnya serta kedudukan di mana buruj (perbintangan) muncul pada waktu kelahiran. Dari manakah asalnya perayaan Hari Lahir dan apakah falsafah di sebalik amalannya?

 

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta ã 2000 Wade Cox)

(Tr. 2007)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org


 

Hari Lahir [287]

 


 


Alkitab tidak mencatatkan hari lahir Kristus atau sesiapapun watak Alkitab yang lain. Malah Alkitab menyatakan bahawa hari kematian seseorang itu lebih baik daripada hari kelahirannya.

 

Pengkhotbah 7:1 Nama yang harum lebih baik dari pada minyak yang mahal, dan hari kematian lebih baik dari pada hari kelahiran.  (KJV)

 

Alkitab sengaja tidak mencatatkan hari lahir Kristus, watak terpenting dalam Alkitab selain Tuhan. Malah kita boleh tentukan dengan cukup pasti bahawa ia bukanlah tarikh yang diberikan kepadanya sebagai 25 Disember yang kita tahu dikaitkan dengan sistem pagan.

 

Kenapakah hari lahir Kristus penting bagi sesetengah orang? Kenapa mereka sengaja mencipta satu hari yang tertumpu sekitar satu perayaan pagan dan kelahiran Matahari yang Tidak Terkalah? Jawapnya mudah. Paganisme berjalin dengan ibadat Tuhan Triune dan merupakan tuhan endemik orang Aryan sama seperti ibadat Iblis. Kumpulan Pemuja Iblis (Satanist) telah mencuri Agama Kristian melalui kultus-kultus Misteri dan Matahari dan mereka menjadikan Kristus pusat sistem agama mereka. Oleh itu penting sekali bahawa dia juga mempunyai hari lahir kerana hari lahir ialah pusat ibadat agama keiblisan. Mereka melakukannya atas sebab yang sama mereka mengubah Sabat kepada hari Minggu (lihat karya Peranan Hukum Keempat di dalam Jemaat-jemaat Tuhan Pemelihara Sabat dalam Sejarah [170]).

 

Falsafahnya amat mudah. Kehendak di luar Kehendak Tuhan adalah politeis. Iblis mendirikan suatu sistem ibadat di luar kehendak Tuhan dan HukumNya, dan sebab itu ia politeisme. Seluruh Angkatan Syurgawi melaksanakan keupayaan mereka untuk menjadi elohim atau tuhan sebagai sebahagian daripada kewujudan dan kehendak Allah yang maha esa (lihat Umat Pilihan Sebagai Elohim [001]). Dengan cara itu Tuhan menjadi semua dalam semua (Efesus 4:6) (lihat Bagaimana Tuhan Menjadi Keluarga [187] dan Satu Bersama Dengan Bapa [081]).

 

Penganut Satanist cuba menjadi tuhan dan mencapai kesetaraan dengan Bapa sebagaimana Kristus tidak pernah cuba dan sebagaimana Kekristianan dan umat pilihan tidak pernah cuba melakukan.

 

Umat pilihan menjadi anak-anak Tuhan oleh sebab penurutan mereka kepada perintah-perintah Tuhan (Wahyu 12:17; 14:12). Kristus tidak cuba mencapai kesetaraan dengan Tuhan tetapi merendahkan dirinya dan mengambil rupa manusia serta taat sampai mati malah sampai mati di atas kayu salib (Filipi 2:5-8).

 

Konsep bahawa manusia boleh menjadi tuhan, tanpa ketaatan Kristus dan umat pilihan kepada Allah yang Maha Esa dan HukumNya, adalah sebahagian daripada dusta iblis bahawa kamu tidak akan mati. Iblis mengatakan ini kepada Hawa di taman itu (Kejadian 3:4) (lihat Doktrin Dosa Asal Bahagian I Taman Eden [246]; lihat juga karya-karya Hukum dan Perintah Tuhan Pertama [253] dan Hukum dan Perintah Tuhan Kelima [258]).

 

Justeru itu, Kalendar Solar Iblis yang menjadi pusat sistem agama Trinitarian, adalah berdasarkan premis bahawa manusia akan menjadi tuhan dan tidak akan mati. Hari lahir ialah permulaan dan yang terkudus daripada sistem penipuan itu.

 

Kitab Iblis (Anton Szandor LaVey, (Air) Book of Lucifer – The Enlightenment, Avon Books, 1969, Ch XI, Religious Holidays, ms 96) mempunyai petikan berikut tentang Hari Lahir:

 

Hari raya terbesar dalam agama pemujaan Iblis ialah tarikh lahir seorang. Ini bertentangan langsung dengan hari raya paling suci agama lain, yang mendewakan tuhan tertentu yang telah dicipta dalam bentuk antropomorfik rupa mereka sendiri, dan dengan itu menunjukkan bahawa ego tidak benar-benar terkubur.

 

Seseorang penganut Satanist merasa: “Kenapa tidak benar-benar jujur dan kalau ingin mencipta tuhan dalam rupamu sendiri, kenapa tidak mencipta tuhan itu sebagai dirimu sendiri.” Setiap orang ialah tuhan jika dia memilih untuk mengakui dirinya sebagai tuhan. Jadi, penganut Satanist merayakan hari lahirnya sendiri sebagai hari raya terpenting dalam tahun. Sebab, tidakkah kamu lebih gembira tentang hakikat bahawa kamu telah dilahirkan daripada kelahiran seseorang yang tidakpun pernah kamu temui? Atau begitu juga, selain daripada hari raya keagamaan, kenapa memberi lebih banyak penghormatan kepada hari lahir seorang presiden atau suatu tarikh dalam sejarah daripada hari kita dilahirkan ke dalam dunia segala dunia ini?

 

Meskipun hakikatnya ada antara kita yang mungkin tidak diingini, atau sekurang-kurangnya tidak direncanakan secara khusus, kita senang hati, walaupun tiada lagi yang sebegitu, bahawa kita di sini! Kamu patut puji dirimu sendiri, beli apa saja yang kamu ingini, layan dirimu seperti raja (atau tuhan) yang sememangnya kamu, dan secara umumnya rayakan hari lahirmu dengan penuh adat istiadat dan kemegahan yang mungkin.

 

Urutan logik Hari Raya Penganut Keiblisan itu menunjukkan bagaimana sistem ini telah menembusi agama Kristian. Mereka sering melakukan ini sementara berpura-pura menjadi sebahagian daripadanya dan mengubahsuai nama orang dan tempat atau menjadikan orang-orang itu Santo-santo sebenar Kristian walaupun mereka sendiri sebenarnya pemuja Iblis. Dengan cara ini keluarga Inggeris Boniface telah membawa Kekristianan pura-pura ke Eropah dan menjejaskan Kekristianan sejati orang Frisia dan Jerman Utara. Mari kita perhatikan perbuatan keluarga St. Boniface sementara kita meneliti pesta-pesta terpenting seterusnya dalam Kalendar Satanik. Alkitab Satanik menyatakan tentang pesta-pesta Walpurgisnacht dan Halloween.

 

Selepas hari lahir sendiri, dua hari raya Satanik utama ialah Walpurgisnacht dan Halloween (atau All Hallows’ Eve).

 

St. Walpurgis –atau Walpurga, atau Walburga, bergantung pada waktu dan tempat dia dimaksudkan—telah dilahirkan di Sussex hampir akhir Abad Ketujuh atau permulaan Abad Kelapan, dan dididik di Winburn, Dorset, di mana selepas mengambil tudung, wanita ini tinggal selama dua puluh tujuh tahun. Dia kemudiannya, atas desakan bapa saudaranya, St. Boniface, dan abangnya, St. Wilibald, pergi berkelana bersama beberapa biarawati lain untuk mengasaskan rumah-rumah agama di Jerman. Petempatan pertamanya adalah di Bischofsheim di keuskupan Mainz, dan dua tahun kemudian (754 A.D.) dia menjadi ketua biara Benedictine di Heidenheim, di dalam keuskupan Eichatadt abangnya Wilibald di Bavaria, di mana seorang lagi abangnya, Winebald, juga telah dijadikan kepala sebuah biara. Sesudah kematian Winebald pada 760 dia menggantinya dalam tanggungjawabnya, dan tetap menguasai kedua-dua rumah itu hingga kematiannya pada Februari 25, 779. Barang peninggalannya telah dipindahkan ke Eichstad; di mana dia ditempatkan di dalam batu berlubang, yang mengeluarkan sejenis minyak bitumen, kemudiannya dikenali sebagai minyak Walpurgis yang dianggap mempunyai kemanjuran ajaib terhadap penyakit. Gua ini menjadi satu tempat penziarahan, dan sebuah gereja besar dibina atas tempat ini. Dia diperingati pada pelbagai masa, tetapi utamanya pada Mei 1, hari rayanya mengambil tempat satu pesta Pagan yang lebih awal. Apa yang menakjubkan, semua proses rumit ini diperlukan hanya untuk membiarkan keberterusan pesta Pagan tahunan yang paling penting sekali – kemuncak besar-besaran ekuinoks musim bunga! (La Vey, ibid. ms 96-98).

 

Di sini kita lihat tujuan sebenar Trinitarianisme menyerap masuk hari raya Pagan dan menyamarnya sebagai hari raya Kristian. Dalam kasus ini ia dilakukan melalui sebuah keluarga pengamal satanik yang beroperasi di dalam Roman Katolikisme. Mereka memainkan peranan penting dalam penyebaran agama palsu ini di serata Eropah Utara.

 

Mereka berjaya kerana orang Jerman dan orang Teuton semuanya sebenarnya sebahagian daripada sistem purba korban manusia ini dan telah begitu sejak waktu mereka berada di Timur Tengah sebelum perpindahan mereka ke Eropah. Mereka telah mengamalkan sistem purba kumpulan Misteri ini selama beribu tahun di bawah sistem-sistem itu yang timbul dari Babilon (Babel) di kalangan orang Asyur dan orang Het; orang Babel dan Media dan Persia, dan kemudian di bawah orang Partia Israel (lihat Asal Usul Krismas dan Easter [235]; lihat juga Kata Pendahuluan oleh W. Cox kepada karya R.S. Kohn; Sabbatarians in Transylvania, CCG Publishing, USA, 1998).

 

Orang Eropah dulunya adalah sebahagian daripada sistem purba pemujaan ilah-ilah Asyur/Babel yang berlandaskan ibadat Tuhan Triune dan yang meresap ke India serta seluruh dunia (lihat karya Anak Lembu Emas [222]).

 

Kekristianan telah berjaya sedikit sebanyak menghapuskan korban manusia di Eropah namun ia sendiri mengalah kepada sistem hari raya dan kalendar luaran itu oleh sebab penggunaannya yang berakar berumbi di kalangan orang Aryan dan kemurtadan sebuah jemaat yang licik dan didorong politik.

 

Sistem Asyur-Babel

Walaupun pelik nampaknya, cara kami mengukur jam dan kedudukan manusia dalam skala waktu itu datang daripada unit seksagesimal Babel, iaitu enam puluh. Maka terdapat enam puluh minit dalam satu jam dan enam puluh saat dalam satu minit. Orang Asyur-Babel cuba memaksimumkan bangsa itu dengan memastikan bahawa kelahiran berlaku pada waktu yang betul dalam kitar luni-solar. Kelahiran disesuaikan dengan fasa-fasa bulan nampaknya dan semua perhitungan fasa-fasa itu diletakkan pada jadual-jadual yang kita ada hari ini (lihat Encyc. Of Religion and Ethics (ERE), artikel Birth (Assyro-Babylonian), Vol. 2, ms 643). Perhitungan-perhitungan ini nampaknya berpusat pada pemujaan Dewi Ishtar atau Easter. Jadual-jadual itu menunjukkan keupayaan matematik yang rumit dalam perhitungan fasa-fasa lunar dan horoskop solar yang dibuat daripada tarikh-tarikh lahir serta peletakan gerhana solar dan lunar (lihat ibid.). Bulan penting tetapi kurang penting daripada Ishtar sebagai Venus dan dia kelihatan berbeza daripada pasangan Merodach, Zer-panitum yang bernama Eru’a atau penghamilan. Dalam kisah dwibahasa Penciptaan dia muncul sebagai Aruru yang maknanya dia yang membentuk, bersama Merodach pencipta segala sesuatu, keturunan manusia.

 

Sebagai Ishtar-Zer-panitum (untuk Zer banitum), juga dipanggil Mah atau Mami, dia ialah pencipta benih yang sering ditukar menjadi Sar-panitum yang bererti Yang Terang (yakni Venus). Dia ialah dewi kesuburan yang dikenali dengan banyak gelaran seperti ibu yang membuka pinggang (Amu-du-bat=ummu pitat burki); Nagar-Sagar, penyusun janin; Sasuru, dewi janin, Nintur, puan rahim, Nin-zizna=belit binti, puan kelahiran; Nin-Dim, puan peranakan dsb. Ini menjelaskan bagaimana dewi yang sama boleh memiliki nama-nama berbeza dari setempat ke setempat, namun dianggap sebagai dewi yang sama contohnya rujukan kepada Diana (Artemis) Efesus bila menyentuh tentang kuil dewi kesuburan di situ.

 

Merodach sendiri juga dilihat sebagai seorang dewa kelahiran mungkin dengan isterinya kerana dia dianggap sebagai ayah semua dewa. Bagaimanapun, ERE menganggap bahawa teori kuasa pantulan mungkin lebih tepat kerana Merodach mendapat gelarannya hanya selepas Babel, di mana dia ialah pelindungnya, mendapat kuasa dan dewa-dewa lebih tua menjadi manifestasinya. Dia dikenali di sini sebagai Tutu (diterjemah mullid ilani, mudil ilani (ERE, ibid.). Sehubungan dengan kelahiran, orang Babel juga mengamalkan ubat-ubatan kesuburan dan kontrasepsi dengan tumbuhan dan batu (ibid.).

 

Kita tahu tanpa ragu-ragu daripada tablet-tablet kemudiannya bahawa jam kelahiran dicatatkan dengan cermat dan horoskop ditentukan, berdasarkan catatan cermat pemerhatian angkasa. Daripada tablet K 1285 kita simpulkan bahawa upacara-upacara telah dijalankan di dalam Kuil Ishtar, atau Istar (Easter), sekurang-kurangnya untuk anak-anak orang yang berkedudukan. Dalam tablet ini dia disebut sebagai Ratu Niniwe (ibid., ms 644).

 

Hari-hari tertentu dalam bulan adalah bertuah dan dari zaman dinasti Babel (sekitar 2000 BCE), nama-nama seperti anak hari kedua puluh (Mar-umi-esra) ditemui. Kita tahu bahawa hari ke 20 dalam bulan ialah pesta dewa matahari Samas atau Shamash dari mana nama Shamus berasal. Ini nampaknya berkaitan dengan matahari bersinar penuh kemenangan (nampaknya khususnya selepas gerhana).

 

Catatan Alkitab tentang hari lahir

Perayaan hari lahir telah memasuki Yehuda daripada orang Asyur-Babel dan dirayakan di Mesir Purba dengan perjamuan, contohnya seperti apa yang kita lihat dirayakan oleh Firaun dalam Kejadian 40:20. Dalam kejadian ini juru roti telah dihukum mati.

 

Satu kejadian lagi adalah ketika Yohanes Pembaptis dibunuh pada hari lahir Herodes (Matius 14:6).

 

Matius 14:6-9 Tetapi pada hari ulang tahun Herodes, menarilah anak perempuan Herodias di tengah-tengah mereka dan menyukakan hati Herodes, 7 sehingga Herodes bersumpah akan memberikan kepadanya apa saja yang dimintanya. 8 Maka setelah dihasut oleh ibunya, anak perempuan itu berkata: "Berikanlah aku di sini kepala Yohanes Pembaptis di sebuah talam." 9 Lalu sedihlah hati raja, tetapi karena sumpahnya dan karena tamu-tamunya diperintahkannya juga untuk memberikannya. (KJV)

 

Amalan dalam sistem purba ini berkait rapat dengan sistem korban manusia, di seluruh sistem itu dan hari lahir adalah sebahagian daripada sistem itu. Kita akan mengkaji aspek ini dalam karya Hari-hari Korban Manusia.

 

Pendirian Alkitab tentang Hari Lahir nampaknya diberikan secara muktamad dalam Buku Ayub.

 

Ayub 1:1-12 Ada seorang laki-laki di tanah Us bernama Ayub; orang itu saleh dan jujur; ia takut akan Allah dan menjauhi kejahatan. 2 Ia mendapat tujuh anak laki-laki dan tiga anak perempuan. 3 Ia memiliki tujuh ribu ekor kambing domba, tiga ribu ekor unta, lima ratus pasang lembu, lima ratus keledai betina dan budak-budak dalam jumlah yang sangat besar, sehingga orang itu adalah yang terkaya dari semua orang di sebelah timur. 4 Anak-anaknya yang lelaki biasa mengadakan pesta di rumah mereka masing-masing menurut giliran dan ketiga saudara perempuan mereka diundang untuk makan dan minum bersama-sama mereka. 5 Setiap kali, apabila hari-hari pesta telah berlalu, Ayub memanggil mereka, dan menguduskan mereka; keesokan harinya, pagi-pagi, bangunlah Ayub, lalu mempersembahkan korban bakaran sebanyak jumlah mereka sekalian, sebab pikirnya: "Mungkin anak-anakku sudah berbuat dosa dan telah mengutuki Allah di dalam hati." Demikianlah dilakukan Ayub senantiasa. 6 Pada suatu hari datanglah anak-anak Allah menghadap TUHAN dan di antara mereka datanglah juga Iblis. 7 Maka bertanyalah TUHAN kepada Iblis: "Dari mana engkau?" Lalu jawab Iblis kepada TUHAN: "Dari perjalanan mengelilingi dan menjelajah bumi." 8 Lalu bertanyalah TUHAN kepada Iblis: "Apakah engkau memperhatikan hamba-Ku Ayub? Sebab tiada seorangpun di bumi seperti dia, yang demikian saleh dan jujur, yang takut akan Allah dan menjauhi kejahatan." 9 Lalu jawab Iblis kepada TUHAN: "Apakah dengan tidak mendapat apa-apa Ayub takut akan Allah? 10 Bukankah Engkau yang membuat pagar sekeliling dia dan rumahnya serta segala yang dimilikinya? Apa yang dikerjakannya telah Kauberkati dan apa yang dimilikinya makin bertambah di negeri itu. 11 Tetapi ulurkanlah tangan-Mu dan jamahlah segala yang dipunyainya, ia pasti mengutuki Engkau di hadapan-Mu." 12 Maka firman TUHAN kepada Iblis: "Nah, segala yang dipunyainya ada dalam kuasamu; hanya janganlah engkau mengulurkan tanganmu terhadap dirinya." Kemudian pergilah Iblis dari hadapan TUHAN. (KJV)

 

Di sini Ayub diberkati, namun anak-anaknya mengikut cara orang Asyur-Babel, apabila mereka mula merayakan hari-hari mereka atau hari-hari lahir mereka (lihat Companion Bible, nota kaki kepada ayat 4). Ini adalah zaman orang Israel di Mesir dan Ayub disenaraikan sebagai anak Isakhar (Kejadian 46:13). Nampaknya peristiwa ini telah diceritakan kepada Musa ketika dia berada di Midian dan dicatatkan untuk keturunan Israel yang akan datang, apabila mereka dipindahkan dalam Keluaran.

 

Ayub mempersembahkan korban untuk anak-anaknya apabila mereka mengadakan pesta-pesta ini pada hari-hari mereka, kalau-kalau mereka berbuat dosa, namun apabila Ayub diserahkan ke dalam tangan Iblis, semua anaknya itu telah dibunuh kerana dosa-dosa mereka. Komen Ayub pada Ayub 3:3 nampaknya mensahkan pandangan ini. Tuhan menyerahkan mereka kepada Anak-anak Tuhan di bawah Iblis untuk mematikan mereka dan dengan itu menampi Ayub seperti gandum. Mereka tidak dikuduskan dalam Ayub kerana pelanggaran mereka. Begitulah seriusnya Tuhan memandang dosa ini. Pengajarannya di sini adalah ini ialah dosa dan akibatnya maut untuk umat pilihan serta peralihan kepada kebangkitan kedua bersama umat manusia yang lain (lihat karya Kebangkitan Orang Mati [143]).

 

Hari Lahir dan Korban Manusia

Kejadian korban manusia pada hari lahir, yang membimbangkan, tidak boleh diabaikan.

 

Herodotus menunjukkan kepada kita bahawa Hari Lahir disertai jamuan istimewa di kalangan orang Persia (Persian Wars I, 133). Dalam kasus raja, perjamuan raja diadakan dan hadiah-hadiah diberikan kepada rakyatnya (ix, 110).

 

Orang Yunani pra-Hellenistic merayakan hari-hari lahir dewa-dewi dan orang-orang terkemuka (The International Standard Bible Encyclopedia (ISBE), artikel Birthday, Vol. 1, ms 515). Kata-kata Yunani genéthlia menandakan perayaan-perayaan ini sementara genésia mewakili perayaan hari lahir seseorang yang penting yang telah meninggal.

 

Dalam 2 Maccabee 6:7 terdapat rujukan kepada genéthlia bulanan Antiochus IV, dan ketika ini orang Yahudi dipaksa memakan korban-korban itu. Josephus (Wars of the Jews, vii. 3. 1) merujuk kepada Titus yang merayakan hari lahir (genéthlia) saudara lelakinya dan bapanya dengan membunuh tawanan-tawanan Yahudi.

 

Rujukan dalam Matius 14:6 dan Markus 6:21 menunjukkan bahawa nampaknya istilah genésia boleh digunakan bagi orang penting yang masih hidup. ISBE berpendapat bahawa apabila Herodes merayakan hari lahirnya, ini bersesuaian dengan adat Hellenistic; tiada bukti perayaan hari lahir di Israel pada zaman pra-Hellenistic (ISBE ibid.). Hari Nama (Name Days) yang memastuki Trinitarianisme berasal daripada sumber yang sama.

 

Kejadian hari lahir Firaun daripada Kejadian 40:20 dipercayai satu-satunya bukti perayaan hari lahir Firaun di Mesir pada zaman pra-Hellenistic. Procksh mengusulkan bahawa perayaan tahunan pertabalan Firaun, iaitu hari dia dilahirkan sebagai seorang dewa, mungkin erti di sebalik rujukan Kejadian 40:20. Ini bermakna bahawa hari pertabalan menjadi hari yang lebih penting kerana ia menandakan satu perubahan dalam status individu yang menjadi Firaun mengatasi dan di atas orang lain. Ketika zaman Ptolemaic, hari lahir Firaun dirayakan dengan pengampunan banduan/tahanan (bertentangan dengan korban-korban yang kita lihat sebelumnya). Ini mempunyai idea yang sama di sebaliknya iaitu kuasa hidup dan mati bersandar pada dewa yang boleh melaksanakannya menurut kehendaknya. Josephus merujuk kepada satu perayaan (genésia) pada hari lahir seorang anak lelaki kepada Ptolemy (A of J, xii, 4, 7-9).

 

Kesimpulan

Hari lahir berkait rapat dengan sistem Asyur-Babel dan memasuki bangsa Yunani dan Rom melalui Helenisasi Persia. Ia merupakan hari yang khusus dalam mana indidivu menjadi dewa dan adalah sebahagian daripada sistem purba misteri Iblis dan waris-waris sistem Babel. Ia berkait rapat dengan konsep-konsep korban manusia dan penentuan hidup. Ia bukan Alkitabiah dan menyerang kuasa dan wibawa Tuhan.

 

Tuhan memberi kita sistem KalendarNya dan hari-hari rayaNya dalam urutan itu. Hari lahir yang berdasarkan kalendar palsu bukan sebahagian daripada sistem itu (lihat Kalendar Tuhan [156]).

 

Kita akan beralih kepada fasa kerja yang berikut, yang akan berkenaan dengan kalendar iblis keseluruhannya dan Hari-hari Korban Manusia, iaitu segalanya tentang kalendar dan sistem hari raya itu.

 

q