Jemaat Jemaat Allah Al Maséhi
[022z]
Ringkasan:
Bala Tentera Gideon dan Zaman Akhir [022z]
(Edisi 2.1 19940507-19991218)
Karya ini membincangkan cerita Gideon sebagai nubuatan. Maksud cerita ini dibentangkan dengan beberapa implikasi menarik bagi agama Kristian hari ini.
E-mail: secretary@ccg.org
(Hakcipta ã 2002 Wade Cox)
(Tr. 2003)
Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan. Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan. Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.
Karya ini
boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org
dan http://www.ccg.org
Bala Tentera Gideon dan Zaman Akhir [022z]
Karya ini bertujuan untuk menerangkan cerita Bala Tentera Gideon di dalam peperangan melawan orang-orang Midian dan Amalek, yang merupakan penyembah-penyembah Baal. Ianya boleh disamakan dengan aktiviti-aktiviti Jemaat Tuhan yang menentang sistem kultus Baal atau Rahsia itu, yang memerintah dunia ini pada zaman akhir.
Pertempuran Gideon
menghasilkan kemenangan dan
Mikha 5:3-6 mempersembahkan konsep-konsep bahawa Mesias membiarkan umat-umat pilihan terdedah kepada sistem dunia, sehinggalah bilangan umat pilihan, di bawah penganiayaan dan kesukaran, yang ditakdirkan sejak daripada permulaan dunia (Efesus 1:4) dan dimasukkan ke dalam Buku Kehidupan (Wahyu 17:8) telah dibawa masuk ke dalam Jemaat, iaitu Badan Kristus. Kemudian Dia akan pulang, kepada suatu planet yang hancur kerana peperangan-peperangan zaman akhir. Kristus kembali kerana umat-umat pilihan, jika tidak tiada seorangpun yang akan diselamatkan hidup-hidup (Matius 24:22 Moffatt).
Jemaat Tuhan telah wujud
sejak Pentakosta 30 TM, dan tidak pernah menjadi sebahagian daripada sistem
jemaat aliran utama, yang didirikan bermula dari Majlis-majlis
Wahyu 2 dan 3 menggambarkan era-era Jemaat, dan daripada Wahyu 2:18 hingga 3:22 ia menunjukkan bahawa hanya 4 era sahaja yang masih ada pada waktu kedatangan Mesias sungguhpun elemen-elemen setiap era wujud pada kedatanganNya. Nama-nama era-era tersebut merupakan istilah-istilah gambaran, dan terdapat elemen-elemen setiap era di dalam setiap Jemaat.
Daripada perumpamaan mengenai gadis-gadis
bijaksana dan bodoh itu (Matius 25:5,6), ianya
ditunjukkan bahawa mereka semua tertidur pada akhir masa, dan memerlukan
seorang penjaga untuk membangunkan mereka.
Mari kita selidiki cerita
tentang Bala Tentera Gideon.
Gideon menimbulkan amarah
para penyembah Baal yang ada di sekitar, dan semuanya bersatu untuk bertempur
melawan
Di dalam Hakim-hakim 6:36-40, Gideon menguji Tuhan untuk memastikan bahawa Tuhan benar-benar bersama dengan dia. Ianya suatu teladan bagi kita untuk memahami apa yang Tuhan kehendaki, dan bertindak berdasarkan itu. Jemaat Tuhan diuji melalui pengenalan Trinitarianisme ke dalam doktrin-doktrinnya, dan mereka yang memahami Alkitab serta perkembangan doktrin palsu itu, telah memilih untuk keluar daripada perkumpulan itu.
Maka musuhpun mulai
mengambil tempat mereka. Tuhan
telah memilih untuk menyelamatkan
Hakim bab 7 menunjukkan bagaimana Tuhan mengurangkan kekuatan tentera Gideon daripada 32,000 orang kepada 300 orang. Pengajarannya di sini adalah bahawa Tuhan mengumpulkan kesemua anggota jemaat pilihanNya, namun Dia memilih untuk tidak menggunakan semua mereka. Mereka sedia, tetapi setelah menampilkan diri untuk bertugas, mereka telah dihantar pulang.
Persamaannya dengan
Jemaat zaman akhir mudah saja dilihat. Peristiwa Pembinasaan Holocaust
itu bertujuan untuk menghapuskan Hukum Tuhan dan kesemua pengkajian Alkitab di
Eropah dan di seluruh dunia, dan mempunyai sokongan daripada jemaat-jemaat
Trinitarian Eropah. Penganiayaan tersebut berterusan
hingga ke hari ini, contohnya
Maka, disebabkan keputusan Perang Dunia II, Jemaat diperuntukkan 40 tahun (satu generasi) untuk membangun, dan boleh disamakan dengan tempoh damai 40 tahun di bawah bimbingan Gideon. Ini adalah generasi yang dimaksudkan Kristus di dalam Matius 24:34. Nubuatannya meliputi abad-abad kemudiannya.
Pengurangan bilangan
orang yang pertama di dalam Hakim-hakim 7 adalah menurut Hukum Tuhan (Ulangan
20). Ianya suatu proses penapisan, sepertimana
kata-kata “ramai yang dipanggil, tetapi sedikit yang terpilih” (Matius
Kini nisbahnya adalah 1 orang kepada setiap 450 orang musuh. Sama nisbahnya dengan sewaktu Elia berhadapan dengan 450 orang imam Baal, Kumpulan Berjubah Hitam, golongan Khemarim di dalam Alkitab. Sepertimana Elia memusnahkan, begitu juga dengan tentera Gideon pada zaman akhir akan membinasakan sistem Baal dunia ini.
Maleakhi 4:4-6 menyeru kepada kita untuk mengingati hukum Musa, iaitu hukum Tuhan yang disampaikan kepada Musa di Sinai oleh Malaikat YHVH. Tuhan juga berjanji bahawa nabi Elia akan diutus sebelum hari TUHAN yang besar dan dahsyat itu. Dia akan diutus untuk memulihkan segala hal. Sungguhpun banyak usaha dilakukan oleh Jemaat Tuhan, pemulihan akhir itu tidak akan sempurna sehinggalah neksus hukum itu dipulihkan oleh Elia. Buat masa ini, hujan turun untuk yang baik dan yang jahat, tetapi setelah pemulihan hukum Tuhan itu, sekiranya tidak menurut Hukum tersebut dan memelihara Zaman Kudus Tuhan, tiada hujan akan turun ke atas negara itu dan tulah-tulah Mesir akan datang kepadanya (Zakharia 14:16-19).
Terdapat hanya sejumlah kecil sisa Jemaat Tuhan yang taat kepada Hukum dan Kesaksian Yesus Kristus pada zaman akhir (Wahyu 12:17; 14:12; 22:14) dan mereka, sepertimana bala tentera Gideon yang sedikit sahaja, akan berperang dengan sistem Baal. Di dalam Hakim-hakim 7, tentera Gideon sebanyak 300 orang itu mula berperang pada waktu permulaan giliran jaga tengah malam, jam 10 malam. Dalam ertikata lain, sejurus sebelum tengah malam, iaitu apabila Pengantin Lelaki (Kristus) datang, seperti di dalam perumpamaan 10 orang gadis itu.
Pasukan Gideon telah memenangi pertempuran
itu, dan di dalam Hakim-hakim 8 kita lihat bahawa 2 buah
Gideon diminta untuk
memerintah
Amaran kepada
bangsa-bangsa pada zaman akhir datangnya daripada Dan-Efraim (Yeremia
Jemaat akan diperkuatkan dan ditahirkan untuk tugas tersebut dan Tuhan akan mencapai kehendakNya. Penganiayaan dan pertempuran akan dihadapi oleh pasukan kecil itu, tetapi firman Tuhan adalah sumber kekuatan mereka. “Mereka akan memerangi engkau, tetapi tidak akan mengalahkan engkau, sebab Aku menyertai engkau untuk melepaskan engkau, demikianlah firman TUHAN." (Yeremia 1:19).