Jemaat-jemaat Allah Al Maséhi

[021z]

 

 

 

Ringkasan:

Kasih Kristian [021z]

(Edisi 1.0 20001202-20001209)

 

Ini merupakan ringkasan pendek mengenai bagaimana untuk  menunjukkan kasih Kristian.

 

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta ã 2000 Wade Cox)

(Ringkasan oleh June Hoyt, Ed. Wade Cox)

(Tr. 2003)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org


 

Ringkasan: Kasih Kristian [021z]



Sifat Tuhan dapat dirangkumkan di dalam perkataan kasih. KasihNya adalah keprihatinan terhadap orang lain. Ini adalah jalan yang penuh dengan sifat memberi, berkongsi, menolong dan melayani (1Yohanes 4:16).

 

Hukum Tuhan merupakan jalan kasih Tuhan. Yesus meringkaskan Hukum Tuhan di dalam Matius 22:34-40. Kasih kepada Tuhan dan kasih terhadap manusia merupakan dasar Hukum Bersepuluh itu. Seluruh struktur pekhabaran Tuhan adalah konsep kasih. Tujuan Kristus adalah supaya dunia ini tidak binasa, melainkan diselamatkan (Yohanes 3:14-17). Kristus mengatakan bahawa semua dosa akan diampuni. Namun begitu, menghujat Roh Kudus akan mengakibatkan dosa kekal (Markus 3:29).

 

1Korintus bab 13 digambarkan sebagai bab kasih. Tuhan telah mengutus Kristus kerana Dia mengasihi dunia, serta seluruh penciptaan. Kita perlu memahami bagaimana untuk berhubung sesama sendiri (1Korintus 13:1-13).

 

Pekhabaran seluruh Alkitab, hukum serta semua nabi-nabi dapat dirangkumkan dengan pernyataan: Kasihilah Tuhan, Allahmu, dengan segenap hatimu dan dengan segenap jiwamu dan dengan segenap kekuatanmu dan dengan segenap akal budimu, dan kasihilah sesamamu manusia seperti dirimu sendiri.

 

Tuhan menguji kita namun Dia menyediakan jalan keluar agar kita dapat bertahan melalui ujian itu. Kita harus percaya pada kebenaran Alkitab, dan ketahanan bermaksud berlari hingga penghujungnya.

 

Alkitab tidak dapat dibatalkan; nubuatan-nubuatan tidak akan gagal. Tida ada nubuatan-nubuatan yang palsu, dan semua nubuatan akan digenapi. Proses pembelajaran akan tamat kerana kita akan mengetahui.

 

Kita tidak boleh membenci saudara kita atau berdendam terhadap ciptaan dan masih tinggal di dalam terang itu (1Yohanes 2:10-19).

 

Struktur kasih Tuhan ada di dalam kita jika kita mengasihi saudara-saudara kita dan menyayangi mereka. Ianya suatu proses saling menyayangi antara satu sama lain (1Yohanes 3:10-19; 4:7-15).

 

Hukum Tuhan terbit dari kudrat Tuhan, begitu juga dengan persoalan kasih dan perintah-perintah itu. Memelihara perintah-perintah Tuhan adalah perlu untuk terus menyimpan Roh Kudus. Roh Kudus membolehkan kita mengambil bahagian di dalam kudrat ilahi Tuhan.

 

Sebagai individu-individu dan sebagai Jemaat, kita patut menunjukkan keprihatinan serta kasih antara satu sama lain (1Tesalonika 5:12-18; Roma 13:8). Kita tidak patut gagal untuk bertemu bersama. Kita semua harus mengambil bahagian di dalam menyebarkan injil Kerajaan Tuhan kepada dunia.

 

Seluruh penciptaan ini adalah untuk menunjukkan kepada kita, bahawa sebarang jalan lain yang bertentangan dengan hukum kasih Tuhan adalah tidak berkesudahan. Tiga puluh tahun seterusnya, kita akan melihat bagaimana planet ini memainkan masalah-masalah zaman akhir. Perang-perang Sangkakala ke 6 akan membunuh lebih sepertiga daripada planet ini. Tuhan akan membiarkannya terjadi kerana Dia sedang membereskan planet ini. Dia akan menguruskan planet ini dengan penuh kasih serta tindakan-tindakan yang betul.

 

Umat Kristian sebenar dipilih, dipanggil, dibaptiskan, dikaruniakan Roh Kudus serta pemahaman. Kita tidak boleh menggunakan pengetahuan ini untuk meninggikan diri kita sendiri ataupun membuatkan kita berasa diri kita benar (Roma 15:1-7).

 

Tuhan mengingini penurutan lebih daripada korban (Kolose 3:2-14). Kalau kita tidak mengasihi antara satu sama lain, maka kita akan kehilangan kedudukan kita (Yohanes 13:34-35; Roma 12:9-10; 1Petrus 3:8-9). Kita tidak mungkin mengasihi dengan diam-diam. Kita harus berbuat dan bertindak dalam kasih. Kita patut menolong secara jasmani mereka yang memerlukan dan sentiasa memberi semangat, berbelas kasihan, baik hati dan lemah lembut. Kita perlu ada di situ pada masa senang serta masa susah.

 

Tidak selalunya senang untuk mengasihi mereka yang mengganggu serta menjengkelkan kita, namun kita disuruh untuk mengasihi sekalipun musuh-musuh kita. Ini sememangnya satu ujian kasih yang seperti kasih Tuhan: Apabila kamu mengasihi orang yang mengasihi kamu, apakah upahmu?

 

Jika kita tidak mengasihi maka kita tidak mengenali Tuhan (1 Yohanes 4:8). Kita harus mengasihi Tuhan serta umat manusia sesama kita.