Jemaat-jemaat Allah Al Masehi

[023z]

 

 

 

Ringkasan:

Adakah Kita Mengikut Jalan yang Betul? [023z]

(Edisi 1.0 20001126-20001126)

 

Tuhan telah memberikan panduan ke arah kerajaanNya dan ianya bergantung pada kita untuk terus berada pada jalan yang betul jika kita ingin ke sana. Yesus mengatakan, “Akulah jalan dan kebenaran dan hidup. Tidak ada seorangpun yang datang kepada Bapa, kalau tidak melalui Aku.” (Yohanes 14:6).

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta ã 2000 David Prieskorn, Ed. Wade Cox)

(Tr. 2003)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org


 

Adakah Kita Mengikut Jalan yang Betul? [023z]

 

 


Tidak banyak yang boleh dilakukan untuk meringkaskan atau mempermudahkan karya ini yang begitu menarik minat sekali yang terdapat di dalam katalog pada laman web, kerana ia menunjukkan dengan jelas apa yang perlu dibuat oleh seseorang yang ingin memasuki Kerajaan Tuhan serta jalan yang harus dipilih.

 

Menerima Alkitab, Firman Tuhan, sebagai asas pembimbing bagi perlakuan hidup kita, serta menerima segala kata-katanya dan kesemua perintah-perintahnya sebagai sesuatu yang mengikat, menempatkan kita pada jalan yang betul mengikut pandangan Tuhan.

 

Kata-kata Yesus sendiri memberitahu kita bahawa Dia adalah jalan, dan tiada seorangpun yang dapat datang kepada Bapa, kecuali melalui Dia. Dia juga mengatakan di dalam Yohanes 14:15 “Jikalau kamu mengasihi Aku, kamu akan menuruti segala perintah-Ku.” Jika kita menurut perintah-perintah ini, maka kita menunjukkan bahawa kita mengasihi Dia dan kerana itu Allah Bapa akan mengasihi kita.

 

Musuh kekal kita, serta musuh utama Kristus, adalah Iblis. Jalannya – iaitu jalan dunia mempunyai glamor serta tarikan untuk menarik kita daripada jalan sempit yang menuju kepada hidup kekal. Kitab Suci menunjukkan bahawa terdapat ramai orang yang mengikuti jalan Iblis. Ianya suatu jalan yang lebar dan senang diikuti – tetapi menuju kepada mati.

 

Kita mempunyai seorang gembala iaitu Kristus, kita mendengar suaraNya, Dia adalah pintu yang kita lalui untuk memasuki jalanNya. Dan Dia memimpin kita sebagai Gembala yang Baik.

 

Allah Bapa memberitahu kita bahawa kita akan menghadapi percubaan-percubaan, namun Dia tidak akan meninggalkan mahupun membiarkan kita. JanjiNya ini membantu kita menjauhi kemurungan dan lemah semangat, yang merupakan peralatan Iblis.

 

Kita boleh membantu orang lain di dalam pencarian mereka terhadap jalan yang betul. Kata-kata hikmat yang sesuai pada masanya, teladan yang baik, memberitahu mereka alamat laman web ini dapat membimbing mereka membuat pilihan yang betul.

 

Yesus mengasihi kita dan kita gembira memberitakan jalan yang betul kepada orang lain.

 

q