Jemaat-jemaat Allah Al Masehi
[048z]
Ringkasan:
Doktrin Iblis Setan Zaman Akhir
(Edisi 2.0 19940813-19991209)
Doktrin dasar iblis setan yang disenaraikan Alkitab sebagai yang ditentukan untuk melemahkan iman dalam zaman akhir dikaji. Pada dasarnya karya ini membincangkan dua doktrin iblis berkenaan perkahwinan dan daging.
E-mail: secretary@ccg.org
(Hakcipta ã 1994, 1999 Wade Cox)
(Ringkasan ed. Wade Cox)
(Tr. 2007)
Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan. Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan. Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.
Karya
ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org
Ringkasan:
Doktrin Iblis Setan Zaman Akhir [48z]
Manusia tidak benar-benar mengerti
maksud dan perkembangan doktrin-doktrin iblis setan. Kita mengerti dengan
kepastian melalui roh, namun dalam 1 Timotius 4:1 Roh Kudus berkata-kata
(‘retoos SGD 4490) kepada Paulus.
1 Timotius 4:1-5 mengatakan bahawa
ada orang yang akan murtad kerana perbuatan pendusta yang hati nuraninya telah
dicap dengan kemunafikan kesaksian palsu. Mereka mengikuti roh-roh penyesat dan
ajaran setan-setan, yang melarang perkahwinan sebagai satu ajaran dan melarang
orang makan makanan yang Tuhan telah sediakan untuk manusia untuk diterima
dengan kesyukuran.
Mereka yang mengenali kebenaran
dalam zaman akhir harus membongkar apa sebenarnya kedua-dua ajaran ini, iaitu
doktrin iblis setan, dibentuk untuk membawa kehancuran masyarakat. Mereka tidak
malas, dan menyerang maksud Tuhan dalam rencana keselamatan dan kecukupan
korban Kristus.
Doktrin pertama iblis setan ialah
ajaran bahawa orang patut menjauhi perkahwinan. Ini menyerang terus ke dalam
benteng peradaban – unit keluarga, yang membayangkan hubungan kita dengan
Kristus, dan ibadah Allah Bapa dan merupakan teladan sistemNya. Hidup bersama
tanpa persetujuan perkahwinan adalah lazim hari ini dan membawa kepada
kejahatan Sodom dan Gomora.
Baca Roma 1:1-32 untuk memahami
kemerosotan dalam kelakuan manusia.
Proses ini mula dengan penolakan
Tuhan dan injilNya, dan keberhalaan yang menyusuli. Sebaik saja Tuhan yang
Mahakuasa disingkirkan, pemujaan benda ciptaan sendiri diterima.
Roma 1:1-7 menentukan Ketuhanan
dengan Allah Bapa sebagai Tertinggi dan Allah maha esa, dan anakNya Yesus
Kristus (Yohanes 17:3). Pengetahuan ini perlu untuk menerima hidup kekal.
Kristus menjadi manusia, menjalani hidup tanpa dosa, mati dan telah
dibangkitkan kembali kemudian ditandakan Anak Tuhan yang berkuasa. Sebarang
doktrin lain tentang Kristus ialah doktrin anti-Kristus. Iman dalam firman
Tuhan dan penurutan kepada Hukum-hukumNya memimpin kepada Tuhan.
Roma bab satu menunjukkan proses
keberhalaan yang membawa kepada nafsu tidak wajar. Hakikat bahawa pembujangan
untuk golongan paderi menjadi doktrin yang melarang perkahwinan ialah doktrin
iblis setan.
Pembujangan secara tersendiri, dan
oleh pilihan, bukan hal yang dibincangkan dalam 1 Timotius 4:3. Paulus
merangkumi aspek ini dalam 1 Korintus 7.
Hari ini amalan bersekedudukan
(tinggal bersama), dan mempunyai banyak hubungan, yang kian bertambah,
mengakibatkan huru-hara menyeluruh dalam genealogi, pusaka, ketenteraman,
kestabilan dan mewujudkan keadaan tiada kesetiaan dan kepercayaan dalam
sesiapapun, dan menyatakan kepada Tuhan bahawa sistemNya salah.
Perintah keiblisan yang dilihat
dalam 1 Timotius 4:3 tidak berjaya sepenuhnya, sebab pada kedatangan Kristus
manusia masih berkahwin dan dikahwinkan (Matius 24:38-39), namun penghinaan itu
adalah terhadap hubungan rohani antara Kristus dan JemaatNya dan perkahwinan
yang berlangsung pada kedatanganNya.
Dalam 1 Timotius 4:3 perintah
keiblisan yang satu lagi adalah untuk menjauhi daripada memakan daging. Ini
tuduhan langsung terhadap kebijaksanaan Tuhan yang mencipta daging untuk
manfaat manusia. Daging halal dikenalpasti dalam Imamat 11 dan Ulangan 14.
Nama perintah keiblisan ini ialah
Vegetarianisme. Lihat karya Vegetarianisme dan Alkitab
(No. 183).
Proses itu kekurangan dalam zat-zat
dasar untuk perkembangan aktiviti otak dengan sebaik-baiknya. Dengan memakan
daging haram, atau tidak memakan daging sama sekali, masyarakat sedang
dihancurkan.
Tuhan mengasaskan sistem korban
sejak Adam, dengan menggunakan binatang halal. Segala korban hukum Tuhan
menunjuk kepada korban terbesar, sekali saja, anakNya Yesus Kristus untuk
manusia. Vegetarianisme mempersoalkan kebenaran dan kebijaksanaan proses
keselamatan dalam seluruh sistem korban dan penebusan Bait yang diasaskan oleh
Tuhan.
Pembacaan kedua-dua Kisah 10 dan 11
menunjukkan maksud penglihatan Petrus – bahawa bangsa-bangsa lain dipanggil ke
dalam jemaat Tuhan – dan meniadakan pendapat yang dipegang bahawa hukum-hukum
makanan Alkitab telah dilenyapkan. Sesiapa yang mengajar ini diberi peringatan
daripada Tuhan bahawa murkaNya nyata pada mereka yang menindas kebenaran dengan
kelaliman (Roma 1:18).
Roma 14:3 didukung sebagai dasar
untuk amalan vegetarianisme.
Paulus bermaksud bahawa iman orang
ini lemah, dan orang ini mahu memakan daging, tetapi khuatir tentang daging
yang disajikan, sama ada dipersembahkan kepada berhala atau tidak. Justeru,
vegetarianisme dilihat sebagai kelemahan iman seseorang berkenaan pemilihan
daging, dalam sistem pagan.
Namun ini doktrin iblis setan
apabila dikhotbahkan sebagai pemantangan untuk kesucian, atau sebab-sebab
alkitabiah atau kesihatan. Menuntut bahawa Tuhan telah mendirikan sebuah sistem
yang tidak sihat ialah suatu tuduhan terhadap namaNya.
Vegetarianisme mempersoalkan segala
aktiviti dan kebijaksanaan Mesias dan rencana Tuhan untuk keselamatan manusia,
dan tidak akan ditahan sabar dalam Jemaat-jemaat Tuhan. Segala tuduhan Tuhan
dan Mesias ini adalah anti-Kristian.
Nubuatan jelas bahawa – Kristus
akan mengadakan sistem penggembala, dan daging akan dimakan dalam Milenium.
Kristus akan mengembalikan korban-korban itu.
q