Jemaat Jemaat Allah Al Maséhi
[010z]
Ringkasan:
Memberi [010z]
(Edisi 1.0 20000902-20000902)
Belajar untuk memberi adalah asas kepada kasih Tuhan.
E-mail: secretary@ccg.org
(Hakcipta ã 2000 Erica Cox and Wade
Cox)
(Tr. 2003)
Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan. Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan. Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.
Karya ini boleh
didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org
dan http://www.ccg.org
Memberi [010z]
Tuhan telah menetapkan teladan memberi sebagai asas kasihNya. Kita harus mencerminkan hal ini dalam setiap aspek kehidupan kita. Memberi membawa kepada kehidupan kekal. Tanpanya kita tidak dapat pelihara perintah-perintah itu; iaitu memberikan kasih kepada Tuhan dan sesama sendiri. Tuhan telah memberi kehidupan kepada seluruh ciptaanNya. Dia memberikan hukum-hukum yang dapat memastikan agar kesejahteraan fizikal dan rohani kita berterusan jika dituruti. Kerana kita gagal hidup sedemikian dan penaltinya adalah maut, Tuhan telah memberikan kepada kita kepada kita karunia yang terbesar sekali agar dosa-dosa kita dapat diampuni.
Pendamaian ini terlaksana
dengan kematian anak lahir sulungNya iaitu Yesus Mesias. Kini hubungan kita dengan Tuhan dapat dipulihkan
(Yohanes
Pada pembaptisan, melalui
penerimaan perjanjian itu dengan Tuhan, kita diberikan Roh Kudus. Penerimaan ini ke dalam badan Kristus dengan Roh
Kudus yang membantu kita memelihara hukum-hukum Tuhan, membolehkan kita untuk
memberi sepertimana kita sendiri telah diberi. Memberi
adalah suatu ekspresi kasih. Mengasihi Tuhan bermaksud memberi kepadaNya
apa yang dimintaNya berkenaan perintah-perintahNya
(Yohanes
Tuhan menyediakan
keperluan fizikal kita di samping keperluan-keperluan rohani kita (Matius
Tanggungjawab umat Tuhan
adalah untuk memberi. Kita
berikan kembali kepada Tuhan perpuluhan serta persembahanNya, kembali kepada
hukum-hukum yang dimulakanNya serta bertaubat daripada kesesatan kita. Jika kita semua dapat lakukan ini maka keadaan-keadaan di dunia
boleh diputarbalikkan. Terdapat banyak contoh
bagaimana orang-orang telah memberi di dalam Alkitab (Keluaran
Ini juga adalah dosa
(Yakobus 2:1-26). Iman tanpa
pekerjaan adalah mati. Mereka yang diberkati dengan
kekayaan di dalam hidup ini haruslah murah hati (1Timotius
Sesuatu pemberian yang
disertai sungutan bukanlah suatu pemberian sebenar (1 Petrus 4:7-11). Jika kita tidak dapat berikan secara sukarela
dengan kasih, kita gagal. Ingatlah bagaimana Kristus
telah berikan hidupnya untuk kita; kita tidak boleh kurang dari itu.
Kebanyakan kita mungkin tidak akan diminta untuk
memberi begitu banyak, namun apa yang dapat kita berikan haruslah diberikan
tanpa ragu-ragu. Kita semua memang boleh berikan masa kita
yang merupakan hidup kita (1Yohanes
Tuhan mengkehendaki agar semua menerima karunia hidup kekal. Jika bukan di dalam kebangkitan pertama kita masih berpeluang lagi di dalam kebangkitan kedua itu pada penghujung milenium (Yesaya 55:1-7; 2 Petrus 3:9). Ingatlah untuk berterimakasih bagi berkat-berkat yang Tuhan telah berikan kepada kita. Ini akan membantu kita mengingati untuk memberi kepada orang lain. Salah satu daripada tanda-tanda yang kita telah kembali kepada Tuhan adalah kita akan memberikan perpuluhan dengan betul. Lihatlah keperluan-keperluanmu sesama sendiri; bertimbang rasalah dan berikanlah galakan; hal-hal yang nampaknya kecil lazimnya adalah yang paling disenangi sekali. Luangkanlah masa berdoa dan berikan sesuatu setiap hari, sungguhpun ia hanya suatu senyuman (Maleakhi 3:6-18).
q