Jemaat Jemaat Allah Al Maséhi
[006z]
Ringkasan:
Markus 5:21-43 [006z]
(Edisi 1.0 20000725-20000725)
Dua keajaiban yang menggambarkan seruan serta kebangkitan jemaat.
E-mail: secretary@ccg.org
(Hakcipta ã 2000 Wade Cox)
(Tr. 2003)
Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan. Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan. Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.
Karya ini
boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org
dan http://www.ccg.org
Markus 5:21-43 [006z]
Persembahan kedua-dua
mukjizat ini merupakan suatu cerita penuh kuasa Kristus serta panggilan
jemaatNya. Ianya mempunyai
implikasi yang serius untuk bangsa
Kumpulan orang yang besar mengikuti Kristus; mereka mewakili orang yang dipanggil tetapi tidak dipilih. Mereka lihat apa yang Kristus lakukan namun mereka tidak mempunyai iman sebenar.
Yairus, seorang pemimpin rumah ibadat telah pergi kepada Kristus untuk memintanya menyembuhkan anak perempuannya yang nazak. Yairus mewakili golongan percaya Yehuda dan Lewi. Tiba-tiba, dari antara kumpulan orang itu, Yesus bertanya siapakah yang telah menyentuhnya? Seorang perempuan yang telah sakit perdarahan selama dua belas tahun telah berfikir: Jika dia hanya dapat menyentuh pakaian Kristus, maka dia akan sembuh. Dan ajaibnya dia memang telah sembuh. Keajaiban pembenaran melalui iman terlihat di sini dalam kuasa yang besar. Perempuan ini kotor selama dua belas tahun lamanya, melambangkan umat-umat pilihan yang mati di dalam dosa-dosa mereka dan najis di hadapan Tuhan. Dia sedar bahawa dia najis, namun Yehuda dan Lewi tidak sedar. Hanya melalui Roh Kudus sahaja barulah kita dibawa kepada pertaubatan dan kesedaran akan dosa kita sendiri.
Ketika Kristus tiba di
rumah Yairus, anaknya itu telahpun mati. Kristus memberitahunya supaya tidak takut dan sebaliknya percaya.
Galakan ini penting kepada jemaat pada waktu percubaan yang
berat, kerana Tuhan telah berjanji untuk tidak meninggalkan atau mengabaikan
kita (Ibrani 13:5; Kejadian 28:15). Kristus
memberitahu mereka bahawa anak itu hanya tidur sahaja, dan ini secara langsung
mengisytiharkan kebangkitan dan keselamatan pengantin perempuan, iaitu jemaat
sendiri. Bagi umat-umat pilihan, kematian itu adalah
seumpama tidur sahaja. Namun di luar, orang-orang yang
hadir mengejekNya, menunjukkan tiadanya kepercayaan rumah Yehuda dan Lewi.
Kristus melakukan keajaiban menghidupkan kembali anak
perempuan itu, yang berumur dua belas tahun pada masa itu. Ini melambangkan kebangkitan pertama yang telah dijanjikan kepada
jemaat yang setia (lihat karya-karya Jiwa
[092] dan Kebangkitan Orang Mati
[143]). Konsep ini berdasarkan pada asas dua belas
yang membentuk asas Kota Tuhan (lihat karya
Apabila anak perempuan
itu hidup kembali, orang ramai berasa takjub kerananya (1Korintus
Kedua-dua peristiwa yang
nampaknya tidak berkaitan ini adalah sebenarnya suatu kisah besar mengenai
penetapan takdir umat-umat pilihan, pengasingan mereka, panggilan mereka dan
dengan itu pembenaran mereka, dan akhirnya pemuliaan mereka di dalam
kebangkitan itu (Roma
q