Jemaat Jemaat Allah Al Maséhi

[072z]

 

 

 

Ringkasan:

Pemelukan Kepercayaan serta Kebenaran [072z]

(Edisi 1.1 19941015-19980725)

 

Konsep pemelukan kepercayaan sebagai suatu proses kembali daripada kepalsuan ditunjukkan sebagai suatu ajaran asas Kristus.

 

 

 

Christian Churches of God

 

PO Box 369, WODEN ACT 2606, AUSTRALIA

E-mail: secretary@ccg.org

 

(Hakcipta ã 1994, 1998 Wade Cox)

(Tr. 2003)

 

Karya tulis ini boleh disalin semula dan didistribusikan secara bebas dengan syarat ia disalin semuanya tanpa apa-apa perubahan atau penghapusan kata. Nama dan alamat penerbit serta notis hakcipta harus disertakan.  Sebarang bayaran tidak boleh dikenakan ke atas penerima-penerima salinan yang didistribusikan.  Petikan-petikan ringkas daripadanya boleh dimasukkan ke dalam artikel-artikel kritis dan karya ulasan tanpa melanggar undang-undang hakcipta.

 

Karya ini boleh didapati daripada Internet di:
http://www.logon.org dan http://www.ccg.org


 

 

 

Pemelukan Kepercayaan serta Kebenaran [072z]

 


Konsep memeluk kepercayaan atau agama ini datangnya daripada kata akar Yunani “berubah” atau “kembali” dan daripada Ibrani “kembali”.

 

Justeru itu, kebenaran itu haruslah tersedia bagi semua bangsa pada suatu masa, untuk seseorang itu kembali kepada kebenaran (Yesaya 6:10; Matius 13:15; Markus 4:12; Mazmur 19:7).

 

Taurat TUHAN itu sempurna, menyegarkan jiwa; peraturan TUHAN itu teguh, memberikan hikmat kepada orang yang tak berpengalaman.

 

Dengan itu hukum (taurat) itu itu menghasilkan standard dengan mana kita berpaling kepada Tuhan. Ianya ukuran bagi perbuatan seseorang, tiada ukuran lain yang sah selain daripada hukum Tuhan.

 

Pemelukan bergantung pada pemahaman kebenaran yang terkandung di dalam Firman Tuhan, dan paling penting sekali, bertindak berdasarkan logik kebenaran itu.

 

Penubuhan semula kebenaran berlaku di bawah Nuh, kepada suatu dunia yang tidak tercemar.

 

Proses pembebasa daripada gaya fikiran dunia serta agama-agama palsunya, khususnya sistem-sistem yang menyamar sebagai “agama Kristian”, dikawal oleh Tuhan di dalam cara membuat panggilan terhadap individu dan mengajarkan kebenaran Tuhan kepada orang tersebut, serta menyatakan kesilapan pelanggaran-pelanggaran (Mazmur 51:13).

 

Kembali kepada Tuhan (memeluk kebenaran, mengakui kesilapan) secara asasnya adalah roh/semangat rendah diri yang seperti anak kecil, dan suatu sikap ingin tahu dan mempercayai yang terhasil daripada kesungguhan bahan yang diperlihatkan (Matius 18:3).

 

Perkataan di sini adalah SGD 4762 “menguatkan dengan memulas”. Jadi perubahan diri kita dikuatkan oleh percubaan-percubaan yang kita harus tempuhi. Jadi memahami kebenaran serta kesilapan jalan-jalan kita, dengan berpandukan pada hukum Tuhan, membawa kita kepada pertaubatan dan kemudiannya kepada proses perubahan (pemelukan) itu yang membabitkan penyangkalan kepalsuan. Kebolehan untuk berubah serta memenangi kepalsuan ini dikaruniakan oleh Roh Kudus. Penurutan adalah peperangan rohani, dan melibatkan perubahan gaya fikiran yang menjauhi gaya fikiran Angkatan Malaikat Murtad yang memimpin dunia ini (2Yohanes 1:4; 2 Tesalonika 2:10)

 

Adalah penting untuk mengenali kebenaran dan terdorong untuk mengikuti Tuhan. Mencintai kebenaran adalah tanda umat-umat pilihan (Yohanes 14:17; 15:26).

 

Kebenaran datangnya daripada Bapa melalui Roh Kudus, dan harus dipelihara di dalam kebenaran (Roma 1:18). Jadi seseorang yang mengetahui kebenaran itu tetapi terus berbuat salah, serta mengajarkan bahan yang palsu menghadapi bahaya kemurkaan Tuhan.

 

Kebenaran adalah pengikat pinggang bagi pakaian perisai Tuhan (Efesus 6:14; 2Timotius 2:15-25). Seseorang itu haruslah dibersihkan daripada dosa – pembuangan kekotoran sepenuhnya. Barulah dia sedia untuk melakukan pekerjaan baik, dan boleh berdoa bagi pertaubatan serta pemelukan, dan penerimaan kebenaran bagi pihak orang lain.

 

Kebenaran menampakkan ibadah kita (Titus 1:1 (NKJV) (Green’s Interlinear). Tuhan adalah Tuhan Kebenaran (Yesaya 65:16).

 

Tiada seorangpun yang harus membiarkan dirinya dikuasai kebijaksanaan orang lain. Pengetahuan akan Tuhan Sebenar yang Tunggal serta Yesus Kristus AnakNya merupakan hidup kekal (Yohanes 17:3). Oleh itu sebarang gereja yang mengajar selain daripada itu dan jemaatnya tertipu, tidak akan termasuk di dalam kebangkitan pertama itu. Mereka akan berada di dalam kebangkitan kedua untuk pembetulan serta pengajaran di dalam kebenaran (1Korintus 5:4,5).

 

Tidak ada kebangkitan ketiga, dan sesiapa yang tidak menerima kebenaran itu sewaktu pengajaran di dalam kebangkitan kedua akan mati dan dibakar (Ibrani 10:26, 27). Ianya bukan kehendak Tuhan untuk sesiapapun binasa (2Petrus 3:9). Jadi mereka yang bukan di dalam golongan umat pilihan pada kebangkitan pertama akan berada di dalam kebangkitan kedua (Wahyu 20:4,5).

 

Kebenaran tersebut membebaskan kita (Yohanes 8:32). Setiap orang harus bertindak menurut pemahaman mereka, dan bertaubat bagi menghapuskan dosa-dosanya (Kisah 3:19).

 

Proses membahagi-bahagikan umat-umat pilihan menurut kebenaran, secara wajibnya membabitkan divisi umat-umat pilihan (1Yohanes 2:17-27). Jika sesuatu jemaat mengajarkan heresi atau bidaah – iaitu doktrin yang bertentangan dengan firman Tuhan, iaitu kebenaran (Yohanes 17:17), maka ia membawa dirinya keluar daripada tubuh Kristus. Tiada seorangpun daripada umat pilihan yang terbatas kepada suatu struktur korporat, yang merupakan suatu kesilapan. Dia haruslah bertindak berdasarkan kebenaran, dan keluar daripada jemaat sebegitu.

 

Umat-umat pilihan mencintai kebenaran dan sesama sendiri, dan berusaha untuk memperkuatkan sesama sendiri (Lukas 22:31,32).

 

Hasil akhir daripada seluruh proses itu adalah bahawa kesemua Israel akan diselamatkan, dan akhirnya seluruh dunia akan diubahkan (Yesaya 1:27).

 

Tanggungjawab kita adalah untuk menyebarkan kebenaran itu ke seluruh dunia, dan berusaha untuk memberi kebebasan kepada umat melalui kebenaran.

 

Umat-umat pilihan Tuhan telah sentiasa dianiayai dan dibunuh, namun fikiran mereka telahpun dibebaskan oleh kebenaran itu, dan tidak lagi dibelenggu kepalsuan.

 

Pertimbangkan dan bahagikan, lihat dan kenali kebenaran itu, DAN BERTINDAKLAH KE ATASNYA….

 

q