Jemaat
Jemaat Allah Al Maséhi
[071z]
Ringkasan:
Malaikat Itu dan Pengorbanan Abraham [071z]
(Edisi 2.0 19941008-19991213)
Pengorbanan Ishak oleh Abraham diteliti bagi menerangkan peranan Malaikat YHVH di dalam aktiviti ini serta menunjukkan bahawa sifat maha mengetahui Tuhan tidak dikompromi.
E-mail: secretary@ccg.org
(Hakcipta ã 1994, 1999 Wade Cox)
(Tr. 2003)
Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan. Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan. Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.
Karya ini
boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org
dan http://www.ccg.org
Malaikat Itu dan Pengorbanan Abraham [071z]
Pengorbanan Ishak oleh Abraham diteliti bagi menerangkan peranan Malaikat YHVH di dalam aktiviti ini dan bagi menunjukkan bahawa sifat maha mengetahui Tuhan tidak dikompromi.
Alkitab membina manifestasi Tuhan melalui malaikat atau utusan ini menurut suatu dasar progresif dan sistematik.
Di dalam cerita pelarian Hagar (Kejadian 16:7-13), seorang Malaikat YHVH telah muncul, dan memberkati keturunan anaknya Ismael, lantas juga bangsa Arab. Malaikat ini saling berganti dirujukkan sebagai Malaikat YHVH dan “engkaulah Tuhan yang melihat”. Penglihatan itu juga menyatakan masa hadapan orang-orang Arab – keganasan dan kekacauan telah dilihat sebelum Ismael dilahirkan.
Di dalam Kejadian bab 17, Abraham berbicara muka dengan muka dengan YHVH. Kita tahu bahawa ini bukanlah Allah Bapa atau Eloah (bentuk singular bagi Tuhan, yakni Allah). Jadi orang-orang Arab dan kita sendiri menyembah Tuhan yang satu itu, Eloah atau Allah.
Jadi YHVH yang muncul kepada Abraham adalah YHVH, Malaikat YHVH. Dia bertindak bagi Tuhan yang Mahakuasa, yang merupakan Allah Semesta Alam. Dia adalah entiti yang diperkatakan di dalam Mazmur 45:6,7 dan kerana itu adalah Kristus yang pra-wujud.
Di dalam Kejadian bab 18 YHVH sekali lagi muncul di dalam suatu kumpulan 3 orang, yang semuanya dipanggil YHVH dan tiada perbezaan dibuat. Jadi pelbagai utusan membawakan nama ini. Mereka bertindak bagi dan di dalam kedudukan Allah Bapa Eloah. Abraham merayu kepada YHVH bagi pelepasan Sodom.
Dua Makhluk Kejadian 19 yang telah datang ke Sodom merupakan utusan-utusan (malaikat, malak) dan dipanggil sebagai YHVH bersama dan tanpa sebarang pembezaan. Jadi kita mempunyai YHVH yang diaplikasikan di dalam urutan hierarki – YHVH Semesta Alam, (Allah Mahatinggi atau Eloah) kepada Elohim Israel, dan kepada dua malaikat yang juga digelar YHVH atau elohim. Kesimpulannya daripada Kejadian 19 adalah bahawa terdapat 4 makhluk tertentu yang disebut sebagai Tuhan. Apakah implikasi-implikasinya? Jawabnya adalah bahawa Kristus muncul kepada Israel dan menubuhkan sistemnya melalui para bapa (patriak).
Pada Kejadian 20:3,4 seorang makhluk yang disebutkan sebagai elohim telah datang di dalam mimpi kepada Abimelekh. Kejadian 21:17-20 menunjukkan suatu posisi pelik seorang Malaikat elohim, yang juga seorang elohim sendirinya, iaitu Kristus.
Malaikat YHVH adalah entiti tersebut yang melindungi serta berurusan dengan Abraham – perlindungan Ismael, dan Abraham diberikan janji seorang anak iaitu Ishak. Malaikat ini menguji Abraham dengan meminta pengorbanan anak keajaiban ini, Ishak. Kejadian 22:11,12 dianggap menunjukkan bahawa Tuhan bukanlah maha mengetahui. Makhluk yang tidak maha mengetahui tidak mungkin MENJADI Tuhan (Eloah). Malaikat YHVH telah menguji Abraham, dan Makhluk inilah yang telah mengatakan “Kuketahui sekarang”. Abraham diuji agar menyedari sejauh mana imannya sendiri, dan pengorbanan tersebut diadakan bagi menunjukkan akan terdapatnya pengorbanan seorang anak di dalam penebusan Israel – iaitu Mesias.
Petikan ini juga menunjukkan bahawa Malaikat itu, yang nyata sekali subordinat, bukan maha mengetahui – jadi terdapatnya kebolehan maha mengetahui secara relatif di kalangan entiti-entiti angkatan malaikat Tuhan.
Terdapat banyak teks daripada Ayub yang mengesahkan sifat maha mengetahui Eloah – Ayub 24:1; 28:10,24; 31:4; 34:21-15; 36:4,5; 37:16; 42:2 dan Mazmur 1:6; 7:9; 11:4; 33:13-15; 37:18; 38:9; 44:21; 66:7.
Kesemua ini menunjukkan bahawa Tuhan mengetahui segalanya, namun dunia tidak mengingini seorang Tuhan yang dapat melihat fikiran yang mereka fikirkan. Dan di tempat lain: "Tuhan mengetahui rancangan-rancangan orang berhikmat; sesungguhnya semuanya sia-sia belaka." (1Korintus 3:20).
Dengan itu Tuhan menguji hati manusia, serta kesudian mereka untuk tunduk kepadaNya, dan sejauh mana mereka sanggup pergi demi iman mereka (Mazmur 94:9-11; 119:168).
Umat-umat pilihan ada di dalam tanganNya (Mazmur 121:3,4; 139:1-24; khususnya ayat-ayat.13-16). Ibraninya menyatakan sejauh mana pengetahuanNya: ketika aku dijadikan (ayat 15), mata-Mu melihat selagi aku bakal anak, dan dalam kitab-Mu semuanya tertulis hari-hari yang akan dibentuk (ayat 16).
Tuhan membela umatNya, dan pengetahuanNya tidak terbatas (Mazmur 147:4,5; Yesaya 40:26; Amsal 15:3,11).
Tuhan mengetahui isi hati namun Ia mengujinya. Jadi sepertimana dengan Abraham, yang telah diuji sehingga ke tahap mengorbankan anaknya, kita juga diuji ke tahap mana kita bersedia untuk berkorban. Tuhan mengetahui sejauh mana kesanggupan kita, tetapi seperti Abraham, kita harus diuji agar kita mengetahui batas-batas kita serta komitmen kita.
Tuhan mengetahui apa yang dikerjakan oleh setiap orang di dalam setiap bangsa, dan setiap orang harus menjawab perbuatan mereka di kemudian hari, dan akan masuk ke dalam penghakiman kebenaran pada kebangkitan kedua. Umat-umat pilihan sedang dihakimi sekarang ini. Umat-umat pilihan Tuhan mencapai kebangkitan pertama, dan dikenali melalui sifat maha mengetahui Tuhan (1Petrus 1:2).
Pengetahuan mutlak Tuhan membolehkan roh nubuatan (Yesaya 42:9; 44:7).
Tuhan telah menetapkan suatu rencana keselamatan bagi manusia dan angkatan malaikat yang telah jatuh, dan ianya tidak mungkin dirosakkan. Tuhan kadangkala menubuhkan negara-negara untuk perlindungan umat-umat pilihan serta perlanjutan rencana itu (Yesaya 45:4).
Tuhan mengisytiharkan penghujung dari permulaan (Yesaya 46:10; 48:3-6; Yesaya 66:18; Yeremia 11:20; 17:10 23:24; 32:19).
Dia mengetahui isi fikiran semua orang (Yehezkiel 11:5; Yeremia 51:15).
Tuhan tidak pernah meninggalkan planet ini, dan tidak pernah melupai kejahatan manusia (Yehezkiel 9:9).
Manifestasi YHVH di dalam pengorbanan Ishak itu, dengan itu, adalah tidak berpadanan dengan sifat Allah Bapa (Eloah) dan kerana itu ianya adalah seorang elohim yang subordinat.
Ujian bagi Abraham mengasaskan betapa perlunya iman di dalam fikiran seseorang, dan juga menetapkan penyangkalan terhadap pengorbanan manusia.
Aktiviti-aktiviti Tuhan meliputi segalanya (Amos 9:2-4).
Daniel menunjukkan bahawa sifat maha mengetahui itu tiada kaitannya dengan kedudukan atau berapa dekatnya – dalam kata lain, Tuhan tidak berada pada suatu tempat sementara (Daniel 2:20-28).
Tuhan menyatakan rencana itu secara berperingkat-peringkat melalui para nabi dan umat-umat pilihan yang telah dipanggil menurut rencana dan Hikmat kebijaksanaanNya (Roma 8:27-30).
Mereka yang telah dipanggil dan dipilih harus bersedia untuk “mengorbankan Ishak”. Persediaan mereka dilaksanakan di bawah Malaikat YHVH – iaitu Yesus Kristus.
Malaikat YHVH yang telah memelihara Abraham dan Ishak, juga berperanan di dalam pencarian seorang isteri bagi Ishak (Kejadian 24:7). Allah (Eloah) telah mengutus MalaikatNya, yang dianggap sebagai membawakan serta melaksanakan kuasa dan kekuasaan Tuhan serta disebutkan sebagai YHVH (Kejadian 24:39,40, 42-44, 48).
Subordinasi Malaikat YHVH ini tidak mengurangkan sama sekali kekuasaan yang dibawakannya. Utusan ini sama dengan Kehadiran Tuhan, dan Malaikat itu sendiri adalah suatu manifestasi ketuhanan.
Elohim ini terlibat di dalam pengukuhan serta pemilihan umat-umat pilihan secara berterusan. Kristus memastikan bahawa setiapnya dipelihara di mana perlu demi menggenapkan rencana Tuhan, dan menjadi pengantin Kristus.
q