Jemaat Jemaat Allah Al Maséhi
[012z]
Ringkasan:
Satu Roti, Satu Tubuh [012z]
(Edisi 2.0 19940402-19991125)
Mengkaji konsep Kristus sebagai Roti Hidup
dan Roti Tuhan yang bermula daripada Yohanes 6:24-63.
Christian Churches
of God
PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA
E-mail: secretary@ccg.org
(Hakcipta ă 1994, 1999 Christian
Churches of God)
(Tr. 2003)
Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan
secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa
apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat
penerbit serta notis hakcipta harus disertakan. Sebarang bayaran tidak
boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan. Petikan-petikan ringkas
daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan
tanpa melanggar undang-undang hakcipta.
Karya ini
boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org
dan http://www.ccg.org
Satu Roti, Satu Tubuh [012z]
Konsep Yesus Kristus
sebagai roti hidup dan yang harus dimakan, sukar untuk difahami orang, kerana
fikiran mereka tertumpu kepada hal-hal fizikal (Yohanes 6:24-63). Ramai orang yang mengikut Kristus kerana kebaikan-kebaikan fizikal
yang dia berikan. Nyawa Kristus diberikan bagi
mengembalikan seluruh penciptaan kepada Allah Bapa. Dengan
memakan tubuh Kristus secara rohani pada waktu Paskah, kita menyimpan Roh Kudus
yang memimpin kita kepada hidup kekal.
Makanan kita juga
seharusnya adalah melakukan kehendak Bapa (Yohanes 4:34). Jika kita
menerapkan akal fikiran Kristus dan hidup sesuai dengan ini, kita juga akan dapat mencapai kudrat ilahi itu (2Petrus 1:4 dan
seterusnya). Kehidupan rohani kita terikat kepada kehidupan
Mesias selaku umat terpilih, suatu keimamatan yang mempersembahkan
korban-korban rohani yang diterima Tuhan (1Petrus 2:4).
Kewujudan kemanusiaan kita ini adalah
sementara, wujud hanya untuk mengajar kita akan
tanggungjawab-tanggungjawab kerajaan Tuhan. Tuhan ingin agar
kita tumpukan perhatian kepada hal-hal rohani (Roma 8:6-13).
Kristus telah menyerahkan
hidupnya demi menurut Tuhan. Kita
haruslah mengorbankan sikap-sikap daging kita demi mengalahkan dosa. Hidup demi kebenaran lazimnya melibatkan penderitaan (1Petrus 2:24).
Israel kuno dibawa keluar daripada Mesir sebagai umat
yang bersatu, diberikan mana sebagai makanan demi suatu keselamatan fizikal. Ajaran-ajaran yang terterap di dalam Paskah mengajar kita apa ertinya pendamaian dengan Tuhan dan kesatuan antara satu
sama lain. Kesatuan antara kita ini memerlukan sifat
berkorban di dalam kehidupan kita, melepaskan sikap tinggi diri, prejudis,
keinginan-keinginan serta cita-cita peribadi. Tugasan
daripada Yesus Kristus adalah menjadikan murid-murid dari semua bangsa. Kita tidak berkuasa menentukan siapa yang patut diletakkan di dalam
tubuhnya, iaitu jemaat. Kita hanya boleh bezakan
mereka yang di dalam tubuh ini melalui hakikat bahawa mereka berbicara sesuai
dengan hukum dan kesaksian itu (Yesaya 8:20).
Pada waktu Perjamuan Suci
apabila kita memakan roti itu, kita sebenarnya menyatakan bahawa kita adalah
sebahagian daripada tubuh Kristus, iaitu menyetujui kebenaran yang diajarkan di
dalam jemaat itu. Kepingan
roti yang kita makan melambangkan pendamaian kita dengan Tuhan serta
pengambilan bahagian di dalam organisme rohani singular itu, jemaat, melalui
Roh Kudus. Juga ianya menyatakan persahabatan kita
sesama sendiri. Kristus tidak terbahagi. Dia menyerahkan hidupnya agar kita dapat menjadi suatu keluarga
yang bersatu.
Roti Perjamuan Suci
mempunyai pelajaran khusus berkenaan kesatuan yang ingin Tuhan bangunkan di
dalam kita. Kristus memilih
roti untuk melambangkan tubuhnya dan jemaat. Ianya
sebahagian daripada makanan asas penduduk dan merupakan tanda kemesraan.
Dengan memakan roti itu, seorang tetamu terikat kepada tuan
rumah yang melayaninya. Juga seorang hamba yang memakan roti
tuannya terikat untuk menyuarakan kata-katanya (1Raja-raja 18:19). Satu contoh bagi ini adalah para imam yang makan di meja Izebel.
Mereka terikat kepada sistem agama palsunya dan mengajar
kerana duit, yang dikutuk Tuhan (Mikha 3:11).
Gandum, dari mana roti
dibuat, lazimnya digunakan bagi melambangkan manusia di dalam rencana
keselamatan Tuhan (Yakobus 1:18). Hasil-hasil sulung tuaian
dijadikan roti-roti suci di dalam khemah suci bait itu. Kristus
melambangkan unjukan berkas bagi tuaian jelai pertama dan umat Tuhan mewakili
tuaian gandum pada waktu Pentakosta. Alkitab
menggambarkan dunia sebagai suatu ladang gandum (Matius 13:24-51). Umat-umat Kristian sebenar adalah gandum yang tumbuh di antara
lalang-lalang.
Gandum juga menggambarkan
kebangkitan orang mati (1Korintus 15:35-42). Roti adalah
struktur gabungan, seperti juga pelbagai jenis orang yang membentuk tubuh
Kristus. Kepelbagaian tersebut seharusnya menguatkan mereka sesama
sendiri, dengan menggunakan karunia-karunia mereka yang berbeza untuk melayan
serta membangunkan satu sama lain (Roma 12:6-8).
Ragi di dalam roti
melambangkan roh. Kita harus
singkirkan ragi lama kebencian dan kejahatan. Roti
tidak beragi pada waktu Paskah melambangkan keikhlasan serta kebenaran (1
Korintus 5:8). Ragi yang baru adalah Roh Kudus, yang
dilambangkan oleh roti-roti pada waktu Pentakosta. Roh
salah yang terdiri daripada sikap suka berlawan, sombong, megah dan benci
membahagikan serta memecah-belahkan umat. Kita
haruslah ‘menyingkirkan ragi’ sikap-sikap yang merosakkan ini daripada
kehidupan kita, agar kita lebih rapat lagi sesama sendiri sebagai suatu jemaat
dan di dalam perhubungan kita dengan semua orang.
Roti adalah tepung yang
dicampurkan dengan air untuk membuat adunan. Air di dalam tubuh Kristus adalah Roh Kudus (Yohanes 7:37-39). Sambil kita
meminum roh ini, ia meliputi seluruh diri kita dan
mengubah fikiran serta sifat kita, lalu mengikat kita bersama. (1Korintus 12:12-13). Minyak juga
mewakili Roh Kudus. Ianya digunakan di dalam pembuatan
roti untuk menghasilkan tekstur dan kelicinan. Umat di dalam jemaat
Tuhan haruslah mempunyai harmoni yang berjalan licin di dalam perhubungan
mereka antara satu sama lain. Hasil muktamad kepada
memiliki roh Tuhan adalah kasih ‘agape’, suatu kasih ilahi yang menunjukkan
keprihatinan terhadap orang lain; suatu kasih berkorban terhadap orang lain.
Apabila kita menemui orang lain yang telah dibaptiskan dan mempunyai
kepercayaan yang sama, janganlah kita lepaskan peluang
untuk berkumpul bersama untuk menyembah dan menjalinkan persahabatan. Kita bekerja bersama untuk menunjukkan bahawa kita adalah
sebahagian daripada tubuh itu. Buah-buah sifat Tuhan
yang terhasil di dalam diri kita, membantu kita untuk diam bersama di dalam
kesatuan. Apabila kita prihatin serta melayani saudara-saudari kita
dengan baik hati, kerendahan diri serta belas kasihan, kita akan
jadi satu roti.
Garam di dalam roti
Kristus menandakan semangat atau keghairahan terhadap jalan-jalan Tuhan (Markus
9:50;
Matius 5:13). Apabila kita memakan roti pada Perjamuan Suci, kita menyatakan
kepada Tuhan bahawa kita telah kenali jemaat sebagai tubuh Kristus, dan
sebagaimana roti adalah satu, kita juga telah memutuskan untuk bersatu dengan
anggota-anggota lain di dalam tubuh Kristus, sehinggalah menjadi satu dengan
Tuhan bagi Dia menjadi semua di dalam semua.
Marilah kita berusaha untuk menjadi satu
roti, satu tubuh!
q