Jemaat-jemaat Allah Al Masehi

[298]

 

 

 

Peperangan dengan Roma dan Kejatuhan Bait Allah

(Edisi 1.5 20060902-20180106)

 

Nabi Daniel telah diberikan satu penglihatan tentang Tujuh Puluh Minggu dalam Tahun. Peristiwa pada minggu akhir dalam tahun-tahun adalah satu kemusnahan bagi Yudah dan keturunan Edom. Nubuatan hanya boleh difahami dalam pertalian kepada Kaabah. Orang Kristian secara umum telah menterjemah dengan salah Daniel 9:25-27 bagi pihak mereka sendiri. Peperangan dengan Roma dan sikap Yudah pada masa ini mengakibatkan perpecahan Yudah sehingga zaman akhir.

 

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta © 2006, 2018 Wade Cox)

(Tr. 2007)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org

 

Peperangan dengan Roma dan Kejatuhan Bait Allah




Pengenaan

Nabi Daniel menangani Tujuh Puluh Minggu dalam tahun yang merangkumi jangka masa dari perintah membina Bait Allah di Yerusalem sehingga kemusnahannya oada 70 CE. Sejarah ini dirangkumi dalam karya tulis Tanda Yunus dan Sejarah Pembinaan semula Bait Allah [013].

 

Daniel 9:25-27 Maka ketahuilah dan pahamilah: dari saat firman itu keluar, yakni bahwa Yerusalem akan dipulihkan dan dibangun kembali, sampai pada kedatangan seorang yang diurapi, seorang raja, ada tujuh kali tujuh masa; dan enam puluh dua kali tujuh masa lamanya kota itu akan dibangun kembali dengan tanah lapang dan paritnya, tetapi di tengah-tengah kesulitan.  26 Sesudah keenam puluh dua kali tujuh masa itu akan disingkirkan seorang yang telah diurapi, padahal tidak ada salahnya apa-apa. Maka datanglah rakyat seorang raja memusnahkan kota dan tempat kudus itu, tetapi raja itu akan menemui ajalnya dalam air bah; dan sampai pada akhir zaman akan ada peperangan dan pemusnahan, seperti yang telah ditetapkan.  27 Raja itu akan membuat perjanjian itu menjadi berat bagi banyak orang selama satu kali tujuh masa. Pada pertengahan tujuh masa itu ia akan menghentikan korban sembelihan dan korban santapan; dan di atas sayap kekejian akan datang yang membinasakan, sampai pemusnahan yang telah ditetapkan menimpa yang membinasakan itu."

 

Kita mengetahui bahawa orang pertama yang ditahbiskan adalah Nehemiah, pemerintah Yudah, yang telah membina tembok dan menyediakan Kaabah bersama dengan Ezra. Ini adalah sewaktu pemerintah Artaxerxes II. Ezra mati pada 323 BCE, tahun yang sama Alexander yang Agung, serta dalil digabungkan dan ditutupkan menjelang 321.

 

Akhir kepada enam puluh minggu dalam tahun yang seterusnya memperlihatkan satu lagi orang yang ditahbis disingkirkan dan ini adalah Yakobus, biskop Yerusalem dan saudara kepada Yesus Kristus. Selepas kematian syahid Yakobus di Yerusalem, Jemaat telah diurus oleh Simon (Simon Jose) saudara sepupuh kepada Yesus Kristus dan anak lelaki Maria dan Clophas. Maria adalah saudara perempuan Miriam (Mariam), ibu kepada Kristus. Clophas menjadi biskop Yerusalem di antara pemerintahan Yakobus saudara Kristus (m. 64 CE) dan pemegangan jawatan Simon, anak Clophas dan saudara sepupuh Kristus (lihat Hyppolitus Apendiks kepada Asal kepada Jemaat Kristian di Britain [266]).

 

Simon mengambil alih kendalian Jemaat (selepas kematian Clophas) dan mereka melarikan diri ke Pella, yang telah diberi amaran oleh teks nabi Daniel. Jemaat berada dalam keadaan yang teruk dan secara umumnya disokong dari jemaat-jemaat Asia kecil.

 

Teks dalam Daniel mengatakan bahawa putera yang akan datang membuat satu perjanjian yang berat dengan ramai orang selama seminggu; dan selama setengah minggu dia akan menghentikan korban santapan dan sembelihan. Dia meneruskan berkata bahawa atas sayap kekejian akan datang yang membinasakan sehingga pemusnahan yang ditetapkan akan menimpa yang membinasakan itu. Ayat yang terakhir merangkumi jangka masa yang panjang dan tidak berkaitan dengan Tujuh Puluh Minggu dalam Tahun, tetapi sehingga sistem yang dirujuknya dimusnahkan.

 

Minggu dalam tahun yang dirujuk adalah dari 62 sehingga 69 CE dan tahun akhir adalah 70 CE.

 

Kemuncaknya adalah pada akhir 490 tahun atau Tujuh Puluh Minggu dalam Tahun. Sebelum Paskah pada 70 CE, yang dilaporkan pada 1 Abib, Tentera Roma mengelilingi Yerusalem. Ini adalah Tahun Baru. Ia juga pada waktu akhir “Empat Puluh Tuah Pertobatan” yang diberikan kepada Yudah dari Paskah pada 30 CE.

 

Minggu akhir dalam tahun adalah tujuh tahun yang membawa kepada hari ini. Pada masa itu, Jemaat melarikan diri ke Pella pada permulaan minggu, selepas kematian Yakobus (dan mungkin Clophas). Dalam pertengahan minggu itu (atau masa sabatikal) satu siri masalah telah muncul bagi Yudea. Dua golongan orang Yahudi merampas Kota Daud dan Kaabah Mount, dan mula berperang satu dengan yang lain dari kubu pertahanan yang kuat itu. Josephus mencatatkan kemusnahan ini. Dia berkata orang Roma tidak melakukan perkara buruk kepada mereka lebih daripada apa yang mereka lakukan kepada diri mereka sendiri.

 

Emile Schürer (dalam History of the Jewish People in the Age of Jesus Christ, Jil. 1–3, T &T Clark, Rev. edisi. 1987) memberikan sejarah terperinci dan karya ini berdasarkan pada pernyataan Schürer dan Josephus.

 

Penguasa Yudea pada masa itu adalah Gessius Florus (64-66 CE). Dia adalah yang paling dasar dari penguasa, dan Josephus kehilangan perkataan untuk menjelaskan kedasaran administrasinya. Albinus dikelaskan sebagai “orang yang benar” dibandingkan dengan dia. Albinus dan telah melakukan perbuatannya yang buruk dengan tersembunyi tetapi Florus menunjukkannya dalam publik, dan tidak berpuas hati dengan penyampunan individu, “dia merampas seluruh kota dan memusnahkan seluruh komuniti. Selagi penjahat berpuas hati untuk mengongsikan rampasan dengan dia, mereka akan meneruskan tanpa rintangan” (Schurer, Jil. 1, ms. 470. memetik karya Josephus, Wars of the Jews (B. J). ii 14, 2; dan Antiq, xx 11, 1). Schurer menganggap keadaan ini diluar ketahanan dan ia hanya memerlukan satu percikan dan letupan yang mengikutinya adalah dengan kuasa elemental.

 

Florus pada waktu itu berpuas dengan diri sendiri dengan menyamun orang lain, tetapi pada pertengahan minggu dalam tahun, Florus telah merampas tempat perbendaharaan Kaabah di Yerusalem dari tujuh belas talenta. Ini menimbulkan kegemparan. Beberapa orang mendapat idea dengan mengagikan bakul bagi mendapatkan derma untuk Florus yang miskin, dan Florus memutuskan untuk menghukum mereka kerana penghinaan mereka. Ramai warganegara, termasuk kesatria Roma kelahiran Ibrani, telah ditawan secra rawak, disengsara dan disalibkan. Ratu Berenice berada di Yerusalem pada masa itu dan dia pun tidak boleh menghentikan penguasa ini dan tenteranya. Tindakan ini terjadi pada 16 Artemesius, atau Iyar dalam 66 CE.

 

Tarikh ini penting kepada sesiapa sahaja penuntut Alkitab.  16 Iyyar (atau Iyar) adalah hari ke-16 dalam bulan Kedua dan adalah hari selepas dimana Paskah Kedua siap dirayakan, dan peluang terakhir untuk pertobatan dan Perlindungan Paskah dalam tahun itu. Paskah dilaksanakan dari Perjamuan Suci pada 14 Abib – atau Iyar bagi Paskah Kedua – dari rumah seserang sehingga pagi pada hari ke-15 apabila selepas malam Paskah pada 15 Iyar, orang setia yang bertobat dibenarkan untuk kembali ke kemah mereka bagi sisa Hari Kudus dan Perayaan Roti Tidak Beragi. Hari yang ke-16 kemudiannya bermula pada petang hari itu (Ul 16:5-7). Allah membenarkan jangka masa Paskah Kedua ini untuk pertobatan dan kemudian membebaskan anjing-anjing peperangan.

 

Pada hari berikutnya, Florus memerintahkan warganegara untuk menyambut dua kumpulan pasukan pada waktu dalam perjalanan dari Caesarea. Pasukan ini telah disambut, tetapi mereka tidak mengendahkan warganegara atas perintah Florus. Warganegara itu mula berteriak marah kepada Florus manakala tentera mula membunuh warganegara itu. Mereka kembali ke dalam kota tetapi pergaduhan jalanan telah berlaku, dan ramai orang yang terbunuh. Orang-orang itu berjaya Kaabah Mount dan dan memotong pertalian kepada benteng Antonia. Florus keluar dari Caesarea meninggalkan satu kumpulan di Yerusalem dan meninggalkan ketua-ketua kota untuk mengambil tanggung jawab.

 

Latar belakang Agrippa dan Berenice dan jangka masa Peperangan

 

Agrippa II telah dibesarkan dan mendapat pendidikan di Roma. Claudius memberikan dia kerajaan dari pamannya Herod dari Chalcis di Lebanon sekitar 50 CE, dan tanggung jawab yang sama dalam pengangkatan Imam Besar Kaabah seperti yang dilaksanakan pamannya. Dia mungkin tinggal di Roma dan tidak pergi ke Lebanon sehingga selepas 52 CE, menurut kepda Schurer (ibid, ms. 472). Pada 53 CE, sebagai balasan penyerahan kerajaan kecil Chalcis, dia diberikan bidang pemerintahan yang lebih besar dari tetrarka Philip yang mengandungi Batanea, Trachonitis, dan Gaulanitis, tetrarka Lysanius (Abila) demikian juga dengan wilayah Varus. Selepas kematian Cludius (m.54), Nero meluaskan wilayahnya dengan menambahkan wilayah penting Galilee dan Peraea, yakni kota-kota Tiberias dan Tarichea dengan kawasan-kawasan sekelilingnya, dan kota Julius bersama dengan empat belas perkampungan yang berdekatan (ibid, ms. 472-3).

 

Pada masa pemberontakan, Agrippa berada di Alexandria dan bergegas kembali ke Yerusalem. Saudara perempuannya, yang tinggal bersamanya selepas kematian suaminya (pamannya Chalcis), merupakan perempuan beranak dua dan tidak bermoral. Dia berkawin dengan Rajas Polemon dari Cilicia, memerlukan dia menyunat, tetapi tidak lama kemudian dia kembali kepada saudaranya. Dia berada di Yerusalem pada waktu pemberontakan, yang mengakibatkan pengikut Nazi bersumpah bagi semua perkara (petikan Schurer, ibid. ms. 474-5).

 

Agrippa dan Berenice ingin sangat melihat dan mendengar Paulus (Kisah 25:22 dan seterusnya). Komentarnya dalam Kisah 26:28 menandakan kepada Schurer bahawa dia adalah bebas dari fahaman fanatisisme dan penglibatan dalam persoalan keagamaan. Kepentingannya adalah bahawa Yakob telah dibunuh di Yerusalem dan merupakan saksi kepada Kerajaan. Kita mempunyai catatan bahawa Agrippa mendengar Paulus secara peribadi. Yakub telah dibunuh sekitar 62 CE padapenghujung 69 minggu dalam tahun. Paulus telah dipancung di Roma pada 66 CE. Justru itu, selepas kasyahidan dua saksi Allah ini, di Yerusalem dan di Roma, Allah kemudiannya menangani sistem itu.

 

Agrippa telah pergi ke Mesir untuk membayar kehormatan kepada penawas Mesir, Tiberius Iulius Alexander. Agrippa kembali dengan cepat dan dia dan saudara perempuannya melakukan semua yang termampu untuk menghindari pemberontakan. Mereka berpihak kepada pihak yang damai dan dari sana mereka berada di pihak Roma tanpa membelok, dan kehilangan beberapa kota seabgai akibatnya. Dia dan pasukannya dalam kumpulan Cestus Gallus dalam ekspedisi yang mematikan terhadap Yerusalem. Dia telah memulihkan wilayahnya menjelang 67 CE selepas orang Roma telah memulihkan semua wilayah Filistin utara.

 

Nero mati pada pada 9 June 68 CE. (Kita tahu bahawa Paulus, dan kemudian Petrus telah dibunuh sewaktu pemerintahan Nero). Titus dan Agrippa kemudiannya memberi penghormatan kepada kaisar baru Galba, tetapi dalam perjalanan mereka menerima barita tentang pembunuhan Galba pada 15 Januari 69 CE.

 

Titus kembali kepada bapanya Vespasian, dan Agrippa pergi ke Roma. Selepas pilihanraya Vespasian seabgai kaisar oleh orang Mesir dan Siria pada Julai 69 CE dia kembali untuk memberi penghormatan bagi pihak Berenice, yang merupakan penyokong yang kuat parti Flavian. Dari sini, Agrippa terus menjadi teman Titus yang dipercayakan oleh Vespasian untuk memimpin peperangan. Selepas kejatuhan Yerusalem, Titus menaja pertandingan-pertandingan yang penting di ibu kota Agrippa, Caesasea Philippi. Ibu kota Agrippa adalah pusat Roma bergembira atas kejatuhan orang Yahudi.

 

Selepas peperangan, tanah-tanahnya diperluaskan, dan Josephus mencatatkan bahawa Arcea di Lebanon Utara, yang mana utara timur Tripolis, adalah kerajaan Agrippa (B.J vii, 5, 1, lihat catatan bawah 37  Schurer, Jil. 1, ms. 478). Josephus tidak menyebut mereka dalam Peperangan (B.J. iii, 3,5), mungkin kerana mereka belum lagi diserahkan kepada dia, dan Schurer percaya pandangan ini (ibid., ms. 478).

 

Selepas peperangan, pada  75 CE, Agrippa dan Berenice tiba di Roma dan disana Berenice memulakan kembali perhubungan yang dia telah mulakan dengan Titus di Filistin. Ratu Yahudi ini tinggal dengan Titus pada Palatin sementara Agrippa diberikan pangkat Praetor. Ia sudah dijangkakan bahawa mereka akan berkawin, tetapi reaksi di Roma sangat kuat bahawa Titus dipaksa untuk membawa dia keluar.

 

Jubili adalah pada 77 CE. Pemusnahan telah siap di Yerusalem pada 70 CE dan orang Roma telah menggabungkan semua kuasa menjelang Sabat yang ketujuh pada 76 CE sebelum Jubili pada 77 CE.

 

Selepas kematian Vespasian, Berenice kembali ke Roma pada 23 Jun 79 CE, tetapi Titus sebagai kaisar tidak mengendahkan dia. Schurer  berpendapat dia kembali ke Filistin tetapi sedikit yang diketahui tentang dia selepas masa ini.

 

Pemerintahan Agrippa dalam wilayah jajahannya bertahan sehingga 85 atau 86 CE, apabila dia disingkirkan dari koloni Yahudi. Josephus mencatatkan, apabila dia menulis Antiquities (xvii, 2,2 (28)), bahawa mereka tidak lagi sebahagian daripada wilayahnya. Dia seolah-olah telah memerintah sekurang-kurangnya seingga pemerintahan Domitian. Schurer menganggap dia mati sekitar 92/93 CE dan bahwa Photus tidak ketentuan dalam pertarikhannya pada 100 CE (petikan ms. 481). Dengan tidak ada anak, kerajaannya telah digabungkan kedalam wilayah Siria pada waktu kematiannya.

 

Peperangan dengan Roma berlarutan dari 66 CE sehingga kira-kira 74 CE tetapi nubuatan prihatin kepada pemusnahan Kaabah dan pembukaan sistem fizikal, yang berakhir pada 70 CE.

 

Konduk Peperangan

Agrippa juga selalu menggunakan haknya untuk melantik Imam Besar, dan membuka serta melantik Imam Besar sehingga pemberontakan bermula pada 66 CE.

 

Dari kepulangannya dari Alexandria bai pemberontakan pada 66 CE, Agrippa mengumpulkan orang-orang di Xystus, yang merupakan bukaan empat segi di depan Istana Hasmonaean dimana dia tinggal. Dia cuba untuk menyuruh orang-orang untuk memulihkan susunan dan memberikan kepada Florus yang dibenci, tetapi ini adalah usaha terakhir. Orang-orang telah menolak dia dengan cacian yang hinaa dan dia kembali kepada kerajaannya.

 

Pemberontakan ini juga meluas ke Masada, benteng termasyur dekat dengan Laut Masin di sebelah selatan (sekarang Laut Mati).

 

Keadaan pemberontakan sangat tegang.

 

Dalam dorongan Eleazar, anak Ananias, Imam Besar, korban harian kepada kaisar telah digantung dan tidak ada lagi korban dari orang bukan Yahudi yang diterima. Ini adalah satu keterbalikkan kepada doa kepada Allah pada permulaan Kaabah oleh Solomon, dan efeknya, adalah pelanggaran perjanjian di antara Israel dan Allah berkenaan dengan orang bukan Yahudi. Aspek ini dirangkumi dalam karya tulis Pemerintahan Raja-raja: Bahagian III: Solomon dan Kunci Daud (No. 282C) dan memmpunyai akibat yang meluas.

 

Penggantungan korban kepada kaiar adalah serupa dengan deklarasi terbuka pemberontakan terhadap Roma. Semua pujukan para pemimpin, ketua-ketua imam dan golongan Farisi telah gagal.

 

Pihak damai, yang terdiri daripada ketua-ketua Imam, Farisi dan golongan Hasmonaean, yakni mereka yang bertalian dengan Rumah Herodian, telah gagal. Mereka berusaha untuk memaksa serta merayu kepada Raja Agrippa untuk sokongan. Dia mengutus 3,000 pasukan berkuda dibawah Darius dan Philippus, dan dengan bantuan mereka, mereka mendapat kendalian atas kota atasan sementara pemberontak mengekalkan kendalian keatas Kaabah Mount dan Kota bawahan. Bagaimana pun, kuasa raja memaksa untuk mengosongkan kota atasan, dan dalam kemarahan, para pemberontak telah membakar istana Ananias, Imam Besar, dan istana Agrippa dan Berenice. Beberapa tahun kemudian di Lous atau Ab, yakni Julai/Ogos, para pemberontak menawan benteng Antonia dan mula menakluk istana atasan Herod dimana pasukan pihak damai berselindung.

 

Pertahanan adalah mustahil dan pasukan Agrippa diberikan kendalian yang selamat. Pasukan Roma melarikan diri ke tiga menara istana Herod (Hippicusm Phasael dan Mariamne). Kawasan istana yang lain dibakar pada 6 Gorpiaeus (Elul). Pada keesokan harinya, Imam Besar Ananias telah ditawan dalam tempat perlindungannya dan dibunuh. Pasukan Roma di tiga menara dipaksa untuk menyerah kalah. Pasukan ini dijanjikan dengan layanan yang selamat. Bagaimana pun, mereka menurunkan tangan mereka, mereka telah dibunuh sehingga orang terakhir (Schurer, ms. 486-487).

 

Maka itu, Yerusalem telah menang. Di kota-kota lain di Yudea dan Galilea, peperangan yang ganas telah berlaku. Dimana orang Yahudi diungkap telah membunuh orang-orang bukan Yahudi, dan dimana orang bukan Yahudi diungkap telah membunuh orang Yahudi. Josephus mengatakan efek pemberontakan di Filistin meluas sehingga ke Alexandria (B.J. ii, 18, 1-8 (457-98); lihat juga Schurer, ms. 487).

 

Serangan Balas

Selepas penangguhan yang lama yang dilaporkan dalam persediaan, Cestius Gallus, pemerintah Siria, telah berpindah ke Yudea untuk meredakan pemberontakan.

 

Pasukan ini terdiri daripada legiun ke-12 dan dua ribu lelaki yang terpilih dari legiun yang lain, enam pasukan dan empat pasukan berkuda bersama dengan alat-alat tambahan yang banyak disediakan dibawah obligasi raja-raja yang baik, termasuk Agrippa.

 

Pasukan Gallus  berpindah dari Alexandria jalan ke Ptolemais, Caesarea, Antipatris, dan Lydda. Mereka tiba di Lydda pada masa Perayaan Bait Kudus waktu Tishri. Mereka berarak dari sana ke Yerusalem melalui Beth Horon, dan tiba di Gedeon, lima puluh stadia dari Yerusalem (ibid.).

 

Orang Yahudi telah menyerang perkemahan Beth Horon dan orang Roma berada dalam bahaya tetapi akhirnya berjaya mengatasi orang Yahudi.

 

Gallus kemudiannya berpindah lebih dekat dengan Yerusalem dan berkemah atas gunung Scopus, sekitar tujuh stadia dari Yerusalem, oada 26 Tishri. Empat hari selepas itu, pada 30 Tishri (Hyperberetaeus), dia menduduki pinggirin kota utara Bexetha tanpa tentangan, dan membakarnya.

 

Dia kemudiannya menyerang Kaabah Mount tetapi gagal dan dia keluar. Josephus tidak boleh menjelasan mengapa dia melakukannya. Dia mungkin tidak cukup peralatan dan tidak cukup orang bagi penawanan ini.

 

Dia beundur, dan dalam jurang kecil dekat dengan Beth Horon, orang Yahudi mengepung dia sepenuhnya dan menyerang pasukan dia dengan penuh semangat. Demi untuk melarikan diri dengan pasukannya ke Antioch, dia terpaksa meninggalkan peralatan perangnya yang kemudiannya digunakan oleh orang Yahudi.

 

Persediaan bagi serangan Roma yang utama

Pemenang itu kembali ke Yerusalem pada 8 Dius, atau Marcheshvan.

 

Pihak damai sekarang menyerah sepenuhnya dan bergabung dengan pemberontak. Persediaan metodis bermula bagi serangan balas Roma yang tidak boleh dihalang. Perkumpulan popular dalam Kaabah yang dipilih oleh Joseph ben Gorion dan Imam Besar Ananus untuk memerintahkan pertahanan bagi Yerusalem.

 

Jesus ben Sapphias dan Eleazer ben Ananias (kedua-duanya dari silsilah Imam Besar) telah diutus ke Idumea untuk memerintahkan pertahanannya. Hampir setiap satu daripada sebelas toparki menggambarkan kedudukan Josephus yang tinggi dalam masyarakat aristokratik Yudea. Walaupun tidak dilatih untuknya, dia melaksanakan tugas itu dengan penuh semangat.

 

Dia melantik kerajaan di Galilea sama dengan corak Sanhedrin, bersama dengan persidangan tujuh puluh orang untuk menangani perkara-perkara perundangan yang serius dan kes-kes besar.

 

Satu persidangan berjumlah tujuh orang telah dilantik dalam setiap kota bagi mengurangkan perselisihan.

 

Dia mahu memusnahkan Istana Tiberias, tetapi pemberontak sudahpun menjalankan tugas itu. Dia menguatkan semua kota utama di Galilea dan membuatnya lebih bertahan. Kota-kota ini ialah Jotapata, Tarichea, Tiberias, Sepphoris, Gishala, Gunung Tabor, dan Gamala di Gaulanitis dan banyak lagi tempat-tempat kecil. Dia memanggil lebih dari 100,000 orang dan melatih mereka cara orang Roma.

 

Persediaan Josephus yang kuat dan tetap bagi peperangan taleh disangkal oleh John dari Gischala, seorang anti-Roma yang kuat, di Galilea.

 

Josephus tidak sepenuhnya memberi komitmen kepada tentangan total, dan di Tarichea, dimana Josephus dimaakan, satu rusuhan serius berlaku selepas Josephus diketahui telah menuntut semula barang rampasan dari golongan muda dari perkampungan Dabaritta, yang mana dia telah mengambilnya dari Agrippa.

 

Dendam dan ketidakpercayaan Josephus menimbulkan hura-hara. Kehidupan Josephus telah diamcam dan hanya penghinaan-diri dan kelicikan yang boleh menghindari bahaya ini. Selepas itu, di Tiberias dia terpaksa melepaskan para pembunuh yang diutus untuk membunuh dia oleh John dari Gischala.

 

Akhirnya, John dari Gischala telah menarik kembali pengangkatan Josephus, dan pasukan sejumlah 2,500 dibawah empat orang kenamaan telah diutus ke Galilea untuk tujuan ini. Bagaimana pun, Josephus berjaya membatalkan dekrit itu dan empat orang kenamaan ini dipanggil semula. Apabila mereka enggan untuk menurut mereka ditanggap dan dibawah pulang.

 

Penduduk di Tiberias, yang terus memberontak, telah diredakan dengan paksaan. Kota itu cacat beberapa hari kemudian di pihak Agrippa dan orang Roma, dan sekali lagi ditaklukkan oelh kelicikan. Menurut Josephus, kota itu mempunyai penduduk yang bercampur dan beberapa orang menyokong pemberontakan dan yang lain pula menyokong Agrippa dan orang Roma (B.J ii 21, 8-10 dan Vita 32-34; 66-68).

 

Yerusalem menggunakan jangka masa campur tanagn ini untuk melatih orang muda menggunakan senjata dan membuat senjata dan mengumpul bekalan untuk menahan serangan. Menjelang Paskah 67 CE kota mengalami serangan kedua yang yang lebih teruk.

 

Serangan Roma yang Kedua pada 67 CE

Nero berada di Achea apabila berita kekalahan Cestius Gallus sampai kepadanya. Dia membuat perintah untuk menekan pemberontakan Yahudi kepada Vespasian yang berpengalaman. Gallus yang kalah kemudiannya mati tidak lama selepas itu.

 

Syarat bagi kempen ini telah dibuat semasa musim dingin.

 

Vespasian mara ke Antioch dan menyusun tenteranya disana, dan mengutus anak lelakinya Titus ke Alexandria untuk membawa untuknya legiun yang ke-15 yang berpangkalan disana.

 

Dengan cepat, pada penghujung musim dingin, dia berarak ke Ptolemais dimana dia menunggu Titus, tetapi sebelum Titus tiba, utusan dari Sepphoris di Galilea tiba dan meminta penempatan orang Roma. Vespasian serta merta berarak dengan 6,000 orang dibawah Placidus ke penempatan Sepphoris. Tanpa menyerang Roma mengambil alih satu daripada tempat kuat yang paling penting di Galilea.

 

Dengan ketibaan Titus, tentera ini sekarang dalam perintah Vespasian yang terdiri daripada tiga legiun yang lengkap: legiun ke-5, ke-10 dan ke-15; dua puluh tiga pasukan tambahan, enam pasukan berkuda, dan pasukan tambahan ini disediakan oleh Raja Agrippa, Antiochus dari Commagene, Soaemus dari Emesa dan Malchis II dari Nabataea, semuanya adalah sekitar 60,000 orang.

 

Vespasian pergi dari Ptolemais dan berkemah di sempadan Galilea.

 

Pasukan Yahudi dibawah Josephus telah berkemah di Garis, 20 stadia dari Sepphoris untuk menunggu orang Roma (Vita 71 (395)).

 

Semangat pasukan Yahudi telah gagal walaupun sebelum orang Roma muncul, dan mereka telah berpecah. Tanah rendah di Galilea jatuh kedalam tangan Roma tanpa menggunakan pedang.

 

Josephus telah dipaksa untuk berundur ke Tiberias. Vespasian sekarang hanya perlu mengalahkan benteng itu sedikit demi sedikit.

 

Josephus menghantar berita ke Yerusalem bagi satu bala tentera yang sama kualitinya dengan orang Romas. Permintaan ini terlalu lewat.

 

Bahagian utama pasukan Josephus menduduki Jotapata. Josephus berkata orang Roma harus membina janlan untuk menyeberangkan pasukan berkuda, yang mana mereka lakukan dari 17 sehingga 21 Iyar. Josephus didakwa tiba disana pada 21 Artemesius (Iyar) dalam 67 CE. (Masa ini adlah pada penghujung masa Paskah Kedua yang mana adalah bahagian Roti yang Tidak Beragi). Vespasian telah tiba di kota pada waktu petang pada hari berikutnya, Josephus berkata pengepungan ini berlarutan 47 hari (B.J. iii, 7, 33 dan 8, 9 dan berakhir pada 1 Panemus (B.J. iii, 7. 36).

 

Josephus agak jelas bahawa kota itu jatuh pada 1 Panemus. Dia juga agak jelas bahawa pengepungan adalah 47 hari. Dia juga menyatakan bahawa kerja-kerja jalan dilaksanakan empat hari sebelum ketibaannya pada 21 Iyar. Justru itu, orang Roma telah menaikkan kawalan terhadap pengepungan itu semestinya tiba pada 14 Iyar atau pada masa Paskah kedua. Sejak jalan itu dibina, kekuatan pengepungan boleh dimarakan ke depan bersama dengan pasukan utama Vespasian. Kepentingan untuk menggunakan Paskah Kedua dalam Iyar dalam kedua-dua operasi utama seharusnya tidak hilang pada penuntut Alkitab. Allah membenarkan situasi ini berlaku untuk menangani Yudah.

 

Kota Jotapata telah diambil pada Bulan Baru Tammuz pada 67 CE. Ia adalah kota berdiniding di srael sejak zaman Yoshus (petikan Mishnah, Arak, 9:6).

 

Serangan pertama telah ditangkis. Orang Roma kemudiannya memulakan pengepungan. Josephus menjelaskan pengepungan itu dengan terperinci dalam Wars of the Jews (Peperangan orang Yahudi).

 

Pada akhirnya, walaupun menggunakan kelicikan dan mengutus orang keluar dengan memakai kulit binatang untuk menghantar bekalan pada waktu malam, dan menggunakan minyak mendidih dan halba untuk menguatkan pengepungan dan menggunakan perisai kuat serta tentangan tetap yang berani, kota itu tetap telah jatuh. Percubaan yang berani dalam pengapungan ini memperlihatkan Vespasian cedera. Kota itu dikhianati oleh pembelot, yang mendedahkan keadaan kepenatan sebenar kepada orang Roma. Penjaga pagi tidak boleh berjaga. Titus dan pasukan kecil memasuki dengan senyapn pada waktu pagi dan membunuh pengawal dan kota itu tidak boleh menangkis pra penyerang apabila mereka berada di dalam.

 

Orang-orang telah dibunuh dan ramai yang lain bersembunyi ke gua-gua.  Mereka dibunuh oleh orang Roma ataupun membunuh diri mereka sendiri. Josephus mencatatkan bahawa dia selamat, didakwa melalui membuang undi menjadi orang yang terakhir dalam gua itu untuk membunuh diri, dan kemudian menyerah. Dia bertindak sebagai nabi dan ianya disahkan oleh saksi-saksi yang lain yang mana dia sebenarnya beritahu tentang kekuatan kepungan tersebut. Josephus memberitahu lebih awal bahawa Vespasian akan memikul takhta, dan oleh itu dia dilayan dengan lebih ramah.

 

Orang Roma membunuh semua orang kecuali beberapa orang tawanan dan membiarkan beberapa kanak-kanak dan beberapa golongan wanita hidup. Mereka memusnahkan kota itu, Josephus dibiarkan hidup untuk mencatatkan peristiwa itu. Kota itu ditemukan semula pada 1847 oleh E. G Schurer di Jefat sebelah utara Sepphoris.

 

Pada 4 Panemus, Vespasian berarak ke Caesarea dalam jalan ke Ptolemais dimana dia membenarkan tentera untuk berehat dementara dia pergi kepada Agrippa di Caesarea Phillipi. Mereka telah berpesta disana selama dua puluh hari. Titus kemudiannya memerintahkan untuk membawa legiun ini dari Caesarea Maritima dan mereka berarak ke Tiberias. Kota ini menyerah kalah dan dilayan dengan ramah kerana Agrippa.

 

Mereka berarak terus ke Tarichea. Satu semarak yang kuat oleh Titus mengambil kota itu pada permulaan Gospiaeus atau Elul.

 

Bulan Baru dan Paskah Kedua membentuk peristiwa penting padalam peperangan ini. Allah sedang bercakap kepada Yudah dan mereka tidak mendengar Dia.

 

Justru itu, di Galilea, hanya Gischala dan Gunung Tabor (Itabyrion) yang terus kekal bagi pemberontak yang juga memegang Gamala dan Gaulanitis yang penting dan kuat.

 

Orang Roma telah seterusnya menyerang Gamala, dan pada mulanya mereka seolah-olah berjaya dan memasuki kota itu. Bagaimana pun, serangan balas sangat kuat dan bersemangat yang mana orang Roma keluar dari kota itu dengan kekalahan yang teruk, dan ia memerlukan segala kuasa Vespasian untuk memulihkan ketenteraman dan moral (Schurer, ibib., ms. 495).

 

Pada 23 Tishri (Hyperberetaeus), Gamala akhirnya jatuh. Gunung Tabor juga telah diambil oleh detasmen yang diutus disana semasa pengepungan di Gamala.

 

Titus telah diutus ke Gischala dengan detasmen sejumlah 1,000 pasukan berkuda. Kota itu menyerah kalah kepada Titus pada hari yang kedua. John dan golongan fanatiknya telah melepaskan diri pada malam sebelumnya dan lari ke Yerusalem.

 

Vespasian membawa tentera itu kedalam suku musim dingin. Dia dan legiun yang ke-5 dan ke-15 berkemah di Caesarea. Legiun yang ke-10 berpangkalan di Scythopolis.

 

Justru itu, menjelang musim dingin  pada 67 CE, semua Filistin utara berada dalam tangan orang Roma.

 

Peperangan Sivil pada 67 CE

Para pemimpin pemberontak adalah asalnya dari para pemimpin yang berbela-hati atau sebahagian daripada pohak damai. Nasionalis yang kuat, dipanggil golongan fanatik, telah menyalahkan mereka atas tahun pertama peperangan yang memusnahkan. Mereka dituduh tidak membuat peperangan itu cukup sengit. Komentar ini tidak mendapat justifikasi.

 

Golongan fanatik kemudiannya mula mengendalikan kepungan dan melarikan diri dari pepimpin sebelumnya. Mereka tidak dengan sukarela melepaskan kuasa lalu peperangan sivil yang dahsyat telah bermula pada musim dingin 67-68 CE.

 

John dari Gischala adalah pemimpin gologan fanatik. Dia melarikan diri dari Titus dan pergi bersama dengan pasukannya ke Yerusalem kira-kira permulaan November.

 

Dia mengumpulkan anak-anak muda dan merangsang mereka untuk bertindak lebih berani. Pelarian militan fanatik dari utara datang beramai-ramai ke Yerusalem demikian juga dengan para sukarela dari tempat-tempat lain. Tidak lama kemudian golongan fanatik mendapat kendalian di Yerusalem.

 

Tindakan mereka yang pertama ialah untuk melepaskan diri dari semua pesimpati Roma yang dicurigai. Beberapa orang ternama, termasuk Antipas dari Keturunan Herodian, telah dikurung dan dibunuh di dalam penjara.

 

Satu lagi Imam Besar telah dipilih oleh undian seperti yang sebelumnya dipunyai oleh parti aristokratik. Ini adalah satu tamparan hebat kepada golongan Saduki, dan memperlihatkan kebangkitan sistem Kaabah-rabinikal dari golongan Farisi.

 

Imam Besar yang telah dipilih ialah Phannias, dari Apthia (juga Phanni, PHannasus, Pinhas). Josephus berkata bahawa dia bukan seorang yang sangat memahami jawatannya sebagai Imam Besar, tetapi dia adalah pilihan dan itu adalah perkara yang lebih penting (B.J iv 3. 6-8).

 

Kuasa di Yerusalem, Gorion ben Joseph, Simon ben Gameliel orang Farisi, dan dua Imam Besar, Ananus ben Ananus dan Jesus ben Gamaliel cuba untuk melepaskan diri mereka dari golongan fanatik dengan paksaan. Kerana mereka adalah golongan minoriti mereka dipaksa masuk kedalam kamar dalaman Kaabah dan oleh kerana tidak ada orang yang menggempur pintu kudus, mereka dikunci di dalamnya.

 

Golongan fanatik telah mengutus mesej kepada orang Idumean yang suka berperang. Anak-anak Esau ini telah dikalahkan oleh John Hyranus dan mualaf kepada fahaman Yudaisme sekitar setengah kurun sebelumnya. Satu peratusan yang besar Yudea adalah golongan Idumean, demikian juga dengan golongan Hasmonaean sendiri.

 

Golongan Idumean muncul di pintu Yerusalem tetapi mereka tidak dibenarkan masuk. Malam itu, satu gempuran dilakukan sebagai perlindungan oleh pihak fanatik untuk membuka pintu dan serangan gabungan ini mula merompak serta membunuh penduduk kota itu. Serangan balik terlalu lemah untuk melawan dan keadaan ngeri mula melanda kota. Golongan fsnatik mengarahkan pembunuhan kepada serangan balas itu, menyatakan bahawa mereka adalah pro-Roma. Imam Besar Ananus dan Jesus telah dibunuh.

 

Malah mereka menunjukkan perbicaraan formal yang olok-olok untuk memberikan kerdibiliti kepada orang yang dibunuh, tetapi mahkamah mengarahkan perbicaraan ini dibatalkan, membebaskan yang tertuduh Zacharias ben Baruch, dan golongan fanatik telah membunuh dia dengan pernyataan: “Kami juga mempunyai undi” (Schurer, ibi., ms. 497-498).

 

Golongan Idumean pada masa ini sedar bahawa pengkhianatan ini hanya berkaitan dengan undang-undang – warganegara yang tinggal. Mereka kemudiannya keluar.

 

Golongan fanatik terus memerintah dengan ganas dengan pengekangan yang bertambah kurang. Mereka membunuh Gorion dan bahagian yang baik-dilakukan, dan pihak berkuasa menakut-nakutkan bahawa tidak ada lagi pertahanan. John dari Gischala adalah seorang yang zalim di Yerusalem.

 

Perlindungan Jemaat di Pella

Jemaat telahpun diberi amaran tentang trauma ini melalui Daniel. Sebelum peperangan, dan selepas kematian James, dibawah Simon sepupuh Kristus, ia telah pergi ke Pella lama sebelum Paskah pada 66 CE.

 

Eusebius mencatatkan dari Josephus (HE III, V-VI) perincian tindakan orang-orang di kota itu yang mengerikan. Jemaat telah terselamat dari kengerian golongan fanatik dan kelaparan yang dahsyat yang mana telah memusnahkan kota itu dan struktur moralnya.

 

Jeneral Roma menganggap bahawa Yerusalem harus diserang serta merta. Dengan peperangan yang sedang berlangsung di kota itu, mereka menganggap ia boleh ditangani dengan muda.

 

Vespasian menganggap bahawa ia adalah lebih bijak untuk membiarkan kota itu melepaskan seluruh kemarahan kepada permusuhan dalamannya, dam membiarkan ia letih dengan sendirinya.

 

Allah telah memberikan kepada Yerusalem 40 tahun dibawah Tanda Yunus, dan mereka akan menggunakan setiap hari yang diperuntukkan kepada mereka (lihat karya tulis Tanda Yunus dan Sejarah Pembinaan Semula Bait Allah [013]).

 

Mereka seharusnya sudah bertobat dan Allah seharusnya sudah menyelamatkan mereka, walaupun pada minit-minit terakhir.

 

Tetapi, Vespasian memberi perhatian kepada Peraea, dimana Pella terletak. Kawasan ini adalah kawasan orang bukan Yahudi tetapi mempunyai elemen anti-Roma khusunya dalam kota Gadara.

 

Gadara telah meminta pasukan kuat Roma sebagai perlindungan terhadap elemen-elemen ini.

 

Vespasian menggerakkan pasukan disana dari Casearea walaupun sebelum musim semi tiba. Dia tiba disana pada 4 Dystrus, atau Adar pada 68 CE dan menduduki kota itu. Kemudian dia kembali ke Caeserea. Vespasian meninggalkan detasmen yang berjumlah 3,000 infantri dan 500 pasukan berkuda dibawah Placidus, dan ini melengkapkan penaklukan Peraea sejauh Machaerus. Ini memberi pengaruh yang memastikan bahawa Jemaat ditinggalkan dalam keadaan damai dan memperlihatkan bahawa tidak ada daripada pemusnahan ini yang berlaku di Yudea, Galilea dan Idumea.

 

Apabila musim semi menjelang tiba, Vespasian sekali lagi keluar dari Casearea. Objektifnya adalah untuk menakluk seluruh kawasan perdesaan supaya Yerusalem manjadi benteng terkhir dan apabila dimusnahkan, semua pertahanan akan musnah bersama dengannya.

 

Dia menduduki Antipatris, menangkap Lydda dan Jamnia. Dia mengarahkan legiun yang ke-15 di luar Emmaeus. Kemudian dia membuat serangan keatas Idumaea. Mengarah kearah utara, dalam perjalanan ke Emmaeus, dia berarak melalui Samaria ke Neapolis (Shechem) melalui Corea. Dia tiba di Corea pada 2 Sivan (Daisius) dan kemudian pergi ke Yerikho. Dia mengawal Yerikho dan Adida. Dia dengan mutlak memusnahkan Gerasa dengan detasmen dibawah Lucius Annius.

 

Yudea sepenuhnya ditakluki. Sekarang Vespasian boleh mengalihkan perhatiannya terhadap Yerusalem (petikan Schurer, ibi., ms. 498-499). Di kembali ke Caesarea dan memulakan persediaan, tetapi kematian Nero pada 9 Jun 68 CE memaksa untuk mengimbas kembali rancangan yang telah dibuat. Seluruh empayar mungkin dalam keadaan huru-hara dan oleh itu dia harus memberi perhatian disana. Dengan cara ini Allah menangani keadaan ini, dengan memaksa Yudah untuk menilai diri sendiri dalam jangka masa empat puluh tahun.

 

Vespasian menunggu berita, dan pada musim dingin 68/9 CE berita tiba bahawa Galba telah diumumkan sebagai kaisar. Dia telah mengutus anak lelakinya Titus ke Roma untuk memberi penghormatan kepada kaisar baru ini dan menunggu perintah. Bagaimana pun, Titus hanya tiba di Korintus apabila dia diberitahu tentang pembunuhan Galba pada 15 Januari 69 CE.

 

Titus kemudiannya kembali kepada bapanya di Caesarea. Vespasian meneruskan dengan penungguannya.

 

Pendudukan Kedua Yudea

Peristiwa-peristiwa yang berlaku telah memaksa Vespasian untuk bergerak semula ke Yudea apabila Simon Bar-Giora (anak lelaki proselyte) yang bersikap sama dengan John dari Gischala – tidak bertoleransi dan seorang fanatik – mula mengumpulkan satu perikatan pengikut dengan berkobar-kobar. Dia dan pengikutnya mula berleluasa di Filistin selatan, merompak dan merapas dimana sahaja mereka pergi.

 

Seperti belalang, mereka memusnahkan semua yang ada di depan mereka. Selepas membuat serangan mengejut terhadap Hebron, mereka membawa barangan rampasan yang berharga (Schurer, ibi., ms. 499 petikan B.J iv, 9, 3-8).

 

Vespasian dipaksa untuk bertindak. Pada 5 Daisius, atau Sivan 69 CE, selepas rehat satu tahun, dia keluar lagi dari Caesarea. Dia menakluki wilayah Gophna dan Acrabata dan pekan-pekan di Bethel dan Efraim. Dia mendekati Yerusalem sementara pegawai-pegawainya menakluki dan memusnahkan Hebron, selepada mereka menentang. Dengan pengecualian Yerusalem, dan tiga benteng di Herodium, Masada dan Machaerus, seluruh Filistin takluk kepada Roma (ibid., ms. 499-500).

 

Dua orang Zalim di Yerusalem

Yerusalem sudah terlalu bosan dengan John dari Gischala, dan dalam diri Simon Bar –Giora, mereka melihat cara untuk melepaskan diri mereka dari John. Justru itu, walaupun sebelum Vespasian telah menakluki kawasan selatan, Simon kembali ke Yerusalem dan telah dijemput masuk ke Yerusalem dengan syir Imam Besar, Matthias. Dia masuk ke Yerusalem pada Xanthicus, atau Nisan 69 CE.

 

Bukan pula bebas dari kezaliman John, malah mereka sekarang mempunyai dua orang zalim yang mana kedua-duanya melihat sesiapa sahaja yang mempunyai wang sebagai satu musuh yang lazim.

 

Empayar yang Terbahagi

Allah sekali lagi bertindak untuk memberikan Yerusalem jangka masa yang cukup dan memberikan Yudah satu peluang untuk selamat.

 

Atas ketibaan kembali Vespasian ke Caesarea, berita sampai kepadanya bahawa legiun-legiun di Barat telah mengumumkan Vitellius sebagai kaisar. Legiun di sebelah Timur memutuskan bahawa mereka lebih suka mempunyai Vespasian daripada Vitellius yang tamak.

 

Pada 1 Julai 69 CE, Vespasian diumumkan kaisar di Mesir. Beberapa hari kemudian, orang Filistin dan Legiun Siria telah mengikutinya. Sebelum pertengahan Julai, dia telah dikenali sebagai kaisar di seluruh Timur.

 

Vespasian kemudiannya terpaksa menggabungkan kuasanya dan harus meninggalkan orang Yahudi yang memberontak sehingga masa-masa kemudiannya. Masa ini adalah menurut dengan tujuan Allah dan kalendarNya.

 

Vespasian telah menerima utusan di Berytus dan kemudian pergi ke Antioch. Dari sana dia telah mengutus Mucianus melalui darat ke Roma bersama dengan tentera dan dua pergi ke Alexandria. Sementara berada disana dia telah menerima perintah bahawa dia telah menang di Roma dan Vitellius telah dibunuh pada 20 Disember 69 CE.

 

Dia tinggal di Alexandria sehingga permulaan musim panas 70 CE, tetapi telah mengutus Titus bersama dengan bala tentera ke Filistin untuk menyelesaikan peperangan Yahudi.

 

Yerusalem dan orang Zalim

Sementara dalam masa setahun, situasi di Yerusalem sebenarnya menjadi lebih teruk, sekiranya ini adalah tidak mustahil.

 

Tetapi malah dua pihak orang Zalim sekarang sudah menjadi tiga orang. Eleazar, anak lelaki Simon, telah berpecah dari perti John yang fanatik. Kota itu pada masa itu berpecah kepada tiga bahagian. Simon menguasai Kota di Wilayah Atas dan sebahagian besar Wilayah Bawah. John menguasai Kaabah Mount, dan Eleazar menguasai bahagian dalam Kaabah. Tiga orang ini terus menerus mempunyai konflik dan seluruh kota terus bertempur tanpa henti.

 

Daripada membiarkan prospek dari setiap satu mempunyai bagian dalam bekalan makanan atas perbelanjaan dari yang lain, mereka membakar gudang  makanan yang besar di Yerusalem dan membuat kota itu dalam keadaan kelaparan. Mereka memastikan bahawa kota itu tidak boleh bertahan dasri kepungan Roma dari akal fikiran, satu konflik yang saling menghancurkan.

 

Mereka patut dipukul pedang bagi setiap mereka, dan pedang itu menimpa keatas mereka dalam bentuk Titus dan tenteranya.

 

Kejatuhan Yerusalem

Bala tentera dibawah Titus terdiri daripada empat legiun. Selain daripada Legiun Vespasian yang ke-5, ke-10 dan ke-15, dia juga mempunyai legiun ke-12, yang merupakan legiun di Siria sibwah Cestius yang memulakan kepungan yang pertama.

 

Komandan Legiun Vespasian adalah:

 

Sextus Vettulenus Cerealis Legiun yang ke-5

 

A. Larcius Lepidus Sulpicianus Legiun yang ke-10

 

M. Tittus Frugi Legiun ke-15

 

Komandan Legiun yang ke-12 yang tidak diketahui

 

Prokurator (agen khusus) Yudea, Tiberius Iulius Alexander, telah membantu Titus.

 

Dia memberikan perintah kepada sisa tentera untuk bertemu dengan dia di Yerusalem dan dia pertubuhan utama keluar dari Caesarea. Legiun ke-5 pergi melalui Emmaus dan legiun ke-10 pergi melalui Yerikho. Demikian juga dengan seluruh pasukan tambahan yang bersekutu, yang telah dikuatkan, Titus mempunyai 2,000 orang bersamanya dari Mesir dan 3,000 orang keluar dari bala tentera di Euprates.

 

Schurer mengatakan Titus tiba di tembok Yerusalem beberapa hari sebelum Paskah 70 CE (ibid., ms. 502); kuasa yang lain mengatakan pada 1 Abib 70 CE. Ini bersesuaian dengan jangka masa itu. Ianya tidak memberi akibat yang serius sekiranya ia adalah 1 atau 13 Abib. Paskah adalah satu penghakiman Allah.

 

Titus telah pergi mendahului bersama dengan pasukan 600 orang yang berada dibawah ancaman serius orang Yahudi, dan hanya oleh orang-orangnya yang berani yang telah menyelamatkan dia.

 

Keberanian fanatik orang Yahudi dihormati oleh orang Roma. Legiun ke-10 telah tiba dan membuat kemah diatas Gunung Zaitun. Dalam proses ini, ia telah diserang dengan penuh keganasan sehingga hampir kalah sepenuhnya. Intervensi peribadi Titus membuat ia berdiri kembali dan membalas serangan itu.

 

Perkelahian dalaman ini berterusan tanpa reda dalam kota itu. Dengan orang Roma di pintu besar, satu lagi pembunuhan besar-besaran yang terjadi pada waktu Paskah 70 CE di Yerusalem. Orang-orang Eleazar membuka pintu besar perkarangan Kaabah kepada penyembah Pakah. Orang-orang John Gischala menggunakan peluang ini untuk menyeludup dan membunuh orang-orang Eleazar dan mengambil alih seluruh Kaabah Mount. Tindakan ini mengembalikan keadaan dua pihak, yakni John dan Simon.

 

Schurer memberikan deskripsi tentang kota ini dalam Jilid 1 dalam mukasurat 503 dan juga menggunakan Josephus (B.J. v 4) seperti berikut:

 

“Untuk memahami pengepungan yang mengikutinya, ianya perlu untuk memiliki satu idea umum tentang tataruang kota itu. [B.J. v4] Yerusalem terletak di atas dua bukit, satu bukit yang lebih tinggi di sebelah barat, dan satu lagi yang lebih rendah di bahagian timur, dibahagikan oleh satu jurang dalam yang  melintang dari utara ke selatan, yang dipanggil Tyropoeon. Bukit sebelah barat yang lebih besar, adalah kota kawasan atas, di bukit sebelah timur yang lebih kecil adalah kota kawasan bawah. Kota kawasan bawah ini juga dipanggil ‘Acra’ kerana disinilah benteng Yerusalem yang dibina oleh Antiochus Epiphanes berdiri pada masa sebelumnya. [petikan Schurer ms. 154-5] Bahagian utara Acra menempatkan kawasan Kaabah, kawasan yang dianggap diperluaskan oleh Herod yang Agung. Bersempadan dengan kawasan Kaabah di sebelah utaranya adalah benteng Antonia. Kawasan Kaabah di keempat-empat sudutnya dikelilingi dengan tembok yang kuat dan oleh kerana ini merupakan satu benteng kecil. Kota dikawasan atas dan bawah ditutupi dengan tembok lazim yang bersambungan dengan tembok sebelah barat kawasan Kaabah, kemudian  menuju kearah barat, malandai di sekitar kawasan kota-kota atas dan bawah pada lengkungan besar di sebelah selatan , dan berpenghujung di sudut tenggara kawasan Kaabah. Lebih lanjut lagi, kota di kawasan atas harus dipisahkan dengan kota di kawasan bawah oleh tembok yang melintang dari utara ke selatan berjajaran dengan Typoeon.  Bagi Titus, yang sudahoun memiliki kota di kawasan bawah, masih perlu meletakkan kayu pelantaknya bertentangan dengan kota di kawasan atas. Di sebelah barat, selatan dan timur, tembok di bahagian luar berdiri dengan curam sekali; hanya di sebelah utara yang agak rata. Disini, terdapat tembok kedua yang membentuk lengkungan ke arah utara dan menutupi kawasan pinggiran kota; dan kemudian, pada landaian utara yang lebih luas, tembok ketiga yang dimulakan oleh Agrippa I dan hanya siap semasa pemberontakan apabila keperluan menuntutnya. Tembok yang ketiga ini menutupi apa yang dipanggil Kota Baru atau pinggiran Bezetha. [Pembaca akan mengingati Bezetha telah dibakar oleh orang Roma dalam tindakan pertama Cestius yang berlaku lebih awal. Petikan Schurer ms. 488] Sementara tataruang kota itu sendiri dituntut, Titus mengarahkan serangannya terhadap sudut utara yakni terhadap kota yang paling jauh, atau dari pendirian para penyerang, mereka bertempur dengan jayanya yang mana ianya hanya kerana dengan campur tangan Titus (yang mana dia sendiri membunuh dua belas musuh) jentera ini terselamat. [B.J. v 6, 2-5] Selepas lima belas hari bekerja, satu daripada kayu pelantak yang paling kuat membuat satu lubang pada tembok, orang Roma masuk ke dalam, dan pada 7 Artemisius (Iyar, April/May) mendapat kendalian terhadap tembok yang pertama. [petikan Josephus B.J. v 7,2]”

 

Lima hari selepas penawanan tembok yang pertama, tembok yang kedua memberi jalan masuk kepada kayu pelantak orang Roma. Titus masuk kedalam bersama dengan pasukan terpilih tetapu telah ditangkis oleh orang Yahudi.

 

Empat hari kemudian dia mencuba sekali lagi dan masa ini mendapatkannya. Sekali lagi kita mempunyai tarikh 12 dan 16 Iyar sebagai tarikh penentuan dalam rentetan Paskah yang Kedua.

 

Langkah Titus yang seterusnya ialah membuat tua kubu melawan kota itu dan dua lagi melawan Antonia.

 

Setiap empat legiun ini ditugaskan untuk membina satu daripada kubu tersebut. Simon Bar-Giora memerintahkan pertahanan keatas Kota kawasan Atas dan John dari Gischala memerintahkan bagi Antonia (B.J v 9,2).

 

Orang Roma kemudiannya menugaskan Josephus untuk meminta kota itu menyerah, namun tidak ada hasil.

 

Makanan berkurang dan orang yang miskin yang keluar untuk mencari makanan telah ditangkap dan disalibkan dengan dilihat oleh seluruh kota. Beberapa antaranya dicacatkan dan dibawah kembali ke kota itu (B.J v 10, 2-5).

 

Orang Roma menyiapkan kubu itu pada 29 Iyar 70 CE.

 

Orang Yahudi, dibawah John dasn Simon, memperuntukkan masa mereka sehingga kubu itu siap sebelum menghancurkannya.

 

John telah menggali satu terowong di bawah kubu menentang Antonia dan kemudian membakar tiang-tiang pada masa yang tepat. Akibatnya adalah bahawa terowong itu roboh dan kubu itu jatuh kedalam nyalaan api dan musnah. Dua hari selepas itu Simon Bar-Giora membakar dan memusnahkan kubu-kubu terhadap Kota di kawasan Atas (B.J v 11 4-6).

 

Kemudian Titus membentuk kota itu dengan tembok batu sebelum dia memulakan kubu yang baru. Ini adalah bertujuan untuk memotong semua bekalan kota itu membuat ia kelaparan. Ianya siap pada jangka masa tiga hari sahaja dan pengawal bersenjata yang berterusan mengelakkan usaha melarikan diri (B.J v 12 1-32)

 

Kengerian keadaan yang lapar menimpa keatas kota seperti Allah firmankan sebelumnya (Im 26:29; Ul 28:29; Yer 19:9; Yeh 5:10) dan seperti dicatat dalam sejarah (2 Raja 6:28-29; Rat 2:20; 4:10; Bar 2:3). Maria dari Beth-Ezob adalah satu daripada mereka yang dicatat sebagai memakan anaknya sendiri (B.J vi 3,4; Euseb HE iii, 6; & Jerome ad Joel 1:9 dan seterusnya (CCL 1xxvi, ms. 170; petikan Schurer catatan bawah 102, ms. 504).

 

Minyak yang kudus dan wain dari “Kamar Rumah Minyak” terletak di sudut sebelah selatan tenggara ruang perkarangan wanita yang mana pada wakyu itu dipaksa untuk digunakan bagi tujuan yang duniawi. Josephus mengkritik tindakan ini tetapi ianya boleh difahami dengan jelas (B.J v 13,6).

 

Dalam masa dua puluh satu hari kubu baru telah dibina dan pada masa ini empat kubu telah dibina untuk menentang Antonia. Kayu pada kali ini harus dibawah dari tempat sekitar 90 stadia (4.5 jam perjalanan)ke kawasan pembinaan kerana kawasan ini digundulkan.

 

John dari Gischala telah menyerang mereka pada 1 Panmus atau Bulan Baru Tammuz tetapi serangan tersebut gagal kerana kekurangan semangat dalam pelaksanaan dan orang Roma dianggap benar-benar berwaspada. (B.J. vi 1, 1-3).

 

Orang Yahudi keluar dan penggunaan kayu pelantak bermula. Pada mulanya ini tidak berjaya tetapi tembok itu kemudiannya jatuh dengan sendirinya, selepas ia rosak teruk. Bagaimana pun, John dan dari Gischala sudahpun mendirikan satu lagi tembok dibelakang bahagian yang rosak dan dengan ini ianya sukar untuk membuat skala.

 

Pada 3 Panemus (Tammuz) Titus mendesak pasukan itu untuk bertindak, dan seorang tentera Siria yang bernama Sabinus dan sebelas rakan memberi skala kepada tembok itu tetapi Sabinus dan tiga rakan itu jatuh (B.J. vi, 1, 3-6). Pada 5 Panemus, di antara dua puluh sehingga tiga puluh tentera memberi skala kepada tembok tersebut dan membunuh para pengawal yang pertama. Titus menekan dengan cepat keatas mereka dan membawa orang Yahudi kembali ke kawasan Kaabah.

 

Orang Roma telah kembali semula tetapi mereka menangkap Antonia dan serta merta bertujuan untuk menjatuhkannya di tanah (B.J. vi 1, 7-8).

 

Orang Yahudi mampu mengekalkan korban pagi dan petang walaupun mereka menghentikan korban bagi orang bukan Yahudi pada 66 CE sewaktu permulaan pemberontakan.

 

Pada hari yang ke-17 dalam bulan yang keempat, Panemus atau Tammus, orang tidak mencukupi untuk meneruskan korban tersebut dan ditambah dengan kekurangan makanan, korban itu digantung. Walaupun percubaan untuk menghidupkannya kembali dalam pemberontakan Bar Kochba, ia tidak pernah lagi diperkenalkan semula.

 

Allah telah membuka korban dan Kaabah fizikal, seperti ianya digenapi didalam Mesiah dan Jemaat. Proses ini yang mana secara ritualnya membunuh binatang akan disarankan di Yerusalem selepas Mesiah memulihkan Yerusalem, dan Kaabah akan dibina semula menurut Kunci Daud (lihat juga karya tulis Komentar terhadap Zakariah [297]).

 

Josephus telah diperintahkan untuk membuat permintaan untuk menyerah, yang mana tidak membuahkan apa-apa hasil.

 

Satu lagi serangan pada waktu malam terhadap Kaabah itu gagal dan Titus tidak mempunyai pilihan selain dari membuat beberapa serangan.

 

Kaabah itu dibina dengan benteng yang baik, yang mana secara asasnya dibentengkan dengan tiang-tiang tembok yang tebal. Perkarangan dalaman juga dikelilingi dengan tembok yang tebal, dan membentuk barisan pertahanan yang kedua selepas perkarangan di luar jatuh.

 

Titus memulakan dengan membina empat kubu di luar tembok. Pada masa ini bahan-bahan pembinaannya harus dibawah lebih dari 100 stadia dari Yerusalem.

 

Orang Yahudi tidak berdiam dalam kerja-kerja ini. Mereka memacakkan deretan tiang pada tembok dengan bahan yang mudah terbakar dan membuat ia kelihatan seperti ditinggalkan. Orang Roma memanjat deretan tiang itu. Apabila mereka berada di atas, orang Yahudi membakarnya. Orang Roma tidak boleh melarikan diri dan mati terbakar (B.J. vi 3, 1-2).

 

Buku-buku telah siap dibina pada 8 Ab atau Lous. Pelantak dibawa keluar dan pengepungan telah dimulakan. Tembok-tembok ini terlalu tebal dan Titus terpaksa membakar pintu gerbang untuk masuk ke dalam perkarangan luar. Mungkin seseorang bertanya mengapa dia tidak mencuba itu dahulu.

 

Menjelang 9 Ab pintu gerbang telah terbakar sepenuhnya. Josephus berkata bahawa Titus mengadakan persidangan Peranh dan ianya diputuskan untuk mengecualikan Kaabah itu sendiri (B.J. vi 4, 3).

 

Pada 10 Ab orang Yahudi membuat dua serangan balas dari Perkarangan Dalaman Kaabah tersebut.

 

Untuk menangkis serangan yang kedua ini, satu daripada tentera Roma ini, yang sedang sibuk memadamkan api pada deretan tiang, membuang puntung api ke arah Kaabah.

 

Josephus mengatakan bahawa Titus, apabila diberitahu, keluar dengan cepat bersama dengan komandan dan pasukan untuk mencuba untuk menyelamatkan Kaabah itu. Dalam mêlée perintahnya tidak diendahkan dan api terus marak.

 

Dia dilaporkan mahu menyelamatkan Kaabah tetapi tentera yang marah bukan sahaja tidak mengendahkan perintahnya, mereka juga terus membuang puntung-puntung api kearah Kaabah itu. Titus sempat memeriksa di bahagian dalam sebelum ia dimusnahkan (B.J. vi 4, 6-7).

 

Josephus  memberikan tarikh pemusnahan Kaabah ini pada 10 Ab (B.J. vi 4, 5). Bagaimana pun, tradisi rabinikal memberi tarikh kepada pemusnahan ini sebagai permulaan 9 Ab (m Taan 4:6) pada waktu petang (b Taan 29a) pada akhir hari Sabat.

 

Kebenarannya ialah bahawa mungkin Josephus mahu mengaburkan Titus dari tindakan gasar. Sulpisius Severus (Chron, ii 30, 6-7) memberikan satu pandangan alternatif dan Orosius (vii 9, 5-6) juga menganggap pemusnahan itu disebabkan oleh Titus, sementara Schurer mencatatkan bahawa W. Weber percaya dengan pandangan ini.

 

Schurer mencatatkan bahawa Valeton telah mengkritik pandangan salah dari Josephus dalam kegagalan untuk mencatatkan perincian tentang keputusan Persidangan Perang untuk menduduki Kaabah dan mengambilnya dengan paksa dan oleh kerana ini memusnahkannya sekiranya perlu. Valeton mendakwa bahawa perintah Vespasian telah dikeluarkan tetapi persidangan pada waktu itu tidak diperlukan.

 

Panji-panji Roma telah dibawa kedalam Kaabah dan diletakkan di Pintu Timur. Tentera-tentera memberikan korban kepada mereka. Josephus mencatatkan bahawa Titus dinyatakan sebagai Imperstor (sama dengan Komandan) selepas korban yang besar.

 

Kamar-kamar dalam tembok Kaabah menempatkan para imam. Mereka dipaksa untuk keluar dri tempat persembunyian mereka kerana haus dan semuanya telah dibunuh.

 

Titus berbicara kepada orang Yahudi yang marah kepadanya dengan cuba mengimlakkan syarat-syarat, dan dia memerintahkan pemusnahan Yerusalem. Orang Roma membakar arkib dan Acra, rumah persidangan dan Ophlas.

 

Aristokrasi ini memohon kepada dia sekali lagi dan dia membenarkan beberapa orang dibawa ke Roma sebagai cagaran untuk perlindungan (B.J. vi 6, 1-3).

 

Josephus mencatatkan kekejaman hebat dari pemberontakan orang Yahudi dlam kota pada masa itu. Golongan fanatik melarikan diri ke kawasan Kota Atas. Kota itu telah dirompak dan rampasan ini dibawa ke Kawasan kota bawah dan orang Roma merasa jengkel kerana barang rampasan itu berada disitu.

 

 Golongan Fanatik, yang terlalu lemah untuk melawan orang Roma, bersembunyi dan membunuh setiap orang yang cuba melarikan diri kepada orang Roma. Tidak ada kawasan kota itu yang tidak bergelintangan dengan mayat mereka yang mati kelaparan atau dibunuh. Mereka cuba untuk bersembunyi dalam gua-gua besar dibawah kota itu dan mereka lebih banyak membakar tempat-tempat daripada yang dilakukan oleh orang Roma sndiri. Orang-orang yang melarikan diri dari rumah yang terbakar, telah dibunuh oleh golongan fanatik tanpa belas kasihan. Mereka menelan makanan yang diambil dari darah mereka dan berkelahi atas barang rampasan itu. Josephus  berkata bahawa dia fikir bahawa sekiranya mereka tidak dibinasakan, mereka sudah tentu memakan mayat-mayat itu sndiri (B.J. vi 7, 1-3).

 

Pada 20 Ab Titus memberi perintah bagi meingkatkan kepungan terhadap Kota di kawasan atas, yakni Gunung Sion.

 

Empat legiun mendirikan tebing mereka di sebelah Barat kota itu bertentangan dengan Istanah Diraja. Orang-orang tambahan dan pasukan bala tentera didirikan dari Xytus sehingga ke jejambat dan menara yang dikuatkan oleh Simon menentang John.

 

Satu cubaan oleh golonga Idumean untuk mencacatkan telah dipersetujui oleh Titus, tetapi Simon menahan lima utusan itu pada waktu mereka kembali dan mereka telah dibunuh dan para pemimpin telah ditahan. Bagaimana pun, pembelot terus meningkat.

 

Mereka meninggalkan keluarga mereka. Nilai hamba adalah sangat rendah kerana penawan terlalu banyak dan pembeli terlalu sedikit. Imam Jesus anak lelaki Thebuthus, telah menerima perlindungan dari Caesar, dan dengan Phineas, bendahara itu memberikan persetujuan bagi harta Kaabah termasuk tiang dian emas dan juga kain unggu dan merah tua bagi kerudung dan benda-benda berharga yang lainnya. Bagaimana pun, mereka diberikan pengampunan yang sama seperti mereka yang ditinggalkan dengan tangan kosonh (B.J. vi 8, 1-3).  Emas yang dirampas itu sangat besar sehingga ia adalah setengah nilai emas di Siria selepas kepungan itu.

 

Kepungan di tebing itu telah siap pada hari ketujuh Elul atau Gorpieus dalam lapan belas hari. Ramai orang yang diasingkan dan bersembunyi. Orang-orang kejam ini serta pasukan yang menentang orang Roma jatuh melalui kelemahan dan gentar, dan mereka meninggalkan menara yang bagi mereka sendiri terlalu kuat untuk diatasi dengan cara daya kepungan.

 

Josephus menganggap bahawa Allah sendiri menghalau mereka keluar dari menara selepas semua yang mereka lakukan di kota itu. Mereka melarikan diri serta merta ke lembah dibawah Siloam. Mereka menyerang balas orang Roma tetapi lemah dan dapat ditangkis oleh para pengawal.

 

Orang Roma kemudiannya pergi kedalam kota membunuh dan membakar setiap orang di dalamnya. Barang rampasan mereka terhambar atas fakta bahawa kamar di atas dalam rumah itu dipenuhi dengan mayat-mayat yang mati kerana kelaparan. Kota itu telah dibakar menjelang 8 Elul tiba dan berada dalam tangan Roma sepenuhnya (B.J. vi. 8. 4-5).

 

Orang-orang yang terselamat sama ada dibunuh, atau dihantar kepada lombong-lombong atau mereka digunakan untuk perlawanan tontonan ramai.

 

Lombong-lombong ini berada di Mesir dan justru itu janji Allah untuk menghantar mereka kembali ke Mesir bagi melanggar perjanjianNya telah digenapi. Orang yang paling gagah dan kuat telah dipilih bagi kemenangan ini. John dari Gischala mengalami kelaparan didalam gua dan dijatuhkan penjara seumur hidup. Simon Bar-Goria yang telah ditangkap tidak lama kemudian, telah dikkalkan bagi kemenangan ini.

 

Sekiranya kita perhatikan dari mula, hanya tiga menara dari Istana Herod (Hippicus, phasael dan Mariamne) dan satu bahagian temboknya yang masih berdiri.

 

Tiyus dirayakan dengan ganjaran kerana tindakan berani, pengorbanan dan pesta jamuan.

 

Susulan kepada Peperangan dari 71 sehingga 74 CE

Titus membiarkan legiun ke-10 untuk mengawal Yerusalem.

 

Dia mengarahkan seluruh bala tentera untuk berarak ke Caesarea Maritima, dimana barang rampasan dan banduan telah disimpan dan tahanan yang selamat.

 

Titus kemudiannya pergi ke Caesarea Phillipi, tempat Agripp, dimana beberapa daripada banduan itu dipaksa untuk berlawan dengan binatang buas, atau mengambil bahagian dalam permainan perlawanan pertunjukkan di khalayak ramai. Dia kembali ke Maritima dan merayakan hari lahir saudaranya Domitian (24 Oktober) dengan lebih banyak permainan dan pada 17 November di Berytus dia merayakan hari lahir bapanya Vespasian dengan cara yang sama.

 

Banduan Yahudi telah dipaksa untuk membunuh sesama sendiri dalam perlawanan umum di kota-kota sepanjang masa perarakan ke Antioch. Mereka kemudiannya berarak ke Zeugma di Euprates dan kembali ke Antioch. Mereka kemudiannya kembali ke Mesir dan menghentikan legiun di Alexandria (Schurer, Jil. I, ms. 509).

 

Tujuh ratus banduan terpilih dan Simon serta John ditetapkan untuk kemanangan itu. Walaupun mereka telah diberikan satu kemenangan setiap satu, Vespasian, Domitian dan Titus mengongsikan satu kemenangan pda 71 CE. Simon, dengan mengikuti adat istiadat kuno, telah dibawah ke penjara dan kemudian dibunuh.

 

Antara upah perang yang telah dibawah dalam kemenangan, dua bahan emas dari Kaabah membentuk upah yang utama (sekurang-kurangnya pada pandangan orang Yahudi). Ini adalah meja roti dan tujuh cabang kaki dian (B.J. vii 5,5).

 

Vespasian meletakkannya dalam Kaabah Dewi Damai (Pax) yang dia telah bina semula tetapi kemudiannya dibakar dibawah Commodus (Herodian I 14, 2, petikan Schurer, ms 510, catatan bawah 132).

 

Schurer menganggap bahawa Geiseric mengambilnya ke Afrika selepas golongan Vandal menyerang Roma pada 455 CE, dan kemudian ianya dibawa ke Constantinople oleh Belisarius selepas dia membinasakan golongan empayar Vandal pada 534 CE (ibid.).

 

Menakluki sisa Filistin

Filistin belum lagi ditakluki dengan sepenuhnya walaupun Yerusalem dan dan bahagian utara telah musnah.

 

Benteng-benteng Herodium, Machaerus  dan benteng termasyur Masada masih lagi dalam tangan pemberontak.

 

Lucius Bassus, pemerintah Filistin, telah diberikan tugas dalam hal perpecahan mereka.

 

Josephus menandakan bahawa kepungan dan kekalahan Herodium telah berjaya tanpa kesukaran (B.J. vii 6, 1). Machaerus mengambil masa yang lebih lama tetapi ia juga menyerah kalah sebelum serangan akhir dilancarkan. Machaerus terletak di sempadan Peraea bersebelahan dengan wilayah Nabataean. Sekarang ia adalah Khirbel el Mukawer. Secara asalnya ia dibangunkan oleh Alexander Jannaeus, ia dihancurkan oleh Gabinus (Antiq., xiv 5,4). Ia telah dibangun senula oleh Herod yang Agung (B.J vii 6, 2 petikan juga Schurer 1, ms. 511, catatan bawah 135, Pliny NH ay 16 dan kepentingannya).

 

Seorang lelali yang bernama Eleazar mendapat nama dalam pertahanan itu tetapi telah ditangkap. Orang Roma menyalibkan dia dalam seluruh pandangan kota kubu itu dan kota kubu itu memutuskan untuk menyerah kalah. Ia adalah satu reaksi yang aneh, tetapi kota kubu itu sekarang terasing sepenuhnya dengan Masada di sebelah selatan yang merupakan satu-satunya benteng pertahanan pemberontak yang lain jadi ia adalah satu keputusan yang bijaksana (B.J vii 6,1-4).

 

Lucilius Bassus telah mati pada masa kempen dan ianya ditinggalkan bagi penggantinya Flavius Silva untuk melemahkan Masada.

 

Masada (secara literalnya Gunung Benteng Pertahanan) telah dilemahkan selepas satu kempen yang lama. Kerja pengepungan pada 73 CE  masih nyata (lihat plates). Ianya hanya boleh didekati dari satu arah ini (lihat juga Strabo xvi 2, 44 dan Schurer ibid., catatan 137).

 

Masada telah bertahan sejak permulaan Peperangan ini apabila Sicarii dibawah Eleazar anak lelaki Yair, yang merupakan keturunan Yuda orang Galilea, membangunkannya.

 

Sebelah yang berhadapan dengan Laut Masin adalah terjal dan tidak boleh didekati oleh senjata-senjata perang. Hanya satu tempat di bahagian lerengan yang boleh disasarkan oleh kayu pelantak, dan orang yang mempertahankan sudahpun memulai pemecahan dan telah mendirikan satu gundukan dari kayu dan tanah, yang man bersifat elastik dan tidak boleh ditembusi oleh kayu pelantak. (Schurer, ibid.).

 

Orang Roma berjaya untuk mengurangkan halangan ini dengan menggunakan api.

 

Eleazar  melihat bahawa orang Roma tidak boleh melawan mereka. Dia menasihati mereka dalam ucapannya bahawa semua pengawal kota membunuh keluarga mereka sendiri dan membunuh diri mereka sendiri (petikan B.J. vii 8,6).

 

Ini telah dilakukan dan orang Roma telah memasuki benteng gunung mati untuk mendapati bahawa semua pengawal, wanita-wanita dan anak-anak telah mati. Tidak ada lagi pembunuhan yang mereka perlu lakukan.

 

Josephus mencatatkan bahawa pembunuhan diri yang ramai di Masada ini terjadi pada 15 Xanthiscus, atau Abib 74 CE. Oleh itu pada Hari Pertama perayaan Paskah, seluruh pengawal membunuh diri mereka sendiri.

 

Perlambangan ini adalah mutlak. Daripada Malaikat Maut melewati Yudah pada Paskah 15 Nisan ini, mereka telah menyangkal Kristus dan pengorbanannya. Orang-orang ini telah diberikan empat puluh tahun untuk bertobat. Mereka tidak melakukannya dan separuh masa akhir daripada  minggu akhir dalam tahun memperlihatkan peperangan bermula.  Menjelang  70 CE wilayah utara telah dikurangkan. Menjelang 10 Ab Kaabah telah dimusnahkan. Menjelang 74 CE seluruh pertahanan di Yudea telah dikalahkan dan bangsa itu berada dalam perpecahan.

 

Apa yang tidak boleh dimaafkan ialah bahawa bangsa itu mengambil kesempatan memberontak dengan menyatakan perasaan tidak puas hati terhadap orang Yahudi dan kemudian memulakan permbunuhan terhadap orang-orang Yuhudi dimana-mana. Di Damaskus, orang Siria telah mula membunuh, tetapi tidak ada satupun kota Siria yang tidak membunuh penduduk Yahudi disana. Damaskus telah merobek kerongkong lapan belas ribu orang Yahudi, wanita dan anak-anak. Mesir membunuh lebih dari enam ribu orang Yahudi (B.J. vii, 8,7).

 

Orang Yahudi telah dianiaya sehingga mati oleh api dan alat penyeksa. Beberapa orang telah diberikan kepada binatang buas untuk dimakan tetapi dibiarkan hidup, hanya separuh badan sahaja yang dimakan, dan kemudian diberi makan semula kepada binatang untuk kedua kalinya untuk tujuan menghina dihadapan orang ramai (B.J. ibid.). Dengan cara ini sifat kemanusiaan mereka telah dicemarikan. Allah mempunyai tujuan tertentu mengenai tindakan ini, dan Zakariah merangkumi nubuatan dikalangan nubuatan-nubuatan lain (lihat karya tulis Komentar Terhadap Zakariah [297]).

 

Selepas kejatuhan Masada, masih terdapat tempat korban yang beroperasi dan ia adalah di Leontopolis. Vespasian  telah memerintahkan untuk menutupnya pada 71 CE tetapi tentangan masih wujud pada 74 CE di Alexandria dan juga Cyrene. Schurer memetik perkataan Josephus (B.J. vii 10, 1-3) dengan menyatakan bahawa gangguan di Alexandria membawa kepada penutupan Kaabah di Leontopolis, yang telah dibina Imam Besar Onias IV sekitar 160 CE, menggenapi Yesaya 19:18-23. Josephus berkata bahawa Kaabah itu dalam operasi disana selama tiga ratus dan empat puluh tiga tahun (B.J, vii 10,4). Dia berkata bahawa Lupus, pemerintah Alexandria, telah pergi disana atas perintah Caesar dan membuka beberapa sumbangan disana dan menutupnya. Jangka masa Kaabah ini, menurut Josephus, meletakkan konstruksi Kaabah itu sekitar 270-272 BCE. Tarikh ini adalah sebelum Onias IV. Justru itu, semestinya terdapat beberapa asas kwujudan Kaabah ini sebelum Oinias IV pergi ke sana, ataupun Josephus telah melakukan kesilapan mengenai pertarikhan ini.

 

Golongan Sicarii harus melarikan diri ke Alexandria dan tidak berpuas hati terhadap Filistin yang dibuat huru-hara, menjadikan pemberontakan di Alexandria dan membunuh para pemimpin Yahudi yang menentang mereka. Objek penyangkalan mereka adalah bahawa mereka memerlukan nama Caesar sebagai Tuhan sedangkan hanya Allah yang layak sebagai Tuhan. Orang Alexandria berpaling kepada mereka, seperti yang dilakukan oleh Theban yang berpaling kepada mereka melarikan diri kepada Thebes dan menyerahkan mereka untuk dianiaya. Josephus mencatatkan bagaimana tabahnya orang dewasa dan juga anak-anak bertahan terhadap aniaya tanpa mengakui Caesar sebagai Tuhan (B.J. vii 10, 1).

 

Orang Sicarii, dibawah seorang yang bernama Jonathan, juga menimbulkan pemberontakan di Cyrene di kalangan orang miskin dan orang yang mudah tertipu. Catallus, pemerintah Libya Pentapolis mendengar tentang pemberontakan terhadap orang miskin yang berarak ke padang belantara dibawah Jonathan untuk melihar tanda-tanda dan keajaiban yang dia janjikan kepada mereka. Catallus mengutus satu badan pasukan berkuda yang pejalan kaki dan mencegat mereka. Mereka membunuh ramai orang awam yang tidak bersenjata. Jonathan melarikan diri tetapi telah ditangkap semula selepas pencarian terhadapnya dilakukan. Dia kemudian menyalahkan orang Yahudi kerana tindakannya dan Catllus kemudiannya boleh merampas penduduk Yahudi. Dia telah menuduh golongan Sicarii sebagai Yahudi yang kaya, dan tiga ribu daripada mereka telah dibunuh dan harta benda mereka menambahkan kekayaan Catallus. Untuk mengelakkan balasan bagi jenayah ini, dia kemudiannya menyuruh Jonathan dan golongan Sicarii memberikan saksi dusta terhadap orang Yahudi di Alexandria dan di Roma, supaya dia mempperluaskan penganiayaan orang Yahudi di kota-kota yang paling terkenal di Mediteranean (B.J. vii, 11-2-3).

 

Cattalus pergi ke Roma, mengambil Jonathan dan pengikutnya – semuanya terikat. Di berharap untuk menutupi jenayah itu tetapi Vespasian menjalankan datu penyiasatan terhadap perkara itu dan membebaskan orang Yahudi yang telah dituduh oleh Catallus dan Jonathan. Jonathan kemudiannya diseksa dan dibakar hidup-hidup. Vespasian tidak memberikan disiplin kepada Catallus, tetapi Catallus jatuh sakit dan mati dengan ngeri tidak lama dari masa itu, yang mana tubuh badan dan fikirannya terganggu. Tali perutnya telah rosak dan terkeluar dari tubuhnya dan dia mati (B.J. vii, 11, 3-4). Josephus percaya ini adalah contoh dari hukuman ilahi terhadap orang yang jahat.

 

Peperangan orang Yahudi berakhir dalam kemusnahan bagi Yudah, dan bangsa itu telah berpecah. Setiap percubaan untuk memulihkan bangsa itu dan Kaabah fizikal dicegah. Jemaat juga dianiaya tetapi dari masa ini wujud di padang belantara selama dua ribu tahun.

 

Pemulihan dan konversi Yudah sedang dijalankan dan jangka masa zaman akhir ini akan memperlihatkan pemulihan sistem dibawah Mesiah di Yerusalem.

 

q