Jemaat Jemaat Allah Al Maséhi
[017z]
Ringkasan:
Perkembangan Model Neo-Platonis [017]
(Edisi 3.2 19940415-19991027)
Karya ini menjejaki perkembangan sistem trinitarian neo-Platonis daripada Falsafah Yunani kepada sintesis post-Kristian. Ia menunjukkan asal-usul sistem Kapadokia itu dengan menggunakan kedua-dua falsafah kuno dan teologi Katolik moden yang mengakui asal-usul doktrin itu.
Hakcipta ã 1994, 1999 Wade Cox)
(Tr. 2003)
Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan. Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan. Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.
Karya ini
boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org and http://www.ccg.org
Perkembangan
Model Neo-Platonis [017z]
Yohanes
Penyembahan sebenar
kepada Tuhan dilaksanakan di dalam roh dan di dalam kebenaran (Yohanes
Konsep Tuhan sebagai tiga hypostases yang membentuk suatu entiti yang lebih besar diterbitkan daripada pemikiran Yunani dan ianya bukan berunsur alkitab.
Di dalam tulisan-tulisan kuno, Plato menggunakan Parmenides sebagai modelnya, dan Plotinus telah membentuk suatu skim tiga hypostases sebagai Satu, Intelek dan Jiwa, yang merupakan bayangan awal Trinitas yang terdiri daripada Bapa, Firman dan Roh.
Bahasa yang digunakan para terpelajar Yunani, berkenaan konsep-konsep Keilahian yang Tidak Disertai, jiwa, monads, henads, ‘Seorang yang berkeupayaan luarbiasa’, ‘yang ramai sebagai Satu’ ‘yang ramai sebagai Dia yang bersifat parmenidean’, ‘bahawa anggota pertama di dalam setiap triad adalah suatu analog bagi yang lain’, bukanlah cara pemikiran kita. Kita berfikir dengan berasaskan Alkitab, dan bahasa falsafah Yunani ini adalah sesuatu yang asing bagi kita.
Konsep monoteis Alkitab adalah bahawa TUHAN adalah satu, dan melalui rohNya, yang lainnya dihubungkan kepadaNya, dan bahawa kemajmukan itu itu adalah kesatuan di bawah kehendak Tuhan, dan itulah caranya bagaimana kemajmukan (pluraliti) itu menjadi satu. Kemajmukan tanpa kesatuan adalah bertentangan dengan kehendakNya.
Namun begitu, kemajmukan sebagai kesatuan
itu tidak memerlukan SATU entiti sahaja, sepertimana yang
Orang-orang Yunani awal tidak memiliki konsep kasih agape Tuhan. ‘Agape’ merupakan suatu transliterasi Yunani daripada istilah Ibrani ‘ahabah’ daripada Kidung Agung di dalam LXX, jadi, mereka tidak memahami perkongsian ibadah di dalam kasih Tuhan kepada orang lain, melalui Roh KudusNya. Ini merosakkan sebarang pemahaman mengenai rencana keselamatan itu sebagaimana ia ditunjukkan di dalam Alkitab.
Hubungan di antara Tuhan/Yesus Kristus, Tuhan/kita, dan Yesus Kristus/kita, memerlukan kasih agape Tuhan, melalui Roh Kudus untuk mengikat kita.
Falsafah Yunani tidak dapat menerima hakikat bahawa pengorbanan Kristus, sebagai manusia, sudah cukup untuk mendamaikan manusia kepada Tuhan.
Konsep berkenaan Bapa sebagai pencipta, dan sebagai Tuhan tertinggi, jelas difahami di dalam sistem-sistem Kasdim dan teks-teks Yunani asal. Neo-Platonisme telah memesongkan hakikat kekuasaan Allah Bapa yang jelas ke atas penciptaanNya dengan menyatakan bahawa Dia wujud di dalam seluruh ciptaan materialnya, dan kemudiannya memuja ciptaan tersebut melalui animisme, panteisme dan politeisme.
Oleh kerana mereka tidak
memahami kasih agape, orang-orang Yunani kemudiannya menekankan bahawa Kristus
abadi-bersama dan dan setara-bersama dengan Tuhan, yang jelas sekali ditolak
Alkitab – Tuhan seorang sahaja yang benar-benar kekal abadi (1Timotius
Socrates mengisytiharkan bahawa ‘prinsip pertama tidak dicipta’, dan orang-orang dahulukala berpendapat bahawa prinsip pertama itu adalah yang Satu, jadi para Trinitarian mendakwa bahawa sungguhpun Kristus adalah pelahiran daripada Bapa, dia tetap abadi. Ensiklopedia Katolik Baru mengatakan bahawa Kristus adalah suatu pelahiran (ciptaan) Bapa.
Yesus adalah Anak Tuhan
melalui pelahiran, seperti juga Iblis dan para iblisnya, serta seluruh angkatan
roh surgawi. Kita boleh
menjadi anak-anak Tuhan melalui panggilan Tuhan (Yohanes
Golongan Kapadokia, di dalam proses perkembangan Trinitarianisme yang berterusan, telah mengabaikan pernyataan Alkitab berkenaan rencana Tuhan untuk keselamatan manusia, dan dengan itu telah menghapuskan perbezaan di antara identiti Tuhan dengan identiti Kristus. Jemaat awal kenal benar dengan perbezaan tersebut. Pada hari ini, golongan Trinitarian tidak membincangkan kesemua teks Alkitab, dan mereka juga salah-petik dan salah-tafsir, atau mengabaikan teks-teks yang tidak dapat diubah mereka.
Golongan Kapadokia
menentang pendapat bahawa Tuhan boleh dikenali. Alkitab jelas mengatakan bahawa Tuhan boleh dikenali (Yohanes
10:4-14) dan bahawa kita wajib mengenali Dia untuk mendapatkan kehidupan kekal
(Yohanes 17:3) dan sememangnya patut mengenali Dia (2Tesalonika 1:5-8).
Dia memang boleh dikenali (Roma
Kuasa Kristus datangnya daripada Bapa
(Yohanes
Pokoknya di sini adalah bahawa manusia juga boleh menjadi anak Tuhan, dan sesudah kebangkitan itu, menjadi makhluk roh. Iblis menyamarkan kebenaran yang indah ini dengan menyebarkan dusta besar Trinitas, yang menghadkan keluarga Tuhan kepada tiga makhluk di dalam satu.
Artikel ‘Trinitas’ daripada International Standard Bible Encyclopedia menyatakan: istilah ‘Trinitas’ bukanlah istilah Alkitab. Begitu juga, perkataan ‘Trinitas’ tidak ditemui di dalam Alkitab.
Petunjuk-petunjuk
Tuhan [184]
Roh
Kudus [117]
Wujud
Bersama dengan Bapa [081]
Tujuan
Penciptaan dan Pengorbanan Kristus [160]
Kerajaan
Tuhan [174]
Umat-umat
Pilihan Sebagai Elohim [001]
Tuhan
Dinyatakan Bab 1
q