Jemaat-jemaat Allah Al Masehi
[039z]
Ringkasan:
Salib: Asal Usul dan Maksudnya
(Edisi 3.0 19940625-19991203)
Karangan ini membincangkan asal-usul salib dalam sejarah dan mengkaji maksud salib dalam ibadah pra-Kristian manusia. Hubungan salib kepada perintah kedua juga dikaji.
E-mail: secretary@ccg.org
(Hakcipta ã 1994, 1997, 1999 Wade Cox)
(Ringkasan oleh Ron Proposch, Ed.
oleh Wade Cox)
(Tr. 2007)
Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan. Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan. Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.
Karya
ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org
Ringkasan:
Salib: Asal Usul dan Maksudnya [039z]
Berry (Encyclopaedia Heraldica) menyebut 385 salib-salib berlainan.
Kebanyakannya hiasan semata-mata atau mempunyai signifikans bentara (ERE,
art. Cross, Vol. 4, ms 324 dan seterusnya). Terdapat 9 jenis salib yang
mempunyai simbolisme agama.
Salib telah dihubungkan dengan
Kekristianan. Namun begitu, ia bukan simbol Kristian awal dan, sememangnya,
Jemaat-jemaat Pemelihara Sabat secara tradisinya adalah ikonoklastik dan
membenci penggunaan simbol salib sebagai pagan. Sesungguhnya, sesetengah umat
Kristian Pemelihara Sabat telah mati syahid kerana tentangan mereka terhadap
penggunaan salib dalam simbolisme Kristian. Orang Vandal merupakan
Subordinationist ikonoklastik yang memusnahkan patung-patung yang dipuja-puja
di Greece (Yunani) dan Rom.
Orang Paulicia ialah ikonoklas dan
begitu juga semua Sabbatati yang dikaitkan dengan atau turun daripada mereka.
Larangan terhadap salib ini (serta
amalan baptisan orang dewasa) kekal dalam Jemaat-jemaat Tuhan Pemelihara Sabat
hingga sekarang. Simbol salib amat kuno dan mempunyai beberapa erti mistik.
Salib-salib Bukan Kristian
Salib mempunyai erti yang dihubungkan
dengan pemujaan matahari. Schliemann memperhatikan kehadiran salib pada
tembikar dan lingkaran-lingkaran Troad (kawasan sekitar Troy) (ERE,
ibid. ms 325). Ia berselang-selang dengan cakera berjejari dan kadangkala
kedua-dua lambang ini diatur seiring (ibid.).
Orang India menggunakan salib sama
sisi berselang-seli dengan cakera berjejari.
Salib wujud semulajadi di
cabang-cabang jalan dan dengan itu menjadi objek pemujaan.
Ketika zaman perunggu (gangsa),
khususnya di kalangan orang Gaul, salib sering muncul pada tembikar, permata
dan wang syiling.
Salib juga ditemui di Mexico, Peru
dan pentingnya di Amerika Tengah. Di situ salib merujuk kepada empat angin,
yang merupakan sumber hujan.
Orang Dakota juga menggunakan salib
untuk menggambarkan empat angin.
Simbolisme awal salib dinyatakan
dalam ideogram China untuk perkataan bumi, iaitu salib sama sisi dalam
segiempat sama sisi.
Salib matahari tertutup nampaknya
mewakili empat sungai firdaus. Alkitab merujuk kepada ini sebagai sungai, yang
keluar dari Eden dan membahagi kepada empat kepala.
Justeru, konsep yang terangkum
dalam kisah Kejadian itu (Kejadian 2:10), walaupun mempunyai geografi khusus
berkaitan empat sungai, juga mewakili tema dasar sungai-sungai air hidup yang
mengalir dari sumber utama iaitu Tuhan melalui bintang fajarNya yang merupakan
Iblis pada waktu itu.
Oleh itu, kita berdepan dengan
sejenis keberhalaan yang amat serius dalam simbolisme salib sebagai gambaran
pemujaan matahari di sini.
Tidak diragui lagi bahawa
penggunaan salib, yang berhubungan dengan simbol-simbol kebangkitan dan hidup
baru, betul-betul bercampur dengan teologi purbakala.
Swastika muncul dengan meluas dalam
Buddhisme di China dan Jepun, nyata menonjol pada kekaki patung-patung Buddha
dan Bodhisattva Buddhisme Mahayana.
Salib dalam Kekristianan
Tanda Salib
Penyebaran simbol salib ke dalam
agama Kristian banyak berkembang sebagai Trinitas. Tertullian mendakwa bahawa
pada setiap langkah umat Kristian menandakan dahi mereka dengan tanda kecil
salib. Penggunaan yang dimaksudkan Tertullian ini menarik tuduhan keberhalaan.
Para penulis Roman Katolik mengaku
bahawa salib telah menjadi objek sesuatu yang benar-benar kultus. Didron
menyatakan:
Salib telah menerima pemujaan serupa kalau tidak setara dengan yang diterima Kristus; kayu keramat ini dipuja hampir setara dengan Tuhan sendiri (ibid.).
Hujahnya sukar dinafikan bahawa
salib telah diperkenalkan kepada sistem Kristian daripada kultus-kultus Misteri
bersama-sama dengan bentuk ibadah lain yang beransur-ansur menguasai
Kekristianan dan yang bukan sebahagian daripada jemaat mula-mula. Bentuk-bentuk
ini umpamanya kebaktian hari Minggu dan perayaan Easter dan Krismas, datang
daripada kultus-kultus Matahari.
Hakikatnya adalah salib tidak
diperolehi daripada Kekristianan, yang kemudiannya digunakan di persimpangan
jalan, tetapi sebaliknya salib lingga yang diperkemaskan
supaya sesuai dengan adat istiadat Kristian dan ditinggalkan dengan watak-watak
ibu dewi Hecate dan sebagainya yang dinama semula Madonna.
Perbezaan yang dibuat antara
pancang dan tiang pada sebelah satu dan salib pada sebelah satu lagi, adalah
untuk mengambil bagi Kekristianan simbol yang begitu penting dalam simbolisme
pagan. Hakikatnya adalah penyaliban, iaitu sejenis hukuman purba, dibuat atas
pohon, yang tidak khusus bentuknya dan pancang biasa dipanggil salib atau crux.
Zakharia 12:10 menandakan sebab
terakhir kematian adalah dengan tikaman. Adalah mustahil untuk memastikan sama
ada salib yang digunakan untuk menyalibkan Kristus satu pancang biasa atau
mengandungi palang silang kerana istilah ini umum bagi kedua-duanya.
Inipun bukannya penting, melainkan
bahawa simbolisme di atas telah dipindahkan dari kultus-kultus dan terpaksa
diabsahkan.
Sidang Nicea kedua (787), yang
diadakan dengan tujuan memperbaiki salah pakai dan mengakhiri semua pertikaian
ikonoklasme,
mendefinisikan bahawa pemujaan umat setia diharuskan untuk ‘salib mulia dan menghidupkan itu’ serta gambaran atau patung Kristus, Perawan Diberkati, dan para santo (Cath. Encyc., op. cit.)
Sidang itu berpandangan bahawa kultus
Latria hanya milik kudrat ilahi sahaja. Justeru, benda-benda itu diberi
pemujaan tertentu yang bukan pemujaan yang dipercayai diberi kepada kudrat
ilahi. Namun menuntut bahawa pemujaan patung makhluk fana diterima adalah
bertentangan ajaran jelas Alkitab.
Justeru simbolisme ini telah pulang
ke asal dan patung-patung Misteri telah menguasai Kekristianan dan menjadi
tumpuan ibadah.
Dari atas, penggunaan salib tidak
dapat disetujui dari segi falsafah dalam Kekristianan – bukan saja atas
sebab-sebab itu, tetapi juga kerana konsep-konsep di atas, yang secara logiknya
berdasar pada Tuhan dan merupakan hak istimewa langsung Tuhan, ada di dalam
simbolisme ini yang dipertalikan kepada Kristus sebagaimana yang dibuat kepada dewa-dewa
kumpulan Misteri. Kebangkitan berlaku sebagai perbuatan kuasa Tuhan. Tuhan saja
yang abadi (1 Timotius 6:16). Kristus menggunakan kuasa ketaatan, menyerahkan
hidupnya dan mengambilnya berdasarkan kuasa itu (Yohanes 10:18). Kristus, dia
yang menguduskan dan mereka yang dikuduskan semuanya berasal dari satu (KJV) (enos
pantes) (Ibrani 2:11 RSV). Penggunaan istilah enos pantes
bererti bahawa mereka satu, sama sekali, dalam semua hal, dalam setiap cara
(Thayers). NIV cuba mengurangi teks ini dengan menterjemahkannya
sebagai dari keluarga sama.
Tuhan saja yang harus disembah dan
tujuan doa (Lukas 4:8; Yohanes 4:23; Wahyu 19:10; 22:9). Salib telah menjadi
simbolnya yang tersendiri sama seperti patung yang didirikan Musa (Bilangan
21:8-9) menjadi patung tersendiri dan dengan itu menjadi berhala.
Simbolisme yang menyelubungi salib
dan karya seni dan bentuknya dimuatkan dengan konsep-konsepnya sendiri, yang
telah dibawa masuk ke dalam ibadah Kristian. Konsep-konsep ini diperolehi
daripada bentuk-bentuk ibadah paling purba, yang diangkut atau disebarkan
melalui bangsa dan suku. Pengenalpastian asal usul dan hubungan saling kait
dibuat dalam bahagian-bahagian di atas. Salib sebagai benda gambaran bukanlah
alat atau hiasan tidak berbahaya.
Penyifatan salib dan Kristus
sebagai gambar dan tujuan doa merupakan pelanggaran perintah kedua.
Konsep atau doktrin ini
menghubungkan dosa terbesar kepada Kristus iaitu menjadikan dirinya setara
dengan Tuhan, yang Alkitab katakan tidak (Yohanes 14:28, Filipi 2:6). Konsep-konsep
sebegitu tidak digunakan dalam dua abad pertama Jemaat dan memangpun dipandang
sebagai keberhalaan. Ramai umat kita mati syahid kerana tidak mahu menerima
salib sebagai simbol iman mereka.
q