Jemaat Jemaat Allah Al Maséhi
[009z]
Ringkasan:
Kebebasan dan Tanggungjawab [009z]
(Edisi 2.0 19940327-19991022)
Karya ini meninjau tanggungjawab umat Kristian secara individu dalam terang Paskah serta Perayaan Roti Tanpa Ragi. Pengorbanan Yesus Kristus sewaktu penyalibannya itu bagi menggantikan orang-orang berdosa seperti Barabas dikaji.
E-mail: secretary@ccg.org
(Hakcipta ã 1994, 1999 Christian
Churches of God)
(Tr. 2003)
Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan. Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan. Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.
Karya ini
boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org
dan http://www.ccg.org
Kebebasan dan Tanggungjawab [009z]
Perayaan Roti Tanpa Ragi
merayakan keluaran
Pelajaran-pelajaran yang penting dapat dipelajari daripada jam-jam terakhir hayat Kristus (Markus 15:6-7; Lukas 23:13-25). Barabas merupakan seorang pembunuh yang sudahpun disabitkan kesalahannya dan cuma menunggu untuk dihukum di bawah undang-undang Yahudi serta Rom. Dia telah dibebaskan dengan seorang yang tidak bersalah sebagai gantinya, kerana tiada dasar undang-undang bagi mempersalahkan Yesus Mesias.
(Matius 27:25). Sungguh mengejutkan sekali
kerana orang ramai di situ menyeru agar darah Kristus ditanggung oleh mereka!
Ini menggenapkan nubuatan di mana domba Paskah itu disembelih dan darahnya
disapukan pada pintu agar malaikat maut akan melepasi
mereka. Kristus menjadi Domba Paskah Tuhan; darahNya akan
menutupi
Barabas merupakan seorang
pembunuh. Secara literalnya,
dia juga bersalah memberontak dan membelot terhadap pemerintahan manusia.
Seperti dia, kita juga telah memberontak terhadap hukum-hukum
Tuhan, meletakkan diri kita di luar kehendak Tuhan serta melawan
pemerintahanNya (Roma
Kristus telah dibawa pergi dan dipukul berat oleh askar-askar Roma sehingga menjadi sangat lemah. Mereka kemudiannya membuat dia membawa salib dengan mana dia akan disalibkan. Mereka kemudiannya sedar yang dia tidak akan dapat menghabiskan perjalanannya itu, jadi mereka telah memaksa seorang yang bernama Simon daripada Kirene daripada khalayak ramai untuk mengangkat salib itu untuk Kristus.
Pelajarannya di sini
adalah kita semua harus menjadi seperti Kristus dan berkongsi di dalam bebannya
(Matius
Kristus telah meletakkan
tanggungjawab yang berat ke atas bahu mereka yang tertarik pada
ajaran-ajarannya. Dia meletakkan tanggungjawab
yang sama ke atas kita hari ini bagi kita buktikan
iman percaya kita di hadapan Tuhan. Istilah ‘benci’ di sini
sekali lagi bermaksud kurang mengasihi secara perbandingan. Kasih Tuhan haruslah menjadi yang terutama di dalam hidup kita
semua. Salib yang kita pikul bersama dengan Kristus
adalah penganiayaan dunia kerana khabar yang dibawakannya (Ibrani 12:1-3;
1Korintus 1:8-25). Ianya juga suatu simbol memalukan.
Konsep salib itu adalah sedia berkorban bagi orang lain. Kristus
sanggup berbuat demikian (Yohanes 15:9-17). Kita harus
hidup dalam keadaan saling berkongsikan beban sesama sendiri dengan rela;
sentiasa bersedia untuk melayani di dalam segala hal sehinggakan sanggup
berkorban secara literal jika itu adalah kehendak Tuhan (Lukasa
q