Jemaat Jemaat Allah Al Maséhi
[018z]
Ringkasan:
Dia Memanggil Mereka menurut Nama: Suatu Kajian Mazmur 23 [018z]
(Edisi 1.1 19940423-19981130)
Karya ini mengkaji Mazmur 23.
E-mail: secretary@ccg.org
(Hakcipta ã 1994, 1998 Wade Cox)
(Tr. 2003)
Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan. Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan. Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.
Karya ini
boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org
dan http://www.ccg.org
Dia Memanggil Mereka menurut Nama: Suatu Kajian Mazmur 23 [018z]
Mazmur ke 23 mungkin merupakan salah satu daripada mazmur Alkitab yang paling dikenali dan dinyanyikan. Terdapat 2 aspek karya ini yang menarik perhatian kita.
Pertama, bahawa Yesus
Kristus merupakan gembala yang baik itu, dan kedua, aplikasi-aplikasi kata-kata
tersebut kepada suatu kawanan domba sebenar.
Daud, penulis mazmur ini, merupakan seorang gembala sewaktu zaman mudanya, jadi
dia memang boleh mempersembahkan fakta-faktanya dengan cara
yang cukup meyakinkan. Daud telah disebutkan sebagai “raja gembala”
Pada negeri-negeri tertentu, kawanan domba itu kecil sahaja dan gembalanya memang cukup kenal dengan setiap dan semua binatang yang dijaganya. Sama seperti Kristus yang sedar akan setiap kelemahan serta kekuatan kawanan domba yang di bawah penjagaannya itu.
Daud memulakan mazmurnya itu dengan
mengatakan bahawa yahovah adalah gembalanya, dan YHVH ini adalah Tuhan atau
Elohim
Kenapakah ianya suatu
kehormatan untuk menjadi salah satu daripada domba di dalam kawanan domba
Kristus? Kerana Kristus adalah
permulaan penciptaan Tuhan (Wahyu
Oleh itu, Gembala kita
adalah seorang yang istimewa. Kambing
domba adalah binatang yang memerlukan perhatian dan penjagaan berterusan, dan
Daud selaku seorang gembala, sanggup membahayakan dirinya demi kawanan domba
bapanya. Gembala kita Kristus telah memberikan nyawanya untuk kita (Yohanes
Jadi, dengan gembala sebegitu, kita tidak perlu takutkan apa-apa. Dia cukup berkuasa untuk menjaga kita di dalam setiap saat kehidupan kita, sewaktu masa-masa yang sukar, atau masa-masa yang makmur, dan keyakinan serta kepuasan kita terletak pada pengetahuan bahawa dia menguasai kehidupan kita.
Bagi domba, agar dapat berehat dengan
tenang di
“
Apabila seseorang gembala di dalam kawasan Israel membawa kawanan dombanya untuk minum, biasanya dia terpaksa membuat suatu empangan kecil air, atau mengisi palung untuk binatang peliharaannya itu, agar mereka dapat minum daripada air yang tenang, tanpa takut. Mereka tidak suka minum daripada air yang berarus deras, dan ianya merbahaya bagi mereka untuk menuruni cerun-cerun curam sesuatu kubang air.
Kristus mempelawa kita untuk minum daripada “sumber air yang hidup” – iaitu Roh Kudus. Kita seharusnya tidak minum daripada sumber air yang berlumpur, tercemar dan berpenyakit milik roh dunia ini yang diperintah oleh Iblis.
Mungkin kita tertanya-tanya kenapa Yesus perlu memulihkan sebarang jiwa, jika kita adalah kawanan dombaNya. Namun seperti kambing domba, kita cenderung merantau dan boleh tersesat, atau keliru dan berada di dalam bahaya. Oleh itu, seperti seorang gembala yang mencari seekor dombanya yang hilang, begitu juga Kristus mencari dia yang terpesong, dan memimpin dia kepada pertaubatan dan dengan itu membawa dia pulang.
Di dalam budaya-budaya
Timur Tengah, kambing domba dipimpin oleh gembala mereka, yang mencari jalan
yang betul untuk domba-domba itu ikut. Jika
dibiarkan sendirian, disebabkan sifat semulajadi mereka, mereka akan hanya menggunakan satu jalan saja sehinggalah jalan itu
rosak, meragut rumput dengan berlebihan sehingga kawasan itu ketandusan, serta
mencemari
Kristus, selaku gembala
kita yang bijaksana, membawa kita mengikut jalan ke arah kehidupan kekal. Kita cenderung mengikut jalan-jalan kita sendiri
yang membawa kepada maut (Amsal
Gembala di Timur Tengah kadangkala perlu
membimbing dombanya melalui lembah merbahaya untuk sampai ke
Kehadiran Kristus di dalam hidup kita, yang membantu kita untuk “tidak takut bahaya”. Seperti domba yang berkelompok bersama bagi perlindungan terhadap serigala, anjing, beruang, atau singa, begitu juga dengan kita selaku kawanan domba milik Kristus haruslah berkumpul padaNya untuk menahan serangan-serangan musuh kita iaitu Iblis.
Gembala membawa gada dan tongkatnya bersama apabila mendahului kawanan dombanya itu. Dia menggunakan gadanya untuk melindungi dirinya serta dombanya; ianya senjata pertahanan. Gada Kristus adalah firman Tuhan. Dia menggunakannya di dalam perlawanannya dengan Iblis di gurun, dan kita boleh menggunakannya sebagai suatu kuasa yang jelas di dalam hidup kita masing-masing. Ianya digunakan sebagai suatu gada untuk memeriksa sebarang “kecacatan”, “penyakit”, dan “luka” di dalam kehidupan kita, yang merupakan sikap-sikap dalaman, tujuan serta motif kita. (Mazmur 139:23, 24; Wahyu 2:23).
Tongkat pada tangan gembala mewakili bimbingan dan belas kasihannya, mempergunakan cangkuk tongkat untuk menarik kambing atau domba kepadanya. Dia juga boleh gunakannya untuk menolak domba untuk membimbingnya mengikut jalan yang betul.
Dengan menggunakan Roh Kudus daripada Tuhan Bapa, melalui Kristus, kita ditarik memasuki suatu hubungan yang rapat, dan dipimpin di dalam jalan kita. (Yohanes 16:7; Yesaya 40:11)
Si gembala akan memastikan tidak ada rumput-rumput beracun atau ular, dan menyediakan suatu tempat bagi kawanannya makan dengan selamat. Kita perlu berjaga-jaga agar tidak “memakan” rumput-rumput beracun (doktrin palsu) dan memastikan bahawa sikap kita tidak meracuni firman Tuhan yang tulen. Kristus, melalui firman itu, menunjukkan kepada kita apa yang sepatutnya kita makan.
Apabila domba dipimpin kembali ke kandang pada waktu petang, melalui tempat masuk yang sempit, gada digunakan untuk membelah-bagikan bulu domba, dan sebarang luka atau sakit akan dirawat. Kambing yang kepenatan akan dilayani dengan penuh prihatin, dengan muka serta telinga mereka digosokkan dengan minyak zaitun dan air minum diberikan kepada mereka. Gembala itu bertindak sebagai pintu untuk memasukkan dombanya satu demi satu. Dan memeriksa mereka. Kristus adalah pintu masuk (Yohanes 10:7-9).
Pengurapan dengan minyak, serta kemurahan hati dan belas kasihan gembala itu terhadap domba-dombanya sememangnya tidak perlu dihuraikan lagi persamaannya dengan Kristus yang mengasihi domba-dombaNya, serta kemasukan kita ke dalam Kerajaan Tuhan melalui Kristus, pintu itu.
Sebagai hasilnya, kita haruslah membawakan kasih dan belas kasihan, serta keprihatinan kepada orang lain, dan dengan itu memberikan mereka kepuasan dan ketenteraman dan kasih.
Kemudiannya sepertimana kambing domba yang masuk dengan selamat ke dalam kandang, kita juga menunggu-nunggu masa itu apabila kita tinggal bersama dengan Tuhan dan Yesus di dalam rumah Tuhan selamanya. Apabila kita mengikuti suara gembala kita (Yohanes 10:3-14) maka kita akan perolehi damai sejahtera serta kepuasan yang hanya dapat diberikan Tuhan dan Kristus, yang merupakan Gembala BaikNya.
q