Jemaat-jemaat Allah Al Masehi

[297]

 

 

 

 

 

Komentari terhadap Zakariah

(Edisi 1.0 20060820-20060820)

 

Buku Zakariah mempunyai kepentingan maksud yang besar kepada Pemulihan Israel dibawah Mesiah pada zaman akhir.

 

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta ã 2006 Wade Cox)

 (Tr. 2007)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org

 

Komentar terhadap Zakariah [297]



Pengenalan

Nabi Zakariah (Yahovah Diingati) adalah anak lelaki Berekiah (Yahovah diberkati) dan cucu kepada Iddo.

 

Dia menubuatkan dalam pemerintahan Darius orang Persia atau Darius II dari Persia pada masa pembinaan Kaabah. Nubuatannya adalah merangkumi jangka masa dari membina Kaabah yang Kedua dengan baiknya dan masa hayat serta pemusnahannya. Nubuatan ini diteruskan kepada Mesiah dan pembinaan Jemaat Allah, yang merupakan Kaabah Spiritual, sehingga kedatangan semula Mesiah. Ia kemudiannya berkenaan dengan penubuhan administrasi akhir di Yerusalem keatas sistem milenial Mesiah. Karya ini agak penting kepada Zaman Akhir dan kepada bangsa-bangsa yang menyerang Yehuda.

 

Struktur buku ini dihuraikan dalam bahagian-bahagian:

 

Bahagian 1 A: 1:1-6 Nubuatan dari Tahun 2 pemerintahan Darius

 

B: 1:7-6:15 Nubuatan dengan Lambang-lambang (Lapan Penglihatan)

 

D: 7:1-8:23 Nubuatan dari Tahun 4 pemerintahan Darius

 

Bahagian 2 A: 9:1-10:12 Beban yang Pertama diungkap

 

B: 11:1-17 Nubuatan dengan Lambang-lambang

 

C: 12:1-14:21 Beban yang Kedua diungkap

 

Jangka masa Darius dan para Nabi

Darius II mengambil takhta pada penghujung 424 atay awal 423 BCE. Dekrit ini dikeluarkan untuk memulakan pembinaan pada 422 BCE (Ezra 6:1 dan 4:24) (yakni tahun kedua pemerintahannya). 70 minggu dalam tahun bermula dari tarikh ini. Dari Ezra 5 tampaknya Hagai dan Zakariah bernubuat pada 423 BCE dan 422 BCE. 70 minggu dalam tahun bermula dari 423/22 BCE (yakni tahun pertama masa Jubli yang baru). Pembinaan siap dilakukan pada tahun keenam pemerintahan Darius orang Persia tersebut (Ezra 6:15) pada 3 Ada, yakni Mac 418 BCE. Darius mati dari jangka masa 405 sehingga musim semi 404 (lihat karya tulis Tanda Yunus dan Sejarah Pembinaan semula Kaabah (No. 13): Konologi Bullinger adalah salah dalam hal ini begitu juga dengan apendiks yang berkaitan).

 

Oleh kerana itu, nubuatan ini terikat dengan pembinaan semula Kaabah dan membentuk bahagian Kunci sistem nubuatan Daud dan administrasi yang membawa kepada Zaman Akhit dan pembinaan akhir Kaabah (lihat Pemerintahan Raja-raja: Bahagian III: Solomon dan Kunci Daud (No. 282C)).

 

Bahagian satu berlaku pada masa permulaan pembinaan Kaabah dan berakhir pada tahun 2 pembinaan sewaktu keadaannya sudah separuh siap. Bahagian yang kedua kemudiannya diberikan pada separuh kedua pembinaan tersebut. Oleh itu setiap bahagian merangkumi dua daripada empat tahun pembinaa dan ia terikat dalam nubuatan sehingga pemulihan Israel dan Yehuda dibawah Mesiah, dan Jemaat yang telah disebut disini dalam teks sebagai memerintah bersama dengan Mesiah di Yerusalem.

 

Hagai juga terlibat dalam nubuatan pada jangka masa itu seperti yang kita boleh perhatikan.

 

Ezra dan Nehemiah belum lagi kembali, yang mana mereka lakukan pada masa pemerintahan Artaxaexes II pada penghujung tujuh minggu dalam tahun. Artaxerxes II mengeluarkan dekrit bersyarat bagi Kaabah dan Nehemiah membina tembok Yerusalem dan menguatkannya. Ezra mati pada 323 BCE pada tahun yang sama dengan Alexander yang Agung. Peraturan ini telah disusun pada 321 dan selepas itu diumumkan untuk ditutup.

 

Zakariah, bab 1.

Bab 1 adalah berkenaan dengan perkembangan nubuatan dan jangka masa dimana kota itu dipulihkan tetapi tidak mempunyai kedamaian, dan Kaabah itu tidak boleh dibina. Allah tidak menyenangi Yehuda kerana mereka tidak mengajar sifat dan Hukum Allah dengan betul, dan mereka juga tidak menurutinya. Bumi ini akan berehat tetapi Rumah Yehuda tidak akan berehat selama tujuh puluh tahun. Allah tidak menyenangi bangsa kafir yang merasa terjamin. Seperti yang kita lihat dalam teks, Dia tidak senang tetapi mereka ditambahkan kepada penghukuman dan kesengsaraan, yang mana Allah tidak meminta mereka lakukan. Kemudian empat tanduk yang bersekongkol untuk menyebarkan Yehuda, Israel dan Yerusalem, akan ditangani, dan empat tukang kayu yang merupakan hambah Allah harus membubarkan empat tanduk ini yang akan bersekongkol untuk menyebarkan Yehuda.

 

Istilah Tuhan Warga Semesta atau Yahovah Sabaioth telah disebut lima puluh tiga kali dalam buku ini: empat puluh empat kali dalam bab 1-8 dan sembilan kali dalam bab 9-14. Dalam dua puluh sembilan kali sebutannya, ianya dikaitkan dengan sabda Yahovah Sabaioth dimana “Demikian firman Tuhan Semesta Alam” = adalah sabda Yahovah abaioth. Demikian firman Tuhan = Sabda Yahovah.

 

Struktur lapan pemglihatan sehingga Zakariah 6:15 adalah seperti berikut:

 

Penglihatan pertama (Zak 1:7-17) Kuasa yang tidak kelihatan, Kuda-kuda.

 

Penglihatan kedua (Zak 1:18-21) Musuh Luaran atau Tanduk.

 

Penglihatan ketiga (Zak 2:1-13) Tujuan Yahovah untuk manusia diperlihatkan.

 

Penglihatan keempat (Zak 3:1-10) Tunas Yoshua diungkap.

 

Penglihatan kelima (Zak 4:1-14) Tujuan Yahovah dalam sebuah Kandil diungkap.

 

Penglihatan keenam dan ketujuh (Zak 5:1-4, 11) Musuh Luaran, Gulungan yang terbang dan Gantang.

 

Penglihatan kelapan (Zak 6:1-6) Kuasa yang tidak kelihatan, Kuda-kuda.

 

Kesimpulan (Zak 6:9-15): Berakhir dengan rujukan kepada Cawangan Yoshua.

 

Ini adalah sewaktu Israel dalam penyebaran. Golongan bukan Yaudi akan memiliki Israel pada akhir zaman. Yahovah menyatakan tujuannya untuk campur tangan bagi Yerusalem (sy. 16,17; Yes 40:1-5). Orang dalam bab 1 adalah Adonai dari ayat 9 dan Malaikat Yahovah dalam ayat 11,12 dan kita lihat nabi ini menyatakannya dalam jawapannya. Semua para penunggang dakam ayat 8 melaporkan kepada makluk ini yang merupakan Adonai bagi Israel dalam Ulangan 32:8. Istilah “dikalangan” mempunyai perkaitan dengan bab 6:1.

 

Zakariah 1:1-21 Dalam bulan yang kedelapan pada tahun kedua zaman Darius datanglah firman TUHAN kepada nabi Zakharia bin Berekhya bin Ido, bunyinya:  2 "Sangat murka TUHAN atas nenek moyangmu.  3 Sebab itu katakanlah kepada mereka: Beginilah firman TUHAN semesta alam: Kembalilah kepada-Ku, demikianlah firman TUHAN semesta alam, maka Akupun akan kembali kepadamu, firman TUHAN semesta alam.  4 Janganlah kamu seperti nenek moyangmu yang kepadanya para nabi yang dahulu telah menyerukan, demikian: Beginilah firman TUHAN semesta alam: Berbaliklah dari tingkah lakumu yang buruk dan dari perbuatanmu yang jahat! Tetapi mereka tidak mau mendengarkan dan tidak mau menghiraukan Aku, demikianlah firman TUHAN.  5 Nenek moyangmu, di mana mereka? Dan para nabi, apakah mereka hidup untuk selama-lamanya?  6 Tetapi segala firman dan ketetapan-Ku yang telah Kuperintahkan kepada hamba-hamba-Ku, para nabi, bukankah itu telah sampai kepada nenek moyangmu? Maka bertobatlah mereka serta berkata: Sebagaimana TUHAN semesta alam bermaksud mengambil tindakan terhadap kita sesuai dengan tingkah laku kita dan perbuatan kita, demikianlah Ia mengambil tindakan terhadap kita!"

 

Tiga bulan kemudian bahagian pertama telah dilengkapi.

 

7 Pada hari yang kedua puluh empat dari bulan yang kesebelas--itulah bulan Syebat--pada tahun yang kedua zaman Darius datanglah firman TUHAN kepada nabi Zakharia bin Berekhya bin Ido, bunyinya:  8 "Tadi malam aku mendapat suatu penglihatan: tampak seorang yang menunggang kuda merah! Dia sedang berdiri di antara pohon-pohon murad yang di dalam jurang; dan di belakangnya ada kuda-kuda yang merah, yang merah jambu dan yang putih.  9 Maka aku bertanya: Apakah arti semuanya ini, ya tuanku? Lalu malaikat yang berbicara dengan aku itu menjawab: Aku ini akan memperlihatkan kepadamu apa arti semuanya ini!  10 Orang yang berdiri di antara pohon-pohon murad itu mulai berbicara, katanya: Inilah mereka semua yang diutus TUHAN untuk menjelajahi bumi!  11 Berbicaralah mereka kepada Malaikat TUHAN yang berdiri di antara pohon-pohon murad itu, katanya: Kami telah menjelajahi bumi, dan sesungguhnya seluruh bumi itu tenang dan aman.  12 Berbicaralah Malaikat TUHAN itu, katanya: Ya TUHAN semesta alam, berapa lama lagi Engkau tidak menyayangi Yerusalem dan kota-kota Yehuda yang telah tujuh puluh tahun lamanya Kaumurkai itu?

 

Teks ini menunjukkan jangka masa kesukaran. Ia juga adalah rujukan bagi bab 7:9; Mazmur 102:13; Yesaya 14:1; 49:13. Rujukan ini bukan kepada Jemaat, yang merupakan ibu kepada kita semua, tetapi kepada kota Yerusalem itu sendiri.

 

13 Lalu kepada malaikat, yang berbicara dengan aku itu, TUHAN menjawab dengan kata-kata yang ramah dan yang menghiburkan.  14 Berkatalah kepadaku malaikat yang berbicara dengan aku itu: Serukanlah ini: Beginilah firman TUHAN semesta alam: Sangat besar usaha-Ku untuk Yerusalem dan Sion,  15 tetapi sangat besar murka-Ku terhadap bangsa-bangsa yang merasa dirinya aman, yang, sementara Aku murka sedikit, telah membantu menimbulkan kejahatan.

 

Justru itu, Allah akan menangani Yehuda, tetapi bangsa-bangsa yang mengalami luka walaupun mereka tidak harus melakukannya sangat marah kepada Allah dan Dia akan menangani mereka.

 

Bahagian ini adalah untuk melihat kepada pembubaran yang lain. Disini Dia bercakap tentang rumahNya yang sedang dibina diatasnya, yang berlaku sekarang. Bagaimana pun, kita akan melihat bahawa nubuatan ini menjangkau sehingga dua setengah milenia dan menjangkau kepada dua kedatangan Mesiah dan kematiannya.

 

Yerusalem akan diukur dengan tujuan menyusunnya semula untuk membinanya. Ini mengikuti Pengukuran Kaabah, yang adalah Jemaat yang kita lihat dalam Wahyu 11:2 dan ayat seterusnya.

 

16 Sebab itu, beginilah firman TUHAN, Aku kembali lagi kepada Yerusalem dengan kasih sayang. Rumah-Ku akan didirikan pula di sana, demikianlah firman TUHAN semesta alam, dan tali pengukur akan direntangkan lagi di atas Yerusalem. 17 Serukanlah ini selanjutnya: Beginilah firman TUHAN semesta alam: Kota-kota-Ku akan berlimpah-limpah pula dengan kebajikan, dan TUHAN akan menghiburkan Sion dan akan memilih Yerusalem pula." 18 Aku melayangkan mataku dan melihat: tampak empat tanduk.  19 Lalu aku bertanya kepada malaikat yang berbicara dengan aku itu: "Apakah arti semuanya ini?" Maka ia menjawab aku: "Inilah tanduk-tanduk yang telah menyerakkan Yehuda, Israel dan Yerusalem."  20 Kemudian TUHAN memperlihatkan kepadaku empat tukang besi.  21 Lalu aku bertanya: "Orang-orang ini datang untuk melakukan apa?" Maka ia menjawab: "Inipun adalah tanduk-tanduk yang telah menyerakkan Yehuda, sehingga tidak seorangpun berani mengangkat kepalanya. Dan semuanya ini datang untuk mengejutkan mereka, yakni untuk menghempaskan tanduk bangsa-bangsa yang telah mengangkat tanduk terhadap tanah Yehuda hendak menyerakkannya."

 

Allah menunjukkan disini bahawa Dia akan menangani tanduk atau kuasa yang melukakan Yehuda dan Israel serta Yerusalem. Ini bukan rujukan kepada Jemaat (petikan Bullinger, Companion Bible catatan bagi ay. 16). Empat kuasa ini akan bangkit menentang bangsa-bangsa untuk menangani mereka; secara literal untuk menakutkan mereka.

 

Zakariah, bab 2.

Bab 2 menunjukkan bahawa Yehuda akan diduduki dan Allah akan menjadi tembok api mengelilinginya dan menjadi kemuliaan di tengah-tengahnya. Teks ini menunjukkan bahawa Allah, Yahovah Semesta Alam, telah mengutus Yahovah Israel ke Yerusalem untuk melindunginya (Zak 2:8). Banyak bangsa akan bergabung dengan Tuhan pada hari itu dan demikian juga dengan umat Allah dan Yahovah akan diam di tengah-tengah mereka. Tuhan akan mewarisi Yehuda, yang merupakan bahagiannya di Tanah Kudus dan akanmemilih Yerusalem sekali lagi (petikan Ulangan 32:8).

 

Zakariah 2:1-13  Aku melayangkan mataku dan melihat: tampak seorang yang memegang tali pengukur.  2 Lalu aku bertanya: "Ke manakah engkau ini pergi?" Maka ia menjawab aku: "Ke Yerusalem, untuk mengukurnya, untuk melihat berapa lebarnya dan panjangnya."  3 Dan sementara malaikat yang berbicara dengan aku itu maju ke depan, majulah seorang malaikat lain mendekatinya,  4 yang diberi perintah: "Berlarilah, katakanlah kepada orang muda yang di sana itu, demikian: Yerusalem akan tetap tinggal seperti padang terbuka oleh karena banyaknya manusia dan hewan di dalamnya.  5 Dan Aku sendiri, demikianlah firman TUHAN, akan menjadi tembok berapi baginya di sekelilingnya, dan Aku akan menjadi kemuliaan di dalamnya."  6 Ayo, ayo, larilah dari Tanah Utara, demikianlah firman TUHAN; sebab ke arah keempat mata angin Aku telah menyerakkan kamu, demikianlah firman TUHAN.  7 Ayo, luputkanlah dirimu ke Sion, hai, penduduk Babel!  8 Sebab beginilah firman TUHAN semesta alam, yang dalam kemuliaan-Nya telah mengutus aku, mengenai bangsa-bangsa yang telah menjarah kamu--sebab siapa yang menjamah kamu, berarti menjamah biji mata-Nya  9 "Sesungguhnya Aku akan menggerakkan tangan-Ku terhadap mereka, dan mereka akan menjadi jarahan bagi orang-orang yang tadinya takluk kepada mereka. Maka kamu akan mengetahui bahwa TUHAN semesta alam yang mengutus aku.  10 Bersorak-sorailah dan bersukarialah, hai puteri Sion, sebab sesungguhnya Aku datang dan diam di tengah-tengahmu, demikianlah firman TUHAN;

 

Perhatikan disini bahawa Yahovah Alam Semesta telah mengutus Yahovah ini yang akan diam di Yerusalem. Dia berfirman bahawa nanti kita akan mengetahui bahawa Tuhan Alam Semesta telah mengutus dia. Dalam perkataan lain, Yahovah ini bukan Yahovah Alam Semesta tetapi Yahovah dalam Mazmur 45:6-7 dan Ibrani 1:8-9 yang telah diutus ke Israel oleh Allah. Ini adalah Yahovah yang diberikan kepada Israel sebagai warisannya dalam Ulangan 32:8 (lihat Alkitab RSV untuk terjemahan yang betul). Perkataan “biji mataku” telah ditukar kepada “mataNya” oleh Sopherim kerana didakwa dari fahaman antropomorfisme. Yahovah Alam Semesta telah mengutus Yahovah ini bagi “KemudianNya”.

 

Amaran ini diberikan kepada mereka yang diam bersama dengan anak perempuan Babilon untuk melarikan diri ke arah Utara. Zakariah sedang bercakap dengan masa hadapan. Babilon telah jatuh pada masa ini dan subjek kepada orang Medo dan Persia dan sudah berkurun lamanya. Dia bercakap tentang Zaman Akhir dan anak perempuan Babilon dirujuk dalam nubuatan-nubuatan yang lain dan oleh Jemaat.

 

Kami tahu inilah halnya kerana nubuatan ini kemudiannya mengumumkan persatuan banyak bangsa kepada Yehuda, yang mana belum lagi terjadi walaupun pada kedatangan yang pertama. Dia mengumumkan bahawa dia akan diam di tengah-tengah mereka dan mereka akan mengetahui bahawa Tuhan Semesta Alaj telah mengutus dia kepada mereka. Makluk ini adalah Yesus Kristus sendiri dari kedatangannya yang kedua.

 

11 dan banyak bangsa akan menggabungkan diri kepada TUHAN pada waktu itu dan akan menjadi umat-Ku dan Aku akan diam di tengah-tengahmu." Maka engkau akan mengetahui, bahwa TUHAN semesta alam yang mengutus aku kepadamu.  12 Dan TUHAN akan mengambil Yehuda sebagai milik-Nya di tanah yang kudus, dan Ia akan memilih Yerusalem pula.  13 Berdiam dirilah, hai segala makhluk, di hadapan TUHAN, sebab Ia telah bangkit dari tempat kediaman-Nya yang kudus.

 

Perhatikan deskripsi tentang pewarisan Yehuda sebagai bahagianNya. Israel adalah warisannya tetapi Yehuda adalah suku kaum Mesiah. Makluk ini, yakni Yahovah Israel, adalah Yesus Kristus sendiri, Sang Mesiah.

 

Zakariah, bab 3.

Dalam Zakariah bab 3, Tuhan menunjukkan bagaimana rentetan perkembangan tentang zaman akhir terjadi, yang mana Imam Besar membawa nama Yoshua, seperti yang dilakukan oleh Mesiah yang merupakan tunas. Iblis diletakkan di tangan kanannya untuk menentang dia dan tidak menyokong dia. Yoshua diberikan jubah bersih dan jubah lamanya diambil. Pengikut Imam Besar yang duduk dihadapannya adalah orang-orang yang dipersoal. Tuhan Allah menyatakan bahawa Dia akan membawa tunas ini, yakni Mesiah. Tuhan Allah berfirman bahawa batu yang diletakkan dihadapan Yoshua mempunyai tujuh mata pada satu batu tersebut, yang mana bererti ada tujuh mata pada setiap batu, dan kita tahun dari tulisan kitab bahawa ia adalah tujuh roh Allah yang juga mewakili tujuh malaikat dari tujuh Jemaat. Justru itu, tujuh roh Allah ini wujud pada setiap batu dalam Kaabah, dan dalam tujuh jemaat-jemaat Allah, dan terdapat elemen-elemen pada setiap jemaat dalam semua tujuh jemaat.

 

Allah lah yang mengukir batu itu dengan tujuh mata, yang merupakan tujuh roh. Allah membuka perbuatan salahdari tanah itu dalam satu hari. Allah membuka ketidakadilan orang di tanah itu dalam satu hari. Dia melakukannya melalui Mesiah dan mengabadikan tujuh roh itu dalam tujuh jemaat.

 

Ayat 10 berkata: “Pada hari itu, demikianlah firman TUHAN semesta alam, setiap orang dari padamu akan mengundang temannya duduk di bawah pohon anggur dan di bawah pohon ara."

 

Rentetan inu menggambarkan perkembangan jemaat-jemaat pada masa itu dan membawa kita kepada Hari Tuhan, yang merupakan hari yang dirujuk dalam ayat 10 sebagai: “Pada hari itu”.

 

Zakariah 3:1-10 Kemudian ia memperlihatkan kepadaku imam besar Yosua berdiri di hadapan Malaikat TUHAN sedang Iblis berdiri di sebelah kanannya untuk mendakwa dia.  2 Lalu berkatalah Malaikat TUHAN kepada Iblis itu: "TUHAN kiranya menghardik engkau, hai Iblis! TUHAN, yang memilih Yerusalem, kiranya menghardik engkau! Bukankah dia ini puntung yang telah ditarik dari api?"  3 Adapun Yosua mengenakan pakaian yang kotor, waktu dia berdiri di hadapan Malaikat itu,  4 yang memberikan perintah kepada orang-orang yang melayaninya: "Tanggalkanlah pakaian yang kotor itu dari padanya." Dan kepada Yosua ia berkata: "Lihat, dengan ini aku telah menjauhkan kesalahanmu dari padamu! Aku akan mengenakan kepadamu pakaian pesta."  5 Kemudian ia berkata: "Taruhlah serban tahir pada kepalanya!" Maka mereka menaruh serban tahir pada kepalanya dan mengenakan pakaian kepadanya, sedang Malaikat TUHAN berdiri di situ.  6 Lalu Malaikat TUHAN itu memberi jaminan kepada Yosua, katanya:  7 "Beginilah firman TUHAN semesta alam: Apabila engkau hidup menurut jalan yang Kutunjukkan dan melakukan tugas yang Kuberikan kepadamu, maka engkau akan memerintah rumah-Ku dan mengurus pelataran-Ku, dan Aku akan mengizinkan engkau masuk ke antara mereka yang berdiri melayani di sini.  8 Dengarkanlah, hai imam besar Yosua! Engkau dan teman-temanmu yang duduk di hadapanmu--sungguh kamu merupakan suatu lambang. Sebab, sesungguhnya Aku akan mendatangkan hamba-Ku, yakni Sang Tunas.  9 Sebab sesungguhnya permata yang telah Kuserahkan kepada Yosua--satu permata yang bermata tujuh--sesungguhnya Aku akan mengukirkan ukiran di atasnya, demikianlah firman TUHAN semesta alam, dan Aku akan menghapuskan kesalahan negeri ini dalam satu hari saja.  10 Pada hari itu, demikianlah firman TUHAN semesta alam, setiap orang dari padamu akan mengundang temannya duduk di bawah pohon anggur dan di bawah pohon ara."

 

Secara khususnya Imam Besar Israel harus menuruti Hukum Allah. Amanat ini diberikan oleh Allah kepada Yoshua, Imam Besar Israel. Sekiranya dia tidak menuruti Hukum Allah dia akan disingkirkan dari menjadi Imam Besar.

 

Zakariah, bab 4.

Bab 4 diteruskan yang mana berkenaan dengan para saksi yang berdiri di kedua-dua sisi tujuh lampu di atas kaki lampu tersebut. Melalui Zakariah, Allah menyatakan: “Ianya bukan melalui kekuatan, ataupun kuasa tetapi melalui roh kuduku, demikian firman Tuhan Semesta Alam”. Ini adalah dua saksi yang berdiri disebelah Tuhan keatas bumi dan tujuh mata itu adalah tujuh roh Allah bergolak-galik ke bumi. Ini bukan Iblis “tuhan keatas dunia ini” (2 Kor 4:4) tetapi Mesiah yang akan menggantikan dia. Ini adalah bahagian yang menangani Hari Tuhan dan kemenangan kepada para Saksi pada Zaman Akhir nanti.

 

Zakariah 4:1-14  Datanglah kembali malaikat yang berbicara dengan aku itu, lalu dibangunkannyalah aku seperti seorang yang dibangunkan dari tidurnya.  2 Maka berkatalah ia kepadaku: "Apa yang engkau lihat?" Jawabku: "Aku melihat: tampak sebuah kandil, dari emas seluruhnya, dan tempat minyaknya di bagian atasnya; kandil itu ada tujuh pelitanya dan ada tujuh corot pada masing-masing pelita yang ada di bagian atasnya itu.  3 Dan pohon zaitun ada terukir padanya, satu di sebelah kanan tempat minyak itu dan satu di sebelah kirinya."  4 Lalu berbicaralah aku, kataku kepada malaikat yang berbicara dengan aku itu: "Apakah arti semuanya ini, tuanku?"  5 Maka berbicaralah malaikat yang berbicara dengan aku itu, katanya kepadaku: "Tidakkah engkau tahu, apa arti semuanya ini?" Jawabku: "Tidak, tuanku!"  6 Maka berbicaralah ia, katanya: "Inilah firman TUHAN kepada Zerubabel bunyinya: Bukan dengan keperkasaan dan bukan dengan kekuatan, melainkan dengan roh-Ku, firman TUHAN semesta alam.  7 Siapakah engkau, gunung yang besar? Di depan Zerubabel engkau menjadi tanah rata. Ia akan mengangkat batu utama, sedang orang bersorak: Bagus! Bagus sekali batu itu!"  8 Kemudian datanglah firman TUHAN kepadaku, demikian:  9 "Tangan Zerubabel telah meletakkan dasar Rumah ini, dan tangannya juga akan menyelesaikannya. Maka kamu akan mengetahui, bahwa TUHAN semesta alam yang mengutus aku kepadamu.  10 Sebab siapa yang memandang hina hari peristiwa-peristiwa yang kecil, mereka akan bersukaria melihat batu pilihan di tangan Zerubabel. Yang tujuh ini adalah mata TUHAN, yang menjelajah seluruh bumi."  11 Lalu berbicaralah aku kepadanya: "Apakah arti kedua pohon zaitun yang di sebelah kanan dan di sebelah kiri kandil ini?"  12 Untuk kedua kalinya berbicaralah aku kepadanya: "Apakah arti kedua dahan pohon zaitun yang di samping kedua pipa emas yang menyalurkan cairan emas dari atasnya itu?"  13 Ia menjawab aku: "Tidakkah engkau tahu, apa arti semuanya ini?" Jawabku: "Tidak, tuanku!"  14 Lalu ia berkata: "Inilah kedua orang yang diurapi yang berdiri di dekat Tuhan seluruh bumi!"

 

Dua Saksi ini akan tiba pada akhir rentetan ini dan tidak merujuk kepada sesiapapun dari pada masa itu sehingga sekarang.

 

Zakariah, bab 5.

Gulungan kitab dari Tuhan, yang adalah Hukum Allah, akan masuk ke dalam rumah pencuri dan penipu dan akan menjadi saksi terhadap mereka dan memisahkan mereka serta mengasingkan mereka dan memusnahkan rumah mereka, baik batunya atau bata-batanya.

 

Neksus Hukum akan dipulihkan oleh para Saksi pada Zaman Akhir nanti. Bab 5 mengikuti secara langsung pada bahagian yang berkenaan dengannya dalam Bab 4 dan tidak merosot. Ianya tidak dipulihkan pada masa ini.

 

 Saksi Tuhan telah menjadi rosak dan muncul sebagai gantang timah dan diletakkan di dalam mulut wanita yang melakukan kejahatan, dan gantang tersebut telah dibawa ke tanah Sinear, yang adalah Babilon

 

Justru itu, sistem keagamaan yang salah telah diberikan timah bagi pertuturan dan nubuatan, dan dibawa ke dalam sistem orang Babilon dan akan ditangani pada Zaman Akhir nanti. Ini adalah golongan antinomian yang mengajar bahawa Hukum Allah telah dibatalkan.

 

Zakariah 5:1-11  Aku melayangkan mataku pula, maka aku melihat: tampak sebuah gulungan kitab yang terbang.  2 Berkatalah ia kepadaku: "Apa yang engkau lihat?" Jawabku: "Aku melihat sebuah gulungan kitab yang terbang; panjangnya dua puluh hasta dan lebarnya sepuluh hasta."  3 Lalu ia berkata kepadaku: "Inilah sumpah serapah yang keluar menimpa seluruh negeri; sebab menurut sumpah serapah itu setiap pencuri di sini masih bebas dari hukuman, dan setiap orang yang bersumpah palsu di sini juga masih bebas dari hukuman.  4 Aku telah menyuruhnya keluar, demikianlah firman TUHAN semesta alam, supaya itu masuk ke dalam rumah pencuri dan ke dalam rumah orang yang bersumpah palsu demi nama-Ku, dan supaya itu bermalam di dalam rumah mereka dan memusnahkannya, baik kayunya maupun batu-batunya."  5 Tampillah malaikat yang berbicara dengan aku itu, katanya kepadaku: "Cobalah layangkan matamu dan lihatlah apa yang muncul itu!"  6 Lalu tanyaku: "Apa itu?" Jawabnya: "Yang muncul itu sebuah gantang!" Lagi katanya: "Inilah kejahatan mereka di seluruh negeri!"  7 Lihat, tutup timah gantang itu telah terangkat, dan seorang perempuan duduk di dalamnya!  8 Kemudian berkatalah ia: "Itulah kefasikan!" Lalu didorongnyalah perempuan itu kembali ke dalam gantang dan dibantingnyalah batu timah itu ke mulut gantang.  9 Lalu aku melayangkan mataku dan aku melihat: tampak tampil dua orang perempuan yang sayapnya didorong oleh angin. Adapun sayap mereka adalah sayap seperti burung ranggung. Mereka mengangkut gantang itu di antara bumi dan langit.  10 Bertanyalah aku kepada malaikat yang berbicara dengan aku itu: "Ke mana mereka membawa gantang itu?"  11 Jawabnya kepadaku: "Ke tanah Sinear, untuk mendirikan sebuah rumah bagi perempuan itu. Dan apabila itu selesai, maka mereka akan menempatkan dia di sana di tempat rumah itu didirikan."

 

Zakariah, bab 6.

Zakariah 6:1-8 adalah jangka masa empat malaikat yang dirujuk dalam Wahyu 7:1-3. Empat kumpulan kuda, yakni merah, hitam dan putih dan kereta kuda keempat adalah berbelang-belang dan berloreng-loreng (besi kelabu).

 

Kuda hitam pergi di sebelah utara, yang putih ke sebelah barat , dan yang berbelang-belang ke sebelah selatan, dan yang kuda yang berwarna kemerah-merahan itu bergolak-galik diatas bumi.

 

Istilah menenteramkan rohku di tanah utara bererti: “membuatkan [kemurkahanku] tenteram (petikan Bullinger, Companion Bible). Dengan itu, Allah akan menangani negara Utara. Kaabah Tuhan akan dibina oleh orang yang datang dari jauh (petikan Yes 60:10) dan Tunas, yang bernama Yoshua, Imam Besar itu, dialah yang akan membina Kaabah tersebut. Justru itu, kita harus mempunyai Mesiah yang bernama Yoshua, yang bererti keselamatan. Ianya akan terjadi sekiranga kita menuruti Allah dengan tekun.

 

Zakariah 6:1-15 Aku melayangkan mataku pula, maka aku melihat: tampak keluar empat kereta dari antara dua gunung. Adapun gunung-gunung itu adalah gunung-gunung tembaga.  2 Kereta pertama ditarik oleh kuda merah, kereta kedua oleh kuda hitam.  3 Kereta ketiga oleh kuda putih, dan kereta keempat oleh kuda yang berbelang-belang dan berloreng-loreng.  4 Berbicaralah aku kepada malaikat yang berbicara dengan aku itu: "Apakah arti semuanya ini, tuanku?"  5 Berbicaralah malaikat itu kepadaku: "Semuanya ini keluar ke arah keempat mata angin, sesudah mereka menghadap kepada Tuhan seluruh bumi."  6 Yang ditarik oleh kuda hitam itu keluar ke Tanah Utara; yang putih itu keluar ke arah barat; yang berbelang-belang itu keluar ke Tanah Selatan;  7 dan yang merah itu keluar, gelisah untuk pergi, hendak menjelajahi bumi. Lalu berkatalah ia: "Pergilah, jelajahilah bumi!" Maka mereka menjelajahi bumi.  8 Kemudian berteriaklah ia kepadaku: "Lihat, mereka yang keluar ke Tanah Utara itu akan menenteramkan roh-Ku di Tanah Utara."  9 Datanglah firman TUHAN kepadaku, bunyinya:  10 "Pergilah pada hari ini juga ke rumah Yosia bin Zefanya dan pungutlah persembahan dari pihak orang-orang buangan, yaitu dari Heldai, Tobia dan Yedaya, semuanya orang-orang yang sudah datang kembali dari Babel,  11 pungutlah perak dan emas, buatlah mahkota dan kenakanlah itu pada kepala imam besar Yosua bin Yozadak;  12 katakanlah kepadanya: Beginilah firman TUHAN semesta alam: Inilah orang yang bernama Tunas. Ia akan bertunas dari tempatnya dan ia akan mendirikan bait TUHAN.  13 Dialah yang akan mendirikan bait TUHAN, dan dialah yang akan mendapat keagungan dan akan duduk memerintah di atas takhtanya. Di sebelah kanannya akan ada seorang imam dan permufakatan tentang damai akan ada di antara mereka berdua.  14 Dan mahkota itu akan tetap tinggal dalam bait TUHAN sebagai tanda peringatan akan Heldai, Tobia, Yedaya dan akan Yosia bin Zefanya.  15 Orang-orang dari jauh akan datang untuk turut membangun bait TUHAN; maka kamu akan mengetahui bahwa TUHAN semesta alam yang mengutus aku kepadamu. Dan hal ini akan terjadi, apabila kamu dengan baik-baik mendengarkan suara TUHAN Allahmu."

 

Tunas  itu diberikan kehormatan diraja di Israel dan seorang imam akan berdiri diatas takhtanya. Akan ada kedamaian di antara mereka. Nubuatan ini adalah bagi suatu masa yang akan datang dimana Tunas ini akan membina Kaabahnya yang mendapat keagungan dan memerintah keimamatan, dan makluk ini adalah satu-satunya Mesiah. Mahkota ini akan berada didalam Kaabah Tuhan. Umat pilihan akan memerintah seperti Allah dan mahkota itu adalah milik mereka untuk memerintah. Ini adalah janji kepada Jemaat Filadelfia dalam Wahyu bab 3.

 

Istilah sprout is Yemach…yizmach yang mana bererti secara literalnya satu tunas yang akan menghasilkan tunas. Bullinger mencatatkan fakta ini dan juga beberapa kodeks mengabaikan istilah ini.

 

Zakariah, bab 7.

Dalam masa tujuh puluh tahun itu, Israel tidak berpuasa dan berkabung untuk Hukum Allah. Pada masa puasa dalam bulan yang Kelima dan Ketujuh, mereka tidak berpuasa untuk menuruti Allah. Perhatikan bahawa puasa pada 10 Ab untuk meratapi kemusnahan Kaabah telah bermula di Yehuda pada masa ini (petikan Yer 52:12,13). Firman Tuhan akan melaksanakan penghakiman yang sebenar dan untuk menunjukkan belas kasihan dan kasih dari setiap umat manusia kepada sesama mereka, tidak menindas golongan janda dan orang yang tidak mempunyai bapa, atau orang asing atau orang yang miskin, dan janganlah ada antara kamu yang merancang kejahatan didalam hati terhadap saudaramu (Zak 7:9-10). Tetapi mereka tidak mendengar dan tidak mengendahkan dan menutup telinga mereka supaya mereka tidak boleh mendengar. Mereka membuat hati mereka keras seperti batu, seperti batu amril, supaya mereka tidak dapat mendengar Hukum Allah dan firman Tuhan Semesta Alam yang diberikan kepada nabi sebelumnya. Oleh kerana itu, satu kemurkahan dari Tuhan Semesta Alam (Zak 7:11-12).

 

Allah berfirman bahawa ianya akan terjadi, sementara mereka menutup telinga mereka dan tidak mendengar Hukum Allah dan nabi terdahulu, demikian Allah akan menutup telingaNya dan tidak akan mendengar mereka, dan Allah akan menyebarkan mereka di tempat jauh di seluruh bangsa supaya tanah itu akan menjadi tandus. Dengan cara yang sama, Allah akan menangani mereka yang enggan untuk mendenar Firman Tuhan dan Hukum Tuhan pada Zaman Akhir.

 

Zakariah 7:1-14  Pada tahun yang keempat zaman raja Darius datanglah firman TUHAN kepada Zakharia, pada tanggal empat bulan kesembilan, yakni bulan Kislew.  2 Adapun penduduk Betel telah mengutus Sarezer dan Regem-Melekh serta orang-orangnya untuk melunakkan hati TUHAN,  3 untuk menanyakan kepada para imam dari rumah TUHAN semesta alam dan kepada nabi, demikian: "Haruskah kami sekalian menangis dan berpantang dalam bulan yang kelima seperti yang telah kami lakukan bertahun-tahun lamanya?"  4 Maka datanglah firman TUHAN semesta alam kepadaku, bunyinya:  5 "Katakanlah kepada seluruh rakyat negeri dan kepada para imam, demikian: Ketika kamu berpuasa dan meratap dalam bulan yang kelima dan yang ketujuh selama tujuh puluh tahun ini, adakah kamu sungguh-sungguh berpuasa untuk Aku?  6 Dan ketika kamu makan dan ketika kamu minum, bukankah kamu makan dan minum untuk dirimu sendiri?  7 Bukankah ini firman yang telah disampaikan TUHAN dengan perantaraan para nabi yang dahulu, ketika Yerusalem dengan kota-kota yang di sekelilingnya masih didiami orang dan masih sentosa dan Tanah Negeb dan Daerah Bukit masih didiami?"  8 Firman TUHAN datang kepada Zakharia, bunyinya:  9 "Beginilah firman TUHAN semesta alam: Laksanakanlah hukum yang benar dan tunjukkanlah kesetiaan dan kasih sayang kepada masing-masing!  10 Janganlah menindas janda dan anak yatim, orang asing dan orang miskin, dan janganlah merancang kejahatan dalam hatimu terhadap masing-masing."  11 Tetapi mereka tidak mau menghiraukan, dilintangkannya bahunya untuk melawan dan ditulikannya telinganya supaya jangan mendengar.  12 Mereka membuat hati mereka keras seperti batu amril, supaya jangan mendengar pengajaran dan firman yang disampaikan TUHAN semesta alam melalui roh-Nya dengan perantaraan para nabi yang dahulu. Oleh sebab itu datang murka yang hebat dari pada TUHAN.  13 "Seperti mereka tidak mendengarkan pada waktu dipanggil, demikianlah Aku tidak mendengarkan pada waktu mereka memanggil, firman TUHAN semesta alam.  14 Oleh sebab itu Aku meniupkan mereka seperti angin badai ke antara segala bangsa yang tidak dikenal mereka, dan sesudahnya tanah itu menjadi sunyi sepi, sehingga tidak ada yang lalu lalang di sana; demikianlah mereka membuat negeri yang indah itu menjadi tempat yang sunyi sepi."

 

Pada Zaman Akhir nanti, Allah akan menangani sisa orang Israel. Nubuatan ini adalah penglihatan kedua atau terakhir dari bahagian yang pertama. Ia menuju kepada penyebaran dan mengasingan Yudea dan kejatuhan Kaabah yang sedang dibina. Pelajaran darinya adalah mudah. Peliharalah Hukum Allah dan Perjanjian, sekiranya tidak mereka akan diserakkan sekali lagi. Kaabah hanya menempatkan mereka yang memelihara Perjanjian dan Hukum Allah.

 

Zakariah, bab 8.

Dalam bab 8, Zakariah menunjukkan Allah menyuruh untuk kembali ke Sion dan mengumpulkan umatNya dari negara timur dan negara barat. Mereka akan diam di Yerusalem dalam kebenaran dan kebaikan. Sebelum pemulihan akhir, tidak akan ada damai dan Allah akan membuat semua manusia bertengkar. Tetapi pada Zaman Akhir nanti, Dia akan membuat bumi ini mengeluarkan buahnya dan Allah akan berbuat baik kepada Yerusalem dan Yehuda. Allah juga akan memulihkan Israel bersama dengan Yehuda supaya mereka tidak lagi menjadi kutuk di kalangan bangsa-bangsa (Zak 8:10-15).

 

Inilah yang kita harus lakukan. Kita harus berbicara tentang kebenaran kepada saudara-saudara kita dan melaksanakan penghakiman dalam kebenaran dan damai dalam rumah kita. Kita harus mengasihi tetangga kita dan tidak melakukan sumpah yang salah. Yehuda akan melaksankan puasa pada bulan yang Keempat (pada hari ke-9 apabila kota itu berpecah); bulan kelima (10Ab, apabila Kaabah dan Rumah-rumah dibakar); bulan ketujuh (3 Tishri apabila Gedaliah dibunuh oleh Ismail, anak kepada Nethaniah (Yer 40:8; 41:1-3, 15-18) dan  bulan kesepuluh (10 Tebeth) apabila raja Babilon mula menyeang Yerusalem (Yeh 24:1-2) (Zak 8:19). Ini adalah puasa yang dibuat oleh manusia dan bukan puasa dari Tuhan.

 

Pada hari itu, pada penghujung zaman ini, manusia dari seluruh bahasa di bumi akan mengenakan jubah Yehuda dan pergi ke Yerusalem untuk berdoa kepada Tuhan Semesta Alam (petikan Kej 26:28; Yes 2:3; Mik 4:2). Umat Allah (Israel) akan dipulihkan.

 

Zakariah 8:1-23 Datanglah firman TUHAN semesta alam, bunyinya:  2 "Beginilah firman TUHAN semesta alam: Aku berusaha untuk Sion dengan kegiatan yang besar dan dengan kehangatan amarah yang besar.  3 Beginilah firman TUHAN: Aku akan kembali ke Sion dan akan diam di tengah-tengah Yerusalem. Yerusalem akan disebut Kota Setia, dan gunung TUHAN semesta alam akan disebut Gunung Kudus.  4 Beginilah firman TUHAN semesta alam: Akan ada lagi kakek-kakek dan nenek-nenek duduk di jalan-jalan Yerusalem, masing-masing memegang tongkat karena lanjut usianya.  5 Dan jalan-jalan kota itu akan penuh dengan anak laki-laki dan anak perempuan yang bermain-main di situ.  6 Beginilah firman TUHAN semesta alam: Kalau pada waktu itu sisa-sisa bangsa ini menganggap hal itu ajaib, apakah Aku akan menganggapnya ajaib? demikianlah firman TUHAN semesta alam.  7 Beginilah firman TUHAN semesta alam: Sesungguhnya, Aku menyelamatkan umat-Ku dari tempat terbitnya matahari sampai kepada tempat terbenamnya,  8 dan Aku akan membawa mereka pulang, supaya mereka diam di tengah-tengah Yerusalem. Maka mereka akan menjadi umat-Ku dan Aku akan menjadi Allah mereka dalam kesetiaan dan kebenaran."  9 Beginilah firman TUHAN semesta alam: "Kuatkanlah hatimu, hai orang-orang yang selama ini telah mendengar firman ini, yang diucapkan para nabi, sejak dasar rumah TUHAN semesta alam diletakkan, untuk mendirikan Bait Suci itu.  10 Sebab sebelum waktu itu tidak ada rezeki bagi manusia, juga tidak bagi binatang; dan karena musuh tidak ada keamanan bagi orang yang keluar dan bagi orang yang masuk, lagipula Aku membuat manusia semua bertengkar.  11 Tetapi sekarang, Aku tidak lagi seperti waktu dahulu terhadap sisa-sisa bangsa ini, demikianlah firman TUHAN semesta alam,  12 melainkan Aku akan menabur damai sejahtera. Maka pohon anggur akan memberi buahnya dan tanah akan memberi hasilnya dan langit akan memberi air embunnya. Aku akan memberi semuanya itu kepada sisa-sisa bangsa ini sebagai miliknya.  13 Dan kalau dahulu kamu telah menjadi kutuk di antara bangsa-bangsa, hai kaum Yehuda dan kaum Israel, maka sekarang Aku akan menyelamatkan kamu, sehingga kamu menjadi berkat. Janganlah takut, kuatkanlah hatimu!"  14 Sebab beginilah firman TUHAN semesta alam: "Kalau dahulu Aku telah bermaksud mendatangkan malapetaka kepada kamu, ketika nenek moyangmu membuat Aku murka, dan Aku tidak menyesal, firman TUHAN semesta alam,  15 maka pada waktu ini Aku kembali bermaksud berbuat baik kepada Yerusalem dan kepada kaum Yehuda. Janganlah takut!  16 Inilah hal-hal yang harus kamu lakukan: Berkatalah benar seorang kepada yang lain dan laksanakanlah hukum yang benar, yang mendatangkan damai di pintu-pintu gerbangmu. 17 Janganlah merancang kejahatan dalam hatimu seorang terhadap yang lain dan janganlah mencintai sumpah palsu. Sebab semuanya itu Kubenci, demikianlah firman TUHAN."  18 Datanglah firman TUHAN semesta alam kepadaku, bunyinya:  19 "Beginilah firman TUHAN semesta alam: Waktu puasa dalam bulan yang keempat, dalam bulan yang kelima, dalam bulan yang ketujuh dan dalam bulan yang kesepuluh akan menjadi kegirangan dan sukacita dan menjadi waktu-waktu perayaan yang menggembirakan bagi kaum Yehuda. Maka cintailah kebenaran dan damai!"  20 Beginilah firman TUHAN semesta alam: "Masih akan datang lagi bangsa-bangsa dan penduduk banyak kota.  21 Dan penduduk kota yang satu akan pergi kepada penduduk kota yang lain, mengatakan: Marilah kita pergi untuk melunakkan hati TUHAN dan mencari TUHAN semesta alam! Kamipun akan pergi!  22 Jadi banyak bangsa dan suku-suku bangsa yang kuat akan datang mencari TUHAN semesta alam di Yerusalem dan melunakkan hati TUHAN."  23 Beginilah firman TUHAN semesta alam: "Pada waktu itu sepuluh orang dari berbagai-bagai bangsa dan bahasa akan memegang kuat-kuat punca jubah seorang Yahudi dengan berkata: Kami mau pergi menyertai kamu, sebab telah kami dengar, bahwa Allah menyertai kamu!"

 

Zakariah, bab 9.

Sekarang kita akan mulakan Beban yang Pertama dalam Bahagian yang Kedua. Ini adalah berkenaan dengan masa hadapan.

 

Dalam Zakariah bab 9 sehingga 11, nasib Tirus dan Sidon dan Gaza, Ekron, Askelon dan Asdod, dan Damaskus serta wilayah-wilayah yang bersambungan dengan Siria, dan seluruh negara Lebanin, telah disebut dan ditangani dengan istilah yang tegas.

 

Mereka akan menyembah Allah di Yerusalem bersama dengan Yehuda, dan akan menjadi sebagai pemerintah di Israel. Mereka akan menghadapi kemusnahan dan rehabilitasi. Allah akan berkemah dekat dengan Yerusalem menentang tentera yang menentangnya (Zak 9:1-8).

 

Pada masa ini, ianya tertulis: Bersorak-soraklah dengan nyaring, hai puteri Sion, bersorak-sorailah, hai puteri Yerusalem! Lihat, rajamu datang kepadamu; ia adil dan jaya. Ia lemah lembut dan mengendarai seekor keledai, seekor keledai beban yang muda (Zak 9:9). Perkataan yang tebal telah dipetik dari Alkitab NT dan telah dinubuatkan dalam Mikha 5:2 dan diteliti dalam Matius 2:1 dan 21:5.  Ini mempunyai aspek dua hala. Ayat 10 diteruskan untuk mengembangkan nubuatan ini dari Kedatangan Kedua dimana Mesiah, dalam keadilan dan keselamatan, mengasingkan kereta kuda dari Efraim dan kuda dari Yerusalem dan panah peperangan. Mesiah akan berbicara damai kepada orang kafir dan kekuasaannya adalah dari laut ke laut dan dari sungai sehingga ke hujung bumi. Allah menyatakan bahawa Dia akan mengambil Sion dan meletakkan darah PerjanjianNya dan mengambil keluar para tahanan dari lobang yang tidak mempunyai air (Zak 9:11-12). Ini adalah konversi Yehuda dan Efraim. Teks ini menunjukkan mereka akan diutus melawan anak-anak Javan, yang mana diterjemahkan sebagai orang Yunani dalam LXX tetapi Ibrani menyebutnya yavan, yang difahami sebagai orang Yunani kuno, dan bukannya orang Yunani moderen. Mereka bukan penduduk Yunani yang moderen yang mana bukan merupakan anak-anak Javan dalam apa hal sekalipun (petikan Kej 10:2,4; Yes 66:19; Yeh27:13; Dan 8:21; 11:2; Yoel 3:6; lihat juga karya tulis Asal Genetik Bangsa-bangsa (No. 265) dan Peperangan Hamon-Gog (No. 294)).

 

Semua mereka menjadi kuat dan Tuhan akan membuat mereka kuat dan mereka akan menundukkan musuh-musuh mereka dalam Roh Kudus dari konversi mereka.

 

Lebanon dan Yordan yang angkuh akan dijatuhkan. Tuhan berfirman memberi makan kawanan domba. Dalam bab 11 Allah menunjukkan bagaimana Dia campur tangan dan memberi makan kawanan domba itu. Dalam bab itu Allah memberi amaran tentang gembala berhala dan hukuman kerana meninggalkan kawanan domba dan pemusnahan terhadap kesatuan umat. Ini adalah keterbalikkan kepada Kedatangan Pertama apabila Papan Lengkung telah pecah dan gembala-gembala yang datang dari Jemaat yang murtad menyerahkan orang miskin kepada kuasa jahat (petikan Yeh 34:1-22).

 

Zakariah 9:1-17  1 Ucapan Ilahi. Firman TUHAN datang atas negeri Hadrakh dan berhenti di Damsyik. Sebab kepunyaan Tuhanlah kota-kota Aram serta segala suku Israel;  2 juga Hamat yang berbatas kepadanya, pula Tirus dan Sidon, sekalipun mereka sangat bijaksana.  3 Tirus mendirikan tembok benteng bagi dirinya dan menimbun perak seperti debu dan emas seperti lumpur di jalan.  4 Namun sesungguhnya, Tuhan akan membuatnya miskin dan akan melontarkan kekuatannya ke dalam laut, dan kota itu sendiri akan habis dimakan api.  5 Askelon akan melihatnya, lalu takut; juga Gaza, lalu gemetar sangat; Ekronpun, sebab harapannya sudah kandas. Dari Gaza raja akan binasa dan Askelon tidak akan didiami lagi.  6 Di Asdod akan diam keturunan campuran, dan kebanggaan orang Filistin akan Kulenyapkan.  7 Aku akan melenyapkan darah dari mulutnya dan kejijikan dari antara giginya, dan yang tinggal dari merekapun akan menjadi kepunyaan Allah kita. Mereka akan dianggap seperti suatu kaum di Yehuda, dan orang Ekron seperti orang Yebus.

 

Kejatuhan Tirus dan Sidon sebahagiannya dilaksanakan oleh orang Babilon. Bagaimana pun, itu sudah lama berlalu apabila ini ditulis. Nubuatan ini melihat kepada masa hadapan kepada orang Yunani dan orang Roma dan kemudiannya kepada orang Arab dan Perang Salib dan sekarang ini kepada Zaman Akhir. Komentar ini telah dibuat sebahagiannya, tetapi tidak semua, dan pada Zaman Akhir nanti kita akan melihat perkara ini akan diungkap di hadapan mata kita sendiri.

 

Janji-janji yang ada disini adalah bahawa bangsa-bangsa ini akan menjadi sebahagian daripada Israel dan mereka akan menjadi sebagai wilayah Israel dan kemuliaan mereka akan berada didalam kemuliaan Tuhan di Israel. Orang Yebus adalah mereka yang menduduki Yerusalem dan kawasan Araunah yang digirik akan menjadi tempat Kaabah Allah. Kekuatan orang Filistin akan disingkirkan dan pemerintahan akan dibuka dari Gaza dan pusat-pusat orang Filistin yang lain akan juga dibuka atau menjadikan keturunan campuran seperti di Asdod. Ini adalah dari tulisan Kitab dan Kitab tidak boleh dibatalkan.

 

Allah memberitahu kita kemudiannya bahawa Mesiah akan datang ke Yerusalem seperti dia telah datang dalam kemenangan keatas dosa. Teks ini tidak berhenti disini sahaja tetapi diteruskan berkenaan dengan Efraim dan Yehuda, yang mana ini adalah pada Zaman Akhir nanti. Israel telah ditawan pada 722 BCE dan tidak kembali.

 

8 Aku berkemah dekat rumah-Ku sebagai pengawal terhadap mereka yang lalu-lalang; tidak akan ada lagi penindas mendatanginya, sebab sekarang Aku sendiri telah mengindahkannya.  9 Bersorak-soraklah dengan nyaring, hai puteri Sion, bersorak-sorailah, hai puteri Yerusalem! Lihat, rajamu datang kepadamu; ia adil dan jaya. Ia lemah lembut dan mengendarai seekor keledai, seekor keledai beban yang muda.  10 Ia akan melenyapkan kereta-kereta dari Efraim dan kuda-kuda dari Yerusalem; busur perang akan dilenyapkan, dan ia akan memberitakan damai kepada bangsa-bangsa. Wilayah kekuasaannya akan terbentang dari laut sampai ke laut dan dari sungai Efrat sampai ke ujung-ujung bumi.  11 Mengenai engkau, oleh karena darah perjanjian-Ku dengan engkau, Aku akan melepaskan orang-orang tahananmu dari lobang yang tidak berair.  12 Kembalilah ke kota bentengmu, hai orang tahanan yang penuh harapan! Pada hari ini juga Aku memberitahukan: Aku akan memberi ganti kepadamu dua kali lipat!  13 Sebab Aku melentur Yehuda bagi-Ku, busur Kuisi dengan Efraim, dan Aku mengayunkan anak-anakmu, hai Sion, terhadap anak-anakmu, hai Yunani, dan Aku akan memakai engkau seperti pedang seorang pahlawan.  14 TUHAN akan menampakkan diri kepada mereka, dan anak panah-Nya akan melayang keluar seperti kilat. Dan Tuhan ALLAH akan meniup sangkakala dan akan berjalan maju dalam angin badai dari selatan.  15 TUHAN semesta alam akan melindungi mereka, dan mereka akan menghabisi dan menginjak-injak pengumban-pengumban. Mereka akan minum darah seperti minum anggur dan menjadi penuh seperti bokor penyiraman, seperti penjuru-penjuru mezbah.  16 TUHAN, Allah mereka, akan menyelamatkan mereka pada hari itu; seperti kawanan domba umat-Nya itu, sungguh, mereka seperti permata-permata mahkota yang berkilap-kilap, demikianlah mereka di tanah TUHAN.  17 Sungguh, alangkah baiknya itu dan alangkah indahnya! Teruna bertumbuh pesat karena gandum, dan anak dara karena anggur.

 

Teks ini melihat kepada Zaman Akhir apabila Mesiah kembali dalam kemenangan dan menakluki bangsa-bangsa. Dia menggunakan kekuatan Yehudan dan Efraim untuk menakluki bangsa-bangsa dan inilah yang akan berlaku dari jangka masa 1916 dan seterusnya (lihat karya tulis Kejatuhan Mesir: Nubuatan Lengan Firaun yang Patah (No. 36). Bagaimana pun, mereka akan dipaksa untuk mewujudkan kedamaian.

 

Zakariah, bab10.

Beban yang Pertama diteruskan sehingga 10:12. Bagaimana pun, dua bab yang seterusnya adalah berkenaan dengan masalah dengan agama yang salah. Allah meminta bahawa mereka meminta berkat dari Dia dan bukan dari terafim, yang merupakan berhala yang kita boleh lihat pada masa sekarang dalam samaran dewi ibu yang digambarkan sebagai “Mariam yang Perawan”, atau Buddha dan siapa tahu apa lagi yang menggambarkannya.

 

Para nujum melihat penipuan dan para pemimpi menterjemahkan maksud mimpi dengan salah. Orang-orang telah dibawah oleh agama yang salah dan jangka masa ini berterusan sehingga pada zaman akhir nanti. Para gembala akan dihukum kerana perbuatan mereka terhadap Yehuda dan Israel dan terhadap orang pilihan Allah. Yehuda ditetapkan untuk menunjukkan bahawa mereka akan dipulihkan dan agam yang salah akan disingkirkan. Yehuda akan dipulihkan dan Yusuf akan dikuatkan. Bagaimana pun, kita perlu untuk memahami siapa mereka sebelum kita boleh melihat apa yang sedang dilaksankan oleh Allah. Yehuda dan rumah Yusuf adalah di Amerika Syarikat dan British Komonwel, tanpa melihat kepada identiti Sepuluh Suku Kaum Israel yang Hilang, yang mana sepuluh kali lebih banyak daripada mereka yang dikenal pasti sebagai orang Yahudi pada hari ini di negara-negara tersebut. Terdapat lebih banyak orang Yahudi di US sendiri daripada di Israel dan lebih banyak di US dan British Komonwel daripada di mana-mana tempat di dunia ini. Mereka adalah bangsa Israel yang sebenar pada hari ini, meskipun silsilah asal mendakwa bahawa mereka adalah keturunan Israel.

 

Zakariah 10:1-12  1 Mintalah hujan dari pada TUHAN pada akhir musim semi! Tuhanlah yang membuat awan-awan pembawa hujan deras, dan hujan lebat akan Diberikannya kepada mereka dan tumbuh-tumbuhan di padang kepada setiap orang.  2 Sebab apa yang dikatakan oleh terafim adalah jahat, dan yang dilihat oleh juru-juru tenung adalah dusta, dan mimpi-mimpi yang disebutkan mereka adalah hampa, serta hiburan yang diberikan mereka adalah kesia-siaan. Oleh sebab itu bangsa itu berkeliaran seperti kawanan domba dan menderita sengsara sebab tidak ada gembala.  3 "Terhadap para gembala akan bangkit murka-Ku dan terhadap kepala-kepala kawanan kambing Aku akan mengadakan pembalasan, sebab TUHAN semesta alam memperhatikan kawanan ternak-Nya, yakni kaum Yehuda, dan membuat mereka sebagai kuda keagungan-Nya dalam pertempuran.  4 Dari pada mereka akan muncul batu penjuru, dari pada mereka akan muncul patok kemah, dari pada mereka akan muncul busur perang, dari pada mereka akan keluar semua penguasa bersama-sama.  5 Maka mereka akan seperti pahlawan yang menginjak-injak musuh seakan-akan itu lumpur di jalan; mereka akan berperang, sebab TUHAN menyertai mereka, dan mereka akan membuat malu orang-orang yang mengendarai kuda.  6 Aku akan membuat kuat kaum Yehuda, dan Aku menyelamatkan keturunan Yusuf. Aku akan membawa mereka kembali, sebab Aku menyayangi mereka; dan keadaan mereka seakan-akan tidak pernah ditolak oleh Aku, sebab Akulah TUHAN, Allah mereka, dan Aku akan menjawab mereka.  7 Efraim akan seperti seorang pahlawan, hati mereka akan bersukacita seperti oleh anggur. Anak-anak mereka akan melihatnya, lalu bersukacita dan hati mereka bersorak-sorak karena TUHAN.  8 Aku akan bersiul memanggil mereka dan Aku akan mengumpulkan mereka, sebab Aku sudah membebaskan mereka, dan jumlah mereka menjadi banyak seperti dahulu.  9 Sekalipun Aku telah menyerakkan mereka ke antara bangsa-bangsa, tetapi di tempat-tempat yang jauh mereka akan ingat kepada-Ku; mereka akan hidup bersama-sama anak-anak mereka dan mereka akan kembali.  10 Aku akan membawa mereka kembali dari tanah Mesir, dan dari Asyur Aku akan mengumpulkan mereka; Aku akan membawa mereka masuk ke tanah Gilead dan ke Libanon, sehingga tidak ada tempat lagi bagi mereka.  11 Mereka akan menyeberangi laut Mesir dan Ia akan memukul gelombang di laut, sehingga segala tempat yang dalam di sungai Nil menjadi kering. Kebanggaan Asyur akan diturunkan dan tongkat kerajaan Mesir akan lewat.  12 Aku akan menguatkan mereka, dan mereka akan bermegah di dalam nama TUHAN," demikianlah firman TUHAN.

 

Perhatikan disini bahawa tanah Gilead dan Lebanon telah ditetapkan bagi Efraim dan sebagai sebahagian daripada Israel yang lebih besar. Malah Allah bersedia untuk masa ini pada masa sekarang. Lebanon akan bergabung sebagai sebuah negeri Israel; dan mereka akan hidup dengan damai.

 

Zakariah, bab11.

Allah kemudiannya menyebut Lebanon dalam nubuatan ini dengan lambang-lambang. Kemudian ianya dikaitkan dengan kawanan domba dan ratapan para gembala. Peristiwa-peristiwa ini terikat sehingga Zaman Akhir nanti. Jangka masa orang Gilead dan Lebanon dan Israel dan Jemaat-jemaat Allah semuanya terikat dalam satu rentetan ini dan Allah akan menangani semua mereka.

 

Zakariah 11:1-17  1 Bukalah pintu-pintumu, hai Libanon, supaya api dapat memakan pohon-pohon arasmu.  2 Merataplah, hai pohon sanobar, sebab sudah rebah pohon aras dan sudah dirusakkan pohon-pohon yang hebat! Merataplah, hai pohon-pohon tarbantin Basan, sebab telah rata hutan yang lebat itu!  3 Dengar, para gembala meratap! Sebab kemegahan mereka sudah dirusakkan. Dengar, singa-singa mengaum! Sebab sudah dirusakkan kebanggaan sungai Yordan.  4 Beginilah firman TUHAN Allahku kepadaku: "Gembalakanlah domba-domba sembelihan itu!  5 Orang-orang yang membelinya menyembelihnya dengan tidak merasa bersalah dan orang-orang yang menjualnya berkata: Terpujilah TUHAN! Aku telah menjadi kaya! Dan orang-orang yang menggembalakannya tidak mengasihaninya.  6 Sebab Aku tidak lagi akan mengasihani penduduk bumi, demikianlah firman TUHAN, melainkan sesungguhnya, Aku akan menyerahkan manusia masing-masing ke dalam tangan gembalanya dan ke dalam tangan rajanya; mereka ini akan menghancurkan bumi dan Aku tidak akan melepaskan seorangpun dari tangan mereka."

 

Jangka masa ini berterusan pada waktu yang lama dan sistem yang salah akan bangkit dan memerintah bumi dengan raja-raja yang memainkan peranan perempuan sundal. Ini adalah agama yang dirujuk dalam Wahyu sebagai Misteri Babilon. Allah tidak melepaskan seorangpun dari tangan mereka kerana kemurtadan mereka.

 

7 Maka aku menggembalakan domba-domba sembelihan itu untuk pedagang-pedagang domba. Aku mengambil dua tongkat: yang satu kusebutkan "Kemurahan" dan yang lain kusebutkan "Ikatan"; lalu aku menggembalakan domba-domba itu.

 

Dalam satu bulan Allah akan menyingkirkan tiga gembala. Aspek ini diteliti dalam karya tulis Mengukur Kaabah (No. 137). Ini adalah tiga puluh tahun dalam zaman akhir yang dipanggil “Ratapan bagi Musa”. Kawanan domba telah ditelan olehnya sendiri yang telah menginjak-injak sesama sendiri dan menganiaya serta saling tuduh-menuduh sesama sendiri. Teks ini kemudiannya kembali bercakap berkenaan dengan Mesiah dan upah yang dibayar atas pengkhianatannya dengan tiga puluh keping perak.

 

8 Dalam satu bulan aku melenyapkan ketiga gembala itu. Kemudian aku tidak dapat menahan hati lagi terhadap domba-domba itu, dan merekapun merasa muak terhadap aku.  9 Lalu aku berkata: "Aku tidak mau lagi menggembalakan kamu; yang hendak mati, biarlah mati; yang hendak lenyap, biarlah lenyap, dan yang masih tinggal itu, biarlah masing-masing memakan daging temannya!"  10 Aku mengambil tongkatku "Kemurahan", lalu mematahkannya untuk membatalkan perjanjian yang telah kuikat dengan segala bangsa.  11 Jadi dibatalkanlah perjanjian pada hari itu, maka tahulah pedagang-pedagang domba yang sedang mengamat-amati aku, bahwa itu adalah firman TUHAN.  12 Lalu aku berkata kepada mereka: "Jika itu kamu anggap baik, berikanlah upahku, dan jika tidak, biarkanlah!" Maka mereka membayar upahku dengan menimbang tiga puluh uang perak.  13 Tetapi berfirmanlah TUHAN kepadaku: "Serahkanlah itu kepada penuang logam!" --nilai tinggi yang ditaksir mereka bagiku. Lalu aku mengambil ketiga puluh uang perak itu dan menyerahkannya kepada penuang logam di rumah TUHAN.

 

Susunan kesatuan kemudiannya akan putus di antara Israel dan Yehuda. Sehingga pada masa itu, Israel berada di tanah utara dimana mereka telah diutus tetapi masih ramai yang bersatu dengan Yehuda. Bagaimana pun, Yehuda akan dimusnahkan dan diserakkan dan dalam kurun yang sama, orang Persia dan Roma akan melemahkan Israel dan kesatuannya dan mereka pindah ke Eropah. Kesatuan ini telah putus. Ini berterusan selama 1800 tahun sehingga kurun yang kedua puluh, apabila Allah mula untuk menangani Israel dan Yehuda sekali lagi.

 

14 Kemudian aku mematahkan tongkat yang kedua, yaitu "Ikatan", untuk meniadakan persaudaraan antara Yehuda dan Israel.  15 Sesudah itu berfirmanlah TUHAN kepadaku: "Ambillah sekali lagi perkakas seorang gembala yang pandir!  16 Sebab sesungguhnya, Aku akan membangkitkan di negeri ini seorang gembala yang tidak mengindahkan yang lenyap, yang tidak mencari yang hilang, yang tidak menyembuhkan yang luka, yang tidak memelihara yang sehat, melainkan memakan daging dari yang gemuk dan mencabut kuku mereka.  17 Celakalah gembala-Ku yang pandir, yang meninggalkan domba-domba! Biarlah pedang menimpa lengannya dan menimpa mata kanannya! Biarlah lengannya kering sekering-keringnya, dan mata kanannya menjadi pudar sepudar-pudarnya!"

 

Pada 1916, Allah mula menangani Mesir dan menetapkan Tanah Kudus melalui kuasa Efraim . pada 1917 Yerusalem telah diambil kembali dan orang tanah Yahudi telah dinyatakan dalam Deklarasi Balfour. Pada 1948 Israel menyatakan kemerdekaan dan berjuang dalam peperangan pertamanya. Pada 1944 Lebanon mengumumkan kemerdekaannya tetapi pada 1948 adalah melibatkan orang krisis pelarian Filistin, yang mana ramai orang yang berpindah ke Tirus dan bahagian lain di Lebanon. Lapan puluh tahun Mesir adalah dari 1916 sehingga 1996. Jemaat Allah telah disusun semula selama empat puluh tahun pada masa ini dari 1927 sehingga 1967. Ia tidak menangani kawanan domba Allah dengan baik dan mereka dibuang kepada gembala berhala dan pada 1967 ia terikat sehingga zaman akhir bersama dengan bangsa-bangsa Israel yang seharusnya mereka pimpin dalam nubuatan tetapi gagal melayani dengan baik. Satu kali kitaran dari sembilan belas tahun telah dibenarkan (lihat juga Empat Puluh Tahun bagi Pertobatan (No. 290) dan Nubuatan Palsu (No. 269)).

 

Israel dan Tirus dan Lebanon serta Gilead semuanya diberikan tujuh puluh tahun dari 1948. Pada tahun-tahun ini, bangsa-bangsa lain termasuk Sepuluh Suku Kaum, akan menjadi gemuk dan hidup dengan cuai.

 

Ingatlah dua lengan dalam nubuatan Lengan-lengan Firaun yang Patah (No. 36). Dua lengan ini adalah dari jangka masa empat puluh tahun dari 1916 sehingga 1996. Ianya terasing dari bahagian pertama dengan 2520 tahun atau “tujuh kali masa”. Demikian juga kita melihat dua lengan dari empat puluh tahun bagi bangsa-bangsa ini dari 1948 sehingga 2028, yang merupakan jangka masa bagi perkembangan seluruh sistem Milenium. 2018 sehingga 2028 akan memperlihatkan akhir penaklukan terhadap bangsa-bangsa dan permulaan sistem milenial.

 

Pada 1967, rentetan peperangan Israel akan bermula dan demikian juga dengan kemurtadan Jemaat Allah. Ia membatalkan perayaan Paskah dan mengajar penipuan. Mereka meninggalkan dokrin yang baik dan mengajar perkara yang dongeng. Dokrin mereka terhadap sifat keperibadian Allah menjadi fahaman diteis dan fikiran mereka menjadi terkutuk. Pada 1997 Masa orang jahiliah akan ditutup dan tiga puluh tahun terakhir penaklukan terhadap bangsa-bangsa akan bermula (lihat juga karya tulis Tiga Puluh Tahun Terakhir: Pergelutan Akhir (No. 219)).

 

Menjelang 1 Abib 2008 empat puluh tahun bagi umat ini dilengkapi dan kemudian rentetan pada zaman akhir akan ditingkatkan. Allah telah berfirman bahawa Dia menggunakan Yerusalem untuk menangani bangsa-bangsa.

 

Zakariah, bab 12.

Zakariah bab 12 adalah berkenaan dengan Yehuda dan Yerusalem pada Zaman Akhir. Yerusalem akan menjadi batu beban bagi SEMUA orang. Mereka yang membebankan diri mereka sendiri dengannya akan mendapat luka parah, walaupun seluruh bangsa di bumi berkumpul melawannya. Allah berfirman bahawa pada hari itu Dia akan membuat semua kuda bingung dan setiap penunggangnya menjadi gila. Pada hari itu Allah akan membukan mataNya kepada Yehuda. Yakni, Dia akan memperhatikan Yehuda dan memukul setiap kuda bangsa menjadi buta, yang mana menandakan bahawa ia adalah keuntungan bagi Yehuda pada masa ini. Ia mungkin menandakan tentera yang melawannya tidak mampu menentapkan matlamat mereka dan melaksanakan strategi dan taktik yang baik (Zak 12:3-4). Pada Zaman Akhir nanti, para pemimpin Yehuda adalah sama dengan anglo berapi kepada semua bangsa di kiri dan kanannya. Mereka akan bergantung terhadap pendudukan Yerusalem yang bersama dengan Mesiah dan dalam kekuatan Tuhan Semesta Alam, Allah mereka. Justru itu, serangan terhadap Yerusalem akan berterusan sehingga dan selepas Kedatangan Mesiah. Umat pilihan akan menduduki Yerusalem bersama dengan dia dan menjadi kekuatan disekeliling Yehuda.

 

Zakariah 12:7 menunjukkan bahawa Yehuda diselamatkan sebelum Yerusalem supaya Yerusalem tidak membesar-besarkan diri terhadap Yehuda. Allah melindungi Yerualem. Zakariah 12:8 menyatakan bahawa: pada hari itu dia yang lemah akan menjadi seperti Daud dan rumah Daud menjadi seperti Allah, [seperti elohim] sebagai malaikat Yahovah di hadapan mereka [atau kepala mereka]. Dalam perkataan lain, mereka akan menjadi seperti Elohim sama seperti Kristus sebagai kepala mereka adalah Elohim (lihat karya tulis Umat Pilihan dan Elohim (No. 1)).

 

Allah kemudianyanya berfirman (dalam ayat 9) bahawa: “Maka pada waktu itu Aku berikhtiar untuk memunahkan segala bangsa yang menyerang Yerusalem."

 

Zakariah 12:10 adalah satu jenis nubuatan yang dibayangkan terlebih dahulu. Pada waktu kedatangan Mesiah mereka akan melihat dia yang mereka telah tikam; dalam perkataan lainnya. Mesiah yang mereka letakkan di palang salib dan menusuknya dengan lembing. Akan terdapat kepahitan di Yerusalem pada masa pengorbanan itu, dan sekali lagi terdapat kesedaran penuh dari apa yang mereka telah lakukan keatas semua keluarga Yehuda dan Lewi, dan khusunya keatas rumah Daud melalui Nathan di Yehuda, dan rumah imam orang Shimei di Lewi, kepada kelahiran pertama mereka yang adalah Mesiah. Ratapan besar sebelumnya adalah di Hadadrimmon (sekarang Rummaneh) di sebelah barat Esdraelon dekat dengan Megido dimana Raja Yosia telah dibunuh dan ratapan ini bukan kebiasaan. Dalam perkataan lain, ini adalah ratapan yang paling bererti dalam sejarah Israel, dan ianya disebabkan oleh kesedaran dari apa yang mereka telah lakukan dan apa yang mereka lalaikan sepanjang masa.

 

Zakariah 12:1-14  1 Ucapan ilahi. Firman TUHAN tentang Israel: Demikianlah firman TUHAN yang membentangkan langit dan yang meletakkan dasar bumi dan yang menciptakan roh dalam diri manusia:  2 "Sesungguhnya Aku membuat Yerusalem menjadi pasu yang menyebabkan segala bangsa di sekeliling menjadi pening; juga Yehuda akan mengalami kesusahan ketika Yerusalem dikepung.

 

Perhatikan bahaw Yehuda juga akan musnah dalam penawanan terhadap Yerusalem. Semua orang yang membebankan diri dengannya akan mendapat luka parah.

 

3 Maka pada waktu itu Aku akan membuat Yerusalem menjadi batu untuk diangkat bagi segala bangsa. Siapa yang mengangkatnya pastilah mendapat luka parah. Segala bangsa di bumi akan berkumpul melawannya.  4 Pada waktu itu, demikianlah firman TUHAN, Aku akan membuat segala kuda menjadi bingung, penunggangnya menjadi gila. Atas kaum Yehuda, Aku akan membuka mata-Ku, tetapi segala kuda bangsa akan Kubuat menjadi buta.  5 Sesudah itu kaum-kaum di Yehuda akan berkata dalam hatinya: Penduduk Yerusalem mempunyai kekuatan oleh karena TUHAN semesta alam, Allah mereka.

 

Yehuda akan melihat bahawa Yerusalem akan dikuatkan dalam kuasa spiritual mereka melalui kuasa Allah. Ini memainkan satu bahagian dalam konversi mereka.

 

6 Pada waktu itu Aku akan membuat kaum-kaum di Yehuda seperti anglo berapi di tengah-tengah timbunan kayu dan seperti suluh berapi di tengah-tengah timbunan bulir gandum; api keduanya akan menjilat ke kanan dan ke kiri segala bangsa di sekeliling, tetapi Yerusalem selanjutnya akan tetap tinggal di tempatnya yang dahulu.  7 TUHAN akan pertama-tama memberi kemenangan kepada kemah-kemah Yehuda, supaya keluarga Daud dan penduduk Yerusalem jangan terlalu bermegah-megah terhadap Yehuda.

 

Perhatikan bahawa kemuliaan dalam rumah Daud dan administrasi Yerusalem tidak akan memuliakan mereka di hadapan Yehuda, kerana Yehuda akan diberikan kemenangan pada ketika ini.

 

Ini adalah hari kedatangan Mesiah: Hari Tuhan.

 

Umat pilihan akan menjadi seperti elohim pada hari itu. Orang kudus akan dibangkitkan semula dan menjadi elohim, atau anak-anak Allah dan secara efektifnya, semua tuhan-tuhan, sementara pesuruh Tuhan menjadi kepala mereka; dan makluk itu adalah Mesiah, yakni kelahiran pertama dari orang yang mati (lihat juga karya tulis Umat Pilihan sebagai Elohim (No. 1)).

 

8 Pada waktu itu TUHAN akan melindungi penduduk Yerusalem, dan orang yang tersandung di antara mereka pada waktu itu akan menjadi seperti Daud, dan keluarga Daud akan menjadi seperti Allah, seperti Malaikat TUHAN, yang mengepalai mereka.

 

Dari hari itu, Kristus akan membawa semua bangsa ke Megido.

 

9 Maka pada waktu itu Aku berikhtiar untuk memunahkan segala bangsa yang menyerang Yerusalem."  10 "Aku akan mencurahkan roh pengasihan dan roh permohonan atas keluarga Daud dan atas penduduk Yerusalem, dan mereka akan memandang kepada dia yang telah mereka tikam, dan akan meratapi dia seperti orang meratapi anak tunggal, dan akan menangisi dia dengan pedih seperti orang menangisi anak sulung.  11 Pada waktu itu ratapan di Yerusalem akan sama besarnya dengan ratapan atas Hadad-Rimon di lembah Megido.  12 Negeri itu akan meratap, setiap kaum keluarga tersendiri; kaum keluarga keturunan Daud tersendiri dan isteri mereka tersendiri; kaum keluarga keturunan Natan tersendiri dan isteri mereka tersendiri;  13 kaum keluarga keturunan Lewi tersendiri dan isteri mereka tersendiri; kaum keluarga Simei tersendiri dan isteri mereka tersendiri;  14 juga segala kaum keluarga yang masih tinggal, setiap kaum keluarga tersendiri dan isteri mereka tersendiri."

 

Keluarga Daud melalui Natahn dan Lewi melalui Shimei (Luk 3) adalah keluarga Mesiah di Yehuda yang memperlihatkan Mesiah dianiaya.

 

Kemudian dosa-dosa Yehuda akan disembuhkan.

 

Zakariah, bab 13.

Bab 13 menyatakan bahawa pada hari itu suatu sumber akan terbuka bagi keluarha Daud dan bagi Yerusalem untuk membasuh dosa dan kecemaran. Apabila ini berlaku berhala akan dibuka dari Yerusalem dan semua Istael dan para nabi akan disingkirkan kerana Roh Kudus akan dicurahkan dengan banyak yang mana nubuatan tidak lagi berguna, da mereka yang akan bernubuat dalam nam Tuhan akan mati (Zak 13:3).

 

Kecuali seseorang itu telah melihat Yerusalem, ianya sukar untuk memahami keadaan berhala disana dimana berhala dan patung-patung serta tempat-tempat pemujaan dan bidaah ada di merata-rata tempat. Orang akan fikir mereka memuja Allah dengan meniarap mencium batu dan patung-patung yang mana dilihat sebagai satu kealiman.

 

Apabila Allah menyingkirkan ketidakbenaran dari Yerusalem dan mencurahkan Roh KudusNya, para nabi akan mendakawa mereka adalah pengusaha tanah. Zakariah 13:7 merujuk kembali pembunuhan Mesiah dan penyebaran umat pilihan dalam menggenapkan Yesaya 53:5-10. Dua pertiga domba itu akan mati dan satu pertiga daripadanya terserak dan dimurnikan dalam api (13:8-9).

 

Zakariah 13:1-9  1 "Pada waktu itu akan terbuka suatu sumber bagi keluarga Daud dan bagi penduduk Yerusalem untuk membasuh dosa dan kecemaran.  2 Maka pada waktu itu, demikianlah firman TUHAN semesta alam, Aku akan melenyapkan nama-nama berhala dari negeri itu, sehingga orang tidak menyebutnya lagi. Juga para nabi dan roh najis akan Kusingkirkan dari negeri itu.  3 Dan apabila seseorang masih tampil sebagai nabi, maka ayahnya dan ibunya, yang telah memperanakkan dia, akan berkata kepadanya: Janganlah engkau hidup lagi, sebab yang kaukatakan demi nama TUHAN itu adalah dusta! Lalu ayahnya dan ibunya, yang telah memperanakkan dia, akan menikam dia pada waktu ia bernubuat.  4 Pada waktu itu para nabi masing-masing akan mendapat malu oleh karena penglihatannya sebagai nabi, dan tidak ada lagi dari mereka yang mengenakan jubah berbulu untuk berbohong;  5 tetapi masing-masing akan berkata: Aku ini bukan seorang nabi, melainkan seorang pengusaha tanah, sebab tanah adalah harta kepunyaanku sejak kecil.  6 Dan apabila ada orang bertanya kepadanya: Bekas luka apakah yang ada pada badanmu ini?, lalu ia akan menjawab: Itulah luka yang kudapat di rumah sahabat-sahabatku!"  7 "Hai pedang, bangkitlah terhadap gembala-Ku, terhadap orang yang paling karib kepada-Ku!", demikianlah firman TUHAN semesta alam. "Bunuhlah gembala, sehingga domba-domba tercerai-berai! Aku akan mengenakan tangan-Ku terhadap yang lemah.  8 Maka di seluruh negeri, demikianlah firman TUHAN, dua pertiga dari padanya akan dilenyapkan, mati binasa, tetapi sepertiga dari padanya akan tinggal hidup.  9 Aku akan menaruh yang sepertiga itu dalam api dan akan memurnikan mereka seperti orang memurnikan perak. Aku akan menguji mereka, seperti orang menguji emas. Mereka akan memanggil nama-Ku, dan Aku akan menjawab mereka. Aku akan berkata: Mereka adalah umat-Ku, dan mereka akan menjawab: TUHAN adalah Allahku!"

 

Allah akan memurnikan Yerusalem dan penduduknya.

 

Zakariah, bab 14.

Zakariah 14 kemudiannay diteruskan dengan Hari Tuhan (lihat karya tulis Hari Tuhan dan Zaman Akhir (No. 192)).

 

Sebelum Mesiah akan tiba, kota Yerusalem akan diambil dan setengah dari kota itu akan ditawan, tetapi setengah bahagian yang lain akan kekal disana dan tidak disingkirkan. Kemudian Tuhan akan melawan bangsa-bangsa itu. Mesiah akan berdiri di atas Gunung Zaitun dan gunung itu terbelah kepada dua, satu di sebelah utara dan satu lagi di sebelah selatan dan membentuk satu lembah yang menjulur dari timur-barat, dan lembah itu mempunyai hadnya yang dipanggil Azal (SHD 682 dari 680 atsel yang bererti mulia).

 

Zakariah 14:1-21  1 Sesungguhnya, akan datang hari yang ditetapkan TUHAN, maka jarahan yang dirampas dari padamu akan dibagi-bagi di tengah-tengahmu.  2 Aku akan mengumpulkan segala bangsa untuk memerangi Yerusalem; kota itu akan direbut, rumah-rumah akan dirampoki dan perempuan-perempuan akan ditiduri. Setengah dari penduduk kota itu harus pergi ke dalam pembuangan, tetapi selebihnya dari bangsa itu tidak akan dilenyapkan dari kota itu.  3 Kemudian TUHAN akan maju berperang melawan bangsa-bangsa itu seperti Ia berperang pada hari pertempuran.

 

Gunung yang dirujuk dalam ayat 5 adalah dua gunung yang terbentuk dari Gunung Zaitun. Gempa bumi disebut dalam Amos bab 1. pda hari itu elohim Israel akan datang dan semua umat kudus bersamanya (Zak 14:5). Mesiah akan menjadi raja keatas bumi dan namanya akan menjadi satu. Kota Yerusalem akan menjadi daratan dari Geba, kira-kira enam batu ke utara Yerusalem, kepada Rimon, yang adalah Khan Umm er Rumamin (petikan Neh 11:29). Kota itu adalah Ain Rimon (En Rimmon, Yos 15:32). Ia pertama kalinya ditetapkan bagi Simeon (Yos 19:7; 1 Kor 4:32). Ia terletak di sebelah selatan Yehuda di wilayah Negev dekat dengan Beer-sheba. Beer-sheba terletak dua puluh lapan batu Selatan-Barat Hebron  dan Hebron adalah sembilan belas batu dari Yerusalem selatan, dan tiga belas setengah batu dari Betlehem bahagian Sleatan-Barat di sebelah Selatan. Justru itu, lembah yang terdiri daripada daratan Yerusalem adalah kira-kira empat puluh batu (atau 66 kilometer) panjangnya dan merangkumi bahagian perbukitan di sebelah selatan Yehuda. Oleh kerana itu, kedudukan geologinya agak dramatik.

 

4 Pada waktu itu kaki-Nya akan berjejak di bukit Zaitun yang terletak di depan Yerusalem di sebelah timur. Bukit Zaitun itu akan terbelah dua dari timur ke barat, sehingga terjadi suatu lembah yang sangat besar; setengah dari bukit itu akan bergeser ke utara dan setengah lagi ke selatan.  5 Maka tertutuplah lembah gunung-gunung-Ku, sebab lembah gunung itu akan menyentuh sisinya; dan kamu akan melarikan diri seperti kamu pernah melarikan diri oleh karena gempa bumi pada zaman Uzia, raja Yehuda. Lalu TUHAN, Allahku, akan datang, dan semua orang kudus bersama-sama Dia.

 

Kita melihat disini bahawa Mesiah akan kembali bersama dengan qudosim atau Orang Kudus. Ini juga adalah Jemaat.

 

6 Maka pada waktu itu tidak akan ada lagi udara dingin atau keadaan beku,  7 tetapi akan ada satu hari--hari itu diketahui oleh TUHAN--dengan tidak ada pergantian siang dan malam, dan malampun menjadi siang.  8 Pada waktu itu akan mengalir air kehidupan dari Yerusalem; setengahnya mengalir ke laut timur, dan setengah lagi mengalir ke laut barat; hal itu akan terus berlangsung dalam musim panas dan dalam musim dingin.

 

Sistem tasik dibawah tanah yang besar yang baru-baru ini ditemui di Israel akan membentuk dasar air yang keluar ke laut ke arah barat dan selatan-timut.

 

9 Maka TUHAN akan menjadi Raja atas seluruh bumi; pada waktu itu TUHAN adalah satu-satunya dan nama-Nya satu-satunya.  10 Seluruh negeri ini akan berubah menjadi seperti Araba-Yordan, dari Geba sampai ke Rimon di sebelah selatan Yerusalem. Tetapi kota itu akan menjulang tinggi dan tetap tinggal di tempatnya, dari pintu gerbang Benyamin sampai ke tempat pintu gerbang yang dahulu, yakni sampai ke pintu gerbang Sudut, dan dari menara Hananeel sampai ke tempat pemerasan anggur raja.  11 Orang akan menetap di dalamnya, sebab penumpasan tidak akan ada lagi, dan Yerusalem akan tetap aman.

 

Kristus sebagai Raja, dan Jemaat, akan memerintah dari Yerusalem selama satu ribu tahun (lihat juga Wah. 20).

 

Orang yang melawan menentang Yerusalem akan mengalami kutukan dimana daging, mata serta lidah mereka akan musnah sementara mereka berdiri. Mereka akan melawan sesama sendiri dan membunuh sesama sendiri. Kekayaan bangsa akan disalurkan ke Yerusalem.

 

12 Inilah tulah yang akan ditimpakan TUHAN kepada segala bangsa yang memerangi Yerusalem: daging mereka akan menjadi busuk, sementara mereka masih berdiri, mata mereka akan menjadi busuk dalam lekuknya dan lidah mereka akan menjadi busuk dalam mulut mereka.  13 Maka pada waktu itu akan terjadi kegemparan besar dari pada TUHAN di antara mereka, sehingga masing-masing memegang tangan temannya dan mengangkat tangannya melawan tangan temannya.

 

Perhatikan disini bahawa malah Yehuda juga akan melawan Yerusalem sebelum konversinya pada akhirnya.

 

14 Juga Yehuda akan berperang melawan Yerusalem itu; dan dikumpulkanlah harta benda segala bangsa di sekeliling, yaitu emas, perak dan pakaian dalam jumlah yang sangat besar.  15 Tulah seperti itu juga akan menimpa kuda, bagal, unta, keledai dan segala hewan yang ada dalam perkemahan-perkemahan itu.

 

Selapas peristiwa ini, atau peperangan besar pada penghujung zaman ini, setiap orang yang yang tersisa oleh bangsa yang melawan Yerusalem di seluruh dunia akan menghantar wakil mereka ke Yerusalem dari tahun ke tahun untuk menyembah Tuhan Semesta Alam dan memelihara PErayaan Bait Suci atau Pondok Daun. Mereka yang tidak akan pergi, mereka tidak akan menerima hujan pada musim seterusnya dan mereka akan sengsara menghadapi kutuk Mesir. Pengairan tidak akan dapat menyelamatkan orang yang tidak percaya. Justru itu, ketidakturutan kepada Hukum Allah dan PerayaanNya akan mengakibatkan kematian. Lonceng pada kuda-kuda akan tertulis “Kudus kepada Tuhan” dan kuali di dala Rumah Tuhan akan menjadi seperti bokor-bokor penyiraman dihadapan mezbah. Mereka yang mempersembahkan korban akan memasak daging didalamnya dengan kekudusan (Zak 14:16-21). Vegetarisnisme tidak akan mendapat tempat didalam Milenium (lihat juga Vegetarianisme dalam ALkitab (No. 183)).

 

16 Maka semua orang yang tinggal dari segala bangsa yang telah menyerang Yerusalem, akan datang tahun demi tahun untuk sujud menyembah kepada Raja, TUHAN semesta alam, dan untuk merayakan hari raya Pondok Daun.  17 Tetapi bila mereka dari kaum-kaum di bumi tidak datang ke Yerusalem untuk sujud menyembah kepada Raja, TUHAN semesta alam, maka kepada mereka tidak akan turun hujan.  18 Dan jika kaum Mesir tidak datang dan tidak masuk menghadap, maka kepada mereka akan turun tulah yang ditimpakan TUHAN kepada bangsa-bangsa yang tidak datang untuk merayakan hari raya Pondok Daun.  19 Itulah hukuman dosa Mesir dan hukuman dosa segala bangsa yang tidak datang untuk merayakan hari raya Pondok Daun.  20 Pada waktu itu akan tertulis pada kerencingan-kerencingan kuda: "Kudus bagi TUHAN!" dan kuali-kuali di rumah TUHAN akan seperti bokor-bokor penyiraman di depan mezbah.  21 Maka segala kuali di Yerusalem dan di Yehuda akan menjadi kudus bagi TUHAN semesta alam; semua orang yang mempersembahkan korban akan datang mengambilnya dan memasak di dalamnya. Dan tidak akan ada lagi pedagang di rumah TUHAN semesta alam pada waktu itu.

 

Yehezkiel bab 26 dan 27 juga adalah berkenaan dengan Tirus dan nasib yang menanti kota itu. Ianya diseranh oleh orang Babilon dan sekali lagi oleh orang Macedonia dan orang Yunani. Ia dibuat sebagai pusat memancing selama berkurun lamanya, tetapi teks ini mengatakan bahwa ia akan hilang dibawah arus dan air. Disini kita lihat bahawa kapal-kapal Tarsis adalah sebagai pelaut kepada barang dagang mereka. Javan, Tubal dan Mesheck adalah barang dagang Tirus, dengan itu mereka lebih kepada keturunan Yapet daripada keturunan Ham dan itulah sebabnya mengapa YDNA mereka menunjukkan K2 dan bukan E3. Yehezkiel 28 mengaitkan Iblis secara langsung sebagai Raja Tirus.

 

Setiap bangsa ini yang dipanggil dalam pemusnahan Israel akan dibinasakan. Dan ini termasuklah mereka yang cuba memberi banduan kepada orang lain yang bertujuan memusnah seperti bangsa yang kita boleh lihat sekarang yang cuba membekalkan orang lain untuk menyerangnya. Iran dan Iraq juga akan menerima padahnya. Bangsa-bangsa ini membebankan dirinya dalam perkara ini akan diperdaya dalam usaha menyerang Yerusalem. Peperangan keagamaan yang tidak lama lagi akan memuncak kedalam Perang Dunia III akan menjadi yang paling mengerikan.

 

Dua puluh tahun sebelum peperangan pda 1967, pada 15 Mei 1947, Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu memutuskan untuk membuat satu komiti khusus terhadap Filistin (UNSCOP) yang secarea efektifnya memulakan proses perkembangan bangsa Israel. Ini adalah tiga puluh tahun selepas Deklarasi Perdana Menteri Balfour yang pertama dimana menubuhkan tanah wilayah orang Yahudi pada 1917. deklarasi Balfour yang kedua adalah berkenaan denagn penubuhan perlembagaan Australia. Bagaimana pun, resolusi UN terlalu lewat untuk menyelamatkan Yehuda dari kemusnahan yang besar. Seperti seadanya, Yehuda harus berjuang untuk berkembang.

 

Berdasarkan kitaran tujuh puluh tahun yang digunakan dalam nubautan, mungkin terdapat hubungkait bagi satu tahun bagi setiap tahun di antara kengerian yang membawa kepada Perang Dunia II dari 1939-1945 dan jangka masa 2006-2015 akan mempamerkan pelaksanaan Perang Dunia III.

 

Dari peperangan pada 1967 sehingga 1007 adalah empat puluh tahun dan tidak ada pertobatan yang berlaku. Tulisan Kitab tidak boleh dibatalkan. Bagaimana pun, orang-orang ini boleh bertobat, tetapi mereka memilih untuk tidak berbuat demikian. Tujuh puluh tahun dari 1948 berakhir pada 2018. Lapan puluh tahun dari empat puluh tahun yang digandakan berakhir pada tahun pertama Jubili Milenial oada 2028. Di antara 2006 dan 2018 seluruh struktur peperangan akan berkembang. Dari 2006 kita akan melihat masalah yang memuncak dan Allah akan menangani Lebanon dan Iraq. Peperangan ini akan meluas ke Siria dan Iran.

 

Tindakan terhadap Israel pada jangka masa ini adalah tidak selamat dari segi ketenteraan. Bala tentera tidak mampu melaksanakan dengan baik operasi perang secara taktikal dan strategi.

 

Pihak UN, yang bertindak dslam penguntukan terhadap Israel, meletakkan dirinya dalam kategori ini dan akan merana nasib yang sama, sementara strukturnya cuba untuk menduduki tempat-tempat yang ditetapkan untuk Mesiah dan umatnya.

 

Ianya belum terlambat untuk bertobat dan dipulihkan.

q