Jemaat-jemaat Allah Al Masehi

[293]

 

 

 

 

Poligami di dalam Alkitab dan Quran

(Edisi 1.0 20060520-20060520)

 

Alkitab mempunyai contoh-contoh nyata poligami selama beribu tahun. Tujuan di sini adalah untuk memastikan apa yang Tuhan inginkan daripada kita dan kenapa ia jelas selama berabad-abad di dalam Perjanjian Lama dan Baru.

 

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta ã 2006 W.K. Wong and Wade Cox)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org


 

Poligami di dalam Alkitab dan Quran [293]



Alkitab dan Quran menunjukkan contoh-contoh poligami yang jelas dan nyata. Banyak daripada negara-negara moden kita mengizinkan poligami khususnya di bawah undang-undang Shari’a (Syariah) dan di dalam sesetengah negara Afrika yang mempunyai sistem-sistem agama kesukuan.

 

Sesetengah negara mengharamkan poligami namun, di mana terdapat penduduk Muslim yang cukup besar, mahkamah-mahkamah Shari’a mengizinkannya dan pihak-pihak berkuasa membiarkan saja amalan itu.

 

Kami berniat meneliti pandangan alkitabiah yang betul dan menetapkan garis panduan mengenai poligami dan keluarga-keluarga berkenaan.

 

Definisi dan Latar Belakang

 

Poligini (Polygyny) ialah seorang lelaki berkahwin dengan beberapa perempuan.

Poliandri (Polyandry) ialah seorang perempuan berkahwin dengan beberapa lelaki.

Poligami (Polygamy) merujuk kepada mana-mana itu.

 

Kini kita menemui hal-hal poligami dengan orang-orang yang bertemu dengan Jemaat. Ramai orang mempunyai keluarga sah dengan dua atau lebih isteri. Banyak negara mengizinkannya. Alkitab berkata bahawa seorang penatua haruslah suami kepada satu isteri namun ia senyap tentang yang lain, atau tiadakah pedoman lain untuk umat selebihnya selain daripada para penatua? CCG akan meneliti bagaimana kita dapat merumuskan tatacara berdasarkan prinsip-prinsip alkitabiah untuk berurusan dengan hal ini.

 

Terdapat pandangan-pandangan berbeza tentang poligami. Alkitab nyata mempunyai contoh-contoh hubungan poligami di kalangan bapa-bapa bangsa dan raja-raja, khususnya Daud dan Salomo, jelas mempunyai ramai isteri. Israel ialah hasil dua belas suku yang berasal daripada dua belas anak lelaki Yakub yang lahir dengan dua isteri dan dua gundik. Hubungan anak sulung si ibu dan hasil-hasil sulung rohani daripada rahim dikaji dalam karya Pemberian Persepuluhan (No. 161). Di dalam teks itu, pandangan Yahudi tentang perkahwinan banyak menurut Mishnah dan Talmud diperiksa.

 

“Penebusan adalah secara jasmaniah dan rohaniah. Israel menjadi hamba Mesir secara jasmaniah dan rohaniah sebab diperhambakan oleh dosa. Justeru penebusan manusia terikat kepada kehidupan rohaninya dan susunan sosialnya. Seluruh ciptaan akhirnya ditebus (Roma 8:20-21) dan itulah sebabnya kenapa pemerintahan seribu tahun Yesus Kristus harus juga membabitkan manusia jasmaniah di dalam susunan sosial seperti yang ditetapkan di Sinai. Hukum dari Sinai sempurna. Sesetengah aspek (seperti perceraian) diizinkan oleh kerana ketegaran hati Israel.

 

Anak sulung adalah dari ibu dan bukan bapa seperti yang sudah kita lihat (Keluaran 13:2). Lebih daripada satu isteri diizinkan secara tradisi bagi rakyat biasa dan raja diizinkan lebih lagi (empat (mYeb 4:11; mKet. 10:1-6; dan juga Quran) atau lima (mKer. 3:7) isteri bergantung pada pihak berkuasa (lihat juga mKid. 2:7; mBkh. 8:4); dan lapan belas untuk raja (mSanh. 2:4). Mazhab Qumran berpendapat bahawa raja dan rakyat sepatutnya bermonogami (lihat Schurer, The History of the Jewish People in the Age of Jesus Christ, Vol. I, ms 320, n. 125). Perjanjian Baru membataskan para penatua dan diakon kepada satu isteri (1 Timotius 3:2,12). Maka anak sulung dikuduskan dan dibaktikan, walaupun daripada perkahwinan poligami dan/atau lahir juga di bawah hukum kewajipan keluarga kepada isteri seorang saudara (Ulangan 25:5-6). Maka Zerubabel dikuduskan kerana dia lahir daripada hubungan itu (lihat karya Genealogi Mesias (No. 119)).

 

Penting untuk Zerubabel disenaraikan di situ kerana signifikansnya dalam struktur bangunan Bait itu.”

 

Maka jelas sekali bahawa poligami terdapat di dalam dan diketahui terdapat dalam Kitab Suci, di bawah hukum Tuhan. Konsep perkahwinan kepada saudara-saudara keluarga di dalam sistem kesukuan kadangkala berciri poligami. Konsep itu, sama ada poligami atau tidak, penting bagi mengekalkan sistem-sistem warisan suku menurut hukum dengan menggunakan sistem Lewi.

 

Sebilangan umat Kristian membantah bahawa Tuhan menyetujui poligami. Pandangan ini didasarkan pada teladan-teladan jelas yang terdapat dalam Alkitab. Hukum menangani hal ini dalam teks Ulangan 21:15 berikut.

 

“Apabila seorang mempunyai dua orang isteri, yang seorang dicintai dan yang lain tidak dicintainya, dan mereka melahirkan anak-anak lelaki baginya…”

 

Jadi tidak diragukan dalam hukum bahawa Poligami (poligini) dipertimbangkan.

 

Daud mempunyai ramai isteri dan gundik (lihat 2 Samuel 15:16; 19:5; 20:3). Pada mulanya dia mempunyai sekurang-kurangnya dua isteri iaitu Abigail dan Ahinoam dari Yizreel, serta Mikhal yang diberikan Saul kepada Palti (1 Sam. 25:42-44). Apabila Saul terbunuh Tuhan memberikan Daud segala milik Saul termasuk semua isterinya (2 Sam. 12:8).

 

Salomo memiliki tujuh ratus isteri dan tiga ratus gundik. Perempuan-perempuan ini berbangsa Moab, Amon, Edom, Sidon dan Het (1 Raja-raja 11:3).

 

Rehabeam mempunyai lapan belas isteri dan enam puluh gundik (2 Tawarikh 11:21). Keturunan dalam Yehuda ini mungkin merupakan asal limitasi Talmud akan lapan belas isteri kepada raja.

 

Bapa Nabi Samuel mempunyai dua isteri (1 Samuel 1:2). Anak-anak Isakhar dicatatkan mempunyai ramai isteri dan anak-anak (1 Tawarikh 7:4).

 

Keturunan Kristus berasal daripada isteri kedua Zerubabel yang merupakan seorang puteri Persia dan anak perempuan Darius.

 

Maka dapat difahami bagaimana mana-mana pelajar Alkitab boleh diyakinkan oleh teks-teks yang banyak seperti ini. Pada zaman rasul Jemaat mempunyai satu hukum berkenaan dengan poligami dan ia menyatakan seorang penatua dan diakon haruslah suami kepada satu isteri (1 Timotius 3:2,12, Titus 1:6).

 

Maka boleh dirumuskan bahawa Tuhan telah menetapkan melalui hamba-hambaNya para nabi dan rasul bahawa terdapat limitasi pada hukum sebagaimana ia diberikan kepada Musa dalam penerapannya berkaitan dengan umat pilihan. Penggunaan umat dalam Jemaat sebagai biskop dan diakon terbatas kepada mereka yang monogami dan itu perlu difahami sementara kita menangani persoalan ini. Terdapat lebih banyak lagi tentang aspek ini kemudian.

 

Harus diperhatikan juga bahawa:

 

1.      Quran adalah berdasarkan Alkitab Perjanjian Lama dan Baru. Menurut sejarah tercatat kewujudan poligami dalam kedua-dua teks dan Quran.

2.      Mahkamah perundangan Muslim mengizinkan kaum lelakinya mengambil sehingga empat isteri.

3.      Sesetengah lelaki Muslim percaya bahawa apabila mereka meninggal, jika mereka terbunuh dalam aktiviti-aktiviti yang boleh dikaitkan dengan perang kebenaran maka mereka akan pergi ke syurga dan 72 perawan tersedia menunggu mereka. Asas kepercayaan ini tidak ditemui dalam Quran dan merupakan manipulasi curang ayat-ayat itu. Kita akan memeriksa aspek ini di bawah.

 

Sejarah Singkat Asal Usul Poligami dan Akibatnya

 

Tidak diragui lagi bahawa Alkitab membincangkan serta mengizinkan poligini namun Hukum Tuhan dan kesaksian tidak menyebutkan poliandri selain daripada apabila suami meninggal perempuan itu bebas untuk berkahwin semula. Jika dia tidur dengan lelaki lain ketika masih berkahwin ini diperlakukan sebagai zina.

 

Adakah catatan alkitabiah tentang kejadian-kejadian poligami sebegitu merupakan kehendak ilahi daripada Tuhan? Terdapat banyak amalan yang diliputi dalam teks-teks Hukum Tuhan yang merupakan adat manusia yang dikawal atur dalam Hukum Tuhan. Contohnya: perhambaan, penuntut tebusan darah, dan amalan-amalan lain yang dikawal atur atau dilarang dalam masyarakat yang lebih moden. Tuhan mengizinkan perceraian menurut hukum oleh kerana ketegaran hati kita namun Kristus memberikan kita hukum lebih tinggi sebagai anggota-anggota Jemaat.

 

Ketika mengkaji Alkitab, sesuatu yang amat penting yang perlu diingati adalah, bukan semua yang dicatatkan dalam Alkitab adalah aktiviti yang dipersetujui Tuhan sebagai aktiviti ideal. Kalau kita melihat asal usulnya, kita akan dapati bahawa poligami bermula dalam keturunan Kain si pembunuh dan bukan keturunan Set yang saleh. Lelaki poligami pertama yang tercatat ialah Lamekh (Kejadian 4:23-24).

 

Titik ini menandakan kemerosotan dalam kemampuan rohaniah keturunan Adam. Kain membunuh Habel. Lamekh mengambil pandangan ini dan memperluaskan konsepnya. Dalam Kejadian 4:23-25 kita membaca tentang keadaan mental Lamekh. Ia biasanya diterjemahkan seperti berikut:

 

“Berkatalah Lamekh kepada kedua isterinya itu:

"Ada dan Zila, dengarkanlah suaraku:

hai isteri-isteri Lamekh, pasanglah telingamu kepada perkataanku ini:

Aku telah membunuh seorang laki-laki karena ia melukai aku,

membunuh seorang muda karena ia memukul aku sampai bengkak;

sebab jika Kain harus dibalaskan tujuh kali lipat,

maka Lamekh tujuh puluh tujuh kali lipat.”

 

Bagaimanapun teks ini adalah dalam kala masa kini berterusan dan boleh diterjemahkan sedemikian:

 

“Aku boleh membunuh seorang lelaki kerana melukai aku dan seorang muda kerana memukul aku” (rujuk Bullinger, nota kaki kepada ayat 23).

 

Justeru sikap pemikirannya telah merosot daripada situasi Kain kepada keadaan ini yang melebihi mata ganti mata tetapi sebaliknya memerlukan pembalasan melampau.

 

Justeru sikap manusia planet ini mula merosot dalam banyak segi dalam enam keturunan, dan kemudiannya mengakibatkan campur tangan Tuhan dalam banjir itu.

 

Abraham mempunyai dua isteri, Sara dan Ketura, serta gundiknya Hagar. Kita diberitahu bahawa Ketura ialah seorang gundik pada mulanya dan kemudian dia disenaraikan sebagai seorang isteri.

 

Kemudian Esau, yang memandang rendah hak kelahirannya, juga mendukacitakan ibu bapanya dengan berkahwin dengan dua isteri pagan (Kejadian 26:34).

 

Jika poligami ialah kehendak ilahi, maka boleh dianjurkan bahawa Tuhan bertentangan dengan diriNya apabila Dia melarang raja-raja Israel mempunyai banyak isteri (Ulangan 17:16-17). Perhatikan catatan sejarah ketika mereka ingkar, termasuk persaingan maut saudara kandung antara anak-anak Daud daripada isteri berlainan; dan ratusan isteri Salomo yang membawanya kepada keberhalaan (1 Raja-raja 11:1-3). Larangan Ulangan 17:16-17 membabitkan pemilikan banyak senjata perang dari segi kereta kuda iaitu kuda, kekayaan, serta perempuan. Ketiga-tiga langkah ini merupakan punca kejatuhan Salomo (lihat juga nota-nota Bullinger kepada teks itu). Namun Tuhan menyetujui Daud berkahwin dengan ramai perempuan dan mengambil gundik, dan berkata jika dia inginkan lebih maka Dia tentu telah memberikannya kepada dia. Tuhan sebenarnya mengatakan bahawa dia tidak harus berdosa seperti itu. Masalahnya nampaknya terletak dalam sikap akal fikiran. Bagaimanapun, Salomo diizinkan membina Bait Tuhan sedangkan Daud tidak dibenarkan melakukan itu kerana dia pernah menumpahkan darah.

 

Hana, ibu Samuel, telah dimalukan oleh isteri lain suaminya Elkana iaitu Penina (1 Samuel 1:1-7). Samuel, orang yang diurapi Tuhan, merupakan hasil suatu keadaan poligami.

 

Monogami merupakan situasi berterusan dalam banyak negara di seluruh dunia: kaum Han China di China purba, orang Dong, Manchu dan Yao.

 

Mungkin ia suatu kejutan bagi ramai orang bahawa orang China Han purba sebenarnya mengamalkan monogami meskipun kepercayaan dan amalan umum maharaja-maharaja China purba yang mempunyai ratusan dan mungkin ribuan isteri dan gundik.

 

“Bangsa Han ialah bangsa utama di China. Orang Han dikatakan telah bermula kira-kira lima ribu tahun dahulu. Majoriti YDNA mereka ialah Haplogroup O, yang mirip dengan orang Indo-Melayu dan sesetengah orang Polynesia, dan berhubungan dengan suku-suku Yafet yang lain. Dalam sejarah mereka yang lama, mereka menyerap bangsa-bangsa minoriti yang lain. Han merupakan kelompok paling berpengaruh dalam ekonomi, kebudayaan dan politik. Pakaian telah banyak berubah, kini pakaian mereka cenderung kepada gaya berpelbagai. Konsep sebuah keluarga tetap serupa dengan negeri itu pada zaman dahulu kala. Bapa merupakan pusat kawalan dalam sejarah lamanya. Isteri dan semua anak-anak harus mentaatinya, tetapi kini sistem itu telah banyak berubah di seluruh bidang pengaruhnya. Ahli-ahli sebuah keluarga lazimnya setara kedudukan mereka. Ayah akan melakukan kerja rumah bersama isterinya dan anak-anaknya; mereka seharusnya hidup lebih bahagia lagi daripada sebelumnya. Monogami ialah satu-satunya sistem untuk perkahwinan dalam asal mereka. Penguburan api dianjurkan dan diteruskan. Mereka mengamalkan adat baik membantu orang tua serta menjaga anak-anak kecil.”

(Disadur dan diedit daripada http://www.china-fpa.org/english/china/nationality/han.htm )

 

Ketika zaman Confucius (secara tradisinya 551 BCE – 479 BCE), monogami dianjurkan sebagai keadaan ideal, namun pemeliharaan isteri lain yang dikenali sebagai gundik tidak dilarang. Confucius dan orang bijaksana agung yang lain berpendapat bahawa bukan memalukan untuk mengambil seorang gundik untuk melahirkan anak lelaki. Ini dianjurkan apabila isteri sejati gagal melahirkan anak lelaki dan terlalu disayangi untuk diceraikan. Terdapat tujuh sebab yang membenarkan penyangkalan seorang isteri selain ketidaksetiaan, dan salah satu daripadanya ialah ketiadaan anak lelaki.

Lihat juga:

http://www.malaspina.org/home.asp?topic=./search/details&lastpage=./search/results&ID=426

 

Perkara sepadan dengannya hari ini ialah anjuran inseminasi beradas (permanian buatan) dan juga rawatan kesuburan.

 

Terdapat satu lagi kelompok yang dikenali sebagai Dong di China dan keluarga-keluarga mereka juga mengamalkan monogami. Suku Dong memilih pasangan hidup mereka sendiri dan biasanya berkahwin pada umur lewat belasan tahun.

http://www.us.omf.org/content.asp?id=9234

 

Monogami telah sentiasa diamalkan orang Manchu, dengan anak-anak muda bertunang pada umur 16 atau 17 tahun dengan izin ibu bapa.

http://en.chinabroadcast.cn/2245/2005-1-13/119@192716.htm

 

Terdapat satu lagi suku di China yang dikenali sebagai bangsa Yao. “Lebih dua juta orang Yao tinggal tersebar di seluruh kawasan pergunungan China selatan, di mana mereka sudah hidup selama 2000 tahun. Suku-suku Yao juga hidup di Vietnam, Laos, dan Thailand, dan lazim memanggil diri mereka sebagai Kim Mien, atau “orang gunung”. Unit keluarga amat penting kepada suku Yao, dan perceraian jarang terjadi di kalangan mereka. Monogami (perkahwinan kepada satu pasangan) merupakan kebiasaannya, namun poligami (pasangan kahwin berganda) juga wujud. Walaupun sesetengah perkahwinan masih diatur oleh ibu bapa, pilihan itu kini terletak pada pasangan muda itu. Pengantin lelaki biasanya 16 atau 17 tahun dan pengantin perempuannya mungkin empat tahun lebih tua.”

http://www.ksafe.com/profiles/p_code4/360.html

 

Poligami di dalam negara-negara yang tidak menguatkuasakan Monogami

 

Dalam kajian amalan poligami ini kita perhatikan bahawa di dalam negara-negara yang melarang poligami, ia boleh diamalkan oleh sebab ketiadaan penguatkuasaan undang-undang kebangsaan mereka sendiri. Contohnya, di Malaysia seorang bukan Muslim yang mengambil suami/isteri kedua adalah tidak sah dan perkahwinan ini diakui oleh mahkamah sivil Malaysia serta Pendaftar Perkahwinan di Malaysia. Jadi bigami dan poligami tidak dibenarkan oleh undang-undang sivil bagi rakyat Malaysia bukan Muslim sama ada mereka berbangsa Cina, India atau bangsa lain. Semua ini diperintah oleh Kanun Keseksaan Malaysia Bab XX “Kesalahan Berkenaan Dengan Perkahwinan”. Pasangan terjejas itu boleh menuntut cerai atas sebab-sebab zina yang jelas. Bagaimanapun, walaupun undang-undang sivil Malaysia tidak mengizinkan poligami bagi orang bukan Muslim, kita temui poligami diamalkan oleh bukan Muslim di Malaysia. Hakikatnya, ini berterusan kerana ketiadaan penguatkuasaan undang-undang disebabkan adat majoriti di bawah sistem Shari’a. Kita akan temui kejadian serupa di negara-negara lain.

 

Malaysia, sebagai negara Islam, juga mempunyai satu lagi sistem undang-undang Islam, yang ditafsirkan oleh Mahkamah Syariah atau Shari’a. Ini mengizinkan seorang lelaki Muslim memiliki sehingga empat isteri, dan seperti yang dilihat di atas juga merupakan adat yang diperolehi daripada pengalaman-pengalaman alkitabiah seperti yang ditafsirkan di bawah sistem Mishnah dan Talmud di dalam Judaisme, yang pastinya asal dari mana amalan atau batas Muslim ini diilhami.

 

Kita dapati bahawa mereka yang lebih saleh umumnya percaya kehendak Allah digambarkan di dalam Taman iaitu seorang pasangan untuk setiap orang. Terdapat Adam dan Hawa, bukan ramai isteri, tiada bigami atau poligami, sama ada poligini atau poliandri.

 

Singapura mempunyai undang-undang sivil yang serupa dengan Malaysia sebab kedua-duanya sebahagian daripada Komanwel. Mengambil suami/isteri kedua sebagai bigami adalah haram dan tidak diakui oleh mahkamah sivil atau Pendaftar Perkahwinan di Malaysia dan Singapura. Oleh itu bigami dan poligami tidak dibenarkan oleh undang-undang sivil bagi rakyat Malaysia dan Singapura bukan Muslim sama ada mereka berbangsa Cina, India atau lain-lain.

 

Namun begitu, di Singapura sekalipun sistem Shari’a dan isteri berganda ditoleransi dan mempunyai status kuasi-sah.

 

“Walaupun Singapura negara bukan Muslim, status peribadi Muslim Singapura ditentukan oleh Ordinan Muslim 1957 yang meliputi pendaftaran, Mahkamah Shari’a dan hal-hal harta benda, dan memansuhkan Ordinan sebelumnya yang berkaitan. Ia mengandungi peruntukan substantif yang amat terbatas, namun ordinan ini memang memindahkan kuasa atas status peribadi Muslim daripada badan kehakiman biasa kepada Mahkamah Shari’a. Ia digantikan oleh Akta Pentadbiran Undang-undang Islam 1966, yang memberikan peraturan-peraturan yang lebih terperinci. Akta 1966 ini menetapkan Majlis Ugama Islam Singapura (Singaporre Islamic Council) untuk menjalankan pembiayaan dan melaksanakan wasiat. Majlis ini juga mempunyai Komiti Perundangan yang terdiri daripada Mufti Singapura, dua lagi ahli Majlis ini dan dua bukan ahli; fungsi Komiti Perundangan ini adalah untuk mengeluarkan fatwa tentang apa-apa perkara undang-undang Muslim. Perundangan 1966 itu juga mengandungi peruntukan lebih substantif daripada sebelumnya. Piagam Wanita, yang diluluskan pada 1961, menggantikan sistem undang-undang keluarga bukan Muslim yang berkaitan di Singapura. Ia mengenakan rejim perkahwinan monogami ke atas semua rakyat Singapura kecuali orang Muslim, walaupun lelaki Muslim yang berkahwin dengan bukan Muslim di bawah syarat-syarat Piagam Wanita dilarang daripada berkahwin poligami. Orang Islam jelas terkecuali daripada peruntukan-peruntukan tertentu Piagam Wanita, contohnya, yang berhubung upacara melangsungkan perkahwinan, pembatalan perkahwinan, perceraian, dan sebagainya. Sistem mahkamah biasa berkuasa atas urusan anak angkat, pewarisan, dan hak jagaan malah untuk meeka yang berkahwin menurut undang-undang Islam, dan isteri Muslim boleh memilih sistem biasa atau sistem kehakiman Shari’a untuk mendapatkan perintah nafkah.

 

Status Perlembagaan Islam (ic Undang-undang): Perlembagaan telah diterima pada 3 Jun 1959 dan dipinda pada 1965 apabila Negeri Singapura daripada Malaysia meninggalkan Malaysia. Perlembagaan ini mengandungi sebilangan peruntukan yang mengabadikan kebebasan beragama dan melarang diskriminasi atas sebab-sebab agama. Artikel 153 di bawah Peruntukan Umum menyatakan bahawa “Badan Perundangan harus menurut undang-undang membuat peruntukan bagi mengawal hal-ehwal agama umat Islam dan membentuk sebuah Majlis untuk menasihati Presiden dalam hal-hal berkenaan agama Islam”.

 

Sistem Mahkamah: Terdapat sebuah Mahkamah Shari’a di Singapura; ia boleh mendengar dan menentukan segala tindakan dalam mana semua pihak ialah orang Muslim atau dalam mana pihak-pihak terbabit berkahwin menurut undang-undang Islam (iaitu, suami ialah orang Islam). Mahkamah Shari’a mempunyai kuasa atas kes-kes berhubung perkahwinan, perceraian, pertunangan, pembatalan perkahwinan, perpisahan kehakiman, pembahagian harta pada perceraian, pembayaran mas kahwin, nafkah, dan mut’a. Segala rayuan daripada keputusan Mahkamah Shari’a atau keputusan kathi (kadi) dibuat melalui Lembaga Rayuan, yang terdiri daripada tiga Muslim yang dipilih oleh Pendaftar Mahkamah Agung daripada satu panel tujuh orang yang dicalonkan oleh Presiden setiap tahun. Segala keputusan Lembaga Rayuan adalah muktamad.”

 

SUMBER:-

http://www.law.emory.edu/IFL/legal/singapore.htm

 

Walaupun poligami dilarang bagi perkahwinan sivil di Singapura di bawah Piagam Wanita, perkahwinan poligami dibenarkan di bawah Akta Pentadbiran Undang-undang Islam. Ini merupakan contoh hak golongan minoriti untuk mengamalkan undang-undang agama dan peribadi mereka.

(http://www.un.org/News/Press/docs/2001/WOM1293.doc.htm)

 

Jadi, Singapura kelihatannya lebih unik lagi daripada Malaysia. Walaupun Singapura negara bukan Muslim, ia mempunyai satu set undang-undang lain untuk orang Islam. Ia tidak boleh mendakwa seorang lelaki Muslim untuk amalan poligami disebabkan kehadiran undang-undang lain ini. Sebagai negara-negara pelbagai kaum dan demokratik, Malaysia dan Singapura mengamalkan kebebasan beragamam. Agama membabitkan suatu sistem kepercayaan dan nilai hidup. Di mana kepercayaan-kepercayaan ini dijejaskan oleh adat tradisi dan idea-idea yang salah, masalah-masalah akan timbul.

 

Masalahnya ada pada sikap dan kepercayaan/nilai atau premis asas yang salah dalam seseorang individu.

 

Orang Islam percaya mereka boleh beristeri lebih daripada seorang dan sehingga empat isteri. Kita menjadi toleran dan liberal demi kepentingan harmoni. Lelaki yang baru-baru ini dihukum penjara 32 tahun dan 24 sebatan rotan di Singapura telah melampaui batas itu. Dia mempunyai sepuluh isteri dan melakukan jenayah-jenayah berat.

 

Aktiviti yang kita sedang lihat mungkin suatu manifestasi toleransi apabila satu lagi aspek perlu dipertimbangkan, yang dalam proses itu telah diabaikan. Selain itu, ia sememangnya diragui sama ada mana-mana negara yang mempunyai perundangan serupa terhadap poligami mampu menguatkuasakan undang-undang mereka sendiri memandangkan negara-negara sedemikian juga mempunyai banyak amalan poligami walaupun undang-undang sivil mereka sendiri melarang aktiviti sedemikian.

 

Amalan-amalan AS

 

Kita tahu bahawa Mormonisme telah mengizinkan poligami dan amalan ini, walaupun diharamkan di AS, masih diamalkan di beberapa tempat di Utah dan Arizona dalam keadaan de-facto (wujud sebagai hakikat) atau berurutan.

 

Yang pastinya terdapat banyak kumpulan selain berbagai mazhab Mormon dan banyak mazhab Muslim yang menyokong amalan poligami. Sesetengah pembela poligami mengemukakan pandangan dan pendirian mereka seperti berikut:

 

1.      Pandangannya adalah bahawa Hukum Perjanjian Lama menggalakkan dan menyokong poligami dan diamalkan oleh Lamekh, Abraham, dan Yakub termasuk beberapa nabi. Yesus Kristus tidak melenyapkan Hukum Taurat atau kitab para nabi (Matius 5:17-18). Maka hukum itu kekal dan poligami adalah sah. Ini merupakan hujah asas.

2.      Mereka membantah bahawa Tuhan menggambarkan diriNya sebagai poligamis dalam Yehezkiel 23:4, sebagai suami kepada dua bangsa, Israel dan Yehuda.

3.      Mereka mengatakan Yesus menggambarkan dirinya sebagai seorang poligamis sebagai suami setiap umat Kristian secara individu (2 Korintus 11:2).

4.      Mereka mengatakan bahawa Alkitab tidak mengutuk amalan poligami.

5.      Mereka menggunakan sebab-sebab lain untuk menyokong pendirian mereka seperti yang dinyatakan di atas.

 

Sudah dianjurkan bahawa Hukum Sepuluh telah diberikan kepada Israel sahaja, jadi perintah-perintah ini tidak mengikat pada orang Kristian atau orang Islam. Jawapan betul adalah perintah-perintah ini juga diberikan kepada orang asing. Alkitab jelas menyatakan tidak terdapat dua hukum, tetapi hukum yang sama dipakai bagi Israel, (sebagai dua belas suku termasuk Yehuda) dan bagi orang asing (Keluaran 12:49, Yesaya 56:6, Bilangan 9:14; 15:15-16, 29-30, Mazmur 18:44). Ada seorang Pemberi Hukum iaitu Allah kita Eloah, pencipta umat manusia dan angkatan syurgawi (Yakobus 4:12).

 

Imamat 24:22 “Satu hukum berlaku bagi kamu, baik bagi orang asing maupun bagi orang Israel asli, sebab Akulah TUHAN, Allahmu.”

 

Ini tidak seperti beberapa negara di mana terdapat dua set hukum berlainan.

 

Contohnya, Tuhan memberitahu raja Gerar di Filistin, Raja Abimelekh (iaitu seorang kafir atau orang asing), yang berikut, “…Engkau harus mati oleh karena perempuan yang telah kauambil itu; sebab ia sudah bersuami." Adapun Abimelekh belum menghampiri Sara. Berkatalah ia: "Tuhan! Apakah Engkau membunuh bangsa yang tak bersalah?” (Kejadian 20:3-4).

 

Jika hukum-hukum yang terkandung dalam Hukum Sepuluh, contohnya zina, tidak terpakai bagi orang kafir, bagaimanakah raja kafir ini tahu ia suatu dosa terhadap Tuhan? Kenapa Tuhan mengancamnya dengan maut jika dia tidak mengizinkan perempuan yang sudah berkahwin ini kembali kepada suaminya (Kejadian 20:7)? Jawapannya jelas terdapat satu hukum untuk orang kafir dan orang percaya, hukum yang sama iaitu Hukum Tuhan. Dialah Allah Maha Esa, Eloah seluruh umat manusia dan angkatan syurgawi.

 

Poliandri secara umumnya dilarang oleh orang Yahudi, Kristian dan Muslim

 

Penting untuk memperhatikan bahawa kumpulan-kumpulan yang menuntut sebagai Kristian, dan membela poligami, tidak menyokong seorang perempuan mempunyai ramai suami; mereka mengutuk amalan itu. Kita mengkaji hal inidan melihat sama ada terdapat aspek-aspek lain yang tidak dipertimbangkan.

 

Mari kita lihat lebih lanjut ke dalam sejarah, Alkitab dan beberapa fakta serta persoalan yang telah dipastikan untuk sampai kepada tujuan dan urutannya:

 

*          Sesudah Adam dan Hawa berdosa terhadap Tuhan, mereka menjadi seperti Elohim yang mengenali kebaikan dan kejahatan. Ini bererti kita harus tahu membezakan kehendak Tuhan antara apa yang suci dan tidak, halal dan haram. Ini dituntut daripada kita yang beriman.

 

*          Adam kesunyian dan Tuhan memberinya isteri sebagai teman. Tiada lagi sesiapa di sekitar; kalau kehendak Tuhan ialah isteri yang ramai Adam tentunya memerlukan lebih ramai isteri. Namun dia hanya diberikan seorang isteri.

 

*          Tuhan mencipta manusia menurut gambar rupanya sendiri; Tuhan adalah esa.

 

*          Tuhan mengambil tulang rusuk daripada Adam untuk mencipta seorang Hawa. Maka mereka satu daging.

 

*          Amalan mengambil gundik adalah untuk melahirkan anak lelaki, seperti yang kita lihat daripada penulis-penulis dalam sejarah seperti Confucius dan teks-teks Alkitab. Sistem-sistem pewarisan suku dan kadangkala keterusan hidup sendiri dalam suasana perang menggalakkan amalan ini.

 

Justeru model perkahwinan pada asalnya ditunjukkan sebagai seorang suami dan seorang isteri.

 

*          Perkahwinan merupakan institusi ilahi dan perjanjian antara seorang lelaki dan seorang perempuan. Seorang perempuan lain dilihat sebagai melenyapkan perjanjian itu. Ia bukan lagi sesuatu yang istimewa antara dua orang dalam perjanjian asal. Ini memerlukan kajian semula perjanjian itu.

 

Terdapat beberapa perkara yang ternyata daripada alam semulajadi, satu sumber untuk pelajaran ialah Roma Bab 1.

 

*          Adam jasmaniah pertama di Taman Eden mempunyai seorang isteri. Kristus sebagai Adam rohaniah terakhir juga berkahwin secara rohaniah kepada seorang isteri, Israel jasmaniah. Israel telah melacurkan diri dan ingkar. Dosa ialah pelanggaran Hukum-hukum Tuhan (1 Yohanes 3:4) dan hukumannya maut. Untuk menebus umat manusia dan malaikat derhaka, Kristus harus mati dahulu dan ini membubarkan perkahwinan pertama Kristus kepada Israel jasmaniah. Di dalam jamuan perkahwinan Anak Domba yang akan datang, Kristus sebagai seorang suami rohaniah (2 Korintus 11:2) akan berkahwin secara simbolik dengan seorang isteri, Israel rohaniah, iaitu Jemaat yang satu yang telah dibinanya.

 

Tuhan berfirman, “Tidak baik, kalau manusia itu seorang diri saja. Aku akan menjadikan penolong baginya, yang sepadan dengan dia” (Kejadian 2:18). Tuhan mencipta binatang dengan pasangan dan sedikit saja yang berpasangan sepanjang hayat namun ada yang berbuat begitu. Perkataan “keluarga” tidak dipakaikan kepada alam haiwan. Sesudah penciptaan dan penamaan semua binatang Tuhan membuat Adam tidur nyenyak dan mengambil tulang rusuknya. Tuhan mencipta perempuan daripada tulang itu lalu berfirman, “Sebab itu seorang laki-laki akan meninggalkan ayahnya dan ibunya dan bersatu dengan isterinya, sehingga keduanya menjadi satu daging” (Kejadian 2:24).

 

Dengan cara ini tanggungjawab kaum lelaki nyata unik dalam alam haiwan.

 

Dengan cara ini juga disiplin seksual teguh di tengah-tengah bayangan Alkitab akan kehidupan keluarga.

 

Dorongan genetik untuk menghasilkan lebih banyak anak-anak yang ditemui dalam haiwan, dengan berpasangan ramai, malah hingga membunuh anak-anak lain, tidak dibenarkan dan harus diatasi dalam manusia.

 

Poligami telah diizinkan dalam zaman alkitabiah, namun, dari segi keadaan asal di dalam Taman Eden, ini bukan yang ideal. Malahan, seseorang boleh membantah bahawa kisah-kisah alkitabiah Abraham, Sara, dan Hagar, atau Yakub, Rahel, dan Lea, ialah hujah polemik menentang poligami.

 

Penting untuk memperhatikan bahawa dua daripada agama alkitabiah agung sudah lama mengharamkan poligami walaupun Judaisme mengizinkannya secara teknikal dalam Talmud. Quran meneruskan poligami oleh sebab

 

  1. Penjejasan hubungan antara Alkitab dan Quran oleh Hadis.
  2. Amalan-amalan tradisi orang Yahudi dan Arab.

 

Kitab Torah (Taurat) mengizinkan perceraian dan perkahwinan semula disebabkan ketegaran hati kita namun Tuhan berfirman melalui para nabi bahawa Dia membenci perceraian. Kitab Ulangan, yang mengakui kenyataan kelemahan manusia, mengizinkan perceraian (lihat Ulangan 24:1-4). Namun ia dianggap jalan terakhir yang menyedihkan, dan jauh daripada yang ideal. Malah, nabi Maleakhi menulis:

 

“Dan inilah yang kedua yang kamu lakukan: Kamu menutupi mezbah TUHAN dengan air mata, dengan tangisan dan rintihan, oleh karena Ia tidak lagi berpaling kepada persembahan dan tidak berkenan menerimanya dari tanganmu. 14 Dan kamu bertanya: "Oleh karena apa?" Oleh sebab TUHAN telah menjadi saksi antara engkau dan isteri masa mudamu yang kepadanya engkau telah tidak setia, padahal dialah teman sekutumu dan isteri seperjanjianmu. 15 Bukankah Allah yang Esa menjadikan mereka daging dan roh? Dan apakah yang dikehendaki kesatuan itu? Keturunan ilahi! Jadi jagalah dirimu! Dan janganlah orang tidak setia terhadap isteri dari masa mudanya. 16 Sebab Aku membenci perceraian, firman TUHAN, Allah Israel--juga orang yang menutupi pakaiannya dengan kekerasan, firman TUHAN semesta alam. Maka jagalah dirimu dan janganlah berkhianat!” (Maleakhi 2:13-16)

 

Berdasarkan ayat ini, para rabbi mengajar apabila seorang lelaki menceraikan isterinya, mezbah Tuhan sekalipun mengeluarkan air mata (Gittin 90b). Perkahwinan seumur hidup antara seorang lelaki dan seorang perempuan adalah ideal, dan jelas ditunjukkan oleh kisah Taman Eden. Tradisi Yahudi menggunakan istilah kiddushin, secara literalnya kudus, untuk menggambarkan perkahwinan sedemikian. Perkahwinan, iaitu komitmen seorang lelaki dan seorang perempuan kepada hubungan seksual eksklusif seumur hidup, membantu kita naik lebih tinggi daripada alam haiwan.

 

Tiga badan tradisi hukum terbit daripada Alkitab. Ini ialah: 1) halakhah Yahudi; 2) upacara dan ritual Kristian, dan daripada elemen Rom datangnya hukum kanun gereja; dan juga 3) hukum Shari’a Islam, yang berdasarkan peraturan-peraturan Alkitab serta tradisi-tradisi orang Arab dan Yahudi abad Ketujuh. Semuanya berkenaan dengan tatacara-tatacara hukum perkahwinan: Siapa yang boleh berkahwin dengan siapa? Bagaimanakah sesuatu perkahwinan dilaksanakan menurut hukum? Apakah kewajipan-kewajipan hukum setiap pasangan terhadap sesama sendiri? Bolehkah sesuatu perkahwinan dibubarkan dan jika ya, bagaimanakah itu berlaku? Sesetengah elemen ritual Kristian tidak setuju orang berkahwin semula selepas bercerai. Alkitab mengatakan mereka boleh berbuat demikian.

 

Ketiga-tiga agama yang berdasarkan Alkitab ini setuju bahawa perkahwinan lebih daripada sekadar kontrak undang-undang. Alkitab lazim membandingkan hubungan suami dan isteri kepada hubungan antara Tuhan dan Israel. Mungkin perkataan terbaik ialah (SHD 1285) beryith – perjanjian. Ilah di Sikhem untuk sepuluh suku Israel utara dipanggil Berith (al Berith) (SHD 1286) atau Perjanjian. Perkataan perjanjian membayangkan sesuatu yang abadi dan tidak terhenti. Perkataan British merupakan terbitan Semitik daripada kata-kata Ibrani Beriyth atau Berith dan ish (manusia) dan bererti Orang Perjanjian (Man of the Covenant).

 

Alkitab menentukan dua tujuan untuk perkahwinan. Tujuan pertama ialah teman, kerana “tidak baik, kalau manusia itu seorang diri saja” (Kejadian 2:18). Tujuan kedua adalah untuk memenuhi perintah Tuhan untuk “beranakcuculah dan bertambah banyak” (Kejadian 1:28).

 

* Segala akibat yang menimpa Daud kerana perbuatan poligami dan zina amat luas. Dua anak lelakinya bersaing untuk takhta, dan seorang akhirnya menghukum bunuh anak yang seorang lagi. Seorang lagi anak lelaki memperkosa saudara perempuan tirinya dan anak lelaki ini telah dibunuh oleh saudara kandung perempuan ini. Kemudian, anak yang membunuh pemerkosa itu menimbulkan pemberontakan menentang Daud dan hampir berjaya. Ketika pemberontakan ini anak lelaki ini bersekedudukan dengan gundik-gundik Daud dengan jelas dalam pandangan Israel. Lebih awal lagi, Daud sudah biasa memiliki begitu ramai isteri sehingga dia tidak berasa bersalah mengambil isteri orang lain selepas berzina dengannya, dan mengatur pembunuhan si suami iaitu panglima besar Daud. Rujuk kepada 2 Samuel 11-13,15-18, untuk perinciannya. Daud mengalami banyak penderitaan kerana peristiwa-peristiwa itu.

 

Keadaan Ideal

 

Ia kenyataan palsu untuk menyimpulkan bahawa Tuhan menyetujui poligami sebagai keadaan ideal dengan hanya mengutip ayat-ayat Alkitab yang menyebut kejadian dan amalan poligami.

 

Kesengsaraan dan penderitaan manusia semuanya hasil daripada dosa, iaitu pelanggaran Hukum-hukum Tuhan (1 Yohanes 3:4).

 

Dalam menangani teks 2 Samuel 12:7-8 banyak usaha dihabiskan untuk cuba menyelaraskan kontradiksi ternyata antara teks ini dan teks dalam hukum pada Ulangan 17:17.

 

Susunan kata teks ini menyatakan Tuhan menyetujui poligami apabila Dia “memberi” isteri-isteri Saul kepada Daud.

 

Kemudian berkatalah Natan kepada Daud . . . Beginilah firman TUHAN, Allah Israel: Akulah yang mengurapi engkau menjadi raja atas Israel dan Akulah yang melepaskan engkau dari tangan Saul. Telah Kuberikan isi rumah tuanmu kepadamu, dan isteri-isteri tuanmu ke dalam pangkuanmu. Aku telah memberikan kepadamu kaum Israel dan Yehuda; dan seandainya itu belum cukup, tentu Kutambah lagi ini dan itu kepadamu.

 

Alkitab tidak menyangkal Alkitab. Perintah untuk raja-raja, ditemui dalam Ulangan 17:17, menyatakan: “Juga janganlah ia mempunyai banyak isteri, supaya hatinya jangan menyimpang; emas dan perakpun janganlah ia kumpulkan terlalu banyak.” Konteks di sini adalah Tuhan tidak mahu raja-raja mempunyai banyak isteri dalam pengertian melampaui hukum atau saudara-saudara mereka. Hukum jelas mengizinkan dua atau lebih isteri daripada teks-teks seperti yang dilihat di atas (lihat Ulangan 21:15).

 

Untuk menyelesaikan jawapan Tuhan melalui nabi Natan ini, sesetengah ahli teologi Kristian berhujah seperti yang kita lihat dalam The Theological Wordbook of the Old Testament (Vol. 1, ms 273, Harris, Archer, and Waltke). Ia menyatakan tentang perkataan pangkuan: “Berbagai idea abstrak berbentuk kiasan dinyatakan oleh istilah ini . . . . Memberi isteri-isteri raja lama ke dalam pangkuan raja baru menunjukkan wibawa raja baru itu . . . .” Pendek kata, perkataan “pangkuan” tidak semestinya merujuk kepada hubungan seksual.

 

Ini tidak boleh diperdebatkan daripada pengertian teks ini dan apa yang dikatakan Natan, dan jelas mengabaikan teks Ulangan 21:15.

 

Hujah dibuat bahawa jika poligami ialah kehendak ilahi maka Tuhan memberikan perintah bertentangan apabila Dia memberi perintah bahawa raja tidak harus mempunyai banyak isteri (contohnya dalam 2 Samuel 12:7-8).

 

Bagaimanapun, penjelasan ini memasukkan conflict ke dalam hukum. Hukum meliputi banyak amalan yang jauh daripada ideal namun jika ada dalam masyarakat memerlukan kawalan, dan poligami sebagai institusi sosial ialah salah satu daripadanya.

 

Hakikatnya adalah silsilah Mesias datang daripada berbagai hubungan poligami dalam keturunan raja-raja (lihat karya Genealogi Mesias (No. 119)).

 

Sudah dinyatakan bahawa poligami tidak dipaparkan secara positif dalam Perjanjian Lama, dan kitab ini tidak pernah menggambarkan perkahwinan poligami yang benar-benar bahagian (Bible Knowledge Commentary Ulangan 21:15-17).

 

Penulis Kristian Awal tentang Perkahwinan di dalam Jemaat

 

Rekod-rekod juga menunjukkan bahawa jemaat selepas zaman Perjanjian Baru secara umumnya menjadi lebih antipoligami.

 

Justin Martyr, yang menulis pada pertengahan abad Kedua, menegur orang Yahudi kerana mengizinkan poligami di dalam karyanya Dialogue with Trypho the Jew, iaitu suatu penyangkalan amalan dan teologi Yahudi. Di dalam bab 134 (cxxxiv) bertajuk The Marriages of Jacob are a Figure of the Church dia menjelaskan:

 

Jika ajaran para nabi dan Dia sendiri menggerakkan kamu, maka lebih baik kamu mengikut Tuhan daripada tuan-tuanmu yang buta dan lalai yang sampai waktu ini mengizinkan setiap lelaki mempunyai empat atau lima isteri; dan jika sesiapa melihat seorang wanita cantik dan mengingininya, mereka mengutip perbuatan-perbuatan Yakub [yang dipanggil] Israel, dan bapa-bapa bangsa yang lain, dan berkeras bahawa tidak salah untuk melakukan hal-hal begitu; kerana mereka benar-benar jahil dalam hal ini.

 

Dia kemudiannya menjelaskan bahawa:

 

“Semua Perkahwinan Yakub merupakan bayangan kepada apa yang akan dilakukan oleh Kristus. Sebab tidak sah untuk Yakub berkahwin dua saudara perempuan sekaligus. Dia melayani Laban untuk [salah seorang] anak perempuannya. Setelah ditipu daripada [memperolehi] anak yang lebih muda, dia bekerja lagi selama tujuh tahun. Lea ialah bangsa dan rumah ibadat kamu; namun Rahel ialah jemaat kita. Kini Kristus melayani untuk kedua-dua ini dan hamba-hamba di dalamnya. Sebab walaupun Nuh memberi kepada dua anak lelakinya keturunan anak ketiga sebagai hamba, kini sebaliknya Kristus telah datang untuk memulihkan anak-anak yang bebas dan hamba-hamba di kalangan mereka, dan menganugerahkan penghormatan yang sama pada semua yang memelihara perintah-perintahnya; sama seperti anak-anak kaum perempuan merdeka dan anak-anak kaum perempuan hamba yang lahir bagi Yakub semuanya anak-anaknya dan setara martabat mereka.”

    [ANF, vol. 1, ms 266-267]

 

Di dalam dua bab kemudiannya dia membincangkan konsep Kristus ialah Raja Israel, dan umat Kristian ialah Bangsa Israel (cxxxv) dan kemudian orang Yahudi dalam Menyangkal Kristus Menyangkal Tuhan yang MengutusNya (cxxxvi).

 

Inilah pemahaman Jemaat-jemaat Tuhan sehingga hari ini.

 

Irenaeus (120-202) dalam Against Heresies (sekitar 182-188) mengutuk kumpulan Gnostik kerana, antara lainnya, poligami: -

Di dalam bab XXVIII dalam menangani doktrin-doktrin Tatian, kumpulan Encratite (swakawal) dan lain-lain, yang ajarannya menentang perkahwinan dan dengan itu dia berkata mereka telah mengabaikan ciptaan asal Tuhan. Dia berkata bahawa Tatian, seperti Marcion dan Saturninus, menyatakan perkahwinan bukan apa tetapi kerosakan dan percabulan dan dia kemudiannya berkata:

 

“Orang lain, sekali lagi, yang mengikuti jejak Basilides dan Carpocrates, telah memperkenalkan persetubuhan secara rambang dan kejamakan isteri serta tidak mempedulikan hal memakan persembahan kepada berhala, dan berkeras bahawa Tuhan tidak mengambil berat tentang hal-hal sedemikian” (ANF, vol. 1, ms 353).

 

Puak-puak pembidaah Jemaat juga melarang poligami apabila mereka sudah kukuh.

 

Tertullian (145-220) juga jelas: -

 

Bab II. Marriage Lawful, But Not Polygamy (Perkahwinan Sah, Tetapi Poligami Tidak). Kita sesungguhnya tidak melarang kesatuan lelaki dan perempuan, yang diberkati oleh Tuhan sebagai seminari kaum manusia, dan dicipta untuk mengisi semula bumi dan melengkapi dunia, dan dengan itu diizinkan, namun sebagai satu pasangan tunggal. Sebab Adam ialah suami tunggal Hawa, dan Hawa isteri tunggalnya, satu isteri, satu tulang rusuk. Kita akui bahawa di kalangan leluhur kita dan di kalangan bapa bangsa sendiri, bukan saja sah untuk berkahwin tetapi untuk mempunyai ramai isteri [plurifariam matrimoniis]. Terdapat gundik juga, [pada zaman itu]. Tetapi walaupun jemaat memang masuk secara kiasan dalam rumah ibadat, namun (untuk menafsirkan dengan mudah) perlu untuk menetapkan (hal-hal tertentu) yang kemudiannya patut dibatalkan atau diubahsuai. Sebab hukum (bila tiba waktunya) akan mengubahnya. (Itu juga tidak cukup:) kerana seharusnya sebab-sebab untuk memenuhi kekurangan-kekurangan Hukum itu seharusnya berlaku terlebih dahulu (daripada Dia yang memenuhi kekurangan-kekurangan ini). Sebab itu Hukum masa kini harus menggantikan Firman Tuhan yang memperkenalkan penyunatan Rohaniah itu. Oleh itu, dengan izin luas waktu itu, bahan-bahan untuk pembetulan-pembetulan berikutnya telah disediakan sebelumnya, dan daripada bahan-bahan ini Tuhan melalui Injilnya, dan kemudian rasul pada akhir zaman (Yahudi), sama ada membuang lebihan-lebihannya atau mengawal kekacauan-kekacauannya. (ANF, Vol, IV: Tertullian, IV, To His Wife, Bk. 1 bab II ms 39-40)

 

Tertullian menjelaskan perubahan-perubahan kepada hukum dengan lebih lengkap di dalam karyanya On Exhortation to Chastity (ANF Vol. IV, ms, 53, 56-58) dan juga tentang Monogamy (ibid. ms 59-72). Ia ditulis dari sudut pandangan pembujang dan bertentangan dengan ajaran-ajaran Kitab Suci dan Hukum Tuhan.

 

Daripada Bab VI (ms 53) dia “menjawab” bantahan terhadap poligami bapa bangsa. Dia menjelaskan bahawa perintah Kejadian 1:28 untuk beranak cucu dan bertambah banyak telahpun diubah oleh prinsip perintah pembatasan. Waktu itu telahpun berakhir dan mereka yang mempunyai ramai isteri harus berkelakuan seolah-olah mereka tidak mempunyainya.

 

Kayu urutan lama dikatakan dipangkas oleh injil dan kapaknya telahpun diletakkan pada akarnya. Mata ganti mata dan gigi ganti gigi sudah tua di mana “jangan ada yang membalas jahat dengan jahat” masih muda mengikut pandangannya.

 

Dia kemudiannya membuat-buat suatu teks dalam Imamat, yang tidak wujud, untuk tidak menjamakkan perkahwinan (Bab VII ibid. ms 54).

 

Daripada Bab VIII (ibid.) dia meneruskan dengan membidas konsep perkahwinan kedua dan ini berterusan ke dalam teks On Monogamy.

 

Dia kemudiannya membidas kemampuan untuk kaum perempuan Jemaat berkahwin semula selepas kematian suami mereka dan berpendapat bahawa hukum-hukum Lewi telah dilenyapkan dan dengan itu, oleh sebab setiap anggota Jemaat merupakan saudara kepada perempuan itu, dia akan berkahwin dengan saudaranya dan ini kini telah dihapuskan. Teks ini merupakan kekarutan alkitabiah. Dia membantah keras bahawa lelaki yang kematian isteri sepatutnya tidak berkahwin dengan perempuan muda yang subur atau mempunyai anak-anak tetapi berkahwin dengan perempuan tua hanya untuk berumah tangga. Hujah-hujah ini merupakan bidaah Montanist pertapa dan harus ditolak.

 

Demikianlah Jemaat perlahan-lahan beralih daripada hukum kepada perohanian hukum. Tertullian menulis di Afrika dalam bahasa Latin bagi pihak Montanisme yang nyata dan bersifat pemecah belah dan juga menggambarkan perubahan-perubahan yang menyifatkan abad Ketiga. Pandangan-pandangan ini sesuai bagi kumpulan Monastik yang akhirnya mengambil alih Jemaat Katolik di Rom dan dengan itu disokong dalam aspek-aspek oleh ramai orang.

 

Methodius (260-312) atau Eubulius, merupakan biskop Olympus dan Patara serentak di Lycia dan telah dipindah ke Keuskupan Tyre (Tirus) menurut Jerome dan mati syahid sekitar 312 di Chalcis. Dia menganjurkan bahawa poligami telah berhenti pada zaman para Nabi.

 

Dia berbuat begini di dalam Bab III dan pada mulanya memetik daripada Ecclesiasticus 18:30 dan 19:2. Dia kemudiannya menggunakan Amsal 5:18 dan Yeremia 5:8, dan kemudiannya Wisdom (Kebijaksanaan) 4:3. Dia berkata:

 

“Perjanjian perkahwinan dengan beberapa isteri telah ditiadakan sejak zaman nabi-nabi. Sebab kita membaca, ‘Jangan mengejar nafsumu, tetapi tahanlah dirimu daripada keinginanmu’ sebab anggur dan perempuan akan menyebabkan orang bijaksana menjadi murtad.”

 

Di dalam teks ini dia mengutip terutamanya daripada karya-karya tidak asli. Dia cuba berhujah menyokong pembujangan lebih daripada perkahwinan dan melahirkan anak-anak dengan menggunakan teks-teks bukan diilhami yang terkecuali daripada dalih agama. Dia membantah bahawa Alkitab mula-mula menolak perkahwinan antara saudara lelaki dan perempuan, dan kemudian beralih kepada monogami dan kemudian pembatasan diri. Dia memutuskan dan menjelaskan bahawa 144,000 perawan di dalam Wahyu ialah perawan jasmaniah, dan terlepas sama sekali pesan yang digambarkan.

 

Dia juga terus berkata:

…Di bahagian lain, ‘Diberkatilah kiranya sendangmu, bersukacitalah dengan isteri masa mudamu’ [Amsal V:18], dan ini jelas melarang kejamakan isteri. Yeremia jelas memberi gelaran ‘kuda-kuda jantan yang gemuk dan gasang’ [Yeremia 5:8] kepada mereka yang mengingini perempuan lain.” …

 

Yeremia hanyalah merujuk kepada zina dan dia menyalahtafsirkan sentimen-sentimen nabi itu.

 

Dia kembali kepada Wisdom 4:3 untuk mencela haram zadah (jadah) seolah-seolah ini berkaitan dengan perkahwinan pelbagai sedangkan teks-teks itu bukan tentang hal-hal itu. [Banquet of the Ten Virgins, or Concerning Chastity, ANF, vol. 6, ms 312]

 

Pada waktu inilah kesesatan-kesesatan sistem Binitarian sedang diteguhkan dan Modalisme sudah mantap. Hukum-hukum Tuhan terus-menerus dibidas dan khususnya oleh para pertapa pembujang.

 

Kesusasteraan Pseudo-Clementine, iaitu karya pseudepigrafi yang ditulis selepas 211 (iaitu selepas peluasan hak Rom yang disebutnya dan yang berlaku pada zaman pemerintahan Caracalla; dan sebelum 231 apabila karya itu disebut oleh Origen (Commentary on Genesis), namun bercakap besar dan mereka-reka waktu dan peristiwa yang lebih awal tentang bagaimana St. Thomas mengajar orang Parthia [yang dikatakan suatu kebudayaan Iran] untuk meninggalkan poligami. Namun semua ini sebenarnya merupakan pandangan-pandangan penulis itu yang disusun bersama sebagai rekaan semata-mata.

 

“Aku akan memberikan bukti yang lebih kuat lagi akan hal-hal ini. Sebab, lihatlah, tidak sampai tujuh tahun berlalu sejak kedatangan Nabi benar dan adil; dan dalam waktu itu, mereka yang tidak berdaya daripada semua bangsa datang ke Yudea, dan tergerak oleh segala tanda dan keajaiban yang mereka saksikan, dan oleh kemuliaan ajaranNya, menerima agamaNya; dan setelah pulang ke negeri mereka masing-masing, mereka menolak upacara-upacara ingkar bangsa lain, dan perkahwinan-perkahwinan sumbang mereka. Pendek kata, di kalangan orang Parthia – sebagaimana Thomas, yang mengajar Injil di kalangan mereka, telah menulis kepada kita-tidak ramai sekarang yang ketagih kepada poligami; juga di kalangan orang Media tidak ramai yang memberi orang mati mereka kepada anjing; orang Persia juga tidak senang hati dengan hubungan kelamin dengan ibu-ibu mereka, atau perkahwinan sumbang dengan anak-anak perempuan mereka; kaum perempuan Susia juga tidak mengamalkan zina yang diizinkan untuk mereka; Kejadian juga tidak mampu memaksa mereka yang ditahan ajaran agama untuk melakukan kesalahan.” (ANF VIII: “Book IX: Chapter XXIX.-The Gospel More Powerful Than 'Genesis.'" p. 189]

 

Daripada Sidang Elvira (sekitar 295-302) pembujangan mutlak dikenakan pada tiga golongan tertinggi sistem Modalist atau Binitarian, pada biskop, paderi dan diakon.

 

Jika mereka terus tinggal bersama isteri-isteri mereka selepas pentahbisan mereka diberhentikan.

 

Sidang Ancyra di Galatia (sekitar 314) (dalih x) melarang diakon sekalipun untuk berkahwin selepas pentahbisan.

 

Sidang Neo-Caesarea di Kapadokia (sekitar 315) (dalih I) melarang paderi berkahwin selepas pentahbisan.

 

Selepas Sidang Nicaea (sekitar 325) tiada biskop, paderi atau diakon dibenarkan tinggal serumah dengan seorang perempuan melainkan ia ibu, saudara perempuan atau ibu saudaranya. Pembujangan dikenakan pada sistem Athanasia dan monogami dikenakan pada anggota umumnya.

 

Di England di bawah pimpinan Anglo-Saxon golongan pendeta berkahwin secara terbuka. Bantahan Roman Katolik terhadap tuntutan-tuntutan itu semuanya berdasar pada fakta bahawa perkataan Anglo-Saxon preost boleh bererti pendeta dan tidak mungkin bererti paderi. Istilahnya haruslah Paderi Misa (Maesse-proest) untuk merujuk kepada pangkat paderi dan ini dikatakan pembujang (lihat Catholic Encyclopaedia, Vol. III, ms 486).

 

Ini tidak menjadi kenyataan sehinggalah Sidang Lateran Pertama menguatkuasa perintah keras itu.

 

Ini merujuk kepada suatu ‘tempoh pentahiran’ untuk pengamal poligami. Menjelang waktu itu, mereka yang berdosa harus ‘terkecuali’ daripada kegiatan Jemaat sehingga mereka memperlihatkan reformasi. Jika sesuatu dosa muncul dalam senarai dalih ini, ia dianggap ‘dosa jahat’ – dan poligami memang muncul di sini:

 

Golongan paderi Nestoria sentiasa diizinkan berkahwin dan boleh berkahwin semula untuk kedua kali atau ketiga kali (CE ibid. ms 488).

 

Di dalam Jemaat Armenia golongan pendeta mazhab minor masih bebas untuk berkahwin (CE ibid).

 

Basil, (329/330-379) biskop Caesarea (370), ada menyebut poligami di dalam surat-suratnya, berkenaan dengan tempoh pengecualian daripada jemaat untuk pengamal poligami. Dia memanggil poligami ‘percabulan terbatas’. Menjelang waktu ini digami atau bigami dan trigami sudah ada.

 

Dia menulis:

IV. Di dalam kes trigami dan poligami mereka menetapkan peraturan yang sama, mengikut perkadaran, seperti dalam kes digami; iaitu satu tahun untuk digami (sesetengah pihak mengatakan dua tahun); untuk trigami lelaki dipisahkan selama tiga dan lazimnya empat tahun; namun ini tidak lagi digambarkan sebagai perkahwinan, tetapi sebagai poligami, bukan juga itu tetapi sebagai percabulan terbatas. Atas sebab inilah Tuan berkata kepada perempuan Samaria, yang mempunyai lima suami, “yang ada sekarang padamu, bukanlah suamimu.” Dia tidak mengira mereka yang telah melepasi batas perkahwinan kedua sebagai layak mendapat gelaran suami atau isteri. Dalam kes-kes trigami kita menerima pengasingan  selama lima tahun, bukan mengikut dalih, tetapi mengikut perintah mereka yang mendahului kita. Pesalah-pesalah seperti itu tidak harus dilarang sepenuhnya daripada hak-hak istimewa Jemaat; mereka patut dianggap layak diperiksa selepas dua atau tiga tahun, dan selepas itu diizinkan untuk tetap berada di tempat mereka; namun mereka harus dilarang daripada kerukunan karunia baik, dan hanya dikembalikan ke tempat kerukunan selepas menunjukkan buah-buah pertaubatan.”

 

Di dalam surat yang sama pada VI dia berkata:

“Percabulan orang menurut hukum tidak boleh dikira sebagai perkahwinan, dan penyatuan mereka harus dibubarkan sepenuhnya, kerana ini bermanfaat untuk keselamatan jemaat dan akan menghalang golongan pembidaah daripada mempunyai asas untuk membidas kita, seolah-olah kita meyakinkan orang untuk menyertai kita dengan tarikan kebebasan berdosa.”

(Nicene and Post Nicene Fathers Second Series, Vol. VIII, To Amphilochius, concerning the Canons. Surat CLXXXVIII (Canonica Prima) ditulis sekitar 347, ms 223, 226).

 

Pandangan ini bertentangan malah dengan keadaan sahabatnya sendiri, iaitu Gregory dari Nazianzus yang berselisih dengannya. Gregory berkahwin dengan Nonna dan mempunyai tiga anak, Gregorius yang Hebat, Ceasarius dan Gorgonia. Keluarga Basil termasuk St Macrina, Gregory, biskop Nyssa dan Petrus, biskop Sebasteia. Bapa saudaranya ialah biskop Gregorius.

 

Basil merujuk di dalam teks-teks ini kepada contoh-contoh sistem Rom pagan dan nampaknya memperkenalkan semua ini lebih daripada teks-teks Alkitab. Dia merujuk kepada Flamen dan Pontificus maximus serta Vestal sebagai contoh-contoh.

 

Justeru itu, sampai waktu ini pihak Athanasia telahpun mengasaskan sistem Binitarian dan meneruskan usaha dengan Basil dan dua yang bernama Gregory itu untuk mengasaskan Trinitarianisme. Ketika itu mereka sudah bertindak untuk mengecualikan semua jenis perkahwinan selain monogami daripada Jemaat, dan tidak memberinya kepada para pegawai Jemaat; dan melarang perceraian serta perkahwinan semula. Dengan kata lain mereka yang bercerai akan kekal tidak berkahwin, walaupun bercerai daripada pasangan yang bukan mualaf, dan ini bertentangan dengan Alkitab. Kita perhatikan di dalam teks ini bahawa Basil sama sekali salah menafsirkan kata-kata Kristus kepada perempuan di sumur itu di Samaria.

 

Poligami telah muncul di dalam banyak mazhab alkitabiah dan bukan hanya di dalam Islam.

 

Di kalangan Anabaptist dari Munster, poligami muncul dan mereka juga dikatakan menganggap perempuan secara umumnya sebelum pengepungan menurut Weber (CE Vol. 1, ms 446).

 

Agama Buddha

 

Agama Buddha menganggap pembujangan sebagai ideal namun bertoleransi terhadap poligami dan perceraian. Ia terus-terang berbicara tentang ratusan isteri Buddha sebelum keinsafannya dan juga isteri-isteri Bimbiassasa, mualafnya daripada golongan raja yang paling terkenal sekali. Raja Thailand pada awal abad Kedua puluh menanggung sebuah harem secara terbuka (CE ibid., ms 773).

 

Suku-suku lain

 

Poligami dipelihara di Afrika Utara dan Tengah di kalangan orang Congo, dan di negara-negara kawasan Tasik (Danau) Victoria. Ia sesuatu yang lazim di kalangan orang Kristian dan ditemui di kalangan mereka yang mengaku Pemelihara Sabat di kawasan itu.

 

Ia umum di kalangan banyak suku Indian.

 

Tinjauan

 

Bercakap dari segi keistimewaan bahasa kita perhatikan anjuran bagaimana Kejadian 2:23,24 berkata bahawa: “seorang laki-laki akan meninggalkan ayahnya dan ibunya dan bersatu dengan isterinya.” Teksnya tidak berbentuk jamak jadi kita diminta menyimpulkan bahawa Tuhan tidak berfirman bahawa seorang lelaki bersatu dengan “isteri-isterinya”. Dia bersabda bahawa seorang lelaki bersatu dengan “isterinya”.

 

Rasul Paulus menyamakan suami dan isteri kepada Kristus dan Jemaat. “karena suami adalah kepala isteri sama seperti Kristus adalah kepala jemaat…” (Efesus 5:23). Di dalam Efesus 1:22,23 kita diberitahu bahawa Jemaat ialah tubuh Kristus. Hanya ada satu tubuh (Efesus 4:4); jadi hanya terdapat satu jemaat. Bantahan dibuat bahawa seorang lelaki boleh mempunyai seberapa ramai isteri sebagaimana Kristus mempunyai jemaat. Kristus hanya mempunyai satu tubuh tetapi ramai anggota. Jadi hujah bagi ramai pengantin Kristus dianjurkan. Bantahan dibuat bahawa terdapat satu jemaat jadi seorang lelaki hanya boleh mempunyai seorang isteri. Perjanjian Baru tidak bercakap tentang (seorang) lelaki yang mengepalai (ramai) isteri dan ini tidak dibenarkan oleh Tuhan. Tuhan berfirman bahawa lelaki harus mengasihi isterinya sama seperti Kristus mengasihi Jemaat (Efesus 5). Kristus mati untuk Jemaat. Seorang lelaki harus sanggup mati untuk isterinya.

 

Nampaknya terdapat sudut mementingkan diri dalam poligami pada pihak lelaki.

 

Kisah berikut ialah kisah benar. Terdapat seorang lelaki bangsa Cina yang mempunyai lapan isteri. Dia sudah berumur 50an ketika dia menceritakan sewaktu perbualan makan tengah hari di kalangan teman-teman sejawatnya tentang bagaimana dia menghadapi masalah dan kesukaran memilih rumah isteri mana untuk pulang pada waktu Malam Tahun Baru Cina untuk jamuan malam perjumpaan keluarga. Apabila ditanya kenapa dia memerlukan lapan isteri, dia dengan bangga menyatakan bahawa dia tiada pilihan selain menyelamatkan tujuh isteri lain ini kerana katanya tujuh perempuan itu ingin membunuh diri jika dia tidak mengahwini mereka.

 

Demi mempertimbangkan isu poligami ini dengan betul dan mengkaji masalah-masalah yang timbul kerananya untuk para keluarga, baik kembali kepada Asal Umat Manusia dan kesucian asal relevan institusi perkahwinan. Institusi perkahwinan yang asal mula-mula diasaskan oleh Allah Maha Esa, Eloah, melalui Elohim untuk umat manusia. Umat Elohim iaitu “bintang-bintang fajar/timur” Lucifer: Pembawa Terang dan Bintang Fajar (No. 223) atau anak-anak Tuhan, atau malaikat-malaikat di syurga tidak berkahwin dan umat manusia melalui kebangkitan daripada mati juga tidak berkahwin.

 

Oleh itu bijak untuk kita mencari kehendak Tuhan dan roh-roh pelayanan ciptaanNya (malaikat atau utusan) tentang isu poligami ini serta masalah-masalah yang diakibatkannya. Ke manakah kita harus pergi untuk mencari dan memastikan jawapan dan bimbingan untuk persoalan ini yang kini dihadapi semua negara?

 

Kaum Adam, kecuali Nuh dan keluarganya, telah binasa di dalam Banjir kerana kejahatan dan kecurangan ketika zaman Nuh. Seperti mana keadaannya pada zaman Nuh, begitulah juga pada zaman kemudiannya:

 

2Petrus 3:3 Yang terutama harus kamu ketahui ialah, bahwa pada hari-hari zaman akhir akan tampil pengejek-pengejek dengan ejekan-ejekannya, yaitu orang-orang yang hidup menuruti hawa nafsunya.

 

Di dalam Kejadian bab enam, kita temui laporan singkat tentang satu peristiwa yang terjadi yang lazim dilupakan, mungkin kerana ia mengelirukan. Bahagian ini berbunyi:

Ketika manusia itu mulai bertambah banyak jumlahnya di muka bumi, dan bagi mereka lahir anak-anak perempuan, maka anak-anak Allah melihat, bahwa anak-anak perempuan manusia itu cantik-cantik, lalu mereka mengambil isteri dari antara perempuan-perempuan itu, siapa saja yang disukai mereka. Berfirmanlah TUHAN: "Roh-Ku tidak akan selama-lamanya tinggal di dalam manusia, karena manusia itu adalah daging, tetapi umurnya akan seratus dua puluh tahun saja." Pada waktu itu orang-orang raksasa ada di bumi, dan juga pada waktu sesudahnya, ketika anak-anak Allah menghampiri anak-anak perempuan manusia, dan perempuan-perempuan itu melahirkan anak bagi mereka; inilah orang-orang yang gagah perkasa di zaman purbakala, orang-orang yang kenamaan. (Kejadian 6:1-4)

 

Keturunan hubungan ini dipanggil Nefilim. Alkitab Inggeris menterjemah daripada bahasa Yunani dan perkataan yang diterjemah sebagai giants (raksasa) dalam bahasa Inggeris bererti “penghuni Bumi” dalam bahasa Yunani, dan ini ganjil kerana semua manusia merupakan penghuni bumi. Jadi kenapa perbezaan khusus ini dibuat? Ini kerana mereka ialah separuh manusia dan separuh malaikat, keturunan malaikat, dan sebab mereka separuh manusia, terikat kepada Bumi. Perkataan Ibrani, “Nefilim,” yang berasal daripada akar kata, “nephal,” yang bererti, “mereka yang jatuh.” Oleh sebab itu, mereka merupakan keturunan malaikat yang derhaka dan perempuan, yang mempunyai sedikit kuasa luar biasa namun terikat kepada Bumi. Semuanya menjadi jelas apabila kita perhatikan kata-kata dasarnya. Jadi angkatan malaikat derhaka telah menentang kehendak ilahi dan berhubungan kelamin dengan kaum perempuan keturunan Adam (lihat karya Nefilim (No. 154).

 

Untuk menunjukkan bahawa Zaman Akhir akan membawakan kemurtadan, Alkitab menggunakan analogi serta ajaran terus. Di dalam Ceramah Bukit Zaitun Kristus berkata:

Tetapi tentang hari dan saat itu tidak seorangpun yang tahu, malaikat-malaikat di sorga tidak, dan Anakpun tidak, hanya Bapa sendiri." "Sebab sebagaimana halnya pada zaman Nuh, demikian pula halnya kelak pada kedatangan Anak Manusia. Sebab sebagaimana mereka pada zaman sebelum air bah itu makan dan minum, kawin dan mengawinkan, sampai kepada hari Nuh masuk ke dalam bahtera, dan mereka tidak tahu akan sesuatu, sebelum air bah itu datang dan melenyapkan mereka semua, demikian pulalah halnya kelak pada kedatangan Anak Manusia. Pada waktu itu kalau ada dua orang di ladang, yang seorang akan dibawa dan yang lain akan ditinggalkan; kalau ada dua orang perempuan sedang memutar batu kilangan, yang seorang akan dibawa dan yang lain akan ditinggalkan. (Matius 24:36-41)

 

Persoalan untuk ditanya ialah, “Adakah kahwin dan mengahwinkan yang disebut oleh Tuan kita Yesus bererti bahawa kaum perempuan pada waktu masa hadapan itu (atau mungkin sekarang) akan didekati seperti pada zaman Nuh, atau adakah Dia hanya bermaksud bahawa orang akan berkahwin seperti biasa?” Yesus membayangkan bahawa kedatanganNya akan bertepatan dengan penghakiman dan bencana yang sebanding dengan Banjir itu, yang membinasakan hampir semua kehidupan di atas bumi. Dia berkata bahawa zaman Nuh menyerupai kedatanganNya bukan saja dari segi kemuncak kebinasaannya tetapi juga dari segi keadaan masyarakat manusia sejurus sebelumnya. Dengan kata lain, manusia pada Zaman Akhir akan merosot kepada kejahatan sama yang Tuhan saksikan dalam dunia sebelum Banjir. Yesus menyoroti tiga ciri jelas zaman Nuh: (i) makan dan minum; (ii) kahwin dan mengahwinkan; dan (iii) tidak tahu akan penghakiman yang mendatang.

 

Kegagalan manusia sebelum banjir menjangkakan kemurkaan ilahi sebagai balasan dosa mereka menampakkan satu lagi sifat buruk di kalangan mereka, iaitu kemurtadan. Laporan Kejadian jelas menyatakan bahawa kemurtadan, menjelang zaman Nuh, telah mengatasi dan menjangkiti seluruh umat manusia. Adam mempunyai ramai anak lelaki dan perempuan, termasuk Habel, anak yang diterima yang dibunuh oleh saudaranya Kain, namun Alkitab tidak melaporkan apa-apa yang baik tentang anak-anak yang masih hidup kecuali Set. Pada zaman anak Set iaitu Enos, manusia mula “memanggil nama TUHAN” (Kejadian 4:26).

 

Dengan melihat erti di sebaliknya, kita menduga bahawa Enos membantu menyemarakkan kebangkitan rohani di kalangan suku Set dan mungkin juga di kalangan suku lain. Ia muncul dalam keturunan Set dan bukan keturunan Kain, iaitu Henokh, orang yang begitu disenangi Tuhan hingga Tuhan membawanya pergi dan tidak mengalami kematian. Namun beberapa abad kemudian, kira-kira 1500 tahun selepas manusia dicipta, kebenaran sudah hampir pupus daripada muka Bumi. Hanya seorang saja, Nuh, kekal “benar” dan “tidak bercela” dan “bergaul dengan Allah” (Kejadian 6:9). Nuh “mendapat kasih karunih di mata TUHAN” (Kejadian 6:8), namun umat manusia selainnya hanya mendapat penyesalan Tuhan yang Dia telah menjadikan mereka.

 

5 Ketika dilihat TUHAN, bahwa kejahatan manusia besar di bumi dan bahwa segala kecenderungan hatinya selalu membuahkan kejahatan semata-mata, 6 maka menyesallah TUHAN, bahwa Ia telah menjadikan manusia di bumi, dan hal itu memilukan hati-Nya. 7 Berfirmanlah TUHAN: "Aku akan menghapuskan manusia yang telah Kuciptakan itu dari muka bumi, baik manusia maupun hewan dan binatang-binatang melata dan burung-burung di udara, sebab Aku menyesal, bahwa Aku telah menjadikan mereka."

 

Nuh dan keluarganya telah diselamatkan. Diandaikan bahawa lapan orang atau mulut itu ialah Nuh, Sem, Ham dan Yafet serta isteri-isteri mereka. Jadi diandaikan bahawa mereka semua mempunyai seorang pasangan masing-masing. Hujah kemudiannya dikemukakan bahawa Tuhan mengasaskan institusi perkahwinan menurut dasar seorang suami dan seorang isteri di Taman Eden, yang jelas di dalam Alkitab. Bagaimanapun ini mungkin hanya merujuk kepada lelaki kerana perempuan biasanya tidak disebut dalam keturunan.

 

Maka kita perlu mencari kehendak ilahi Tuhan untuk memastikan sama ada monogami merupakan maksud Tuhan untuk kita atau adakah ia poligami?

 

Ada satu lagi teks nubuatan yang nampaknya membayangkan suatu situasi yang menggambarkan poligami pada zaman akhir.

 

Nabi Yesaya mengatakan bahawa pada zaman akhir kaum lelaki Israel akan gugur dalam perang dan kebinasaan yang berlaku begitu besar sekali hingga terdapat kekurangan lelaki serta kesukaran teruk di kalangan kaum perempuan.

 

Pada waktu itu tujuh orang perempuan akan memegang seorang laki-laki, serta berkata: “Kami akan menanggung makanan dan pakaian kami sendiri; hanya biarlah namamu dilekatkan kepada nama kami; ambillah aib yang ada pada kami!” (Yesaya 4:1).

 

Teks ini ialah kenyataan Alkitab dan nubuatan zaman akhir. Ia berkenaan dengan pemulihan Israel dalam kekudusan. Alkitab tidak boleh dibatalkan dan dengan itu situasi itu akan terjadi dan akan menurut hukum untuk pemulihan Israel.

 

Perempuan selainnya menyedari fakta dosa-dosa mereka, dan status keturunan mereka, serta keperluan perkahwinan mereka di dalam situasi di mana tidak terdapat cukup lelaki untuk menjadikan kedudukan mereka teratur. Kelaziman sosial moden berkenaan dengan kelancungan akan dibicarakan dan dibetulkan. Terjemahan Knox cuba menuntut bahawa teks ini merujuk kepada keaiban itu sebagai kemandulan. Bagaimanapun, perkataan SHD 2781 menyampaikan erti keaiban dari segi alat kelamin perempuan dan bukan kegagalannya untuk menghasilkan anak. Keaiban ini adalah daripada kedua-dua konsep. Faktanya adalah terdapat terlalu ramai perempuan dan tidak cukup lelaki dan anak-anak harus diatur dalam situasi alkitabiah dan ini akan terjadi seperti yang dinubuatkan.

 

Justeru hukum mengizinkan perkahwinan sebegitu bila perlu dan ini akan diizinkan pada zaman akhir pada waktu pemulihan itu seperti yang dinubuatkan melalui nabi Yesaya. Bagaimanapun, ini bukanlah situasi ideal seperti yang dimaksudkan dari semula. Di mana keperluan memaksa situasi ini wujud, seperti yang akan berlaku pada perang-perang zaman akhir, Tuhan menubuatkan bahawa ia akan terjadi dan sah menurut hukum sebab kalau tidak, keaiban itu tidak akan lenyap (lihat juga Perang Hamon-Gog (No. 294)).

 

“Sebab itu laki-laki akan meninggalkan ayahnya dan ibunya dan bersatu dengan isterinya, sehingga keduanya itu menjadi satu daging. Rahasia ini besar, tetapi yang aku maksudkan ialah hubungan Kristus dan jemaat. Bagaimanapun juga, bagi kamu masing-masing berlaku: kasihilah isterimu seperti dirimu sendiri dan isteri hendaklah menghormati suaminya.” (Efesus 5:31-33)

 

Hukum Kesepuluh adalah berbentuk tunggal namun ini boleh dijelaskan sebagai suatu rujukan kepada perempuan berkenaan. ‘… Jangan mengingini isterinya [tunggal] …’ (Keluaran 20:17) juga dianggap mengandaikan perkahwinan yang dimaksudkan hanya seorang isteri. Ini tidak mungkin eksklusif kerana poligami diliputi oleh undang-undang di dalam Torah (Taurat).

 

Tidak diragui bahawa poligami dilarang bagi penatua-penatua jemaat  (1 Timotius 3:2; Titus 1:6). Bagaimanapun, kehadiran teks ini sebaliknya membayangkan bahawa poligami diizinkan untuk anggota umum menurut hukum dan masyarakat umum waktu itu. Namun keperluan untuk kita semua menjadi raja dan imam dan mampu menjadi penatua atau biskop Jemaat pula menyokong monogami. Situasi ini nampaknya membayangkan bahawa mereka yang masuk ke dalam Jemaat tidak diperlukan bercerai jika ada lebih dari satu isteri.

 

Rasul Paulus berkata: “tetapi mengingat bahaya percabulan, baiklah setiap laki-laki mempunyai isterinya sendiri dan setiap perempuan mempunyai suaminya sendiri” (1 Korintus 7:2). Dalam hal ini, monogami bukan hanya untuk penatua sahaja, kerana Paulus juga menulis: ‘baiklah setiap laki-laki mempunyai isterinya sendiri dan setiap perempuan mempunyai suaminya sendiri.’

 

Paulus seterusnya menjelaskan kewajipan-kewajipan perkahwinan dalam ertikata yang menjadikan situasi ideal sebagai seorang suami kepada seorang isteri. Ia lebih menyerupai kes perceraian, yang ditoleransi Tuhan untuk seketika di bawah keadaan-keadaan tertentu kerana ketegaran hati mereka, namun itu bukanlah apa yang dimaksudkan dari semula (Matius 19:3-9).

 

Nyata sekali, hukum Musa mempunyai peruntukan untuk poligami. Bagaimanapun, boleh diperdebatkan bahawa ini sentiasa bersyarat, ‘Jika tuannya itu mengambil perempuan lain …’ (Keluaran 21:10), dan bukan suatu galakan. Namun kenyataannya adalah Hukum Tuhan memang mengizinkan poligami.

 

Quran menyebut tentang isteri-isteri nabi dan tidak tersangkal lagi bahawa nabi yang disebut sebagai Muhammad telah berkahwin lebih daripada seorang isteri. Bagaimanapun dia berumah tangga dengan seorang isteri tunggal yang lebih tua hampir seumur hidupnya. Dia mengambil janda-janda para pegawainya dan dalam suatu kes, anak perempuan sahabatnya iaitu Aisha yang masih anak pada waktu itu. Amalan ini lazim di kalangan raja-raja. Semua perkahwinan ini nampaknya lebih untuk sebab-sebab jaminan sosial daripada perkara lain (lihat juga Surah-surah 30-34 untuk konteks-konteksnya).

 

72 Perawan Islam

 

Sesetengah orang Islam percaya bahawa ‘orang mati syahid’ di kalangan mereka menikmati ganjaran berhawa nafsu yang berlimpahan setelah tiba di firdaus dengan 72 gadis perawan untuk setiap orang. “Apakah yang akan terjadi kepada kami perempuan?” tanya kaum wanita. “Adakah perempuan akan mendapat 72 lelaki perawan?”

 

Satu sumber menyatakan: “Di dalam Tradisi-tradisi Islam kita temui 72 perawan di syurga disebutkan: di dalam sebuah Hadis (Tradisi Islam) yang dikumpulkan oleh Al-Tirmidhi (meninggal 892 CE [common era*]) di dalam Kitab Sunan (jilid IV, bab-bab tentang Ciri-ciri Firdaus seperti yang digambarkan oleh Utusan Allah [Nabi Muhammad], bab 21, Tentang Ganjaran Terkecil untuk Penghuni Firdaus, (Hadis 2687). Hadis yang sama juga dipetik oleh Ibn Kathir (meninggal 1373 CE) di dalam komentar (Tafsir) Quran-nya Surah Al-Rahman (Ar-Rahmaan) (55), ayat 72: ‘Ganjaran terkecil untuk penghuni firdaus ialah tempat kediaman di mana terdapat 80,000 pelayan dan 72 isteri, dan di atasnya ialah kubah yang dihiasi mutiara, permata pirus, dan batu delima, lebarnya sama dengan jarak dari Al-Jabiyyah [suatu kawasan pinggir kota Damsyik] hingga Sana’a [Yemen]’.”

 

Jadi siapakah 72 “perawan” ini? Ada sesetengah Muslim yang berkata ada berlaku terjemahan salah, dan “perawan” sepatutnya diganti dengan “malaikat”. Nabi kepada bangsa Arab ini memberitahu umatnya untuk bertanya “Umat Kitab” jika mereka ragu. Siapa “Umat Kitab” itu sebagaimana yang disebut oleh nabi umat Islam ini akan menjadi jelas apabila Allah Maha Esa Eloah menyatakannya kepada akita dan kita melakukan KehendakNya. Konsep perawan di dalam teks itu menandakan kemurnian.

 

Kita tahu hakikatnya bahawa Musa telah melantik 70 campur 2 penatua di dalam Israel (Bilangan 11:16,24-26) dan Yesus Kristus juga menetapkan 72 orang dan mengutus murid-muridnya secara berdua-dua (Lukas 10:1, 17). Kitab Suci “Umat Kitab(-kitab)” tahu bahawa terdapat satu Sidang Elohim seramai 72 di syurga. Sila pelajari karya Tuaian-tuaian Tuhan, Korban-korban Bulan Baru dan Umat 144,000 (No. 120).

 

Tuhan yang memanggil dan menyatakan. Jadi fikirkan tentang hal ini sehubungan dengan apa yang Hadis katakan tentang 72 perawan di syurga. Kita tahu bahawa anak-anak Tuhan atau para malaikat di syurga tidak berkahwin, dan umat manusia melalui kebangkitan daripada mati juga tidak berkahwin. Kebangkitan Orang Mati seperti yang terkandung di dalam Wahyu bab 20 juga menjadi asas kepada Quran.

 

Tiada seks di dalam Kerajaan Tuhan. Alkitab menyatakannya dan Alkitab tidak boleh dibatalkan.

 

Rujukan kepada 72 itu adalah kepada suatu sidang perawan umat pilihan yang dibawa keluar sepanjang 40 Yobel Jemaat berada di padang gurun, suatu sidang lengkap setiap tahun selama 2,000 tahun untuk membentuk 144,000. Tiada satupun daripada “perawan” rohani ini pergi ke syurga; mereka dibangkitkan untuk bersama dengan Kristus pada kedatangannya dan akan memerintah dunia. Mereka lelaki dan perempuan. Quran menjelaskan konsep ini sebagai rujukan kepada 144,000 nabi seperti yang kita perhatikan daripada teks-teks (dan khususnya daripada Surah 30-33 juga).

 

Ringkasan

 

Sebagai rangkuman, kami telahpun meninjau aspek-aspek lain selain apa yang sudah dijelaskan dan dikaji sebelumnya di dalam karya-karya kami:

 

* Perkahwinan dan Monogami ditinjau di dalam karya-karya Hukum dan Perintah Tuhan Ketujuh (No. 260) dan Perkahwinan (No. 289).

 

“Keadaan ideal ciptaan manusia ialah monogami.” Terdapat satu hukum untuk semua di dalam setiap bangsa sebagai sebahagian daripada Israel Tuhan.

 

Lelaki dan perempuan dicipta untuk menjadi satu daging (Kejadian 2:18-24; Matius 19:5).

 

Semua biskop Jemaat haruslah suami kepada satu isteri (1 Timotius 3:2).

 

Hubungan-hubungan poligami umat diizinkan daripada bapa kaum, dan mereka mempunyai isteri pelbagai. Raja tidak diizinkan mempunyai ramai isteri (Ulangan 17:17) walaupun Daud dan Salomo mempunyai ratusan isteri, dan pembatasan Talmud nampaknya adalah lapan belas untuk raja dan empat atau lima untuk rakyat umum. Namun begitu, setiap lelaki patut mempunyai isterinya sendiri dan setiap perempuan mempunyai suaminya sendiri (1 Korintus 7:2).

 

Monogami juga ditunjukkan sebagai prinsip dan amalan asal dalam bentuknya yang tidak bercela di dalam Taman Eden, sebelum kejatuhan Adam dan Hawa (Kejadian 2:18-24; Matius 19:5; Efesus 5:21-33).

 

Kita perlu ingat hanya umat pilihan Tuhan saja yang diizinkan masuk ke dalam Kerajaan Tuhan, Kota Tuhan atau Taman (Wahyu 22:14, 12:17 dan 14:12). Umat pilihan didefinisikan di dalam Wahyu 12:17 dan 14:12 sebagai mereka yang mentaati Perintah-perintah Tuhan dan iman atau kesaksian Yesus Kristus.

 

Islam merosakkan Kitab Suci dengan Hadis dan memperkenalkan konsep-konsep perawan ramai di syurga untuk para pahlawan daripada Hadis.

 

Amalan memiliki ramai isteri dalam beberapa kes dalam sejarah ditunjukkan membawa kepada keberhalaan dan menimbulkan perselisihan di dalam keluarga.

 

Sebilangan kecil orang terselamat daripada Banjir namun iman sama sekali tidak lenyap daripada umat manusia. Begitu jugalah nanti pada tahun-tahun sebelum saja kedatangan Kristus. Setelah waktu panjang yang penuh semangat rohani dan usaha pengutusan injil, Jemaat akan merosot dengan mendadak, dan ini akan berterusan sehingga pemilik-pemilik iman sebenar menjadi sangat sedikit sekali. Namun, seperti pada zaman Nuh, sedikit akan bertahan terhadap tarikan dunia yang jahat dan berdiri teguh dalam komitmen mereka kepada kebenaran. Sementara ramai orang meninggalkan barisan Kekristianan sebenar, sedikit akan tetap setia. Berapa besarkah sisa itu nanti? Kita tidak tahu. Mungkin ratusan orang, atau mungkin ribuan, atau ratusan ribu akan masih mendukung iman benar. Namun Alkitab mengatakan akan ada kumpulan besar orang banyak kemudian nanti.

 

Dalam penutupan terakhir, biarlah pesanan ini bertindak sebagai batu loncatan untuk para pelayan segala rahsia untuk berfikir tentang amalan poligami ini dan masalah-masalah yang terhasil daripadanya. Kita akan perlu mempertimbangkan bagaimana cara terbaik untuk menguruskan isu yang lebih bermasalah berkenaan dengan keluarga dan anak-anak terbabit yang masuk ke dalam Jemaat. Kita tidak boleh menyebut anak-anak lain ini sebagai anak-anak haram zadah hanya kerana anak-anak yang tidak bersalah ini dilahirkan oleh isteri-isteri kedua dan seterusnya oleh sebab amalan ibu bapa. Sementara kita maju dalam berurusan dengan Islam, iaitu “kepatuhan kepada Kehendak Tuhan”, kita akan menemui masalah dengan lebih banyak lagi.

 

Kita perlu menangani hal ini dengan teliti. Menurut Hukum Tuhan, dan di dalam sesetengah negara, Poligami jelas diizinkan dan sebab itu keluarga-keluarga terbabit perlu ditangani dengan hati-hati. Kita semua dipanggil untuk menjadi raja dan imam dan sebab itu Jemaat tidak boleh menyingkirkan ramai umatnya dengan mengizinkan poligami yang mengakibatkan pembatasan unsur asas pelayanan Jemaat.

 

Adam pertama (jasmaniah) di Taman Eden mempunyai seorang isteri; namun Adam dan Hawa berdosa dan dihalau daripada Taman itu. Kristus sebagai Adam kedua (rohaniah) secara simbolik akan berkahwin dengan satu isteri, Israel rohani, iaitu Jemaat atau Bait Tuhan iaitu kita (lihat 1 Korintus 15:45-48; 2 Korintus 11:2).

 

Marilah kita bersukacita dan bersorak-sorai, dan memuliakan Dia! Karena hari perkawinan Anak Domba telah tiba, dan pengantin-Nya telah siap sedia (Wahyu 19:7).

 

Kata-kata, “perkahwinan Anak Domba telah tiba, dan isterinya (tunggal) telah siap sedia” berlaku pada akhir waktu kesusahan itu apabila pada kedatangan keduaNya Kristus mengalahkan mereka yang jahat dan mendirikan kerajaannya.

 

Manusia dijadikan menurut gambar Tuhan; Tuhan itu ESA. Mari kita tunjukkan kasih kepada isteri kita dengan kesetiaan kita kepada isteri; dan begitu juga isteri harus menunjukkan kesetiaan kepada suaminya.

 

“Jika Anak Manusia itu datang, adakah Ia mendapati iman di bumi?” (Lukas 18:8). Pertanyaan ini memperlihatkan keprihatinan penuh kasih Pengantin Lelaki terhadap Pengantin PerempuanNya. Tuhan itu ESA.

 

Ulangan 6:4 “Dengarlah, hai orang Israel: TUHAN itu Allah kita, TUHAN itu esa!”

 

q